journal rokok

20

Click here to load reader

Upload: kudin-khairudin

Post on 11-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Journal Rokok

TRANSCRIPT

Latarbelakang penyelidikanRokok didefinisikan sebagai tembakau yang digulung dalam daun nipah atau kertas. Merokok merupakan aktiviti individu yang menghisap rokok, manakala perokok ialah orang yang kuat merokok (Hassan, 1996). Tembakau adalah sejenis pokok yang tumbuh menegak, berdaun lebar dan rata. Ia dari kumpulan tumbuhan tanaman jangka pendek. Dari pokok inilah akan disediakan daunnya (yang dikeringkan) untuk disedut asapnya apabila dibakar. Kadangkala ia juga digunakan untuk mengambil patinya bagi mendapatkan nikotina. Perkataan tembakau ini berasal dari perkataan Latin yang dijadikan nama saintifiknya iaitu nicotiana tabacum, dan juga kelompok nicotiana rustica. Namun begitu bagi Akta Lembaga Tembakau Negara 1973 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993, menyatakan pokok nicotiana tobacum sahaja yang dimasukkan di dalam takrif pokok tembakau (Abdul Aziz, 2003). Rokok itu sebenarnya tergolong sebagai dadah. Hakikat bahawa rokok merupakan suatu dadah berbahaya yang menjadi agen utama kepada berbagai penyakit mula terserlah pada awal tahun 1960-an. Kesedaran ini telah mencetuskan usaha-usaha yang gigih dan pertarungan yang sengit dalam usaha untuk mencegah manusia daripada mula merokok dan mengubah perilaku manusia yang sudah merokok agar berhenti merokok (Nor Anita dan Che Mazlan, 1997).Menurut (Ward, 1986) Kebiasaannya merokok bukanlah satu perkara baru malah telah lama wujud. Sejarah mengatakan kaum Maya purba dan Dayak Aztec di Amerika Tengah memang menghisap tembakau. Penjelajah Sepanyol awal melaporkan bahawa kaum Dayak merokok atau mengunyah daun ini dan tanaman ini telah diperkenalkan ke Eropah. Dalam abad ke 16, tembakau dalam perbagai jenis di gunakan dalam perubatan, walaupun amalan merokok tidak digalakkan. Sebelum akhir abad ke 17, amalan merokok tersebar ke seluruh dunia.

