faktor politik dalam perang salib (political factors in the crusades)

20
NAMA PEMBENTANG NURAMALINA BINTI DAOD (A141574) NAMA PENSYARAH FARID BIN MAT ZAIN JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Upload: universiti-kebangsaan-malaysia

Post on 11-Jul-2015

75 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

NAMA PEMBENTANG NURAMALINA BINTI DAOD (A141574)

NAMA PENSYARAHFARID BIN MAT ZAIN

JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAMFAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Page 2: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

Antara perkara yang akan dibincangkan melalui artikel faktor politik dlm Perang Salib ialah :

Perang Manzikert Reaksi Eropah terhadap kekalahan pasukan Byzantium Pergolakan politik di Eropah Krisis politik Islam

Page 3: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

Didapati faktor agama memainkan peranan terpenting dalam gerakan ini dan individu-individu yang mencetuskannya juga terdiri daripada kalangan orang-orang yang memegang kuasa sepenuhnya dalam soal agama mereka

Terdapat faktor-faktor sampingan yang telah mencetuskan perang salib seperti faktor politik

Ahli sejarah mengatakan Perang / pertempuran yang berlaku antara kaum Muslimin dan puak Byzantine di Manzikert @ Malazgirt telah menjadi titik permulaan kepada faktor politik yang mencetuskan perang salib

Page 4: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

Islam dan Barat telah mempunyai hubungan seawal abad ke-7 M apabila tamadun Islam telah meluaskan pengaruh dan kekuasaan politiknya di Laut Mediterranean

Kepesatan tamadun Islam ini telah menimbulkan rasa kurang senang terhadap pihak Kristian kerana pemimpin-pemimpin Eropah telah merasakan bahawa kekuasaan mereka telah diancam.

Perang Salib merupakan reaksi Barat terhadap kepesatan pengaruh tamadun Islam yang dilihat sebagai satu ancaman terhadap ketamadunan mereka. Perang Salib telah berlangsung selama sekitar 200 tahun (1095-1291 M).

Page 5: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)
Page 6: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

463 H / 1071 M, telah berlaku satu pertempuran antara kaum Muslimin dan puak Byzantine di Manzikert, yang dipimpin oleh Alp Arslan di pihak Muslimin dan Emperor Rumanos IV di pihak Byzantine.

Ketika ini, Alp Arslan baru sahaja pulang dari sebuah peperangan menuju ibukota negerinya di Thabaristan & ramai di antara angkatan tenteranya maut & terluka.

Jumlah perajurit Islam sekitar 15,000, pihak Byzantine 70,000

Page 7: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

Pihak Byzantin telah mengalami kekalahan yang teruk. Ramai yang terkorban dan Rumanos telah dapat ditawan oleh tentera Islam (Shalaby, 1983:10)

1081, tampuk pemerintahan Kerajaan Byzantine beralih kepada Alexius Comnenus I

Peristiwa kekalahan ini telah menggegarkan benua Eropah & seterusnya menjadi salah satu faktor politik dalam perang salib

Page 8: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

Kejayaan Bani Saljuq dalam perang Manzikert menandakan kebangkitan kuasa besar umat Islam (Nurhakim, 2008: 128).

Islam dilihat sbg sebuah kekuasaan yg sngt memberikan ancaman terhadap Eropah

Kekalahan Byzantium di Manzikert & jatuhnya Asia Kecil dibawah kekuasaan Saljuk Mendorong Alexius Comninus untuk meminta bantuan Pope & bangsa2 Barat yg beragama Kristian

Page 9: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

Untuk mengembalikan kekuasaanya di daerah2 yg telah diduduki oleh Bani Saljuk

Alexius Comnenus memohon bantuan Pope Bagi membalas dendam atas kekalahannya dalam perang menentang Bani Saljuk di samping merasakan bahawa tenteranya x mampu menghadapi kaum Muslimin sendirian.

Pope Gregory VII menganggap rayuan Comnenus ini sebagai suatu pengakuan yang membuktikan kekuasaannya.

Page 10: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

Oleh itu, Pope Gregory telah mengisytiharkan bahawa Gereja Barat akan memimpin suatu peperangan menentang kaum Muslimin demi kepentingan Kerajaan Byzantine dan orang-orang Kristian umumnya. Malangnya, Pope Gregory telah mangkat sebelum berjaya melaksanakannya (Shalaby, 1983: 12).

Alexius Comnenus tidak berputus asa, lalu memohon bantuan sekali lagi kepada Pope yang baru iaitu Paus Urbanus II.

Page 11: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

Segera menyahut permintaan itu. Paus Urbanus II bersedia membantu Byzantium kerana adanya janji Kaisar Alexius untuk tunduk di bawah kekuasaan Paus di Rom, serta dengan harapan dapat mempersatukan gereja Yunani dan Rom

Kemudian berangkat ke Perancis dan mengadakan suatu mesyuarat di Clermont pada 26 November 1095. Di sana, Paus memerintahkan pengikut Kristian supaya mengangkat senjata melawan tentera Islam. Tujuannya supaya dapat meluaskan pengaruhnya sehingga semua gereja di Rom bernaung di bawahnya (Nurhakim, 2008: 130).

