malaysia - parlimen · 15. “ timbalan menteri sains, teknologi dan inovasi, datuk haji fadillah...

156
.. Bil. 7 Rabu 21 Mac 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA

Upload: others

Post on 02-Jan-2020

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

.. Bil. 7 Rabu 21 Mac 2012

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN RAKYAT

PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA

MESYUARAT PERTAMA

Page 2: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 18) Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong - Dato’ Lilah bin Yasin (Jempol) (Halaman 19)

Page 3: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 i

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P.

2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB

3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO

MENTERI

1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO

2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.P., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) – UMNO

3. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon – Senator

4. “ Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, P.S.M., S.P.D.K. (Penampang) – UPKO

5. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, S.P.M.P., D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Padang Rengas) – UMNO

6. “ Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, S.P.M.P., S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.J. (Sembrong) – UMNO

7. “ Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, S.J.M.K., S.S.A.P., S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu) – UMNO

8. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop, (Tasik Gelugor) – UMNO

9. “ Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui, S.S.A.P., P.G.B.K., P.B.S., A.B.S. (Miri) – SUPP

10. “ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, D.S.A.P., P.G.D.K., D.M.S.M. (Semporna) – UMNO

11. “ Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, D.S.P.N., S.M.J., P.I.S. (Pasir Gudang) – UMNO

12. “ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed (Jeli) – UMNO

13. “ Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Kota Marudu) – PBS

14. “ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Douglas Uggah Embas (Betong) – PBB

15. “ Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen, D.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.K., D.P.M.P., P.J.K. (Raub) – MCA

16. “ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh bin Haji Omar, D.G.S.M., D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang) – UMNO

Page 4: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

ii DR.21.03.2012

17. Yang Berhormat Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,

D.M.S.M., S.S.A.P., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok) – UMNO

18. “ Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman bin Abu Mansor, D.S.N.S., D.S.A.P., A.N.S., J.P., D.G.S.M (Tampin) – UMNO

19. “ Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai, D.G.S.M., S.S.A.P., D.I.M.P., S.M.P., (Bentong) – MCA

20. “ Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek (Kemaman) – UMNO

21. “ Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, D.G.S.M (Segamat) – MIC

22. “ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, D.I.M.P., D.M.S.M., A.D.K. (Bera) – UMNO

23. “ Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun) – UMNO

24. “ Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Kong Cho Ha (Lumut) – MCA

25. “ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil, S.S.A.P., D.G.P.N., D.I.M.P. – Senator

26. “ Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Anifah bin Aman, S.S.A.P. (Kimanis) – UMNO

27. “ Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin, D.P.T.J. – Senator

28. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum, P.S.A.T., D.I.M.P., D.S.N.S., D.S.D.K., P.A.T., J.S.M., K.A.T., K.M.N., A.M.K., P.J.M. – Senator

29. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Idris Jala – Senator

30. “ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, D.G.S.M., S.S.A.P (Alor Setar) – MCA

31. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ G. Palanivel – Senator

TIMBALAN MENTERI

1. Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (Pensiangan) – PBRS

2. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, P.G.D.K., A.D.K., J.P. (Sandakan) – LDP

3. “ Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) – UMNO

4. “ Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I, Dato’ Joseph Salang anak Gandum (Julau) – PRS

5. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II, Datuk Joseph Entulu anak Belaun (Selangau) – PRS

6. “ Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani I, Dato’ Wira Mohd. Johari bin Baharum, S.I.M.P., D.S.D.K., D.M.S.M., D.I.M.P., D.S.M., A.M.K., B.K.M., P.J.K., J.P. (Kubang Pasu) – UMNO

7. “ Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, D.C.S.M., D.M.S.M., K.M.N., B.K.T., J.P. (Masjid Tanah) – UMNO

8. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim – Senator

Page 5: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 iii

9. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Yong Khoon Seng, D.S.P.N.,

K.M.N. (Stampin) – SUPP

10. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II, Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) – PBB

11. “ Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Noriah binti Kasnon, S.M.S., P.J.K., D.M.S.M., D.S.A.P (Sungai Besar) – UMNO

12. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Dato’ Jacob Dungau Sagan, P.S.B.S., J.B.S., K.M.N., P.P.B., P.P.N. (Baram) – SPDP

13. “ Timbalan Menteri Pelajaran I, Datuk Dr. Wee Ka Siong, D.M.S.M. (Ayer Hitam) – MCA

14. “ Timbalan Menteri Pengangkutan II, Tuan Jelaing anak Mersat (Saratok) – SPDP

15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB

16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I, Dato’ Tan Lian Hoe, D.P.M.P. (Gerik) – GERAKAN

17. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy, S.M.P., P.P.T. (Cameron Highlands) – MIC

18. “ Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Saravanan a/l Murugan (Tapah) – MIC

19. “ Timbalan Menteri Luar Negeri I, Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu – Senator

20. “ Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I, Datuk Dr. Hou Kok Chung (Kluang) – MCA

21. “ Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I, Dato’ Hamzah bin Zainudin, D.P.M.P., D.P.T.J., K.M.N., A.M.P., P.P.T., J.P. (Larut) – UMNO

22. “ Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II, Dato’ Saifuddin bin Abdullah, D.S.A.P., D.P.M.P., D.S.M. (Temerloh) – UMNO

23. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I, Dato’ Haji Hasan bin Malek, D.S.N.S., D.M.S.M., D.S.M., J.P., K.M.N., A.M.N., P.M.C., P.J.K., B.K.C., (Kuala Pilah) – UMNO

24. “ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Maznah binti Mazlan – Senator

25. “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin, P.G.D.K., S.P.D.K., J.M.N., J.P. (Beaufort) – UMNO

26. “ Timbalan Menteri Pengangkutan I, Datuk Abdul Rahim bin Bakri (Kudat) – UMNO

27. “ Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Dr. Awang Adek Hussein, D.M.S.M., D.J.M.K., S.I.M.P., D.P.M.K., D.C.S.M., J.S.M. – Senator

28. “ Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie, D.M.S.M. - Senator

29. “ Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin, P.G.D.K., A.D.K. (Papar) – UMNO

30. “ Timbalan Menteri Pelajaran II, Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi, P.I.S. (Batu Pahat) – UMNO

Page 6: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

iv DR.21.03.2012

31. Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan I, Dato’ Razali bin Haji Ibrahim

(Muar) – UMNO

32. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I, Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir (Jerlun) – UMNO

33. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, D.M.S.M. (Pontian) – UMNO

34. “ Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Dato’ Lee Chee Leong, D.P.M.P., A.M.P. (Kampar) – MCA

35. “ Timbalan Menteri Pelancongan, Dato’ Dr. James Dawos Mamit, P.S.B.S., P.P.B., P.P.S., P.P.D. (Mambong) – PBB

36. “ Timbalan Menteri Kewangan II, Dato’ Donald Lim Siang Chai – Senator

37. “ Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II, Datuk Maglin Dennis D’Cruz – Senator

38. “ Timbalan Menteri Belia dan Sukan II, Tuan Gan Ping Sieu – Senator

39. “ Timbalan Menteri Luar Negeri II, Datuk Richard Riot anak Jaem, P.J.N., J.B.S., K.M.N. (Serian) – SUPP

40. “ Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II, Datuk Chua Tee Yong, D.P.S.M. (Labis) – MCA

AHLI-AHLI (BN)

1. Yang Berhormat Datuk Aaron Ago anak Dagang (Kanowit) – PRS

2. “ Datuk Abd. Rahman Bakri, A.S.A. (Sabak Bernam) – UMNO

3. “ Dato’ Abd. Rahman Dahlan, D.I.M.P., A.D.K. (Kota Belud) – UMNO

4. “ Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan) – UMNO

5. “ Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.U.M.Z., D.K.1 (Johor), S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.U.N.M., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas) – UMNO

6. “ Dato’ Seri Dr. Abdullah Md. Zin, D.P.M.T. (Besut) – UMNO

7. “ Dato’ Abdul Manan Ismail, D.I.M.P., P.K.C. (Paya Besar) – UMNO

8. “ Datuk Abdul Wahab Dolah (Igan) – PBB

9. “ Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib, D.H.M.S., D.S.D.K., S.D.K., K.M.N., B.C.K., P.J.K., (Langkawi) – UMNO

10. “ Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah, D.C.S.M., D.M.S.M., K.M.N., P.J.K. (Jasin) – UMNO

11. “ Tuan Haji Ahmad Lai Bujang, A.B.S. (Sibuti) – PBB

12. “ Datuk Alexander Nanta Linggi (Kapit) – PBB

13. “ Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said, S.P.M.P. (Pengerang) – UMNO

14. “ Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Azmi Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar) – UMNO

15. ” Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed, D.M.S.M., A.M.N., P.I.S. (Sekijang) – UMNO

16. “ Datuk Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang) – PRS

17. “ Datuk Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) – UMNO

18. “ Tuan Ding Kuong Hiing (Sarikei) – SUPP

Page 7: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 v

19. “ Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn, D.G.S.M., D.M.S.M. (Alor Gajah)

– MCA

20. “ Datuk Halimah binti Mohd. Sadique, P.J.N., P.I.S. (Tenggara) – UMNO

21. “ Ir. Haji Hamim bin Samuri (Ledang) – UMNO

22. “ Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah (Limbang) – PBB

23. “ Dato’ Henry Sum Agong (Lawas) – PBB

24. “ Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron, D.M.S.M., D.S.M., D.C.S.M (Tangga Batu) – UMNO

25. “ Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib, D.I.M.P., S.A.P., A.A.P., A.M.P., P.K.C. (Maran) – UMNO

26. “ Datuk Ismail Kasim, D.P.M.P., S.M.P., A.M.P. (Arau) – UMNO

27. “ Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said (Kuala Krau) – UMNO

28. “ Dato’ Seri Dr. Jamaluddin Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P., S.A.P. (Rompin) – UMNO

29. “ Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan (Keningau) – PBS

30. “ Datuk Juslie Ajirol (Libaran) – UMNO

31. “ Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan (Hulu Selangor) - MIC

32. “ Tuan Khairy Jamaluddin (Rembau) – UMNO

33. “ Tuan Liang Teck Meng (Simpang Renggam) – GERAKAN

34. “ Dato’ Lilah bin Yasin, D.S.N.S. (Jempol) – UMNO

35. “ Datin Linda Tsen Thau Lin (Batu Sapi) – PBS

36. “ Datuk Dr. Marcus Mojigoh, P.G.D.K., J.S.M., A.D.K., B.S.K. (Putatan) – UPKO

37. “ Tuan Masir Kujat, P.P.B. (Sri Aman) – PRS

38. “ Datuk Matulidi Jusoh, P.P.N., P.J.K. (Dungun) – UMNO

39. “ Datuk Md. Sirat Abu, D.M.S.M., K.M.N., B.K.T., P.J.K., J.P. (Bukit Katil) – UMNO

40. “ Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz (Sri Gading) – UMNO

41. “ Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman, D.I.M.P., A.M.P. (Lipis) – UMNO

42. “ Dato’ Mohd. Jidin Shafee, D.P.M.T., D.M.S.M., K.M.N., A.M.N. (Setiu) – UMNO

43. “ Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri, D.M.P.T. (Kuala Nerus) – UMNO

44. “ Tuan Haji Mohd. Nor Othman, A.M.N., P.J.C., P.J.K. (Hulu Terengganu) – UMNO

45. “ Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria, A.M.P. (Parit) – UMNO

46. “ Dato’ Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) – UMNO

47. “ Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.M.S., D.P.T.J., S.S.A.P., J.P. (Sepang) – UMNO

48. “ Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah, P.N.B.S., P.G.B.K., J.B.S. (Mukah) – PBB

49. “ Puan Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) – PBB

50. “ Datuk Hajah Norah Abd. Rahman (Tanjong Manis), P.J.N. – PBB

Page 8: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

vi DR.21.03.2012

51. Yang Berhormat Dato’ Noraini binti Ahmad (Parit Sulong) – UMNO

52. “ Datuk Nur Jazlan Mohamed (Pulai) – UMNO

53. “ Dato’ Seri Ong Ka Chuan, S.P.M.P., D.P.M.P., P.M.P. (Tanjong Malim) – MCA

54. “ Tan Sri Dato’ Seri Ong Ka Ting, P.M.N., S.P.M.P., D.P.M.S., D.P.M.P. (Kulai) – MCA

55. “ Dato’ Sri Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Pandan) – MCA

56. “ Tan Sri Rafidah Aziz, S.M.P.T., S.P.M.P., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar) – UMNO

57. “ Datuk Raime Unggi (Tenom) – UMNO

58. “ Tuan Haji Salleh Kalbi, A.D.K., B.K.M., P.J.K. (Silam) – UMNO

59. “ Datuk Sapawi Ahmad Wasali (Sipitang) – UMNO

60. ” Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad (Johor Bahru) – UMNO

61. “ Dato’ Shamsul Anuar Nasarah, D.P.M.P., S.M.S., P.P.N., P.P.T. (Lenggong) – UMNO

62. “ Datuk Siringan Gubat (Ranau) – UPKO

63. “ Dato’ Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib (Kota Samarahan) – PBB

64. “ Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, P.M.N., S.P.M.K., S.P.M.J., D.P.P.N., D.G.S.M., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi) – UMNO

65. “ Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman, D.P.M.P., D.M.S.M., K.M.N., A.M.P., J.P. (Pasir Salak) – UMNO

66. “ Puan Tan Ah Eng (Gelang Patah) – MCA

67. “ Tuan Teng Boon Soon (Tebrau) – MCA

68. “ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, S.S.A.P. (Putrajaya) – UMNO

69. “ Tan Sri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut) – UMNO

70. “ Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) – UMNO

71. “ Dato’ Seri Tiong King Sing (Bintulu) – SPDP

72. “ Datuk Tiong Thai King, P.G.B.K. (Lanang) – SUPP

73. “ Datuk Dr. Tekhee @ Tiki anak Lafe, D.M.S.M. (Mas Gading) – SPDP

74. “ Datuk Wee Jeck Seng (Tanjong Piai) – MCA

75. “ Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing,S.P.D.K., P.G.D.K., P.J.N., J.S.M., J.P. (Tuaran) – UPKO

76. “ Tuan William @ Nyallau anak Badak, P.B.B., P.P.S. (Lubok Antu) – PRS

77. “ Datuk Haji Yusof Haji Mahal, D.M.S.M. (Labuan) – UMNO

78. “ Dato’ Sri Haji Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N., (Setiawangsa) – UMNO

AHLI-AHLI (PKR)

1. Yang Berhormat Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir (Ketereh)

2. “ Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, D.P.M.S., D.S.A.P., P.S.M. (Bandar Tun Razak)

Page 9: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 vii

3. Yang Berhormat Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat)

4. “ Tuan Ahmad Kasim (Kuala Kedah)

5. “ Tuan Amran bin Ab. Ghani (Tanah Merah)

6. “ Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh)

7. “ Tuan Azan Ismail (Indera Mahkota)

8. “ Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua (Batu)

9. “ Puan Fuziah Salleh (Kuantan)

10. “ Tuan Gwo Burne Loh (Kelana Jaya)

11. “ Tuan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan)

12. “ Dato’ Johari Abdul, D.S.D.K., (Sungai Petani)

13. “ Dato’ Kamarul Baharin Abbas, D.S.S.A. (Telok Kemang)

14. “ Dr. Lee Boon Chye (Gopeng)

15. “ Tuan Mohamed Azmin Ali (Gombak)

16. “ Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff (Balik Pulau)

17. “ Puan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai)

18. “ Dato’ Rashid Din, S.M.K., D.I.M.P. (Merbok)

19. “ Tuan R. Sivarasa (Subang)

20. “ Dato’ Saifuddin Nasution Ismail (Machang)

21. “ Tuan S. Manickavasagam (Kapar)

22. “ Tuan William Leong Jee Keen (Selayang)

23. “ Puan Hajah Zuraida Kamaruddin (Ampang)

AHLI-AHLI (DAP)

1. Yang Berhormat Tuan Charles Anthony Santiago (Klang)

2. “ Tuan Chong Chieng Jen (Bandar Kuching)

3. “ Puan Chong Eng (Bukit Mertajam)

4. “ Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong)

5. “ Tuan Er Teck Hwa (Bakri)

6. “ Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

7. “ Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah)

8. “ Tuan Gobind Singh Deo (Puchong)

9. “ Tuan Hiew King Cheu (Kota Kinabalu)

10. “ Tuan Jeff Ooi Chuan Aun (Jelutong)

11. “ Tuan John Fernandez (Seremban)

12. “ Tuan Liew Chin Tong (Bukit Bendera)

13. “ Tuan Lim Guan Eng (Bagan)

14. “ Tuan Lim Kit Siang (Ipoh Timur)

15. “ Tuan Lim Lip Eng (Segambut)

16. “ Tuan Loke Siew Fook (Rasah)

Page 10: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

viii DR.21.03.2012

17. Yang Berhormat Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat)

18. “ Tuan M. Manogaran (Telok Intan)

19. “ Tuan Nga Kor Ming (Taiping)

20. “ Dato’ Ngeh Koo Ham (Beruas)

21. “ Prof. Dr. P. Ramasamy (Batu Kawan)

22. “ Tuan Tony Pua Kiam Wee (Petaling Jaya Utara)

23. “ Tuan Karpal Singh (Bukit Gelugor)

24. “ Tuan Sim Tong Him (Kota Melaka)

25. “ Tuan Tan Kok Wai (Cheras)

26. “ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong)

27. “ Puan Teo Nie Ching (Serdang)

28. “ Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

29. “ Tuan Wong Ho Leng (Sibu) AHLI-AHLI (PAS)

1. Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Marang)

2. “ Dato’ Ab. Halim bin Ab. Rahman, D.P.M.K. (Pengkalan Chepa)

3. “ Tuan Che Uda bin Che Nik, B.C.K., A.M.N. (Sik)

4. “ Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat)

5. “ Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)

6. “ Dato’ Kamaruddin Jaffar, B.C.M., D.S.N.S. (Tumpat)

7. “ Tuan Khalid Abd. Samad (Shah Alam)

8. “ Dato’ Mahfuz bin Haji Omar, D.S.D.K., (Pokok Sena)

9. “ Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin (Bukit Gantang)

10. “ Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid bin Endut (Kuala Terengganu)

11. “ Tuan Mohd. Firdaus bin Jaafar (Jerai)

12. “ Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (Kuala Krai)

13. “ Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman (Pendang)

14. “ Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria (Padang Terap)

15. “ Tuan Muhammad bin Husin (Pasir Puteh)

16. “ Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)

17. “ Tuan Haji Nasharuddin Mat Isa (Bachok)

18. “ Tuan Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian)

19. “ Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud (Kota Raja)

20. “ Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Rantau Panjang)

21. “ Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling)

22. “ Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah, D.J.M.K. (Kota Bharu) AHLI (PSM)

1. Yang Berhormat Dr. M. Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput)

Page 11: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 ix

AHLI (Bebas)

1. Yang Berhormat Datuk Chua Soon Bui, P.G.D.K. (Tawau) – SAPP

2. “ Datuk Eric E. Majimbun, P.G.D.K. (Sepanggar) – SAPP

3. “ Dato’ Ibrahim Ali, D.J.M.K., D.P.M.S., D.M.S.M. (Pasir Mas)

4. “ Tuan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai)

5. “ Tuan Tan Tee Beng (Nibong Tebal)

6. “ Tuan Wee Choo Keong, S.M.K. (Wangsa Maju)

7. “ Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim, D.S.P.N., P.J.K. (Bayan Baru)

8. “ Dato’ Zulkifli bin Noordin (Kulim Bandar Baharu)

9. “ Tuan N. Gobalakrishnan (Padang Serai)

Kosong

1. - Tiada - (Titiwangsa)

Page 12: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

x DR.21.03.2012

DEWAN RAKYAT

Ketua Pentadbir Parlimen

Dato’ Ngah Senik

Setiausaha Dewan Rakyat

Datuk Roosme binti Hamzah

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Che Seman bin Pachik

PETUGAS-PETUGAS

CAWANGAN PENYATA RASMI (HANSARD)

Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd Hassan

Rosna binti Bujairomi

Nurziana binti Ismail Suriyani binti Mohd. Noh

Aisyah binti Razki Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mohd. Shahrul Hafiz bin Yahaya

Mulyati binti Kamarudin Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli

Nor Hamizah binti Haji Hassan

Azmir bin Mohd Salleh Nur Nazihah binti Mohd. Nazir

Noraidah binti Manaf Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil

Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Siti Norlina binti Ahmad

Hazwani Zarifah binti Anas Mohd. Zaidi bin Mahmood

Page 13: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 1

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

PARLIMEN KEDUA BELAS

PENGGAL KELIMA

MESYUARAT PERTAMA

Rabu, 21 Mac 2012

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, apakah tahap harga rumah kos rendah dengan harga RM42,000 masih relevan dengan perkembangan semasa. Berapa jumlah kos rendah di kawasan Simpang Renggam dan nyatakan pembahagian nisbah antara kerajaan dan swasta.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Seri Chor Chee Heung]: Tuan Yang di-Pertua, selamat pagi dan salam sejahtera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian saya sememangnya telah menerima permintaan daripada para pemaju untuk mengkaji semula kadar harga rumah kos rendah sedia ada, memandangkan harga bahan mentah sedia ada telah pun melambung tinggi. Kementerian saya telah pun meneliti perkara ini dengan turut mengambil kira kos sara diri dan perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh rakyat yang berpendapatan di bawah RM2,500. Memandangkan tempat tinggal merupakan keperluan asas rakyat maka atas dasar mendahulukan kepentingan rakyat, kerajaan masih belum bercadang untuk meminda harga rumah kos rendah dengan hasrat agar golongan berpendapatan rendah, mampu memiliki rumah sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, bagi isu kedua pula yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam mengenai bilangan rumah kos rendah yang telah dibina di kawasan Simpang Renggam pula. Daripada maklum balas yang dikemukakan oleh Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Daerah Simpang Renggam didapati bahawa sejumlah 3,960 unit kos rendah telah pun dibina di daerah berkenaan semenjak tahun 1982 hingga tahun 2011 dengan pecahan seperti yang pertamanya 3,164 unit dibina oleh pemaju swasta dan 796 unit rumah dibina oleh kerajaan, sekian terima kasih.

Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya memang masih sering menerima aduan daripada pemaju-pemaju bahawa harga yang ditetapkan untuk kos rendah ini masih rendah sangat, kalau dibandingkan dengan SPNB di mana sebuah rumah adalah RM60 ribu. Kenapa bagi pemaju swasta adalah ditetapkan pada harga RM42 ribu? Rumah kos rendah di kawasan Parlimen Simpang Renggam sebenarnya masih tidak mencukupi terutamanya di kawasan Layang-Layang dan Renggam.

Mungkin Yang Berhormat Menteri sedar bahawa Projek Landasan Berkembar Elektrik akan dimulakan pada tahun ini, di mana dua stesen iaitu stesen Layang-Layang dan Renggam terletak di kawasan Parlimen Simpang Renggam dan setinggan-setinggan yang terlibat, yang masih menduduki di atas tanah-tanah KTM, beratus keluarga. Jadi sekarang tidak ada tempat...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Boleh ringkaskan sedikit soalan Yang Berhormat? Saya sudah lupa...

Page 14: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

2 DR.21.03.2012

Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Jadi, apakah usaha kementerian dengan kerjasama SPNB untuk membantu setinggan ini? Sekian terima kasih.

Datuk Seri Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Memang benar saya juga difahamkan, saya juga mengetahui bahawa bahan-bahan pembinaan, alat-alat yang perlu digunakan untuk membina rumah memang telah naik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, kerajaan sedang memantau keadaan ini dan mungkin saya akan membincang balik semula sama ada kita perlu atau tidak buat masa ini, untuk mengkaji semula iaitu kadar harga rumah kos rendah perlu dinaikkan atau pun tidak.

Bagi isu yang kedua, iaitu begitu ramai setinggan yang masih belum mempunyai rumah sendiri ataupun rumah untuk diduduki. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, semua setinggan-setinggan ataupun rakyat yang mempunyai pendapatan RM2,500 ke bawah iaitu isi rumah perlu membuat pendaftaran dengan sistem-sistem pendaftaran terbuka berkomputer di setiap PBT di setiap negeri. Barulah kita mempunyai satu statistik yang benar, di mana kita dapat mengukur sama ada bilangan rumah kos rendah harus dibina oleh kerajaan mahupun pihak swasta di bawah arahan kerajaan negeri.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, kementerian saya mempunyai perancangan untuk membina 38 ribu rumah kos rendah di bawah program proses pilihan raya. Kalau Yang Berhormat tanya di mana? Setakat ini kita ada juga rancangan awal ialah di Pulau Pinang satu, di Perlis satu, Sandakan satu, Hulu Selangor sedang dijalankan, Kelantan, Gua Musang sedang dijalankan, Kepong, Sentul akan bermula tidak lama lagi, Tioman di Pahang dan juga Kota Kinabalu, Inanam.

■1010

Ini adalah jawapan yang saya dapat bagi setakat ini dan saya mintalah supaya Yang Berhormat boleh memainkan peranan untuk membantu setinggan-setinggan yang tidak mempunyai rumah untuk membuat pendaftaran dengan PBT dengan secepat mungkin, sekian terima kasih.

Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk kepada kenyataan REHDA yang menyatakan kebanyakan daripada unit-unit kos rendah ini dijual kepada warga-warga asing bukannya warga Malaysia yang layak menerima unit-unit tersebut. Saya nampak banyak perancangan kerajaan yang dibuat yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi.

Ada juga pengumuman yang dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menggunakan dana KWSP RM1.5 bilion untuk membina projek-projek rumah kos rendah di masa hadapan. Jadi persoalan saya di sini, sedang kita tahu di luar sana kebanyakan tempat-tempat yang dipilih sebagai tempat untuk didiami rumah kos rendah itu tidak dipilih oleh warga-warga yang sepatutnya. Apakah yang dilakukan oleh kerajaan, kementerian khususnya untuk memantau perancangan bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, perancangan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersesuaian dengan keperluan dan juga permintaan khusus bagi warga-warga berpendapatan rendah, supaya tidak ada wastage, dengan izin, terima kasih.

Datuk Seri Chor Chee Heung: Terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya ingin menjelaskan di sini, ada dua jenis rumah kos rendah. Pertamanya ialah di bawah arahan kerajaan negeri seperti di Selangor. Apabila pemaju-pemaju ingin memajukan pemajuan tanah, mereka ini harus menepati arahan daripada kerajaan negeri untuk membina setengah peratusan mengikut pada lazimnya 30% untuk kos rendah dan pengisian ini adalah bergantung kepada siapa yang layak yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Kementerian ini tidak mempunyai sebarang pemantauan. Jenis kedua adalah rumah kos rendah di bawah projek PPR iaitu perumahan rakyat di mana kementerian saya memang mempunyai sedikit sebanyak pemantauan walaupun rumah yang kita bina akan diserahkan kepada kerajaan negeri ataupun kalau di Wilayah Persekutuan kepada DBKL untuk menguruskan.

Saya rasa maklumat yang diterima oleh Yang Berhormat tidak begitu tepat, bila tadi menyatakan rumah-rumah kos rendah yang telah dijual kepada orang-orang asing. Saya tidak tahulah keadaan di negeri Selangor sama ada telah pun berlaku seumpama ini? Akan tetapi bagi rumah-rumah yang dibina di bawah PPR iaitu di bawah naungan kementerian saya, memang kita tidak jual kepada orang asing. Kemungkinan kita jual

Page 15: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 3

kepada rakyat dan rakyat itu pula membuat sewaan kepada orang asing. Itu soal yang lain. Akan tetapi, saya hendak beri jaminan bahawa rumah-rumah yang kita bina diserahkan kepada DBKL dan setakat ini memang tidak dijual kepada orang asing langsung. Kita sentiasa memperbaiki keadaannya kepada orang yang layak untuk mendapatkan rumah. Setakat ini rumah-rumah yang dibina oleh kementerian saya diserahkan kepada DBKL untuk dijual, satu tempat lagi ialah di negeri Pahang. Lain-lain itu adalah rumah yang akan disewa kepada rakyat di mana isi pendapatan rumah tidak melebihi RM2,500 dan hanya dengan kadar RM124 setiap bulan.

Ini satu projek sosial ekonomi yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah. Sekian, terima kasih.

2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, keberkesanan sistem biometrik untuk pekerja asing yang telah dilancarkan oleh kerajaan dalam membanteras penyeludupan manusia serta pendaftaran pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam negara.

Menteri Dalam Negeri [Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, melalui sistem dengan izin, National Enforcement and Registering System atau Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Biometrik warga asing adalah diharapkan cap jari serta biodata setiap warga asing akan disimpan secara elektronik. Hasilnya kerajaan mempunyai profil setiap warga asing yang memasuki dan berada di dalam negara kita ini. Profil tersebut akan dimuatkan di dalam pangkalan data yang boleh diguna pakai secara holistik oleh agensi-agensi selain Jabatan Imigresen Malaysia di mana rujukan silang sentiasa dapat dilakukan dengan pangkalan data agensi masing-masing bagi tujuan pelbagai. Data-data ini tidak boleh diubah dan maklumat identiti seorang warga asing itu akan disimpan kekal.

Ini secara langsung, akan dapat mengekang penggunaan dokumen perjalanan berdasarkan kepada identiti palsu. Memandangkan maklumat identiti warga asing yang terdiri daripada data biometrik dan biodata ini disimpan kekal, ini secara langsung boleh mengekang penggunaan dokumen perjalanan berdasarkan kepada identiti palsu bagi tujuan kemasukan ke Malaysia atau sebagai transit untuk ke destinasi seterusnya. Pengambilan dan pengesahan biometrik seorang warga asing yang telah direkodkan sebelum ini, boleh disemak dengan pangkalan ‘dataness’ yang berupaya mengesahkan identiti warga asing tersebut. Dengan ini sistem ‘dataness’ supaya mengurangkan pemerdagangan orang dan juga penyeludupan migran. Selain itu, penggunaan sistem biometrik ini juga boleh beri kesan positif. Di antaranya kerajaan berupaya mengumpul data berhubung jumlah PATI yang berada di dalam negara kita.

Kedua, pengambilan data biometrik dalam proses pendaftaran dapat membantu memantapkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap warga asing di mana sekali gus meningkatkan kawalan keselamatan negara.

Ketiga, jumlah tangkapan bagi penyeludupan migran telah pun meningkat 409 orang pada tahun 2011 dan meningkatkan usaha membanteras jenayah rentas sempadan. Dengan adanya sistem ini, maklumat warga asing yang memasuki negara dapat direkodkan secara biometrik dan tidak boleh dipalsukan. Maklumat tersebut dapat dikongsi secara holistik secara bersepadu bersama agensi-agensi lain dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa seperti Interpol, ASEANAPOL, Regional Movement Alert System dan lain-lain badan perisikan dunia.

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Merujuk kepada mutakhir ini, beberapa perkara telah pun berlaku dalam sistem negara kita ini terutama sekali bila mana pindaan Akta Kerja 1955 dibuat dan meluas berpandukan kepada contractor-labour ini bermaharajalela dalam konsep pekerjaan dalam negara ini dan juga apabila biometrik ini diperkenalkan. Melihat daripada sudut ini Tuan Yang di-Pertua, masih kedapatan lagi rintihan dan juga suara dengar dalam Dewan ini, mengatakan bahawa banyak sangat tidak mengurangkan perdagangan manusia yang berlaku dalam negara ini, walaupun Menteri menjawab tiga perkara, mengurangkan, memantau dan juga tangkapan boleh dibuat dengan lebih mudah. Akan tetapi soalannya, ialah dengan ada biometrik ini pun kedapatan ruang yang diberi atau pindaan itu membenarkan lagi perdagangan manusia.

Page 16: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

4 DR.21.03.2012

Apakah penyelesaian yang terbaik lagi untuk memastikan perdagangan manusia ini dapat dikawal selia supaya negara kita ini bersih daripada pendatang-pendatang asing yang tidak tahu daripada mana spesies mereka ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya fenomena ini tidak unik kepada negara kita sahaja. Di Amerika Syarikat sahaja melalui data jabatan negeri, State Department dengan izin, di Amerika Syarikat sahaja 15 juta migran yang tidak direkod.

� 1020

Ia berkisar kepada fenomena globalisasi dan perjalanan manusia, wang ringgit, maklumat daripada dunia tanpa sempadan, langit terbuka melihat ini sebagai satu ancaman bukan sahaja yang unik kepada kita dan biometrik yang diketengahkan oleh kerajaan hanya sebahagian daripada satu pakej yang lebih besar yang mampu sedikit sebanyak mengawal dan memastikan dunia yang agak sempit sekarang ini dan jenayah yang merentasi sempadan ini dapat dikawal bukan sahaja melalui teknologi seperti biometrik tetapi perkara-perkara lain seperti risikan, hubungan dua hala dengan agensi-agensi antarabangsa. Ini semua akan membantu kita. Jadi Yang Berhormat jika sekiranya melihat dalam konteks Malaysia sahaja itu tidak tepat kerana ia merupakan satu fenomena global.

Keduanya kalau hendak melihat dalam konteks biometrik juga ianya juga tidak tepat kerana kita mempunyai pendekatan-pendekatan lain yang akan tambah nilai kepada biometrik yang sedia ada. Ini permulaan, tetapi dengan kerjasama negara-negara sumber, negara transit dan negara destinasi dengan agensi-agensi risikan dengan pendekatan program-program seperti advance screening system yang akan diperkenalkan kemudian, saya percaya bahawa apa yang diketengahkan sekarang ini secara permulaan akan membantu kita melihat fenomena yang melanda dunia pada hari ini.

Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan [Hulu Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya difahamkan lebih kurang 200 juta pendaftaran pekerja asing telah mengguna pakai sistem biometrik ini. Apakah mekanisme pihak kerajaan untuk menjaga privacy setiap identifikasi pendatang asing dalam sistem biometrik untuk mengelakkan daripada sebarang salah guna, itu soalan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Jumlah sebenar secara tepat sehingga 7 Mac tahun ini seramai 1,016,908 telah pun berdaftar sebagai pekerja asing yang sah. Seramai 1,303,126 adalah jumlah pendatang asing tanpa izin yang telah pun didaftarkan. Ini bukan merupakan jumlah yang kecil yang telah pun dimasukkan di dalam data dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada warga imigresen dan warga kita di KDN yang telah pun bertungkus-lumus untuk mengenal pasti bahawa program ini berjalan dengan lancar. Dari segi keselamatan, dari segi maklumat-maklumat sulit ianya agak teknikal dan jaminan dari segi firewall dan keselamatan supaya maklumat ini tidak dapat dicuri contohnya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini telah pun dibentangkan kepada pihak KDN dan bahagian keselamatan dan mereka yang pakar dalam ini diberitahu kepada saya bahawa mereka ini sudah agak puas hati dengan apa yang telah pun ditetapkan dalam sistem yang telah diterima guna pakai buat kali ini.

3. Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, adakah kementerian bercadang memantau dan mengenakan sekatan ke atas pengguna akaun Facebook yang sejak akhir-akhir ini sering kali dicemari dengan penyalahgunaan termasuk kes penceraian, pergaduhan serta penyebaran aktiviti subversif, kegiatan tidak bermoral dan perniagaan yang menyalahi undang-undang.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan [Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim]: Terima kasih Ahli Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Tangga Batu bertarikh 12 April 2012 kerana ia menyentuh perkara yang sama iaitu kaedah atau mekanisme untuk mengekang gejala negatif yang timbul akibat penyalahgunaan rangkaian sosial. Tuan Yang di-Pertua, internet merupakan satu medium komunikasi terbuka yang tidak bersempadan.

Page 17: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 5

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Baik

Yang Berhormat. Saya kata baik Yang Berhormat.

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selalu kami di bawah ini menganggap diberi kelulusan sebab itu agaknya terlaju menjawab cepat... [Ketawa] Maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya ulangi internet merupakan satu medium komunikasi terbuka yang tidak bersempadan. Sesiapa sahaja boleh membuat laman web, blog serta mendaftar di laman-laman rangkaian sosial seperti Facebook atau ‘buku muka’, Twitter dan sebagainya. Dalam pada itu kandungan atau komen-komen yang dibuat oleh para pengguna internet di Malaysia melalui laman-laman web tersebut tidak melalui apa-apa proses tapisan, kelulusan ataupun penilaian oleh mana-mana pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau singkatnya SKMM.

Walaupun demikian kesemua jenis kandungan rangkaian dengan izin network content termasuk kandungan laman web atau rangkaian sosial di internet adalah tertakluk kepada undang-undang negara kita seperti Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Keterangan 1950, Akta Saman Malu atau Defamation Act termasuklah juga Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Ini bermakna mereka yang didapati menyalahi undang-undang tersebut boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa terbabit.

Selain daripada pendakwaan di mahkamah, SKMM juga akan mengambil tindakan menyekat akses kepada laman-laman web serta melakukan kempen-kempen kesedaran dari semasa ke semasa bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu sosial dan teknologi yang dihadapi oleh pengguna internet.

Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak menafikan bahawa penggunaan Facebook ini memang banyak memberi kesan dan banyak juga kegunaannya kepada masyarakat. Antara lainnya dia boleh mengikatkan semula perhubungan yang telah terputus dan segalanya. Saya kira memang sukar untuk kita menyekat penggunaannya. Kali saya tengok pengguna Facebook rata-rata memang tidak boleh hidup Tuan Yang di-Pertua tanpa Facebook. Akan tetapi malangnya banyak juga penyamaran dan salah guna akaun Facebook ini.

Jadi soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah adakah kementerian ada membuat satu analisa terhadap keseriusan masalah ini dan bagaimanakah cara untuk memantau dan apakah tindakan yang dibuat kerana masalah penipuan ini boleh menjejaskan institusi keluarga dan masyarakat dan boleh juga mengancam keselamatan negara. Terima kasih.

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, soalan itu sememangnya menepati situasi pada hari ini khususnya yang berhadapan dengan masalah-masalah yang dihadapi berkaitan media sosial. Sukacita saya mengambil peluang di sini untuk menerangkan secara am dan sedikit sebanyak khusus. Lebih kurang 12.4 juta orang menggunakan peralatan media sosial yang bernama Facebook pada hari ini di Malaysia dan sekali gus meletakkan negara kita di barisan pertama dalam kepenggunaan media baru ini. Seperti mana biasanya apabila sesuatu alatan itu dikemukakan dan memberi faedah-faedah yang menyeluruh, maka satu fenomena wujud.

Yakni tidak begitu mengira sangat tentang aspek-aspek negatifnya melainkan seronok dan juga meluaskan pandangan menerusi jurusan tersebut. Dalam keadaan beginilah maka masalah yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat timbul dalam masyarakat kita dan sebahagian daripada anggota masyarakat kita lupa bahawa kita mempunyai kekangan dan juga cara hidup yang seharusnya dilandaskan kepada nilai-nilai murni, agama dan amalan budaya.

■1030

Dalam pada itu sukacita dimaklumkan juga proses aduan memang dibuka di SKMM dan aduan ini telah pun mendapat sambutan dari segi penyebaran dan juga penerimaan. Misalnya pada tahun lalu laman web, blog dan e-mel berjumlah 1,112, laman rangkaian sosial 716 yang berkaitan dengan pelbagai aduan berhubung dengan media baru jumlah 1,828. Sementara itu aduan rangkaian sosial mengikut jenis aduan juga kami rakamkan. Misalnya kandungan jelik atau mengancam 289, kandungan palsu 247, kandungan lucah/sumbang 40, penggodaman 124, lain-lain 16 membuat jumlah kesemua 716. Fenomena dan keadaan serta masalah-masalah ini Tuan Yang di-Pertua kita telah merangkul pelbagai tindakan bersama oleh itu peruntukan-peruntukan yang berhubung

Page 18: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

6 DR.21.03.2012

dengan fishing misalnya yakni percubaan mengambil data daripada kumpulan data pihak-pihak lain 693.

Perbuatan-perbuatan jelik, lucah 313 dan pelbagai kesalahan ataupun perkara-perkara yang diadukan kepada pihak berkuasa. Tidak kurang daripada 15 kes yang dijadikan sebagai bahan tindakan di mahkamah dan kes-kes ini telah memberi pengajaran. Namun hal ini masih berjalan pada peringkat yang memerlukan masyarakat sendiri diberi didikan dan penerangan. Dalam konteks itu Tuan Yang di-Pertua, penggunaan jaluran televisyen dan juga ceramah-ceramah serta ikhtiar-ikhtiar preventif harus kita laksanakan dan pengurangan kadar yang kita lihat amat menggalakkan. Namun ibu bapa, para guru dan juga kita di Dewan ini harus mengambil tindakan dalam bentuk kekangan sosial yang diperlukan.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Internet memang media terbuka, ada bilion yang menggunakan. Pelbagai gejala telah dikemukakan. Adakah kawalan SKMM berkesan dan bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini apakah peruntukan untuk kawalan gejala-gejala yang negatif di dalam internet kita dan bagaimana peruntukan digunakan?

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim: Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Sebagai menjawab soalan itu sebahagiannya telah saya sebutkan tadi. Beberapa peruntukan misalnya seksyen 211, seksyen 233, seksyen 214 dan lain-lain pihak-pihak berkuasa memang telah menjalankan tindakan mereka. Apabila sesuatu perbuatan itu melanggar undang-undang, maka Peguam Negara selaku pendakwa raya boleh membuat penyekatan ataupun susulan yang berbentuk tindakan anti jenayah.

Dalam konteks ini seperti yang disebutkan tadi perbuatan yang cuba mendapatkan data secara tidak sah misalnya telah pun diambil tindakan dan perkara-perkara berhubung dengan anti Syariah pun telah diambil tindakan. Perkara-perkara berkaitan dengan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 juga diambil tindakan. Di bawah seksyen 211, seksyen 233, atau Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) juga telah dilaksanakan. Setakat ini kejayaan yang diterima adalah kejayaan menerusi penguatkuasaan undang-undang. Akan tetapi kejayaan menerusi penerangan itu seperti yang dijelaskan tadi memerlukan langkah-langkah seterusnya.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, masalah Facebook atau Twitter ini ianya mendatar kepada satu tahap di mana seperti di United Kingdom atau di Eropah. Masyarakat sudah mula meninggalkan beberapa kegiatan yang dahulunya begitu tinggi dan terlibat atau melibatkan para belia dan mereka yang berada di usia pertengahan.

4. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta Perdana Menteri menyatakan, tahap kesediaan Malaysia mencapai sasaran Wawasan 2020 dan Negara Berpendapatan Tinggi. Nyatakan petunjuk-petunjuknya, jika ya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Devamany a/l S. Krishnasamy]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa komited untuk merealisasi Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Kerajaan juga sedar bahawa laluan ke arah ini bukanlah sesuatu yang mudah terutama dalam menghadapi liku-liku dan cabaran dekad 2011 hingga 2020, iaitu dengan suasana ekonomi dunia yang tidak menentu serta tahap saingan yang sengit bagi perdagangan pelaburan dan juga bakat. Modal pembangunan ekonomi yang terdahulu adalah tidak lagi sesuai dan sehubungan ini kerajaan telah melaksanakan Dasar Transformasi Nasional (DTN) yang merangkumi Program Transformasi Kerajaan, Transformasi Ekonomi, Transformasi Luar Bandar dan Transformasi Politik untuk membolehkan lonjakan untuk menjadi negara maju.

Program transformasi ini antara lain adalah untuk memastikan Malaysia mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang mampan, dengan izin sustainable di sekitar 5% hingga 6% setahun agar dapat meningkatkan pendapatan negara kasar per kapita di sekitar USD15,000 hingga USD17,000 pada 2020. Mempunyai jumlah guna tenaga mahir yang ramai 40% daripada jumlah guna tenaganya. Peningkatan pendapatan bulanan purata terutama isi rumah 44% terendah kepada lebih RM3,500 sebulan serta menikmati kualiti hidup yang setanding dengan negara maju.

Page 19: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 7

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan program transformasi di

bawah RMKe-10 ini telah menghasilkan beberapa petunjuk awal sosioekonomi yang positif. Antaranya pencapaian pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.1% pada tahun 2011 iaitu lebih tinggi daripada anggaran consensus pool Bloomberg yang dianggarkan sebanyak 4.6% terlebih dahulu, walaupun suasana ekonomi dunia semakin lembap. Malah defisit fiskal kerajaan berjaya dikurangkan kepada 5% kepada KDNK berbanding sasaran 5.4%. Pelaburan swasta pula meningkat kepada RM94.1 bilion berbanding sasaran RM83 bilion manakala kemasukan pelaburan langsung asing di Malaysia meningkat kepada RM3.29 bilion berbanding dengan 2010 iaitu sebanyak RM23.3 bilion. Di samping itu sebanyak 346,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan dan kadar pengangguran berkurang kepada 3.1%. Kadar inflasi pula berjaya dikekang kepada 3.2%.

Selain itu kedudukan daya saing Malaysia juga turut kukuh seperti yang dilaporkan di WEF - World Economic Forum, Global Competitiveness Report 2011/2012 iaitu dari kedudukan 26 pada tahun 2010 kepada kedudukan 21 pada tahun 2011. Manakala kedudukan Malaysia dalam laporan World Bank, Doing Business 2011 bertambah baik iaitu dari kedudukan 21 pada tahun 2010 ke kedudukan lapan pada tahun 2011. Justeru dengan kerjasama kegigihan serta komitmen tinggi semua pihak dalam melaksanakan agenda transformasi nasional ini kerajaan yakin Malaysia akan mengharungi liku-liku dan cabaran yang mendatang demi untuk mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kami di sini juga berharap sasaran Wawasan 2020 dan negara berpendapatan tinggi ini dapat dicapai.

■1040

Akan tetapi masalah yang timbul Tuan Yang di-Pertua, kita hanya ada masa lapan tahun sahaja tetapi Yang Berhormat tadi tidak membangkitkan petunjuk-petunjuk yang lain yang nampaknya kurang cerahlah harapan kita untuk mencapai Wawasan 2020 ini. Seperti contohnya petunjuk persepsi rasuah negara ini yang telah menjunam ke tangga yang rendah, ke tangga 60 kerana kegagalan kerajaan untuk mengekalkan dan memupuk golongan yang cerdik pandai, modal insan yang sangat penting untuk membolehkan kita mencapai sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Juga kelemahan pengurusan kewangan di mana laporan audit setiap tahun di mana tiada mana-mana pihak yang mengambil tindakan.

Sebagai contohnya, Laporan Audit 2010 di mana jawapan diperoleh tiada mana-mana pihak yang dipertanggungjawabkan ke atas ketirisan, kebocoran dan penyelewengan. Apa yang paling penting ialah kita perlukan kepimpinan yang bersih, yang adil, yang menghormati hak asasi manusia. Jadi, petunjuk-petunjuk yang sedia ada nampaknya menunjukkan sedikit kegelapan kemampuan pimpinan Barisan Nasional untuk membawa negara ke arah tuju negara yang maju dan berpendapatan tinggi. Apakah kerajaan ada mengambil kira petunjuk-petunjuk ini dan memperbaiki situasinya agar wawasan ini boleh dicapai?

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Gajah. Kita tidak kata bahawa kerajaan ini perfect. Dalam mentadbir negara ini Tuan Yang di-Pertua, memang kita ada banyak cabaran. Maka apabila kita berhadapan dengan rakyat, berhadapan dengan sistem penyampaian, memang kita ada masalah. Akan tetapi kita perlu lihat, saya rasa kalau Yang Berhormat Batu Gajah mendabik dada, tepuk dada dan tanya selera, beliau tahu bahawa hala tuju kerajaan transformasi ini cukup ikhlas di mana kita ada satu pelan transformasi yang begitu jelas sekali. Kalau tidak faham, susah saya mahu cerita...

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Keikhlasan tidak cukup.

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Saya habiskan.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Mesti ada kemampuan.

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Saya menghormati Yang Berhormat. Saya hendak jawab.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Keikhlasan tidak cukup.

Page 20: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

8 DR.21.03.2012

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Saya hendak jawablah. Sabar. Seorang

wanita harus sabar. Sama seperti lelaki jugalah. Sabar. Dewan yang mulia ini kita sabar dengar. Saya habiskan dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, pertama transformasi untuk kita betulkan sistem penyampaian kita. Itu sebab kita ada NKRA iaitu Program Transformasi Kerajaan di mana jenayah, rasuah, peningkatan pendidikan, kita ada pendapatan rendah di kalangan masyarakat, infrastruktur luar bandar, pengangkutan awam dan juga inflasi menjadi fokus, tujuh. Kita prihatin. Kita tahu ada masalah. Akan tetapi dalam konteks yang berbeza pula, di samping kita selesaikan masalah ini kita ada transformasi ekonomi untuk menjana. Sebelas sektor dikenal pasti dengan satu Greater Kuala Lumpur, Klang Valley. Cantik sekali, detail habis KPInya. Kemudian kita pula buat transformasi politik untuk melonggarkan undang-undang yang arkib, yang tidak boleh pakai. Cantik sekali. Selepas itu kita ada Program Transformasi Luar Bandar pula dirangkakan.

Di samping itu, untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat mengenai petunjuk-petunjuk seperti rasuah, modal insan, pengurusan kewangan yang perlu diperkasa, maka langkah-langkah sedang diambil. Akan tetapi berbalik kepada persepsi antarabangsa lain pula. Jangan kita ambil daripada 100, kita ambil tiga dan letakkannya sebagai perdana untuk meletakkan persepsi yang berbeza. Kita sedang menjadi sebuah negara yang terkemuka di Asia Tenggara selain Singapura.

Singapura pun sudah lembap. Sedangkan negara China sendiri menghadapi masalah, negara India pun menghadapi masalah seperti Eropah. Contohnya, World Bank, Doing Business kita sudah 18 daripada 183 negara.

Tuan Yang di-Pertua, WEF Global Competitiveness Report 21 daripada 142 negara. EIU E–Readiness 2010 Tuan Yang di-Pertua, kita 36 daripada 70. A.T. Kearney Global Services Location 2011, kita nombor tiga daripada 50. Adakah Yang Berhormat Batu Gajah mengatakan indikator-indikator ini adalah persepsi yang salah oleh peringkat antarabangsa? Tidak perlu kita mendabik dada melaungkan sendiri, orang cerita. Maka kita sudah maju, kita sudah okey. Cuma kita di Dewan yang mulia ini, sambutlah ini dengan baik kerana kita melibatkan pembangkang bersama dalam jalanan perjuangan pengislahan pembangunan ini. Maka, bersamalah jalan for something good dengan izin, for something good we work together as a nation... [Disampuk] Itulah, jangan marah-marah.

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Bangun]

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: UMNO Cameron Highlands pun hendak islah... [Ketawa]

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Tuan Yang di-Pertua, terakhir sekali saya hendak beritahu untuk masalah yang dikatakan tadi persepsi rasuah itu. Contohnya, doing business in Malaysia. Apakah yang dibuat? Saya beri tiga sahaja. Contohnya business dengan izin, merging company taxes social security employment funds registration at one stop centre and same day registration. Kedua, paying taxes reintroduce RPGT but improve electronic system dengan izin, enforcing contracts, computerization of court renewable electronic complaint the filing, resolving insolvency, set up dedicated commercial court to handle for closure proceeding. Ini menunjukkan kita via a head jauh di atas daripada Germany, Japan, Taiwan, Switzerland, Belgium dan France. Kita di jalan yang begitu jelas dan hala tuju yang cantik. Tetap ada suria di ufuk. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Sri Gading.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera, selamat pagi. Wawasan 2020, sejarahnya kita beruntung kerana ada seorang Perdana Menteri dari Kerajaan Barisan Nasional, tahun 90-an melancarkan wawasan ini. Ini Yang Berhormat Permatang Pauh tahu, beliau menjadi penyokong kuat Perdana Menteri ketika itu telah melancarkan Wawasan 2020. Ini bumi bertangkuk – ada pantunnya itu. Punya kuat beliau menyokong Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir. Ini sejarah. Saya bercerita tentang sejarah, cantik... [Ketawa]

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak perlu pusing lain-lainlah menjawab ini, tuju sahaja soalan Yang Berhormat Batu Gajah ini. Jadi, saya hendak menambah soalan. Kerajaan kita daripada dilancarkan Wawasan 2020 telah menyediakan jalan dan perkara-

Page 21: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 9

perkara yang menyokong untuk mewujudkan 2020 sama ada soal fiskal, soal prasarana negara berbeza, makin hebat, makin hebat dan menyediakan pengisian, pendekatan pendidikan, pelajaran, vokasional.

Ini semua menuju ke arah yang lebih baik. Daripada kelas PERMATA, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, ini semua jalan-jalan untuk menyediakan rakyat bagi menentukan Wawasan 2020 tercapai. Akan tetapi yang menjadi malangnya usaha murni kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hari ini pun makin bertambah ini, sikap pembangkang. Ini yang menyebabkan kita terganggu. Yang Berhormat Permatang Pauh pun tahu ini yang saya sebut ini. Sikap pembangkang buat demonstrasi jalanan, membantah dan berbagai-bagai. Kita meningkatkan pendapatan peneroka FELDA, dibantah. Berbagai-bagai apa yang disediakan oleh kerajaan, usaha kerajaan hendak meningkatkan ekonomi, meningkatkan pendidikan, pelajaran dibantah oleh pihak pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ya. Soalan Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Satu lagi perkara yang lebih besar dengan mencetuskan perkauman.

■1050

Ini yang hendak menggagalkan Wawasan 2020. Kita memang ada tujuh, lapan tahun lagi jadi apa agaknya tindakan, soalan saya. Tindakan-tindakan tambahan untuk mengatasi galangan-galangan yang dibuat oleh pembangkang yang sengaja hendak sabotaj Wawasan 2020. Apa lagi tindakan-tindakan proaktif kerajaan terhadap Yang Berhormat Timbalan Menteri yang bijaksana, yang winnable...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Cukup-cukup Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Untuk masa yang akan datang. Terima kasih.

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading. Saya rasa segala petunjuk sudah ada di depan kita. Segalanya seperti yang dikatakan cuma saya minta supaya pembangkang, pembangkang memang kita perlu pun di dalam Dewan yang mulia tetapi bertanggungjawab.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bangun]

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Nanti dulu Yang Berhormat Sri Gading, biar saya habiskan.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: You tidak salah cakap kah Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Dato’ Devamany a/l S. Krishnasamy: Tidak ada, tidak ada. Saya kata tetapi bertanggungjawab... [Ketawa] So, saya minta – saya belum habis lagi, biar saya habiskan Tuan Yang di-Pertua. Yang pentingnya adalah kita beri mandat kepada Perdana Menteri kita untuk meneruskan lapan tahun perjuangan ini dengan cantik, licin dan baik. Jangan kacau. Kalau master plan sudah jelas di sini, apa mahu kacau-kacau? So, tidak payahlah kita di negara yang kita pelbagai kaum ini Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh kita main-main. Kita dapat pengajaran daripada Timur Tengah, Amerika, Afrika dan daripada Selatan Amerika banyak dia punya cerita. So, tidak payah kita ikut.

Kita Malaysia ini aman damai, perpaduan, stabiliti, politik sangat penting. Itu sahaja indicator yang penting untuk pembangkang, maka sokonglah Barisan Nasional, habis cerita.

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, okey Yang Berhormat.

Page 22: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

10 DR.21.03.2012

5. Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah [Jasin] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah prospek ekonomi negara pada 2012 yang dilihat mencabar dengan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat, krisis hutang Eropah dan potensi tekanan inflasi kerana kenaikan harga komoditi dunia, khususnya minyak mentah dan bahan makanan.

Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr. Awang Adek Hussin]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat Jasin pada hari ini bersama-sama dengan soalan Yang Berhormat Tanjong Malim pada 26 Mac, Yang Berhormat Tebrau 2 April, Yang Berhormat Jasin 4 April dan Yang Berhormat Indera Mahkota 10 April kerana semuanya menyentuh perkara dan isu yang serupa.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Sebagai ekonomi terbuka, keadaan persekitaran luar yang tidak menentu termasuk kelembapan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dan krisis hutang kerajaan di Eropah yang berlarutan boleh memberi kesan kepada negara melalui impak pasaran kewangan dan aliran perdagangan. Namun demikian, kesan ini dijangka memberi impak yang lebih sederhana ke atas negara kita memandangkan struktur pasaran luar negara yang kini lebih pelbagai serta disokong oleh sumber pertumbuhan ekonomi domestik, kekuatan daya tahan dalaman dan asas-asas ekonomi yang semakin mampan.

Perancangan kerajaan untuk memastikan ekonomi berkembang kukuh terutamanya melalui pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan serta program-program lain termasuk Program Transformasi Luar Bandar dan Program Transformasi Digital akan mencergaskan lagi aktiviti ekonomi dalam negara. Seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, prestasi ekonomi negara terus berkembang sejak pulih daripada krisis kewangan global pada tahun 2009. Keluaran Dalam Negara Kasar telah mencatatkan pertumbuhan 5.1% pada tahun 2011 disokong terutamanya penggunaan domestik.

Perbelanjaan penggunaan domestik mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 8.9% pada tahun 2011 berikutan peningkatan pendapatan hasil daripada harga komoditi yang kekal tinggi dan prospek pekerjaan yang stabil. Bagi tahun 2012, ekonomi negara dijangka akan terus berkembang meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan persekitaran luar yang semakin mencabar. Petunjuk-petunjuk ekonomi terkini yang menunjukkan ekonomi negara masih berada di atas landasan yang stabil dan dijangka berterusan ke separuh kedua tahun ini. Untuk bulan Januari 2012, walaupun tempoh bekerja yang singkat, nilai eksport kekal mencatat pertumbuhan sebanyak 0.4% manakala import 3.3%.

Indeks Pengeluaran Perindustrian pula berkembang pada 0.2%. Di samping itu harga minyak sawit pada 12 Mac 2012 kekal teguh pada RM3,295 satu tan metrik manakala getah RM11.25 sekilogram. Indeks besar Kuala Lumpur mencatat paras yang lebih tinggi iaitu 1,575 mata pada 14 Mac 2012 berbanding 1,530 mata pada akhir Disember 2011. Sementara itu, keyakinan pelabur terus memberangsangkan disokong oleh peningkatan pelaburan langsung asing sebanyak 12.3% kepada hampir RM33 bilion pada keseluruhan tahun 2011, di tengah-tengah kelembapan ekonomi Eropah. Import barangan modal telah mencatat pertambahan yang tinggi sebanyak 30.8% pada bulan Januari 2012.

Kegiatan pelaburan swasta dijangka akan terus cergas dirangsang oleh peluang perniagaan daripada pelaksanaan projek ETP dan GTP serta pelaksanaan beberapa inisiatif utama kerajaan dalam menarik pelaburan. Usaha-usaha untuk menarik pelaburan ini akan meningkatkan potensi pertumbuhan ekonomi negara dan mengurangkan kesan daripada ketidaktentuan sektor luar. Selain daripada itu prestasi ekonomi rantau Asia dijangka kekal kukuh, perkembangan ini menyokong pertumbuhan perdagangan intra serantau seterusnya akan mengimbangi kesan kelembapan Amerika Syarikat dan Eropah.

Di samping itu, kerajaan juga akan memastikan ekonomi negara terus kukuh dengan melaksanakan langkah-langkah bagi mengurangkan beban rakyat dan merancakkan aktiviti penggunaan domestik. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan potensi tekanan inflasi dalam negara kedudukannya adalah pada paras yang terkawal dengan kenaikan indeks pengguna sebanyak 2.7% pada Januari 2012 berbanding dengan 3% pada Disember 2011. Sungguhpun begitu, kerajaan amat prihatin dan komited untuk meringankan beban kehidupan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas dalam menghadapi persekitaran ekonomi yang mencabar ini.

Page 23: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 11

Dalam hal ini, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia, bantuan persekolahan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah, pemberian baucar buku kepada semua pelajar warganegara Malaysia di IPTA dan di IPTS. Baru-baru ini juga kerajaan juga telah melancarkan Rural Transformation Centre (RTC) di Gopeng yang akan meningkatkan pendapatan masyarakat desa. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan semakan terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pertumbuhan ekonomi dunia dijangka berkembang 3.3% dan perdagangan dunia meningkat 3.8% pada tahun 2012. Dengan mengambil kira perkembangan baru ini, kerajaan akan mengumumkan anggaran terkini prestasi negara bagi tahun 2012 pada petang ini apabila Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia akan dikeluarkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat Jasin.

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah [Jasin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan penjelasan yang cukup lengkap.

Saya ingin mengambil perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri, baru-baru ini IMF telah membuat unjuran bahawa pertumbuhan negara kita sebanyak 4% sahaja iaitu lebih rendah daripada unjuran asal kita sebanyak 5% ke 6%. Jadi, sekiranya unjuran IMF ini tepat maka sedikit sebanyak ianya mempunyai impak kepada aspek pengangguran, kemiskinan dan juga taraf kehidupan rakyat. Apakah sebenarnya usaha-usaha lain yang akan dijalankan oleh kerajaan bagi memastikan supaya kita dapat mencapai unjuran kita sebanyak 5% ke 6% dalam usaha kita mencapai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi?

Keduanya, dengan kenaikan harga minyak mentah dunia pada ketika ini yang melepasi sebanyak USD120 dan juga kenaikan harga barangan-barangan keperluan yang terkawal. Apakah usaha ataupun adakah ianya sedikit sebanyak menjejaskan defisit kita dan adakah kerajaan akan menstrukturkan semula subsidi ataupun kerajaan akan menambahkan subsidi untuk meringankan bebanan rakyat? Terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat. Tentang anggaran ekonomi dan unjuran yang terkini, seperti mana saya telah jawab tadi bahawa unjuran yang terakhir akan dibuat pada petang ini.

■1100

Jadi, saya tidak mahu terlalu awal dalam membincangkan perkara ini kerana unjuran terakhir ini akan mengambil kira semua fakta dan pandangan yang telah dibuat bukan sahaja di luar negara tetapi di dalam negara. Tentang langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan, saya kira apa yang telah saya senaraikan tadi memang banyaklah daripada segi memperkukuhkan sumber-sumber pertumbuhan yang diasaskan dalam negara kita ini.

Tentang harga minyak, memang harga minyak ini suatu perkara yang kita tidak dapat tentukan. Ada masanya ia melambung tinggi, ada masanya ia turun sedikit. Akan tetapi syukur alhamdulillah, negara kita ini bukan sahaja menerima kesan kenaikan harga minyak dalam erti kata negara-negara lain yang tidak merupakan pengeluar minyak tetapi kita juga syukur merupakan sebuah negara pengeluar minyak. Jadi, ada kesan baiknya daripada segi hasil negara. Ada juga kesan tekanan ke atas harga barang-barang bukan sahaja di negara kita tetapi di seluruh dunia.

Kebijaksanaan kerajaan ialah untuk mengimbangi kesan positif dan negatif ini supaya kita dapat uruskan negara kita dengan keadaan yang baik sehingga ia tidak memberikan kesan negatif terutamanya kepada defisit seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Sejarah pengurusan defisit kalau kita lihatlah akhir-akhir ini cukup baik. Kalau pada mulanya kita jangkakan pada tahun 2011, defisit negara kita kekal pada tahap 5.4% tetapi oleh kerana pengurusan negara yang baik, ekonomi yang baik, peningkatan hasil yang dikutip oleh agensi-agensi kutipan hasil, maka sebenarnya defisit kita sudah menjadi 5% kurang daripada apa yang diunjurkan dahulu dan dianggarkan dahulu. Jadi, saya kira defisit adalah suatu perkara yang sememangnya menjadi tumpuan kerajaan dan kerajaan tidak akan membiarkan paras defisit ini terkeluar daripada kewajarannya. Terima kasih.

Page 24: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

12 DR.21.03.2012

Tuan Saifuddin Nasution Ismail [Machang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih. Terima kasih kerana memaklumkan berkenaan dengan performance pengurusan defisit negara. Akan tetapi pengurusan defisit itu juga harus mengambil kira kalau kita mengeluarkan pendapatan negara daripada sumber minyak dan gas yang memberikan sumbangan utama kepada pendapatan negara yang membantu mengecilkan saiz defisit. Akan tetapi ini adalah hasil yang semakin menyusut.

Satu komponen yang tidak disentuh oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam mengatakan tentang prospek ekonomi negara ialah pengurusan hutang negara. Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa yang saya maksudkan ialah, ketika pertumbuhan kadar hutang negara itu bertambah begitu besar - sebagai contoh, tahun 2008 (14.6%) - Government Debt Growth; dan 18.3% bagi tahun 2009. Ini jauh jurangnya dengan pertumbuhan GDP negara yang disebutkan oleh rakan saya Yang Berhormat Jasin tadi bukan. Sasaran kerajaan 5 hingga 6 tetapi pencapaian yang diramalkan oleh kita, 4.

Jadi, kebimbangan kita begini, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jika sekiranya trend ini tidak kita tangani dengan cermat, dijangkakan menjelang tahun 2019, hutang negara itu akan mencecah 100% GDP negara, debt to GDP itu. Itu yang disebutkan oleh seorang pakar ekonomi Mohd. Arif Abdul Karim daripada MIA. Yang Berhormat Timbalan Menteri pun kenal. Jadi, jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri pada pagi ini lengkap kalau sekiranya boleh ditambah bagaimanakah usaha kerajaan dalam menangani pengurusan hutang negara di samping defisit, menjana pertumbuhan dan sebagainya, kalau trend ini berterusan, kadar hutang negara bertambah jauh meninggalkan atau outpace growth. Tolong. Terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih kerana membawa tumpuan pada soal hutang negara yang sememangnya saya tidak sentuh kerana saya beranggapan bahawa ia tidaklah menjadi sesuatu yang meruncingkan pada hari ini. Yang Berhormat menyentuh tentang tahun 2019, sekiranya trend hari ini dibiarkan berterusan. Pengurusan yang bijaksana, yang bertanggungjawab tidak akan membiarkan mana-mana trend untuk membawa negara kita ke tahap yang tidak sustainable, bukan sahaja daripada segi pengurusan hutang tetapi juga dalam pengurusan apa-apa sahaja.

Oleh sebab itu, maka ini bukanlah sesuatu yang perlu kita bimbangkan kerana buat hari ini pun kita sudah ada satu threshold, yang hutang negara tidak seharusnya melepasi 57% dan kita masih berada di bawah threshold tersebut. Hanya 55%. Jadi, tidak akanlah ia apabila ada threshold yang tidak membolehkannya...

Tuan Saifuddin Nasution Ismail [Machang]: Hanya 55%. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya betulkan. Kalau mengikut...

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Hanya 55%?

