jsu

3
Pendahuluan Ujian merupakan indikator terbaik untuk mengukur sejauh manakah tahap kebolehan dan pencapaian murid .Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Item (JSI). JSI adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSI disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSI dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.

Upload: khairul-zamri

Post on 17-Feb-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sdds

TRANSCRIPT

Page 1: Jsu

Pendahuluan

Ujian merupakan indikator terbaik untuk mengukur sejauh manakah tahap kebolehan

dan pencapaian murid .Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi yang

ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian.

Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi

komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat

bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan

pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas

ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Item (JSI).

JSI adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi

kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san pemberatan

taburan aras kesukaran. Tujuan JSI disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang

lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti

aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSI dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai

kesahan dan keutuhan.

  Kubiszyn dan Borich (2003) berpendapat, JSI adalah carta dua hala yang

mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta tersebut

menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan

konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.

Page 2: Jsu

Kesimpulan

Dalam penilaian atau ujian , JSI memainkan peranan yang penting kerana dapat

menguji tahap kebolehan seseorang pelajar dengan betul. Justeru itu, JSI wajar diguna pakai

oleh guru untuk menyediakan ujian. Oleh itu, kami berpendapat, semua soalan yang digubal

perlu berdasarkan pada JSI yang telah ditetapkan agar keputusan markah yang diperoleh

adalah rasional dan mampu dijadikan nilai kesahan yang tinggi. Selain daripada menjadikan

kerja pentaksiran yang ingin dilaksanakan menjadi mudah, ia juga membantu memudahkan

lagi pembinaan item-item soalan yang dikehendaki mengikut ketetapan yang telah dibuat

melalui pembinaan JSI .Hal ini secara tidak langsung memudahkan kerja guru memberi

markah mengikut sistem pemarkahan standard dalam pengajaran Bahasa Melayu Sekolah

Rendah khususnya.