Menurut Hussin dalam petikan (Roziah dan Sivamurugan, 2005) menyatakan nikotin yang terdapat dalam rokok adalah berbentuk anti oksigen dan tingkah laku merokok tidak dihalang dalam budaya masyarakat kita. Tidak seperti bahan-bahan ketagihan yang lain seperti ganja atau heroin, masyarakat tidak melihat ketagihan nikotin sebagai suatu yang serius. Apatah lagi, rokok dijual secara sah dalam pasaran. Kekurangan kesedaran masyarakat tentang bahaya ketagihan nikotin dan penerimaan masyarakat kepada budaya merokok inilah yang menyebabkan kesukaran untuk menghalang tingkah laku ini daripada berleluasa.Usia remaja merupakan fasa yang paling sensitif kepada permulaan tingkahlaku merokok. Perubahan demi perubahan dalam diri remaja bersama transisi zaman kanak-kanak ke alam dewasa membawa kepada pelbagai keinginan untuk mencuba perkara-perkara baru termasuklah merokok. Penggunaan rokok dalam usia remaja dilihat sebagai tingkah laku untuk bereksperimen sebelum remaja tersebut kekal menjadi perokok apabila dewasa Johnston dalam petikan (Roziah dan Sivamurugan , 2005).Awalibatan remaja dalam tingkah laku merokok mungkin bersandar kepada faktor umur, etnik, budaya dan persekitaran. Menurut Lando. dalam petikan (Sufean dan rakan, 2004) menyatakan bahawa umur awalibatan dalam merokok merupakan faktor risiko bersabit dengan tingkah laku tidak sihat di kalangan remaja. Dalam kajiannya mendapati perangai 7,995 perokok muda di kalangan tentera Amerika dan mendapati bahawa mereka yang merokok mempunyai motivasi berhenti merokok yang rendah, malas bersenam, kuat makan, kuat minum bir, tidak kemas dan bersikap terbuka kepada penggunaan dadah. Menurut Scheibmer dan OConnell dalam petikan (Roziah dan Sivamurugan, 2005) menyatakan terdapat tiga peringkat yang membawa kepada ketagihan nikotin di kalangan remaja. Peringkat-peringkat tersebut ialah permulaan, penggunaan bermasalah dan pergantungan. Peringkat permulaan, merujuk kepada faktor-faktor yang mempengaruhi dan mendorong remaja untuk merokok. Faktor-faktornya termasuklah tahap pendidikan yang rendah, terdapat perokok di kalangan ahli keluarga sama ada ibu bapa atau adik beradik dan terdapat perokok di kalangan rakan sebaya. Pada peringkat inilah remaja yang merokok mahu dilihat sebagai seorang yang berdikari dan bebas untuk melakukan apa yang disukai.Peringkat penggunaan bermasalah merujuk kepada keadaan remaja yang akan merokok apabila mereka bersama rakan-rakan atau ketika mereka bosan dan gelisah. Lama kelamaan, tingkah laku merokok ini terus akan menjadi tabiat yang tidak dapat dibuang.Peringkat pergantungan bermula apabila remaja yang merokok merasakan tingkah laku tersebut sebagai satu keseronokan. Namun begitu, akhirnya nikotin bertindak sebagai cara untuk remaja berhadapan dengan tekanan dan masalah seharian. Remaja yang ketagihan nikotin akan mencari rokok sebagai satu cara mereka melepaskan rasa runsing dan kebimbangan. Apabila berada di peringkat ini, remaja sebenarnya sudah mengalami ketagihan nikotin, yang menyebabkan mereka berasa tidak selesa dan murung sekiranya tidak merokok.Menurut (Ward, 1986) walaupun tembakau telah disyaki menjadi punca utama masalah kesihatan, namun hanya selepas dua puluh tahun kemudian, ia terbukti sebagai pembunuh. Kanser paru-paru dua puluh lima kali lebih kerap menyerang perokok berbanding orang yang tidak merokok. Lebih muda seseorang itu mula menghisap rokok, maka lebih besar risiko diserang kanser yang dihadapinya pada masa depan. Kanser paru-paru dipercayai berpunca daripada bahan kimia daripada tar yang melekat terlalu lama pada tisu paru-paru hingga menjadi kanser. Kesan merokok ke atas darah ialah menambah jumlah bahan berlemak di dalamnya. Ini menyebabkan darah bertambah likat atau pekat sehingga jantung terpaksa bekerja kuat untuk mengepamnya ke seluruh tubuh dan melalui kapilari yang sempit. Merokok juga cenderung menyebabkan darah menjadi beku. Akhirnya, bahan berlemak ini akan terkumpul pada dinding pembuluh darah dan sedikit demi sedikit menjadikannya sempit dan menghalang pengaliran darah. Sekiranya bekalan darah ke tisu jantung tersekat, jantung akan rosak dan gagal berfungsi dengan cekap. Aliran darah juga mungkin tersekat sepenuhnya sehingga sebahagian jantung mati, semasa