bilangan 03/2009

16
BIL 3 SEPTEMBER - DISEMBER 2009 KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN Hari Habitat Sedunia 2009 Majlis Perasmian Hari Habitat Sedunia dan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2009 telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Seri Kong Cho Ha pada 9 November 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis ini turut memuatkan pelancaran blog MyJPBD, Habitat Magazine - Edisi Khas dan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi Pertandingan Fotografi yang telah diadakan sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia 2009 yang bertemakan Planning Our Urban Future. Majlis ini telah dihadiri oleh 432 orang jemputan khas dan peserta seminar yang terdiri daripada wakil agensi Kerajaan, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Badan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Penduduk, Pertubuhan Profesional dan pihak media. Majlis ini diteruskan dengan seminar sehari sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia yang dianjurkan oleh JPBD. Terdapat empat kertas kerja telah dibentangkan iaitu Sustainable Planning Through Innovative Building Design oleh Encik Sufian bin Abdullah, Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Inovasi Sime Darby Berhad, People Centric Planning dari Perspektif dan Pengalaman Pentadbir Awam oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Penglibatan Awam dari Perspektif Islam oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof bin Hj. Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Apa Kami Generasi Muda Mahu? oleh Puan Mazrina bt. Dato’ Abdul Khalid, Pengerusi Young Planners Group (YPG), Malaysia Institute of Planners (MIP). 3nd_Issue_Make.indd 1 2/9/2010 9:08:25 AM

Upload: trannhi

Post on 28-Jan-2017

251 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bilangan 03/2009

BIL 3 SEPTEMBER - DISEMBER 2009KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Hari Habitat Sedunia 2009

Majlis Perasmian Hari Habitat Sedunia dan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2009 telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Seri Kong Cho Ha pada 9 November 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis ini turut memuatkan pelancaran blog MyJPBD, Habitat Magazine - Edisi Khas dan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi Pertandingan Fotografi yang telah diadakan sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia 2009 yang bertemakan Planning Our Urban Future. Majlis ini telah dihadiri oleh 432 orang jemputan khas dan peserta seminar yang terdiri daripada wakil agensi Kerajaan, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Badan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Penduduk, Pertubuhan Profesional dan pihak media. Majlis ini diteruskan dengan seminar sehari sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia yang dianjurkan oleh JPBD. Terdapat empat kertas kerja telah dibentangkan iaitu Sustainable Planning Through Innovative Building Design oleh Encik Sufi an bin Abdullah, Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Inovasi Sime Darby Berhad, People Centric Planning dari Perspektif dan Pengalaman Pentadbir Awam oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Penglibatan Awam dari Perspektif Islam oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof bin Hj. Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Apa Kami Generasi Muda Mahu? oleh Puan Mazrina bt. Dato’ Abdul Khalid, Pengerusi Young Planners Group (YPG), Malaysia Institute of Planners (MIP).

3nd_Issue_Make.indd 1 2/9/2010 9:08:25 AM

Page 2: Bilangan 03/2009

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

2

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Pada kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan di atas sumbangan besar yang telah diberikan oleh warga kerja Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada KPKT sepanjang tahun 2009. Syabas dan tahniah kerana sentiasa berusaha gigih memastikan KPKT terus unggul sehingga kini. Jika diimbas pencapaiannya, laman web KPKT telah berjaya mengekalkan penarafan 5 bintang menerusi Malaysia Government Portals

and Website Assessment 2009 yang dinilai Multimedia Development Corporation (MDeC) dan MAMPU. Selain itu, KPKT juga mencapai kedudukan 5 terbaik di Asia bagi Anugerah Asia Government Technology Award 2009-FutureGov, serta menerima anugerah Open Source Compentency Centre (OSCC) Study Award 2009 untuk sektor awam daripada MAMPU. Selaras dengan pucuk pimpinan yang baru, kerajaan telah memperkenalkan program perubahan kerajaan (Government Transformation Programme) iaitu sistem pengurusan prestasi (Performance Management System). Sistem ini merangkumi enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Key Performance Indicator (KPI) atau Petunjuk Prestasi Utama yang akan menjadi piawaian kepada pencapaian anggota penjawat awam.

