jsu

2
Jadual Spesifikasi Ujian Jadual spesifikasi ujian (JSU) dihasilkan untuk menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan sampel item-item soalan. JSU penting bagi mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi. Selain itu, dalam JSU juga, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk deberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pembelajaran. Penghasilan JSU juga dapat menjami kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Guru lain juga boleh mengikut atau merujuk kepada JSU yang dihasilkan bagi membina ujian yang sama. Tahap dan aras kesukaran ujian juga dapat distabil dan diseimbangkan dari setahun ke setahun. Melalui JSU juga, perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain. Bagi membina dan menyediakan JSU, beberapa aspek perlu ditekankan seperti : Bentuk dan panjang ujian. Aras kesukaran dan aras kemahiran yang diuji. JSU yang dirancang dengan baik dapat membantu dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid- murid yang diuji.

Upload: wan-faiz

Post on 02-Oct-2015

8 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jsu

TRANSCRIPT

Jadual Spesifikasi UjianJadual spesifikasi ujian (JSU) dihasilkan untuk menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan sampel item-item soalan. JSU penting bagi mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi. Selain itu, dalam JSU juga, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk deberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pembelajaran. Penghasilan JSU juga dapat menjami kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Guru lain juga boleh mengikut atau merujuk kepada JSU yang dihasilkan bagi membina ujian yang sama. Tahap dan aras kesukaran ujian juga dapat distabil dan diseimbangkan dari setahun ke setahun. Melalui JSU juga, perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.

Bagi membina dan menyediakan JSU, beberapa aspek perlu ditekankan seperti : Bentuk dan panjang ujian. Aras kesukaran dan aras kemahiran yang diuji. JSU yang dirancang dengan baik dapat membantu dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang diuji. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif. Penggubal soalan mesti menetukan jumlah soalan untuk ujian itu. Masa mestilah cukup supaya 80% daripada keseluruhan murid dapat menjawab soalan.

Saya telah merujuk dan menggunakan Taksonomi Bloom dalam menentukan aras soalan yang hendak dibina. Penentuan aras adalah mengikut kepada penentuan aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Melalui 6 aras ini, saya telah membina soalan ujian bagi tajuk peratus untuk murid tahun 5. Namun begitu, tidak kesemua aras diguna pakai kerana soalan yang dibina oleh saya hanya sampai ke aras 4, iaitu analisis. Jadual spesifikasi ujian yang telah saya bina adalah mengikut hasil pembelajaran tajuk peratus bagi tahun 5 mengikut kepada huraian sukatan pelajaran.