ciri –ciri pengurus pertengahan sekolah rendah … · kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi...

28
CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN YOS FATIMAH BINTI SELAMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: doankhuong

Post on 13-Mar-2019

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN

SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN

YOS FATIMAH BINTI SELAMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

“Kami akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan”.

Tandatangan

Nama Penyelia 1

Tarikh

: ……………………………………..

: DR. HJ. MOHD. ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

: 7 NOVEMBER 2008

Page 3: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

PSZ 19:16(Pin.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’

JUDUL : CIRI-CIRI PENGURUS PERTENGAHAN

SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN

SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya YOS FATIMAH BINTI SELAMAT No. Matriks BP 060113 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 05-04, Sri Pahlawan C, DR. MOHD ANUAR ABDUL RAHMAN Pangsapuri Bukit Saujana 81800 Johor Bahru Nama Penyelia Tarikh: 07 NOV 2008 Tarikh: 07 NOV 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan

dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ’ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 4: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

CIRI –CIRI

PENGURUS PERTENGAHAN

SEKOLAH RENDAH YANG BERKESAN

YOS FATIMAH BINTI SELAMAT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahaan Ijazah Sarjana Muda

(Pengurusan Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOVEMBER 2008

Page 5: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

ii

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan

Nama Penulis

Tarikh

: ……………………………………..

: YOS FATIMAH BINTI SELAMAT

: 7 NOVEMBER 2008

Page 6: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

iii

DEDIKASI

”Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian

atas limpah dan kurnia Allah S.W.T. tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke

atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W”

Kehadiranku di sini adalah suatu yang tidak terlintas difikiran dan angan.

Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata

Perjuangan yang mewarnai hidup ini moga menjadi

dorongan buat kalian mengharungi hidup ini

Cabaran yang melintasi setiap derap

langkah adalah rencah kehidupan

yang menghiasi dan membawa

seribu makna dan nilai

kejayaan yang tidak

terhingga.

Amin.

Khusus buatmu Suami Tercinta Hamdan Bin Yusof

Anak-Anakku yang dikasihi Nurul Asikin

dan Nurul Ainaa Afwa

Terima kasih

Semua.

Tidak terhingga kasih sayangmu Ayahanda dan juga Bonda

yang mendoakan kesejahteraanku sepanjang pengajian ini

Haji Selamat bin Paimen & Hajah Baisah binti Hadith

Adik beradik dan ahli keluarga semua

Pensyarah-pensyarah yang budiman

Rakan-rakan seperjuangan

Alhamdulillah kita

semua telah

BERJAYA

Page 7: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya

menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Selawat dan salam buat junjungan besar

Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi.

Ingin saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana beradanya saya di sini

merupakan satu anugerah Allah dan kenangan terindah dalam hidup saya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada

penasihat penyelidikan, Dr. Hj. Mohd. Anuar bin Abdul Rahman yang tanpa jemu

menghulurkan bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui dan membalas jasa-jasanya

yang sangat besar ini.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor,

Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, rakan-rakan Guru Besar dan guru-guru dari

sekolah-sekolah rendah di Zon Majidi yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan

ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat suami tercinta, anak-anakku Ekin dan

Aina serta ayah ibu tercinta yang telah memberi dorongan, sokongan, perhatian dan

mendoakan kejayaan ini. Tidak lupa kepada para pensyarah, rakan-rakan guru di

Sekolah Kebangsaan Taman Suria serta rakan seperjuangan kerana anda semualah yang

telah memberi saya kekuatan untuk pencapaian cemerlang saya pada hari ini. Insyallah

jasa dan kebaikan kalian akan sentiasa saya kenang sepanjang perjalanan hidup ini.

Sekian. Wassalam

Page 8: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

v

ABSTRAK

Penyelidikan deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti kualiti diri dan

kemahiran pengurusan pengurus pertengahan di sekolah rendah serta kursus dan latihan

yang diperlukan. Seramai 156 orang pengurus-pengurus pertengahan daripada 13 buah

sekolah sekolah rendah gred A di Zon Majidi telah digunakan sebagai responden kajian.

