bina 03.pdf

20
BINA BINA ISSN: 1985 - 4595 BIL. NO: 03 / 2015 JUL - SEPT 2015 03 Kementerian Kerja Raya CITP 2016 - 2020 : PELENGKAP TRANSFORMASI INDUSTRI PEMBINAAN NEGARA CITP 2016 - 2020 : PELENGKAP TRANSFORMASI INDUSTRI PEMBINAAN NEGARA

Upload: hadang

Post on 22-Jan-2017

290 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BINA 03.pdf

BINABINAISSN: 1985 - 4595

BIL. NO: 03 / 2015

JUL - SEPT 2015

03Kementerian Kerja Raya

CITP 2016 - 2020 : PELENGKAP TRANSFORMASI INDUSTRI PEMBINAAN NEGARA

CITP 2016 - 2020 : PELENGKAP TRANSFORMASI INDUSTRI PEMBINAAN NEGARA

Page 2: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 2

S I D A N GR E D A K S I

PENAUNGYBhg. Dato’ Sri Zohari Haji Akob[Ketua Setiausaha KKR]

PENASIHATYBrs. Tuan Haji Sarani Bin Dollah[Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR]

KETUA PENGARANGPn. Noreha Mohd Ripin[Ketua Komunikasi Korporat]

PENGARANGEn. Mohd Rizal HashimEn. Fauzi BaharudinPn. Aisah Ghazali

JURUFOTOEn. Rosdin SabniCik Hidayatul Sa’adiah Binti Saad[Jurufoto Unit Komunikasi Korporatdan Unit Perpustakaan & SumberJabatan Kerja Raya]

REKABENTUK / PENCETAKLEGASI PRESS SDN BHDTel: +603 6272 2022

URUSETIAUnit Komunikasi KorporatKementerian Kerja Raya

UNIT KOMUNIKASI KORPORATKementerian Kerja RayaTingkat 6, Blok B, Kompleks Kerja RayaJalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

+603-8000 8000

+603-2711 1101

[email protected]

www.kkr.gov.my

Kementerian Kerja Raya

@MOWorks

Sidang Redaksi mengalu-alukan sebarang sumbangan artikel dan pandangan yang membina bagi mengemaskini serta mempertingkatkan lagi mutu penerbitan Buletin Kementerian Kerja Raya. Sumbangan Artikel boleh dialamat kepada:

A R T I K E LS U M B A N G A N

MEN

AR

IK D

IDA

LAM

17

16

16

17

18

18

19

19

20

3 CITP 2016-2020 Dilancar Sewaktu Perasmian ICW 2015

Green Buildings and Parks World 2015

4Penduduk Teruja Pembinaan Jajaran Telok Melano ke Semantan LPB Sarawak

Malam Anugerah LAM dan Pelancaran Manual Akreditasi Pendidikan Senibina

520 Mangsa Banjir Kampung Padang Grus, Lenggong Menerima Rumah Baharu

Konferen Cerun Antarabangsa (ICS) 2015 Membincangkan Pengurusan Cerun Terbaik

8Kempen Keselamatan Sempena Aidilfitri 2015

8 Perasmian Persimpangan Bertingkat Baru Seremban ( Bandar Ainsdale)

9 Konvensyen Usahanita Binaan 2015

10MCIEA 2015 Mengiktiraf Kecemerlangan Penggiat Industri Binaan

11Pembudayaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Tapak Bina oleh KVMRT

12 Pembukaan Jajaran Projek Central Spine Road Seksyen 3G dan 3H

13 CIDB Pertingkat Usaha Penggunaan MYCESMM

14 Tugu Peringatan Dibina Bagi Menghargai Pekerja Jalan Raya Timur-Barat (JRTB)

15Cetusan Inovasi Teknologi Pembinaan Jambatan Batu 6, Gerik, Cipta Rekod Malaysia

Perasmian Projek Menaiktaraf Jalan Pasir Puteh - Gong Kulim - Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan

Majlis Penyerahan Rumah Mangsa Banjir Machang

7Majlis Penyerahan Fakulti Pergigian UITM Kampus Sungai Buloh

Hari Latihan KKR 2015

Penyerahan Rumah Kekal Kuala Lipis dan Perasmian Kursus Kerohanian

Keratan Akhbar / Twitter

6Majlis Penyerahan Hospital Shah Alam

Penggunaan BIM Mentransformasi Industri Pembinaan

Page 3: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 3

KUALA LUMPUR, 10 September 2015 – Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, bersempena Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2015 anjuran CIDB, agensi Kementerian Kerja Raya (KKR).

CITP 2016-2020 menggariskan empat teras strategik dan 18 inisiatif bagi mentransformasi industri pembinaan di negara ini. Empat sasaran keberhasilan di bawah program berkenaan adalah pengurangan kadar kematian dan kecederaan di tapak pembinaan sebanyak 50 peratus, 100 peratus projek pembinaan bangunan dan infrastruktur

besar melebihi keperluan kemapanan, Peningkatan produktiviti sebanyak 2.5 kali ganda atau RM61,939 setiap pekerja dan Sebanyak 10 syarikat mencapai penarafan 5 dalam piawaian SCORE dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

ICW 2015 turut dirasmikan oleh Perdana Menteri pada majlis yang sama. Penganjuran acara tahunan ini memasuki tahun kelima belas dan untuk tahun ini ia membawa tema “Building a Greener Future” sebagai usaha untuk memberi fokus kepada kepada keseimbangan antara alam sekitar dan pembangunan.

