persekitaran tanpa rokok - konsumerkini

12
PERSEKITARAN TANPA ROKOK PERSEKITARAN TANPA ROKOK PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DAGING MERAH BOLEH SEBABKAN BARAH PAYU DARA STANDARD BERKAITAN KESELAMATAN MAKANAN TUNTUTAN POLISI INSURANS NYAWA PENGAMBILAN DEPOSIT DAN URUS NIAGA MATAWANG TIDAK BERLESEN PENYAKIT CIRIT-BIRIT PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DAGING MERAH BOLEH SEBABKAN BARAH PAYU DARA STANDARD BERKAITAN KESELAMATAN MAKANAN TUNTUTAN POLISI INSURANS NYAWA PENGAMBILAN DEPOSIT DAN URUS NIAGA MATAWANG TIDAK BERLESEN PENYAKIT CIRIT-BIRIT

Upload: others

Post on 26-Nov-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEKITARAN TANPA ROKOK - KonsumerKINI

PERSEKITARANTANPA ROKOK

PERSEKITARANTANPA ROKOK

PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM

DAGING MERAH BOLEH SEBABKAN BARAH PAYU DARA

STANDARD BERKAITAN KESELAMATAN MAKANAN

TUNTUTAN POLISI INSURANS NYAWA

PENGAMBILAN DEPOSIT DAN URUS NIAGA MATAWANG TIDAK BERLESEN

PENYAKIT CIRIT-BIRIT

PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM

DAGING MERAH BOLEH SEBABKAN BARAH PAYU DARA

STANDARD BERKAITAN KESELAMATAN MAKANAN

TUNTUTAN POLISI INSURANS NYAWA

PENGAMBILAN DEPOSIT DAN URUS NIAGA MATAWANG TIDAK BERLESEN

PENYAKIT CIRIT-BIRIT

Page 2: PERSEKITARAN TANPA ROKOK - KonsumerKINI

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa pelaburan melaluiinternet adalah haram. Keputusan ini dibuat dalam persidangannya pada 12April 2007.

Di antara sebab ia diputuskan sebagai haram adalah disebabkan olehwujudnya unsur-unsur riba dan garar atau ketidakjelasan dalam pelaburantersebut. Riba wujud dalam skim ini kerana ia menawarkan kadar keuntunganyang tetap kepada pelaburnya. Sedangkan menurut syariat Islam, kadarkeuntungan tidak boleh ditetapkan kerana pelabur tertakluk kepada untung danrugi pelaburannya. Demikian juga unsur garar atau ketidakjelasan kerana parapelabur tidak mengetahui di mana wang mereka dilaburkan.

Selain daripada faktor seperti yang dirumuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaanitu, terdapat banyak faktor lain yang turut menjadikan pelaburan melalui internetini mencurigakan. Jika diperhaluskan modus operandi kebanyakan penganjurpelaburan ini, mereka menggunakan taktik menyerupai skim piramid atau binari.Setiap pelabur diminta untuk menaja pelabur lain yang diletakkan di bawahnya.Setiap pelabur baru yang berjaya ditaja akan membolehkan pelabur tersebutmendapat ganjaran tertentu.

Kita sendiri tidak tahu sama ada wang tersebut dilaburkan semula ataudipusingkan untuk dibayar kepada pelabur lain telah sampai masa untuk dibayarganjarannya. Jika ini berlaku, ia merupakan satu permainan wang atau moneygames. Ia sama seperti yang dilakukan oleh mana-mana penganjur skim cepatkaya.

Skim pelaburan melalui internet ini telah lama berleluasa sehingga ramaiyang telah terjebak dengannya. Walaupun ada mendakwa telah mendapatkeuntungan yang berlipat kali ganda daripada pelaburannya, tetapi lebih ramailagi yang sekadar “menggigit jari” sahaja.

Apa yang menghairankan ialah begitu ramai pengguna yang begitu mudahmempercayai bahawa mereka boleh mendapat keuntungan dengan mudah dancepat serta lumayan pula pulangannya. Dengan bermodalkan sejumlah wang,mereka sudah dijaminkan pulangan secara tetap.

Jika begitu mudah mendapat keuntungan seperti ini, tidak adalah syarikatunit amanah atau saham amanah, seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB)kerana orang ramai lebih berminat untuk melabur dalam skim pelaburan melaluiinternet sahaja kerana pulangannya yang jauh lebih tinggi. Tetapi harus diingat,risikonya juga terlalu tinggi. Mungkin para peringkat awal adalah sedikit pulangan

SIDANG REDAKSIPENASIHAT

Y. Bhg. En. Mohd Zain Mohd DomKetua Setiausaha

Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna

KETUA SIDANG PENGARANGIsamil bin Jantan

TIMBALANKETUA SIDANG PENGARANG

Mohd Yusof bin Abdul Rahman

SIDANG PENGARANGMasri bin Misran

Azendi bin Mohd ZawawiNorliana bte Ismail

Indrani ThuraisinghamSiti Rahayu bte Zakaria

DICETAK OLEHSyarikat Asas Jaya

Buletin Pengguna merupakan penerbitanushasama di antara Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna danFOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan.

Sumbangan artikel amat dialu-alukan.Sila hantarkan sumbangan kepada:

EDITORBuletin Pengguna

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Bahagian Hal Ehwal PenggunaKementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna

Aras 4, Lot 2G3, Presint 2Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan62623 Putrajaya

[email protected]

LAMAN WEB KPDN & HEPwww.kpdnhep.gov.my

LAMAN WEB FOMCAwww.fomca.org.my

E-ADUANhttp://e-aduan.kpdnhep.gov.my

SMS E-ADUAN32255

HOTLINE KEMENTERIAN1-800-886-800

Artikel yang disiarkan dalam Buletin Penggunaini tidak semestinya mencerminkan pendirian

dan dasar Kementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna atau FOMCA.

Ia merupakan pendapat penulis sendiri.

