jpendidikan30[03]

Download Jpendidikan30[03]

If you can't read please download the document

Upload: muahaha-ting

Post on 20-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pendidikan

TRANSCRIPT

Jpendidikan30[03].pmd

Profil Pemprosesan Kognitif Pelajar Pintar Cerdas Akademik di Sekolah Menengah ROSADAH ABD MAJID NORIAH MOHD ISHAK ZALIZAN MOHD JELAS ABSTRAK Pelajar-pelajar pintar cerdas akademik adalah pelajar yang menunjukkan bakat dalam akademik pada satu-satu tahap tertentu. Seramai 33 orang pelajar pintar cerdas akademik (PCA) yang telah mendapat gred A untuk semua mata pelajaran pada peringkat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sebuah sekolah di negeri Selangor telah diuji pemprosesan kognitif mereka dengan menggunakan instrumen Sistem Penilaian Kognitif (SPK). SPK menilai pemprosesan kognitif: Perhatian, Serentak, Berturutan, dan Perancangan. Hasil analisis penskalaan multi dimensi ke atas data memberikan dua jenis prototaip pemprosesan kognitif pelajar PCA. Pelajar PCA yang mempamerkan proses Perhatian yang tinggi, turut mempamerkan proses Berturutan yang tinggi jika dibandingkan dua prototaip tersebut. Namun proses Perancangan dan proses Serentak kumpulan ini adalah rendah. Sebaliknya pelajar PCA yang mempamerkan proses Perhatian yang rendah turut mempamerkan proses Berturutan yang rendah. Namun proses Perancangan dan proses Serentak mereka adalah tinggi. Dapatan kajian ini mencadangkan dua jenis mekanisme pemprosesan kognitif di kalangan pelajar-pelajar PCA. Jenis yang pertama menggunakan pemprosesan kognitif Perhatian dan Berturutan apabila pemprosesan kognitif Perancangan dan Serentaknya rendah. Jenis yang kedua pula menggunakan pemprosesan kognitif Perancangan dan Serentak apabila pemprosesan kognitif Perhatian dan Berturutannya rendah. ABSTRACT Academically talented students were defined as students who exhibited talent in academic fields at a particular stage of development. Thirty-three academically talented students from a secondary school in the state of Selangor were involved in the study. These students had achieved grade A in all subjects sat for in a national standardized examination, the Lower Secondary Assessment (Penilaian Menengah Rendah-PMR). An adapted version of an instrument, the Cognitive Assessment System was used to measure the students cognitive processing namely; Planning, Attention, Simultaneous, and Successive. Multi dimensional scaling analysis was carried out on the data to reveal two prototypes of academically talented student in cognitive processing. Those who scored highly in Attention also scored highly in Successive. However, their scores in Planning and Simultaneous processes were low. Another prototype of academically talented students scored low in Attention and Successive processing. Nevertheless, their scores in Planning and Simultaneous were high. These findings propose to suggest two types of cognitive processing mechanisms among academically talented students. The first type of mechanism utilized Attention and Successive cognitive processing, when their Planning and Simultaneous cognitive processing were low. The second type of mechanism utilized Planning and Simultaneous processing when their Attention and Successive cognitive processing were low. PENGENALAN Pintar cerdas akademik (PCA) adalah takrifan yang diberikan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada tahap-tahap tertentu (Piirto 1999). Sekiranya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di ambil sebagai ukuran pencapaian akademik pada akhir tahun enam persekolahan di sekolah rendah, keputusan UPSR boleh digunakan untuk mengenalpasti pelajar yang pintar cerdas akademik pada tahap itu. Pelajar-pelajar PCA pada tahap UPSR ialah pelajarpelajar yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Kaedah menentukan pelajar PCA berdasarkan peperiksaan setara kebangsaan seperti ini juga telah digunakan di Hong Kong (Chan 2000). Shabazz (2000) juga mendefinisikan pelajar-pelajar pintar cerdas akademik berdasarkan pencapaian 10% teratas di dalam kelas, dalam pencapaian akademik. Walaupun ramai di kalangan pelajar-pelajar PCA pada tahap UPSR, telah diambil belajar di sekolah-sekolah menengah Berasrama Penuh (SBP) dan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), namun ramai lagi pelajar-pelajar PCA dan pelajar-pelajar yang berbakat dalam akademik (BA) masih tinggal belajar di sekolah-sekolah menengah harian biasa. Pelajar-pelajar BA walaupun tidak cemerlang dalam peperiksaan, namun menurut penilaian guru-guru yang pernah mengajar mereka, mereka berpotensi untuk menjadi cemerlang. Justeru sebilangan besar para pelajar berpotensi menjadi sumber tenaga profesional yang amat diperlukan untuk memajukan negara di masa akan datang. Oleh itu sistem pendidikan di Malaysia wajar sensitif kepada keperluan pelajar-pelajar PCA dan BA yang ada di sekolah-sekolah. Perkara pertama yang perlu diketahui oleh semua pihak sebelum merancang program pendidikan pintar cerdas ialah tentang ciri-ciri pelajar pintar cerdas tersebut. Ciri-ciri pelajar PCA dan BA memberi implikasi terhadap keperluan pendidikan mereka. PELAJAR PINTAR CERDAS Bee (1997) mengkategorikan perkembangan pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat (PCB) sebagai perkembangan yang berbeza daripada biasa. Pelajarpelajar PCB mempamerkan ciri-ciri khas dalam aspek-aspek pemprosesan kognitif, personaliti dan tingkah laku (Bee 1997; Kyle 1998; Mills 1993; Piirto 1999; Renzulli et al. 2000). Perbezaan tersebut perlu kepada pendekatan pendidikan yang bersesuaian (Gallagher & Gallagher 1994). Pelajar-pelajar berpersonaliti jenis sensing-Smisalnya lebih cenderung untuk belajar secara praktis dengan melakukan eksperimen yang melibatkan pengendalian benda maujud. Ini berbeza dengan pelajar yang berpersonaliti jenis Intuition-N yang lebih cenderung untuk belajar secara intuisi atau penghasilan makna dari apa yang diperhatikan, dibaca, atau didengarinya. Menyedari hakikat tentang keperluan untuk menyediakan pendidikan yang sesuai bagi pelajar berbakat dalam akademik, Kementerian Pelajaran telah menyediakan program SBP untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar bumiputera yang berpotensi. Ini merupakan sebahagian daripada Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi diantara bumiputera dan bukan bumiputera (Abd Majid 1994). Pelajar-pelajar berkenaan dipilih berdasarkan keputusan UPSR yang cemerlang, status sosio ekonomi yang rendah, ciri-ciri kepemimpinan, dan keterlibatan mereka dalam aktiviti ko kurikulum. Bagi pelajar-pelajar yang datang dari luar bandar dan bagi pelajar-pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah, SBP menyediakan infrastruktur yang lebih sesuai untuk perkembangan bakat akademik mereka (Abd Majid 1994). KOGNITIF Dalam aspek pemprosesan kognitif, pelajar-pelajar PCB biasanya apabila diuji dengan ujian-ujian psikometrik akan mendapat skor Darjah Kecerdasan (DK) atau Intelligent Quotion (IQ) yang melebihi 130 (Kyle 1998). Namun dalam konteks pendidikan di Malaysia ujian untuk menentukan DK bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan di sekolah-sekolah. Alat untuk mengukur DK juga tidak terdapat di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Walaupun potensi kognitif pelajar tidak diukur dengan ujian-ujian penentu DK, namun potensi kognitif dalam bentuk potensi akademik dapat dilihat daripada keputusan peperiksaan yang cemerlang. Terdapat dari kalangan pelajarpelajar sekolah harian biasa yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan setara kebangsaan seperti UPSR dan PMR. Satu kaedah untuk menentukan potensi kognitif pelajar perlu diwujudkan di sekolah-sekolah di Malaysia. Langkah ini dapat memberikan maklumat awal tentang potensi kognitif para pelajar. Maklumat ini perlu diketahui oleh guru untuk melihat sejauh mana pelajar-pelajar yang dikenalpasti mempunyai potensi kognitif yang tinggi untuk cemerlang dalam akademik. Kecemerlangan tersebut membuktikan bahawa pelajar itu telah berjaya mencapai ke tahap potensinya yang sebenar. Kegagalan pula bererti mereka mengalami fenomena tidak mencapai tahap (TMT) atau underachievement. Adalah menjadi matlamat pendidikan negara untuk mengelakkan fenomena TMT. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menetapkan agar potensi setiap pelajar dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu. Lovecky (1994) mencirikan pelajar-pelajar PCB seperti berikut; sering menganggap perkara-perkara mudah sebagai rumit, sentiasa mahukan ketepatan, menganggap perkara rumit sebagai mudah, berkeupayaan untuk menaakul ideide yang abstrak, cepat memahami unsur-unsur utama dalam sesuatu isu, sangat empati, ingatan yang kuat, dan berkecenderungan untuk menjadi terlalu asyik dalam sesuatu topik yang diminati. Robinson (2002) pula merumuskan ciri-ciri pelajar PCB seperti berikut; mempunyai ingatan serta penaakulan yang luar biasa, sangat suka kepada perkara-perkara intelektual berserta sifat ingin tahu yang menebal, mempunyai strategi yang berbeza ketika menyelesaikan sesuatu masalah, gemar mengajukan soalan-soalan yang susah, dan memberikan pendapat yang ganjil hasil dari pemikiran yang mencapah. Daripada pemerhatian guru-guru, terdapat di kalangan pelajar-pelajar di Malaysia yang turut mempamerkan ciri-ciri tersebut. Andaiannya ialah, pelajar-pelajar ini berkemungkinan mengalami fenomena yang disebabkan oleh potensi kognitif yang ada pada diri mereka. Keputusan peperiksaan PMR 2001 menunjukkan majoriti pelajar tergolong dalam kategori sederhana, dan hanya 3.5% sahaja pelajar berjaya mendapat A untuk semua mata pelajaran dan mereka dikategorikan sebagai pintar cerdas akademik. Bilangan pelajar pintar cerdas akademik sepatutnya 15% daripada bilangan keseluruhan pelajar yang menduduki peperiksaan berkenaan (Piirto 1999; Renzulli 2002). Perbezaan yang besar ini membuktikan bahawa sistem pendidikan di Malaysia masih belum berjaya membangunkan potensi pelajar sepenuhnya. Fenomena tersebut berlaku apabila sebilangan besar daripada pelajar yang berpotensi menjadi pintar cerdas akademik gagal mencapai ke tahap kemampuannya yang sebenar lalu dikategorikan sebagai pelajar sederhana. Neihart et al. (2002) juga mendapati pelajar pintar cerdas mudah terdedah kepada gejala tidak mencapai tahap. Justeru, pendidik perlu mengetahui ciri-ciri pelajar PCA, khususnya ciri-ciri kognitif mereka. Maklumat sedemikian penting untuk membantu guru-guru merancang intervensi pendidikan untuk kumpulan pelajar tersebut. Sehubungan itu, profil pelajar PCA boleh dijadikan sandaran untuk tujuan identifikasi pelajar sedemikian (George 1992; Piirto 1999; Renzulli 2002). Terdapat tiga aspek profil yang sering dikaitkan dengan proses perkembangan pintar cerdas seseorang (Piirto 1999) yang terdiri daripada aspek emosi yang dipengaruhi oleh personaliti, aspek kognitif, dan aspek pintar cerdas yang boleh diperhatikan daripada tingkah laku. Pemprosesan kognitif dianggap bersifat dinamik dan boleh diasah di kalangan pelajar (Naglieri 1999). Walau bagaimana pun, sehingga kini masih belum terdapat profil pemprosesan kognitif pelajar PCA di Malaysia yang boleh dijadikan sandaran untuk mengenalpasti kumpulan pelajar sedemikian. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti profil kognitif pelajar-pelajar PCA di sebuah sekolah menengah harian di negeri Selangor. Hasil kajian ini berguna untuk mendapatkan gambaran tentang corak pola profil pemprosesan kognitif pelajar-pelajar PCA. Ia boleh memberi panduan kepada para pendidik untuk merancang intervensi pendidikan bagi membentuk pemprosesan kognitif menepati keperluan pembelajaran pelajar. Di samping itu, pola pemprosesan kognitif pelajar PCA boleh digunakan untuk tujuan identifikasi pelajar-pelajar dalam kategori tersebut. METODOLOGI Pendekatan kajian ini ialah secara penaakulan induktif (rujuk rajah1). Bagi kajian yang dilakukan menurut penaakulan induktif, ia dimulakan dengan memberikan fokus atau perhatian kepada data permulaan. Seterusnya data dianalisis untuk mendapatkan corak-corak tertentu. Kemudian hipotesis tentatif dibina hasil dari pemerhatian dan analisis tersebut (Trochim 1999). Hipotesis tentatif merupakan kesimpulan yang dibina oleh penyelidik sebagai hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Hipotesis tentatif seterusnya boleh menjadi teori setelah diuji kesahan dan kebenarannya.

