jenis-jenis pentaksiran pendidikan seni visual

16
JENIS-JENIS PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DISEDIAKAN OLEH: AFIZAH BINTI AHMAD MATEMATIK 8.14

Upload: afizah-ahmad

Post on 15-Nov-2015

606 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

PPT

TRANSCRIPT

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

disediakan oleh:AFIZAH BINTI AHMADMATEMATIK 8.141.PENTAKSIRAN AUTENTIKMengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.Proses yang memerlukan kanak-kanak mendemontrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.Meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.Suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang relevan.Menurut Grace(1992), ia merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri.Dilakukan secara berterusan.Realistik dan Bermakna merupakan tema yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik.CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIKMenilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.Subjek membina maksud yang tersirat.Berpusatkan kanak-kanak.CONTOH-CONTOH PENTAKSIRAN AUTENTIKPersembahan tarianMempersembahkan karya tulis asli kepada rakan-rakan sebayaMendemontrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science Fair (Pameran Sains) atau Art Show (Pertunjukan Seni)Menunjukkan keterampilan yang dimilik dalam bentuk pengumpulan portfolioKebaikan kaedah pentaksiran autentikDapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka.Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas.Mengungkapkan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka.Menangani teknologi dan berfikir sistematik.2. PENTAKSIRAN PERFORMANCE BASEDProses yang menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.Mengkehendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna juga mengkehendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran ( contohnya penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis).Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaan pada masa hadapan.

Jenis-jenis pentaksiran performance basedPortfolio untuk menilai pencapaian individu murid dari masa ke semasa secara keseluruhan.Kaedah Pentaksiran Berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar) penglibatan murid dan keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan.Mengukur Berdasarkan Keupayaan dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti bahan penulisan, persembahan dan gerak kerja projek.3. Pentaksiran DAN hasil pembelajaranProses pengumpulan data yang memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada individu yang terlibat.Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran yang diharapkan. Tidak hanya memilih mata pelajaran yang tertentu sahaja.

Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada seseorang individu sahaja.Pihak sekolah menggunakan maklumat yang diperoleh untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah yang dirasakan perlu.Penilaian yang diadakan mestilah bersifat berterusan.Pihak penilai mestilah berakauntabiliti dan berkepimpinan dalam menjalankan penilaian.Pendekatan montgomery tentang pentaksiran DAN hasil pembelajaranSTUDENT LEARNING OUTCOMES(SLO) Jangkaan hasil pembelajaran yang diperoleh dengan memberi penekanan kepada pertambahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap.STUDENT PROGRESS OUTCOMES (SPO) Berterusan, penilaian tidak dilakukan pada satu tahap semata-mata, pembelajaran bersifat berterusan maka pentaksiran juga bersifat berterusan.Kebaikan kaedah pentaksiran DAN hasil pembelajaranKepada Pelajar:Faham kehendak hasil pembelajaran yang diharapkan.Pentaksiran lebih konsisten dan telus.Pentaksiran menggalakkan pembelajaran merentas kurikulum.Murid dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik.Kepada Penilai:Menentukan sama ada hasil pembelajaran yang diharapkan tercapai atau tidak.Dapat menerangkan keadaan murid dengan lebih terperinci.Memberikan bukti kukuh dalam kejayaan sesuatu hasil pembelajaran.

Kepada Sekolah:Bukti komitmen berterusan sekolah dalam usaha memperkembangkan potensi murid.Menyediakan maklumat bertepatan untuk rujukan yang akan datang.Menerapkan nilai akauntabiliti dalam mengumpulkan maklumat berkaitan perkembangan murid.Memberi maklumat berguna untuk merancang tindakan susulan dalam usaha meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran.

4. Pentaksiran DAN tindakan penamBAHbaikanSatu proses pengawalan yang berlaku apabila pelajar menggunakan maklum balas yang diperoleh untuk membuat pembetulan, penyesuaian dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa-apa yang mereka fahami.PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN DAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKANMemberi peluang dan memberi maklum balas serta mencipta peluang kendiri.Pelajar hendaklah mengetahui dan memahami tentang apakah mereka cuba capai dan apakah yang mahu mereka capai.Menjadi sebahagian daripada perancangan efektif pengajaran dan pembelajaran.Perancangan hendaklah termasuk strategi bagaimana untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dan kriteria yang hendak dicapai dalam sesuatu tugasan pelajar.Penghakiman terhadap aktiviti yang dijalankan akan dibuat untuk mengetahui sama ada pembelajaran boleh dipertingkatkan.Pentaksiran ini adalah sebahagian daripada keperluan utama amalan di dalam bilik darjah dan melibatkan kedua-dua kumpulan guru dan pelajar dalam refleksi, dialog dan membuat keputusan.Mengfokuskan kepada guru untuk mencari kelemahan murid.Seterusnya membuat tindakan penambahbaikan sama ada kekurangan atau kelemahan murid.Contoh: Guru membuat penambahbaikan dalam hasil karya multimedia yang dihasilkan oleh murid.