BULETINPENGGUNA

MINDA EDITOR

SENDA PENGGUNA

Bersambung ke muka 12

Lebih daripada 1bilion atau 84%penghisap rokokdari negara sedangmembangun. Padatahun 2030, 70%daripada puncakematian di negarasedang membangunadalah disebabkanoleh tabiat merokok.

Page 3: PERSEKITARAN TANPA ROKOK - KonsumerKINI

Semenjak merdeka, pengangkutan awam di Malaysiamengalami perubahan yang besar. Perlaksanaan sistempengangkutan moden telah mengambil tempat khususnyadi bandar raya Kuala Lumpur. Ia bertujuan untukmemberikan pilihan kepada para pengguna menggunakanpengangkutan awam apabila berurusan di Kuala Lumpur.

Begitu juga dengan sistem jalan raya yang dilengkapioleh pelbagai jaringan jalan raya. Kewujudan lebuh rayatelah mempercepatkan dan memudahkan perjalananmerentasi negara. Demikian kemudahan moden sepertiTransit Aliran Ringan, Monorail, Komuter dan sebagainyaturut memudahkan para pengguna khususnya di lembahKlang dalam melakukan perjalanan mereka.

Pengangkutan basPerubahan yang drastik boleh dilihat kepada

pengangkutan bas di Kuala Lumpur. Perkhidmatan basawam mula diperkenalkan tahun 1935. Rata-ratanyapengangkutan awam ini dibiayai sepenuhnya olehpengusaha swasta.

Di antara pengangkutan awam yang pernah muncul diKuala Lumpur seperti Sri Jaya, Toong Foong, Len Chee,Foh Hup, KL Klang, Naiela, Selangor Bus, Cityliner, ParkMay dan Intrakota. Semuanya dikendalikan olehpengusaha persendirian tanpa bantuan kewangan daripadamana-mana pihak.

Bagi memberikan kemudahan pengangkutan yang lebihcepat, perkhidmatan bas mini telah diperkenalkan. Namunperkhidmatan bas mini telah ditamatkan pada 1 Julai 1998apabila ia digantikan dengan perkhidmatan bas Intrakota.Pada tahun 2005, perkhidmatan bas distruktur semuladengan pengambilalihan oleh kerajaan melalui SyarikatPrasarana Negara Berhad, yang kemudiannya melahirkanRangkaian Pengankutan Interasi Deras Sdn Bhd(RapidKL). Perkhidmatan RapidKL turut digabungkandengan perkhidmatan Transit Aliran Ringan.

Perkhidmatan Rel

Transit Aliran RinganPerkhidmatan Transit Aliran Ringan bermula apabila ia

memulakan operasi pada 16 Disember 1996 di bawahSistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (Star LRT) yangfasa pertamanya menghubungi stesen Ampang danSultan Ismail. Kemudian pada 11 Julai 1998 telahdikembangkan perkhidmatan stesen Chan Sow Lin kestesen Sri Petaling, yang kemudiannya membentuk AliranSri Petaling. Pada 6 Disember 1998, perkhidmatan daristesen Sultan Ismail ke stesen Sentul Timur telahmemulakan operasinya.

Dalam pada itu, Projek Usahasama Transit RinganAutomatik (Putra LRT) pula memulakan operasi pada 1September 1999 dengan fasa pertamanya dari depotSubang ke Pasar Seni. Laluan ini dikembangkan pula keTerminal Putra di Gombak pada 1 Jun 1999.

Akibat daripada masalah kewangan yang dihadapi olehkedua-dua pengendalian perkhidmatan transit aliran ringan,pada 1 Disember 2002, kerajaan melalui SyarikatPrasarana Negara Berhad telah mengambil alih kedua-duaperkhidmatan LRT tersebut. Kini perkhidmatan di bawahStar LRT dikenali sebagai Aliran Ampang dan Sri Petaling,manakala Putra LRT pula sebagai Aliran Kelana Jaya.Perkhidmatan LRT ini dilengkapi dengan perkhidmatan basperantara RapidKL.

KomuterPerkhidmatan keretapi menggunakan kuasa elektrik

telah dimulakan pada pertengahan Ogos 1995 denganperkhidmatan yang dikendalikan oleh Keretapi TanahMelayu yang dikenali sebagai KTM Komuter. Denganoperasi yang menghubungi landasan sepanjang 150kilometer, perkhidmatan KTM Komuter memberikanperkhidmatan bagi dua laluan, iaitu laluan Rawang keSeremban dan Sentul ke Pelabuhan Kelang.

Dengan siapnya landasan berkembar Rawang Ipoh padaawal tahun 2007, perkhidmatan KTM Komuterberkemungkinan akan dipanjangkan sehingga ke Ipoh.

MonorelPerkhidmatan Monorel menyediakan kemudahan

pengangkutan dalam bandar yang menghubungi bahagian

Bersambung ke muka 4

Pengangkutan Awam

KEPENGGUNAAN DALAM50 TAHUN MERDEKA

MEI 2007 > 3

Page 4: PERSEKITARAN TANPA ROKOK - KonsumerKINI

4 < MEI 2007 KESIHATAN

utara dan pusat bandar Kuala Lumpur. Perkhidmatanini telah bermula pada 31 Ogos 2003, yang dikendalikanoleh KL Monorail System Sdn Bhd, sebuah anaksyarikat milik KL Infrastructure Group Bhd.

Perkhidmatan KL Monorail telah menghubungkanKL Sentral ke Titiwangsa sejauh 8.6km denganmengambil masa selama 19 minit.

ERL (Express Rail Link)Perkhidmatan ini menyediakan kemudahan

pengangkutan keretapi laju tanpa henti yangmenghubungkan Kuala Lumpur dengan LapanganTerbang Antarabangsa KL (KLIA). Terdapat dua jenisperkhidmatan yang disediakan iaitu KLIA Ekspess danKLIA Transit.

