jiwa dan minda bersatu ke arah pembestarian sekolah

63
JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH Kementerian Pelajaran Malaysia | 2 EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010 Hak Cipta Terpelihara © Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan apa-apa alat jua pun, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perundingan tertakluk kepada pengiraan royalti dan honorarium. ISBN: 978-983-3244-88-1 Penerbit: Sektor Pembestarian Sekolah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Pesiaran Bukit Kiara 50604 Kuala Lumpur Malaysia Tel: +603-20987788/7870 Faks: +60320923763 +60320987981

Upload: fadzliaton-zainudin

Post on 19-May-2015

3.701 views

Category:

Education


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 2

EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010

Hak Cipta Terpelihara © Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada

kepentingan komersial. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan

semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk

atau dengan apa-apa alat jua pun, sama ada dengan cara elektronik, mekanik,

gambar, rakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada

Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perundingan

tertakluk kepada pengiraan royalti dan honorarium.

ISBN: 978-983-3244-88-1

Penerbit:

Sektor Pembestarian Sekolah

Bahagian Teknologi Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Pesiaran Bukit Kiara

50604 Kuala Lumpur

Malaysia

Tel: +603-20987788/7870

Faks: +60320923763

+60320987981

Page 2: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | iii

ISI KANDUNGAN

Prakata iv

Kata Alu-Aluan: Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia vi

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia vii

Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan viii

Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

“Pentadbir Bestari, Guru Bestari, Murid Bestari, Sekolah Bestari” 1

Bab 1: Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah 2

Konsep Sekolah Bestari

Komponen Sekolah Bestari

Ciri- Ciri Sekolah Bestari

Pembestarian Sekolah

Tahap Bestari Sekolah

Bab 2: Sokongan Pedagogi dan Teknologi 10

Infrastruktur ICT

Sokongan Teknikal

Bab 3: Dasar Pelaksanaan Pembestarian 16

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar ICT dalam Pendidikan

Pelaksana Dasar: Sekolah dan KPM

Bab 4: Pengajaran dan Pembelajaran 21

Bahan Sumber Pendidikan

Amalan Terbaik: Pembelajaran Abad Ke-21

Amalan Terbaik: Pendidikan ICT di Republik Korea

Amalan Terbaik: Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)

Amalan Terbaik: Penggunaan Portal Pendidikan

Bab 5: Keberhasilan Pembestarian Sekolah 36

Bab 6: Pembestarian Sekolah: Pacu Ke Hadapan 43

Lampiran: Logo Sekolah Bestari ix

Lagu Sekolah Bestari:

“Mendidik Jiwa dan Minda” & “Educating Hearts and Mind” x

Rujukan xi

Pasukan Petugas Penerbitan“Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian

Sekolah” xiii

Page 3: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | iv

PRAKATA

Malaysia, seperti negara yang lain turut mengalami globalisasi hasil daripada

perkembangan pesat teknologi sedunia menyedari keperluan transformasi sistem

pendidikan bagi menjamin kualiti serta keberhasilan modal insan yang

berpengetahuan dan berdaya saing agar setanding pada peringkat global.

Pembestarian Sekolah merupakan satu agenda nasional dan mekanisme bagi

merealisasi transformasi ini adalah melalui:

Pembelajaran sepanjang hayat

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk meningkatkan

kualiti pengurusan, penyampaian pengajaran dan pembelajaran (P&P)

serta mengayakan hasil pembelajaran murid

Penghasilan modal insan yang berpengetahuan, kompeten, kreatif dan

inovatif

Pembentukan jati diri insan abad ke-21

Penerbitan “Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah” ialah satu

langkah pragmatik Kementerian Pelajaran Malaysia membantu sekolah

memantapkan proses pembestarian di sekolah. Dengan itu, buku ini mengupas

tajuk-tajuk berikut:

1. Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah memperincikan pengertian

konsep, ciri, fasa pelaksanaan dan tahap bestari sekolah.

2. Sokongan Pedagogi dan Teknologi menghuraikan infrastruktur ICT dan

perkhidmatan sokongan ICT dalam pengurusan dan P&P.

3. Dasar Pelaksanaan Pembestarian menyatakan Dasar Pendidikan

Kebangsaan, Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam

Pendidikan serta peranan dan tanggungjawab Kementerian Pelajaran

Malaysia.

4. Pengajaran dan Pembelajaran menghuraikan contoh amalan P&P terbaik

secara reflektif, holistik, kreatif dan inovatif.

5. Keberhasilan Pembestarian Sekolah menyatakan kualiti yang perlu oleh

pentadbir, guru, staf sokongan, ibu bapa dan komuniti.

Page 4: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | v

6. Pembestarian Sekolah: Pacu ke Hadapan menggambarkan hala tuju ke arah

konsolidasi dan kelestarian pembestarian.

Buku Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah diharap dapat

merangsang dan meningkat keupayaan sekolah untuk melonjak kecemerlangan

sekolah ke persada pendidikan bertaraf dunia melalui proses pembestarian, dan

seterusnya menggandakan pencapaian aspirasi pembangunan modal insan.

Bahagian Teknologi Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 5: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | vi

KATA ALU-ALUAN

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bismillahir rahmanir rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan

salam sejahtera.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT

kerana dengan limpah kurniaNya, Jiwa dan Minda

Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah dapat

dihasilkan sebagai panduan bagi menjayakan

pelaksanaan pembestarian sekolah. Ini adalah selaras

dengan hala tuju negara untuk mencapai

pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial melalui

pendidikan khususnya pengembangan sektor

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjelang

tahun 2020.

Pembestarian sekolah memerlukan perancangan strategik bersepadu yang

mengambil kira keperluan infrastruktur ICT, pembangunan sumber manusia dan

kelestarian demi pembangunan tenaga kerja berteraskan pengetahuan (k-

economy). Ini selaras dengan keperluan Pelan Transformasi Kerajaan terutamanya

Model Baru Ekonomi yang bertujuan melonjakkan ekonomi negara sebagai negara

maju menjelang tahun 2020.

KPM telah menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur ICT dan rangkaian di

sekolah untuk menjayakan program pembestarian sekolah. Penglibatan dan

kerjasama kelompok pakar melalui perkongsian pintar dengan sektor awam juga

merupakan satu aspek yang perlu dipertimbangkan oleh pihak sekolah supaya

teknologi semasa dapat dimanfaatkan dalam pembestarian sekolah. Harapan

saya, penggunaan optimum ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta

pengurusan oleh pelbagai pihak dapat merealisasikan hasrat negara untuk

menghasilkan individu yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran, dan

berkemampuan sebagai global player yang berteraskan sains dan teknologi

khususnya dalam bidang ICT.

Dalam konteks ini, usaha penerbitan buku ini, bagi memastikan jiwa dan minda

bersatu ke arah pembestarian sekolah, harus diberi penghargaan. Saya berharap

buku ini dapat dijadikan rujukan pembestarian sekolah oleh semua pihak dalam

usaha membangunkan potensi individu secara menyeluruh dan menjadi pemangkin

kepada kehidupan yang lestari.

Page 6: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | vii

KATA ALU-ALUAN

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan

salam sejahtera.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Bahagian

Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

kerana berjaya menerbitkan Jiwa dan Minda Bersatu Ke

Arah Pembestarian Sekolah.

Pembestarian sekolah merupakan strategi bersepadu

Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merealisasikan

sekolah sebagai institusi pembelajaran yang direka-

semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran-

pembelajaran dan pengurusan sekolah demi

membangunkan modal insan yang berpengetahuan

serta mampu mendepani cabaran kepesatan

kemajuan ICT. Ini selaras dengan tuntutan bidang

keberhasilan utama negara (NKRA) yang menekankan kepentingan pendidikan

untuk keberhasilan murid yang berkualiti dan akses pendidikan kepada semua

lapisan masyarakat.

Usaha berterusan ke arah pembestarian sekolah amat memerlukan penglibatan

semua pihak baik warga pendidik, ibu bapa dan komuniti pada amnya. Sekolah

sebagai penggerak pembestarian perlu seiringan mengorak langkah tangkas agar

anjakan paradigma dan penghayatan pembestarian sekolah di pelbagai peringkat

direalisasikan. Murid-murid era digital pula perlu dilengkapi dengan Kemahiran

Abad Ke-21 yang menuntut penguasaan kemahiran maklumat, kreatif dan inovatif

serta komunikasi berkesan untuk menangani kehidupan abad ke-21. Minda murid

perlu terus dicorak selaras dengan fitrah manusia yang sentiasa inginkan

keamanan, perpaduan dan kecemerlangan sejagat. Justeru, sinergi antara

pentadbir, guru dan murid serta sokongan ibu bapa serta komuniti berpotensi

memacu pencapaian pembestarian sekolah, sesuai dengan hasrat Jiwa dan Minda

Bersatu ke Arah Pembestarian Sekolah.

Saya menghargai inisiatif Bahagian Teknologi Pendidikan menerbitkan buku ini, dan

mengharapkan semua agensi pelaksana dan pihak yang terlibat mendapat

manfaat agar pembestarian sekolah menjadi satu lagi tonggak kegemilangan

dalam sistem pendidikan negara.

Page 7: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | viii

KATA ALU-ALUAN

PENGARAH

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Jiwa

dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

dapat diterbitkan. Penerbitan ini merupakan satu

langkah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk

membantu semua sekolah di Malaysia

membestarikan sekolah masing-masing melalui

pembestarian sekolah, di mana penekanan diberi

kepada peningkatan keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran (P&P) serta pengurusan sekolah

melalui penggunaan teknologi sebagai

pengupaya.