Tuan Saifuddin Nasution Ismail [Machang]: Akta, ya? Act 637, Loan Local Acts 1959, 275 Government Investment Acts, 55%. Bukan 57%.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Hanya 55%. Terima kasih kerana saya pun tidak ada angka. Saya ingat dalam ball park figure... [Disampuk] Jadi 55%, tidak mengapa. Tidak ada masalah tetapi kita sekarang berada di bawah 55%. Kita berada kalau tidak silap saya dalam lingkungan 53%. Jadi, kita tidak melepasi 55% dan kita tidak akan sampai 100% kalau kita tidak melepasi 55%. Jadi, kita sudah ada satu siling, itu pertama.

Keduanya, hutang ini pun sudah diuruskan supaya segala hutang kerajaan ditumpukan kepada hutang domestik. Hutang luar negara kita hanya kecil sahaja. Jauh kecil. Jadi, ini tidak membimbangkan kita kerana kalau hutang luar negara itu besar, maka kesan daripada kadar pertukaran dan sebagainya boleh memberikan shock yang mungkin sukar ditangani oleh negara kita seperti mana apabila berlaku krisis kewangan Asia dahulu. Akan tetapi pada hari ini, senarionya sudah berbeza tetapi bukan bererti saya mengatakan bahawa hutang itu tidak penting. Hutang itu penting dan kita menerima pandangan supaya kita menguruskan dengan baik. Jadi, kalau saya tidak sebut tadi, saya minta maaflah. Untuk melengkapkan apa Yang Berhormat kata, kalau sebut ini lengkap, maka saya harap ianya lengkaplah dengan tersebutnya pasal hutang. Terima kasih.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Boleh?

Page 25: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 13

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang

Berhormat Tuan Azan bin Ismail. Minta maaf Yang Berhormat Kuala Selangor.

6. Tuan Azan bin Ismail [Indera Mahkota] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, adakah kerana bercadang untuk meneruskan langkah menstrukturkan semula subsidi harga barang-barang keperluan utama rakyat Malaysia setelah tertubuhnya KR1M serta bagaimanakah langkah yang hendak dilaksanakan bagi tujuan menyeragamkan harga-harga tersebut di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II [Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, memandangkan subsidi bukanlah suatu program yang berterusan dalam jangka masa panjang dan akan memberikan kesan negatif terhadap kewangan dan sosioekonomi negara, maka langkah menstrukturkan semula subsidi barang-barang keperluan rakyat akan terus dilaksanakan oleh kerajaan. Namun begitu, kerajaan akan mengkaji semula faktor yang berkaitan antaranya dari segi keupayaan kewangan kerajaan, situasi ekonomi semasa dan implikasi sosial sebelum kerajaan melaksanakan penstrukturan subsidi barang-barang keperluan rakyat. Pada masa kini, subsidi kerajaan untuk barang kawalan pengguna masih diteruskan.

Selain daripada menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga dengan kerjasama Koperasi Permodalan FELDA (KPF) Berhad dan FELDA Trading memperkenalkan Koperasi 1Malaysia atau barangan Koop 1Malaysia bagi membantu rakyat luar bandar mendapat barangan pada harga yang lebih murah. Produk Koperasi 1Malaysia adalah mempunyai satu harga untuk seluruh negara yang kita namakan ‘1Malaysia, 1Harga’.

■1110

Selain itu, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah melaksanakan projek pengedaran dan penyeragaman harga bagi membantu masyarakat di kawasan luar bandar dan pedalaman mendapatkan barang keperluan seperti gula, tepung gandum, minyak masak, beras ST15%, gas petroleum cecair iaitu gas untuk memasak serta petrol dan diesel pada harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sebelum pelaksanaan program ini, penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman khasnya di Sabah dan Sarawak terpaksa membayar harga sangat mahal untuk mendapatkan barangan tersebut.

Jadi berikutan kos pengangkutan yang tinggi disebabkan jarak jauh ke kawasan terpencil dan laluan sukar melalui laluan lori balak malah terpaksa menggunakan perahu panjang menyusuri sungai dan jeram. KPDNKK telah diberikan peruntukan untuk melaksanakan program ini untuk pembiayaan kos pengangkutan kepada pengedar untuk membawa barangan tersebut ke pusat jualan yang dilantik. Terima kasih.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri, terima kasih. Saya ingin mendapatkan penjelasan yang lebih details sedikit berkenaan dengan pengumuman PEMANDU berkenaan dengan jumlah subsidi yang diberi seolah-olah jaminan tidak akan ada penarikan atau penstrukturan semula sekurang-kurangnya buat masa sebelum pada pilihan raya umum ketiga belas.

Saya rasa jaminan ini kita patut dengar daripada kementerian Yang Berhormat kerana ia merujuk kepada barang-barang keperluan utama termasuk terutamanya RON95, diesel dan juga minyak masak. Walau bagaimanapun, berkenaan perbezaan harga Sabah dan Sarawak itu, saya cukup rasa tersinggung apabila dikatakan rakan-rakan di Sabah dan Sarawak terpaksa membayar harga yang mahal kerana kos pengangkutan. Minggu lepas Menteri yang menjaga hal ehwal perdagangan menyatakan bahawa kos ini sebahagian besarnya ditanggung kerana kos pengangkutan untuk bawa barangan ini daripada Semenanjung ke Sabah dan Sarawak memandangkan tidak ada pengilang ataupun pengeluar yang mencukupi di Sabah dan Sarawak yang berminat untuk mengeluarkan barang-barang tersebut.

Saya hendak tanya, masa pembentangan belanjawan dahulu kita pernah ada tawarkan insentif malah insentif yang bersifat dua kali potongan cukai untuk pelaburan modal untuk barang-barang pengilangan termasuk dari Sabah dan Sarawak tetapi kenapa

Page 26: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

14 DR.21.03.2012

tidak ada yang menyambut hasrat ini dan ada yang mengatakan bahawa ini merujuk kepada polisi untuk membawa Sabah dan Sarawak seperti bergantung kepada pusat supaya adanya – kekalnya fix deposit ini, Sabah dana Sarawak dijadikan fix deposit kerana terpaksa bergantung walau macam mana pun.

So, pergantungan ini dilihat sangat mahal sehingga kita tidak sanggup menawarkan insentif pada mereka menggalakkan mereka untuk mengilang atau mengeluarkan produk si Sabah dan Sarawak sekali gus meringankan dan juga memurahkan lagi harga barang untuk dinikmati oleh rakan-rakan di Sabah dan Sarawak. Saya hendak tanya pandangan, terima kasih.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya telah memaklumkan tadi Yang Berhormat bahawa kita ada pelbagai program yang kita memastikan bahawa saya telah maklumkan tadi bahawa kami juga hendak melihatkan supaya harga barang khasnya yang keperluan-keperluan terkawal ini juga dinikmati di Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan termasuk kawasan-kawasan pendalaman. Oleh sebab itulah Yang Berhormat, saya maklumkan tadi bahawa memang kita ada satu program yang kita namakan program penyeragaman harga-harga barang kawalan di mana kita telah dapat Yang Berhormat mengurangkan kos...

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Saya tanya kenapa kilang tidak dibuka di sana?

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Sekejap dahulu Yang Berhormat. Saya habiskan dahulu bab-bab kos pengangkutan ini dahulu di mana sekarang ini Yang Berhormat kalau Yang Berhormat betul-betul terperincikan, dahulu Yang Berhormat saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat satu tong gas di Bario Yang Berhormat RM180 tetapi sekarang RM26.60 Yang Berhormat lebih murah kadang-kadang daripada kita di sini.

Jadi Yang Berhormat kesannya sudah ada dan kita telah masuk barang-barang ini, kos-kos ini supaya kos pengangkutannya dapat dikurangkan sebab Yang Berhormat pun tahu. Yang Berhormat pun pergi ke Sabah ke Sarawak, tengok pendalamannya macam mana. Hendak naik bot, hendak naik helikopter, hendak naik macam-macam. Jadi Yang Berhormat, saya hendak sampai Yang Berhormat. Tunggu, sabarlah Yang Berhormat. Ini bila bertanya panjang lebar, saya dengar dengan sabar. Jadi bila hendak menjawab ini, bagilah ruang. Yang Berhormat, kita ada produk KR1M, kita ada produk Koperasi 1Malaysia. Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan baru sahaja balik daripada Kota Kinabalu telah membuat pengumuman bahawa kita sekarang tengah mengenal pasti IKS-IKS tempatan.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Bukan Yang Berhormat. Sudah lama kami minta Yang Berhormat. Yang Berhormat, tolonglah, Yang Berhormat tengoklah. Janganlah bandingkan Yang Berhormat. Tengok dahulu keadaan. Kami telah memanggil semua pengusaha IKS-IKS tempatan supaya juga produk-produk mereka dimasukkan juga di dalam produk Koperasi 1Malaysia dan juga produk Kedai Rakyat 1Malaysia.

Yang Berhormat, ini tengah dibuat. Yang Berhormat satu, nanti Yang Berhormat pula kawan-kawan di sana pula mengatakan, “Alahai, barang tidak ada kualiti” Ini semualah Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya hendak maklumkan dengan Yang Berhormat dengan Yang Berhormat hari itu, check semua barang ini Yang Berhormat itu adalah barang-barang daripada pengusaha tempatan. Jadi oleh kerana dikatakan macam-macam, tidak ada kualitilah tidak ada apa, jadi Kementerian Kesihatan pun tengah check. Jadi kami pun hendak memastikan bahawa produk-produk dikenal pasti ini satu pastikan memang berkualiti, harganya memang munasabah dan ia dapat dikeluarkan dengan volume yang banyak Yang Berhormat. Jadi jangan main politik barang ini Yang Berhormat sebab kami memang hendak memastikan bahawa semuanya kami jaga dengan seadil-adil yang mungkin. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya harap Yang Berhormat Menteri bila jawab ini jangan nampak hendak marah ya. Saya minta maaf awal-awal. Ini soal satu soalan penyeragaman program yang

Page 27: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 15

dikatakan subsidi ini – harga barang kawalan. Saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, harga ayam di kawasan saya di Pasir Mas 1 kilogram RM4.99, di Cabang 4, dekat roundabout di Lemal dan beberapa outlet termasuk di Tanah Merah. Saya tanya penjual ayam ini dia kata dia dapat bekalan daripada Perak. Antara Perak ke Kelantan dengan Perak ke Kuala Lumpur, saya tengok kos pengangkutan tidak banyak berbeza. Mengapa di Kuala Lumpur, di tempat lain harga ayam paling rendah RM6.40, beza RM1.41.

Jadi soalnya masalah penguatkuasaan. Kenapa? Saya pun bingung. Tidak boleh hendak fikir macam mana harga seumpama ini boleh jadi perbezaan yang begitu jauh sekali. Ini betul. Esok saya boleh bawa Yang Berhormat pergi beli. Hendak 400 ekor, 300 ekor ayam dengan harga RM4.99. Kenapa jadi macam ini? Jadi, sama ada masalah penguatkuasaan ataupun saya pun tidak tahu apa sebab dan saya tanya penjual bekalan daripada Perak daripada mana, dia tidak mahu beritahu. Ada teknik hal perniagaan dia, dan dia pun pamer besar harga – RM4.99. Jadi saya harap di Sarawak Sabah, saya tidak tahulah. Jadi saya minta perkara ini dibuat penyiasatan dan saya hendak dapat jawapan yang saya boleh masuk akal. Jangan marah ya, yang saya boleh masuk akal. Selalu jawab bagus, akan dikaji, akan dipantau, akan dibuat itu dan ini tetapi saya hendak jawapan yang saya boleh masuk akal. Sekian, terima kasih.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya tidak marah Yang Berhormat. Kita tengok nada di sana, kita pun ikut. Nada itu kena sama. Yang Berhormat, untuk makluman saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa ayam itu bukan barang kawalan.

Jadi ayam itu adalah ditentukan oleh pasaran tetapi namun demikian masa-masa musim perayaan Yang Berhormat, di situlah kami mengenakan satu iaitu kawalan pada musim-musim. Musim-musim tertentu bermakna musim perayaan – penguat kuasa kita akan masuk di mana musim perayaan kita tentukan katalah ayam itu adalah komponen yang begitu penting masa perayaan itu, kita akan kenakan tanda merah jambu itu.

■1120

Jadi masa itu memang penguat kuasa kita akan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Oleh sebab harga ayam ini adalah bukan barang kawalan. Namun Yang Berhormat, kita ada akta yang juga kita boleh pakai yang mana kalau kita mendapati bahawa peniaga-peniaga telah memainkan harga dengan tidak munasabah, kita boleh masuk untuk kita memastikan bahawa mereka tidak memainkan harga dengan sebegitu rupa, kadang-kadang untuk persaingan dan sebagainya. Kita telah buatkan iaitu kita akan beri notis satu minggu untuk memberi show cost kepada kami. Kenapa harga dia sebegitu rupa yang harga dia jauh sangat beza?

Selalunya Yang Berhormat, ini adalah fenomena di mana main harga dan sebagainya oleh peniaga-peniaga yang mana kami selalu juga memaklumkan bahawa kita mahu juga supaya rakyat kita menjadi pengguna yang bijak. Kalau kita dapati ada kedai-kedai yang terlampau mahal Yang Berhormat, janganlah melanggan di kedai itu. Oleh sebab kita dapati banyak hypermarket yang menawarkan harga yang begitu baik sekali. Jadi kalau dapat Yang Berhormat kita hendak juga pengguna dalam masa yang sama menjadi pengguna yang bijak.

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Ada tempat jauh Yang Berhormat dari satu kedai ke satu kedai. Tak kan lah yang hendak murah hendak kena pergi dekat Pasir Mas? Biarlah masuk akal... [Ketawa]

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: [Ketawa] Saya tahu Yang Berhormat. Saya tahu. Akan tetapi itulah, ini adalah juga langkah jangka masa panjang. Akan tetapi pada masa yang sama saya tahu juga Yang Berhormat bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sering bekerjasama rapat dengan kementerian saya untuk kita memastikan bahawa pengguna akan mendapat harga yang tidak dimanipulasi oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Rembau, saya memperingatkan lagi apa yang Tuan Yang di-Pertua semalam sebut. Dalam Dewan ini soalan dan jawapan mesti dituju kepada Tuan Yang di-Pertua. Bukan interact direct, ya. Jadi kita belum buat reform ini. Di New Zealand, semenjak empat tahun lepas minta reform ini dibuat supaya interact direct daripada Yang Berhormat bertanya kepada Menteri yang menjawab itu direct. Akan tetapi sampai

Page 28: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

16 DR.21.03.2012

sekarang tidak dilulus oleh jawatankuasa di New Zealand. Kita tidak pernah pun mengaju perkara ini. Akan tetapi kita sudah laksanakan.

Jadi Yang Berhormat conventional practice iaitu bercakap kepada Tuan Yang di-Pertua, soalan kepada Tuan Yang di-Pertua dan dijawab oleh Menteri. Saya mendapati Menteri pun jangan direct jawab kepada Tuan Yang di-Pertua juga. Jadi kita kena ikut sedikit-sedikit itulah. Sikit sahaja. Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin.

7. Tuan Khairy Jamaluddin [Rembau] minta Menteri Kewangan menyatakan, sama ada kerajaan berhasrat mengkaji semula Garis Panduan Amalan Pembiayaan Yang Bertanggungjawab oleh Bank Negara Malaysia, yang mana telah menyebabkan rakyat dan juga industri perbankan, insurans, takaful, automotif serta hartanah mengeluh kerana syarat kelulusan pinjaman yang mesti berasaskan gaji bersih setelah pemotongan wajib dan tanggungan hutang.

Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr. Awang Adek Hussin]: Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan garis panduan amalan pembiayaan yang bertanggungjawab, garis panduan adalah bertujuan untuk memastikan amalan pembiayaan runcit yang berhemat, bertanggungjawab dan telus bagi pihak consumer dan institusi kewangan dalam usaha memastikan sektor isi rumah dan pasaran kredit yang mampan serta tahap keberhutangan kumulatif isi rumah kekal sejajar dengan kemampuan kewangan sektor tersebut.

Dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini, paras keberhutangan sektor isi rumah di Malaysia meningkat pada kadar purata tahunan 12.5% setahun. Ini mencukupi 76.6% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun 2011 dan merangkumi 55% daripada jumlah pembiayaan terkumpul oleh sistem perbankan.

Oleh yang demikian garis panduan ini merupakan satu daripada langkah awalan Bank Negara Malaysia untuk mengelakkan ketidakstabilan kepada sistem kewangan dan ekonomi negara seperti yang berlaku di beberapa buah negara maju. Garis panduan ini bertujuan untuk memastikan produk pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan kepada seseorang individu adalah bersesuaian dengan keperluan pembiayaan dan kemampuan membayar semula pinjaman oleh individu tersebut.

Dalam menilai kemampuan seseorang individu untuk membayar semula pinjaman, institusi kewangan perlu mendapatkan maklumat mengenai pendapatan individu tersebut selepas mengambil kita potongan berkanun. Contohnya KWSP dan PCB, pemotongan cukai dan obligasi pembayaran balik hutang semasa mereka. Ini adalah penting bagi memastikan hutang kumulatif kepada seseorang individu, bersesuaian dengan kemampuan mereka untuk membayar balik pinjaman termasuk keupayaan menyerap sebarang kemungkinan pelarasan dan kos pinjaman dan perubahan dalam pendapatan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Sila Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy Jamaluddin [Rembau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya percaya Dewan ini mengambil maklum bahawa kadar household debt ataupun hutang isi rumah itu sudah mencecah hampir 77% KDNK. Namun yang demikian, pengekangan kredit yang ketat yang datang daripada guidelines Bank Negara yang baru ini, mengecilkan peluang bagi golongan rakyat majoriti pendapatan rendah dan sederhana memiliki mereka. Pada masa yang sama merudumkan penjualan kereta baru dan terpakai sehingga kadar kelulusan cuma sekitar 30% sahaja.

Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, sekiranya guidelines ini diperkenalkan antara lain mengenai None Performing Loan (NPL) dengan izin, saya hendak tahu apakah NPL bagi pinjaman sewa beli kereta. Secara terperincinya apakah NPL bagi kereta berharga RM100,000 ke bawah yang mana biasanya dibeli oleh kelompok berpendapatan kecil dan sederhana.

Juga saya ingin tanya Tuan Yang di-Pertua sama ada apakah kerajaan berhasrat untuk menasihatkan Bank Negara Malaysia melonggarkan pelaksanaan guidelines ini secara beransur-ansur oleh kerana masalah kredit ini walaupun household debt adalah kebimbangan kita. Akan tetapi memandangkan gaji statement selama 10 tahun hingga 15

Page 29: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 17

tahun dan kos barangan meningkat. Inilah satu-satunya peluang yang pada mereka yang berpendapatan kecil dan sederhana untuk memiliki kereta dan juga barang-barang yang lain. Terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Okey Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih tentang keprihatinan supaya pembelian kereta oleh golongan yang berpendapatan rendah terutamanya tidak terjejas. Saya ada beberapa statistik yang saya minta daripada pihak Bank Negara. Pertamanya tentang credit card.

Ini bukan kereta. Credit card, memang tidak ada pengurangan. Bahkan peningkatan berterusan walaupun garis panduan ini dikeluarkan. Itu pertama.

Keduanya tentang pinjaman pembelian kereta, memang selepas garis panduan ini dikeluarkan mengikut statistik yang saya boleh yang ada, pada bulan Januari ada penurunan permohonan untuk pinjaman-pinjaman kereta sebanyak 19% dan penurunan kelulusan approval sebanyak 10%. Akan tetapi dimaklumkan dalam bulan dua ia sudah kembali meningkat. Bulan dua, application meningkat sebanyak 16%, kelulusan meningkat 9%. Bermakna kalau dilihat statistik yang diberikan oleh Bank Negara kepada saya ini ada penurunan pada awalnya tapi ada pemulihan sedikit. Itu satu.

Keduanya saya ingin nyatakan satu daripada pertimbangan yang telah dibuat ialah dari segi kadar kemuflisan. Kalau dikira daripada jumlah orang-orang yang muflis, bankrap ini yang paling tingginya sebenarnya ialah disebabkan oleh hutang pinjaman kenderaan 27%. Personal loan, 14%. Properties, hartanah, 22%. Credit card, 3.4%.

Maknanya kumpulan pinjaman kenderaan ini memang venerable dengan izin ya, sehingga golongan bankrap pun mereka yang paling ramai. Mungkin ada keperluan supaya kita sederhanakan walaupun ada keperluan golongan yang berpendapatan rendah dan sebagainya, jadi sekali lagi kita kena imbangi. Jadi kita lihatlah bagaimana buat sementara waktu barangkali apa kesan-kesannya.

■1130

Dari segi NPL untuk sektor-sektor perincian ini minta maaflah, saya tidak ada. Saya tidak tahu sama ada pihak bank ada mengumpul readily available dengan izin, NPL untuk setiap segmen harga kereta dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Soalan ringkas sahaja, Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya simpati dengan Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan khususnya dalam menangani segala ketidaktentuan ekonomi ini, Tuan Yang di-Pertua. Namun saya memerhatikan ada sedikit sebanyak barangkali mismatch dalam polisi. Saya tahu negara ini – ekonomi kita sedang dipacu oleh domestik demand dan consumption sebenarnya yang membawa kepada growth dalam quarter yang terakhir baru-baru ini. Last quarter tahun sudah for 5.1%. Akan tetapi sekarang ini kita berdepan dengan suasana dikekang dengan pelbagai guideline ini yang saya rasa munasabah dan saya bersetuju dengan amalan-amalan yang prudent seperti itu.

Persoalan saya, saya memerhatikan dalam keadaan suasana seperti ini juga dengan domestik ataupun household debt yang terus meningkat, NPL tidak disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tidak silap saya sebanyak 2.6% kalau tidak silap saya sektor domestik. Akan tetapi saya hendak bertanya mengapa Perdana Menteri dalam suasana seperti ini masih lagi meningkatkan threshold ataupun paras pinjaman first home buyer itu kepada paras RM400 ribu Tuan Yang di-Pertua. Itu persoalan saya. Yang jelas menunjukkan pada mereka yang mempunyai pendapatan RM3,000 sebulan tentunya tidak mampu bayar...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Cukuplah, Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: ...Dengan interest rate setinggi 4.3%.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Masa, masa itu, Yang Berhormat.

Page 30: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

18 DR.21.03.2012

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sekejap. Sedikit sahaja. Setengah saat.

Setinggi 4.3% interest rate dalam masa 30 tahun pinjaman. Yang perlu dibayar ialah sebanyak RM1,780. Ini sudah melebihi daripada paras yang diizinkan, mounted of the...

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Sah Yang Berhormat Kuala Selangor tidak faham maksud ringkas.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Jadi bagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri, penjelasan kepada perkara ini? Terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Tuan Yang di-Pertua, perlukah saya jawab? Masa sudah lebih, perlu? Okeylah jawapan ringkas sahaja. Harga ini dinaikkan untuk membolehkan suami isteri yang mempunyai pendapatan sebanyak RM3,000 bila dicampurkan dia jadi RM6,000. Dia mahu buat pinjaman untuk beli pada harga yang mahal sedikit. Jadi kalau tidak, aniaya mereka. Jadi itu sebabnya. Terima kasih.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN

DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

11.33 pg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis 22 Mac, 2012.”

Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato’ Yong Khoon Seng] Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Page 31: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 19

USUL

MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kedua Belas.” [20 Mac 2012]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Terima kasih. Sila Yang Berhormat Kota Bharu.

11.34 pg.

Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, menyambung perbahasan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kedua Belas pada 12 Mac 2012. Saya memohon untuk merakamkan setinggi kekesalan terhadap Kerajaan Persekutuan kerana amalan diskriminasi kerana menganaktirikan negeri Kelantan dan rakyat negeri Kelantan.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Penderaan ini bukan berlaku sejak 20 tahun yang lalu bila mana Tok Guru Nik Aziz diperkenankan menjadi Menteri Besar Kelantan bahkan tindakan menganaktirikan Kelantan berlaku sejak PAS menang pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1959 lagi.

Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, kemudian bersama-sama menyambut kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 dan akhirnya penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Rakyat Kelantan mendukung amalan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan dan mengundi pada setiap kali pilihan raya umum.

Tahun 1955, pilihan raya umum sebelum merdeka, UMNO memenangi dan PAS kalah. Tahun 1959, PAS menang, tahun 1964 PAS menang, tahun 1969 PAS menang, tahun 1974 PAS dalam Barisan Nasional menang, tahun 1978 UMNO pula menang, tahun 1982 UMNO menang, tahun 1986 UMNO menang dan pada tahun 1990 PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah menang semula. Tahun 1995, tahun 1999, tahun 2004 dan tahun 2008 sampai hari ini pun PAS diberikan mandat oleh rakyat negeri Kelantan.

Daripada tahun 1959 iaitu pilihan raya umum pertama dalam negara kita, Kelantan selama 18 tahun ditadbir oleh PAS pada peringkat yang pertama dan 20 tahun daripada tahun 1990 hingga tahun 2012 hari ini dan UMNO hanya mentadbir Kelantan selama 12 tahun. Persoalannya, mengapa Perdana Menteri bersikap menganaktirikan Kelantan? Apabila hadir ke negeri Sabah, di hadapan rakyat Malaysia di Sabah, menghina rakyat Kelantan dengan ejekan-ejekan tentang kemiskinan negeri, seolah-olah seorang bapa mengejek-ejek kemiskinan anak kandungnya di hadapan adik-beradik yang lain.

Page 32: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

20 DR.21.03.2012

Seramai 1.4 juta orang rakyat negeri Kelantan termasuk orang UMNO akan tetap

ingat tentang ejekan Perdana Menteri ini sampai mati. Saya akan pesan kepada anak cucu saya bahawa Perdana Menteri Malaysia mengejek keturunan kita di negeri Sabah. Jangan lupa. Sepatutnya, kalau kita ada anak tiri sekalipun, kita tidak boleh. Kita sepatutnya buat anak tiri kita itu macam anak sendiri. Sepatutnya Perdana Menteri sudah akur dengan pengalaman yang sedia ada. Kemudahan-kemudahan asas dinafikan kepada negeri Kelantan. Rangkaian jalan raya yang agak ketinggalan sehinggakan apabila mantan Perdana Menteri daripada Kepala Batas mengumumkan pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, kontrak sudah diberikan, award sudah pun diberikan tetapi di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 didapati sudah ditarik balik.

Jambatan kedua Sultan Yahya Petra yang diletakkan batu asas oleh Perdana Menteri pada waktu itu pada tahun 2007 sampai hari ini pun masih belum dapat diguna pakai.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Yang Berhormat, minta laluan.

Dato’ Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Walau bagaimanapun, saya tetap mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberikan kontrak jambatan kedua ini kepada Ketua Pemuda UMNO Kawasan Kota Bharu, kawasan saya. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Rembau kerana membantu dalam urusan ini.

■1140

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Yang Berhormat, boleh minta laluan? Minta laluan sedikit boleh? Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat kerana memberi saya sedikit laluan. Tadi saya mendengar dengan teliti Yang Berhormat kata di Kelantan ini dalam pilihan raya sekali PAS menang, sekali Barisan Nasional menang dan bertukar, sampai hari ini Kelantan masih lagi diperintah oleh PAS. Jadi, saya hendak tanya dengan Yang Berhormat ini sebab daripada pakatan parti Yang Berhormat ini saya hendak tahu kalaulah ada menang, ada kalah, apa yang masalah ada penipuan, ada pilihan raya tidak adil, ada macam-macam.

Kalau kita tidak adil, kalau kita tidak betul, kalau pilihan raya itu tidak betul saya ingat Barisan Nasional daripada dahulu sudah menang. Tidak adalah PAS memerintah sampai hari ini. Jadi, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat yang menerangkan tadi. Jadi, apa pendapat Yang Berhormat? Terima kasih.

Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Soalan ini tidak relevan dengan apa yang saya cakapkan... [Tepuk] Minta maaf ya.

Yang keduanya, pelabuhan laut Yang Berhormat Tok Guru Nik Aziz di dalam pertemuan empat mata telah pun memohon pada tahun 1991 untuk membina satu pelabuhan laut di pantai Kelantan oleh kerana lokasinya yang cukup strategik berbanding dengan Laut China Selatan dan kawasan-kawasan di Timur jauh. Sampai hari ini belum ada satu kelulusan yang diberikan untuk pembinaan pelabuhan laut di negeri Kelantan.

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra merupakan di antara lapangan terbang yang paling sibuk di dalam negara tetapi belum dinaikkan taraf menjadi lapangan terbang antarabangsa sehinggakan rakyat Kelantan sendiri terpaksa dibawa ke Kuala Terengganu untuk penerbangan haji. Balik kepada rangkaian jalan raya. Apabila saya menggunakan kereta daripada Kota Bharu ke Kuala Lumpur, kita terpaksa masuk ke bandar-bandar seumpama Raub, ke bandar Bentong untuk sampai ke Kelantan. Kita terpaksa menggunakan masa di antara tujuh jam hingga lapan jam baru sampai ke Kota Bharu sedangkan sepatutnya lebuh raya dan rangkaian jalan raya yang lebih moden dapat dibina untuk negeri Kelantan menghubungkannya kepada Kuala Lumpur. Dari sudut geran persekutuan, sentiasa kami menerima dengan kadar yang agak lewat berbanding dengan negeri-negeri lain dan sekarang ini tidak ada lagi kemudahan pendahuluan yang diberikan kepada negeri-negeri lain.

Pada tahun 60-an ramai di antara pemimpin-pemimpin di negeri Kelantan yang ditangkap di bawah ISA termasuklah wakil-wakil rakyat, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sehinggakan apabila menghadapi Pilihanraya Umum 1964 ada di antara wakil rakyat yang terpaksa bertanding meletakkan songkok sebagai lambang sedangkan tubuh mereka berada dalam tahanan tetapi alhamdulillah masih lagi menang. Ramai di kalangan

Page 33: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 21

tok guru yang ditangkap di bawah ISA pada waktu itu dan ramai yang dizalimi sehinggakan ada yang terpaksa menghadapi suasana-suasana yang begitu mencemaskan di dalam tahanan sehinggakan ada di antara tok guru yang membunuh seorang polis yang menjaga keselamatan tok guru tersebut dalam tahanan di Perak.

Dari sudut ancaman politik kepada negeri Kelantan khusus berlaku pada tahun 1968 apabila lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan diculik dan ditahan di Jalan Tun Razak selama satu bulan. Hanya dibebaskan apabila mengaku untuk masuk UMNO. Apabila dibebaskan, kelima-lima Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan di dalam persidangan Dewan Negeri Kelantan yang dikatakan akan bertukar kerajaan seperti apa yang berlaku di Terengganu pada tahun 1961 tidak berlaku oleh kerana mereka akhirnya berpaling balik kepada PAS di dalam apa yang dinamakan, ‘turn about, about turn’. Salah seorang daripada lima Ahli Dewan Undangan Negeri yang ditahan itu iaitu wakil rakyat pada tahun 1964 di dalam peristiwa, ‘turn about, about turn’ tahun 1968 masih lagi hidup di Tanah Merah, Kelantan.

Menjelang pilihan raya tahun 1969, UMNO menggunakan pemuda tahan lasak untuk membuat kacau dan menekan pengundi-pengundi sehingga berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Berlaku pembakaran jambatan untuk menghalang pengundi-pengundi daripada pergi mengundi, berlaku kes orang PAS yang tidak boleh balik ke rumah. Apabila balik sahaja ke rumah tidur pagi esoknya didapati tangga rumah itu sudah pun diusung oleh pemuda tahan lasak dan dibuang ke sungai... [Dewan riuh] Ini cerita benar ini. Boleh jadi generasi baru. Ada yang pintu gerbang-pintu gerbang yang dipasang dirobohkan secara terang-terangan siang hari.

Kita dapati cerita-cerita ini daripada orang-orang UMNO yang kemudiannya masuk PAS. Merekalah pula yang membuka cerita ini sehinggakan sampai hari ini pun ada lagi beberapa tokoh UMNO yang bersama dengan Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah dalam Parti Melayu Semangat 46 dan akhirnya menjadi ahli PAS. Merekalah yang menceritakan bagaimana kejahatan yang dirancang dan dilaksanakan oleh UMNO dan pemuda tahan lasak pada tahun 1969. Apabila masalah tanah menjadi satu isu yang agak hangat di negeri Kelantan menjelang Pilihanraya Umum 2004, Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan...

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh minta penjelasan Yang Berhormat? Sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat. Nampaknya hujah Yang Berhormat menyingkap kepada sejarah silam, cerita-cerita lama dan sebetulnya kalau kita pun mahu buat cerita sedemikian mungkin dua hari bercakap dalam Dewan ini tidak habis. Banyak yang boleh kita cerita soal bagaimana pemimpin PAS, pemimpin pembangkang. Jadi, bolehkah Yang Berhormat bercerita soal masa depan yang mungkin boleh membantu kemenangan di Kelantan untuk PAS di Kelantan.

Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Okey, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kinabatangan. Cerita masa hadapan, Buku Jingga... [Ketawa] Selepas Pilihan Raya Umum yang ketiga belas nanti Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu akan mengecapi bayaran royalti sebanyak 20%... [Tepuk] Itu masa depan... [Ketawa]

Seorang Ahli: Macam mana? Sokong?

Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Perbadanan Ladang Rakyat pada 21 Februari 2006 dan berkuat kuasa pada 1 Jun 2006. Ini cerita Ladang Rakyat yang sedang berlaku di negeri Kelantan. Sebanyak sepuluh lokasi ladang rakyat yang melibatkan keluasan tanah, 71,901 ekar telah pun dibuka dan seramai 4,834 peserta telah pun diambil sejak daripada tahun 2006. Peserta-peserta ini terdiri daripada keluarga miskin yang berpendapatan kurang daripada RM530 sebulan tidak kira sama ada lelaki atau wanita yang berumur di antara 25 tahun sehingga 60 tahun.

� 1150

Sebagai peserta ladang rakyat, mereka diberikan habuan sebanyak RM200 sebulan. Sejak daripada Julai 2006 sehingga Januari 2012, Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan telah pun mengagihkan dividen sebanyak RM52.4 juta iaitu pembayaran selama empat bulan satu kali.

Page 34: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

22 DR.21.03.2012

Ini merupakan suatu kejayaan apabila tanah-tanah kerajaan tidak lagi diberikan

kepada syarikat-syarikat yang besar, tidak lagi diberikan kepada pelabur-pelabur dan mana-mana tanah kerajaan diusahakan dan dimajukan oleh Perbadanan Ladang Rakyat dan dalam usaha sama dengan syarikat-syarikat yang melabur. Hak milik tanah tersebut diberikan di atas nama Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan dan tidak dipajakkan kepada mana-mana syarikat swasta, tidak diberikan milik, tidak dipindah milik bahkan dipajakkan pun tidak. Usahkan nak digadai. Tuduhan-tuduhan yang mengatakan...

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh tanya sedikit Yang Berhormat? Sikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat, tahniah sebab Kerajaan Negeri Kelantan berjaya mengusahakan usaha sama untuk kepentingan rakyat tetapi bolehkah Yang Berhormat perjelaskan bagaimana pula Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor asyik-asyik jual tanah pula? Tidak ada usaha yang sebegini. Jadi bermakna berbezalah. Kebetulan Ketua Menteri dia ada di sini, dia punya kerja jual tanah sahaja untuk kepentingan dia.

Dato' Haji Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah [Kota Bharu]: Tanya saya kah tanya Yang Amat Berhormat?

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Pandangan Yang Berhormat.

Dato' Haji Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah [Kota Bharu]: Saya pun tak relevan juga... [Ketawa] Kita berjaya untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar dengan usaha-usaha yang dijalankan oleh Perbadanan Ladang Rakyat dan saya nak menafikan sekeras-kerasnya bahawa ada tanah-tanah yang telah pun digadaikan, dipindah milik ataupun diberikan pajakan kepada syarikat-syarikat daripada luar Kelantan dan juga daripada luar negara kita. Tanah seluas 71,900 ekar ini tetap di atas nama Perbadanan Ladang Rakyat dan pihak pelabur hanya menyewa dan membayar kadar sewa dan mengusahakan tanah tersebut dan tidak akan dapat memiliki dan tidak boleh membawa geran hak milik untuk dicagarkan kepada mana-mana institusi kewangan. Ini adalah suatu cara bagi memastikan hak milik tanah negeri Kelantan tetap dipunyai oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenang balik amalan-amalan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Persekutuan seolah-olah tidak menerima konsep ‘kerajaan berpersekutuan’. Bahkan amalan demokrasi di seluruh dunia banyak yang mengguna pakai konsep Kerajaan Persekutuan ini di mana pembahagian kuasa seperti apa yang digariskan dalam perlembagaan negara dan untuk ini, saya rujuk balik kepada Titah Ucapan Seri Paduka Baginda di muka surat akhir, 16, perkara 33. “Kepada semua rakyat, tumpahkanlah taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara dan sentiasa memelihara, melindungi serta mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan”. Jadi saya juga di sini menggesa supaya pihak-pihak kerajaan, pihak UMNO dan Barisan Nasional dan pihak Dewan dan pihak Kerajaan Persekutuan supaya menerima dan mengguna pakai konsep kerajaan berpersekutuan di mana kuasa-kuasa negeri dan kuasa-kuasa persekutuan dan kuasa-kuasa bersama dijelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh kerana itu, Kelantan sebagai satu komponen daripada negara Persekutuan Malaysia tidak perlu dianaktirikan dan tidak perlu didera di dalam menerima kemudahan-kemudahan seperti apa yang diperoleh oleh negeri-negeri yang lain. Yang Amat Berhormat Tok Guru Nik Aziz banyak kali apabila berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir pada waktu itu selaku Perdana Menteri mohon supaya Kelantan dianggap sama dengan negeri-negeri yang lain selayaknya Kelantan sebagai satu komponen di dalam Persekutuan Malaysia. Saya masih tertarik dengan jawapan Tun Dr. Mahathir.

Puan Hajah Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Yang Berhormat, minta laluan sikit ya. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Kota Bharu. Saya ingin minta pandangan. Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, pernah ada Menteri daripada Kelantan mengakui bahawa beliau memang ada menyekat beberapa projek atau pelaburan untuk diadakan di Kelantan. Saya minta penjelasan, apa pandangan Yang Berhormat dalam isu ini?

Dato' Haji Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah [Kota Bharu]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Rakaman pengakuan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Air Lanas di dalam persidangan Dewan Negeri yang saya sebagai Speaker pada waktu itu masih dirakam dan sampai hari ini pun pengakuan itu

Page 35: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 23

dapat dipertontonkan dan dapat dilihat oleh rakyat negeri Kelantan secara jelas. Apa yang Tok Guru Nik Aziz maklumkan kepada Tun Dr. Mahathir pada waktu itu mengenai dengan amalan ini, menyekat kemudahan-kemudahan sehinggakan subsidi baja padi kepada petani-petani yang menyokong PAS tidak lagi diberikan selepas daripada tahun 1990 dan banyak lagi yang diceritakan oleh Tok Guru Nik Aziz. Tun Dr. Mahathir kata, ‘Ustaz,” dia panggil ustaz masa itu. “Ustaz, saya boleh terima, saya tak apa tapi masalahnya budak-budak saya di Kelantan”.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat, boleh cerita sikit?

Dato' Haji Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah [Kota Bharu]: Istilah budak-budak saya di Kelantan kalau Yang Berhormat Kinabatangan nak kenal, masih ada dalam Dewan ini pada hari ini.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh cerita sikit pasal Yang Berhormat Hassan Ali tak? Kenapa dia dihalau keluar parti?

Dato' Haji Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah [Kota Bharu]: Tak relevan... [Ketawa] [Dewan riuh]

Dato' Kamaruddin Jaffar [Tumpat]: Yang Berhormat Kota Bharu, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan negara persekutuan tadi, sebagaimana kita maklum, tiap-tiap beberapa bulan, Majlis Raja-Raja akan mengadakan mesyuarat-mesyuarat mereka dan biasanya Perdana Menteri akan mengambil kesempatan kehadiran Menteri-menteri besar dan Ketua-ketua Menteri itu untuk mengadakan mesyuarat atau persidangan Perdana Menteri dengan Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri yang dilakukan bukan di pejabat agung UMNO ataupun pejabat agung Barisan Nasional tetapi di Putrajaya. Mesti di dewan yang besar dan hebat dan sebagainya dan dihadiri bukan sahaja oleh Perdana Menteri sahaja, bukan oleh Menteri-menteri UMNO sahaja tetapi oleh Ketua Setiausaha Negara, KSU-KSU dan sebagainya yang semuanya menggunakan kemudahan kerajaan negara kita ini.

Akan tetapi dalam semua persidangan ini, Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor tidak dijemput. Adakah empat orang ini bukan orang Malaysia atau apa?

Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat. Selama 20 tahun Menteri Besar Tok Guru Nik Aziz di Kelantan menghadapi diskriminasi seumpama ini. Perjumpaan hanya berlaku di dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja hari yang pertama apabila semua Menteri Besar dan Ketua Menteri hadir dan hari yang kedua bersama dengan Raja-Raja dan hari yang ketiga bersama dengan Agong dan Perdana Menteri tetapi apa yang dinamakan MB’s Club atau Kelab Menteri Besar, selama 20 tahun Menteri Besar Kelantan tidak pernah dijemput. Oleh kerana itulah apa-apa keputusan yang diambil oleh Mesyuarat Menteri Besar sebenarnya adalah Mesyuarat Menteri Besar Barisan Nasional. Kelantan pun ada wakil tetapi wakil Kelantan itu adalah Menteri daripada Kelantan bukan Menteri Besar Kelantan. Ini amalan dan diskriminasi ini yang dalam masa 20 tahun. Tuan Yang di-Pertua, amalan yang telus, terbuka, transparent hanyalah amalan Speaker-speaker.

■1200

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bangun] Yang Berhormat.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Bangun] Boleh?

Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Apabila Speaker-speaker ini dia ada satu persidangan. Setiap tahun ada Persidangan Speaker-Speaker Malaysia. Saya yang menjadi Speaker Negeri Kelantan daripada tahun 1995 sehingga 2008 mempunyai banyak peluang berinteraksi dengan Speaker, Timbalan Speaker bukan sahaja Parlimen, Dewan Rakyat, Dewan Negara bahkan seluruh Malaysia. Ini satu amalan yang tidak ada diskriminasi. Speaker Kelantan dianggap sebagai Speaker Dewan Negeri dan tidak ada PAS dan tidak ada UMNO.

Ini sahaja tetapi kalau dalam Mesyuarat Setiausaha-setiausaha Politik, tidak ada saya sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan tahun 1990 tidak pernah dijemput untuk hadir. Menteri Besar tidak dijemput hadir. Amalan ini seolah-olah UMNO, BN tidak

Page 36: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

24 DR.21.03.2012

ada keterbukaan, tidak ada ketelusan dan seolah-olah takut untuk menghadapi kami daripada PAS...

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh? Minta sekali.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Boleh, boleh Yang Berhormat Kota Bharu.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Sebelum, sebelum Yang Berhormat Kinabatangan mengajukan pencelahan. Saya tidak akan memberi pandangan berhubung dengan peraturan mesyuarat kerana Yang Berhormat faham peraturan daripada Speaker. Cuma, yang saya ingatkan masa itu. Yang Berhormat ada empat minit lagi.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ada 20 saat sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat, saya seronok mendengar Yang Berhormat berbicara soal sekatan, diskriminasi tetapi sedarkah Yang Berhormat, dahulu Yang Berhormat Permatang Pauh, Menteri Kewangan. Dialah ‘Raja’ yang sekat kemajuan di Kelantan. Akan tetapi hari ini Yang Berhormat pertahankan dia, sokong dia relevankah ini?

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Pelakon hebat. Mentang-mentang bini pelakon.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Kota Bharu. Saya rasa kalau diskriminasi ini memang tidak eloklah. Saya pun bersetuju. Walaupun Rasulullah SAW pernah bersabda, dia kata selepas dia tidak ada esok, memang diskriminasi ini satu perkara yang akan berlaku di kalangan umat. Akan tetapi kalau kita hendak memperjuangkan... [Dewan riuh] Sabarlah, saya hendak sabar janganlah provoke... [Ketawa]

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kuala Langat.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kalau kita hendak memperjuangkan...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kuala Langat kontrol sedikit walaupun anugerah Tuhan, kontrol sedikit.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendak memperjuangkan kebenaran, keadilan, kita juga perlu menunjukkan yang kita itu mengamalkan keadilan. Jangan kita menuding jari kepada satu pihak. Manakala kita lakukan benda yang sama. Saya beri contoh. Di negeri Perak selama sebelas bulan pakatan memerintah...

Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: [Bangun]

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ini belum habis lagi sudah bangun...

Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Ini tidak relevan. Perak, Pulau Pinang kita cakap Kelantan. Kelantan sahaja.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ini soal kerajaan PAS. Tidak berani menghadapi.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pasir Salak dia tahu peraturan mesyuarat. Mencelah ini atas budi bicara beliau... [Ketawa]

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Akan tetapi belum habis tergantung.

Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Saya ucapkan terima kasih.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dewan-dewan orang ramai dikunci, tidak diberi peluang kepada rakyat untuk menggunakan. Kelas tadika pun dihalau

Page 37: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 25

daripada dewan orang ramai oleh ketua kampung PAS, ketua kampung pakatan Tuan Yang di-Pertua. Ini berlaku. Baru memerintah sebelas bulan sudah berlaku diskriminasi. Macam mana ini? Tolong perjelaskan ini minta penjelasan. Penjelasan.

Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Terima kasih, terima kasih. Pertamanya saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Salak kerana telah membayar kepada negeri Kelantan premium tanah FELCRA yang diambil tanah kerajaan... [Ketawa] Terima kasih. Terima kasih dan juga FELDA, dan juga FELDA...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima, terima kasih sahaja Tuan Yang di-Pertua tidak cukup. Saya hendak tahu tanah itu yang kita beri balik itu sudah diberi kepada rakyatkah belum? Duit hasil daripada kelapa sawit yang kita beri 10 ekar itu sudah beri kepada rakyat belum? Tidak ada jawapan sehingga hari ini...

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Puji pun tidak boleh.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sampai ini keluar statement dalam Utusan Malaysia saya cabar Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, apa jadi kepada duit ladang kelapa sawit yang FELCRA serahkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan?

Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Kalau boleh minta Yang Berhormat Pasir Salak gunakan media lain selain daripada Utusan.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Pengerusi lain boleh cabar. Jangan cabar pengerusi FELCRA... [Dewan riuh]

Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Tuan Yang di-Pertua, saya bukan cabar, saya ucap terima kasih... [Ketawa] Takkan tak boleh beza terima kasih dengan cabar. Tidak ada perli-perli. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak kerana... [Ketawa] [Dewan riuh]

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua saya mengharapkan semoga amalan demokrasi berparlimen raja berperlembagaan akan dapat didukung seterusnya oleh generasi yang akan datang supaya amalan-amalan apa yang saya ceritakan, amalan-amalan yang di luar daripada demokrasi ini supaya tidak akan berulang lagi di masa-masa akan datang.

Pesanan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum membubarkan Parlimen ini perlu memberikan arahan kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-menteri supaya mengosongkan rumah-rumah kerajaan awal-awal lagi. Saya bimbang takut-takut peristiwa apa yang berlaku di Kota Bharu, di Kuala Terengganu akan berulang. Apabila kita masuk pada 23 Oktober tahun 1990, dua hari selepas pilihan raya umum. Ada tujuh almari besi, kabinet yang ada dalam Pejabat Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar semuanya kosong. Tujuh kosong. Sehinggakan Setiausaha Kerajaan pada waktu itu perlu menempatkan seorang pegawai daripada pejabat SUK untuk jaga Pejabat Menteri Besar.

Tuan Yang di-Pertua: Pesanan ini termasuk Speakerkah?... [Ketawa][Dewan riuh] Untuk mengosongkan rumah.

Dato' Haji Wan Abd. Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu]: Di dalam amalan Demokrasi Berparlimen di Malaysia apabila Dewan dibubarkan semua Ahli Parlimen, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negeri gugur kecuali Speaker... [Ketawa] [Dewan riuh]

Speaker akan terus, Speaker akan terus memegang jawatan sehingga Persidangan Parlimen Pertama selepas pilihan raya umum. Terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ada wakil daripada BN?

Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: Pertamanya, tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua kerana akan kekal di dalam jawatan setelah Parlimen dibubarkan... [Ketawa]

Perkara 36(2) Tuan Yang di-Pertua iaitu berkaitan dengan tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah seterusnya. Semalam

Page 38: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

26 DR.21.03.2012

sebagaimana Tuan Yang di-Pertua sendiri yang memulakan perbahasan, ada dibawa usul berkaitan dengan pengujudan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai projek Lynas Advanced Material Plant dan seterusnya kita bahaskannya dan di sebelah petangnya apabila rehat tengah hari, kami menyedari bahawa sebenarnya kes yang berkaitan dengan Lynas ini ada di mahkamah kita. Ada laporan-laporannya dan Tuan Yang di-Pertua mungkin maklum tentang itu juga.

Oleh sebab itu dalam perbahasan penggulungan semalam kita bangkitkan isu ini terutamanya oleh Yang Berhormat. Oleh sebab itu kita mendapat suatu ruling yang saya faham Timbalan Speaker yang mempengerusikan sidang agak berada di dalam keadaan kurang menentu dan meminta Yang Berhormat Menteri yang menggulung memberikan pandangan pihak kerajaan dan akhirnya Speaker ketika itu akur tentang tafsiran Yang Berhormat Menteri bahawa boleh dibahaskan malah diwujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas tentang sesuatu isu yang sedang di masa yang sama berada di mahkamah kita.

Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua membuat ruling bahawa bukan sahaja perbahasan, soalan-soalan pun tidak boleh dibangkitkan khususnya di dalam kes NFC dan juga di dalam kes perjanjian atau persetujuan bersama yang sulit di antara Tan Sri Tajuddin dengan pihak Khazanah berkaitan dengan hutang beliau dengan MAS.

■1210

Jadi, mungkin terdapat pada tafsiran kami dua ruling yang agak berbeza. Tuan Yang di-Pertua sendiri yang amat tegas tentang tidak bolehnya dibangkitkan apa-apa perkara yang sedang dalam mahkamah tetapi semalam dan hasil daripada keputusan semalam bukan sahaja boleh dibahaskan, diwujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas tentang sesuatu isu yang dalam pertimbangan mahkamah. Jadi, ruling manakah yang kita hendak pakai selepas apa yang berlaku semalam?

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, ruling saya buat sebelum itu ialah mengenai dengan seperti Yang Berhormat sebut, apabila membincangkan sesuatu yang sedang dibicarakan. Jadi, sebelum itu pun saya telah memikirkan sama ada usul di bawah 81(1) untuk mewujudkan satu jawatankuasa adalah termasuk dalam ruang lingkup apa yang telah saya putuskan sebelum itu.

Akan tetapi apabila saya mengkaji, memikirkan berlandaskan kepada apa yang berlaku di luar negara dan keadaan semasa dalam negara ini, tafsiran saya ialah untuk mewujudkan sesuatu jawatankuasa di bawah 81(1) dengan tujuan tertentu iaitu tujuan membincangkan hal projek Lynas adalah perkara yang berbeza. Oleh kerana mewujudkan jawatankuasa boleh, tetapi fungsi jawatankuasa itu yang akan mengambil kira semua terms of reference yang difikirkan sesuai itu boleh dibuat.

Cuma apabila nanti bermesyuarat, maka perkara-perkara yang sub judice tidak bolehlah dibangkitkan dalam mesyuarat itu, seperti juga waktu kita bermesyuarat di dalam Majlis kerana jawatankuasa itu cuma attention arms of Majlis. Jadi, oleh kerana Yang Berhormat bangkitkan ini dan saya dapat tahu apa yang telah berlaku semalam, saya mendapat surat daripada pihak pembangkang, pihak Yang Berhormat iaitu enggan untuk menamakan wakil-wakil daripada pembangkang sebagai ahli jawatankuasa. Jadi, itu tidak apa kerana itu merupakan satu pendirian politik bagi saya, bukan pendirian oleh kerana sub judice. Kalau pun itu ada bantahan dari Yang Berhormat dan saya secara kebetulan yang akan memutuskan, saya akan katakan ini boleh diteruskan kerana tidak ada perbincangan mengenai Lynas.

Yang dibincangkan adalah perwujudan sesuatu jawatankuasa. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat pagi tadi saya telah pun memanggil mesyuarat kerana usul itu mesti dimuktamadkan, mesti saya sebagai Pengerusi Pilihan Khas mesti menamakan ahli-ahli di dalam apa yang dicadangkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Jadi, daripada mesyuarat pagi tadi, Ahli-ahli daripada yang dijemput itu kerana jawatankuasa perbincangan khas memang sudah tersedia ahlinya iaitu saya dan beberapa ahli yang telah pun dinamakan daripada tiga tahun yang lalu. Maka, saya telah dapat nama daripada pihak penyokong kerajaan, daripada pihak kerajaan dan daripada pihak BEBAS.

Jadi, sekarang ini ada lima nama tetapi saya juga dapat surat seperti yang saya katakan tadi daripada pihak pembangkang, yang enggan menamakan. Dalam mesyuarat tadi, itu keputusan dan keputusan jawatankuasa pemilih yang saya mempengerusikan itu akan membentangkan satu penyata kepada Dewan. Itu merupakan satu notis dan saya

Page 39: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 27

juga telah mengatakan bahawa apabila nanti, dan ini sebagai ruling saya sekarang. Apabila nanti mesyuarat ini setelah dibentangkan penyata, sudah muktamad siapa ahli-ahli, tanpa penyertaan daripada pembangkang, mereka boleh mesyuarat, membincangkan atau reference tetapi perkara-perkara yang sub judice mereka tidak boleh bincang.

Begitu juga dengan NFC. Apabila saya dengar ada perbincangan serupa itu, saya memanggil Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. So, saya mengatakan pendirian saya bahawa committee cuma extend of arm sesuatu Majlis. Jadi, apa pun yang dibincangkan di situ mesti by the ruling of the Speaker waktu prosiding iaitu jangan bincang perkara-perkara sub judice sehingga saya mengatakan bahawa saya kata kalaupun bincang, jangan soal perkara-perkara yang ada kaitan because itu will be very difficult to the differentiate mana sub judice dan mana tidak sub judice kerana itu bukan tanggungjawab jawatankuasa dan tanggungjawab saya untuk define dan sedemikiannya kerana ini bukan mahkamah. Jadi, itu jelas.

Bagi saya, jawatankuasa boleh diwujudkan tetapi jawatankuasa tidak nanti boleh berbincang mengenai dengan perkara-perkara sub judice sehingga apa-apa perkara yang dibangkitkan di mahkamah ini ada keputusan. Jelas. Okey, terima kasih. Siapa dari Barisan Nasional?

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat Sipitang. Selepas Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Bakri. Lama saya tidak dengar suara Yang Berhormat Bakri... [Ketawa] Saya nampak, dia gunting rambut. Jadi, ada perubahan sedikit.

Dato' Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Tuan Yang di-Pertua, selepas Yang Berhormat Bakri, Parit Sulong.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, saya perhatikan juga wakil daripada wanita. Sila Yang Berhormat Sipitang.

12.15 tgh.

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [Sipitang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Mendahulukan ungkapan awal ucapan mewakili rakyat jelata yang bersilang rupa. Saya menjunjung kasih Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kedua Belas pada hari Isnin bersamaan 12 Mac 2012.

Sebagai rakyat yang berlindung di bawah naungan Payung Diraja, saya menyahut dengan penuh taat akan saranan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk semua pihak bersatu padu demi kepentingan negara menghormati kedaulatan undang-undang dan mentaati keluhuran perlembagaan.

Sebelum berucap lanjut, mengetengahkan beberapa isu, saya mengambil kesempatan ini juga merakamkan penghargaan, sanjungan dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana sudi memberi ruang dan peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan dan menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah semasa merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kedua Belas...

Daie Sipitang, Kuan Biskita,

Sidang Parlimen lambang kuasa, Hajat banyak mahu dicerita,

Mohon kiranya diberi masa.

Tuan Yang di-Pertua, pertama-tama saya ingin menzahirkan sanjungan kasih rakyat sekalian atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menyeru seluruh rakyat supaya sentiasa mengukuhkan perpaduan serta memberi sokongan kepada agenda pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan. Sesungguhnya Titah Seruan tersebut hendaknya dijadikan pedoman dan iktibar kepada

Page 40: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

28 DR.21.03.2012

semua pihak demi menentukan kemakmuran, kestabilan dan kemajuan negara kita berkekalan selamanya.

Tidak syak lagi bahawa perpaduan merupakan kunci kepada kejayaan yang tercinta pada hari ini dan kesatuan yang mengikat sokongan menjadi pencetus kehebatan pembangunan Malaysia mutakhir ini dalam mengatur langkah demi langkah merentas sebuah perjalanan jauh menuju status negara maju berpendapatan tinggi.

Sebagai rakyat Malaysia di bumi subur lagi bertuah ini, kita pasti berasa bangga dan disanjung dan tersanjung dengan pencapaian terhebat yang sudah dicapai. Justeru pastinya menjadi hasrat dan impian kita bersama untuk terus menggapai kejayaan di masa-masa hadapan dan bukannya meruntuh ukiran istana kemajuan yang sudah terbina ini.

Lanjutan dari itu wajarlah hendaknya bagi segenap lapisan rakyat walau apa pun fahaman dan ideologi meskipun berbeza pendapat dan tafsiran, biar berlainan warna kulit dan bersilang budaya untuk bersama-sama menolak sebarang unsur dan elemen perpecahan baik muncul dari dalam atau didalangi dari luar negara. Janganlah kita mudah terpedaya dengan hasutan dan terpengaruh dengan umpan-umpan pihak tertentu yang berkepentingan, dan mempunyai agenda yang tersembunyi sehingga sanggup mengambil tindakan yang boleh menjejas atau menggugat kedaulatan negara semata-mata untuk kepentingan dan survival politik yang tidak berkesudahan.

Bukankah lebih indah, cantik dan molek jika tidak diperbesar-besarkan apa juga perbezaan sebaliknya dirapatkan titik-titik persamaan. Inilah benih-benih kemakmuran yang perlu disemai, inilah yang harus dijadikan matlamat perjuangan untuk membela untung nasib rakyat kita. Di sinilah perjuangan kita di bumi sendiri. Ini perjuangan yang jauh dan lebih bermakna daripada perjuangan nun jauh di Israel sana. Taburlah benih keikhlasan di bumi sendiri, pasti ia tumbuh mewangi sampai ke langit.

■1220

Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan pertunjuk-pertunjuk ekonomi dalam Titah Ucapan Diraja dan ia merupakan refleksi dan cerminan kemajuan Malaysia pada hari ini. Kadar pertumbuhan ekonomi 2011 pada kadar 5.1% jumlah dagangan yang bernilai RM1.3 trilion. Nilai pelaburan asing RM32.9, kutipan cukai langsung melebihi RM100 bilion dan kadar pengangguran yang rendah membuktikan betapa pengurusan ekonomi kerajaan dan dasar serta program yang dilaksanakan adalah di landasan yang tepat dan betul. Kejayaan demi kejayaan dan pencapaian luar biasa ini tidak datang sekelip mata dan bukannya dengan kuasa lampu Aladdin. Sebaliknya ia terhasil daripada usaha yang berterusan sejak berdekad lamanya, perjuangan yang berkesinambungan dan kemudian diperkasakan oleh kepimpinan kita hari ini.

Nampaknya negara kita akan lebih cepat mencapai transformasi berbanding dengan negara-negara membangun yang lain. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah mempertengahkan Bajet 2012 mengharumkan aromanya manfaat dinikmati seluruh rakyat dari warga di tengah kota besar hingga di kampung jauh nun di desa. Dari murid sekolah rendah di pelosok pedalaman hingga siswa siswi di menara gading. Semuanya mengukir senyum tanda kesyukuran.

Apa yang diketengahkan oleh kerajaan adalah pancaran sebuah keikhlasan dan lambang kehebatan pimpinan untuk menyejahterakan rakyat serta memakmurkan negara ini. Gagasan 1Malaysia menjadi pemangkin kejayaan, menarik pelaburan lantas rakyat akhirnya menuai hasil kemakmuran.

Model Baru Ekonomi (MBE) diperkenalkan untuk memacu ekonomi Malaysia pendekatan berbeza berbanding dengan pembaharuan yang dilaksanakan oleh negara-negara lain. Sehingga kini ia sudah berjaya menarik pelaburan bernilai USD60 bilion kira-kira RM160 bilion serta mewujudkan 400,000 peluang pekerjaan. Hal ini turut menarik perhatian dunia menerusi Persidangan APEC di Honolulu penghujung tahun lepas. Berdasarkan petunjuk ekonomi akhir-akhir ini maka kita yang yakin dan optimis bahawa matlamat menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 akan dapat tercapai biarpun dalam tempoh yang cuma berbaki kira-kira lapan tahun lagi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Ucapan Diraja turut disentuh mengenai peranan anggota perkhidmatan awam menjayakan agenda transformasi kerajaan. Tidak dinafikan betapa pentingnya peranan penjawat awam yang jumlahnya mencapai seramai 1.3 juta orang. Sebagai nadi penggerak dan pencapai segala agenda dan perancangan daripada

Page 41: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 29

kerajaan untuk rakyat. Untuk memenuhi ekspektasi dan hasrat rakyat untuk dikembalikan kepada rakyat yang telah memberi mandat oleh rakyat.

Dalam konteks Sabah kita rakamkan sanjungan budi kepada anggota perkhidmatan awam negeri Sabah terhadap komitmen tinggi mereka setinggi Gunung Kinabalu dalam melaksanakan serta menjayakan misi pembangunan Kerajaan Barisan Nasional di negeri kami di negeri Sabah Di Bawah Bayu. Jalinan perkongsian pintar dan bijaksana anggota perkhidmatan awam di Sabah dengan kerajaan negeri yang didukungi oleh Barisan Nasional ditunjangi oleh UMNO telah membawa Sabah terus membangun sehingga mencapai kemajuan yang luar biasa. Realitinya perkhidmatan awam bukanlah semata-mata soal gaji dan imbuhan, komitmen, kecekapan, keikhlasan, kejujuran umpama warna pelangi yang saling melengkapi. Hilang satu warna maka hilanglah serinya dan bukan lagi pelangi namanya.

Jalur pelangi tidak akan sempurna jika satu warna hilang atau tercicir. Begitu juga dalam perkhidmatan awam apabila ciri-ciri yang menjadi darah daging penjawat awam tercicir maka tanggungjawab tidak akan dapat disempurnakan. Oleh yang demikian maka bersesuaian Titah Ucapan Diraja apabila menyatakan bahawa anggota perkhidmatan awam perlu sentiasa mencari idea dan pendekatan baru yang lebih kreatif dan inovatif, cekap, berintegriti serta berfikiran terbuka. Inilah sebenarnya jalur-jalur pelangi yang mengindahkan perkhidmatan awam yang cukup eksklusif. Tuan Yang di-Pertua, suara-suara nyaring agas-agas politik sememangnya sentiasa didengari apa lagi yang datang dari akar umbi asalkan sahaja membina sifat. Pemimpin kerajaan kerap turun padang untuk mendekati dan menyelami denyut nadi rakyat seterusnya memberikan teladan kerana ia lebih berkesan daripada memberi penegasan.

Satu perkara lagi yang saya ingin rekodkan di Dewan yang mulia ini ialah pendekatan kesederhanaan atau wasatiyyah yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Sesungguhnya pendekatan ini dapat menyumbang ke arah penyelesaian suatu pertikaian membawa kepada keamanan global termasuk isu-isu hak asasi manusia dan keadilan antarabangsa.

Biar apapun diperkatakan mengenai pendekatan ini, wasattiyah atau kesederhanaan memang sesuai diamalkan tanpa mengira waktu dalam semua kehidupan rakyat di negara ini. Dalam konteks negeri Sabah pendekatan kesederhanaan ini telah pun diadaptasikan dan menjadi amalan sejak sekian lama. Itulah yang menjadi Sabah aman dan makmur sehinggalah negeri kami diperakui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai role model prinsip 1Malaysia yang sebenarnya. Biarpun dengan kepelbagaian agama, keanekaragaman budaya, keindahan bahasa dan keunikan suku kaum yang terbentuk daripada jalur kehidupan lebih 34 suku dan lebih 50 dialek yang dipertuturkan. Kami tetap hidup harmoni dan saling menghormati. Inilah sebenarnya lambang keharmonian sejati dan kami berbangga menjadi role model dari segi roh kehidupan beragama, berbudaya dan bermasyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, mewakili rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dari negeri di bawah bayu saya ingin menyampaikan penghargaan Kerajaan Persekutuan atas komitmen dan sokongan berterusan untuk membawa kemajuan kepada negeri kami. Biarpun jauh di seberang laut China Selatan dan terkebelakang sedikit mencapai kemerdekaan tetapi kami tidak rasa tersisih mengejar pembangunan. Di bawah pimpinan pragmatik Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, ekonomi Sabah hari ini berkembang pesat dengan unjuran antara 4% hingga 5% bagi tahun 2012. Ia adalah rekod cemerlang yang berterusan dan berkesinambungan sepanjang UMNO menunjangi perkhidmatan Kerajaan Barisan Nasional di Sabah.

Kecekapan pengurusan kerajaan negeri juga terbukti, sijil bersih yang dianugerahkan oleh Ketua Audit Negara selama 11 tahun berturut-turut. Saya yakin berdasarkan kemajuan dan prestasi ini rekod tersebut akan dapat diteruskan dan dipertahankan, insya-Allah. Negeri Sabah juga mencapai penarafan AAA oleh RAM Rating Services Bhd (RAM) selama tiga tahun berturut-turut dan kedudukan fiskal negeri yang mantap dengan lebihan yang berterusan dan mengumpul rizab yang cukup kukuh. Juga termaktub dalam rekod jumlah rizab negeri yang berjumlah RM3 bilion manakala hasil negeri diramalkan RM4 bilion.

