thn 6 bm siber words

56

Upload: azlyna-wahab

Post on 19-Oct-2015

129 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

exam

TRANSCRIPT

  • UJIAN BULANAN PERTAMA Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,

    iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih

    satu jawapan sahaja.

    Soalan 1 - 17

    Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

    1 Sebagai rakyat Malaysia kita harus ___________

    bakti kepada negara.

    A melahirkan C meluahkan

    B mencurahkan D menerbitkan

    Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

    2 Julia sedang sibuk mengulang kaji ___________

    kerana dia akan menghadapi ujian pada bulan

    hadapan.

    A diajar C mengajar

    B pelajaran D belajar

    3 Pihak polis telah ___________ sepucuk pistol di

    dalam rumah itu.

    A mengesyaki C melupai

    B menjumpai D menghadapi

    Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

    4 Ibu ___________ baju itu supaya bersih.

    A melipat C menjemur

    B memegang D mencuci

    5 Beberapa ________ pokok langsat di belakang

    rumah Aiman telah tumbang akibat ribut pada

    malam tadi.

    A buah C rumpun

    B butir D batang

    6 Lela __________ sayur-sayuran dan buah-

    buahan itu ke dalam peti sejuk.

    A dimasuki C memasukkan

    B memasuki D dimasukkan

    Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

    7 __________ hujan turun dengan lebat

    __________ pertandingan bola sepak itu tetap

    diteruskan.

    A Walhal ... tetapi

    B Semakin ... semakin

    C Walaupun ... namun

    D Sama ada ... ataupun

    Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

    8 Penduduk Kampung Tiung bergotong-royong

    membersihkan kawasan kampung mereka

    _______ pagi ________ petang.

    A dari ... hingga

    B hingga ... dari

    C hingga ... sampai

    D daripada ... sehingga

    9 Dali duduk di beranda rumah ___________

    menyirat jalanya yang koyak.

  • A dan C sambil

    B tetapi D malahan

    10 Amirul bercadang untuk ___________ pasukan

    hoki sekolah jika diberi peluang.

    A menyertai C memasuki

    B melibatkan D menganjurkan

    11 ____________ guru dikehendaki hadir ke

    mesyuarat PIBG pada petang esok.

    A Banyak C Semua

    B Suku D Segala

    12 Rahimah mempunyai ramai kawan kerana dia

    seorang yang __________.

    A pisau cukur C ringan mulut

    B ringan kepala D ringan tangan

    13 __________, ambillah wang ini!

    A Nah C Amboi

    B Wah D Wahai

    14 Hasyimah akan menjaga keluarganya

    __________ hayat dikandung badan.

    A hingga C meskipun

    B selagi D andai kata

    15 ____________ itu sedang mengagihkan makanan

    kepada beberapa orang mangsa kebuluran.

    A Seniwati C Olahragawati

    B Peragawati D Sukarelawati

    16 Adik menangis kerana kakinya tersepit pada

    ____________ basikal.

    A jejari C lelangit

    B kekuda D bebola

    17 Yani ____________ menyertai kejohanan

    tersebut jika diberitahu tentang hadiah lumayan

    yang bakal diperoleh.

    A harus dapat C mesti mahu

    B mesti telah D harus sudah

    Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

    18 Persahabatan antara Nizam dan Anand amat

    erat sejak di bangku sekolah lagi.

    Perkataan seerti bagi erat ialah A rapat C jujur

    B mesra D hampir

    19 Shamsul sering sahaja kesempitan wang kerana

    dia seorang yang boros.

    Perkataan berlawan bagi boros ialah A kumpul C kedekut

    B simpan D jimat

    Soalan 20 - 22

    Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan

    bergaris dengan betul.

    20 I Samad duduk di haluan perahu.

    II Bumi sentiasa berhaluan mengelilingi

    matahari.

    III Tanpa disedari, rel kereta api itu telah keluar

    dari haluan asalnya.

    IV Zainuddin belum lagi memikirkan haluan

    hidupnya.

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    21 I Ayah Faizul jadi ke Mekah pada tahun ini.

    II Pada hujung minggu ini, Aini akan

    mengadakan majlis hari jadinya yang ke-2

    III Kuih yang dibuat oleh kakak tidak jadi kerana

    adunannya tidak betul.

    IV Zarina anak jadi negeri Johor.

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    22 I Rumah Encik Fahmi beratapkan genting.

    II Izham selalu berfikir genting tentang

    nasibnya pada masa hadapan.

    III Nyawa Nadhirah berada dalam keadaan

    genting jika tidak dibedah dengan segera.

    IV Di antara Semenanjung Malaysia dengan

    negara Thai, terdapat tanah genting yang

    dikenali sebagai Segenting Kra.

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

  • 23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di

    bawah.

    Mengapakah banjir sering berlaku di kampung

    saudari?

    A Banjir telah menyebabkan pelbagai wabak

    penyakit.

    B Banjir memang selalu berlaku di kampung

    saya.

    C Saya tidak tahu yang kampung ini sering

    dilanda banjir kerana saya baru dua bulan

    menetap di sini.

    D Kerana sistem perparitan di tempat saya tidak

    baik.

    24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

    Seorang gadis telah ditemui mati di taman itu

    tiga hari yang lepas.

    A Bilakah gadis itu telah meninggal dunia?

    B Bagaimanakah keadaan gadis itu ketika

    ditemui?

    C Siapakah yang menjumpai mayat gadis itu?

    D Apakah peristiwa yang berlaku di taman itu

    tiga hari yang lepas?

    Soalan 25 - 26

    Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang

    diberikan.

    25 Ayah pergi ke hospital kerana abang

    kemalangan, beritahu Nadia kepada kakaknya.

    A Nadia dan ayahnya pergi ke hospital kerana

    kakaknya kemalangan.

    B Nadia memberitahu kakaknya bahawa ayah

    mereka pergi ke hospital kerana abang

    mereka kemalangan.

    C Nadia meminta kakaknya pergi ke hospital

    kerana ayah dan abangnya kemalangan.

    D Nadia meminta ayah dan kakaknya pergi

    ke hospital kerana abangnya kemalangan.

    26 Cikgu Hisham dan Cikgu Selva sedang

    merancang untuk mengadakan satu majlis amal

    di sekolah itu.

    A Di sekolah itu, mencadangkan supaya

    diadakan satu majlis amal oleh Cikgu

    Hisham dan Cikgu Selva.

    B Satu majlis amal bakal dianjurkan di sekolah

    itu oleh Cikgu Hisham dan Cikgu Selva.

    C Satu majlis amal akan diadakan oleh Cikgu

    Hisham dan Cikgu Selva di sekolah itu yang

    telah dirancang.

    D Satu majlis amal sedang dirancang oleh Cikgu

    Hisham dan Cikgu Selva untuk diadakan di

    sekolah itu.

    Soalan 27 - 30

    Pilih ayat yang betul.

    27 A Baju Amira berkedut kerana tidak

    menggosok.

    B Pahlawan yang gagah itu telah gugur di

    medan perang.

    C Semua murid menumpukan perhatian ketika

    Cikgu Hamdan mengucap.

    D Suraya sedang menanam pokok bunga raya

    pada halaman rumahnya.

    28 A Kain yang dipakai oleh Nasha itu sungguh

    jarang amat sekali.

    B Ayam serama yang dipelihara oleh Nazri

    telah terlepas daripada kandangnya.

    C Jenna sangat lemah di dalam mata pelajaran

    Matematik.

    D Aniza kecewa kerana gagal melanjutkan

    pelajarannya ke universiti.

    29 I Ayah memandu kereta dengan berhati-hati.

    II Tulisan Azman kemas dan segak.

    III Pemburu itu berjaya menembak dua ekor

    rusa.

    IV Emak membeli sesikat pisang dan sebiji

    tembikai di pasar raya itu.

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    30 I Shira dan Nisa berkawan baik sejak dua

    tahun yang lalu.

    II Batang pokok rambutan itu sudah lembik dan

    rapuh.

    III Dedaun kering berkecai di halaman rumah

    Rosnah.

    IV Kapal terbang itu akan berlepas sebentar lagi.

    A I dan II C I dan IV

    B II dan III D III dan IV

  • Soalan 31 - 35

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Wartawan : Assalamualaikum, saudara Johari.

    Johari : Waalaikumusalam.

    Wartawan : Saya Fairuz Zulkarnain, wakil daripada Majalah Wawasan mengucapkan tahniah atas kejayaan

    saudara merangkul Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri.

    Johari : Terima kasih.

    Wartawan : Bolehkah saudara menjelaskan apakah rahsia yang melayakkan saudara menerima Anugerah

    Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri?

    Johari : Sebenarnya tidak ada apa-apa rahsia. Mungkin disebabkan pencapaian saya yang baik dalam

    bidang kokurikulum dan kurikulum.

    Wartawan : Bagaimanakah penglibatan saudara di peringkat sekolah?

    Johari : Pada peringkat sekolah, saya menjadi pengawas dan memegang banyak jawatan penting dalam

    persatuan.

    Wartawan : Bagaimanakah saudara mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR?

    Johari : Saya belajar bersungguh-sungguh dan memberi tumpuan sepenuhnya ketika cikgu mengajar.

    Selain itu, saya mematuhi waktu belajar.

    Wartawan : Apakah nasihat saudara kepada rakan-rakan yang lain?

    Johari : Jika kita inginkan kejayaan, kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh. Jangan jadikan

    impian kita seperti hangat-hangat tahi ayam. Kita mesti rajin belajar.

    Wartawan : Terima kasih kerana saudara sudi diwawancara. Semoga saudara terus berjaya.

    Johari : Terima kasih kembali.

    31 Apakah pekerjaan Fairuz Zulkarnain dalam

    petikan ini?

    A Guru sekolah

    B Murid sekolah

    C Wartawan majalah

    D Pemberita akhbar

    32 Apakah anugerah yang telah diterima oleh Johari?

    A Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat

    Sekolah

    B Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri

    C Anugerah Pelajar Terbaik Peringkat Daerah

    D Anugerah Pelajar Contoh Peringkat

    Kebangsaan

    33 Apakah jawatan yang dipegang oleh Johari di

    peringkat sekolah?

    A Menjadi ketua pengawas dan pemberita

    majalah sekolah

    B Menjadi ketua darjah dan memegang jawatan

    pengerusi pelbagai persatuan

    C Menjadi pengawas dan memegang banyak

    jawatan penting dalam persatuan

    D Menjadi pengawas dan memegang banyak

    jawatan penting dalam bidang sukan

    34 Antara berikut, pernyataan manakah yang tidak berkaitan dengan kejayaan Johari mendapat

    keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR?