Penerbitan ini diharap dapat membantu sekolah

melengkapkan lagi amalan pengintegrasian

teknologi dalam P&P dan pengurusan demi menjana budaya penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Saya yakin, trend pembelajaran abad ke-21 yang diterjemahkan dalam pelbagai

strategi yang realistik dan futuristik dapat membantu pentadbir sekolah

meningkatkan keupayaan dan kemahiran untuk memacu sekolah ke arah

pencapaian optimum tahap bestari.

Pelbagai kaedah pengintegrasian ICT dalam P&P yang telah disarankan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), dan program perkongsian pintar dengan

agensi swasta perlu dipertimbang, disepadu, dan digunakan secara optimum oleh

pihak sekolah. Bersama gandingan pembangunan dan penggunaan bahan

sumber pendidikan yang bersesuaian, usaha pembestarian sekolah berdaya maju

akan menjadi satu kepastian.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih dan syabas atas usaha gigih

dan komitmen pasukan petugas penerbitan dan juga kepada pelbagai pihak yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan ini. Harapan saya,

agar buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua warga pendidik dan

juga masyarakat umum amnya, sesuai dengan ungkapan, SEKOLAH BESTARI

MALAYSIA: “MENDIDIK JIWA DAN MINDA”.

Page 8: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 1

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH:

“PENTADBIR BESTARI, GURU BESTARI, MURID BESTARI, SEKOLAH BESTARI”

ekolah Bestari merupakan inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) untuk mengupaya sekolah dalam pengurusan dan

pentadbiran (PP) serta pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui

penggunaan teknologi bagi merealisasi perkembangan murid yang holistik,

yakni kreatif, inovatif, berkebolehan berfikir secara kritis dan menyelesaikan

masalah, kompeten serta cekal menghadapi cabaran alam persekolahan

dan kehidupan abad ke-21. “Pentadbir Bestari, Guru Bestari, Murid Bestari,

Sekolah Bestari” akan menjadi realiti apabila warga pendidik, murid, ibu

bapa dan komuniti bersatu jiwa dan minda ke arah pembestarian sekolah.

S

Page 9: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 2

BAB 1: SEKOLAH BESTARI DAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

Sekolah Bestari merupakan salah satu Aplikasi Perdana

Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor

Malaysia (MSC Malaysia) untuk mengupaya penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah. MSC

Malaysia Smart School Flagship Application yang

dilancarkan oleh Y.A.B. Datuk Seri Dr. Mahathir bin

Mohamad pada Julai 1997 merangkumi dua (2) fasa

pelaksanaan: fasa projek rintis dan fasa peluasan.

Dengan itu, Projek Rintis Sekolah Bestari telah dilaksanakan

dari 1999 sehingga Disember 2002. Berdasarkan kejayaan

projek ini, KPM telah mengusahakan pemantapan

infrastruktur dan aplikasi teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) untuk peluasan sekolah bestari, dan

seterusnya pembestarian sekolah. Empat (4) fasa

pelaksanaan Sekolah Bestari adalah seperti tertera.

Rajah 1.1: Fasa Pelaksanaan Sekolah Bestari

Fasa 1

(1999- 2002)

Projek Rintis Sekolah Bestari (88

Sekolah Bestari)

Fasa 2

(2003 - 2005)

Pemantapan 88 Sekolah Bestari

sebagai Penanda Aras

Fasa 3

(2006 -2010)

Pembestarian Sekolah

Fasa 4

(2011- 2020)

Konsolidasi dan Kelestarian

Page 10: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 3

Konsep Sekolah Bestari

Berlandaskan konsep kreativiti dan pemikiran kritikal dalam

pengajaran dan pembelajaran (P&P), Sekolah Bestari

ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara

sistemik dari segi amalan P&P dan pengurusan sekolah

untuk menghadapi cabaran zaman maklumat. Objektif

Sekolah Bestari berdasarkan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan adalah untuk:

Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan

celik teknologi

Mendemokrasikan pendidikan

Meningkatkan penyertaan pihak berkepentingan

Membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani

murid

Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan

keupayaan individu

Perubahan sistemik sekolah ke arah

pembestarian sekolah ini selain menumpu

kepada penambahbaikan berterusan

pelaksanaan dasar, pengurusan dan

pentadbiran, serta P&P yang berpaksikan

pembelajaran inkuiri dan kolaboratif,

penilaian autentik berpusat murid juga

tidak kurang pentingnya.

Page 11: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 4

Komponen Sekolah Bestari

Pengajaran dan Pembelajaran

P&P Sekolah Bestari, “jantung”

atau “nadi” sekolah adalah

berkaitan dengan kurikulum,

pedagogi, bahan P&P dan

pentaksiran untuk membantu

murid belajar dengan cekap dan

berkesan.

Pengurusan dan Pentadbiran

Pengurusan dan pentadbiran

sekolah berbantukan teknologi

sebagai “pemandu” atau “pemacu pengoperasian”

Sekolah Bestari memastikan pengurusan yang cekap dan

berkesan di sekolah.

Modal Insan, Kemahiran dan Tanggungjawab

Modal insan yakni guru, pentadbir dan staf sokongan, ibu

bapa, komuniti serta agensi swasta memainkan peranan

secara aktif untuk membangun profesionalisme dan

pengetahuan warga sekolah demi peningkatan prestasi

sekolah.

Proses

Sekolah Bestari dibekalkan dengan pelbagai sumber

(input) untuk menjana keberhasilan (outcomes) yang

dikehendaki.

Rajah 1.2: Komponen Sekolah Bestari

Page 12: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 5

Teknologi

Teknologi digunakan sebagai pengupaya dalam P&P,

pengurusan dan pentadbiran serta komunikasi dengan

pihak luar.

Dasar

Dasar diwujudkan untuk keperluan Sekolah Bestari dan

Pembestarian Sekolah.

Ciri-ciri Sekolah Bestari

Guru berperanan sebagai pemudah cara atau

fasilitator

Murid belajar secara akses kendiri, terarah kendiri,

dan kadar kendiri menjurus kepada pembelajaran

sepanjang hayat

P&P menarik, berkesan dan berpusatkan murid

Sekolah membudayakan penggunaan ICT dalam

pengurusan dan P&P

Sekolah mewujudkan rangkaian atau perkongsian

pintar dengan pelbagai pihak

Page 13: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 6

Pembestarian Sekolah

Pembestarian Sekolah ialah

proses mempeluaskan konsep

Sekolah Bestari ke semua

sekolah dengan mengambil

kira manfaat (leveraging)

semua inisiatif ICT yang

sedang dilaksanakan oleh

KPM. Proses ini dijalankan

secara berterusan untuk

meningkatkan keberkesanan

pengurusan sekolah serta P&P

secara interaktif berasaskan

ICT.

Matlamat Pembestarian Sekolah adalah untuk:

Meningkatkan kadar pembelajaran berpusatkan

murid

Membangunkan modal insan yang berkemahiran

ICT untuk keperluan masa hadapan

Menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan

Untuk mencapai matlamat Pembestarian Sekolah, Pelan

Strategik Pembestarian 2011- 2015 disediakan oleh

Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM selaku peneraju

teknologi pendidikan untuk pendidikan bestari. Lima (5)

bidang utama yang menjadi tumpuan pelan ini seperti

Rajah 1.4.

Rajah1.3: Manfaat Inisiatif ICT dalam

Pembestarian Sekolah

Inisiatif ICT KPM

Page 14: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 7

Tahap Bestari Sekolah

Smart School Qualification Standards (SSQS) merupakan

indikator KPM untuk mengukur tahap bestari sekolah.

Setiap sekolah bertanggungjawab menilai secara kendiri

tahap bestari sekolah masing-masing mengikut jadual

ketetapan KPM. SSQS secara dalam talian boleh dicapai

melalui http://ssqs.moe.edu.my.

Rajah 1.5: Laman

Web Smart School

Qualification

Standards (SSQS)

Rajah 1.4: Bidang Utama Pelan Strategik Pembestarian 2011- 2015

Page 15: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 8

Empat (4) bidang utama SSQS ialah modal insan

(pembangunan kompetensi ICT pentadbir, guru dan

murid), penggunaan ICT (integrasi ICT dalam pengurusan

serta P&P), aplikasi (sistem yang digunakan di sekolah)

dan infrastruktur (teknologi sedia ada di sekolah).

Bidang Pemberat Keterangan Contoh Indikator

Penggunaan 40% Tahap sekolah

mengintegrasikan

ICT dalam

pengurusan dan

pentadbiran serta

P&P

Jumlah waktu pengintegrasian

ICT oleh:

(i) Pentadbir dalam

pengurusan

(ii) Guru dan murid dalam P&P

Modal Insan 40% Tahap kompetensi

ICT pentadbir, guru

dan murid

Kekerapan penyebaran

maklumat ICT oleh pentadbir

dan guru penyelaras ICT

Bilangan kursus dalaman yang

dilaksanakan di sekolah

Bilangan program inovasi yang

dilaksanakan di sekolah

Aplikasi 10% Bilangan aplikasi

yang digunakan di

sekolah.

