jenis fabrik.docx

16
JENIS-JENIS KAIN 1. CREPE Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut. Crepe is the best type of material > ni pendapat saya la. Sesiapa yang dah biasa pakai crepe ni memang akan dapat bezakan antara crepe and others. Kain die nampak macam ringan tapi bila dah siap jd baju die akan jatuh dan akan jadi cantik dan sangat senang di iron. Sebab itu la kain crepe ini mahal. 2. JACQUARD Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukandicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibilitidalam menentukan corak tenunan di atas kain. Jacquard ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and colornya terang. Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit (tapi kalo korang dry cleaning means problem solved) 3. 100% COTTON Fiber semulajadi yang berasal daritanaman kapas. Kapasmembolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai. Malahan ia juga senang untuk dicuci. Antara ciri –ciri lainnya : Bahan terasa dingin dan sedikit sejuk. Menyerap keringat. Kain akan rosak bila direndam lebih dari 2 jam. Noda dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent. Boleh dicuci atau di dry clean.

Upload: hanita-omar

Post on 16-Dec-2015

47 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

JENIS-JENIS KAIN

1. CREPE Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.

Crepe is the best type of material > ni pendapat saya la. Sesiapa yang dah biasa pakai crepe ni memang akan dapat bezakan antara crepe and others. Kain die nampak macam ringan tapi bila dah siap jd baju die akan jatuh dan akan jadi cantik dan sangat senang di iron. Sebab itu la kain crepe ini mahal.

2. JACQUARDMerupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukandicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibilitidalam menentukan corak tenunan di atas kain.

Jacquard ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and colornya terang. Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit (tapi kalo korang dry cleaning means problem solved)

3. 100% COTTONFiber semulajadi yang berasal daritanaman kapas. Kapasmembolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai. Malahan ia juga senang untuk dicuci.Antara ciri ciri lainnya : Bahan terasa dingin dan sedikit sejuk. Menyerap keringat. Kain akan rosak bila direndam lebih dari 2 jam. Noda dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent. Boleh dicuci atau di dry clean.

4. RAYONRayon merupakan kain yang lembut dan selesa untuk dipakai kerana ia mempunyai daya serapan yang baik. Namun begitu Rayon merupakan sejenis kain yang boleh menyusut. Terdapat 2 jenis rayon di pasaran iaitu untuk cucian kering atau cucian biasa.

Rayon ni is the cheapest. Corak dan design may be akan sama dengan batik yang lain. Tapi kainnya sedikit keras. So saya memang tak prefer la rayon ni. Cara die kalo nak tau rayon ke tak try pegi komotkan kain tu. Sure terus ada kedut2. Kalo kt kedai buat sembunyi2 yer nnt org kedai marah =)

5. KAIN ORGANZASecara mudahnya,kain organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang sukar,nipis . Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik seperti poliester @ nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk mencuba kain organza.Biasanya kain organza ini adalah untuk pakaian pengantin.

6. KAIN CHIFFON Biasanya diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Antara banyak-banyak kain chiffon, kain chiffon yang diperbuat dari poliester adalah paling susah untuk dye. Biasanya kain chiffon ni digunakan dalam gaun,riben, dan pakaian dalam.

Chiffon ni kain yang jarang (tu yang ramai buat buat kurung moden or kebaya. Sbb chiffon ni stretchable) dan adalah super cantik. Cuma kain ni adalah susah nk dapat dah sekarang. Penjagaan memang kene teliti sebab die cepat tertarik kalo ganas sangat pakai, tapi sangat sejuk. Mudah iron juga.

7. KAIN SATINIa biasanya licin dan selalu dibuat baju melayu dan juga pakaian pengantin. Ia mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama.

8. POLYESTERBahan polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan terasa panas dibadan.Antara ciri-ciri lainnya : Bahan terasa panas dibadan. Tidak menyerap keringat. Apabila kulit anda sensitive dan bermasalah, disarankan supaya tidak memakai bahan pure polyester kerana akan merosakkan lagi kulit anda. Noda minyak dan noda makanan susah dihilangkan dari pakaian Tahan direndam dalam air lebih dari 3 jam

9. SUTERABahannya lembut, sejuk dan berkilau. Ia selalu dikaikatkan wanita dan cinta.Antara ciri-ciri lainnya : Sangat lembut dan licin dikulit dan bahannya jatuh (flowing). Menyerap keringat. Perlu dry cleaning supaya kualiti warna dan kainnya bertahan lama.