Berlangsung bermula 7 hingga 11 September 2015, ICW 2015 menjadi

platform besar dan strategik kepada penggiat industri binaan tempatan dan antarabangsa bertemu dan berkongsi maklumat berkaitan produk-produk terkini, perkhidmatan dan teknologi hijau, bahan binaan, jentera dan ICT. Pengisian sepanjang minggu tersebut adalah pameran, persidangan, seminar, padanan perniagaan, pertandingan rekabentuk dan anugerah industri.

Turut hadir pada majlis ini ialah Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid, Ketua Setiausaha KKR, Dato’ Sri Zohari Bin Haji Akob dan Ketua Eksekutif CIDB, Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim.

CITP 2016-2020 DILANCAR SEWAKTU PERASMIAN ICW 2015

B E R I T A

Ucaptama perasmian ICW 2015 oleh YAB Perdana Menteri

Buku CITP 2016 - 2020 yang dilancarkan bersempena perasmian ICW

Page 4: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 4

B E R I T A

SEMATAN, 15 September 2015 - Lebih 5000 penduduk sebelah barat Sarawak iaitu sekitar Lundu, Sematan dan Telok Melano yang hadir di Majlis Memulakan Kerja Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) jajaran Sarawak, teruja kerana pembinaan Jajaran Telok Melano ke Sematan sepanjang 32.7 kilometer ini bakal memberi kesan positif kepada mereka.

Apabila siap kelak ia bakal memberi kesan langsung kepada penduduk Sarawak melalui peluang dalam sektor pembinaan, mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan bertindak sebagai pemangkin kepada pusat-pusat pertumbuhan baharu ekonomi serta akan menjadi jalan penghubung strategik serta memberi keselesaan perjalanan dan selamat kepada pengguna jalan raya di Sarawak.

Ia turut digambarkan sebagai lembaran baharu jalan penghubung yang efisien bagi rakyat Sarawak kerana pada masa ini, jalan perhubungan antara Telok Melano ke Sematan hanyalah melalui jalan laut dengan menaiki bot dengan jarak perjalanan hingga dua jam.

Pembinaan jajaran Telok Melano ke Sematan ini merupakan komponen kedua Lebuhraya Pan Borneo Sarawak selepas pembinaan jajaran simpang Nyabau ke Bakun sepanjang 43 kilometer yang dilancarkan Mac lalu. Pakej jajaran Telok Melano-Sematan ini melibatkan pembinaan jajaran baharu satu lorong dua hala (single carriageway) dengan kos RM700 juta dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2018.

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Razak telah menyempurnakan majlis perasmian jajaran ini dan beliau diiringi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof , Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin serta pegawai kanan kerjaan Persekutuan dan Negeri.

Lebuhraya Pan Borneo merupakan projek mega berskala besar dengan komitmen kewangan tinggi di pihak kerajaan, justeru kerajaan memutuskan supaya pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dilaksanakan melalui kaedah ‘Project Delivery Partner’ (PDP) yang mana pembiayaan projek akan dibuat sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan melalui Dana Infra.

PENDUDUK TERUJA PEMBINAAN JA JARAN TELOK MELANO KE SEMATAN LPB SARAWAK

Semasa proses perasmian denagn gimik penurunan tandatangan pada plak pembinaan sambil diperhatikan oleh dif-dif kehormat

YAB Perdana Menteri bersalaman dengan sebahagian penduduk yang hadir menyaksikan acara bersejarah ini

Page 5: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 5

B E R I T A

LENGGONG, 29 Ogos 2015 – 20 keluarga mangsa banjir di PPRT Labit dan Kota Tampan Air, Lenggong dapat menarik nafas lega selepas menerima geran rumah baharu secara rasmi. Pembinaan rumah kekal di kampung itu merupakan projek usahasama antara kerajaan Persekutuan dan negeri dengan kerjasama Persatuan Pandu Puteri Perak.

Majlis perasmian Projek Penempatan Baharu kepada 20 Mangsa Banjir Kampung Padang Grus, Lenggong ini disempurnakan oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Turut berangkat pada majlis itu Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah selaku Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Hadir sama, Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Zohari Akob; Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir. Adanan Mohammed Hussain; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk

Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Sebanyak RM12,000 telah diperuntukkan oleh Pandu Puteri Perak bagi membeli kelengkapan rumah seperti perabot dan barangan elektrik untuk disumbangkan kepada semua 20 mangsa banjir terlibat.

Dalam pada itu, sebanyak 153 daripada 294 unit rumah sudah dibina di bawah Projek Pembinaan Semula Rumah Kekal untuk mangsa banjir di Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga Ogos ini. Baki sebanyak 141 unit rumah lagi masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir November depan.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya dalam ucapannya menyatakan kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM800 juta untuk membaiki kerosakan infrastruktur seperti sekolah,

20 MANGSA BANJIR KAMPUNG PADANG GRUS, LENGGONG MENERIMA RUMAH BAHARU

hospital dan jalan raya akibat banjir akhir tahun lepas.

Daripada jumlah itu, beliau berkata kementerian diperuntukkan sebanyak RM383.6 juta bagi membaiki jalan raya, jambatan serta cerun yang rosak di seluruh negara.