RAJAH 1. Penaakulan induktif; dari spesifik kepada umum untuk kajian penerokaan.Sumber: Trochim (1999)KAEDAH PERSAMPELAN Penyelidikan ini hanya melibatkan sebilangan kecil subjek kajian yang dipilih secara persampelan tidak berkebarangkalian nonprobability sampling (Neuman 2000). Adaptasi persampelan secara purposive atau persampelan dengan sengaja yang dilakukan ini mengambilkira pandangan Moon et al. (1991) yang menyarankan bahawa logik persampelan sukar dilakukan dalam kajian yang melibatkan fenomena yang jarang ditemui. Pelajar-pelajar pintar cerdas dalam akademik (PCA) agak kurang bilangannya di sekolah-sekolah menengah harian biasa. Pemilihan sekolah juga dibuat secara persampelan purposif kerana ramai pelajar PCA pada peringkat PMR, terdapat di sekolah yang dipilih ini. INSTRUMEN KAJIAN Kajian ini menggunakan instrumen yang dikenali sebagai CAS (Cognitive Assessment System) yang telah diadaptasi untuk digunakan di Malaysia. CAS telah dibina untuk mengukur proses kognitif yang dianggap sebagai komponen kecerdasan (Nagliery & Das 1997). Khususnya instrumen ini dibina untuk mengukur proses kognitif yang disebut dalam teori PASS (Planning, Attention, Simultaneous, dan Successive ia itu; proses Perancangan, proses Perhatian, proses Serentak, dan proses Berturutan. Instrumen ini telah dipilih kerana ia bukan seperti ujian kecerdasan yang tradisional yang digunakan untuk mengukur darjah kecerdasan seseorang. Sebaliknya CAS berkeupayaan untuk membantu pendidik memahami keperluan khas yang unik bagi setiap pelajar yang dikaitkan dengan pemprosesan kognitif (Kotarsky & Mason 1998). CAS terdiri daripada 12 sub ujian yang mewakili empat bahagian pemprosesan kognitif PASS. Empat bahagian pemprosesan kognitif tersebut ialah proses Perancangan, proses Perhatian, proses Serentak, dan proses Berturutan. Proses Perancangan (Planning) diukur oleh tiga sub ujian iaitu; Pemadanan Angka (Matching Number-MN), Perancangan Kod (Planned Codes-PCd), dan Perancangan Perhubungan (Planned Connections-PCn). Proses memberi Tumpuan (Attention) pula diukur oleh tiga sub ujian ia itu; Perhatian Ekspresif (Expressive Attention-EA), Mengecam Angka (Number Detection-ND), dan Perhatian Reseptif (Receptive Attention-RA). Seterusnya proses. Serentak (Simultaneous) juga diukur oleh tiga sub ujian ia itu; Matrik tanpa Pertuturan (Nonverbal Matrices-NvM), Perhubungan Pertuturan-Ruangan (Verbal-Spatial Relations-VSR), dan Ingatan Rajah (Figure Memory-FM). Akhirnya proses Berturutan (Successive) juga diukur oleh tiga sub ujian juga iaitu; Siri Perkataan (Word Series-WS), Mengulangi Ayat (Sentence Repetition-SR), dan Soalan dari Ayat (Sentence Questions-SQ). Koefisien alpha untuk menganggar kebolehpercayaan bagi setiap sub ujian instrumen CAS dan skala PASS telah diberikan dalam manual pentadbirannya. Nilai tersebut dipaparkan dalam jadual 1 dan mempunyai julat antara .76 ke .97. CAS telah diadaptasi dan melalui dua tahap kajian rintis. Nilai koefisien alpha bagi instrumen CAS yang diadaptasi juga dipaparkan di dalam jadual 1. Nilai tersebut ialah antara .63 ke .99. Nunally (1978) mencadangkan nilai koefisien alpha .5 sebagai memadai dan boleh diterima. Profil Pemprosesan Kognitif Pelajar Pintar Cerdas Akademik 41 JADUAL 1. Koefisien kebolehpercayaan CAS

Sub ujian Koefisien yang diberikan Koefisien CAS di dalam manual yang diadaptasi Padanan angka 0.76 0.66 Perancangan kod 0.84 0.99 Perancangan sambungan 0.85 0.72 Matriks tanpa lisan 0.91 0.82 Kaitan lisan ruangan 0.87 0.67 Ingatan rajah 0.96 0.69 Ekspresi perhatian 0.84 0.88 Mengecam angka 0.82 0.72 Penerimaan perhatian 0.84 0.85 Siri perkataan 0.91 0.68 Ulangan ayat 0.88 0.64 Soalan dari ayat 0.88 0.79 Perancangan 0.90 0.63 Serentak 0.96 0.72 Perhatian 0.92 0.63 Berturutan 0.95 0.71 Skala Penuh 0.97 0.81

ANALISIS DATA Hasil pentadbiran ujian CAS memberikan empat ukuran skala pemprosesan kognitif iaitu; Perancangan (Planning), Perhatian (Atention), Serentak (Simultaneous), dan Berturutan (Successive) atau singkatannya PASS. Terdapat pelbagai teknik analisis data untuk meneroka corak profil. Antara teknik yang dicadangkan oleh Ding (2001) dengan melakukan skala multi dimensi atau multidimensional scaling (MDS). Pendekatan teknik ini juga dikenali sebagai model PAMS (Profile Analysis via Multidimensional Scaling). Selain itu, MDS juga dikenali sebagai pemetaan pengamatan (perceptual mapping). Ia adalah satu prosedur yang membolehkan pengkaji meneroka lokasi relatif bagi set data tertentu (Hair et al. 1995). MDS adalah satu teknik penerokaan untuk mengenalpasti dimensi-dimensi yang mempengaruhi