Satu set soal selidik telah dibina berdasarkan senarai kualiti diri yang dihasilkan oleh

West Sussex Advisory and Inspection Service (1994) dan soal selidik Team-work KSAs

yang dibangunkan oleh Steven (1993) bagi kemahiran pengurusan. Kajian rintis

melibatkan 14 orang guru Sekolah Kebangsaan Taman Suria telah dijalankan dan nilai

kebolehpercayaan soal selidik adalah tinggi (0.9615). Statistik deskriptif min dan

sisihan piawai serta statistik inferensi yang melibatkan Ujian–t dan korelasi telah

digunakan untuk menganalisa data. Dapatan kajian menunjukkan lima kualiti diri yang

paling utama perlu ada pada pengurus pertengahan ialah bersikap terbuka dan jujur

dengan rakan sekerja, mempunyai budi pekerti yang baik dan mudah berjumpa serta

didampingi, tingkahlaku yang berwibawa, menunjukkan keyakinan dan ketenangan diri

dan konsisten. Sementara senarai keperluan aspek kemahiran pengurusan yang utama

bagi pengurus pertengahan adalah aspek komunikasi, diikuti oleh aspek perancangan

dan penyelarasan tugas, penetapan matlamat dan pengurusan prestasi, penyelesaian

masalah secara kolaboratif dan penyelesaian konflik. Dapatan juga menunjukkan

bahawa kursus dan latihan yang paling diperlukan oleh pengurus pertengahan sekolah

rendah adalah dari keperluan profesion diikuti oleh keperluan individu dan keperluan

organisasi. Kajian juga telah menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi ciri-

ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis sekolah. Manakala

analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara aspek-aspek dalam

kemahiran pengurusan. Akhirnya beberapa cadangan tindakan telah dikemukakan.

Page 9: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

vi

ABSTRACT

The aim of this research is to find out the self quality and technique of

administration among the middle management managers in primary school and hence

suggest the suitable courses and training that are suitable to them. A total of 156 middle

managers have been selected from 13 Grade A schools in Majidi Zone, as the

respondents. The questionnaire are used as the instrument based on West Sussex

Advisory and Inspection Service (1994) and Team-work KSAs developed by Steven

(1993) for the management skills. A pilot project has been carried out to 14 respondents

at Sekolah Kebangsaan Taman Suria and the reliability is high (alpha cronbach value is

0.9615). Descriptive statistic has been used to show mean and standard deviations with

inference statistic that consist of t-test and correlations used to analyze the data. The

result of the survey indicates that the respondents self five top qualitys and

characteristics of the middle management manager are to have open-minded

personality, well-mannered, honest to the members of the group, sociable, friendly,

charismatic and self-possessed that shows confidence and consistency. As for those top

post middle managers such as the head of department, they required to have better

communication skill, proper planning, good coordination with the subordinates, fixed

goal and performance management and a collaborative problems solving and conflict

solution. The finding shows that courses and training which are most needed by

primary school middle managers are the courses based on profession, followed by an

individual and organizations needs, there are no significant differences for the attribute

of middle managers based on task and type of the school and there are a high correlation

between the aspects of management skills. Lastly, actions that need to be taken are

suggested.

Page 10: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN

ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI SIMBOL xv

SENARAI CARTA xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Rasional Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Skop kajian / Batasan Kajian 12