Bilangan sistem:

(i) Pengurusan sekolah

(ii) Pengurusan pembelajaran

Infrastruktur 10% Infrastruktur ICT di

sekolah

Nisbah komputer dengan murid

Nisbah komputer dengan guru

Rangkaian LAN dan WAN di

sekolah

Bilangan lokasi capaian

internet

Peralatan ICT yang berfungsi

Jadual 1.1: Contoh Indikator Smart School Qualification Standard (SSQS)

Page 16: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 9

Pencapaian Tahap Bestari

Tahap bestari SSQS dikategorikan dalam lingkungan satu (1)

hingga lima (5) bintang. Sekolah yang mencapai satu (1) dan

dua (2) bintang ternyata belum mencapai tahap bestari

yang diunjurkan. Sekolah yang mencapai tahap 3 bintang ke

atas dikategorikan sebagai sekolah yang mencapai tahap

bestari.

Dokumen Smart School Qualification Standards (SSQS)

Rajah 1.6: Tahap Bestari Sekolah

Page 17: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 10

BAB 2: SOKONGAN PEDAGOGI & TEKNOLOGI

Persekitaran Sekolah Bestari yang tersedia dari segi

infrastruktur ICT dengan sokongan pedagogi dan

teknologi berupaya meningkatkan keberkesanan P&P dan

produktiviti pengurusan sekolah. KPM peka dengan

keperluan ini, justeru telah memastikan kemudahan dan

perkhidmatan sokongan pedagogi dan teknologi yang

merangkumi infrastruktur ICT dan sokongan teknikal

disalurkan ke sekolah dengan efisien dan efektif.

Komponen sokongan teknikal dan infrastruktur ICT adalah

seperti rajah 2.1.

Rajah 2.1: Komponen Sokongan Pedagogi dan Teknologi

Page 18: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 11

Infrastruktur ICT

Rangkaian Komputer

Rangkaian Internet

Satu sistem rangkaian luas (Wide Area Network) telah

disediakan oleh KPM untuk memudahkan capaian

internet di sekolah dan institusi pendidikan. Rangkaian

internet ini membolehkan suasana pembelajaran interaktif

dan pengurusan secara dalam talian merentas sempadan

dan masa. Contohnya, kemudahan berkomunikasi melalui

social network seperti emel, blog, Twitter dan Facebook

serta perkongsian maklumat pembelajaran dengan rakan

dari dalam dan luar negara. Jurang digital antara sekolah

bandar dan luar bandar juga dapat dirapatkan dengan

adanya kemudahan ini.

Rangkaian Dalaman Setempat Sekolah

KPM juga menyediakan rangkaian dalaman setempat

(Local Area Network) bagi memudahkan pengurusan,

perkongsian dan keselamatan data di sekolah. Satu

contoh ialah perkongsian bahan sumber P&P oleh guru

dan hasil pembelajaran murid.

Peralatan ICT

Makmal Komputer

Makmal komputer Projek Makmal Pengkomputeran dibina

berdasarkan pendekatan tiga model makmal untuk

menggalak guna ICT dalam P&P.

Page 19: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 12

Model Bilangan Murid

Berdaftar

Bilangan PC

dibekalkan

Bilangan

Makmal

1 Kurang daripada

400

10 PC untuk murid

1 PC untuk guru

1

2 400 – 799

20 PC untuk murid

1 PC untuk guru

1

3 800 dan ke atas 40 PC untuk murid

1 PC untuk guru

2

Pusat Akses Sekolah

Pusat Akses Sekolah merupakan ruang pembelajaran

berkonsep ala cyber-café bagi pembelajaran berlaku

pada bila-bila masa. Pembekalan peralatan ICT oleh KPM

membolehkan:

i. pembelajaran dibuat semasa dan di luar waktu

persekolahan

ii. pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan

akses kendiri

iii. peningkatan masa penggunaan komputer oleh

murid

Peralatan seperti pelayan (server), komputer, komputer

riba, projektor LCD, pencetak, pengimbas, kamera digital,

interactive whiteboard, TV, TV LCD dan DVD player juga

dibekalkan oleh KPM untuk projek ICT lain.

Perisian dan Aplikasi Sistem Pendidikan

KPM telah membangunkan beberapa aplikasi pendidikan

P&P dan pengurusan atas talian yang boleh dicapai

melalui rangkaian internet untuk menyokong penggunaan

ICT dalam P&P serta pengurusan.

Jadual 2.1:

Pendekatan

Model Makmal

Pengkomputeran

Page 20: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 13

APLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BIL. APLIKASI SKOP PENGGUNA MEDIUM

CAPAIAN

1. EduwebTV Aplikasi P&P dengan kaedah „video

streaming‟ melalui internet

Guru dan

murid

Rangkaian

Internet

2. LMS Aplikasi Pengurusan Pembelajaran

dengan kerjasama MAMPU

Guru Rangkaian

Internet

3. MyGfL Aplikasi pengurusan pembelajaran

dalam talian

Guru dan

murid

Rangkaian

Internet

APLIKASI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

BIL. APLIKASI SKOP PENGGUNA MEDIUM

CAPAIAN

1. E-GTUKAR Pengurusan permohonan

pertukaran guru antara

bahagian/Negeri, antara

daerah dan dalam daerah

Guru Rangkaian

Internet

2. E-DISIPLIN Sistem kawalan disiplin murid JPN, PPD dan

Guru

Rangkaian

Internet

3. ADU DISIPLIN Pengurusan aduan disiplin Guru Rangkaian

Internet

4. E-PERLU Pengurusan pengumpulan data

operasi keperluan sekolah

Guru Rangkaian

Internet

5. Sistem

Pengurusan

Peperiksaan

Atas Talian

Pendaftaran calon SPM dan

kemasukan markah berasaskan

sekolah (kerja kursus, lisan dan

markah percubaan)

Guru

(Setiausaha

peperiksaan)

Rangkaian

Internet

6. SSQS Penarafan sekolah mengikut

tahap pembestarian.

Guru Rangkaian

Internet

7. SPS Pengurusan maklumat guru,

murid dan sekolah.

Guru Rangkaian

Internet

8. STS Pengurusan masalah ICT di

sekolah

Guru Rangkaian

Internet

9. SPPICTS Pengurusan penggunaan ICT di

sekolah

Guru Rangkaian

Internet

10. IQ-PSS Penarafan pusat sumber

sekolah

Guru Rangkaian

Internet

Jadual 2.3: Perisian dan Aplikasi Pengurusan dan Pentadbiran

Jadual 2.2: Perisian dan Aplikasi P&P

Page 21: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 14

Sokongan Teknikal

Perkhidmatan sokongan teknikal disediakan untuk

membantu sekolah menangani permasalahan dan isu

penggunaan ICT secara terus, dalam talian atau melalui

pusat panggilan.

Sistem Pengurusan Aduan Masalah ICT

Sistem Pengurusan Aduan Masalah ICT digunakan oleh

KPM untuk mengumpul dan merekod isu dan masalah ICT

di sekolah. Maklumat terkumpul dijadikan asas kepada

keperluan penyenggaraan ICT sekolah. Perkhidmatan

sokongan teknikal dibahagikan kepada tiga (3) aras dan

dilaksanakan agensi yang bertanggungjawab.

Jadual 2.4: Aras Perkhidmatan Sokongan ICT

Aras Perkhidmatan

Skop Perkhidmatan Agensi

PERKHIDMATAN ARAS 1 Kenal pasti punca masalah

Troubleshooting Asas (on-line)

Troubleshooting on-site

PKG

PERKHIDMATAN ARAS 2 Penyenggaraan/penggantian

peralatan

Troubleshooting on-site

Troubleshooting server

Penyelesaian masalah yang tidak

dapat diselesaikan Aras 1

BTPN

PERKHIDMATAN ARAS 3 Pembekalan/pemasangan

peralatan/perisian dari KPM

Penyelesaian masalah yang tidak

dapat diselesaikan Aras 1 dan 2

Pemantauan pencapaian prestasi

perkhidmatan setiap aras dan vendor

BTP

Page 22: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 15

Aras Perkhidmatan

Skop Perkhidmatan Agensi

PERKHIDMATAN ARAS 3 Pembekalan/pemasangan

peralatan/perisian untuk KPM

Perkhidmatan sokongan teknikal

peralatan dalam waranti

Pemantauan pencapaian

perkhidmatan setiap aras dan vendor

Vendor

Tiga (3) kategori permasalahan ICT yang dikenal pasti di

sekolah adalah berkaitan dengan peralatan, perisian dan

rangkaian. Perincian seperti berikut:

Peralatan: Komputer riba, komputer peribadi,

Central Processing Unit (CPU), Random Access

Memory (RAM), tetikus, papan kekunci dan

sebagainya

Perisian: Perisian aplikasi , perisian Operating System

(OS), perisian antivirus dan cara penggunaan serta

lain-lain yang berkaitan

Rangkaian: Talian internet, peralatan rangkaian

seperti hub, switch, modem dan lain-lain

Untuk tujuan penyelesaian, pihak sekolah

boleh melapor permasalahan melalui

talian telefon, 1800 884774 atau melayari

laman web, [email protected]

Page 23: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 16

BAB 3: DASAR PELAKSANAAN PEMBESTARIAN

Pembestarian Sekolah, satu strategi KPM untuk

merealisasikan visi sekolah sebagai tempat menjana

generasi terbilang, dilaksanakan berteraskan Dasar

Pendidikan Kebangsaan untuk mencapai matlamat

Wawasan 2020 iaitu Malaysia sebagai sebuah negara

maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) digubal untuk

memastikan kecemerlangan sistem pendidikan bagi

melahirkan generasi berilmu yang berupaya

menyumbang ke arah pembangunan negara.

Aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang

terkandung dalam DPK menyatakan ICT sebagai faktor

penting untuk membantu pencapaian pembangunan

pendidikan dan seharusnya diintegrasikan dalam P&P

serta pengurusan pendidikan. Pernyataan dasar ini

meliputi perkara berikut:

ICT untuk semua murid

ICT sebagai alat P&P, sebagai komponen mata

pelajaran dan sebagai mata pelajaran

ICT digunakan untuk meningkatkan produktiviti,

kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan

Page 24: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 17

Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam

Pendidikan

Dasar ICT dalam Pendidikan yang dilancarkan oleh

Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri Dato‟ Haji

Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada 12 Oktober 2010

menyarankan kerangka untuk menyusun transformasi

sistem pendidikan negara melalui penggunaan ICT di

sekolah, penglibatan dan kerjasama kelompok pakar,

perkongsian dengan sektor awam dan swasta serta

penglibatan komuniti.

Matlamat Dasar ICT dalam Pendidikan adalah untuk

melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk

berinovasi dan meneroka bidang-bidang baru bagi

menjana kekayaan negara.

Asas-asas Dasar ICT dalam Pendidikan melibatlkan

perkara berikut:

Pembangunan modal insan secara

berterusan selaras dengan

keperluan kemahiran abad ke-21,

Penggunaan teknologi yang

bersesuaian untuk mengintegrasikan

inisiatif ICT sedia ada dalam

pendidikan, dan

Transformasi proses P&P dan

pengurusan pendidikan di sekolah

melalui penggunaan teknologi

sebagai pengupaya.

Page 25: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 18

Pelaksana Dasar: Sekolah

dan KPM

Pelaksana dasar KPM di semua

peringkat bahagian, negeri,

daerah dan sekolah

bertanggungjawab memastikan pegawai,

pentadbir dan guru berpengetahuan dan

kompeten dalam menjayakan inisiatif

pembestarian sekolah. Program kesedaran

untuk golongan ibu bapa dan komuniti juga

perlu diadakan supaya mereka turut

menyumbang ke arah ini. Tiga (3) bidang

tanggungjawab KPM merangkumi:

Pembangunan Modal Insan

Warga pendidik dan murid perlu

diberi pengetahuan dan

kemahiran yang selaras dengan

keperluan sekolah abad ke-21

bagi menyokong program pembestarian

sekolah melalui penggunaan teknologi secara

kreatif dan inovatif.

Pembangunan Infrastruktur ICT

dan Aplikasi

Infrastruktur ICT dan aplikasi

yang mantap di sekolah

berupaya mewujudkan sistem

pengurusan berkesan dalam kalangan

Kata Singkatan

Bahagian KPM

BPG - Bahagian

Pendidikan Guru

IAB- Insititut

Aminddin Baki

BTP - Bahagian

Teknologi

Pendidikan

BPTV - Bahagian

Pendidikan Teknikal

dan Vokasional

BPKhas - Bahagian

Pendidikan Khas

BPSPSK - Bahagian

Pengurusan Sekolah

Berasrama Penuh

dan Sekolah

Kecemerlangan

BPSH - Bahagian

Pengurusan Sekolah

Harian

BPM - Bahagian

Pengurusan

Maklumat

JNJK - Jemaah Nazir

dan Jaminan Kualiti

LPM - Lembaga

Peperiksaan Malayia

BPPDP - Bahagian

Perancangan dan

Penyelidikan Dasar

Pendidikan

Page 26: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 19

pentadbir, serta meningkatkan kemahiran

guru menyampaikan ilmu dan murid

meneroka maklumat.

Sokongan Pedagogi dan

Teknikal

Sokongan pedagogi dan

teknikal dengan tersedianya

jaringan komunikasi yang

mantap dapat membantu pengurusan

pentadbir, P&P guru dan pembelajaran murid

secara berkesan.

Rajah 3.1: Bidang Tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Page 27: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 20

Seperti Rajah 3.1, semua Bahagian KPM terlibat sama ada

secara langsung ataupun tidak langsung dalam

Pembestarian Sekolah berdasarkan struktur Jawatankuasa

Pembestarian KPM dalam Rajah 3.2 di bawah. Kerjasama

daripada semua bahagian KPM dalam melaksanakan

peranan dan tanggungjawab masing-masing melalui

pengurusan yang cekap mampu menjadikan

pembestarian sekolah satu realiti.

Rajah 3.2:

Hierarki

Pelaporan

Jawatankuasa

Pembestarian:

Peringkat

Sekolah,

Daerah, Jabatan

Pelajaran

Negeri, KPM dan

Aplikasi Perdana

Kata Singkatan:

FCC- Flagship

Coordination

Committee

KSN- Ketua

Setiausaha Negara

KSU- Ketua

Setiausaha

JPN-Jabatan

Pelajaran Negeri

PPD- Pejabat

Pelajaran Daerah

Page 28: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 21

BAB 4: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Teknologi Pendidikan didefinisikan sebagai

aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik

ke arah pencapaian P&P berkesan.

Penggunaan teknologi secara teratur dan

sistematik dalam kalangan guru,

digabungkan dengan kepelbagaian strategi

pengajaran dapat meningkatkan potensi

pembelajaran murid. Untuk melahirkan insan

yang menyeluruh selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK), guru juga perlu

mengambil kira kepelbagaian gaya

pembelajaran murid yang visual, auditori atau

kinestetik serta kepelbagaian tahap

kecerdasan murid seperti terkandung dalam

Teori Pelbagai Kecerdasan oleh Howard

Gardner - logik, linguistik, muzik, kinestetik,

interpersonal, intrapersonal, ruang, dan

naturalistik.

Cabaran yang dihadapi oleh guru dan murid

abad ke-21 ialah pemerolehan dan aplikasi

pengetahuan secara kreatif dan inovatif

dalam kehidupan seharian dan persekitaran

teknologi. Justeru, topik teknologi pendidikan

dan aplikasinya dalam bentuk amalan terbaik

P&P dihuraikan dalam bab ini.

Rajah 4.1: Teori Pelbagai

Kecerdasan Howard Gardner

Page 29: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 22

Bahan Sumber Pendidikan

Bahan sumber pendidikan perlu diurus dengan baik,

efisien dan sistematik bagi memudahkan akses dan

penggunaan oleh guru dan murid. Pemilihan dan

penggunaan bahan sumber pendidikan yang

bersesuaian akan menghasilkan suasana P&P yang

menarik dan justeru mempertingkatkan hasil

pembelajaran murid. Bahan sumber pendidikan

dikategorikan dalam bentuk media bercetak,

eletronik dan media sosial kini mudah diperoleh di

semua sekolah.

Rajah 4.2: Bahan Sumber Pendidikan

People trained in

the application of

information

resources to their

work… They have

learned

techniques and

skills for utilizing

the wide range of

information tools

as well as primary

sources in

molding

information –

solutions to their

problems”

- Paul Zurkowski

National

Commission of

Libraries and

Information

Sciences 1974

Page 30: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 23

Guru boleh memudah cara aktiviti P&P dengan

mengguna pelbagai bahan sumber secara terancang

dan teratur. Tiga (3) peringkat perancangan penggunaan

bahan sumber pendidikan seperti dalam Rajah 4.3.

Rajah 4.3: Peringkat Perancangan Penggunaan Bahan Sumber

Pendidikan

Kepentingan penggunaan bahan sumber pendidikan

secara berkesan

Memenuhi keperluan kurikulum untuk mencapai

objektif dan peringkat perkembangan P&P

Penjimatan kos dan masa dengan penggunaan

teknologi yang sesuai

Bersesuaian dari segi topik dan objektif P&P,

latarbelakang dan strategi pembelajaran murid, saiz

kelas dan keadaan fizikal bilik darjah

Menarik minat serta mengayakan pengetahuan

dan pengalaman murid

Page 31: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 24

Amalan Terbaik: Pembelajaran Abad ke-21

Pembelajaran abad ke-21 memberi peluang

pembelajaran yang lebih meluas di mana murid bukan

sekadar belajar tentang isi kandungan dalam bilik darjah

tetapi berfokus kepada penjanaan ilmu pengetahuan

dan cara penyelesaian masalah secara inkuiri dalam

konteks pembelajaran semasa dalam keadaan dunia

sebenar. Kemahiran spesifik perlu dikuasai melalui P&P

berteraskan pengetahuan kandungan, kepakaran dan

literasi ICT dengan sokongan sistem inovatif. Bidang

pembelajaran abad ke-21 melibatkan:

1. Tema abad ke-21

2. Kemahiran Belajar dan Inovasi

3. Kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi

4. Kemahiran Hidup dan Kerjaya

1. Tema Abad ke-21

Tema abad ke-21 yang digabungjalin dalam

kandungan mata pelajaran yang perlu

dikuasai murid adalah seperti berikut:

a. Kesedaran Global

Murid abad ke-21 mempunyai sikap hormat

menghormati dan kefahaman antara

budaya. Kesedaran global ini membantu

murid menangani isu-isu global dengan lebih

berkesan.

Rajah 4.4: Tema Abad ke- 21

Page 32: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 25

b. Literasi Keusahawanan

Murid abad ke-21 mengetahui bagaimana membuat

pilihan ekonomik bersesuaian untuk peningkatan

produktiviti. Literasi ini membantu perkembangan kerjaya

murid.

c. Literasi Sivik

Murid abad ke-21 menyedari hak dan kewajipan sebagai

warganegara dan memahami implikasi keputusan pada

peringkat setempat, negara dan global.

d. Literasi Kesihatan

Murid abad ke-21 mempunyai pengetahuan untuk

mengamal gaya hidup sihat dan selamat.

e. Literasi Persekitaran

Murid abad ke-21 mempunyai pengetahuan dan

kesedaran tentang pengaruh masyarakat ke atas alam

sekitar serta berupaya membuat keputusan dan menjana

cara penyelesaian.