sesuatu aspek yang dikaji, yang masih belum di ketahui (Hair et al. 1995). Model PAMS tidak menetapkan bilangan sampel yang minimum sebagai syarat yang diperlukan bagi menjalankan penganalisaan dengan kaedah tersebut. Teknik penganalisaan ini membolehkan pengkaji meneroka jenis-jenis individu yang terpendam atau latent person (Ding 2001). Kaedah penganalisaan MDS bersesuaian dengan tujuan kajian ini, ia itu untuk meneroka jenis-jenis pelajar dan bukannya untuk menentukan faktor daripada pembolehubahpembolehubah. Hasil dari kaedah analisis data secara MDS ialah pembahagian individu kepada beberapa jenis prototaip atau prototypical person. Selain itu, pentafsiran tentang aras signifikan bagi nilai-nilai dimensi yang diperolehi bergantung kepada penganalisis atau arbitrary (Ding 2001). Ini adalah kerana tidak terdapat kriteria yang objektif untuk menentukan sejauh mana nilai skala dimensi yang diperolehi boleh ditetapkan sebagai bermakna (salient). Teknik analisis data MDS telah dijalankan dengan menggunakan program SPSS di bawah kategori peniskalaan (scaling). Penganalisis perlu menetapkan bilangan dimensi untuk menjalankan teknik penganalisaan ini. Hair et al. (1995) mencadangkan agar jumlah dimensi yang ditetapkan tidak melebihi tiga. Bilangan dimensi yang ditetapkan untuk analisis data kajian ini ialah sebanyak dua sahaja kerana pengkaji berharap untuk mendapatkan hanya dua jenis prototaip pelajar dari kalangan kumpulan PCA Ding (2001) juga telah menetapkan dua dimensi bagi mencari dua jenis prototaip individu dalam kecenderungan kerjaya. DAPATAN KAJIAN Matlamat ujian CAS ialah untuk memberi maklumat tentang ciri-ciri kognitif pelajar. Jadual 2 menunjukkan min skala PASS untuk pemprosesan kognitif Perancangan, Serentak, Berturutan dan Perhatian, bagi pelajar-pelajar PCA. Min skala PASS paling tinggi di kalangan pelajar PCA ialah dalam skala Serentak (109.0) diikuti oleh skala Perancangan (107.9), Berturutan (103.5), dan skala Perhatian (100.9). Julat skor pelajar-pelajar PCA dalam pemprosesan kognitif skala Perhatian ialah diantara 84 129. Namun nilai min skala Perhatian pelajarpelajar tersebut adalah rendah (100.9) jika dibandingkan dengan nilai min skala Perhatian (111) bagi pelajar-pelajar pintar cerdas berbakat (gifted) dalam kajian Naglieri dan Das (1997). Nilai min skala Serentak (109.0) paling tinggi berbanding nilai min untuk skala yang lain. Nilai sisihan piawai untuk semua skor ialah kurang daripada 15, ia itu nilai sisihan piawai yang biasa ditetapkan untuk ukuran yang mempunyai skor min 100. Ini menunjukkan pengukuran JADUAL 2. Data deskriptif skala PASS pelajar PCA Skala PASS SkorMinimum SkorMaksimum Nilai Min Sisihan Piawai Perhatian 84 129 100.9 11.9Perancangan 94 125 107.9 9.1Serentak 96 131 109.0 10.6Berturutan 84 123 103.5 11.8Skala Penuh 85 128 106.8 10.8PASS (Planning, Attention, Simultaneous, Successive) PCA Pintar Cerdas Akademik skor skala PASS yang telah dilakukan untuk kajian ini mempunyai tahap kejituan (precision) yang baik. Pengukuran yang jitu mempunyai sisihan piawai yang kecil. Hasil analisis MDS ke atas skala PASS memberikan nilai dua dimensi untuk pelajar PCA. Nilai dimensi yang diperolehi dipaparkan dalam Jadual 3. Analisis ini juga menghasilkan dan dua jenis prototaip pelajar PCA berdasarkan skala pemprosesan kognitif. Corak-corak tersebut digambarkan pada Rajah 2. Dua jenis prototaip pelajar PCA diwakili oleh garis prototaip 1 untuk prototaip jenis pertama, dan garis prototaip 2 untuk prototaip jenis kedua. JADUAL 3. Nilai dimensi pemprosesan kognitif untuk pelajar PCA Pemerosesan Kognitif Nilai Dimensi 1 Nilai Dimensi 2 Perhatian AttentionPerancangan PlanningSerentak Simultaneous Berturutan Successive Skala Penuh Full Scale 1.69 .33 1.561.28 .18 .28 1.20 .53 1.67 .03

Perhatian Perancangan Serentak Berturutan Skala Penuh RAJAH 2. Dua jenis prototaip pelajar PCA berdasarkan pemprosesan kognitif Dua jenis prototaip pelajar PCA telah dikenalpasti. Ini berikutan bilangan dimensi yang telah ditetapkan semasa melakukan analisis peniskalaan multi dimensi ialah dua. Jenis-jenis prototaip tersebut memberikan maklumat tentang bagaimana pelajar-pelajar PCA berbeza antara satu sama lain dalam pemprosesan kognitif berdasarkan skala PASS.

