jurnal 1

2
Bilangan Jurnal : 1 / 8 Minggu Praktikum : Pertama Tarikh Peristiwa : 14 Julai hingga 18 Julai 2014 Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK Kantan Permai, Kajang Pada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum melaporkan diri kepada En. Abdull Razak bin Mustofah selaku Guru Besar di SK Kantan Permai, Kajang. Semasa sampai di sekolah tersebut, saya dan rakan terus bergerak ke pejabat sekolah untuk berjumpa dengan guru besar. Namun begitu, saya mendapat arahan untuk menghadirkan diri dahulu di tapak perhimpunan sebelum bejumpa dengan guru besar. Semasa di tapak perhimpunan, saya berpeluang beramah mesra dengan guru-guru sekolah tersebut. Semasa perhimpunan berlangsung, saya dan rakan praktikum sangat terharu kerana kedatangan kami sangat dialu-alukan di sekolah tersebut. Semua guru praktikum diperkenalkan di hadapan perhimpunan dan saya diarah berdiri bagi memperkenalkan diri kepada murid. Setelah selesai perhimpunan, saya dan rakan yang lain dipanggil ke pejabat sekolah untuk berjumpa dengan guru besar. Pertama sekali, guru besar memberikan taklimat ringkas berkaitan latar belakang dan carta organisasi sekolah tersebut. Dalam taklimat yang diberikan, beliau turut menerangkan peraturan sekolah dan cara berpakaian bagi seorang guru Pendidikan Jasmani memandangkan saya bakal mengajar subjek tersebut di sekolah. Selain itu, beliau turut menerangkan latar belakang murid di kawasan sekolah tersebut serta layanan yang perlu diberikan kepada murid. Setelah selesai melaporkan diri, saya dan rakan ke bilik guru bagi beramah mesra dan berkenalan dengan guru-guru SK Kantan Permai. Saya bersalaman dengan semua guru di bilik guru di samping memperkenalkan diri selaku guru praktikum di sekolah itu selama dua bulan. Saya dan rakan turut memantau kawasan sekolah untuk mengenal pasti pelan bilik darjah serta bilik- bilik yang lain. Kemudian, saya diberitahu bahawa saya perlu mengajar pada sesi persekolahan petang. Oleh itu, saya telah berjumpa dengan Penyelia Petang, iaitu Pn. Norleha binti Adam pada hari tersebut. Beliau memberikan sedikit taklimat berkaitan waktu persekolahan bagi sesi petang dan sedikit tips berkaitan cara mendapatkan perhatian di dalam kelas. Pada pendapat saya, pesanan yang diberikan sangat berguna dan membantu saya dalam aspek pengurusan bilik darjah kelak. Seterusnya, beliau meminta saya dan rakan berjumpa dengan beliau pada hari Rabu bagi mendapatkan jadual kelas. Pada hari kedua, Pn. Norleha memberikan jadual kelas kepada saya dan rakan saya. Beliau turut memberitahu nama guru pembimbing saya iaitu

Upload: fazlin-ayuni

Post on 17-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

praktikal

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal 1

Bilangan Jurnal : 1 / 8

Minggu Praktikum : Pertama

Tarikh Peristiwa : 14 Julai hingga 18 Julai 2014

Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK Kantan Permai, Kajang

Pada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum melaporkan diri kepada En. Abdull

Razak bin Mustofah selaku Guru Besar di SK Kantan Permai, Kajang. Semasa sampai di

sekolah tersebut, saya dan rakan terus bergerak ke pejabat sekolah untuk berjumpa dengan

guru besar. Namun begitu, saya mendapat arahan untuk menghadirkan diri dahulu di tapak

perhimpunan sebelum bejumpa dengan guru besar. Semasa di tapak perhimpunan, saya

berpeluang beramah mesra dengan guru-guru sekolah tersebut.

