jenis persampelan2013.pptx

18
JENIS PENSAMPELAN A . PENSAMPELAN KEBARANGKALIAN B. PENSAMPELAN BUKAN KEBARANGKALIAN

Upload: johariomar

Post on 25-Oct-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ilmu

TRANSCRIPT

Page 1: JENIS PERSAMPELAN2013.pptx

JENIS PENSAMPELAN

A . PENSAMPELAN KEBARANGKALIAN

B. PENSAMPELAN BUKAN KEBARANGKALIAN

Page 2: JENIS PERSAMPELAN2013.pptx

A. Pensampelan Kebarangkalian

- Setiap unsur dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.(dipilih secara rawak).

- terdapat 4 teknik pensampelan iaitu :

i) Pensampelan rawak mudah

ii) Pensampelan sistematik

iii) Pensampelan kelompok/cluster

iv) Pensampelan berlapis/berstrata/stratified

Page 3: JENIS PERSAMPELAN2013.pptx

B. Persampelan Bukan Kebarangkalian - Kebarangkalian bagi setiap unit persampelan dipilih tidak diketahui (tidak dipilih secara rawak)

- Terdapat 4 teknik pensampelan iaitu :

i) Persampelan Mudah / Convenience ii) Persampelan “bola salji” iii) Persampelan Kuota iv) Persampelan Pertimbangan / bertujuan

Page 4: JENIS PERSAMPELAN2013.pptx

A. i) Persampelan Rawak Mudah

• Sesuai untuk populasi yang mempunyai sifat yang hampir seragam.• Jumlah unit yang diperlukan dipilih secara rawak daripada populasi.• Setiap unit daripada populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih

sebagai sampel.

Kaedah :• Perlu ada kerangka persampelan (senarai nama) yang lengkap.• Beri nombor kepada tiap-tiap ahli.• Tentukan saiz pensampelan• Pilih ahli-ahli mengikut saiz yang ditentukan (buat cabutan atau

menggunakan Jadual Rawak)• Nama calon yang telah dipilih tidak akan dimasukkan semula ke dalam

senarai pencalonan.

Kekuatan: • Dapat menghasilkan parameter yang tepat walaupun saiz sampel kecil.

Kelemahan:• Memerlukan senarai semua calon dalam populasi dengan lengkap.

Page 5: JENIS PERSAMPELAN2013.pptx

ii) Persampelan Sistematik

• Unsur dipilih daripada populasi pada selang seragam yang diukur dalam masa,tertib atau ruang.

• Pemilihan sampel berdasarkan setiap urutan nombor yang tertentu.Kaedah :• Perlu ada kerangka persampelan (senarai calon) yang

berkemungkinan dipilih.• Tentukan jarak langkau ( k ) dari senarai calon (dimana k = senarai calon ÷ sampel yang diperlukan)• Ambil responden yang terpilih mengikut langkau yang telah

ditentukan.Kekuatan :• Hanya perlu memilih satu nombor rawak sahajaKelemahan: • Perlu senarai calon yang lengkap

Terdapat trend pada senarai yang menyebabkan bias.

Page 6: JENIS PERSAMPELAN2013.pptx

Contoh : Senarai calon = 100 sampel diperlukan = 20

Maka , k = 100 ÷ 20 = 5

Oleh itu calon pertama dipilih secara rawak dari nombor 1 hingga 5.Katakan nombor 3 dipilih , maka nombor seterusnyaDipilih dalam langkau 5 iaitu 3 + 5 = 8.Proses diulang sehingga 20 sampel diperolehi. ◄

Page 7: JENIS PERSAMPELAN2013.pptx

iii) Persampelan Berkelompok (Cluster)

• Setiap unit pensampelan merupakan kelompok unsur daripada pensampelan kawasan. Contoh : kajian ke atas sebilangan kelas daripada sebilangan sekolah.

• Sesuai untuk lokasi kajian yang terlalu luas.Kaedah:• Semua kawasan yang merangkumi populasi dibahagi kepada kawasan kecil.• Pastikan tiada perbezaan ciri antara kawasan-kawasan tersebut• Pilih kawasan sampel secara rawak.• Kemudian unit-unit sampel dipilih secara rawak (mudah atau sistematik)

daripada kawasan sampel tadi.Kekuatan:• Menjimatkan masa dan wangKelemahan:• Melibatkan dua atau lebih kemungkinan berlaku kesilapan pensampelan

dalam setiap sampel

Page 8: JENIS PERSAMPELAN2013.pptx

Contoh :

Untuk menentukan purata bilangan set televisyen per isi rumah di sebuah bandar besar secara pensampelan.

Dengan menggunakan peta bandar , bahagikan kawasan kepada blokDan kemudian memilih bilangan tertentu blok bagi tujuan temu duga. ◄

Page 9: JENIS PERSAMPELAN2013.pptx

iv) Persampelan Berstrata (Berlapis)

• Sesuai apabila ahli dari populasi yang bersifat heterogenus (pelbagai). Contohnya ahli dari organisasi multinasional.

• Menambahkan peluang kepada penyelidik mendapatkan data yang mewakili populasi.

Kaedah:• Buat pengasingan ahli dari populasi mengikut kategori terlebih

dahulu sebelum pemilihan sampel dibuat (misalnya kumpulan atasan, pertengahan, bawahan – mengikut jawatan).