10. VISCOSE Antara ciri cirinya : Terasa lembut dan dingin di kulit Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya mengkilat Menyerap keringat Pakaian / bahan akan rosak apabila direndam dengan detergent lebih dari 1 jam. Boleh dicuci atau di dry clean Noda dari makanan atau minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent

11. LINEN Bahannya yang kaku dan dingin, maka linen sangat sesuai untuk produk produk casual wear dan dressesAntara ciri-ciri lainnya : Bahannya kaku dan dingin. Permukaan kain agak kasar. Menyerap keringat. 4x lebih lasak dari cotton. Tahan dijemur (Tahan terhadap panas sampai 4500 F). Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam

12. SONGKETSongket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.

13. KAIN RENDA/SATIN yang mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama.

14. SCOTCHGUARD yang diselaputi bahan kalis air kerana tahan lasak.Jenis-jenis Fabrik/Tekstil1) Kain SifonDiperbuat daripada sutera, kapas dan sintetik fiber. Nipis, jarang, memerlukan lining. Susah untuk dijaga, hanya boleh menggunakan cucian kering. Sesuai digunakan untuk busana perkahwinan seperti kurung moden, kaftan untuk majlis pernikahan dan gaun labuh untuk resepsi. Memberi efek lembut, romantis. Sesuai untuk semua jenis tubuh terutamanya bertubuh gempal.2) Kain KapasFabrik benang kapas sesuai untuk negara beriklim panas seperti Malaysia. Mudah menyerap peluh, agak keras dan mudah berkedut. Selesa, ringkas, mudah dijaga. Sesuai dijadikan baju kurung tradisional mahupun moden. Sesuai dipakai pada majlis-majlis kasual mahupun formal. Sesuai untuk mereka yang bertubuh kecil dan kurus.3) Kain SatinFabrik berkilau, licin, sejuk. Di Malaysia, banyak digunakan untuk membuat baju Melayu lelaki pada musim perayaan. Ada dari jenis sutera dan sintetik. Jenis satin sutera banyak digunakan sebagai lining baju kurung. Satin sintetik diperbuat daripada polyester dan benang-benang yang berkilat, agak kaku. Tidak sesuai untuk mereka yang bertubuh gempal kerana sifat kilau satin akan memberi efek besar kepada pemakai.4) Renda PerancisMewah dan sukar dijaga, memerlukan penjagaan yang rapi. Antara fabrik yang mahal terutama yang sarat dengan jemeki, sekuin dan kristal. Sesuai dibuat baju pengantin untuk majlis pernikahan juga gaun resepsi. Bagi mereka yang bertubuh kecil sesuai jika dipakai sarat renda dari atas ke bawah, tetapi bagi mereka yang bertubuh gempal sesuai dengan patching lace ataupun applique lace pada gaun sifon.5) Spandex/ LycraDicipta pada tahun 1959. Jenis memeri (stretchable). Sesuai untuk pakaian renang dan sukan. Di Malaysia, banyak digunakan sebagai tudung.Tip Memilih Jenis Kain Pasang/ Kain ElaDalam pemilihan bahan bagi kain pasang/ kain ela, sebaik-baiknya anda perhatikan dua perkara yang paling penting iaitu kualiti dan juga corak/warna.a) Kain Pasang Jenis PolyesterKain pasang/kain ela yang dibuat daripada bahan ini adalah berserat sintetis. Walaupun harganya lebih ekonomi dan warna-warni serta mempunyai corak yang menarik, bahan ini kurang sesuai dipakai di negara yang beriklim tropika iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Bahan ini tidak menyerap peluh, sehingga menyebabkan badan si pemakai berasa kurang selesa. Kelebihan bahan ini adalah mudah dijaga serta tidak mudah kusut dan ia selalu kelihatan kemas dan rapi.b) Kain Pasang Jenis KapasKain pasang/ kain ela yang dibuat daripada jenis ini biasanya selesa dan sejuk dipakai berbanding kain pasang/ kain ela yang dibuat daripada jenis polyester. Dengan harga yang ekonomi, bahan ini mempunyai corak yang paling lengkap dan banyak pilihan berbanding bahan lain dengan kandungan kapas yang tinggi.c) Kain Pasang Jenis SatinBahan bagi kain pasang/ kain ela daripada jenis satin adalah juga 100 peratus kapas, tetapi struktur anyamannya adalah berbeza. Anyaman bagi kain pasang/ kain ela satin adalah saling silang antara 1 benang dengan 4 atau 7 benang yang lain. Semakin banyak benang yang menyilang terhadap benang lain, semakin lembut dan halus, tetapi juga semakin rapuh anyaman terhadap berus sewaktu mencuci.Ciri-ciri kain satin adalah seperti agak berat, agak berkilat pada permukaannya dan walaupun terasa lebih tebal, tetapi ia lebih lembut. Selain itu, warna juga mempengaruhi tingkat kelembutannya. Bahan yang sebahagian besar berwarna putih terasa lebih lembut daripada bahan yang berwarna-warni.http://www.thecrescent.com.my/kenali-rangkaian-fabrik/

