jenis – jenis kelompok dan proses

51
NAMA AHLI KUMPULAN : RAMANA DEVI A/P ANANTHAN DIGANESWARI A/P MANIKAM DIVYAA A/P KRISHNAN THEVARANI A/P MOHAN THURGA DEVI A/P SUBARINAM UNIT : J-13 (BT/PJ/SS) KOD DAN MATA PELAJARAN : EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK TAJUK : JENIS – JENIS KELOMPOK & PROSES NAMA PENSYARAH : ENCIK. BASKARAN KANNAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

Upload: thevarani-mohan

Post on 27-Dec-2015

313 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kaunseling

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

NAMA AHLI KUMPULAN : RAMANA DEVI A/P ANANTHAN

DIGANESWARI A/P MANIKAM

DIVYAA A/P KRISHNAN

THEVARANI A/P MOHAN

THURGA DEVI A/P SUBARINAM

UNIT : J-13 (BT/PJ/SS)

KOD DAN MATA

PELAJARAN : EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KANAK-KANAK

TAJUK : JENIS – JENIS KELOMPOK & PROSES

NAMA PENSYARAH : ENCIK. BASKARAN KANNAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

Page 2: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

Jenis – jenis kelompok

kaunseling

Page 3: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Jenis kaunseling kelompok ini dibahagikan

bergantung kepada :

tujuan kelompok itu dibentuk saiz kelompok jangka masa kelompok itu berjalan tanggungjawab pemimpin, tahap keseriusan masalah kecekapan dan ketrampilan pemimpin kandungan perbincangan kelompok

Page 4: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

Corey (2000) mengklasifikasikan kelompok kepada kelompok psikoterapi, psikopembelajaran, kelompok bantu diri, kelompok brief dan kelompok

orientasi tugas.

Page 5: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• 2. Kelompok berdasarkan populasi tertentu

Keseluruhannya kelompok kaunseling boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang

utama iaitu :

1. Kelompok berdasarkan perawatan

2. Kelompok berdasarkan populasi tertentu

Page 6: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Kelompok yang dibentuk berdasarkan perawatan juga dipanggil kelompok pemulihan atau pendidikan dibahagikan kepada beberapa jenis yang utama iaitu :

Kelompok tugasan

Kelompok Psikoterapi

Kelompok Perkembangan ataupun pengalamanKelompok

kaunseling ataupun teraputik

Kelompok Bantu diri

Kelompok Bimbingan

Page 7: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• merupakan kelompok yang dibentuk dengan tujuan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah disasarkan.

• Kelompok jenis ini adalah memfokuskan pencapaian tugasan bagi kumpulan dan tidak menfokus kepada pencapaian individu.

• Proses dalam kelompok berlaku dengan penumpuan diberikan untuk menyelesaikan masalah mengikut tugasan kelompok.

KELOMPOK TUGASAN

Page 8: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Kejayaan kelompok tugasan ini banyak bergantung kepada sejauh mana dinamiknya kelompok itu.

• Pemimpin kelompok memainkan peranan penting untuk membina kelompok yang dinamik tersebut.

• Oleh itu pemimpin kelompok harus menggunakan kemahiran teraputiknya untuk membina kepercayaan, kerjasama dan kejelekitan dalam kalangan ahli kelompok bagi menggerakkan kelompok menjadi kelompok yang proaktif dan produktif.

Page 9: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

Ahli tidak jelas dengan peranan dan tujuan kelompok

• Ahli-ahli kelompok mungkin ada yang tidak jelas peranan mereka dan tujuan berada dalam kelompok.

• Oleh itu mereka tidak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya semasa berada

dalam kelompok.

Page 10: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

Ahli yang pasif

• Oleh kerana ada ahli tidak jelas maka mereka akan lebih banyak berdiam diri dalam kelompok.

• mereka merasa tidak selesa dan sukar untuk memberikan kerjasama kepada ahli-ahli lain dalam kelompok

Page 11: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Oleh yang demikian Hulse-Killacky, Killacky & Donigian (2000) dalam Ida (2006), telah menggariskan beberapa andaian untuk memastikan kelompok tugasan berfungsi dengan lebih baik iaitu :

1. Tujuan kelompok jelas kepada semua ahli. 

2. Proses dan kandungan kelompok adalah seimbang.

Page 12: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

3. Sistem kelompok yang mengandungi pemimpin ahli dikenal pasti serta diperakui.

 4. Masa yang mencukupi diambil bagi membina budaya dan pembelajaran berkaitan satu sama lain.

5. Etika kerjasama dan rasa hormat diperkembangkan dan disemai.

6. Konflik dikenal pasti.

Page 13: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

Ahli tidak jelas dengan peranan dan tujuan kelompok

• Ahli-ahli kelompok mungkin ada yang tidak jelas peranan mereka dan tujuan berada dalam kelompok.