Melalui Bajet 2010 yang bertemakan ‘1 Malaysia, Kemakmuran Bersama’ telah meletakkan KPKT sebagai pelaksana dua fungsi utama iaitu pertama, memberi faedah kepada rakyat melalui Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Program Membasmi Kemiskinan Bandar. Sehingga tahun 2009, KPKT telah menyediakan 74,000 unit rumah kos rendah untuk disewa pada tahun 2012. Kedua, KPKT turut berperanan memulihkan projek-projek perumahan berlesen yang terbengkalai dan sebanyak RM200 juta diperuntukkan di bawah fungsi ini.

Komitmen KPKT dalam mencapai objektif kerajaan direalisasikan dengan penganjuran Hari Habitat Sedunia setiap tahun yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dunia mengenai keadaan petempatan manusia semasa dan hak setiap individu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa. Kesedaran dan pengetahuan ini dipertingkatkan melalui penerbitan Habitat Magazine yang memuatkan artikel mengenai usaha pelbagai pihak ke arah pembangunan mampan dan kesejahteraan petempatan manusia di Malaysia. Hari Inovasi atau sebelum ini dikenali sebagai Hari Kualiti disambut pada 31 Oktober setiap tahun. Penganjurannya mengingatkan penjawat awam supaya menjalankan tugas dengan lebih cekap dan berkesan dengan mengguna pendekatan yang lebih inovatif dan kreatif dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Sehubungan itu, suntikan inovasi dan pendekatan baru dalam cara berfi kir serta menganalisis maklumat perlu diaplikasi oleh setiap warga KPKT sebagai strategi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.

Akhir kata, sebelum melangkah dekad kedua abad ke-21, tanamkan iltizam dalam diri bahawa apa yang telah kita laksanakan adalah sebahagian langkah menuju ke arah kesejahteraan rakyat dan negara pada masa hadapan, bukannya untuk kepentingan peribadi.

Selamat Bertugas dan Selamat Datang 2010.

Dato’ Ahmad bin Haji KabitKetua SetiausahaKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Perutusan Ketua Setiausaha

Sidang Pengarang

PenasihatYBhg Dato’ Ahmad bin Haji Kabit

Timbalan PenasihatYBhg Datuk Yeo Heng Hau

Ketua PengarangPuan Jessylina binti Mat Lazim

Ahli-AhliBahagian Dasar

Bahagian InspektoratBahagian Kemiskinan Bandar

Bahagian Kewangan dan PerolehanBahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian KorporatBahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek

Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak GadaiBahagian Sumber Manusia

Bahagian Teknologi MaklumatBahagian Undang-undang

Jabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaJabatan Kerajaan Tempatan

Jabatan Landskap NegaraJabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

Jabatan Perancangan Bandar dan DesaJabatan Perumahan Negara

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan AwamTribunal Tuntutan Pembeli Rumah

Unit Audit DalamInstitut Latihan KPKT

Kami amat mengalu-alukan sumbangan tulisandaripada warga KPKT. Sumbangan tulisan hendaklah

dikemukakan ke:

Unit Komunikasi KorporatKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 2, Blok K, Pusat Bandar DamansaraPeti Surat 12579

50782 Kuala Lumpur

Tel : 03-2099 2403Faks : 03-2095 6523

E-mel : [email protected]

BIL 3 SEPTEMBER - DISEMBER 2009KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Hari Habitat Sedunia 2009

Majlis Perasmian Hari Habitat Sedunia dan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2009 telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Seri Kong Cho Ha pada 9 November 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Majlis ini turut memuatkan pelancaran blog MyJPBD, Habitat Magazine - Edisi Khas dan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi Pertandingan Fotogra� yang telah diadakan sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia 2009 yang bertemakan Planning Our Urban Future. Majlis ini telah dihadiri oleh 432 orang jemputan khas dan peserta seminar yang terdiri daripada wakil agensi Kerajaan, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Badan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Penduduk, Pertubuhan Profesional dan pihak media. Majlis ini diteruskan dengan seminar sehari sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia yang dianjurkan oleh JPBD. Terdapat empat kertas kerja telah dibentangkan iaitu Sustainable Planning Through Innovative Building Design oleh Encik Su� an bin Abdullah, Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Inovasi Sime Darby Berhad, People Centric Planning dari Perspektif dan Pengalaman Pentadbir Awam oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Penglibatan Awam dari Perspektif Islam oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof bin Hj. Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Apa Kami Generasi Muda Mahu? oleh Puan Mazrina bt. Dato’ Abdul Khalid, Pengerusi Young Planners Group (YPG), Malaysia Institute of Planners (MIP).