Saya juga ingin berkongsi kegembiraan mengenai sijil ISO oleh Mudi International sebagai bukti pengurusan bajet yang efisien sepanjang tiga tahun berturut-turut di negeri Sabah. Sementara rekod keluaran dalam negara kasar KDNK bagi pendapatan per kapita

Page 42: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

30 DR.21.03.2012

di Sabah juga mencatat peningkatan 10,687 pada tahun 2005 melonjak kepada 17,242 pada tahun 2010. Ini sekali gus menolak Sabah negeri yang termiskin dibandingkan negeri-negeri lain. Selangor yang telah diisytiharkan negeri maju, rizab negeri hanya RM1.2 bilion. Pulau Pinang sekitar RM500 bilion lebih dan Kelantan sekitar RM158 bilion dan Sabah mempunyai rizab RM3.6 bilion.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika kunjungan ke Sabah pada bulan Februari lepas dan merasmikan seminar mengenai Koridor Pembangunan Sabah (SDC) telah memberikan pujian atas pencapaian tersebut dan diyakini bahawa kerajaan negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Musa Haji Aman untuk terus membawa kemajuan di negeri Sabah.

Seperti yang diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kejayaan tersebut menjadi realiti bukan lagi omongan lantaran wujudnya hubungan kukuh antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri sehingga membolehkan kemajuan menjelma di hadapan mata rakyat.

Bagi bajet negeri tahun ini pula sejumlah RM4.482 bilion disediakan iaitu yang tertinggi dalam sejarah sebanyak RM881.1 juta untuk pembangunan dan RM1.5 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus dan sumbangan Kerajaan Persekutuan. Ekonomi Sabah diramalkan terus bersinar daripada pelbagai sumber. Salah satu daripada sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan ialah pelancongan di mana jumlah pelancongan yang datang ke Sabah tahun lalu sahaja mencapai dua juta orang dengan kadar peningkatan sebanyak 14.5%.

■1230

Di sebalik kemakmuran ini masih ada juga agas-agas politik yang memejamkan mata, memekakkan telinga, tidak mahu menerima realiti. Sebaliknya melemparkan berbagai-bagai tuduhan dan kritikan. Dahulu ungkapan “Sabah for Sabahan” dijaja ke sana dan ke sini. Akan tetapi kerana dijaja dahulu tidak laku, kini agenda Borneosasi pula dicanangkan dengan slogan, “Ini kali lah pula dicucuk dalam pemikiran untuk memburu kuasa. Harap-harap umpan boleh mengena.”...

Mendayung sampan mudik kuala,

Penat mendayung rehat bersila, Laungan pembangkang “ini kalilah”,

Kalau berani kau tunggu sahajalah.

Apa diharap padi seberang, Masak berwarna perang,

Apa diharap pembangkang, Banyak cakap banyak temberang... [Ketawa][Tepuk]

Saya yakin dan percaya, majoriti rakyat Sabah tidak mudah digula-gula dengan slogan sedemikian kerana orang Sabah waras pemikirannya, jauh wawasannya dan luas pandangannya. Agenda yang dicanangkan dan slogan yang dilaung-laungkan itu nyata jelas tidak relevan lagi kerana ia sekadar untuk menyempitkan lagi pemikiran rakyat untuk bersifat kenegerian dan kedaerahan. Sedangkan dalam dunia global ini kita harus memandang jauh di hadapan melihat dunia luas terbentang. Kita mahu pemimpin kita bukan lagi sekadar jaguh kampung. Makan jagung di gelanggang kampung tetapi beraksi di pentas dunia. Terbukti sudah kehebatan pimpinan Sabah beraksi di arena antarabangsa. Contohnya Yang Berhormat Menteri Luar Negeri yang berasal dari Sabah. Suaranya bergema di serata dunia, duduk pula sebaris dengan tokoh-tokoh besar dunia...

Ayam kampung makan jagung,

Ayam bandar makan kacang Kita mesti keluar kepompong,

Jangan dengar fitnah pembangkang... [Tepuk][Dewan riuh]

Mungkin ada pihak-pihak tertentu mendalangi dari jauh dan berahi kuasa untuk meniupkan sentimen sempit kenegerian. Akan tetapi politik remote control ini tidak mungkin mampu merubah haluan pelayaran bahtera Barisan Nasional yang jauh mengubah keadaan.

Page 43: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 31

Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya ingin menarik perhatian di Dewan yang mulia

ini, betapa Sipitang berasa bertuah kerana sekali lagi dikunjungi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 16 Februari yang lepas. Kali ini dengan membawa khabar gembira untuk kami dengan pelancaran projek mega berskala dunia, Projek SAMUR, Sabah Ammonia Urea iaitu kilang baja dengan membabitkan RM4.6 bilion. Dilaksanakan oleh Petronas Chemicals Group, SAMUR merangkumkan tiga loji pengeluaran utama yang membabitkan RM4.6 bilion. Selain menyediakan lebih 4,000 peluang pekerjaan baru, projek ini turut diyakini membawa tempias kepada pelbagai kegiatan ekonomi lain seperti perkhidmatan, perumahan, pengangkutan, perhotelan, pelancongan. Ringkasnya, SAMUR bakal membawa makmur untuk Sipitang dan daerah lain dan juga negeri Sabah.

Tuan Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Sipitang.

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Cuma apa yang diharapkan menerusi Projek SAMUR ini agar golongan profesional...

Tuan Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Pencelahan Yang Berhormat Sipitang...

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Sabah diberi keutamaan untuk bekerja di SAMUR ini.

Tuan Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Sipitang.

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Lanjutan daripada perkembangan ini, sekali lagi ingin membangkitkan di Dewan yang mulia ini...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Kuala Kedah.

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Saranan...

Tuan Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Kuala Kedah bangun minta penjelasan sedikit.

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Ya.

Tuan Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Kawan, sama-sama ABIM dahulu... [Dewan riuh]

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Ya, sila.

Tuan Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Ya, Tuan Yang di-Pertua ABIM Sabah.

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Sila, sila.

Tuan Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Saya Tuan Yang di-Pertua ABIM Kedah, boleh ya? Sedikit sahaja.

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Sila.

Tuan Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Terima kasih. Akan tetapi Yang Berhormat Rembau tak tahu dia ABIM dahulu. Yang Berhormat Sipitang, saya mendengar penjelasan Yang Berhormat Sipitang berkaitan dengan soal khazanah negeri Sabah ini. Disebut bahawa simpanan negeri Sabah ini 3.4 bilion. Saya musykil kerana apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melawat Sabah baru-baru ini, dia mengisytiharkan bahawa Sabah bukan lagi negeri termiskin. Kalau mengikut simpanan negeri Sabah yang disebut lebih banyak daripada negeri Selangor. Negeri Selangor hanya sekitar 2 bilion lebih.

Jadi, mengapakah Sabah ini masih lagi berada dalam negeri yang tercorot miskinnya? Nombor dua sebelum, yang akhir sekali ialah Perlis. Jadi, ini tidak munasabah di mana dengan harta yang dimiliki tetapi rakyat masih lagi miskin. Apa penjelasan Yang Berhormat Sipitang?

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Saya rasa Yang Berhormat Kuala Kedah ini, dia tidak pernah keluar ke Sabah. Kedah ini kalau masuk di Sabah dalam petanya, macam tahi mata sahaja... [Ketawa] Jadi, Sabah ini luas. Kawasan saya sahaja daripada sempadan Kalimantan sampai ke satu DUN, enam jam setengah. Daripada Kedah, seluruh Kedah tidak sampai enam jam pergi.

Tuan Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Okey, saya setuju, saya setuju... [Dewan riuh] Akan tetapi miskin. Miskin! Yang Berhormat Rembau, miskin! Harta banyak, rakyat

Page 44: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

32 DR.21.03.2012

miskin Yang Berhormat Pasir Salak. Harta banyak, rakyat miskin. Jelaskan kenapa masih lagi, sumber kaya tetapi miskin.

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Dengarlah dahulu.

Tuan Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Bagilah penjelasan kenapa tidak kaya?

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Sebenarnya Sabah tidak miskin. Cuma ramai orang miskin oleh sebab luasnya kawasan. Oleh sebab itu kalau kita bandingkan Selangor, semasa Barisan Nasional memerintah dahulu ada 3 bilion. Akan tetapi apabila kerajaan pembangkang memerintah sekarang, 1.6 bilion sahaja rizab... [Dewan riuh][Ketawa] Ertinya ia menghabiskan wang kerajaan. Akan tetapi Sabah daripada...

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Rizab tahun 2005 hanya 400 juta sahaja. Itu yang...

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Ertinya Selangor diisytiharkan negeri maju pada tahun 2005 tetapi sekarang 1.2 bilion kah, lebih kurang sahaja unjurannya, 1.6 paling tinggi. Sabah walaupun luas, perbelanjaan 4 bilion tetapi boleh melaksanakan tanggungjawab untuk membangunkan rakyat di bandar dan luar bandar dan ada rizab lagi 3 bilion... [Tepuk] Ertinya pengurusan yang berhemah. Kalau dibandingkan negeri miskin, Kelantan ini sudahlah kecil, merayu-rayu lagi wakil tadi. Rizab 158 juta sahaja. Jadi ertinya, yang miskin ini bukan Sabah. Negeri miskin, Kelantan. Akan tetapi di Sabah itu kerana terlalu luas. Sabah dan Sarawak kalau dimasukkan kedua-dua negeri ini, Semenanjung ini tiga suku pun tidak ada... [Dewan riuh]

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sedikit sahaja.

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Duduklah.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Boleh sedikit sahaja Yang Berhormat Sipitang.

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Tuan profesor, duduklah.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sedikit sahaja. Boleh sedikit? Hendak tanya satu sahaja. Boleh Tuan Yang di-Pertua ya? Apa yang dipertikaikan bukan kekayaan sumber itu Yang Berhormat Sipitang. Apa yang hendak ditanya adalah mengapa punya kekayaan sebegitu luas, begitu besar, big resources dan mungkin terkaya dalam seluruh persekutuan. Akan tetapi 40% daripada rakyat miskin itu berada di negeri Sabah. Itu persoalannya. Bagaimana rakyat dimiskinkan, sementara pemimpin kaya?

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Sila datang ke Sabahlah.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Ya, kenapa pemimpin kaya rakyat miskin? Itu persoalannya. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Silalah datang ke Sabah sebab orang PAS, orang Pakatan datang ke Sabah... [Dewan riuh] Orang PAS, orang Kelantan, orang Pakatan datang ke Sabah tengok airport bagus, jalan bagus. Akan tetapi diambilnya rumah yang condong kecil... [Ketawa] Ha! Diambil sample yang buruk. Macam juga Pengerusi Pakatan Rakyat Sabah (PKR), Ansari dia datang ke kawasan saya. Dia masuk Facebook dia, cat luntur pejabat daerah yang digambarkan, dipertikai... [Ketawa] Jadi ertinya, tidak ada visi yang jelas. Dia hanya mengambil perkara-perkara yang buruk untuk memanipulasi rakyat. Tidak ada modal dah.. [Disampuk] Cukup, cukup, saya...

Dato’ Johari Abdul [Sungai Petani]: Yang Berhormat Sipitang, Sungai Petani Yang Berhormat Sipitang. Sama-sama BTN dahulu. Sama-sama BTN dahulu. Sipitang BTN dahulu... [Ketawa]

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Okey, okey.

Dato’ Johari Abdul [Sungai Petani]: Yang Berhormat Sipitang BTN dahulu.

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Sama BTN tetapi lain kepala.

Dato’ Johari Abdul [Sungai Petani]: Ya.

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Sama BTN lain kepala... [Dewan riuh][Ketawa]

Page 45: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 33

Dato’ Johari Abdul [Sungai Petani]: Ya, ya. Cumanya...

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Okey, okey duduk. Tuan Yang di-Pertua, saya pernah membangkitkan, lanjutan daripada perkembangan ini saya sekali lagi ingin membangkitkan Dewan yang mulia ini saranan kepada Kementerian Kerja Raya supaya menimbangkan secara serius menaikkan taraf Jalan Raya Sipitang-Kota Kinabalu. Saya pernah membangkitkan ini dalam persidangan terdahulu iaitu menaik taraf jalan tersebut dua lorong sehala ataupun empat lorong bagi kedua-dua hala. Pada masa ini jalan berkenaan hanya satu lorong sahaja. Keperluan bagi menaik taraf jalan tersebut semakin mendesak.

■1240

Ini berikutan pertambahan projek pembangunan di sepanjang Pantai Barat negeri Sabah. Selain daripada Projek SAMUR Sipitang RM4.6 bilion, satu lagi projek yang besar sedang dalam pelaksanaan di Pantai Barat ialah Terminal Minyak dan Gas (SGOT) yang diadakan di Kimanis, bersebelahan dengan Projek Kimanis Power. Kedua-dua projek ini merupakan projek mega membabitkan berbilion-bilion ringgit untuk pembangunan di negeri Sabah. Kita juga menghargai pelaksanaan projek Jalan Raya Mendulong bypass yang dinantikan ramai penduduk. Apa yang diharapkan ialah supaya projek tersebut diteruskan sehingga ke Maligan dan Long Pasia secara berpakej. Dua kawasan ini juga mempunyai ramai penduduk untuk menjana kegiatan ekonomi setempat antaranya dalam sektor pelancongan dan pertanian.

Saya mengemukakan saranan ini memandangkan kerajaan negeri menerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah akan membangunkan kawasan Iburu dekat dengan Maligan dengan tanaman kelapa sawit yang berskala besar.

Juga saya ingin menyampaikan harapan penduduk kepada Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah supaya menaik taraf jalan Kampung Karangan, Lumadan sejauh kira-kira enam kilometer dan jalan Kampung Mintulut sejauh 3.5 kilometer kerana pada masa hanya dalam keadaan yang gravel. Kawasan perkampungan ini mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi serta juga memiliki sekolah rendah tetapi jalannya masih lagi menyeksakan penduduk yang dideritai sejak zaman merdeka dahulu. Penduduk di situ benar-benar mengharapkan agar kepayahan hidup mereka diberi perhatian kerana mereka pernah menyatakan kepada saya penantian itu adalah satu penyeksaan. Begitu juga kepayahan mereka, sokongan mereka yang tidak pernah beralih angin dan sehingga kini perkampungan tersebut kekal sebagai kubu kuat Barisan Nasional.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Yang Berhormat Sipitang, Tuan Yang di-Pertua sebab isteri dia orang Terengganu.

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: Tuan Yang di-Pertua, demikianlah sebahagian harapan yang sempat dinukilkan. Semoga dapat satu restu dan pertimbangan sebagaimana harapan dan denyut hati rakyat 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan...

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Yang Berhormat Sipitang, isteri Yang Berhormat Sipitang orang Terengganu, sama-sama.

Datuk Sapawi Ahmad Wasali [Sipitang]: [Berpantun] Baju kuning, seluar kuning,

Naik basikal berpusing-pusing, Hati pemimpin tidaklah pening,

Kalau rakyat senang di sekeliling...

Sekian, saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: [Bangun]

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lengong]: [Bangun]

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bakri.

Page 46: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

34 DR.21.03.2012

12.42 tgh.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi kesempatan untuk membahaskan Titah Ucapan Diraja sewaktu merasmikan Penggal Parlimen Kelima. Saya mulakan dengan peristiwa Isra’ Mikraj Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa merupakan satu peristiwa penting bagi umat Islam. Apatah lagi Masjidil Aqsa merupakan arah kiblat pertama umat Islam. Kini Masjidil Aqsa sedang dijajah oleh rejim Zionis Israel. Bagi masyarakat bukan Islam pula, isu Israel ini bersangkutan dengan aspek kemanusiaan. Namun Malaysia terus menjalin hubungan dagang dengan negara rejim Zionis itu.

Menyentuh pula produk komoditi utama negara iaitu minyak sawit ke negara rejim tersebut. Menurut pendedahan Solidariti Anak Muda Malaysia, beberapa dokumen perniagaan termasuk dokumen rasmi kerajaan menunjukkan dua buah syarikat yang menghantar terus minyak sawit ke negara Israel, Mewaholeo Industries Sdn. Bhd. yang mempunyai kilang-kilang besar di Johor, Pulau Indah dan Pahang di mana antara pemegang saham terbesar di dalam syarikat ini adalah FELCRA dan IOI-Croklaan Sdn. Bhd. pula merupakan sebuah syarikat usaha sama IOI dan Croklaan Sdn. Bhd. di mana ramai antara pemegang saham IOI terdiri daripada individu-individu yang mempunyai kaitan dengan UMNO.

Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Wah! Sekarang baru tahu sudah ada urus niaga dengan Israel, sekarang sudah tahu.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Minta laluan, boleh?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Masa tidak ada, minta maaf. Bukan sahaja dua syarikat ini malahan SIME Darby turut terkait di dalam isu ini.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak betul Tuan Yang di-Pertua, fakta salah. Tidak betul, FELCRA tidak ada terlibat.

Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tidak betul apa, FELCRA. Bukan kilang FELCRA, FELCRA ada syer.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Dua dokumen dengan izin, booking confirmation melibatkan dua syarikat berpengkalan di Johor telah didapati menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas terus ke Ashdod iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40 kilometer dari Tel Aviv. Hasil daripada dokumen yang berjaya diakses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan minyak sawit Malaysia telah dibekalkan ke negara Israel.

Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ini kena beritahu dekat pengundi-pengundi Pasir Salak ini, berkawan dengan Israel.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Itu fitnah, tidak betul. Saya minta Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Jawapan ini tunggu Menteri jawab baru, beri penjelasan.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, no Yang Berhormat, I want you to repeat it outside the Dewan.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tidak mengapa, tidak ada masalah. Saya siap. Tuan Yang di-Pertua, saya sambung. Okey.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat...

Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Media boleh carrylah.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta tarik balik penglibatan FELCRA dalam eksport minyak kelapa sawit sebagai yang didakwa, minta tarik balik.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pasir Salak.

Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Saya duduklah.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tarik balik.

Page 47: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 35

Tuan Yang di-Pertua: Janganlah Yang Berhormat. Beginilah, kalau umpamanya

ada seorang Ahli Yang Berhormat yang berhujah dan hujah itu benar-benar dapat bantahan daripada Ahli Yang Berhormat yang lain atas sebab mungkin ada kaitan dengan peraturan mesyuarat atau pun tuduhan itu liar, jadi saya cadangkan supaya Ahli Yang Berhormat yang berhujah itu bagi laluan kepada yang bertanya kerana supaya tidak kecoh.

Satu lagi Yang Berhormat Pokok Sena, floor Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Pokok Sena terus berdiri sampai menjemput Yang Berhormat Pasir Salak untuk berdiri. Jadi itu tidak elok. Jadi lain kali kalau excited pun, kontrollah sedikit.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Bangun]

Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tuan Yang di-Pertua, saya terkejut. Maknanya Yang Berhormat Bakri berjaya mendedahkan di Parlimen ini dengan proof document bahawa ada agensi kerajaan yang punya syer dalam kilang minyak sawit, eksport minyak sawit ke Israel, bela Israel membantai umat Islam dan rakyat Palestin. Saya berbangga dengan Yang Berhormat Bakri.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pokok Sena, itu cuma hujah daripada sebelah pihak yang belum lagi mendapat jawapan daripada sebelah pihak. Jangan dulu buat reaksi yang belum ada jawapan daripada sebelah.

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena sebut itu macam bunyi Ketua Pembangkanglah yang bela Israel, lindung Israel. Bunyinya sama.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak elok begitu. Yang Berhormat Tangga Batu sudah masuk campur. Kalau saya boleh cadangkan untuk meredakan keadaan kalau bangkitkan isu sebegitu dan Yang Berhormat Pasir Salak berdiri oleh kerana dia ada di sini, dia pengerusi FELCRA. Jadi kalau dia diam, jadi persepsi seolah-olah perkara itu benar. Jadi adalah adil untuk bagi dia pencelahan begitu biarpun itu cuma cadangan saya. Kalau tidak, dia tidak akan berhenti, dia kata tarik balik, tarik balik. Jadi kita tidak dapat bermesyuarat.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya bagi Yang Berhormat Pokok Sena dahululah.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sudah cakap tadi panjang lebar.

Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Duduk, saya hendak minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua daripada Yang Berhormat Bakri supaya Yang Berhormat Bakri boleh jelas. Saya takut nanti Yang Berhormat Pasir Salak tidak jelas. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa Yang Berhormat bukan mengatakan bahawa FELCRA ada kilang minyak kelapa sawit tetapi FELCRA ada syer dalam sebuah kilang yang menghasilkan minyak sawit, kemudian minyak sawit itu dihantar ke Israel.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: That is not true at all. Don’t be stupid.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, okey.

Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Bermakna bahawa secara tidak langsung FELCRA ada syer untuk hantar minyak sawit ke Israel, membantu Israel melanyak Palestin.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pokok Sena, jelas. Okey sila.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya bersetuju Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua...

� 1250

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Bakri, Bakri. Bagi dahulu laluan kepada Yang Berhormat Pasir Salak tetapi hujah yang...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak ada hujah Tuan Yang di-Pertua...

Page 48: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

36 DR.21.03.2012

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Satu minit sahaja. Masa tidak ada.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: ...Dengan izin, dakwaan yang mengatakan FELCRA ada saham dalam kilang itu yang eksport minyak sawit ke Israel, tidak betul sama sekali. So I want Tuan Yang di-Pertua, ditarik balik, dakwaan ditarik balik, because this is not true. It’s not true. No, no, no, it’s not true. Tarik balik!... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Bertenang, bertenang. Yang Berhormat Bakri, bertenang dahulu, duduk Yang Berhormat Bakri..., Pasir Salak duduk dahulu.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Do not compromise, tarik balik, No, no. I’m not going to compromise. I will stand here until you withdraw... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pasir Salak, duduk dahulu...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cakap dengan izin, unless you withdraw, I will stand here until tomorrow morning.

Tuan Yang di-Pertua: Duduk dahulu, duduk dahulu...

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Indera mahkota, jangan turut campur, ini belum selesai. Belum selesai. Duduk dahulu Yang Berhormat Indera Mahkota, duduk dahulu. Jangan dahulu Yang Berhormat Bakri teruskan. Saya terpaksa beri pandangan kepada Yang Berhormat Bakri. Perkara yang tidak dapat dibuktikan selepas berhujah, nanti barangkali terkena Peraturan Mesyuarat 36(12) iaitu menyelewengkan Dewan. Oleh kerana nanti timbul lagi sama ada apa yang dibuat oleh Yang Berhormat Bakri itu betul atau tidak. Jadi berfikir mengenai soal itu. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain jangan jolok lagi, jangan kipas...

Tuan R. Sivarasa [Subang]: ...Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, itu tidak..

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Saya tidak akan benarkan. Saya tidak akan benarkan.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Itu macam amaran kepada dia...

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Saya yakin Yang Berhormat Bakri...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Subang, if you want to speak, raise the peraturan mesyuarat, I got to warn..., I got to warn.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Bangun]

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Saya minta izin, I mean...

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Subang. This is not a talk of law, so sit down. If you know, sit down... [Dewan riuh]

Tuan R. Sivarasa [Subang]: We know, I know. Saya minta izin...

Tuan Yang di-Pertua: You sit down...

Tuan R. Sivarasa [Subang]: I will sit down. Saya minta izin untuk bercakap sekarang...

Tuan Yang di-Pertua: No, saya tidak izinkan. You sit down... [Dewan riuh]

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Okey, after I ask the permission first...

Tuan Yang di-Pertua: Sit down now...

Tuan R. Sivarasa [Subang]: I will sit down, I’m not being rude, I will sit down...

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tuan Yang di-Pertua, tengok Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pokok Sena itu...

Tuan Yang di-Pertua: ...Because you want always interrupt, you think I don’t know what is been happening?

Tuan R. Sivarasa [Subang]: I apologize if I am interrupting you, I apologize...

Page 49: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 37

Tuan Yang di-Pertua: Okay, I also apologize, I raise my voice apologize, but if don’t raise up my voice, everybody does not listen, why should I be listening to all your voice all the time? If I raise my voice, I have the right under peraturan mesyuarat. If you raise your voice, you don’t have a right because the moment you stand up that also…

Tuan R. Sivarasa [Subang]: I have apologize, we are both apologize each other...

Tuan Yang di-Pertua: Okay.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: So enough. Yang Berhormat Indera Mahkota, duduk.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Duduk. Now Yang Berhormat Bakri...

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kuala Selangor duduk. Yang Berhormat Bakri, I’m reminding you, duduk dahulu. I’m reminding you. Yang Berhormat, apabila kita berhujah semua kepada Yang Berhormat. Awas, ucapan-ucapan itu mungkin mengandungi perkara-perkara yang tidak benar. Tuduhan-tuduhan yang tidak benar, mempunyai connotation political agenda, awas. Apabila ada seorang Yang Berhormat yang mempunyai reaction negatif, bermakna dia mengganggu peraturan mesyuarat. Masa berjalan. Itu tanggungjawab saya sama ada untuk membenarkan ataupun tidak. Bukan lagi tanggungjawab Yang Berhormat. Akan tetapi apabila perbahasan itu berjalan dengan baik, hujah yang begitu cermat, kadang-kadang masa saya lupa, saya biarkan tetapi jangan sama sekali perkara political agenda kamu libatkan saya. Because kalau saya tidak dapat mengawal keadaan, nama buruk kepada saya. Speaker tidak boleh mengawal keadaan, satu.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Saya sokong Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Apabila Ahli-ahli Yang Berhormat menggunakan peraturan mesyuarat... Yang Berhormat Indera Mahkota, saya belum...

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Saya sokong, saya sokong Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau sokong duduk. Apa yang dihujah tadi itu bukan saya memberi amaran, saya mengingatkan. Yang Berhormat Pasir Salak sudah mengatakan bahawa tarik balik kerana dia kata tidak ada dan dia tidak ada kaitan. Dia ada kaitan oleh kerana dia Pengerusi FELCRA. Jadi bermakna dia ada kaitan, jadi kalau umpamanya apa yang disebut itu dia kata tidak ada, kalau dia pula yang berbohong, dia kena Peraturan Mesyuarat 36(12), sama. So, dia to avoid perkara yang menggamit reaksi negatif. Kalau misal kata ada perkara yang menggamit reaksi negatif, berilah dia laluan untuk minta penjelasan supaya perkara itu reda. Akan tetapi kalau Ahli Yang Berhormat siapa sahaja membebel, lepas itu menghentam, tidak kasi laluan. Itu namanya cari gaduh.

Selepas itu apabila bergaduh di sini, sampai di luar berpeluk-peluk... [Ketawa] what is all this? I don’t want these things to happen anymore.

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Point of order Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Sila, point of order. Dia point of order. Yang lain duduk, dia point of order.

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Point of order Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 36(12). Saya mencadangkan supaya Tuan Yang di-Pertua mengenakan peraturan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengaitkan Kerajaan Malaysia yang tidak langsung mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel tadi. Yang Berhormat Bakri dan Yang Berhormat Pokok Sena, kenakan peraturan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, terima kasih...

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Peraturan Mesyuarat 36(2)...

Page 50: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

38 DR.21.03.2012

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tuan Yang di-Pertua, kita tidak ada hubungan diplomatik ataupun hubungan perniagaan dengan Israel... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk dahulu Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor, Indera Mahkota, Tangga Batu duduk dahulu, saya belum lagi selesai dengan satu perkara...

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: ...Yang Berhormat Tangga Batu ini tidak mengerti...

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Ini tiga orang tidak faham ini, peraturan apa ini?... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat...

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tempat ini untuk kita lakukan semak imbang.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tangga Batu, duduk dahulu.

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Saya berdiri atas peraturan. Awak berdiri atas apa?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tangga Batu, duduk dahulu.

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Saya berdiri atas peraturan. Ini berdiri tidak ada peraturan, tidak faham...

Tuan Yang di-Pertua: Duduk dahulu Yang Berhormat.

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Okey saya duduk, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Saya ingatkan balik peraturan mesyuarat. Kalau ada seorang berdiri untuk peraturan mesyuarat, biarlah saya buat keputusan dahulu sebelum ada lagi empat lima orang berdiri pula untuk peraturan mesyuarat, macam mana? Kalau Yang Berhormat sendiri tidak boleh sabar, kamu mahu saya sabar pada setiap hari mendengar perkara seperti ini, kenapa, saya robot, mesin? Biarlah dahulu saya handle Yang Berhormat Tangga Batu, apa peraturan mesyuarat, barulah siapa yang berdiri untuk peraturan mesyuarat, saya tengok balik kerana peraturan mesyuarat terpaksa saya layan. Sila Yang Berhormat Tangga Batu.

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya tindakan dikenakan kepada dua orang Ahli Parlimen sebentar tadi yang cuba menyelewengkan fakta dengan mengatakan Malaysia ada hubungan dengan... [Disampuk] Menyelewengkan fakta, Yang Berhormat Bakri dan Yang Berhormat Pokok Sena...

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, saya belum lagi dengar apa hujah dan menjatuhkan hukuman. Belum fahamkah ini?

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Dan menyatakan agensi kerajaan, FELCRA ada hubungan dengan Israel, ini menyelewengkan fakta di dalam Dewan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat. Saya telah faham Yang Berhormat.

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Minta ruling Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Saya belum sampai ke arah itu Yang Berhormat, menandakan saya bahawa saya sentiasa beri kelonggaran. Pihak saya jelas sentiasa memberi kelonggaran sehingga batas kelonggaran itu tidak boleh diberi lagi. Jadi bermakna saya berterima kasih di atas pandangan, saya belum sampai ke arah itu, cuma memberi amaran kepada Yang Berhormat Bakri dan kepada Yang Berhormat Pasir Salak...

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Bangun]

Page 51: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 39

Tuan Yang di-Pertua: ...Ini kerana kedua-dua hujah ini nanti akan dapat juga bukti akan dihantar kepada saya, lepas itu baru saya timbang sama ada termasuk dalam maksud ruang lingkup tafsiran Peraturan Mesyuarat 36(12).

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Kuala Selangor, apa ini, peraturan mesyuarat? Yang Berhormat Indera Mahkota, kalau berdiri kerana peraturan mesyuarat, berdiri kerana peraturan mesyuarat, tidak mahu penjelasan.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua, apabila Yang Berhormat Bakri membuat penghujahan dan dakwaannya tadi, saya yakin Yang Berhormat Bakri telah membuat researchnya. Justeru relevan untuk kita sekadar untuk membuat penuduhan daripada Yang Berhormat Tangga Batu tadi.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Bangun]

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Saya yakin, Yang Berhormat Bakri telah membuat researchnya untuk memastikan dan tentunya Suruhanjaya Syarikat Malaysia itu telah dirujuk.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Research apa? I’m Chairman of FELCRA, what research you are talking about?

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Dengarlah... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat boleh tidak Ahli Yang Berhormat duduk dahulu.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: It’s not true!

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Dengarlah.. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Bolehkah dua Ahli Yang Berhormat duduk dahulu...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Research, research. I’m a Chairman of FELCRA you know?... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pasir Salak, duduk dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, duduk!... [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat. Sudahlah, sudah! Sudah! Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuala Selangor, saya faham. Kedua-dua belah pihak saya faham. Kalau Yang Berhormat Kuala Selangor berhujah begitu, seolah-olah Yang Berhormat Kuala Selangor seperti juga Yang Berhormat Pokok Sena, you cannot make a conclusion unless there is a reply from other side, you see macam mana boleh? Saya duduk di sini menimbang kedua-dua belah pihak...

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Saya bertanya Yang Berhormat Bakri, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, walaupun Yang Berhormat telah bertanya kepada Yang Berhormat Bakri, walaupun bertanya demikian, peraturan mesyuarat telah mengatakan bahawa kalau ada berita daripada luar termasuk akhbar, belum ada keputusan muktamad sehingga kedua-dua belah pihak berhujah. Jangan! Selepas Menteri menjawab dan perkara-perkara yang lain kerana apabila Menteri menjawab, informasi daripada FELCRA juga akan masuk, belum faham kah ini?

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: ...Betul, betul.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu, apa peraturan mesyuarat?

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Saya hendak tanya tafsiran Peraturan Mesyuarat 36(6). Saya ingat dalam prosedur Dewan, sepatutnya bagi ruang untuk Yang Berhormat Bakri habiskan hujahnya, Menteri boleh jawab...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: ...Tarik balik, I don’t want to hear that, nonsense!... [Dewan riuh] Tarik balik, jangan sewenang-wenang buat fitnah. Don’t use this Dewan, don’t abuse this Dewan... [Dewan riuh] Jangan gunakan kebebasan Dewan.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah. Yang Berhormat Pasir Salak, duduk...

Page 52: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

40 DR.21.03.2012

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Saya hendak dapat penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pasir Salak, duduk dahulu.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You are picking a wrong guy...

Tuan Yang di-Pertua: Ini lagi satu masalah, Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan lagi bising. Ini lagi satu masalah mengenai dengan tafsiran. Ini lagi masalah ia.

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: ...I habiskan soalan sahaja...

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, sudah because I know what are you going to say. Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam mentafsir peraturan mesyuarat, kuasa siapa?

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: ...Betul, betul. Saya hendak dapatkan tafsiran yang jelas. Saya hendak tahu sama ada – kita panduan daripada Tuan Yang di-Pertua, sama ada kita tunggu sehingga Menteri menjawab, baru kita conclusive atau semasa kita...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Don’t abuse this Dewan, don’t abuse, jangan salah gunakan kebebasan Dewan...

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: ...Semasa kita berucap ini, memang sama ada sedar atau tidak sedar mungkin kita tidak tahu maklumat ini betul atau tidak...

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, boleh kah Ahli Yang Berhormat dua duduk dahulu? Duduk. Sewaktu kita sedang bermesyuarat, kalau saya yang mempengerusikan dan Timbalan-timbalan saya, kami mendengar walaupun hujah itu melanggar peraturan mesyuarat sehingga mendapat teguran dan Speaker sendiri tegur, bolehlah berucap, kan? Because referee punya kerja, bukan apabila bawa bola, selepas itu dia tiup sewenang-wenang. That will disturb the floor of the debate. Okay, it’s all right? Tetapi peraturan mesyuarat juga Yang Berhormat Batu, membenarkan bahawa apabila seorang berucap, seorang boleh mencelah tetapi atas budi bicara orang yang sedang berhujah.

Akan tetapi peraturan mesyuarat juga mengatakan bahawa setiap hujah itu tidak boleh menyindir. Hujah tidak boleh menyakitkan hati, hujah tidak boleh ada perkara tersirat. All these you know tetapi apabila Ahli Yang Berhormat berucap, semua ada political syntax yang menimbulkan reaksi negatif, that’s way I come in, understand?

Mengenai dengan tafsiran pula, sering kali saya diingatkan dengan tafsiran, terutama sekali dengan peguam-peguam terkemuka yang mengatakan bahawa ini tafsiran dia. Mereka tidak baca bahawa tafsiran muktamad sama ada dia betul atau tidak, adalah Speaker di bawah Peraturan Mesyuarat 42, understand? Okey, kalau tidak bersetuju dengan tafsiran Tuan Yang di-Pertua, bawa usul bersendirian. Semua ini jelaskan? Tetapi kenapa apabila saya buat ruling, semua berdiri dengan tafsiran dia. I know most of you are prominent lawyers, I know that, but this is not a court of floor, this is my court, this is my perimeter... [Tepuk]

Yang Berhormat Tangga Batu kalau tidak ada lagi peraturan mesyuarat, tolong. Sekarang ini sudah pukul 1.03 minit. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat kita tangguhkan sehingga jam 2.30 petang nanti.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

■1430

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

Page 53: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 41

2.30 ptg.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, saya...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Seorang Ahli: Peraturan ya?

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa pula peraturan, saya ingin mencelah, tidak bagi jalan tidak apa, selagi dia tidak tarik balik tuduhan yang mengatakan, FELCRA menjual sawit kepada Israel, I will not sit down. This is my document... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sebentar Yang Berhormat...

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Serah kepada Menterilah dokumen itu..

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: No, no. Don’t you try to get away from this...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya hendak teruskan ucapan saya...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak ada, Tuan Yang di-Pertua, ini fitnah..

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat telah pun menarik perhatian Yang Berhormat Speaker sebelum ini dan telah pun dibuat ruling tadi...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak ada ruling lagi...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak ada ruling?

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: No ruling...

Seorang Ahli: Tidak ada ruling, duduklah dahulu...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya minta Tuan Yang di-Pertua buat ruling, iaitu kenyataan daripada Yang Berhormat Bakri yang menuduh bahawa FELCRA ada saham dalam satu syarikat yang menjual minyak sawit kepada Israel, itu adalah satu fitnah dan tidak betul. Saya minta dia menarik balik dan memohon maaf.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Harap Yang Berhormat Pasir Salak tengok Hansard dahulu..

Beberapa Ahli: Tidak ada, tidak ada.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Apa yang saya cakap ialah FELDA.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa dia?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: FELDA.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya mahu Yang Berhormat Bakri tarik balik dan minta maaf kepada FELCRA...

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Dia cakap FELDA, you Pengerusi FELCRA, duduklah... [Dewan riuh]...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Berhormat Pasir Salak tengok Hansard dululah...

Dato’ Lilah bin Yasin [Jempol]: Buat salah tidak mahu mengaku...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya sambung ucapan saya...

Dato’ Lilah bin Yasin [Jempol]: Yang Berhormat Bakri, tarik dahulu..

Beberapa Ahli: Tidak payah, tidak payah.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Persoalannya...

Page 54: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

42 DR.21.03.2012

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, dia kata bahawa dia bercakap tadi merujuk kepada FELDA dan bukannya FELCRA... [Dewan riuh]

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, jangan belit.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Berhormat Bakri memang tidak putar belitkan isu ini.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya minta tarik balik dan minta maaf.

Dato’ Lilah bin Yasin [Jempol]: Saya dengar dia sebut Pengerusi FELCRA... [Dewan riuh]

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Tengok Hansard dahulu, lepas itu kalau hendak suruh tarik kah hendak tolak, tengoklah Hansard.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak ada, jangan hendak putar belit, You can do it to another people, not to me. This is a manipulation. Jangan jadikan Parlimen ini satu budaya membuat fitnah dan tuduhan palsu. Ini world class Parliament... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan Yang Berhormat?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya tidak beri jalan, tetapi saya akan sambung ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua...

Beberapa Ahli: Duduklah.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Persoalannya...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak ada persoalan, minta maaf dahulu kepada FELCRA...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Adakah hasil sawit peneroka FELDA turut terkait dalam urusan ini?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia kata FELDA Yang Berhormat.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, tadi dia tuduh FELCRA...

Dato’ Lilah bin Yasin [Jempol]: Tuan Yang di-Pertua, memang dia sebut perkataan FELCRA...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: FELDA dan Sime Darby harus menjawab persoalan ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bakri, sekarang Yang Berhormat Bakri merujuk kepada FELDA ataupun FELCRA?...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bukan sekarang, tetapi pagi tadi.... [Dewan riuh]

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: F.E.L.D.A.

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Tuan Yang di-Pertua, tadi memang dia sebut FELCRA... [Dewan riuh]

Seorang Ahli: Ini bukan Pengerusi FELDA, ini Pengerusi FELCRA...

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Tadi dia sebut FELCRA Tuan Yang di-Pertua. Confirm sebut FELCRA.

Dato’ Lilah bin Yasin [Jempol]: Tuan Yang di-Pertua, dia merujuk kepada Pengerusi FELCRA dan dia tunjuk. Dia mesti minta maaf kepada Dewan... [Dewan riuh]

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Dia tahu bahawa Yang Berhormat Bakri sudah buat tuduhan yang palsu, dia tarik balik... [Dewan riuh]

Page 55: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 43

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tarik balik dan minta maaf sekarang... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sebentar Yang Berhormat, point of order pun sebentar. Dia tengah kecoh, sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Salak, saya faham sentimennya dan Yang Berhormat Bakri telah menjelaskan bahawa dia merujuk FELDA dan bukan FELCRA. Apa pun...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia merujuk kepada FELCRA Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia perbaiki sekarang ini Yang Berhormat..

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia perlu minta maaf, minta maaf dan tarik balik... [Dewan riuh]

Seorang Ahli: Tarik balik...!

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tarik balik dan minta maaf... [Dewan riuh]

Seorang Ahli: ...Awak pun tidak ada dalam Dewan, hendak kata apa?

Seorang Ahli: Mana boleh tidak ada, kita tengok di skrin...

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Pokok Sena, semua menyebut...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Pakar putar belit...

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Sekarang dia sedar bahawa tuduhan itu palsu, sekarang dia main, ini depan belakang ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sebentar Yang Berhormat Lenggong, nanti apabila kementerian menjawab, kementerian akan perjelaskan perkara yang sebenarnya bahawa FELCRA tidak terlibat...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya harap Menteri akan perjelaskan perkara ini...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, you can take action against me. No, no you can take action against me...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tidak memihak sesiapa, sekarang dia merujuk kepada FELDA...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia patut minta maaf, kenapa ini susah sangat?...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Dengan penuh rasa kemanusiaan, saya mendesak pihak kerajaan untuk menamatkan sebarang bentuk hubungan perdagangan dengan negara Israel dan menarik balik semua keputusan Kabinet berhubung dengan kelulusan perdagangan dengan negara Israel...

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Pasir Salak, esok kita tengok Hansard dan Speaker buat ruling.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Apa yang telah dibuat pada tahun 1996. Bakri bersedia untuk menyokong usul ini dengan sepenuh hati.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, soal minta maaf ini kalau...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia buat fitnah!... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, tidak apa. Sekarang dia mengatakan FELDA...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: ...Kesilapan dia tadi, dia mesti mengaku... [Dewan riuh]

Seorang Ahli: You salah dengar!... [Dewan riuh]

Page 56: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

44 DR.21.03.2012

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia sudah perbaiki sekarang...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: UMNO dan sekutunya sememangnya tidak berhak untuk mengecam Ketua Pembangkang ekoran sikap anda yang lebih hina dan munafik, berlagak seolah-olah mempertahankan Palestin, tetapi rupa-rupanya membisu seribu bahasa menjalin hubungan perdagangan ini dan meraih laba daripadanya.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Sekiranya tiada kepentingan politik, UMNO akan terus bisu dan terus membiarkan setiap ringgit mengalir ke dana Zionis untuk menodai...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia sudah memperbaiki sentencenya, FELDA..., itu isu...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Kiblat pertama umat Islam dan menyembelih rakyat tidak berdosa Palestin.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan riuh]

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Aktiviti perjudian merupakan penyakit sosial yang berpotensi untuk merosakkan struktur sosial masyarakat. Aktiviti perjudian sama ada ramalan nombor, kelab-kelab lumba kuda dan lain-lain syarikat perjudian sering kali meraih untung berlipat kali ganda. Malangnya kadar percukaian yang dikenakan kepada aktiviti ini adalah terlalu rendah, hanya sebanyak 8% jika dibandingkan dengan beberapa negara Asia yang lain. Kebanyakan negara di Asia adalah antara 17% hingga 20%...

■1440

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: ...You are being unfair, you’re being unfair...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Don’t question me, jangan question saya Yang Berhormat. No... [Dewan riuh]

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat]: Oh! Ini menghina Dewan!

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak apa, it’s up to you.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: How come you can question Speaker?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: It’s up to you.

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Peraturan ini, bangun atas peraturanlah. Kalau tidak ada peraturan duduklah.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: How come you question the Speaker?

Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You want people to respect you as judge...

Beberapa Ahli: Mengamukkah?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Oleh kerana perbelanjaan yang digunakan untuk tujuan ini adalah besar dan aktiviti ini adalah tidak sihat untuk masyarakat. Ia menjadi satu kewajipan sosial kepada kerajaan untuk mengawal dan mengurangkan jumlah pembeli nombor ramalan. Salah satu cara untuk mengurangkannya ialah dengan mengenakan cukai tambahan ke atas judi ini. Sekiranya cukai ini dikenakan, ia merupakan satu kaedah sekatan tidak langsung bagi mengurangkan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Bakri...

Page 57: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 45

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Please lah, Yang Berhormat

tolonglah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bakri.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua tolong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Don’t make a fool of this Dewan, man.... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: No, Yang Berhormat pun jangan buat fool dalam Dewan. Sama-sama.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa saya sudah buat, what did I say?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: You are questioning my integrity!

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: No, you have to be fair.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: I have been fair.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: What fair?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia ada katakan FELDA.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia tidak minta maaf, tadi dia sudah buat salah... [Dewan riuh]

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak tarik balik mana satu? Dia ada perbaiki ayat. Teks yang dia baca tadi “FELDA...”

Seorang Ahli: Sopan santunlah...

Seorang Ahli: Kaki mengamuk, berdisiplinlah Yang Berhormat Pasir Salak.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: I have to be fair. Yang Berhormat Speaker sudah buat keputusan tadi. Dia kata dia memberi ruang sepenuhnya. Dia beri amaran kepada Yang Berhormat Bakri untuk tidak menuduh fakta yang tidak betul. That was the decision. Sekarang dia balik, saya tanya dengan dia, awal-awal tadi, saya kata FELDA atau FELCRA? Dia baca teks, “FELDA”. What else can I do, what else we can do?... [Dewan riuh]

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Why don’t he apologise?...

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Yang Berhormat Pasir Salak...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: I have been fair, I have been fair to everybody. Tidak perlu persoalkan integriti saya.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: What is your ruling?

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Banyak takutlah ini UMNO, lawan banyak takut.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia ada perbaiki sentence.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: That is not a fair ruling. That is not fair.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: What’s not fair? What do you know about fair?... [Dewan riuh]

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak adil. Buat tuduhan, tohmah, kemudian...

Page 58: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

46 DR.21.03.2012

Seorang Ahli: Tuan Yang di-Pertua, standing order.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Do not talk about fairness.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak payahlah Yang Berhormat. Again, Yang Berhormat Bakri, saya minta Yang Berhormat baca balik supaya mereka dengar. Baca sentence.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Pergi balik Telok Intan lah, jaga you punya kawasan.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: You balik Pasir Salak lah.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Orang Telok Intan pun sudah fed-up.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya bacakan FELDA.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia merujuk kepada FELDA. Yang Berhormat, tolonglah Yang Berhormat. Kita tarik balik kalau perkataan itu menyinggung perasaan seseorang.

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Diamlah Yang Berhormat Telok Intan.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You go and get the Hansard. Minta Hansard.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak apa, dia perbaiki. Perbaiki, maknanya sentence dia FELDA – dia secara tidak langsung mengakui kesilapan daripada awal... [Dewan riuh]

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Hansard, Hansard! Tengok apa dia cakap.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak payah pertikaikan. I’m being fair, saya fair. Very fair...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, saya sambung ucapan saya. Sekiranya cukai ini dikenakan ia merupakan satu kaedah sekatan tidak langsung...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yang Berhormat Pokok Sena turut berucap, mengatakan bahawa FELDA ada saham dalam syarikat mengeksport minyak.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat, yang itu telah diselesaikan oleh Speaker tadi sebelum jam 1.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Mana ada selesai? Saya ada di sini. Tidak selesai. Macam mana kata selesai?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: No, you cannot be so... What we call this? [Disampuk] Arbitrary…

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua, standing order.

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Tuan Yang di-Pertua, minta dia baca peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat tidak membantu, cukuplah.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa sudah jadi?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat Pasir Salak, saya minta maaf Yang Berhormat Pasir Salak.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: I want justice.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: We also want justice.

Page 59: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 47

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Peraturan mesyuarat.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: You do not know about justice, what justice are you talking about?

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Jangan main tuduh-tuduh sembarangan.

Seorang Ahli: What do you know about justice, what is justice?

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: No, no, no.

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Peraturan tertib dalam Peraturan Mesyuarat 44(1), 44(2) dan 44(3), saya memohon supaya...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Okey, take lah action. Take lah, you mohonlah, take.

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Saya memohon ketetapan 44(3) supaya Yang Berhormat Pasir Salak digantung...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Take lah, you can say anything. Take lah! I am ready, take... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudahlah Yang Berhormat. Tidak sampai begitu Yang Berhormat, cukuplah. Duduklah.

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Setuju?

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You can ask the Speaker, provoke the Speaker to take action against me.

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Ini Dewan yang mulia.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bakri cukuplah. You move to the other topic, I will stop you. Yang Berhormat telah memakan masa yang begini panjang. Cukuplah Yang Berhormat. Move to other topic.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Sekiranya cukai ini dikenakan ia merupakan satu kaedah sekatan tidak langsung bagi mengurangkan amalan perjudian di kalangan rakyat Malaysia...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Minta maaf kepada FELCRA, you sudah membuat fitnah.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Serta berpotensi untuk mengurangkan kesan buruk dari amalan perjudian ekoran dari kenaikan harga tiket-tiket nombor ramalan. Ini merupakan mekanisme terbaik dalam mengawal industri...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kalau saya cakap dia anak haram..., Tuan Yang di-Pertua, kalau saya cakap dia anak haram... [Dewan riuh]

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua, peraturan. Perkataan “anak haram” harus di...

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Tuan Yang di-Pertua, sila suruh dia tarik balik kata-kata..., ini sudah melampau. Inikah yang dikatakan sebagai ahli politik?

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Tingkah laku Yang Berhormat Pasir Salak memang melampau.

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Tidak menghormati Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini...

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Dia telah mencabul kehormatan Dewan yang mulia ini.

Page 60: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

48 DR.21.03.2012

Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Unparliamentary behavior.

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: “Anak haram” adalah perkataan yang harus ditarik balik Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Boleh cakap macam-macam.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya boleh tarik balik, saya boleh tarik balik kalau...

Seorang Ahli: Tidak mahu, kita tidak tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak ada isu Yang Berhormat. No issue anymore. Dia sudah perbaiki sentence.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Gantung dirilah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia kata FELDA, dia ada tarik balik. Dia memperbaiki kesilapan. Mungkin Yang Berhormat salah dengar.

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Dia tidak faham bahasa kebangsaan kah?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Apa pun Yang Berhormat, biar Menteri yang menjawab. Yang Berhormat pengerusi FELCRA sebagai Ahli Parlimen tidak boleh menjawab... [Dewan riuh] Menteri yang menjawab. Menteri akan memperbaiki nanti, memperbetulkan keadaan.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya tidak boleh menjawab?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak boleh.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apakah tiap-tiap kali mahu berucap kena tunggu Menteri menjawab?... [Dewan riuh]

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: You hendak jadi Menterikah?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Akan tetapi tidaklah sampai keadaan begini Yang Berhormat.

Dato' Kamaruddin Jaffar [Tumpat]: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Yang Berhormat Pasir Salak jadi Menterilah... [Dewan riuh]

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Ikut peraturan, Menteri menjawab. Ahli Parlimen minta penjelasan daripada Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Inilah masalahnya, orang lama tidak menjadi Menteri lagi. Nanti saya akan recommend lah.

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Yang Berhormat Telok Intan diamlah... [Dewan riuh]

Dato' Haji Lilah Yasin [Jempol]: Ini bukan soal Menteri, ini soal menyelewengkan Dewan... menyelewengkan Dewan – tanggungjawab kita dengan Speaker. Tadi sudah buat salah, apa salahnya minta maaf.... [Dewan riuh]

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, saya sambung ucapan saya. Kerajaan boleh menggunakan hasil dari cukai judi ini untuk membuat program-program bagi mengatasi masalah yang timbul akibat dari ketagihan judi selain dari satu usaha kerajaan untuk memperketatkan dan mengawal aktiviti perjudian haram. Di Malaysia, semua perniagaan perjudian...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Please, what is this? Making mockery of this Dewan man. You are allowing these kind of things happening...

Page 61: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 49

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Adakah pihak kerajaan bersedia untuk mengenakan

tambahan cukai perkhidmatan 5% ke atas...

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: You are making mockery of this Dewan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, dia sudah memperjelaskan. The question is Yang Berhormat tidak terlibat, duduk Yang Berhormat. Parlimen ini kena berjalan, it has to go on. Dia sudah perjelaskan, he meant FELDA.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tadi dia cakap apa? Pagi tadi?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tidak tahu pagi tadi. Sekarang saya sudah tanya, dia meant “FELDA...”

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Macam mana boleh tidak tahu, you are not doing your duty.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: He meant FELDA Yang Berhormat. Kenapa tidak boleh terima? Kita boleh terima ini, perkara kecil. He means FELDA.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kecil! How can you say kecil? You know what they’re trying to do?

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: You try to be semantic, hendak jadi hero.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: You are asking me something yang saya tidak boleh buat.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Macam mana tidak boleh buat?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat suruh, dia sudah perjelaskan. Saya sudah minta dia perjelaskan what he meant and he meant “FELDA”.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: So enough, is that enough for you?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Apa lagi?

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Is that enough? I want to ask you... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Apa lagi?

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: That make you happy?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ask the question, are you happy with that answer? That should be the question.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Beri Menterilah, Menteri...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia memfitnah, bercakap bohong.

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Bagi Menteri menjawab.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Anifah bin Aman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat biarlah Yang Berhormat Menteri menjawab dan Yang Berhormat boleh mencelah ketika Menteri menjawab.

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Setuju, setuju.

Dato' Sri Anifah bin Haji Aman: Itu cara yang terbaik. Jadi, Yang Berhormat apabila Yang Berhormat Menteri menjawab, Yang Berhormat boleh mencelah dan meminta penjelasan. Ketika itu Yang Berhormat bolehlah berhujah. Saya ingat kita beralih kepada perkara lain.

Page 62: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

50 DR.21.03.2012

Dato' Kamaruddin Jaffar [Tumpat]: Yang Berhormat Pasir Salak bukan Menteri.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, kalau macam itulah yang Menteri sebut, jadi sementara Menteri menjawab, kita boleh tuduhlah, fitnahlah, suka hatilah, bohonglah. Jadi, macam itulah Dewan ini. Menteri menjawab minggu hadapan. Sementara itu, empat lima hari ini kita fitnahlah. You want to encourage that culture in this Dewan? I won’t support that. Make it a record, Yang Berhormat Pasir Salak will not agree that culture.

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Anak-anak mendengar Yang Berhormat Pasir Salak. Kawal diri itu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bakri, kalau Yang Berhormat Pasir Salak cakap tadi, FELDA, FELCRA diperbetulkan. Selepas itu perbetulkan, tariklah.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya sudah betulkan ejaan dan saya...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah betulkan apa Yang Berhormat? Yang Berhormat apa dia? Betulkan apa Yang Berhormat?

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Minta maaflah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat tidak maksudkan FELCRA...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Ya, saya tidak cakap FELCRA.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Okey, cukuplah Yang Berhormat... [Dewan riuh]

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Eh! Ini apa maksud? Tidak, tidak minta maaflah.

Seorang Ahli: Don’t be childish lah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Teruskan.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Minta maaflah. Apa salah?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya sambung. Cadangan mengenakan cukai perkhidmatan...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You said it...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah, cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: How come you say something and say you don’t, how come? You look stupid fool....

■1450

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Adalah merupakan titik permulaan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pasir Salak..

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Kepada pemakaian konsep GST.

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Perkataan stupid fool tidak dibenarkan di Dewan... [Dewan riuh]

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat]: Stupid foollah, macam-macam ini, kawallah sedikit perasaanYang Berhormat Pasir Salak ini....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Sepanjang pengetahuan saya, pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) telah beberapa kali mengajukan...

Tuan Abdullah Sani Abdul Hamid [Kuala Langat]: Anak-anak melihat gelagat kita. Malulah kepada anak-anak, malulah kepada anak you...

Page 63: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 51

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Malulah dengan

pembohongan, fitnah, cakap bohong, sendiri malu, malulah kepada anak you...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Kertas konsep cadangan mengenakan cukai perkhidmatan 5% Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sebagai hasil Kerajaan Persekutuan terhadap syarikat perjudian ramalan nombor kepada Kementerian Kewangan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bakri habiskan.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Siapa yang malu, siapa bohonglah. Sendirilah malu!

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Bukan masalah bohong...

Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Perkara 44, peraturan mesyuarat...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Namun kertas konsep tersebut telah ditolak.

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Yang Berhormat Pasir Salak tidak mengendahkan perintah...[Dewan gamat]

Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: ...Maka kita harus menghentikan Yang Berhormat Pasir Salak daripada menyertai Dewan yang mulia ini selama dua hari.

Seorang Ahli: Halau dia keluar!

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Pada 15 Disember 2011, Persatuan Nelayan Pengerang telah menyenaraikan seramai 121 orang dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat di Kompleks Penghulu Mukim Pantai Timur mengenai tawaran pampasan kepada 121 nelayan. Dalam mesyuarat tersebut... [Dewan gamat]

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Okeylah, ambillah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Bagi dia keluarlah. Bazir masa Dewan yang mulia ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup Yang Berhormat. Tidak membantu Yang Berhormat, cukup. Yang Berhormat Bakri, saya minta habiskan ya Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tuan Yang di-Pertua, ini tidak adil.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak membantu, cukup!

Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Yang Berhormat itu gila, kacau, kacau, kacau.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bacul, buat salah tidak mahu minta maaf... [Dewan riuh]

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Yang Berhormat Pasir Salak menggunakan bahasa unparliamentarily, “bacul”, he used…

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Coward, bacul!

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: You see, he repeated.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Satu kertas perjanjian telah dikemukakan kepada hadirin dan mereka telah di minta menandatangani tanpa memberikan penjelasan yang jelas. Hakikatnya kertas perjanjian tersebut telah disediakan oleh Dialog Pengerang Sdn. Bhd.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa bercakap ini..., siapa hendak dengar ini?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Di dalam perjanjian tersebut, syarikat ini telah menawarkan...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Syarikat apa..., FELCRA lagi?... [Dewan riuh]

Page 64: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

52 DR.21.03.2012

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun cannot

allow this to happen. Ini tidak boleh dibenarkan. Dia mencabar authority Speaker, you know.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Inilah budaya pembangkang, fitnah-fitnah, tohmah. Mereka kata, “Oh, sorry we didn’t say it”. Statement is not complete, out of content...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Sebagai bayaran ex-gratia dengan syarat tidak boleh membatalkan dan tanpa syarat mengakujanji untuk...

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Betullah kata orang-orang tua Tuan Yang di-Pertua, orang yang sudah berumur...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa dia?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: …Tidak membuat apa-apa bantahan atau tuntutan terhadap syarikat tersebut atau Kerajaan Negeri Johor mengenai perkara tersebut. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan Persatuan Nelayan seharusnya melindungi faedah...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Selepas ini kita langgar sahaja peraturan di Dewan ini. Buat suka hati sahaja.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Ahli-ahlinya. Namun dalam kes ini, persatuan tersebut sudah dipergunakan sebagai alat kerajaan dan syarikat korporat swasta untuk menipu nelayan-nelayan.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, macam-macam dia fitnah, tohmah, so you allow?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Itu ucapan Yang Berhormat, biarkan Yang Berhormat.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Biarkan apa..., ucapan macam ini? Dewan apa ini?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa harga untuk satu pintu tombol adalah RM14,000. Secara purata seorang tuan kapal memiliki lima pintu...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat, minta maaf Yang Berhormat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: RM70,000. Ini belum kira termasuk kerugian yang dihadapi selepas kawasan perikanan mereka dimusnahkan selepas projek tersebut dijalankan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You are Speaker, you want to be respected, you cannot decide what is bad. How can like this?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: I have decided.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Sekiranya mengikut kerugian yang dihadapi...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: This kind of decision?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Oleh para nelayan, untuk nelayan togok, pampasan sebanyak RM40,000 setiap pintu togok harus diberi...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: I want it to be repeated outside Dewan, then I will charge you in court. We see you in court. You berani, you say it outside.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: You don’t talk about the law. You pun tidak ikut law, mengapa cakap mengenai law? Mana ada ikut law, undang-undang...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kalau berani?

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Kalau berani, cakap sini. Jangan menyalak.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa?

Page 65: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 53

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Jangan menyalak di Dewan.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yang Berhormat Telok Intan, Yang Berhormat pergi tolong jaga...

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: You balik Pasir Salaklah.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sudahlah.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: You balik jaga kawasan.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Itu orang India sana kompelin, you tidak jaga dia.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: You pun sama juga, Melayu pun kompelin juga, apa cakap besar?

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya juga yang jaga India di Pasir Salak... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bakri, habiskanlah Yang Berhormat Bakri.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak jaga kawasan...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Peralatan perikanan dan hilang pencarian mereka selama-lamanya. Adakah kerajaan sedar tentang perjanjian tersebut...?

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa you mahu jawab? Saylah...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ... Di atas yang dikemukakan oleh Dialog Pengerang Sdn. Bhd...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yang Berhormat Telok Intan tidak jaga. Duduk Klang senang-senang. Ini mahu jadi Telok Intan...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Sebagai satu kerajaan yang memperkenalkan slogan ‘Rakyat Diutamakan’ adakah munasabah untuk memberikan pampasan sebanyak RM15,000...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: What’s this?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Di mana alat-alat perikanan mereka sudah bernilai sebanyak RM70,000 ke atas hilang pencarian mereka selama-lamanya. Saya ingin memaklumkan bahawa...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Cukup macam mana ini?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Nelayan-nelayan Pengerang telah berada di situ selama tiga ke lima generasi. Sehingga kini penduduk-penduduk yang terlibat tidak dimaklumkan mengenai rancangan penempatan semula secara teliti.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: What happen? What happen to this Dewan, I want to ask you?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: UPEN menyatakan bahawa projek...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah selesai Yang Berhormat, cukup.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa yang selesai?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Ini dijangka akan menghasilkan 40,000 peluang pekerjaan semasa pembinaan dan dianggarkan 4,000 pekerja tetap akan diperlukan semasa operasi loji-loji tersebut siap dibina.

Page 66: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

54 DR.21.03.2012

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: I want this to be settled

outside. Senang-senang sahaja tuduh pagi tadi FELCRA jual minyak dengan Israel, what is this?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Dalam projek RAPID ini, manfaat penduduk tempatan seharusnya diutamakan. Namun adakah hampir 30 ribu penduduk ini bersedia menyesuaikan diri sendiri dalam bidang petro-kimia ini?

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You are happy the Speaker is for you…, syoklah...

Dato' Kamarudin Jaffar [Tumpat]: Itu pun menghina Speaker sebenarnya, itupun penghinaan terhadap Tuan Yang di-Pertua di Dewan Rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak apa Yang Berhormat, tidak apa. People can see, tidak apa...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Sekiranya 4,000 peluang pekerjaan ini dapat dipenuhi oleh penduduk tempatan dengan syarat mereka dapat latihan yang dibekalkan oleh kerajaan. Apakah akan terjadi kepada 26,000 penduduk yang tertinggal. Tambahan lagi ke mana mereka boleh pergi sekiranya mereka ingin meneruskan pekerjaan perikanan dengan kepakaran yang mereka sedia ada. Apakah impak yang dihadapi oleh bidang pertanian di kawasan itu. Perlu diingati bahawa penduduk-penduduk di kawasan Pengerang telah bergantung kepada industri perikanan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, masa sudah habis.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya habiskan sebab ramai yang kacau saya. Perlu dingati bawah penduduk-penduduk di kawasan Pengerang telah bergantung kepada industri perikanan dan pertanian berpuluh-puluh tahun lamanya. Saya ingin penjelasan bahawa berapakah kos pampasan telah disediakan dalam jumlah peruntukan sebanyak RM60 bilion di dalam pembangunan projek RAPID ini. Saya juga minta penjelasan secara teliti mengenai kawasan penempatan semula yang dirancangkan di kawasan Punggai dan Kampung Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Semalam Yang Berhormat Pengerang telah menyatakan beberapa perkara mengenai perhimpunan membatal projek RAPID bahawa beliau turut menyaksikan.

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Ini Speaker sudah suruh duduklah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bakri, habiskanlah Yang Berhormat.

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat tahukah apa Yang Berhormat cakap itu?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Menggunakan nombor pendaftaran. Tuntutan beliau telah menyebabkan penduduk Pengerang.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bakri...

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat tahu kah apa Yang Berhormat cakap itu? Saya ingat Yang Berhormat Bakri pun tidak tahu apa dia cakap.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Habiskan Yang Berhormat, habiskan.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Berasa kecewa terhadap seorang wakil rakyat yang seharusnya membangkitkan perasaan orang kampung.

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Jaga kawasan Bakrilah, kenapa masuk kawasan orang?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Berhormat Pengerang seharusnya membuat satu siasatan bukan sahaja di Pengerang.

Page 67: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 55

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Ini kawasan Permatang Pauh

pun...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang mana satu keluarga terutamanya masyarakat Cina, Melayu tidak ada....

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Saya ingat Yang Berhormat Bakri pun tidak tahu apa dia cakap.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Ahli keluarga pernah jadi kehidupan di Singapura. Hakikatnya kiraan mata wang negara kita yang lemah berbanding dengan Singapura yang juga tidak ada peluang pekerjaan yang cukup di Pengerang menyebabkan...

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat tahukah apa Yang Berhormat cakap itu? Baca sahaja...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Terpaksa bekerja di luar negeri. Saya cabar Yang Berhormat Pengerang turun padang dengan saya ke Pengerang... [Ketawa] Saya akan tunjukkan gambar-gambar yang diambil semasa perhimpunan itu dan bagikan kepada penduduk-penduduk Pengerang, buktikan adakah mereka warga asing atau...

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Yang Berhormat tidak takut Yang Berhormat Pengerangkah?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Penduduk tempatan. Mengenai tuntutan Yang Berhormat Pengerang mengenai tidak pernah dengar ada penduduk membuat bantahan terhadap projek ini. Saya berpendapat tuntutan ini tidak mencerminkan pandangan keseluruhan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Penduduk di Pengerang...

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, peraturan mana Yang Berhormat? Yang Berhormat Bakri, ada peraturan mesyuarat. Peraturan mana Yang Berhormat?

Beberapa Ahli: Peraturan mana?

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya bagi penampar baru tahu nanti. You tahu. Yang Berhormat Taiping dahulu hendak kena di Perak.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ini pula hendak kena.

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Ini memang samseng dalam Dewan, saya sudah kenal dia lama.

Beberapa Ahli: Samseng, samseng dia.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Memang. Apa masalah?

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Memang Yang Berhormat Pasir Salak samseng, kenapanya?

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: What’s your problem, anything wrong here? You want to make ruling against me?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, saya sambung dua topik sahaja.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Standing order.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Standing order yang mana Yang Berhormat? Yang lain saya minta diam Yang Berhormat.

Page 68: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

56 DR.21.03.2012

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Diamlah. Orang hendak baca

pun, dia ganggu. Kok kek, kok kek. You ingat mana ini..., pakatan pembangkang punya kerajaankah? You boleh bercakap, nak bercakap you tengok orang dahululah baru bercakap.