• Oleh itu mereka tidak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya semasa berada

dalam kelompok.

Page 14: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

7. Maklum balas diberikan.

8. Pemimpin memberi tumpuan kepada isu ‘di sini dan kini’

9. Ahli adalah merupakan sumber yang aktif.

10. Ahli mempelajari cara bagi ahli yang berkesan

dan berpengaruh.

Page 15: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

11. Pemimpin mempamerkan set kemahiran yang ditetapkan bagi membantu ahli menangani isu tugas dan hubungan kemanusiaan.

12. Ahli dan pemimpin mengambil masa bagi mengimbas apa yang berlaku sepanjang sesi.

Andaian-andaian di atas jika dapat dipenuhi akan dapat memastikan kelompok berfungsi dengan baik.

Page 16: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• satu pendekatan kaunseling yang bersifat merawat dan memulihkan.

•  Matlamat utama kelompok ini adalah perubahan personaliti individu sama ada kecil atau besar.

• mengambil masa yang agak panjang. 

• pemimpin yang memimpin memerlukan kemahiran yang tinggi dan struktur yang jelas

KELOMPOK PSIKOTERAPI

Page 17: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Kelompok jenis ini berbeza dengan kelompok jenis lain kerana klien atau ahli kelompok terdiri daripada mereka yang mengalami gangguan mental, kecelaruan serius, kebimbangan kronik, depresi, kecelaruan identity, anxiety dan sebagainya.

• pemimpin kelompok jenis ini terdiri daripada ahli psikiatri ataupun ahli psikologi yang terlatih dan berlesen.

Page 18: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Kelompok jenis ini adalah bertujuan membantu individu-individu yang sihat dari segi psikologinya.

• Kelompok jenis ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

kelompok latihan atau T-Group

kelompok pertembungan

kelompok marathon. 

KELOMPOK PERKEMBANGAN DAN PENGALAMAN

Page 19: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• berorientasikan latihan bagi memperkembangkan sensitiviti dan kemahiran interpersonal klien.

• Ahli belajar berkaitan diri sendiri dan orang lain.

• Ahli-ahli bebas menentukan apa yang mereka mahu pelajari dan mereka boleh menguji perlakuan mereka, menganalisa maklumat dan membuat keputusan. 

KELOMPOK LATIHAN ATAU T-GROUP

Page 20: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• bermula dari kelompok latihan dan ia berasaskan penyelesaian masalah.

• Namun ianya menggabungkan peluang supaya dapat berkembang dalam setting yang berbeza.

• Dalam kelompok ini ahli akan diproses untuk menjadi setulen yang mungkin melalui kaedah konfrantasi dan ini akan menjadikan keadaan kelompok lebih intensif dan emosional.

KELOMPOK PERTEMBUNGAN

Page 21: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Keadaan ini akan mewujudkan kurang selesa kepada ahli dalam kelompok dan ini memerlukan pemimpin kelompok bijak untuk menggunakan kemahiran-kemahiran mereka. 

Page 22: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Kelompok ini adalah merupakan jenis kelompok yang bercirikan perjalanan sesi yang agak panjang sehingga berminggu-minggu.

• Perjalanan sesi yang panjang ini adalah bagi membina hubungan yang efektif melalui interaksi yang mendalam.

• Ahli kelompok akan menjalankan aktiviti bersama sepanjang hari sehingga tempoh kelompok tamat

KELOMPOK MARATON

Page 23: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

Antara ciri-ciri kelompok perkembangan adalah menekankan kepada:

1. Pembelajaran secara tindakan berbanding hanya berbincang berkaitan sesuatu isu.

2. Keutamaan diberi kepada pengalaman secara langsung hasil daripada peningkatan kesedaran dan tindakan.

Page 24: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

3. Interaksi antara ahli amat digalakkan bagi memberi ahli

peluang dan berani mengambil risiko serta mampu menjadi setulen yang mungkin.