Sejumlah 1,982 unit rumah telah dikenal pasti terlibat dalam bencana banjir itu dan daripada jumlah itu, 1,409 unit rumah akan dibina semula oleh kerajaan Persekutuan manakala 573 unit pula dibina oleh kerajaan negeri masing-masing.

Beliau berkata peruntukan tambahan sebanyak RM174 juta di bawah Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara juga disediakan bagi pembinaan semula rumah mangsa banjir yang musnah dan rosak teruk akibat bencana itu.

Majlis dimulakan dengan acara menanam pokok oleh Tuanku Zara Salim sebagai Penanung Persatuan Pandu Puteri Perak

Tuanku Zarah Salim berkenan melawat dan beramah mesra kepada salah seorang penerima rumah kekal ini

Page 6: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 6

SHAH ALAM, 4 Ogos 2015 – Penyerahan Projek Hospital Shah Alam secara rasmi telah diadakan hari oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertempat di Auditorium Hospital Shah Alam, Seksyen 7, Persiaran Kayangan.

Hospital ini dijangka akan mula beroperasi secara berperingkat-peringkat mulai Oktober 2015 sehingga dapat beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2016. Perkhidmatan pertama yang akan dimulakan adalah perkhidmatan Klinik Pakar dan Haemodialysis. Hospital ini akan menerima kes rujukan dari hospital dan juga klinik berdekatan.

Projek Hospital ini direkabentuk untuk 300 katil pesakit (expandable to 500 beds) bagi memberikan 14 skop perkhidmatan kepakaran hospital dan juga bangunan kuarters pelbagai kelas berjumlah 230 unit untuk kakitangan hospital, serta 42 unit hostel jururawat dan 40 unit kuarters pegawai perubatan dan juga beberapa blok bangunan sokongan dan kejuruteraan.

Di antara kemudahan di bangunan Utama Hospital Shah Alam, ianya turut dilengkapi dengan 10 buah operation theater (OT), Wad Diraja, Wad VVIP, Wad-Wad lain untuk kemudahan pesakit serta sebuah auditorium yang

boleh memuatkan 244 orang untuk kemudahan hospital.

Upacara Penyerahan Projek ini disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof

Menteri Kerja Raya Malaysia yang menyerahkan projek ini kepada YB Datuk Seri Dr. S.Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia. Turut hadir untuk menandatangani Perakuan Serahan Projek ialah Ketua Pengarah Kerja Raya dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan.

MA JLIS PENYERAHAN HOSPITAL SHAH ALAM

B E R I T A

Majlis menandatangani Perakuan Serahan Projek ialah Ketua Pengarah Kerja Raya dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan

Hospital ini dijangka akan mula beroperasi secara berperingkat-peringkat mulai Oktober 2015 sehingga dapat beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2016

Page 7: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 7

B E R I T A

SUNGAI BULOH, 1 September 2015 – Majlis Penyerahan Fakulti Pergigian UiTM Kampus Sungai Buloh oleh Kementerian Kerja Raya kepada Kementerian Pendidikan Tinggi telah diadakan di sini hari ini.

Projek pembinaan kampus itu yang menelan belanja lebih RM73.8 juta yang dirancang sejak tujuh tahun lalu di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan menempatkan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung termasuk bahagian akademik, klinikal dan pentadbiran.

Bangunan fakulti itu turut mengandungi dewan bedah, wad, klinik, unit radiologi, kemudahan penyelidikan terkini serta sebuah pusat pensterilan dan

MAJLIS PENYERAHAN FAKULTI PERGIGIAN UITM KAMPUS SUNGAI BULOH

bekalan pergigian pertama di Malaysia. Selain menempatkan kemudahan akademik untuk penuntut universiti itu, fakulti berkenaan turut menawarkan perkhidmatan rawatan pergigian kepada orang awam.

Apabila bangunan ini mula beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi, dianggarkan seramai 205 pesakit dapat diberikan rawatan dalam satu-satu masa dengan

jumlah pesakit sehari dianggarkan 400 hingga 500 orang.

Kementerian Kerja Raya diwakili oleh menterinya YB Dato’ Sri Fadillah Yusof, sementara Kementerian Pendidikan Tinggi diwakili menterinya YB Datuk Seri Idris Jusoh. Turut hadir, Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Adanan Mohamed Hussain dan Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Lawatan ke sebuah bilik pusat pensterilan dan bekalan pergigian pertama di Malaysia

Acara potong riben oleh YB Menteri sebagai perasmian bangunan baharu Fakulti

Page 8: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 8

B E R I T A

SEREMBAN, 10 Julai 2015 – YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia dan YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan telah melancarkan kempen keselamatan sempena Aidilfitri 2015 bersempena pembukaan Persimpangan Bertingkat Bandar Ainsdale, Seremban.

KEMPEN KESELAMATAN SEMPENA AIDILFITRI 2015

Menteri Kerja Raya dalam ucapannya menyeru agar orang ramai berhati-hati ketika memandu untuk balik kampung sempena cuti Aidilfitri ini serta mematuhi peraturan jalan raya yang sedia ada untuk memastikan keselamatan semua

pengguna jalan raya dan lebuh raya.

Beliau menjangkakan akan berlaku peningkatan trafik yang agak ketara semasa musim cuti ini.