Perkhidmatan KLIA Ekspres mula beroperasi yangbulan April 2002. Dengan tempoh perjalanan tanpa hentiselama 28 minit, ia dapat menjimatkan masa perjalanandaripada Kuala Lumpur ke KLIA. Manakala KLIA Transitpula memulakan operasi pada bulan Jun 2002menghubungkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke

dari muka 3 ...

Bandar Tasik Selatan, Putrajaya, Salak Tinggi dan KLIA.

Stesen Sentral Kuala LumpurBagi mewujudkan hab pengangkutan yang

bersepadu, Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) atauSentral Kuala Lumpur telah dibuka pada 16 April 2001untuk menggantikan Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Iamenjadi sebagai hab pengangkutan rel bersepadu diKuala Lumpur.

Stesen Sentral Kuala Lumpur menghubungkanrangkaian perkhidmatan rel, bas dan teksi di bawah satubumbung, iaitu KTM Komuter, RapidKL LRT, KeretapiAntarabandar dan ERL. Manakala stesen KL Monorailpula tidak dibina dalam bangunan Stesen Sentral,sebaliknya terletak di Jalan Tun Sambanthan yangmemerlukan perjalanan kaki 140m di antara kedua-duatempat.

Selain itu, KL Sentral juga menjadi hab bagi beberapasyarikat bas di Kuala Lumpur terutamanya Rapid KL,syarikat Metrobus, SJ Bus dan Triton. Begituperkhidmatan bas ke KLIA seperti Skybus dan Aerobus.

Daging MerahBoleh SebabkanBarah Payu DaraPengambilan daging merah setiap hari walaupun dalamjumlah kecil dapat meningkatkan risiko barah payu darasebanyak 56 peratus di kalangan wanita berusia, menurutpenyelidikan Britain yang diterbitkan semalam.

Kajian mendapati, pengambilan hanya 57 gram dagingkerbau, lembu atau babi sehari boleh menyebabkan risiko.Wanita menopaus yang memakan daging diproses sepertisosej dan daging babi salai dalam jumlah lebih besar iaitukira-kira 103 gram berisiko 64 peratus mendapat penyakititu.

Laporan Independent menyebut, wanita muda yangmasih belum menopaus turut meletakkan diri dalam risikomenghidapi barah payu dara jika memakan daging setiaphari, menurut kajian Universiti Sheffield.

Penyelidikan, yang diketuai profesor epidemiologi zatdan kesihatan awam, Profesor Janet Cade, membabitkan35,000 wanita berusia antara 35 dan 69 tahun yang dipantauhampir lapan tahun.

Semuanya sudah melengkapkan soal selidik mengenai217 bahan makanan dibahagi kepada tiga kumpulanbergantung sama ada mereka memakan daging dalam

jumlah tinggi, sederhana atau rendah. Merekadibandingkan wanita dalam kajian itu yang memakansayur-sayuran.

Penyelidik turut mengambil kira tabiat merokok, beratbadan, pengambilan buah dan sayur, kelas, pendidikandan penggunaan terapi penggantian hormon.

“Hasil kajian kukuh. Apa saja ubah suai yang dibuatpada data, kaitannya masih ada. Wanita yang makansemua jenis daging, daging merah dan daging prosesdalam jumlah tinggi paling berisiko tinggi berbanding wanitatidak memakan daging walaupun daging merah dan dagingdiproses cuma menunjukkan kesan pada wanitamenopaus,” menurut Profesor Cade.

Katanya, penyelidik agak terkejut apabila mendapatipengambilan cuma 57 gram daging merah seharimenunjukkan kesan.

“Ia adalah hasil kerja kompleks dan diwujudkan khasuntuk membandingkan perbezaan bentuk diet,” katanya.

Sumber: Agensi

Page 5: PERSEKITARAN TANPA ROKOK - KonsumerKINI

STANDARD

Sejak kebelakangan ini, kes-kes keracunan makanan disekolah kian menjadi-jadi dan sering dilaporkan melaluimedia.

Jika dilihat daripada punca kepada kejadian ini, iadilaporkan berlaku kepada mereka yang terlibat denganskim bantuan makanan tambahan, khususnya melibatkansusu UHT. Apakah yang menyebabkan kes seumpama iniberlaku? Tiadakah peraturan yang menjaminkan bahawamakanan dan minuman yang disediakan itu terjaminkeselamatannya?

Sebenarnya terdapat beberapa peraturan dan piawaianberkaitan keselamatan makanan yang wujud di negara ini.Ia perlu dipatuhi oleh semua pengeluar produk makanandan minuman.

Salah satu set peraturan yang perlu dipatuhi standardPrinsip Am Kebersihan Makanan (General Principles ofFood Hygiene – MS 1514 : 2001) dan bagi pengeluarmakanan terproses pula Amalan Pengilangan Baik (GoodManufacturing Practices - GMP). Tahukah anda bahawastandard ini setaraf dengan standard antarabangsa ?

Prinsip Am Kebersihan MakananPrinsip Am Kebersihan Makanan menggariskan

panduan menyeluruh bagi penyediaan makanan yangselamat. Di antara aspek-aspek yang dirangkumi dalamprinsip tersebut adalah:

1. Kebersihan premis penyediaan makanan:Kebersihan luaran – bebas daripada semak yangmengalakkan pembiakan haiwan atau binatangperosak seperti tikus.Kebersihan dalaman – tidak mempunyai jubin yangretak, mempunyai tempat simpanan bahan mentahberasingan dengan makanan yang siap dimasak.Sayur-sayuran dan buah-buahan harus disimpanberasingan daripada bahan mentah berasaskanhaiwam seperti daging, telur dan ayam.

2. Kawalan binatang perosak – menggunakanperkhidmatan pencegahan atau kawalan binatangperosak yang berlesen dan menggunakan racun yangdibenarkan di sisi undang-undang.