4. Menurut Johnson & Johnson, 2000 ahli diberi latihan berstruktur sehingga kemahiran baru itu menjadi sebahagian dari fungsi formal seseorang individu.

Page 25: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

KELOMPOK KAUNSELING / TERAPUTIK

• kelompok yang dibentuk bagi mewakili keadaan sebenar sebaik mungkin.

• Dalam kelompok ini, ahli-ahli akan memainkan peranan untuk membantu ahli yang mengalami masalah.

• Kelompok ini lebih berorientasikan masalah ataupun penyelesaian masalah, bersifat memulihkan dan mampu menghalang masalah yang bakal berlaku. 

Page 26: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Jumlah ahli kelompok adalah sekitar 6 hingga 12 orang dan keahlian adalah heterogeneous atau pelbagai.

• Ini adalah bagi mempertingkatkan sumber dalam kelompok. Dengan sumber yang pelbagai ini akan meningkatkan motivasi dan minat kelompok untuk kekal.

• Ahli-ahli dalam kelompok ini perlu bersikap terbuka dan fleksibel.

Page 27: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

KELOMPOK BANTU DIRI

• Kelompok ini berbeza dengan kelompok kaunseling.

• Ianya tidak memerlukan pemimpin yang pakar kerana setiap ahli memainkan peranan untuk berkongsi pengalaman-pengalaman mereka.

• Fungsi utama kelompok ini adalah sebagai sistem sokongan kepada setiap ahli dan ahli dengan bantuan kumpulan bertanggungjawab kepada

dirinya dan juga sebarang keputusan yang dibuat.

Page 28: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Ciri-ciri kelompok ini juga ialah ahli adalah homogeneous, ahli bertindak sebagai agen sokongan dan bantuan dan sekiranya ada pemimpin dalam kelompok itu ia lebih bertindak sebagai fisilitator dan kebiasaannya pemimpin dilantik dalam kalangan ahli kelompok itu sendiri

(Ida, 2006).

• Contoh kelompok bantu diri adalah kelompok untuk penagihan dadah, ketagihan alcohol, pesakit kanser, kurang upaya dan lain-lain.

Page 29: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Terdapat beberapa kelemahan dalam kelompok ini iaitu dari segi peranan pemimpin yang kurang jelas.

• ini kerana pemimpin dilantik dalam kalangan ahli kelompok dan bertindak hanya sebagai fasilitator sahaja.

Page 30: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Selain itu timbul persoalan sejauhmana keberkesanan kelompok kerana ahli hanya berkongsi pengalaman bukannya kepakaran dan pengalaman itu mungkin tidak sesuai bagi ahli yang lain kerana setiap individu berbeza latar belakang, pendidikan dan sebagainya.

• Ahli juga mungkin hanya meluahkan emosi dan tekanan yang dihadapi tanpa membantu ahli lain dan ini akan mewujudkan kebergantungan kepada kelompok.

Page 31: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

KELOMPOK BIMBINGAN

• Kelompok bimbingan kebiasaannya banyak dijalankan di sekolah-sekolah dalam proses membimbing para pelajar.

• Ianya lebih berkisar kepada menyampaikan maklumat dan tidak melibatkan penerokaan yang mendalam.

•  Dalam kelompok ini Thompson & Poppen (1979) menyatakan focus dan kandungan kelompok bimbingan di sekolah adalah perkembangan konsep kendiri, disiplin kendiri pelajar, hubungan rakan sebaya, hubungan interpersonal dengan individu lain, kemahiran belajar, perkembangan kerjaya dan mengembangkan suasana perkembangan yang efektif. 

Page 32: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Trotzer (1980) dalam Ida (2006) menyatakan bahawa kelompok bimbingan membekalkan maklumat dan kemahiran yang berguna secara peribadi dan menggalakkan hubungan interpersonal, perbincangan dan perkongsian demi membantu ahli kelompok memahami diri, perkembangan dan dunia mereka.

Page 33: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Ida (2006) membahagikan kelompok bimbingan kepada 2 jenis iaitu:

1. Kelompok Bimbingan besar2. Kelompok bimbingan kecil

Page 34: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Kelompok bimbingan besar mampu menjangkau berpuluh-puluh peserta bergantung kepada keupayaan fasilitator yang menguruskan kelompok tersebut.

