jenayah juvana

Upload: muhammad-ghazali

Post on 17-Jul-2015

317 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-sosial golongan juvenil (remaja). Mengikut perundangan juvana, orang muda dan remaja membawa maksud yang sama, iaitu seseorang yang berumur antara 10 hingga 18 tahun dan boleh diiktiraf sebagai mengetahui akibat perlakuan "tanggungjawab jenayah".

ANALISIS MASALAH REMAJAMASALAH DISIPLIN Di bangku sekolah Ponteng Merokok VandalismeMASALAH PERGAULAN Di bangku sekolah mahupun di luar sekolah Gangsterisme Lepak Pergaulan Bebas Permaian Video dan Mesin Slot Haram Bahan Lucah MASALAH JENAYAH Melibatkan jenayah yang berat dengan hukuman yang berat Peras ugut Pukul Curi Rogol Bunuh

Contoh Jenayah Juvana:

Cara kehidupan mewah di mana ibu bapa menggantikan asuhan dan bimbingan dengan wang dan kebendaan

Dorongan diri remaja yang mencabar untuk melakukan sesuatu yang dianggap ekstrem bagi kepuasan diri tanpa memikirkan kesan kepada diri dan orang lain

Kegagalan institusi kekeluargaan di mana tiada keharmonian, perceraian ibu bapa dan krisis kewangan

Kekurangan didikan dan bimbingan daripada ibu bapa

Pengaruh persekitaran, sama ada rakan sebaya atau media

Kurang kawalan ibu bapa

Faktorfaktor

Ketiadaan sistem sokongan dalam masyarakat.

Strategi Penyelesaian : Pendidikan agama 2. Peraturan yang tegas di sekolah 3. Peranan ibu bapa 4. Peranan media 5. Poster 6. Penguatkuasaan undang-undang 7. Peranan Badan-badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO)1.

Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90)Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai jagaan dan perlindungan kanakkanak dan orang muda dan perlaksanaan Mahkamah Juvana. Kemudahan Akta : Akta ini menentukan hukuman kepada kanak-kanak, juvana dan orang muda yang didapati bersalah di bawah undang-undang. Memberi peluang bagi mereka mendapatkan jagaan dan perlindungan. Memberi peluang bagi mereka yang telah didapati bersalah, mengikuti rancangan pemulihan di Asrama Akhlak atau Sekolah Akhlak. Memberi kesedaran kepada ibubapa atau penjaga dan menentukan penyertaan mereka di dalam rancangan pemulihan anak-anak mereka yang berkenaan.

Takrifan Kanak-kanak : Seorang yang telah meningkat usia 10 tahun dan berada di bawah usia 18 tahun. Hukuman Yang Boleh Dibuat Oleh Mahkamah Juvana Di Bawah Sek. 12(1) a) Buang Kes b)Membebaskan juvana selepas menandatangani bon untuk berkelakuan baik. c) Menempatkan juvana di bawah jagaan saudara atau penjaga yang sesuai. d) Memerintahkan ibubapa juvana menandatangani bon untuk menentukanjagaan dan didikan yang baik terhadapnya. e )Mengeluarkan "Probation Order" yang meletakkan juvana di bawah penyeliaan Pegawai Akhlak di antara satu hingga tiga tahun. Perintah ini membebaskan juvana dengan syarat beliau akan didakwa semula di Mahkamah Juvana atas tuduhan lama dan baru jika ditangkap melakukan kesalahan di bawah undang-undang selepas perintah tersebut dikeluarkan. Selain daripada itu perintah ini boleh menentukan kemasukan juvana ke dalam Sekolah Akhlak, yang mana tempoh masanya dan tidak melebihi tiga tahun; atau kemasukan ke dalam asrama akhlak selama setahun. Ibubapa atau penjaga boleh dihukum untuk membayar nafkah anak mereka semasa di dalam institusi yang berkenaan. f) Memerintah juvana dimasukkan ke dalam Sekolah Henry Gurney. g) Memerintahkan juvana membayar denda, ganti rugi atau kos h) Sekiranya pesalah itu seorang muda dan kesalahannya sesuai dipenjarakan, maka mahkamah Juvana boleh menjatuhkan hukuman setaraf dengan hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Seksyen, ataupun dipindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

1.

Pemulihan Dalam Komuniti pelajar yang terbabit kes juvana tidak diambil untuk ditempatkan di pusat pemulihan, sebaliknya dibenarkan tinggal bersama keluarga mereka. Dalam program ini, pelajar berkenaan diawasi pegawai yang ditugaskan memantau pergerakan mereka. Sepanjang mengikuti program ini, mereka diberi bimbingan dan kaunseling sepanjang masa bagi memastikan mereka tidak mengulangi dan terjebak dengan salah laku yang dilakukan sebelum itu. Pemulihan Dalam Institusi pelajar yang terbabit dalam kes juvana ditempatkan di rumah pemulihan bagi mengawal pergerakan mereka supaya tidak terdedah kepada persekitaran luar, terutama ajakan rakan yang mungkin menyebabkan mereka mengulangi jenayah Pemantauan dijalankan oleh Pegawai Akhlak Pejabat Kebajikan Daerah. Program ini biasanya membabitkan kes juvana berat. Oleh itu, pemulihan di institusi di bawah kendalian JKM adalah cara terbaik untuk memantau pergerakan mereka

2.

Dalam program pemulihan JKM, antara faktor utama diterapkan adalah pendidikan agama dan moral

Sebagai seorang remaja, anda boleh menjauhi jenayah juvana dengan :

Kukuhkan benteng pertahanan diri

Jadikan didikan agama dan moral sebagai panduan hidup

Jauhi rakanrakan yang mendorong ke arah maksiat dan jenayah

Penuhi masa dengan aktiviti berfaedah