pendidikan seni visual - · pdf filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran ....

47
DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN LIMA

Upload: vutuong

Post on 03-Feb-2018

293 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAHUN LIMA

Page 2: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual
Page 3: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

(MASALAH PEMBELAJARAN)

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAHUN LIMA

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Page 4: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

Cetakan Pertama 2014 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 5: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh

masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara

yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia,

berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-

prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 6: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

Page 7: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

KANDUNGAN MUKA SURAT

PENDAHULUAN 1

MATLAMAT 1

OBJEKTIF 1

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 2

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 3

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4

FOKUS MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL

Matlamat

Objektif

5

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 6

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Rujukan Standard

Tafsiran Umum

Tafsiran Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

7

7

8

9

11

Page 8: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

1

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip

pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara

menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama

untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR

Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bersifat holistik, tidak

menekankan akademik semata-mata selaras dengan yang

dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM).

Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran

di Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran

dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan

Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan;

....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada:

i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran

ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti

iii susunan aktiviti; dan

iv bahan bantu mengajar

...... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah

perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan

Khas.

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya

pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan

dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan

pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran

supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan

berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

MATLAMAT

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan

matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan

secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan

tahap keperluan murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi

aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan

yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan

murid:

i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam

menguruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna

serta menjadi warganegara yang berguna

ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat

berdikari dalam kehidupan seharian

iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah

kehidupan berkerjaya

iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri

dengan sempurna

v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,

berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila

masyarakat majmuk

Page 9: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

2

vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian

bagi yang beragama Islam

vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah

ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya

x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi

membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain

utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi

membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:

i. Komunikasi

ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai

iii. Kemanusiaan

iv. Sains dan Teknologi

v. Fizikal dan Estetika

vi. Keterampilan Diri

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam

bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan

dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular

yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Page 10: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

3

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan

boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi

aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan

pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.

Standard Prestasi

Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid

sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang

seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,

bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,

berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad

ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid

untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan

dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid

akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,

etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran

berfikir.

Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun

1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis

(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras

rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan

kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan

refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk

kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan

mencipta seperti di Jadual 1.

KBAT Penerangan

Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan

nilai dalam situasi berlainan untuk

melaksanakan sesuatu perkara

Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian

kecil untuk memahami dengan lebih

mendalam serta hubung kait antara bahagian

berkenaan

Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan

menggunakan pengetahuan, pengalaman,

kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi

Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah

yang kreatif dan inovatif

Jadual 1: Penerangan KBAT

Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata

pelajaran.

Page 11: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

4

KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran

inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu

menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan

Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan

pemikiran ke aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas

pembelajaran mereka sendiri.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah

diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,

Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif

dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan

Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR

dikekalkan dan ditambah dengan memberi penekanan pada

elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi.

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara

umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,

pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana

idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.

Elemen kreativiti dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi

penekanan dalam KSSR bagi menyediakan murid menangani

cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan

dibangunkan ke tahap optimum supaya murid berupaya

menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya

menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian Bagi

mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata

pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan

dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara

tersurat. Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen

kreativiti dan inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai

sekiranya elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru

haruslah menyediakan aktiviti yang meransang minat dan kreativiti

murid. Murid perlu dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran

untuk membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan

memupuk sikap dan personaliti yang positif.

Keusahawanan

Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020

adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen

keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan

keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan

murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:

Mengamalkan sikap keusahawanan;

Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

pengurusan perniagaan;

Memformulasikan konsep, proses atau produk

keusahawanan; dan

Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam

keusahawanan.

Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap

kebolehan murid sekolah rendah.

Page 12: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

5

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk

memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,

perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan

berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam

mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh

dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.

Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan

dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK

iaitu:

Belajar mengenai TMK

Belajar melalui TMK

Belajar dengan TMK

FOKUS MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SENI VISUAL

Matlamat

Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada usaha mencungkil

dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat

mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan

murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan

serta bersikap positif dalam kehidupan.

Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus

dan motor kasar. Kemahiran menggambar, mencorak, membentuk

dan membina serta penghargaan kepada hasil kraf tradisional

boleh dimasukkan ke.dalam perkembangan motor halus dan motor

kasar Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi

memenuhi kehendak tajuk berdasarkan kebolehan, kreativiti dan

inovasi.

Objektif

Pendidikan Seni Visual membolehkan murid

i. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial

ii. mengembangkan bakat, kreativiti dan inovasi.

iii. menghayati keindahan alam dan warisan budaya

iv. menghasilkan karya seni yang kreatif

v. menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya masa

depan

Page 13: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

6

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Rancangan Pendidikan Individu (RPI):

…adalah....suatu rekod yang mengandungi butiran

sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang

menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap

murid berkeperluan pendidikan khas.