3nd_Issue_Make.indd 2 2/9/2010 9:08:29 AM

Page 3: Bilangan 03/2009

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

3

Bengkel Pengurusan Aset Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dianjurkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan dan Bahagian Korporat KPKT dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Kerja Raya. Bengkel ini berlangsung di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu, Sabah dari 12 hingga 13 Oktober 2009. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin dan ucaptama bertajuk “Pengurusan Aset Pihak Berkuasa Tempatan” telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Ahmad bin Haji Kabit, Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Bengkel ini diteruskan

dengan pembentangan kertas kerja mengenai Dasar Pengurusan Aset Kerajaan dan Manual Pengurusan Aset Menyeluruh oleh Ir. Tuan Haji Mohd Sabri bin Mat Deris dan Ir. Azizul bin Ariffin dari Jabatan Kerja Raya

dan Pengurusan Aset Hidup (Tumbuhan) Landskap oleh Tuan Haji Esa bin Haji Ahmad, Jabatan Landskap Negara. Bengkel Pengurusan Aset PBT ini telah dihadiri oleh 193 orang peserta dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

dan PBT seluruh negara. Bengkel ini menggunakan format perbincangan meja bulat mengikut kumpulan dan hasil pembentangan setiap kumpulan dikumpul sebagai asas penyediaan garis panduan bagi pengurusan fasiliti di kawasan PBT oleh JKT.

Bengkel Pengurusan Aset PBT

3nd_Issue_Make.indd 3 2/9/2010 9:08:34 AM

Page 4: Bilangan 03/2009

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

4

H a b i t a t Magazine

Edisi Khas diterbitkan

dalam usaha memperkasa

peranan KPKT sebagai National

Focal Point bagi aktiviti UN-HABITAT di Malaysia. Majalah ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 9 November 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Habitat Sedunia 2009 dan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2009. Majalah ini memuatkan artikel mengenai usaha pelbagai pihak ke arah pembangunan mampan dan kesejahteraan petempatan manusia di Malaysia.

Habitat Magazine Edisi Khas ini memuatkan sebuah kertas kerja yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara bertajuk Housing for Urban Squatters Resettlements and The Low Income Group. Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Seri Kong Cho Ha semasa Eastern Regional Organisation for Planning and Human Settlements (EAROPH) Regional Congress di Ulaanbaatar, Mongolia dari 23 hingga 27 September 2009.

Majalah ini turut memuatkan dua artikel menarik yang telah dicalonkan untuk Habitat Scroll of Honour Award 2009 anjuran UN-HABITAT di Nairobi, Kenya iaitu Land Readjustment : A New Approach of Development in Malaysia oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD)

Semenanjung Malaysia dan Sebulung River Settlement Revival Programme oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Artikel-artikel lain yang turut dimuatkan ialah Diversity of Green Infrastructure Network and Cognitive Well-Being of Urban Residents oleh Mazlina Mansor, Ismail Said dan Suradiah Labintah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Quality of Life In Aff ordable Housing in Klang and Shah Alam oleh Hafazah Abdul Karim dari Universiti Teknologi MARA (UiTM); Padang as a public space in Malaysian cities oleh Nor Zalina Harun dan Ismail Said dari UTM dan Developing Sustainable Human Settlements in Malaysia : The Islamic Sustainable Construction Perspective oleh Mahyuddin ramli, Nazirah Zainul Abidin, Arman Abdul Razak dan Ilias Said dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Majalah ini turut memuatkan latar belakang UN-HABITAT, objektif serta tema terdahulu Hari Habitat Sedunia, ringkasan mengenai Agenda Habitat dan Millennium Development Goals (MDGs) yang merupakan tulang belakang di sebalik peningkatan kualiti hidup dan kesejanteraan petempatan manusia di peringkat global. Aktiviti bagi Sambutan Hari Habitat Sedunia bagi tahun 2008 dan 2009 anjuran KPKT turut dimuatkan sebagai satu cara menghebahkan peranan KPKT sebagai National Focal Point UN-HABITAT di Malaysia.

