jurnal 5

2
JURNAL 5 MINGGU KEENAM 27 OGOS 2012 – 31 OGOS 2012 PEMILIHAN FOKUS Daya ingatan murid MENGANALISIS Saya telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ke atas murid pemulihan. Saya dapati daya ingatan mereka sangat lemah. Mereka cepat lupa dan proses ingatan mereka hanya dalam masa jangka pendek. Hal ini dilihat sangat ketara pada murid darjah 3 iaitu Asnawi dan Saifuddin. Saya mengajar mereka pemulihan Matematik. Saya menjalankan aktiviti bermain bowling dengan mereka. Dalam aktiviti bowling tersebut, murid-murid diminta menolakkan jumlah asal pin bowling dengan bilangan pin bowling yang jatuh dan nyatakan baki pin bowling yang tinggal. Saya minta mereka menulis proses penolakan tersebut dalam ayat matematik pada papan putih. Apa yang menyebabkan saya mengatakan ingatan mereka terlalu singkat kerana mereka telah menolak bilangan tersebut berulang-ulang kali, namun mereka masih lagi mengira hasil penolakan tersebut. Mereka tidak dapat mencongak terus atau menyatakan terus baki penolakan tersebut. Contohnya, balingan pertama Asnawi mendapat 10-3=7. Balingan yang kedua juga 10-3=7, tetapi Asnawi masih mengira hasil penolakan tersebut dan begitu balingan-balingan yang seterusnya apabila dia mendapat kiraan yang sama. PERASAAN / BISIKAN HATI Perasaan :

Upload: anati-azizan

Post on 07-Aug-2015

15 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal 5

JURNAL 5

MINGGU KEENAM

27 OGOS 2012 – 31 OGOS 2012

PEMILIHAN FOKUS

Daya ingatan murid

MENGANALISIS

Saya telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ke atas murid pemulihan.

Saya dapati daya ingatan mereka sangat lemah. Mereka cepat lupa dan proses

ingatan mereka hanya dalam masa jangka pendek. Hal ini dilihat sangat ketara pada

murid darjah 3 iaitu Asnawi dan Saifuddin. Saya mengajar mereka pemulihan

Matematik. Saya menjalankan aktiviti bermain bowling dengan mereka. Dalam aktiviti

bowling tersebut, murid-murid diminta menolakkan jumlah asal pin bowling dengan

bilangan pin bowling yang jatuh dan nyatakan baki pin bowling yang tinggal. Saya

minta mereka menulis proses penolakan tersebut dalam ayat matematik pada papan

putih. Apa yang menyebabkan saya mengatakan ingatan mereka terlalu singkat

kerana mereka telah menolak bilangan tersebut berulang-ulang kali, namun mereka

masih lagi mengira hasil penolakan tersebut. Mereka tidak dapat mencongak terus

atau menyatakan terus baki penolakan tersebut. Contohnya, balingan pertama

Asnawi mendapat 10-3=7. Balingan yang kedua juga 10-3=7, tetapi Asnawi masih

mengira hasil penolakan tersebut dan begitu balingan-balingan yang seterusnya

apabila dia mendapat kiraan yang sama.

PERASAAN / BISIKAN HATI

Perasaan :

Saya berasa simpati dengan anak-anak murid saya kerana begitu singkat ingatan

mereka terhadap sesuatu perkara. Perkara ini juga sedikit sebanyak menguji

kesabaran saya dalam mendidik mereka. Selain itu juga, hal ini telah membuat saya

berasa sedih dan amat bersyukur kerana saya dilahirkan dengan sempurna dan

cukup sifatnya. Saya juga amat bersyukur kerana dikurniakan akal fikiran yang baik

dan cerdas. Perkara ini begitu banyak memotivasikan saya.

Kesedaran / Harapan :

Berdasarkan apa yang berlaku, saya sedar bahawa saya perlu melakukan sesuatu

Page 2: Jurnal 5

JURNAL 5

kepada mereka. Dalam subjek matematik, kebiasaannya murid perlu kerap diberikan

latihan dalam pengiraan supaya mereka dapat menguasai sesuatu topik tersebut.

Selain itu, dalam pelajaran ini juga, aktiviti pengulangan perlu kerap dijalankan.

Kaedah ini bertujuan supaya ingatan mereka lebih kukuh.

CADANGAN / TINDAKAN

Untuk pengajaran akan datang, saya akan :

Mengaplikasikan teknik-teknik untuk mengingat supaya ingatan anak-anak

murid saya lebih kukuh.

Menggunakan teknik latih tubi supaya mereka dapat mengukuhkan lagi

kemahiran pengiraan mereka.

Melakukan pengulangan tentang sesuatu tajuk atau kemahiran berulang kali

sehingga saya rasakan mereka telah menguasai tentang tajuk tersebut.

Perbanyakan soalan di dalam lembaran kerja serta latihan sebagai kerja

rumah.