journal perang salib

7
Pengenalan Perang Salib ini bermula dengan kejatuhan umat Islam pada tahun 1099, setelah kalah dalam peperangan salib pertama dengan pihak Kristian. Namun pada tahun 1187, seorang tokoh Islam yang hebat iaitu Salahuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya mengalahkan Tentera Salib dan merampas kembali kawasan Jerusalem atau Baitulmaqdis. Perang Salib mempunyai 8 siri peperangan. Bermula dari tahun 1095 sehingga 1273. 1.1 Definisi Perang Salib Sejarawan Islam Perang Salib mengikut pandangan sejarawan Islam merupakan al- Hamlat al- Salabiyah yang bermaksud “serangan pasukan salib”. 1 Sejarahwan Barat Manakala menurut sejarawan barat pula mendefinisikan perang salib sebagai Gerakan keagamaan, atau Gerakan Salib untuk menentang umat Islam. Sebutan Perang Salib dalam bahasa yang lain Terdapat pelbagai sebutan untuk istilah perang salib ini. Sebagai contoh di dalam bahasa inggeris dikenali sebagai The Crusades, atau The Holy wars. Manakala dalam bahasa itali pula disebut sebagai Crociata, malahan bahasa Perancis sebutan untuk perang salib ialah Croisade dan dalam bahasa Portugis dikenali sebagai Croziada. 2 2.1 Faktor-faktor berlakunya Perang Salib 1 Sami bin Abdullah, Atlas Perang Salib: Mengungkap Peristiwa Berdarah Abad Pertengahan, Jakarta: Penerbit Almahira, 2009, Hlm.1. 2 Ibid., Hlm. 4. 1

Upload: justin-martinez

Post on 16-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ewfegfwf

TRANSCRIPT

Pengenalan Perang Salib ini bermula dengan kejatuhan umat Islam pada tahun 1099, setelah kalah dalam peperangan salib pertama dengan pihak Kristian. Namun pada tahun 1187, seorang tokoh Islam yang hebat iaitu Salahuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya mengalahkan Tentera Salib dan merampas kembali kawasan Jerusalem atau Baitulmaqdis. Perang Salib mempunyai 8 siri peperangan. Bermula dari tahun 1095 sehingga 1273.1.1 Definisi Perang SalibSejarawan IslamPerang Salib mengikut pandangan sejarawan Islam merupakan al- Hamlat al- Salabiyah yang bermaksud serangan pasukan salib.[footnoteRef:1] [1: Sami bin Abdullah, Atlas Perang Salib: Mengungkap Peristiwa Berdarah Abad Pertengahan,Jakarta: Penerbit Almahira, 2009, Hlm.1.]

Sejarahwan Barat Manakala menurut sejarawan barat pula mendefinisikan perang salib sebagai Gerakan keagamaan, atau Gerakan Salib untuk menentang umat Islam.Sebutan Perang Salib dalam bahasa yang lainTerdapat pelbagai sebutan untuk istilah perang salib ini. Sebagai contoh di dalam bahasa inggeris dikenali sebagai The Crusades, atau The Holy wars. Manakala dalam bahasa itali pula disebut sebagai Crociata, malahan bahasa Perancis sebutan untuk perang salib ialah Croisade dan dalam bahasa Portugis dikenali sebagai Croziada.[footnoteRef:2] [2: Ibid., Hlm. 4.]

2.1 Faktor-faktor berlakunya Perang Salib2.2 Pengeledahan Hospis Pilgrim di Baitulmaqdis dan kemusnahan gereja makam yang suci (Church of The Holy Sepulehre )Pada tahun 1009, telah berlaku satu penaklukan yang dilakukan oleh Kerajaan Fatimiyyah yang diketuai oleh al-Hakim bin Amar Allah.[footnoteRef:3] Perkara ini menyebabkan kemarahan masyarakat Kristian sehingga tercetusnya Perang Salib. [3: Muhammad al-Arusiy al-Matwiy (t.t), Perang Salib di Alam Islami, Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada, Hlm.33.]

2.3 Kekalahan Kerajaan Byzantium timur dalam peperangan MalazgirtKekalahan Byzantium yang dipimpin oleh Romanos IV ditangan tentera Saljuq yang dipimpin oleh Alp Arslan dari Turki.[footnoteRef:4] Menyebabkan masyarakat Kristian malu dan bersemangat untuk menebus kekalahan mereka. [4: Christopher Tyerman, God's War: A New History of the Crusades, London: Penguin UK, 2007, Hlm.56.]

2.4 Pengaruh pedagang dari pantai timur laut tengahGolongan pedagang-pedagang terutama dari kawasan Venice dan Genoa yang berkeinginan untuk menguasai semua kawasan perdagangan di sepanjang pantai timur dan selatan laut tengah.[footnoteRef:5] Oleh itu mereka telah membiayai peperangan ini, bertujuan untuk mendapatkan kawasan tersebut. [5: Sami bin Abdullah, Op. cit., Hlm. 23.]