Penerbitan Habitat Magazine Edisi Khas

Focal Point

H a b i t a t Magazine

Edisi Khas diterbitkan

dalam usaha memperkasa

peranan KPKT sebagai National

Focal Point

3nd_Issue_Make.indd 4 2/9/2010 9:08:39 AM

Page 5: Bilangan 03/2009

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

5

Program KomunitiHarmoniProgram Komuniti Harmoni telah dianjurkan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2009. Program ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Ahmad bin Haji Kabit, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Program ini dimulakan dengan gimik oleh sekumpulan kanak-kanak yang menyanyikan lagu 1Malaysia dan persembahan nyanyian dari Duta KPKT iaitu Cik Adibah Noor. Program diteruskan dengan upacara penanaman pokok oleh jemputan kehormat KPKT di perkarangan PPR Batu Muda; demonstrasi pemadaman api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM); pertandingan tarik tali di antara wakil KPKT dan PPR, sukaneka dan jamuan makan. Dua pertandingan telah dijalankan semasa program tersebut iaitu pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan gubahan hantaran daripada tuala bagi golongan wanita. Pertandingan

tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk PPR Batu Muda. Di samping program tersebut, terdapat juga beberapa khemah yang menempatkan bahan pameran yang menarik perhatian pengunjung iaitu pameran mengenai kitar semula dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Alam Flora Sdn. Bhd.; pameran mengenai landskap dan alam sekitar dari Jabatan Landskap Negara (JLN); pameran bergambar dan kenderaan menyelamat dari JBPM dan pameran serta kuiz keselamatan jalan raya oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR). Secara keseluruhan, program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan lebih 3,000 orang penduduk hadir bagi memeriahkan program ini.

3nd_Issue_Make.indd 5 2/9/2010 9:08:41 AM

Page 6: Bilangan 03/2009

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

6

PROJEK HOUSE BUILD

Bagi tahun 2009, Bahagian Korporat telah memilih Projek House Build sebagai program utama Sambutan Hari Habitat Sedunia. Projek ini dipilih kerana ia menepati objektif sambutan yang ditetapkan oleh UN-HABITAT iaitu menyedarkan masyarakat mengenai keadaan petempatan manusia semasa, hak setiap individu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa serta mengingatkan masyarakat mengenai tanggungjawab masing-masing terhadap peningkatan kualiti penempatan manusia. Projek perintis ini melibatkan bantuan membaik pulih atau membina semula rumah milik keluarga miskin tegar bandar yang berkeadaan daif dan usang. Kerja membaikpulih dan membina semula rumah-rumah tersebut akan dijalankan secara bergotong-royong oleh sukarelawan di bawah Badan Bukan Kerajaan, Habitat For Humanity (HFH)(Malaysia). Bahagian Korporat turut bekerjasama dengan Bahagian Kemiskinan Bandar, KPKT untuk mengenal pasti rumah-rumah milik keluarga

miskin tegar dalam bandar yang sesuai dipilih bagi projek ini melalui direktori e-Kasih. Wakil dari Cawangan Pelaksanaan dan Pemantauan Projek (PIMD) KPKT turut menyertai lawatan tapak dan membuat penilaian kerosakan serta anggaran kos yang terlibat bagi setiap rumah yang telah dipilih. Projek perintis ini melibatkan dua buah rumah, masing-masing di Kota Kinabalu, Sabah; Kuching, Sarawak dan Kuala Terengganu, Terengganu. KPKT telah mendapatkan kerjasama penuh daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu sepanjang pelaksanaan projek ini. Kos siling berjumlah RM15,000.00 telah ditetapkan bagi kerja membaik pulih atau membina semula rumah-rumah tersebut. Setiap rumah mengambil masa tiga atau empat minggu untuk disiapkan secara gotong-royong dan semua projek telah berjalan lancar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

3nd_Issue_Make.indd 6 2/9/2010 9:08:43 AM

Page 7: Bilangan 03/2009

11 SEPTEMBER 2009HOUSING REVIVAL INITIATIVE

DI HOTEL PJ HILTON

7 OKTOBER 2009

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI 2009 KPKT

DI DEWAN DRB, PUSAT BANDAR DAMANSARA, KL

15 OKTOBER 2009

EXECUTIVE TALK SERIES 4/2009 CRIME PREVENTION STRATEGIC

APPROACH OLEHTAN SRI LEE LAM THYE

DI DEWAN DRB, PUSAT BANDAR DAMANSARA, K.LUMPUR.