3. Latihan kesedaran kebersihan bagi pekerja – yangberterusan

Kebersihan pekerja – memakai topi, apron dan kukutangan sentiasa pendek tanpa cincin dansebagainya.Pekerja yang menyediakan makanan tidaksepatutnya berbuat demikian sambil membersihkankawasan kerja dengan penyapu, mop dansebagainya

4. Penggunaan ubat-ubatan / bahan pencuci yang tidakberbahaya kepada makanan seperti peluntur – klorin.

5. Tempat penyimpanan makanan sedia untuk dimakanhendaklah bersih dan jika memerlukan kawalan suhu,kawalan tersebut di selenggara dengan baik.

6. Tempat penyimpanan bahan mentah yang sensitifkepada pembiakan kuman harus disimpan dalamkeadaan suhu terkawal, seperti peti sejuk. Peti sejukharus diselenggara dengan baik untuk mengelakkanpembiakan patogen pada/dalam bahan tersebut.

Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) telahmembangunkan Standard Malaysia (MS) untukmenyeragamkan keperluan Prinsip Am KebersihanMakanan. Ini akan memudahkan pengguna dan pengusahapremis makanan serta pemprosesan makanan untukmerujuk kepada definisi dan keperluan yang sama ataukonsisten.

Peraturan Keselamatan Makanan Yang BerbezaPernahkah anda melihat sijil-sijil pengiktirafan yang

dipaparkan pada dinding restoran-restoran yangmengisytiharkan sesebuah restoran sebagai premis A, Batau C dan seterusnya? Pengiktirafan ini diberi oleh pihakberkuasa tempatan yang restoran tersebut terletak. Inimerupakan satu langkah yang baik diambil oleh pihakberkuasa tempatan.

Namun begitu, terdapat perbezaan di dalam keperluanskim pensijilan di antara pihak berkuasa tempatan yangterlibat. Contohnya keperluan untuk mendapatkan sijilpremis A di Subang Jaya berlainan dengan keperluan diKlang.

Persoalannya sekarang ialah mengapakah agensikerajaan sendiri tidak merujuk kepada Standard Malaysia

StandardBerkaitanKeselamatanMakanan

MEI 2007 > 5

Bersambung ke muka 10

Page 6: PERSEKITARAN TANPA ROKOK - KonsumerKINI

Pada hari ini, merokok menjadi suatu kebiasaan yangditerima secara meluas dalam masyarakat kita, sehinggakadangkala ia dipandang sebagai satu norma yangmembanggakan. Tanggapan seperti ini terjadi akibatdaripada propaganda hidup bergaya yang ditonjolkan,terutamanya melalui media massa, Seseorang yangmerokok ditampilkan telah berjaya mencapai statuskecanggihan serta keunggulan.

Kandungan Berbahaya Dalam RokokSetiap batang rokok yang dinyalakan akan

mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yangmembahayakan dan boleh membawa maut. Setiapsedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antarakandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif(polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalamcat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat(naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai(arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakandi "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalanihukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racunpaling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimiayang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen).Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatichydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yangmemulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dankokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyaikesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi puncautama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yangditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalahmungkin lebih hebat berbanding najis dadah.

Seseorang yang kehabisan rokok kadangkalaberkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalamkeadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu, sukar untuksesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok,meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali denganikhtiar yang serius.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko seranganpenyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa

pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok.Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utamakematian sementara strok adalah pembunuh yangkeempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yangbiasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas inimenjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu hingga iamenjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan mautsekiranya paras karbon monoksida di dalam badanmelebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusiaataupun haiwan, ia akan membawa kerosakan pada setiaporgan di sepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung,mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluranpenghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan,sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaituapabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan daribadan.

Kesan Asap Rokok Kepada Perokok Dan OrangDi sekeliling

Penghisap rokok bukan sahaja perlu bertanggungjawabpada diri sendiri tetapi turut bertanggungjawab kepadaorang di sekelilingnya akibat daripada bahaya asap rokok.Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yangberada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut danhidung melalui kerongkong ke paru-paru.

Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakantisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia bolehmenyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong,paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasanke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus,menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru.Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru(alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluranpenghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkanpelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut danpankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasukisistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan

ISU PENGGUNA

MenanganiTabiat Merokok

6 < MEI 2007

Page 7: PERSEKITARAN TANPA ROKOK - KonsumerKINI

MEI 2007 > 7

nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malahmenyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia jugamerosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organberkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkansimptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedihulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantungdan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggangdan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalamproses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasilpenguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buahpinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkankerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindakbalas terhadap ubat-ubatan. Rokok boleh menjejaskanfungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanyaia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubatitu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri PerokokMelahirkan bayi yang kurang berat badanMelahirkan bayi yang tidak cukup bulanLebih terdedah kepada kanserMengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak PerokokLebih mudah mendapat lelahMendapat jangkitan paru-paruPertumbuhan paru-paru kanak-kanak tergangguMudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Faedah Berhenti MerokokHidup lebih lamaDapat menghindari racunDapat melindungi diri, keluarga dan orang laindaripada bahaya merokokMenjadi teladan yang baik kepada anak-anakDapat meningkatkan kecergasan serta memilikitubuh yang sihatMeningkatkan deria rasa dan bauGigi lebih putih dan nafas lebih segarDapat mengelakkan budaya membazir denganmenggunakan wang untuk membeli rokok kepadatujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Kaedah Bagi Yang Ingin Untuk BerhentiMerokok

Tetapkan tarikh untuk berhenti merokokYakinkan diriBuat nota peringatanKatakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"Tumpukan pada hari iniSentiasa berfikiran positifDapatkan sokonganLawan keinginan untuk merokokGunakan terapi atau rawatan yang sesuai

Sumber: bahayarokok.blogspot.com/

HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA– 31 MEI 2007– PERSEKITARAN TANPA ROKOK

Fakta 1Merokok merupakan penyebab kematian utama di

dunia. Menyebabkan 1 dalam 10 kematian di kalanganorang dewasa di seluruh dunia. Pada tahun 2005,merokok menyebabkan 5.4 juta kematian, dengankadar purata satu kematian pada setiap 6 saat. Jikagejala ini berterusan, dijangka kadar kematian akibatmerokok seramai 8.3 juta pada tahun 2030.