■1500

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You want to ridicule everybody...

Seorang Ahli: Bacalah!

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Everybody want to ridicule... [Dewan riuh] Bagilah I bercakap dahulu, apa salah, up to the Speaker lah. Who is the Speaker, who is the Speaker?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, peraturan mesyuarat yang mana Yang Berhormat?

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Peraturan Mesyuarat 36 berapa ini?... [Dewan riuh] Nantilah dahulu pakai cermin mata... [Ketawa] Apa ini? Slow and steady.

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Raja lawaklah, slow and steady.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Lawak tidak lawak, you tengok nanti, lawak tidak lawak. You dekat Perak sudah tahu dahulu, lawak tidak lawak. You jangan main-main, doesn’t mean in the Dewan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: ...You are free to say what you like, outside Dewan also you must be responsible.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: ...And accountable, Peraturan Mesyuarat 36(6).

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat... [Ketawa] [Dewan riuh]

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Cepatlah ini ‘raja lawak’.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa yang you gelak...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, ini bukan sangkaan jahat.

Tuan Manogaran a/l Marimuthu [Telok Intan] [Bangun]

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Saya sambung dua topik sahaja, dia pendek sahaja.

Tuan Manogaran a/l Marimuthu [Telok Intan]: Tuan Yang di-Pertua sangkaan jahat terhadap diri sendiri.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Pagi tadi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: You got to respect peraturan mesyuarat...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: ...Yang Berhormat Bakri telah membuat sangkaan jahat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: ...Please.

Page 69: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 57

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: ...Sangkaan jahat terhadap

FELCRA, why is that ruling? I don’t have to say many things, why is the ruling? Kalau tidak betul, saya mengatakan dia bersangka jahat tengok Hansard, baca!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 36(6), Peraturan Mesyuarat 36(12) telah dibangkitkan sebelum Dewan berhenti berehat tadi dan telah diputuskan oleh pihak Tuan Yang di-Pertua bahawa Peraturan Mesyuarat 36(6) dan Peraturan Mesyuarat 36(12) itu tidak sampai ke tahap itu Yang Berhormat. Saya masuk dengan niat yang baik, saya meminta Yang Berhormat Bakri untuk menjelaskannya dan diperjelaskan bahawa dia maksudkan agensi FELDA dan bukannya FELCRA.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Okey, boleh saya minta penjelasan?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Akan tetapi tidak perlu drag, drag lebih jauh Yang Berhormat.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Boleh saya minta penjelasan?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Peraturan Mesyuarat 36(6), dia kata sangkaan jahat terhadap mana-mana ahli lain, ahli lain Yang Berhormat, ahli dan bukan terhadap kenyataan, fakta kepada agensi lain. Ahli lain Yang Berhormat dan telah pun diputuskan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua sebelum ini.

Cuba kita duduk dan menerima penjelasan Speaker tadi, keputusan Speaker dan kenyataan terbaru daripada Yang Berhormat Bakri yang mengatakan dia merujuk kepada FELDA. That’s all. Kalau FELDA itu tidak tepat nanti esok Menteri menjawab, dia akan memperjelaskan bahawa tuduhan Yang Berhormat Bakri itu tidak tepat, that is all.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya meminta...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Begini Yang Berhormat...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Boleh saya minta penjelasan?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Itu penjelasan saya terhadap standing order yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Boleh saya meminta penjelasan?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, sila Yang Berhormat.

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, sila Yang Berhormat.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana. You know, you are the body place for us untuk mendapatkan keadilan. Ini pihak pembangkang tidak ada memberikan keadilan. So please carefully judge before you make a decision, dengan izin. The case is dengan izin, ini petang adalah sambungan daripada sesi pada pagi tadi, bukan terputus begitu sahaja. Sambungan Tuan Yang di-Pertua dan perkara yang berbangkit di waktu sesi pagi...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Apa isu Yang Berhormat? Isu Yang Berhormat...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Isunya ialah...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: ...Suruh dia minta maaf.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: ...Yang Berhormat Bakri membuat tuduhan terhadap FELCRA dan [Dewan riuh] waktu petang ini dia katakan merujuk kepada FELDA...

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: ...Dia patut menarik balik...

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: ...Peraturan mesyuarat...

Page 70: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

58 DR.21.03.2012

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: ...Dan minta maaf, itu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sebentar Yang Berhormat, doesn’t help any, please ...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: ...Kenapa susah sangat?

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Why can’t you make that ruling and ask him to withdraw an apology?... Finish! What’s so tough, why’s so difficult?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak ada masalah soalnya Yang Berhormat tidak menerima.

Pagi tadi benda itu pagi tadi dia raised dan telah pun Yang Berhormat, even Peraturan Mesyuarat 36(12), ada ahli tadi yang mendengar Peraturan Mesyuarat 36(12) daripada Yang Berhormat Tangga Batu untuk merujuk ke Lembaga Tatatertib dan...

Seorang Ahli: Kebebasan..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hak dan Kebebasan.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kita tidak mahu sampai situ pun..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sebentar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Diputuskan oleh Speaker tadi bahawa tidak sampai ke tahap itu dan dia memberikan kelonggaran. Kelonggaran.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apakah kelonggarannya?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: ...Yang dibuat oleh Speaker tadi. Maknanya Speaker menolak usul Yang Berhormat Tangga Batu untuk merujuk Yang Berhormat Bakri ke Peraturan Mesyuarat 36(12). Sudah diputuskan.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Itu keputusan untuk merujuk kepada...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Maknanya tidak sampai ke tahap itu Yang Berhormat. Saya tidak melihat. Jangan persoalkan integriti saya sebagai tidak adil dan memihak. Yang Berhormat sudah banyak lontarkan tuduhan kepada saya...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ini tuduhan bukan kecil.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: ...Secara personal tetapi saya terima itu, tidak apa.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuduhan bukan kecil.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: ...I’m a small man in the party. Tidak apa, saya terima.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: The allegation...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: ...Sekarang ini sudah selesai, tidak ada apa-apa lagi.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia sudah perbaiki, kalaupun salah, kalaupun FELDA secara tepat tidak menjual apa-apa kepada Israel, tidak ada hubungan bisnes dengan Israel, Menteri yang menjawab nanti akan memperjelaskan itu dan itu akan reflect kepada Yang Berhormat Bakri sebagai Ahli Parlimen nanti, that’s all. That’s all Yang Berhormat.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Jadi kita duduk di sini sebagai backbenchers, duduk macam orang bodohlah.

Seorang Ahli: Ya lah... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak ada siapa yang menuduh kita bodoh, tidak ada.

Page 71: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 59

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yes, swallow, swallow

everything. Everything what they say lah...[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 44(2).

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat. Isu yang sama saya minta Yang Berhormat Bakri habiskan. Cukup!

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You di Pulau Pinang boleh actlah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Minta Yang Berhormat Bakri habiskan. Cukup.

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: [Menyampuk]

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia menghina saya tidak apa, Yang Berhormat habiskan.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Menyampuk]

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ketua Menteri Pulau Pinang, you see you are so big.

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: ...Satu keputusan mengenai Peraturan Mesyuarat 44(2).

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cakap tidak apalah.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: This is Kuala Lumpur...

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: ...Memerintahkan mana-mana ahli yang berkelakuan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You don’t think that everybody you can fool around...

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: ...Tidak menurut dan melakukan perbuatan yang menghina Majlis Mesyuarat dan terus tidak...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat...

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: ...Mengendahkan kuasa Pengerusi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak sampai di sana Yang Berhormat.

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: ...Keluar daripada Majlis Mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bakri, habiskan.

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Saya minta Tuan Yang di-Pertua buat satu keputusan terhadap Yang Berhormat Pasir Salak... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya minta...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya menggulung ucapan saya. Okey, terima kasih...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Habiskan.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Okey boleh, terima kasih.

Page 72: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

60 DR.21.03.2012

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang

Berhormat Bakri.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya memohon penjelasan mengenai perkembangan empat taman kekal pengeluaran makanan TKPM sebagai haiwan ternakan iaitu... [Dewan riuh]

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Masa sudah pun lebih...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Hulu Bakri, Kampung Tui.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: ...Semua dia bagi, bagi everything!

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Kampung Bukit Kepong, Kampung Tulang Gajah di Lenga dan Kampung Lubuk Bekoh di Pagoh...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa ini! What’s happening to the Dewan?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Sila senaraikan nama syarikat yang terlibat di dalam keempat-empat tempat yang tersebut di atas.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: ...We are making a mockery of our Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: I know, Yang Berhormat Pasir Salak...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Ladang penternakan lembu...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tengok rekod Yang Berhormat berucap satu jam, you want me to show you record one hour?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Dan berapakah yang sudah ditutup...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: I’ve been fair, I’ve been fair Yang Berhormat Bakri saya minta duduk Yang Berhormat.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: No! dia tidak minta maaf di atas kesalahan dia, kenapa dibiarkan?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Habiskan Yang Berhormat.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kenapa dibiarkan Tuan Yang di-Pertua? You yang bijaksana. Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana. Kenapa dibiarkan orang melakukan fitnah dengan sesuka hati? Bolehkah saya tuduh fitnah terhadap Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta kali yang keempat supaya kita menguatkuasakan Peraturan Majlis 44(2), tidak mengendahkan kata-kata dan keputusan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ada lagi yang hendak berucap? Yang Berhormat Parit Sulong.

3.08 ptg.

Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kurang ajar!

Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih juga kerana memberikan saya peluang untuk sama-sama membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada kali ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya terlebih dahulu hendak mengucapkan tahniah di atas segala usaha kerajaan untuk merapatkan jurang kemajuan dan kemudahan asas antara bandar dan luar bandar menerusi Program Transformasi Luar Bandar yang dirancang. Ianya kawasan luar bandar akan sudah semestinya mengalami proses perubahan menjadi

Page 73: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 61

pekan ataupun bandar kecil yang mampu menarik pelaburan, menyediakan peluang pekerjaan dan juga peluang ekonomi kepada masyarakat tempatan.

Namun begitu, perkara-perkara asas terutama penyediaan infrastructure perlu disediakan. Dalam Dewan sebelum ini, sudah berapa kali saya membangkitkan isu yang menjadi rungutan rakyat terutamanya mengenai lampu jalan kampung di kawasan Parlimen Parit Sulong. Jadinya dalam sidang kali ini, saya hendak mengambil kesempatan ini bagi pihak penduduk Parlimen Parit Sulong untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan terutamanya kepada Perdana Menteri kerana telah mendengar rintihan kami, rintihan rakyat dan telah meluluskan peruntukan ini dengan menyediakan 2,066 lampu jalan kampung dan juga keprihatinan kerajaan untuk membina semula pasar awam dan juga pasar borong Batu Pahat yang telah uzur, alhamdulillah. Namun masih ada lagi yang memerlukan satu transformasi segera di kawasan saya.

■1510

Kali ni adalah mengenai sistem perparitan tradisional di sepanjang jalan utama daripada jambatan Batu Pahat hingga ke pekan Semerah. Jalan ini Tuan Yang di-Pertua, adalah jalan utama hendak menuju ke Bandar Muar daripada Bandar Batu Pahat. Walau bagaimanapun, parit yang ada adalah parit tradisional yang masih lagi seperti parit dahulu-dahulu yang menyumbang kepada masalah air bertakung dan kadang-kadang menyebabkan banjir kilat.

Saya telah menghubungi JPS dan JPS ada memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah menyelenggarakan parit-parit ini tetapi dalam kita bercakap mengenai transformasi luar bandar, keadaan parit ini sudah out-dated dengan izin. Di samping itu, seperti yang saya katakan tadi, parit-parit ini bertakung dan gagal berfungsi untuk mengawal saliran air dan juga kawalan banjir. Jadi, saya harap perkara ini dapat diberi perhatian dan diambil tindakan segera dengan menaik taraf parit tradisional ini ke sistem perparitan konkrit – yang lebih konkrit dan lebih moden.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak mengucapkan terima kasih di atas pengiktirafan pihak kerajaan yang sentiasa memberi peluang dan ruang kepada wanita negara ini yang dibawa bersama-sama dalam proses transformasi menuju negara maju. Pelbagai dasar dan program telah pun dilaksanakan dalam usaha untuk melaksanakan atau memperkasakan kaum wanita negara ini. Antaranya pada tahun 2004, kerajaan telah meluluskan dasar sekurang-kurangnya 30% wanita pada peringkat pembuat dasar dalam sektor awam. Pada tahun 2011, peratusan wanita menyandang jawatan utama sektor awam JUSA telah mencapai 32.3%. Pada Jun 2011, kerajaan juga telah meluluskan dasar sekurang-kurangnya wujud 30% wanita pada peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat menjelang 2016-2012. Terkini kerajaan menyasarkan penyertaan 55% wanita dalam tenaga kerja.

Di sebalik harapan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang saya fikir boleh menjamin cita-cita ini supaya ia dapat dicapai. Mengikut kajian, ada beberapa isu pokok yang masih lagi menjadi penghalang kepada penglibatan wanita dalam sektor kerja negara yang pada hari ini yang perlu diberi keutamaan. Antaranya adalah masalah tempat penjagaan dan pengasuhan kanak-kanak dan beberapa perkara yang telah banyak kali dibangkitkan sebelum ini. Antaranya yang lainnya adalah masalah tiada pusat asuhan kanak-kanak di tempat kerja, kualiti perkhidmatan pusat asuhan kurang memuaskan, kalau ada yang memuaskan, kadar bayaran bulanan pula agak tinggi, pusat penjagaan kanak-kanak ada yang tidak berdaftar, pusat asuhan menggunakan tenaga kerja asing sebagai pembantu juga adalah masalah.

Masalah ini saya kira telah berlanjutan daripada tahun 90-an dan sehingga kini dan sejak – sehingga Januari 2012 sebanyak 2,339 buah taska yang masih belum berdaftar di seluruh negara. Kita juga maklum pelbagai usaha dan inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan seperti memberi subsidi, menubuhkan pusat serenti untuk memudahkan proses pendaftaran taska, mengadakan kempen pendaftaran dan pelbagai usaha-usaha lain. Akan tetapi seolah-olah tidak memberi keyakinan kepada wanita terutamanya wanita profesional untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat pengasuhan ini.

Jadi, ini soalan saya kepada kementerian adalah apakah status terkini pusat asuhan kanak-kanak yang diwajibkan untuk diadakan di tempat kerja kepada semua jabatan dan juga agensi kerajaan dan apakah jenis insentif pula yang disediakan kepada pihak swasta yang menyediakan pusat-pusat asuhan kanak-kanak ini.

Page 74: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

62 DR.21.03.2012

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai program khas

memperkasakan wanita iaitu Program Inisiatif Pengarah Wanita (WDP) diperkenalkan bagi memberi latihan dan meningkatkan bilangan wanita yang menduduki jawatan tertinggi dalam sektor korporat. Saya hendak bertanya mengenai status program khas ini. Adakah rancangan khas ini telah diuar-uarkan dan adakah pencarian talent wanita ini telah dipanjangkan ke seluruh negara. Saya berharap juga agar portal khas yang dirancang bagi pendaftaran wanita profesional berkelayakan ini benar-benar dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pada itu saya juga memohon penjelasan mengenai apakah bentuk bantuan dan juga sokongan yang diberikan kepada wanita yang dijangkiti HIV Aids. Ini kerana mengikut rekod peningkatan kes HIV di kalangan wanita negara ini memang agak mendadak peningkatannya. Tahun 2005 ada 11.6%. Tahun 2012 pula meningkat kepada 20% dan mengikut satu laporan, 20% daripada 96,000 penghidap HIV positif ini terdiri daripada wanita dan kebanyakannya mendapat virus berkenaan daripada pasangan masing-masing. Statistik ini dilaporkan oleh Sektor HIV (STI) Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia 2010. Jadi, saya kira ini satu perkara yang perlu ditekankan dan perlu...

Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Minta laluan.

Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: ...Diberi perhatian mengenai perkara ini.

Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Minta laluan. Minta laluan. Terima kasih...

Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Saya pun tidak cakap lagi...

Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: HIV, masalah HIV. Yang Berhormat, baru-baru ini Kementerian Kesihatan telah memotong contribution grants kepada lebih kurang 33 NGO yang bekerja kuat dalam itu mengenai HIV dan daripada 32, 11 adalah daripada Kuala Lumpur dan lebih kurang enam daripada tujuh daripada Johor Bahru, Johor.

So, soalan saya ialah ataupun kalau minta pandangan daripada Yang Berhormat, kalau kerajaan sendiri memotong peruntukan yang diberikan untuk menangani masalah HIV, kalau kerajaan sendiri tidak memotong, apakah ini merupakan masalah dan juga akan meningkatkan kadar HIV di Malaysia. Minta penjelasan.

Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya kira biarlah kementerian berkaitan dapat menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Jadi, saya teruskan kepada tajuk yang berikutnya Tuan Yang di-Pertua sebab saya tengok Tuan Yang di-Pertua petang ini tunduk sahaja, jadinya kita teruskanlah pada ucapan – saya teruskanlah pada ucapan saya Tuan Yang di-Pertua..., kalau tersenyum nampak manis... [Ketawa]

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique [Tenggara]: Wanita sahaja boleh ya?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Terlampau manis pun tidak boleh Yang Berhormat, diabetic nanti.

Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Okey, okey... [Ketawa]

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Bagi tambah masa. Bagi tambah masa 10 minit.

Dato’ Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Tuan Yang di-Pertua, dalam hasrat kerajaan mencapai status negara maju ini, negara maju berpendapatan tinggi, bidang pendidikan perlu juga ditransformasikan sejajar dengan hasrat kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mahukan sistem pendidikan negara dikaji semula supaya modal insan yang dihasilkan daripada sistem berkenaan mampu memperoleh keperluan negara.

Jadinya langkah KPM melakukan kajian dan penilaian secara menyeluruh seperti yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini di Dewan Rakyat seharusnya dipuji. Namun begitu, saya berharap kajian dan penilaian yang dibuat nanti harus mengambil kira pandangan semua pihak supaya sebarang perubahan yang dibuat kelak benar-benar memenuhi keperluan negara. Saya juga mencadangkan

Page 75: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 63

supaya sesi-sesi dialog boleh dibuat – yang akan dibuat hendaklah lebih menyeluruh yang melibatkan pelbagai pihak yang berkepentingan.

Saya difahamkan bahawa KPM telah menyasarkan menjelang tahun 2015, 100% tenaga pengajar sekolah menengah dan 50% tenaga pengajar sekolah rendah, sekurang-kurangnya mempunyai pendidikan di peringkat ijazah pertama. Jadinya bagi memenuhi sasaran ini, ramai guru telah mengambil inisiatif untuk menyambung pelajaran mereka sama ada sepenuh masa, setengahnya pula separuh masa. Ada yang telah membuat pinjaman bank dan mengeluarkan simpanan sendiri untuk belajar.

Di sini saya hendak mohon penjelasan mengenai 15,000 rakyat – guru berijazah yang belum dinaikkan Gred 41 walaupun telah melepasi proses temu duga sejak dua tahun yang lepas seperti yang dilaporkan di akhbar.

■1520

Sebahagian daripada mereka kini menanggung masalah kewangan untuk membayar balik pinjaman bank kerana gaji mereka masih lagi ditakuk lama. Saya juga ingin menyentuh mewajibkan guru baru ke kawasan pedalaman. Pada pandangan saya adalah sesuatu yang wajar dilakukan bagi mengurangkan masalah guru terlatih di kawasan pedalaman. Namun sepatutnya dalam usaha mentransformasikan pendidikan negara, isu penempatan guru sama ada di bandar atau di luar bandar tidak harus menjadi isu lagi sekiranya guru itu benar-benar mempunyai jiwa yang ikhlas untuk mendidik anak bangsa.

Pada pandangan saya mereka yang enggan ke pedalaman kemungkinannya tidak berjiwa besar, mungkin juga tidak ikhlas dan mungkin juga membiarkan perasaan takut menguasai jiwa mereka. Jadi, saya ingin mencadangkan agar guru baru diberi pendedahan awal mengenai sekolah-sekolah di pedalaman semasa dalam latihan lagi dan juga mungkin boleh diadakan program sharing experience dengan izin, dengan guru senior yang pernah dan sedang berkhidmat di kawasan luar bandar, agar guru-guru baru ini mendapat gambaran sebenar suasana sekolah dan juga kehidupan masyarakat di pedalaman. Dia ada pepatah yang mengatakan, “kalau kita tidak kenal, kita tidak cinta.” Jadi, bila mereka berjumpa bila ada sharing experience insya-Allah, mereka akan kenal dan mereka akan cinta.

Jadinya, saya juga mencadangkan supaya KPM seharusnya mempunyai dasar pertukaran dan penempatan yang lebih jelas supaya semua pihak memahami bagaimana proses sebut berlaku. Saya juga ingin menyentuh isu memperkasakan pendidikan Islam dan moral. Hari ini satu fenomena baru dalam kalangan ibu bapa khususnya golongan pertengahan menghantar sekolah-sekolah agama yang berbayar. Sekolah yang menjadi pilihan adalah sekolah agama yang menawarkan pembelajaran al-Quran dengan subjek-subjek teras di sekolah kebangsaan. Daripada maklumat yang diperolehi antara faktor mereka memilih sekolah agama berbayar ini adalah kerana mereka lebih yakin terhadap sistem yang ditawarkan. Mereka merasakan bahawa sistem ini boleh membentuk akhlak dan peribadi anak-anak mereka dan juga mereka yakin ianya boleh membudayakan agama dalam kehidupan yang menjadi benteng terbaik untuk menangani pelbagai masalah sosial pada hari ini.

Saya tidak nafikan sekolah menengah kebangsaan agama telah menjadi pilihan ibu bapa hari ini. Namun pada pandangan saya kerajaan juga perlu untuk menambah jumlah sekolah agama di negara ini. Saya dimaklumkan pada tahun 2005 ada 28 dan pada hari ini peningkatannya hanya 55 buah sekolah sahaja. Jadinya, apabila ada lebih banyak penambahan ia akan memberi peluang kepada semua rakyat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama. Dalam masa yang sama kerajaan boleh mengkaji untuk memasukkan subjek agama ke sistem pendidikan menengah kebangsaan yang ada bagi memberi pilihan kepada pelajar-pelajar Islam untuk memilih.

Saya juga mencadangkan agar bantuan kepada sekolah agama negeri juga dipertingkatkan. Selain itu program j-QAF yang dilaksanakan ketika ini boleh dikatakan berjaya. Namun saya difahamkan mengenai kekurangan guru-guru dalam program itu. Justeru itu saya ingin bertanya apakah perancangan kementerian untuk mengatasi masalah ini. Saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai prasarana fizikal bagi kelas pendidikan khas di sekolah. Saya mendapati masih banyak kekurangan yang perlu diberi perhatian oleh kementerian dan di sesetengah sekolah pun saya dimaklumkan masih lagi menggunakan buku teks yang difotokopi. Jadinya, saya mohon penjelasan jumlah sekolah

Page 76: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

64 DR.21.03.2012

yang mempunyai kelas pendidikan khas di negara ini dan ratio guru kepada jumlah pelajar di sekolah-sekolah ini.

Tuan Yang di-Pertua, topik terakhir yang akan saya sentuh pada petang ini iaitu mengenai isu alam sekitar dan pembangunan teknologi hijau. Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong juga ada menyebut mengenai perkara yang saya sebutkan tadi. Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan sebab baru-baru ini negara telah diiktiraf sebagai negara yang ke-25 terbaik dari segi Indeks Prestasi Alam Sekitar daripada 132 buah negara dan tempat yang ketiga terbaik di rantau Asia Pasifik selepas New Zealand dan juga Jepun. Akan tetapi seperti yang kita maklum tenaga hijau masih diperlukan dan telah menjadi sebahagian daripada cara hidup kita dan juga budaya kita terutamanya negara maju.

Jadi, saya berharap budaya ini dapat diserap secepat mungkin kepada masyarakat dan saya percaya kejayaan penyerapan teknologi hijau dalam masyarakat ini dapat dilaksanakan melalui dua aspek penting yang mungkin saya boleh sebutkan inovasi atau penciptaan dan juga pembangunan teknologi hijau dan juga pembangunan teknologi hijau sama ada dalam melaksanakan proses kerja dan amalan harian. Kita juga maklum pelbagai usaha telah dibuat oleh kerajaan untuk memajukan industri teknologi hijau ini yang bermula dengan penubuhan kementerian itu sendiri dan seterusnya pelbagai dasar yang telah disebut oleh kerajaan.

Saya hendak mohon penjelasan mengenai apakah mekanisme akauntabiliti yang digunakan oleh kerajaan untuk mengukur kejayaan sesuatu perancangan pembangunan teknologi hijau. Sebagai contoh kita berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) untuk membangunkan industri tenaga hijau ini. Akan tetapi apakah tahap penggunaan tenaga solar dalam amalan hidup seharian? Apakah sasaran penggunaan tenaga hijau ini? Apakah impaknya pembangunan teknologi solar kepada proses pembelajaran seperti di sekolah-sekolah? Apakah kaedah pengukuran pencapaian pembangunan tenaga solar negara dan adakah ianya hanya diukur dengan semata-mata dengan peningkatan FDI sahaja. Itu sahaja ucapan saya dengan itu saya menyokong...

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, sila Yang Berhormat.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua saya ingin mendapat pandangan daripada Tuan Yang di-Pertua, tentang Ahli Parlimen Bakri. Sebelum Yang Berhormat Parit Sulong berucap tadi, beliau menyatakan FELDA – Peraturan Mesyuarat 36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan sebagai menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi urusan itu...”

Jadi, Yang Berhormat Bakri ada menyebut ada menyebutkan bahawa FELDA ada menjual minyak sawit ke Israel melalui pelabuhan di Johor. Saya hendak bertanya kepada Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cadangkan supaya beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana cuba mengelirukan Dewan dengan menyatakan bahawa FELDA menjual minyak kelapa sawit ke Israel. Jadi, saya pinta pandangan Tuan Yang di-Pertua. Walaupun Menteri akan menjawab, adakah kita boleh usulkan sekarang ataupun semasa Menteri menjawab nanti? Ini kerana ia adalah tuduhan yang fitnah, yang tidak ada kena-mengena, no such thing dengan izin FELDA menjual minyak kepada Israel. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Pada ketika ini Yang Berhormat, Yang Berhormat ataupun saya ataupun pihak lain tidak akan dapat tentukan sama ada perkara ini menyelewengkan Dewan atau tidak. Kita tidak ada peluang untuk mengetahui. Saya akan laporkan ini kepada Tuan Yang di-Pertua kelak, untuk diambil keputusan selepas ini Yang Berhormat.

Pada ketika in saya sendiri tidak mengetahui sama ada hujah Yang Berhormat Bakri itu menyelewengkan Dewan atau tidak. Begitu juga mungkin pada pihak Yang Berhormat, kecualilah Yang Berhormat ada dokumen butiran yang lebih terperinci daripada saya untuk mengetahui perkara ini secara lebih terperinci. Saya tidak dapat buat keputusan pada ketika ini tetapi saya akan rujuk kepada Tuan Yang di-Pertua untuk tindakan sewajarnya Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Page 77: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 65

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, terima kasih. Ahli-ahli

Yang Berhormat kalau mengikut masa yang ada pada kita sehingga esok petang jam 5.30, lebih kurang cuma 16 atau 17 orang boleh berucap sehingga 5.30 petang esok dan kalau maintain 30 minit untuk seorang. Saya cadangkan agar kita pendekkan kepada 20 minit untuk memberi ruang lebih ramai. Adakah setuju Ahli-ahli Yang Berhormat?

Beberapa Ahli: Setuju.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Okey, terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Kuantan.

■1530

3.30 ptg.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin memulakan perbahasan saya dengan poin yang nombor tujuh iaitu berkenaan dengan keupayaan jentera kerajaan sebagai tonggak jentera kerajaan perlu lebih kreatif dan inovatif.

Saya menyokong dengan apa yang dikatakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa memang jentera kerajaan harus lebih inovatif dan lebih kreatif. Cuma untuk berkhidmat kepada orang ramai, itu seharusnya menjadi matlamat di dalam menjadi kreatif dan inovatif.

Akan tetapi, saya ingin memberitahu kepada Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya sudah digunakan secara inovatif dan kreatif untuk menipu dan untuk menggunakan platform itu atau wadah itu untuk memutarbelitkan daftar pemilih serta juga ada integriti data serta integriti sistem Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin membawa hujah saya seterusnya. Pada suku yang ketiga 2012 Tuan Yang di-Pertua, 8,707 nama didaftarkan sebagai pengundi pos atau pun masuk tentera, masuk polis, 8,707 nama yang dipotong nama daripada pengundi awam. Akan tetapi, didapati separuh daripada nama tersebut ialah mereka yang berumur di atas daripada 30 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, ada yang berumur 61 tahun potong nama daripada orang awam jadi undi, masuk tentera. Apabila kita dapati nama ini begini, suku yang seterusnya didapati bahawa mereka ini diberikan pula nombor IC polis dan tentera. Selepas dipamerkan potong nama masuk polis umur 58 tahun, 60 tahun, 61 tahun, kemudian diberikan pula nombor IC tentera pada suku yang seterusnya. Pada hari ini apabila kita check semula kepada semakan daftar pemilih, kita dapati bahawa nombor IC yang lama sudah tidak ada, nombor IC tentera ada, kemudian diletak di situ pendaftaran tukar alamat. Sedangkan dipamer masuk tentera daripada awam, tetapi diberi nombor IC tentera umur 56 tahun, umur 61 tahun dan akhirnya diletakkan pendaftaran tukar alamat. Ini kreatif, tetapi kreatif hendak tipu, kreatif hendak memenangkan mungkin Kerajaan Barisan Nasional. Ini yang dilakukan oleh SPR. Saya bercakap dengan bukti Tuan Yang di-Pertua. Itu yang pertama.

Kedua, pada suku yang keempat dipamerkan 1,689 nama pendaftaran baru yang apabila kita check semula dan kita semak semula, mereka ini sudah pun mendaftar sebagai pengundi. Bagaimana sistem SPR boleh mendaftarkan pengundi pendaftaran baru tatkala pengundi itu sudah pun mendaftar sebagai pengundi dan nama mereka sudah ada dalam daftar pengundi. Apabila kita semak semula dan kita print daripada laman web SPR, ada dua-dua nama, ada dua-dua tempat mengundi. Pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, ada dua nama. Nama yang sama mengundi di dua tempat, satu tulis pendaftaran baru dan satu lagi tulis di tempat mengundi yang lama. Ini di Sabah Tuan Yang di-Pertua. Mungkinkah ini juga salah satu daripada cara kreatif dan inovatif yang digunakan oleh SPR untuk menipu dan membantu Barisan Nasional, memenangkan Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah mendedahkan 106,000 nama yang dipotong daripada daftar pemilih daripada tahun 2010. Hujung tahun 2010 hingga suku ketiga tahun 2011, sebanyak 106,000 nama yang dipotong tanpa dipamerkan. Kalau dipotong sebab mati, dipamerkan itu kita boleh terima. Akan tetapi, ia dipotong tanpa dipamerkan Tuan Yang di-Pertua. Setiap pameran rang daftar pemilih tambahan yang dipamerkan itu mesti diletakkan nama yang dipotong, perlu diletak nama yang dipotong kerana itu merupakan

Page 78: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

66 DR.21.03.2012

audit trail Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, 106,000 nama dipotong tanpa dipamerkan. Bagaimana SPR buat perkara begitu? Bagaimana kita hendak tahu sama ada mereka sudah mati atau mereka masih hidup? Bukan itu sahaja, 6,000 nama pula ditambah masuk, dibawa masuk tanpa dipamerkan. Ini semua berlaku dalam tiga suku yang pertama tahun 2011 Tuan Yang di-Pertua. SPR ikut suka hati...

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Penjelasan.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: SPR ikut suka hati...

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Yang Berhormat Kuantan. Boleh?

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Saya belum habis cakap lagi.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Boleh beri ya sedikit.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: SPR... [Disampuk] Apa yang saya takut? Saya siap semua bukti. Saya ada bukti ya. Saya ada bukti 106,000 nama dipotong tanpa dipamerkan dan 6,000 nama – tadi 106,000 nama...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Boleh, boleh. Tuduhlah macam-macam. Boleh, boleh.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Yang Berhormat Pasir Salak, sudahlah cukup. Buat malu tadi cukuplah. Cukuplah. Cucu-cucu lihat di rumah pun malu. Cukup.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bolehlah boleh. Boleh lagi. Berapa guni lagi mahu buat? Berapa karung lagi?

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Sebanyak 106,000 nama dipotong tanpa dipamerkan, 6,000 lebih nama dimasukkan dalam tiga suku ini tanpa dipamerkan juga. Jadi ini, sesuatu yang SPR sudah buat dan sehingga hari ini sudah lebih seminggu saya dedahkan perkara ini di dalam media, SPR tidak jawab. Adakah kemungkinan ada sistem ‘B’ Tuan Yang di-Pertua. Sistem ‘B’ di mana ada ruang dan peluang, ada jalan lain, pintu lain untuk masuk kepada database SPR. Integriti database SPR dipersoalkan. Bukan sahaja database SPR dipersoalkan, integriti sistem SPR dipersoalkan.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Yang Berhormat Kuantan, hendak sokong ini. Betul ini. Sedikit sahaja.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Okey. Sedikit sahaja.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuantan, sebenarnya saya ada bersetuju dengan pendapat dan pandangan daripada Yang Berhormat Kuantan tadi sebab perkara yang sama juga berlaku di tempat saya. Secara kebetulan, orang yang hendak mengundi ini adalah cikgu saya. Beliau kata, “Hamim, cikgu tidak dapat mengundi kerana nama saya orang sudah undi.” Makna tadi, kemungkinan ada berlaku kesilapan di mana-mana tentang SPR ini. Buktinya di tempat saya pun berlaku. Akan tetapi jujurnya Yang Berhormat Kuantan, janganlah tuduh-tuduh BN sebab berlaku di tempat saya. Sekian, terima kasih.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Apabila Yang Berhormat Ledang bercakap berkenaan dengan orang sudah mengundi, itu one off Tuan Yang di-Pertua. Saya bercakap berkenaan dengan sistem. Saya bercakap berkenaan dengan integriti database, integriti sistem SPR. Saya khuatir, sangat-sangat khuatir ada sistem ‘B’. Maksudnya kalau ada sistem ‘A’, ada satu sistem kita ada satu cara, satu jalan sahaja untuk masuk ke database SPR. Akan tetapi segala perkara ini kalau boleh di keluar seperti ini, print dua tempat mengundi, satu pendaftaran baru dan satu tempat mengundi yang sekarang, ini menunjukkan bahawa ada sistem ‘B’ Tuan Yang di-Pertua.

Siapa yang ada akses kepada sistem database SPR? Integriti database itu boleh dipertikaikan. Kalau kita boleh mempertikaikan, maksudnya seluruh pilihan raya ini boleh kita pertikaikan. Keputusan pilihan raya juga boleh kita pertikaikan. Kita dengar pihak Barisan Nasional mengatakan mereka akan mempertahankan Putrajaya walau apa sekali pun, adakah kemungkinan ini caranya? Adakah kemungkinan ini caranya? Sebanyak 106,000 nama dipotong tanpa dipamerkan. Bagaimana kita tahu kalau nama itu masih hidup atau mati? Jawapannya itu memalukan Dewan. Memalukan Dewan.

Page 79: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 67

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Bercakap tanpa

menggunakan pembesar suara]

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Memalukan Dewan kalau jawapannya begitu. Kita... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, integriti. Saya mengatakan bahawa integriti database, integriti sistem harus kita pertikaikan, harus kita persoalkan. Malah sekiranya Pengerusi SPR serta Timbalan Pengerusi SPR tidak boleh menjawab, mereka harus meletak jawatan. Bukan sahaja mereka potong nama ikut suka, bukan sahaja mereka masukkan nama ikut suka, mereka alih pengundi pun ikut suka. Sebanyak 31,292 pengundi dipindahkan tempat mengundi luar daripada kawasan DUN, luar daripada kawasan Parlimen.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dalam SPR banyak juga pegawai pembangkang.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Ini bukan one-off cerita-cerita. Bukan one-off...

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Orang-orang PAS bekerja dalam SPR banyak bantu PAS, bantu DAP. We know that.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Tuan Yang di-Pertua, tolonglah. Masa saya sudah singkat.

Tuan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Tuan Yang di-Pertua, tolong.

Tuan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sila duduk Yang Berhormat.

■1540

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Tuan Yang di-Pertua, tolong saya pohon. Saya pohon jangan ganggu tolong. Sejumlah 31,292 orang pengundi dipindahkan tempat mengundi mereka. Dikeluarkan daripada DUN dan dikeluarkan daripada Parlimen. Ada yang pindah keluar mengundi di negeri yang lain seperti apa yang berlaku kepada Menteri Besar Selangor. Walaupun Timbalan Pengerusi SPR mengatakan bahawa itu di dalam undang-undang. Beliau mengatakan bahawa tidak dipindahkan. Wan Ahmad mengatakan beliau tidak dipindahkan dia mengatakan kepada Menteri Besar ya.

Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958. Sempadan diperbetulkan, sedangkan kita tahu bahawa sempadan itu hanya boleh diperbetulkan pada waktu persempadanan semula. Last sekali berlaku pada 2003. Patutnya berlaku lagi sekali tetapi tidak boleh dibuat kerana memerlukan dua per tiga majoriti, tetapi SPR terus melakukannya. SPR bukan sahaja melakukannya, SPR mengatakan bahawa ianya sah. Ini merisaukan saya, ini merisaukan kita semua dan membuktikan bahawa SPR menjadi alat.

Sejumlah 31,000 dan beliau menjawab boleh dilakukan, betulkan sempadan sedangkan betulkan sempadan itu tidak boleh dilakukan. Di dalam prinsip belah bahagi, dinyatakan dengan jelas, di laman web SPR sendiri bahawa dalam prinsip belah bahagi kalau hendak betulkan dalam DUN boleh betulkan daerah mengundi, boleh betulkan locality tetapi tidak boleh betulkan sempadan DUN ataupun sempadan Parlimen. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini adalah kesalahan besar bukan kesalahan kecil. Kemudian, apabila MIMOS memberitahu ada banyak rumah 354 alamat yang mempunyai pengundi lebih daripada 100, ada yang lebih 50, ada yang lebih daripada 100. Berjumlah 79,098 orang pengundi. SPR gagal memberitahu kenapa. SPR tidak boleh jawab kenapa perkara ini berlaku.

Tinjauan kami di lapangan menunjukkan bahawa nama-nama ini didaftarkan di alamat–alamat milik rumah Ahli UMNO. Tinjauan kami di lapangan. Kami juga mendapat maklumat, mendapat maklum balas bahawa ramai pendatang asing ditawarkan IC untuk mengundi dengan syarat ditawarkan IC untuk mengundi dengan syarat mengundi Barisan Nasional. Sekiranya, tidak ada sistem ‘B’ ke dalam SPR, kita Dewan Rakyat meminta ada satu audit kepada satu sistem SPR. Kita mesti ada audit kepada sistem bukan kepada data yang kita buat dengan MIMOS itu ialah audit data Tuan Yang di-Pertua. Kita kena audit sistem, kita kena buat audit trail, kita kena buat forensik audit kepada sistem SPR. Ianya amat dikhuatiri bahawa ianya sudah dicemari, guna cara yang kreatif tetapi untuk menipu dan untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan beberapa ataupun sesiapa.

Tuan Yang di-Pertua, ini perkara yang cukup-cukup serius. Bukan isu kecil tetapi adakah kemungkinan kalau dibenarkan mereka-mereka yang tidak layak mengundi

Page 80: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

68 DR.21.03.2012

dimasukkan nama di dalam daftar pemilih akhirnya masa hadapan negara kita ditentukan oleh hantu. Bukan ditentukan oleh rakyat tetapi hak rakyat diambil alih oleh mereka-mereka yang tidak layak untuk mengundi. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini tidak ada maklum balas, tidak ada jawapan daripada SPR. Kalau dulu SPR boleh kata bahawa itu tidak benar. Akan tetapi, berkata dengan tidak benar tidak cukup Tuan Yang di-Pertua, mesti disediakan dengan bukti. SPR mesti berlapang dada menerima satu audit kepada sistem.

Jabatan Perdana Menteri mesti melepaskan SPR daripada cengkaman Jabatan Perdana Menteri. SPR mesti diletakkan di bawah Parlimen walaupun ada Jawatankuasa Pilihan Khas sekarang ini, tetapi masih terus SPR gagal, ingkar, enggan untuk bekerjasama. Sejumlah 42,000 orang tidak mahu dipotong nama. Kononnya atas alasan tidak ada kuasa untuk memotong nama, walaupun nama itu ragu tetapi 106,000 orang nama itu dipotong ikut suka-suka. SPR memberitahu bahawa 72,000 orang nama adalah nama orang yang sudah mati. Sejumlah 42,000 orang lagi nama yang macam mana? SPR 72,000 pun tidak dipamerkan. SPR kata mereka ada link dengan JPN tetapi siapa mereka? Adakah betul-betul mati? Saya tengok senarai 106,000 itu kemungkinan ada yang mati, ramai yang tua tetapi ada juga yang muda.

Bagaimana kita tahu sama ada mereka betul-betul adalah di dalam data orang yang telah mati Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak ada dipamerkan. Jadi ini isu yang serius menggugat keselamatan negara.

Ini seharusnya diambil serius oleh semua sebelah sana dan di sebelah sini. Ianya menentukan masa depan negara bagaimana arah dan hala tuju negara akan ditentukan sama ada kita mampu atau tidak menangani isu ini dengan credible. Cukuplah integriti SPR dipersoalkan. Sangat juga integriti Parlimen dipersoalkan. Tuan Yang di-Pertua...

Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Minta laluan Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat, saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat dan isu ini adalah isu yang sangat besar yang melibatkan kepentingan masa depan negara. Saya ingin pandangan Yang Berhormat, di mana kita dapati ada juga sindiket yang melaksanakan kerja memberi kad pengenalan kepada warga asing. Ini juga terdapat terutamanya di kawasan sempadan.

Di kawasan saya juga terlibat di mana kita dimaklumkan banyak warganegara Thailand yang berada di sempadan dengan Malaysia terutama di Selatan Thailand diberi IC oleh pihak-pihak sindiket tertentu untuk menjadi pengundi bagi pihak parti pemerintah dengan syarat. Jadi ini adalah satu lagi kita lihat bagaimana kotornya permainan ini dan kita dimaklumkan ada satu agensi, ada satu agensi khas yang melaksanakan kerja ini di bawah JPN. Apa pandangan Yang Berhormat.

Puan Fuziah Salleh [Kuantan]: Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Tuan Yang di-Pertua, memang kita dengar kita dapat banyak laporan yang sedemikian. Akan tetapi, apabila setiap kali kita meminta mereka membuat akaun bersumpah tidak ada siapa berani Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana mereka mengharapkan sangat untuk mendapatkan kad pengenalan kewarganegaraan negara. Jadi mereka tidak berani akan tetapi maklum balas daripada majikan-majikan mereka jelas. Maklum balas daripada majikan-majikan mereka jelas, maklum balas daripada majikan mereka tidak boleh bagi tahu kerana nanti mereka tidak dapat kewarganegaraan dan mereka tidak dapat.

Akan tetapi, okey saya tidak boleh buktikan yang itu. Akan tetapi, kalau sekiranya dakwaan saya tadi di dalam rumah yang ramai-ramai didaftarkan pengundi itu, seperti di bandar kalau di rumah panjang itu kita boleh terima bahawa mereka itu memang didaftarkan dalam satu alamat. Akan tetapi, kalau di Bangsar kita di apartment ya, didaftarkan 100 nama dan tuan rumah sudah duduk daripada awal hingga sekarang, tidak kenal pengundi-pengundi yang didaftarkan ada sesuatu yang tidak kena di sini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya perkara ini kalau tidak mahu ditangani maka rakyat memang begitu kecewa di bawah sana kerana rakyat mahu melihat pilihan raya yang adil dan bebas.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sambung satu poin sahaja lagi sebelum saya berakhir berkenaan dengan teknologi hijau. Teknologi hijau dengan tenaga hijau mesti dibezakan. Apa maksud teknologi hijau? Teknologi hijau bermaksud daripada cradle, daripada buaian hinggalah ke kubur, from cradle to grave. Semuanya mesti hijau dan hijau itu mesti selari dengan definisi pembangunan lestari ataupun sustainable development. Pembangunan lestari atau sustainable development mestilah pembangunan yang tidak menggadaikan impak sosial, ekonomi, alam sekitar dan kesihatan.

Page 81: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 69

■1550

Saya hendak tegaskan sekali lagi di sini bahawa Lynas Advance Material Plant tidak termasuk di dalam teknologi hijau walaupun rare earth element itu seperti yang mereka katakan ialah elemen yang strategik di dalam teknologi hijau. Betul rare earth digunakan di dalam teknologi hijau untuk buat wind turbine, untuk buat high power magnet wind turbine, high power magnet untuk hybrid car dan sebagainya. Akan tetapi proses refinery mengeluarkan ekstraksi rare earth element itu bukan hijau. Ini kerana seed process itu meninggalkan sisa dan juga proses itu mencemari alam sekitar.

Maka Tuan Yang di-Pertua, terima kasih memberikan saya izin untuk bercakap tentang perkara ini kerana apabila saya cakap tentang keselamatan Lynas, ia melibatkan perkara itu. Ia bukan radiasi semata-mata. Ia melibatkan kesan, impak terhadap alam sekitar, kesan impak terhadap kesihatan awam, kesan impak terhadap generasi masa hadapan yang terpaksa memikul beban tentang radioaktif ataupun sisa radioaktif ini. Ada lawatan dari Kuantan ke Bukit Merah, dari Attorney General AELB kata, boleh buat laman taman permainan. Akan tetapi apabila lawatan dari Kuantan pergi ke Bukit Merah, mereka membawa Geiger counter dan mendapati bahawa bacaannya begitu tinggi. Bacaannya dalam 2.5 millisievert tinggi berbanding dengan pasir-pasir radiasi yang dikatakan oleh media-media arus perdana yang mana di pantai pun ada radiasi iaitu 0.6 di Telok Cempedak, bacaannya.

Jadi, ini menyeleweng dan demi rakyat Kuantan, saya pohon, saya pohon sangat supaya isu ini tidak dipolitikkan. Saya tidak pernah mempolitikkan isu ini... [Dewan riuh] Isu ini saya cakap dari awal. Yang mempolitikkan ialah di sebelah sana... [Menunjuk ke blok kerajaan] [Dewan riuh] Yang harus, yang bermati-matian hendak mempertahankan Lynas ialah di sebelah sana... [Menunjuk ke blok kerajaan] Lynas ialah syarikat Australia 100%. Apa yang sebelah sana... [Menunjuk ke blok kerajaan] Dapat, saya tidak tahu. Kalau saya tahu, saya akan dedahkan juga dalam Dewan ini... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kalabakan.

3.52 ptg.

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh [Kalabakan]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersama-sama rakan-rakan ingin menyuarakan keluhan yang saya kemukakan ini Tuan Yang di-Pertua, keluhan rakyat di Sabah dan rakyat di Sarawak.

Pertama sekali saya ingin sentuh ialah saya sudah bawa beberapa kali perkara ini ke Dewan Rakyat tetapi nampaknya tidak diperhatikan, tidak diambil tindakan oleh kerajaan. Pertama, gangguan bekalan elektrik di Sabah terutama sekali di Pantai Timur. Tuan Yang di-Pertua, dahulu beberapa tahun dahulu, kalau ada gangguan di Semenanjung, dua jam gangguan, satu dunia riuh. Akan tetapi di Sabah kerap kali - pagi, petang hingga sampai 12 jam pun ada pernah gangguan. Kalau dahulu di Semenanjung, kerajaan membelanjakan ratusan juta untuk membayar ganti rugi untuk peniaga-peniaga yang ada di Semenanjung. Akan tetapi di Sabah, saya belum dengar ada bayaran ganti rugi satu sen pun.

Jadi, saya mahu minta kepada Menteri kerana orang-orang, peniaga-peniaga di Tawau, Semporna, Lahad Datu ini tanya, mereka minta saya tanyakan dalam Dewan, bolehkah mereka ini menuntut untuk dapat ganti rugi?

Itu sahaja yang saya mahu daripada menteri kerana dengan adanya gangguan ini Tuan Yang di-Pertua, banyak masalah timbul. Peniaga-peniaga yang ada refrigerator, yang ada bahan-bahan sejuk, mereka ini rugi beratus ribu seorang tauke rugi. Jadi mereka mahu tahu. Kalau tidak, mungkin ini bermasalah kepada kita Tuan Yang di-Pertua, Barisan Nasional. Ini kerana kita janji, Yang Berhormat Menteri dua tahun dahulu janji; tidak ada kebaikan yang dibuat oleh Lembaga Elektrik, Menteri kata dia akan berundur... [Disampuk] Jadi rakyat tanya, bila menteri ini mahu berundur supaya beri seorang Menteri muda mungkin. Jadi, ini sangat serius. Saya minta Menteri selesaikan masalah dan saya mahu Menteri jawab dengan sendiri sama ada ganti rugi ini diberi atau tidak.

Page 82: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

70 DR.21.03.2012

Tuan Yang di-Pertua, di Sabah kita baru untung. Untung atau rugi belum tahu lagi.

kita beruntung bahawa di Sabah ada sebuah stesen televisyen, TVi dia kata. TVi ini Tuan Yang di-Pertua, ini untuk Sabah dan Sarawak. akan tetapi ia bukan disiarkan dalam televisyen bahkan disiarkan dalam Astro. Jadi orang Sabah, orang Sarawak mahu bertanya juga kepada kita - ini untuk orang Sabah dan Sarawak tetapi mereka ini tidak mempunyai Astro! Jadi, apa macam mahu tengok TVi ini? Apabila mereka tidak ada Astro kerana mereka ini miskin, tidak mampu membeli Astro. Jadi, adakah perkara terselindung di sebalik buat TVi, kemudian orang Sabah dan Sarawak tidak boleh lihat kerana ini di bawah Astro? Mereka tidak mampu.

Ini penting juga Tuan Yang di-Pertua, kerana TVi ini, kita mesti ada Astro. Tidak ada Astro tidak boleh. Jadi, mereka mahu tahu dan saya ingin cadangkan, kita hapuskan TVi ini. Kita buat televisyen yang orang Sabah, Sarawak boleh tonton. Kita buat satu televisyen untuk Bumi Kenyalang di Sarawak dan kita buat satu televisyen untuk tanah ‘Di Bawah Bayu’ di Sabah. Jadi bererti Tuan Yang di-Pertua, orang Sabah dan orang Sarawak dapat menikmati dan tidak usah melalui Astro kerana melalui Astro mereka tidak mampu untuk melanggannya Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu cerita pasal penyenaraian FELDA. Akan tetapi saya mahu cerita hal yang mana FELDA ini sudah berada di Sabah, di Sahabat dan di Umas. Kawasan saya ada dua iaitu satu di Umas dan satu di Kalabakan. Mereka sudah berpuluh tahun tinggal dan tidak ada lagi hutang yang mereka mahu bayar kepada FELDA. Mereka mahu tahu sebab balik-balik sudah dikatakan mereka ini akan diberi geran atau title. Jadi, saya mahu minta Menteri, kalau boleh dengan secepat mungkin, prosesnya sudah dijalankan begitu lama. Berilah mereka ini geran tanah supaya mereka ini dapat apabila mereka sudah tidak ada di bumi ini maka mereka dapat nampak waris-waris mereka sudah ada di dalam tanah FELDA yang diberikan kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua, masalah PTPTN di Sabah. Pinjaman PTPTN ini masalah bagi rakyat. Saya tidak tahulah di Semenanjung tetapi di Sabah, mereka ini ada pinjaman PTPTN tetapi mereka tidak dapat membayar kerana majoriti mereka tidak ada kerja. Kalau ada kementerian kata kebanyakan ada kerja, maka kementerian boleh tuntut melalui majikan. Akan tetapi yang saya tahu kebanyakan tidak ada kerja.

Jadi saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Petronas mengaut keuntungan berbilion di Sabah, mengapa kalau boleh, semua pinjaman PTPTN yang lalu ini ditanggung oleh Petronas supaya rakyat yang meminjam ini dapat hilang daripada beban membayar hutang yang ada.

Seorang Ahli: Itu Kelantan mahu buat begitu.

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh [Kalabakan]: Ini saya suarakan, ini suaranya daripada rakyat jelata Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah beberapa kali katakan di Dewan yang mulia ini tetapi jawapan yang diberikan bahawa ini semua di bawah kerajaan negeri, bukan Kerajaan Persekutuan. Akan tetapi balik-balik saya sudah katakan Tuan Yang di-Pertua, di Pantai Timur Sabah kita nampak nelayan-nelayan yang ada mungkin satu hari tidak dapat lagi mencari nafkah kerana kita dapati bahawa di Pantai Timur kita nampak pukat-pukat tunda ini masuk sehinggalah ke sungai-sungai.

■1600

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Kalau kita nampak banyak ikan-ikan yang kecil, yang sudah dirodok oleh pukat-pukat besar ini sehingga masuk ke sungai maka satu hari mungkin kita susah dapat ikan yang begitu cantik-cantik di Pantai Timur negeri Sabah. Jadi, kita minta kalaupun ia di bawah kuasa kerajaan negeri, kita minta Kerajaan Persekutuan mungkin kerajaan negeri tidak ada peruntukan yang cukup minta Kerajaan Persekutuan membantu dari segi penguatkuasaan Tuan Yang di-Pertua, bukannya ada hal-hal untuk rampas kuasa. Penguatkuasaan sahaja, itu kita minta.

Tuan Yang di-Pertua, di Sabah saya tidak tahu di Semenanjung jika sekiranya ada di antara kita mahu pergi umrah, mahu pergi haji, kita dapati bahawa sejenis ubat suntikan vaccination itu yang untuk mereka pergi di klinik-klinik di seluruh negeri Sabah, mereka tidak buat suntikan. Mereka diminta untuk pergi ke luar. Jadi, rakyat yang miskin yang mahu pergi umrah, yang mahu pergi haji Tuan Yang di-Pertua, mereka tidak mampu untuk pergi

Page 83: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 71

ke klinik-klinik di luar. Mereka diminta bayaran RM120 hingga RM150 satu. Jadi, apa macam sudahlah belanja begitu besar maka mereka diminta untuk membayar lagi suntikan yang seharusnya disediakan oleh kerajaan kepada orang-orang miskin yang mahu menunaikan haji dan juga umrah. Jadi, kita minta kerana ini rakyat beritahu mereka tidak mampu, jadi terpaksa jumpa wakil rakyat, macam-macam masalah selain daripada itu mahu bayar juga suntikan yang diberi kepada orang-orang yang mahu pergi ke luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kalam kerana saya bersetuju dengan masa. Akhir kalam, di Sabah, Kerajaan Persekutuan dan negeri membelanjakan banyak peruntukan untuk membaiki jalan-jalan, membina jalan. Jadi, kita nampak jalan yang dibuat, jalan yang dibuat begitu banyak belanja, kita dapati jalan-jalan ini akan rosak dalam masa enam bulan, lapan bulan jalan-jalan ini akan rosak. Kenapa rosak, Tuan Yang di-Pertua? Ini kerana kita dapat bahawa lori-lori yang membawa muatan yang begitu besar, 50 tan hingga 30 tan jalan di jalan raya. Itu sebabnya jalan-jalan ini rosak.

Jadi, kita minta JPJ atau Kementerian Pengangkutan supaya mungkin dapat membuat pengawalan kerana kita tidak mahu ada perkara begini berlaku, kerajaan belanja begitu besar untuk memperbaiki jalan-jalan yang sudah rosak ini Tuan Yang di-Pertua. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Parit Buntar.

4.09 ptg.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya turut sama membahas Titah Diraja dan menjunjung kasih pada Titah Diraja yang telah memberikan kepada kita nasihat-nasihat supaya Parlimen ini berjalan dengan baik demi untuk membuat keputusan-keputusan yang akan diterjemahkan untuk kepentingan rakyat.

Saya dalam masa 20 minit ini akan merujuk kepada tiga perkara yang akan saya sentuh. Pertama iaitu apa yang disifatkan sebagai satu perkara yang cukup bererti dan mahal bagi kita semua, tidak kira apa fahaman politik yang ada pada kita iaitu memastikan perpaduan nasional akan senantiasa terpelihara, walau apa pun pandangan dan pendapat kita yang berbeza di dalam Dewan Parlimen ini ataupun apa sahaja aktiviti kita yang di luar sana.

Namun demikian, usaha ke arah mewujudkan perpaduan nasional ini bukanlah satu yang mudah kerana di sana ada beberapa kekangan dan halangan-halangan yang menggugat erti perpaduan itu. Pertama ialah pada pandangan saya, pada pandangan Parit Buntar Tuan Yang di-Pertua, iaitu tentang bagaimana hubungan antara agama di dalam negara ini dan juga hubungan antara kaum di negara ini kadang-kala dieksploitasi kan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik. Ini Tuan Yang di-Pertua bukanlah satu kenyataan daripada suatu yang tidak ada fakta.

Apabila kita melihat kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre bahawa kebanyakan daripada mereka yang berumur 15 hingga 25 tahun yang telah dibuat temu bual menyatakan bahawa negara ini dalam soal hubungan antara kaum dan juga agama banyak sekali disalah ertikan oleh kepentingan-kepentingan politik yang tertentu. Tuan Yang di-Pertua, faktor yang menyebabkan berlaku hubungan antara kaum di negara ini yang kebelakangan ini teruji dengan begitu rupa adalah kerana kadang-kala hubungan antara kaum itu dikaitkan dengan hubungan antara agama. Satu kajian menyebut bahawa rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk berbincang perkara hubungan antara agama ini secara terbuka dan kerana kekosongan itu – kerana ketidaksediaan itu maka kita melihat ada pihak-pihak tertentu yang menggunakan kekosongan ini untuk kepentingan politik masing-masing.

Kedua, kita melihat fenomena yang cukup tidak sihat iaitu pencerobohan ke atas rumah-rumah ibadat yang berlaku secara yang berleluasa. Hasil daripada sentimen yang dimainkan dalam hubungan antara agama ini menyebabkan beberapa pihak daripada agama yang pelbagai telah tergamak untuk menceroboh rumah-rumah ibadat sedangkan rumah-rumah ibadat ini adalah rumah-rumah ibadat yang mesti kita jaga kehormatan di atas setiap premis-premis rumah ibadat ini seperti mana yang diajar oleh agama Islam kita.

Page 84: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

72 DR.21.03.2012

Yang ketiga, amat mengecewakan juga bagi pihak kita ialah bagaimana media

disalahgunakan untuk kepentingan politik tertentu khususnya saya merujuk kepada Utusan Malaysia yang hanya bersumberkan daripada dua blog yang pro UMNO telah menyebut bahawa Kristian menjadi agama rasmi dan ia telah diletakkan dan dipampangkan dalam dada akhbar sehingga menimbulkan pelbagai keresahan dan kerisauan. Begitu juga bagaimana dikaitkan isu ini dengan menjadikan DAP sebagai dalang dan sebagainya maka ini adalah sebenarnya satu tindakan politik media yang kotor, yang mana saya menyalahkan pihak media yang tidak bertanggungjawab dalam memberitakan cerita yang begitu sensasi sehingga boleh menimbulkan pelbagai ketegangan dalam hubungan antara kaum.

Seterusnya saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, bahawa dalam usaha kita untuk memelihara perpaduan nasional ini, kita perlu mengadakan satu tajdid ataupun reform ataupun islah kepada dengan izin “essence of democracy based on the idea of popular representation and democratic pluralism in the running of the affairs of the multi-ethnic and multi-religious notion is inherently compatible with Quran principle of Syura and social justice for people of all faith and ethnic background”.

■1610

Ini saya petik daripada penulisan Profesor Datuk Dr. Osman Bakar yang menyebut bahawa perlunya kita kepada satu reform, satu tajdid dalam memahami erti demokrasi yang menerima kepelbagaian dalam konteks masyarakat Malaysia yang multiethnic dan multi-religion.

Saya ingin menegaskan democratic reform adalah merupakan satu asas penting di dalam politik Islam di mana Islam telah menggalakkan kita untuk sentiasa berada pada garisan tajdid untuk sama-sama kita mengikuti perkembangan semasa dalam suasana yang berbeza dari satu zaman ke satu zaman. Daripada hadis Rasulullah SAW yang dipetik daripada susunan Abi Daud dengan izin... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Iaitu maksudnya, ”Sesungguhnya Allah membangkitkan kepada umat ini atas atau pada setiap seratus tahun mereka yang akan memperbaharui urusan agama ini’.

Jadi ini perlu untuk kita melihat. Saya juga ingin menegaskan bahawa kita sebagai umat Islam dalam ajaran kita diajar untuk menerima kepelbagaian yang ada, menerima diversity yang ada sebagai satu realiti. Kita tidak mahu menjadi sebahagian daripada golongan yang sempit. Melihat bahawa plurality ataupun kepelbagaian sebagai satu halangan.

Kedua, dalam hal ini saya ingin menjelaskan beberapa kenyataan yang telah ditimbulkan oleh beberapa orang daripada rakan Ahli Parlimen yang tidak faham erti tajdid, yang tidak faham erti pembaharuan dan kegagalan pihak tertentu memahami maksud besar dalam inti pati agama kita.

Oleh sebab itu mereka berasa terpinga-pinga dan hairan lalu menyerang Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang saya wakili dengan mengatakan bahawa kita telah meninggalkan perjuangan kita untuk menegakkan negara Islam. Kita telah meninggalkan jauh apa yang kita perjuangkan selama ini.

Biarlah saya menjelaskan di sini Tuan Yang di-Pertua bahawa apa yang mereka tidak faham adalah sebagai parti Islam yang dinamik kita memahami maksud tajdid. Kita memahami maksud pembaharuan. Pembaharuan itu ialah kita sentiasa berada pada zaman itu dan tidak hilang asas dan prinsip perjuangan. Jadi kepada pihak yang ada yang minta supaya minta maaf kepada rakyat kerana salah mengatakan dulu negara Islam, hari ini negara kebajikan. Saya mohon supaya orang-orang ini belajar dan faham maksud tajdid ataupun reform. Kedua ialah...

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Yang Berhormat Parit Buntar. Yang Berhormat Parit Buntar hendak tanya sikit.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Kedua ialah..

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Yang Berhormat Parit Buntar jadi yang pecat Hassan Ali tanpa bagi peluang untuk bela diri itu Islamkah? Yang Berhormat Parit Buntar.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya ingin menyentuh faktor yang kedua...

Page 85: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 73

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Yang Berhormat Parit Buntar.

Pecat Hassan Ali tanpa bagi peluang bela diri, pertahankan diri itu Islamkah?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Dia tidak bagi Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tidak, saya hendak tanya dia.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, dia tidak..

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Dia hendak kata tajdidkah, apakah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat soalan-soalan yang ditanya, dia tidak bagi Yang Berhormat.

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Dia pecat Exco dia sendiri tanpa beri peluang bela diri, itu Islamkah? Islam ajar macam itukah?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Tuan Yang di-Pertua, saya berdepan dengan Tuan Yang di-Pertua seperti mana yang...

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Ambil PhD. buat apa?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat tolong saya mengendalikan Dewan Yang Berhormat.

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Ini PHD ayamkah apa?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat.

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Bukan. Persoalannya cuba mengelirukan.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Tuan Yang di-Pertua, ini floor saya..

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Persoalannya simple sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Dia tidak berhujah. Dia tidak berhujah dengan fakta.

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Dia pecat exco dia bernama Hassan Ali kerana pertahankan Islam. Dia mengikut Islamkah?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, sila duduk Yang Berhormat.

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tidak bagi bela diri. Tidak bagi pertahankan diri. Islam apa itu?

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya dia dengar lecture saya..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat.

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, tolong Yang Berhormat.

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Cakap putar belit.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya teruskan.

Page 86: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

74 DR.21.03.2012

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Sila

Yang Berhormat Parit Buntar. Teruskan.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya teruskan. Budaya samseng..

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Ogos 1987. Inilah orang-orang yang membuat Himpunan Anti Kristian.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Kedua ialah saya ingin jelaskan di sini..

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Itu tanya Lim Kit Siang.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Bahawa budaya samseng..

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Cakap putar belit. Parasit.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Jadi itu saya rasa satu kenyataan yang..

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, Datuk Hassan Ali panggil mereka ini parasit.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Tuan Yang di-Pertua,saya tidak mahu.

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Jual agama, jual Islam.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Tuan Yang di-Pertua saya mohon supaya ucapan saya tidak diganggu Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon supaya Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu..

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Bukan soal ganggu. Sekarang ini putar belit agama.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya minta Tuan Yang di-Pertua. Duduk, ya. Terima kasih.

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Islam apa? Pecat ahli sendiri tidak bagi peluang bela diri.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu apa sahaja yang kita hendak bincangkan dalam Dewan, kita kena patuh. Kita kena ikut peraturan juga.

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Betul tetapi jangan putar belit agama. Kalau benda lain Yang Berhormat hendak putar tidak apa.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat. Yang Berhormat sekalipun bukan saya yang menilai Yang Berhormat.

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Do not ever twist the religion!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat sila duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Parit Buntar sila.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Mereka lupakah masa Yang Berhormat Permatang Pauh Menteri Pelajaran? Dia yang suruh turunkan semua cross di sekolah-sekolah, lupakah?

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk meneruskan tanpa gangguan.

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Adakah Yang Berhormat Ipoh Timur lupa dia yang buat report polis terhadap PAS kerana membuat perhimpunan anti Kristian, lupakah?

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya hendak masuk kepada poin saya Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat begini bukan platform di sini Yang Berhormat.

Page 87: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 75

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Yalah. Malulah. Tidak boleh terima

keluarlah.

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Dewan gamat]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya bercakap di atas fakta. Saya ada alasan saya. Kalau Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu...

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Fakta apa? Hassan Ali dipecat tidak mengikut peraturan, itu bukan fakta?

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: ...Dia hendak menjawab ulasan saya, dia boleh tunggu untuk bercakap nanti.

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya boleh dengar apa yang...

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya tidak boleh terima Tuan Yang di-Pertua. Saya minta maaf.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat tidak boleh terima, nanti saya bagi Yang Berhormat berucap.