2. Kemahiran Belajar

dan Inovasi

Kemahiran belajar dan

inovasi bagi menjamin

kesejahteraan hidup dan

penentuan kerjaya murid

dalam era maklumat ialah:

Rajah 4.5:

Kemahiran

Belajar dan

Inovasi

Page 33: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 26

a. Kreatif dan Inovatif

Murid berupaya menggunakan pelbagai teknik menjana

idea serta menilai dan menambah baik idea secara

kreatif dan inovatif.

b. Berfikir secara kreatif dan penyelesaian masalah

Murid berupaya menggunakan kaedah penaakulan

bersesuaian dengan situasi bagi membuat keputusan

untuk menyelesai masalah.

c. Komunikasi dan kolaborasi sesuai untuk pelbagai

persekitaran

Murid berupaya berkomunikasi dengan efektif, secara

lisan dan bukan lisan dalam pelbagai konteks. Kolaborasi

dengan individu yang lain dalam kumpulan penting untuk

memupuk kesedaran tanggungjawab demi mencapai

matlamat bersama.

3. Kemahiran Maklumat, Media dan Teknologi

Pelbagai kemahiran literasi diperlukan warga dunia/global

citizens abad ke-21 dalam era ledakan teknologi dan

media.

a. Literasi Maklumat

Murid mempunyai kebolehan

untuk mengakses, menilai,

mengguna, dan mengurus

maklumat.

Rajah 4.6:

Kemahiran

Maklumat,

Media dan

Teknologi

Page 34: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 27

b. Literasi Media

Murid berkebolehan menganalisis tujuan dan

kesesuaian media serta isu-isu yang berkaitan

dengan mengakses, mengguna dan

membangunkan bahan media.

c. Literasi ICT

Murid berkebolehan mengaplikasi teknologi

dengan berkesan dalam pembelajaran dan

urusan kehidupan seharian.

4. Kemahiran Hidup dan Kerjaya

Individu dalam menempuh kehidupan abad

ke-21 perlu berkebolehan berdaya saing

dalam hidup dan kerjaya.

a. Kelenturan dan Kebolehsuaian

Murid fleksibel dan berupaya mengadaptasi

diri kepada perubahan persekitaran dan

urusan kehidupan seharian.

b. Berinisiatif dan Terarah Kendiri

Murid mempunyai jati diri dan mampu

mengurus masa, dan membuat perancangan

mengikut keperluan kendiri dan juga

organisasi.

c. Kemahiran Sosial dan Antara Budaya

Murid peka dan prihatin tentang budaya

yang berbeza serta hormat dan bersikap

toleransi dalam perhubungan sosial antara

budaya.

Page 35: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 28

d. Produktiviti dan Akauntabiliti

Murid mempunyai kadar produktiviti yang

tinggi dan berintegriti dalam melaksanakan

tugasan.

e. Kepimpinan dan Tanggungjawab

Murid mempamerkan ciri seorang pemimpin

yang mampu berfungsi sebagai seorang ahli

pasukan yang berwibawa dan mampu

menyumbang kepada kebaikan kendiri dan

pasukan.

Rajah 4.7: Bidang Pembelajaran Kemahiran Abad ke -21

“Imagination

is more

important

than

knowledge.

While

knowledge

defines all

we currently

know and

understand.

Imagination

points to all

we might yet

discover and

create”

- Albert

Einstein

Page 36: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 29

Amalan Terbaik: Pendidikan ICT di

Republik Korea

Amalan terbaik ICT in Education Program

di Korea ialah pembelajaran ubiquitous (u)

berpaksikan kemahiran abad ke-21.

Pendekatan pembelajaran ubiquitous

membolehkan murid belajar pada bila-

bila masa, dan dari pelbagai lokasi, baik di

rumah, sekolah atau di mana murid

berada. Infrastruktur ICT yang mantap di

negara ini telah mengupayakan

pendidikan ICT berganjak dari pendidikan

berbantukan komputer ke pembelajaran

jarak jauh secara dalam talian, dan kini,

pendidikan berasaskan internet.

Pendidikan ICT di Korea juga menekankan

pembangunan kandungan pembelajaran

oleh guru dan pembelajaran berpusatkan

murid. Penilaian rakan sebaya sesama

guru dan murid di samping penggunaan

alat penilaian alternatif diperhatikan.

Jadual 4.1: Amalan Terbaik Pendidikan ICT di Republik Korea

Pendekatan Pembelajaran Murid Pendekatan Pengajaran Guru

U-Discussion

U-Tutorial

U-Problem Solving

U-Study Guide

Simulasi

Main Peranan (Role Play)

Pemilihan Topik

Definisi Permasalah/Isu

Perancangan Aktiviti P&P

Perancangan Sokongan Pembelajaran

Murid

Penilaian

Pendekatan Penilaian Murid Pendekatan Penilaian Pengajaran Guru

Penilaian kendiri dan rakan sebaya

Contoh alat penilaian alternatif:

Persembahan, portfolio, temuduga,

jurnal (log pembelajaran) dan lain-lain

Penilaian kendiri dan rakan sekerja dalam

Pelan P&P

Penilaian aktivti P&P

Etika penggunaan maklumat

(information ethics)

Page 37: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 30

Amalan Terbaik: Pembelajaran

Berasaskan Projek (PBL)

Pembelajaran berasaskan projek atau

Project Based Learning (PBL) ialah satu model

pelaksanaan aktiviti berpusatkan murid

merentas kurikulum. Penggunaan

pendekatan PBL sejajar dengan kurikulum

kebangsaan iaitu pembelajaran pelbagai

budaya, reflektif, holistik, global dan

berbantu teknologi. Penguasaan kemahiran

abad ke-21 melalui penerokaan topik

pembelajaran dalam situasi kehidupan

sebenar menjadi fokus. Bidang kemahiran

pendekatan PBL seperti berikut:

Perancangan Kreatif dan inovatif

Berfikiran Kritis Membuat keputusan

Penaakulan Mempertimbangkan

kesesuaian sesuatu teknologi

Komunikasi Mengenal pasti teknologi

yang sesuai untuk tugasan

Kelebihan pendekatan PBL ialah berikut:

Wujud komunikasi positif dan

perhubungan kolaboratif dalam

kalangan murid

Menarik minat murid yang kurang

penumpuan dalam proses P&P

Murid mudah memahami topik dan

mengaplikasi pengetahuan

Murid berupaya menguasai kemahiran

menyelesaikan masalah dan

pengurusan kendiri

Menggalakkan akauntabiliti dan

penentuan matlamat pembelajaran

Page 38: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 31

Memenuhi keperluan murid yang

berbeza tahap dan gaya

pembelajaran

Enam (6) langkah pendekatan PBL

untuk amalan adalah seperti berikut:

Rajah 4.8: Aliran Pendekatan PBL

Page 39: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 32

Amalan Terbaik: Penggunaan Portal Pendidikan

Penggunaan portal pendidikan berupaya memupuk

kreativiti dan kemahiran berfikir serta membudayakan

penggunaan ICT dalam P&P. Perkongsian sumber

pendidikan secara online yang disarankan mampu

mempertingkatkan kualiti pembelajaran.

1. http://www.mygfl.gov.my

Portal Malaysian Grid For Learning (MyGfL), KPM

merupakan platform untuk muat naik dan askes

bahan sumber P&P.

2. http://www.eduwebtv.com

EduwebTV menyediakan lapan (8) saluran

maklumat pendidikan untuk P&P. Sehingga

November 2010, 3696

video boleh dimuat

turun dari saluran berita

akademik, panduan,

rencana, wawancara,

kurikulum, interaktif dan

siaran langsung.

3. http://www.spp.moe.edu.my

Portal Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP)

menawarkan e-Bahan berciri interaktif bagi

memenuhi keperluan tahap pembelajaran dan

gaya pembelajaran yang berbeza. e-Bahan yang

berasaskan kurikulum ini menggalakkan

pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri dan

terarah kendiri.

Page 40: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 33

4. http://www.thinkquest.org

Portal rakan kongsi KPM memberi

peluang murid berkolaborasi dengan

komuniti global dalam suasana yang

selamat dan terkawal.

5. http://www.intel.com/education/eleme

nts/

Portal rakan kongsi KPM ini menawarkan

kursus Intel Teach Elements untuk

pembangunan profesional guru dalam

pengintegrasian ICT dalam P&P.

6. http://www.petrosainslearning.com

Portal ini menggalakkan pembelajaran

kolaboratif melalui perkongsian hasil

kajian saintifik murid dengan komuniti

global.

7. http://myideas.my

Portal MyIdeas, usaha sama KPM

bersama Kementerian Sains, Teknologi

dan Inovasi (MOSTI) merupakan satu

platform untuk berbagai lapisan

masyarakat berkongsi idea. Hasil idea

yang bernas kemudian diterjemahkan

kepada amalan terbaik untuk

menambah baik secara keseluruhan

hidup masyarakat Malaysia.

Page 41: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 34

8. http://www.cybersafe.my

CyberSAFE iaitu Cyber Security

Awareness for Everyone, merupakan

inisiatif pihak swasta untuk mewujudkan

kesedaran dan mendidik masyarakat

tentang isu teknologi dan sosial agar

golongan pengguna internet berupaya

membuat pilihan bijak dalam mengurus

isu yang timbul semasa penggunaan.