Fakta 2Rokok menyebabkan kematian kepada setengah

daripada penghisapnya. Terdapat purata 29%penghisap rokok di dunia. Rokok merupakan amalanbiasa di kalangan 47.5 % lelaki dan 10.3% wanita.Daripada 1.3 bilion penghisap rokok masa pada ini,seramai 650 juta berkemungkinan akan matidisebabkan oleh tabiat ini, yang sebahagiannya akanberlaku pada umur di antara 35 hingga 69 tahun.

Fakta 3Lebih daripada 1 bilion atau 84% penghisap rokok

dari negara sedang membangun. Pada tahun 2030,70% daripada punca kematian di negara sedangmembangun disebabkan oleh tabiat merokok.

Fakta 4Merokok menyebabkan 100 juta kematian pada

abad ke-20. Jika pola ini berterusan, seramai 1 bilionkematian disebabkan merokok pada abad ke-21.

Fakta 5Asap yang dihasilkan oleh produk berasaskan

tembakau dikenali sebagai asap rokok tahap kedua(second-hand tobacco smoke) atau asapberpersekitaran rokok. Asap rokok ini akanmendedahkan kepada semua orang yangmenghidunya, sama ada perokok ataupun tidak,kepada kesan buruk. Seringkali istilah bagi orang yangtidak merokok, tetapi menghidu asap rokok dikenalisebagai penghisap rokok tanpa rela atau penghisaprokok pasif.

Fakta 6Asap rokok tahap kedua ini boleh menjejaskan

kesihatan. Terdapat lebih kurang 4,000 bahan kimiayang diketahui dalam asap rokok, dengan hampirdaripada 50 merupakan punca kepada penyakit kanser.Asap rokok tahap kedua juga menyebabkan penyakitjantung dan penyakit-penyakit respiratori dankardiovaskular kepada orang dewasa yang bolehmenyebabkan kematian.

Bersambung ke muka 8

Page 8: PERSEKITARAN TANPA ROKOK - KonsumerKINI

Tuntutan PolisiInsurans Nyawa

RUANGAN NCCC

ADIL PROFESIONAL BERKESAN

No. 1D, Bangunan SKPPK,Jalan SS9A/1747300 Petaling JayaSelangorTel : 03-7877 9000Faks : 03-7874 8097Emel : [email protected]

8 < MEI 2007

NCCC telah menerima satu aduan daripada seorangpengadu yang tidak berpuashati terhadap sebuah syarikatinsurans kerana syarikat tersebut didapati menafikan hakpengadu tersebut untuk menuntut pampasan insuransakibat penyakit yang dihidapinya. Agen syarikat tersebutpula tidak membantu bagi mendapatkan penyelesaianperkara berkenaan. Pengadu tersebut telah kehilanganpekerjaannya akibat daripada penyakit tersebut. Kecewadengan perkara yang berlaku, beliau telah meminta bantuanNCCC.

TINDAKAN NCCCNCCC telah menulis surat rasmi kepada Presiden

syarikat berkenaan dan mengemukakan aduan yang dibuat

oleh pengadu tersebut. Syarikat tersebut diberi tempohselama tujuh hari untuk memberikan penjelasan tentangkejadian yang berlaku. Sekiranya gagal berbuat demikian,NCCC akan menasihatkan pengadu untuk membawamasalah tersebut kepada Biro Pengantaran Kewanganuntuk diselesaikan. Syarikat insurans berkenaan telahmemberikan penjelasan mengenai perkara tersebut. Walaubagaimanapun kes ini telah dirujuk kepada BiroPengantaraan Kewangan (FMB) untuk tindakanselanjutnya.

NASIHAT NCCCPengguna seharusnya peka terhadap keperluan polisi

insurans itu sendiri. Sebuah polisi insurans sebenarnyamerupakan suatu kontrak di antara pihak syarikat insuransdan pihak pengguna bahawa pampasan akan dibayar jikakecelakaan atau kemalangan yang disebutkan dalam polisiitu berlaku. Bayaran tuntutan bergantung kepada premiumyang dibayar. Oleh yang demikian, sekiranya penggunamendapati bahawa perkhidmatan yang diberikan kurangmemuaskan, maka pengguna berhak menggunakan kuasadan haknya untuk mengemukakan aduan kepada pihakyang berkenaan. Terdapat peruntukan undang-undang bagimengawal selia industri insurans untuk memberiperlindungan kepada pemunya polisi insurans di bawahAkta Insurans, 1996. Oleh yang demikian, penggunaadalah berhak untuk diberikan perlindungan sewajarnyaoleh pihak yang berkenaan agar mereka dapat menikmatikehidupan yang lebih terjamin.

Fakta 7Dianggarkan terdapat 700 juta kanak-kanak, atau

hampir separuh daripada jumlah penduduk kanak-kanak di dunia, yang telah menghidu udara yangdicemari dengan asap rokok, khususnya dipersekitaran rumah mereka. Asap rokok tahapkedua menyebabkan masalah kesihatan yangserius kepada kanak-kanak, seperti penyakit asma.

Fakta 8Pertubuhan Buruh Antarabangsa menganggarkan

terdapat 20,000 pekerja yang mati pada setiap tahundisebabkan oleh terdedah kepada asap rokok ditempat kerja. Agensi Perlindungan Alam SekitarAmerika Syarikat pula menganggarkan asap rokoktahap kedua menyebabkan kematian kepada 3000pesakit kanser kerongkong pada setiap tahun darikalangan rakyat negara itu yang tidak menghisaprokok.