Umpamanya di Lebuhraya

Utara-Selatan di mana

kadar peningkatan trafik

adalah dianggarkan

sebanyak 30%. Oleh

itu, beliau meminta agar pemandu

kenderaan memberi fokus yang lebih

semasa pemanduan serta bersabar dan

berhemah.

YB Menteri Kerja Raya turut mengumumkan bahawa beliau telah mengeluarkan arahan henti kerja (stop order work) di semua lebuh raya kecuali bagi kerja-kerja kritikal sahaja bermula dari 11 Julai 2015 sehingga 26 Julai 2015. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa pelaksanaan larangan penggunaan kenderaan berat di jalan dan lebuh raya akan dikuatkuasakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama 4 hari iaitu pada 15 dan 16 Julai 2015, serta 24 dan 25 Julai 2015.

SEREMBAN, 10 Julai 2015 – Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan yang hendak ke bandar Seremban mempunyai satu lagi opsyen ke bandar tersebut melalui Persimpangan Bertingkat Bandar Ainsdale yang telah dirasmikan pembukaannya pada hari ini oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia dan YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

PERASMIAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT BARU SEREMBAN (BANDAR AINSDALE)

Sebelum ini, pengguna Lebuhraya Utara-Selatan yang hendak ke bandar Seremban perlu menggunakan persimpangan Seremban yang sedia ada dan ini telah menyebabkan kesesakan yang kritikal di kawasan tersebut sehingga menjejaskan aliran trafik di laluan utama Lebuhraya Utara Selatan.

Persimpangan bertingkat ini yang dilengkapi dengan sebuah plaza tol berkapasiti 12 lorong iaitu 7 lorong keluar dan 5 lorong masuk termasuk lorong elektronik turut mempunyai kemudahan surau dan tandas.

YB Menteri mendengar taklimat tentang pembukaan persimpangan ini

Page 9: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 9

KUALA LUMPUR, 7 September 2015 - Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dengan usahasama rakan-rakan strategik iaitu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Pertubuhan Profesional JKR Malaysia (ProJKRM) dan Pertubuhan Wanita Industri Binaan Malaysia (WIBM) telah menganjurkan Konvensyen Usahanita Binaan 2015 (KUBINA 2015) di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC.

Konvensyen yang berlangsung selama satu hari ini dianjurkan bersempena International Construction Week (ICW) 2015. Bertemakan ‘Pemerkasaan Wanita Dalam Pembinaan’, konvensyen ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia.

Turut dilancarkan ialah Pertubuhan Wanita Industri Binaan Malaysia (WIBM), sebuah organisasi yang telah dizahirkan hasil resolusi KUBINA 2014 dengan matlamat untuk memperkasa dan memperjuangkan wanita agar

B E R I T A

KONVENSYEN USAHANITA BINAAN 2015

lebih aktif dan produktif dalam industri binaan di Negara ini.

KUBINA 2015 merupakan konvensyen yang menghimpunkan ratusan usahawan serta profesional wanita yang terlibat secara langsung dalam industri pembinaan yang mana penganjurannya bertujuan meningkatkan upaya usahawan wanita dalam sektor pembinaan melalui 3 sesi perbentangan kertas kerja.

Seramai lebih 550 orang profesional wanita dan juga lelaki yang terdiri daripada kontraktor, jurutera, arkitek, juruukur bahan, pembekal, kakitangan kerajaan dan swasta, ahli akademik, pihak berkuasa tempatan, perunding, penyelidik, mahasiswa, ngo/aktivis dan ahli perniagaan menyertai konvensyen ini.

Sesi ramah mesra bersama usahawan serta profesional wanita yang terlibat secara langsung dalam industri pembinaan

Page 10: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 10

B E R I T A

KUALA LUMPUR, 11 September 2015 - IJM Constructions Sdn. Bhd. merangkul Anugerah Tokoh Jurubina pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2015 yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental.IJM turut memenangi Anugerah Projek Terbaik untuk kategori projek bangunan bernilai lebih RM100 juta iaitu projek pembinaan Institut Kanser Negara di Putrajaya yang dikendalikan dengan kerjasama Kiara Teratai.

MCIEA dianjurkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan menjadi platform untuk mengiktiraf kecemerlangan pemain industri pembinaan. Ia turut diadakan sebagai salah satu acara bersempena Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2015.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu Anugerah Kontraktor Terbaik, Anugerah Projek Terbaik, Anugerah Pencapaian Antarabangsa, Anugerah Khas, Anugerah Individu dan Anugerah Tokoh Jurubina.

Anugerah tahun ini menyaksikan 24 syarikat termasuk penerima pengiktirafan khas telah dipilih oleh juri bagi mengiktiraf penerima terbaik dalam industri pembinaan.

Anugerah utama disampaikan Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof. Turut hadir dalam majlis penganugerahan

ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Tan Sri Ahmad Tajuddin Ali, Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Seri Ir. Dr. Judin Abdul Karim dan Ketua Setiausaha Kerja Raya, Dato’ Sri Zohari Haji Akob.