Page 12: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

Beliau juga menyeru supaya kesatria-kesatria untuk berhenti berbalah dan bersatu padu untuk bersama-sama memerangi musuh (Islam) yang dianggap sebagai raksasa jahat tidak bertuhan (Armstrong, 2012: 21).

Di antara kata-kata dalam ucapan pidato beliau ialah: “ Let the truce of God be observed at Home, and let the arms of the Christians be directed to conquering the infidels”.

Page 13: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

Urbanus telah menetapkan 15 Ogos 1096 sebagai tarikh untuk memulakan gerakan tentera Salib ini. Konstantinople pula ditetapkan sebagai tempat pertemuan segala angkatan tentera Eropah yang akan menuju ke Timur.

Konstantinople merupakan pusat (ibu kota) kerajaan Byzantin dan merupakan kubu kuat bagi menghalang kemasukan Islam ke Benua Eropah dari bahagian Timur.

Page 14: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

Kemaraan Bani Saljuk dilihat akan meruntuhkan benteng atau kubu pertahanan Kristian. Jika tidak dibendung, Konstantinople akan berjaya dikuasai oleh Islam dan pintu akan terbuka seluas-luasnya, yang akan memberi peluang kepada Islam untuk memasuki dan meluaskan kekuasaannya di Benua Eropah (Al-Matwiy, 1998: 24-25).

Atas dasar inilah, penduduk Kristian telah terdorong untuk menyahut seruan Emperor Byzantin, Alexius Comninus untuk menyelamatkan pusat pertahanan Kristian yang pertama dan yang paling lama bertahan dalam menghadapi kemaraan pasukan-pasukan Islam.

Page 15: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

Pada abad ke-11 juga telah menyaksikan pergolakan politik di Eropah di mana berlakunya persengketaan sesama negara kota terutamanya di kalangan pembesar-pembesar feudal dan kehidupan masyarakat yang tertekan pada zaman feudal menyebabkan golongan atasan dan rakyat mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan untuk memulihkan keadaan

Undang-undang masyarakat fuedal mengenai warisan menyebabkan sebahagian generasi muda menjadi miskin kerana hak perwarisan hanya dimiliki oleh anak sulung

Page 16: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

Dengan mengembara ke Timur, melalui perang Salib, anak-anak muda ini berharap akan memiliki tanah dan memperoleh kekayaan

Jika diamati secara kasar, masalah ini lebih kepada faktor ekonomi. Tetapi, menurut Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy dalam bukunya yang berjudul Muslihat Bangsa Eropah Untuk Menghancurkan Islam ,Perang Salib di Alam Islami, beliau berpendapat bahawa golongan bangsawan dan tuan tanah (feudalis) melihat Perang Salib ini sebagai peluang kepada mereka untuk mendirikan kerajaan-kerajaan dan wilayah-wilayah kekuasaan di Timur

Page 17: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

Setelah negeri Syam dikuasai oleh Bani Saljuk pada tahun 463 H bersamaan 1070 M, bahagian-bahagian di negeri ini telah menjadi rebutan di antara pihak Kerajaan Fatimiyah dan Kerajaan Bani Saljuk.

Selain dari penguasaan pihak Bani Saljuk di bahagian utara dan pihak Fatimiyah di bahagian timur, negeri Syria ketika itu terbahagi kepada beberapa jajahan. Kemudiannya setiap tanah jajahan mempunyai ketua-ketuanya yang berbangsa Arab, masing-masing berkuasa dalam jajahan masing-masing Hal ini menyebabkan umat Islam tidak mempunyai semangat perpaduan.

Page 18: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

Ramai di kalangan ahli sejarah yang terdahulu mahupun yang terkini, menyebutkan bahawa di antara faktor yang menyumbangkan kepada terjadinya Perang Salib ialah surat menyurat yang dilakukan oleh Kerajaan Fatimiyah dengan bangsa-bangsa Eropah yang memberi galakan kepada Eropah untuk menyerang Bani Saljuk

Perlakuan ini didorong oleh faktor kekalahan Fatimiyah dalam menghadapi konflik dengan Bani Saljuk, di mana Bani Saljuk berjaya menakluki negeri Syam dari kekuasaan Kerajaan Fatimiyah. Ditambah pula dengan faktor perbezaan pegangan mazhab

Page 19: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

Kerajaan Fatimiyah sangat mengharapkan pihak Eropah untuk menewaskan Bani Saljuk bagi membolehkan Fatimiyah merebut wilayah-wilayah yang pernah dikuasai oleh mereka yang telah dirampas oleh Bani Saljuk dalam masa yang singkat.

Terdapat juga sumber-sumber yang mengatakan bahawa sememangnya wujud perjanjian sulit di antara khalifah Kerajaan Fatimiyah dengan Emperor Byzantin dalam menghadapi kekuasaan Bani Saljuk.

Page 20: Faktor politik dalam perang salib (Political Factors in The Crusades)

Ahli sejarah berselisih pendapat dalam menentukan faktor-faktor yang mencetuskan peperangan ini.

Mengikut ahli sejarah barat, ekonomi, sosial dan politik adalah faktor utama sementara faktor agama adalah faktor sampingan.

Ahli sejarah Islam dan umat Islam yang hidup di zaman tersebut pula menganggap bahawa faktor agama adalah faktor utama manakala faktor lain hanyalah sampingan.