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan

Khas) 2013

...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat

perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid

berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh

menyatakan tahap pencapaian murid.

Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI)

Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas,

2000

RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan

penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi

keperluan murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu

murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian

dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan

yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak

sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan

tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,

perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,

dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan

peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat

sokongan lain.

RPI memperincikan antara lain:

i. Tahap prestasi sedia ada murid

ii. Perancangan akademik dan bukan akademik

iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid

iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur

v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi

mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian

vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid

vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu

perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan

viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan

membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran

mereka.

Page 14: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

7

PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama

dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan

mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan

pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang

apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS

dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula

dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran,

pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga

pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan

pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan

seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut

komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan

pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke

tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:

Iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh

tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan

pengamalan nilai murni;

Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring

dengan PdP;

Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai

mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan

Merujuk standard prestasi yang dibina

berdasarkan standard kurikulum.

PS boleh dilaksanakan secara:

Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.

Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit

pembelajaran, semester atau tahun.

Pentaksiran Rujukan Standard

Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan

pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang

murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses

mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham

dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari

berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan.

Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian

seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan

dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid

dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama

sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,

kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan

dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum

balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.

Page 15: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

8

Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang

bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf

dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting

dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan

negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-

masing.

Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu

yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.

Jadual 2 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap

TP. Jadual 3 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna

pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran

Pendidikan Seni Visual

Tafsiran Umum

MAKSUD TAHAP

PENGUASAAN

TAFSIRAN UMUM

Tahu 1

Murid tahu perkara asas, atau boleh

melakukan kemahiran asas atau memberi

respons terhadap perkara yang asas.

Tahu dan

Faham 2

Murid menunjukkan kefahaman untuk

menukar bentuk komunikasi atau

menterjemah serta menjelaskan apa yang

telah dipelajari.

Tahu, Faham

dan Boleh

Buat

3

Murid menggunakan pengetahuan untuk

melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu

situasi.

Tahu, Faham

dan Boleh

Buat dengan

Beradab

4

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran

dengan beradab, iaitu mengikut prosedur

atau secara sistematik.

Tahu, Faham

dan Boleh

Buat dengan

Beradab

Terpuji

5

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran

pada situasi baharu, dengan mengikut

prosedur atau secara sistematik, serta tekal,

dan bersikap positif.

Tahu, Faham

dan Boleh

Buat dengan

Beradab

Mithali

6

Murid berupaya menggunakan pengetahuan

dan kemahiran sedia ada untuk digunakan

pada situasi baharu secara sistematik,

bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta

boleh dicontohi.

Jadual 2: Maksud dan tafsiran umum tentang

Tahap Penguasaan

Page 16: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

9

Tafsiran Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Jadual 3 : Tafsiran Tahap Penguasaan bagi matapelajaran Pendidikan

Seni Visual

Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran

Sekolah

Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan

guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yang

berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu

mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan

Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard

kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi

peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan

yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan

pengukuhan.

Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari

dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi

panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan

seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan

pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.

Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh

dijalankan adalah:

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek

kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah

pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,

bukan hasil akhir yang diperoleh.

TAHAP PENGUASAAN

TAFSIRAN

1 Mengenal dan mengetahui bahasa seni visual,

media serta proses dan teknik pada karya.

2 Menyatakan dan memahami bahasa seni visual,

media serta proses dan teknik pada karya.

3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman

bahasa seni visual, media serta proses dan

teknik dalam penghasilan karya.

4

Menzahirkan idea, pengetahuan, kefahaman

dan kemahiran bahasa seni visual, media serta

proses dan teknik dalam penghasilan karya.

5

Menzahirkan idea, pengetahuan, kefahaman

dan kemahiran bahasa seni visual, proses dan

teknik serta menggunakan media yang betul

dalam penghasilan karya yang kreatif.

6

Menzahirkan idea kreatif berpandukan

kemahiran bahasa seni visual, media ,proses

dan teknik yang betul dalam penghasilan karya

serta berhujah terhadap hasil karya sendiri dan

rakan secara lisan dengan menghubungkaitkan

sejarah seni, tokoh seni dan warisan seni

negara.

Page 17: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

10

Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau

lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan

objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah

penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan

pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu

tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains

adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai

murni.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara

individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan

folio.

Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk

menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.

Page 18: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

11

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA 1. MENGGAMBAR

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.1 Melukis secara spontan

untuk menghasilkan imej.