1.9 Kerangka Kajian

12

Page 11: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

viii

1.10 Definisi Konsep dan Operational Kajian

1.10.1 Pengurus Pertengahan

1.10.2 Pengupayaan

1.10.3 Pasukan Kerja

1.10.4 Ketua Pasukan Kerja

1.10.5 Kualiti Diri

1.10.6 Kemahiran Pengurusan

1.11 Penutup

13

13

14

14

15

15

16

16

2 TINJAUAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Pengurusan Sekolah Masa Kini

2.2.1 Amalan Pengupayaan di Sekolah

18

19

2.3 Pengurus Pertengahan

2.3.1 Pengurus Pertengahan di Sekolah Rendah

2.3.3 Lantikan Pengurus Pertengahan.

2.3.4 Kepentingan Pengurus Pertengahan

2.3.4 Peranan Pengurus Pertengahan Dalam Mengurus

Pasukan Kerja

2.3.5 Ciri-ciri Pengurus Pertengahan

2.3.6 Gaya Kepimpinan Pengurus Pertengahan

2.3.7 Latihan dan Kemahiran Pengurusan Pertengahan

2.3.7.1 Kemahiran Yang DiPerlukan

2.3.7.2 Mengenalpasti Keperluan Latihan

2.3.7.3 Kursus Berdasarkan Jenis Keperluan

21

22

23

25

28

30

35

36

38

39

41

2.4 Kajian-kajian Lepas

2.4.1 Kajian Lepas Dalam Negara

2.4.2 Kajian Luar Negara

42

43

45

2.5 Rumusan

47

Page 12: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

ix

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 48

3.2 Reka Bentuk Kajian 48

3.3 Populasi Kajian 49

3.4 Instrumen Kajian

3.4.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden

3.4.2 Bahagian B: Pengurus Pertengahan

3.4.3 Bahagian C : Kursus atau Latihan Yang

Diperlukan

51

52

52

54

3.5 Kajian Rintis 54

3.6 Prosedur Kajian 55

3.7 Analisis Data 56

3.8 Rumusan

58

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 59

4.2 Latar Belakang Responden 60

4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian

4.3.1 Ciri Kualiti Diri Pengurus Pertengahan

4.3.2 Kemahiran Pengurusan Yang Diperlukan oleh

Pengurus Pertengahan

4.3.3 Kursus-kursus Yang Diperlukan Oleh Pengurus

Pertengahan Berdasarkan Jenis Keperluan

62

63

65

72

4.4 Analisis Dapatan Berdasarkan Hipotesis Kajian

4.4.1 Ho 1 : Tidak Terdapat Perbezaan Kualiti Diri

Yang Signifikan Antara Pengurus Pertengahan

Bidang Akademik Dan Bukan Akademik.

74

75

Page 13: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

x

4.4.2 Ho 2 : Tidak terdapat Perbezaan Kemahiran

Pengurusan Yang Signifikan Antara Pengurus

Pertengahan Bidang Akademik Dan Bukan

Akademik.

4.4.3 Ho 3 : Tidak Terdapat Perbezaan Kualiti Diri

Yang Signifikan Antara Pengurus Pertengahan

Berdasarkan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah

Jenis Kebangsaan

4.4.4 Ho 4 Tidak Terdapat Perbezaan Kemahiran

Pengurusan Yang Signifikan Antara

Pengurus Pertengahan Sekolah Kebangsaan Dan

Sekolah Jenis Kebangsaan.

4.4.5 Ho 5 : Tidak Terdapat Hubungan Yang

Signifikan Antara Aspek-aspek Dalam

Kemahiran Pengurusan Pengurus Pertengahan

Sekolah Rendah

4.5 Penutup

75

76

77

77

79

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 80

5.2 Rumusan Kajian 80

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

5.3.1 Ciri Kualiti Diri Yang Perlu Ada Bagi Pengurus

Pertengahan Sekolah Rendah Yang Berkesan

5.3.2 Aspek Kemahiran Pengurusan Yang

Diperlukan Oleh Pengurus Pertengahan

Sekolah Rendah Yang Berkesan

81

82

85

Page 14: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

xi

5.3.3 Latihan Dan Kursus Yang Diperlukan Oleh

Pengurus Pertengahan Berdasarkan Jenis

keperluan

5.4 Cadangan Kajian

90

93

5.4.1 Cadangan Tindakan

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan

93

95

5.5 Penutup

96

RUJUKAN 97 – 102

LAMPIRAN A-H 103 - 124

Page 15: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Pengurus Pertengahan Bagi Bidang Akademik