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya minta maaf. Saya tidak boleh mendengar pembohongan, putar belit, guna agama.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, nanti saya bagi peluang berucap.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Ya. Bagi peluang dekat dia. Biar dia cakap. Jadi saya ingin teruskan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, saya punya PhD ialah Political Science ya, Islamic Political Science…

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Lagi teruk, makin teruk!

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Jadi yang kedua iaitu budaya..

Dato’ Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Pakar racun hendak cakap mengenai nuklear. Apa punya orang?!

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Budaya samseng dalam politik. Saya ingin menyentuh, kita bercakap tentang nasihat yang diberi oleh Tuan Yang di-Pertuan Agong tentang bagaimana seharusnya orang-orang politik bertindak. Bagaimana orang-orang politik harus menjalankan tugas mereka.

Saya ingin menjelaskan di sini bahawa kita menolak segala bentuk budaya samseng politik. Samseng politik yang mana kalau kita buka makna samseng ialah satu perbuatan buli. Satu perbuatan yang menindas orang. Satu perbuatan yang ganas, mengugut dan sebagainya.

Jadi bagi kita memahami Titah Yang di-Pertuan Agong dan menghayatinya seharusnya kita menentang segala budaya samseng ini yang kadang kali budaya samseng ini bukan sahaja soal samseng tetapi kadang-kadang melanggar undang-undang. Contohnya soal federalism yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Bharu pada tadi. Bagaimana royalti minyak tidak diberi hak kepada orang-orang Kelantan, orang-orang Terengganu. Bukan kerana masalah perundangan tetapi kerana negeri-negeri itu ditadbir dan dimenangi oleh parti yang dikatakan pembangkang.

Jadi bagi saya, ini adalah satu pencerobohan kepada makna federalism dan ini adalah satu bentuk budaya samseng yang kita tidak boleh terima dalam konteks masa depan politik kita. Begitu juga dengan penubuhan jawatankuasa Keselamatan kampung Persekutuan yang telah menimbulkan huru-hara di peringkat bawah dan membazir wang federal kerana seolah-olah tidak percaya bahawa rakyat telah memberi undi kepada parti yang mereka mahu, telah memberi mandat secara demokrasi lalu seharusnya mereka

Page 88: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

76 DR.21.03.2012

faham. Akan tetapi bukan dengan mereka membudayakan budaya samseng dengan meletakkan pula JKKP dan sebagainya sehingga berlaku huru-hara di peringkat bawah.

Itu antara perkara-perkara yang saya rasa adalah budaya samseng yang kita mesti menentangnya kalau kita mahu melihat masa depan negara ini lebih baik. Pendekatan yang kita cadangkan dalam hal ini ialah supaya pertama, menerima satu bentuk masyarakat civil yang mana masyarakat civil ini menerima kepelbagaian Tuan Yang di-Pertua bahawa perbezaan pandangan itu bukan alasan untuk kita benci-membenci antara satu sama lain. Akan tetapi perbezaan pandangan itu kita jadikan sebagai sesuatu persaingan yang sihat supaya kita dapat memberikan yang terbaik kepada orang ramai.

Begitu juga kita memerlukan demokrasi yang tulen dan telus supaya demokrasi ini mampu menjadi tembok yang menahan orang-orang yang menimbulkan huru-hara. Orang-orang yang menimbulkan isu-isu yang boleh mencetuskan keganasan dan sebagainya dan demokrasi itu sendiri adalah satu cara yang terbaik untuk mengatasi semua masalah ini.

Ketiga Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh sedikit tentang satu usaha yang dibuat ini apa yang dinamakan sebagai wasatiyyah. Saya mengalu-alukan kerana wasatiyyah ini adalah sebahagian daripada makna Islam, ya. Akan tetapi saya juga ingin memberikan sedikit petunjuk kepada kita semua bahawa berlaku kebangkitan di negara Arab apa yang dinamakan sebagai the Arab Spring hari ini. Banyak yang kita dengar daripada komen-komen rakan-rakan mengatakan bahawa Arab Spring ini menimbulkan huru-hara sehingga kononnya ada campur tangan asing. Kononnya ada pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan.

■1620

Akan tetapi apabila kita mengkaji secara realiti, apa yang berlaku di negara-negara ini adalah kerana antara lain saya tidak menyatakan kesemua faktornya. Antara lain ialah berlaku pemborosan dan pembaziran khususnya yang dilakukan oleh isteri-isteri pemimpin-pemimpin nombor satu negara-negara ini. Saya hendak bagi satu contoh iaitu Asma iaitu isteri kepada Bashar al-Assad Presiden Syria. Untuk pengetahuan hari ini dia dimasukkan di dalam senarai hitam European Union kerana sifat pemborosannya membeli barang-barangan melalui penjualan e-commerce sehingga menyebabkan perbelanjaannya dan pemborosannya itu, EU telah pun meletakkannya sebagai senarai hitam.

Keduanya, kita tengok Leila Trabelsi iaitu isteri kepada Presiden Tunisia. Ketika mereka melarikan diri dia telah membawa banyak emas sebanyak RM30 bilion emas. Sejumlah 20 tan emas dan ini menyebabkan rakyat marah. Bukan kerana campur tangan asing, bukan kerana pembangkang ambil kesempatan, tetapi kerana sikap boros yang sudah tentu menyebabkan rakyat benci. Begitu juga di Libya. Safia Farkash Gaddafi juga dikatakan mempunyai kemewahan yang begitu besar.

Begitu juga dengan Suzanne Mubarak. Bagi saya ini satu pengajaran untuk kita ambil supaya kita melihat semua ini kita ambil iktibar bahawa kemarahan rakyat bukan kerana kuasa asing atau pembangkang tetapi sikap boros isteri-isteri pemimpin tertinggi di negara-negara ini. Jadi saya ingin meminta penjelasan daripada pengajaran Arab Spring ini tentang beberapa dakwaan-dakwaan yang telah dibuat. Saya tidak minta jawapan dari Ahli-ahli Parlimen.

Saya minta jawapan dari Menteri yang bertanggungjawab iaitu antaranya ialah dakwaan isteri pemimpin nombor satu negara kita ini yang berbelanja di Australia yang dikatakan sebanyak RM325,000 ataupun USD100,000 telah dia belanjakan. Ini dakwaan bukan satu tohmahan tetapi ini dakwaan yang telah dibuat oleh orang-orang Australia sendiri yang menyatakan perbelanjaan ini dibuat dalam satu shopping spree yang kolumnis Andrew Herney dalam section Private Sydney akhbar Australia, Sydney Morning Herald. Kalau betullah dakwaan oleh penulis ini, sudahkah penulis ini didakwa kalau ianya satu pembohongan? Saya minta penjelasan daripada Menteri dan saya tidak perlu meminta penjelasan daripada Ahli-ahli Parlimen yang mendengar ucapan saya ini. Seterusnya ialah bagaimana pemborosan juga kita dapat dalam konteks wasatiyyah..

Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Yang Berhormat Parit Buntar tahu atau tidak yang wartawan tersebut diundi sebagai...

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya kata tadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta menteri jawab. Saya tidak minta Ahli Parlimen jawab.

Page 89: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 77

Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tidak. Saya hendak tanya

Yang Berhormat Parit Buntar yang ada PhD dalam politik sains tahu atau tidak wartawan itu diundi sebagai wartawan paling buruk di Australia, 2004 kerana pembohongannya.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya dengan ikhlas mahu mempertahankan kalau betul dakwaan itu, tidak betul maka kita minta supaya diberikan satu penjelasan bukannya dengan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu. .

Dato' Zulkifli Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tahu tidak bahawa wartawan tersebut adalah pejuang gay, tahukah tidak?

Datuk Ismail Kasim [Arau]: Yang Berhormat Parit Buntar, minta mencelah... [Dewan Riuh]

Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya hendak beritahu, supaya jangan terus memutar belit. Saya hendak bagi tahu supaya jangan teruskan pembohongan. Tahu atau tidak, wartawan itu diundi sebagai wartawan paling buruk akhlak tahun 2004 oleh media Australia?

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jelas tadi, saya tidak mahu jawapan dari Ahli Parlimen. Saya minta secara ikhlas dan jujur. Jawapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Itu sahaja.

Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Eh! ini putar belit! Budak-budak dengar tahu! Ini budak-budak dengar ustaz dok membohong! Putar belit! Putar alam!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu minta tolong Yang Berhormat.

Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Budak-budak pun boleh dengar pembohong. Apa lah!

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Budak-budak balik sebab meluat tengok orang lompat, bukan sebab apa... [Dewan riuh] [Tepuk]

Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Budak-budak tengok ustaz, mengaku ustaz jual agama! Budak-budak malu tengok ustaz jual agama! Cakap pasal bini orang. Korang tidak ada binikah? Talak tiga bini. Sumpah talak tiga hendak jaga jawatan! Tidak malukah! Hendak cakap pasal isteri orang! Hoii..., Yang Berhormat Kuala Selangor! Cuba jawab! Sumpah talak tiga... [Dewan riuh]

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta juga..., saya tidak boleh hendak dengar orang yang lompat. Tuan Yang di-Pertua saya teruskan.

Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Hendak jaga jawatan, kamu cerai bini talak tiga! Apa punya Islam! Podah!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Masa sudah habis Yang Berhormat.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Ya tetapi dia mengganggu saya. Saya juga minta penjelasan kepada pejabat Perdana Menteri tentang isu yang dikatakan tentang perbelanjaan mewah pada sambutan hari jadi Perdana Menteri yang dikatakan nilainya RM79,000 yang dibilkan. Walaupun disebutkan “peribadi”, dibilkan kepada Jabatan Perdana Menteri, tetapi satu lagi isu yang saya minta penjelasan ialah tentang majlis pertunangan anak pemimpin nombor satu negara yang dikatakan dibelanjakan RM400,000 pada 13 Jun yang dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri.

Saya hanya ingin mengetahui, gaji Perdana Menteri ialah RM23,000. Jadi perbelanjaan yang besar itu sama ada ia ditanggung oleh kerajaan atau peribadi? Kalau ianya peribadi beritahu kepada kita yang ianya peribadi, tetapi kita agak hairan. Kalau gaji RM23,000 boleh berbelanja sampai berpuluh ribu, beratus ribu, ini juga merupakan satu perkara yang bertentangan dengan konsep wasatiyyah iaitu membazir, walatubaziru... “Sesungguhnya pembaziran itu adalah saudara syaitan...”.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Yang Berhormat Parit Buntar.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Jadi ini perkara-perkara yang saya secara ikhlas Tuan Yang di-Pertua, supaya...

Page 90: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

78 DR.21.03.2012

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Yang Berhormat Parit Buntar.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Ya, sila.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, saya tidak beri lagi Yang Berhormat. Masa sudah habis Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Sedikit sahaja lagi. Hendak tambah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Saya sudah beri satu minit lebih Yang Berhormat.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Jadi tidak mengapalah. Saya..

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Bukan sekadar penafian. Bukan ada penafian tetapi hendak tunjuk bukti. Keluar daripada private account.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: You cannot get what you don’t have.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya minta supaya Tuan Yang di-Pertua semua yang...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya minta penjelasan. Itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat tidak ada masa hendak bagi, macam mana hendak bagi?

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Tidak. Saya hendak minta penjelasan daripada Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Itu sudah ditanya tadi. Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya rasa itu sahaja. Sekian Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Terima kasih. Yang Berhormat Simpang Renggam.

4.26 ptg.

Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang berucap dalam Dewan yang mulia ini. Saya menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, kita menyambut baik gaji minimum akan ditetapkan dalam lingkungan RM800 kepada RM900. Ini merupakan satu langkah menuju ke arah negara berpendapatan tinggi seperti yang diseru oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Penetapan gaji minimum adalah diperlukan bagi masa ini kerana ramai pekerja sedang menghadapi masalah menampung kos kehidupan yang semakin meningkat. Penetapan gaji minimum akan menjadi kewajipan majikan untuk memberi gaji yang munasabah atas pegangan bahawa ia adalah memadai untuk seorang pekerja menampung kos kehidupannya.

Namun keputusan ini tidak menerima sambutan yang baik dari pihak majikan di mana mereka menyatakan bahawa dasar baru ini akan menyebabkan kos perniagaan mereka meningkat. Maka saya ingin menyeru kepada kerajaan serta kementerian berkenaan untuk memastikan bahawa pekerja yang terlibat tidak akan ditambah masa kerja ataupun pengurangan hari rehat atau cuti. Objektif utama penetapan gaji minimum adalah untuk meningkatkan pendapatan pekerja gaji rendah di Malaysia dan bukanlah untuk majikan mencari alasan untuk mengeksploitasikan pekerja. Sebenarnya dengan dua orang yang bekerja dengan hanya menerima gaji minimum dalam satu isi keluarga, jumlah

Page 91: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 79

pendapatan keluarga masih di bawah tahap RM3,000 yang menjadi kelayakan untuk menerima bantuan BR1M.

Saya ingin menyeru kerajaan supaya melaksanakan dasar gaji minimum dalam pakej di mana sokongan dan bantuan mesti disalurkan kepada SME demi untuk meningkatkan daya saing SME dengan produktiviti dan inovatif agar SME berupaya untuk membayar gaji yang lebih kepada pekerjanya.

Saya menyeru kepada kerajaan agar memberi bantuan kepada SME yang mungkin menghadapi masalah dalam perubahan dasar ini. Diharapkan pihak kerajaan akan memberi satu jangka masa untuk SME menyesuaikan diri pada dasar baru ini dengan memberi insentif cukai bagi mengurangkan beban SME. Pelepasan cukai juga akan menggalakkan SME melaksanakan dasar baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan penukaran meter elektrik digital yang baru untuk menggantikan meter analog yang lama oleh TNB yang telah menerima banyak aduan daripada orang ramai terhadap kenaikan caj elektrik dengan secara mendadak sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pengguna elektrik isi rumah. Saya ingin meluahkan kebimbangan saya terhadap isu ini yang masih kelihatannya berlanjutan biarpun pelbagai pihak telah mengatakan inisiatif atau hasrat mereka untuk menyelesaikan isu tersebut.

Saya berpendapat bahawa kes aduan yang dilaporkan oleh orang ramai terhadap kenaikan caj elektrik yang mendadak sememangnya menjadi kewajaran yang amat memerlukan perhatian daripada pihak berkuasa yang berkenaan terutamanya kerajaan yang sepatutnya memainkan peranannya sebagai pelindung rakyat. Bagi menjaga kepentingan rakyat dalam kesemua aspek, isu ini seharusnya tidak dikecualikan daripada pegangan tersebut.

■1630

Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [Tuaran]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Yang Berhormat telah sentuh mengenai dengan bil minimum elektrik. Mengenai bil elektrik? Saya ingin berkongsi dengan Yang Berhormat mengenai dengan soal bil elektrik ini. Dalam tahun lalu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menawarkan bahawa bil sebanyak RM20 ke bawah adalah free. Akan tetapi hari ini tawaran sudah dihapuskan. Apa yang terjadi di Sabah ini, pembaca jangka (meter readers) tidak datang tiap-tiap bulan. Dia datang sekali dalam tiga bulan. Bil RM20 itu terkumpul dan menjadi RM60. Jadi pengguna terpaksa bayar. Dia kata ini sudah melebihi RM20. Jadi saya mintalah kerajaan untuk respons. Apa pendapat Yang Berhormat Simpang Renggam tentang perkara ini? Terima kasih.

Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Boleh masukkan ucapan Yang Berhormat Tuaran sebagai ucapan saya dan biarlah kementerian menjawab. Mungkin ada kaitan dengan pentadbiran TNB.

Biarkan meter elektrik digital ini dikatakan dikolaborasikan dalam makmal yang mempunyai ISO/IEC17025(2005) dan kenyataan yang dikeluarkan oleh TNB juga menjelaskan bahawa pengukuran kadar penggunaan elektrik yang lebih tepat merupakan punca di sebalik kenaikan tersebut. Ia gagal menjelaskan kenaikan harga bil elektrik yang meningkat sebanyak 50% hingga 80% di sesetengah isi rumah yang menimbulkan kekeliruan dan juga ketidakpuasan hati yang tidak terjawab di kalangan mereka yang terjejas. Kenaikan harga bil elektrik yang mendadak bagi isu rumah yang kurang daripada RM3,000 merupakan satu beban yang berat. Kita sedar bahawa kadar elektrik bergantung kepada harga gas asli dan arang batu. Sekiranya harga gas dan arang batu terus meningkat, TNB akan terpaksa meningkatkan kadar elektrik.

Untuk mengurangkan kebergantungan kepada gas dan arang batu, kita telah meluluskan Akta Tenaga Boleh Diperbaharui di Dewan yang mulia ini pada tahun lepas. Pengguna boleh memasang alat seperti solar panel dan menikmati feed-in tariff yang disediakan oleh TNB. Akan tetapi harga solar panel sekarang masih pada tahap yang tinggi. Bukan semua rumah mampu memasangnya terutamanya bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000. Jadi saya pohon penjelasan daripada kementerian. Setakat ini berapa ramai pengguna telah memohon feed-in tariff dan apakah usaha-usaha yang dilaksanakan untuk membantu isi rumah yang kurang daripada RM3,000.

Page 92: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

80 DR.21.03.2012

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Yang Berhormat. Tuan

Yang di-Pertua, saya pohon pencelahan kepada tajuk yang dibawa oleh Yang Berhormat berkaitan dengan izin, renewable energy yang pada saya pada hari ini kita masih lagi berada di tahap kesedaran yang amat rendah apabila kebanyakan daripada pengusaha-pengusaha RE ini yang terpaksa melalui birokrasi yang amat tenat apabila kebanyakan daripada entrepreneur atau usahawan-usahawan tenaga boleh diperbaharui ini telah dinafikan hak mereka apabila ingin memohon pembiayaan daripada institusi kewangan apabila mereka tidak yakin dengan keberhasilan daripada kaedah-kaedah renewable energy ini.

Saya bagi contoh. Umpamanya di Pasir Gudang. Apabila dua buah kilang yang terpaksa menerima kuasa kehendak maksimum pada tahap sepuluh megawatt dan telah ada pengusaha yang ingin menjana tenaga melalui kaedah renewable energy sepuluh megawatt yang memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Lebih daripada RM75 juta tetapi gagal mendapat pembiayaan daripada pihak institusi kewangan kerana pihak institusi kewangan sendiri tidak yakin dengan kaedah penjanaan tenaga melalui kaedah boleh diperbaharui ini.

Jadi saya minta Yang Berhormat supaya merayu kepada kementerian supaya memberikan program-program kesedaran bukan sahaja kepada pengamal-pengamal tenaga boleh diperbaharui ini tetapi kepada semua institusi supaya tidak wujud birokrasi yang boleh menghalang inisiatif ini daripada maju ke hadapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya percaya memang ada dari segi birokrasi yang wujud di kementerian dan itu adalah di kalangan perindustrian. Maka saya juga hendak tahu berapa yang setakat ini menyertai program ini di kalangan perumah.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hasrat negara kita untuk membangunkan dan mencapai status sebagai sebuah negara maju sebagaimana yang telah pun ditekankan dalam Wawasan 2020, penggunaan internet dan jalur lebar secara meluas sama ada dalam sektor kerajaan ataupun swasta adalah amat penting sebagai syarat yang tidak boleh diabaikan dalam kemajuan komunikasi dan perhubungan lebih-lebih lagi di bawah arus globalisasi.

Satu fenomena dunia yang menekankan dunia tanpa sempadan di mana ia merujuk kepada kecanggihan yang tercapai dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat dalam bentuk rangkaian sesawang yang menggalakkan interaksi masyarakat sedunia dan seterusnya membawa kemajuan dalam aspek-aspek lain seperti kebudayaan, keselamatan, sains dan ekonomi.

Walau bagaimanapun, secara realitinya tahap perkhidmatan internet dan jalur lebar dalam negara kita masih jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara contoh yang lain seperti Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan India di mana mereka telah bermanfaat daripada inisiatif oleh kerajaan mereka untuk melabur dalam menawarkan perkhidmatan internet dan jalur lebar yang bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan sosioekonomi dan juga melonjakkan perkembangan ekonomi mereka seiring dengan kemajuan dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat.

Perkhidmatan internet dan jalur lebar isi rumah di negara-negara tersebut sekurang-kurangnya kekal pada lima hingga lima belas megabits per second dengan Korea Selatan dan Singapura mencecah kepantasan yang paling tinggi dengan 100 megabits per second. Malahan Kerajaan Korea merancang untuk menaik taraf perkhidmatan internet dan jalur lebar di negara tersebut dengan menawarkan satu gigabits per second pada tahun ini. Secara relatifnya, pakej perkhidmatan internet jalur lebar pada kepantasan yang paling tinggi digunakan oleh isi rumah di Malaysia adalah empat megabits per second untuk Streamiyx dan 20 megabits per second untuk UniFi di bawah Telekom Malaysia yang merupakan pembekal perkhidmatan internet jalur lebar yang utama dalam negara.

Ia sememangnya jauh ketinggalan sekiranya dibandingkan dengan negara-negara contoh tersebut di atas. Malahan mutu perkhidmatan internet dan jalur lebar sering dipersoalkan oleh orang ramai dengan aduan yang banyak terhadap harga yang mahal, tidak berpatutan dan sambungan internet yang sering putus dan tergendala sedangkan perkhidmatan internet jalur lebar di luar negara berjaya ditawarkan dengan harga yang berpatutan – rendah kepada rakyat mereka.

Page 93: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 81

Dengan ini saya berharap supaya pihak kementerian dapat mengkaji semula tahap

perkhidmatan internet dan jalur lebar dalam negara kita supaya ia dapat diselaraskan dengan keperluan pembangunan sosioekonomi negara demi membantu dalam merangsang perkembangan negara dalam semua aspek dan seterusnya merealisasikan matlamat kerajaan untuk mencapai status sebuah negara maju yang setanding dengan negara-negara lain.

Tuan Yang di-Pertua, masalah kekurangan guru di SJK(C) telah membelenggu masyarakat Cina sekian lama. Mengikut laporan, pada tahun ini sahaja SJK(C) di seluruh negara berkurangan seramai 2,337 orang guru. Ia merupakan satu keadaan yang sangat serius dan sememangnya akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan seterusnya menggagalkan matlamat pendidikan negara. Saya berpendapat bahawa Kementerian Pelajaran harus menyelidik dan mengkaji punca masalah tersebut dengan teliti dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut.

Pihak Bahagian Pendidikan Guru haruslah merangka Rancangan Latihan Perguruan mengikut keperluan masing-masing dan melatih bilangan guru yang mencukupi supaya dapat memenuhi permintaan sekolah khasnya SJK(C). Memang tidak dapat disangkal bilangan guru pelatih yang lulus melalui latihan perguruan semakin bertambah dari tahun ke tahun tetapi ini juga tidak mencukupi berbanding dengan bilangan pelajar yang kian bertambah besar. Oleh itu saya berharap supaya kementerian lebih memandang serius tentang perkara ini dan mengambil tindakan yang lebih berkesan untuk merancang dan mengatasi masalah ini. Selain itu saya difahamkan bahawa pihak kementerian menghantar graduan Pengajian Bahasa Cina dari IPTA ke sekolah-sekolah kebangsaan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Cina.

■1640

Ini merupakan satu langkah yang kurang bijak kerana mereka merupakan guru yang paling berkelayakan untuk dihantar ke sekolah SJK(C). Jika keadaan ini dapat diperbaiki sudah tentu ia dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan guru di sekolah SJK(C). Kepakaran guru bahasa Cina yang berkelulusan pengajian bahasa Cina lebih diperlukan oleh sekolah SJK(C). Baru-baru ini kerajaan telah mengiktiraf kelayakan 146 buah universiti negara China. Ini memang merupakan satu langkah yang baik untuk menggalakkan perkembangan pendidikan tinggi kedua-dua buah negara. Memandangkan kerajaan telah mengiktiraf universiti negara China saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya dapat mengiktiraf kelayakan sijil UEC kerana sememangnya sijil UEC ini diterima sebagai kelayakan kemasukan universiti negara China.

Sebenarnya selain daripada negara China lebih daripada 1,000 buah universiti di seluruh dunia termasuklah Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, England, Kanada, Perancis, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan sebagainya telah mengiktiraf kelayakan sijil UEC untuk kemasukan universiti negara mereka. Ini telah membuktikan bahawa kelayakan sijil UEC ini adalah bertaraf antarabangsa, baik, berkualiti dan boleh diterima. Oleh itu, saya berharap supaya kerajaan dapat mempertimbangkan untuk mengambil langkah positif, untuk mengiktiraf kelayakan sijil ini.

Tuan Yang di-Pertua, Projek BR1M merupakan satu projek yang sememangnya membuktikan keprihatinan kerajaan untuk membantu rakyat jelata. BR1M dengan bantuan tunai sebanyak RM500 telah dapat meringankan belanja seharian keluarga yang berpendapatan rendah tetapi terpaksa menanggung kos hidup yang tinggi. Ia diterima baik oleh berjuta keluarga yang layak untuk memohon. Dari segi pelaksanaan projek tersebut, saya berpendapat bahawa kerajaan dan jabatan bertanggungjawab seharusnya belajar daripada pengalaman lalu supaya dapat melaksanakannya dengan lebih bersistematik dan berkesan.

Setahu saya masih terdapat banyak keluarga yang belum menerima bantuan ini walaupun mereka telah memohon awal-awal lagi dan telah pun diluluskan. Ini berlaku sebahagian besar sebab mereka yang bertanggungjawab untuk menganjurkan majlis penyampaian tersebut tidak menjalankan tugas dengan berkesan dan keadaan ini telah menjejaskan matlamat projek BR1M tersebut. Apa yang merumitkan penerima ialah ada mereka yang diminta untuk hadir dan menerima BR1M pada waktu kerja.

Ini menyebabkan mereka terpaksa memohon cuti untuk semata-mata hadir ke majlis penyampaian. Ini bukan sahaja menyusahkan penerima tetapi juga telah mengganggu kerja mereka dan merugikan pendapatan mereka yang telah pun rendah.

Page 94: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

82 DR.21.03.2012

Ada juga pihak yang berjaya mengaturkan bank berkenaan untuk menyediakan

kaunter bagi membayar tunai sewaktu majlis penyampaian. Ini memang satu yang baik dan menyenangkan para penerima. Sebaliknya mereka yang tidak membuka kaunter bank di tempat penyampaian maka penerima terpaksa ke cawangan bank sendiri untuk menunaikan bantuan ini. Keadaan ini pula menyusahkan dan mengganggu kerja mereka. Dengan ini saya berharap pihak kementerian boleh mengambil tindakan yang lebih sempurna dan berkesan untuk membetulkannya. Oleh kerana ia menerima sambutan yang begitu baik saya mencadangkan BR1M ini dapat dilaksanakan pada tahun hadapan juga.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana mengiktiraf perarakan Chingay di Johor Bahru sebagai warisan kebudayaan kebangsaan. Saya melihat di negara kita, kita tahu tentang kewujudan budaya setiap kaum. Kaum Melayu tahu budaya Cina seperti tarian singa dan kaum Cina juga tahu bahawa ada budaya Melayu, ada tarian zapin dan sebagainya tetapi pergaulan antara...

Timbalan yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Masa Yang Berhormat. Satu minit.

Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Satu minit?

Timbalan yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ya.

Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Habis cepat. Akan tetapi pergaulan budaya antara setiap kaum amat kurang. Kaum Melayu yang tahu tentang tarian singa tetapi tidak tahu secara mendalam apakah ertinya tarian singa itu. Mengapakah kaum Cina suka memainkan tarian singa pada hari perayaan. Nampak kita ada pengiktirafan tetapi tidak ada pergaulan secara fizikal. Interaksi budaya antara kaum dalam negara kita masih tidak sangat menonjol. Kerajaan seharusnya melaksanakan pelbagai program supaya dapat menggalakkan interaksi budaya antara kaum dalam masyarakat majmuk negara kita.

Sebenarnya rakyat Malaysia memahami budaya lain dalam negara kita tetapi mereka kurang berpeluang untuk berinteraksi antara satu sama lain secara mendalam. Keadaan ini memang tidak sihat untuk matlamat perpaduan rakyat. Oleh itu, saya berharap kerajaan dapat mengadakan lebih banyak aktiviti dan program budaya berbilang kaum supaya dapat menggalakkan lagi interaksi budaya antara kaum demi keharmonian dan perpaduan masyarakat.

Selain daripada itu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara seharusnya mengambil pegawai pelbagai kaum yang berkepakaran untuk berkhidmat dalam jabatan. Hanya dengan cara ini ia dapat membolehkan pegawai berinteraksi antara satu sama lain dan benar-benar memahami budaya semua kaum. Maka seterusnya mereka dapat bekerjasama untuk menganjurkan aktiviti budaya masyarakat yang benar-benar mencerminkan masyarakat majmuk negara kita. Saya ada beberapa isu lagi tetapi saya menghormati Tuan Yang di-Pertua. Dengan ini...

Timbalan yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ya, masa tidak ada lagi Yang Berhormat.

Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]: Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: [Bangun]

Timbalan yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Bukit Mertajam.

4.46 ptg.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, menurut jawapan Menteri Pelajaran kepada saya pada tahun 2009 terdapat 5,271 orang kanak-kanak warganegara Malaysia tidak diterima masuk ke dalam sekolah kerana tidak mempunyai dokumen. Menurut Yang Berhormat Menteri, Jemaah Menteri pada 16 Januari 2008 telah memutuskan semua anak-anak warganegara Malaysia yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri boleh diterima masuk ke sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan asalkan salah seorang ibu atau bapa kanak-kanak tersebut adalah warganegara Malaysia dan dengan surat pengesahan ketua kampung bagi membuktikan

Page 95: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 83

kanak-kanak tersebut adalah anak kepada warganegara Malaysia. Keputusan tersebut terkandung di dalam surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil.1/2009, bertarikh 11 Mac 2009.

Akan tetapi saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Menteri Pelajaran, terdapat banyak kes berlaku di mana kanak-kanak seperti ini tidak dapat diterima masuk ke dalam sekolah. Yang pernah saya kendalikan adalah satu kes di mana anak ini bapanya memang seorang warganegara Malaysia dan ibunya tidak mempunyai dokumen tetapi memang dilahirkan di Malaysia juga. Ibu bapa kanak-kanak tersebut telah membawa bersama dokumen yang dikeluarkan oleh pejabat dan pergi berjumpa dengan Pengarah Pelajaran Malaysia berkaitan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri tersebut, untuk memohon kemasukan sekolah anaknya. Akan tetapi alasan yang diberikan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang adalah kanak-kanak yang tidak bertaraf warganegara tidak dibenarkan untuk mendaftarkan diri ke sekolah.

Melalui peristiwa ini bolehlah dilihat bahawa maklumat yang terkandung dalam surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran tidak sampai ke peringkat negeri dan sekolah-sekolah dan juga orang awam. Ini telah mendatangkan kesan kepada ramai kanak-kanak dan juga memakan masa ibu bapa kerana bersusah payah pergi ke pejabat dan pergi ke sekolah dan menulis surat kepada Yang Berhormat Menteri beberapa kali. Saya lihat di dalam surat khabar pun ada beberapa kes yang sama dan dalam satu laporan media pada tahun lepas, bulan Jun. Ini adalah kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran yang telah menegaskan bahawa kanak-kanak yang salah seorang ibu bapanya adalah warganegara Malaysia boleh masuk ke sekolah.

� 1650

Saya hendak dapatkan penjelasan mengapa maklumat seperti ini tidak sampai ke semua pejabat negeri seperti di Pulau Pinang? Jadi saya harap saya boleh dapat satu penjelasan dan harap perkara ini tidak berlaku lagi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Pelabuhan Pulau Pinang telah berkembang daripada pelabuhan pengantara kepada pelabuhan separuh pusat iaitu semi hub. Ini bermaksud Pelabuhan Pulau Pinang telah berubah daripada pangkalan pemunggahan untuk kontena seperti Pelabuhan Singapura dan Klang kepada pelabuhan separuh pusat.

Pada hari ini dekat 40% pangkalan yang bertolak dari Pulau Pinang (PPSP) iaitu Penang Port Sdn. Bhd adalah pelayaran terus kepada destinasi. Pada hari ini, jumlah kontena yang dikenali di Pelabuhan Pulau Pinang adalah lebih daripada satu juta Btus. setahun dan bilangannya berkembang daripada setahun ke setahun. Pelabuhan Pulau Pinang memiliki dermaga yang baru dan tujuh crank gantry yang baru yang bersedia untuk menceburi kepada tahap seterusnya. Akan tetapi terdapat satu perkara yang masih tidak dapat dicapai iaitu pengerukan dan pendalaman saluran kepada 14 meter bagi membolehkan kapal besar belayar di pelabuhan yang dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak lama lagi. Keadaan ini menunjukkan bahawa keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional ini membawa agenda tersembunyi, ada udang di sebalik batu.

Perancangan menaik tarafkan pelabuhan kepada pelabuhan pusat akan membawa dua senario yang besar. Antaranya ialah membolehkan kapal layar besar belayar di pelabuhan dan pelayaran terus kepada destinasi. Ini akan mewujudkan kos pelayaran yang murah di Pelabuhan Pulau Pinang dan adalah bermanfaat kepada para pelayar yang dari wilayah utara. Seterusnya, pelabuhan-pelabuhan akan bertindak sebagai pemangkin dalam menggalakkan kewujudan syarikat sokongan perkhidmatan tempatan di wilayah utara seperti local custom, penghantaran kargo, perkhidmatan logistik, perkhidmatan trak dan lain-lain lagi. Di samping itu, 25% hingga 30% daripada jumlah volume PPSP adalah daripada Wilayah Selatan Thailand di mana pelabuhan juga berfungsi sebagai pengantara kargo secara tidak langsung. Oleh itu, banyak aktiviti perdagangan antarabangsa berlaku di Pelabuhan Pulau Pinang. Ini bukan sahaja memanfaatkan pengusaha kecil dalam negara bahkan juga membawa masuk pertukaran asing ataupun foreign exchange.

Seperti dalam semua strategi perniagaan, baru-baru ini dikatakan PPSP akan diswastakan dan ada dengar khabar bahawa dia pun telah diputuskan untuk penswastaan ini akan diberikan kepada kawan baik Barisan Nasional iaitu Syarikat Tan Sri Syed Mokhtar. Syarikat Tan Sri Syed Mokhtar telah memiliki tiga lagi pelabuhan di Malaysia iaitu

Page 96: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

84 DR.21.03.2012

Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Melaka. Kami difahamkan bahawa syarikat Tan Sri Syed Moktar meletak RM350 juta sebagai capital untuk pengerukan dalam tawaran tendernya. Tendernya ialah lebih kurang RM400 juta tapi beliau telah masukkan harga atau nilai untuk deepen the sea bay iaitu dijangka ialah kerjanya akan menelan belanja RM350 juta dalam tendernya. Kerana itulah dia dikatakan bahawa beliau diberikan kontrak tetapi saya rasa sekiranya khabar angin ini adalah betul dan tender ini telah diberi kepada syarikat Tan Sri Syed Mokhtar, ia akan membimbangkan penduduk-penduduk di wilayah utara.

Yang kita nak tanya ialah kenapa penswastaan diberikan kepada syarikat yang sama yang sudah memiliki tiga buah pelabuhan di Malaysia. Kerajaan tidak memikirkan bahawa ini akan mewujudkan keadaan monopoli berlaku dalam bidang pelabuhan seperti yang kini berlaku antara MAS dan AirAsia.

Soalan kedua ialah adakah syarikat TSM akan mengembangkan PPSP kepada satu lagi pelabuhan rantau pusat yang akan menjadi pesaing kepada pelabuhan PTP yang dimilikinya di wilayah selatan. Cadangan rasionalisasi PTP dan Pelabuhan Johor telah membimbangkan pelayar-pelayar di Pasir Gudang. Apakah yang akan terjadi sekiranya mereka melaksanakan idea rasionalisasi di Pelabuhan Pulau Pinang dan mengalih semula dan menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang seperti sekarang atau dahulu iaitu kepada pelabuhan perantaraan, is a feeder port rather than a hub.

Adakah TSM akan menunaikan janjinya yang dibuat dalam tawaran iaitu membelanjakan RM350 juta untuk pengerukan pelabuhan apabila mereka mendapatkan kontrak ini. Adalah diingatkan bahawa pengerukan pelabuhan akan menambah daya saingan pelabuhan dan kapasiti untuk menarik minat kapal layar besar belayar di Pelabuhan Pulau Pinang. Saya meminta supaya kementerian yang berkenaan untuk menjawab soalan-soalan ini sama ada adakah dia ada niat yang jahat berbaur politik kerana melihatkan bahawa Barisan Nasional tidak dapat tawan lagi Pulau Pinang, jadi mereka nak kill the Penang Port supaya memberitahu penduduk ataupun rakyat bahawa memang Pakatan tidak layak ataupun tak mampu untuk menguruskan perkara-perkara seperti ini.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Boleh Yang Berhormat?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya?

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Pasal Pulau Pinang. Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya terdengar Yang Berhormat mengatakan tentang Tan Sri Syed Mokhtar dan beberapa perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat tetapi sedarkan Yang Berhormat bahawa di Pulau Pinang juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebenarnya tidak begitu telus dan tidak ada akauntabiliti dan tidak kompeten seperti yang dicadangkan. Saya merujuk kepada projek Bayan Mutiara di mana harga yang telah ditawarkan begitu rendah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dengan harga hanya mendapat lebih kurang RM1 bilion sedangkan tanah yang berdekatan dengan penjualan tanah itu ialah dua kali lebih besar. Dua kali lebih mahal daripada yang dijual oleh Yang Amat Berhormat Bagan, itu satu.

Yang keduanya ialah tanah tersebut telah diberi kepada syarikat yang tidak mempunyai kemampuan untuk menjalankan projek tersebut sehinggakan installment pertama pembayaran tersebut juga tidak dapat dibayar. Jadi, di situ ada percanggahan. Saya kira Yang Berhormat harus melihat juga kemampuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Yang Amat Berhormat Bagan sebelum bertanya-tanya lagi.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih. Ini memang lagu lamalah. Sekiranya ini sudah beri jawapan tetapi tidak mahu faham hendak beri jawapan pun tidak guna. Memang kalau hendak jawapan boleh pergi kepada blog CM. Ketua Menteri Pulau Pinang.

■1700

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Dia tidak jawab Yang Berhormat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Memang sudah ada. Memang sudah ada. Sudah katakan kalau UMNO mahu beli boleh beri satu tawaran.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Yang Berhormat tidak menjawab langsung. Dia circuit the issue.

Page 97: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 85

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Sudah, sudah memang. Yang katakan tidak

telus ialah kerajaan Barisan Nasional, ya, Barisan Nasional. Kerajaan Barisan Nasional sehingga bilangan guru pun tidak dapat urus dengan cekap sampai... [Bercakap bahasa Mandarin] Dia akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada 25 Mac ini kerana sudah 40 tahun masih menghadapi masalah kekurangan guru yang berkelayakan Mandarin.

Ini telah pun diakui sendiri oleh Presiden MCA dalam surat khabar February19. Bahawa beliau mengatakan selalunya pegawai-pegawai ini, ini saya translate dalam surat khabar ini. Dia kata “pegawai-pegawai Education Department selalunya main-mainkan data ini sehingga tiap-tiap kali tanya sama ada, ada masalahkah ini bilangan guru akan dikatakan no problem.” Akan tetapi sampai 20 tahun hari ini kita lihat bahawa ada big problem, problem yang besar.

Di mana hari ini kalau ada pegawai yang boleh baca surat khabar Sin Chew dia memberikan di setiap negeri dia menghadapi masalah kekurangan guru di sekolah-sekolah Cina. Di Johor dia kata, kekurangan. Tidak cukup guru 500 orang yang dihantar oleh kementerian 100 orang tetapi di antara 100 ini setengahnya iaitu lebih kurang 50 orang tidak mempunyai kelayakan bahasa Mandarin. Di Kuala Lumpur kekurangannya ialah 150 orang. Di Perak 200 orang tidak cukup guru 200 orang. Seluruh Malaysia ialah lebih kurang 1,200 orang. Ini bagaimana boleh dikatakan sebuah kerajaan yang cekap. Sudah begitu lama masih tidak dapat menguruskan satu perkara yang dilihat bahawa senang. Senang kalau pakatan menjadi kerajaan ini akan dibereskan dengan cepat...

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Kekurangan guru ini juga dihadapi oleh Sekolah Tamil. . Baru-baru ini kita melihat bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pergi merata-rata tempat untuk memberi peruntukan kepada sekolah Cina dan sekolah Tamil. Itu kita mengalu-alukan memang itu duit rakyat dan patutnya itu tanggungjawab kerajaan untuk mendirikan sekolah. Akan tetapi untuk Barisan Nasional, dia hanya mendirikan sekolah atau memberikan peruntukan apabila pilihan raya akan datang. Kalau boleh, kalau boleh, kalau tidak betul saya minta supaya peruntukan ini diberi tiap-tiap tahun dan ditetapkan di dalam bajet seperti yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor.

Dahulu, kalau sebelum Perak dirampas, Perak pun buat begitu juga, apa susahnya? Mengapa susah hendak berikan peruntukan tahunan sebagai tahunan dan bukan menunggu sahaja pilihan raya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Satu minit lagi Yang Berhormat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya pun hendak meminta supaya peruntukan ini secara tulus dan senaraikan dan disiarkan dalam surat khabar seperti yang dibuat di Pulau Pinang. Apa peruntukan kita semua disiarkan. Semua orang tahu. Sekolah mana dia dapat berapa?

Jadi satu lagi ialah saya minta Kerajaan Barisan Nasional untuk mendirikan satu jawatankuasa untuk mengkaji bagaimana untuk melaksanakan budget responsive gender kerana ini telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Walaupun baru empat tahun kita memerintah tetapi kita sudah mendirikan atau mengadakan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang. Di mana satu projek yang perdana ialah untuk mengkaji bagaimana untuk melaksanakan gender responsive budget. Barisan Nasional sudah diberi peruntukan RM1.5 million dan sudah program telah laksanakan.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Kita ada kementerian, Yang Berhormat. Kementerian sudah ada. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, itu Barisan Nasional.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Masa sudah habis, Yang Berhormat. Yang Berhormat...

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tuan Yang di-Pertua, kalau kita menjadi kerajaan untuk 50 tahun, kita sudah laksanakan gender responsive budget. Kami belum lagi - yang saya rasa Barisan Nasional tidak tahu bagaimana hendak buat. Itu senang sahaja. Wujudkan satu jawatankuasa dan upahlah mereka yang pakar dalam bidang ini. Jadi saya

Page 98: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

86 DR.21.03.2012

harap Kerajaan Barisan Nasional janganlah jauh sangat di belakang dalam aspek ini. Saya rasa malu kalau Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru empat tahun sudah boleh laksanakan mengapa Kerajaan Barisan Nasional sudah 55 tahun tidak dapat laksanakan. Itu hanya menunjukkan bahawa di pihak sana mereka langsung tidak peka kepada keperluan wanita dan mereka tidak mahu undi wanita. Sekian, terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Dari Bukit Mertajam kita pergi ke Lubok Antu, Yang Berhormat.

5.08 ptg.

Tuan William @ Nyallau anak Badak [Lubok Antu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk ikut serta berbahas untuk Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas.

Perkara pertama yang saya ingin utarakan di sini adalah mengenai rungutan pesakit-pesakit dari Daerah Lubok Antu yang mempunyai temu janji dengan doktor di Hospital di Sri Aman. Mengikutkan jarak dari Lubok Antu ke Sri Aman adalah lebih lima puluh kilometer dan apabila mereka sampai di Sri Aman untuk mengambil giliran nombor berjumpa dengan doktor mereka akan mendapat nombor yang akhir sekali. Dengan hanya dapat jumpa doktor pukul empat atau pukul 5 ataupun hampir pukul 7 malam. Mereka ini tidak dapat pulang ke rumah panjang masing-masing dan terpaksa tidur. Mereka yang ada saudara-mara akan tinggal dengan saudara mara di Sri Aman dan yang tidak ada saudara mara tidur di kaki lima kedai di Sri Aman atau di kedai kaki lima di ‘Engkilili’. Mereka yang tidur di kaki lima kita tahu sudah banyak nyamuk dan semalaman mereka tidak dapat tidur.

Saya mencadangkan di sini supaya Hospital Sri Aman supaya doktor-doktor dari bahagian di Sri Aman menghantar doktor secara berjadual ke Klinik Desa Lubok Antu sekurang-kurangnya dua kali setiap dalam satu minggu, supaya mereka ini akan dapat berjumpa doktor sebelah pagi dan sebelah petang dan mereka boleh balik ke rumah panjang mereka yang tinggal di hulu sungai. Perkara kedua saya utarakan di sini juga iaitu mengenai pembinaan hospital tahap tiga di Daerah Lubok Antu.

■1710

Di Daerah Lubok Antu tapak projek untuk cadangan hospital ketiga di Lubok Antu telah diluluskan oleh kerajaan yang mungkin sudah dalam empat, lima tahun sudah. Saya ingin tahu sama ada peruntukan telah diberi peruntukan dalam rolling plan ke-10 iaitu Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu rolling plan ke-2 nanti.

Ketiga iaitu mengenai pelaksanaan bekalan elektrik luar bandar. Di sini saya ingin tahu di sembilan rumah panjang telah diumumkan kelulusan iaitu Rumah Tituk, Rumah Minggat Tituk, Rumah Lampas kawasan Tituk juga, Rumah Tayan dan Rumah Unchat kawasan Senibong, Rumah Isau Sungai Gelong, Rumah Antau Bunu Beging, Rumah Kudang Berenggang, Rumah Egar Bukit Tungku, kelulusan peruntukan untuk projek tersebut telah diumumkan dan telah diberitahu kepada rumah panjang.

Kontraktor telah membuat survey dan ingin menjalankan pelaksanaan pembinaan projek tersebut tetapi pihak SALCRA telah tidak membenarkan projek-projek ini melalui jalan SALCRA kerana ia akan merosakkan sebahagian sawit yang akan merugikan pihak FELCRA. Setelah berbincang, pihak SALCRA telah bersetuju supaya tali wayar atau tiang-tiang elektrik ini dapat dibuat melalui jalan FELCRA dengan bayaran RM48 satu pokok. Jadi, perkara ini, Memandangkan syarat-syarat ini adalah amat munasabah, saya cadangkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah supaya pelaksanaan bekalan elektrik kepada sembilan rumah panjang ini yang telah ditarik balik pada tahun 2010 diteruskan kepada tahun inikerana perkara ini sudah tentu menjadi isu dalam pilihan raya akan datang.

Perkara keempat mengenai bekas jalan-jalan balak. Rumah-rumah panjang yang mempunyai jalan balak, menggunakan jalan balak sebagai perhubungan mereka untuk menghantar barang-barang pertanian mereka kepada pekan atau pun kepada Bandar Sri Aman. Di kawasan Parlimen Lubok Antu, kawasan yang telah mempunyai jalan balak adalah kawasan Ulu Lemanak, kawasan Ulu Engkari dan jalan-jalan ini telah digunakan

Page 99: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 87

oleh penduduk-penduduk sampai sekarang tetapi memandangkan tiada agensi untuk membaik pulih jalan ini, jalan ini susah dilalui, sebahagiannya memang tidak dapat dilalui oleh kenderaan empat roda. Sehubungan ini, saya mencadangkan supaya pihak kerajaan menyediakan peruntukan untuk menaik taraf jalan-jalan balak ini kerana untuk menunggu kerajaan untuk membina jalan baru, sudah tentu akan mengambil masa yang begitu panjang.

Satu lagi perkara yang saya hendak sebutkan di sini mengenai ketibaan TVi. Tadi, Ahli Yang Berhormat dari Kalabakan menyentuh perkara ini tetapi ada sedikit berbeza. Perkara TVi iaitu Rancangan Berita Bahasa Kadazan-Dusun dan Iban yang disiarkan melalui TVi mulai jam 7 sehingga 7.30 malam iaitu 15 minit untuk bahasa Kadazan-Dusun dan 15 minit untuk kaum Iban.

Jadi, program ini amatlah popular untuk penduduk-penduduk di luar bandar dan mereka mengadu amat kecewa dengan masa yang begitu pendek iaitu 15 minit sahaja untuk berita Iban. Maklumat-maklumat, berita-berita yang disiarkan dari TVi dan Program Bahasa Iban amatlah begitu penting untuk mereka mengetahui berita dan maklumat-maklumat yang betul dari kerajaan.

Sehubungan dengan itu, saya memohon sekurang-kurangnya setengah jam untuk bahasa Iban atau setengah jam untuk Bahasa Kadazan satu jam. Ini kerana selepas setiap setengah jam disiarkan TVi, saya melihat TVi lebih suka menyiarkan program-program muzik yang berulang-ulang kali. Jadi, saya rasa adalah lebih baik peluang satu jam itu diberi kepada TVi untuk menyiarkan berita Iban untuk setengah jam dan setengah jam untuk KadazanDusun. Itu sahajalah perkara yang saya ingin ketengahkan. Saya ingin menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan.

4.16 ptg.

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Diraja. Perkara pertama yang saya ingin bawa ialah isu perumahan terutamanya harga perumahan yang semakin melambung tinggi di sekitar Lembah Klang dan juga kemampuan rakyat memiliki rumah pertama khasnya untuk golongan miskin dan juga oleh belia.

Pada masa kini harga rumah di seluruh Malaysia telah dispekulasikan sampai ke satu tahap yang amat membimbangkan. Rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah tidak mampu memiliki sebuah rumah kerana harga rumah yang tinggi dan mereka tidak mampu mendapat pinjaman dan juga menanggung faedah bank dan kos pembiayaan bulan yang tinggi.

Menurut Persatuan Pembeli Rumah, harga hartanah di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Lembah Klang telah meningkat lebih daripada 20% pada tahun 2010 atas pembelian yang spekulasi. Hal ini bermulanya dengan tindakan kerajaan yang tidak bijak dan tidak bertanggungjawab dengan memansuhkan cukai keuntungan harta tanah iaitu Real Property Gains Tax pada tahun 2007. Maka, pada tahun itulah spekulasi pelaburan, hartanah mulai berleluasa sehingga harga pasaran, harga tanah tidak dapat dikawal dan barulah kerajaan mengambil tindakan untuk membatalkan pengecualian cukai keuntungan hartanah pada tahun 2010.

Pada ketika itu, kerajaan hanya memperkenalkan cukai 5% untuk semua tempoh pelupusan. Namun, kadar cukai 5% ini gagal juga untuk mengawal gejala spekulasi harta tanah. Pada tahun 2012, kerajaan barulah tingkatkan cukai pelupusan tempoh tahun pertama dan kedua kepada 10%. Bagi tahun ketiga hingga tahun kelima, cukai 5% sahaja dikenakan kerana cukai ini jauh lebih rendah daripada kadar pada tahun sebelum 2007. Maka, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk mengkaji semula kadar cukai ini sama ada mengikut balik pada kadar cukai yang sebelumnya pada tahun 2007 atau tingkatkan lagi kadar cukai ini. Ini adalah kerana peningkatan harga hartanah lebih daripada 50% dalam masa 11 tahun kebelakangan ini.

Mengikut kenyataan daripada Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) secara purata, peningkatan harga rumah adalah lebih 10% terutama di

Page 100: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

88 DR.21.03.2012

Lembah Klang. Dengan peningkatan kadar cukai keuntungan hartanah ini, ia tidak akan membebankan rakyat sedangkan objektif utama cukai ini adalah untuk membendung spekulasi harga hartanah terutamanya hartanah kediaman. Bahkan cukai ini akan melindungi rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pada harga pasaran yang berpatutan.

Sebelum itu, hanya mereka yang kaya mampu untuk melabur dalam hartanah dan spekulasi harga rumah kediaman. Jadi, pelaksanaan peningkatan cukai ini akan membendung seseorang itu memiliki lebih dari sebuah rumah dan pada masa yang sama boleh membantu rakyat yang lain untuk memiliki rumah pertama mereka.

■1720

Tuan Yang di-Pertua, selain itu kerajaan harus mengkaji semula kadar cukai yang dikenakan oleh individu bukan warga negara atau bukan pemastautin tetap. Di mana 30% cukai keuntungan dikenakan dalam tempoh pelupusan lima tahun pertama dan 5% untuk tahun keenam dan seterusnya. Ini adalah tidak munasabah untuk rakyat Malaysia. Sebab bagi warga asing yang ingin mengaut keuntungan dengan pelaburan dalam hartanah ini, tempoh lima tahun bukan tempoh yang panjang. Kadar 5% selepas lima tahun adalah terlalu rendah. Kerajaan harus tegas terhadap pelabur hartanah asing demi mempertahankan kebajikan rakyat negara kita. Bukan memberi kelonggaran kepada pelabur asing sehingga menggadaikan hak rakyat untuk memiliki rumah mereka.

Kita menggalakkan pelabur asing tetapi bukan kegiatan spekulasi dalam pasaran hartanah tempatan dengan semata-mata mengaut keuntungan sahaja. Tuan Yang di-Pertua, sekadar meningkatkan cukai keuntungan harta tanah ini masih tidak boleh membantu menghentikan spekulasi hartanah. Sesetengah pelabur tidak melakukan jual beli untuk mengaut keuntungan dalam jangka waktu yang pendek. Terdapat mereka yang melabur hartanah dan menyewa keluar untuk membiayai pinjaman bank dan mengaut keuntungan dalam masa panjang. Ini juga merupakan satu spekulasi sebab bekalan perumahan telah berkurangan kerana mereka yang melabur melalui cara ini. Golongan ini mempunyai rumah sendiri tetapi membeli lebih dari sebuah rumah sebagai pelaburan. Mereka tidak mempunyai modal besar dan mampu membuat pelupusan hartanah dalam tempoh pendek. Maka mereka akan menyewa rumah kedua ini sebagai pelaburan tempoh panjang.

Ingin saya tanya Yang Berhormat Menteri, apakah tindakan atau cara penyelesaian kerajaan untuk menghalang spekulasi sedemikian? Mengambil contoh dan cara dari negara Jerman. Kerajaan Jerman mengenakan cukai pendapatan sebanyak 25% untuk mereka yang menyewa keluar hartanah kedua mereka. Adakah kerajaan akan mengikut langkah ini? Saya menganggap langkah ini adalah langkah yang bijak dan bertanggungjawab sedangkan kita menggalakkan setiap orang atau setiap keluarga memiliki sebuah rumah mereka sendiri. Pendekatan kita adalah rumah merupakan tempat tinggal dan bukan suatu benda yang untuk berdagang atau mengaut keuntungan.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut jawapan lisan yang saya terima daripada Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dalam tempoh tahun 2005 hingga tahun 2010 pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana di Lembah Klang hanya 20% sahaja sedangkan rumah kos tinggi ialah 80%. Ini telah menunjukkan kekurangan tanggungjawab dan prihatin Kerajaan Pusat dalam menjaga rakyat miskin dan sederhana yang mahu memiliki rumah. Saya cadangkan kerajaan supaya belajar daripada negara jiran kita Singapura. Di mana Kerajaan Singapura akan menetapkan untuk setiap projek pembangunan, peratusan rumah kos rendah dan sederhana yang perlu dibuat apabila pemaju ingin memajukan setengah bidang tanah.

Saya difahamkan Kerajaan Pusat juga menetapkan pemaju perlu mendirikan 30% rumah kos rendah dalam setiap pembangunan. Akan tetapi masalah adalah kekurangan pemantauan dan penguatkuasaan. Di manakah rumah kos rendah yang ditetapkan 30% sedangkan terdapat 80% pembangunan rumah adalah rumah kos tinggi? Sejauh manakah pencapaian 30% untuk perumahan kos rendah? Apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan kebanyakan pemaju gagal melaksanakan kuota ini?

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Yang Berhormat boleh?

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Di Singapura, tidak payahlah... [Ketawa] Di Singapura, Lembaga Perumahan Singapura akan mendaftarkan setiap keluarga dan individu yang ingin...

Page 101: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 89

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Fasal rumah Yang Berhormat.

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Memiliki rumah kos rendah dan sederhana. Malah siapa yang ingin membeli rumah yang sewa boleh membuat permohonan sedemikian dan bayaran sewa dikenakan sebagai pembiayaan pembeli rumah kos rendah tersebut.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Selama 30 saat boleh?

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Ini akan membantu mereka yang miskin untuk mendapatkan rumah sendiri.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Selama 20 saat.

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Jika sesiapa dalam rumah kos rendah ingin menjual rumah yang dimilikinya maka ia perlu dijual balik kepada Lembaga Pembangunan dan Perumahan Singapura (HDB) dengan harga yang dikawal maka spekulasi rumah kos rendah dan sederhana tidak akan berlaku.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Boleh?

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Satu lagi langkah bertanggungjawab Kerajaan Singapura adalah...

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Rumah murah Yang Berhormat.

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Kerajaan akan menguruskan segala maintenance bagi rumah kos rendah dan sederhana, baik dari mengecat semula atau penjagaan kebersihan persekitaran rumah kos rendah.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Rumah murah Pulau Pinang Yang Berhormat.

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Termasuk maintenance lif-lif. Ini membantu rakyat dan...

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Kegagalan kerajaan negeri, boleh?

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Tidak rasa terpinggir atau dipandang rendah.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Kegagalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, boleh Yang Berhormat?

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Tidak serupa keadaan di flat atau pangsapuri kos rendah di Malaysia. Keadaan flat pangsapuri kos rendah di sekitar Lembah Klang amat mendukacitakan. Di mana JMB tidak berfungsi atau JMB tidak ditubuhkan, seluruh bangunan flat pangsapuri tidak dijaga. Maka penduduk menghadapi maslah lif-lif yang rosak, bil-bil air yang selalu tertunggak kerana tiada kerjasama dari penduduk untuk membayar yuran maintenance setiap bulan.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Boleh sudah? Okey, noktah sudah itu, 15 saat sahaja.

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Tidak boleh. Kerajaan perlu mencontohi untuk membantu rakyat...

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Pulau Pinang sahaja. Hendak tanya fasal Pulau Pinang Yang Berhormat.

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Yang berpendapatan rendah supaya mereka mampu memiliki rumah sendiri...

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Kegagalan kerajaan negeri ini, tidak berani?

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Atau tempat kediaman yang selesa dan bukan persekitaran yang kotor, tidak teratur, tidak selamat dan penuh dengan segala gejala sosial. Kerajaan harus membuat sesuatu yang drastik untuk mengubah keadaan pasaran hartanah tempatan dan persekitaran rumah kos rendah dan sederhana. Kerajaan harus menghentikan segala gimik yang tidak membawa sebarang kemajuan kepada isu perumahan. Antaranya ialah Projek Perumahan 1Malaysia, Skim Rumah Pertamaku telah

Page 102: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

90 DR.21.03.2012

terbukti mencapai jalan buntu. Daripada jawapan Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan lisan saya ternyata – iaitu terdapat permohonan sebanyak 1,623 pemohon yang melibatkan sejumlah RM238.9 juta tetapi amat kecewa. Hanya 280 pinjaman yang bernilai RM41.1 juta diluluskan setakat ini.

Itu hanya setakat 17% yang berjaya diluluskan oleh kerajaan. Malah Perdana Menteri telah gagal untuk membantu golongan muda untuk memiliki rumah sendiri. Pihak bank tidak akan meluluskan pinjaman kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan pinjaman 100% ke atas harga rumah RM400,000. Dengan ini saya minta kerajaan memberikan statistik tentang 280 pinjaman ini yang berjaya memohon Skim Rumah Pertamaku mengikut nilai hartanah dan juga lokasi projek perumahan yang berkenaan. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, mengapa bank-bank tidak menyahut seruan untuk projek Rumah 1Malaysia ini kerana saya dapati banyak bank menolak permohonan yang dipohon itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan, ada dua masalah yang berlaku di kawasan saya. Di mana berkaitan dengan projek-projek lebuh raya, projek Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan juga Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX). Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang Lebuhraya Bertingkat Damansara. Walaupun banyak dialog-dialog telah dijalankan bersama dengan penduduk terutama penduduk di Mutiara Damansara. Mereka meminta supaya laluan lebuh raya ini dialih kerana lebuh raya ini terletak di atas rumah mereka. Mereka memang membantah tentang kewujudan lebuh raya ini. Saya hendak minta penjelasan sedikit tentang lebuh raya ini. Siapakah yang mendapat kontrak ini, berapakah jumlah harga yang terlibat? Berapakah konsesi, collection toll yang akan dikenakan dan berapa lama kutipan tol yang akan diberi kepada konsesi tol ini?

■1730

Saya difahamkan selama 60 tahun adakah betul 60 tahun diberikan untuk kutipan tol ini. Begitu juga Lebuhraya Kinrara-Damansara. Lebuh raya ini ada 90% laluan melalui PJ Selatan, melalui perumahan seksyen 17, seksyen 5, seksyen 2, seksyen 4 dan sekitar Perumahan Taman Medan. Begitu juga ia merupakan 100% lebuh raya bertingkat di mana banyak rumah di atas adalah jalan besar lebuhraya. Kita hairan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata beliau hendak berusaha untuk mengurangkan plaza tol.

Akan tetapi di kawasan saya ada dua lebuh raya ini yang melibatkan lima tol yang baru akan dibina. Saya difahamkan kutipan ini bukan 30 tahun. Kutipan tol melibatkan sampai 60 tahun. Cucu-cucu kita perlu bayar tol pada masa akan datang. Saya hendak tanya soalan yang saya rasa perlu saya dapat penjelasan tentang Lebuhraya KIDEX di mana ada dua pengarah yang terlibat. Ia dianugerahkan kepada dua syarikat iaitu Emrail Sdn. Bhd. dan juga Zabima Engineering Sdn. Bhd. Toh Puan Nik Sazlina Mohd. Zain, isteri kepada Tuan Zaki Azmi, bekas Ketua Hakim Negara semasa krisis Kerajaan Negeri Perak dan juga Datuk Harafizam Harun, juga pengarah kedua-dua syarikat ini. Dia merupakan penasihat undang-undang UMNO, peguam wakil BN dalam kes mahkamah krisis Perlembagaan Perak. Mengapa lebuh raya ini diberi kepada dua orang ini sedangkan syarikat Emrail ini ia langsung tidak mempunyai sebarang rekod atau pengalaman dalam pembinaan lebuh raya? Adakah ini satu ganjaran, saya sendiri tidak tahu.

Saya hendak minta penjelasan mengapa dia hebat sangat, bolah bagi kepada dua orang ini sedangkan mereka langsung tidak ada experience atau pengalaman untuk buat lebuh raya. Perkara keempat yang saya hendak bangkitkan di sini berkaitan dengan Bukit Gasing. Pada tiga hari yang lalu, Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan mereka bercadang untuk menukar nama Bukit Gasing di sebelah Kuala Lumpur kepada Bukit Kerinchi. Saya hairan satu bukit ini dibenarkan untuk wujud dua nama. Bukit Gasing ini sudah lama kita di sebelah PJ, kita panggil ini Bukit Gasing, Jalan Gasing. Apakah rasional Yang Berhormat Menteri hendak cadangkan Bukit Gasing itu di sebelah Kuala Lumpur ditukarkan ke Bukit Kerinchi.

Adakah kerana ada bantahan daripada penduduk di sebelah PJ, di Petaling Jaya Selatan, Bukit Gasing tentang development (pembangunan) yang dijalankan oleh Gasing Meridian Sdn. Bhd. yang membangunkan 70 buah banglo seluas 15.5 hektar di Bukit Gasing, kenapa kerajaan tidak mengambil berat bantahan daripada penduduk di sekitar Bukit Gasing termasuk penduduk di Kampung Kerinchi dan juga kampung Pantai Dalam, mengapa? Penduduk hanya minta supaya ada satu pendengaran awam (public hearing) dijalankan. Mereka hendak suarakan rintihan-rintihan kerisauan mereka terhadap

Page 103: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 91

pembangunan di lereng-lereng bukit kerana pembangunan di lereng-lereng bukit ini akan menjejaskan masalah environment di mana ada beberapa siri tanah runtuh berlaku sebelum itu. Mereka khuatir kalau projek itu dibenarkan dijalankan di mana penduduk di sekitar yang tinggal di Bukit Gasing, mereka khuatir ada runtuhan tanah akan berlaku pada masa akan datang. Jadi, itu sahaja ucapan saya. Sekian terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Hulu Terengganu.

5.34 ptg.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi kesempatan kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Diraja baru-baru ini.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada anak-anak kita yang mengambil peperiksaan SPM baru-baru ini dan diumumkan pada pagi ini dan terima kasih kepada guru-guru yang bertungkus-lumus mendidik anak-anak kita menjadi warga yang sempurna... [Tepuk] Semalam seorang Yang Berhormat di sebelah sana bangun berucap. Nampak sopan, bertudung labuh dan memulakan dengan kalimah Allah. Akan tetapi inti pati ucapannya penuh dengan dengki kesumat, menabur fitnah berselindung di sebalik tudung yang labuh sampai punggung.

Rupa-rupanya Tuan Yang di-Pertua, gambaran di luar belum tentu secantik yang di dalamnya. Saya masih yakin Tuan Yang di-Pertua, kecelaruan dalam masyarakat kita ini boleh diperbaiki dan salah satu mekanismenya ialah menerusi sistem pendidikan kita. Sejarah mengajar kita, kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Yang Berhormat, boleh 15 atau 30 saat?

Seorang Ahli: Janganlah kacau.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Tak, berkenaan tadi itu sahaja.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Insya-Allah silakan.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Cuma 30 saat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tak puas hati tadi Yang Berhormat PJ Selatan. Yang Berhormat saya hendak beritahu dua, tiga perkara yang disebut oleh rakan-rakan pembangkang tadi. Satu dia mempertikaikan tentang apa? Tentang pemberian kononnya projek kepada peguam. Kononnya peguam UMNO ini, KIDEX.

Saya hendak tanya Yang Berhormat, Yang Berhormat tahu atau tidak di Pulau Pinang, Yang Berhormat Bagan bagi kepada kroninya satu projek besar-besaran di Bayan Mutiara diberi kepada Ivory. Ivory yang tidak mampu untuk membayar duit kepada kerajaan negeri, itu satu.