serangan penyakit jantung. Perokok secara puratanya tiga kali lebih mudah menerima serangan penyakit jantung berbanding bukan perokok.Kebimbangan kepada pertambahan jumlah perokok di Malaysia, membawa kepada usaha kerajaan melancarkan Kempen Tak Nak iaitu kempen kesedaran yang sisasarkan kepada golongan remaja pada 9 Februari 2004. YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya di perasmian kempen tersebut menganjurkan agar golongan dewasa dapat memberi teladan dengan berhenti merokok. Kempen ini bertujuan mencegah keinginan golongan remaja untuk merokok dan menyangkal tanggapan bahawa tabiat merokok adalah suatu yang diterima dalam masyarakat, (Roziah dan Sivamurugan, 2005).Melalui kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik dapatlah dilihat faktor faktor tabiat merokok di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari, Bentong Pahang. Terdapat tujuh yang dikenalpasti faktor tabiat merokok dikalangan pelajar iaitu faktor sosial, rangsangan, aktiviti tangan-mulut, untuk ketenangan, mengurangkan ketegangan, ketagihan dan tabiat automatik, (Nor Anita dan Che Mazlan, 1997). Hasil kajian ini dapatlah digunakan untuk merangka program sesuai untuk dasar warga sihat dikalangan pelajar sekolah. Pernyataan Masalah Sudah sedia maklum fenomena sosiobudaya yang lumrah berlaku di dalam mana-mana masyarakat termasuk masyarakat Malaysia, iaitu fenomena pelajar merokok. Penyelidik membuat kajian ini adalah untuk melihat dan memahami sejauh mana keseriusan fenomena ini melanda masyarakat dan apakah sebab penting yang mendorong pelajar untuk merokok. Masyarakat mempunyai beberapa tanggapan yang mungkin benar atau tidak mengenai penglibatan pelajar dengan tabiat merokok. Antara tanggapan oleh masyarakat ialah pengaruh iklan dan rakan sebaya menjadi punca pelajar untuk cuba merokok dan seterusnya menjadi perokok yang serius, kelumrahan orang dewasa merokok dalam masyarakat mewujudkan kitaran tabiat merokok generasi demi generasi, pelajar yang merokok lebih berani dan lebih cenderung untuk mencuba bahan khayal seperti dadah dan bahan yang memabukkan serta pelajar yang merokok berkemungkinan lebih tinggi datang daripada keluarga kelas bawahan dengan ibu bapa bekerja sebagai buruh dan pekerja am. Namun pendapat ini ada juga betulnya dengan fenomena yang berlaku sekarang (Sufean et. al, 2004). Justeru itu penyelidik ingin mencari faktor manakah yang menjadi punca utama seseorang itu merokok. Amalan merokok akan menjejaskan kesihatan manusia. Walaupun mereka sedar tentang bahayanya merokok, namun mereka tetap juga merokok. Penyelidik ingin mengkaji faktor yang menyebabkan pelajar Kolej Vokasional Temerloh merokok. Menurut Nor Anita dan Che Mazlan, (1997) mendapati faktor yang menyebabkkan ramai remaja yang merokok disebabkan oleh pengaruh sosial. Mereka melihat orang dipersekitaran mereka merokok terutama rakan yang merokok. Dalam perhubungan seharian mereka sentiasa bersama dengan rakan yang merokok. Dengan ini secara tidak langsung mereka akan terikut dengan budaya merokok yang telah ditunjukkan oleh rakan mereka. Selain itu ransangan yang diterima juga mempengaruhi dalam tabiat merokok. Ini kerana perokok mahu menghilangkan rasa letih serta untuk meningkatkan kecergasan diri. Seterusnya mereka merokok kerana ingin mendapatkan kenikmatan dengan melihat kepulan asap rokok yang keluar dari mulut mereka. Mereka berasa seronok apabila menyalakan api rokok di mulut mereka. Perokok juga mahu mencari ketenangan dengan cara merokok. Apabila merokok mereka dapat ketenangan dalam diri. Begitu juga dengan menghilangkan rasa tekanan dalam kehidupan seharian. Mereka akan merokok untuk menghilangkan tekanan tersebut. Selain itu ketagihan juga salah satu tabiat bagi perokok. Perokok akan berasa ketagih apabila tidak menghisap rokok. Untuk menghilangkan rasa ketagih itu, perokok akan menghisap rokok agar hilang ketagihnya untuk seketika. Manakala apabila sudah biasa dengan menghisap rokok, perokok akan merasakan satu tabiat dalam diri mereka. Secara automatik mereka meletakkan rokok ke dalam mulut dan menyalakan api untuk menghisap rokok tersebut. Apabila tabiat ini telah sebati dengan diri perokok mereka akan terus merokok dan akan menjadi seorang perokok yang tegar.