dan Bukan Akademik di Sekolah Rendah

49

3.2 Taburan Sekolah Berdasarkan Jenis Sekolah Rendah di

Zon Majidi

51

3.3 Taburan Item Bahagian B 53

3.4 Kaedah Analisis Persoalan Kajian Dan Hipotesis Bagi

Mendapat Objektif Kajian

56

3.5 Jadual Interpretasi Skor Min 57

3.6 Tahap Kekuatan Hubungan Dalam Kaedah Korelasi 58

4.1 Taburan Responden Mengikut Jenis Sekolah 60

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 60

4.3 Taburan Responden Mengikut Lama Bekerja 61

4.4 Taburan Responden Mengikut Bidang Pengurusan 61

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Menjawat

Jawatan

61

4.6 Analisis Skala Likert 5 Pilihan 62

4.7 Frekuensi, Min dan Sisihan Piawai Kualiti Diri Pengurus

Pertengahan

63

4.8 Min dan Sisihan Piawai Aspek-aspek Kemahiran

Pengurusan Pengurus Pertengahan Sekolah Rendah

66

4.9 Min dan Sisihan Piawai Aspek Komunikasi 67

4.10 Min Dan Sisihan Piawai Bagi Aspek Perancangan Dan 68

Page 16: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

xiii

PenyelarasanTugas

4.11 Min Dan Sisihan Piawai Aspek Penetapan Matlamat Dan

Pengursan Prestasi

69

4.12 Min Dan Sisihan Piawai Aspek Penyelesaian Masalah

Secara Kolaboratif

70

4.13 Min Dan Sisihan Piawai Aspek Pengurusan Konflik 71

4.14 Taburan Cadangan Kursus Dan Latihann Oleh Responden 72

4.15 Keperluan Kursus Dan Latihan Berdasar Keperluan

Organisasi, Profesion Dan Individu

72

4.16 Kursus Dan Latihan Yang Dicadangkan Berdasarkan

Keperluan Profesion

73

4.17 Kursus Dan Latihan Yang Dicadangkan Berdasarkan

Keperluan Individu

73

4.18 Kursus dan Latihan Yang Dicadangkan Berdasarkan

Keperluang Organisasi

74

4.19 Ujian-t : Perbezaan Kualiti Diri Yang Signifikan Antara

Pengurus Pertengahan Berdasarkan Bidang Pengurusan

75

4.20 Ujian-t : Perbezaan Kemahiran Pengurusan Yang

Signifikan Antara Pengurus Pertengahan Berdasarkan

Bidang Pengurusan

75

4.21 Ujian-t : Perbezaan Kualiti Diri Yang Signifikan Antara

Pengurus Pertengahan Berdasarkan Jenis Sekolah

76

4.22 Ujian-t : Perbezaan Kemahiran Pengurusan Yang

Signifikan Antara Pengurus Pertengahan Berdasarkan Jenis

Sekolah

77

4.23 Analisa Korelasi : Hubungan Antara Aspek-aspek

Kemahiran Pengurusan Pengurus Pertengahan Sekolah

Rendah

78

Page 17: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

xiv

SENARAI SINGKATAN

Ho 1

Ho 2

Ho 3

Ho 4

Ho 5

Bil.

Jum.

Sig.

FPK

UPSR

PPD

JPN

SK

SJKC

SP

TS

TP

S

EPRD

SPSS

UTM

KSAs

KPM

PKB

IAB

INTAN

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Hipotesis 1

Hipotesis 2

Hipotesis 3

Hipotesis 4

Hipotesis 5

Bilangan

Jumlah

Signifikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Pejabat Pelajaran Negeri

Jabatan Pelajaran Negeri

Sekolah Kebangsaan

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Sisihan Piawai

Tidak Setuju

Tidak Pasti

Setuju

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Statistical Package for Social Science

Universiti Teknologi Malaysia

Knowledges, Skills and Ability

Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengetahuan Kemahiran dan Kebolehan

Institut Aminudin Baki

Institut Tadbiran Awam Negara

Page 18: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

xv

SENARAI SIMBOL

f

%

α

-

-

-

Frekuensi

Peratus

Alpha Cronbach

Page 19: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

xvi

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1

Kerangka Kajian

13

2.1 Model Struktur Pengurusan Sekolah Rendah 25

2.2 Peranan Pengurus Pasukan 28

2.3 Langkah Yang Terlibat Dalam Menjalankan Analisis

Tugas

39

Page 20: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 103

B Surat Kebenaran EPRD 110

C Surat Kebenaran JPN Johor 111

D Surat Pengesahan Soal Selidik 112

E Nilai Alpha Kajian Rintis 113

F Nilai Analisis Data 115

Page 21: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang menjadi pusat pengurusan

pengajaran dan pembelajaran yang diselenggarakan oleh golongan pendidik. Sebagai

sebuah organisasi, pengurus sekolah perlu melibatkan diri dalam perkembangan,

pelaksanaan dan penilaian visi dan misi oleh itu ahli organisasi perlu berinteraksi