3nd_Issue_Make.indd 7 2/9/2010 9:09:06 AM

Page 8: Bilangan 03/2009

29 OKTOBER 2009WACANA BAHASA: “PERANAN BAHASA DALAM MENCAPAI FALSAFAH GAGASAN 1 MALAYSIA”

SEMPENA SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2009 KPKT

DI AUDITORIUM BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN BUKIT KIARA, K.LUMPUR.

29 OKTOBER 2009LAWATAN BERSAMA Y.B TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN KE

PROJEK PERUMAHAN TAMAN LESTARI PERMAI DI PUCHONG, SELANGOR DARUL EHSAN.

24 OKTOBER 2009MAJLIS PENYERAHAN KUNCI KEPADA

PEMILIK RUMAH JALIL SUTERADI BUKIT JALIL,

KUALA LUMPUR.

3nd_Issue_Make.indd 8 2/9/2010 9:09:54 AM

Page 9: Bilangan 03/2009

18 NOVEMBER 2009

SEMINAR“GREEN TECHNOLOGIES ON WASTE

MANAGEMENT: CURRENT KNOWLEDGE & PRACTISES”

DI HOTEL SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR.

19 NOVEMBER 2009LAWATAN BERSAMA YB MENTERI

PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN KE PROJEK PERUMAHAN TAMAN PRIMA HIJAU DAN TAMAN DANAU SUTERA DI KUNDANG,

SELANGOR DARUL EHSAN.

17 NOVEMBER 2009

CHANGE MANAGEMENT SEMINAR (eKL) DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH PENARAFAN 5

BINTANG PENILAIAN WEB/PORTAL MDeC09 DI HOLIDAY VILLA,

SUBANG.

PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN KE

DAN TAMAN DANAU SUTERA DI KUNDANG,

3nd_Issue_Make.indd 9 2/9/2010 9:10:43 AM

Page 10: Bilangan 03/2009

24 NOVEMBER 2009

BENGEL PEMAHAMAN AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951 DAN PENGENALAN KEPADA PORTAL ELECTRONIC MONEY

LENDER AND PAWNBROKER SYSTEM (eMAPS) DI MENARA MATRADE,

KUALA LUMPUR.

30 NOVEMBER 2009

PERASMIAN KONVENSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN

PERSIDANGAN PERWAKILAN DWITAHUNAN KESATUAN

KEBANGSAAN PEKERJA-PEKERJA PENGUASA-PENGUASA TEMPATAN

SEMENANJUNG MALAYSIA.

28 NOVEMBER 2009LAWATAN DELIGASI DARI UZBEKISTAN

YANG DIKETUAI OLEHMAYOR OF CAPITAL CITY OF TASHKENT KE KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN

3nd_Issue_Make.indd 10 2/9/2010 9:11:38 AM

Page 11: Bilangan 03/2009

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

11

Program Habitat Moment melibatkan pembacaan perutusan YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan oleh pengetua semua sekolah menengah di seluruh Malaysia pada 5 Oktober 2009, iaitu pada sambutan Hari Habitat Sedunia 2009 peringkat global. Perutusan tersebut mengupas mengenai tema “Merancang Masa Depan Bandar Kita” dalam aspek peranan para pelajar bagi memastikan kesejahteraan bandar di Malaysia terjamin pada masa hadapan.Program ini telah dijalankan dengan jayanya di seluruh Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, semua Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah di setiap negeri. Empat orang

pegawai KPKT telah ditugaskan untuk memantau pelaksanaan program tersebut di empat buah sekolah menengah di sekitar Lembah Kelang dan seterusnya menyampaikan plak penghargaan YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada pengetua s e k o l a h . P r o g r a m ini turut membuka ruang kepada pelajar untuk memanjangkan cadangan kepada KPKT bagi menambahbaik keadaan bandar masa kini. Setiap sekolah yang mengambil bahagian akan menerima sijil penghargaan dari KPKT. Program ini selari dengan tagline YAB

Perdana Menteri iaitu 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, di mana Kerajaan memberi ruang kepada rakyat, terutamanya generasi muda, untuk menyuarakan idea dan cadangan bernas dalam usaha menambahbaik perancangan masa depan bandar.