MCIEA 2015 MENGIKTIRAF KECEMERLANGAN PENGGIAT INDUSTRI BINAAN

YB Menteri dan Timbalan Menteri Kerja Raya beramah mesra bersama para penerima anugerah

Page 11: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 11

SUNGAI BULOH, 28 September 2015 – Membudayakan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di tempat kerja adalah tanggungjawab mandatori majikan dan setiap individu di tempat kerja dan ini termasuklah di kawasan tapak binaan kerana ia mampu membantu organisasi mencegah kemalangan di tempat kerja.

Justeru, satu kerjasama strategik telah dijalin melalui satu Memorandum Pesefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh pihak Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd, CIDB dan NIOSH bagi melaksanakan program kesedaran, kemahiran dan kompetensi terutamanya bagi aktiviti berisiko tinggi, perundingan dan perkongsian maklumat dan kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan KKP. Pemeteraian MoU ini disaksikan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya.

Pada majlis yang sama, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof juga telah merasmikan Pusat Latihan KVMRT,

B E R I T A

sebuah pusat yang ditubuhkan hasil inisiatif usahasama antara MRT Corp dan MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP).

Pusat latihan yang terletak berdekatan dengan Depoh MRT Sungai Buloh ini ditubuhkan untuk menyediakan prasarana bagi meningkatkan kesedaran dan tahap kemahiran kakitangan serta pekerja yang terlibat dalam projek KVMRT dari aspek KKP dan seterusnya menerapkan budaya kerja selamat dan sihat dikalangan pekerja.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Menteri Kerja Raya melahirkan rasa gembira atas komitmen empat organisasi tersebut untuk menjalinkan kolaborasi antara satu sama lain bagi mewujudkan program kerjasama bersama dan aktiviti-aktiviti yang akan membangunkan, meningkatkan dan mengekalkan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (KKP) dan penyampaian maklumat serta program peningkatan untuk projek KVMRT.

PEMBUDAYAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAAN DI TAPAK BINA OLEH KVMRT

Sesi pertukaran MoU antara pihak MRT Corp dan NIOSH

Page 12: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 12

B E R I T A

LIPIS, 13 Julai 2015 - Kerajaan telah bersetuju untuk membuka sebahagian lagi jajaran Projek Central Spine Road (CSR) dalam Pakej 3 yang telah siap kepada laluan awam iaitu Seksyen 3G dan Seksyen 3H dari Felda Chegar Perah 2 ke Kg. Kechur sepanjang 24.2km mulai 13 Julai 2015.

Sebelum ini, terdapat 2 seksyen dalam Pakej 3 iaitu Seksyen 3F1 dan Seksyen 3F2 sepanjang 13.2km yang melibatkan jajaran jalan dari Kg. Kubang Rusa ke Felda Chegar Perah 2 telah disiapkan dan dibuka kepada laluan awam masing-masing pada 10 Januari 2014 dan 5 Julai 2013. Pembukaan jajaran ini telah memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya terutamanya daripada aspek penjimatan kos, masa dan tenaga.

Dengan penyiapan keempat-empat seksyen ini, jarak perjalanan asal sepanjang 43.4km telah dipendekkan kepada 37.4km dan tempoh masa perjalanan dapat dikurangkan daripada 90 minit kepada 20 minit dan jalan ini telah dinaiktaraf kepada 4 lorong 2 hala.

PEMBUKAAN JA JARAN PROJEK CENTRAL SPINE ROAD SEKSYEN 3G DAN 3H

Projek Membina dan Menaiktaraf Laluan Persekutuan dari Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangai, Pahang ini merupakan salah satu projek infrastruktur berimpak tinggi yang telah diluluskan pelaksanaannya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Skop Projek adalah pembinaan jalan baru serta menaiktaraf jalan sedia ada kepada 4 lorong 2 hala mengikut piawaian JKR R5 sepanjang 390 kilometer. Pembinaan projek CSR dilaksanakan secara berfasa sejak dari tahun 2008 lagi. Projek ini telah dibahagikan kepada 6 pakej utama. Di atas faktor keselamatan dan bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di jalan sedia ada khususnya di jalan persekutuan FT8, Pakej 3: Gua Musang, Kelantan ke Kg. Relong, Pahang dan

Pakej 5: Bentong Bypass telah diberi keutamaan bagi pembinaannya dalam RMKe-10. Manakala pembinaan untuk pakej-pakej lain, dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).

Pemberian cenderahati kepada pengguna yang bertuah

Bergambar kenangan bersama pasukan projek pasukan projek ECER

Page 13: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 13

B E R I T A

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2015 - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) “Kerjasama Untuk Memajukan Penggunaan Kaedah Pengukuran Standard Kejuruteraan Awam Malaysia (MyCESMM) Dalam Perolehan Projek-projek Kejuruteraan Awam” dengan lapan organisasi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.Ia bertujuan untuk menerapkan penyeragaman pengukuran kerja-kerja sivil mengikut standard yang sama bagi mengurangkan kekeliruan dan meningkatkan professionalisma dalam berinteraksi mengenai kaedah pengukuran.Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Yusof. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian

CIDB PERTINGKAT USAHA PENGGUNAAN MYCESMM

Kerja Raya, Dato’ Sri Zohari Akob dan Pengerusi CIDB, Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali. Turut diadakan adalah penyampaian sijil MyCESMM Trainer kepada 38 orang pelatih terdiri daripada Juruukur Bahan dan Jurutera Sivil yang berjaya menghadiri latihan diselia CIDB. Latihan ini bertujuan membantu penggunaan MyCESMM lebih lancar bersama-sama rakan kolaborasi CIDB. Standard pengukuran yang dikenali sebagai MYCESMM ini memainkan peranan penting dengan menyediakan bahasa ukuran dan garis panduan seragam bagi semua pihak dalam projek pembinaan. Dengan menggunakan standard ini, semua skop kerja

Sesi menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Jabatan kerajaan dan juga pihak swasta

Penyampian sijil penghargaan oleh Ketua Eksekutif CIDB kepada Ketua Pengarah JKR Malaysia

diterangkan dengan jelas dan seragam sekaligus menyelesaikan masalah komunikasi yang sering berlaku dalam penyediaan harga tender.

