jenayah siber

18
Nama : Muhammad Haris Izzuddin Bin Adzhar Kelas : 2 Acasia Guru : 0

Upload: sayuri-hana

Post on 27-Oct-2015

86 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jenayah siber, ictl form 2

TRANSCRIPT

Page 1: Jenayah siber

Nama : Muhammad Haris Izzuddin Bin

Adzhar

Kelas : 2 Acasia

Guru :

0

Page 2: Jenayah siber

Definisi/ Konsep

Jenayah siber merupakan jenayah yang melibatkan segala aktiviti

jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan

segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang yang sedia ada

dengan menggunakan kemudahan komputer atau dengan lebih tepat lagi,

dengan menggunakan internet di ruangan siber. Walau bagaimanapun,

definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Mr Donn B.

Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan

untuk SRI International di Menlo Park, California. Beliau menyatakan bahawa

jenayah komputer adalah mana perlakuan yang mempunyai niat dan

dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa

menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.

Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan

bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana

pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk

merealisasikannya.

Namun demikian kita harus akui bahawa wujudnya takrifan jenayah

siber antara negara. Bagi negara-negara islam judi, pornography,

pengiklanan sex adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah dikebanyakan

negara. Sebagai contoh, di America syarikat hal-hal sebegini dianggap

remeh hanya pornografi kanak-kanak saja dianggap jenayah. Mereka lebih

memberi tumpuan kepada keselamatan dan perdagangan. Berbagai –bagai

1

Page 3: Jenayah siber

undang yang berkait rapat dengan keselamatan dan perdagangan di rangka

seperti trademark low, copyright low, undang yang berkaitan hacker dan

penyebaran virus dan sebagainya. Dengan adanya takrifan yang berbeza ini

sukar untuk dikuatkuasakan undang-undang siber.

HURAIAN DAN PEBINCANGAN

Ancaman jenayah siber

Ancaman siber merupakan masalah yang sering di hadapi oleh pengguna

komputer pada masa kini memandangkan kebanyakan komputer mempunyai

sambungan pada rangkaian Internet di mana internet merupakan pusat yang

menghubungkan berjuta-juta pengguna komputer di seluruh dunia secara

2

Page 4: Jenayah siber

terbuka. ICT dan Internet yang sangat dinamik dan cepat berubah juga

merupakan antara faktor penyumbang kepada ancaman siber ini. Secara

amnya ancaman siber merujuk kepada satu ancaman atau jenayah yang

mana kesan sebenar ancaman tersebut banyak bergantung pada nilai

maklumat dan prasarana maklumat yang dijadikan sasaran dan sangat

memberi kesan kepada mereka yang terlibat. Apa yang pasti ialah kesan

ancaman ini boleh merebak secara global dalam masa yang singkat.

Peningkatan jenayah siber kini dikaitkan dengan kekerapan

penggunaan Internet yang semakin meningkat dan kebergantungan

masyarakat terhadap teknologi sehingga mengakibatkan mereka terdedah

kepada ancaman dan sabotaj secara maya. Menggodam komputer, mencuri

kata laluan untuk perbankan Internet, penyalahgunaan kad kredit untuk

pembelian di Internet dan pelbagai kegiatan jenayah era baru ini dilakukan

dengan mudah melalui dunia siber. Ini tidak termasuk daripada isu

keruntuhan moral masyarakat kerana terdedah kepada pelbagai bahan-

bahan yang tidak bermoral seperti bahan lucah, keganasan dan sebagainya

akibat daripada kebebasan dalam dunia globalisasi ini.

Misalnya, kecurian identiti boleh berlaku di mana-mana sahaja

terutamanya bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan di kafe-kafe

siber. Kebiasaannya kecurian identiti ini berlaku kepada individu yang

menjalankan urusan sulit seperti perbankan. Kecurian ini termasuklah nama

panggilan (username) dan kata laluan. Individu yang berniat tidak baik sering

3

Page 5: Jenayah siber

menjadi individu yang cuai sebagai sasaran. Kebiasaannya individu yang

tidak bertanggungjawab ini akan mencuri identiti pengguna lain

menggunakan pelbagai perisian seperti Keylogger tanpa disedari pengguna.

Perisian ini biasanya dipasang pada komputer tanpa disedari pengguna

terutamanya yang menggunakan kafe siber dengan niat untuk merekodkan

apa sahaja aksara yang ditaip menerusi papan kekunci komputer. Impaknya,

data dan maklumat sulit mungkin akan dicuri tanpa disedari yang

membolehkan individu yang tidak bertanggungjawab tersebut menggunakan

identiti atau maklumat yangdicuri tadi untuk melakukan sesuatu yang salah

atau tidak diingini.