Program Habitat Moment

3nd_Issue_Make.indd 11 2/9/2010 9:11:38 AM

Page 12: Bilangan 03/2009

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

12

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2009

Pertandingan

Pertandingan fotografi bertemakan Planning Our Urban Future atau Merancang Masa Depan Bandar Kita telah dianjurkan oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) sempena Hari Habitat Sedunia 2009. Pertandingan ini dibuka kepada semua yang berminat dan tidak terhad kepada golongan profesional. Pertandingan fotografi ini dibuka bermula 20 Julai sehingga 20 Oktober 2009 dan sejumlah 86 penyertaan telah diterima sepanjang tempoh tersebut. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Seri Kong Cho Ha dalam Majlis Pelancaran Sambutan Hari Habitat Sedunia 2009 dan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2009 pada 9 November 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Gambar yang memenangi tempat ketiga dalam pertandingan ini telah digunakan sebagai muka hadapan Habitat Magazine Edisi Khas.

Fotografi

Habitat Scroll of Honour Award (HSHA) ialah satu anugerah berprestij yang disampaikan oleh UN-HABITAT setiap tahun sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia. HSHA diperkenalkan oleh UN-HABITAT pada tahun 1989 untuk menghargai usaha dan sumbangan pihak-pihak tertentu dalam membantu masyarakat yang tidak mempunyai tempat tinggal, meneraju usaha pemulihan dan pembangunan pasca-bencana/konflik serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat. Ia merupakan anugerah yang sangat berprestij dan diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi sektor petempatan manusia. Pencalonon HSHA telah dibuka bermula 1 April 2009 dan tamat pada bulan Ogos 2009. KPKT telah berjaya mengumpulkan

empat pencalonan bagi HSHA bagi tahun 2009 iaitu Land Readjustment: A New Approach of Development in Malaysia oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia, Sebulung River Settlement Revival Programme oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru, MyLexics : Assistive Multimedia Courseware for Dyslexic Children oleh Universiti Teknikal Melaka (UTEM) dan A Healthy School Programme oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara. Walaupun tiada pencalonan dari Malaysia terpilih bagi anugerah tersebut untuk tahun 2009, namun pencalonan yang telah dihantar ke Nairobi, Kenya telah berjaya mengetengahkan usaha Malaysia ke arah peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan petempatan manusia.

Habitat Scroll of Honour Award 2009

3nd_Issue_Make.indd 12 2/9/2010 9:11:46 AM

Page 13: Bilangan 03/2009

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

13

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIAUnited Nations Human Settlements Programme (UN-HABITAT) adalah satu badan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang beribu pejabat di Nairobi, Kenya sejak tahun 1978. Ia bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan program peningkatan kualiti petempatan manusia ke arah lebih sihat, selamat dan mampan. UN-HABITAT juga merupakan think tank PBB dalam memperhalusi kajian dan analisis teknikal bagi membantu negara anggota dalam memperbaiki persekitaran petempatan manusia di negara masing-masing. Pada tahun 1995, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah melantik KPKT sebagai National Focal Point untuk menyelaras semua aktiviti UN-HABITAT di Malaysia. Ini termasuk menghadiri mesyuarat berkala, persidangan dan menyelaraskan sambutan Hari Habitat Sedunia peringkat kebangsaan setiap tahun. Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Bahagian Korporat, KPKT ialah urus setia bagi sambutan Hari Habitat Sedunia peringkat kebangsaan. Hari Habitat Sedunia diraikan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dunia mengenai keadaan

petempatan manusia semasa dan hak setiap individu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa. Ia juga bertujuan untuk mengingatkan masyarakat dunia mengenai tanggungjawab masing-masing terhadap masa depan penempatan manusia. Hari Habitat Sedunia disambut pada hari Isnin pertama bulan Oktober pada setiap tahun. Pada tahun ini, sambutan Hari Habitat Sedunia jatuh pada 5 Oktober 2009 (Isnin). Tema yang telah dipilih oleh UN-HABITAT bagi tahun ini ialah Planning Our Urban Future atau Merancang Masa Depan Bandar Kita. Pelbagai program telah diaturkan sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia 2009 iaitu Projek House Build, Program Habitat Moment, Bengkel Pengurusan Aset Pihak Berkuasa Tempatan, Program Komuniti Harmoni, Pertandingan Fotografi , Pelancaran Habitat Magazine Edisi Khas dan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Habitat Sedunia 2009 dan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2009. Semua aktiviti dan program telah berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Laporan mengenai semua aktiviti dan program ini telah dihantar kepada UN-HABITAT serta Pejabat Perwakilan Malaysia di Nairobi, Kenya.