Kedua, kemudiannya Ivory pula pergi joint venture dengan satu company dipanggil Dijaya. Dijaya ini siapa tahu Yang Berhormat? Syarikat yang dipunyai oleh syarikat anak kepada Tan Sri Vincent Tan, adik Tan Sri Danny Tan yang dahulu dikatakan kroni UMNO Barisan Nasional yang suka merasuah. Dia sekarang pakai Yang Berhormat. Nombor tiga Yang Berhormat, tadi saya dengar PJ Selatan mengatakan bahawa kerajaan kita kononnya di Kuala Lumpur di Lembah Klang ini gagal untuk menangani isu tentang rumah murah. Saya hendak bagi contoh Yang Berhormat. Di Pulau Pinang, dibuat Bayan Mutiara itu, di tanah Bayan Mutiara itu dibina RM10 bilion mahligai indah yang mahal. Rumah murah yang sepatutnya dibuat oleh kerajaan negeri diletak di mana? Jauh di tanah besar, di Batu Kawan. Itu satu agenda yang busuk Yang Berhormat di Pulau Pinang.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Terima kasih sahabatku Yang Berhormat Kota Belud. Itulah sebenarnya rupa bentuk Pakatan Rakyat. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Datuk Ir. Haji Idris Bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak memperbetulkan fakta yang rumah affordable house, rumah mampu milik itu bukan

Page 104: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

92 DR.21.03.2012

dibina oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bahkan dibina oleh Kerajaan Pusat di bawah agensi-agensinya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Lima saat. Betul saya hendak bagi tahu lima saat sahaja Yang Berhormat, untuk pengetahuan Yang Berhormat, tahun 2010 kerajaan negeri Pulau Pinang gagal untuk membina satu biji pun tidak ada rumah murah di Pulau Pinang, yang ada ialah yang dibina oleh syarikat-syarikat yang membangunkan tanah 30% itu. Kerajaan negeri zero, kosong.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Memang itulah sebenarnya.

Datuk Ir. Haji Idris Bin Haji Haron [Tangga Batu]: Can let me put the record straight. Tidak langsung membina rumah-rumah mampu milik di Pulau Pinang dan Selangor. Itu hendak bagi tahu.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Demikianlah adanya. Saya tidak hairan kerana kerajaan Kelantan yang kononnya..

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan, penjelasan.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Yang kononnya..

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Rumah murah ini? Murah, murah.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Memperjuangkan Islam..

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Bolehkah?

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Selama 20 tahun.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Bolehkah? Minta penjelasan. Sudah cakap Pulau Pinang tak mahu bagi penjelasan, mana boleh?

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Ini apa ini?

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasanlah.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Duduklah dahulu.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Kerana sudah sebutkan?

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Ada masa kita bagilah.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Sudah sebut, sudah buat dakwaan.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Duduklah dahulu.

■1740

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Sudah buat dakwaan yang serius ini. Sudah buat sedikit penjelasan, sedikit sahaja.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Sabarlah, duduk dahulu. Tidak cantiklah macam itu.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ini mesti put of the record straight seperti yang dikatakan Yang Berhormat Tangga Batu.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat duduk dahulu. Ahli-ahli Yang Berhormat, jangan lagi saya ingatkan balik. Saya sudah buat keputusan tadi sewaktu Yang Berhormat Bakri buat hal dan dua tiga Ahli Yang Berhormat iaitu kalau mengeluarkan hujah yang kita agak akan mendapat reaksi negatif, gentlemenlah sedikit untuk beri penjelasan kepada orang dan ini on both side. Kalau kita syok menghentam orang lain, apabila kita kena hentam, kalau pun tidak syok, pura-puralah kita syok. Bahasa Sabah sudah saya gunakan ini.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Tuan Yang di-Pertua...

Page 105: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 93

Tuan Yang di-Pertua: Jadi jangan asyik hentam orang, ikut perasaan sendiri dan

selepas itu apabila diminta penjelasan, tidak mahu. Dalam semua hal ini, masa mesti diambil kira kerana apabila penjelasan sudah diberi, maka sudah memakan dua tiga minit. Kalau ucapan itu dirangka satu jam, selepas itu baru dua tiga ayat sudah dapat reaksi negatif, tiadalah masa seperti Yang Berhormat Bakri. Permulaan ayat pun sudah isra’ dan mikraj, apa macam kalau ada Ahli Yang Berhormat yang berdiri, Yang Berhormat apa erti isra’ dan mikraj?

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Jangan ketawa, ini serius. Bermakna mesej saya itu ialah hati-hati apabila berhujah walaupun satu sentence. Akan tetapi ada juga Ahli Yang Berhormat tidak membantu apabila kawan sudah begitu, membatu apikan keadaan. Siapa yang bijaksana itu, bijaksanalah. Tidak apa, kadang-kadang saya listening to the rubbish, I listen to it. Sila.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya cuma bagi respons kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan yang memberi ucapan sebelum ini yang tidak memberi ruang kepada saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: So, oleh kerana sekarang ini disebut Pulau Pinang, maka wakil rakyat Pulau Pinang berdirilah minta celah. So are you still on your stand tidak kasi laluan?

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Sabar dahulu.

Tuan Yang di-Pertua: Sabar dahulu. Biar Ahli Yang Berhormat bercakap dahulu satu dua tiga ayat lagi. Sabar dahulu, jangan kasi.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana yang saya katakan tadi, selama 20 tahun Kerajaan PAS memerintah Kelantan, hanya dua buah masjid yang didirikan. Ini menggambarkan ketidakmampuannya berbeza dengan Terengganu, setiap tahun satu DUN ada sebuah masjid. Itulah gambarannya.

Tuan Yang di-Pertua, sejarah mengajar kita, ‘kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya’. Lantaran itulah saya menyokong penuh usaha kerajaan meluaskan skop pendidikan pra sekolah. Kita didik anak kita dengan penuh kasih sayang, toleransi, bersopan santun, bertimbang rasa dan menghormati hak-hak orang lain.

Sayangnya usaha murni kerajaan ini, yang mendidik menjadikan rakyat berbudi bahasa dan berakhlak mulia diracuni oleh sesetengah pihak. Mereka menubuhkan PASTI. Antara lain ajaran di PASTI menanamkan rasa kebencian kepada orang-orang yang mereka tidak senangi dan sukai. Diambilnya gambar pemimpin-pemimpin kerajaan dicaci dan dicerca, dipijak dan dihina.

Lantaran itu, satu bukti baru-baru ini seorang anak muda yang ingin menjadi guru pergi ke rumah orang lain, pergi ke bangunan orang lain kemudiannya menurunkan gambar pemimpin bangunan tersebut mendapat pujaan dan pujian, dibela dan diberi sumbangan hendak mempertahankan perbuatan menceroboh rumah orang itu. Itulah ajaran yang diberikan oleh pihak sebelah sana. Oleh sebab itulah Yang Amat Berhormat Menteri Besar saya mengatakan bahawa PAS ialah parti ajaran sesat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bukit Mertajam berdiri lagi.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Silakan.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat tidak tahu dari mana, Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Ya, Yang Berhormat Hulu Terengganu. Terima kasih kerana memberi peluang untuk meminta penjelasan. Tadi yang beliau katakan bahawa mengajar kanak-kanak memijak gambar-gambar di PASTI. Tetapi Tuan Yang di-

Page 106: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

94 DR.21.03.2012

Pertua, di Pulau Pinang pernah berlaku pemimpin UMNO dia koyakkan gambar bekas Ketua Menteri dan pijak-pijak lagi.

Itu lebih teruk, itu pemimpin UMNO. Kedua ialah tentang rumah kos rendah itu. Pada waktu saya menjadi Ahli Dewan Negeri Pulau Pinang, jumlah bilangan rakyat yang menunggu mendapat rumah kos rendah itu, dia panjang. Sampai sekarang pun bilangan macam itulah. Jadi saya rasa perlulah lebih tahu kalau hendak bawa isu di dalam Dewan ini, pergilah ke Pulau Pinang, kajilah baik-baik, barulah ucap. Jangan hendak kata orang, sendiri lebih. Pemimpin UMNO yang memijak gambar Yang Berhormat Koh Tsu Koon ini, pemimpin sendiri.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Cepatlah sedikit. Saya rasa itu bukan pertanyaan.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan sedikit.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Sabar dahulu, sabar dahulu.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Tadi dia sebut, parti ajaran sesat PAS. Ini apa ini cakap? Kalau parti ajaran sesat, PAS sudah perintah Kelantan 20 tahun, makna orang Kelantan semua sesat, atau macam mana?

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat duduk dahulu dua-dua. Itu sebab, fasal sering kali juga saya dengar kadang-kadang dari pemimpin PAS, baru tadi pagi atau kelmarin daripada Yang Berhormat Pokok Sena dia kata ini Barisan Nasional bangkai, saya tidak tahu bangkai apa. Jadi hentikanlah itu kerana kalau itu tidak dihentikan, seperti beginilah. Jadi apabila saya pula yang mendengar ini, kalau saya buat penilaian 2x5, 5x2. See, so the sometimes saya tidak boleh kontrol lagi kerana saya yang duduk di sini, saya jadi mangsa.

Apabila saya ingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat macam tadi Ahli Yang Berhormat daripada Bakri saya kata jaga Peraturan Mesyuarat 36(12), nanti kalau you hujah, nanti ada orang bangkitkan tetapi saya diingatkan oleh seorang Ahli Yang Berhormat, prominent lawyer bahawa I must not do threatening, is that threatening if I’m reminding Ahli Yang Berhormat fasal peraturan mesyuarat? I don’t think so, meaning I’m helping. Jadi elakkan hujah-hujah politik supaya kita menjimatkan masa. Tadi Yang Berhormat Sipitang dia berhujah halus. Saya yang mendengar saya kata jangan tetapi tidak ada orang tegur oleh kerana dia berhujah halus tetapi makna cukup dalam. Tidakkah boleh kita dibuat begitu? Sila teruskan.

Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Tuan Yang di-Pertua, bukan saya kata. Saya kata Menteri Besar saya kata. Saya cuma mengulangi di Dewan ini. Tuan Yang di-Pertua, anak-anak kita bukan sahaja perlu diberi ilmu dan kemahiran tetapi juga perlu diberi nilai. Salah satu kaedah memberi nilai yang murni kepada anak-anak kita ialah menerusi mata pelajaran j-QAF khususnya kepada anak-anak orang Islam.

Kita minta Kementerian Pelajaran menyempurnakan pelaksanaan j-QAF di seluruh negara. Saya difahamkan masih ada kekosongan sebanyak 16,000 jawatan guru-guru j-QAF yang belum diisi. Mengapakah perkara demikian berlaku. Saya ulangi, mengapakah perkara demikian berlaku?

Sesungguhnya persetujuan telah diperolehi untuk mengambil lulusan SPM dan diploma dalam bidang agama untuk menjadi guru-guru j-QAF ini. Oleh itu kita minta Kementerian Pelajaran memenuhi peruntukan yang telah pun diberikan ini.

■1750

Saya juga mencadangkan supaya pelaksanaan j-QAF ini diperluaskan ke sekolah-sekolah menengah kerana kita yakin mata pelajaran ini boleh melahirkan modal insan yang sempurna. Kita tidak mahu ada pihak-pihak yang berselindung di sebalik sekolah agama tetapi mempunyai agenda yang tersendiri. Sebagai contoh sekolah-sekolah pondok daripada Kedah menghantar anak-anak muridnya yang terdiri daripada anak-anak yatim dan anak-anak kecil berumur 10, 11 dan 12 tahun, merayap ke seluruh negara berjumpa dengan kita di kedai-kedai makan, meminta sumbangan dan meminta derma. Sesungguhnya anak-anak kita yang kecil ini harus disayangi dan dilindungi bukan

Page 107: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 95

diperalatkan untuk meminta derma sebab kerajaan menyediakan peruntukan yang sewajarnya untuk membantu sekolah-sekolah agama ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bercakap...

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: [Bangun]

Tuan Haji Mohd. Nor Othman [Hulu Terengganu]: ...Berkenaan dengan sekolah...

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Haji Mohd. Nor Othman [Hulu Terengganu]: ...Berprestasi tinggi...

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Penjelasan sedikit.

Tuan Haji Mohd. Nor Othman [Hulu Terengganu]: Sabar dahulu.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Tentang sekolah agama,...

Tuan Haji Mohd. Nor Othman [Hulu Terengganu]: Ya, silakan sahabat saya.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mendapatkan penjelasan daripada sahabat saya daripada Hulu Terengganu, sekolah agama yang mana, boleh sebut daripada Kedah itu supaya kita boleh pantau.

Tuan Haji Mohd. Nor Othman [Hulu Terengganu]: Kalau Yang Berhormat hendak lihat dengan mata sendiri, saya mempersilakan ke kedai makan di Selayang Baru. Setiap malam kita akan dikunjungi oleh anak-anak muda ini dan insya-Allah, saya akan bawa resit kalau Yang Berhormat mahu tahu tentang pungutan derma yang berkenaan.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Minta sekolah mana...

Tuan Haji Mohd. Nor Othman [Hulu Terengganu]: Ya, ya saya akan bagi resit. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bercakap berkenaan dengan sekolah berprestasi tinggi. Kita mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran kerana mengiktiraf beberapa buah sekolah berprestasi tinggi mulai tahun 2010 dan hingga ke tahun ini sudah berjumlah sebanyak 66 buah. Sekolah ini merupakan sekolah yang terpilih dan sekolah ini diharap akan melahirkan pelajar-pelajar yang berpersonaliti unggul dalam semua bidang dan kerajaan telah memberikan peruntukan sebanyak RM70,000 kepada sekolah yang berkenaan setiap tahun.

Oleh yang demikian, kita ingin penjelasan daripada pihak kerajaan, sejauh manakah sekolah berprestasi tinggi cohort 1, 2010 dan cohort 2, 2012 telah menunjukkan prestasinya dan sejauh manakah ia telah membuktikan bahawa melonjakkan pencapaian sekolah tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bercakap berkenaan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan dan Perancangan Strategik. Saya amat mengalu-alukan cadangan kerajaan bagi membentuk pelan pendidikan dan perancangan strategik sistem pendidikan negara untuk memenuhi keperluan global dan cabaran masa depan. Kerajaan bercadang merombak pendidikan teras sekolah rendah dan sekolah menengah dalam semua jenis. Objektif utama pelan itu ialah menilai kembali prestasi sistem pendidikan Malaysia melalui penanda aras antarabangsa seperti kajian aliran dalam sains dan matematik antarabangsa dan program penilaian pelajar antarabangsa serta kajian terhadap Penyata Razak, Rahman Talib dan Penyata Mahathir.

Saya juga difahamkan bahawa kerajaan telah melantik 11 orang sebagai ahli panel Pelan Pembangunan, Pendidikan dan Perancangan Strategik Sistem Pendidikan Negara. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan berhubung dengan kriteria yang diguna pakai bagi memilih ahli panel ini, memandangkan peranan ahli panel ini amat penting untuk menilai sistem pendidikan kita sekarang ini. Apakah bidang-bidang utama penilaian ini sebagai rumusan kepada ahli panel berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, salah satu daripada kaedah untuk memajukan sistem pendidikan kita ialah peranan swasta kepada PIBG. Berhubung dengan pelajaran ini, saya ingin menyentuh berhubung dengan sektor swasta yang...

Tuan Che Uda bin Che Nik [Sik]: Yang Berhormat Hulu Terengganu kalau boleh? mengenai pelan pendidikan tadi.

Page 108: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

96 DR.21.03.2012

Tuan Haji Mohd. Nor Othman [Hulu Terengganu]: Ya sahabat lama saya,

silakan.

Tuan Che Uda bin Che Nik [Sik]: Ini orang baik ini. Saya hendak meminta pandangan Yang Berhormat Hulu Terengganu mengenai rombakan sistem pelajaran yang menggunakan panel yang telah dilantik tadi. Dalam pemerhatian saya, saya nampak panel ini dianggotai oleh golongan-golongan profesional yang sebahagian besarnya adalah ahli-ahli perniagaan dan juga adalah pensyarah tetapi panel ini tidak langsung terdiri daripada bekas-bekas pendidik yang biasa duduk daripada bawah hingga ke atas saya katakan, macam Yang Berhormat Hulu Terengganu lah. Jadi saya berpendapat bahawa kalau kita tidak meletakkan mereka ini di dalam golongan yang boleh memberikan pandangan di dalam pembentukan sistem yang baru ini, mungkin ianya akan tidak sesuai apabila dibentangkan nanti.

Kedua, panel ini tidak langsung terdiri daripada orang-orang agama. Saya takut masalah sosial yang berlaku di Malaysia ini akan terus merebak tanpa pandangan langsung daripada golongan agama apabila kita membentangkan untuk dilaksanakan di sekolah. Terima kasih.

Tuan Haji Mohd. Nor Othman [Hulu Terengganu]: Cantik pandangan sahabat saya daripada Sik. Kebimbangan yang sama itulah sehingga saya menyuarakan dalam ucapan saya ini. Kita berharap bahawa ia tidak akan menjadi sebagaimana SBPA yang mementingkan kepada satu golongan sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong cadangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran untuk memberikan pengecualian cukai pendapatan kepada dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi menggalakkan lebih banyak sektor swasta dan masyarakat menyumbang kepada PIBG. Langkah ini akan membantu menambahbaikkan kualiti pendidikan di sekolah sekali gus mengurangkan beban kerajaan.

Ramai individu dan syarikat berkemampuan untuk memberikan sumbangan dan pengecualian cukai dapat menggalakkan lebih ramai pihak yang tampil memberikan sumbangan kepada PIBG. Namun demikian, kita meminta supaya sumbangan itu menyeluruh tidak tertumpu kepada PIBG di kawasan bandar sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Ada tiga minit lagi Yang Berhormat.

Tuan Haji Mohd. Nor Othman [Hulu Terengganu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin meneruskan tentang pertubuhan yang kita anggap mengancam ketenteraman negara kita. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan dua pertubuhan haram iaitu pertama yang kita panggil kumpulan Syiah dan Batiniah yang mempunyai keahlian kira-kira 10,000 orang pengikut. Selain daripada dua kumpulan ini, Jabatan Kemajuan Islam juga telah meletakkan Al-Arqam sebagai senarai utama kumpulan ajaran sesat negara ini.

Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan, apakah langkah-langkah yang lebih tegas dan bersungguh-sungguh akan diambil bagi membanteras kumpulan-kumpulan ajaran sesat ini. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan kerajaan berhubung cadangan kumpulan Syiah yang mendakwa mempunyai kira-kira 200,000 pengikut dan mahu mendaftarkan kewujudan kumpulan ini. Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri telah mengharamkan ajaran Syiah ini dan mengapakah kumpulan Syiah ini terus dibiarkan berkembang dan tiada tindakan penguatkuasaan diambil.

Saya bimbang dan khuatir, takut-takut ajaran Syiah ini akan meresap kepada golongan pelajar, mahasiswa dan ahli politik dan mungkin yang membimbangkan lagi takut berlaku pertumpahan darah kerana dianggap oleh Syiah, darah orang Sunni itu halal. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyokong. Terima kasih.

■1800

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Ahli Yang Berhormat, sebelum saya memanggil siapa yang saya akan panggil untuk berbahas, duduk dahulu kerana saya terpaksa membuat satu ruling. Duduk dahulu. Tadi sebelum masuk, saya telah dikunjungi oleh Timbalan Yang di-Pertua yang mempengerusikan sesi yang sebelum ialah Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar iaitu Datuk Ronald Kiandee mengenai dengan hal apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri dan apa point of order yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang kalau tidak silap saya, iaitu mengenai dengan soal “FELDA”,

Page 109: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 97

setelah soal “FELCRA”, antara Yang Berhormat Bakri dan Yang Berhormat Pasir Salak selesai, soal “FELDA” lagi timbul iaitu Yang Berhormat Bakri or worse the affect mengatakan bahawa, FELDA ada kaitan dengan satu perniagaan yang mengeksport minyakkah apakah di satu pelabuhan di Isreal.

Point of order yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Ledang ialah sama ada itu mengelirukan Dewan atau tidak, sama ada Yang Berhormat Bakri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya difahamkan oleh Timbalan Speaker tadi Datuk Ronald Kiandee bahawa dia terpaksa gantung keputusan beliau sebelum bercakap dengan saya. Jadi, keputusan saya adalah seperti berikut.

Saya ingatkan kembali bahawa Peraturan Mesyuarat 36(12) ini, ia ada tiga perkara yang perlu dipenuhi iaitu pertama, fakta salah yang sedang dihujahkan itu. Kedua, apabila diingatkan ataupun menyedari bahawa fakta itu salah, terus juga meneruskan hujah atau pendirian dan ketiga, niat. Jadi, niat ini, intention can be imputed. Meaning when you are already be warned that your facts are wrong, you still proceed with your stand that you think is right, then intention can be imputed. Meaning you want to proceed your stand tetapi dalam hal ini adalah seperti berikut, ini 36(12) ada kaitan dengan Peraturan Mesyuarat 26(1)(p) iaitu, pada ketika perkara itu berlaku, seorang Ahli Yang Berhormat boleh berdiri tanpa notis seperti yang dibuat oleh Yang Berhormat Ledang tadi. Akan tetapi Timbalan Speaker tadi memikirkan bahawa belum pun dapat dibuktikan bahawa sama ada Yang Berhormat Bakri itu dengan dia punya pendirian seperti yang demikian. Jadi, saya akan beri masa lagi iaitu Menteri mungkin akan menjawab dalam soal itu.

Yang Berhormat Bakri pun mempunyai masa lagi sama ada dia mahu tarik balik atau tidak kerana soal merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini, boleh kita menyelamatkan masa yang banyak kalau umpamanya yang berpendirian itu mengatakan “Okay, I’m sorry. I didn’t have intention”. The matter ends there. Akan tetapi kalau juga Ahli Yang Berhormat yang berkenaan masih berkeras, terpaksa fakta itu akan diheret kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. So, I’m very open on this.

Itu sebab apabila kita site peraturan mesyuarat, I take very seriously. So, Ahli-ahli Yang Berhormat, mesti juga take it very seriously. Jadi, kalau kamu take it very seriously, then of course the first that you should do is avoid - saying things that contrary to peraturan mesyuarat. Jadi, jelaslah Yang Berhormat Bakri, I hope Yang Berhormat Bakri is here. Yang Berhormat Ledang pun ada. So, the time is – nasib kita masih bersidang, mungkin esok, mungkin lusa demikiannya – kena esok. So, next week Menteri-menteri sudah menjawab dan fakta akan keluar. Okey, berdiri balik siapa yang mahu berucap.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Penjelasan?

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Penjelasan, Yang Berhormat Padang Terap.

Tuan Yang di-Pertua: Dia, dia - tadi Hulu Terengganu sudah habis berucap.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Penjelasan kepada ruling yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua: Okey. Sila, sila. Duduk semua.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Tuan Yang di-Pertua, tadi saya mendengar hujah daripada Yang Berhormat Bakri menimbulkan perkara-perkara di luar pengetahuan beliau yang beliau menyebut tentang ada hubungan di antara syarikat di sini dengan Israel termasuklah FELDA, FELCRA dan sebagainya. Kami adalah Ahli Parlimen biasa yang tidak terlibat dalam pentadbiran. Justeru, banyak perkara kami bangkitkan bagi kamilah – Yang Berhormat Padang Terap yang tidak terlibat dalam pentadbiran sebagai Menteri Kabinet ataupun Timbalan Menteri sudah tentulah banyak perkara yang perlukan penjelasan daripada Menteri.

Adakah – soalan saya, adakah 36(6) ini terpakai juga kepada seorang Ahli Parlimen biasa seperti kami ataupun ia hanya terpakai kepada pentadbiran ataupun

Page 110: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

98 DR.21.03.2012

Menteri-menteri Kabinet yang mempunyai jawapan ataupun akses kepada maklumat di peringkat kementerian. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Terima kasih atas penjelasan tadi itu. Ada pihak yang mengatakan bahawa 36(12) cuma applicable to Ministers kerana Ministers itu knows all the fact kerana kes 36(12) ini juga puncanya adalah sebab seorang Menteri di House of Common, you semua sudah tahu ini. Akan tetapi apa yang telah dibuat oleh Parlimen ini juga sepanjang ingatan saya dan itu adalah tafsiran saya, 36(12) ini dia cuma – dia bukan applicable sahaja kepada Menteri-menteri. Ia juga applicable kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana kalau umpamanya applicable sebelah pihak sahaja, maknanya Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain boleh sewenang-wenang lempar sahaja tuduhan. Itu sebab kalau Ahli Yang Berhormat mempunyai fakta yang konkrit, yang kamu fikir benar-benar ada kesilapan, buat usul tersendiri. Selepas itu, lapor kepada polis. Kalau ada rasuah, lapor. Kalau rasuah itu kepada Menteri, lapor dan buat usul seperti yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam mengenai dengan hakim.

Beberapa Ahli: Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bukit Gelugor. Dia buat satu usul. Apabila bilangan wakil rakyat itu memenuhi syarat, maka dia beri masuk dalam usul. Walaupun ia tidak dibahas atau tidak, itu peraturan mesyuarat kita. Jadi kalau Ahli-ahli Yang Berhormat yang fikir ada begitu, then buat. Jadi kalau pun mengetengahkan satu hujah seperti yang minta penjelasan tadi, Yang Berhormat Bakri, buatlah itu hujah. You can put in such a way that bukan direct accusation. Is it? Kalau you buat direct accusation, then it will have a negative reaction.

Jadi maka terpaksa saya campur kerana pada ketika itu mesyuarat sudah tidak berjalan dengan baik. Jadi, tugas saya untuk menenteramkan keadaan. Jadi, kalau pun ada Ahli-ahli Yang Berhormat berhujah, bagi pendapat saya melanggar peraturan mesyuarat. Kalau tidak ada reaksi negatif, I just let it go. Macam main bola. I let you play advantage. Dribblelah, is it? Kalau mesej itu sudah you dapat deliver sebelum kena tegur, you are very lucky. Is it? So, itu game – this is our game. Ahli-ahli Yang Berhormat harus faham begitu.

Jadi kalau pula tidak mahu sampai diusir satu, dua kali ditegur, sudahlah Yang Berhormat, sudahlah. Ini mahu bertegang dengan Speaker. You tahu sudah senjata di sini semua menyebelahi kepada Speaker.

Semua, kerana kalau pun ada prosedur yang tidak betul, peraturan mesyuarat mengatakan.. “it is ‘null and void’, you see. Akan tetapi dalam pada itu, kalau saya yang menggunakan senjata ini, saya tidak akan gunakanlah supaya orang nampak saya adalah bodoh kerana sekarang apa pun yang saya buat di sini, dia keluar instantly, di TV. PAS ada TV sendiri, parti-parti lain ada TV sendiri. Twitter tidak boleh saya stop, Facebook saya tidak boleh stop. Jadi, saya ada self-observer sendiri yang saya sendiri menilai diri saya because what I do here dengan Timbalan-Timbalan, will be judged by those people outside. You see. Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat, mungkin tidaklah pada ketika waktu terlampau emosi, terpaksa react dan sedemikiannya. Selepas itu bersalam-salam di luar. It appears in the press then people judge us again. Ehh, mereka ini berlakonkah tidak? You see.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Sedikit-sedikitlah.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau pun berlakon sedikit-sedikit seperti yang disebut oleh Kota Belud, janganlah overacting. Kalau overacting pun nanti tidak ada orang menonton kita punya....

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Dia overacting.

Tuan Yang di-Pertua: Itu, itu pandangan saya secara ikhlas. Jadi apabila you semua desak saya, saya dalam keadaan stress. Peraturan mesyuarat 18 by now you should know di mana saya punya perimeter yang saya allow dan tidak. Jangan bertengkar dengan saya apabila saya sudah buat ruling. You know I cannot – sudah saya buat ruling, I cannot take it back unless you buat usul. Seperti apa yang dibuat oleh Jelutong kalau tidak silap saya. I make the ruling, he was not satisfied, dia buat usul masuk dalam order paper walaupun ia tidak dibahas oleh kerana Peraturan Mesyuarat 15, agenda kerajaan didahulukan but the fact that it goes into Hansard, dia protes.

■1810

Page 111: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 99

Kita play by the peraturan mesyuarat and I can assure you, saya dan timbalan-timbalan saya will play with the peraturan mesyuarat. Janganlah sampai timbalan pun terus mengucapkan cakap, ”Tidak mengapalah, I am so small in my party”. I mean, do you people want it to be until to that extent. Tolonglah, itu yang saya betul-betul mahu kerjasama. Okey, boleh berdiri again siapa?

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Okey, ini menurut rekod saya. Sebelum Yang Berhormat Hulu Terengganu tadi berucap, Yang Berhormat Petaling Jaya Selatan sudah berucap, okey, jadi sebelum itu BN. Jadi, kalau Yang Berhormat Petaling Jaya sudah berucap, dia dari PKR. Yang Berhormat Bukit Mertajam sebelum itu sudah berucap, sebelum Yang Berhormat Lubuk Antu. Maka, seadilnya yang saya panggil sekarang mesti daripada PAS. Okey. Kalau daripada PAS pula, kriteria lagi saya gunakan siapa duduk depan. Akan tetapi kalau orang yang duduk depan itu setiap kali berhujah, maka kadang-kadang saya lalulah di belakang begitu. Jadi, oleh kerana sekarang apabila saya tengok yang agak senior sedikit Yang Berhormat Baling, maka Balinglah. Sila Yang Berhormat Baling... [Ketawa] Keadilan apa lagi yang kamu mahu daripada saya. Semua on record here. Sila Yang Berhormat Baling, 20 minit.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Tahniah Tuan Yang di-Pertua, keputusan yang bijaksana.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Sokong, sokong!

Tuan Yang di-Pertua: Jadi, jangan ganggu Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Baling kalau tidak mahu diganggu, you tahu parameter mana berhujah. Sila teruskan.

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib [Baling]: [Ketawa] Assalaamualaikum, warahmatullaahi wabarakaatuh. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, atas peluang dan kesempatan diberikan untuk saya dapat turut serta mengambil peluang menjunjung kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, bagi khususnya mewakili rakyat di kawasan saya dan juga sebagai salah seorang daripada anggota Dewan yang mulia ini. Saya ingin mengambil kesempatan dalam peluang ini pertama sekali untuk menyentuh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), khusus mengenai dengan bahagian sokongan (BSK).

Saya difahamkan bahawa sejak tahun 2009 lagi telah pun diperuntukkan sejumlah tidak kurang daripada RM15 juta sebagai bantuan di bawah bahagian sokongan ini untuk membantu ibu-ibu tunggal, keluarga-keluarga yang memerlukan dalam keadaan-keadaan yang mendesak. Saya ingin tahu berapa banyakkah yang telah dibelanjakan dan berapa banyak pula yang dapat dikutip semula kerana memandangkan sejak 2009 dan sekarang sudah 2012. Kita belum dapat data-data, angka-angka yang dibentangkan di Dewan ini dengan sejumlah yang diperuntukkan oleh kerajaan RM15 juta, bagi saya belanja yang cukup tinggi.

Apakah kita sedar atau kerajaan sedar, masih ada negeri-negeri di Malaysia ini yang belum menerima skim ataupun program BSK untuk dilaksanakan. Sebahagian daripada negeri-negeri menggunakan pakai untuk tujuan ini mereka gunakan wang zakat. Saya ingin tahu dari segi pelaksanaan di antara pusat dan negeri-negeri yang belum menerima skim BSK ataupun program BSK ini, apakah telah ada MoU antara pusat dengan negeri-negeri supaya program ini dapat diseragamkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan menubuhkan suatu yayasan keluarga Islam untuk tujuan ini. Kerana kita melihat negeri di Mesir sendiri pada tahun 2004 telah meminda undang-undang yang dinamakan sebagai ta’mim usrah. Undang-undang ini bertujuan untuk melaksanakan tugas atau kontrak kerajaan dengan rakyat yang dalam golongan memerlukan tadi. Di mana ta’mim usrah ini yang melaksanakannya ialah sebuah bank yang dilantik khusus yang dinamakan sebagai Bank Nasil Isytimaa’i. Pendapatan program ini disalurkan melalui bank-bank ini dan bank-bank ini dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan. tugas ini terhadap rakyat Mesir yang memerlukan.

Bagi saya ini boleh kita jadikan panduan atau boleh jadikan teladan supaya kita dapat merangka satu keadaan di mana dapat kerajaan ataupun kita dapat memberikan khidmat kepada kedudukan ini supaya di bawah BSK ini dapat dilaksanakan dengan sebaik

Page 112: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

100 DR.21.03.2012

mungkin. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh mengenai dengan e-Syariah yang pada suatu ketika dahulu telah diketengahkan e-Syariah ini di bawah JKSM atau Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Pernah kita dengar dahulu kedudukannya begitu cemerlang, melonjak yang boleh dijadikan model dan teladan oleh setengah-setengah negara lain.

Akan tetapi kebelakangan ini, kita pun tidak tahu, saya pun tidak tahu ke mana pergi usaha-usaha ini untuk mewujudkan kedudukan di mana nampaknya sekarang e-Syariah ini begitu merudum. Pernah suatu ketika dahulu disuarakan kita perlu satu akademi kehakiman syariah Malaysia. Supaya dalam akademi ini kita dapat melatih atau membuat satu pendedahan kepada para hakim syarie di seluruh negara supaya mereka lebih berketerampilan, lebih efisien dan lebih berwibawa dalam menjalankan tugas-tugas kehakiman syarie yang sudah tentu mencabar daripada semasa ke semasa. Akan tetapi akademi ini sekarang kita nampak hilang begitu sahaja. Begitu juga pernah diwujudkan kelas-kelas tafakuh, untuk mendalami ilmu-ilmu Islam khususnya dalam bidang-bidang yang memerlukan kepakaran oleh pihak hakim-hakim syarie di Mahkamah-mahkamah Syariah di seluruh negara.

Ini pun saya nampak bahawa kelas tafakuh sebagai mana yang saya telah difahamkan, mati begitu sahaja, tidak ada dah. Dipandang kelas tafakuh ini suatu benda yang kecil, tidak memerlukan lagi untuk program ini diteruskan. Satu perkara di bawah e-Syariah ini juga saya ingin sentuh mengenai kedudukan yang disebut transformasi Jabatan Kehakiman Syariah yang di mana untuk melahirkan para hakim syarie yang berwibawa, para pendakwa di Mahkamah-mahkamah Syariah termasuklah juga misalnya pegawai-pegawai suluh yang dipertanggungjawabkan untuk memikul tugas bagi menjalankan tugas-tugas di Mahkamah-mahkamah Syariah khususnya perkara-perkara yang berkaitan dengan kekeluargaan Islam. Ini semua perkara yang saya ingin tahu kenapa begini program yang baik e-Syariah ini, kebelakangan ini boleh dikatakan hidup segan, mati tidak mahu.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diringkaskan sebagai (BAKA). Saya ingin tahu kenapa BAKA yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Agama dan Kaunseling sebagai SAC ini diketuai oleh orang bukan Islam di Bukit Aman. Pegawai bukan Islam diberi tanggungjawab untuk mengetuai Bahagian Agama dan Kaunseling Islam. Saya tidak tahulah kalau yang ini Yang Berhormat Sri Gading boleh bersetuju. Saya minta keadaan ini dapat diperbetulkan balik, lebih-lebih lagi Yang Berhormat Menteri supaya melihat keadaan ini.

■1820

Ini kerana kalau kaunseling Islam, semestinyalah setidak-tidaknya pegawai Muslim. Kita tidak hendak pegawai dari bukan Muslim sebab - bukan kita menafikan kedudukan mereka, tetapi untuk kaunseling agama mestilah pertama sekali orang Islam. Ini kerana kalau yang lain, sudah tentu tidak efektif. Begitu juga di beberapa buah negeri yang menjadi penolong-penolong kepada ketua ini tadi walaupun mereka daripada pegawai Muslim, tetapi bukan daripada pegawai-pegawai yang berkelulusan agama. Kita ada institusi-institusi dalam negara kita sendiri dan juga di luar negara, lepasan-lepasan pelajar-pelajar kita yang graduated, yang master sebagainya dalam bidang Islam, dalam bidang agama, mereka boleh diambil untuk ditugaskan di tempat-tempat yang seumpama ini yang cukup penting.

Cuma saya difahamkan, baru sahaja dua orang pegawai daripada JAKIM dan juga daripada perkhidmatan agama, lepasan agama yang ditempatkan di Bukit Aman.

Ya alhamdulillah kebetulan salah seorangnya adalah hafiz al-Quran dan salah seorang lagi lepasan daripada universiti Islam atau pun USIM. Jadi, bagi saya perlu dilihat supaya peranan-peranan seumpama ini diberikan kepada mereka yang berkelayakan.

Apa yang menjadi kesal juga, diperuntukkan sejumlah peruntukan belanjawan kepada BAKA dengan tujuan melaksanakan tugas-tugas ini supaya kekeluargaan Islam yang ada dalam PDRM itu dapat dikendalikan oleh pihak ini. Akan tetapi sayangnya, peruntukan itu ditarik balik dan pihak-pihak atasan di Bukit Aman menceritakan tidak ada peruntukan. Inilah yang kita ingin tahu, kedudukan yang sebenarnya sejauh mana seriusnya kita dalam menghadapi kepentingan tenaga-tenaga atau pegawai-pegawai Islam dalam perkhidmatan PDRM.

Page 113: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 101

Saya ingin menarik perhatian Dewan ini, di mana kita difahamkan bahawa sambutan Hari Polis yang dijadualkan pada 24 Mac ini bermula seawal pukul 7 pagi sehinggalah 12 malam. Persoalan saya ialah kalau 7 pagi sampai 12 malam, sudah tentu hampir tidak ada ruang untuk anggota-anggota Muslim menunaikan solat. Keadaan mereka, kepada siapa kita hendak dipertanggungjawabkan? Kita jadualkan daripada pukul 7 pagi. Kalau sudah pukul 7 pagi itu kita tahulah dengan keadaan waktu Subuh sekarang yang mereka terpaksa keluar dengan waktu yang lebih awal, mungkin Subuh belum masuk. Sudah masuk Subuh, tengah bertugas. Jadi, bagaimana kita tidak boleh jadualkan sambutan Hari Polis yang sebegini bermakna dalam konteks keselamatan negara, tetapi kita abaikan tugas dan tanggungjawab anggota Muslim.

Masih banyak kita dapati aktiviti-aktiviti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipenuhi dengan acara-acara yang tidak begitu sesuai dengan suasana perkembangan dalam negara sekarang iaitu antara lain penuh dengan acara-acara karaoke, acara-acara tari-menari yang bebas antara satu sama lain, lelaki dan wanita. Ini sesuai zaman kolonial, bukan zaman wasatiyyah yang tekah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apa wasatiyyahnya dengan karaoke, apa wasatiyyahnya, tari-menari? Ini lambang keselamatan negara sebab kita pakai uniform, kita polis. Selamatkah kita dalam konteks suasana yang bercanggah dengan Allah? Wasatiyyah ini Islam. Sebut Islam adalah wasatiyyah. Kalau kita takut dengan Islam, kalau kita tidak hendak dengan program Islam, kita tidak perlu sebut wasatiyyah. Dalam bahasa kampung saya kata, merapu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh satu lagi dengan mengucap tahniah penghargaan kepada sahabat-sahabat saya yang masih lagi berada di JAKIM, bertugas di JAKIM tentang penguatkuasaan logo halal JAKIM. Sebagaimana yang telah diisytiharkan bahawa JAKIM akan kuatkuasakan logo halal. Maknanya, satu kesalahan apabila kita mendapat bekalan barang-barang yang tidak ada logo halal JAKIM. Cuma di sebalik itu, ada satu perkara yang saya minta kepada pihak JAKIM khususnya kerana masih lagi ada terutama sekali di stesen-stesen minyak Petronas maknanya, di stesen-stesen Petronas ini iaitu di kedai-kedai Mesra Petronas. Barang-barang atau produk-produk yang ada di sana yang tidak ada logo halal JAKIM tetapi pihak Petronas Dagangan mewajibkan bahawa barang-barang ini atau produk-produk ini mesti dijual di kedai-kedai Mesra.

Ini walaupun dealers ataupun sebahagian besar pengedar-pengedar daripada stesen-stesen Petronas di kedai-kedai Mesra ini melahirkan rasa tidak puas hati kepada pihak tertinggi Petronas iaitu pihak dagangan. Namun mereka hanya mendapat jawapan yang begitu mudah, walaupun tidak ada logo halal, tetapi oleh sebab mereka rakan niaga kita, kita perlu jaga mereka.

Saya rasa ini sesuatu yang sungguh kesal. Mengapakah JAKIM menentukan satu dasar, dasar JAKIM adalah dasar kerajaan. Serupa. Apabila penguatkuasaan logo halal yang dibuat oleh JAKIM, saya bercakap bab JAKIM bukan kerana saya orang kata bias sebab bekerja dengan JAKIM lama, tetapi benda yang benar tetap benar. Kenapakah Petronas yang juga bersama dengan kita di Malaysia tidak boleh mendukung orang kata wawasan serta tugas yang telah dilakukan oleh pihak JAKIM.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Penjelasan Yang Berhormat Baling.

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib [Baling]: Ada masa Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Sedikit ya.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau Yang Berhormat benarkan beliau, jadi itu juga akan mengambil masa Yang Berhormat. Terpulang kepada Yang Berhormat.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Sedikit sahaja. Tidak sampai seminit saya hendak tanya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan logo halal tadi, adakah Yang Berhormat Baling berfikir juga untuk mencadangkan yang tanda logo halal ini barangkali boleh kita asingkan di antara produk makanan dengan perkhidmatan seperti perbankan Islam atau pun perkhidmatan-perkhidmatan yang berbentuk services semata-mata, tidak ada kena-mengena dengan produk. Logo halal ini barangkali kita boleh asingkan. Ada bentuk yang berkenaan dengan makanan yang kita consume dengan perkhidmatan. Barangkali kita mungkin boleh ada satu kaedah untuk buat berasingan ini daripada satu logo merangkumi semua barangkali untuk mengelakkan kekeliruan. Terima kasih.

Page 114: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

102 DR.21.03.2012

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib [Baling]: Pandangan yang diberikan oleh

Yang Berhormat Indera Mahkota tadi mungkin saya minta supaya dapat diberi perhatian oleh pihak kementerian berkenaan. Cuma Tuan Yang di-Pertua, mohon izin untuk saya sentuh satu dua perkara yang berkaitan di kawasan saya.

Tuan Yang di-Pertua: Ada tiga minit lagi Yang Berhormat. Ada masa, tiga minit.

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib [Baling]: Tiga minit. Pertama sekali saya hendak sentuh harga padi. Ini kerana mengenai dengan harga padi yang saya difahamkan, harga padi yang dibeli oleh syarikat swasta atau kilang swasta, contoh yang ada pada saya ini ialah Kilang Ban Chuan Seng. Di kilang Ban Chuan Seng, saya ada dengan resit semua sekali, harga berat padi yang sama, jenis padi yang sama berharga RM119, dibeli daripada kilang oleh petani atau pun daripada orang kata pesawah. Akan tetapi beras yang sama, berat yang sama dibeli oleh BERNAS dengan hanya harga RM105. Jadi, kita nampak di sini bahawa di mana kedudukan sebenarnya peranan BERNAS.

■1830

Sebab dulu kita ada Lembaga Padi Beras Negara (LPN). LPN kita banding dengan BERNAS. LPN lebih menumpukan kepada kepentingan dan kebajikan pesawah-pesawah terutama sekali pesawah-pesawah kampung, pesawah kecil ini. Akan tetapi, nampaknya sekarang apabila sudah jadi BERNAS sudah diswastakan sebegini kita nampak sangat bahawa BERNAS begitu jauh berbeza daripada perkhidmatan yang telah diberi oleh LPN. Dalam hal ini saya dengar banyak kali Yang Berhormat daripada Arau mengemukakan mungkin Yang Berhormat Arau ini banyak pengalaman dalam bab padi tetapi sampai hari ini berlaku.

Jadi kita harap sangatlah supaya keadaan ini, pihak kerajaan melihat balik kerana petani-petani kita, pesawah-pesawah kita tidak tahu hendak bawa pergi ke mana padi kerana kalau mereka pergi ke kilang, mereka mendapat pembayaran yang lebih sudah tentu. Akan tetapi, apabila mereka bawa pergi ke BERNAS atau BERNAS beli sedangkan kadang ada setengah tempat BERNAS beli tetapi BERNAS juga pergi jual kilang yang sama.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya tengok kebelakangan ini mengenai dengan PLUS. Banyak kenderaan-kenderaan terutama sekali kenderaan-kenderaan berat. Dia letak atau dia parking di laluan kecemasan yang menyebabkan banyak kemalangan mudah berlaku. Oleh itu kita ingin tahu apakah langkah PLUS yang dapat keuntungan berbilion ringgit ini, perancangan mereka untuk atasi masalah ini supaya kemalangan-kemalangan yang meragut nyawa mereka yang tidak berdosa ini? Ini kerana disebabkan kenderaan-kenderaan yang tidak bertanggungjawab, bukan kata dia berhenti kerana rosak. Akan tetapi, dia parking. Parking di tempat-tempat kecemasan. Apakah peranan PLUS peronda yang memantau? Apakah peranan kamera litar sebagai mengatasi masalah-masalah kemalangan yang sering berlaku berpunca daripada keadaan ini? Saya ingin sentuh juga Tuan Yang di-Pertua, daripada saya di penggal yang kesepuluh lagi Parlimen ini saya sebut tidak habis-habis.

Keadaan perkhidmatan Hospital Daerah Baling sampai hari ini tidak berubah. Dari segi kelengkapannya, keperluannya, doktor pakarnya baru ini ada accident minggu lepas yang terdiri daripada pelajar-pelajar daripada UPSI melalui jalan sana. Lima orang accident, dua meninggal, yang seorang cedera patah pinggang. Patah pinggang pun kena angkut bawa pergi ke Sungai Petani. Hospital daerah apa ini sampai macam ini pun tidak boleh serve? Habis hendak bawa pergi ke Sungai Petani Tuan Yang di-Pertua, saya rasa dengan satu jam perjalanan paling cepat dengan ambulans 45 minit akan menderitalah pesakit-pesakit yang seumpama ini.

Mesin hemodialisis tidak mampu menampung keperluan masyarakat di Baling. Hampir 160,000 penduduk mendapat memerlukan perkhidmatan Hospital Daerah Baling tetapi sampai hari ini keadaannya begitulah. Bangunan cantik baru buat tetapi dari segi prasarana keperluan dan kelengkapan di dalamnya masih berada di takuk lama.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Yang Berhormat, boleh mencelah sedikit? Yang Berhormat Kota Belud. Sedikit pasal...

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib [Baling]: Okeylah sahabat Yang Berhormat Kota Belud ini.

Page 115: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 103

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Ada 30 saat sahaja Yang Berhormat.

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib [Baling]: Akan tetapi jangan belit tahu.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Saya janji, ini kena...

Tuan Yang di-Pertua: Selepas Yang Berhormat respons nanti selepas itu gulung ya kerana tidak ada masa Yang Berhormat.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Ini kerana sejuk ini saya Yang Berhormat, saya amat menghormati Yang Berhormat. Satu, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat untuk mendapatkan kelengkapan kesihatan di Daerah Baling. Saya kira selain daripada meminta daripada kerajaan ada cara lain lagi saya minta, saya bagi cadangan. Sebab saya juga menggunakan cara yang sama menulis surat contohnya kepada Yayasan 1MDB ada dua, tiga yayasan yang ada sedikit kewangan yang boleh membantu dari segi itu. Akan tetapi, sebelum saya duduk Yang Berhormat, saya ingin betulkan fakta sedikit.

Tadi Yang Berhormat ada mengatakan tentang ketua kaunseling di Bukit Aman tadi. Saya dengan cepat meminta penjelasan sebab saya takut kalau kementerian membuat penjelasan minggu depan nanti ada mungkin yang tersalah dengar dan sebagainya. Bahagian Agama dan Kaunseling di Bukit Aman itu sebenarnya diketuai oleh orang Islam yang di ketuai oleh SAC Dato’ Dr. Hashim. Akan tetapi dalam Bahagian Agama dan Kaunseling itu memang ada satu unit yang dipanggil Kaunseling Untuk Jenayah Traumatik yang tidak ada kena mengena dengan agama, itu diketuai oleh bukan Islam.

Saya menghargai tadi itu berbentuk pertanyaan jadi ini mungkin dapat menjernihkan keadaan. Ini kerana takut nanti kementerian jawab minggu depan Yang Berhormat nanti takut ada masalah dengan media. Terima kasih.

Dato’ Haji Taib Azamudden Md. Taib [Baling]: Okey terima kasihlah Yang Berhormat Kota Belud. Kalau itu tersilap saya akuilah, saya terimalah tetapi maklumat yang saya terima dalam keadaan demikian. Akan tetapi walau macam mana pun mudah-mudahan pihak kerajaan akan dapat teliti balik. Akhir sekali dalam penggulungan ini Tuan Yang di-Pertua, saya juga terima kasih Yang Berhormat Kota Belud dan insya-Allah pandangan yang diberikan tadi untuk hospital ini. Cuma yang akhir sekali ialah kedudukan jenayah berlaku di kampung-kampung sekarang ini adalah berpunca daripada banyak sangat jalan-jalan yang gelap gelita.

Walaupun ketua-ketua kampung atau peringkat pihak-pihak yang bertanggungjawab minta supaya dipasangkan lampu-lampu jalan di tiang-tiang lampu tetapi nampaknya sampai sekarang ada sesetengah tempat keadaan itu masih gelap gelita. Punca banjir di kawasan Baling terutama sekali di kawasan Sungai Ketil dan Sungai Kupang disebabkan sungai itu sudah jadi cangkat ataupun banyak kawasan yang sudah tertimbus. Saya difahamkan bahawa peruntukan telah diluluskan tetapi entah macam mana saya difahamkan apakah benar atau tidak tetapi boleh pihak kementerian semak balik peruntukan itu ditarik balik.

Jadi dalam keadaan hujan dua tiga jam pun, masyarakat sudah menghadapi keadaan banjir. Jadi itulah Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih. Wassalammualaikum.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ini giliran daripada BN, ini lagi dilema sekali. Walaupun dalam peraturan mesyuarat siapa yang saya nampak berdiri dulu saya panggil tetapi dalam pada masa sama saya terikat dengan konvensyen. Jadi yang berdiri Yang Berhormat Arau. Dalam parti yang senioriti sana pun ada berdiri tetapi apabila saya menimbang, saya bagilah kepada Yang Berhormat Langkawi. Pasal Yang Berhormat Arau selalu bercakap pasal Langkawi jealous.

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim...

Tuan Yang di-Pertua: Nanti dulu, selepas Yang Berhormat Langkawi giliran daripada DAP. Jadi yang berdiri yang sudah saya nampak Yang Berhormat Taiping, selepas itu Yang Berhormat Sibu ada minta sama saya, Yang Berhormat Seremban juga ada minta. Jadi memanggil juga daripada DAP terpaksa senior yang di depan begitu. Jadi

Page 116: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

104 DR.21.03.2012

kalau Yang Berhormat Seremban pula beri laluan it’s up to Yang Berhormat Beruas, selepas itu PKR. PKR you see tiga orang sudah berdiri. Yang Berhormat Sungai Petani sudah jadi macam mana?... [Ketawa] So, kalau saya tengok macam mana termasuk daripada Yang Berhormat Subanglah the next one. So, sila Yang Berhormat Langkawi.

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi]: Okey.

Tuan Yang di-Pertua: Selepas Yang Berhormat Langkawi nanti daripada DAP so kalau Yang Berhormat Taiping mahu Yang Berhormat Taipinglah. So I repeat down here. Selepas Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Taiping, sila.

6.37 ptg.

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut serta membahas Usul Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Izinkan patik seluruh warga Langkawi menzahirkan jutaan terima kasih serta sembah tahniah di atas Titah Ucapan Yang Mulia Tuanku, patik melahirkan junjungan kasih dan sembah tahniah di atas pelantikan Tuanku sebagai kali kedua sebagai Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong kali yang ke-14, bersemayam ke-14. Bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia bagi menaungi negara dan memayungi rakyat mengutamakan kesejahteraan rakyat, kemakmuran negara dan seterusnya meneruskan kesinambungan perkhidmatan Raja Berperlembagaan.

■1840

Seterusnya patik dan rakyat di Langkawi juga merafakkan sembah dan Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang Ketiga Belas, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Tuanku Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang telah bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia bagi menaungi negara dan menaungi rakyat selama lima tahun menyejahterakan rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam Titah Ucapan yang Mulia Tuanku menitahkan bahawa Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, yang berjaya menyejahterakan rakyat dan menaikkan imej negara seluruh dunia. Paling mustahaknya rakyat Malaysia pelbagai kaum supaya bersatu-padu berganding bahu untuk memastikan negara Malaysia yang tercinta ini terus maju, aman dan makmur.

Tuan Yang di-Pertua, sektor pelancongan merupakan penyumbang nombor lima terhadap pembangunan negara. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap beberapa perkara. Pertama sekali terhadap peruntukan sebanyak RM450 juta yang mana blueprint pengenalan Langkawi ataupun Langkawi Tourism Blueprint telah dihasilkan baru-baru ini. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang amat prihatin.

Cuma ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian terhadap penambahbaikan blueprint tersebut. Pandangan, pendapat dihasilkan daripada masyarakat setempat terutamanya penduduk dan pengusaha sektor pelancongan di Pantai Chenang perlu diambil berat dan diberikan perhatian khusus kerana mereka merupakan individu yang paling besar menerima impak ekoran penggunaan kawasan tersebut. Perhatian dan tindakan terhadap cadangan, pandangan dan pendapat ini akan membolehkan pelaksanaan pembangunan dijalankan dengan cepat dan lancar.

Selain itu, juga isu-isu seperti sosial, keselamatan, kebersihan pantai, pemuliharaan kawasan pantai dan laut perlu diberikan keutamaan sehingga ia menarik perhatian terhadap kenaikan konsultan yang bertanggungjawab membangunkan kehidupan natural. Mereka perlulah memberikan beberapa cadangan atau option yang dibenarkan oleh pihak kerajaan dan penduduk setempat ke atas tindakan semua pelaksanaan tersebut dijadikan atau pun keadaan menang-menang. Saya juga memerhatikan bahawa blueprint pembangunan Langkawi ini hanya tertumpu pada satu kawasan sahaja iaitu Pantai Chenang tanpa mengambil kira penghuni yang menyeluruh di Langkawi.

Page 117: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 105

Pembangunan Langkawi bukan hanya kepada Cina sahaja. Kami penduduk

Langkawi bersyukur kepada Allah SWT kerana dikurniakan satu tempat yang cukup indah. Semua tempat di Langkawi berpotensi untuk dibangunkan dan dijadikan tempat pelancongan kerana setiap lokasi mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Langkawi masih mempunyai Pantai Tengah, Pantai Kuah, Tanjung Rhu, Pantai Kok dan lain-lain gugusan pulau-pulau yang perlu dibangunkan untuk dijadikan tempat pelancongan yang menarik. Saya harap agar pihak kerajaan meneliti kembali perkara ini dan memberikan perhatian yang menyeluruh terhadap pembangunan pelancongan Langkawi.

Selain itu, usaha-usaha pembangunan pelancongan, kerajaan juga perlu peka dan memberikan perhatian sewajarnya kepada gateway ataupun pintu-pintu masuk ke Langkawi. Pintu masuk yang paling utama ialah Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Sebagai pengguna, saya perlu perhatikan keadaan ini kerana jeti ini amat tidak selesa terutamanya menjelang cuti persekolahan dan cuti-cuti umum yang lain. Saya telah beberapa kali membangkitkan poin ini dalam Dewan yang mulia ini berkenaan dengan masalah kesesakan yang melampau di kedua-dua buah pintu masuk ke Langkawi ini.

Para pelancong di perhati terpaksa menunggu begitu lama untuk menaiki feri. Datang pukul 6 pagi, pukul 10 baru boleh naik. Datang pukul 10 pagi, pukul 2 baru boleh menaiki feri. Keadaan ini disulitkan lagi dengan kekurangan jumlah tempat duduk, kesesakan jalan raya dan kawasan ruang menunggu. Jeti seolah-olah sebagai ia pusat pemindahan banjir. Semua ini akan menyebabkan pelancong berasa jemu dan kecewa dengan kemudahan yang disediakan dan mungkin menyebabkan mereka enggan berkunjung ke Langkawi pada masa yang akan datang dan seterusnya merosakkan reputasi Langkawi sebagai destinasi pelancongan yang bertaraf antarabangsa.

Saya juga menghadirkan beberapa masalah berkaitan pendaratan feri menyumbang pada punca kelewatan jadual perjalanan feri. Keadaan air yang cetek dan berumput di muara sungai menghalang feri dari berlabuh. Saya telah mencadangkan dalam Dewan yang mulai ini supaya kerajaan mempertimbangkan pembinaan feri di luar kawasan pantai iaitu lebih kurang dua batu atau tiga batu ke laut agar ia tidak dibelenggu oleh masalah lumpur dan air surut kerana perkara-perkara berkaitan kerja mendalamkan sungai memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan ia seolah-olah satu kerja yang sia-sia, membazir dan tidak berkesudahan kerana rumput-rumput tersebut akan kembali dan tumbuh semula.

Tuan Yang di-Pertua, faktor-faktor seperti inilah yang menjadi penghalang, mencacatkan hasrat kerajaan untuk menggalakkan pelancongan dalam negeri menerusi Program Cuti-Cuti Malaysia. Saya amat berbesar amat sekiranya permasalahan yang dikemukakan ini dapat diberikan perhatian yang khusus oleh pihak kerajaan berkaitan dapat diselesaikan secepat mungkin agar Langkawi akan terus kekal sebagai sebuah pusat destinasi pelancongan yang setaraf dengan tempat lain di dunia, bukan sahaja tarikan fizikal malahan daripada segi mutu perkhidmatan dan pelan yang disediakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Pusat sama ada LADA kerana menempatkan APM, tentera laut, polis marin, kastam dan lain-lain agensi penguat kuasa Langkawi. Kehadiran agensi ini bukan sahaja menggunakan impak yang tinggi malahan bagi mengawal perairan negara kita dari di ceroboh oleh pihak-pihak tertentu iaitu penyeludupan. Saya berharap agar agensi ini sentiasa bersiap siaga untuk mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

Namun demikian, baru-baru ini terdapat kes yang mana nelayan telah dijumpai oleh warga asing yang bersembunyi di Pulau Chengai yang mana difahamkan mereka terdiri daripada warga Myanmar yang diseludup masuk ke negara kita. Apa yang bermain di fikiran saya ialah agensi manakah - mengapakah ini berlaku? Adakah kita terdedah dan dicemburui oleh pihak yang tertentu? Apakah keselamatan di negara kita masih belum mampu menangani masalah sedemikian?

Saya amat berharap agar soal keselamatan jadi perlulah diberikan perhatian yang berat oleh mereka yang berkenaan. Permasalahan penyeludupan minyak juga masih berlaku. Saya mohon agar BPM meneruskan usaha untuk membanteras kegiatan penyeludupan minyak daripada berlaku terutamanya minyak diesel bersubsidi dan yang diberikan kepada pengguna yang telah disalahgunakan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat Langkawi, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak lapangan terbang antarabangsa di Langkawi yang telah menaikkan

Page 118: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

106 DR.21.03.2012

taraf kapal terbang dengan mengadakan pusat untuk memberikan laluan kepada mereka yang tinggi iaitu mengadakan penerbangan terus perseorangan dengan mengadakan tambahan lapangan terbang iaitu sekarang ini dikatakan Langkawilah mengadakan 20 penerbangan sehari dan juga diadakan lebih kurang 200 lebih pelanggan yang datang, yang berasingan. Semua ini adalah dengan berkat doa dan juga kami Langkawi mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah memberikan segala perhatian dan kesungguhan untuk memajukan Langkawi.

■1850

Saya harap akan teruskan usaha ini sebaik mungkin. Tuan Yang di-Pertua, suka lagilah, saya mintalah kepada Kementerian Pelajaran iaitu sekolah hendaklah dibina dua buah sekolah lagi. Kami perlukan dua buah sekolah lagi iaitu Hutan Perca yang mana satu sekolah menengah dan satu sekolah lagi sekolah kebangsaan kerana sekolah menengah sekarang ini yang terdekat ialah 2,000 orang lebih pelajar ditempatkan di situ. Saya harap perkara ini dapat diambil perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran untuk menubuhkan dua buah sekolah lagi. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya harap pihak kerajaan tidak jemu-jemu terus memberi laluan kepada Langkawi supaya dapat menjadi tarikan pelancongan yang terulung di rantau ini. Dengan kata itu, saya tetap setia menyokong Perdana Menteri. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Taiping.

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Salam reformasi Tuan Yang di-Pertua.

Seorang Ahli: Wah hebat...

6.51 ptg.

Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Terima kasih kerana membenarkan saya bangun untuk membahaskan Titah Diraja sempena persidangan Dewan Rakyat pada kali ini. Tuan Yang di-Pertua saya bangun untuk membawa impian warga Taiping yang merupakan bandar warisan tanah air kita. Saya rasa terpanggil untuk membangkitkan beberapa perkara penting untuk manfaat masyarakat Taiping dan kami menaruh harapan yang tinggi supaya warga Taiping tidak perlu asyik menanti sebelum impian menjadi kenyataan. Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama adalah permintaan untuk membina sebuah universiti di kawasan Parlimen Taiping. Adalah hasrat dan impian warga Taiping di mana bandar yang bersejarah ini memohon jasa baik pihak kerajaan untuk menimbang hasrat umum masyarakat Taiping kerana ia adalah pemangkin pertumbuhan dan wacana transformasi untuk bandar yang bersejarah ini.

Dari segi kemampuan pembiayaan kerajaan, kepentingan bidang tujahan niche area tertentu terhadap pembangunan sosioekonomi negara mahupun dari sudut sumber manusia yang mencukupi serta keperluan sumber tenaga yang diperlukan dalam pasaran kerja tempatan, Taiping sebenarnya memenuhi segala kriteria untuk mendirikan sebuah universiti IPTA di kawasan Parlimen saya. Memorandum untuk tujuan murni ini telah kerap kali dihantar kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bagaimanapun, rakyat di sana masih lagi sabar menanti. Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan segera supaya tidak menghampakan masyarakat Taiping yang ketika dahulu adalah ibu kota kepada negeri Perak Darul Ridzuan.

Tuan Yang di-Pertua yang saya kasihi, perkara yang kedua adalah pembinaan kereta kabel di Maxwell Hill ataupun Bukit Larut yang terkenal dengan flora dan fauna serta keindahan pemandangan. Mengikut tinjauan saya dan pengumpulan pendapat dari warga Taiping, bandar Taiping dengan kedudukan unik yang sedia ada adalah amat sesuai dibangunkan sebagai bandar berilmu pendidikan tinggi dan bandar pelancongan. Kerajaan Negeri Perak sendiri telah mengumumkan pembinaan projek kereta kabel di Maxwell Hill sejak tahun 2006 dan kononnya dijangka siap pada tahun 2009. Akan tetapi sekian lama rakyat Taiping menunggu, keadaannya sehingga kini masih tetap dengar suara dan bayang tidak nampak. Saya menggesa Kementerian Pelancongan mengambil tindakan proaktif dengan kadar segera supaya projek yang diuar-uarkan sekian lama ini dapat dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga yang ingin saya membawa kepada Dewan yang mulia ini adalah tentang pemulihan pasar awam di bandar Taiping. Pasar

Page 119: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 107

awam Taiping adalah pasar yang pertama yang didirikan di tanah air kita. Bagaimana bangunan abad yang ke-18 tersebut tersergam berdiri di tengah-tengah bandar Taiping dan sehingga kini masih lagi mencurahkan khidmat dan berbudi kepada masyarakat Taiping. Bagaimanapun setelah berkhidmat lebih dari 130 tahun, bangunan tersebut kini berada dalam keadaan yang usang dan amat perlu diperbaiki. Adalah hasrat warga Taiping bahawa majoriti rakyat di kawasan Taiping ingin mengekalkan pasar yang bersejarah tersebut kerana ia merupakan nadi pembentukan local economy untuk bandar yang bersejarah ini. Saya ingin mengesyorkan kepada Kementerian Pelancongan supaya meluluskan peruntukan untuk memulihkan semula bangunan pasar tersebut mengikut corak Freemantle Market di Perth, Australia yang umurnya lebih kurang sebaya dengan pasar Taiping. Pemulihan pasar ini berpotensi menjadi satu produk pelancongan yang bernilai dan ia boleh dijadikan bahan kajian untuk seni pembinaan bangunan warisan. Tuan Yang di-Pertua, selain itu jika dirancang dengan rapi ia juga akan menghidupkan suasana sekeliling bandar Taiping yang akan menjadi kebanggaan kepada penduduk tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada tiga perkara yang dibangkitkan tadi saya rasa terpanggil untuk mengutarakan masalah banjir yang menjadi igauan mimpi ngeri warga Taiping. Dua minggu yang lalu, lebih 3,000 isi rumah di Taiping telah pun dilanda banjir. Saya sedar bahawa Taiping merupakan bandar yang dikurniakan kadar penurunan hujan yang kedua tertinggi di dunia.

Akan tetapi saya mendapati sistem perparitan yang kurang sempurna, rancangan pembangunan yang kurang memuaskan serta kegagalan membersihkan pasir sungai yang kian bertakung adalah antara sebab mengapa kini banjir telah menjadi fenomena yang sering terjadi. Walaupun kerajaan pernah mengumumkan rancangan untuk mencegah banjir dengan peruntukan RM9 juta tetapi peruntukan yang diperlukan adalah RM200 juta. Maka sehingga kini, keadaannya bukan sahaja tidak nampak kemajuan sebaliknya ia kian merosot. Saya menggesa Kementerian dan Jabatan Pengairan dan Saliran dapat memberikan perhatian yang serius dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada isu kawasan Parlimen, saya ingin membangkitkan beberapa perkara penting yang sekian lama merunsingkan murid-murid sekolah. Pertama, mengikut statistik Kementerian Pelajaran masalah kekurangan sumber tenaga pengajar di sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil telah menjadi masalah kronik yang membelenggu kita lebih daripada setengah abad. Mengikut rekod yang saya ada, pada tahun 2010 SJK(C) mengalami masalah kekurangan guru seramai 2,206 orang dan SJK(T) pula mengalami bilangan kekurangan guru seramai 282 orang. Pada tahun ini, SJK(C) masih mengalami kekurangan guru seramai 1,874 orang. Pihak pengelola sekolah dan PIBG terpaksa menggunakan dana sendiri mengutip derma dari orang awam untuk mengupah guru sementara yang tidak bertauliah. Umpamanya di Johor Bahru, masyarakat Johor Bahru terpaksa membelanjakan lebih RM1 juta setiap tahun untuk tujuan ini untuk 27 buah SJKC di kawasan tersebut.

Jika kita tinjau bilangan sekolah yang sedia ada iaitu jumlahnya 1,284 buah SJK(C) dalam tanah air kita. Lebih kurang setiap sekolah, lebih 100% setiap sekolah mempunyai masalah yang sama. Something is very wrong somewhere, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Rakyat sudah sabar menanti tetapi lebih 55 tahun masalah tersebut tetap berlarutan. Ini terbukti segala janji manis kerajaan adalah indah khabar daripada rupa. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pelajaran beberapa persoalan supaya kita dapat mengatasi masalah sekolah rendah secara kolektif dan keseluruhan.

Tuan Yang di-Pertua, pokoknya persoalan pertama saya adalah apakah sebabnya SJK(C) dan SJK(T) sentiasa mengalami kekurangan guru dan mengapa kerajaan sehingga kini masih gagal mengatasi masalah ini? Yang kedua, apakah yang merunsingkan kerajaan? Mengapa kementerian ada garis panduan untuk membina sekolah rendah kebangsaan mengikut ratio dan bilangan penduduk. Akan tetapi garis panduan tersebut tidak terpakai untuk SJK(C) dan SJK(T). Yang ketiga, mengapa tapak rizab sekolah yang diwartakan oleh kerajaan hanya dibenar untuk pembinaan sekolah rendah kebangsaan tetapi SJK(C) dan SJK(T) dianaktirikan dan perlu memohon pengecualian dari Menteri Pelajaran mengikut case per case basis. Yang keempat, walaupun SRK, SJK(C) dan SJK(T) semuanya diiktiraf oleh seksyen 28, Akta Pendidikan 1996 sebagai aliran sekolah sistem pendidikan negara. Apakah sebab kerajaan membiayai semua kos pembinaan SRK tetapi murid-murid di SJK(C) dan SJK(T) sekian lama ini terpaksa mengutip derma, meminta sedekah untuk dana membina sekolah?

Page 120: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

108 DR.21.03.2012

Yang kelima, walaupun SRK, SJK(C) dan SJK(T) semuanya adalah sekolah

kerajaan, apakah sebab kementerian mengeluarkan Surat Pekeliling 1/1996. Kementerian menetapkan bahawa murid sekolah adalah bebas untuk pindah daripada SJK(C) dan SJK(T) ke sekolah rendah kebangsaan.

Akan tetapi jika hendak pindah daripada SRK ke SJK(C) dan SJK(T) tidak dibenarkan untuk memohon menukar sekolah. Mengapa ada double standard sedemikian.

■1900

Kelima-lima isu yang dibangkitkan oleh saya telah sekian lama menyinggung perasaan masyarakat Tionghoa dan India di negara ini. Kita tidak boleh menyalahkan rakyat yang marah serta kritik terhadap kerajaan kerana kegagalan pihak kementerian mempamerkan keikhlasan dan kejujuran dalam menyelesaikan masalah yang saya ketengahkan dalam ucapan saya tadi.

Saya bagi contoh bagaimana dengan double standard. Saya mengalu-alukan usaha Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengiktiraf the degree from the China. Di mana 146 universiti telah diiktiraf, akan diiktiraf mulai tahun ini. Akan tetapi anehnya the Unified Exam yang diterima oleh universiti di China yang telah pun dipraktikkan di dalam negara kita ini lebih kurang 50 tahun tidak diiktiraf. The Unified Exam yang diterima oleh universiti China tidak diiktiraf, tetapi degree di universiti China diiktiraf. This shows the double standard which saya rasa adalah satu kesilapan yang perlu diperbetulkan dengan segera.

Tuan Yang di-Pertua saya juga rasa terpanggil untuk membangkitkan beberapa isu penting berkaitan dengan pembinaan lebuh raya bertol yang semakin membebankan rakyat. Sebagai contoh, kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa satu lebuh raya baru yang dikenali sebagai West Coast Expressway akan dibina menjalin Banting ke kawasan saya di Taiping. Lebuh raya tersebut mempunyai jarak 316 kilometer dan dijangka siap pada tahun 2016.

Menarik perhatian saya adalah kos pembinaan jalan tersebut. Apabila Lebuhraya Utara-Selatan dibina pada tahun 1988, jaraknya 898 kilometer. Kosnya RM6.6 bilion. Satu kilometer lebih kurang RM7.34 juta. Akan tetapi sini satu kilometer RM23 juta. Lebih mengejutkan adalah lebih raya tersebut akan diberikan konsesi tol kepada syarikat Europlus sepanjang 60 tahun. Itu kutipan tol dari tahun 2016 sehingga 2076. Waktu itu saya sudah jadi habuk. Kita mungkin ada yang masuk syurga, ada yang sudah masuk neraka. Akan tetapi tol masih diteruskan sehingga anak, cucu kita.

Saya percaya ini adalah satu rekod baru iaitu dengan tempoh tol yang paling lama dalam sejarah tanah air kita. Dalam perkara ini adalah dilaporkan bahawa kerajaan bukan sahaja akan menanggung kos RM980 juta sebagai kos untuk mengambil tanah. Malahan kerajaan sedia menawarkan pinjaman soft loan dengan subsidi interest 3% sebanyak RM2.4 bilion untuk syarikat swasta tersebut.

Maka persoalan ini timbul, jika kerajaan mampu memberi pinjaman kos yang begitu tinggi dan menanggung segala kos pengambilan tanah, mengapa kerajaan tidak bina sendiri dan membenarkan rakyat menikmati lebuh raya percuma. Kedua, apa kelebihan syarikat tersebut memandangkan ia tidak pernah ada pengalaman membina lebih raya sebelum ini. Ketiga, apakah rasional memberikan tempoh kutipan tol sehingga 60 tahun sehingga membebankan dua generasi rakyat kita. Ketiga-tiga persoalan yang saya utarakan saya mohon penjelasan yang telus dan terbuka daripada Yang Berhormat Menteri ketika menggulung nanti.

Selain dari itu Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini yang lebih mengejutkan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat PJ Selatan tadi syarikat milikan bersama Peguam UMNO Hafarizam Harun dan isteri Ketua Hakim Negara Tun Zaki turut dianugerahkan Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara yang bernilai RM2,200 juta. Projek tersebut adalah lebuh raya sepanjang 50 kilometer. Akan tetapi yang menarik perhatian saya adalah kos purata satu kilometer RM44 juta. Kita bayangkan satu meter RM442,000. Apakah jalan yang dibuat ini? Dibuat dari emaskah, dibuat dari tar jalan.

Ini kita perlukan penjelasan. Saya tidak mengeluarkan apa-apa tohmahan tetapi rakyat berhak hendak tahu apakah kelebihan syarikat peguam UMNO ini. Dia peguam, tidak ada pengalaman track record untuk membina lebuh raya. Kontrak konsesi ini seharusnya dikemukakan kepada Dewan ini supaya tidak timbul syak wasangka dan bahawa ini adalah upahan ataupun ganjaran politik untuk peguam dan institusi kehakiman

Page 121: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 109

dalam menjatuhkan Kerajaan Negeri Perak yang dipilih oleh rakyat. Inilah yang telah pun dimain-mainkan, merunsingkan rakyat di negeri Perak ketika ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya ingin saya bangkitkan adalah masalah pengurusan kewangan negara kita. Saban tahun laporan Ketua Audit Negara di mana Ketua Audit Negara dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Beliau telah kemukakan dalam Dewan yang mulia ini setiap kali negara kita dikejutkan dengan pelbagai pendedahan, penyelewengan dan kepincangan pengurusan kewangan dana awam tetapi maslah tetap berulang kecuali tindakan tegas diambil terhadap pihak yang berkenaan. Masalah ketirisan, pembaziran,pemborosan dan penyelewengan akan tetap berulang. Laporan Ketua Audit Negara akan menjadi bahan pameran yang tidak bererti.

Tuan Yang di-Pertua saya bagi contoh tahun lepas negara digegarkan dengan laporan bahawa Jabatan Maritim membeli teropong 1000% lebih mahal dari harga pasaran. Akan tetapi sehingga kini tidak ada pihak dibawa ke depan muka pengadilan. Jika perkara sedemikian terus dikompromi nescaya ada pihak akan terus menyeleweng wang rakyat dan akhirnya kita semua akan menerima padah.

Oleh yang demikian saya menggesa semasa penggulungan nanti Yang Berhormat Menteri dapat mengemukakan laporan tindakan yang telah diambil atas pendedahan Laporan Ketua Audit Negara kepada Dewan yang mulia ini untuk pengetahuan semua pihak sebagai pendedahan masalah penyelewengan wang dana awam.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya demi ketulusan dan akauntabiliti atas ledakan hutang negara yang semakin menggunung kini sehingga RM455 bilion iaitu melebihi paras 53.7% KDNK. Tuan Yang di-Pertua ini telah pun menghampiri paras yang berbahaya kerana we still remember the wisdom of Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri kita yang pertama di mana Dewan yang mulia ini sendiri telah meluluskan Akta Prosedur Kewangan supaya kerajaan, hutang negara tidak boleh melepasi paras 55% daripada KDNK. Akan tetapi kini paras hutang kita sudah hampiri 53.7%. Jika keadaan ini tidak ditegah, kita terpaksa untuk meminda undang-undang seperti Amerika Syarikat untuk membenarkan kerajaan terus meminjam. Akan tetapi akhirnya kita semua akan menanggung parah.

Saya memohon kerajaan menjelaskan apakah rancangan dan langkah positif bagaimana kerajaan boleh menjelaskan hutang supaya negara tanah air tercinta kita ini tidak muflis dan rakyat tidak dibebankan kerana kesilapan dan kelalaian segelintir pemimpin. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih. Saya menjunjung kasih Ke Bawah Duli Tuanku.

Tuan Yang di-Pertua: Dari Barisan Nasional, Yang Berhormat Parit.

7.08 mlm.

Tuan Mohd. Nizar Haji Zakaria [Parit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi saya ruang dalam membahaskan titah ucapan Tuanku Agong dalam Dewan Rakyat pada petang yang mulia ini. Tahniah kepada Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah sebagai Yang di-Pertuan Agong lantikan kali kedua. Sesungguhnya di bawah tampuk pemerintahan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 terus memberi limpah rahmat buat rakyat jelata dan negara.

Pendekatan kesederhanaan atau wasatiyyah dalam ucapan Tuanku ada menyentuh soal pendekatan kesederhanaan atau wasatiyyah. Dalam Islam pun umatnya disarankan mengamalkan kesederhanaan. Dalam konteks ini iaitu mengikut pengertian yang disebutkan itu maka kita akan mengatakan bahawa Islam itu pada keseluruhannya adalah agama pertengahan atau agama yang meletakkan dasar sederhana di dalam segala ajarannya sama ada dalam ibadat, muamalat, cara dan gaya hidup, budaya mahupun semua tindakan dan perilaku Muslim di dalam semua bidang kehidupan dalam urusan dunia dan akhirat.

Konsep kesederhanaan membolehkan Malaysia membangunkan masa depan yang lebih tenteram, aman dan adil. Bagi tujuan, melaksanakan konsep wasatiyyah itu, Kerajaan Malaysia telah melancarkan Gagasan 1Malaysia sebab satu acuan penyatuan antara kaum tanpa melihat perbezaan etnik, agama dan kepercayaan sebagai punya permusuhan dan konflik.

Page 122: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

110 DR.21.03.2012

Jadi saya mengesyorkan supaya GMM ataupun wasatiyyah ini turut dijadikan

platform dalam persidangan-persidangan Parlimen peringkat global pula. Kita mempunyai AIPA, IPU, CPA serta banyak persidangan dan plenary Parlimen peringkat Asia Pasifik dan ASEAN. Jadi saya berharap pihak kementerian luar berserta Parlimen Malaysia dapat berbincang dan boleh membawa agenda GMM secara holistik untuk memastikan terdapatnya persamaan pandangan yang mengakui kepentingan kesederhanaan. Dalam konteks pelaksanaannya dalam isu dan situasi global. Terutama perkara yang berkaitan sosial, ekonomi kewangan, agama dan politik antarabangsa.

■1910

Dengan demikian saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan apakah usaha yang akan dijalankan oleh kerajaan untuk semua peringkat di dalam memahami konsep wasatiyyah ini untuk dijadikan asas kepada kehidupan yang lebih dinamik dan toleransi.

Tuan Yang di-Pertua, masyarakat prihatin dan penyayang. Kesungguhan segala usaha ini telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan pelbagai cara dan daya demi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.

Dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’ telah mewujudkan pelbagai rancangan yang mana kesemuanya adalah untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat khasnya. Slogan ‘Rakyat Didahulukan’ kini telah menjadi sebutan di seluruh pelosok dan ceruk desa.

Atas dasar masyarakat penyayang yang telah dislogankan tidak lama dahulu kini telah memberikan kesedaran kepada rakyat di dalam negara ini berfikir betapa pentingnya mempunyai sebuah masyarakat yang bertoleransi untuk kita bersama-sama menuju ke arah negara maju tahun 2020. Dalam hal demikian sebagai hal pengukuhan struktur yang telah dibina, adakah pihak kerajaan akan melakukan penambahbaikan atau mempertingkatkan program-program kesedaran masyarakat di dalam negara ini dan apakah program pemangkin yang dikenal pasti yang akan dijalankan secara berterusan serta perancangan strategik?

Tuan Yang di-Pertua, kesejahteraan rakyat dalam menikmati pembangunan. Kesejahteraan rakyat adalah merupakan satu elemen yang sangat penting untuk menjamin keperluan fizikal atau infrastruktur mencukupi. Dengan demikian kerajaan yang prihatin akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi segala-galanya. Demi memastikan rakyat dapat menikmati segala ruang dan peluang yang disediakan, sebagai contoh yang paling nyata ialah Dasar Perumahan Negara demi memastikan setiap rakyat di dalam negara ini mampu memiliki rumah. Acap kali kita mendengar rungutan daripada rakyat mengenai kepelbagaian masalah. Malah ianya diburukkan lagi dengan hasutan dari pihak-pihak tertentu untuk menentang kerajaan. Kerajaan yang prihatin sentiasa akan mendengar segala ruang pandangan yang diutarakan oleh rakyat. Hasilnya terdapat banyak kes-kes terpinggir telah dapat diselesaikan. Persoalan yang ada sekarang ialah apakah dasar atau garis panduan utama kerajaan untuk memastikan segala keperluan rakyat dalam semua sektor dapat dipenuhi serta tanpa perlu memakan masa yang lama untuk rakyat menikmatinya? Saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, jati diri dalam pembangunan bangsa. Jati diri bangsa adalah akar umbi dan tunjang keutuhan hidup berbangsa dan bernegara. Goyah kriteria ini bermakna akan goyahlah keutuhan pembangunan bangsa itu sendiri. Sebenarnya di dalam keadaan kita mengenal pasti jati diri bangsa, ada orang sudah lupa akan jati diri murni umat Islam. Nabi Muhammad s.a.w sejak lebih 1,400 tahun yang lalu telah menggariskan jati diri yang unggul yang mesti menjadi ikutan kita sebagai umatnya. Salah satunya ialah budi pekerti dan akhlak yang mulia. Bila nilai moral masyarakat dan bangsa sudah lemah, maka perpaduan dan kekuatan di dalam masyarakat, bangsa dan negara akan menjadi lemah.

Apabila semua ini menjadi lemah dan kucar kacir adalah dikhuatiri pengaruh-pengaruh negatif yang dibawa oleh arus globalisasi akan masuk di tengah-tengah ruang kelemahan itu. Paling menakutkan lagi ialah maruah, moral dan nilai-nilai murni bangsa akan tergadai. Dengan ini saya ingin tahu daripada pihak kerajaan bagaimanakah langkah kerajaan bagi memastikan jati diri setiap warga negara tidak lenyap dalam kesetiaan terhadap negara serta menghargai perubahan zaman atau globalisasi selepas berjaya mempertahankan peradabannya selama ini? Di samping tidak meninggalkan budaya ketimuran yang selama ini menjadi amalan masyarakat berbilang kaum di dalam negara kita.

Page 123: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 111

Tuan Yang di-Pertua, tingkatkan ekopelancongan. Saya hendak beralih kepada

pelancongan. Dalam ucapan Titah Tuanku sendiri ada menyatakan sektor pelancongan adalah pemangkin kepada pembangunan ekonomi luar bandar melalui ekopelancongan dan inap desa. Kalau di Parlimen saya khususnya Parit memang ekopelancongan dan inap desa sebagai pilihannya. Di samping Parit juga dikenali sebagai bandar ilmu menerusi Bandar Seri Iskandarnya yang menempatkan beberapa universiti dan kolej. Dalam kawasan Parlimen Parit kita mempunyai bendang yang luas, Sungai Perak, kawasan kampung yang permai dan perkampungan Orang Asli serta pusat konservasi hidupan liar tuntung yang terletak di Bota Kanan. Yang hendak saya bangkitkan ialah pusat pemuliharaan tuntung yang sedia ada perlu diberikan perhatian dan peruntukan oleh kerajaan untuk penambahbaikan infrastruktur di samping menjadikannya sebagai destinasi pelancongan dan seterusnya berada di dalam kalendar pelancongan dalam dan luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, kepentingan kesihatan untuk rakyat adalah merupakan keperluan utama bagi menjamin rakyat yang sihat serta mendapat rawatan yang terbaik. Dalam pada itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan usaha positif daripada kerajaan dalam menjadikan rakyat sihat sejahtera dan boleh menikmati kemudahan hospital yang baik dari masa ke semasa. Saya ingin membangkitkan semula permohonan pembinaan hospital baru di Bandar Baru Seri Iskandar yang mana merupakan janji pilihan raya yang telah pun diluluskan untuk menggantikan Hospital Changkat Melintang di Parlimen Parit yang hanya mempunyai kapasiti 50 buah katil yang telah tertangguh sejak beberapa tahun yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memperkukuhkan pembangunan infrastruktur asas luar bandar merangkumi program jalan luar bandar dan projek perhubungan desa, memperluas bekalan air bersih dan bekalan elektrik terutama di Sabah dan Sarawak dan mempertingkatkan pengangkutan-pengangkutan awam di kawasan luar bandar. Saya sekali lagi memohon kepada pihak kerajaan agar dapat menyalurkan peruntukan bagi membina sebuah jambatan yang menyeberangi Sungai Perak daripada Lambor Kanan dan Lambor Kiri dengan anggaran kos RM38 juta bagi menghubungkan kawasan yang berada bersebelahan di mana selama ini terpaksa melangkau masa pusingan perjalanan yang jauh untuk membuat urusan berkaitan dengan pejabat penghulu mukim, hospital dan lain-lainnya di sekitar Lambor Kanan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjamin pembinaan modal insan dapat direalisasikan di semua peringkat termasuk golongan belia, lepasan sekolah yang berminat untuk menyambung pendidikan di dalam bidang kemahiran serta sejajar dengan matlamat dan dasar kerajaan untuk mewujudkan kumpulan modal insan yang mempunyai daya cipta atau kreatif dan inovatif, pengisytiharan kerajaan di dalam tahun 2011 sebagai tahun sains, gerakan inovasi merupakan satu langkah yang cukup tepat. Sehubungan dengan keperluan dan kepentingan pembinaan modal insan yang kreatif dan inovatif ini sebagai pemangkin keperluan di dalam tenaga kerja mahir. Oleh yang demikian saya mencadangkan dan memohon kepada pihak kerajaan agar dapat meluluskan sebuah kolej komuniti di Parlimen Parit di mana sebuah kawasan telah pun disediakan untuk tujuan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, institusi kehakiman moden telah wujud lama. Skop bidang kuasa dan tanggungjawab institusi ini telah berkembang dan diperluaskan semenjak negara mencapai kemerdekaan. Khusus apabila bertambahnya bilangan penduduk serta aktiviti ekonomi dan komersial dalam tempoh 54 tahun kebelakangan ini. Walau bagaimana pun kemudahan fizikal serta teknologi mahkamah tidak diselia dengan selari perkembangan dalam aktiviti kehakiman bagi memastikan kelancaran urusan pentadbiran. Keadaan ini telah menjejaskan pentadbiran kehakiman dan telah menyumbang kepada kes-kes yang tertunggak di mahkamah seluruh negara. Jika keadaan ini berterusan ia memudaratkan hak asasi rakyat serta kepentingan ekonomi negara. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon kepada kerajaan agar dapat meluluskan peruntukan pembinaan sebuah mahkamah baru bagi menggantikan mahkamah yang sedia ada yang terletak di Pekan Parit. Untuk tujuan tersebut satu kawasan juga telah pun disediakan.

Tuan Yang di-Pertua, penghasilan makanan melalui aktiviti pertanian terutamanya padi merupakan sumber utama di dalam penghasilan makanan negara. Di dalam kawasan Parlimen Parit sahaja dengan keluasan sebanyak 3,160 hektar adalah menjalankan aktiviti tanaman padi secara giat dan bersifat komersial. Justeru itu saya memperingatkan pihak kerajaan khususnya Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani agar dapat mengiktiraf kawasan tanaman padi di Parlimen Parit sebagai kawasan jelapang padi.

Page 124: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

112 DR.21.03.2012

� 1920

Dengan pengiktirafan ini akan memberikan motivasi kepada pesawah-pesawah untuk meningkatkan daya pengeluaran hasil. Satu lagi saya mohon kepada pihak kerajaan agar dapat mengkaji, menimbang serta meluluskan bagaimana kita dapat untuk mengangkat nelayan-nelayan sungai ini setanding juga seumpama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, banyak pihak membicarakan mengenai keperluan akta yang mengawal selia dan memantau peguam syarie di negara ini yang dipanggil Akta Profesion Guaman Syarie. Oleh itu peguam syarie adalah orang penting bagi membantu anak guam mengetengahkan tuntutan supaya sesuatu kes dibicarakan menetapi prosiding ditetapkan oleh undang-undang. Buat masa ini, setiap peguam syarie yang ingin membela mana-mana anak guam yang berada di lain-lain negeri tertakluk kepada kaedah-kaedah peguam syarie negeri yang ada. Kaedah itu pula berbeza dan tidak seragam di antara negeri. Ada negeri yang meletakkan syarat yang ketat dan ada negeri yang meletakkan kadar yang cukup longgar.

Kepeguaman syarie dewasa ini sudah berkembang dengan baik. Kita dapati bilangan peguam syarie ditauliahkan semakin ramai. Sejajar dengan itu saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, bagaimana kerajaan akan mengatasi ketidakseragaman undang-undang Islam di antara negeri di dalam negara kita. Bilakah kerajaan akan mempercepatkan penggubalan dan seterusnya mewartakan Akta Profesion Guaman Syarie setelah sekian lama tertangguh dan siapakah yang akan menganggotainya. Bagaimanakah caranya kerajaan akan menyeragamkan peraturan dan kelayakan peguam syarie yang mana boleh diamalkan di mana-mana negeri di dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, sukan memartabatkan negara kepada dunia. Saya ingin menyentuh soal mengenai sukan. Dalam tempoh beberapa bulan lagi Sukan Olimpik London akan berlangsung dan Malaysia tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian. Pada Sukan Olimpik London kali ini, saya melihat sandaran utama negara adalah pada acara badminton yang diketuai sendiri oleh pemain perseorangan nombor satu dunia, Dato’ Lee Chong Wei. Jadi saya hendak tahu setakat mana perhatian Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara terhadap sukan seperti renang, terjun papan anjal, berbasikal dan penembak di samping badminton. Banyak kejayaan telah kita saksikan di dalam sukan menembak terutamanya di peringkat antarabangsa. Saya mengesyorkan supaya sukan menembak serta sukan yang berpotensi diberikan tumpuan khusus menghasilkan kejayaan bertaraf dunia.

Di dalam sukan menembak, saya ingin bertanya adakah peruntukan yang disalurkan kepada Persatuan Menembak Negeri dalam usaha melahirkan penembak muda terutama di peringkat sekolah dan daerah, di samping menyediakan peralatan dan kelengkapan sukan berkenaan.

Akhir, kesejahteraan ekonomi. Akhir sekali, negara kita telah merdeka selama 54 tahun. Kemerdekaan yang dicapai itu akan menghasilkan satu suasana yang cukup baik. Saya melihat aspek kesejahteraan ekonomi, ukhuwah masyarakat serta keadilan. Agihan pendapatan yang adil serta kebebasan individu dalam konteks kebajikan sosial diterapkan dalam pemerintahan kita. Inilah yang diusahakan oleh kerajaan sekarang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan apa yang dirancang. Dalam Bajet 2012, Bajet 2011, Bajet 2010 dan lain-lain bantuan sekolah seperti BR1M, KR1M (Kedai 1Malaysia), Menu 1Malaysia, penyelarasan gaji kakitangan awam yang terangkum dalam dasar transformasi nasional. Apa yang penting, elemen mengurangkan kesengsaraan ataupun kemiskinan melarat menjadi objektif utama oleh kerajaan kita. Dalam Islam pun yang ditekankan ialah orang yang kaya bersifat syukur dan orang yang miskin bersifat sabar. Saya yakin dan percaya kerajaan pada hari ini akan memberikan bentuk-bentuk kesejahteraan kepada rakyat.

Dengan itu, saya menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Subang.

7.24 mlm.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih dan salam reformasi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk

Page 125: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 113

mengambil ruang dalam perbahasan Titah Diraja dan Usul Menjunjung Kasih. Oleh kerana masa terbatas, saya pergi terus kepada tajuk-tajuk yang saya ingin sentuh.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bermula dengan isu yang berkaitan dengan dua institusi penting dalam negara kita iaitu institusi polis – Polis Diraja Malaysia dan Institusi Peguam Negara. Saya mula dengan dua institusi ini sebab baru-baru ini ada pendedahan dalam surat khabar ataupun internet portal dengan izin, yang mendedahkan maklumat yang memberi gambaran perbuatan jenayah oleh pegawai tertinggi dalam institusi peguam negara iaitu Peguam Negara sendiri dan yang dikaitkan dengan Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan. Mengikut isi kandungan rencana itu yang ditulis oleh seorang wartawan Malaysia Kini bernama Encik Hafiz Yatim yang dikeluarkan pada 11 Mac 2012 baru-baru ini.

Rencana itu berasaskan beberapa dokumen dan ini bukan cakap lisan sahaja. Ia berasaskan dokumen dalam bentuk akuan bersumpah dan juga keterangan lisan atau maklumat daripada pegawai-pegawai kanan PDRM dan salah satu nama yang disebut ialah Datuk Ramli Yusoff, bekas Pengarah PDRM. Ini bukan pegawai konstabel atau sarjan tetapi pengarah. Di peringkat kedua di PDRM.

Apa yang dia dakwa, jenayah yang dia dakwa ialah bukan ringan. Jenayah yang berat dan secara ringkas, isu yang didedahkan di sana...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Can you sit down first? Can I tell you first? Now, you help me with this, you know, you help me.

Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa perkara ini di bawah usul Peraturan Mesyuarat 18(1). Selepas itu ditolak dan Yang Berhormat berhujah supaya ia diterima. So, sekarang ini Ahli Yang Berhormat bangkitkan ini. Cuma yang menjadi kekhuatiran kepada saya ialah cuba lihat Yang Berhormat Peraturan Mesyuarat 36(8). Dalam Peraturan Mesyuarat 36(8), dia mengatakan bahawa kelakuan ataupun sifat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tuan Yang di-Pertua Dewan Negeri, hakim-hakim dan lain-lain orang yang menjalankan keadilan mahkamah atau Ahli-ahli Majlis Pasukan Bersenjata.

Now, tafsiran saya pada ini ialah ini termasuk AG dan bagi mereka yang Ahli-ahli Majlis Pasukan Bersenjata, itu one time I ask a legal opinion from the AG Chambers that IGP termasuk dalam itu. Jadi kalau itu interpretasi yang betul dan itu pegangan saya sekarang ini, I think the proper thing for Ahli Yang Berhormat because you take this thing very seriously ialah untuk mengeluarkan satu usul bersendiri bagi maksud-maksud itu seperti yang dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor pada ketika beliau mengatakan bahawa ada seorang hakim yang membuat kelakuan tidak baik iaitu plagiarism because if we don’t stick to this, then saya rasa tidak faedahlah bahawa interpretasi saya seperti begitu. Saya tidak bermaksud untuk menghalang mana-mana Ahli Yang Berhormat tetapi biar kita konsisten dengan kita punya interpretation. Itu satu.

Kedua, kalau Yang Berhormat benar-benar juga berpendirian seperti itu, kadang-kadang laporan daripada portal, daripada surat khabar tidak boleh kita ambil itu sebagai satu konklusi. Jadi cadangan saya ialah ada venue lain. Pertama, buat usul persendirian mengenai dengan soal ini then I – meaning you are registered, you are seriousness. Second, buat laporan polis balik ataupun buat laporan direct kepada Suruhanjaya Penyiasat. Ini kerana satu lagi sebab kenapa saya berhentikan Yang Berhormat untuk berhujah dalam sudut itu, this thing is not something new. It is been…, saya sudah buat pada ketika itu saya sudah buat penyiasatan bahawa perkara ini telah dibangkitkan dahulu sudah. Ada jawapan daripada menteri. Cumanya berbangkit semula ini oleh kerana dikeluarkan balik oleh portal tersebut. So meaning it’s been answered already in Parliament. Ada rekod-rekod tertentu yang sudah saya check bahawa sudah pun dijawab ini.

■1930

Termasuk saya masih ingat Yang Berhormat Ipoh Timur membangkitkan satu surat terbuka daripada seorang pegawai dalam PDRM pada ketika itu. So, meaning its been answered already in Parliament as far as Parliament goes, but Ahli Yang Berhormat memang serius dalam hal ini dan siapa pun serius saya rasa kalau tujuan itu betul. Cuma itulah buat usul sendiri lepas itu lapor kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya penyiasatan dapat dibuat. Itu pandangan saya dengan tulus ikhlas.

Page 126: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

114 DR.21.03.2012

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Tuan Yang di-Pertua, saya menerima dengan baik

pandangan Tuan Yang di-Pertua tetapi saya ada pendekatan yang berbeza sedikit. Berkaitan dengan sama ada isu ini adalah lama atau isu baru, memang saya terima. In fact, itu saya akan sebut dalam ucapan. Isu ini contoh yang saya akan sebut tadi itu sudah bermula daripada 2007. Berulang kali telah dibangkit tetapi yang terbaru ini ialah dokumen. In fact, saya akan sebut rujuk kepada dokumen itu. Dokumen itu memberi asas yang kukuh kepada dakwaan itu. Itu bezanya. Walaupun itu cerita yang lama daripada 2007. Itulah sebabnya.

Saya bangkitkan ini Tuan Yang di-Pertua, bukan untuk melemparkan dakwaan sahaja. Saya hanya akan cadangkan sekarang kepada Yang Berhormat Menteri dan kepada pihak kerajaan, menimbang secara serius fakta-fakta ini yang sekarang dibuktikan dengan dokumen dan menimbang semula. Saya ingin membawa cadangan menubuhkan satu tribunal di bawah Perlembagaan. Itu sahaja dan kita menunggu jawapan daripada pihak kerajaan...

Tuan Yang di-Pertua: Okey, will you be submitting all those new evidence?

Tuan R. Sivarasa [Subang]: I have to, I will.

Tuan Yang di-Pertua: So, when you reach there, you stop there.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: So, saya akan baca sedikit daripada dokumen dan itulah asasnya untuk menunjukkan bahawa inilah pendedahan terbaru. Dahulu dokumen ini tidak muncul dalam public domain dan dokumen ini diserahkan kepada saya.

Tuan Yang di-Pertua: I’ll compromise as far as you have a document.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Yes, I have.

Tuan Yang di-Pertua: So, you don’t have to read the document. Just bagi nanti kepada Yang Berhormat Menteri yang berkenaan.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Memang itu cadangan saya tetapi saya bangkitkan ini untuk membahas dan saya bangkitkan cadangan saya kepada kerajaan berasaskan ini semua dan juga berasaskan kes-kes lain yang berkaitan dengan personaliti yang sama, adalah sudah sampai masa bahawa kerajaan patut menimbangkan secara serius the possibility of a tribunal. Kalau bukan tribunal pun, satu siasatan yang lebih berkesan dengan apa yang dibuat dahulu.

Saya terima, memang isu ini dibangkitkan dahulu sebab bukan kes ini sahaja tetapi ada dua tiga contoh lain yang dijawab. Akan tetapi inilah pandangan saya kepada kerajaan untuk ditimbang dan dijawab oleh mereka bahawa persepsi public kena ditangani.

Saya akan bagi contoh jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri bahawa Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri kata ini sudah dibawa dahulu pada tahun 2007. Sebab itu saya tidak perlu jawab lagi. Saya kata tidak. Sekarang dokumen baru sudah di... [Dewan riuh] Kalau tidak mahu dengar tidak apalah.

Seorang Ahli: Youlah keluar!

Tuan R. Sivarasa [Subang]: So, itulah...

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat-Ahli Yang Berhormat, tolonglah. Saya sedang mendengar sekarang ini. Sila.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Isu yang kedua Tuan Yang di-Pertua, yang berkaitan dengan Peraturan Mesyuarat 36. Saya pun sudah teliti sebab saya pun perlu ikut peraturan mesyuarat itu tetapi tafsiran saya, kalau kita baca versi bahasa Malaysia 36, apa dia sebut. Fokus dia adalah hakim-hakim sebab memang itu dilihat sebagai institusi yang lain dalam doktrin pengasingan kuasa. So, perkataan di sana adalah kelakuan atau sifat hakim-hakim dan lain-lain orang yang menjalankan keadilan mahkamah. So, ada bunyi dan maksud lain daripada yang dalam bahasa Inggeris.

Kalau bahasa Inggeris kita hendak tafsirkan, dengan izin, administration of justice, it depends on how wide you want to read it. So, bagi saya itu memang kelakuan dan sifat hakim-hakim. Kita tidak boleh bawa di sini. Kita bawa melalui usul. Pada saya mengikut tafsiran itu. Kita juga ada 36(9) di mana kita boleh bahas kelakuan atau sifat Ahli Parlimen dan juga, if any, public servant, dengan izin, dalam bahasa Inggeris, other than conduct in

Page 127: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 115

the capacity of the public servant. Kita terhad kepada itu. Kita tidak boleh bawa isu peribadi, isu keluarga, matters that are not related to his conduct as a public servant. So, bagi saya perbahasan yang saya bawa ini memang di bawah 36(9), the conduct of this public servant. Memang boleh dibahas tetapi saya akan pastikan apa yang dibawa di sini...

Tuan Yang di-Pertua: Okay, let me stop you there.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Okey.

Tuan Yang di-Pertua: Now, of course IGP dan Attorney General, dia public servant comes under the definition but, then again Peraturan Mesyuarat 36(8) spesifik Yang Berhormat. Bermakna ia keluarkan dia daripada definisi public civil servant tadi oleh kerana dia Attorney General adalah part and partial of mereka yang menjalankan keadilan within that scope of mahkamah. Bagi institusi pula yang berpakaian dia kata ini ialah termasuk IGP kerana Yang Berhormat sendiri mengakui bahawa institusi ini adalah institusi yang penting dalam kerajaan.

Jadi, kalau ada tuduhan-tuduhan itu umpamanya macam apa yang dibuat di sini kalau ia tidak konkrit, itu akan undermined the confidence of the public also in that perspective kepada institusi ini. Itu sebab apabila ia melihatkan sebagai satu perkara yang mustahak and you take it very seriously, ada jalan lain iaitu buat usul. Usul itu nanti yang dibuat ialah usul yang reflects what you are saying. Jadi, meaning saya tidak memberhentikan Yang Berhormat untuk berucap di situ tetapi usul bersendirian seperti yang dibuat oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Jikalau ada misal kata bukti-bukti yang tertentu this is new iaitu apabila Yang Berhormat lapor kepada MACC ataupun kepada pihak polis, then penyiasatan akan dibuat balik based on your evidence. Cuma waktu Yang Berhormat berbahas nanti tidak boleh Yang Berhormat lari daripada hujah bahawa tuduhan-tuduhan itu. Itulah kenapa 36(8) ada selain daripada tadi apa yang disebut 36(9), public civil servant, ia sudah asingkan.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Tuan Yang di-Pertua, saya balik kepada tafsiran 36(8) tadi. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua sebagai peguam tahu, you used them as a general principal. Kita lihat kategori-kategori yang disebut dalam 36(8). Yang pertama adalah Yang di-Pertuan Agong, yang kedua Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri, ketiga adalah Hakim. So, yang Armed Forces Council itu, bukan yang Generals atau yang Colonels atau yang pegawai-pegawai tinggi yang lain.

Yang keempat Service Commission. Hanya itu sahaja. Bukan yang kakitangan kerajaan walaupun kanan atau junior yang melaksanakan tugas. Then, next one is members of the Election Commissions, lastly sovereigns of friendly states. Kalau kita lihat kategori-kategori itu, pandangan saya dengan hormatnya ialah ini adalah terhad kepada jenis itu. Kita tidak boleh luaskan itu termasuk semua kakitangan kerajaan. That is under 36(9). That is when we come to kita boleh bahas tetapi terhad kepada conduct mereka dalam kapasiti itu. Jangan masuk isu-isu peribadi. Itu sahaja. So, kalau tidak kita tidak boleh sentuh apa-apa pun tentang mana-mana kakitangan kerajaan if you take it too broadly. Kategori 8 itu adalah jelas.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, satu lagi. Satu lagi yang kemusykilan saya. Itu sebab apabila ada Ahli-ahli Yang Berhormat membuat tuduhan sama ada dalam kapasiti sebagai seorang pegawai yang menjalankan tugas atau peribadi, usul peraturan mesyuarat tidak membenarkan itu. For the mere of that fact that those people are not present here. They cannot defend themselves. Dalam soal ini, tuduhan ini adalah tuduhan-tuduhan serius. Saya faham tetapi I default with you. Dalam saya punya interpretation di sini ialah dan sebelum ini pun saya telah minta pendapat daripada orang-orang terkemuka mengenai dengan soal ini.

Jadi, saya masih berpendirian bahawa institusi ini terutama sekali the Head. Kalau umpamanya ada perkara seperti Yang Berhormat fikir sekarang ini, I think you good to bring an usul and I’m compromising to you as far as saying. You stop from there, just tell me that Tuan Yang di-Pertua, bahawa perkara ini perkara lama. Sudah dijawab. I don’t want to pursue with it anymore, but there is new evidence in view of what it is that is brought by the bloggers”. What you are talking about also, I cannot take it in totality whatever is printed either dalam media baru sekarang, portal ataupun printing press, because that is not a conclusive thing. You stop from there, then I’m fine with it. So, you can proceed with some other point.

Page 128: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

116 DR.21.03.2012

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Tuan Yang di-Pertua, I am not suggesting at anytime

it is conclusive. Saya tidak boleh mencadangkan di sini itulah bukti muktamad. Tidak boleh. Tujuan saya ini...

Tuan Yang di-Pertua: So does the thing that you want to read, that evidence that been produced in the blog.

■1940

Tuan R. Sivarasa [Subang]: That is the basis of my...

Tuan Yang di-Pertua: Exactly. That’s why I cannot allow it, you see. You are basis in something, you are basis that is something questionable, you see… [Dewan riuh]

Tuan R. Sivarasa [Subang]: I have to read it.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, tolong. Ahli-ahli Yang Berhormat, ini soal penting. Ini soal penting because apa pun decision saya, it will become a precedent, you see. Itu sebab kenapa saya tidak allow you to read because that is something that is still questionable, you see. All you have to do is that evidence through this Parliament, give it to the Minister concern.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Betul. Tuan Yang di-Pertua, saya kena bentang itu tapi saya tak akan kata itu memang bukti yang muktamad or convincing proof, tak. I’m saying this is what it said. Sebab itu saya minta, saya kata ada asas nampaknya...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, begini, let put this way.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: ...Siasatan.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, let’s put this way. Yes.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: I am asking for the...

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya. You see, just katakan bahawa saya ada bukti yang saya dapat daripada portal, then you just give it to the Menteri concern then Menteri saya rasa pun pihak-pihak berwajib sudah juga baca ini pun, you see because if I too allow you to read that, meaning I’m already also giving you a chance to read what is something that it is questionable outside. Itu peraturan mesyuarat, perkara-perkara yang dilaporkan dalam surat khabar tidak semestinya betul. Itu cuma tuduhan sahaja dan secara kebetulan tuduhan ini kepada dua individual yang institusi-institusi yang paling mustahak. If the public lose confidence in this, belum lagi dapat ditetapkan bahawa tuduhan itu betul atau tidak dan telah pun dijawab sebelum ini. See? Ini bukan perkara baru, perkara lama yang ada bukti kononnya baru which is also brought up by a blogger.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Ini bukan blogger.

Tuan Yang di-Pertua: Sama ada dia bukan blogger atau tidak pun memang dia termasuk dalam - saya tidak tahulah di mana Malaysian Insider kah, apa kah dan sedemikiannya. Jadi kita pun tahu juga apabila dia certain bodies dan dia condong kepada mana dan condong kepada mana. Isunya dah very clear so I want to avoid that scenario, you see. Please, you just stop it there, no need to tender that.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Baik. Tuan Yang di-Pertua, you need to understand kita ada tugas. Isu ini adalah besar, isu ini adalah penting. Adalah tanggungjawab kita untuk bawa.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, itulah sebab saya kata you bring an usul bersendiri. What is wrong with bring usul or you just want to also take advantage of reading it out? You already bring it before this, masih juga tidak ada tindakan kerana sudah dibuat jawapan oleh kerajaan. So on others word now produce the new evidence, give me a copy, and give to the Minister a copy.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Baik tapi untuk dokumen itu ada maksud yang boleh difahami di sini. Menteri berkenaan...

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, what is the different between a written new document given to them and given to me that he don’t understand, I would not understand, you have to read it out? You tell me.

Tuan R.Sivarasa [Subang]: I would be handing it over.

Page 129: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 117

Tuan Yang di-Pertua: You see? Because if you read it out, meaning ini my

interpretation, we are contradicting Peraturan Mesyuarat 36(8). That is my interpretation and I’m not going to bud from that.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Baik, I would try to accommodate. I would like to accommodate the ruling Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: It’s not the question of you are trying to accommodate my ruling, I’m not accommodating you. I can straight away stop you from giving speech.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Sure, saya ucapkan terima kasih atas ruling yang diberikan.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Saya menghargai itu so I’m not trying to fit apa ruang yang telah diberikan tadi but boleh I just ringkaskan? I would summarize because Menteri kena faham apa point saya. Apa point saya adalah tuduhan serius dibuat. Apakah tuduhan serius? Saya kena jelaskan. Saya jelaskan dengan ringkas, I’m not going to go into details. Sebab ini berkaitan dengan what you called the confidentiality of informers, dengan izin. Satu prinsip yang cukup penting dalam sistem pentadbiran keadilan dalam negara ini. Polis tak boleh buat kerja kalau identiti pemberi maklumat kepada mereka didedahkan, this is fundamental. Ini yang terlibat dalam kes ini.

Tuan Yang di-Pertua: Okay, let me stop you there.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Ya, sure.

Tuan Yang di-Pertua: Now, itu allegation you see? Which I doubt whether it is true or not true, that is been written by somebody appears in a blog which you dedah sini.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Tuan Yang di-Pertua, saya ada dokumentasi itu.

Tuan Yang di-Pertua: Even you have the document, that document also is not validity because itu daripada press sama ada ia portal ataupun printing press.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Bukan, saya tidak sebut itu semua dalam press. Saya terima dokumen ini, dokumen ini menunjukkan Tuan Yang di-Pertua, bahawa apa yang disebut dalam portal itu berasas. Ini surat akuan.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, ruling saya ialah beri sahaja dokumen itu kepada Menteri which is part of your speech than give me a copy of that.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Ya, saya akan buat.

Tuan Yang di-Pertua: So you don’t have to read it you see?

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Baik, saya akan ikut itu... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Kalau begitu Yang Berhormat, I will stop you there. You proceed with some other point.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Baik, baik. No, no. So I carry on just summarizing apa saya kata inilah dokumen yang saya telah dapati salinan surat-surat akuan berkanun yang dirujuk dalam rencana itu. Selepas membaca itu, itu menunjukkan memang apa yang disebut itu ada asasnya. Sama ada betul itu lain, that’s a difference. Tuan Yang di-Pertua faham beza itu. Apa point saya kepada kerajaan adalah ini adalah cukup serius, nampak ada asas dan perlu satu siasatan. Sama ada kerajaan sanggup menimbang semula keadaan, review the situation dan menimbang penubuhan satu tribunal atau siasatan formal, siasatan terbuka atas isu ini sebab persepsi awam adalah isu yang penting di sini. Kita kena jaga persepsi awam terhadap institusi polis, kepada institusi perundangan negara.

Tuan Yang di-Pertua: I stop you there, okay. I assuming you follow my ruling.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Yes.

Tuan Yang di-Pertua: You will give it to the Minister, the Minister will answer. You must be here when the time comes.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Yes.

Page 130: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

118 DR.21.03.2012

Tuan Yang di-Pertua: Minta clarification if you read my document. Begitulah Yang

Berhormat. You see? You can still fill in down but be here waktu dia menjawab. I will allow that if I were to be sitting here. You see? So don’t have to read it because if you read it then I would allow you to do it then saya tidak seperti sama saya punya interpretation.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: So dokumen-dokumen itu, akuan itu, saya sebut kes itu sahaja sebab dokumen itu berkaitan dengan tuduhan-tuduhan berkaitan dengan kes Tengku Goh, itu saya ada dan dokumen ini menunjukkan kes itu berasas. Jadi itulah yang perlu disiasat. Saya akan kemukakan dokumen itu kepada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Sama Menteri juga.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Saya akan bagi salinan kepada...

Tuan Yang di-Pertua: Yes.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Akan tetapi dokumen ini menunjukkan nama pemberi maklumat itu, itu yang jadi isu. So dokumen ini kena handle dengan cara yang berhemah.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, of course.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Itu sahaja. So ini kes yang pertama yang berkaitan dengan Peguam Negara. Kes yang kedua yang saya ingin bangkit di sini berkaitan dengan satu lagi perkara yang berkait, sebab itu saya bangkit di sini. Susulan daripada pendedahan pada beberapa hari dulu iaitu pada 11 Mac, pegawai polis sendiri yang berkhidmat sekarang telah datang dan menawarkan diri untuk memberi keterangan. Itu pun telah dilaporkan. Jadi ini menunjukkan bahawa isu ini bukan satu isu yang remeh kalau pegawai PDRM yang sekarang berkhidmat telah menawarkan diri untuk membantu tribunal dengan keterangan, dengan kelakuan atau tohmahan-tohmahan ini, ini menunjukkan perlu disiasat. Itulah hujah saya untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.

Baik, dan dua nama pegawai, ini pegawai kanan. Satu saya sudah sebut tadi adalah Datuk Ramli Yusuf, Bekas Pengarah PDRM. Seorang lagi adalah juga mantan pegawai yang dulu dia berkhidmat sebagai Ketua Polis Melaka di pangkat itu, Ketua OCCID Wilayah dan inilah Datuk Mat Zain Ibrahim. Kedua-dua ini sanggup menawarkan diri untuk memberi maklumat di dalam hal tribunal ini. Jadi ini menunjukkan ini bukan satu hal yang ringan. Saya juga memegang, dan nama ini saya boleh sebutkan secara terbuka sebab inilah surat akuan oleh pegawai polis juga. Pegawai polis yang dulu adalah aide de camp atau ADC of Tan Sri Musa Hassan pada tahun 2005 sampai 2007. Dia pun telah buat surat akuan yang menyokong dakwaan-dakwaan yang dilaporkan. Ini juga perlu diambil kira sebab dia sebut di sini pada berdasarkan pengalaman dia dalam tiga tahun itu, dia percaya dakwaan itu adalah berasas.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, let me stop you there. That the reason why I don’t this thing to be elaborated kerana apabila perkara ini misalnya disiasat dan dihadapkan ke mahkamah, kadang-kadang walaupun ada afidavit tertentu, walaupun ada evidence tertentu, waktu hearing, the out come will be different. You see?

■1950

So, that’s the reason why I don’t allow you to go to that details because it doesn’t mean that you have all those document, it has conclusing evidence that when you go to court, the person concern which is been accused of he has done something will be guilty because there is different you see? Walaupun ada afidavit tetapi kadang-kadang afidavit itu juga dibuat, oleh sebab ada sebab tertentu. Ataupun oleh kerana seorang pegawai membuat tuduhan begini oleh kerana mungkin kerana they have personal grudges among them. You see, banyak juga perkara-perkara implikasi dia yang berubah. I’m not looking only from one point of view. You see.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Ya, Tuan Yang di-Pertua. You must be fair to me saya dari mula saya sudah sebut. Saya tidak kata keterangan ini tidak konklusi.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sudah, sudah tidak apa, tidak apa.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Dari mula saya sudah sebut saya tidak berdiri di sini untuk berkata keterangan itu konklusi.

Page 131: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 119

Tuan Yang di-Pertua: So, I close it, you give the copy, tiga copy then we stop

from there.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Keterangan ini ialah credible. Ada maklumat untuk menyokong dia sebab itu patut disiasat. Itulah permintaan saya kepada kerajaan. Ambil pendekatan yang serius kepada mengambil beratlah pendedahan ini. Sebab Menteri Dalam Negeri sudah menjawab macam Tuan Yang di-Pertua sebut tadi. Ini bukan cerita baru, betul. Salah satu daripada isu ini bermula 2007. Dakwaan tentang kes itu gugur. Akan tetapi pada masa itu, dalam public domain tidak ada dokumen, sekarang sudah ada. Oleh sebab itu kali ini untuk memastikan imej kedua institusi dijaga, imej pegawai yang sekarang ini dijaga. Kita perlu mengutamakan institusi bukan kepada seorang individu atau dua.

Sebab itu kita minta pada kerajaan menimbang dengan secara seriusnya permintaan. Menimbang secara seriusnya bahawa perlu ada siasatan terbuka dalam bentuk tribunal sebab ini melibatkan Jabatan Peguam Negara. Untuk bekas mantan Ketua Polis Negara itu adalah kedudukan lain sedikit.

Tuan Yang di-Pertua: Let me stop you there again for the sake of my curiosity in Parliament. Sebelum ini ada satu, dua tribunal yang diwujudkan. Apabila keputusan tribunal tidak memihak kepada satu pihak juga itu tidak direcognize. That’s the reason why I always be on my pendirian as a Speaker of Parliament. I’m engaging you engaging you now because of the public seolah-olah apa saya punya tindakan menekan, tidak. Ini kerana after I rule this keluarlah lagi dalam blog bahawa ini Speaker semua dia berpihak kepada kerajaan. You believe me I never. When become to my decision. So that’s the reason why I think you stop there and beralih kepada soal lain. Okay, thank you.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Baik. Kes yang kedua Tuan Yang di-Pertua adalah berkaitan dengan MAS pengurusan MAS. Ini pun berkaitan dengan Peguam Negara bukan individu lagi. Sekarang saya tidak sebut pada Tan Sri Gani Patail secara personal. Nama dia muncul dalam kes itu gugur. Akan tetapi dalam kes MAS ada tuduhan yang serius yang dibuat oleh pengurusan MAS sendiri. Ini saya akan bawakan sekarang sebab Ini juga berkaitan dengan pejabat Peguam Negara bukan individu sekarang.

Laporan ini dibuat oleh pengurusan MAS bertarikh 20 Mei 2009. Apa tajuk dia? Tajuk dia adalah “Perlakuan rasuah berkaitan dengan masa pengurusan MAS diterajui oleh Tan Sri Tajuddin Ramli.” Dalam laporan ini dibuat oleh pegawai MAS bernama Shaari bin Sulaiman. Laporan ini adalah dibuat kepada SPRM - Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia ataupun MACC. Minta MACC menyiasat bahawa pendirian MAS...

Tuan Yang di-Pertua: Okey, okey Yang Berhormat. Sebelum saya, Yang Berhormat Sungai Petani because Yang Berhormat Sungai Petani Deputy Whip for Keadilan so, I will allow Yang Berhormat Subang untuk berhujah lebih daripada dua minit but on conditions that one or two of your members would like to speak I will tell my Deputy, in other words your time will be taken by him, Yang Berhormat Subang. Agreeable? Okey. Sila teruskan.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Sebab masa tadi diambil oleh ada perbincangan tentang peraturan mesyuarat dan skop dialah.

Tuan Yang di-Pertua: Of course I got to take that into consideration because that is part and parcel of the debate.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Baik apa yang saya bangkit fasal laporan ini sebab laporan ini dengan terang merujuk kepada taklimat yang dibuat oleh Pengarah Commercial Crimes pada masa itu. Commercial Crimes 2007 memberi taklimat kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi bahawa memang ada penyelewengan dalam pengurusan MAS berkaitan dengan Tan Sri Tajuddin Ramli dan beberapa kesalahan jenayah telah dikenal pasti oleh siasatan yang dilakukan oleh Pejabat Commercial Crime di Bukit Aman. Laporan ini merujuk kepada itu.

Pengesahan daripada Director CCD Datuk Ramli Yusof bahawa memang ada kesalahan jenayah. Ya, criminal of? berkaitan dengan MAS dilakukan oleh Tan Sri Tajuddin Ramli dan beberapa pihak, itu dia. Persoalan yang dibangkitkan oleh pengurusan MAS dalam laporan ini kepada MACC adalah kenapa tidak ada apa-apa tindakan selepasnya dan dalam laporan ini mereka membawa tuduhan yang cukup serius bahawa mereka kata di sini pihak polis dan di pihak AG’s Chambers menyebut nama spesifik AG’s Chambers telah dicompromise. Itulah istilah yang digunakan di sini. Apa dia kata di sini dan saya minta

Page 132: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

120 DR.21.03.2012

izin baca perenggan itu, dia kata, “Rizanah’s cousin, Rizanah ini adalah isteri kepada seorang associate kepada Tan Sri Tajuddin Ramli who was a former police officer known as Shahidan Shafi. Nama yang disebut to his contact within the Commercial Crime Department (CCD) and AG’s Chambers (AGC) had influence of the Police investigation AG’s finding that favored Tan Sri Tajuddin Ramli”. Inilah tuduhan yang dibuat di sini.

Baik, kita tahu bahawa nama Shahidan Shafi ini juga adalah menerima liputan yang luas berkenaan dengan hubungan beliau dengan Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara. Sebab mereka kedua-dua telah membuat satu perjalanan pada tahun 2010 menunaikan kewajipan haji berjalan bersama pada masa Shahidan Shafi adalah tajuk siasatan oleh pihak polis dan pihak MACC tetapi itu adalah isu lain. Isunya adalah di sini dan saya minta izin baca perenggan yang ditulis dalam bahasa Inggeris dalam laporan yang penting ini, “Tajuddin Ramli had driven MAS to suffer loses in expenses of RM8 billion. Numerous contract and projects had been identified to be connected to Tajuddin Ramli (TR) and his family. It offence public logic that the police and AG Chambers could conclude that there was not a single prosecutable offence when the former Director CCD iaitu Datuk Ramli Yusuf had already briefed the former Prime Minister Tun Abdullah Badawi that various offences have been committed.”

Jadi Tuan Yang di-Pertua, laporan ini juga menyokong pendedahan yang baru muncul yang baru saya sebut tadi bahawa ada persoalan besar tentang apa yang berlaku sekarang di dalam Pejabat Peguam Negara dan ini malangnya berkait terus dengan Peguam Negara sendiri. Ini sebab nama-nama yang disebut di dalam ini nama Shahidan Shafi yang dikaitkan secara langsung dengan Tan Sri Gani Patail. Jadi kita sekarang sebab itu saya bangkitkan isu tribunal yang wajar sekarang adalah sekarang kita tidak ada satu isolated kes sahaja. Kita ada satu siri, ada siri beberapa kes lah yang telah muncul. Kes itu gugur, kes MAS dan saya hanya akan rujuk kepada satu kes lagi dan itu ialah kes mata lebam. Itu pun memang Tuan Yang di-Pertua tahu sudah dibawa ke sini dan Yang Berhormat Menteri Padang Rengas juga telah menjawab pada satu masa dulu. Akan tetapi apa yang saya ingin sebut di sini adalah dan ini kita dapat maklumat bahawa fakta-fakta kes ini memang cukup serius.

■2000

Fakta kes ini, kes mata lebam berkaitan dengan siasatan pada September 1998 serangan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim pada masa itu dalam tahanan untuk menentukan siapa yang memukul beliau, siapa yang mencederakan beliau? Walaupun pada mulanya siasatan polis tidak berhasil, kononnya tidak berhasil akhirnya satu suruhanjaya ditubuhkan dan dikenal pasti bahawa Rahim Nor, dia mengaku dia yang menyerang.

Isunya sekarang adalah bukti yang kukuh untuk menunjukkan bahawa Tan Sri Gani Patail terlibat secara terus dalam pemansuhan keterangan dalam kes itu. Siapa yang kata ini didedahkan oleh pegawai penyiasat sendiri, IO dalam kes itu. Namanya Datuk Mat Zin Ibrahim. Dia sendiri yang membawa pendedahan itu. Dia telah berkata Tan Sri Gani Patail mengarahkan dia memansuhkan beberapa laporan perubatan. Various. Ada tiga laporan perubatan dibuat oleh seorang yang bernama Doktor Abdul Rahman yang melibatkan pemansuhan keterangan. Kenapa itu berlaku? Sebab dia kata dia adalah IO pada kes. Bila dia siasat kes, dia sudah bawa dua pakar untuk memeriksa Dato' Seri Anwar Ibrahim. Doktor Zahari Noor dan seorang lagi. Pemeriksaannya sudah siap, laporan mereka sudah siap.

Tiba-tiba, Tan Sri Gani Patail arahkan dia membawa masuk laporan oleh doktor yang lain yang tidak pernah memeriksa Dato' Seri Anwar Ibrahim. Itu yang berlaku. Ini disahkan oleh IO pada kes. Ini dibangkitkan oleh beliau. Jawapan yang diberi oleh...

Tuan Yang di-Pertua: Bukan itu yang berlaku Yang Berhormat. Itu yang dituduh berlaku.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Betul, itu yang dituduh. Saya ucapkan terima kasih kerana pembetulan. Memang itu yang dituduh. Jawapan daripada kerajaan yang diberi selepas isu ini dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini adalah kerajaan telah menetapkan satu panel bebas sebab pada masa itu mereka tidak mahu pegawai tertinggi daripada Peguam Negara terlibat. Mereka menubuhkan satu panel bebas yang dianggotai oleh tiga hakim. Hakim kanan dengan peringkat Mahkamah Persekutuan.

Page 133: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 121

Panel tiga hakim itu telah memutuskan melalui majoriti. Dua lawan satu bahawa

tidak ada apa-apa perlakuan jenayah oleh Tan Sri Gani Patail walaupun itu sudah berlaku. Itu adalah jawapan yang sudah dibuat dalam Dewan ini dan di luar Dewan inisunya tidak reda. Isunya tidak berhenti sebab pendedahan Datuk Mat Zin masih ada, lebih terperinci dan apa yang dia baru sebut adalah beliau telah memberi taklimat yang lengkap dan terperinci kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Ini didedahkan pada 23 Oktober 2008 jam 10.30 pagi. Beliau taklimatkan...

Tuan Yang di-Pertua: Would you stop from there.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Ya.

Tuan Yang di-Pertua: Apa yang, Yang Berhormat sampaikan kepada saya ini satu taklimat oleh satu pegawai kepada Yang Amat Berhormat dan Yang Berhormat juga telah mengatakan bahawa satu penyiasatan, tiga independent hakim mengatakan bahawa Attorney General yang sama sekarang ini tidak bersalah. You see. Jadi Yang Berhormat lagi mengatakan bahawa oleh kerana ada pihak-pihak lagi yang tidak puas hati bermakna Yang Berhormat mahu lagi satu tribunal yang baru sedangkan perkara yang sama dibincangkan. I mean...

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Sebab Tuan Yang di-Pertua, kita mesti jaga imej institusi. Saya balik pada isu.

Tuan Yang di-Pertua: I stop you there. Sit down first. I stop you there. Yang Berhormat sedang menjaga institusi. Saya menjaga institusi dalam persepsi saya. Kalau Yang Berhormat mahu menjaga institusi itu, apa salahnya membuat usul seperti yang saya bincangkan tadi. Itu lebih recorded.

Apa salahnya Yang Berhormat apabila keluar daripada Dewan ini pergi terus ke pejabat Bukti Aman kah, berjumpa dengan IGP baru. Siapa boleh memberhentikan Yang Berhormat untuk terus ke pejabat MACC esok pagi dengan bukti yang sama. Ini kerana apabila Yang Berhormat sudah buat begitu, tidak ada lagi element of politicking di sini kalau itu ada elemen of politicking.

Itu sebab kenapa saya mahu stop kan Yang Berhormat but if you anger to me in this academic things, yang lain pun mahu juga berucap Yang Berhormat. Please understand that point of view... [Disampuk] Tidak apa, tidak apa. Don’t take notice of them. It’s normal in Malaysia Parliament.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Ya. Saya kena betulkan satu persepsi yang mungkin salah daripada Tuan Yang di-Pertua. Ini bukan akademik sebab saya akan buat laporan itu, memang akan dibuat... [Dewan riuh] Akan tetapi di Dewan, kita perlu bangkitkan sebab kita perlu jawapan daripada kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua: Yes. Kalau perlu bangkit pun, itulah sebabnya apabila you bangkitkan, saya bangkitkan peraturan mesyuarat.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Ya, kita bangkitkan supaya kerajaan dapat menjawab kenapa? Sama ada kerajaan boleh terima cadangan ini untuk tubuhkan satu tribunal siasatan atau tidak. Kita ada bagi alasan untuk...

Tuan Yang di-Pertua: Okey, message has been delivered. So, I think they will answer that.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: So, permintaan saya kepada Menteri yang berkenaan sama ada Perdana Menteri atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri ialah keterangan yang telah didedahkan oleh Datuk Mat Zin Ibrahim detail, terperinci, credible sebab dia adalah IO dalam kes. Kita tidak boleh ambil pendirian panel sudah ditubuhkan, panel buat keputusan. Sebab panel itu tidak memberi apa-apa penghakiman. Tiada alasan penghakiman, tiada penjelasan bertulis, tiada penerangan, tidak ada apa-apa. Jadi, ini tidak akan menyelesaikan masalah yang kita ada.

Cadangan saya Tuan Yang di-Pertua adalah supaya Perdana Menteri sendiri mengesahkan pertama, sama ada menerima makluman itu daripada Datuk Mat Zin dan kedua, sama ada berdasarkan maklumat itu apakah jawapan kerajaan kepada maklumat yang didedahkan direct kepada dia oleh pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Datuk Mat Zin Ibrahim. Apa jawapannya. Itu yang saya minta. Baik, saya berhenti di sana. Saya rasa I have read, testing your patience a bit. Cukup Tuan Yang di-Pertua.

Page 134: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

122 DR.21.03.2012

Tuan Yang di-Pertua: I have the patience actually but, kalau terlampau ramai

yang mengganggu memang I will loose my patience. So now you have already taken about 40 minutes.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Baik, saya pergi kepada tajuk-tajuk seterusnya... [Dewan riuh] Ada dua tajuk, dua tajuk... [Dewan riuh]

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Tuan Yang di-Pertua bagi kita pula. Penat mendengar, sakit jiwa.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Dua minit.

Tuan Yang di-Pertua: It is not meaning. Okey, Ahli Yang Berhormat, dua minit. Dua minit lagi, tidak apa dua minit. Dua minit, sila, sila.

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Sakit jiwa dengar Tuan Yang di-Pertua.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Sebab ini penting. Dua minit sahaja.

Dato' Samsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Tuan Yang di-Pertua, ini kita kata...

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Ini berkaitan dengan bantuan kewangan...

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Sakit kepala dengar.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat tidak apa, Ahli Yang Berhormat duduk Ahli Yang Berhormat.

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Report lah, report lah.

Tuan Yang di-Pertua: Duduk, duduk sebab satu masa daripada PKR telah pun diambil. Tidak apa, dia ada dua minit lagi, sila.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Ini berkaitan dengan bantuan kewangan untuk sekolah Tamil. SRJK(Tamil). Baru-baru ini, Perdana Menteri umumkan satu, dua hari dahulu RM440 juta telah dibelanjakan atau diperuntukkan sejak 2009 sampai sekarang untuk sekolah Tamil.

Saya minta kerajaan mempertimbangkan jumlah ini tidak cukup, jumlah ini tidak memadai untuk keperluan sekolah Tamil sebab sekolah Tamil ada 100 ribu murid-murid iaitu 2% daripada murid-murid secara menyeluruh di sekolah rendah dan sekolah menengah di negara ini.

Kalau kita memandang RM42 bilion diluluskan oleh Dewan ini untuk Kementerian Pelajaran, jumlah itu amat kurang. Kalau kita ambil 2% itu, setiap tahun RM840 juta patut diperuntukkan kepada sekolah Tamil sahaja, satu setiap tahun. Saya minta jumlah RM440 juta yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri memang sangat kecil. Empat sekolah di kawasan saya di Subang, SJK(T) Effingham, SJK(T) Sasvedi, Bukit Darah dan RRI tidak menerima apa-apa bantuan dan saya minta di sini tingkatkan... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Subang sedang menggulung.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Dua minit, saya minta dua minit. Saya akan habiskan dua minit.

Tuan Yang di-Pertua: Sudah berlalu seminit setengah. You have another half of minute.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: So, saya minta jumlah secara menyeluruh dipertingkatkan. Jumlah yang adil memandangkan bajet RM440 bilion itu dan peruntukan yang adil diberi kepada empat sekolah itu di kawasan saya. Sekian terima kasih, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Seorang Ahli: Ada 40 minit.