BAB 1 : PEMBINAAN FABRIK

Fabrik dihasilkan daripada yarn dalam berbagai kaedah. Menenun dan mengait merupakan kaedah yang paling lazim atau biasa digunakan dalam pembinaan fabrik pada masa kini.

1.1 FABRIK BERTENUN

Fabrik bertenun mempunyai 2 jenis benang iaitu benang ira lurus / benang memanjang (warp) dan benang pakan/ benang melintang (weft). Kedua-dua benang ini dijalin berselang-seli dan bertemu di antara satu sama lain dengan bersedut tepat. Bahagian tepi yang memanjang pada fabrik bertenun dikenali sebagai selvage. Fabrik bertenun sangat teguh kerana jalinan yang rapat. Jalinan yang berselang seli tidak memberi ruang untuk fabrik memeri ke kiri dan ke kanan. Contuh fabrik yang di tenun biasa Belacu, kasa (Voil), maslin, poplin

1.2 FABRIK BERKAIT (KNIT FABRIK)Fabrik berkait mempunyai struktur yang diperoleh dengan mengait benang yang bergelung. Istilah ini digunakan kerana tiap-tiap gelungan yarn dikait untuk mendapatkan barisan yang baru. Kaedahnya serupa dengan mengait mengguna jarum kait (knitting needles) Gelung berkait yang menegak dikenali sebagai WALES dan gelung berkait yang mendatar dikenali sebagai COURSE.

Fabrik berkait mempunyai kestabilan yang kurang jika dibanding dengan fabrik bertenun. Dari itu kegunaan fabrik berkait terhad kepada pakaian tertentu (sukan, riadah, pakaian dalam, pakaian bayi). Dengan adanya teknologi canggih fabrik berkait yang lebih bermutu dan mempunyai struktur yang lebih kompleks dapat dihasilkan.

Contoh fabrik berkait:Jersi, single knit

1.3 FABRIK BERPAIL

Fabrik berpail adalah sejenis fabrik yang istimewa kerana permukaannya gebu dan lembut. Ciri-ciri tersebut diperoleh melalui pembinaan yang istemewa yang membenarkan yarn timbul (pile-yarn) digunting manakala yanrn yang rata tidak di gunting. Yarn rata (ground yarn) merupakan asas kekukuhan fabrik dan penyokong pile atau yarn yang timbul.. Gambarajah di sebelah menunjukkan kaedah pembinaan fabrik baldu. Yarn untuk gelung A lebih tebal dari yarn B. YarnW disangkarutkan (inteterlace) dengan kedua-dua yarn A dan B. Gelung-gelung yarn di sokong dengan dawai halus berselangseli dengan benang pakan. Dalam proses pembinaan pisau yang terdapat pada dawai akan memotong gelung-gelung benang. Gambar rajah menunjukkan yarn pile berdiri tegak tetapi sebenarnya pada fabrik baldu yarn pile mencondung sedikit menghala ke satu arah atau one-way. Keadaan ini diperolehi semasa proses kemasan fabrik dilakukan. Gelung-gelung yarn boleh ditinggalkan tanpa digunting. Dalam hal demikian fabrik seperti tuala terri diperoleh.