Fakta 9Terdedah kepada asap rokok tahap kedua juga

memberikan kesan kepada kos ekonomi kepadaindividu, perniagaan dan masyarakat keseluruhannya.Ia berlaku dalam bentuk kerugian akibat kos perubatanyang secara langsung ataupun tidak langsung danpenurunan produktiviti kerja.

Fakta10Tidak terdapat tahap tertentu kepada pendedahan

asap rokok tahap kedua. Tidak terdapat kepastianbahawa peralatan peralihudaraan atau penapisan udaraataupun kombinasi di antara kedua-duanya sekalidapat mengurangkan kesan akibat pendedahan asaprokok di kawasan tertutup. Hanya persekitaran yang100% bebas daripada rokok dapat menjaminkanperlindungan yang berkesan.

dari muka 7 ...

Page 9: PERSEKITARAN TANPA ROKOK - KonsumerKINI

Insurans deposit ialah satu sistem yang melindungi pendepositdaripada kehilangan deposit mereka yang diinsuranskan di institusianggota, sekiranya institusi tersebut mengalami kegagalan dan tidakberupaya untuk membayar balik deposit tersebut. Contohnya, dalamkes kegagalan bank, sesebuah bank mungkin tidak dapat membayarbalik deposit yang dituntut oleh pendeposit dan di sinilah sisteminsurans deposit dapat memainkan peranannya sebagai salah satuinisiatif perlindungan pengguna.

MEI 2007 > 9

Pada tahun 2001, Pelan Induk Sektor Kewangan mengesyorkanpenubuhan sistem insurans deposit bagi memperkasa rangka kerjaperlindungan pendeposit di Malaysia. Sebuah pasukan petugasinsurans deposit telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untukmengkaji dan membentuk sistem insurans deposit Malaysia. Pasukanini telah membuat perbandingan dengan, dan mengguna pakai amalanterbaik sistem insurans deposit yang mantap di negara-negara lain,serta mengambil kira keperluan dan ciri-ciri tempatan.

Sistem insurans deposit Malaysia dilancarkan pada 1 September2005. Sistem ini diurus dan ditadbir oleh Perbadanan Insurans DepositMalaysia (PIDM), sebuah badan berkanun bebas yang ditubuhkan dibawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005. Selarasdengan keunikan sistem perbankan di Malaysia, yang terdapat duasistem yang berjalan serentak, iaitu sistem perbankan konvensionaldan Islam, PIDM mentadbir insurans deposit konvensional dan insuransdeposit Islam di bawah satu sistem. Selain daripada itu, PIDM jugamenyediakan insentif bagi pengurusan risiko wajar dalam sistemperbankan dan turut menyumbang ke arah kestabilan sistemkewangan negara.

Dalam sistem ini, PIDM menginsuranskan semua deposit yanglayak sehingga RM60,000 (jumlah pokok dan faedah atau pulangan)bagi setiap pendeposit di setiap institusi anggota. Deposit yang layakdiinsuranskan termasuk deposit dalam akaun simpanan, akaunsemasa, simpanan tetap deposit pelaburan serta cek diperakui, drafbank atau arahan bayaran yang dibuat terhadap akaun deposit.Institusi anggota PIDM merupakan semua bank perdagangan yangdilesenkan di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989dan institusi perbankan Islam yang dilesenkan di bawah Akta BankIslam 1983.

PIDM menyediakan perlindungan sehingga RM60,000 secaraberasingan bagi deposit konvensional, deposit Islam, akaun bersama,akaun amanah dan akaun yang dipegang oleh perniagaan milikpersendirian, perkongsian dan praktik profesional. PIDM tidakmengenakan caj atau bayaran kepada para pendeposit untukmendapatkan perlindungan ini.

Sejarah Insurans DepositInsurans deposit pertama diwujudkan di Amerika Syarikat berikutan krisis perbankan semasa kemelesetan

ekonomi negara itu pada tahun 1934. Satu siri kegagalan bank dari tahun 1921 - 1930 menyebabkan ramaipendeposit menuntut untuk mengeluarkan deposit mereka. Setelah semakin banyak bank mengalami kegagalanmembayar semula deposit yang dituntut dan terpaksa ditutup, para pendeposit menjadi semakin sensitif terhadapkhabar angin. Keyakinan dalam sistem perbankan mula merosot dan insiden pengeluaran deposit secara besar-besaran menjadi lebih rutin.

Penggubalan Banking Act 1933 oleh Kongres dan penubuhan Federal Deposit Insurance Corporation di AmerikaSyarikat telah memulihkan semula keyakinan awam dan mengurangkan insiden pengeluaran deposit. Semenjakitu, lebih 90 negara telah melaksanakan sistem insurans deposit yang berjaya memberi perlindungan kepadapara pendeposit.

Insurans deposit biasanya diuruskan oleh bank pusat, badan berkanun atau sebuah agensi awam. Insuransdeposit tidak berkaitan dengan, atau diurus oleh, syarikat insurans nyawa atau insurans am.

Di beberapa buah negara, kegagalan bank bukan lagi perkaraasing. Dalam landskap perbankan di Malaysia yang stabil, Bank NegaraMalaysia merupakan badan pengawalan dan penyeliaan sistemperbankan negara, berganding bahu dengan PIDM bagi memastikansistem kewangan di negara ini kekal kukuh. Namun begitu, bak katapepatah, sediakan payung sebelum hujan, dan inilah perumpamaanyang tepat untuk menggambarkan fungsi utama insurans depositsebagai pelindung tambahan kepada pendeposit bank.

Sistem insurans deposit Malaysia dibiayai dengan premium yangdibayar melalui dua kumpulan dana institusi anggota yang ditadbiroleh PIDM. Dua dana yang ditadbir secara berasingan itu ialah DanaInsurans Deposit Islam (dibiayai melalui premium yang dikutip atasdeposit Islam) dan Dana Insurans Deposit Konvensional (melaluipremium yang dikutip atas deposit konvensional).

Bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai pentadbir sisteminsurans deposit negara, PIDM menjalankan secara aktif pelbagaiprogram dan aktiviti penerangan dan kesedaran awam tentangkewujudan sistem perlindungan pendeposit ini. Kesedaran awamamat penting untuk menjayakan sistem ini kerana pengetahuan tentanginsurans deposit merupakan asas untuk membina keyakinan terhadapkestabilan sistem kewangan. Pendek kata, pendeposit yangberpengetahuan tidak akan khuatir mengenai keselamatan depositmereka di institusi anggota sekiranya institusi tersebut mengalamikegagalan kerana mereka yakin bahawa PIDM berupaya membayarsemula deposit yang diinsuranskan.

Untuk maklumat lanjut mengenai insurans depositdan PIDM:• Hubungi pusat panggilan bebas tol PIDM :

1-800-88-1266 dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang,Isnin – Jumaat (kecuali cuti am)

• Layari laman web PIDM : http://www.pidm.gov.my• E-mel kepada: [email protected]• Tulis kepada:

Bahagian Komunikasi dan Perhubungan AwamPerbadanan Insurans Deposit MalaysiaTingkat 22 Dataran Kewangan Darul TakafulNo. 4 Jalan Sultan Sulaiman50000 Kuala LumpurTel : +603-2260 7436Faks : +603-2260 7432

Page 10: PERSEKITARAN TANPA ROKOK - KonsumerKINI

KELAB PENGGUNA

10 < MEI 2007

Ramai menjadi mangsa pengiklanan yangmengelirukan, Antara dakwaan yang mengelirukanseperti program pelangsingan badan, produk“exercise”, iklan ubat-ubatan, iklan produk makanandan sebagainya.

Aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk membuatanalisa iklan supaya tidak mudah terpedaya iklan.

Langkah-langkah

a) Pelajar dikehendaki mendapatkan keratan iklandi surat khabar, pasar raya, kompleks membelibelah, internet dan sumber-sumber yang lain.

b) Catatkan segala maklumat iklan di atas kertas ataukertas mahjong.

c) Bincangkan beberapa perkara mengenai iklanseperti:-

Tujuan iklanGolongan sasaran – adakah iklan tertumpukepada golongan kanak-kanak, remaja,golongan wanita, orang dewasa atau orangtua?Maksud iklan – adakah kenyataan iklan benar-benar tepat dan menepati kehendakpengguna?Contoh seperti iklan di bawah:-

Maklumat pembelajaranPengguna harus berhati-hati supaya tidakterpedaya dengan dakwaan iklan. Antara iklanyang mengelirukan termasuklah:-a) Mengaitkan dakwaan yang benar atau ujian

yang tidak berkaitan dengan barangan.b) Membuat dakwaan palsu mengenai harga atau

promosi hargac) Dakwaan palsu mengenai jaminan dan warantid) Memberikan hanya sebahagian daripada

maklumat atau fakta yang benar,e) Menyatakan harga tunai tetapi gagal

memberitahu bayaran faedah danpembayaran balik

f) Dakwaan palsu mengenai individu,perbadanan, barangan dan perkhidmatan yangdi taja atau diluluskan walhal keadaan adalahsebaliknya.

Sekiranya anda melihat sesuatu iklan itumengelirukan pengguna. Anda boleh membuataduan di KPDNHEP, cawangan-cawangan KPDNnegeri, atau Pusat Khidmat Aduan PenggunaNasional. Syarikat atau individu terbabit bolehdidakwa di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Menganalisa Iklan

(MS 1514: 2001). Pembangunan standard Malaysiaadalah berpandukan keperluan Akta Standard Malaysia1996.

Adakah pihak berkuasa tempatan tidak sedartentang kewujudan standard Malaysia untukpenyediaan makanan bersih di restoran (yang bolehjuga digunakan untuk penyediaan makanan di kantin-kantin sekolah).

HACCP adalah sistem pengurusan keselamatanmakanan dan tajuk Standard Malaysia (MS) bagiHACCP adalah MS 1480:2007. MS ini dirujuk olehKementerian Kesihatan Malaysia dan SIRIM QAS (anaksyarikat SIRIM yang melakukan pemeriksaan untuktujuan pensijilan standard) untuk mengiktiraf sesebuahpremis pengeluaran patuh kepada keperluan HACCP.

Proses mendapatkan sijil tersebut memastikanpemilik sekurang-kurangnya mesti meminimumkanrisiko keracunan makanan dan pemilik mempunyaikaedah penarikan balik dan pelupusan produk-produkyang tidak selamat dari pasaran.

dari muka 5 ...

“Eat right! Stay fit!” adakah benar seperti yangdidakwa? Begitu juga dengan kenyataan “Howthe Mexicans Eat Right & Stay Fit with the KFCBandito Pocket”

Page 11: PERSEKITARAN TANPA ROKOK - KonsumerKINI

MEI 2007 > 11KESIHATAN

Apakah itu cirit--birit?Cirit-birit adalah masalah sistem pencernaan yangdisebabkan oleh :

jangkitan kuman seperti virus,bakteria danparasitalahan makananubat-ubatanpengawet makananpemakanan kimia

Organisma yang boleh menyebabkan cirit-biritberlaku ialah melalui pemakanan makanan dan airyang tercemar. Di anggarkan terdapat 4000 juta kescirit-birit yang berlaku di seluruh dunia pada tahun1996 yang menyebabkan 2.5 juta kematian.

Tanda-tandaCirit-birit didefinisikan sebagai najis yang lembut atauberair yang lebih kerap dan banyak daripada biasa.Ia akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti:

Sakit dan kekejangan perutLoya dan muntahKeletihanDemam

KomplikasiCirit-birit yang teruk mengakibatkan dehidrasi

(kekeringan akibat kehilangan air) dan sekiranyamengandungi darah ia dikenali sebagai disenteri. Jikatidak di rawat, ia boleh menyebabkan kematian.

