jurnal ar

5
PENGGUNAAN KAEDAH ‘CHUNKING’ DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN BACAAN TAHIYAT AKHIR Oleh Siti Khadijah Binti Hamzah Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah, Melaka KAEDAH PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA 1. UJIAN PRA Ujian pra dilaksanakan setelah ujian diagnostik dilaksanakan terhadap seluruh murid Tahun 4 Arif. Analisis keputusan ujian diagnostik menunjukkan seramai 4 orang murid sangat lemah dalam menguasai bacaan tahiyat akhir. Oleh itu, bagi memastikan kesahihan keputusan yang diperolehi daripada ujian diagnostik, saya telah melaksanakan ujian pra terhadap empat orang pelajar yang memperolehi keputusan yang kurang cemerlang di dalam ujian diagnostik yang dijalankan. Hasil menunjukkan, keempat-empat murid ini tetap memperolehi keputusan yang rendah. Ujian pra yang dijalankan terdiri daripada 2 bentuk iaitu ujian lisan dan ujian bertulis. Ujian lisan dijalankan dengan meminta murid yang lemah membaca tahiyat akhir dengan melihat teks sambil guru menandakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid ketika membaca. Manakala ujian bertulis pula, memerlukan murid menyusun bacaan tahiyat akhir dengan menuliskan nombor mengikut turutan yang betul. Markah bagi kedua-dua ujian ini dikira menggunaka formula di bawah: Jumlah yang diperolehi x 100% Jum. Ujian lisan + Jum. Ujian bertulis

Upload: ismi-siti-khadijah

Post on 12-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL AR

PENGGUNAAN KAEDAH ‘CHUNKING’ DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN

BACAAN TAHIYAT AKHIR

Oleh

Siti Khadijah Binti Hamzah

Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah, Melaka

KAEDAH PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

1. UJIAN PRA

Ujian pra dilaksanakan setelah ujian diagnostik dilaksanakan terhadap seluruh murid

Tahun 4 Arif. Analisis keputusan ujian diagnostik menunjukkan seramai 4 orang

murid sangat lemah dalam menguasai bacaan tahiyat akhir. Oleh itu, bagi

memastikan kesahihan keputusan yang diperolehi daripada ujian diagnostik, saya

telah melaksanakan ujian pra terhadap empat orang pelajar yang memperolehi

keputusan yang kurang cemerlang di dalam ujian diagnostik yang dijalankan. Hasil

menunjukkan, keempat-empat murid ini tetap memperolehi keputusan yang rendah.

Ujian pra yang dijalankan terdiri daripada 2 bentuk iaitu ujian lisan dan ujian bertulis.

Ujian lisan dijalankan dengan meminta murid yang lemah membaca tahiyat akhir

dengan melihat teks sambil guru menandakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan

oleh murid ketika membaca. Manakala ujian bertulis pula, memerlukan murid

menyusun bacaan tahiyat akhir dengan menuliskan nombor mengikut turutan yang

betul. Markah bagi kedua-dua ujian ini dikira menggunaka formula di bawah:

Jumlah yang diperolehi x 100%

Jum. Ujian lisan + Jum. Ujian bertulis

MARKAH GRED

90-100 A

70-89 B

50-69 C

30-49 D

0-29 E

JADUAL 1: GRED PENENTUAN MARKAH

Page 2: JURNAL AR

NAMA MARKAH % GRED

Sufian Azim bin Ismail 64 C

Azzim bin Azlan 68 C

Nur Diyanah binti Mohd Khanafi 67 C

Maisara binti Johari Sidak 62 C

JADUAL 2: KEPUTUSAN UJIAN PRA

2. TEMU BUAL

Temu bual dilaksanakan kepada keempat-empat sampel bagi membantu saya

mengumpulkan maklumat berkaitan faktor-faktor yang menyebabkan mereka lemah

dalam menguasai bacaan tahiyat akhir. Temu bual dilaksanakan juga adalah

bertujuan untuk membantu saya mengetahui tahap pengetahuan sampel mengenai

ibadah solat khususnya dalam bacaan tahiyat akhir. Saya telah menggunakan temu

bual semi berstruktur bagi membantu saya mengumpulkan maklumat mengenai

sampel. Hasil temu bual yang dilakukan, saya mendapati keempat-empat sampel ini

tidak dapat menguasai bacaan tahiyat akhir dengan baik adalah kerana mereka

beranggapan bacaan tahiyat akhir ini adalah bacaan panjang yang susah untuk

disebut dan dibaca. Malah mereka juga berpendapat bahawa bacaan tahiyat akhir

merupakan satu bacaan yang sukar untuk dihafal serta diingati. Walaupun mereka

mengetahui bacaan ini merupakan bacaan yang wajib dibaca dalam solat, namun

mereka masih tidak mampu untuk menguasainya. Di samping itu, temu bual juga

dilaksanakan untuk mengetahui tahap kemampuan murid dalam membaca dan

menghafaz bacaan tahiyat akhir. Respon daripada keempat-empat sampel

menunjukkan bahawa mereka tidak boleh membaca bacaan tahiyat akhir secara

lisan melainkan dengan melihat teks sahaja. Walau bagaimanapun, bacaan

keempat-empat sampel masih ditahap rendah walaupun dengan melihat teks bacaan

tahiyat akhir.

Page 3: JURNAL AR

3. SOAL SELIDIK

Saya turut menggunakan kaedah soal selidik bagi membantu saya mengumpulkan

data yang berkaitan dengan kajian saya. Antara tema yang telah saya tetapkan

dalam borang soal selidik yang dibentuk adalah ‘Pengetahuan murid mengenai

kewajipan menunaikan solat fardhu’ serta ‘Faktor-faktor yang mendorong

murid mengamalkan solat fardhu’. Skala yang saya gunakan dalam borang soal

selidik ini adalah skala berbentuk ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Hasil daripada soal selidik yang

dijalankan terhadap sampel, saya mendapati sampel mempunyai pengetahuan yang

sederhana mengenai kewajipan menunaikan solat fardu. Malah terdapat juga sampel

yang tidak menunaikan ibadah solat apabila menghadiri aktiviti di sekolah pada

waktu petang. Manakala analisis mengenai faktor-faktor yang mendorong sampel

mengamalkan solat fardhu pula menunjukkan bahawa faktor persekolahan banyak

membantu dan mendorong sampel untuk menunaikan solat di sekolah dan di rumah.

Malah terdapat juga respon daripada sampel yang menunjukkan bahawa mereka

mula mengenal ibadah solat ketika mula berada di sekolah. Walaupun mereka tahu

hukum menunaikan solat adalah wajib, namun mereka masih mengabaikan

kewajipan menunaikan solat ketika berada di rumah.

4. PEMERHATIAN

Sepanjang sesi rawatan dilaksanakan, saya telah merekodkan tahap penguasaan

bacaan murid serta tingkah laku yang ditunjukkan oleh sampel di dalam rekod

pemerhatian yang telah disediakan. Saya telah menyediakan dua jenis rekod

pemerhatian bagi memudahkan saya mencatat setiap tindakan serta perubahan

yang ditunjukkan oleh keempat-empat sampel yang telah saya pilih. Sepanjang sesi

rawatan dijalankan, saya mendapati bacaan sampel perlu dibimbing oleh guru. Hal

yang demikian kerana jika sampel tidak dibimbing terlebih dahulu membaca ayat-

ayat yang telah diagihkan oleh guru, bacaan sampel menjadi tidak teratur serta

sebutan setiap kalimah tidak mengikut baris yang telah ditetapkan. Secara tidak

langsung, sampel telah mengubah makna terhadap kalimah-kalimah yang telah

disebutkan. Selain itu, semasa sampel membaca juga seringkali terdapat kalimah-

kalimah yang tidak disebut atau sampel tertinggal kalimah-kalimah yang perlu

disebutkan semasa membaca ayat-ayat dalam tahiyat akhir. Walau bagaimanapun,

setelah sampel mendengar bacaan guru serta mendapat bimbingan daripada guru,

bacaan sampel menjadi lebih baik dan sampel untuk menghafaz ayat-ayat yang telah

diberikan oleh guru. Semasa sesi rawatan dijalankan, saya juga melihat tingkah laku

Page 4: JURNAL AR

yang ditunjukkan oleh keempat-empat sampel. Sampel berasa seronok dengan

kaedah yang saya gunakan bagi membantu mereka mengingati bacaan tahiyat akhir.

Malah mereka juga teruja sering berlumba-lumba antara satu sama lain untuk

menghafaz dan memperdengarkan bacaan mereka kepada saya.