jurnal 1

5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH NAMA PELAJAR : NURDIYANAH BINTI JINLI KURSUS : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN 4 AMBILAN : JANUARI 2012 PENGKHUSUSAN : PENDIDIKAN KHAS Catatan Minggu Ke : (1). Tarikh : 28 September 2015 hingga 2 Oktober 2015 Masalah/ Isu/Peristiwa yang difokuskan Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Keningau merupakan sekolah yang menjadi tempat Internship saya dan beberapa rakan seperjuangan yang lain. Sekolah ini agak besar dan mampu menampung sejumlah besar murid dan warga sekolah umumnya. Lokasi sekolah ini terletak di kawasan yang agak jauh daripada bandar namun berhampiran dengan kampung dan jug ataman perumahan mennyebabkan sekolah ini menjadi salah satu pilihan. Saya telah diberikan tanggungjawab untuk mengajar sebuah kelas pendidikan khas bagi subjek Bahasa Malaysia tahun 1. Melihat kepada keadaan sebenar murid yang agak aktif dan sukar dikawal sedikit sebanyak menggugat keyakinan saya dalam

Upload: deanajee

Post on 04-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

internship

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA KEDAH

NAMA PELAJAR : NURDIYANAH BINTI JINLI

KURSUS : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN 4

AMBILAN : JANUARI 2012

PENGKHUSUSAN : PENDIDIKAN KHAS

Catatan Minggu Ke : (1). Tarikh : 28 September 2015 hingga 2 Oktober 2015

Masalah/ Isu/Peristiwa yang difokuskan

Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Keningau merupakan sekolah yang

menjadi tempat Internship saya dan beberapa rakan seperjuangan yang lain.

Sekolah ini agak besar dan mampu menampung sejumlah besar murid dan warga

sekolah umumnya. Lokasi sekolah ini terletak di kawasan yang agak jauh daripada

bandar namun berhampiran dengan kampung dan jug ataman perumahan

mennyebabkan sekolah ini menjadi salah satu pilihan. Saya telah diberikan

tanggungjawab untuk mengajar sebuah kelas pendidikan khas bagi subjek Bahasa

Malaysia tahun 1.

Melihat kepada keadaan sebenar murid yang agak aktif dan sukar dikawal

sedikit sebanyak menggugat keyakinan saya dalam mengendalikan kelas kelak.

Saya kemudian banyak menjalankan temubual dan pemerhatian ke atas murid-

murid tersebut. Berbekalkan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang

praktikum yang lepas sedikit sebanyak telah memberikan saya dorongan yang baik

untuk melaksanakan tugas dengan baik. Murid-murid yang kebanyakannya

merupakan seorang murid autism dan lewat perkembangan mencabar kebolehan

saya sebagai seorang bakal guru dan saya mula merangka kaedah serta teknik

yang sesuai untuk digunakan di dalam kelas.

Page 2: JURNAL 1

ANALISIS MASALAH

Berdasarkan pemerhatian dan temu bual yang telah saya jalankan dalam

waktu seminggu pertama ini sebenarnya telah memberikan saya pelbagai konsep

dan pengetahuan mengenai murid yang perlu saya sediakan dalam menjalankan

sesi pengajaran dan pembelajaran selama 3 minggu. Bagi mengatasi masalah ini,

saya ada merujuk kepada beberapa buku dan juga teori yang pernah digunakan

oleh tokoh terdahulu.

Aspek yang pertama saya lihat dari aspek tingkah laku murid di dalam kelas

dan juga di luar kelas. Tingkah laku yang sukar dikawal menyebabkan mereka tidak

dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan sebaiknya dan

sepenuhnya. Analisis yang pertama ini berkaitan dengan punca seseorang murid itu

melakukan kesalahan tingkah laku. Menurut Hanry K.Wong (1998) kebanyakan

masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri.

”Most behaviour problems in the classroom are caused by teacher’s failure to

teach students how to follow the procedure”

Pelbagai teknik, kaedah dan pendekatan yang boleh saya gunakan di dalam

kelas dan kreativiti seorang guru itu mampu mengubah tingkah laku seorang murid

yang sukar dikawal. Hal ini demikian kerana, muid berada dalam golongan kelainan

upaya di mana ada kalanya tingkah laku mereka adalah perkara yang

sememangnya sukar dikawal. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mereka

bentuk satu pengajaran yang menarik bagi memastikan mereka dapat mengikuti sesi

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dalam konteks ini, guru perlu

bertanggungjawab untuk mengawal kelas dan memastikan disiplin serta memainkan

peranan untuk menghadapi masalah pejar yang tidak memberi perhatian semesa

proses yang dijalankan.

Saya cuba menganalisis masalah-masalah tersebut. Adakah komunikasi guru

yang tidak berkesan dalam bilik darjah memberi kesan terhadap disiplin murid-murid

dalam bilik darjah.

Page 3: JURNAL 1

”Komunikasi adalah di antara kemahiran penting yang harus ada pada guru.

Jurang dalam maksud diantara mesej yang hendak disampaikan dan yang diterima

akan menggangu keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

(Rogers, 1962)

Daripada analisis masalah ini dapat dihuraikan bahawa kebiasaan pelatih

yang baru menjalani latihan praktikum akan merasakan kurang selesa dan kurang

berkeyakinan dengan kebolehan diri. Mereka akan diganggu oleh pelbagai perasaan

yang merunsingkan diri mereka. Ini menjadi kebiasaan pada setiap pelatih yang baru

berkhidmat di sekolah.

CADANGAN PENYELESAIAN

Saya telah menyediakan beberapa langkah untuk mengurangkan masalah

keraguan dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Langkah-langkah tersebut ialah:

a) Merancang rancangan pengajaran yang mudah dan bersesuaian dengan

tahap murid untuk memastikan mereka mampu memahami proses

pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas dengan berkesan.

b) Rancangan pengajaran harian (RPH) adalah bertepatan dengan peruntukan

masa yang ditetapkan.

c) Sentiasa memberikan peneguhan yang positif.

d) Menetapkan rutin dan peraturan kelas

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan cuba untuk mengatasi masalah ini dengan mengikuti langkah-

langkah yang telah saya sediakan. Saya juga akan meminta bantuan guru

pembimbing dan juga guru yang mengajar matapelajaran pengurusan diri bagi kelas

tersebut untuk bertanyakan pendapat bagaimana untuk mengawal kelas tersebut.

Page 4: JURNAL 1

KESIMPULAN

Tuntasnya, masalah yang berlaku merupakan salah satu proses pengajaran

kepada diri saya dan membolehkan saya mengaplikasikan teori yang telah saya

pelajari.

PANDANGAN/KOMEN GURU PEMBIMBING

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

Tarikh :…………………………… Tandatangan :………………………………

Nama :…………………………….

PANDANGAN/KOMEN PENSYARAH PEMBIMBING

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

Tarikh :…………………………… Tandatangan :………………………………

Nama :……………………………