jurnal 6

4
JURNAL 6 TARIKH MINGGU KETUJUH 3 SEPTEMBER 2012 – 8 SEPTEMBER 2012 TAJUK Sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Kanak-Kanak & Jamuan Hari Raya. PERISTIWA Pada hari Sabtu bersamaan 8 September 2012, Sekolah Kebangsaan Keledang Jaya telah mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Kanak-Kanak dan Jamuan Hari Raya. Saya dan rakan-rakan guru praktikum yang lain telah diamanahkan untuk mengendalikan program pada hari tersebut. Kami telah diberi tugasan masing-masing. Kami mengendalikan bahagian aktiviti. Manakala guru-guru lain bahagian penyediaan makanan untuk jamuan Hari Raya. Kami menjalankan aktiviti mewarna poster, membuat tanjak merdeka dan membuat koolam bendera Malaysia. Sewaktu mengendalikan aktiviti ini, saya dapati kawalan murid tidak terkawal. Hanya kami empat orang sahaja mengawal murid dari setiap tahun iaitu tahun 1,2,3,4 dan 5. Pada permulaan aktiviti, kawalan murid masih terkawal lagi kerana murid tahun 1,2 dan 3 terlibat dengan aktiviti mewarnai poster dan mereka melakukan aktiviti ini di dalam kelas. Mereka dijaga oleh guru yang bertugas untuk mengawal mereka. Apabila masuk kepada sesi

Upload: anati-azizan

Post on 07-Aug-2015

66 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal 6

JURNAL 6

TARIKH MINGGU KETUJUH

3 SEPTEMBER 2012 – 8 SEPTEMBER 2012

TAJUK Sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Kanak-Kanak & Jamuan

Hari Raya.

PERISTIWA Pada hari Sabtu bersamaan 8 September 2012, Sekolah

Kebangsaan Keledang Jaya telah mengadakan sambutan

Hari Kemerdekaan, Hari Kanak-Kanak dan Jamuan Hari

Raya. Saya dan rakan-rakan guru praktikum yang lain telah

diamanahkan untuk mengendalikan program pada hari

tersebut. Kami telah diberi tugasan masing-masing. Kami

mengendalikan bahagian aktiviti. Manakala guru-guru lain

bahagian penyediaan makanan untuk jamuan Hari Raya.

Kami menjalankan aktiviti mewarna poster, membuat tanjak

merdeka dan membuat koolam bendera Malaysia. Sewaktu

mengendalikan aktiviti ini, saya dapati kawalan murid tidak

terkawal. Hanya kami empat orang sahaja mengawal murid

dari setiap tahun iaitu tahun 1,2,3,4 dan 5. Pada permulaan

aktiviti, kawalan murid masih terkawal lagi kerana murid

tahun 1,2 dan 3 terlibat dengan aktiviti mewarnai poster dan

mereka melakukan aktiviti ini di dalam kelas. Mereka dijaga

oleh guru yang bertugas untuk mengawal mereka. Apabila

masuk kepada sesi kedua, semua murid diminta berkumpul

untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah. Dalam masa

inilah keadaan murid mula tidak terkawal. Bayangkanlah

hanya kami empat orang mengawal semua murid setiap

tahun. Kami terpaksa menjerit-jerit meminta mereka semua

bertenang dan senyap. Tambahan, aktiviti yang dijalankan

pada hari tersebut telah selesai sebelum pukul 1.00 tengah

hari. Jadi, kami telah diminta untuk menjalankan aktiviti

tambahan sehingga masa tamat pada pukul 1.00 tengah

hari.

BISIKAN HATI/ Perasaan saya pada hari tersebut sangat kecewa kerana

Page 2: Jurnal 6

JURNAL 6

PERASAAN saya tidak mampu mengawal murid seramai itu. Saya

berasa amat letih dan tekak saya sakit kerana terpaksa

menjerit-jerit. Perasaan kecewa saya semakin bertambah

apabila saya melihat sikap murid pada masa kini yang

kurangnya rasa hormat terhadap guru. Saya lihat murid

pada masa kini bersikap semakin biadap. Apabila cikgu

memarahi mereka, mereka akan menjawab atau tidak

mengendahkan guru tersebut. Apabila dipukul baru mereka

akan senyap. Itu yang membuatkan saya bertambah

kecewa.

MENGANALISIS/ Sewaktu menjalankan aktiviti sambutan ini, saya dapati

tiada guru yang ditugaskan untuk menjaga dan mengawal

disiplin murid. Keadaan ini menyebabkan tiada guru yang

menjaga disiplin murid pada hari aktiviti tersebut. Perkara ini

menyebabkan hanya saya dan rakan-rakan sahaja yang

bertugas untuk menjaga disiplin murid.

KESEDARAN

BARU /

HARAPAN

Apabila berlaku perkara sebegini, saya sedar bahawa saya

perlu lebih tegas lagi agar murid rasa hormat dengan saya.

Di masa akan datang, jika saya ditugaskan untuk

menjalankan aktiviti seperti ini, saya perlu meminta

jawatankuasa disiplin dan kawalan murid dilantik. Hal ini

bagi memastikan disiplin dan kawalan murid lebih terkawal

apabila aktiviti sebegini dijalankan. Murid akan sentiasa

dalam keadaan terkawal kerana mereka tahu ada guru yang

sedang mengawasi mereka.

CADANGAN/

TINDAKAN

Tindakan saya akan datang apabila saya ditugaskan untuk

menjalankan aktiviti seperti ini, saya akan menyemak

senarai AJK Program supaya ada AJK Disiplin dan Kawalan

Murid dilantik. Jika tiada, saya akan meminta jasa baik guru

yang menyiapkan senarai AJK tersebut untuk mengadakan

jawatan itu. hal ini bertujuan supaya pisang tidak berbuah

dua kali. Saya tidak mahu kejadian yang sama berulang

Page 3: Jurnal 6

JURNAL 6

lagi. Saya juga akan menyediakan aktiviti tambahan dengan

lebih banyak lagi agar apabila program tamat lebih awal

daripada waktu yang ditetapkan saya ada aktiviti tambahan

yang boleh dijalankan lagi.