Page 14: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 14

B E R I T A

GERIK, 2 Julai 2015 - Bagi menghargai jasa dan pengorbanan Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terlibat dalam pembinaan projek Jalan Raya Timur Barat (JRTB) (Grik, Perak – Jeli, Kelantan) ini satu Tugu Peringatan telah didirikan dan bakal menjadi monumen rujukan pelapis akan datang. Tugu ini telah dibina pada tahun 1994 dan kini ia telah dinaiktaraf dengan infrastruktur yang lebih baik pada awal tahun 2015 dengan Kos RM 395,000.00. Tugu ini dibina di tapak asal peristiwa serangan hendap oleh pihak komunis terhadap pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) dan anggota Pegawai Keselamatan pada 23 Mei 1974. Dalam tragedi

TUGU PERINGATAN DIBINA BAGI MENGHARGAI PEKERJA JALAN RAYA TIMUR-BARAT (JRTB)

tersebut, sebanyak 63 buah jentera JKR telah diletupkan. Dalam satu lagi peristiwa serangan hendap pada 27 Ogos 1974, seramai 3 orang kakitangan JKR telah terkorban. Perasmian tugu ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya dalam satu majlis yang dihadiri oleh bekas kakitangan JKR dan waris yang pernah terlibat dalam pembinaan JRTB dan mereka telah menerima sumbangan daripada Menteri atas bakti yang mereka taburkan.Pembinaan projek Jalan Raya Timur Barat (JRTB) ini telah dilaksana sepenuhnya oleh Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terdiri dari semua lapisan jawatan.

Ia merupakan satu pendedahan secara ‘hands on’ terhadap kaedah kerja yang sebenar walaupun ia berisiko tinggi keatas keselamatan mereka. Panjang Jalan Raya Timur Barat (JRTB) adalah 123 kilometer dan telah dibina dengan kos sebanyak RM205 juta. Ia merupakan salah satu laluan utama yang menghubungkan kawasan Barat dengan kawasan Timur Semenanjung Malaysia (Negeri Perak dan Kelantan). Pembinaanya bermula dari tahun 1967 sehingalah dibuka kepada umum pada 1 Julai 1982. Salah satu skop yang terlibat ialah pembinaan jambatan merentasi Tasik Banding yang menggunakan teknologi yang terkini pada ketika itu.

YB Menteri bergambar kenangan bersama veteran JKR yang terlibat dalam pembinaan jalanraya Timur-Barat ini

YB Menteri menurunkan tandatangan pada plak peringatan

Page 15: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 15

B E R I T A

GERIK, 2 Julai 2015 – Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah mengambil langkah proaktif dalam pembinaan Jambatan Batu 6, Gerik, apabila mengaplikasikan inovasi dan kreativiti yang berteraskan teknologi terkini dan mesra alam.

Projek pembinaan dibawah peruntukkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ini menggunakan kaedah pembinaan teknologi konkrit iaitu Teknologi Ultra High Performance Concrete’ (UHPC) yang sesuai dibina di lokasi-lokasi yang strategik kerana

CETUSAN INOVASI TEKNOLOGI PEMBINAAN JAMBATAN BATU 6, GERIK, CIPTA REKOD MALAYSIA

tidak memerlukan tiang di dalam sungai sekaligus mampu mengurangkan risiko pelanggaran sampah sarap seperti kayu balak terutamanya semasa banjir besar.

Jambatan yang siap dibina pada 17 Jun 2015 ini dibina dengan panjang 100 meter dan lebar 5 meter menyeberangi Sungai Perak. Berat jambatan konkrit UHPC telah berkurangan 50% berbanding penggunaan kaedah konvensional selain mempunyai 40% kesan karbon yang rendah, menjadikannya mesra alam.

Jambatan bernilai RM6.3 juta ini telah dinobatkan sebagai jambatan konkrit satu rentang yang terpanjang di Malaysia menggunakan UHPC oleh ’The Malaysia Book Of Records’ dan upacara penyerahan sijil telah diadakan di tapak pembinaan jambatan ini dengan YB Dato’ Sri Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya telah menerima sijil tersebut.

Majlis penyampaian sijil Malaysia Book of Record kepada Pengarah JKR Perak Gambar landskap jambatan

Page 16: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 16

B E R I T A

PASIR PUTEH, 9 Julai 2015 – Penduduk sekitar Pasir Puteh kini menarik nafas lega apabila jaringan Jalan Pasir Puteh – Gong Kulim – Tok Bali telah dinaiktaraf bagi kemudahan dan keselesaan mereka.

