jurnal 6

5
Tempoh masa : 30.08.2015 – 03.09.2015 Isu : Tempoh Masa Murid Menyelesaikan Kerja yang Diberikan 1. Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan Untuk minggu ini, antara masalah yang saya hadapi ialah murid tidak dapat menyelesaikan hasil kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan. Perkara ini telah berlaku beberapa kali terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek PSV dijalankan. Walaupun tugasan kerja yang diberikan kelihatan mudah dan sepatutnya dapat dihabiskan dalam tempoh masa 1 jam, tetapi murid-murid masih tidak dapat menyelesaikannya dengan cepat. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya terpaksa meminta mereka untuk menyiapkan tugasan mereka samaada dirumah ataupun disambung balik pada minggu seterusnya. Selain itu, saya juga telah banyak membuat perancangan dan melihat kembali setiap langkah dan proses untuk mencari punca masalah namun masalah ini kelihatan seperti tiada jalan penyelesaian. Oleh itu, saya telah cuba untuk mengajar dengan kadar yang cepat semasa proses P&P PSV. Walaupun masa yang diberikan adalah sangat mencukupi, tetapi karya yang dihasilkan oleh murid masih mempunyai tempat kosong yang tidak diwarnakan. Hal ini telah menyebabkan saya berasa agak tertekan dan harus diselesaikan dengan kadar yang cepat. 2. Analisis masalah Setelah merujuk kembali kes yang dihadapi oleh saya dengan rakan- rakan yang lain, saya dapati bahawa antara punca masalah yang JURNAL JURNAL MINGGU 6 MINGGU 6

Upload: ling

Post on 09-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

c

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal 6

Tempoh masa : 30.08.2015 – 03.09.2015

Isu : Tempoh Masa Murid Menyelesaikan Kerja yang Diberikan

1. Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan

Untuk minggu ini, antara masalah yang saya hadapi ialah murid tidak dapat

menyelesaikan hasil kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan. Perkara ini telah

berlaku beberapa kali terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P) subjek PSV dijalankan. Walaupun tugasan kerja yang diberikan kelihatan

mudah dan sepatutnya dapat dihabiskan dalam tempoh masa 1 jam, tetapi murid-

murid masih tidak dapat menyelesaikannya dengan cepat. Untuk menyelesaikan

masalah ini, saya terpaksa meminta mereka untuk menyiapkan tugasan mereka

samaada dirumah ataupun disambung balik pada minggu seterusnya. Selain itu,

saya juga telah banyak membuat perancangan dan melihat kembali setiap langkah

dan proses untuk mencari punca masalah namun masalah ini kelihatan seperti tiada

jalan penyelesaian. Oleh itu, saya telah cuba untuk mengajar dengan kadar yang

cepat semasa proses P&P PSV. Walaupun masa yang diberikan adalah sangat

mencukupi, tetapi karya yang dihasilkan oleh murid masih mempunyai tempat

kosong yang tidak diwarnakan. Hal ini telah menyebabkan saya berasa agak

tertekan dan harus diselesaikan dengan kadar yang cepat.

2. Analisis masalah

Setelah merujuk kembali kes yang dihadapi oleh saya dengan rakan-rakan

yang lain, saya dapati bahawa antara punca masalah yang menyebabkan keadaan

seperti diatas berlaku ialah dari segi masalah pengurusan masa dalam P&P,

kemungkinan teknik atau cara yang digunakan tidak bersesuaian dengan tahap

mereka, serta proses murid yang perlahan untuk menyelesaikan tugasan yang

JURNALJURNAL MINGGU 6MINGGU 6

Page 2: jurnal 6

diberikan. Hal ini telah mengganggu proses perjalanan P&P saya kerana waktu yang

diperuntukkan kepada saya hanyalah 1 jam sahaja. Oleh sebab kelewatan tersebut,

pelbagai aktiviti terpaksa dijalankan dengan kadar yang cepat dan sesetangah

aktiviti tidak dapat dilaksanakan mengikut perancangan awal saya.

3. Kajian lampau

Untuk mengatasi masalah yang saya hadapi, saya telah merujuk kepada

Model Disiplin Asertif Canter.  Model Disiplin Marlene and Lee Canter adalah

berasaskan ribuan jam penyelidikan dengan memerhati guru dalam bilik

darjah.  Model ini adalah suatu pendekatan yang positif yang membenarkan guru

mengajar dan pelajar belajar.  Ia berasaskan prinsip-prinsip bahawa guru dan pelajar

mempunyai hak untuk mengajar dan belajar.  Antara berikut ialah ciri-ciri model ini:

Pelan yang berkesan hendaklah disediakan terlebih dahulu kemudian

dimaklumkan kepada murid-murid pada hari pertama guru masuk kelas.

