jurnal

16
JURNAL : MASALAH PERTUTURAN DIKALANGAN MURID – MURID SINDROM DOWN 1.0 Isu yang difokuskan Semasa saya menjalankan pratikum 1 di Sekolah Kebangsaan Tasek Utara. Saya mendapati 2 orang murid mengalami masalah pertuturan di kalangan murid - murid sindrom down. Saya ingin menumpukan perhatian pada murid – murid pendidikan khas 2 yang menpunyai 2 orang murid sindrom down yang mengalami masalah pertuturan. 2.0 Perkembangan isu yang difokuskan Semasa saya menjalankan pratikum , saya mengenali murid – murid sindrom down yang mengalami masalah pertuturan. Pada minggu pertama saya mula mengajar dan saya mendapati bahawa murid – murid sindrom down langsung tidak bertutur. Mereka langsung tidak membalaskan sebarang pertanyaan saya malah menundukkan kepala mereka. Kedua – dua murid tersebut tidak mengucapkan salam kepada saya malah murid – murid lain

Upload: thilagavathy-raja

Post on 02-Jul-2015

1.534 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL

JURNAL : MASALAH PERTUTURAN DIKALANGAN MURID – MURID SINDROM

DOWN

1.0 Isu yang difokuskan

Semasa saya menjalankan pratikum 1 di Sekolah Kebangsaan Tasek Utara.

Saya mendapati 2 orang murid mengalami masalah pertuturan di kalangan murid -

murid sindrom down. Saya ingin menumpukan perhatian pada murid – murid

pendidikan khas 2 yang menpunyai 2 orang murid sindrom down yang mengalami

masalah pertuturan.

2.0 Perkembangan isu yang difokuskan

Semasa saya menjalankan pratikum , saya mengenali murid – murid

sindrom down yang mengalami masalah pertuturan. Pada minggu pertama saya

mula mengajar dan saya mendapati bahawa murid – murid sindrom down

langsung tidak bertutur. Mereka langsung tidak membalaskan sebarang

pertanyaan saya malah menundukkan kepala mereka. Kedua – dua murid

tersebut tidak mengucapkan salam kepada saya malah murid – murid lain

mengucapkan salam setelah saya memasuki kelas. Selain itu , murid – murid

tersebut juga tidak memberikan fokus kepada saya apabila saya memberikan

ucapan atau pun menerangkan arahan malah kedua – dua mereka hanya

menundukkan kepala sahaja. Apabila saya menyoal, mereka langsung tidak

memberikan jawapan atau balasan bagi persoalan saya. Mereka juga tidak akan

Page 2: JURNAL

mengulangi abjab , suku kata atau perkataan setelah saya menyuruh mereka

untuk mengulanginya. Sekirannya mereka terus berkelakuan sebegini , Mereka

akan mengalami masalah social pada masa yang akan datang.

3.0 Menganalisis isu yang difokuskan

Masalah pertuturan ialah disebabkan kecacatan lelangit atau bibir ialah

kerenggangan tulang mulut, tisu lembut, dan struktur bahagian atas bibir yang

mengganggu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang

sengau. Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain

damage) yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan.

Kanak-kanak akan menjadi sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara

yang betul.

Menurut Nasional Down Syndrome Society, USA (2003), terdapat 1

daripada 800 hingga 1000 kanak-kanak yang dilahirkan sebagai Sindrom Down

yang mengalami masalah pertuturan. Perkembangan mental dan fizikal kanakkanak

Sindrom Down lambat berbanding kanak-kanak biasa.

Ciri-ciri kanak-kanak Sindrom Down ialah mata yang condong ke bawah

atau ke atas , bentuk muka leper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan

bahagian belakang kepala adalah rata menyebabkan kepala kelihatan bulat.

telinga kecil dan selalunya berkedudukan rendah , bahagian dalam mulut lenih

kecil menyebabkan kuran ruang untuk lidah sehingga menyebabkannya terjelir

keluar , bentuk leher lebih pendek , kaki dan tangan pendek, tapak tangan juga

lebar dan rata, jari-jari pendek , tapak kaki lebar dan jari-jari kaki pendek , semasa

Page 3: JURNAL

bayi kanak-kanak ini mempunyai otot yang lemah dan terkepalai, serta lemah

tindak balas , 30 – 40 peratus kanak-kanak Sindrom Down menghadapi masalah

jantung , dan mata kelihatan juling.