    A Beliau sering belajar bersungguh-sungguh

    B Beliau sering mematuhi waktu belajar

    C Beliau sentiasa memberi tumpuan

    sepenuhnya ketika pengajaran guru

    D Beliau sering meniru dalam peperiksaan

    35 Apakah nasihat Johari kepada rakan-rakan yang

    ingin berjaya sepertinya?

    A Mereka mesti rajin membuat latihan dan

    memberikan tumpuan semasa cikgu mengajar

    B Mereka mesti berusaha dengan bersungguh-

    sungguh dan rajin belajar

    C Mereka mesti aktif dalam persatuan dan

    belajar bersungguh-sungguh

    D Mereka mesti mematuhi waktu belajar dan

    mesti berani

  • Soalan 36 - 40

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Jumaat, 5 Mei 2009

    6.30 pagi - Aku terjaga daripada tidur. Lena sungguh aku tidur. Sedar-sedar jarum jam dinding menunjukkan pukul

    6.30 pagi. Aku mengejutkan isteriku dan seorang putera tunggal kami. Aku memberitahu isteriku bahawa sebelum

    Sang Suria memancarkan sinarannya ke bumi, aku harus keluar mencari rezeki. Isteriku faham akan maksudku. Entah

    mengapa daripada raut wajahnya yang ayu, terlihat sedikit kesuraman. Dia seperti tidak mengizinkan aku pergi

    mencari rezeki pada pagi itu.

    6.45 pagi - Aku selamat sampai di sebuah dusun buah-buahan. Suasana masih sunyi. Titisan embun semalam pada

    dedaun hijau masih belum hilang. Keadaan sekeliling aman dan damai. Lega hatiku kerana aku dapat memetik buah

    pisang, betik, ciku, rambutan, dan jambu untuk dibawa balik buat santapan keluargaku. Tentu mereka gembira apabila

    melihat aku membawa balik banyak makanan.

    7.30 pagi - Sang Suria mula meninggi. Pak Tani mula tiba untuk menjalankan tugas harian. Bunyi deruan motosikal

    dan kereta kian jelas. Suasana tidak sunyi lagi. Aku bercadang hendak pulang.

    8.00 pagi - Bunyi tembakan tiba-tiba bergema di angkasa. Jantungku berdegup kencang. Di hadapanku, gugurnya

    mayat isteri dan puteraku ditembak pemburu. Malang tidak berbau! Tidak kusangka, pagi ini aku kehilangan dua insan

    yang paling aku sayangi dalam sekelip mata. Sedih, pilu, perasaanku ketika itu tidak dapat terbayangkan dek kata-kata.

    Apakan daya, kini aku hidup sebatang kara dan keseorangan.

    36 Mengapakah aku mengejutkan anak dan

    isterinya?

    A Kerana aku ingin mengajak mereka keluar

    mencari makanan

    B Kerana aku ingin mengajak mereka

    bersarapan

    C Kerana aku ingin memberitahu bahawa dia

    akan keluar mencari makanan

    D Kerana aku ingin memberitahu mereka

    bahawa hari sudah siang

    37 Di mana tempat aku mencari makanan?

    A Di sebuah kampung

    B Di sebuah dusun

    C Di sebuah sungai

    D Di kawasan penanaman padi

    38 Bagaimanakah suasana di tempat aku mencari

    makanan ketika mula-mula sampai?

    A Bising dengan bunyi deruan motosikal

    dan kereta

    B Hujan lebat dan kilat sambar-menyambar

    C Sunyi dan keadaan sekeliling aman damai

    D Mula panas kerana matahari mula meninggi

    39 Apakah sebabnya aku bercadang untuk pulang

    ke rumah?

    A Kerana waktu semakin gelap

    B Kerana matahari sudah meninggi dan suasana

    sudah tidak sunyi lagi

    C Kerana aku mendengar bunyi tembakan

    bergema di angkasa

    D Kerana aku terdengar isteri dan anaknya

    ditembak oleh musuh

    40 Mengapakah jantung aku berdegup kencang?

    A Kerana aku melihat pemburu sedang

    mengacukan senapang ke arah anak dan

    isterinya

    B Kerana aku melihat mayat anak dan isteri di

    hadapannya

    C Kerana aku melihat mayat pemburu yang

    telah ditembak oleh musuh

    D Kerana aku mendengar bunyi motosikal dan

    kereta yang bising

  • UJIAN BULANAN PERTAMA

    Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki

    menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau

    Soalan 3.

    Bahagian A

    (Masa dicadangkan : 15 minit)

    (10 markah)

    Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

    1 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    2 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    3 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    4 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    5 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

  • Bahagian B

    (Masa dicadangkan : 40 minit)

    (30 markah)

    Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80

    patah perkataan.

    1 Gambarkan suasana di pasar malam di tempat anda.

    ATAU

    2 Industri pelancongan dapat menaikkan nama negara Malaysia. Cadangkan bagaimana industri pelancongan dapat

    menaikkan nama negara kita.

    ATAU

    3 Selaku pegawai bomba anda dikehendaki menyampaikan ceramah tentang langkah-langkah keselamatan bagi

    mencegah kebakaran.

    Tuliskan ceramah tersebut selengkapnya.

    Bahagian C

    (Masa dicadangkan : 20 minit)

    (20 markah)

    Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

    Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu

    perenggan.

    Sesi persekolahan sudah sampai ke penghujungnya. Tidak lama lagi cuti persekolahan akan tiba. Sebelum cuti

    persekolahan bermula, peperiksaan akhir tahun akan diadakan. Semua murid perlu menduduki peperiksaan itu. Ravi

    merupakan murid tahun lima yang amat terkenal dengan kenakalan dan kemalasannya. Cikgu Amir telah

    mengumumkan peperiksaan akhir tahun akan diadakan pada bulan hadapan. Ravi hanya mendengar dan tidak

    mengambil apa-apa tindakan selepas Cikgu Amir membuat pengumuman itu. Ravi masih lagi bermain-main dan

    malas mengulang kaji pelajaran. Sedangkan kawan-kawannya yang lain tekun mengulang kaji pelajaran. Hari

    peperiksaan telah tiba. Ketika di dalam dewan peperiksaan, Ravi menjadi cemas. Ravi mula memandang ke kiri dan

    kanan kerana dia tidak dapat menjawab soalan. Perasaan menyesal tiba-tiba datang dalam dirinya. Namun, semuanya

    sudah terlambat. Akhirnya dia bertanya kepada rakan baiknya, Mazlan yang duduk di sebelahnya. Mazlan bersimpati

    lalu menghulurkan secebis kertas yang bertulis jawapan kepada Ravi. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya

    jatuh ke tanah jua. Perbuatan mereka telah disedari oleh guru lalu mereka ditangkap. Perbuatan mereka telah

    dilaporkan kepada guru besar. Mereka dimarahi oleh guru besar dan digantung daripada menduduki peperiksaan. Ravi

    menyesal. Dia juga berasa bersalah terhadap Mazlan. Gara-gara perbuatannya, Mazlan turut digantung daripada

    menduduki peperiksaan. Mereka berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Peristiwa tersebut telah menjadi

    pengajaran yang bermakna buat dirinya. Ravi berjanji akan mengubah sikapnya yang malas dan nakal itu.

  • UJIAN BULANAN KEDUA Tiap-tiap soalan diikuti oleh em pat pilihan jawapan,

    iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih

    satu jawapan sahaja.

    Soalan 1 - 17

    Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

    1 Laila menolong bapanya __________ semak

    di belakang rumahnya.

    A menebas C mengibas

    B mencantas D menggunting

    2 Pokok rambutan yang __________ di hadapan

    rumah Zulkifli sesuai untuk dijadikan tempat

    berteduh.

    A ranum C tebal

    B subur D rendang

    3 __________ Puan Salmi ialah ibu tiri saya,

    __________ dia melayan saya seperti anak

    kandungnya.

    A Jangan ... pun

    B Baik ... mahupun

    C Walaupun ... namun

    D Bukan sahaja .. malah

    Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

    4 Razali sedang mencari maklumat ___________

    penyakit malaria di perpustakaan.

    A untuk C tentang

    B seperti D sebagai

    5 ___________, pahlawan-pahlawan negaraku,

    berjuanglah demi negara tercinta!

    A Hai C Wahai

    B Wah D Syabas

    6 ____________ orang pemuda di kampung itu

    telah ditangkap kerana disyaki mengedar dadah.

    A Seluruh C Beberapa

    B Semua D Pelbagai

    7 __________ itu melayan pesakit-pesakit di Wad

    Tiga Intan dengan senyuman yang manis.

    A Juruacara C Jurucakap

    B Jururawat D Jurufoto

    8 Walaupun Nandhini anak perempuan tunggal

    dalam keluarga Encik Nathan, namun dia tidak

    _________ dimanjakan.

    A telah C mesti

    B sudah D pernah

    9 Mata Fairuz tidak ________ apabila melihat

    Datuk Siti Nurhaliza lalu di hadapannya.

    A merayau-rayau C tersengih-sengih

    B terpadam-padam D berkelip-kelip

    Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

    10 Gerakan menyelamat dilakukan dengan segera

    untuk mencari mangsa yang terperangkap

    _______ tragedi runtuhan bangunan itu.

    A tengah C dalam

    B sudut D atas

    Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

    11 Cikgu Fatin mengarahkan __________

    menumpukan perhatian sewaktu di dalam kelas.

    A kita C kami

    B patik D hamba

    12 Walaupun Norlina sudah bertugas di London

    selama 10 tahun namun dia masih lagi

    _________ Malaysia.

  • A sukarela C warganegara

    B kakitangan D jawatankuasa

    13 Kami tidak dapat mengesan kedudukan bangkai

    pesawat itu dalam keadaan yang ___________.

    A riuh-rendah C gilap-gemilap

    B gelap-gelita D hiruk-pikuk

    14 Pesakit jantung berlubang itu dihantar ke

    Amerika Syarikat untuk mendapatkan

    __________ lanjut.

    A dirawat C merawat

    B rawatan D perawatan

    15 Kakak memasukkan tiga __________ telur ayam

    ke dalam adunan kek.

    A ekor C ketul

    B butir D buah

    16 Intan Shafinaz menghadiahkan sejambak bunga

    kepada _________ orang penyanyi luar negara

    itu.

    A dua C kedua-kedua

    B kedua D berdua

    17 Dari __________ kah asalnya benih pokok getah

    yang ada di Malaysia pada hari ini?

    A bila C mana

    B siapa D berapa

    18 Persahabatan antara Laili dengan Rini amat akrab

    walaupun mereka baru dua minggu berkenalan.

    Perkataan seerti bagi akrab ialah A jauh C sempit

    B rapat D renggang

    19 Suasana di dalam dewan begitu riuh selepas

    penceramah itu keluar.

    Perkataan berlawan bagi riuh ialah A mesra C bising

    B kecoh D senyap

    Soalan 20 - 22

    Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan

    bergaris dengan betul.

    20 I Suara Cikgu Aida agak keras apabila berkata-

    kata.

    II Ezuan seorang yang keras kepala.

    III Pak Hasyim memberi keras sebanyak RM 50

    kepada tok dukun itu.

    IV Tindakan keras akan diambil terhadap

    kakitangan yang tidak mematuhi peraturan

    syarikat.

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    21 I Ayah masih belum pulang meskipun hari

    sudah larut malam.

    II Garam larut di dalam air.

    III Hati Aizan larut mendengar kata-kata ayahnya.

    IV Usia Mak Limah sudah larut.

    A I dan II C I dan IV

    B II dan III D III dan IV

    22 I Zamri berasa segar setelah selesai beriadah.

    II Gelak ketawa Mazni masih segar dalam

    ingatan saya.

    III Tingkah laku Mastura sangat segar dipandang.

    IV Sayur sawi itu masih segar kerana baru sahaja

    dipetik dari kebun.

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di

    bawah.

    Sudah berapa lamakah encik terlibat dalam projek

    penternakan ikan air tawar ini?

    A Sejak muda lagi saya berminat untuk

    melibatkan diri dalam projek penternakan ikan

    air tawar ini.

    B Kawan-kawan menggalakkan saya terlibat

    dalam bidang penternakan ikan air tawar ini.

    C Sudah hampir lapan tahun saya terlibat dalam

    projek penternakan ikan air tawar ini.

    D Saya akan bergiat dalam penternakan ikan air

    tawar ini selama lapan tahun.

    24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

    Ya, Datuk Faizul akan melancong ke Korea

    pada minggu hadapan.

    A Adakah Datuk Faizul masih berada di Korea

    pada minggu hadapan?

    B Adakah Datuk Faizul akan membatalkan

    niatnya untuk melancong ke Korea pada

    minggu hadapan?

    C Adakah Datuk Faizul akan melancong ke

    Korea pada minggu hadapan?

    D Ke manakah Datuk Faizul akan melancong

    pada minggu hadapan?

    Soalan 25 - 26

  • Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang

    diberikan.

    25 Kakak menyuruh saya mengemas bilik agar saya

    dapat tidur dengan nyenyak, kata Zureen kepada

    Aisyah.

    A Zureen memberitahu Aisyah bahawa kakak

    menyuruhnya mengemas bilik agar dia dapat

    tidur dengan nyenyak.

    B Zureen memberitahu Aisyah bahawa kakak

    menyuruh mereka berdua mengemas bilik agar

    dapat tidur dengan nyenyak.

    C Zureen menyuruh kakaknya mengemas bilik

    agar Aisyah dapat tidur dengan nyenyak.

    D Zureen mengingatkan Aisyah agar mengemas

    bilik supaya kakaknya dapat tidur dengan

    nyenyak.

    26 Mengapakah adik awak menangis? Liyana

    bertanya kepada Laila.

    A Liyana bertanya kepada Laila mengapa adik

    kamu menangis.

    B Mengapa adik kamu menangis tanya Liyana

    kepada Laila.

    C Liyana bertanya kepada Laila mengapa

    adiknya menangis.

    D Laila bertanya kepada Liyana mengapa

    adiknya menangis.

    Soalan 27 - 30

    Pilih ayat yang betul.

    27 A Supaya meraikan kedatangan pengurus yang

    baru, satu jamuan yang meriah dianjurkan

    oleh syarikat itu.

    B Pedalaman longkang itu mengambil masa kira-

    kira dua hari lamanya.

    C Encik Zamarul memutuskan perhubungan

    wanita itu dan anaknya.

    D Ai Leen telah memulangkan kad pengenalan

    yang dijumpainya kepada tuannya.

    28 A Majlis persandingan penyanyi terkenal itu

    akan diadakan di sebuah hotel.

    B Azlin mendapat sehelai kad jemputan daripada

    Zaimah.

    C Kasih sayang Puan Zainora terhadap anak-

    anaknya memang tidak akan berbelah-belah

    bagi.

    D Kapal mainan itu terumbang-ambing disedut

    angin.

    29 I Kebakaran itu berlaku pada pukul 3.00 pagi.

    II Kapal itu sudah menetap di pelabuhan itu

    sejak seminggu yang lalu.

    III Buku itu bukan sesuai dibaca oleh kanak-

    kanak.

    IV Hakimi lebih suka berkawan dengan Razi

    daripada Razlan.

    A I dan II C I dan IV

    B II dan III D III dan IV

    30 I Budak perempuan yang comel itu tidak adik

    saya.

    II Bermacam-macam mainan terdampar di atas

    lantai kerana disepahkan oleh adik.

    III Nasya menempah sehelai gaun untuk majlis

    hari jadinya.

    IV Zila meraba-raba mukanya yang bengkak itu. A I dan II C I dan IV

    B II dan III D III dan IV

    Soalan 31 - 35

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

  • Persatuan Bahasa Malaysia,

    Sekolah Kebangsaan Wakaf Dua,

    77000 Jasin,

    Melaka.

    Puan Rasyidah bt. Hassan,

    Sekolah Kebangsaan Taman Maju,

    77000 Jasin,

    Melaka. 5 OGOS 2009.

    Puan,

    Jemputan Menjadi Pengadil Pertandingan Syarahan

    Saya selaku Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Wakaf Dua ingin menjemput puan menjadi

    pengadil bagi pertandingan yang disebut di atas.

    2. Penyertaan untuk pertandingan ini hanya terbuka untuk murid tahap dua sahaja. Tujuan pertandingan ini

    diadakan adalah untuk memilih wakil sekolah ke pertandingan syarahan antara Sekolah-sekolah Rendah Negeri

    Melaka.

    3. Berikut adalah butir-butir lanjut pertandingan:

    (a) Tarikh : 22 Ogos 2009

    (b) Hari : Sabtu

    (c) Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Wakaf Dua

    (d) Masa : 10.00 pagi

    (e) Jumlah peserta : 16 orang

    4. Oleh sebab itu, pihak persatuan sangat berharap agar puan dapat memberikan jawapan sebelum 12 Ogos 2009.

    Hal ini bagi memudahkan kami mencari pengganti sekiranya puan menolak tawaran kami.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,

    Fahmi

    (AHMAD FAHMI BIN JUNAIDI)

    Setiausaha,

    Persatuan Bahasa Malaysia,

    Sekolah Kebangsaan Wakaf Dua, Jasin, Melaka.

    31 Siapakah yang mengirim surat di atas?

    A Setiausaha persatuan

    B Pengerusi persatuan

    C Guru penasihat persatuan

    D Guru penolong persatuan

    32 Apakah tujuan surat di atas dikirim?

    A Untuk menjemput Puan Rasyidah menjadi

    peserta syarahan

    B Untuk mengundang Puan Rasyidah menjadi

    pengadil pertandingan syarahan

    C Untuk meminta kebenaran daripada Puan

    Rasyidah untuk mengadakan pertandingan

    syarahan

    D Untuk meminta Puan Rasyidah memberikan

    senarai nama peserta yang akan bertanding

    33 Antara berikut, yang manakah tidak benar

    tentang pertandingan syarahan yang akan

  • diadakan tersebut?

    A Pertandingan syarahan ini akan diadakan di

    dewan Sekolah Kebangsaan Wakaf Dua,

    Jasin

    B Pertandingan syarahan ini akan diadakan

    pada 22 Ogos 2009

    C Puan Rasyidah merupakan peserta

    pertandingan syarahan

    D Pemenang pertandingan ini akan mewakili

    sekolah ke pertandingan syarahan antara

    Sekolah-sekolah Rendah Negeri Melaka

    34 Mengapakah pengirim berharap Puan Rasyidah

    dapat memberikan jawapan sebelum tarikh 12

    Ogos?

    A Supaya pertandingan syarahan itu dapat

    dilaksanakan pada hari yang ditetapkan

    B Supaya bilangan peserta untuk menyertai

    pertandingan itu mencukupi

    C Supaya pihak pengirim dapat mencari

    pengganti jika Puan Rasyidah menolak

    tawaran itu

    D Supaya pihak pengirim dapat menempah

    dewan untuk mengadakan majlis itu dengan

    segera

    35 Berapa orang pesertakah yang akan menyertai

    pertandingan itu?

    A 8 orang

    B 12 orang

    C 16 orang

    D 20 orang

    Soalan 36 - 40

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Di dalam kelas, Safuan lebih suka berkhayal dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar.

    Tidak hairanlah, setiap kali ada ujian atau peperiksaan, Safuan akan gagal. Keputusannya amat mengecewakan. Sudah

    banyak kali gurunya memberi nasihat supaya dia memberi perhatian ketika guru mengajar namun Safuan tidak pernah

    mengendahkan nasihat tersebut. Safuan juga sudah tidak berminat lagi untuk belajar.

    Kini, Safuan sudah berani ponteng sekolah. Dia akan berpura-pura pergi ke sekolah namun di pertengahan

    jalan dia akan menyimpang ke kebun pisang ayahnya. Di situlah dia bersembunyi dengan berpakaian sekolah. Apabila

    waktu tengah hari, dia akan pulang ke rumahnya. Jadi, ibu dan ayahnya tidak tahu tentang perbuatan Safuan itu.

    Sudah hampir satu minggu, Safuan tidak pergi ke sekolah dan selama itulah juga tiada sesiapa yang tahu Safuan telah

    ponteng sekolah. Safuan hanya memberitahu kawan karibnya iaitu Arif bahawa dia demam.

    Pada suatu hari, ketika Safuan asyik duduk termenung di bawah sebatang pokok pisang, tiba-tiba dia terlihat

    seekor siput sedang berusaha memanjat sebatang pokok pisang. Batang pokok pisang itu licin. Walaupun telah banyak

    kali siput itu jatuh namun ia tetap berusaha memanjatnya. Siput itu tidak kenal erti putus asa. Akhirnya siput itu

    berjaya memanjat pokok pisang itu.

    Setelah melihat kejadian itu, timbul rasa keinsafan dalam diri Safuan. Dia terus pulang ke rumah dengan azam

    baru. Bermula dari hari itulah, dia telah belajar bersungguh-sungguh. Perubahan sikapnya itu telah menggembirakan

    banyak pihak terutama guru-guru, ibu bapa dan juga kawan-kawannya. Akhirnya, dalam peperiksaan akhir tahun,

    Safuan telah mendapat keputusan yang cemerlang.

    36 Mengapakah Safuan sering gagal dalam ujian?

    A Dia selalu ponteng sekolah

    B Dia selalu demam dan sakit

    C Dia tidak memberikan tumpuan semasa guru

    mengajar

    D Dia tidak suka mengulang kaji pelajaran di

    rumah

    37 Di manakah Safuan akan bersembunyi apabila

    ponteng sekolah?

    A Di belakang rumahnya

    B Di dalam gua berhampiran sekolah

    C Di kebun pisang ayahnya

    D Di dalam rumah kosong

    38 Apakah alasan yang diberikan oleh Safuan

    kepada Arif apabila dia tidak hadir ke sekolah

    selama satu minggu?

    A Sakit C Malas

    B Demam D Tidak minat untuk

    belajar

  • 39 Apakah peristiwa yang telah menginsafkan diri

    Safuan?

    A Safuan melihat air yang tidak berhenti

    menitik di atas batu

    B Safuan melihat siput yang berusaha

    memanjat sebatang pokok pisang

    C Safuan melihat burung yang terbang dari satu

    tempat ke tempat yang lain untuk mencari

    makanan

    D Safuan melihat sekumpulan semut yang

    sedang mengusung makanan

    40 Apakah perubahan diri Safuan selepas

    menyaksikan peristiwa tersebut?

    A Safuan berazam untuk mendapat tempat

    pertama di dalam kelasnya

    B Safuan berazam untuk belajar bersungguh-

    sungguh

    C Safuan berazam untuk menjadi contoh

    terbaik kepada kawan-kawannya

    D Safuan berazam untuk masuk ke

    sekolahberasrama penuh

    UJIAN BULANAN KEDUA

  • Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki

    menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau

    Soalan 3.

    Bahagian A

    (Masa dicadangkan : 15 minit)

    (10 markah)

    Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

    1 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    2 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    3 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    4 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    5 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    Bahagian B

    (Masa dicadangkan : 40 minit)

    (30 markah)

  • Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80

    patah perkataan.

    1 Anda selaku seorang Setiausaha Persatuan Pengguna sekolah.

    Tuliskan satu laporan tentang aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut.

    ATAU

    2 Guru disiplin sekolah anda telah memberi ucapan pada majlis tahunan di sekolah anda.

    Tulis semula ucapan tersebut.

    ATAU

    3 Anda berpeluang mengikuti keluarga bapa saudara anda menghabiskan cuti hari minggu di kampung datuk anda.

    Tuliskan diari pengalaman anda sehari suntuk berada di kampung datuk anda dengan selengkapnya.

    Bahagian C

    (Masa dicadangkan : 20 minit)

    (20 markah)

    Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

    Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu

    perenggan.

    Zana merupakan seorang murid yang malas dan nakal. Dia suka mengusik kawan-kawannya yang

    sedang belajar di dalam kelas. Semua kawan sekelasnya tidak menyenangi sikap Zana. Pada suatu hari, Cikgu Adibah

    telah mengadakan ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik. Zana tidak terkejut dengan hal itu, walaupun dia

    tidak mengulang kaji pelajaran tersebut. Ketika ujian berlangsung, Zana tidak dapat menjawab soalan yang diberikan.

    Lalu dia meniru kertas jawapan kawannya. Tanpa disedari, Cikgu Adibah ternampak perbuatan Zana. Akibatnya

    keputusan ujian Zana digantung. Zana sungguh kecewa dan marah dengan tindakan Cikgu Adibah. Selepas tamat

    waktu persekolahan, Zana terus pulang ke rumah dengan menunggang basikal. Dia asyik memikirkan cara untuk

    membalas dendam terhadap Cikgu Adibah. Tiba-tiba tayar basikalnya pancit sedangkan rumahnya masih jauh. Jadi,

    dia terpaksa mengheret basikalnya. Ketika itu, cuaca amat panas terik. Kepanasan itu menyemarakkan lagi kemarahan

    Zana. Nasib Zana ibarat, Sudah jatuh ditimpa tangga. Di sekolah, keputusan ujian Zana digantung, pulang dari

    sekolah pula, basikalnya meragam.

    P E P E R I K S A A N P E R T E N G A H A N T A H U N - S E T 1

    Tiap-tiap soalan diikuti oleh em pat pilihan jawapan,

    iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

  • Soalan 1 - 17

    Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Sejak kecil lagi Iskandar tinggal ____________

    dengan keluarganya.

    A dijauhkan C berjauhan

    B berjauh D menjauhkan

    2 Segala pesanan __________ akan patik

    sampaikan kepada rakyat jelata.

    A kau C tuanku

    B kamu D hamba

    3 ___________ caranya untuk menggunakan

    komputer ini?

    A Apakah C Bagaimanakah

    B Berapakah D Di manakah

    Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

    4 Berita tentang kebakaran itu telah mendapat

    liputan daripada beberapa orang __________.

    A budayawan C sejarawan

    B wartawan D hartawan

    Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

    5 Cikgu Zaki sedang berbincang _________ Guru

    Besar di bilik mesyuarat.

    A oleh C dengan

    B antara D tentang

    6 __________, susah betul soalan Matematik ini!

    A Cis C Huh

    B Aduh D Amboi

    7 Zuhairi ingin memenangi pertandingan menyanyi.

    ___________, setiap hari dia berlatih dengan

    bersungguh-sungguh.

    A Sungguhpun C Oleh itu

    B Meskipun D Sedemikian

    Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

    8 Datuk sedang ______ kayu itu dengan sebilah

    kapak.

    A mengerat C membelah

    B memotong D menghiris

    Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

    9 Pendaki itu berusaha ___________ gunung yang

    tinggi itu.

    A menaiki C menuruni

    B mendaki D merenangi

    10 Polis menjumpai se ___________ pisau

    semasa menyiasat kes pembunuhan penyanyi

    terkenal itu.

    A batang C bilah

    B buah D laras

    11 Usaha mencari mangsa helikopter yang

    terhempas itu telah dihentikan _________ cuaca

    buruk.

    A kerana C semasa

    B hingga D selagi

    12 Lee Ming mendapat tempat __________ dalam

  • pertandingan Kuiz Sains itu.

    A berdua C kedua

    B dua-dua D kedua-kedua

    13 Rambut pemuda itu __________ dan bau

    badannya sungguh meloyakan kerana sudah

    berbulan-bulan dia tidak mandi.

    A compang-camping C kurus-kurus

    B kusut-masai D jarang-jarang

    14 Juara pertandingan memancing itu akan

    menerima sebuah kereta ___________ tiket

    percutian melancong ke luar negara.

    A lalu C serta

    B atau D tetapi

    15 Se __________ buaya ditemui mati di tepi sungai

    itu semalam oleh penduduk kampung.

    A ekor C pasukan

    B kawan D gugus

    16 ________ akan sampai ke Muzium Negara

    sebentar lagi, kata Cikgu Rohani kepada murid-

    muridnya.

    A Kamu C Kita

    B Anda D Engkau

    17 Azli terjaga daripada tidur apabila terdengar

    bunyi sudu yang jatuh ___________ ke lantai.

    A berdentum C berdering

    B berdenting D berdecit

    18 Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak kerajaan

    untuk membanteras gejala lumba haram di negara

    ini.

    Perkataan seerti bagi membanteras ialah A mencegah C meranap

    B menghindar D menghabiskan

    19 Azri segera menelan ubat batuk itu apabila

    disuruh oleh ibu.

    Perkataan berlawan bagi menelan ialah A menyedut C menggigit

    B menghirup D meluah

    Soalan 20 - 22

    Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan

    bergaris dengan betul.

    20 I Murid yang melanggar peraturan sekolah

    akan dihukum.

    II Sebuah kereta telah melanggar tiang lampu

    di jalan itu pada pagi tadi.

    III Nenek sedang melanggar tikar mengkuang.

    IV Sebagai pelajar kita haruslah sanggup

    melanggar cabaran dan rintangan.

    A I dan II C I dan IV

    B II dan III D III dan IV

    21 I Budak itu masih lagi berada dalam ketakutan.

    II Jenny datang daripada keluarga yang berada.

    III Pak Long duduk di berada rumahnya sambil

    membaca surat khabar.

    IV Ayah masih berada di luar negara kerana

    urusan perniagaannya belum selesai.

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    22 I Pak Utih menanam sayuran di belakang

    rumahnya.

    II Encik Zarul bersedia untuk menanam modal

    sebanyak RM 5 juta dalam syarikat

    pembinaan.

    III Bom itu telah menanam dua buah kereta.

    IV Masalah itu sentiasa menanam fikirannya.

    A I dan II C III dan IV

    B II dan III D I dan IV

    23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di

    bawah.

    Sudahkah kamu membeli barang yang dipesan

    oleh ibu pada petang tadi?

    A Ya, barang yang dipesan oleh ibu telah saya

    beli.

    B Barang yang dipesan oleh ibu akan

    digunakan pada malam nanti.

    C Tidak mungkin dia dapat membeli barang

    yang dipesan oleh ibu pada petang tadi.

    D Barang-barang itu telah dibeli oleh ibu.

    24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

    Puan Shahima menasihati anak-anaknya supaya

    belajar bersungguh-sungguh.

    A Apakah nasihat Puan Shahima kepada anak-

    anaknya?

    B Bagaimanakah caranya Puan Shahima

    menasihati anak-anaknya?

    C Mengapakah Puan Shahima menasihati anak-

    anaknya?

    D Siapakah yang menasihati anak-anak Puan

    Shahima?

    Soalan 25 - 26

  • Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang

    diberikan.

    25 Saya akan bertolak ke kampung pada petang

    ini, kata Zetti kepada Sofia.

    A Zetti berkata bahawa dia akan balik dari

    kampung pada petang nanti kepada Sofia.

    B Zetti diberitahu oleh Sofia bahawa dia akan

    balik dari kampung pada petang nanti.

    C Zetti mengatakan kepada Sofia bahawa dia

    akan balik ke kampung pada petang nanti.

    D Sofia memberitahu Zetti bahawa dia akan

    balik ke kampung pada petang nanti.

    26 Kerja-kerja menghias dewan itu telah dilakukan

    oleh murid-murid Tahun Enam Cempaka.

    A Murid-murid Tahun Enam Cempaka telah

    diarahkan untuk menghias dewan itu.

    B Murid-murid Tahun Enam Cempaka yang

    telah menghias dewan itu.

    C Murid-murid itu telah menghias bilik darjah

    Tahun Enam Cempaka.

    D Murid-murid Tahun Enam Cempakalah yang

    telah menyiapkan kerja-kerja di dalam dewan

    itu.

    Soalan 27 - 30

    Pilih ayat yang betul.

    27 A Pengawal keselamatan itu duduk di situ

    daripada pagi sampai petang.

    B Di petang ini saya akan pergi ke rumah nenek.

    C Bangunan itu dibina pada tahun 1974.

    D Baju itu milik mana?

    28 A Kakak sedang meraut rumput di halaman

    rumah.

    B Abang sedang mandi dan menyanyi di dalam

    bilik air.

    C Hassan merupakan juara amat termuda sekali

    dalam acara itu.

    D Pemuda itu kelihatan kacak apabila memakai

    baju Melayu.

    29 I Anggota tentera itu menggunakan sebilah

    senapang untuk menembak pengganas.

    II Hisham membawa seberkas kayu api dari

    dalam hutan.

    III Farisya masih berjaga meskipun hari sudah

    larut malam.

    IV Kawannya ayah undang ke rumah.

    A I dan II C I dan IV

    B II dan III D III dan IV

    30 I Nenek sedang menganyam ketupat ketika

    kami tiba di kampung.

    II Parut di muka Rusdi tidak akan hapus sampai

    bila-bila.

    III Bakti Samad tidak berkira di kampung ini.

    IV Amin dan Veelu dalam perjalanan ke sekolah

    sewaktu kemalangan itu berlaku.

    A I dan II C I dan IV

    B II dan III D III dan IV

    Soalan 31 - 35

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    No. 526, Jalan Sentosa,

    Taman Sri Gombak,

    68100 Batu Caves,

  • Selangor Darul Ehsan.

    18 April 2009.

    Ke hadapan Ahmad Faiz yang berada di Kampung Nibong, semoga berada dalam keadaan sihat. Bagi diri saya

    dan keluarga di sini sentiasa sihat.

    Saudara,

    Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudara sekeluarga bahawa saya dan keluarga akan

    menziarahi saudara pada cuti persekolahan nanti, iaitu pada 29 Mei. Kami akan tiba di rumah saudara pada petang

    tersebut. Setahu saya, keluarga saya telah memaklumkan tentang hal ini kepada keluarga sa

    Bagaimanakah dengan pelajaran saudara? Tentu saudara telah banyak membuat persiapan untuk menghadapi

    peperiksaan. Saya di sini sentiasa berusaha untuk meningkatkan pencapaian saya dalam akademik. Saya berharap

    semoga saudara akan berjaya dalam setiap usaha yang telah saudara lakukan.

    Saya amat berharap ketika saya sekeluarga datang menziarahi saudara nanti, saudara berada di rumah, dapatlah

    kita berborak panjang. Lagipun sudah terlalu lama kita tidak berjumpa. Banyak cerita yang ingin saya bualkan dengan

    saudara. Jadi, saudara tunggulah kedatangan kami nanti.

    Nampaknya cukuplah sampai di sini dahulu buat kali ini. Semoga kita bersua lagi di lain lembaran. Sekian,

    terima kasih.

    Sepupumu,

    Hafiz Azizi

    31 Di manakah penulis tinggal?

    A Di Kampung Nibong

    B Di Taman Sentosa

    C Di Taman Sri Gombak

    D Di Kampung Selangor

    32 Apakah tujuan penulis menulis surat ini kepada

    Ahmad Faiz?

    A Untuk mengajak Ahmad Faiz dan

    keluarganya datang ke rumahnya

    B Untuk mengajak Ahmad Faiz belajar

    bersama-sama

    C Untuk memberitahu bahawa penulis dan

    keluarganya akan datang melawat Ahmad

    Faiz sekeluarga

    D Untuk menyuruh Ahmad Faiz menyambut penulis dan keluarganya 33 Bilakah penulis dan keluarganya akan datang

    menziarahi Ahmad Faiz sekeluarga?

    A Pada pagi esok

    B Pada petang nanti

    C Pada hujung minggu nanti

    D Pada cuti persekolahan nanti

    34 Maksud pencapaian dalam petikan ini ialah

    A prestasi

    B anugerah

    C penghargaan

    D kemenangan 35 Apakah harapan penulis apabila datang ke rumah

    Ahmad Faiz?

    A Ahmad Faiz dapat belajar dengannya

    B Semua saudara-mara menyambut kedatangan

    mereka

    C Ahmad Faiz berada di rumah

    D Ahmad Faiz membawanya bersiar-siar di sekitar kampung

    Soalan 36 - 40

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Laporan Tentang Pertandingan Syarahan

    Sekolah Kebangsaan Sri Nilam, Selangor

    Sekolah Kebangsaan Sri Nilam telah mengadakan pertandingan syarahan antara kelas-kelas di sekolah ini.

  • Pertandingan itu diadakan pada 26 Mac 2009 di dewan sekolah.

    Tujuan pertandingan syarahan ini diadakan adalah untuk memilih wakil sekolah ke pertandingan syarahan di

    peringkat sekolah. Selain itu, pertandingan syarahan tersebut dapat mencungkil bakat murid serta melatih murid

    menjadi berani dan pandai berpidato. Pertandingan ini terbuka kepada murid tahap dua sahaja.

    Pertandingan ini dihakimi oleh Guru Penolong Kanan, Cikgu Zalia bt Zubir, Guru Kanan Bahasa Malaysia,

    Cikgu Aisyah bt Abd Salam, dan Guru Kanan Sains dan Matematik, Cikgu Amran bin Awang. Tajuk syarahan yang

    disampaikan ialah Disiplin Asas Kejayaan.

    Juara syarahan dimenangi oleh Amira bt Mukmin dari Tahun Lima Anggerik manakala pemidato terbaik

    disandang oleh Shahril bin Abu Bakar dari Tahun Enam Melati. Pihak sekolah berjaya mencungkil bakat murid serta

    memilih wakil murid ke pertandingan syarahan di peringkat sekolah nanti.

    Harapan kami agar wakil sekolah akan dapat mencipta kejuaraannya dalam pertandingan tersebut.

    Yang menjalankan tugas, 28 Mac 2009.

    Fahrin

    (FAHRIN BIN RASHDAN)

    Ketua Pengawas,

    Sekolah Kebangsaan Sri Nilam,

    Selangor.

    36 Bilakah pertandingan syarahan tersebut diadakan?

    A 22 Mac 2009

    B 24 Mac 2009

    C 26 Mac 2009

    D 28 Mac 2009

    37 Siapakah yang layak menyertai pertandingan

    syarahan tersebut?

    A Murid-murid tahun 1, 2, dan 3 sahaja

    B Murid-murid tahun 3, 4, dan 5 sahaja

    C Murid-murid tahun 4 dan 5 sahaja

    D Murid-murid tahun 4, 5, dan 6 sahaja

    38 Antara berikut, yang manakah bukan merupakan

    tujuan pertandingan syarahan ini diadakan?

    A Untuk mencungkil bakat murid

    B Untuk melatih murid menjadi berani dan

    pandai berpidato

    C Untuk menggalakkan murid-murid menyertai

    pelbagai pertandingan yang diadakan di

    peringkat sekolah

    D Untuk memilih wakil sekolah ke

    pertandingan syarahan di peringkat sekolah

    39 Siapakah yang telah memenangi pertandingan

    syarahan tersebut?

    A Murid Tahun Enam Melati

    B Murid Tahun Lima Anggerik

    C Murid Tahun Empat Melati

    D Murid Tahun Enam Anggerik

    40 Apakah harapan pihak sekolah dengan

    penganjuran pertandingan tersebut?

    A Pertandingan tersebut berjalan lancar

    B Pertandingan tersebut mendapat sambutan

    hangat daripada murid-murid

    C Wakil sekolah akan dapat mencipta kejayaan

    dalam pertandingan tersebut

    D Dapat memupuk semangat berkerjasama di

    antara semua pihak yang terlibat dalam

    pertandingan itu

    P E P E R I K S A A N P E R T E N G A H A N T A H U N - S E T 1

    Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki

    menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau

    Soalan 3.

  • Bahagian A

    (Masa dicadangkan : 15 minit)

    (10 markah)

    Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

    1 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    2 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    3 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    4 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    5 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    Bahagian B

    (Masa dicadangkan : 40 minit)

    (30 markah)

  • Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80

    patah perkataan.

    1 Anda bersekolah dan tinggal di asrama penuh. Tuliskan sepucuk surat kepada keluarga anda di kampung.

    Ceritakan tentang keadaan anda dan beritahu mereka bahawa anda akan pulang pada cuti persekolahan akan

    datang.

    ATAU

    2 Tuliskan sebuah syarahan yang bertajuk Kepentingan Disiplin dalam Hidup Setiap Manusia.

    ATAU

    3 Aktiviti pertanian mempunyai potensi yang cerah jika diusahakan dengan gigih. Para petani akan mendapat

    faedah yang banyak jika mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh. Bincangkan.

    Bahagian C

    (Masa dicadangkan : 20 minit)

    (20 markah)

    Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

    Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu

    perenggan.

    Ramli mempunyai sebuah gerai ikan bakar di Kajang. Ramli membuka gerai tersebut dengan modal

    permulaan sebanyak RM 500. Gerai ikan bakar Ramli memang dikenali ramai. Gerainya sentiasa mendapat sambutan

    hangat bukan sahaja daripada penduduk setempat malahan daripada penduduk luar. Mereka datang dari jauh semata-

    mata ingin menikmati kesedapan dan keenakan ikan bakar Ramli. Gerai Ramli menjadi sebutan dan tidak hairanlah

    jika gerainya sentiasa dipenuhi pengunjung pada setiap malam. Setelah perniagaan Ramli maju, dia tidak mampu lagi

    untuk menguruskan gerai ikan bakarnya sendirian. Ramli mengambil beberapa orang pekerja untuk membantunya.

    Walaupun Ramli sibuk dan letih, namun dia tetap memberi layanan yang baik kepada para pelanggannya. Kepuasan

    hati pelanggan merupakan kepuasan bagi dirinya. Pada tahun berikutnya, perniagaan Ramli tidak tertumpu pada ikan

    bakar sahaja tetapi disediakan juga sotong bakar dan kerang bakar. Idea untuk menjual sotong dan kerang bakar

    adalah cadangan daripada seorang pelanggannya yang sering kali berkunjung ke gerainya. Ramli bercita-cita ingin

    membuka gerai ikan bakar yang lebih besar pada suatu hari nanti. Jika dia berusaha dengan gigih, impiannya pasti

    akan menjadi kenyataan.

  • PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN - SET 2

    Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

    Soalan 1 - 17 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

    Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

    1 Hanif tidak terdaya untuk ___________ meja

    yang diperbuat daripada kayu jati itu sendirian.

    A menarik C mengangkat

    B menjulang D mendukung

    2 Beberapa orang __________ sedang

    memperagakan pakaian batik dari butik yang

    terkenal di ibu kota.

    A seniwati C olahragawati

    B sukarelawati D peragawati

    3 Cikgu Razali terpaksa _________ untuk

    meleraikan pergaduhan antara Nazrul dengan

    Hakimi.

    A cari fasal C campur gaul

    B beri muka D campur tangan

    4 Rasa kuih ini sangat ________ .

    A masin C manis

    B payau D masam

    Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

    5 Penghibur itu bukan sahaja bersuara merdu

    ______ pandai berkomunikasi dengan penonton.

    A seraya C serta

    B malahan D manakala

    6 ________ itu sedang berusaha mencari maklumat

    tentang kejadian tanah runtuh itu.

    A Hartawan C Wartawan

    B Sukarelawan D Usahawan

    7 Pihak polis telah mengadakan sekatan jalan raya

    _______ menangkap banduan yang berjaya

    melepaskan diri dari Penjara Kajang semalam.

    A dalam C akan

    B atau D untuk

    8 Ibu menggunakan pisau yang ________ untuk

    menghiris bawang.

    A tajam C licin

    B runcing D licik

    Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

    9 Sebanyak dua ________ kereta bomba

    digunakan untuk memadamkan kebakaran yang

    melibatkan sepuluh buah rumah di Taman

    Sentosa semalam.

    A biji C butir

    B buah D batang

    Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

    10 Aidil sering tertinggal bas untuk ke sekolah.

    _______ dia bercadang untuk tinggal di asrama.

    A Oleh itu C Namun demikian

    B Sungguhpun D Walaupun demikian

  • 11 Pameran lukisan di Balai Seni Lukis Negara itu

    telah berjaya _________ perhatian orang ramai

    untuk mengunjunginya.

    A ditarik C penarikan

    B tarikan D menarik

    12 Reza ________ roti canai yang diminta oleh

    pelanggannya itu sambil bersiul.

    A menebas C merentang

    B melibas D menebar

    13 Ah Seng terserempak dengan Mona ________

    pulang dari sekolah.

    A kerana C seketika

    B sewaktu D selagi

    14 Semenjak Kamil berhijrah ke kota _________

    hendak menjenguk, menulis surat __________

    dia tidak mahu.

    A kian ... kian

    B walaupun ... namun

    C jangankan... pun

    D sama ada... ataupun

    15 Kamal sentiasa dikelilingi oleh ahli keluarganya

    sewaktu dia __________ keadaan koma.

    A untuk C hingga

    B dalam D dengan

    16 Di dalam makmal tersebut terdapat pelbagai jenis

    ___________ berasid yang digunakan untuk

    tujuan uji kaji.

    A cecair C pepejal

    B bebalang D tetangga

    17 Sudah _______ nenek tidak menjamah makanan

    kerana mengenangkan perbuatan cucunya yang

    biadab itu.

    A berhari-hari C berpuluh-puluh

    B berdekad-dekad D berabad-abad

    18 Haris Fadzilah tidak menyatakan alasan

    ketidakhadirannya sewaktu latihan hoki semalam.

    Perkataan seerti bagi alasan ialah A saranan C andaian

    B jawapan D sebab

    19 Nurul bukan sahaja kaya malahan juga seorang

    yang beradab sopan.

    Perkataan berlawan bagi beradab ialah A boros C biadap

    B bongkak D sombong

    Soalan 20 - 22

    Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan

    bergaris dengan betul.

    20 I Encik Zahid ialah pengurus bank di Eon

    Bank Seri Kembangan.

    II Baju itu ialah kepunyaan abang yang dibeli

    oleh ayah semalam.

    III Berita kematian penyanyi terkenal yang

    disiarkan di muka depan akhbar itu ialah

    tidak benar.

    IV Gunung Kinabalu ialah gunung yang

    tertinggi di Malaysia.

    A I dan II C I dan IV

    B II dan III D III dan IV

    21 I Encik, jalan yang manakah menuju ke

    Wisma Putra? Tanya wanita itu.

    II Zana cuba mencari jalan bagi mengatasi

    masalah tersebut.

    III Camelia mengucapkan selamat jalan kepada

    abangnya.

    IV Perbuatan mencuri adalah hina di jalan

    undang-undang.

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    22 I Tingkah laku dan tutur kata guru adalah

    cermin kepada para pelajar.

    II Pemuda yang bercermin mata itu sering

    mengekori kakak.

    III Air mukanya cerah seperti cermin setelah

    mendengar berita baik itu.

    IV Kala membelek-belek raut mukanya di

    hadapan cermin.

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di

    bawah.

    Apakah rancangan kamu pada hujung minggu ini?

    A Rancangan saya selepas memancing ialah

    mengadakan satu jamuan ringan di rumah.

    B Saya bercadang hendak pergi memancing

    pada hujung minggu ini.

    C Rancangan tentang memancing di laut akan

    disiarkan pada hujung minggu ini.

    D Saya dan bapa berasa gembira kerana dapat

    memancing pada hujung minggu ini.

    24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

  • Latihan bagi pemain-pemain bola sepak di

    bawah umur 12 tahun itu akan diadakan di

    Stadium Shah Alam.

    A Siapakah yang akan melatih mereka di

    Stadium Shah Alam?

    B Berapa orangkah pemain yang akan

    menyertai latihan itu?

    C Di manakah mereka akan menjalani latihan

    bola sepak?

    D Mengapakah latihan bola sepak itu diadakan

    di Stadium Shah Alam?

    Soalan 25 - 26

    Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang

    diberikan.

    25 Budak lelaki itu lari lintang-pukang apabila

    dikejar oleh anjing.

    A Apabila dikejar oleh anjing, budak lelaki itu

    lari lintang-pukang.

    B Apabila ternampak anjing, budak lelaki itu

    lari lintang-pukang.

    C Anjing itu lari lintang-pukang kerana

    mengejar budak lelaki itu.

    D Budak lelaki itu lari lintang-pukang kerana

    mengejar anjing.

    26 Saya akan bercuti ke Pulau Tioman pada

    bulan hadapan, kata Anis kepada Jessie.

    A Anis dan Jessie mengatakan bahawa mereka

    akan bercuti ke Pulau Tioman pada bulan

    hadapan.

    B Anis bertanya kepada Jessie tentang

    keindahan Pulau Tioman.

    C Anis memberitahu Jessie bahawa dia akan

    bercuti ke Pulau Tioman pada bulan hadapan.

    D Jessie memberitahu Anis bahawa dia akan

    bercuti ke Pulau Tioman pada bulan hadapan.

    Soalan 27- 30

    Pilih ayat yang betul.

    27 A Tulisannya terlalu hodoh sehingga sukar

    dibaca.

    B Mata Zaidi cerah semula selepas menjalani

    pembedahan.

    C Ubi yang direbus oleh kakak terlalu empuk.

    D Malam ini bulan nampak kelam dan tidak

    bermaya.

    28 A Adik menghalau anak ayam itu masuk ke

    dalam reban.

    B Otak-otak yang sihat bermula daripada badan

    yang segar.

    C Kamarul cukup pandai di dalam seni

    mempertahankan diri.

    D Perabot itu diperbuat dari rotan.

    29 I Pekerja itu sedang baiki longkang yang

    tersumbat itu.

    II Hanis sedang kursus di Universiti Malaya.

    III Beribu orang telah terkorban dalam bencana

    itu.

    IV Dawai yang lurus itu melembut kerana terlalu

    panas.

    A I dan II C I dan IV

    B II dan III D III dan IV

    30 I Hassan sering berkasar terhadap isterinya.

    II Ayam jantan itu berkokok pada waktu pagi.

    III Ramona memetik sehelai bunga mawar putih.

    IV Atikah tinggal bergelapan semenjak bekalan

    elektrik ke rumahnya terputus.

    A I dan II C I dan IV

    B II dan III D III dan IV

    Soalan 31 - 35

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Aku merupakan sebuah pantai yang indah, nyaman, dan damai. Nama aku Pantai Intan Baiduri. Aku terletak di

    Kemaman, Terengganu. Daerahku terkenal dengan keropok lekor.

    Aku terkenal sebagai sebuah pantai yang bersih dan masih belum tercemar. Hal ini kerana pengunjung yang

    menziarahiku pada setiap tahun tidaklah begitu ramai berbanding sahabatku yang lain. Contohnya, Pantai Chendor,

    Pantai Rantau Abang, Pantai Batu Buruk, Pantai Cherating, Pantai Batu Hitam dan lain-lain lagi. Mereka sering

    menjadi tumpuan para pengunjung tanpa mengira waktu. Bentuk badanku yang luas, pasirku yang memutih bersih dan

    persekitaran yang aman menjadikan aku kelihatan menawan. Setiap hari aku hanya bertemankan Sang Ombak yang

    sering datang dan pergi tanpa jemu.

    Sekali-sekala aku dikunjungi oleh penulis atau dikenali juga sebagai pencinta alam. Mereka datang ke sini untuk

    mencari ilham. Mungkin persekitaranku yang aman dan pemandanganku yang indah menjadikan aku destinasi pilihan

    mereka. Aku suka melihat gelagat mereka. Mata pena tak lekang di tangan mereka. Ada juga pengunjung yang datang

  • ke sini untuk melepaskan kebosanan menjalani aktiviti seharian dengan memancing ikan. Sang Ombak pernah

    menceritakan kepadaku bahawa di perutnya penuh dengan pelbagai jenis ikan dan hidupan laut yang tidak diketahui

    oleh manusia.

    Pada suatu hari, aku dikejutkan dengan kedatangan sekumpulan remaja. Mereka datang untuk berkelah. Suasana

    aman bertukar menjadi bising dan merimaskan aku. Mereka memasang radio dengan kuat dan menari mengikut rentak

    iramanya. Selepas itu, mereka bermandi-manda di laut. Sang Ombak terus membelai mereka tanpa mempedulikan

    perasaanku. Sisa-sisa makanan seperti kertas, plastik, botol minuman, dan sebagainya berselerakan di atas dadaku.

    Walaupun tong sampah telah pun disediakan tetapi mereka masih membuangnya di merata-rata. Kini aku telah

    menjadi kotor dan tidak cantik lagi. Aku berasa sungguh sedih dan marah dengan sikap remaja tersebut. Tanpa

    kusedari, Sang Ombak dapat menyelami perasaanku lalu ia mengheret semua kotoran ke laut. Aku kembali bersih dan

    segar seperti sediakala.

    Terima kasih, Sang Ombak. Hanya engkau sahaja yang mengerti hati dan perasaanku. Aku gembira dan aku tidak

    pernah sunyi walaupun tidak ada sesiapa yang menjengukku di sini. Aku ingin menjadi sebuah pantai yang bersih dan

    terpelihara daripada kotoran.

    31 Di manakah letaknya aku dalam petikan di atas?

    A Di Terengganu

    B Di Kelantan

    C Di Johor

    D Di Negeri Sembilan

    32 Antara berikut, yang manakah bukan kelebihan

    diri aku?

    A Mempunyai kawasan yang luas

    B Mempunyai pasir memutih bersih

    C Mempunyai persekitaran yang aman

    D Mempunyai pelbagai jenis ikan di dalam

    perutnya

    33 Apakah yang sering menemani aku?

    A Sang Ombak

    B Pencinta alam

    C Sekumpulan remaja

    D Ikan-ikan dan pelbagai jenis hidupan laut

    34 Apakah maksud merimaskan dalam petikan di

    atas?

    A Merunsingkan C Mengganggu

    B Memenatkan D Menghalang

    35 Mengapakah aku sangat marah dengan sikap

    remaja tersebut?

    A Kerana mereka memasang radio dengan kuat

    dan menari di atas aku

    B Kerana mereka membuang sampah di atas

    aku

    C Kerana mereka mandi-manda di laut

    D Kerana Sang Ombak membelai mereka tanpa

    mempedulikan perasaan aku

    Soalan 36 - 40

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Musim tengkujuh muncul lagi. Kedatangan musim tersebut sedikit sebanyak meninggalkan kesan kerana lautlah

    sumber rezeki kami. Ayahku bekerja sebagai nelayan sejak berbelas-belas tahun yang lalu. Ibuku sudah lama

    meninggal dunia. Tinggallah aku dan ayah meneruskan hidup. Ayah akan tetap turun ke laut walaupun laut bergelora.

    Di kelas akulah murid yang paling lemah. Semenjak kematian ibuku tiga tahun yang lalu, aku sudah tidak

    berminat untuk meneruskan persekolahan lagi. Tetapi ayah tidak suka aku berhenti sekolah kerana katanya hanya

    dengan pendidikan sahaja dapat mengubah taraf hidup seseorang. Bagi aku, sudah tiada ertinya aku meneruskan

    persekolahan jika orang yang aku sayangi sudah tidak ada lagi. Lantaran itu, aku sering ponteng sekolah. Aku lebih

    suka menghabiskan masa merayau-rayau di pusat membeli-belah. Aku juga tidak suka menolong ayah membuat kerja

    walaupun ayah pernah mengajak aku ke laut untuk merasai betapa peritnya untuk mendapat sesuap nasi. Bagi aku, ini

    bukan masanya kerana aku masih budak dan hidupku perlu terisi dengan keseronokan.

    Perasaan belas terhadap ayah tidak pernah wujud dalam diriku kerana pada pendapatku, sudah menjadi

    tanggungjawab ayah mencari nafkah. Apa yang aku inginkan selalunya ayah akan tunaikan. Jadi, aku boros berbelanja

    dan selalu menipu ayah. Aku tahu ayah ingin melihat aku berjaya dalam pelajaran. Katanya tanpa pelajaran, kita akan

  • dipandang rendah dan sentiasa ketinggalan. Di sekolah aku selalu bergaduh dengan kawan sekelas dan menyebabkan

    aku dipulau oleh kawan-kawan.

    Pada suatu hari, hujan turun dengan lebat menyebabkan aku malas untuk bangun. Ayah tetap bersiap untuk turun

    ke laut walaupun laut masih bergelora. Ayah mengejutkan aku untuk pergi ke sekolah. Aku bangun juga walaupun

    diulit rasa malas yang amat sangat. Sebelum pergi, ayah sempat berpesan kepadaku supaya aku belajar bersungguh-

    sungguh kerana aku seorang sahaja harapannya. Selepas ayah pergi, aku menyambung semula tidurku dan tidak pergi

    ke sekolah. Tidak sedikit pun rasa bersalah mengundang dalam diriku. Sehari suntuk aku menghabiskan masa dengan

    tidur.

    Hari hampir senja, ayah masih belum pulang. Hujan dan ribut semakin menjadi-jadi. Entah mengapa, ketika itu

    hatiku diusik rasa bersalah yang amat sangat. Aku terus menunggu ayah sehingga lewat malam. Tapi bayangnya pun

    masih belum kelihatan. Tiba-tiba dari jauh aku lihat beberapa orang kampung menuju ke rumahku. Perkhabaran yang

    aku terima cukup memeranjatkan. Ayahku telah hilang di laut. Sekali lagi aku kehilangan tempat bergantung. Baru

    kini aku faham akan kata-kata ayahku dahulu. Tetapi itu semua sudah terlambat. Ayah kini sudah tiada lagi.

    Tinggallah aku sebatang kara untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar.

    36 Siapakah yang menjaga aku selepas kematian

    ibunya?

    A Abangnya

    B Ayahnya

    C Sepupunya

    D Datuknya

    37 Mengapakah aku tidak berminat untuk

    meneruskan persekolahan?

    A Kerana kesusahan hidup keluarganya

    B Kerana tidak mahu menyusahkan ayahnya

    C Kerana kehilangan ibu yang disayanginya

    D Kerana aku lebih suka menghabiskan masa

    dengan berseronok

    38 Apakah yang selalu diingatkan oleh ayahnya

    kepada diri aku?

    A Supaya sentiasa mengikutnya ke laut untuk

    mengetahui kesusahan nelayan mencari

    rezeki

    B Supaya tidak merayau ke tempat-tempat yang

    tidak sepatutnya

    C Supaya belajar bersungguh-sungguh kerana

    dengan pelajaran sahaja dapat mengubah

    nasib dirinya

    D Supaya berjimat cermat dengan wang

    pemberiannya

    39 Antara berikut, yang manakah bukan sifat diri

    aku?

    A Mudah berputus asa

    B Tidak suka menolong ayahnya

    C Suka menipu dan boros berbelanja

    D Taat pada bapanya

    40 Apakah pesanan terakhir ayah kepada aku

    sebelum hilang di laut?

    A Supaya aku rajin pergi ke sekolah

    B Supaya aku menjaga diri

    C Supaya aku belajar bersungguh-sungguh

    D Supaya aku terus pulang ke rumah setelah

    tamat waktu persekolahan

    P E P E R I K S A A N P E R T E N G A H A N T A H U N - S E T 2

  • Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki

    menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau

    Soalan 3.

    Bahagian A

    (Masa dicadangkan : 15 minit)

    (10 markah)

    Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

    1 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    2 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    3 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    4 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    5 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    Bahagian B

  • (Masa dicadangkan : 40 minit)

    (30 markah)

    Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80

    patah perkataan.

    1 Tuliskan sebuah karangan bertajuk Aku Seorang Pramugari.

    ATAU

    2 Tuliskan sebuah karangan berpandukan peribahasa Mendengar Guruh di Langit, Air Tempayan Dicurahkan.

    ATAU

    3 Alam yang ceria sudah pasti dapat menenangkan fikiran kita.

    Nyatakan langkah-langkah untuk memelihara persekitaran sekolah.

    Bahagian C

    (Masa dicadangkan : 20 minit)

    (20 markah)

    Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

    Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu

    perenggan.

    Aku dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Kehidupan keluargaku umpama kais pagi makan pagi, kais petang

    makan petang. Bapaku seorang penoreh getah manakala ibuku seorang suri rumah. Aku bercita-cita tinggi iaitu ingin

    menjadi seorang doktor. Aku berhasrat pada suatu hari nanti aku akan dapat membela nasib keluargaku yang miskin.

    Setiap hari, aku berjalan kaki ke sekolah. Walaupun perjalanan ke sekolah agak jauh namun itu tidak melemahkan

    semangatku untuk belajar. Ayahku tidak mampu membelikan sebuah basikal untukku berulang alik ke sekolah. Di

    dalam kelas ketika guru mengajar, aku amat tekun dan memberi sepenuh perhatian pada pelajaran. Aku juga tidak

    menghiraukan rakan-rakan yang suka berbual kosong dan bermain-main ketika guru tiada di dalam kelas. Aku terus

    berusaha dan akhirnya usahaku selama ini tidak sia-sia. Aku mendapat 11A dalam peperiksaan SPM dan dinobatkan

    sebagai pelajar cemerlang. Aku sungguh gembira apatah lagi kedua orang tuaku. Ibu menitiskan air mata kerana

    terlalu gembira dengan kejayaanku. Dengan kecemerlangan ini aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke

    Universiti Malaya dalam jurusan perubatan. Di universiti aku teruskan usahaku dan menumpukan sepenuh perhatian

    pada pelajaran untuk merealisasikan impianku. Aku bersyukur kerana cita-cita dan impianku untuk menjadi seorang

    doktor telah tercapai dan bukan lagi angan-angan. Kini, aku sudah bergelar doktor. Aku mahu berbakti kepada

    masyarakat.

    UJIAN BULANAN KETIGA

  • Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,

    iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu

    jawapan sahaja.

    Soalan 1 - 17

    Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

    1 Nadhirah _________ baju-baju kurung yang sudah

    dilipat itu ke dalam almari supaya tidak _________.

    A meletakkan ... berkedut

    B memasukkan ... bersepah

    C menggantungkan ... berkemas

    D menyangkut ... berkeliaran

    2 Rumah nenek _________ dengan suara ______nya

    yang pulang ke kampung.

    A hiruk-pikuk ... ipar duai

    B riuh-rendah ... cucu-cucu

    C haru-biru ... saudara-mara

    D hingar-bingar ... jiran tetangga

    3 Ayah menghadiahi ibu se _________ anting-

    anting dan se _________ bunga sempena ulang

    tahun perkahwinan mereka.

    A utas ... bait C pasang ... jambak

    B helai ... rawan D bentuk ... untai

    Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

    4 ________, berani kamu mempermain-mainkan

    aku! kata Aina kepada adiknya Aini dengan

    marah.

    A Eh C Hai

    B Oh D Cis

    5 Jambatan _________ merupakan jambatan yang

    terpanjang di Malaysia.