1.1.1 Menghasilkan gambar

dengan teknik

gosokan menggunakan

media kering :

i. krayon

ii. arang

1

Mengecam krayon dan arang untuk membuat

gosokan.

2

Menyatakan bahan yang boleh menghasilkan

corak dengan teknik gosokan.

3

Menghasilkan gosokan bebas menggunakan :

krayon

arang

4

Menghasilkan gambar dengan teknik gosokan

menggunakan :

krayon

arang

5

Menghasilkan gambar bertema dengan teknik

gosokan menggunakan gabungan krayon dan

arang.

Page 19: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

12

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

6

Menghasilkan gambar dengan teknik gosokan

menggunakan pelbagai gabungan teknik dan

media kering secara kreatif.

Page 20: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

13

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.1.2 Menghasilkan gambar

menggunakan teknik

gurisan.

1

Mengecam alatan dan bahan membuat

gurisan.

2

Menyatakan dua bahan yang boleh

menghasilkan corak dengan teknik gurisan.

3

Melakar secara bebas dengan teknik gurisan

pada sebarang permukaan.

4

Menghasilkan gambar bertema dengan teknik

gurisan pada sebarang permukaan.

5

Menghasilkan gambar secara spontan

menggunakan gabungan dua alatan pada

sebarang permukaan dengan teknik gurisan.

Page 21: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

14

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

6

Menghasilkan gambar atau corak dengan

teknik gurisan dengan gabungan pelbagai

teknik dan bahan secara kreatif.

Page 22: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

15

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.2 Menghasilkan gambar.

1.2.1 Menghasilkan gambar

dengan teknik

kolaj menggunakan :

i. Kertas warna

ii. kertas surat khabar

iii. kertas majalah

iv. bijirin

v. kekacang

vi. rempah ratus

1

Mengecam bahan untuk membuat kolaj.

2

Menyatakan bahan untuk menghasilkan kolaj

3

Membuat lakaran imej secara bebas.

4

Menghasilkan kolaj dengan pilihan

menggunakan

tiga bahan :

kertas warna

kertas surat khabar

kertas majalah

bijirin

kekacang

rempah

Page 23: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

16

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

5

Menghasilkan kolaj gambar atau corak

menggunakan gabungan pelbagai bahan :

kertas warna

kertas surat khabar

kertas majalah

bijirin

kekacang

rempah

6

Menghasilkan gambar dan corak

menggunakan teknik kolaj dan mozek dengan

gabungan pelbagai bahan kitar semula.

Page 24: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

17

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

.

1.2.2 Menghasilkan gambar

menggunakan teknik

stensilan :

i. Menekap dan mewarna

hasil stensilan

ii. Menekap dan memotong

hasil stensilan

1

Mengecam bahan teknik stensilan.

2

Menekap dan mewarna hasil stensilan.

3

Menekap, mewarna dan memotong hasil

stensilan.

4

Menghasilkan gambar bertema dengan

teknik stensilan.

5

Menghasilkan gambar menggunakan teknik

stensilan dengan gabungan pelbagai corak

secara kreatif.

6

Menghasilkan gambar menggunakan alat

stensilan ciptaan sendiri secara kreatif.

Page 25: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

18

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.3 Mewarna.

1.3.1 Mewarna gambar

dengan menggunakan

warna sekunder.

1.3.2 Mengenal warna tertier.

1.3.3 Mewarna bentuk organik

dengan menggunakan

warna tertier.

1.3.4 Mewarna bentuk geometri

menggunakan warna

tertier.

1.3.5 Mewarna gambar

dengan menggunakan

warna tertier.

1

Mengecam warna sekunder dan tertier.

2

Menyatakan rupa organik dan geometri.

3

Melakar rupa organik dan rupa geometri.

4

Mewarna bentuk organik atau geometri

menggunakan warna tertier.

5

Mewarna gambar dengan menggunakan:

warna sekunder

warna tertier

6

Mewarna gambar menggunakan gabungan

warna secara kreatif.

Page 26: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

19

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.4 Meneroka unsur seni

1.4.1 Melakar rupa organik :

i. tumbuhan

ii. haiwan

1.4.2 Menghasilkan rupa

organik menggunakan

teknik :

i. montaj

ii. kolaj

1

Mengecam rupa organik :

tumbuhan

haiwan

2

Menyatakan rupa organik :

tumbuhan

haiwan

3

Melakar rupa tumbuhan dan rupa haiwan.