melalui suatu proses berstruktur bagi mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Keupayaan dan keterampilan pentadbir sekolah yang mampu mengurus dan

menyelesaikan masalah yang wujud di kalangan guru, staf sekolah dan pelajar

terutamanya dalam aspek pengurusan dan pengajaran bilik darjah akan meningkatkan

kualiti perkhidmatan pendidikan, (Omardin, 1996). Lazimnya sekolah memberikan

tumpuan kepada penggunaan sumber tenaga dan kebolehan para guru secara

menyeluruh supaya mereka lebih produktif, berdaya saing dan dapat bertindak secara

cekap dan berkesan (Tee Tiam Chai, 2004) dan mampu melaksanakan kerja dalam

rangka kerja yang ditentukan sebagai sebuah komuniti dan organisasi.

Menurut Drucker, P.F. (1980) di dalam Mohd. Hizam dan Zafir (2003),

pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama,

penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai

matlamat. Dessler (2001) pula mendefinisikan pengurusan dalam dua dimensi iaitu

Page 22: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

2

pertama menggambarkan pengurus dalam organisasi dan kedua melihat apa yang

pengurus lakukan. Dan kecekapan pengurusan akan menyumbang kepada pencapaian

matlamat organisasi (Morphet et. al.1982 : Mohd. Hizam dan Zafir, 2003)

Pengurus-pengurus sekolah bukan sahaja perlu melakukan tugas rutin sebagai

pemimpin, pengurus dan pentadbir dalam mengurus polisi, pembelajaran, manusia dan

sumber tetapi adalah penting bagi pengurus untuk memastikan semua kerja terus

berjalan, mengatasi masalah, memulakan aktiviti baru dan menyatukan ahli

organisasinya bagi mencapai matlamat pendidikan.

Oleh kerana rumit dan luasnya bidang pengurusan di sekolah, maka ia

hendaklah diurus secara bijaksana melalui struktur organisasi sekolah bagi menentukan

pembahagian kerja dan tugas setiap jawatan dalam struktur tersebut diurus dan ditadbir

dengan sempurna dan cekap. Sesebuah institusi pendidikan terdiri daripada satu

kumpulan manusia yang berinteraksi melalui satu proses berstruktur untuk mencapai

matlamat tertentu (Zaidatol, 1990). Struktur organisasi akan menghubungkaitkan

setiap jawatan dan kakitangan tertentu dengan matlamat organisasi. Struktur yang

digunakan mungkin juga akan menerangkan carta organisasi dan panduan-panduan

tugas kerana ia mengandungi maklumat tertentu tentang matlamat, kakitangan, aktiviti-

aktiviti dan hubungan setiap satu dengan yang lain. Melalui susunan berstruktur ahli-

ahli organisasi akan dapat melihat bagaimana usaha mereka dilaksanakan ke arah

pencapaian matlamat, samada di peringkat unit, jabatan atau sistem sekolah secara

keseluruhannya (Omardin, 1996).

Oleh itu organisasi sekolah hendaklah sentiasa dikelola dengan rapi, sempurna

dan teratur agar setiap kakitangan dapat berhubung dan bertindak antara satu sama lain

untuk mencapai matlamat pendidikan. Pemahaman konsep pentadbiran seperti satu

ketua, keselarasan arahan, penurunan kuasa dan tanggungjawab, pengkhususan, bidang

kawalan, kestabilan dan fleksibiliti perlu dikongsi dan difahami serta diterima oleh

semua ahli dalam organisasi agar pengurusan dapat dilaksanakan dan mendapat

kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak.

Page 23: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Perkembangaan dan perubahan dalam pengurusan pendidikan masa kini adalah

selaras dengan arus perubahan globalisasi dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

Alasannya ialah pendidikan perlu bertindak balas kepada keadaan dan peristiwa yang

berlaku dalam masyarakat dan pendidikan merupakan agen perubahan dalam

masyarakat (Abdul Shukor, 2004). Sebagai organisasi, sekolah perlu berkembang,

matang dan menyesuaikan keadaannya terhadap perubahan dalaman dan luaran

(Blandford, 1999)