RawatanKebanyakan kes cirit--birit akan pulih dengan

sendirinya tanpa rawatan. Untuk mencegah dehidrasidan mengurangkan tanda-tanda cirit--birit, lakukanseperti berikut :

Minum banyak air.Tambahkan makanan separa pejal dan kurangserat dengan beransur-ansurElakkan produk tenusu, makanan berlemak,

PenyakitCirit-Birit

tinggi serat dan bahan makanan yangmempunyai bahan pengawet yang tinggi.Elakkan kafein dan alkohol.

Jika cirit-birit berterusan sekurang-kurangnyaseminggu atau jika anda mengalami dehidrasi ataunajis yang mengandungi darah, sila berjumpa doktor.

Tanda-tanda dehidrasiHaus yang berlebihanMulut dan kulit keringKurang atau tiada air kencingKeletihan yang terukPitamKulit menjadi gelap

PencegahanBerikut adalah cara-cara mencegah jangkitan cirit-

birit:Cuci tangan sebelum makanMakan makanan semasa masih panas, yangdisediakan dan dimasak dengan betul.Elakkan daripada makan buah-buahan, sayur-sayuran yang belum dibasuh dan elakkan darimakan makanan tenusu atau daging mentah.Basuh sayuran dengan bersih atau makanbuah-buahan yang telah di kupas .Elakkan makan makanan yang anda alah danubatan yang menyebabkan cirit-birit.Minum air dari bekalan air bersih, di botolkanatau air yang telah dimasak. Elakkan minumminuman keras dan berkafein kerana cirit--biritboleh bertambah teruk.Pastikan anak anda berada dirumah semasamengalami jangkitan cirit--birit

Page 12: PERSEKITARAN TANPA ROKOK - KonsumerKINI

TTTTTALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ADUADUADUADUADUAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNA BEBA BEBA BEBA BEBA BEBAS AS AS AS AS TTTTTOL :OL :OL :OL :OL : 1-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-800 SMS: SMS: SMS: SMS: SMS: 32255 32255 32255 32255 32255 E-ADUE-ADUE-ADUE-ADUE-ADUAN:AN:AN:AN:AN: http://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnheppppp.g.g.g.g.gooooovvvvv.m.m.m.m.myyyyy

PENGGUNA LESTARI

12 < MEI 2007

Salah satu daripada sampah yang sering dibuangialah pembungkus barangan seharian yang dibeli.Pembungkusan memainkan pelbagai peranan untukmelindungi, menjaga kesegaran dan kebersihanbarang tersebut. Walau bagaimanapunpembungkusan inilah merupakan salah satudaripada punca utama sisa pepejal. Oleh itu, jadilahpengguna bijak, pilihlah produk anda supaya andadapat membantu mengurangkan sisa pepejal.Berikut adalah beberapa tip ketika membelibarangan:-

Jika membuat perbandingan di antara dua jenisproduk, pilihlah produk dengan kadarpembungkusan yang kurang.Jika membeli barangan seperti tomato, bawangputih, bawang merah dan sebagainya, belilahproduk yang belum siap dibungkus.Pastikan anda benar-benar memerlukan sesuatuproduk sebelum membeli untuk mengelakkanpembaziran serta penghasilan sisa yangberlebihan.Kenal pasti dan sokonglah kedai yang menjualbarangan secara pukal tanpa terlalu banyakpembungkusan. Pastikan anda memberitahupembantu kedai jika bahan tersebut tidakmemerlukan pembungkusan berlebihan.Cubalah membeli barangan kegunaan harianseperti syampu, sabun dan tepung secara pukal(saiz besar atau ekonomi). Ini adalah kerana saizyang lebih besar akan mengurangkanpembungkusan seunit produk.Jika anda membeli-belah di pasar raya besar,elakkan penggunaan plastik atau beg. Masukkanterus barangan anda ke dalam but kenderaan.Seboleh-boleh elakkan penggunaan sudu, garpu,cawan dan pinggan kertas atau polisteren.Gunakan pinggan kaca atau plastik yang bolehdiguna semula.

PengurusanSampahSecara Lestari

yang diberikan, tetapi selepas beberapa ketika, tidakada lagi pulangan tersebut. Jika bernasib baik, dapatsemula wang yang dilaburkan itu. Jika tidak, alamatgigit jarilah nampaknya.

Oleh itu, para pengguna perlu mempunyaikesedaran tidak mudah untuk mengaut keuntungansecara yang mudah. Mereka juga tidak seharus mudahterpedaya dengan pelbagai dakwaan yang muluk-mulukdaripada pelbagai pihak untuk melabur dalam sesuatupelaburan yang tidak pasti kedudukannya.

Sebelum melabur, periksa terlebih dahulu melaluiSuruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara Malaysia.Tindakan Suruhanjaya Sekuriti menyenaraihitamkansyarikat pelaburan melalui internet tanpa lesen danmenutup laman web tersebut amat dialu-alukan agarlaman web tersebut tidak lagi dapat menarik pelaburyang lain.

Para pengguna tidak wajar mengambil sikap“mencuba nasib” dalam hal ini. Dan jangan salahkannasib yang tidak baik sekiranya telah terjerat. Merekasendiri yang perlu disalahkan kerana gagal membuatpertimbangan yang waras.

dari muka 2 ...

Selain mengurangkan jumlah pembungkusandalam barangan yang dibeli, pengurangan kadarpenggunaan barangan bersifat toksik jugamerupakan penting. Cuba elakkan atau gunakanbahan kimia, pencuci dan sebagainya pada kadaryang sangat sedikit.

Penggunaan lestari bukan sahaja bertumpukanaktiviti kitar semula yang anda lakukan, malahpengurangan sisa pepejal 'at point source' juga amatpenting.