jurnal kedua

3
Bilangan Jurnal : ke-2 Minggu Praktikum : kedua Tarikh Peristiwa/Kejadian : 2 – 6 Ogos 2015 Tajuk Jurnal : Masalah pengurusan masa 1. Masalah / peristiwa Hari ini (8 Ogos 2015) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang kritikal kerana tidak seperti yang telah dirancang. Terdapat aktiviti-aktiviti yang telah di rancang tidak dapat dijalankan kerana masa yang tidak mencukupi. Hal ini memberikan kesan yang negatif kepada pencapaian objektif, khususnya objektif yang terakhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana saya masih tidak serasi mengajar kelas tersebut. Hal ini menyebabkan pada langkah pertama, saya mendapati bahawa masa yang diperuntukkan telah lebih kerana saya mengambil masa yang lama untuk menerangkan sesuatu perkara. Selain itu, pada langkah dua juga saya mendapati telah melebihi masa yang di peruntukkan kerana murid-murid mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan. 3. Cadangan tindakan susulan

Upload: zurina-hanim-mohd-musleh

Post on 11-Jan-2016

219 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jurnal praktikum

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal kedua

Bilangan Jurnal : ke-2

Minggu Praktikum : kedua

Tarikh Peristiwa/Kejadian : 2 – 6 Ogos 2015

Tajuk Jurnal : Masalah pengurusan masa

1. Masalah / peristiwa

Hari ini (8 Ogos 2015) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang

kritikal kerana tidak seperti yang telah dirancang. Terdapat aktiviti-aktiviti yang telah

di rancang tidak dapat dijalankan kerana masa yang tidak mencukupi. Hal ini

memberikan kesan yang negatif kepada pencapaian objektif, khususnya objektif

yang terakhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana saya masih tidak serasi mengajar kelas tersebut. Hal ini

menyebabkan pada langkah pertama, saya mendapati bahawa masa yang

diperuntukkan telah lebih kerana saya mengambil masa yang lama untuk

menerangkan sesuatu perkara. Selain itu, pada langkah dua juga saya mendapati

telah melebihi masa yang di peruntukkan kerana murid-murid mengambil masa yang

panjang untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan.

3. Cadangan tindakan susulan

a. Saya seharusnya perlu membuat pembacaan yang lebih tentang perancangan

masa dalam sesuatu proses pembelajaran agar dapat menguruskan masa

dengan lebih sempurna.

b. Saya perlu lebih sedar tentang alat bantu mengajar yang digunakan supaya tidak

terlalu banyak sehingga menyebabkan melebihi masa yang yang di ambil. Selain

itu, saya juga harus mengambil kira kebolehan murid untuk menjawab soalan-

soalan yang telah dikemukakan.

c. Bagi mengatasi masalah aktiviti berkumpulan,saya telah memastikan bahawa

murid-murid tidak terlalu banyak membuang masa serta perlu diingatkan selalu

tentang tempoh masa yang diberikan untuk setiap kumpulan menyelesaikan

tugasan yang telah diberikan.

Page 2: jurnal kedua

d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah

pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh masa dan keberkesanan tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan masa

yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan

pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dpat diatasi secepat mungkin sudah tentu

objektif yang dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :