jurnal 7

2
JURNAL 7 MINGGU KELAPAN 11 MAC – 15 MAC 2013 MASALAH Pada minggu ini terdapat perlawanan bola jaring peringkat daerah. Saya dan rakan praktikum saya, Fatin ditugaskan untuk melatih pasukan bola jaring sekolah. Masalah yang saya hadapi di sini ialah pasukan bola jaring sekolah tidak ada persediaan yang secukupnya. ANALISIS Masalah ini timbul kerana mereka mempunyai asas dalam permainan bola jaring tetapi tidak kukuh. Seterusnya, kurangnya waktu latihan juga merupakan salah satu sebab mengapa mereka kurang bersedia. Faktor kekangan masa juga merupakan salah satu sebab mengapa mereka kurangnya latihan. Mereka semua merupa pemain baru dan terdapat 2 orang sahaja yang pernah bermain untuk sekolah. Perkara ini menyebabkan saya dan rakan perlu bekerja keras untuk melatih mereka. Di samping itu, mereka juga merupakan wakil pasukan sekolah dalam permainan bola baling. Perkara ini menyebabkan sewaktu permainan mereka mencampuradukkan bola jaring dan bola baling. Tambahan, motivasi dalam diri mereka kurang menyebabkan mereka merasa takut dan tidak yakin dengan diri sendiri. CADANGAN UNTUK DIPERBAIKI a) Saya akan mempergiatkan waktu latihan mereka. mereka perlu menjalani latihan bersungguh-sungguh b) Saya akan memberi nasihat yang mampu meningkatkan keyakinan dan motivasi diri mereka. TEMPOH MASA Kami menjalani latihan bola jaring selama 2 minggu berturut- turut PENILAIAN KEJAYAAN

Upload: anati-azizan

Post on 12-Aug-2015

35 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal 7

JURNAL 7

MINGGU KELAPAN11 MAC – 15 MAC 2013

MASALAH

Pada minggu ini terdapat perlawanan bola jaring peringkat daerah. Saya dan rakan

praktikum saya, Fatin ditugaskan untuk melatih pasukan bola jaring sekolah.

Masalah yang saya hadapi di sini ialah pasukan bola jaring sekolah tidak ada

persediaan yang secukupnya.

ANALISIS

Masalah ini timbul kerana mereka mempunyai asas dalam permainan bola jaring

tetapi tidak kukuh. Seterusnya, kurangnya waktu latihan juga merupakan salah satu

sebab mengapa mereka kurang bersedia. Faktor kekangan masa juga merupakan

salah satu sebab mengapa mereka kurangnya latihan. Mereka semua merupa

pemain baru dan terdapat 2 orang sahaja yang pernah bermain untuk sekolah.

Perkara ini menyebabkan saya dan rakan perlu bekerja keras untuk melatih mereka.

Di samping itu, mereka juga merupakan wakil pasukan sekolah dalam permainan

bola baling. Perkara ini menyebabkan sewaktu permainan mereka

mencampuradukkan bola jaring dan bola baling. Tambahan, motivasi dalam diri

mereka kurang menyebabkan mereka merasa takut dan tidak yakin dengan diri

sendiri.

CADANGAN UNTUK DIPERBAIKI

a) Saya akan mempergiatkan waktu latihan mereka. mereka perlu menjalani

latihan bersungguh-sungguh

b) Saya akan memberi nasihat yang mampu meningkatkan keyakinan dan

motivasi diri mereka.

TEMPOH MASA

Kami menjalani latihan bola jaring selama 2 minggu berturut-turut

PENILAIAN KEJAYAAN

Penilaian kejayaan dilaksanakan pada perlawanan bola jaring peringkat daerah 13

dan 14 Mac 2013. Ternyata, mereka memang begitu hebat. Mereka memperoleh

kedudukan naib johan kumpulan dan dapat memasuki peringkat suku akhir.

TINDAKAN SUSULAN

Di masa akan datang, jika saya ditugaskan untuk melatih pasukan sekolah, saya

akan mencari bakat-bakat pemain bermula dari peringkat awal lagi. Hal ini bertujuan

untuk mengasah bakat mereka bermula daripada peringkat awal dan barulah

sesebuah pasukan itu akan menjadi bagus dan mantap latihannya.