Tingkah laku yang wajar hendaklah diberikan pengukuhan.

Guru hendakalah bersifat asertif jika ingin mengawal bilik darjah.

Guru perlu merangka satu sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan

rujukan murid-murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.  Penalti

diberikan kepada mereka yang terus melakukan salah laku.

4. Cadangan untuk mengatasi

Bagi mengatasi masalah ini, saya akan merancang aktiviti yang hendak

dilakukan terlebih dahulu dan aktiviti-aktiviti ini haruslah ringkas dan bersesuaian

dengan tahap murid supaya mereka dapat mengikuti dan menguasai kemahiran

yang diajar dengan baik. Hal ini kerana sekiranya aktiviti yang dilakukan

memerlukan masa yang panjang dan murid-murid tidak dapat mengikuti apa yang

diajar, maka matlamat dan objektif P&P saya tidak dapat dicapai seperti yang

dirancangkan. Oleh itu, saya harus memastikan bahawa murid-murid dapat

mengikuti setiap arahan yang diberikan seterusnya menyiapkan tugasan yang

diberikan dalam masa yang ditetapkan.

Selain itu, masa yang diperuntukkan untuk setiap aktiviti juga akan saya ambil

beratkan dan seterusnya melakukan penilaian terhadap murid-murid. Hal ini kerana

Page 3: jurnal 6

pengurusan masa adalah antara aspek yang penting dan harus dapat dikuasai oleh

setiap guru. Saya akan cuba untuk mengawal dan membahagikan masa saya

secara konsisten dan memberi penilaian terhadap karya dan sikap murid semasa

menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Murid-murid yang memerlukan bimbingan khusus akan saya utamakan dan

ditunjukkan dengan teknik yang betul. Bagi pelajar yang sudah menguasai

kemahiran yang diajar, saya akan meningkatkan lagi tahap mereka agar mereka

berasa lebih bersemangat untuk belajar. Hal ini kerana terdapat juga pelajar yang

lembab dalam menghasilkan karya kerana mereka kurang mahir untuk

menghasilkan karya seperti yang diminta oleh guru. Oleh itu, saya akan mengambil

masa yang lebih dan lebih peka terhadap keperluan murid agar mereka dapat

belajar dengan gembira dan seronok.

5. Tempoh penyelesaian

Masalah ini hendaklah diselesaikan dengan kadar yang cepat dalam minggu

ini supaya ia tidak mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang.

6. Tindakan susulan

Ekoran daripada masalah ini, semasa membuat rancangan pengajaran dan

pembelajaran saya akan melihat terlebih dahulu kepentingan dan keperluan masa

untuk menjalankan sesuatu aktiviti bagi memudahkan pengajaran dan peruntukan

masa yang ditetapkan. Ini adalah penting untuk mencapai objektif pengajaran dan

pembelajaran bagi tajuk berkenaan. Dalam meningkatkan kemahiran saya dalam

mengajar murid-murid, saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk

memberi penilaian tentang kejayaan saya. Antara penilaiannya adalah dalam proses

pengajaran untuk mengawal murid-murid di dalam bilik darjah. Selain penilaian

daripada pensyarah pembimbing, saya juga mendapatkan kerjasama daripada guru

pembimbing untuk menilai kejayaan saya dari semasa ke semasa. Dengan bantuan

guru pembimbing juga, saya dapat memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam

proses pengajaran saya sepanjang saya berada di sekolah ini.

Page 4: jurnal 6

Selain daripada penilaian yang diberikan oleh pensyarah pembimbing dan

juga guru pembimbing, saya juga meminta pandangan rakan yang turut menjalankan

praktikum bersama saya. Pandangan yang diberikan oleh rakan-rakan ini dapat

meningkatkan motivasi dan juga semangat saya untuk memberi pengajaran yang

terbaik dalam proses P&P saya kepada murid-murid di sekolah ini. Penilaian yang

diberikan sepanjang saya berada di sekolah ini akan membantu saya meningkatkan

lagi cara saya mengajar dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

7. Kesimpulan

Hasil daripada pemerhatian ke atas kes-kes sebegini, ia dapat diatasi dengan

mudah oleh para guru sekiranya guru dapat membahagikan masa dengan baik dan

sentiasa mempunyai percaya bahawa masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan

jayanya melalui jati diri dalaman dan perasaan sayang yang tersemai dalam hati

setiap guru.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :