jalan stadium, petra jaya - sarawak

30

Upload: others

Post on 20-Nov-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 2: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

Pelan Integriti Organisasi Jabatan Hutan Sarawak selepas ini disebut sebagai PIOJHS merupakan satu mekanisme bagi memantapkan lagi integriti secara menyeluruh Warga Kerja Jabatan Hutan Sarawak (JHS). Pelan ini juga telah dibentuk bagi menyokong matlamat dan objektif berikut :

i. Pelan Integriti Nasional (PIN)ii. Pemantapan Sumber Manusia JHSiii. Mencapai Visi dan Misi JHS

Pelan ini turut berperanan sebagai penggerak kepada pemantapan integriti yang akan dilaksanakan di semua peringkat Pentadbiran dan Pengurusan JHS. Justeru, bagi meningkatkan kecekapan tahap perkhidmatan dan sistem penyampaian, usaha membudayakan integriti dan nilai murni perlu dilaksanakan oleh semua warga kerja JHS.

Bagi memastikan PIOJHS ini memberi manfaat dalam pembentukan integriti yang tinggi di kalangan warga kerjanya, usaha penambahbaikan akan dilakukan pada setiap masa mengikut keperluan dan kesesuaian dengan mengambil kira peranan dan sumbangan JHS dalam pembangunan negeri Sarawak dan negara Malaysia amnya.

Penghasilan PIOJHS ini pada dasarnya berdasarkan idea dan pandangan daripada kakitangan JHS. Oleh itu, jutaan terima kasih dan penghargaan diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penerbitan PIOJHS ini. Semoga penerbitan ini akan menjadi panduan dalam menambahbaik tadbir urus serta memantapkan lagi pembudayaan integriti di Bahagian dan Unit masing-masing dalam JHS.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :Ibu Pejabat Jabatan Hutan SarawakTingkat 14, Wisma Sumber AlamJalan Stadium, Petra Jaya93666 KuchingSARAWAK

Page 3: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

040506070809121422

PROFILE JHS

KOD NILAI DAN ETIKA JHS

NILAI-NILAI BERSAMA JHS

ETIKA & INTEGRITI

INTEGRITI

KANDUNGAN MUKA SURAT

FUNGSI BAHAGIAN, UNIT DAN PEJABAT HUTAN WILAYAH DALAM JHS

PENGENALAN PELAN INTEGRITI

PELAN TINDAKAN STRATEGI PELAKSANAAN PELAN INTEGRITI JABATAN HUTAN SARAWAK (JHS)

PENUTUP

Page 4: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

PERU

TUSA

N PEN

GARA

H HUT

AN SA

RAW

AK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T.

HAJI SAPUAN AHMADPengarah Hutan Sarawak

Seperti yang kita sedia maklum, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan mengurus hutan serta khazanahnya di Sarawak. Lantaran itu, amanah yang dipikul sangatlah mencabar kerana hutan yang dijaga bukan sahaja untuk dijadikan sebagai warisan kepada generasi akan datang malahan, hasil hutan yang dituai sangat diperlukan untuk meneruskan program pembangunan.

Oleh itu bagi memantapkan lagi sistem penyampaian JHS, Pelan Integriti Organisasi Jabatan Hutan Sarawak (PIOJHS) bagi tempoh 2015-2018 telah digubal. Sudah tiba masanya JHS mempunyai panduan yang khusus bagi memantapkan lagi tadbir urus, integriti dan akauntabiliti kakitangannya. Ini selaras dengan dasar Kerajaan untuk mengangkat pentadbiran awam berkelas dunia.

Ke arah itu, saya berharap program-program yang telah dirancang dalam PIOJHS dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program-program ini adalah selaras dengan aktiviti-aktiviti yang telah termaktub dalam objektif Pelan Integriti Nasional (PIN). Dengan itu barulah seluruh warga JHS dapat memberikan komitmen yang serius terhadap tugas masing-masing terutama menyokong usaha-usaha pemantapan integriti.

Akhir kata, tahniah saya ucapkan kepada semua warga JHS yang terlibat menghasilkan PIOJHS ini.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat maju jaya.

Page 5: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

4PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

PROFILE JHSVISIMencapai kecemerlangan dalam pengurusan dan pemeliharaan hutan-hutan tropika

MISIMengurus dan membangunkan sumber-sumber hutan ke arah pembangunan sosio ekonomi negeri dan kelestarian alam sekitar

OBJEKTIFI. Menguruskan sumber hutan secara mampan untuk pengeluaran hasil hutan

perkhidmatan dan penggunaan secara optima yang berterusan selaras dengan keperluan alam sekitar;

II. Meningkatkan pengeluaran hasil hutan dan perkhidmatan melalui aktiviti perhutanan yang bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti dan penggunaan sumber hutan;

III. Membangunkan dengan lebih lanjut lagi teknologi mesra alam yang sesuai untuk pemuliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan;

IV. Memulihara dan melindungi kepelbagaian biologi hutan, air dan tanah serta penggunaannya secara mampan;

V. Meningkatkan kualiti dan keberkesanan kilang-kilang pemerosesan berasaskan kayu dan meningkatkan nilai tambah yang tinggi dalam aktiviti hiliran;

VI. Meneguhkan pembangunan sumber manusia;

VII. Menyedarkan masyarakat tentang nilai persekitaran, pemeliharaan dan ekonomi hutan; dan

VIII. Meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negara, perolehan tukaran asing dan peluang pekerjaan.

Page 6: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

5PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

KOD NILAI DAN ETIKA JHSKami, warga JHS komited untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti ke arah memudahkan pengurusan dan pemeliharaan hutan melalui kepimpinan yang proaktif di semua peringkat yang disokong oleh tenaga kerja yang kompeten, prosedur kerja yang cekap dan teknologi yang bersesuaian.

Kami akan meningkatkan mutu perkhidmatan kami dengan berpandukan prinsip-prinsip berikut:

• Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;

• Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;

• Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan;

• Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;

• Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan

• Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

Page 7: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

6PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

NILAI-NILAI bERSAMA JHSI. INTEGRITI

Amalan terbaik dalam perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan dan proses kerja berteraskan prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan bermoral tinggi serta secara berterusan untuk dijadikan sebagai budaya kerja dalam jabatan.

II. PROFESIONALISME

Kemahiran, tingkah laku, kepakaran atau kualiti dalam melaksanakan tugasan sebagaimana yang sewajarnya.

III. AMANAH

Melaksanakan tugasan dengan penuh bertanggungjawab demi mewujudkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan.

IV. KEADILAN

Berkemampuan bertindak berdasarkan keputusan yang adil, saksama serta tidak berat sebelah.

V. RASIONAL

Mampu berfikir berlandaskan alasan dan bukti yang sahih seterusnya mengambil tindakan berdasarkan pertimbangan yang sewajarnya.

VI. TOLERANSI

Bertolak ansur dan mampu mengawal diri dalam tugas seharian bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan serta berupaya memahami satu sama lain.

VII. HEMAH TINGGI

Beradab sopan serta mengamalkan budi perketi yang mulia dalam pergaulan seharian.

VIII. BERKERJASAMA

Sentiasa berganding bahu dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan bagi mencapai kejayaan berpandukan matlamat yang telah ditetapkan.

Page 8: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

7PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

ETIKA & INTEGRITIKomponen ETIKA dan juga INTEGRITI merupakan 2 komponen yang paling utama dalam aspirasi PIN. Untuk itu, pemahaman berkenaan dengan 2 komponen ini perlu diperjelas secara terperinci.

ETIKA

…ialah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.

ETIKA INDIVIDU

…ialah himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang patut dan boleh dilakukan, serta yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. Pemilihan perkara-perkara ini sentiasa berlaku semasa menjalankan tugas, dalam kehidupan seharian, ataupun apabila berinteraksi dengan pihak lain.

ETIKA ORGANISASI

…bagi yang bekerja dalam sesebuah organisasi, etika organisasi menjadi garis panduan baginya menjalankan tugas, seperti perlu berpegang pada nilai bersih, cekap, amanah, jujur, benar, telus, bertanggungjawab dan adil. Oleh sebab organisasi berurusan dengan orang awam, maka etika organisasi juga menuntut penjawat awam itu mematuhi Piagam Pelanggan.

ETIKA PROFESION

…kod yang menggariskan apa yang harus dibuat dan tidak harus dibuat oleh pengamal profesion berkenaan. Antara profesion yang mempunyai kod etikanya termasuk kedoktoran, kehakiman, undang-undang,perakaunan, kewartawanan dan perguruan. Misalnya seorang doktor atau hakim terikat dengan etika profesion yang dipraktikkannya. Seorang editor, pengarang atau wartawan pula perlu berpegang pada etika kewartawanan dalam penyebaran maklumat melalui media. Begitu juga seorang guru, mesti mematuhi etika perguruan.

Page 9: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

8PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

INTEGRITI…ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan seharian.

INTEGRITI INDIVIDU

…ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak dan bertingkah laku demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya.

INTEGRITI ORGANISASI

…tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhannya kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.

INTEGRITI PENJAWAT AWAM

…melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat awam tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat awam itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain. Pembudayaan etika dan integriti harus melalui satu proses seumur hidup. Ia melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan media massa. Pembudayaan etika dan integriti dalam organisasi pula, menuntut kepimpinan bertindak sebagai teladan manakala anggota lain menzahirkan kod itu dalam tindakan mereka. Organisasi juga perlu mempunyai matlamat yang jelas dan realistik yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Ia perlu mempunyai sistem dan prosedur yang baik bagi melicinkan perlaksanaan tugasnya secara cekap, teratur, dan tepat, di samping mempunyai sistem kawalan kualiti, pemantauan, ganjaran dan penghukuman. Etika dan integriti yang digariskan itu perlu dipatuhi kerana akhirnya seseorang itu bertanggungjawab kepada Tuhannya.

Page 10: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

9PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

FUNGSI bAHAGIAN, UNIT DAN PEJAbAT HUTAN WILAYAH DALAM JHS

Bahagian/Unit Fungsi

Management & Planning

• To determine annual production limit of timber licences; • To assess Sarawak forest resources for the purpose of sustainable usage;• To monitor the implementation of forest certification and sustainable forest

management;• To coordinate the implementation of mangrove projects in Sarawak;• To prepare forest management plans for long-term timber licences;• To approve general harvesting plans for long term licences;• To develop application based on Geospatial Technology and

Hyperspectral Application System for any forestry operations;• To provide Compact Airborne Tactical System service (CATS);• To review the Environmental Impact Assessment (EIA)/ Social

Environmental Impact Assessment (SEIA) for forest harvesting and plantation activities; and

• To update data of the forest land use (Forestry and Agriculture).

Preventive and Enforcement

• To investigate public complaints;• To conduct joint-operation with other related enforcement agencies;• To set up road and river blockade at identified strategic locations;• To intercept all conveyance including ships and barges that carry logs at

export point;• To conduct supervised check on sawmills throughout the state;• To record all cases based on investigation paper received and submit

weekly report to all relevant parties;• To analyze forest offences and write investigation paper;• To monitor the payment of forest produce sold by Harwood Timber Sdn

Bhd and compound by the suspects at respective Regional Forest Office; and

• To publicize all cases through public newspapers to educate the public.

Licensing • To process applications and renewal for timber licences/permits;• To process applications and renewal for sawmill licences;• To process applications and renewal for registration of licenses / Power

Attorney (PA) Holder / Contractor / Sub Contractor and their renewal;• To carry out inspection of sawmills prior to renewal of sawmill licences; • To ensure timber workers are insured with the approved insurance panel;

and• To carry out ground checking of the licensed areas prior to renewal of the

licence.

Page 11: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

10PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

Bahagian/Unit Fungsi

International Affairs • To coordinate bilateral and multilateral collaboration meeting and negotiation on global forestry issues at the national, regional and international levels;

• To coordinate, implement and monitor the government international projects such as International Timber Trade Organization (ITTO), Global Environmental Facilities (GEF), and United Nations Development Programme (UNDP); and

• To implement and monitor the development of bilateral and multilateral conservation projects such as RAMSAR and Heart of Borneo (HoB) Initiative.

Forest Plantation & Reforestation

• To monitor the progress of the establishment of Planted Forests;• To ensure compliance of approved Tree Planting Plan (TPP);• To update the record and maintain a register book of licences issued

pursuant to the Rule 21 of the Forest (Planted Forest) Rules 1997; and• To ensure annual fees and annual land rent licence for Planted Forest

are paid as required under Rule 28 and 29 of the Forests (Planted Forests) Rules, 1997.

Strategic Planning & Project Development

• To plan, coordinate and monitor the implementation of state and federal fund development projects under RMK10;

• To prepare and monitor the annual budget requirement;• To plan and conduct all the staff training requirement;• To coordinate all quality initiatives (5S, KIK, KFA, BSC); and• To prepare the strategic plan of the Department.

Research Development & Innovation

• To generate knowledge for application to conservation of diverse plant resources and to enhance utilization of timber resources;

• To collect information for sound management of wildlife;• To collect information for restoration of degraded forests; and• To develop new techniques for sound management of forest resources.

Revenue & Economy

• To compile and analyze forestry statistics;• To conduct auditing and monitoring activities to ensure that procedures

applied by the relevant agencies are in accordance with the provisions of existing legislation;

• To ensure the effectiveness of collecting forest revenue from the forestry sector such as royalties, premiums, tariffs, permit fees, licence fees, and other payments that accrue to the Government; and

• To produce monthly and annual log production reports.

Nature Conservation & Constitution

• To identify forest areas for the constitution and establishment of totally protected areas;

• To constitute areas as Permanent Forest Estate (PFE) such as Forest Reserve, Protected Forest and Communal Forest;

• To regulate and issue research, park and wildlife licences and permits; and• To coordinate and facilitate activities on CITES.

Page 12: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

11PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

Bahagian/Unit Fungsi

Administrative & Finance

• To provide a smooth, efficient and effective support services to the department such as human resource management, general administration, office management and asset management;

• To manage, supervise and control daily financial transactions and accounting activities;

• To maintain proper accounting and financial record; and• To ensure financial/ accounting activities and all supporting services

adhere to the current rules, regulations and procedure.

Public Relations & Publication

• To provide clear picture of the Department’s vision and mission;• To create rapport among media and community; • To compile and produce forestry information and publication; and• To organise departmental exhibitions and activities.

Community Service Initiative

• To create awareness of the role of Forest Department Sarawak (FDS) and the importance of forest;

• To develop, improve and create continual opportunities for sustainable income for the development of the community;

• To support sustainable forest management system for the benefit of both the department and the community;

• To contribute towards the conservation of forest resources and;• To incite community service initiatives through participant in sustainable

forest management programmes.

ICT & GIS • To develop GIS application systems and database ;• To provide effective ICT System;• To develop ICT Infrastructure to meet the Department’s vision and mission;

and• To ensure all the staff acquire ICT knowledge and skills.

Regional Forest Offices(Kuching, Sibu, Bintulu & Miri)

• To carry out enquiry into the process of constituting Forest Reserve, Protected Forest, Communal Forest, National Park, Nature Reserve and Wildlife Sanctuary;

• To process application for renewal of licences; • To compound offences under the Forests Ordinance (1958), the National

Parks and Nature Reserves Ordinance (1998) and the Wild life Protection Ordinance (1998);

• To carry out revenue auditing;• To carry out monitoring work in LPF areas; and• To carry out enforcement activities.

Page 13: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

12PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

PENGENALAN PELAN INTEGRITI I. PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)

Pelan Integriti Nasional (PIN) adalah sebagai merealisasikan cabaran keempat, hasrat Wawasan 2020 iaitu “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”. PIN telah dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. PIN diwujudkan bagi:

i. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, harmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

ii. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;

iii. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;

iv. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan Negara dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

v. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

II. PELAN INTEGRITI ORGANISASI JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS)

Pelan Integriti Organisasi Jabatan Hutan Sarawak (PIOJHS) diwujudkan bagi menyokong usaha-usaha penghayatan nilai-nilai murni dan pembudayaan integriti di kalangan warga kerjanya. Ia diwujudkan selaras dengan objektif yang terkandung dalam Pelan Integriti Nasional (PIN) bagi membantu mencapai dan merealisasikan usaha-usaha mentransformasikan Jabatan Hutan ke arah yang lebih kompetatif dan berdaya saing. Oleh itu, PIOJHS bolehlah dijadikan sebagai rujukan dalam penghayatan ke arah menyemai nilai-nilai murni warganya.

A. OBJEKTIF PIOJHS

i. Membina tahap kesedaran berintegriti dan beretika kepada warga JHS;ii. Memupuk semangat bekerjasama dan bersatu hati;iii. Melahirkan warga kerja yang bersifat profesional dan berkomitmen tinggi;

daniv. Memperkasakan JHS sebagai agensi yang unggul, releven dan berdaya

saing.

Page 14: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

13PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

B. STRATEGI-STRATEGI BAGI MENCAPAI OBJEKTIF PIOJHS

i. Memantapkan keberkesanan tadbir urus terbaik (good Governance);ii. Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian;iii. Melaksanakan program kesedaran bagi memerangi jenayah rasuah,

penyelewengan dan salah guna kuasa serta meningkatkan integriti;iv. Memantapkan sahsiah bagi melahirkan modal insan yang berhemah;v. Mengukuhkan keberkesanan dalam sistem penyampaian perkhidmatan;

danvi. Memperkasakan sistem kawalan dalaman.

C. FAKTOR PENENTU KEJAYAAN PIOJHS

i. Mengamalkan Konsep Kepimpinan Melalui Tauladan;ii. Menanamkan Ketinggian Integriti Dalam Diri Individu;iii. Mengamalkan Semangat Bekerjasama Dalam Satu Pasukan;iv. Mengamalkan Sistem Pentadbiran Yang Telus, Adil dan Saksama;v. Kecekapan Melaksanakan Tugas serta Memiliki Kelengkapan Sumber Yang

Mencukupi;vi. Keberkesanan Dalam Berkomunikasi; danvii. Mewujudkan Persekitaran Kerja Yang Kondusif dan Produktif.

D. KAEDAH PEMANTAUAN PIOJHS

Bagi memastikan pelaksanaan PIOJHS dilaksanakan mengikut perancangan, ia dipantau melalui pelbagai forum seperti berikut:

i. Sasaran Kerja Tahunanii. Mesyuaratiii. Semakan /Auditan

E. FOKUS PELAKSANAAN PIO

Bagi memastikan sasaran tersebut tercapai, beberapa fokus telah dibentuk agar ianya dihayati oleh seluruh warga kerja JHS. Fokus tersebut adalah:

i. Pendidikan dan Kesedaranii. Pencegahaniii. Pemulihaniv. Punitif

Page 15: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

14PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

PELAN TINDAKAN STRATEGI PELAKSANAAN PELAN INTEGRITI JAbATAN HUTAN SARAWAK (JHS)

Bil. Program / Aktiviti

Matlamat / Objektif

Pelaksana Tempoh Pelaksana

Tindakan Yang Perlu Dilakukan

1 Memastikan Mesyuarat JITU berjalan lancar (Minimum 3 kali setahun)

Memastikan pemantapan amalan Integriti dirancang dengan sempurna

Sekretariat JKTU

Januari / Mei / September

Mewujudkan takwim JITU, struktur JITU kemaskini, pelaksanaan mesyuarat yang sistematik, pemantauan yang berterusan terhadap tindakan susulan selepas mesyuarat

2 Mengukuhkan peningkatan kefahaman warga kerja terhadap visi, misi dan objektif JHS

Setiap pelaksanaan tugasan adalah ke arah pencapaian visi, misi dan objektif Jabatan

Semua Bahagian dan Unit

2015-2018 Melakukan pemantauan tugasan dan tanggungjawab setiap bahagian/unit

3 Hari Inovasi dan Integriti JHS

Pemahaman konsep integriti dan memupuk tahap kesedaran berintegriti bagi memantapkan disiplin warga JHS

PRPU 2015-2018 Melaksanakan aktiviti Hari Integriti JHS sekali setahun

4 Mengukuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) dan Pengurusan Stor

Memantapkan pengurusan aset dan stor

ADMIN 2015-2018 Sekali setahun melaksanakan aktiviti/program pemahaman mengenai pengurusan perolehan, penyimpanan dan penjagaan aset kepada kumpulan sasar

5 Mesyuarat Pengurusan Kewangan dan Perakaunan

Memantapkan pengurusan kewangan dan perakaunan JHS diurus berdasarkan peraturan dan arahan berkuatkuasa

ADMIN 2015-2018 Perolehan secara telus, adil dan terbuka. Pengurusan pembayaran secara efisien dalam tempoh yang telah ditetapkan

STRATEGI 1: MEMANTAPKAN KEBERKESANAN TADBIR URUS TERBAIK(GOOD GOVERNANCE)

Page 16: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

15PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

Bil. Program / Aktiviti

Matlamat / Objektif

Pelaksana Tempoh Pelaksana

Tindakan Yang Perlu Dilakukan

6 Majlis Bersama Pengarah

Mengukuhkan hubungan pihak pengurusan tertinggi dengan warga kerja JHS

PRPU 2015-2018 Dilaksanakan 4 kali setahun (Kuching, Sibu, Bintulu & Miri)

7 Survei Tahap Kepuasan Pekerja

Mengukur tahap kepuasan di kalangan warga kerja JHS

PRPU 2015-2018 Keputusan kajian akan dilaporkan dalam Mesyuarat BSC Jabatan untuk tindakan lanjut.

8 Pengukuhan nilai-nilai bersama JHS

Memastikan semua warga kerja memahami dan membudayakan nilai-nilai bersama Jabatan.

PRPU 2015-2018 Berterusan/sepanjang tahun

9 Melaksanakan penggiliran atau pusingan kerja

Memastikan warga kerja JHS memperoleh pengetahuan, kemahiran dan pengalaman baru; Mengurangkan faktor berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Mengurangkan aduan atau kes salahlaku berkaitan integriti.

ADMIN & Lembaga Pertukaran

2015-2018 Melaksanakan pusingan kerja terhadap pegawai yang bertugas di bahagian berisiko dan sensitif.

Page 17: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

16PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

Bil. Program / Aktiviti

Matlamat / Objektif Pelaksana Tempoh Pelaksana

Tindakan Yang Perlu Dilakukan

1 Modul integriti di dalam kursus Induksi Khusus JHS bagi lantikan baru

Memberi pendedahan kepada kakitangan terhadap kepentingan menjaga maklumat sulit, aset, penjimatan, mengelak ketirisan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan.

SPPDD 2015-2018 Berterusan/sepanjang tahun

2 Hari Integriti dan Inovasi

Membudayakan amalan integriti di kalangan warga kerja dan meningkatkan kesedaran akan memerangi rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

PRPU 2015-2018 Diadakan setahun sekali dengan mengadakan ceramah dan menjemput wakil SPRM, Polis dan IIM bagi memberi penerangan lebih lanjut berkaitan integriti dan rasuah.

3 Kempen Amalan Nilai-nilai Murni JHS

Pendedahan akan kepentingan membudayakan integriti di kalangan warga kerja JHS dan mewujudkan suasana mesra pelanggan di Jabatan.

PRPU 2015-2018 Pengamalan aktiviti sepanjang tahun

4 Pengukuhan nilai-nilai bersama JHS

Memastikan semua warga kerja memahami dan membudayakan nilai-nilai bersama Jabatan.

PRPU 2015-2018 Berterusan/sepanjang tahun

5 Ruangan Integriti di laman sesawang JHS

Menyebarkan maklumat berkaitan integriti kepada warga kerja JHS agar sentiasa dipraktikkan di Jabatan.

ICT & PRPU 2015-2018 Ruangan integriti di laman sesawangan JHS sentiasa dikemaskini secara berterusan/sepanjang tahun.

STRATEGI 2: MEMPERKASAKAN ETIKA DAN MEWUJUDKAN BUDAYA KERJA BERINTEGRITI

Page 18: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

17PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

Bil. Program / Aktiviti

Matlamat / Objektif Pelaksana Tempoh Pelaksana

Tindakan Yang Perlu Dilakukan

1 Pengurusan emosi, ceramah agama, kem bina semangat, seminar dan forum.

Mengurangkan beban tekanan kerja dan seterusnya mengembalikan semangat baru di kalangan warga kerja JHS dalam menjalankan tugasan seharian

SPPDD 2015-2018 Diadakan sepanjang masa berdasarkan keperluan.

2 Program Mentor / Mentee dan Coaching

Memupuk semangat Perkongsian ilmu dan pengalaman

Semua Bahagian dan Unit

2015-2018 Seorang mentor kepada 3 mentee dan perjumpaan dilakukan sebulan sekali

3 Majlis Perkongsian Ilmu

Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada warga kerja JHS dengan program dan projek yang sedang dijalankan sepanjang tahun tersebut

Semua Bahagian dan Unit

2015-2018 Diadakan 4 kali setahun dengan tajuk perkongsian ilmu yang pelbagai

4 Pelaksanaan Pelan Latihan Tahunan serta dipantau

Memantapkan program peningkatan sumber manusia, kerjaya dan kepimpinan

SPPDD 2015-2018 Setiap warga kerja JHS wajib mengikuti latihan 42 jam setahun

5 Penganjuran Program kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Pendedahan kemahiran dan pengetahuan mengenai pengurusan kewangan

SPPDD 2015-2018 Diadakan setahun sekali

6 Peningkatan kebajikan dan kemudahan

Menubuhkan jawatankuasa khas bertujuan menjaga kebajikan seluruh warga kerja JHS

Semua Bahagian dan Unit

2015-2018 Menubuhkan kelab/persatuan seperti FORESSA & PERKIJAP

STRATEGI 3: MEMANTAPKAN SAHSIAH MODAL INSAN YANG BERHEMAH

Page 19: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

18PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

Bil. Program / Aktiviti Matlamat / Objektif Pelaksana Tempoh Pelaksana

Tindakan Yang Perlu Dilakukan

1 Menerap dan Mengamalkan Pelaksanaan Inisiatif-Inisiatif Kualiti

Menyediakan pegawai yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing.

SPPDD 2015-2018 Memantau pencapaian serta merangka pelan tindakan bagi memudahkan usaha penambahbaikan dapat dilakukan.

2 Kajian Kepuasan Pelanggan

Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui maklum balas yang diterima.

PRPU 2015-2018 Menyediakan Borang Soal Selidik dan memperkasakan perkhidmatan kaunter dan mesra pelanggan.

3 Memantau Perlaksanaan Projek Pembangunan

Memastikan projek pembangunan berjalan dengan lancar dan dilaksanakan mengikut objektif, spesifikasi dan masa yang telah ditetapkan.

Semua Bahagian dan Unit serta Pegawai Projek

2015-2018 Menyediakan Laporan Kemajuan Projek (Quarterly), Melaksanakan Mesyuarat Pemantauan Projek serta Mengadakan lawatan tapak bagiMemastikan pengemaskinian maklumat kewangan dan fizikal projek di laman web projek

4 Pencegahan dan Penguatkuasaan– Forest Rules dan Forest Ordinan (cap.126) 1958

Memantap dan memperkasakan tugas-tugas pencegahan dan penguatkuasaan bagi membendung segala bentuk aktiviti haram yang memanipulasi hutan serta sumbernya.

PED, LID, RED, MPD & SADU

2015-2018 Menyediakan sumber manusia yang kompeten dan berintegriti melaksanakan kerja-kerja pencegahan dan penguatkuasaan. Memperkasakan modus operandi. Mengkaji dan menambahbaik ordinan bagi memastikan penjenayah alam sekitar tidak terlepas dari hukuman.

STRATEGI 4: MENINGKATKAN KEBERKESANAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Page 20: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

19PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

Bil. Program / Aktiviti Matlamat / Objektif Pelaksana Tempoh Pelaksana

Tindakan Yang Perlu Dilakukan

5 Penambahbaikan Piagam Pelanggan sesuai dengan perkembangan semasa

Memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan terutama bagi mencegah segala bentuk ancaman yang berkaitan dengan nilai-nilai integriti

SPPDD 2015-2018 Mengkaji semula prosedur dan proses kerja selaras kehendak Persijilan MS ISO

6 Pengurusan Aduan

Memantapkan mekanisma aduan ke arah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian

SPPDD & PRPU

2015-2018 Mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima melalui pelbagai saluran

7 Penyediaan Maklumat dan Bahan-bahan Penerbitan

Hebahan maklumat-maklumat dan perkongsian informasi terkini berkaitan sektor perhutanan

PRPU & ICT 2015-2018 Menerbitkan bulletin, brouser, pamphlet untuk hebahan kepada orang awam.Memastikan laman web sentiasa dikemaskini.Menerbitkan Laporan Tahunan sekali setahun.

8 Memantapkan Pelan Strategik Teknologi Maklumat

Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses kerja bertujuan untuk memperbaiki budaya kerja JHS

ICTU 2015-2018 a. Memastikan setiap bahagian/unit di JHS dilengkapi dengan kemudahan ICT;

b. Memantapkan sistem ICT seperti CACTUS dll; dan

c. Mengadakan bengkel/latihan/taklimat kepada warga kerja JHS

Page 21: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

20PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

Bil. Program / Aktiviti

Matlamat / Objektif Pelaksana Tempoh Pelaksana

Tindakan Yang Perlu Dilakukan

1 Mengukuhkan pelaksanaan serta pemantauan pengurusan tatatertib

Memantapkan pengurusan kawalan dalaman JHS dalam menangani kesalahan tatatertib/jenayah yang dilakukan oleh warga JHS

Jawatankuasa disiplin

2015-2018 1. Penerangan mengenai kesalahan, tatatertib / jenayah dan tindakan susulan secara konsisten;

2. Tindakan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan bermula tarikh laporan diterima;

3. Surat peringatan untuk pengisytiharan harta; dan

4. Memperketatkan pengurusan permohonan pinjaman

2 Mengemaskini senarai pegawai-pegawai yang diberi kuasa

Mengelakkan penyalahgunaan kuasa

Pengurusan Atasan/penolong-penolong pengarah

2015-2018 Dikemaskini setiap tahun

3 Mengawal ketat keselamatan maklumat rasmi dan keselamatan pejabat

Mengelakkan perlakuan aktiviti yang boleh memudaratkan dan mengundang ancaman negatif seperti kebocoran atau kecurian maklumat rasmi/sulit JHS

Pengurusan Atasan

2015-2018 a. Kata-kata laluan dikenakan bagi menggunakan sistem perkomputeran dan digunakan dalam tempoh yang ditetapkan; dan

b. Urusan dilakukan di onestop kaunter agar tiada akses kepada dokumen rasmi Jabatan.

4 Membentuk Unit Audit Dalaman

Memantapkan pematuhan kepada prosedur, arahan, peraturan dan pekeliling Jabatan

Pengurusan Atasan/penolong-penolong pengarah

2015-2018 Laporan Audit Dalaman dilakukan 2 kali setahun

STRATEGI 5: MEMANTAP DAN MEMPERKASAKAN SISTEM KAWALAN DALAMAN

Page 22: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

21PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

Bil. Program / Aktiviti

Matlamat / Objektif Pelaksana Tempoh Pelaksana

Tindakan Yang Perlu Dilakukan

1 Pemantapan pengurusan prestasi

Bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi pembangunan modal insan dan kemajuan kerjaya warga JHS

Admin 2015-2018 Penerangan berkaitan penilaian prestasi agar lebih telus, adil dan berkesan. Hanya pegawai yang layak sahaja diperakukan untuk mendapat APC.

2 Memberi pengiktirafan kepada pegawai yang berprestasi cemerlang

Bagi meningkatkan lagi prestasi dan motivasi warga JHS

Semua Bahagian

2015-2018 Melaksanakan aktiviti dan program yang berkaitan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Pingat Perkhidmatan Setia (PPS), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) serta Darjah Kebesaran Negeri yang lain.

3 Pemantapan proses kenaikan pangkat

Bagi meningkatkan lagi prestasi dan motivasi warga JHS

Jawatankuasa Carian Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

2015-2018 a. Berdasarkan keperluan semasa sama ada untuk jangka pendek atau jangka panjang;

b. Menerangkan dengan terperinci urusan kenaikan pangkat dengan mengenal pasti pekerja yang layak berdasarkan kemahiran dan keupayaan;

c. Memberi penjelasan yang terperinci berkaitan syarat-syarat pertukaran pelantikan.

STRATEGI 6: MENGURUS PRESTASI DAN PENGIKTIRAFAN

Page 23: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

22PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

PENUTUPDengan adanya pendekatan sebagai panduan dan strategi pencapaian yang diutarakan, diharapkan warga kerja Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dapat melaksanakan transformasi baru dengan penuh komitmen secara berterusan bagi memastikan kejayaan dan keberkesanan perlaksanaan Pelan Integriti Organisasi JHS yang dihasilkan ini.

Pendekatan dan strategi yang telah dihuraikan dengan jelas dalam buku ini diharap, dapat memastikan semua warga kerja JHS bukan hanya bebas daripada gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan tetapi akan sentiasa cekap semasa melaksanakan tugas, amanah dan saksama dalam membuat keputusan dan pertimbangan serta berpegang teguh kepada nilai-nilai murni, undang-undang dan ajaran agama untuk kepentingan bangsa dan negara.

Akhir kata, semoga penerbitan buku ini boleh dijadikan sebagai panduan serta rujukan kepada semua pihak dalam menyelaras dan memantau perlaksanaan PIO di Pejabat masing-masing.

Page 24: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

23PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

Page 25: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

24PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

Page 26: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

25PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

Page 27: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

26PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

Page 28: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

27PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

NOTA

Page 29: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak

28PELAN INTEGRITI ORGANISASI - JABATAN HUTAN SARAWAK (PIOJHS) 2015 - 2018

JAbATAN HUTAN SARAWAK

NOTA

Page 30: Jalan Stadium, Petra Jaya - Sarawak