PERBINCANGAN

Piirto (1999) mencadangkan ukuran kognitif yang minimum diperlukan untuk seseorang itu berjaya mengembangkan potensi pintar cerdasnya dalam sesuatu bidang. Skor min Skala Penuh pelajar PCA ialah 106.8. Oleh itu, pengkaji mencadangkan nilai ini sebagai ukuran kognitif minimum tersebut. Ukuran ini berada pada aras sederhana menurut kategori deskriptif dalam kajian Das dan Naglieri (1998). Kajian ini mendapati skor min Skala Serentak pelajar PCA merupakan nilai min yang tertinggi (109.0) berbanding skor min empat jenis pemerosesan kognitif lain (Perancangan, Perhatian, Berturutan, dan Serentak). Skala Serentak ialah integrasi aspek-aspek berikut; pemerosesan kognitif, keupayaan, gaya, dan strategi dalam menyelesaikan masalah (Das & Naglieri 1998). Ini memberikan gambaran bahawa di kalangan pelajar PCA aspek-aspek tersebut merupakan proses kognitif yang paling ketara menonjol berbanding proses-proses yang lain dalam skala PASS. Rajah 2 (Dua Jenis prototaip Pemprosesan Kognitif Pelajar PCA) menunjukkan pelajar-pelajar PCA yang mendapat skor skala Perhatian yang tinggi turut mendapat skor skala Berturutan yang tinggi. Namun bagi kumpulan ini, skor skala Perancangan dan Serentak mereka adalah rendah. Ini menunjukkan walaupun terdapat pelajar-pelajar PCA yang kurang pencapaian dalam skala Serentak (yang boleh dikaitkan dengan keupayaan pelajar) dan dalam skala Perancangan, namun fenomena ini diimbangi oleh pencapaian mereka yang tinggi dalam proses kognitif Perhatian dan Berturutan. Perancangan mengukur kecekapan seseorang membina strategi, melaksanakan rancangan, mengawal diri, memantau, dan menilai tindakannya. Serentak pula mengukur keupayaan seseorang mengaitkan suatu bahagian yang dilihat dengan keseluruhan gambarnya yang penuh. Ia juga mengukur keupayaan seseorang untuk memahami hubungan antara perkataan-perkataan yang dibaca, dan memahami hubungan antara apa yang dipertuturkan dengan sesuatu konsep. Serentak juga mengukur keupayaan seseorang untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan maklumat spatial (dalam ruangan). Sehubungan itu skala Perhatian mengukur konsentrasi yang terarah, penumpuan pada perkara-perkara utama dan yang penting secara terperinci, kemampuan untuk menjauhkan diri dari gangguan, perhatian yang selektif, serta penumpuan dan usaha yang dapat bertahan melampaui batas masa. Skala Berturutan pula mengukur keupayaan untuk menggabungkan bunyi-bunyi yang terpisah dalam satu siri secara berturutan, keupayaan untuk memahami perkataan yang disusun secara bermakna, dan keupayaan untuk bertutur secara tersusun. Jenis pemprosesan kognitif yang kedua yang terdapat di kalangan pelajar PCA memaparkan skor skala Perancangan dan skala Serentak yang tinggi, namun skor skala Perhatian dan Berturutan mereka adalah rendah. Rumusannya terdapat dua jenis pelajar PCA. Pelajar yang memang baik dalam Serentak yang dikaitkan dengan keupayaan menaakul pelajar. Mereka juga bijak dalam membina strategi yang dipamerkan dalam ukuran proses kognitif Perancangan. Namun kumpulan pelajar PCA yang kurang dalam keupayaan membuat penakulan akan menggunakan pemprosesan kognitif Perhatian dan Serentak. Pemprosesan kognitif Perhatian dan Serentak telah diasah dan digunakan dengan baik sehingga membolehkan mereka berjaya menjadi pintar cerdas akademik pada tahap umur 15 tahun pada peringkat peperiksaan PMR. KESIMPULAN Kementerian Pendidikan memainkan peranan awal dan utama dalam memastikan agar sumber tenaga manusia yang ada di Malaysia dibangunkan seoptimum mungkin. Sekolah merupakan institusi pertama yang memberi perhatian terhadap potensi intelek kanak-kanak. Pendidikan di sekolah sewajarnya tidak terlalu mementingkan sukatan pelajaran yang hendak diajar, sehingga kepentingan serta keperluan unik pelajar terabai (Siva Subramaniam 2003). Justeru usaha harus dilakukan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dalam membangunkan sumber tenaga manusia. Antara usaha tersebut ialah untuk mengenalpasti pelajar pintar cerdas dan memberikan pendidikan yang menepati keperluan pembelajaran mereka. Profil pelajar pintar cerdas akademik yang dihasilkan dari kajian ini boleh dijadikan sandaran untuk mengenalpasti pelajarpelajar dalam kategori tersebut. Dapatan kajian ini juga boleh digunakan oleh Persatuan Kebangsaan untuk Kanak-kanak Pintar Cerdas Malaysia (National Association for Gifted Children, Malaysia NAGCM) dan Persatuan Mensa Malaysia dalam usaha mereka untuk mengenal pasti dan seterusnya memberi sokongan serta pembelaan kepada pelajar-pelajar pintar cerdas di negara ini. Hanya apabila pelajar-pelajar ini telah dikenalpasti mereka boleh diberi bantuan dari suatu sistem sokongan yang terancang. Ibu bapa para pelajar terbabit juga perlu disedarkan tentang potensi anak-anak mereka dan keperluan unik anakanak tersebut. Bukan sahaja pelajar pintar cerdas memerlukan sokongan, bahkan ibu dan bapa mereka juga memerlukan sokongan dalam mendidik dan membimbing pelajar-pelajar tersebut. Mendidik anak-anak yang pintar cerdas adalah satu tanggung jawab yang