Kadangkala pengurus perlu memulakan perubahan dan sentiasa bertindak balas

terhadapnya. Sehubungan itu Blair (1996) menyatakan bahawa perubahan adalah satu

keperluan dan setiap sekolah pasti akan menghadapinya. Perubahan dalam sekolah

merupakan suatu proses yang harus dihadapi oleh pentadbir, pengurus-pengurus

pertengahan atau ketua pasukan kerja di sekolah (Roald et.al.,1997). Oleh itu pengurus

dan pentadbir perlu menguruskan perubahan dalam pendidikan secara berkesan dengan

menguruskan sumber manusia secara maksimum, cekap dan terancang dan mendapat

sokongan daripada semua ahli dalam ogranisasi. Mereka perlu sentiasa bersedia

menghadapi perubahan dan cabaran yang kadangkala bersifat kompleks,

membimbangkan, mengancam dan tidak dapat dijangka (Blandford, 1999).

Dari segi praktikalnya pemimpin sekolah tidak berupaya menangani segala

cabaran dan perubahan ini secara bersendirian seperti yang dinyatakan oleh Blandford

(1999), bahawa pengetua tidak berupaya menguruskan sekolah dengan baik secara

berseorangan. Pengetua yang berkesan akan sentiasa mengamalkan budaya kerja yang

sistematik dan memikirkan sesuatu yang bersesuaian, serta kreatif dalam,

menyelesaikan masalah untuk mewujudkan keberhasilan sekolah dan kepemimpinan

yang efektif (Abdul Ghani, 2005). Oleh itu budaya mengurus sekolah perlu berubah

daripada model hierarki ‘atas bawah’ kepada struktur lebih mendatar yang melibatkan

majoriti daripada staf yang mengurus sekolah (Blandford, 1999) dengan melaksanakan

pengupayaan dalam pengurusan

Page 24: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

4

Pengupayaan dilakukan dengan mengagihkan sebahagian daripada tugas dan

tanggungjawab kepada orang bawahan melalui penyerahan kuasa yang berasaskan

kepada kepercayaan akan kebolehan mereka terhadap tugas yang dipertanggung

jawabkan. Dengan berbuat demikian pihak pengurusan dapat meningkatkan kecekapan

beroperasi dalam sesebuah organisasi kerana pengupayaan merupakan penghargaan

kepada subordinate dan ini dapat mendorong individu yang berpotensi mempamerkan

bakat dan kreativiti sendiri, bijak membuat keputusan, mempunyai penghormatan

kendiri dan motivasi tinggi yang dapat menjana peningkatan pencapaian dan

produktiviti organisasi ( Short, Greer & Melvin, 1994).

Daripada senario ini, pengurus pertengahan merupakan kelompok pentadbir

lapisan kedua selepas penolong-penolong kanan dan penyelia petang. Kemunculan

pengurus pertengahan di sekolah rendah adalah maklum balas kepada keperluan guru

sekolah rendah yang mengalami perubahan kurikulum yang banyak dan dikaitkan pula

dengan beban pentadbiran (Blandford, 1999). Sebahagian daripada mereka, telah

dilantik secara rasmi oleh Jabatan Pendidikan Negeri atas cadangan pihak sekolah

seperti jawatan Guru Media dan Guru Data. Manakala sebahagiannya lagi di lantik oleh

guru besar sebagai penghargaan dan kepercayaan untuk menguruskan pasukan-pasukan

kerja yang diwujudkan bagi memenuhi tuntutan struktur organisasi seperti panitia mata

pelajaran, unit-unit kokurikulum dan Hal Ehwal murid atau dalam bentuk

jawatankuasa unit atau majlis. Pengurus-pengurus pertengahan ini akan menguruskan

pasukan kerja yang melaksanakan fungsi yang berbeza antara satu pasukan dengan

pasukan lain dalam melengkapi sistem pengurusan sekolah.

Dalam era teknologi maklumat, pengurus-pengurus pertengahan yang dikenali

juga sebagai ketua pasukan kerja di sekolah terpaksa melengkapkan diri dengan

pelbagai kemahiran dan pengalaman bagi menghadapi cabaran globalisasi. Mereka

terpaksa bergelut untuk mengadaptasi kepada persekitaran yang tidak stabil serta sering

berubah, maupun desakan serta harapan yang terlalu tinggi dari pelbagai pihak.