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KEUNIT PSIKOLOGI KAUNSELING, HOSPITAL KUALA LUMPUR.Oleh : Biro Penerangan dan Perhubungan, AKRAB, KPKT

Pada 14 Disember 2009, ahli-ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) KPKT dan tiga pegawai Psikologi telah mengikuti Program Lawatan Sambil Belajar ke Unit Psikologi Kaunseling (UPsK), Hospital Kuala Lumpur (HKL). Lawatan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan menambahkan kemahiran ahli AKRAB dalam aplikasi ilmu psikologi dan kaunseling di organisasi masing-masing. Ahli rombongan diberi taklimat mengenai perkembangan perkhidmatan psikologi kaunseling oleh Tuan Haji Alias bin Ahmad, Ketua Unit Psikologi Kaunseling, HKL. Perkhidmatan kaunseling di HKL yang ditubuhkan pada 14 Mei 2001 di bawah UPsK ini menawarkan perkhidmatan kaunseling kepada semua warga pesakit dan kakitangan HKL bagi membantu pesakit dan warga kerja membangun diri dan menuju kehidupan yang lebih positif. Klien boleh menerima perkhidmatan secara percuma melalui rujukan doktor perubatan dan ketua jabatan masing-masing. Aktiviti diakhiri dengan sesi lawatan sekitar UPsK HKL serta simulasi play therapy yang turut digunakan unit tersebut.

3nd_Issue_Make.indd 13 2/9/2010 9:11:56 AM

Page 14: Bilangan 03/2009

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

14

Majlis Sambutan Hari Inovasi KPKT 2009 yang bertemakan ”Inovasi dan Kreativiti Teras Perkhidmatan Berkualiti” telah diadakan pada 10 Disember 2009 di Dewan DRB, Pusat Bandar Damansara. Sambutan ini yang dirasmikan oleh Y.B Dato’ Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut dihadiri oleh pihak pengurusan KPKT dan lebih 400 warga KPKT. Pada Majlis ini, Y.B Menteri menyeru warga KPKT supaya dapat bekerja bersungguh-sungguh dengan menggunakan pendekatan yang lebih inovatif dan kreatif dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Pelan Strategik 2008 – 2020 KPKT turut dilancarkan oleh Y.B. Menteri pada Majlis Sambutan Hari Inovasi ini. Pelan Strategik ini merupakan asas dan rujukan utama dalam menentukan perancangan dan pelaksanaan strategi, program dan aktiviti KPKT dalam tempoh masa yang telah digariskan.

Sempena sambutan ini juga, Y.B. Menteri berbesar hati menyampaikan tiga Anugerah yang

telah dipertandingkan sempena Hari Inovasi ini iaitu Anugerah Khas Kualiti Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (AKKMPKT), Anugerah Inovasi Ketua Setiausaha KPKT (AI-KSU) dan Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif Terbaik (KIK). Penerima AKKMPKT bagi Kategori Organisasi iaitu Jabatan Kerajaan Tempatan dan Kategori Kumpulan/ Individu iaitu Kumpulan Infiniti daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor masing-masing telah menerima hadiah wang tunai RM2,500, Plak dan Sijil Penghargaan.

Penerima AI-KSU bagi Kategori Pengurusan iaitu Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan Kategori Teknikal iaitu Kumpulan Runway dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor telah membawa pulang wang tunai RM2,000, Plak dan Sijil Penghargaan. Bagi Anugerah KIK Terbaik pula, Intelligent Innovation Team dari PPSPPA telah dinobatkan sebagai pemenang bagi Kategori Pengurusan, manakala Kumpulan Progresif dan Dedikasi dari Balai

Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Negeri Sembilan memenangi Anugerah ini bagi Kategori Teknikal. Kedua-dua pemenang telah menerima hadiah wang tunai RM2,000, plak dan sijil penghargaan.