• Buat pemilihan sampel secara rawak mudah drp setiap strata.Kekuatan :• Kaedah ini dapat memastikan sampel yang dipilih diwakili

secukupnya oleh golongan minoriti yang dikehendaki.

Page 10: JENIS PERSAMPELAN2013.pptx

B. i)Persampelan Mudah/Convenience

• Digunakan apabila pengkaji memerlukan sampel dengan segera.

• Maklumat didapati dengan cepat,mudah dan berkesan.• Responden terdiri daripada sesiapa sahaja yang mudah

ditemui.• Pengkaji akan mendapatkan sampel ditempat yang diketahui

mempunyai ramai responden• Sesuai jika responden yang mahu dikaji dari semua golongan,

tanpa mengambil kira ciri-ciri yang ditetapkan. • Contoh: ambil responden dari dewan kuliah, atau beri borang

soal selidik kepada sesiapa saja yang mudah dihubungi/ditemui

Page 11: JENIS PERSAMPELAN2013.pptx

ii) Persampelan “Bola Salji”• Mendapatkan jumlah sampel yang sedikit dahulu sebelum jumlah itu

bertambah melalui maklumat nama dan lokasi lain yang diberikan oleh sampel awal tadi.

• Melibatkan kajian yang memerlukan sampel yang sukar ditemui• Sesuai dimana responden mahu memberi kerjasama sepenuhnya• Responden datang sendiri dan rela menjadi subjek kajian tanpa

sebarang ganjaran

Contoh :• Pengkaji cuba mendapatkan seorang penagih dadah yang

bersetuju menjadi sampel kajian.Pengkaji meminta bantuan penagih dadah itu untuk memberitahu nama-nama rakan penagih dadah yang lain.Proses diulang sehingga jumlah sampel diingini tercapai

Page 12: JENIS PERSAMPELAN2013.pptx

iii) Persampelan Kouta

• Persampelan mengikut nisbah kategori yang ada pada populasi.• Jumlah sampel yang dikehendaki ditentukan terlebih dahulu.• Pemilihan sampel bergantung kepada kehendak penyelidik tanpa

mempertimbangkan ahli sampel.• Pensampelan ini penting apabila terdapat kesukaran mendapatkan

sampel minoriti dalam populasi.

• Contoh : Populasi kajian seramai 500 orang terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu 300 melayu(60%),150 Cina(30%) dan 50 India(10%) dan sampel yang diperlukan 100 orang.

Maka jumlah sampel setiap bangsa dipilih mengikut kuota 60:30:10. ◄

Page 13: JENIS PERSAMPELAN2013.pptx

iv) Persampelan Pertimbangan / Bertujuan

• Penyelidik menentukan kriteria sampel yang mahu dipilih • Kriteria sampel mesti sesuai dengan objektif kajian atau

tujuan penyelidik• Penyelidik mengambil sampel untuk mendapatkan data

dan maklumat yang dikehendaki dalam menjawab persoalan kajian.

• Sampel yang dipilih tidak dihadkan lokasinya asalkan memenuhi kriteria yang ditetapkan dan tergolong dalan populasi kajian.

Page 14: JENIS PERSAMPELAN2013.pptx

PENENTUAN SAIZ SAMPEL

• Saiz populasi secara primarinya menentukan saiz sampel.• Saiz sampel yang kecil tidak dapat memberi maklumat yang tepat bagi mewakil sesuatu populasi.• Faktor-faktor yang perlu diambil kira : i) Kos ii) Masa iii) Tenaga Kerja iv) Kemudahan v) Ketepatan yang dikehendaki atau objektif kajian• Sekiranya saiz populasi terlalu kecil,maka saiz sampel ialah 100% saiz populasinya.• Bagi populasi homogen,saiz sampel yang kecil sudah

memadai.• Bagi populasi yang heterogen, saiz sampel perlu lebih besar supaya semua bahagian dalam populasi dapat diwakili oleh sampel yang dikaji.

Page 15: JENIS PERSAMPELAN2013.pptx

Jadual Bilangan Sampel Minimum Mengikut Jenis Kajian (Gay, 1981)

Jenis Kajian Yang Digunakan

Bilangan Sampel Minimum Yang Diperlukan

Kajian Deskriptif 10% daripada populasi

Kajian Kolerasi 30 orang bagi sesuatu kumpulan

Kajian Eksperimental 15 orang bagi sesuatu kumpulan

Kajian Perbandingan sebab

30 orang bagi sesuatu kumpulan

Page 16: JENIS PERSAMPELAN2013.pptx

RUMUS PENSAMPELAN

• Saiz dan sampel kajian ditetapkan berdasarkan formula yang disyorkan oleh Isaac dan Micheal (1979) dan Sekeran (1992) seperti berikut:

S = x ² NP ( 1 – P) ÷ d ² ( N – 1 ) + x ² P ( 1 – P )

S = saiz sampel yang diperlukanN = jumlah populasi yang kecilP = nisbah populasi dilihat pada 0.50d = darjah ketepatan dalam populasi 0.05x ² = 3.841 pada paras keyakinan 0.05

Dimana ;

Page 17: JENIS PERSAMPELAN2013.pptx

RUJUKAN :

LAMAN WEB 1

LAMAN WEB 2

LAMAN WEB 3

LAMAN WEB 4

Page 18: JENIS PERSAMPELAN2013.pptx