• Biasanya cara yang digunakan adalah seperti ceramah, tayangan video, forum dan lain-lain. Kelompok ini sangat menjimatkan masa kerana pemimpin kelompok dapat menyampaikan maklumat kepada khalayak yang besar dalam jangkamasa yang singkat.

Page 35: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Namun terdapat kelemahan iaitu pemimpin atau fasilitator sukar untuk mengesan keberkesanan penyampaian maklumat tersebut. 

• Manakala kelompok bimbingan kecil pula hanya melibatkan 8 hingga 12 orang ahli pada setiap masa.

Page 36: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Oleh yang demikian sesuatu isu dapat dibincangkan dengan lebih mendalam dan kebiasaannya tumpuan dalam kelompok ini lebih kepada perbincangan berbanding pembentangan oleh fasilitator atau pemimpin. 

Page 37: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

Kaunseling kelompok berdasarkan populasi tertentu boleh dibahagikan kepada :

1. Kelompok kaunseling untuk kanak-kanak2. Kelompok kaunseling untuk remaja3. Kelompok kaunseling untuk pelajar4. Kelompok kaunseling untuk orang tua

2. KELOMPOK BERDASARKAN POPULASI TERTENTU

Page 38: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Kelompok ini tertumpu kepada pencegahan atau pemulihan.

• Kaunseling kelompok ini digunakan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak meluahkan perasaan mereka tentang masalah dan konflik yang mereka hadapi.

KAUNSELING KELOMPOK UNTUK

KANAK-KANAK

Page 39: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• kanak-kanak yang mangalami masalah emosi dan tingkahlaku yang serius ini dibantu dengan diberi pemulihan awal untuk membantu mereka secara psikologi untuk menghadapi segala perkembangan hidup dengan lebih berkesan.

• kanak-kanak ini dibantu bagi mengubah

tingkahlaku mereka kea rah yang tingkahlaku normal. 

Page 40: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Ketika menempuhi zaman remaja individu akan merasa kesunyian dan menghadapi kesukaran dalam membuat pilihan dan keputusan.

• Ini kerana pada zaman ini remaja masih lagi mencari-cari identiti diri mereka.

 KAUNSELING KELOMPOK UNTUK REMAJA

Page 41: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

• Melalui kaunseling kelompok remaja dibantu dengan memberi ruang kepada mereka untuk meluahkan konflik-konflik perasaan yang dihadapi.

• mereka belajar untuk meluahkan keprihatinan mereka dan bagaimana pendapat mereka didengari.

• Dalam konteks ini remaja belajar untuk membantu orang lain untuk mencapai persefahaman dan penerimaan diri.

Page 42: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

KAUNSELING KELOMPOK UNTUK PELAJAR

• Kaunseling kelompok ini biasanya digunakan di sekolah, kolej dan juga universiti.

• Ia juga dikenali dengan panggilan home rome dan sebagainya.

• Kelompok ini digunakan sebagai medan kepada pelajar yang menghadapi masalah perkembangan sosial dan emosi seperti masalah pemilihan kerjaya, hubungan antara rakan sebaya, krisis identiti, perasaan dipinggirkan dan sebagainya.

Page 43: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

KAUNSELING KELOMPOK UNTUK ORANG TUA

• Apabila menjejaki usia tua maka akan timbul perasaan kesunyian dan rasa terpinggir.

• Kaunseling kelompok ini lebih tertumpu kepada bagaimana untuk mencegah kesunyian dan menawarkan galakkan yang penting ketika mereka mencari makna kehidupan sebenar.

• Melalui kaunseling kelompok ini golongan tua harus sedar bahawa banyak benda yang boleh dilakukan apabila mereka berjaya membuang tanggapan negatif seperti rasa terpinggir dan rasa tidak berguna kepada membina rasa hormat, rasa tulus dan rasa sempurna. 

Page 44: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

PROSES KAUNSELING KELOMPOK

Setiap kaunseling kelompok mempunyai proses dan

peringkat-peringkat perkembangannya seperti berikut:

Page 45: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

Proses 1 : Mengenal pasti dan membentuk kumpulan serta objektif untuk Kaunseling Kelompok

• Pada proses ini, pengenal pastian masalah dan pembentukan kumpulan

dilakukan.

• Ini bermakna, untuk membentuk kumpulan murid yang mempunyai

masalah yang serupa.

• Guru bimbingan harus menggunakan teknik pemerhatian, soal selidik dan

senarai semak.