Objektif kajianTumpuan utama kajian ini ialah berkaitan dengan faktor yang menyebabkan pelajar lelaki di Kolej Vokasional Temerloh merokok. Secara khususnya, objektif-objektif kajian ini adalah seperti berikut :i. Mengenalpasti faktor utama pelajar Kolej Vokasional Temerlohii. Mengenalpasti faktor sosial dalam mempengaruhi pelajar merokok.iii. Mengenalpasti faktor ketagihan dalam mempengaruhi pelajar merokok.iv. Mengenalpasti faktor kerehatan yang nikmat dalam memberikan kepuasan dan keseronokan dalam kehidupan.Persoalani. Apakah faktor utama yang menyebabkan pelajar merokok?ii. Adakah faktor sosial mempengaruhui pelajar merokok?iii. Adakah tabiat merokok ini menjadi salah satu faktor ketagihan pelajar?iv. Bagaimanakah faktor kerehatan yang nikmat dapat memberikan kepuasan dan keseronokan kepada pelajar?

Pembolehubah bebasPelajar Lelaki Kolej Vokasional Temerloh, Pahang.Pembolehubah bersandarFaktor penyebab pelajar lelaki Merokok.Definisi OperasionalDalam kajian ini, definisi bagi konsep-konsep telah digunakan adalah seperti berikut :Pelajar :Pelajar lelaki Kolej Vokasional Temerloh PahangMerokok:Perbuatan menghisap tembakau yang dibalut dan dibakar.Rokok:Diperbuat dari bahan asas tembakau yang digulung dalam kertas dan dibungkus. Pendorong merokok :Penggalak atau desakan hasrat hati untuk merokok.Penyebab sosial:Pengaruh dari persekitaran terutama dari rakan rakan yang merokok.Ransangan:Untuk mengatasi masalah fisiologi badan seperti letih, kecergasan dan kepuasan.Aktiviti tangan mulut :Sebagai cara untuk mendapat kenikmatan dengan melihat kepulan asap yang keluar dari mulut.Untuk ketenangan :Untuk mendapatkan ketenangan dalam diri.Mengurangkan ketegangan :Sebagai alternatif terbaik untuk menghilangkan rasa marah dan perasaan risau terhadap sesuatu.Ketagihan:Menjadi ketagih apabila tidak merokok. Tabiat automatik:Sudah menjadi tabiat kepada diri perokok untuk merokok.Kepentingan KajianMelalui kajian ini maklumat mengenai faktor penyebab merokok dikalangan pelajar adalah diperlukan agar gambaran sebenar dan semasa dapat diselidik. Selain itu penyelidik dapat membuat perbandingan faktor penyebab merokok dikalangan pelajar.Adalah diharapkan kajian ini akan dapat memberikan panduan kepada pelajar yang merokok agar dapat memainkan peranan penting dalam menjauhkan diri daripada tabiat merokok. Apabila faktor penyebab merokok dikenalpasti, maka pihak-pihak yang terlibat seperti ibu bapa dan penjaga, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan kerajaan dapat mengambil langkah dan merancang program pencegahan, melaksanakan dan menilai keberkesanan program yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah merokok dikalangan pelajar.

Limitasi KajianPerkara yang ingin dikaji oleh penyelidik dalam kajian ini ialah tentang faktor yang menyebabkan pelajar merokok. Oleh itu segala keputusan kajian ini hanya bergantung kepada jawapan yang diberikan oleh responden melalui borang soal selidik tersebut. Diharapkan responden-responden dapat menjawab dengan jujur dan ikhlas segala soalan yang telah dikemukakan.

Delimitasi Kajian Kajian ini hanya terbatas kepada pelajar-pelajar lelaki yang sudah dikenal pasti terlibat dalam tabiat merokok iaitu pelajar Kolej Vokasional Temerloh. Sebelum memberikan borang soal selidik, penyelidik sudah mengenalpasti pelajar yang merokok. Penyelidik akan memberikan borang soal selidik untuk dijawab oleh pelajar yang merokok.

Kerangka konseptual kajianFaktor-faktor tabiat merokok di kalangan pelajar SMK Ketari, Bentong Pahang

Pelajar Lelaki Yang Merokok

Faktor tabiat merokok pengaruh sosial, ransangan, aktiviti tangan-mulut, untuk ketenangan, mengurangkan ketegangan, ketagihan dan tabiat automatik

Analisis Data

Dapatan

Perbincangan

Rajah 1 : Kerangka kajian

Prosedur Kajian. Penyelidikan ini dijalankan melalui penyelidik akan mengenalpasti pelajar yang merokok. Seterusnya borang soal selidik diedarkan oleh penyelidik kepada sample kajian. Subjek hendaklah menjawab borang soalan selidik yang telah diberikan. Borang soal selidik yang lengkap dijawab oleh subjek dikumpul dan dianalisis oleh penyelidik. Analisis dibuat berdasarkan persepsi responden secara keseluruhan terhadap faktor-faktor tabiat merokok. Keputusan yang terhasil akan diterangkan dengan jelas dalam bentuk jadual dan rajah.Persampelan.Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor tabiat merokok di kalangan pelajar . Penyelidik akan mengenalpasti pelajar-pelajar yang merokok. Seterusnya penyelidik akan mengedarkan borang soal selidik kepada sampel untuk dijawab. Mereka hendaklah menjawab secara jujur. Instrumen Kajian.Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang mengandungi beraneka soalan yang membolehkan pelbagai maklumat dan data diperolehi. Pada keseluruhannya borang soal selidik mengandungi 21 soalan yang berkaitan dengan faktor-faktor penyebab pelajar merokok seperti pengaruh sosial, ransangan, aktiviti tangan-mulut, untuk ketenangan, mengurangkan ketegangan, ketagihan dan tabiat automatik.