Negara juga penah dikejutkan dengan kes kecurian dan kehilangan

data yang membabitkan badan kerajaan seperti pencerobohan pangkalan

data Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akibat

daripada sistem keselamatan agensi itu yang tidak kukuh sehingga mampu

dicerobohi penggodam. Akibatnya segala maklumat peminjam yang

keseluruhannya adalah penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di padam

terus daripada pangkalan data PTPTN. Kes-kes seumpama ini membuktikan

bahawa jenayah siber ini mampu melemahkan sistem pentadbiran negara

dan memberi impak yang besar kepada individu yang terlibat. Kebiasaannya

perkara ini berlaku kerana kebanyakan organisasi tidak mempunyai polisi

yang lengkap untuk memelihara maklumat daripada diakses oleh mereka

yang diberi kuasa. Adalah penting bagi setiap organisasi atau individu untuk

4

Page 6: Jenayah siber

membangunkan dasar keselamatan maklumat dan disokong oleh prosedur

yang bersesuaian.

5

Page 7: Jenayah siber

Jenis-jenis jenayah siber

Antara jenis- jenis jenayah siber yang sering dilakukan seperti penipuan,

kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer,

kecurian maklumat, capaian secara tidak sah keatas sistem, menyalin

perisian secara tidah sah, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya,

pornografi, penggodam atau "Hacker" dan penyebaran virus.

Seiring dengan modenisasi dan pembangunan teknologi yang secara

langsung meningkatkan taraf kehidupan setempat, timbul beberapa

permasalahan baru seperti keruntuhan nilai kemanusiaan dan moral

dikalangan ahli masyarakat. Ledakan internet misalnya banyak

menghasilkan siaran-siaran berunsur negatif yang mana sekiranya tidak

dikawal akan menimbulkan pelbagai masalah yang akan merebak menjadi

jenayah di kalangan masyarakat.

6

Page 8: Jenayah siber

Punca-punca berlakunya jenayah siber

Antara punca berlakunya jenayah siber ialah kemunculan Internet sebagai

alat komunikasi terkini yang menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat

yang berterusan. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan

maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan.

Bermacam-macam maklumat tidak kira sama ada benar atau salah, idea,

ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui

Internet. Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh

dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah

negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir

dan pendapat penduduk mereka.

Selain itu, punca yang lain pula ialah penjenayah sukar

dikenalpastikan, umumnya penjenayah siber adalah golongan

berpengetahuan ataupun profesional. Mungkin kawan kita , mungkin pelajar,

mungkin profesor atau siapa sahaja. Kalau jenayah lain senang dikenali

contohnya perompak tentu sekali memegang senjata , penculik tentu sekali

meminta wang tebusan tetapi bagaimana mengenali penjenayah siber.

Kalaulah orang yang melakukan jenayah tidak di kenali undang-undang yang

di rangka untuk membendungnya tidak akan bermakna. Di Amerika yang

kecanggih teknologi yang dimilikinya juga gagal mengesan perancang trajedi

11 September. Semasa Peristiwa 11 September 2001, 19 orang perampas

7

Page 9: Jenayah siber

kapal terbang memasuki Amerika Syarikat dengan menggunakan visa yang

sah. Selain secara peribadi, mereka berhubung melalui Internet atau

membuat panggilan telefon dengan menggunakan kad prabayar untuk

merancang serangan terhadap New York dan Washington.

Sikap manusia juga salah satu punca jenayah siber terebar. Sikap

manusia memang sesuatu yang sukar dikawal. Kita tidak boleh mengubah

kelakuan seseorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah

siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan yang negatif.

Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu

yang baru mereka pelajari. Tidak dinafikan bahawa golongan remaja

mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk

berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Umumnya remaja ini

memang pintar tetapi mereka kurang matang dalam memahami implikasi

daripada aktiviti-aktiviti dalam talian mereka. Akibatnya, ramai remaja yang

pintar dalam komputer terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti

jenayah dan juga masalah sosial berkaitan dunia siber. Dalam satu laporan

akhbar, seorang remaja perempuan telah membunuh diri apabila beliau

dibuli oleh rakan sekelasnya dalam talian. Ramai remaja juga yang terlibat

dalam aktiviti-aktiviti jenayah secara talian, seperti berjudi dalam talian,

melawat laman-laman web yang menyiarkan pornografi serta memecah

masuk ke rangkaian lain secara tidak sah (hacking), melakukan penipuan,

mencuri maklumat, mencipta dan menyebarkan virus semata-mata

disebabkan perasaan ingin tahu dan mahu mencuba.