Projek Menaiktaraf ini adalah sebuah projek Kerajaan Persekutuan yang menghubungkan Pasir Puteh ke Tok Bali melalui Jalan Gong Kulim yang terputus sejak pembinaan Terusan Semerak.

Perasmian projek naiktaraf ini telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof dalam satu majlis

PERASMIAN PROJEK MENAIKTARAF JALAN PASIR PUTEH – GONG KULIM – TOK BALI, PASIR PUTEH, KELANTAN

di tapak projek hari ini. Dengan adanya sistem jalan raya ini, Bandar Pasir Puteh dapat dihubungkan terus ke Tok Bali yang akan dibangunkan sebagai Pelabuhan Perikanan di Asia Tenggara dan sekaligus memendekkan tempoh perjalanan.

Projek ini merangkumi pembinaan jalan baru sepanjang 10km dan kerja menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 2.5km kepada piawaian JKR R5. Terdapat dua (2) buah jambatan baru yang dibina sepanjang 400m dan 40m yang merentangi Terusan Kemasin Semerak. Projek ini bermula dari Tok Bali melalui Gong Kulim dan berakhir di Pasir Puteh.

MACHANG, 9 Julai 2015 – Kehadiran syawal kali ini amat disyukuri penerima rumah kekal mangsa banjir apabila mereka diraikan dalam satu majlis Penyerahan Rumah Kekal Mangsa Banjir di Kampung Kerilla, Temangan, Machang. Penerima yang dirai pada majlis ini adalah penduduk sekitar Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai.Majlis penyerahan disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof dan turut dihadiri Ahli Parlimen Machang, YB Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaakub.Pelaksanaan pembinaan rumah kekal mangsa banjir yang diterajui Kementerian Kerja Raya ini diberikan secara percuma kepada mangsa-mangsa yang rumah mereka musnah sepenuhnya atau tidak lagi boleh dibaiki.

MA JLIS PENYERAHAN RUMAH MANGSA BANJIR MACHANG

Pembinaan penempatan kekal rumah jenis atas tanah bagi di kawasan tanah tinggi atau rumah dengan tiang konkrit yang dibina di kawasan tanah rendah ini berharga RM48 ribu sebuah berdasarkan Jadual Kadar Harga Jabatan Kerja Raya (JKR).Bagi negeri Kelantan, sebagaimana dipersetujui Jawatankuasa Bersama Pasca Banjir Negeri Kelantan yang dianggotai wakil Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, Kementerian Kerja Raya melalui JKR diberi tanggungjawab membina rumah kekal di empat (4) Jajahan iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang.

Page 17: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 17

KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2015 – Confexhub Group Malaysia dan Institut Taman dan Rekreasi Singapura telah bekerjasama menganjurkan Green Buildings and Parks World (GBPW 2015) edisi kedua bertempat di Intercontinental Hotel.

Program yang berlangsung pada 4 dan 5 Ogos 2015 ini bertujuan untuk mempromosi dan menyemai budaya hijau atau mesra alam dengan menjaga kelestarian alam sekitar seiring dengan pembangunan sesebuah negara bersesuaian dengan tema konferen iaitu “Green Buildings — Building Green: The Keystone for Sustainability”.

B E R I T A

GREEN BUILDINGS AND PARKS WORLD 2015

Para peserta berpeluang untuk berkongsi dan menyaksikan pembentangan 17 kertas kerja daripada penceramah dari dalam dan luar negara. Acara perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya melalui ucaptama perasmian. Terdahulu,

ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengerusi Confexhub Group Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Abdul Aziz S.A. Kadir disusuli ucapan khas daripada Presiden Institut Taman dan Rekreasi Singapura, Puan Maria Boey.

MALAM ANUGERAH LAM DAN PELANCARAN MANUAL AKREDITASI PENDIDIKAN SENIBINAKUALA LUMPUR, 17 Ogos 2015 - Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) telah mengadakan dua acara besar iaitu Majlis Anugerah LAM dan Pelancaran Manual Akreditasi Pendidikan Senibina bertempat di Hotel Hilton KL Sentral. Pada malam itu, dua Anugerah telah disampaikan sebagai manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada insan yang telah menabur jasa dan mencurah keringat dalam bidang Snibina.Anugerah Pingat Presiden LAM telah dianugerahkan kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Ar. Haji Esa Haji Mohamed

seorang arkitek dan perancang bandar. Manakala untuk Anugerah Tokoh Akademik Pendidikan Senibina, seramai tiga orang penerima telah dirai. Mereka ialah Dato’ Ar. Prof. Emeritus Parid Wardi bin Sudin, Ar. Ong Suan Huah dan Dato’ Ar. Prof. Emeritus Dr. Elias @ Ilias Salleh.Majlis ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof. Ucapan aluan

telah disampaikan oleh Yang Dipertua Lembaga Arkitek Malaysia, Ar. Prof. Datuk Dr. Amer Hamzah Mohd Yunus. Kali terakhir LAM menganjurkan majlis anugerah adalah pada tahun 2000 dan usaha menghidupkan kembali penganjurannya sejajar dengan kemajuan profesion senibina serta sumbangannya terhadap negara.

Page 18: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 18

KUALA LUMPUR, 14 September 2015 – Menyedari akan kepentingan untuk mengawalselia dan memantau pembinaan bangunan dan infrastruktur di lereng-lereng bukit, Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui agensinya, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) bersama-sama Kumpulan Ikram Sdn Bhd. telah menganjurkan Konferen Cerun Antarabangsa (ICS) 2015 bertempat di Hotel Royale Chulan.