Pengumpulan Data.Borang Soal Selidik ini berbentuk Skala Likert dan mengandungi 21 soalan yang berhubung dengan faktor tabiat merokok. Soalan yang diberi mempunyai 5 pilihan dan responden di khendaki memilih mana yang paling tepat.SkorTahap

1Tidak Pernah

2Jarang-jarang

3Kadangkala

4Kerap kali

5Selalu

Jadual 1Analis Data.Segala maklumat yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistical package for social science (SPSS). Data yang diperolehi dianalisis dan ditafsirkan dalam bentuk mean dan std.deviation . Analisis dibuat berdasarkan persepsi responden secara keseluruhan terhadap faktor tabiat merokok ditinjau dari aspek sosial, ransangan, aktiviti tangan-mulut, untuk ketenangan, mengurangkan ketegangan, ketagihan dan tabiat automatik. Untuk melihat faktor utama merokok dapat dilihat seperti pengiraan berikut :Soalan (Skor)Faktor

1+8+15Sosial

2+9+16Ransangan

3+10+17Aktiviti tangan mulut

4+11+18Kerehatan yang nikmat

5+12+19Mengurangkan ketegangan

6+13+20Ketagihan

7+14+21Tabiat automatik

Jadual 2Langkah Pengiraan :i. Masukkan nombor yang telah dibulatkan ditempat kosong yang berkenaan.ii. Jumlahkan markah pada setiap garisan untuk mendapatkan jumlahnya. Contohnya jumlah markah pada ruangan 1, 8, 15 memberikan markah bagi merokok atas sebab-sebab sosial.iii. Jumlah markah bagi setiap sebab merokok boleh berkisar antara 3 hingga 15. Jumlah markah yang mencapai 11 atau lebih dianggap tinggi, manakala jumlah markah di bawah 7 dianggap rendah.

Analisis Deskriptif Mean faktor utama pelajar merokokDescriptive Statistics

NMinimumMaximumMeanStd. Deviation

Sosial301.004.332.5667.82188

Rangsangan301.334.332.8667.80516

Aktiviti Tangan-Mulut301.004.332.55561.01458

Kerehatan Yang Nikmat301.335.003.1000.93526

Mengurangkan Ketegangan302.005.003.7889.98449

Ketagihan301.005.003.12221.15630

Tabiat Automatik301.004.002.2111.96086

Valid N (listwise)30

Jadual 3Dalam kajian ini penyelidik telah mengenalpasti faktor tabiat merokok dikalangan pelajar lelaki Kolej Vokasional Temerloh. Bagi menjawab persoalan pertama iaitu apakah faktor utama yang menyebabkan pelajar merokok. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa faktor mengurangkan ketegangan ini merupakan faktor utama yang mendorong pelajar lelaki Kolej Vokasional Temerloh merokok. Ini menunjukkan majoriti pelajar menyatakan selalu iaitu pada skala 5. Analisis menunjukkan mean 3.78 (std. Deviation .984). Daripada analisis tersebut, responden memilih mengurangkan ketegangan merupakan faktor utama yang menyebabkan mereka merokok. Keadaan ini berlaku kerana ramai pelajar mungkin tertekan serta mencari ketenangan. Mereka menghisap rokok untuk menghilangkan rasa tekanan sementara. Dapatan penyelidikan ini adalah selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Hussain (1994), menyatakan bahawa remaja merupakan golongan paling banyak menghadapi konflik sama ada berpunca daripada perkembangan diri, keluarga ataupun masalah persekitaran. Keadaan ini boleh menyebabkan ganguan emosi yang kadangkala susah untuk diatasi. Gangguan emosi ini boleh mendorong remaja untuk menggunakan bahan dadah seperti nikotin untuk mententeramkan atau melupakan masalah yang dihadapi.Persoalan kedua iaitu faktor sosial mempengaruhi pelajar merokok menunjukkan hanya menunjukkan mean 2.5 (std.deviation .821) . Ini menunjukkan faktor sosial tidak begitu mempengaruhi pelajar merokok di Kolej Vokasional Temerloh. Persoalan ketiga faktor ketagihan merupakan salah satu faktor utama ketagihan di Kolej Vokasional Temerloh adalah tepat kerana analisi menunjukkan mean 3.1 (std.deviation 1.1). Dengan ini pelajar sudah mula ketagih dengan aktiviti merokok dan berkemungkinan akan menjadi perokok tegar pada masa akan datang. Persoalan seterusnya ialah faktor kerehatan yang nikmat dapat memberikan kepuasan dan keseronokan kepada pelajar. Analisis menunjukkan mean 3.1 (std.deviation .935). Ini menunjukkan faktor tersebut merupakan faktor yang ketiga dibawah faktor ketagihan. Ini menunjukkan pelajar mencari ketenangan dengan cara merokok. Dapatan hasil kajian ini selaras dengan Hussain (1994), menyatakan ramai perokok akan berasakan penampilan mereka akan lebih menarik apabila merokok. Ini dikuatkan lagi perokok akan menghisap rokok untuk berehat dan bersama rakan-rakan. Mereka menjadikan rokok sebagai medium untuk tambah kenalan dan sebagai mendapat kerehatan.