3.2 Mengenal pasti kemungkinan penyebab kepada isu

3.2.1 Masalah Pertuturan

Masalah pertuturan ialah disebabkan kecacatan lelangit atau bibir ialah

kerenggangan tulang mulut, tisu lembut, dan struktur bahagian atas bibir yang

mengganggu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau.

Kanak-kanak Sindrom Down bukanlah mempunyai satu bentuk personaliti yang

seragam tetapi mereka mempunyai variasi tret personaliti dan temperan yang pelbagai.

Bagi bayi yang pada peringkat permulaannya tenang dan pendiam bertukar ceria,

bebas dan bersifat ingin tahu adalah disebabkan penjagaan, ransangan dan pendidikan

terutamanya semasa peringkat awal dan pertengahan zaman kanak-kanak dan

seterusnya. Terdapat juga kanak-kanak yang kurang upaya dan lemah bertukar

menjadi pemarah dan degil semasa remaja. Selain itu juga mereka akan mengalami

masalah pertuturan semasa pertukaran sifat. Mereka juga tidak mudah untuk bersosial

atau bertegur sapa kepada sesiapa yang mereka berkenalan pada kali pertama.

3.2.2 Proses Pengajaran dan Pembelajaran yang Tidak Berkesan

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung mereka tidak

akan bertutur atau pun mengulangi apa yang guru menyebut malah murid – murid lain

akan mengulanginya. Masalah pertuturan di kalangan murid – murid sindrom down

menyebabkan guru tidak mengetahuai yang hasil pelajaran yang diajar sudah dicapai

Page 4: JURNAL

ataupun tidak. Apabila guru memaksa mereka untuk bertutur mereka akan

menunujukkan perlakuan yang negative iaitu tidur ataupun menangis. Semasa mereka

memerlukan sesuatu barang ataupun benda mereka hanya mengerakkan tangan dan

tidak mengeluarkan suara. Mereka juga jarang untuk berkomunikasi dengan rakan –

rakan sekelas yang lain.

3.2.3. Bahan Bantu Mengajar Yang Tidak Menarik

Bahan bantu mengajar yang tidak menarik atau tidak merangsangkan mereka

untuk bertutur. Bahan Bantu Mengajar yang guru mengunakkan tidak meransangkan

mereka untuk bersuara malah hanya berfokuskan koordinasi tangan dan mata.

3.2.4 Pengaruh Rakan Sebaya

Oleh kerana murid – murid sindrom down ini tidak suka bertutur dan tidak suka

bersosial malah murid – murid lain juga tidak banyak berkomunikasi dengan mereka.

3.3 Mengenal pasti kelemahan isu yang difokuskan

Secara langsung , murid – murid sindrom down yang mangalami masalah

pertuturan akan menghadapi banyak masalah dan cabaran dalam kehidupan harian.

Murid – murid tersebut kurang atau dikatakan tidak akan berkomunikasi dengan guru –

guru , ibubapa , rakan – rakan dan masyarakat setempat. Selain itu apabila mereka

tidak mengulangi apa yang disebutkankan oleh guru dan ini akan menyebabkan mereka

akan mengalami kesukaran dalam kefasihan bahasa. Tambahan lagi , sebagai seorang

guru , beliau tidak boleh mengetahui kehendak murid tersebut dan isi hati murid

tersebut.

Page 5: JURNAL

3.4 Mengenal pasti kekuatan isu yang difokuskan

Sekiranya murid – murid tersebut berkomunikasi atau bertutur dengan baik

mereka mendapat banyak pegetahuan dan rakan – rakan baru. Mereka juga dapat

berinteraksi dengan baik macam orang atau masyarakat normal. Selain itu , sekiranya

mereka dapat bertutur dengan baik kefasihan bahasa mereka akan bertambah baik dan

mereka akan bertutur tanpa ada salah dalam sebutan. Tambahan lagi sebagai seorang

guru beliau boleh mengetahui kehendak murid tersebut dengan baik dan senang.

3.5 Meramal kesan dan akibat isu yang difokuskan

Sekiranya murid – murid sindrom down yang mengalami masalah pertuturan

tersebut dapat menukarkan sifat dan sikap mereka , mereka akan dapat bersosial dan

berinteraksi dengan semua orang seperti murid – muris normal. Mereka juga akan

berpeluang untuk mendapatkan lebih banyak kawan di sekolah tersebut. Murid – murid

ini juga dapat berkomunikasi di dalam sekolah seperti dengan guru , pengurus kantin

dengan membuat kerja – kerja mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Di luar

sekolah pula mereka dapat berinteraksi dengan pemandu bus , di gerai – gerai

makanan dan lain – lain tanpa menharapkan orang lain.