mencabar. Kadang kala keperluan emosi dan keperluan pembelajaran mereka tidak difahami oleh ibu bapa. Justeru, para ibu bapa perlu kerap berbincang, bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain, dan merujuk kepada ahli dalam bidang pintar cerdas untuk mendapatkan pandangan. Semua ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan agar sumber tenaga manusia di Malaysia dapat dibangunkan seoptimum mungkin demi untuk kesejahteraan hidup semua. Ford (2000) menyatakan bahawa setiap individu wajar diberi cabaran yang sesuai agar mampu mencapai ke tahap potensi mereka yang sebenar. Justeru, semua yang terlibat dalam pendidikan pelajar bertanggung jawab untuk berusaha dengan bijak dan berkesan agar setiap pelajar mencapai ke tahap potensi mereka yang sebenar. Selain cabaran, para pelajar perlu diberi bimbingan serta dorongan (nurturance) yang sesuai dengan ciri unik mereka agar mereka berjaya menjadi pintar cerdas (talented) dalam bidang-bidang yang mereka berbakat didalamnya. Para guru boleh berusaha meningkatkan pemprosesan kognitif Perhatian dan Berturutan di kalangan para pelajar. Ini kerana bagi pelajar-pelajar yang kurang dalam pemprosesan kognitif Serentak yang juga merupakan ukuran keupayaan pelajar (Naglieri & Das 1997), kekuatan mereka boleh diimbangi dengan pemprosesan kognitif Perhatian, dan Berturutan. Proses Perhatian boleh dipertingkatkan dengan menggalakkan pelajar mengawal tingkah laku diri sendiri secara lisan (Kirby & Williams 1991). Kirby dan William (1991) juga menyarankan agar pelajar diajar bertutur pada diri sendiri untuk mengawal diri dan memberi perhatian pada pembelajaran. Menurut mereka lagi kaedah tersebut diperhatikan telah dapat meningkatkan proses Perhatian pelajar dan juga prestasi pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari. Proses Berturutan boleh dipertingkatkan dengan latihan-latihan untuk menguruskan idea-idea dan konsep secara berturutan dalam pengajaran. Contohnya guru boleh memberikan rencana untuk dibaca dan pelajar diminta menyusun cerita yang terdapat di dalam rencana tersebut secara berturutan. Latihan seumpama ini memberi peluang kepada pelajar untuk menguruskan idea secara berturutan. Selain itu, guru juga boleh mengadaptasi perancangan pengajaran mereka berdasarkan kaedah yang dikenali sebagai Pengajaran Berasaskan Pemprosesan Kognitif (Process Based Instruction-PBI) yang telah diperkenalkan oleh Ashman dan Conway (1993). Tujuan utama PBI ialah agar para pelajar boleh berfikir secara berdikari dan boleh membuat keputusan sendiri. Process Based Instruction (PBI) membantu guru dengan menyediakan strategi dan kaedah penyelesaian masalah dalam pengajaran. Kaedah PBI banyak memberi penekanan untuk mempertingkatkan proses Perancangan pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P & P). Das et al. (1998) turut melaporkan kajian Ashman pada tahun 1978 yang mendapati pelajar-pelajar pintar cerdas memperolehi ukuran Perancangan yang lebih baik berbanding pelajar-pelajar yang sederhana. PBI boleh juga diubahsuai agar proses-proses kognitif yang lain seperti proses Perhatian dan proses Berturutan dapat diasah selain daripada proses Perancangan yang menjadi tumpuan utama kaedah pengajaran PBI. Secara amnya untuk meningkatkan pemprosesan kognitif, khususnya proses Perancangan di kalangan para pelajar, guru dicadang memberikan prob-prob yang sesuai untuk menggalakkan pemikiran reflektif dan penilaian kendiri di kalangan pelajar. Guru sebaiknya tidak bertindak sebagai penunjuk cara tetapi sebaliknya bertindak sebagai pemudah cara dalam aktiviti P & P. Pelajar digalakkan untuk menerangkan secara lisan idea atau kaedah bagaimana sesuatu masalah itu telah diselesaikan. Terdapat pelbagai jenis kurikulum pendidikan yang dibina khusus untuk membantu perkembangan kognitif pelajar (Piirto 1999). Antaranya ialah Projek Zero, Kurikulum untuk Menghasilkan Pelajar Berwawasan (Curriculum as a Means of Producing Insight), Model Komponen Sternberg, Model SOI Meeker, dan Model Pelajar Berotonomi. Antara yang paling popular dan telah diadaptasi oleh banyak sekolah di Amerika Syarikat ialah Projek Zero. Projek Zero telah diasaskan oleh sepasukan penyelidik dari Universiti Harvard, menekankan proses pengajaran untuk difahami. Suasana pengajaran dijuruskan agar pelajar boleh mengaitkan secara semula jadi (intuitive) maklumat yang telah ada pada mereka dengan maklumat yang disampaikan semasa pengajaran. Kaedah ini hampir menyerupai kaedah pengajaran konstruktivis (Piirto 1999). Kaedah ini merangkumi empat tahap perkembangan kefahaman pelajar; (1) mencari jawapan atau idea-idea yang intuitif berkaitan dengan perjalanan dunia ini; (2) berfikir mengikut disiplin tertentu; (3) mengabungjalinkan pelbagai pemikiran atau pelbagai disiplin ilmu; dan (4) penghasilan ilmu peribadi. Pelaksanaan program seumpama ini memerlukan guru-guru yang mempunyai ilmu, kesedaran serta kemahiran yang sesuai. Justeru program-program Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) perlu dikelolakan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Umpamanya, LDP