• Justeru itu, untuk mengenal pasti dan membentuk kumpulan yang sesuai,

guru bimbingan harus menguasai kemahiran menggunakan teknik

pemerhatian dan soal selidik serta cekap membina item-item senarai

semak yang sesuai.

Page 46: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

Proses 2 : Sesi sumbangsaran

• Murid-murid akan dikumpul dalam satu tempat yang sesuai dan

sesi kaunseling dimulakan sebagai peringkat kedua.

• Teknik sumbangsaran adalah disarankan untuk digunakan sebagai

perbincangan masalah dan penyelesaiannya antara murid dalam

kumpulan.

• Terdapat 5 peringkat dalam sesi sumbangsaran ini.a) Orientasi dan pendedahan dirib) Konflik dan konfrontasic) Perkembangan hubungan rapat integrasid) Pengeluaran, kejayaan dan penyelesaian masalahe) Keputusan, peraturan dan penamatan

Page 47: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

Proses 2 : Sesi sumbangsaran

• Murid-murid akan dikumpul dalam satu tempat yang sesuai dan

sesi kaunseling dimulakan sebagai peringkat kedua.

• Teknik sumbangsaran adalah disarankan untuk digunakan sebagai

perbincangan masalah dan penyelesaiannya antara murid dalam

kumpulan.

• Terdapat 5 peringkat dalam sesi sumbangsaran ini.a) Orientasi dan pendedahan dirib) Konflik dan konfrontasic) Perkembangan hubungan rapat integrasid) Pengeluaran, kejayaan dan penyelesaian masalahe) Keputusan, peraturan dan penamatan

Page 48: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

Peringkat 1 : Orientasi dan Pendedahan diri

• Peserta berbicara secara tentatif • Sesuatu kenyataan daripada seseorang

peserta sukar mendapat sambutan.• Tugas pemudahcara ialah mewujudkan

suasan yang selesa serta perkongsian idea yang positif daripada semua peserta bertindak mempengaruhi suasan kelompok dengan meneguhkan tingkah laku yang berpatutan.

Peringkat 2 :Konflik dan konfrontasi

• Ahli kelompok berasa gemuruh, ragu-ragu tidak selamat dan ini menimbulkan sifat degil, pertahanan, penentangan, menarik diri dan tingkah laku yang bertentangan.

Peringkat 1 :

Orientasi dan Pendedahan Diri

Peringkat 2 :

Konflik dan konfrontasi

Page 49: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

Peringkat 3 :Perkembangan Hubungan

Rapat Integrasi

• Perkembangan dan kewujudan kepercayaan dapat meyakinkan dan memerlukan banyak rasa keselesaan dan rasa ambil berat serta perkongsian perasaan itu.

• Wujudnya pendedahan rahsia diri meningkatkan penerimaan sesama sendiri dan merasakan hak kepunyaan bersama dalam sesebuah kelompok.

Peringkat 4 : Pengeluara

• Saranan dan tindakan menyelesaikan masalah dan semua ahli hendaklah terlibat sama-sama merancang.

• Ahli-ahli diberi peluang meneliti masalahnya dengan lebih dekat, berbincang tentang pilihan resolusi dan mencuba tingkah laku baru.

• Ahli menyokong sesama sendiri dan kerjasama erat sekali.

• Peringkat ini memperlihatkan peringkat berfungsi dan produktiviti.

• Apabila ahli berjaya mencapai matlamat, kelompok bolehlah merancang untuk menamatkan sesi.

• Ahli menyeimbangkan keperluan diri dengan keperluan kumpulan.

• Had optimum dalam perhubungna dan kepuasan sudah tercapai.

Peringkat 3 :

PerkembangaHubungan

RapatIntegrasi

Peringkat 4:

Pengeluaran, kejayaan dan penyelesaian

masalah

Peringkat 5 :

Keputusan, peraturan dan

penamatan

Page 50: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

Proses 3 :Tindakan Susulan

• Tindakan susulan hendaklah dirancangkan untuk mengesan

hasil tindakan murid dengan pencapain objektifnya.

• Guru kaunseling harus berusaha untuk mendapat maklum

balas, sama ada melalui pemerhatian lanjut ataupun guru

kaunseling.

• Kemudian membuat keputusan dengan mangambil tindakan

yang sewajarnya.

Page 51: Jenis – Jenis Kelompok Dan Proses

SEKIAN TERIMA KASIH