Dalam membuat fabrik koduroi pula, yarn pile ditenun lebih jarak daripada yarn pile pada baldu. Apabila digunting yarn pile akan timbul daripada permukaan dan menghasilkan tuff yang timbul dan beralur atau bertali. Justru itu nama cord diperoleh.

1.4 FABRIK NET

Fabrik net atau fabrik renda tidak ditenun atau dikait. Gambar rajah ini menunjukkan struktur fabrik net. Fabrik net/renda mempunyai 2 helai benang yang berbelit-belit di antara satu sama lain dan tidak mempunyai barisan benang lurus. Fabrik ini juga mempunyai struktur yang berlubang dan terbuka open. Dari segi inilah fabrik net tidak teguh dan kebanyakannya digunakan sebagai hiasan pada pakaian.1.5 FABRIK BRAIDFabrik braid dihasilkan dengan menjalin yarn secara menyerung (diagonal). Biasanya fabrik ini tidak lebar. Fabrik ini digunakan sebagai tali kasut, dan pita hiasan.

1.6 CROCHETINGPerkataan crochet adalah perkataan Francis yang bermaksud cangkuk. Crocheting adalah kaedah membuat fabrik mengguna yarn dan jarum crochet. Kaedah pembinaan ini tidak luas digunakan di industri tekstil tetapi sebagai kraftangan untuk membuat baju jumpers, pakaian kanak-kanak, alas meja dan senagai trimming.

1.7 MACRAMEKaedah ini menggunakan yarn yang diikat bersimpul-simpul. Fabrik ini tidak sesuai untuk dibuat pakaian kerana anyamannya terlalu terbuka (open weave). Fabrik ini sesuai untuk membuat tali pinggang, hiasan dinding, pengantung pasu bunga dan hammock.

1.8 FELTINGKaedah ini adalah cara membuat fabrik yang paling lama. Proses ini menggunakan kelembapan, haba dan tekanan yang diguna kepada gentian yang pendik dan membuat ia melekan. Lazimnya gentian bulu biri digunakan kerana ia mempunyai kuasa semula jadi untuk melekan. Fabrik felt tidak berjeumbai dan boleh digunting mengikut berbagai bentuk. Fabrik felt digunakan untuk membuat topi, mainan. Felt mengecut abapila basah dan mudah koyak.

1.9 FUSINGKaedah pembinaan fabrik ini seakan-akan sama dengan fabrik felt , tetapi ia memerlukan agen pelekat. Fabrik kapas dan rayon digunakan untuk pembinaan fusing.PERANAN PAKAIANKAJIAN FABRIK Pembinaan fabrik Gentian dijadikan yan dan yan seterusnya dijalin untuk dijadikan fabrik. Yan yang terdiri daripada gentian atau filament, biasanya dipintal untuk membentuk satu lembar panjang yang kukuh dan tidak mudah berjerumbai. Terdapat dua jenis yan yang asas iaitu : - Yan filamen ialah yan yang panjang dan perbuat daripada sutera atau gentian buatan. Yan filament adalah licin, halus, dan melungsur.

- Yan staple ialah yan span dan dibuat dengan memintal beberapa gentian staple yang pendek seperti kapas atau bulu biri-biri. Filamen gentian buatan juga boleh dipotong pendek dan dijadikan yan staple. Yan staple adalah tebal, berbulu, gebu, dan merangkap lebih banyak udara.

Fabrik dibina dengan cara tenun, kait dan tanpa tenun.

Fabrik Tenun Dihasilkan dengan menjalinkan dua set yan pada sudut tepat. Yan memanjang dipanggil yan lungsin dan yan yang melintang dipanggil yan pakan. Setiap fabric tenun mempunyai dua tepi yang kelihatan seperti reben halus selari dengan yan lungsin yang dipanggil tepi fabrik. Terdapat 3 jenis tenun asas iaitu :

Fabrik Kait Dihasilkan dengan mengait yan untuk membentuk satu barisan gelung, dibuat sama ada dengan tangan atau menggunakan mesin kait. Terdapat 2 jenis fabrik kait iaitu :

Fabrik tanpa Tenun Selain ditenun dan diikat, fabric juga dibina dengan cara lain untuk menghasilkan Fabrik terikat dan Fabrik felt.

https://sitinorermeylimanbpsrt.wordpress.com/nota-e-r-t-ting-5-2/kajian-fabrik/

Bottom of Form