Semasa perhimpunan berlangsung, saya dan rakan praktikum sangat terharu kerana

kedatangan kami sangat dialu-alukan di sekolah tersebut. Semua guru praktikum

diperkenalkan di hadapan perhimpunan dan saya diarah berdiri bagi memperkenalkan diri

kepada murid. Setelah selesai perhimpunan, saya dan rakan yang lain dipanggil ke pejabat

sekolah untuk berjumpa dengan guru besar. Pertama sekali, guru besar memberikan

taklimat ringkas berkaitan latar belakang dan carta organisasi sekolah tersebut. Dalam

taklimat yang diberikan, beliau turut menerangkan peraturan sekolah dan cara berpakaian

bagi seorang guru Pendidikan Jasmani memandangkan saya bakal mengajar subjek

tersebut di sekolah. Selain itu, beliau turut menerangkan latar belakang murid di kawasan

sekolah tersebut serta layanan yang perlu diberikan kepada murid.

Setelah selesai melaporkan diri, saya dan rakan ke bilik guru bagi beramah mesra dan

berkenalan dengan guru-guru SK Kantan Permai. Saya bersalaman dengan semua guru di

bilik guru di samping memperkenalkan diri selaku guru praktikum di sekolah itu selama dua

bulan. Saya dan rakan turut memantau kawasan sekolah untuk mengenal pasti pelan bilik

darjah serta bilik-bilik yang lain. Kemudian, saya diberitahu bahawa saya perlu mengajar

pada sesi persekolahan petang. Oleh itu, saya telah berjumpa dengan Penyelia Petang, iaitu

Pn. Norleha binti Adam pada hari tersebut. Beliau memberikan sedikit taklimat berkaitan

waktu persekolahan bagi sesi petang dan sedikit tips berkaitan cara mendapatkan perhatian

di dalam kelas. Pada pendapat saya, pesanan yang diberikan sangat berguna dan

membantu saya dalam aspek pengurusan bilik darjah kelak. Seterusnya, beliau meminta

saya dan rakan berjumpa dengan beliau pada hari Rabu bagi mendapatkan jadual kelas.

Pada hari kedua, Pn. Norleha memberikan jadual kelas kepada saya dan rakan saya.

Beliau turut memberitahu nama guru pembimbing saya iaitu Pn. Asmawati dan Pn. Roshida.

Page 2: Jurnal 1

Beliau memanggil kedua-dua guru pembimbing saya ke biliknya bagi mengadakan sedikit

perbincangan. Kami memperkenalkan diri kepada guru pembimbing seterusnya berbincang

berkaitan jadual waktu pembelajaran. Beliau menerangkan sedikit sebanyak tentang

sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran tahunan Seterusnya, saya meminta dokumen

KSSR Matematik dan Pendidikan Jasmani daripada kedua-dua guru pembimbing. Selain itu,

pada hari tersebut juga saya berpeluang melihat sendiri cara guru pembimbing saya, iaitu

Pn. Roshida mengajar kelas Cerdik iaitu kelas yang bakal saya mengajar kelak.

Kemudian, saya memasuki kelas tersebut dan saya mengadakan sesi perkenalan

dengan murid-murid kelas 3 Cerdik. Saya memberitahu kepada murid bahawa saya akan

mengajar kelas tersebut bagi subjek Pendidikan Jasmani. Saya berasa sungguh seronok

dan teruja untuk mengajar kelas tersebut setelah berkenalan dengan mereka. Pada hari

ketiga pula, saya memasuki kelas kedua saya iaitu kelas 3 Ceria untuk kali pertama. Saya

akan mengajar subjek Matematik kepada murid kelas tersebut. Sebelum memulakan sesi

pengajaran, saya mengadakan sesi Ice Breaking bersama murid. Melalui sesi ini, saya

dapat mengenali murid saya dengan lebih mudah.

Akhir sekali, saya berharap agar saya dapat menyesuaikan diri sedikit demi sedikit

dengan persekitaran sekolah dan dapat meneruskan tugasan praktikum saya dengan lebih

lancar pada minggu seterusnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : ____________________ Tandatangan : ____________________

Nama : ____________________ Nama : ____________________

Tarikh : ____________________ Tarikh : ____________________