4.0 Kajian Masa lampau yang berkaitan isu

Rujuk Lampiran 1 : Design characteristics of healing garden for sindrom down children

in Malaysia

Page 6: JURNAL

5.0 Cadangan dan idea diberikan untuk menyelesaikan setiap punca

Saya telah memilih banyak langkah peryelesaian untuk mengatasi masalah

pertuturan bagi murid – murid sindrom down.

5.1 Terapi Pertuturan

Aktiviti intervensi bahasa iaitu guru akan berinteraksi dengan murid - murid dan

bercakap dengan mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku, objek, atau peristiwa

yang berlaku digunakan untuk merangsang perkembangan bahasa murid – murid

yang mengalami masalah pertuturan sindrom down. Guru juga akan menunjukkan

cara penyebutan yang betul dan menggunakan kaedah latih tubi untuk membina

kemahiran bertutur dan juga bahasa. Guru jangan terlalu banyak bertanya soalan

kepada mereka dan tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang

menjawab. Walau apa sahaja jawapan yang mereka berikan pun guru perlu

memberikan pujian kepada mereka seperti memberikan bintang , tepuk tangan dan

sebagainya. Guru perlu mengunakan ayat – ayat pendek semasa berinteraksi

dengan murid – murid masalah pertuturan di kalangan sindrom down.

5.2 Terapi artikulasi (alat pertuturan)

Melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi, dan latihan-latihan melalui tunjuk

cara penyebutan yang betul kepada murid - murid. Terapi ini dilaksanakan melalui

aktiviti permainan. Misalnya gurui akan menunjukkan cara menyebut sesuatu huruf,

misalnya “r” dengan bunyi yang betul. Selain itu dia juga akan menunjukkan cara

Page 7: JURNAL

bagaimana lidah perlu digerakkan untuk menghasilkan bunyi “r“ sebut. Dengan ini

murid – murid yang mengalami masalah pertuturan di kalangan Sindrom Down akan

memcuba untuk mengeluarkan suara dan bertutur.

5.3 Proses Pengajaran Dan pembelajaran yang menarik perhatian

Proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bahan bantu mengajar

yang menarik juga boleh membantu murid – murid masalah pertuturan di kalangan

sindrom down ini memcuba untuk bertutur. Guru boleh mengajar sambil bertutur, buat

aksi atau lakonan semasa waktu proses pengajaran dan pembelajaran juga secara

tidak langsung akan merangsangkan murid – muird ini bertutur. Selain itu , guru perlu

memberikan tumpun kepada satu perkara dan memberikan masa, peluang dan latihan

sebelum beralih kepada latihan baru. Sepanjangan proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung guru perlulah sentiasa berinteraksi dengan murid – murid

yang mangalami masalah pertuturan ini.

5.4 Susun atur kelas

Susunan meja dan kerusi juga memainkan peranan yang penting dalam

menangani masalah pertuturan di kalangan sindrom down. Guru boleh mengaturkan

kedudukan pelajar seperti murid – murid yang banyak bercakap dengan murid – murid

yang mengalami masalah pertuturan bersebelahan. Dengan ini juga guru boleh

meransangan murid – murid masalah pertuturan ini mula berinteraksi di kalangan rakan

– rakan. Rakan sekelas juga secara tidak langsung boleh merangsangan murid – murid

masalah pertuturan ini terus berkomunikasi.

Page 8: JURNAL

6.0 Tempoh masa yang ditetapkan untuk menyelesaikan isu yang dikenal pasti

4 Minggu iaitu 21 March hingga 15 April 2011( Sepanjang pratikum)

7.0 Tindakan susulan dirancang untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu yang

dikenal pasti

7.1 Pelan tindakan / Jadual Kerja / Senarai Semak

MINGGU

PELAN

1 2 3 4

Terapi Pertuturan

Terapi artikulasi (alat pertuturan)

Proses Pengajaran Dan

pembelajaran yang menarik

perhatian.