9. http://bibliografi.moe.edu.my

Portal Pengurusan Sumber Pendidikan

merupakan katalog sumber pendidikan

berbentuk digital yang dapat

memudahkan murid dan guru

mengenal pasti, mencari dan

mengguna maklumat secara efisien

dan berkesan.

10. http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/

Portal ini mempunyai koleksi aktiviti

pembelajaran bagi pelbagai mata

pelajaran. Aktiviti P&P yang berciri

interaktif menggalak pembelajaran

kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri

dalam kalangan murid. Guru juga boleh

muat naik bahan P&P untuk

perkongsian secara atas talian.

Page 42: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 35

Secara keseluruhan untuk menyokong P&P berkesan, KPM

turut menyediakan kemudahan bagi menempatkan

pelbagai format bahan sumber pendidikan. Antaranya:

Pusat Sumber Sekolah (Bilik Perpustakaan, Bilik

Media, Bilik Bahan Bantu Mengajar)

Pusat Akses Sekolah

Makmal Komputer

Sekolah yang proaktif mewujudkan kemudahan dan

seperti Bilik Sumber Mata Pelajaran, Bilik/Ruang Akses

Kendiri, Laluan Ilmu dan Taman Ilmu akan menghasilkan

suasana pembelajaran lebih kondusif, menarik dan

bermakna kepada murid.

Pusat Sumber Sekolah

Makmal Komputer

Ruang Pembelajaran Ubiquitous

BIlik Media

Page 43: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 36

BAB 5: KEBERHASILAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

Sekolah, empunya dan penggerak Pembestarian

Sekolah memerlukan pentadbir, guru dan murid

serta pihak berkepentingan iaitu ibu bapa, komuniti

dan agensi luar untuk menyumbang kepakaran

secara kreatif dan inovatif dalam perancangan

program baru dan pemantapan program sedia.

Keberhasilan (outcomes) Pembestarian Sekolah

dalam kalangan Pentadbir, Guru, Guru Penyelaras

Bestari (GPB), Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

serta staf sokongan telah digariskan oleh KPM dalam

Standard Guru Malaysia, Standard Kompetensi

Kepengetuaan Sekolah Malaysia, Standard Kualiti

Pendidikan Malaysia (SKPM) dan Smart School

Qualification Standards (SSQS).

Keberhasilan modal insan sekolah bestari

berpaksikan kemahiran abad ke-21 mensasarkan

kemahiran belajar sepanjang hayat dalam

persekitaran P&P berasaskan ICT. Murid seharusnya

kreatif dan inovatif, berfikir secara kritis dan kritikal

untuk menyelesaikan masalah, berkomunikasi

secara berkesan, dan berfungsi dalam kumpulan.

Penglibatan komuniti pula diterjemahkan dalam

bentuk sokongan ibu bapa, komuniti setempat dan

agensi luar dalam aktiviti sekolah.

Page 44: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 37

Kualiti keberhasilan modal insan berlandaskan

standard-standard KPM merangkumi tiga (3) aspek

utama iaitu amalan nilai, pengetahuan dan

kemahiran, serta kemahiran profesional. Cadangan

kualiti ini diperjelaskan dalam Rajah 5.1 dan Jadual

5.1 hingga 5.5.

Dibaca dan

dirujuk

bersama

standard

KPM:

Standard

Kualiti

Pendidikan

Malaysia

(SKPM)

Standard

Guru

Malaysia

Smart School

Qualification

Standards

(SSQS)

The Smart

School

Conceptual

Blueprint

Surat

Pekeliling

Ikhtisas Bil.

3/2005-

Penyelarasa

n Waktu

Mengajar

bagi Guru

Penyelaras

Bestari Serta

Guru

Perpustakaa

n dan Media

Sekolah

Rajah 5.1: Cadangan Kualiti Keberhasilan Pembestarian Sekolah

BIDANG KEBERHASILAN PIHAK BERKEPENTINGAN

PEMBESTARIAN SEKOLAH

Page 45: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 38

Jadual 5.1: Cadangan Perincian Amalan Nilai (Profesion)

AMALAN NILAI (PROFESION)

Bil Perincian P G GPB

&

GPM

SS K

(PIBG)

1. Berpegang teguh dan mengamalkan prinsip

etika kerja perkhidmatan awam.

√ √ √ √

2. Komited terhadap tugas dan tanggungjawab. √ √ √ √ √

3. Bertanggungjawab terhadap keselamatan

infrastruktur, aplikasi dan data berkaitan ICT.

√ √ √ √

4. Berkomunikasi secara beretika menggunakan

pelbagai mod dan media dalam penyebaran

maklumat.

√ √ √ √ √

5. Berupaya berkongsi pengalaman penggunaan

ICT dalam pengurusan dan P&P.

√ √ √ √ √

6. Menyokong program perkongsian pintar dengan

pelbagai pihak dalam dan luar negara.

√ √ √ √ √

7. Memupuk dan mengamalkan semangat kerja

berpasukan.

√ √ √ √ √

8. Berwibawa sebagai agen perubahan bagi

membudayakan integrasi ICT dalam

pengurusan, P&P dan komunikasi.

√ √ √ √ √

[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);

Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]

Jadual 5.2: Cadangan Perincian Amalan Nilai (Sahsiah)

AMALAN NILAI (SAHSIAH)

Bil Perincian P

G, GPM

& GPB

S M K

1. Bersopan dan berakhlak mulia dalam setiap

urusan harian.

√ √ √ √ √

2. Beretika dan mematuhi peraturan sejagat

penggunaan ICT.

√ √ √ √ √

3. Berfikiran terbuka dan rasional terhadap

pandangan dan idea baru berkaitan ICT dalam

pendidikan.

√ √ √ √ √

Page 46: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 39

AMALAN NILAI (SAHSIAH)

Bil Perincian P

G, GPM

& GPB

S M K

4. Berfikiran kreatif dan kritis bagi menghasilkan

pandangan dan idea baru berkaitan ICT dalam

pendidikan.

√ √ √ √ √

5. Proaktif, sukarela dan berinovatif. √ √ √ √ √

6. Bermotivasi tinggi dalam usaha mencapai

kecemerlangan diri dan organisas.i

√ √ √ √ √

7. Menambah ilmu dan meningkatkan kompetensi

diri secara berterusan mengikut perkembangan

ICT terkini.

√ √ √ √ √

8. Berupaya menilai dan membuat refleksi kendiri. √ √ √ √ √

9. Bertanggungjawab terhadap pengajaran dan

pembelajaran.

√ √ √

[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);

Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]

Jadual 5.3: Cadangan Perincian Amalan Nilai (Sosial)

[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);

Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]

AMALAN NILAI (SOSIAL)

Bil. Perincian P G,GPM

& GPB

SS M K

1. Mesra, mudah didekati dan dibawa

berbincang.

√ √ √ √ √

2. Mengamalkan komunikasi interpersonal dan

intrapersonal yang berkesan.

√ √ √ √ √

3. Melibatkan diri secara aktif dalam program

sekolah.

√ √ √ √ √

4. Mewujudkan jalinan rangkaian yang kukuh

dalam kalangan staf.

√ √ √ √ √

5. Mewujudkan jalinan rangkaian yang kukuh

dengan komuniti.

√ √ √ √ √

6. Bersedia untuk bekerja secara kolaboratif. √ √ √ √ √

Page 47: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 40

Jadual 5.4: Cadangan Perincian Pengetahuan dan Kemahiran

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

Bil. Perincian P G, GPM

&GPB

SS M K (PIBG)

1. Berupaya menterjemah dan melaksanakan

dasar KPM.

√ √ √ √

2. Mempunyai kompetensi ICT untuk pelaksanaan

tugasan .

√ √ √ √ √

3. Mahir mencari dan memproses maklumat yang

relevan dari pelbagai sumber .

√ √ √ √ √

4. Mahir mengintegrasi kemahiran abad ke-21

dalam pengajaran dan pembelajaran.

√ √ √ √ √

5. Mahir mengintegrasi kemahiran abad ke-21

dalam pengurusan.

√ √ √

6. Berupaya membangun bahan multimedia. √ √ √ √ √

7. Mahir menyebar maklumat melalui internet. √ √ √ √ √

8. Mengaplikasikan ciri-ciri kepimpinan mengikut

kesesuaian tahap, peringkat dan situasi.

√ √ √ √ √

9. Mengamal prosedur pengurusan sumber

mengikut Arahan Perbendaharaan/surat

pekeliling/peraturan/prosedur:

Sumber kewangan √ √ √

Sumber P&P √ √ √

Sumber manusia/murid √ √ √ √

[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);

Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]

Jadual 5.5: Cadangan Perincian Kemahiran Profesional

KEMAHIRAN PROFESIONAL

Bil Perincian P G

GPM/

GPB

SS K

1. Memahami, menghayati dan melaksanakan

dasar pendidikan di peringkat sekolah.

√ √ √ √

2. Menggerakkan warga sekolah ke arah

mencapai visi dan misi pembestarian.

√ √ √ √ √

3. Berupaya membuat perancangan strategik,

taktikal dan operasi bagi program sekolah.

√ √ √ √

4. Memantau dan menilai pelaksanaan program

sekolah.

√ √ √

Page 48: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 41

KEMAHIRAN PROFESIONAL

Bil Perincian P G

GPM/

GPB

SS K

5. Membentuk budaya ilmu dan berfikir dalam

kalangan warga sekolah.

√ √ √

6. Membudayakan penggunaan ICT dalam

pendidikan dalam kalangan warga sekolah

dan komuniti.