4

Menghasilkan rupa organik menggunakan

tenik :

montaj

kolaj

5

Menghasilkan corak berulang rupa organik

dengan teknik :

montaj

kolaj

Page 27: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

20

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

6

Menghasilkan pelbagai corak rupa organik

dengan gabungan teknik montaj dan kolaj

secara kreatif.

Page 28: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

21

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.4.3 Mengenal bentuk dua

dimensi dan tiga

dimensi.

1.4.4 Melakar rupa

geometri :

i. dua dimensi

ii. tiga dimensi

1

Mengecam bentuk :

Dua dimensi

Tiga dimensi

2

Menyambung titik-titik rupa geometri :

Dua dimensi

Tiga dimensi

3

Menekap rupa geometri dua dimensi dan tiga

dimensi.

4

Melakar satu rupa geometri dalam bentuk dua

dimensi dan tiga dimensi.

5

Menghasilkan pelbagai rupa geometri dalam

bentuk :

Dua dimensi

Tiga dimensi

Page 29: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

22

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

6

Menghasilkan lukisan dua dimensi dan tiga

dimensi secara kreatif.

Page 30: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

23

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

1.4.5 Menghasilkan gabungan

corak rupa geometri

menggunakan teknik

guntingan dan tampalan.

1

Mengecam rupa geometri.

2

Menyatakan kegunaan alatan dalam teknik

guntingan dan tampalan.

3

Melakar rupa geometri.

4

Menghasilkan corak rupa geometri

menggunakan teknik guntingan dan tampalan.

5

Menghasilkan gabungan corak rupa geometri

secara berulang menggunakan teknik guntingan

dan tampalan.

6

Menghasilkan corak rupa geometri

menggunakan pelbagai bahan dan teknik

secara kreatif.

Page 31: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

24

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA 2. CORAK DAN REKAAN

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.1 Mereka corak secara

tidak terancang.

2.1.1 Menghasilkan corak

menggunakan teknik

titisan :

i. warna air

ii. lilin

1

Mengecam bahan bagi menghasilkan corak

titisan.

2

Menyatakan kegunaan bahan bagi

menghasilkan teknik titisan.

3

Menghasilkan titisan bebas menggunakan :

warna air

lilin

4

Menghasilkan corak dengan teknik titisan

menggunakan :

warna air

lilin

5

Menghasilkan corak titisan dengan

gabungan warna air dan lilin.

Page 32: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

25

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

6

Menghasilkan corak menggunakan pelbagai

teknik dan bahan secara kreatif.

Page 33: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

26

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

.

2.1.2 Menghasilkan corak

menggunakan teknik

renjisan atau percikan :

i. berus

ii. bahan kitar semula

1

Mengecam bahan bagi menghasilkan corak

percikan dan renjisan.

2

Menyatakan kegunaan bahan bagi

menghasilkan corak percikan dan renjisan.

3

Menghasilkan percikan dan renjisan secara

bebas di atas sebarang permukaan.

4

Menghasilkan corak percikan dan renjisan

dengan menggunakan :

berus

bahan kitar semula

5

Menghasilkan corak renjisan dan percikan

dengan menggunakan gabungan berus dan

bahan kitar semula.

Page 34: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

27

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

6

Mereka cipta dari hasil kerja teknik percikan

dan renjisan secara kreatif.

Page 35: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

28

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.2 Mereka corak secara

terancang.

2.2.1 Menghasilkan corak rupa

positif dan negatif secara

berulang.

1

Mengecam rupa positif dan rupa negatif.

2

Menghasilkan lakaran rupa.

3

Mewarnakan rupa positif dengan warna yang

cerah dan rupa negatif dengan warna gelap.

4

Mereka corak ulangan menggunakan rupa

positif dan negatif.

5

Menghasilkan corak cerminan rupa positif

dan negatif dengan menggunakan teknik

lipatan dan guntingan.

6

Menghasilkan corak rupa positif dan rupa

negatif dengan menggunakan pelbagai teknik

dan media secara kreatif.

Page 36: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

29

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.2.2 Menghasilkan corak

hiasan dinding dengan

teknik mozek.

1

Mengecam alatan dan bahan untuk

menghasilkan teknik mozek.

2

Menyusun bahan tanpa bertindih di atas

sebarang permukaan.

3

Menyusun dan menampal bahan mengikut

teknik mozek.

4

Menghasilkan corak dengan menggunakan

teknik mozek.

5

Menghasilkan hiasan dinding

menggunakan teknik mozek dengan

gabungan pelbagai bahan.

Page 37: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

30

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

6

Mereka corak hiasan dinding dengan

teknik mozek menggunakan pelbagai

bahan secara kreatif.

Page 38: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

31

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

.