8

Page 10: Jenayah siber

Punca yang terakhir ialah sifat ketamakan manusia dan keinginan

untuk menjadi kaya dalam masa yang cepat dengan menggunakan kaedah

alternatif yang mudah dan cepat. Sesetengah manusia hanya mementingkan

hasilnya dan mereka tidak ambil peduli akan cara mereka mendapat hasil

tersebut,oleh itu mereka sanggup melakukan jenayah siber semata-mata

ingin mendapatkan hasil dengan cepat. Kebanyakan penjenayah siber ini

lebih mahir dan berilmu dalam pengendalian komputer berbanding pihak

berkuasa. Namun demikian, ilmu pengetahuan orang ramai tentang

pengedalian komputer yang cetek juga merupakan salah satu punca mereka

sering menjadi sasaran golongan penjenayah siber ini kerana mereka tidak

ketahui cara-cara mengelak daripada ancaman jenayah siber dan boleh

dikatakan mereka mudah terpedaya.

9

Page 11: Jenayah siber

Langkah-langkah mengatasi jenayah siber

Menyedari bahayanya ancaman jenayah siber kepada masyarakat,

penguatkuasaan undang-undang perlu dipertingkatkan. Antara usaha yang

membantu menyekat gejala ini ialah dengan penubuhan CyberSecurity

Malaysia. Ianya antara lain merupakan sebuah badan koordinasi untuk

inisiatif keselamatan siber kebangsaan. Agensi ini juga membantu

mengurangkan kelemahan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau

Information and Communications Technology (ICT) dan turut memainkan

peranan sebagai sebuah pusat kepakaran dan rujukan dalam keselamatan

maklumat yang diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan

Inovasi (MOSTI).

Penguatkuasaan melalui undang-undang juga wajar diperketatkan

agar selari dengan situasi semasa yang lebih mencabar dengan pelbagai

jenayah siber yang semakin canggih. Pada masa ini, pelbagai undang-

undang telah diwujudkan dalam usaha memupuk budaya keselamatan siber,

antaranya Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran

1988, Akta Hasutan 1984, Akta Rahsia Rasmi 1912 dan Akta Komunikasi

dan Multimedia 1998 yang menyekat maklumat-maklumat yang boleh dicetak

dan diedarkan kepada orang ramai.

10

Page 12: Jenayah siber

Dalam masa sama, sebuah laman web iaitu eSecurity turut

dibangunkan dalam usaha menyediakan perkhidmatan informasi kepada tiga

golongan utama iaitu anak-anak, ibu bapa, pengguna dan organisasi. Bagi

golongan anak-anak dan remaja, laman ini menyediakan pelbagai maklumat

mengenai keselamatan penggunaan Internet kepada mereka. eSecurity juga

menyediakan tip penggunaan komputer yang selamat kepada ibu bapa atau

pengguna dan organisasi. Misalnya ibu bapa boleh mengambil maklumat

atau tip-tip dari rencana di dalam laman ini seperti mendidik anak-anak

tentang keselamatan dalam talian, mengelak anak-anak dari menghabiskan

terlalu banyak masa dalam internet dan sebagainya.

Organisasi turut boleh memanfaatkan laman web ini dengan

meningkatkan keselamatan dengan mengamalkan tip yang di sarankan di

ruangan amalan keselamatan terbaik dan pengurusan keselamatan

maklumat. Sebagai contoh pengguna boleh mendalami bagaimana untuk

membuat sandaran data. Maklumat dan data adalah penting untuk fungsi

sesuatu perniagaan atau organisasi misalnya rekod pelanggan, rekod

transaksi dan data pekerja. Oleh itu, melindungi dan perlindungan adalah

penting bagi organisasi. Sandaran menyediakan alternatif untuk syarikat

mengambil semula fail dan dokumen yang bernilai selepas peristiwa

kehilangan data.

11

Page 13: Jenayah siber

KESIMPULAN

Ancaman siber merupakan masalah yang sering dihadapi oleh para

pengguna komputer pada masa kini memandangkan kebanyakan komputer

mempunyai sambungan pada rangkaian Internet yang menghubungkan

berjuta-juta pengguna komputer di seluruh dunia serta bersifat terbuka. Oleh

yang demikian, Langkah-langkah mengatasi perlu diambil oleh semua pihak

sama adaorganisasi atau individu kerana tiada jalan pintas dalam menangani

ancaman siber.

Jalan yang terbaik ialah dengan memainkan peranan masing-masing

dalam lingkungan kuasa dan kemampuan yang ada. Misalnya pihak

pengurusan atasan syarikat atau organisasi perlulah menangani risiko

ancaman siber dari perspektif yang menyeluruh serta mengeluarkan polisi-

polisi yang berkesan untuk diikuti oleh pekerja syarikat. Bagi individu pula,

perlunya ada tahap kesedaran yang tinggi tentang risiko dari ancaman siber

ini, terutamanya ketika menggunakan komputer masing-masing. Setiap dari

kita perlu ada rasa tanggungjawab untuk menentukan komputer kita terjamin

selamat daripada ancaman siber ini.

12