√ √ √ √ √

7. Berupaya merangsang daya intelektual staf

dan murid.

√ √ √

8. Mewujudkan sistem dokumentasi yang

sistematik untuk memudahkan capaian

maklumat.

√ √ √ √

9. Menggerakkan sekolah ke arah pembentukan

“Learning Organization”.

√ √ √ √ √

10. Cekap membentuk pasukan. √ √ √ √ √

11. Membuat keputusan secara rasional dan

bermusyawarah.

√ √ √ √ √

12. Bertindak sebagai penggerak utama program

sekolah.

√ √ √

13. Memimpin sekolah ke arah penambahbaikan

berterusan.

√ √ √

14. Menyedia iklim sekolah yang kondusif bagi

pengajaran dan pembelajaran.

√ √ √ √

15. Menjamin keselamatan staf dan murid di

sekolah.

√ √ √ √

16. Menjamin keselamatan peralatan dan

infrastruktur ICT di sekolah.

√ √ √ √

17. Menjalankan latihan bagi staf mengikut

keperluan individu dan organisasi.

√ √ √ √

[Petunjuk: Pentadbir (P); Guru (G); Guru Penyelaras Bestari (GPB);

Guru Perpustakaan & Media (GPM); Staf Sokongan (SS); Komuniti (K); & Murid (M)]

Laman web yang wajar dirujuk bersama bidang keberhasilan modal insan

pembestarian sekolah adalah seperti berikut:

ISTE National Educational Technology Standards (NETS): www.iste.org;

http://cnets.iste.org

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) - Jemaah Nazir dan

Jaminan Kualit, KPM: www.jnjk.gov.my

Page 49: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 42

Standard Guru Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru, KPM:

www.ipik.edu.my/sgmdoc/index.html

Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia, Institut

Aminuddin Baki, KPM: www.iab.edu.my

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 - Penyelarasan Waktu Mengajar

bagi Guru Penyelaras Bestari Serta Guru Perpustakaan dan Media

Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah: www.moe.edu.my

Smart School Qualification Standards: www.moe.edu.my

The Smart School Conceptual Blueprint: www.moe.edu.my

Page 50: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 43

BAB 6: PEMBESTARIAN SEKOLAH: PACU KE HADAPAN

Mulai tahun 2011, Sekolah Bestari berganjak ke fasa

implementasi Gelombang ke-4 Pembestarian Sekolah iaitu

consolidate and stabilise (konsolidasi dan kelestarian).

Unsur-unsur Sekolah Bestari telah tersedia di sekolah

semasa Gelombang ke-3, iaitu Pembestarian Semua

Sekolah yang memanfaatkan inisiatif ICT KPM. Semua

sekolah juga telah ditarafkan untuk penentuan tahap

bestari pada tahun 2010 seperti Rajah 6.1. Pelbagai

strategi yang telah dilaksanakan ini menjurus kepada

pencapaian matlamat Sekolah Bestari demi Wawasan

2020.

Tahap Bestari Sekolah Bil Sekolah Peratus (%)

5 Bintang 271 3.0

4 Bintang 3440 38.4

3 Bintang 4436 49.5

Jumlah 8147 91.0

Rajah 6.1: Sekolah Yang Mencapai Tahap Bestari Tahun 2010

Page 51: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 44

Konsolidasi Dan Kelestarian Sekolah Bestari

Mengikut Y.A.B. Tan Sri Dato‟ Haji Muhyiddin bin Haji

Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri dalam

pelancaran Dasar Pendidikan ICT, Bidang

Keberhasilan Utama Negara atau National Key

Results Area (NKRA) bagi pendidikan menekankan

keberhasilan murid yang berkualiti dan keperluan

akses pendidikan yang berkualiti kepada semua.

Faktor kejayaan kritikal Pembestarian Sekolah

selaras dengan beberapa program KPM sedia ada

yang menyumbang kepada pencapaian agenda

ini seperti di Jadual 6.1.

Pembestarian Sekolah dan Pendidikan Sebagai

Faktor Kejayaan Kritikal

Jadual 6.1: Faktor Kejayaan Kritikal Pembestarian Sekolah

Perkara Matlamat Faktor Kejayaan Kritikal

NKRA Sekolah

Berprestasi

Tinggi (SBT)

Pembestarian menyumbang kepada

pemantapan dan pencapaian 100

SBT yang disasarkan.

15 buah sekolah yang disenaraikan

sebagai SBT adalah Sekolah Bestari

yang mencapai 5 Bintang. Menjelang

tahun 2015 100 SBT mencapai 5

Bintang

Jurang

Digital

Merapatkan

Jurang Digital

Kesemua 10,000 buah sekolah

mencapai tahap sekolah bestari

Wawasan

2020

Meningkatkan

penyampaian

sistem

pendidikan

negara

melalui e-Gov

Melahirkan modal Insan yang

berpengetahuan untuk memacu

transformasi negara ke arah

pembangunan k-ekonomi

(knowledge-economy)

- Y.A.B. Tan Sri Dato‟

Haji Muhyiddin Bin

Haji Mohd Yassin.

Timbalan Perdana

Menteri Malaysia

Page 52: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 45

Strategi Pelaksanaan

Untuk memacu pembestarian sekolah supaya

berdaya maju, KPM memberi tumpuan

kepada aspek berikut:

Peningkatan infrastruktur ICT yang sesuai

untuk kegunaan semua sekolah,

Mewujudkan persekitaran pembelajaran

yang membolehkan murid belajar di

mana-mana dan pada bila-bila masa

melalui penggunaan media komunikasi

yang berbagai,

Menggalakkan sekolah mengintegrasi

teknologi dalam pendidikan melalui

program perkongsian pintar bersama

industri, akademia, badan-badan

kerajaan dan bukan kerajaan,

Memastikan teknologi dan pedagogi

yang terkini disampaikan kepada

pengguna, dan

Menyediakan khidmat nasihat

kepakaran dan kemahiran kepada

warga pendidikan setempat melalui

Pusat Bimbingan Profesional Teknologi

Pendidikan

Perkongsian pengalaman dan

amalan terbaik oleh Pengetua

dan Guru Besar dengan sekolah

kelompok: Zon Sarawak

Program Pemantapan

Pemangkin Dalam Kelompok-

Zon Selatan (Melaka, Negeri

Sembilan dan Johor)

Page 53: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 46

Strategi Pelaksanaan: Sekolah Pemangkin dalam

Kelompok

Satu strategi KPM untuk membantu sekolah mencapai

sasaran Pembestarian Sekolah ialah program “Sekolah

Pemangkin dalam Kelompok”. Strategi ini dijangka

menjana „Kesan Berganda‟ atau “Multiplier Effect” dan

mempercepatkan proses pencapaian tahap 5 bintang

sekolah melalui bimbingan dan sesi hands-holding oleh

sekolah pemangkin dengan sekolah dalam kelompok.

Rajah 6.2: Contoh Strategi Pemangkin dalam Kelompok

Page 54: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 47

Cadangan mekanisme pelaksanaan melibatkan sekolah

lima (5) bintang sebagai pemangkin untuk membimbing

500 sekolah dalam kelompok masing-masing untuk

mencapai tahap bestari iaitu tiga (3) bintang ke atas.

Sekolah yang telah dibimbing yakni sekolah kelompok

akan menjadi rujukan kepada sekolah yang berhampiran.

Contoh strategi ini ditunjukkan dalam Rajah 6.2.

Rajah 6.3: Contoh Mekanisme Sekolah Pemangkin dalam Kelompok, Daerah

Kota Tinggi, Johor

Pengisian Program “Sekolah Pemangkin dalam Kelompok”

Pengisian program sekolah pemangkin dalam kelompok

memberi tumpuan kepada keberhasilan murid dan guru

yang menyeluruh. Aspek dan huraian setiap item seperti

ditunjuk dalam rajah di bawah.

Page 55: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 48

Rajah 6.4: Pengisian Program Sekolah

Pemangkin Dalam Kelompok

Mindset & Culture Change

Semua pihak berkepentingan melalui

proses anjakan paradigma dan minda

untuk mewujudkan budaya pengurusan

serta P&P yang menggunakan teknologi

sebagai pengupaya.

Sekolah

5-Bintang

Mindset & Culture Change

PemantauanOn-Site

PerkongsianAmalanTerbaik

ICT Buddy Support

KelabBestari(BrigedBestari)

Program Bersama

Komuniti/ Perkongsian

Pintar

British Council Connecting Classroom

Aktiviti Kelab Bestari…

Page 56: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 49

Perkongsian Amalan Terbaik

Pelaksanaan dan perkongsian amalan-

amalan terbaik pengintegrasian ICT dalam

pengurusan dan P&P.

Program Bersama Komuniti/Perkongsian Pintar

Sekolah melaksanakan program dengan

pelbagai agensi untuk memanfaatkan

teknologi dan kepakaran ICT daripada industri

dalam usaha membudayakan penggunaan

teknologi semasa.

ICT Buddy Support

Program ini merupakan program pembimbing

rakan sebaya oleh Guru Penyelaras Bestari

(GPB) dan Guru Perpustakaan dan Media

(GPM) untuk guru bagi menyokong

penggunaan ICT dalam pengurusan dan P&P.