Pada Majlis ini juga, Y.B. Menteri telah menyampaikan Sijil Penghargaan dan Plak kepada sepuluh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah berjaya meningkatkan prestasi mereka pada tahun 2008 melalui penggredan semula Sistem Star Rating PBT (SSR-PBT) oleh Bahagian Inspektorat, KPKT yang telah diadakan dari 3 hingga 11 November 2009. Sepuluh PBT tersebut ialah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis Daerah Kubang Pasu, Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Daerah Ketereh, Majlis Daerah Baling, Majlis Daerah Rembau, Majlis Daerah Jelebu dan Majlis Daerah Pontian. Penghargaan ini telah disampaikan oleh Y.B. Menteri kepada Datuk Bandar dan Yang Dipertua-Yang Dipertua PBT terlibat.

Sambutan Hari Inovasi 2009

3nd_Issue_Make.indd 14 2/9/2010 9:11:57 AM

Page 15: Bilangan 03/2009

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 3

15

Konvensyen Mini Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2009

Konvensyen Mini Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KPKT 2009 yang dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Yeo Heng Hau, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Pembangunan, KPKT telah diadakan pada 13 November 2009. Konvensyen Mini ini turut dihadiri oleh pihak pengurusan dan 150 warga KPKT. Ia merupakan salah satu aktiviti yang dilaksanakan sempena Hari Inovasi KPKT 2009.

Objektif Konvensyen Mini ini diadakan adalah bagi menggalakkan Jabatan dan Bahagian di KPKT untuk menubuhkan KIK (dahulu dikenali sebagai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja) yang bertujuan menangani masalah-masalah yang timbul di tempat kerja secara berpasukan. Ia adalah inisiatif Kerajaan dalam memurnikan usaha-usaha meningkatkan kualiti dalam penyampaian perkhidmatan selaras dengan Gerakan Budaya Cemerlang.

Sebanyak tiga kumpulan telah mengambil bahagian dalam Konvensyen Mini kali ini iaitu:-

Intelligent Innovation Team dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Kumpulan Evolusi dari Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai dan kumpulan Progresif dan Dedikasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kumpulan-kumpulan dinilai berdasarkan kriteria pemilihan masalah, penjelasan masalah, penggunaan teknik-teknik penyelesaian masalah, tindakan pembetulan dan pelaksanaan, pencapaian hasil projek, tindakan penyeragaman, penilaian kumpulan, dan persembahan projek. Penilaian KIK ini diketuai oleh Encik Syed Azhar Syed Kamaruddin dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), dan dianggotai oleh Puan Nor Inchun Haji Mohd. Salleh, Setiausaha Bahagian Kewangan dan Perolehan KPKT, Puan Adibah Haji Othman, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan KPKT dan Encik Ali Azhar Ismail, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Korporat.

3nd_Issue_Make.indd 15 2/9/2010 9:12:04 AM

Page 16: Bilangan 03/2009

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Aras 1 - 7, Blok K, Pusat Bandar DamansaraPeti Surat 12579, 50782 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-2094 7033No. Faks : 03-2094 9720

Website : www.kpkt.gov.my9 7 7 1 3 9 4 0 5 3 0 0 2

ISSN 1394-0538

Hari Habitat Sedunia 2009

PELANCARANPELANCARANPELANCARANLOGO 1KPKTLOGO 1KPKTLOGO 1KPKT

Majlis pelancaran Logo 1KPKT telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 7 November 2009 bertempat Forest Research Institute of Malaysia (FRIM), Kepong. Turut hadir Y.Bhg Dato’ Ahmad bin Haji Kabit, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Y.Bhg Datuk Yeo Heng Hau, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) dan Y.Bhg Datin Noriah binti Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha ( Pengurusan). Majlis juga dimeriahkan dengan akitiviti senam robik, sukaneka dan pameran.

PELANCARANPELANCARANPELANCARANLOGO 1KPKTLOGO 1KPKTLOGO 1KPKT

KEHIDUPAN BERKUALITI

Majlis pelancaran Logo 1KPKT telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan

3nd_Issue_Make.indd 16 2/9/2010 9:12:15 AM