Page 25: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

5

Pelbagai masalah akan timbul akibat perlantikan yang tidak memenuhi kriteria

yang khusus . Antara masalah yang telah dikenal pasti ialah perlaksanaan kurikulum

yang dikelolakan oleh panatia mata pelajaran yang tidak dapat berfungsi sepenuhnya

(Jemaah Nazir Malaysia, 1993). Kajian Muniandi (1998) mendapati ramai ketua panitia

mata pelajaran tidak memahami tugas mereka, akibatnya mereka gagal merancang

aktiviti tahunan yang lengkap dan tidak dapat mengelola segala aktiviti yang dirancang

dengan sempurna dan teratur kerana kurang pengalaman. Menurutnya lagi majoriti

ketua panitia di sekolah bergantung kepada kebijaksanaan guru besar masing-masing

dalam memberi arahan dan panduan. Ketergantungan ini akan menyebabkan konsep

pengupayaan gagal dilaksanakan dan menambahkan beban kepada pihak pengurusan

atasan.

Semasa pengurus pertengahan menjalankan tugasnya, mereka perlu bertindak

mengikut jangkaan peranan orang-orang yang berinteraksi dengannya. (Zaidatol,

1990). Jangkaan peranan bermaksud seseorang pemimpin berinteraksi dengan orang

lain untuk membuat pengamatan kepada tiga nilai peranan iaitu melihat peranannya

sendiri sepertimana yang diperlukan oleh fungsi yang ia laksanakan, melihat peranan

orang-orang yang dia hubungi dan melihat peranannya seperti mana yang diamati oleh

orang lain. Pemimpin atau pengikut tidak dapat menyempurnakan tugas sebagaimana

yang dijangkakan melainkan dia dapat mengamati apa yang orang lain harapkan dari

peranannya. Kegagalan memahami peranan sendiri dalam tugas menyebabkan mereka

tidak tahu sempadan autonomi yang jelas dan bidang kuasa jawatan yang

dipertanggungjawabkan ke atasnya termasuklah proses membuat keputusan dan

akauntabiliti. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pencapahan tugas serta kekeliruan

di kalangan pengurus pertengahan.

Oleh itu keupayaan serta penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang pelbagai

oleh pengurus pertengahan sebagai pemimpin projek di sekolah sudah menjadi perkara

kritikal dan perlu ditangani oleh pentadbir organisasi agar mereka dapat melaksanakan

tugas dengan lebih yakin dan sempurna mengikut bidang tugas mereka di sekolah.

Page 26: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

6

1.3 Pernyataan Masalah

Amalan memilih pengurus pertengahan mengikut kriteria-kriteria tertentu

memang berlaku tetapi terdapat berbagai kriteria yang digunakan dan sebahagian

pengurus melaksanakannya berdasarkan kefahaman dan kriteria mereka sendiri yang

tentunya tidak menggambarkan kehendak sebenar bagi jawatan tersebut. Terdapat juga

pengurus-pengurus pertengahan di sekolah rendah yang dilantik ke jawatan ini tidak

berdasarkan pengalaman dan kemahiran kepimpinan tetapi lebih kepada keperluan

mengisi jawatan atau lebih kepada kesaksamaan dalam agihan tugas. Malahan

kadangkala ada yang baru mula bertugas sebagai guru telah dilantik sebagai ketua

panatia mata pelajaran. Oleh itu kemungkinan besar mereka tidak mempunyai

kemahiran, pengetahuan serta kebolehan melaksanakan tugas sebagai pengurus

pertengahan bagi pasukan yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu adalah elok untuk

menentukan kriteria yang betul-betul adil bagi perlantikan pengurus-pengurus

pertengahan kerana status kedudukan dalam organisasi mempunyai kaitan yang positif

dengan kepuasan dan motivasi kerja organisasi pendidikan.