    A Kelantan C Negeri Sembilan

    B Melaka D Pulau Pinang

    6 Puan Mona tidak tidur semalaman kerana bimbang

    akan _________ anaknya yang masih belum

    pulang setelah ke bandar sejak semalam.

    A menyelamat C diselamatkan

    B keselamatan D terselamat

    7 _________ kamu suka _________ tidak, saya

    tetap akan memberitahu perkara itu kepada bapa,

    kata Amira kepada adiknya.

    A Sungguhpun ... dan C Sama ada ... atau

    B Walaupun ... dan D Ketika ... atau

    Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

    8 Wajah pengantin itu __________ kerana menahan

    malu sewaktu bersanding di atas pelamin.

    A kebiru-biruan C kemerah-merahan

    B kehairan-hairanan D kecil-kecilan

    9 Zarina melompat ke _________ kerusi apabila

    seekor tikus tiba-tiba melintas di hadapannya.

    A barat C penjuru

    B atas D tengah

    10 __________ mesti belajar bersungguh-sungguh

    untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, nasihat

    Cikgu Hazil kepada murid-muridnya.

    A Kami C Kamu

    B Engkau D Saudara

    11 Abang menyangkut _______ kunci pada

    penyangkut di pintu.

    A segugus C seberkas

    B serumpun D setangkai

    12 Kawasan perkelahan di Ulu Yam menjadi tumpuan

    ramai kerana air sungainya yang _______ dan

    suasana sekelilingnya yang _________.

    A cetek ... hangat C jernih ... nyaman

    B deras ... padat D sejuk ... gelap

    13 Zila tidak __________ berani berjalan seorang diri

    setelah disamun oleh seorang lelaki beberapa hari

    yang lalu.

    A jua C juga

    B lagi D sahaja

    14 Pemenang __________ teka silang kata yang

    dianjurkan oleh Berita Media itu telah menerima

  • cek dan tiket percutian melancong ke luar negara.

    A pertandingan C perlawanan

    B peraduan D pertarungan

    Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

    15 __________ jangan lupakan _________ apabila

    sudah berpindah ke bandar nanti, kata Ayuni

    kepada Mimi.

    A Kau ... hamba C Tuanku ... patik

    B Awak ... saya D Engkau ... beta

    16 ________, cantiknya pemandangan di kawasan

    sawah padi ini!

    A Eh C Wah

    B Oh D Aduhai

    17 Kebanyakan kaum _________ di Sabah tinggal di

    kawasan pedalaman.

    A peribumi C pancanegara

    B peribahasa D purbakala

    18 Kegiatan kokurikulum memberi banyak faedah

    kepada murid-murid.

    Perkataan seerti bagi faedah ialah

    A baik C pandai

    B penting D manfaat

    19 Jenny berasa sangat takut apabila berada di dalam

    bilik yang gelap itu.

    Perkataan berlawan bagi takut ialah A lemah C benci

    B kecut D berani

    Soalan 20 - 22

    Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris

    dengan betul.

    20 I Ibu meniup api itu untuk memarakkannya.

    II Kami menghentikan permainan sebaik sahaja

    pengadil meniup wisel.

    III Pakar motivasi itu berusaha meniup semangat

    ke dalam diri setiap pelajar untuk terus

    berusaha.

    IV Pemuda itu bekerja sebagai meniup trompet.

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    21 I Buku cerita itu baik dibaca oleh kanak- kanak.

    II Arif dan Hamdan berkawan baik sejak di

    sekolah rendah lagi.

    III Kecederaan lama yang dialami oleh Farid

    masih belum baik lagi.

    IV Abang menyisir rambutnya supaya kelihatan

    baik.

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    22 I Masa depan Roslan menjadi gelap selepas

    kejadian itu.

    II Pengurus syarikat itu gelap wang syarikat

    sebanyak RM 80,000.

    III Suasana di dalam rumah kosong itu agak gelap.

    IV Fazli seorang mata-mata gelap.

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di

    bawah.

    Di manakah kamu membeli buku rujukan Sains ini?

    A Saya nampak buku rujukan Sains ini dijual di

    Kedai Buku Saujana.

    B Buku rujukan Sains ini saya beli dengan harga

    RM 15.

    C Saya membeli buku rujukan Sains ini di Kedai

    Buku Saujana.

    D Kedai Buku Saujana sahaja yang menjual buku

    rujukan Sains ini.

    24 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

    Ya, Cikgu Zakri yang akan mengendalikan majlis

    Hari Guru nanti.

    A Bilakah majlis Hari Guru ini akan diadakan?

    B Di manakah majlis Hari Guru ini akan

    berlangsung?

    C Adakah Cikgu Zakri yang akan mengendalikan

    majlis Hari Guru nanti?

    D Apakah tema Hari Guru pada tahun ini?

    Soalan 25 - 26

    Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang

    diberikan.

    25 Saya tidak mahu mengingati peristiwa itu lagi,

    kata Ida kepada Nurul.

  • A Ida memberitahu Nurul bahawa dia tidak mahu

    mengingati peristiwa itu lagi.

    B Nurul memberitahu bahawa Ida tidak mahu

    mengingati peristiwa itu lagi.

    C Ida memberitahu bahawa Nurul tidak mahu

    mengingati peristiwa itu lagi.

    D Ida memberitahu saya bahawa Nurul tidak mahu

    mengingati peristiwa itu lagi.

    26 Tauke Chong, berapakah harga sekilo ikan bilis

    yang terdapat dalam raga itu? tanya Puan Mariam.

    A Tauke Chong ditanya oleh Puan Mariam harga

    sekilo ikan bilis itu.

    B Puan Mariam menanyakan harga raga yang

    berisi ikan bilis itu kepada Tauke Chong.

    C Tauke Chong memberitahu harga sekilo ikan

    bilis yang terdapat dalam raga itu.

    D Puan Mariam bertanya kepada Tauke Chong

    harga sekilo ikan bilis yang terdapat dalam raga

    itu.

    Soalan 27 - 30

    Pilih ayat yang betul.

    27 A Berapa nama awak?

    B Hujan menurun dengan lebat sekali di Kampung

    Meranti.

    C Rumah di tepi sawah itu sudah usang.

    D Azli merasa sihat setelah selesai bersenam.

    28 A Rumah kuning telah menjadi juara dalam

    pertandingan tarik tali.

    B Zaliza menerima dua keping surat daripada

    sahabat lamanya yang berada di Melaka.

    C Kisah sedih itu sudah longgar daripada

    ingatannya.

    D Air muka Leong nampak kelat selepas dituduh

    mencuri.

    29 I Setelah bersara, Pak Rais bekerja sebagai

    pengawal keselamatan di sebuah kilang.

    II Pahlawan yang gagah berani itu telah gugur di

    medan perang.

    III Ah Chong membeli dua bentuk mata kail.

    IV Suasana di persekitaran pulau itu sungguh damai

    amat sekali.

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    30 I Adik menangis semalaman kerana sakit perut.

    II Devi mencuci pakaian sekolahnya pada hujung

    minggu.

    III Pak Ali penduduk tertua sekali di kampung ini.

    IV Ayah sedang membaca surat khabar di

    beranda rumah.

    A I, II dan III C I, III dan IV

    B I, II dan IV D II, III dan IV

    Soalan 31 - 35

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Putrajaya, 3 Jun - Fiesta Makanan dan Buah-buahan 2009 yang dilancarkan semalam diharap dapat merealisasikan

    hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga pelancongan makanan yang unggul di dunia.

    Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang merasmikan fiesta itu berkata, kerajaan menyedari bahawa negara ini

    mempunyai banyak masakan yang unik daripada pelbagai kaum dan ia merupakan aset untuk menarik kedatangan

    pelancong.

    Katanya, selain itu, Malaysia juga mempunyai buah-buahan tropika antara yang terbaik di dunia dan ini

    menjadikan tarikan tambahan kepada pelancong asing.

    Fiesta Makanan dan Buah-buahan 2009 yang dirasmikan semalam menandakan bermulanya pesta yang akan

    diadakan selama sebulan di seluruh negara.

    31 Bilakah Fiesta Makanan dan Buah-buahan

    2009 diadakan?

    A 4 Jun C 2 Jun

    B 8 Jun D 3 Jun

    32 Apakah maksud perkataan merealisasikan?

    A Menyampaikan

    B Mencadangkan

  • C Mengimpikan

    D Menjadikan kenyataan

    33 Berapa lamakah fiesta tersebut berlangsung?

    A 40 hari C 16 hari

    34 Di manakah fiesta ini berlangsung?

    A Kuala Lumpur C Seremban

    B Putrajaya D Melaka

    35 Siapakah yang merasmikan fiesta tersebut?

    A Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

    B Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

    C Tun Dr. Mahathir Mohamad

    D Datuk Seri Azalina Othman Said

    B 30 hari D 10 hari

    Soalan 36 - 40

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    36 Jadual di atas menunjukkan jumlah

    A penagih dadah di ibu kota

    B tangkapan penagih dadah di ibu kota

    C tangkapan penagih dadah di seluruh Malaysia

    D kawasan penagihan dadah di ibu kota

    37 Tangkapan penagih dadah di ibu kota ini

    merangkumi kawasan

    A Dang Wangi, Brickfields, Sungai Besi,

    Sentul

    B Dang Wangi, Brickfields, Cheras, Sentul

    C Dang Wangi, Chow Kit, Brickfields, Cheras

    D Dang Wangi, Bangsar, Cheras, Sentul

    38 Jumlah keseluruhan penagih dadah yang dihantar

    ke pusat pemulihan ialah seramai

    A 2412 orang C 1819 orang

    B 2316 orang D 593 orang

    39 Jadual di atas menunjukkan tangkapan dari bulan

    A Januari hingga Julai 2009

    B Januari hingga Jun 2009

    C Februari hingga Jun 2009

    D Mac hingga Julai 2009

    40 Kesimpulan yang didapati daripada jadual ini

    ialah

    A masalah penagihan dadah masih lagi meluas

    di ibu kota

    B Cheras menjadi sarang penagihan dadah

    C tangkapan dibuat dalam bulan Januari hingga

    Julai 2009

    D masalah penagihan dadah bukanlah suatu

    masalah yang besar

    UJIAN BULANAN KETIGA

  • Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki

    menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau

    Soalan 3.

    Bahagian A

    (Masa dicadangkan : 15 minit)

    (10 markah)

    Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

    1 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    2 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    3 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    4 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    5 _____________________________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________________________

    Bahagian B

    (Masa dicadangkan : 40 minit)

  • (30 markah)

    Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karang