jenis penyelidikan

Upload: norsafwanimazelan

Post on 16-Oct-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TAJUK 2: JENIS PENYELIDIKAN

SOALAN 1:Huraikan secara terperinci perbezaan antara kajian eksperimental dan kajian etnografi.EKSPERIMENTALETNOGRAFI

Kuantitatif(Data-data yang dikumpul berbentuk nombor/kuantiti dan dianalisis menggunakan pendekatan statistik).JENIS REKA BENTUK PENYELIDIKANKualitatif(Memberi gambran dari perspektif yang tidak dapat diukur menggunakan kuantiti/nombor).

Kajian yang dijalankan untuk menentukan keberkesanan sesuatu rangsangan, rawatan atau intervensi ke atas pemboleh ubah bersandar.DEFINISIKajian yang dijalankan oleh ahli sosiologi dan antropologi dalam sesuatu masyarakat/komuniti.

Digunakan dalam sains sosial kerana kesukaran untuk mengawal perubahan yang berlaku dalam persekitaran.FUNGSIKajian deskriptif untuk mengenal pasti aspek: Budaya Tingkah laku Corak interaksi sosial pemikiran Cara hidup masyarakat

Pemboleh ubah tidak bersandar dimanipulasikan, pemboleh ubah bersandar tidak berubah Terdapat kumpulan kawalan dan rawatan Boleh memanipulasi kumpulan rawatan untuk melihat perubahan yang berlakuCIRI-CIRI Pengumpulan data dijalankan secara: Pemerhatian Temu bual Kajian dilakukan sehingga pola kehidupan dapat ditentukan dengan jelas

SOALAN 2:Bandingkan tujuan, kekuatan dan kelemahan bagi setiap jenis reka bentuk penyelidikan gunaan dan penyelidikan tindakan.PENYELIDIKAN GUNAANPENYELIDIKAN TINDAKAN

Penyelidikan yang khusus bertujuan untuk menangani sesuatu isu atau masalah.DEFINISISatu penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka.

Mencari penyelesaian yang boleh digunakan dalam masa yang terdekat Sering digunakan dalam membuat keputusan khususnya dalam perniagaan atau membentuk polisi Untuk mengenal pasti impak sesuatu fenomena atau teori ke atas sesuatu isuTUJUAN Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman Boleh memperbaiki prestasi dan kepuasan kerja Menyelesaikan masalah professional tanpa arahan luar Memperkembangkan kemahiran profesional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan Memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan Untuk melibatkan penyelidik dalam semua peringkat penyelidikan

Boleh menyelesaikan masalah praktikal, bukan untuk memperolehi pengetahuan semata-mata Sangat membantu dalam menambah baik kehidupan manusia dan menyelesaikan masalah harian

KEKUATAN Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran Memudahkan pencapaian objektif Dapat memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri Meningkatkan penggunaan bahan Dapat membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif Menggalakkan budaya penyelidikan sebagai asas bagi membuat perancangan untuk tindakan

Tidak membantu dalam memberi pemahaman yang umum tentang sesuatu perkaraKELEMAHAN Tidak boleh digunakan untuk kerja-kerja kurikulum Tidak boleh digunakan untuk menguji hipotesis atau penggunaan data bagi membuat kesimpulan

SOALAN 3:Seorang penyelidik hendak membuat penyelidikan jenis kajian kes. Bincang secara terperinci kekuatan dan kelemahan kajian kes yang perlu dipertimbangkan oleh penyelidik tersebut.

Konsep kajian kes: Kajian pendekatan yang menyiasat secara mendalam terhadap sesuatu kejadian untuk mendapatkan data atau maklumat penuh melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik ke atas satu unit kajian. Boleh melibatkan kajian ke atas suatu unit kecil seperti kumpulan kecil atau unit besar seperti keseluruhan komuniti.KEKUATAN Kajian lebih tertumpu kepada individu atau kumpulan yang telah dikenal pasti oleh penyelidik.

Maklumat yang amat teliti, kaya dan mendalam dikumpul untuk menjawab persoalan kajian.

Memfokus kepada penghuraian yang menyeluruh dan memberikan penjelasan kepada peristiwa yang berlaku secara mendalam.

Boleh mendapatkan maklumat secara soal selidik, temu bual, pemerhatian dan penilitian dokumen.

Penyelidik tidak perlu menggunakan kesemua alat kajian tetapi hanya memilih alat kajian yang sesuai sahaja untuk menjawab persoalan kajian.

Maklumat dapat dikumpul dan diperolehi dengan cepat.

Boleh melibatkan pakar terhadap kes kajian.

KELEMAHAN Kajian terhadap kes tidak boleh mewakili kes yang lain.

Pengkaji tidak dapat menentukan pemboleh ubah yang mempengaruhi keputusan.

Seseorang pengkaji perlu fleksibel dalam memberi konsepsi kerana tanggapan awal mungkin tidak sama dengan penemuan.

Melambatkan proses penyelidikan jika melibatkan pakar (berdasarkan perspektif disiplin masing-masing).

SOALAN 4:Senaraikan lima tajuk kajian eksperimental. Kenalpasti yang mana satukah pembolehubah bersandar dan tidak bersandar.

PEMBOLEHUBAH BERSANDARPEMBOLEHUBAH TIDAK BERSANDAR

Pembolehubah yang memberikan tindak balas atau respon jika dihubungkan dengan pembolehubah tidak bersandarPembolehubah bebas merupakan pembolehubah yang faktornya diukur, dimanipulasi atau dipilih oleh penyelidik untuk menentukan hubungannya dengan sesuatu gejala yang diperhatikan.

Tajuk 1:Penggunaan Warna Lampu Isyarat Dalam Membantu Murid Tahun 2 Menyelesaikan Masalah Nilai Tempat Bentuk Lazim

BERSANDARTIDAK BERSANDAR

Penyelesaian masalah nilai tempat bentuk lazimWarna lampu isyarat

Tajuk 2:Penggunaan Permainan Domino Untuk Mermbantu Murid Tahun 5 Menguasai Kemahiran Mencongak Fakta Asas Darab

BERSANDARTIDAK BERSANDAR

Penguasaan kemahiran mencongak fakta asas darab

Permainan domino

Tajuk 3:Penggunaan Pokok Sifir Membantu Penguasaan Sifir 6, 7 dan 8

BERSANDARTIDAK BERSANDAR

Penguasaan sifir 6, 7 dan 8

Penggunaan pokok sifir

Tajuk 4:Penggunaan Kaedah Multilatticebox Untuk Membantu Murid Tahun 3 Menguasai Kemahiran Mendarab

BERSANDARTIDAK BERSANDAR

Penguasaan kemahiran mendarab murid Tahun 3

Penggunaan kaedah Multilatticebox

Tajuk 5:Meningkatkan Kemahiran Menukarkan Pecahan Tak Wajar Kepada Nombor Bercampur Dengan Kaedah Penolakan Berulang

BERSANDARTIDAK BERSANDAR

Jumlah peningkatan kemahiran menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur

Penggunaan kaedah Penolakan Berulang