KesimpulanBerdasarkan dapatan kajian ini terdapat beberapa kesimpulan yang dapat dibuat seperti berikut :1. Setiap dugaan dan cabaran harus dihadapi dengan tabah dan berfikiran positif. 2. Setiap keputusan yang dilakukan haruslah memikirkan kesannya terhadap diri sendiri dan orang lain. Tidak semestinya merokok dapat mengurangkan ketegangan dalam kehidupan seharian.3. Merokok merupakan jalan mudah untuk menghilangkan rasa tertekan terutama golongan pelajar.4. Merujuk konsep gaya hidup sihat mencari ketenangan diri dengan tujuan menghilangkan rasa ketegangan dalam hidup adalah melalui berbagai cara dan kaedah mengikut citarasa dan pegangan agama itu sendiri.5. Rehat merupakan satu aktiviti yang penting dalam kehidupan seseorang. Pelbagai cara yang dilakukan oleh setiap individu dalam mendapatkan rehat yang sempurna. Namun bagi perokok mereka mengambil rokok untuk berehat sambil merehatkan minda.

CadanganBerdasarkan dapatan kajian ini maka cadangan-cadangan berikut dikemukakan bagi manfaat serta panduan didalam aspek pengetahuan dan cara mengelakkan merokok bagi tujuan penyelidikan akan datang.1. Kajian-kajian akan datang perlu ditumpukan terhadap sampel dan situasi lain yang lebih besar dan menyeluruh bagi mendapat hasil yang lengkap, tepat dan lebih signifikan, misalnya terhadap pelajar peringkat daerah, negeri dan seluruh Malaysia.2. Masyarakat mestilah memberikan sepenuh sokongan dan membudayakan gaya hidup sihat dengan anti-rokok dalam kehidupan seharian.3. Penetapan masa untuk menjawab borang soal selidik bagi mengelakkan terlalu lama masa diambil. Sekiranya terlalu lama atau singkat mungkin akan menyebabkan responden tidak menjawab dengan baik.

PenutupGejala merokok semakin menular di kalangan masyarakat khususnya golongan pelajar. Langkah-langkah pencegahan awal perlulah diambil bagi mengawal gejala ini dari berterusan kerana pencegahan lebih baik dari mengubati. Pelajar harus menghindarkan diri dari bergaul terlalu rapat dengan rakan-rakan yang merokok. Sekiranya mempunyai rakan-rakan yang merokok, cuba elakkan dari terpengaruh dengan sikap tersebut. Pendirian tegas dan berfikiran positif dapat membantu pelajar untuk membuat keputusan yang baik.Semua ibu bapa mestilah memahami bahawa proses pendidikan dan asuhan merupakan asas untuk mencegah pelajar terlibat dalam merokok. Oleh itu, mereka mestilah bahawa mereka merupakan model penting yang menentukan sama ada anak mereka menjadi perokok atau sebaliknya. Ibu bapa juga perlu memberikan maklumat kepada anak-anak tentang kesan-kesan merokok kepada anak-anak terutama yang memasuki alam remaja.Persatuan Ibu Bapa dan Guru harus berusaha dan bersatu bagi mengambil tindakan pencegahan dan mengawal pelajar-pelajar merokok. Mereka harus melaporkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat pelajar-pelajar yang merokok di sekitar taman-taman dan kampung-kampung sebelum atau selepas waktu persekolahan.Pihak media masa seharusnya memainkan peranan penting dalam membantu melaksanakan saranan kerajaan agar setiap individu khususnya pelajar sekolah tidak merokok.