2.2.3 Menghasilkan corak

dengan teknik resis :

i. motif flora

ii. motif fauna

1

Mengecam alatan dan bahan untuk

menghasilkan corak menggunakan teknik

resis.

2

Menyatakan motif flora dan fauna.

3

Membuat lakaran bermotifkan :

flora

fauna

4

Menghasilkan corak sama ada bermotifkan

flora dan fauna dengan menggunakan

teknik resis.

5

Menghasilkan corak gabungan motif flora

dan fauna secara kreatif menggunakan

teknik resis.

Page 39: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

32

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

6

Menghasilkan corak bermotif flora dan

fauna dengan teknik resis menggunakan

pelbagai teknik dan bahan secara kreatif.

Page 40: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

33

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.3 Membuat projek.

2.3.1 Menghasilkan corak

pada kad ucapan

menggunakan teknik

mozek.

1

Mengecam jenis-jenis kad ucapan.

2

Menyatakan kegunaan kad ucapan.

3

Menghasilkan corak dengan teknik mozek pada

sebarang permukaan.

4

Menghasilkan corak pada kad ucapan

menggunakan teknik mozek.

5

Menghasilkan pelbagai corak pada kad ucapan

menggunakan teknik mozek secara kreatif.

6

Mereka kad ucapan menggunakan pelbagai

corak dengan gabungan teknik dan bahan

secara kreatif.

Page 41: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

34

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

2.3.2 Menghasilkan corak untuk

dijadikan pembalut hadiah

menggunakan teknik

resis.

1

Mengecam pembalut hadiah.

2

Menyatakan kegunaan pembalut hadiah.

3

Menghasilkan corak dengan teknik resis pada

sebarang permukaan.

4

Menghasilkan corak untuk dijadikan pembalut

hadiah menggunakan teknik resis.

5

Menghasilkan pelbagai corak pembalut hadiah

menggunakan teknik resis secara kreatif.

6

Menghasilkan pembalut hadiah menggunakan

pelbagai corak dengan gabungan teknik dan

media secara kreatif.

Page 42: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

35

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA 3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

3.1 Membuat binaan mudah.

3.1.1 Menghasilkan kotak

kertas.

3.1.2 Menghias kotak dengan

menggunakan bahan

kitar semula.

1

Mengecam kotak kertas.

2

Menyatakan alatan dan bahan untuk

menghasilkan kotak kertas.

3

Melipat kertas secara bebas.

4

Menghasilkan kotak kertas mengikut teknik yang

betul.

5

Menghias kotak kertas dengan menggunakan

bahan kitar semula.

6 Menghias kotak kertas menggunakan pelbagai

teknik dan bahan secara kreatif.

Page 43: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

36

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

3.2 Membuat projek.

3.2.1 Menghasilkan binaan

model :

kenderaan

bangunan

haiwan

perabot

tumbuhan

1

Mengecam binaan model.

2

Menyatakan alatan dan bahan untuk

menghasilkan binaan model.

3

Merangka binaan model menggunakan bahan

sedia ada.

4

Menghasilkan tiga binaan model

menggunakan bahan dan teknik yang sesuai.

5

Menghias kemasan pada binaan model.

6

Membuat kemasan pada binaan model

menggunakan pelbagai teknik dan bahan

secara kreatif.

Page 44: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

37

TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA 4. KRAF TRADISIONAL

STANDARD KANDUNGAN

(Murid dibimbing untuk….)

STANDARD PEMBELAJARAN

(Murid berupaya untuk..…)

STANDARD PRESTASI

(Murid boleh….)

TAHAP

PENGUASAAN TAFSIRAN

4.1 Projek Kraf.

4.1.1 Mengenal tembikar.

4.1.2 Mengenal teknik-teknik

dalam menghasilkan

tembikar.

i. teknik picitan

ii. teknik lingkaran

4.1.3 Menghasilkan tembikar

dengan doh dan tanah liat

menggunakan:

i. teknik picitan

ii. teknik lingkaran

1

Mengecam tembikar.

2

Menyatakan bahan yang digunakan untuk

membuat tembikar.

3

Membentuk doh dan tanah liat dengan teknik:

memicit doh

menggelek doh

4

Menghasilkan tembikar menggunakan:

teknik picitan

teknik lingkaran

5

Menghasilkan corak pada tembikar.

6

Membuat kemasan pada tembikar

menggunakan pelbagai teknik dan bahan

secara kreatif.

Page 45: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

DRAF

38

Page 46: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual
Page 47: PENDIDIKAN SENI VISUAL - · PDF filedraf . dokumen standard kurikulum dan pentaksiran . kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas (masalah pembelajaran) pendidikan seni visual

TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917 http//www.moe. gov.my/bpk