5.4 Susun atur kelas

8.0 Pelaksanaan terhadap langkah – langkah penambahbaikkan dijalankan

8.1 Terapi pertuturan

Saya menjalankan terapi pertuturan ini selama saya menjalani pratikum saya

kepada murid – murid masalah pertuturan di kalangan sindrrom down ini. Se

Page 9: JURNAL

bagai contoh saya telah mengaplikasikan terapi pertuturan ini semasa saya

berbual dengan murid – murid masalah pertuturan ini.Semasa mereka

memberikan salam kepada saya sebaik sahaja saya memasuki ke kelas

pendidikan khas 2 , saya akan bertanya khabar , menanyakan sama ada

mereka sudah makan atau pun tidak. Saya selalu menggunakan ayat – ayat

yang pendek semasa berkomunikasi dengan mereka. Selain itu , saya selalu

mengunakan arahan – arahan yang pendek dan jelas semasa berinteraksi

dengan mereka. Saya selalu peka terhadap balasan yang diberikan oleh

murd – murid tersebut . Saya akan bertepuk tangan sekiranya mereka hanya

mengeluarkan sebarang bunyi atau membuat sesuatu yang betul. Ini juga

akan merangsangkan mereka untuk bertutur.

8.2 Terapi artikulasi (alat pertuturan)

Saya mengaplikasikan terapi artikulasi ini semasa saya mengajar mata

pelajran Bahasa Malaysia bagi kelas mereka. Saya mengajar mereka bunyi –

bunyi huruf vocal dan konsonan. Saya akan menayangkan video yang

mengeluarkan suara atau lebih dikatakan bunyi huruf. Semua murid akan

mengulangi huruf tersebut dan saya juga mendapati bahawa pendengaran

mereka adalah amat tajam dan murid – murid masalah pertuturan di

kalangan sindrom down ini mengerakkan mulut tetapi tidak mengeluarkan

suara. Salah seorang murid – murid masalah pertuturan ini telah bertutur

dengan sekali sekala sekiranya guru mengulangi huruf tersebut untuk

beberapa kali dan saya juga mendapati mereka suka mempelajarinya pada

proses pengajaran dan pembelajaran yang lepas.

Page 10: JURNAL

8.3 Proses Pengajaran Dan pembelajaran yang menarik perhatian

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran saya selalu atau lebih

dikatakan kerap kali mengunakan video klip yang mengeluarkan bunyia dan

juga suara. Murid- murid yang bermasalah pertuturan ini sukakan benda

benda yang berbunyi. Setelah saya menggunakan bahan bantu mengajar

yang menyeronokan seperti setelah satu huruf disebut oleh komputer riba

murid – murid perlu mengulanginya.Salah seorang murid boleh bertutur

sekiranya kita memberikan masa yang mencukupi untuk murid tersebut

mengulanginya.Mereka juga amat peka terhadap setiap pujian yang saya

berikan seperti tepuk tangan , bagus , baik dan sebagainya.Salah seorang

lagi hanya boleh mengerakkan mulut tetapi tidak mengeluarkan bunyi.

Sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik diteruskan

saya berasa murid tersebut juga boleh bertutur dalam jangka masa yang

singkat.

8.4 Susun atur kelas

Saya telah menyusun kedudukan meja dan kerusi pelajar seperti murid –

murid yang banyak bercakap dengan murid – murid yang mengalami

masalah pertuturan bersebelahan. Dengan ini juga saya telah meransangan

murid – murid masalah pertuturan ini mula berinteraksi di kalangan rakan –

rakan. Hasil yang saya mendapati adalah murid – muird masalah pertuturan

di kalangan sindrom down ini mula bergaul dengan rakan – rakan yang lain

Page 11: JURNAL

tetapi hanya berinteraksi melalui pergerakan tangan sahaja.Ini merupakan

satu hasi yang amat memberangsangkan saya.

9.0 Kesimpulan atau refleksi

Sepanjang saya menjalankan sesi pratikum ini , saya telah memberikan fokus

kepada isu masalah pertuturan di kalangan sindrom down dalam kelas Pendidikan

khas 2. Saya telah menjalankan beberapa langkah untuk memberikan murid – murid

ini untuk bertutur seperti murid – murid yang lain di dalam kelas tersebut. Hasil yang

saya dapat pada akhir adalah salah seorang murid boleh berkomunikasi dengan

saya tetapi dia bertutur agak perlahan sedikit dan salah seorang lagi adalah

menunujukkan sedikit perubahan iaitu dia hanya berkomunikasi dengan saya guru –

guru lain dan juga dengan rakan – rakanya melalui pergerakan tangan dan juga

muka. Saya berasa amat gembira dan berpuas hati dengan hasil yang saya dapat

kepada isu yang saya telah fokuskan ini.

Page 12: JURNAL