boleh diintegrasikan didalam program perkembangan staff pada peringkat sekolah. Program-program tersebut meliputi penyampaian maklumat untuk menimbulkan kesedaran tentang kepelbagaian pelajar dalam pelbagai aspek, khususnya dalam aspek-aspek yang telah dikenalpasti melalui kajian ini. Selain itu LDP juga perlu memuatkan latihan-latihan kemahiran kepada guru-guru untuk menangani kepelbagaian pelajar dengan sebaik mungkin. Langkah-langkah pendekatan yang dicadangkan tersebut adalah sebahagian daripada usaha yang boleh dilakukan untuk memastikan agar semua pelajar berjaya mencapai ke tahap potensi mereka yang sebenar. Selain itu kajian seumpama ini boleh dilakukan bagi mendapatkan prototaip pemprosesan kognitif pelajar-pelajar khas dalam kategori lain, seperti pelajar-pelajar khas dalam kategori bermasalah pembelajaran dan dalam kategori pemulihan. Maklumat yang diperolehi boleh membantu para guru dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk menyesuaikan intervensi dalam P&P dengan keperluan unik para pelajar. RUJUKAN Abd Majid Mohd Isa.1994. Keberkesanan Raven SPM dalam mengenalpasti kanakkanak Melayu pintar cerdas. Pertanika. J. Soc. Sci Hum 2(1): 63-68. Ashman, A. F. & Conway, R. N.1993. Using cognitive methods in the classroom. London: Routledge. Bee, H. 1997. The developing Child. New York: Longman. Chan, D. W. 2000. Identifying Gifted and Talented Students in Hong Kong. Roeper Review 22(2): 88. Dass, J. P., Naglieri, J. A., & Kirby, J. R. 1998. Assessment of cognitive processess: The PASS theory of intelligence. Boston: Allyn & Bacon. Ding, C. S. 2001. Profile Analysis: Multidimensional Approach. Practical Assessment, Research & Evaluation 7(16). ISSN 1531-7714. Ford, R. 2000. All children are not gifted!(Brief Article). Gifted Child Today 23(4):5. Gallagher, J. J. & Gallagher, S. A. 1994. Teaching the gifted child. 4th. Ed. Boston: Allyn and Bacon. George, D. 1992. The challenge of the able child. London: David Fulton. Hair, J. F., Anderson, R. E., Tatham, R. L. & Black, W. C. 1995. Multivariate data analysis with readings. Ed. ke-4. New Jersey. Prentice Hall. Kirby, J. R, & William N. H. 1991. Learning problems: A cognitive approach. Toronto: Kagan and Woo. Kotarsky, D., & Mason, E. 1998. A review of the Cognitive Assessment System. Insight 4-5. Kyle, R. V. 1998. Children and their development. New Jersey: Prentice Hall. Lovecky. D. 1994. Exceptionally Gifted Children: Different Minds. Roeper Review 17(2): 116-120. Mills, C. J. 1993. Personality, learning style ang cognitive style profiles of mathematically talented students. European Journal for High Ability 4: 70-85. Moon, S. M., Dillon, D. R., & Sprenkle, D. H. 1991. On balance and synergy: Family therapy and qualitative research revisited. Journal of Marital & Family Therapy 17(2):173-178. Naglieri, J. A. 1999. Essentials of CAS Assessment. John Wiley & Sons: New York. Naglieri, J. A.& Das, J. P. 1997. Cognitive assessment system: Interpretive handbook. Illinois: Riverside Publishing. Neuman, W. L. 2000. Social research methods: Qualitative and quantitative approach. Ed. ke 4. Boston: Allyn and Bacon. Nunally, J. C.1978. Psychometric theory. New York: Mc Graw Hill Book Company. Niehart, M., Reis, S. M., Robinson, N. M. & Moon, S. M. 2002. The social and emotional development of gifted children: What do we know? Washington D. C: National Association for Gifted Children. Piirto, J. 1999. Talented children and adults; their development and education. Ed. ke2. Ohio: Merrill Prentice Hall. Renzulli, J. S., Reid B. & Gubbins, E.J. 2000. Setting an agenda: Research priorities for the gifted and talented through the year 2000. NRCGT (National Research Center on the Gifted and Talented) monograph. Storrs, CT: University of Connecticut. Renzulli, J. S. 2002. A practical system for identifying gifted and talented students. Dlm. Renzulli, J. S., Smith, L. H., White, A. I., Callahan, C. M., Hartman, R. K.,& Westberg, K. L.(pnyt.), Scales for rating the behavioral characteristics of superior students: Revised edition. Technical and Administration Manual, hlm. 46-54. Mansfield Center: Creative Learning Press. Robinson, N. M. 2002. Assessing and advocating for gifted students; Perspectives for school and clinical psychologists. The National Research Center on the Gifted and Talented newsletter 12-15. Shabazz, H. 2000. Higher education and African American at-Risk students: The effect of a sponsorship program on African American middle school at-risk students who are academically talented. Tesis Ph.D. University of Louisville, Kentucky. Siva Subramaniam a/l Nagaratnam. 2003. Education for all: Is commitment enough? Kertas kerja An International Conference on Reaching and Nurturing Children with High Potential (ChiP) in Malaysia. HELP Institut Kuala Lumpur. 16-17 Ogos. Trochim, W. M. K. 1999. Research methods knowledge base. Ed. ke-2. (atas talian) URL: http://trochim.human.cornell.edu/kb/qualmeth.htm (18 November 2000). Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan Malaysia