Kelab Bestari (Briged Bestari)

Kelab Bestari membantu sekolah

meningkatkan kelancaran pelaksanaan

pelbagai program ICT KPM dengan

melibatkan murid yang berkemahiran dan

berpengetahuan ICT dalam urusan ICT

sekolah. Antara aktiviti Kelab Bestari yang

dikendalikan ialah latihan dan bimbingan ICT

kepada rakan sebaya, menyenggara

kemudahan ICT sekolah, mendokumentasi

aktiviti multimedia sekolah, membangunkan

laman web sekolah serta menyebarkan

Pelancaran MyIdeas

Digital Story Telling

Page 57: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | 50

maklumat berkaitan Pembestarian Sekolah

dan ICT kepada warga sekolah dan komuniti

melalui pameran, minggu ICT, kem ICT atau

buletin.

Pemantauan On-Site

Pemantauan On-Site oleh pelbagai agensi

kerajaan bertujuan untuk memastikan segala

program Pembestarian Sekolah yang

dirancang oleh sekolah dijalankan mengikut

ketetapan dan mencapai matlamat yang

dihasratkan.

Penutup

Pembestarian Sekolah ialah satu usaha

berterusan KPM untuk menyediakan generasi

muda dengan kemahiran abad ke-21 supaya

mereka dapat bersaing dalam dunia tanpa

sempadan dan seterusnya menyediakan k-

workers bagi menjana ekonomi berasaskan

pengetahuan. Kelestarian (sustainability)

Pembestarian Sekolah amat bergantung

kepada sokongan, sumbangan serta

komitmen semua pihak.

“The Government will

continue to work hard

to transform the

Malaysia economy

into an innovation-

based knowledge-

economy with higher

value add and having

knowledge,

technology and

innovation as a key

drivers of growth.”

- His Excellency,

Dato’ Sri Najib Tun

Razak, Prime Minister

of Malaysia

Page 58: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | ix

Lampiran 1

THE MALAYSIAN SMART SCHOOL LOGO

Page 59: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | x

Lampiran 2

LAGU SEKOLAH BESTARI: VERSI BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS

Page 60: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | xi

RUJUKAN

1. Cyber Security. Cybersafe: Cyber Security Awareness for Everyone.

Diperoleh Oktober 11, 2010 daripada http://www.cybersafe.my.

2. Bahagian Teknologi Pendidikan. (2010). Pelan Strategik Pembestarian

Bahagian Teknologi Pendidikan 2011-2015. Kuala Lumpur: Bahagian

Teknologi Pendidikan, KPM.

3. Bahagian Teknologi Pendidikan. KPM. Portal EduwebTV. Diperoleh

September 23, 2010 daripada http://www.eduwebtv.com.

4. Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM. Diperoleh September 23, 2010

daripada http://www.spp.moe.edu.my.

5. Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM. Portal Pengurusan Sumber

Pendidikan. Diperoleh September 24, 2010 daripada

http://bibliografi.moe.edu.my.

6. Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM. Support Ticketing System. Diperoleh

September 24, 2010 daripada [email protected].

7. Bahagian Teknologi Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Portal

Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh Oktober 14, 2010 daripada

http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/.

8. Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pendidikan. (2010).

Majlis Pelancaran Dasar Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(ICT) dalam Pendidikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri

Dato‟ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin. Oktober 12, 2010.

9. Intel Electronics Sdn Bhd. (M). Intel Teach Elements. Diperoleh Oktober 4,

2010 daripada http://www.intel.com/education/elements/.

10. International Society for Technology in Education (ISTE) National

Educational Technology Standards (NETS). Diperoleh September 13,

2010 daripada www.iste.org; http://cnets.iste.org.

11. Jeollanamdo Office of Education, Republic of Korea. (2010). 2010 Global

Partnership of ICT in Education Project, Educational ICT Training.

Jeollanamdo Office of Education, Republic of Korea.

12. Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-

Sekolah. Pernyataan Standard. SKPM 1 Edisi Disember. Kuala Lumpur:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 61: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | xii

13. Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-

Sekolah. Instrumen Pemastian Standard. SKPM 2 Edisi Disember. Kuala

Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

14. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1997). The Malaysia Smart School: A

Conceptual Bluerprint. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran

Malaysia.

15. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Project Based Learning Handbook

“Educating the Millennial Learner”. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi

Pendidikan, KPM.

16. Kementerian Pelajajaran Malaysia. (2006). Standard Kompetensi

Kepengetuaan Sekolah Malaysia. Genting Highlands: Institut

Aminuddin Baki, KPM.

17. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Smart School Qualification

Standards (SSQS). Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan,

KPM.

18. Kementerian Pelajaran Malaysia. Portal Malaysian Grid for Learning.

Diperoleh September 23, 2010 daripada http://www.mygfl.gov.my.

19. Marcinek, A. (2010). Embracing a Flat Classroom. Diperoleh Oktober 15, 2010

daripada http://www.edutopia.org/blog/web-20-21st-century-skills-

collaboration-digital-citizenship.

20. Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI). Portal MyIdeas.

Diperoleh Oktober 11, 2010 daripada http://myideas.my.

21. Mutlimedia Development Corporation, (2005). Malaysian Smart School

Roadmap 2005-2010: An Educational Odyssey (A Consultative Paper

on the Expansion of the Smart School Initiative to all schools in

Malaysia. Kuala Lumpur: Multimedia Development Corporation.

22. Oracle Education Foundation. Portal Think Quest. Diperoleh September 24,

2010 daripada http://www.thinkquest.org.

23. Petrosains. Petrosains Learning. Diperoleh Oktober 4, 2010 daripada

http://www.petrosainslearning.com.

24. Pumandevi, S. (2009). Modul Kemahiran Abad ke-21. Negeri Sembilan:

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, KPM.

Page 62: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | xiii

PASUKAN PETUGAS PENERBITAN

“JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH”

Duduk Dari Kiri: Dr. Dorothy DeWitt, Encik Wong Kim Khat, Haji Shamsuddin bin Hassan, Y. Bhg.

Datin Dr. Fowzia binti Osman, Pn. Hawa binti Haji Said, Y. Bhg. Datin Dr. Siti

Zaleha binti Abdullah Sani (Pengarah BTP), Puan Rosnani binti Mohamed Ali,

Haji Mohd Haliza bin Adnan, Puan Yap Ley Har, Puan Maimunah binti Haji

Mohd Tahir, Puan Nur Ain Wong binti Abdullah.

Berdiri Dari Kiri: Hajah Zarina binti Paijo, Puan Hafidzah binti Omar, Puan Daruni binti Abdul

Rahman, Cik Ruzana binti Tukimin, Encik Saedan bin Abd Karim, Encik Mohd

Azmi bin Zakaria, Encik Mohd Yassim bin Ngah, Encik Ibrahim bin Ismail, Encik

Bahrin bin Mohd Kassim, Encik Mahmud Pa‟aid bin Yusoff, Puan Fadzliaton

binti Zainudin, Puan Mary Anne Joseph, Cik Aminoor binti Jaya Waras, Cik

Rohana binti Abd Rahman.

Penaung : Y. Bhg. Datin Dr. Siti Zaleha binti

Abdullah Sani

Pengarah

Bahagian Teknologi Pendidikan

Penasihat : Puan Hawa binti Haji Said

Timbalan Pengarah

Pembangunan Teknologi

Pendidikan

Puan Rosnani binti Mohamed Ali

Timbalan Pengarah

Pembangunan Pendidikan Bestari

Page 63: Jiwa dan Minda Bersatu Ke Arah Pembestarian Sekolah

JIWA DAN MINDA BERSATU KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a y s i a | xiv

Pengerusi : Y. Bhg. Datin Dr. Fowzia binti Osman

Ketua Sektor

Sektor Pembestarian Sekolah

Setiausaha : Puan Nur Ain Wong binti Abdullah

Sektor Pembestarian Sekolah

Ahli : Haji Mohd Haliza bin Adnan Ketua Sektor Pengurusan Aplikasi

Pendidikan

Haji Shamsuddin bin Hassan Ketua Sektor Penyiaran Pendidikan

Encik Bahrin bin Mohd Kassim Sektor Dasar

Puan Vanida binti Krishna Sektor Dasar

Hajah Zarina binti Paijo Sektor Teknologi Maklumat dan

Komunikasi Pendidikan

Puan Yap Ley Har Sektor Repositori dan Rangkaian

Encik Ahmad Tarmizi bin Abdul

Kadir

Sektor Repositori dan Rangkaian

Cik Ruzana binti Tukimin Sektor Pembangunan Kapasiti

Profesionalisme

Puan Fadzliaton binti Zainudin Sektor Pengurusan Sumber

Pendidikan

Encik Wong Kim Khat Sektor Pembestarian Sekolah

Dr. Dorothy DeWitt Sektor Pembestarian Sekolah

Puan Maimunah binti Haji Mohd

Tahir

Sektor Pembestarian Sekolah

Cik Rohana binti Abd Rahman Sektor Pembestarian Sekolah

Encik Saedan bin Abd Karim Sektor Pembestarian Sekolah

Puan Daruni binti Abdul Rahman Sektor Pembestarian Sekolah

Encik Mohd Azmi bin Zakaria Sektor Pembestarian Sekolah

Puan Hafidzah binti Omar Sektor Pembestarian Sekolah

Cik Aminoor binti Jaya Waras Sektor Pembestarian Sekolah

Encik Ibrahim bin Ismail

Sektor Pembestarian Sekolah

Rekabentuk

Grafik &

Susun Atur

: Encik Mohd Yassim bin Ngah

Encik Abdul Halim bin Sikit

Puan Mary Anne Joseph

Sektor Penyiaran Pendidikan

Sektor Penyiaran Pendidikan

Sektor Penyiaran Pendidikan

Pembaca

Pruf

: Encik Mahmud Pa‟aid bin Yusoff

Sektor Pembestarian Sekolah