Konferen edisi keempat ini telah menghimpun pakar kejuruteraan cerun tempatan dan luar negara bagi membincangkan isu dan permasalahan yang berkaitan dengan pengurusan cerun bagi memastikan pembangunan sosio ekonomi yang lestari di kawasan

KUALA LUMPUR, 7 September 2015 – Lebih 500 peserta yang terdiri daripada pemain industri binaan dari dalam dan luar negara telah berkumpul bagi membincangkan berkenaan penggunaan alat terkini dalam pembinaan iaitu Building Information Modeling ( BIM ).Para kontraktor, jurutera, arkitek, pembekal bahan binaan dan pemain industri binaan yang lain telah sama-sama berkongsi ilmu penggunaan BIM yang bakal memudahkan pengurusan projek binaan dan infrastruktur dimana melalui teknologi BIM rekabentuk pembangunan lebih tepat dan boleh digambarkan dalam bentuk visual. Sehubungan itu, satu program yang dinamakan Hari Nasional BIM 2015 dan bertemakan ‘Cradle to Cradle Construction Through Building Information Modeling’ telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersempena Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2015 anjuran CIDB. Ucapan perasmian program ini telah disampaikan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya yang mewakili Menteri Kerja Raya.

B E R I T A

KONFEREN CERUN ANTARABANGSA (ICS) 2015 MEMBINCANGKAN PENGURUSAN CERUN TERBAIK

yang berisiko seperti di kawasan bermuka bumi berbukit.

Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof melalui ucapan perasmian konferen ini berkata, pelbagai langkah telah dan sedang diambil pihak Kementerian dalam memantapkan pengurusan cerun seperti penubuhan Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR pada 2004 yang telah berjaya menghasilkan dan membangunkan Pelan Induk Cerun Nasional 2009-2023 yang mengandungi

formula strategi rangka kerja, pemetaan dan penilaian risiko, sistem amaran awal dan pengawasan cerun.

Beliau turut berharap, konferen ini bakal menjadi satu platform dan inisiatif terbaik dalam menghasilkan pengurusan kejuruteraan cerun yang lebih baik serta dapat mencari penyelesaian dan penambahbaikan dalam meminimakan risiko kemalangan seperti tanah runtuh dalam pembangunan di lereng bukit di seluruh negara.

PENGGUNAAN BIM MENTRANSFORMASI INDUSTRI PEMBINAAN

Dalam ucapan perasmian tersebut, adalah diharapkan para peserta program ini bakal menjadi agen perubahan dalam membawa penggunaan BIM ini dalam industri pembinaan. Turut diadakan pada sebelah petangnya adalah majlis penyampaian Anugerah Penghargaan Industri CIDB BIM kepada 20 syarikat dan individu industri binaan yang menjadi peneraju dalam pelaksanaan teknologi BIM. Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Zohari Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.

Page 19: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 19

B E R I T A

KUALA LUMPUR, 30 September 2015 – Menyedari kepentingan untuk meningkatkan pengetahuan, kompetensi dan produktiviti di kalangan warga Kerja Raya serta inisiatif untuk menyemai sifat mencintai ilmu sepanjang hayat, Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, telah bekerjasama dengan Agensi dibawahnya, menganjurkan Hari Latihan Kementerian Kerja Raya.Hari Latihan dengan tema ‘Cakna Ilmu: Melestari Modal Insan’ ini, telah berlangsung selama dua hari, pada 30 Oktober dan 1 November 2015 serentak di empat lokasi iaitu di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya dan di tiga ibu pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri, Melaka, Perak dan Perlis. YBhg. Dato’ Sri Zohari Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya telah merasmikan program ini dan dalam ucapan perasmiannnya beliau menyeru dan mengajak semua warga untuk merebut peluang dengan menyertai pelbagai program ilmiah dan menarik yang telah diatur demi pembangunan modal insan yang lebih seimbang dari segi psikologi dan pengurusan perkhidmatan.

KUALA LIPIS, 3 Julai 2015 – Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa negeri akhir tahun lalu, beberapa rumah telah musnah termasuklah beberapa buah rumah penduduk di Kuala Lipis, Pahang. Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya negeri terbabit telah diarahkan untuk membantu proses pembinaan semula rumah kekal mangsa terlibat. Justeru, satu majlis penyerahan kunci rumah kekal pasca banjir kepada mangsa banjir telah diadakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Sri Zohari Haji Akob di Kampung Jeram Landak, di sini.Turut diadakan pada sebelah petangnya adalah perasmian Kursus Kerohanian Kontraktor Bumiputera anjuran Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan, KKR oleh KSU Kementerian dan diakhiri dengan majlis berbuka puasa di mana warga kurang berkemampuan dan ibu tunggal dirai.

HARI LATIHAN KKR 2015

PENYERAHAN RUMAH KEKAL KUALA LIPIS DAN PERASMIAN KURSUS KEROHANIAN

Penerima rumah gembira menerima replika kunci daripada Dato’ Sri KSU

Page 20: BINA 03.pdf

BINA | Buletin Kementerian Kerjaraya | Bil 03/2015 20

K E R AT A NA K H B A R

TW

ITT

ER