3.1 Perang Salib PertamaPerang salib pertama berlaku, disebabkan seruan daripada Pope Urban II. Tujuan perang ini adalah,untuk mendapatkan kembali tanah suci di Jerusalem dan membebaskan penganut agama Kristian daripada pemerintahan Islam. Peristiwa perang salib ini juga disebabkan rayuan yang dibuat oleh Maharaja Empayar Byzantine iaitu Alexios I Komnenus dalam Persidangan Piacenza pada Mac 1095 untuk memohon pertolongan untuk mendapatkan tentera upahan Barat dengan tujuan untuk menentang bangsa Turki di Anatolia. Kemudian pada persidangan Clermont, Pope Urban II telah menyeru semua sekutu Kristian supaya bersatu untuk menentang pemerintahan Islam di Jerusalem.Kerajaan-kerajaan Islam yang tidak bersatu dan masing-masing sibuk dengan urusan-urusan sendiri menyebabkan seperti mengukuhkan kekuasaan mereka sendiri menyebabkan pihak tentera salib berjaya mengalahkan kerajaan Islam yang terdapat di sekitar Jerusalem ketika itu. Banyak wilayah-wilayah naungan Islam telah jatuh ke tangan tentera salib seperti wilayah Edessa, wilayah Antioch, termasuk Kerajaan Baitulmaqdis dan Tripoli di Palestin berada di bawah negeri-negeri Salibiah.[footnoteRef:6] [6: Steven Runciman, A History of the Crusades: The Kingdom of Acre and the Later Crusades Volume 3 of A History of the Crusades, Cambridge: CUP Archive, 1987, Hlm.78.]

3.2 Perang Salib KeduaMaudud bin Tuntakin yang merupakan penguasa Mosul telah bertindak menangkap tawanan Armenia yang merupakan sekutu pihak Kristian di al-Ruha. Seterusnya perjuangan Maudud diteruskan oleh Imaduddin Zanki pada tahun 539H. Beliau telah berjaya menawan Kota Aleppo yang terletak di utara Syam yang merupakan kota terpenting pada masa itu. Selain itu, berjaya menawan Kota Hamah, membebaskan Kota Sarja, Dara, dan Benteng al- Atsarib.[footnoteRef:7] [7: Ibid., Hlm. 98.]

Nuruddin Zanki telah mengambil alih tugas menentang tentera salib daripada bapanya. Beliau berjaya mengagalkan Juslin II untuk menguasai kembali al-Ruha. Berjaya mengalahkan tentera salib dibawah pimpinan Louis VII dan Conrad III yang ingin menawan Damaskus dan Syam.[footnoteRef:8] [8: Ibid., Hlm. 100.]

4.1 Kejayaan Salahuddin al-Ayubi Berjaya meluaskan dan menawan kawasan seperti Mesir, Syam, Al- Jazirah, Yaman dan Mosul.[footnoteRef:9] Beliau juga berjaya menyatukan semua pejuang-pejuang Islam dari Mesir, Syam, Al-Jazirah, Yaman dan Mosul untuk menentang Tentera Salib ini.[footnoteRef:10] Malahan Mengalahkan tentera salib dalam pertempuran Hittin di kawasan Tiberias dan menawan kawasan tersebut. Selain itu, berjaya menawan ketua-ketua panglima Kristian yang berpengaruh seperti raja Guy de Lusignan dan Panglima Baron.[footnoteRef:11] Disamping itu, berjaya merampas kembali kawasan seperti daerah Tebnine, Shaida, Kota Beirut, Asqelon, kemudiannya memperolehi kawasan Kota Gaza, Bait Jibril serta Nazhrun tanpa berlaku sebarang pertempuran.[footnoteRef:12] [9: Christopher Tyerman, Op. cit., Hlm. 124.] [10: Steven Runciman, Op. cit., Hlm. 133.] [11: Elizabeth Hallam, Chronicles of the crusades: eye-witness accounts of the wars between Christianity and Islam, New York: Welcome Rains, 2000, Hlm.67.] [12: Ibid., Hlm. 87.]

5.1 Kekalahan Salahuddin al-AyubiKehebatan tentera Salib dibawah pimpinan King Richard I atau dikenali sebagai Lion Heart. Salahuddin tidak mendapat bantuan daripada sekutu-sekutu Islam yang lain selain Turkmenistan sahaja yang berjanji akan memberi bantuan kepada beliau. Akibat daripada kekalahan ini Salahuddin terpaksa menandatangani satu perjanjian dengan Pihak Kristian. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Damai Ramallah.[footnoteRef:13] [13: Ibid., Hlm. 94.]

Kesimpulan Secara kesimpulannya, perang salib ini merupakan peperangan yang melibatkan dua agama utama di dunia ini iaitu Islam dan Kristian. Pelbagai faktor dari segi politik, ekonomi dan sosial yang memainkan peranan penting dalam mencetuskan peperangan yang berlaku sebanyak lapan siri peperangan ini. Peperangan ini juga memberi kesan yang mendalam kepada dunia pada hari ini. Terutama kepada penganut agama Islam dan penganut agama Kristian.

Rujukan Christopher Tyerman, 2007, God's War: A New History of the Crusades, London: Penguin UK.Elizabeth Hallam, 2000, Chronicles of the crusades: eye-witness accounts of the wars between Christianity and Islam, New York: Welcome Rains.Muhammad al-Arusiy al-Matwiy (t.t), Perang Salib di Alam Islami, Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.Sami bin Abdullah, 2009, Atlas Perang Salib: Mengungkap Peristiwa Berdarah Abad Pertengahan,Jakarta: Penerbit Almahira.Steven Runciman, 1987 A History of the Crusades: The Kingdom of Acre and the Later Crusades Volume 3 of A History of the Crusades, Cambridge: CUP Archive.

1