Walaupun kebiasaan perlantikan ketua pasukan kerja atau pengurus-pengurus

pertengahan merupakan satu penghargaan kepada individu-individu yang telah

menunjukkan komitmen yang tinggi kepada kejayaan organisasi sekolah, namun

penggunakan faktor-faktor merit dan kebolehan untuk kenaikan pangkat guru-guru

perlu melalui saluran yang sah dan mempunyai pencirian yang mempunyai piawai yang

tertentu. Amalan memilih pengurus pertengahan mengikut kriteria-kriteria yang jelas

perlu ditentukan dalam aspek-aspek yang benar-benar diperlukan dalam pengurusan

sekolah dan harus dimurnikan oleh piawai-piawai tertentu yang telah dibuktikan

melalui penyelidikan pendidikan serta menggunakan instrumen yang mempunyai

kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

Menurut Blandford, (1999), pengurus pertengahan di sekolah terpaksa

melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pengurusan dari ‘atas ke bawah’

dan ‘bawah ke atas’, serta perlu mengasimilasikan pandangan daripada setiap perspektif

Page 27: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

7

murid, guru, pengurus, ibu bapa atau penjaga, pihak berkuasa pelajaran daerah dan

negeri dalam gerak kerjanya. Dengan kepelbagaian tugas dan peranan, pengurus

pertengahan di lihat sebagai jawatan yang rumit dan tidak digemari. Oleh itu pengurus

pertengahan perlu diberikan kursus dan latihan yang membekalkan pengetahuan dan

kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai agar pasukan kerja dan organisasi sekolah

dapat dikelolakan dengan rapi, sempurna dan teratur. Setiap kakitangannya diharapkan

dapat berhubung dan bertindak antara satu sama lain secara kolaboratif untuk mencapai

matlamat pendidikan. Oleh itu kajian ini akan cuba menyediakan kriteria atau ciri-ciri

pengurus pertengahan sekolah rendah yang berkesan dan senarai kemahiran-kemahiran

yang diperlukan yang merujuk kepada keperluan diri, profesion dan organisasi

berdasarkan pendapat dan pengalaman penyandang-penyandang jawatan ini di sekolah

rendah.

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya objektif kajian ini untuk :

i. Mengenalpasti ciri kualiti diri yang perlu ada bagi pengurus pertengahan

sekolah rendah yang berkesan mengikut turutan

ii. Mengenalpasti aspek kemahiran pengurusan yang perlu ada bagi pengurus

pertengahan sekolah rendah yang berkesan mengikut turutan

iii. Mengenalpasti kursus-kursus yang diperlukan oleh Pengurus pertengahan

sekolah rendah berdasarkan jenis keperluan iaitu keperluan organisasi.,

keperluan profesion dan keperluan individu.

iv. Melihat perbezaan ciri-ciri pengurus pertengahan sekolah rendah

berdasarkan bidang pengurusan

v. Melihat perbezaan ciri-ciri pengurus pertengahan sekolah rendah

berdasarkan jenis sekolah

vi. Melihat hubungan antara aspek-aspek dalam kemahiran pengurusan

pengurus pertengahan sekolah rendah.

Page 28: CIRI –CIRI PENGURUS PERTENGAHAN SEKOLAH RENDAH … · Kasih sayang dan sokongan kalian mengiringi deraian airmata ... ciri pengurus pertengahan berdasarkan bidang tugas dan jenis

8

1.5 Persoalan Kajian dan Hipotesis Kajian

Persoalan 1 : Apakah ciri kualiti diri yang perlu ada bagi pengurus pertengahan

sekolah rendah yang berkesan mengikut turutan

Persoalan 2

: Apakah aspek kemahiran pengurusan yang perlu ada bagi pengurus

pertengahan sekolah rendah yang berkesan mengikut turutan

Persoalan 3 : Apakah kursus-kursus yang diperlukan oleh pengurus pertengahan

sekolah rendah berdasarkan jenis keperluan iaitu keperluan organisasi,

keperluan profesion dan keperluan individu.

Hipotesis 1 : Terdapat perbezaan kualiti diri yang signifikan antara pengurus

pertengahan bidang akademik dengan bukan akademik.

Hipotesis 2 : Terdapat perbezaan kemahiran pengurusan yang signifikan antara

pengurus pertengahan bidang akademik dengan bukan akademik.

Hipotesis 3 : Terdapat perbezaan kualiti diri yang signifikan antara pengurus

pertengahan sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan.

Hipotesis 4 : Terdapat perbezaan kemahiran pengurusan yang signifikan antara

pengurus pertengahan sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis

kebangsaan.

Hipotesis 5 : Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara aspek-aspek dalam

kemahiran pengurusan pengurus pertengahan sekolah rendah