Tuan Yang di-Pertua: Boleh 40 minit tetapi rakan lain dia ambil. PKR sudah setuju bahawa tidak ada lagi hal yang mereka boleh ambil. Yang Berhormat Hulu Rajang.

Page 135: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 123

8.10 mlm.

Datuk Billy Abit Joo [Hulu Rajang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya memberi ucapan Menjunjung Kasih. Saya akan mengambil 10 minit hingga 20 minit mungkin can go to our friend, just now my time.

Salam 1Malaysia. Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah penghargaan dan terima kasih kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Baginda Tuanku Sultan Abdul Halim dan Sultanah Haminah Hamidun. Sempena pertabalan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 pada 14 April 2012 ini. Semoga Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat, dilanjutkan usia dan dapat memerintah dengan penuh kedaulatan dan kesejahteraan.

Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum berkenaan usaha kerajaan kini untuk menyampaikan perkhidmatan kepada seluruh golongan rakyat Malaysia dengan penuh prihatin, adil dan saksama. Serta pelaksanaan setiap dasar dan keputusan kerajaan dengan pantas, tepat dan berkesan untuk merealisasikan aspirasi serta wawasan negara sesuai dengan semangat 1Malaysia. Bagi tujuan itu saya sekali lagi ingin menyeru agar pihak-pihak berkuasa yang berkaitan agar mempergandakan usaha mereka. Di samping bersifat sistematik dan pragmatik dalam setiap tindakan serta mahir menilai kemahuan dan kehendak rakyat. Ini termasuklah kehendak rakyat dari golongan di kawasan yang terpencil seperti di Hulu Rajang.

Contohnya kemudahan asas seperti air bersih dan bekalan tenaga elektrik di pedalaman Sarawak. Masih terdapat banyak lagi penempatan terutamanya di kawasan pedalaman yang setakat ini belum lagi menikmati kemudahan asas yang dianggap remeh oleh rakyat lain terutamanya bekalan air dan air paip bersih serta bekalan elektrik. Inilah keperluan utama yang harus diberi perhatian. Di samping itu jalan raya, jalan kampung khasnya di kawasan pedalaman juga perlu diberi perhatian. Kita tidak memerlukan jalan yang berturap Tuan Yang di-Pertua, asal ada jalan kita akan berterima kasih khasnya ke rumah-rumah panjang.

Hakikatnya rakyat sentiasa menilai prestasi penjawat awam dan rakyat juga berhak untuk sentiasa mengharapkan perkhidmatan yang terbaik daripada penjawat awam. Perlu sentiasa dihayati dan diberi keutamaan oleh setiap anggota perkhidmatan awam termasuklah kita di dalam Dewan ini. Semangat untuk sentiasa memberikan yang terbaik ini telah disemai dan diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak iaitu semangat berlandaskan pencapaian dan berorientasikan rakyat. Ini juga adalah selaras dengan gagasan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.’

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2010 Rancangan Transformasi Nasional telah dimulakan melalui pelbagai program yang padat dan jitu yang mengarah kepada peningkatan persekitaran sosioekonomi rakyat, serta meningkatkan daya saing negara kita. Tahun 2011 merupakan tahun pelaksanaan bagi mengimplementasikan program-program yang sarat dengan elemen pembaharuan. Corak kepimpinan kini lebih mementingkan nilai pengisian serta pelaksanaan dan bukan lagi tradisi semata-mata. Kompetensi pemimpin dijadikan fakta pengukuran utama produktiviti negara.

Kebolehan pemimpin untuk mencapai sasaran ini kini dijadikan kriteria pelengkap kepada kepimpinan yang berorientasi rakyat. Maka dengan itu besarlah harapan saya yang kawasan seperti Hulu Rajang yang masih memerlukan banyak pembangunan dan perhatian diutamakan.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib kerana telah menunaikan janji beliau kepada penduduk Bakun dan Belaga terutamanya pembinaan jalan penghubung dari Sungai Asap dari Bakun Highway ke Belaga serta penyaluran tenaga elektrik ke Sungai Asap dari grid utama. Di samping ini juga harga rumah yang tertunggak kini selalu diuar-uarkan oleh pembangkang, telah diberi peruntukan pembayaran 50% yang kedua akan dibuat tidak lama lagi. Tanah tambahan yang dijanjikan iaitu tiga ekar dalam satu keluarga kerajaan sekarang telah mencari tempat yang sesuai. Ini kita akan tunaikan tidak lama lagi. Bank-bank yang dijanjikan sudah beroperasi sekarang termasuk dan juga jambatan Losong Laku yang mendapat publisiti tidak lama dahulu sudah siap dibina oleh askar.

Page 136: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

124 DR.21.03.2012

Di sini saya juga ingin memohon agar kerja menaik tarafkan bekalan air di Sungai

Asap dibuat dengan segera. Sebab sekarang air di sana tidak bersih, bukan tidak bersih masih keruhlah kita cakap keruh. The system is not so good. The intake point is not so good. Pada tahun Krismas tahun lepas ada beberapa hari kita tidak ada bekalan air di Sungai Asap. Saya dengan peluang ini meminta peruntukan khas untuk memperbaiki keadaan di Sungai Asap. Penyambungan elektrik dari Pekan Belaga ke grid utama juga kita minta dipercepatkan dan diberi peruntukan. Ini juga kita pohon dari Yang Amat Berhormat dalam lawatan beliau tahun lepas. Rakyat Belaga harus menikmati elektrik dari Bakun dan tidak terus ke tempat lain. Because we are near there, rakyat feel they should get electricity from the hydroelectric power themselves.

Selain itu saya ingin menyentuh sedikit sebanyak berkenaan Tasik Empangan Bakun yang amat berharap agar Kementerian Pelancongan serta Kementerian Pertanian dapat meningkatkan usaha mereka. Untuk menjadikan Tasik Bakun selaku tasik buatan terbesar di Malaysia sebagai salah satu daya tarikan pelancong terutamanya ekopelancongan serta pusat pengeluaran ikan air tawar yang penting di Malaysia. Di sini saya menyeru agar rakyat setempat tidak ketinggalan dan penglibatan mereka dalam perkembangan tasik ini seharusnya diberikan keutamaan. Kegiatan pelancongan serta akuakultur di kawasan Bakun dijangka akan menjadi nadi penjana ekonomi utama untuk penduduk setempat. Serta menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara secara keseluruhan. Oleh itu diharapkan kementerian-kementerian yang berkaitan dialu-alukan agar mempercepatkan master plan mereka. Terutamanya dari segi pengembangan tenaga kerja mahir setempat untuk menyahut cabaran yang bakal dihadapi nanti.

Seperkara lagi adalah berkenaan kenaikan harga barangan keperluan asas yang mendadak baru-baru ini. Amat dirasai oleh penduduk di kawasan-kawasan luar bandar di Sarawak termasuk kawasan Sungai Asap dan juga Belaga dan mungkin juga di Bandar Kapit. Di mana harga barangan sudah pun semakin mahal apabila peruncit memfaktorkan menambahkan kos pengangkutan kepada kos barangan.

Oleh itu saya memohon agar kedai-kedai 1Malaysia yang terbukti memberikan penjimatan kepada penduduk agar dibuka di Sungai Asap, Pekan Belaga dan juga di Kapit. Untuk memberikan kemudahan untuk penduduk-penduduk setempat menikmati kemudahan membeli barangan keperluan dengan harga yang berpatutan memandangkan kebanyakan penduduk di pekan-pekan ini berpendapatan rendah dan sederhana sahaja.

■2020

Seiring dengan itu, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Sarawak Energy Berhad (SEB). Ini tuan punya Murum Hydroelectric Project kerana menjadi ahli International Hydropower Association (IHA) semenjak tahun 2010. IHA merupakan badan utama antarabangsa yang ditubuhkan di bawah UNESCO pada tahun 1995 sebagai sebuah forum untuk memastikan amalan terbaik bagi menggunakan industri jana kuasa hidro elektrik serta menyebarkan maklumat terkini berkaitan teknologi terbaru hidro elektrik. Ini sedikit sebanyak dapat memastikan bahawa penjanaan kuasa di Empang Bakun dan juga Murum dilakukan mengikut tatacara dan amalan seperti disyorkan oleh badan antarabangsa ini.

Tuan Yang di-Pertua, kemudahan perkhidmatan jalur lebar dan internet di kawasan pedalaman juga perlu diperkembangkan.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Yang Berhormat Hulu Rajang, boleh masuk sikit? Kapit.

Datuk Billy Abit Joo [Hulu Rajangg]: Okey, Yang Berhormat Kapit.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Saya tertarik dalam perkara yang baru disentuh oleh Yang Berhormat iaitu berkenaan dengan empangan untuk sumber tenaga elektrik di Sarawak. Telah disebut di Bakun dan juga di Murum. Akan tetapi di dalam kawasan Yang Berhormat juga di Hulu Rajang, di Sungai Baleh akan dibina sebuah lagi empangan sebagai sumber hidro elektrik iaitu di Nanga Putai di Baleh.

Dalam ucapan saya tempoh hari saya banyak menyentuh dalam perkara pembinaan yang bakal dibina empangan di Baleh. Setujukah atau tidak Yang Berhormat Hulu Rajang agar kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 5% daripada kos perbelanjaan atau development cost keseluruhannya empangan yang baru ini nanti diagihkan kepada untuk ada satu pakej pembangunan ekonomi untuk masyarakat setempat. Oleh sebab

Page 137: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 125

dalam pengalaman kita di Batang Ai, di Bakun selama ini kita tahu mereka yang masyarakat setempat banyak masalah. Kita tidak hendak ini berulang walaupun tidak ada rumah-rumah panjang yang secara langsung, secara direct yang akan berpindah daripada kawasan yang akan dipenuhi air itu nanti.

Oleh sebab Empangan Baleh ini jauh di pedalaman. Akan tetapi mereka di hilir Sungai Baleh itu sesungguhnya akan mengalami masalah yang lain. Jadi setujukah atau tidak Yang Berhormat Hulu Rajang oleh sebab kawasan ini dalam kawasan Parlimen Hulu Rajang agar kerajaan memastikan masyarakat di sepanjang Batang Baleh itu kita adakan rancangan pembangunan ekonomi yang khusus kepada mereka. Sekian, terima kasih.

Datuk Billy Abit Joo [Hulu Rajang]: Terima kasih rakan saya dari Kapit. Memang saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat. HAP Baleh ini nanti more or less akan benefit dari pengalaman Bakunlah. Itu saya sengaja sebutkan International Hydropower Association. Apabila Bakun dibina dahulu, belum ada ini. Jadi kita banyak mendapat faedah dari pengalaman Bakun. Termasuk sekarang apabila saya melihat apa yang dibuat di Murum jauh berbeza dengan yang dibuat di Bakun dahulu. Saya percaya di Putai ataupun Baleh itu nanti juga akan dapat faedah dari pengalaman di Bakun dahulu. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat walaupun Baleh ini tidak melibatkan penempatan orang tetapi kesan hidro ini juga kita rasa di hilir Baleh. Jadi saya percaya perkara ini kita akan sentiasa look outlah dan kita akan beri feedback kepada pihak tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, kemudahan perkhidmatan jalur lebar dan internet di kawasan pedalaman juga perlu diperkembangkan lagi agar golongan rakyat pedalaman yang dapat mengecap inovasi yang telah diperkenalkan seperti perkhidmatan online dan aplikasi e-government. Ini sejajar dengan langkah kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang celik IT. Bahkan boleh dikatakan bahawa perkhidmatan jalur lebar di kawasan pedalaman adalah antara perkara penting yang dapat menyumbang ke arah kemajuan penduduk luar bandar terutamanya dari segi pencapaian maklumat seiring dengan penduduk di kawasan metro.

Namun demikian, mestinya kemudahan internet juga membawa kesan-kesan negatif seperti budaya kuning serta informasi yang kurang tepat dan sering terpampang di blog-blog dan laman-laman web mereka yang kurang bertanggungjawab. Maka adalah penting agar golongan pemimpin terutamanya wakil rakyat mengambil bahagian dalam mendidik penduduk luar bandar berkenaan etika penggunaan internet agar mereka tahu membezakan antara buruk dengan yang baik.

Seperkara lagi, yang akhirlah berkenaan Kaum Penan terutamanya di kawasan Hulu Bakun ataupun Belaga. Seperti yang sering kali saya ketengahkan, kaum Penan ini merupakan antara rakyat Malaysia yang menjalani cara hidup yang antara paling daif di negara kita. Sekali lagi saya ingin menyarankan kepada pihak kerajaan agar menyediakan sebuah kawasan simpanan khas untuk kaum ini agar masyarakat mereka yang merupakan salah sebuah khazanah nasional tidak ditelan oleh arus pemodenan yang melanda mereka terutamanya akibat daripada kegiatan pembalakan serta estet-estet tanaman komersial. Masalah Kaum Penan untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan juga harus ditangani seberapa segera yang boleh dengan membina klinik-klinik di kawasan penempatan mereka terutama di Long Busang dan juga di Long Urun. Hak untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan kecemasan yang baik merupakan hak seluruh rakyat Malaysia dan kaum Penan juga tidak seharusnya ditinggalkan dalam hal ini.

Saya juga mengambil peluang ini untuk meminta kerajaan memberi perhatian supaya satu peruntukan khas dibuat untuk kaum ini sebab sentiasa mereka menghadapi masalah. Masalah untuk wakil rakyat ialah kita tiada peruntukan khas. Peruntukan dari MRP tidak cukup untuk membantu mereka. Mereka ini betul-betul memerlukan peruntukan yang cukup.

Jadi saya sekali lagi menyeru di sini supaya Kerajaan Pusat kalau dapat menyediakan peruntukan setiap tahun untuk kaum ini seperti yang dibuat untuk kaum Orang Asli.

Dengan itu saya ingin mengakhiri ucapan saya ini dengan ucapan ribuan terima kasih kerana diberikan peluang berucap pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Paya Besar.

Page 138: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

126 DR.21.03.2012

8.29 mlm.

Dato’ Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Di kesempatan ini jua sukacita saya mewakili warga Parlimen Paya Besar menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah ke sisi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah atas pelantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang keempat belas. Saya berdoa ke hadrat Allah SWT moga-moga mengurniakan rahmat dan melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Tuanku berdua dalam menjalankan tugas-tugas sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

■2030

Semoga di bawah naungan Seri Paduka Baginda, Malaysia akan bertambah makmur dan rakyat jelata hidup aman bahagia, amin. Di dalam Dewan yang mulia ini, sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke sisi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah atas perkhidmatan Baginda berdua yang penuh cemerlang dan berdedikasi dalam tempoh lima tahun yang lalu demi negara Malaysia yang tercinta ini. Semoga Allah SWT melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Tuanku berdua.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa perkara dalam waktu yang singkat tetapi amat penting untuk renungan, pandangan, idea kepada rakyat dan pembangunan negara. Tuan Yang di-Pertua, sejak tampuk di bawah pemerintahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, negara kita semakin pantas bergerak, rakyat diajak berubah, minda masyarakat diajak berubah. Waktu itu timbulnya gagasan 1Malaysia dijadikan teras bagi membolehkan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Usaha mengubah minda dalam pelbagai aspek dijadikan dasar iaitu dasar transformasi nasional. Ini satu kerja yang berjiwa besar, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah mempunyai jiwa besar ini. Tidak rela dilihat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membiarkan rakyat dan negara kita dalam keadaan apa yang ada sahaja. Wawasan Allahyarham ayahandanya telah membawa cetusan bahawa Malaysia bakal mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Di samping itu, rakyat jelata tidak dibiarkan bersendirian dan dibantu segala aspek yang mungkin. Rakyat tidak pernah terfikir bahawa Kerajaan Malaysia bukan setakat menumpukan pertemuan pesat semata-mata tetapi menyejahterakan rakyat menerusi pembangunan ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, contoh terbaik ialah Program Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M. Sehingga 1 Mac, sebanyak RM1.92 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan dan telah memberi manfaat kepada 3.8 juta atau 59% daripada jumlah keseluruhan isi rumah negara. Saya mengalu-alukan juga langkah kerajaan yang melanjutkan tempoh membuat rayuan permohonan dan memberi peluang kepada mereka yang layak mendapatkan bantuan RM500 bagi setiap isi rumah membuat permohonan.

Walaupun sesetengah pihak melihat nilai RM500 adalah kecil atau punca wang itu dikatakan datang dari sumber yang meragukan, namun saya berani katakan rakyat yang berkelayakan berhak mendapat bantuan BR1M. Nilai RM500 ini banyak menyelesaikan masalah rakyat. Seribu satu macam masalah berjaya diselesaikan. Saya mendapat maklum di kalangan penerima BR1M, hutang piutang dapat diselesaikan. Ada yang buat modal perniagaan, ada anak-anak dapat membeli buku-buku tambahan, ada yang dapat membayar yuran kolej dan segala macam lagi. Rupa-rupanya rakyat cukup menghargai langkah kerajaan dalam memberikan bantuan BR1M ini. Mana ada kerajaan yang prihatin kalau tidak Kerajaan Barisan Nasional... [Tepuk] Saya hendak memberitahu dalam Dewan Rakyat yang mulia ini, rakyat jelata tidak kiralah latar belakang hanya dapat merasa nikmat semuanya datang daripada Kerajaan Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, minggu lepas saya sempat balik ke kawasan. Saya dikerumuni oleh beberapa orang belia yang menunjukkan kepada saya satu blog yang kenyataan yang dibuat oleh Yang di-Pertua PAS kawasan Bentong yang berasal dari Perak. Di dalam satu ceramah di FELDA Chemomoi Bentong, telah membuat dakwaan

Page 139: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 127

songsang bahawa sesiapa yang menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M maka orang itu akan menerima wang haram. Pendengar yang mendengar ceramah tersebut sekarang ini sudah serba salah untuk menggunakan wang tersebut kerana fatwa yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertua PAS kawasan tersebut, kawasan Bentong. Apa yang menghairankan beliau sendiri ada memohon BR1M ini dan sudah pun diluluskan oleh LHDN dan beliau merupakan adalah orang yang di hadapan di dewan untuk menerima wang tersebut.

Dato' Haji Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Paya Besar. Boleh saya mencelah?

Dato' Abdul Manan bin Ismail [Paya Besar]: Saya habiskan sedikit boleh? Sedikit sahaja, selepas itu boleh celah.

Dato' Haji Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Saya pun sedikit juga.

Dato' Abdul Manan bin Ismail [Paya Besar]: Belia-belia yang membaca blog tersebut kepada saya hairan adanya dakwaan seperti ini dan lebih pelik lagi orang yang mendakwa itu pun orang yang menerima. Inilah dia, jadi kalau kita ada PhD, masters tolong perbetulkan dakwaan ini. Ya, sila.

Dato' Haji Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya tertarik apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu tengah hari tadi. Tempat saya pun ada Yang Berhormat berlaku ini dan mereka yang mengambil ini, kawan-kawan dema yang bercakap ini di depan sekali.

Saya bukan apa, saya bukan hendak politik sangat walaupun kita orang politik tetapi hendak cerita. Kalau katakanlah terutama PAS ikhlas saya cakap, jangan permainkan agama.

Sekarang seolah-olahnya anak buah mereka, pengikut mereka yang menerima ini seolah-olahnya mereka menganggap menghina orang yang menerima ini, menanggap apa yang diterima ini maknanya benda-benda yang haram sedangkan mereka ambil. Ini benda dia. Saya minta tolonglah, yang mengaku PAS, yang mengaku orang Islam yang sebenar, cakap sahaja agama tetapi dema dahulu sekali. Saya minta pandangan Yang Berhormat. Kalau boleh jangan mainkan benda sebegini. Terima kasih banyak.

Dato' Abdul Manan bin Ismail [Paya Besar]: Terima kasih Yang Berhormat Maran. Pengalaman sama berlaku di Paya Besar, yang ke depan sekali orang dialah. Begitu juga yang isi borang. Kita belum keluarkan borang lagi dia sudah keluarkan borang sendiri. Terima kasih dan saya masukkanlah di dalam ucapan saya Yang Berhormat Maran. Sejak tahun 2008, menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan, dan Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi setiap bajet yang dibentangkan banyak limpahan-limpahan positif telah dirasai dan dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada Program Transformasi Peruncit Kecil atau ringkasnya TUKAR yang mana sebanyak 509 kedua runcit berjaya dimodenkan sepanjang tahun 2011 dan setakat 24 Februari 2012 lalu sebanyak 49 kedai runcit lagi berjaya dimodenkan. Menerusi pelaksanaan program TUKAR ini, ia dijangka menyumbang RM5.9 bilion kepada pendapatan negara kasar dan juga mewujudkan 51,540 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

Ini juga satu program yang cukup baik. Saya mendapat maklum peserta program ini kalau dahulunya dia memperoleh RM20,000 mingguan tetapi sekarang memperoleh sebanyak RM30,000 mingguan. Nyata program TUKAR banyak membantu pengusaha kedai runcit atau dalam erti kata ia telah berjaya meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan dan kompetitif. Cuma yang agak membimbangkan ialah kehadiran hypermarket besar. Kewujudan hypermarket besar akan memberi kesan terhadap operasi kedai-kedai runcit di persekitaran terutama di kawasan luar bandar.

Jadi ada di antara kedai-kedai runcit ini yang gulung tikar. Jadi saya ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan, adakah kerajaan ada membuat kajian ataupun tindakan bagi mengatasi masalah sedemikian. Saya juga mendapati barang-barang tempatan yang menembusi pasaran dalam hypermarket terlalu kecil. Oleh itu saya mohon penjelasan daripada kementerian, berapa peratusan produk tempatan dalam hypermarket seperti Tesco dan Carrefour.

Page 140: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

128 DR.21.03.2012

■2040

Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan Tuanku ada menyebut perihal Dasar Perumahan Negara. Saya cuma hendak sentuh mengenai Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan pada Mac 2011. Maknanya sudah setahun yang lalu. Skim ini diperkenalkan bertujuan membantu golongan muda yang baru bekerja untuk memiliki rumah di bawah skim ini. Cagamas akan memberi jaminan sebanyak 10% daripada jumlah pembiayaan kepada institusi kewangan yang terlibat.

Cuma saya hendak tahu setakat ini berapa jumlah permohonan yang diterima dan berapakah permohonan yang telah berjaya mengikut skim tersebut? Bolehkah kerajaan memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini negeri mana mengikut skim tersebut? Boleh kerajaan maklumkan juga di Dewan yang mulia ini negeri mana yang menerima permohonan Skim Rumah Pertamaku? Bagaimana pula dengan negeri Pahang? Mohon penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai isu mengenai pembantu rumah rakyat Indonesia. Ini sesuai dengan bidalan “Sudah diberi betis hendakkan paha.” Persoalan sekarang ialah siapa sebenarnya pekerja dan siapa pula majikan? Siapa di pihak menerima rezeki yang manfaatnya bukan menyuap satu mulut, satu keluarga tetapi turut membantu ekonomi negara sekarang? Mungkin pedas bunyinya tetapi inilah hakikat yang harus menjadi cermin dan kompas kepada pihak berwajib Indonesia sebelum membuat sebarang keputusan yang akhirnya mengundang tempelak.

Mana mungkin satu tugas dengan gaji minimum RM700 sebulan. Kalau begitu majikan kita di sini boleh persoalkan juga dengan mengenakan sewa bilik, bilik air dan elektrik, makan minum seharian. Jadi bila kita bercakap atau mengeluarkan sesuatu kenyataan dengan izin, maka fikir dahulu sebelum bercakap. Di negara kita ini terdapat 240,000 pembantu rumah. Jadi bila keluar cerita begini saya mendapat maklum pembantu Indonesia sudah mula buat tuntutan. Mula hendak mogok dan bermacam-macam masalah lagi. Ini menimbulkan masalah yang banyak dan saya pohon kerajaan iaitu GtoG melaksanakan segera. Kita tidak mahu isu-isu sebegini meleret-leret.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2007...

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat Paya Besar. Mencelah sedikit. Saya minat. Sebenarnya saya hendak menyuarakan dalam ucapan saya tetapi tidak buang masa saya sebab isu yang sama. Walaupun permohonan daripada pekerja luar, pembantu rumah Indonesia ini tinggi tetapi ini mungkin inspirasi baru kepada penduduk kita. Saya hendak meminta bagaimanakah caranya supaya pihak kerajaan berjalan, kalaulah dengan bayaran yang baik ini mungkin kita boleh buat modifikasi atau perubahan sedikit. Kita mencadangkan kepada kerajaan usaha dibuat supaya kita menarik anak rakyat kita sendiri mengambil peluang ini untuk bekerja di negara kita sendiri. Terima kasih. Minta pandangan.

Dato’ Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Setuju Yang Berhormat Maran. Malah saya dengar ada juga di kalangan belia-belia kita yang mula membuat perusahaan untuk melatih belia-belia kita untuk bekerja di rumah-rumah sebagai pembantu rumah. Terima kasih Yang Berhormat Maran.

Pada tahun 2007 kerajaan telah membina sebuah sekolah menengah di Kampung Permatang Badak yang diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Keroda dan sekolah ini dijangka siap pada Oktober 2008 dengan kos keseluruhannya sebanyak RM28 juta. Yang menjadi masalahnya bukan sahaja sekolah tersebut tidak siap tetapi menjadi bala kepada penduduk di sekeliling bila mana jalan yang sepatutnya disiapkan tidak juga siap dan debu dari jalan yang dalam pembinaan ini memudaratkan kesihatan penduduk tempatan. SDO negeri Pahang akan meluluskan peruntukan sebanyak RM6 juta bagi menyiapkan jalan tersebut. Harapan saya supaya janganlah kerja-kerja penyudah jalan ini diserahkan kepada kontraktor yang membina sekolah tersebut. Buatlah secara tender terbuka.

Kementerian Kerja Raya telah meluluskan pembinaan jalan empat lorong dari Indera Mahkota ke Kampung Kempadang sejauh empat kilometer dengan kos sebanyak RM25 juta dalam tahun 2007 dan sepatutnya siap dalam tahun 2011. Akan tetapi hingga ke hari ini jalan tersebut masih belum siap dan membahayakan pengguna jalan tersebut. Jalan tersebut sepatutnya lapan kilometer iaitu dari Indera Mahkota hingga ke Kampung Tanjung Pasir, exit LPT melalui Sungai Lembing tetapi dipendekkan kepada empat kilometer oleh

Page 141: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 129

kerana kekurangan peruntukan. Kerajaan tidak boleh menutup kegagalan menyiapkan jalan ini. Bagaimana pula dengan pembinaan empat kilometer lagi itu sehingga ke Tanjung Pasir seperti yang dirancang pada awalnya? Oleh itu saya mohon agar Kementerian Kerja Raya mengambil lebih serius berkenaan dengan jalan ini kerana ianya membahayakan pengguna jalan raya walaupun empat kilometer. Sila beri perhatian kepada perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sibu.

8.45 mlm.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya petang ini. Saya akan menyentuh beberapa isu sahaja. Isu pertama, keselamatan di Sibu. Keselamatan merupakan satu masalah besar di Sibu. Pada 20 Oktober 2011, seorang bapa, anak dan menantu perempuan telah dibunuh dengan kejam di rumah mereka di kawasan Sibu. Isterinya yang tercedera berpura-pura mati untuk mengelakkan dirinya daripada dibunuh.

Pada 10 Disember 2011, seorang wanita muda telah dibunuh sementara menunggu feri di Sibu. Pada 11 Januari 2012, seorang ahli perniagaan telah dibunuh di pusat membeli belah. Kesemua jenayah ini masih belum diselesaikan. Pada 3 Januari 2012, empat sekeluarga telah dibunuh dengan kejam oleh jiran mereka yang memanjat masuk melalui siling kerana tidak ada dinding partition antara rumah teres tersebut. Itulah satu-satu kes pembunuhan yang telah diselesaikan. Pada 13 Mac 2012, seorang wanita dibelasah, diseret dan dirogol dalam sebuah bas yang berhampiran dengan sekolah dan dekat terminal bas di Pelawan, Sibu.

Kejadian pecah rumah, rompak dan kecurian kenderaan telah meningkat di Sibu tetapi bukan kesemua kes dilaporkan kepada polis kerana orang ramai tidak mempunyai keyakinan terhadap polis. Ramai orang Cina tua pergi membuat laporan polis tetapi mereka tidak tahu berbahasa Malaysia. Pegawai polis tidak memahami mereka dan mereka tidak memahami pegawai polis. Ia seperti ayam bercakap dengan itik. Ini bukan sahaja berlaku di Sibu. Ia juga berlaku di balai-balai polis di Bintulu, Miri dan Kuching di mana tiada pegawai polis yang berupaya bercakap pelbagai bahasa ditempatkan di kaunter. Saya menyeru kepada kerajaan supaya menghantar lebih ramai pegawai polis yang berupaya bercakap pelbagai bahasa ke bandar-bandar di Sarawak.

Rakyat Sibu mengadu bahawa polis di Sibu tidak dapat melindungi mereka. Bagi keadilan terhadap polis walaupun pihak polis telah membuat yang terbaik tetapi tidak banyak yang dapat dibuat oleh mereka jika tidak mempunyai manpower yang mencukupi untuk menyiasat dan menyelesaikan jenayah. Sering kali saya menerima aduan bahawa polis enggan menerima laporan.

Ini tidak dapat diterima. Saya juga menerima aduan bahawa mangsa jenayah digalakkan supaya tidak membuat laporan polis tentang kes kecurian dan kes ragut. Mereka diminta membuat laporan kehilangan secara tidak sengaja sahaja. Ini tidak dapat diterima. Ini bukannya cara untuk menunjukkan kejadian jenayah tidak serius di Sibu. Saya menggesa Kerajaan Persekutuan meningkatkan bilangan polis di Sibu. Kami mahu polis yang jujur dan rajin bekerja. Kami tidak mahu polis yang bercakap bohong bahawa Sibu adalah bandar yang tidak ada samseng. Kami mahu polis yang bersih di Malaysia.

■2050

Pada 14 Mac 2012, Ketua Polis Negara mengatakan hanya satu peratus daripada anggota polis yang menerima rasuah. Ini adalah jenaka terbesar tahun 2012. Kita semua tahu bahawa terdapat polis yang meminta kopi O di tepi jalan walaupun pada hari siang. Biarpun terdapat polis yang jujur, terdapat lebih banyak polis yang tidak jujur dan menerima rasuah. Tiada tempat untuk mengadu bagi rakyat. Itulah sebabnya kita mengaku bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah gagal kerana tidak menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Siasatan (RCI) tindakan polis. Saya menyeru kerajaan supaya tidak membenarkan kejadian rasuah terus berlaku di negara kita.

Isu kedua, perkhidmatan kesihatan. Dalam kes pembunuhan pada 20 Oktober 2011, seluruh ahli keluarga telah dibunuh. Hanya seorang budak lelaki yang berusia lapan

Page 142: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

130 DR.21.03.2012

tahun terselamat. Kelvin Ling cedera parah di kepala. Dia juga menghadapi kemungkinan kehilangan nyawa kerana tidak ada pakar bedah otak dan saraf di Hospital Sibu untuk menjalankan pembedahan. Nyawa Kelvin Ling diselamatkan hanya kerana dia telah diterbangkan ke Hospital Kuching dalam masa dengan helikopter swasta. Kita berasa hairan kenapa kerajaan tidak dapat menyediakan perkhidmatan helikopter yang boleh dipercayai pada waktu kecemasan. Saya bersetuju dengan ramai orang di Sibu yang mengadu bahawa Hospital Sibu ialah hospital kelas ketiga.

Saya menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Hospital Sibu. Hospital Sibu memberi perkhidmatan rawatan kesihatan kepada lebih setengah juta orang di Sibu dan kawasan-kawasan pedalaman Sungai Rejang seperti Kapit, Belaga, Song, Kenawit, Bintangor dan Sarikei. Ini adalah tidak adil bagi pesakit untuk menunggu rawatan. Ada yang telah meninggal dunia ketika menunggu hanya disebabkan ketidakcukupan pakar perubatan dan pakar bedah. Kerajaan Persekutuan perlu mengupah lebih banyak pakar perubatan dan pakar bedah otak dan saraf untuk bekerja di Hospital Sibu. Mereka yang dimasukkan ke hospital perlu dijaga dengan baik oleh doktor, jururawat dan keluarga mereka. Akan tetapi ramai pesakit dan keluarga mereka telah membuat aduan bahawa wad-wad di Hospital Sibu sangat panas dan tidak selesa. Kerajaan perlu memperbaiki keadaan di Hospital Sibu .

Tuan Yang di-Pertua, mereka yang dimasukkan ke hospital memerlukan ahli keluarga untuk menjaga mereka. Akan tetapi tempat letak kereta tidak mencukupi di dalam kawasan Hospital Sibu. Tiada tempat juga untuk ahli-ahli keluarga yang datang dari luar bandar. Pada bila-bila masa kita dapat tengok terdapat tidak kurang daripada 40 orang ahli keluarga yang berbaring di atas lantai ataupun tidur di atas kadbod dan surat khabar lama di koridor Hospital Sibu.

Kerajaan harus menyediakan tempat penginapan yang berhampiran dengan Hospital Sibu kepada mereka yang datang melawat ahli keluarga mereka dari luar bandar. Lawatan ahli-ahli keluarga harus digalakkan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan isu perkhidmatan kesihatan di Lawas. Saya difahamkan bahawa keadaan di Hospital Lawas adalah amat dikesali dan kes-kes telah dibawa ke mahkamah kerana kecuaian doktor yang mengakibatkan kematian. Salah satu kes adalah kes Kam Agong yang meninggal dunia pada usia 44 tahun dalam tahun 2002 disebabkan kecuaian perubatan ketika dia melahirkan anak kelapan. Saya difahamkan bahawa Hospital Daerah Lawas dibina pada 16 Mei 1969 dan adalah bangunan yang tertua di Lawas.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Yang Berhormat.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Pada 1999, JKR mengisytiharkan hospital tersebut tidak selamat lagi diduduki sebab sudah uzur. Pembinaan sebuah hospital baru telah dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh dan diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelapan. Sekarang sudah masuk Rancangan Malaysia Kesepuluh dan sudah 16 tahun berlalu. Pada 26 Mac 2011, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber di Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali mengumumkan yang sebuah hospital baru bernilai RM80 juta akan dibina di Lawas dan kerja-kerja pembinaan akan bermula akhir tahun lepas.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat hendak bagi jalan, Yang Berhormat?

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Pada 15 April 2011...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan?

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Minta maaf. Tidak cukup masa.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Yang Berhormat Sibu. Sikit. Kapit telah disebut...

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Menteri Kesihatan membuat pengumuman yang RM121.6 juta...

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

Page 143: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 131

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Akan diperuntukkan untuk diperuntukkan untuk

membina hospital baru di Lawas.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Kapit telah disebut tadi.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Akan tetapi tidak ada apa-apa kerja yang telah dimulakan setakat ini.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Yang Berhormat. Yang Berhormat Sibu.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Yang anehnya, yang dibina adalah sebuah hotel di Lawas iaitu Hotel Seri Malaysia.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Yang Berhormat Sibu.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Ini adalah skandal. Sebuah hotel dibina dan bukan hospital. Bolehkah kita minta kerajaan membuat penjelasan.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Yang Berhormat Sibu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Adakah Kementerian Kesihatan tidak dapat membezakan hotel dan hospital?

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Tolong, Tuan Yang di-Pertua. Tolong saya.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Isu ketiga, Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dia tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

Seorang Ahli: ...Tanggungjawablah.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Pendidikan Cina. Pendidikan adalah sangat penting kepada pembangunan negara. Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan hak untuk menerima pendidikan...

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Boleh saya merayu bantuan Tuan Yang di-Pertua? Bantu saya.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Dalam bahasa ibunda seseorang adalah hak perlembagaan dan juga hak asasi manusia.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan, Yang Berhormat, hendak bagi jalan?

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Tidak, tidak. Tidak bagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Nanti datang Kapit you jangan hebat-hebat.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Saya diberi kefahaman bahawa 29 orang guru besar, 39 orang penolong kanan dan 287 orang guru yang tidak berkelayakan bahasa Cina telah dihantar berkhidmat di SJK(C) di Sarawak. Kebanyakan guru tersebut tidak lulus dalam mata pelajaran Bahasa Cina UPSR... [Dewan riuh] Ini adalah tidak betul, Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan mesti memastikan bahawa guru besar yang dihantar berkhidmat di SJK(C) mesti lulus dalam mata pelajaran Bahasa Cina SPM.

Tuan Yang di-Pertua, dengan guru besar dan guru-guru yang tidak faham bahasa Cina, tidak hairanlah saya kerap menerima aduan bahawa sesetengah guru besar tidak menggalakkan pelajar-pelajar dari mengambil mata pelajaran bahasa Cina atau walaupun mereka mengambil subjek Bahasa Cina, mereka tidak dibenarkan menduduki peperiksaan kerana takut bahawa mereka akan merendahkan keputusan sekolah...

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Waktu kempen pandai cakap.

Page 144: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

132 DR.21.03.2012

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat

Maran tolong sikit.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Ini menjadi satu masalah serius...

Tuan Haji Salleh Kalbi [Silam]: Bagi peluanglah, kawan!

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Maran tolong Yang Berhormat Sibu.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Di kebanyakan sekolah di Sarawak.

Tuan Haji Salleh Kalbi [Silam]: Kalau mahu yang sana mesti bagi.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Kementerian Pelajaran mesti mengambil berat perkara ini dan membetulkan yang salah kepada masyarakat Cina.

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Betul-betullah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sibu tidak bagi jalan, Yang Berhormat.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Duduk, duduk.

Tuan Haji Salleh Kalbi [Silam]: [Bangun]

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Tuan Yang di-Pertua, amalan menghantar guru-guru yang tiada kelayakan dalam bahasa Cina ke SJK(C) akan menjejaskan standard pengajaran dan pentadbiran sekolah-sekolah tersebut. Ia tidak kondusif untuk pembangunan pendidikan...

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Yang Berhormat Sibu, datang ke Kapit banyak cakap. Dalam Dewan tidak mahu berdebat.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Terutama sekali apabila sekolah-sekolah Cina dikatakan menyumbang dengan ketara kepada pembangunan negara. Hakikat bahawa...

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Di sinilah kita bincang.

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Maran. Yang Berhormat Kapit tidak apalah. Yang Berhormat Maran.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Kalau datang ke Kapit banyak cakap.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Terdapat 355 orang guru yang tidak berkelayakan...

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Ini apa punya perangai punya orang. Burukkan guru-guru semua.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ... Bahasa Cina yang mengajar di sekolah-sekolah Cina bermakna terdapat kekurangan kakitangan pengajaran di Sarawak.

Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Bahasa Cina pandai cakapkah?

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Kerajaan perlu membetulkan keadaan ini dengan segera. Juga terdapat kerani dan pegawai-pegawai pentadbiran di sekolah-sekolah Cina yang tidak boleh berbahasa Cina. Ini tidak boleh diterima kerana ia menghalang ibu bapa daripada berkomunikasi dengan mereka.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan baru sahaja mengiktiraf kelayakan 146 buah universiti dari China. Ini adalah berita baik. Saya memahami bahawa universiti-universiti China ini mengiktiraf keputusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk tujuan kemasukan universiti-universiti di China. Jadi bolehkah saya ketahui mengapa UEC di Sarawak atau di Malaysia tidak diiktiraf.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Tuan Yang di-Pertua, nanti saya bercerita di kawasan. Yang Berhormat Sibu ini dia tidak beranilah berdebat dalam Dewan.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Guru-guru tidak berkelayakan bahasa Cina ke sekolah-sekolah Cina adalah cara Barisan Nasional untuk memikirkan pendidikan Cina.

Page 145: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 133

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Nanti kalau tidak bagi saya peluang,

Yang Berhormat, saya beritahu di kawasan ini.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Jika ia adalah benar, mengapa kita masih bercakap tentang 1Malaysia? Ini adalah masa untuk Kerajaan Barisan Nasional mengetahui apakah yang dikehendaki oleh masyarakat Cina.

■2100

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: [Bercakap dalam bahasa Cina]

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Tuan Yang di-Pertua, negara kita...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Tidak bagi lagi.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Tidak bagi, tidak bagi. Duduk, sila duduk. Lain kali.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak bagi juga Yang Berhormat. Tidak bagi Yang Berhormat, tidak bagi.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Negara kita mempunyai 1,292 buah sekolah...

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Kawan dari Sarawak sama-sama. Sibu saya pergi kawasan, please.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Rendah Cina, Sarawak mempunyai 222 buah. Saya percaya adalah adil untuk rakyat Sarawak menuntut 20% daripada peruntukan pendidikan yang disediakan untuk sekolah-sekolah rendah Cina di Sarawak.

Isu keempat, penindasan rakyat. Ini adalah masa bertaubat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional daripada terus menjadi pembuli rakyat. Dewan ini telah mendengar surat daripada Menteri Muda Sarawak, Mong Dagang...

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat!

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Yang mencadangkan...

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Bila masa kita membuli? Mulut jaga sedikit!

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Supaya OKU...

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat!

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Dilucutkan bantuan...

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Kalau berani bagi chance lah!

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua boleh bantu, boleh bantu Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Kebajikan dan subsidi pertanian atas alasan dia telah menyokong pembangkang.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat. Sudah hendak habis Yang Berhormat.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Dengar dahulu, jangan kacau.

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Siapa pembuli, siapa pembuli?

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Kita juga melihat bahawa Menteri Sarawak...

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Ini mengguna perkataan...

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...James Masing memberi...

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Cakap tidak pakai otak!

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Sokongan kepada Mong Dagang...

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Sungai Petani pun apalah! Lagi Teruk.

Page 146: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

134 DR.21.03.2012

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Malah mengancam rakyat...

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Sibu...

Tuan Masir Kujat [Sri Aman]: Jangan tipu lagi.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Yang Berhormat Sibu tidak berani berdebat.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Duduk, duduk. Ini jelas menyatakan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menindas dan menekan terhadap rakyat.

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Sibu, apa ini?

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Kalau begini Sibu malu nantilah!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Apa yang menjijikkan adalah OKU...

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Hah, Yang Berhormat Tanah Merah cakap pun tidak, sudah tiga penggal!

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Dan penduduk-penduduk luar bandar pun tidak terkecuali daripada perbuatan kejam pemimpin Barisan Nasional.

Tuan Haji Salleh Kalbi [Silam]: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Sibu tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Saya mahu Perdana Menteri...

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Sama sahaja semua itu tidak mahu cakap, senyum buat apa?

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Memberitahu kita semua sama ada ia adalah...

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat Sibu lagi lama bercakap!

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Amalan Barisan Nasional untuk...

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Ini Yang Berhormat Sibu sudah menang pun tidak buat kerja.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Membuli, menindas dan menekan rakyat yang tidak menyokong dasar-dasar dari kerajaan.

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Otak tidak ada cakap!

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Beberapa hari sebelum pilihan raya...

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Bagi chance lah!

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Negeri Sarawak 2011, Menteri Sarawak Wong Soon Koh dari SUPP...

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Rasional sedikit bercakap!

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Memberitahu penduduk Sibu bahawa selepas kegagalan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil Sibu, Perdana Menteri telah mempertimbangkan dan menghentikan projek airport extension di Sibu. Kita semua tahu kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang paling terkenal...

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Airport extension tidak berhentilah projek itu.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Yang dibuat semasa Pilihan Raya Kecil di Sibu, Perdana Menteri cakap ini, “You help me, I help you”.

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: ...Bercakap sahaja!

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Bolehkah...

Page 147: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 135

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Mana ada projek itu diberhentikan.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Kita mengetahui dari Perdana Menteri sendiri...

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Oleh kerana kerajaan adil kepada rakyat...

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Sama ada beliau pernah mengugut penduduk Sibu dengan cara ini?

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: ...Sebab itulah projek itu dijalankan terus.

Datuk Haji Yusof Haji Mahal [Labuan]: Menipu sama rakyat itu tanggunglah!

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Saya juga ingin mengetahui bahawa subsidi baja telah ditarik balik daripada petani-petani yang dahulunya Ahli SUPP atau Barisan Nasional atas alasan mereka kini menyokong pembangkang. Rakyat mempunyai kebebasan untuk mengundi calon pilihan mereka. Ini adalah hak di bawah Perlembagaan. Rakyat ialah pembayar cukai. Duit bantuan kebajikan...

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Sibu...

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Dan subsidi pertanian datang dari rakyat...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sibu tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Bukan dari pemimpin Barisan Nasional...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sibu habiskan.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Satu minit.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Saya hendak perjelaskan, nanti Yang Berhormat Sibu malu tahu!

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Atau dari Perdana Menteri.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Nanti saya cerita di kawasan Sibu tidak berani cakap.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Kami dengar Rakyat Didahulukan, ini langsung tidak membawa apa-apa makna sekarang apabila pemimpin Barisan Nasional...

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Wah, kalau masuk kawasan bukan main hebat cakap.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Memotong bantuan kebajikan dan subsidi pertanian atas gerak rasa mereka, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: [Bercakap dalam bahasa Cina]

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Saya akan gulung. Retorik rakyat didahulukan kedengaran teruk kerana Menteri-menteri Barisan Nasional memotong bantuan kepada orang kurang upaya.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Yang Berhormat Sibu pandai cakap sahaja. Yang Berhormat Sibu tidak berani.

Datuk Aaron Ago anak Dagang [Kanowit]: [Menyampuk]

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Rakyat didahulukan merupakan retorik kerana pemimpin-pemimpin Barisan Nasional juga mengatakan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional ialah tokey.

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Sibu...

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: [Bercakap dalam bahasa Cina] [Dewan gamat]

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Kerajaan Barisan Nasional patut berasa malu.

Page 148: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

136 DR.21.03.2012

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Apa Ahli Parlimen ini macam! Bagi

chance lah!

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Wong Soon Koh juga memberitahu penduduk Sibu bahawa projek...

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Bagi chance lah kalau berani.

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Bagi rasional, profesional sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Flood mitigation.

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Kita bagi jalan.

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Kalau berani bagi setengah minit Yang Berhormat Sibu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Telah hampir berhenti kerana kekalahan pilihan raya kecil.

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: You cakap apa tidak hendak dengarlah!

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Yang Berhormat Sibu...

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Beliau juga mengugut jika dia kalah...

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Apa you cakap saya pun tidak faham.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Macam Yang Berhormat Sibu ini takut sangat.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Dalam pilihan raya negeri 2011, semua projek pembangunan akan berhenti.

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Alah, Yang Berhormat Sibu penakutlah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, habiskan.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Malulah nanti.

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Penakutlah Yang Berhormat Sibu ini.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Saya setuju dengan Ahli Yang Berhormat dari Parit Buntar...

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Semasa pilihan raya nanti saya kempen saya bagi tahu Yang Berhormat Sibu tidak berani.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Inilah politik budaya samseng. Saya pasti...

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Tipu sahaja itu.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: ...Perdana Menteri menyedari tentang perkara ini juga.

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Lebih baik Yang Berhormat Ketereh dengan Yang Berhormat Tanah Merah lah, berani.

Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit]: Samseng, samseng.

Tuan Wong Ho Leng [Sibu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat... [Dewan riuh] Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Sekijang.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: I help you, you help me.

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique [Tenggara]: Mulalah bercakap.

Page 149: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 137

9.05 mlm.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Saya nasihatkan Yang Berhormat Sibu belajar dahulu dengan Kepong sana itu.

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique [Tenggara]: Yang Berhormat Kepong itu bagus!

Seorang Ahli: MP dia itu paling haprak sekali.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Jempol dan disokong oleh Yang Berhormat Kapit pada pembukaan Dewan kita yang telah lalu.

Saya juga mengambil kesempatan ini juga menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana telah merasmikan persidangan kita Parlimen yang kedua belas bagi penggal kelima mesyuarat pertama tahun 2012 ini. Di dalam titah ucapan tersebut Baginda telah membangkitkan beberapa isu termasuklah keselesaan Baginda apabila menaruh harapan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk meneraju dan membangunkan negara ini untuk berada di dalam kesejahteraan dan berdaya maju walaupun ada galangan dari pihak-pihak yang tertentu.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Dato' Johari Abdul [Sungai Petani]: Calon sahlah!

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan di dalam Dewan ini ialah tentang kerisauan masyarakat Islam dan saya fikir keseluruhan masyarakat yang memegang teguh kepada agama masing-masing bahawa pada masa ini telah banyak berlaku kegilaan individu menyukai kaum sejenis...

Beberapa Ahli: Wo!

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: ...Di negara ini.

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique [Tenggara]: Cuba cerita sedikit, cuba cerita sedikit.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Walaupun perkara serupa ini tidak menjadi kesalahan...

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Sekijang, sekejap. Yang Berhormat...

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: ...Dan dibenarkan dari segi undang-undang bagi sesetengah negara di barat tetapi bagi negara kita yang berteraskan Islam sebagai agama rasmi dan disebut dalam Perlembagaan kita sebagai agama bagi Persekutuan, maka sudah tentu kita tidak dapat membenarkan perkara ini berlaku di negara kita.

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Ya, mencelah, mencelah.

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Sini Yang Berhormat Sekijang, tunggu dahulu.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Ada dua. Saya bagi Yang Berhormat Maran dahulu.

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Saya daripada kecil sampai ke besar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Badan masih kecil Yang Berhormat.

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Bukan tua lagi, sampai jadi Ahli Parlimen. Dahulu saya tengok masyarakat kita cukup cantik. Bahkan kalau tengok lembu-

Page 150: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

138 DR.21.03.2012

lembu, dia tidak mengerjakan sesama dia. Lembu jantan tidak mengerjakan lembu jantan, tidak ada.

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Lembu di kondo!

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Hari ini Yang Berhormat Sekijang, kita tengok orang-orang telah menjadi seperti ini dan ini satu fenomena yang cukup menakutkan kita. Di negara kita juga telah menular perkara ini. Saya difahamkan keadaan ini menular kerana adanya individu tertentu yang menjadi pemimpin sesuatu pihak yang suka pada kerja seperti ini.

Seorang Ahli: Sebutlah!

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Saya hendak tanya sebab Yang Berhormat Sekijang bercakap...

Datuk Halimah binti Mohd. Sadique [Tenggara]: Siapa dia?

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: ...Dan kadang-kadang menafikan ini kerja dia. Sebab itu hari ini masyarakat telah melihat. Saya amat kecewa kerana ramainya pengikut-pengikut yang beri sokongan kepada orang yang suka kepada kerja-kerja seperti ini.

Beberapa Ahli Pembangkang: Sebutlah!

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Suka sama lelaki, belakang depan tidak kira.

Dato' Johari Abdul [Sungai Petani]: Sebut, sebut siapa orangnya!

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Sekijang siapa dia ini? Siapa dia yang buat kerja macam ini.

Dato' Johari Abdul [Sungai Petani]: Sebut, sebut! Sebutlah!

■2110

Dato' Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Sekijang, Lenggong. Sekejap Tuan Yang di-Pertua, suka satu tetapi yang menyokong ini. Menyokong pula bukan calang-calang orang, terdiri daripada tokoh dan pihak yang berpengaruh dalam negara ini. Kalau ini keadaannya, apa akan jadi kepada negara, kalau ianya menjadi ikutan kepada rakyat keseluruhannya? Minta pandangan Yang Berhormat Sekijang.

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Yang Berhormat Sekijang, boleh masukkan sikit, saya setuju, boleh? Saya bersetuju bahawa amalan songsang ini memang sudah disebut di dalam Al-Quran bahawa ianya memang haram, memang salah daripada segi agama tetapi saya nak tanya Yang Berhormat Sekijang, fenomena yang berlaku sekarang ini adakah kita boleh tuding jari kepada seseorang sahaja? Tidakkah kita mahu mencari kenapa perkara ini berlaku di dalam negara kita. Adakah seorang sahaja boleh mempengaruhi anak-anak muda ini? Tidakkah kita mahu melihat apakah sebabnya? Kita menuduh seseorang yang tak kira kalau zina dengan lelaki ke dengan perempuan ke, ia adalah zina tetapi apa yang diperkatakan sekarang ialah undang-undang kita menyalahkan sodomi sebagai jenayah tetapi tidak meletakkan zina sebagai jenayah. Apa pandangan Yang Berhormat Sekijang?

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Pendapat saya, saya nak jawab dulu Yang Berhormat Kota Raja. Saya ingat saya tak sebut lagi nak tuding jari kepada mana-mana lagi. Saya baru nak mula. Kalau dah terasa itu nak buat macam mana? Saya tak sebut mana-mana lagi. Tuan Yang di-Pertua pun ada depan, boleh dengar apa yang saya cakap tadi. Saya tak tuduh siapa-siapa tetapi kalau dah terasa, kita sama-sama betulkan. Bukan saya nak bercakap daripada pihak sini, saya nak menuduh sana, nak menuduh sini, tak ada. Kita sama-sama betulkan kalau yang tak betul ini. Ini agama Islam.

Saya nak sebut tadi agama Islam dan juga penganut-penganut agama lain yang sama macam kita, bukan saya tuduh kepada siapa-siapa, saya tak tuduh siapa-siapa lagi. Begitu juga tadi dengan Yang Berhormat Lenggong kata apa, saya pun dah lupa. Dah banyak sangat tanya. Kalau sokong tak apalah, masuk dalam ucapan saya sama dengan Yang Berhormat Maran tadi. Menular kepada pemimpin, apa semua sekali. Ini saya nak cakap begini, kita sama-sama membetulkan, bukan kita nak menyalahkan siapa-siapa.

Page 151: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 139

Saya tak sebut saya nak tuduh, saya tak tuduh kata tadi Yang Berhormat Kota Raja, saya tak nak tuduh Yang Berhormat Padang Terap itu yang berdiri di sana.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Ha, sebut Padang Terap. Saya nak mencelah sikit.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Akan tetapi saya bercakap di sini untuk sama-sama kita membetulkan.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Saya sokong.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Jadi, kalau kita boleh sama-sama membetulkan, jadi saya ingat yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi dalam Al-Quran dah sebut dan sebagainya, ini betullah.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Saya nak sokong sikit boleh Yang Berhormat Sekijang? Kakanda Sekijang, sikit sahaja.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Ini, saya tak mula lagi ini.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Tak, pasal sebut dalam Islam ini.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Saya tak mula lagi, nantilah dulu. Duduk dulu. Panjang lagi ini.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Lepas ini bagi tak?

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Nanti dulu, duduk dulu.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Sebab dah sebut Padang Terap tadi.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Saya habis dulu.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Nanti nak bagi? Ha, okey. Terima kasih.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Bukan tak bagi, bagi. Karang Tuan Yang di-Pertua marah saya karang. Berapa minit lagi Tuan Yang di-Pertua? Tujuh minit?

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Yang Berhormat Sekijang tak macam Yang Berhormat Sibu. Yang Berhormat Sekijang berani, tak macam Yang Berhormat Sibu.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Tuan Yang di-Pertua, saya sambung baliklah, saya sambung balik.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Tuan Yang di-Pertua, kumpulan ini disebut lesbian, disebut gay, disebut biseksual, lepas itu ada yang sebut, apa? Pengkid? Saya pun tak pandai nak menyebut itu. Lepas itu ada transeksual ataupun dalam bahasa ringkasnya disebut LGBT. Ini pun saya tak tahu dan macam-macam lagi. Saya terpanggil untuk membincangkan isu ini apabila seorang rakan memberitahu saya, apa sudah jadi dengan negara kita. Adakah kita menuju ke zaman Nabi Allah Lut di mana buminya diangkat ke langit dan kemudian diterbalikkan dan dihempas ke bumi. Apatah lagi ada di antara kumpulan ini dipilih dan dilantik sebagai pemimpin dan memimpin umat Islam. Yang ini, dan begitu juga dengan penyokong-penyokongnya.

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat Sekijang.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Saya mohon kepada kerajaan, atas apa juga, dah la tu.

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Sikit sahaja Yang Berhormat Sekijang. Cakap penting.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Ini karang tak selesai saya ini karang.

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Sikit, sikit. Yang Berhormat Sekijang, sikit sahaja. Yang Berhormat Sekijang, saya sokong Yang Berhormat Sekijang.

Page 152: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

140 DR.21.03.2012

Dato' Abdul Manan bin Ismail [Paya Besar]: Yang Berhormat Maran, tunggulah

giliran.

Dato' Ismail bin Abd. Muttalib [Maran]: Nanti dulu. Spirit yang dibawa oleh Yang Berhormat Sekijang dan Yang Berhormat Kota Raja, saya setuju. Semangat itu ada. Kalaulah semua kita bersemangat seperti ini, saya rasa kita boleh mengatasi masalah-masalah. Cuma kadang-kadang Yang Berhormat Sekijang, yang mengecewakan saya, apabila kita turun, saya berceramah banyak di kampung-kampung. Saya berceramah di kampung, memberitahu orang kampung supaya kita menghapuskan dan bagaimana mengatasi masalah dadah dalam masyarakat kita. Bagaimana mengatasi masalah moral, bagaimana masalah mengatasi jenayah tetapi bila pembangkang berceramah, dia tak cerita hal ini pun. Semua bawa hal buruk, menghasut dan sebagainya. Ini masalah tak selesai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya cuma nak bertanya kepada Yang Berhormat Sekijang, dia sudah ke arah itu. Sebab tadi ada perkara yang tidak clear. Adakah maksudnya begini, sebab statistik dalam Malaysia mengatakan bahawa - ini dah ada dia punya perangkaan dia, iaitu sekarang daripada sepuluh lelaki, tiga adalah pengamal perbuatan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sekijang. Adakah tiga tadi boleh mengarah kepada lima kalau kita tak banteras daripada sekarang? Apa pandangan Yang Berhormat Sekijang?

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Jadi, saya ingat saya masukkan dalam ucapan, nanti saya jawab sekalilah dalam saya punya ini. Nanti masa saya tak cukup ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon pihak kerajaan ataupun atas nama apa juga badan sama ada badan politik, badan bukan kerajaan, badan bukan politik dan sebagainya seperti kementerian-kementerian, seperti Kementerian Dalam Negeri, Majlis Agama Islam, JAKIM, Majlis Ulama di peringkat negeri dan di peringkat persekutuan supaya berwaspada dan bertindak ke atas perkara ini. Ianya boleh dilihat dalam laman web dan juga dalam blog-blog dan laman-laman sosial yang lain. Baru-baru ini dalam akhbar, ini yang ditanya oleh Yang Berhormat Ledang tadi. Dipaparkan bahawa tiga daripada sepuluh lelaki Malaysia adalah gay, astagrafirullahalazim.

Ini tentunya menakutkan kita semua. Saya mencadangkan supaya kita yakni kerajaan menubuhkan pusat-pusat pemulihan kepada mereka ini seperti mana kita menubuhkan pusat pemulihan dadah, kita menubuhkan pusat pemulihan akhlak dan lain-lain pusat yang bertujuan memberi terapi kepada kumpulan-kumpulan ini. Dengan itu, kita terhindar daripada perkara-perkara buruk seperti mana yang disebut di dalam Al-Quran. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada lainlah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat dari Bukit Mertajam.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Ha, itulah. Bila kita berucap, tak nak dengar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Nak bagi jalan Yang Berhormat?

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Ini atas nasihat siapa? Kalau nasihat Yang Berhormat Kepong, saya bagi. Kalau tak atas nasihat Yang Berhormat Kepong, saya tak bagi. Ini menyusahkan nanti. Sila.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya bukan orang Islam.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: 20 saat.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Saya bukan orang Islam, jadi saya tidak tahu macam mana Quran cakaplah tetapi yang saya tahu ialah Islam ada kata, manusia dicipta berbagai-bagai dan bagaimana percakapan ini, kepelbagaian ini diconsult di dalam apa yang dikatakan tak boleh ada kelakuan seperti ini. Macam mana? Bolehkah Yang Berhormat jelaskan?

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Alamak, saya pun tak faham juga tetapi apa yang saya cakap, Quran cakap apa dia kata tadi, saya ingat kena belajarlah. Kalau saya nak ajar dalam ucapan saya ini tak sampai ke mana nanti. Saya ingat kena belajarlah. Yang Berhormat Kepong tahu baca jawi sana itu, Yang Berhormat Kepong itu.

Page 153: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 141

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kepekaan kerajaan untuk membantu kepada sektor perkhidmatan pengangkutan awam seperti teksi, kereta sewa dan bas sekolah adalah satu langkah yang bijak kerana telah menurunkan cukai-cukai jalan sehingga sebegitu rendah, sehingga serendah RM2 setahun.

■2120

Akan tetapi langkah kerajaan itu tidak disertai oleh pengendali-pengendali syarikat insurans apabila mengenakan loading berganda menyebabkan mereka kadangkala tidak mampu untuk membayar insurans tersebut. Keadaan ini juga berlaku kepada pemilik-pemilik kenderaan lama di kawasan-kawasan luar bandar terutamanya motosikal, Tuan Yang di-Pertua.

Oleh itu, cadangan Kementerian Kewangan melalui Bank Negara, bagi membantu golongan ini mestilah dipercepatkan agar golongan ini dapat terbela. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Kementerian Pengangkutan. Apakah sebabnya pelabuhan darat ataupun Inland Port Segamat ditutup dan tidak beroperasi lagi. Saya difahamkan bahawa operasi syarikat ini dipunyai ataupun dimiliki oleh KTM ataupun Keretapi Tanah Melayu ataupun Lembaga Pelabuhan Klang dan Kementerian Pengangkutan.

Saya ingin bertanya bilakah pelabuhan darat ini akan beroperasi semula kerana banyak pertanyaan-pertanyaan daripada pengusaha-pengusaha kilang, ahli-ahli perniagaan dan orang ramai. Adakah kementerian bercadang akan menyerahkan kepada pihak lain sekiranya mereka yang diberi mandat untuk mengoperasikan pelabuhan ini tidak berminat lagi ataupun kementerian boleh memutuskan supaya diberikan peluang kepada pihak-pihak lain yang lebih berminat.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam pembangunan kesihatan di Daerah Segamat, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kesihatan yang telah meluluskan Hospital Segamat sebagai Hospital Pakar. Kalau dahulu kita hanya ada dua atau tiga orang pakar sahaja, tetapi kini telah meningkat lebih daripada sembilan orang untuk memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dan saya difahamkan akan ditambah kepada 20 jawatan pakar pada masa-masa akan datang.

Baru-baru ini tanah bersebelahan dengan Hospital Segamat iaitu kepunyaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang seluas lebih kurang 39 ekar.

Saya difahamkan telah diserah milik kepada Kementerian Kesihatan. Oleh itu saya mengharapkan tanah ini digunakan untuk pembesaran Hospital Segamat dan mohon dimasukkan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesepuluh dan pembinaannya dapat dipercepatkan kerana pada masa ini keperluan bilik pesakit amat diperlukan dan kadangkala berlaku kesesakan dan pesakit tidak mendapat keselesaan kerana diletak di lorong-lorong masuk di wad-wad pesakit.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kepada Presiden CUEPACS Datuk Omar dan juga ahli-ahli jawatankuasanya yang juga dapat menyelesaikan skim baru perkhidmatan awam dan balik kepada SSM. Tuan Yang di-Pertua walaupun pihak sebelah sana mengatakan mereka yang memperjuangkan tentang kembalinya kepada SSM, tetapi kalau kita menyorot kembali tentang perkara-perkara SBPA ini Tuan Yang di-Pertua, bahawa sebenarnya yang bekerja keras ialah CUEPACS.

Kita daripada pihak Barisan Nasional kita menyokong penuh tinggal lagi kita tidak membuat statement akhbar dan sebagainya tetapi kita menyarankan kepada mereka dan CUEPACS yang bertungkus-lumus yang telah pun membuat kerja-kerjanya dan di claim oleh pihak yang tidak prihatin kepada itu dan akhirnya mereka katakan merekalah yang memperjuangkan perkara ini.

Kalau kita ikut daripada segi rentetannya Tuan Yang di-Pertua, dua kali atau lebih daripada itu Presiden CUEPACS berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang perkara ini. Kali pertama berjumpa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata sila panggil JPA, sila selesaikan tentang perkara ini kerana kenaikan gaji kepada kakitangan awam telah pun disebut dalam bajet yang telah lalu, maknanya melebihi daripada 7% tetapi apabila pihak CUEPACS meminta daripada KPPA ataupun JPA ini maklumat tentang kenaikan gaji pegawai atasan ataupun peringkat

Page 154: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

142 DR.21.03.2012

premium maka, tidak diterangkan cara mana, berapa jumlah yang diterima oleh peringkat premium ini.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, apabila Presiden CUEPACS tidak berpuas hati dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun melantik Yang Berbahagia Tan Sri Ismail Adam bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) untuk mengendalikan perkara ini dan selepas daripada itu barulah perkara ini selesai Tuan Yang di-Pertua. Bukan seperti mana yang didakwakan oleh pihak-pihak pembangkang mereka menjuarai atau mereka yang sebenarnya menjadi juara kepada perkara ini. Kadang-kadang inilah dia pembangkang, Tuan Yang di-Pertua menangguk di air yang keruh yang tidak tahu apa asal usulnya, ini aku punya.

Tuan Ahmad Kassim [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Sekijang minta laluan sikit Yang Berhormat Sekijang.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Yang ini yang susah kalau ada manusia-manusia yang sebegini saya percaya akan menyusahkan dalam negara. Kita pun di Barisan Nasional tidak claim.

Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Sekijang minta laluan sikit Yang Berhormat Sekijang. Bagilah...

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Kita kata CUEPACS bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga ahli-ahli jawatankuasanya. Kalau dulu hanya Presiden CUEPACS sahaja yang diminta untuk bertemu dengan JPA atau KPPA tetapi selepas itu ditambah lagi tiga orang secara halus dan detail.

Tuan Ahmad Kassim [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Sekijang, SBPA. Yang Berhormat Sekijang. Perdana Menteri sudah umum dalam kabinet sudah, Yang Berhormat Sekijang.

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Selepas itu baru kita dapat tahu apa sebenarnya, berapa kenaikan kepada gaji-gaji yang disebut di dalam itu. Jadi inilah saya nyatakan tadi.

Tuan Ahmad Kassim [Kuala Kedah]: Berubah. Sekejap-kejap ubah. Yang Berhormat Sekijang bagilah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak beri jalan Yang Berhormat?

Tuan Ahmad Kassim [Kuala Kedah]: Yang Berhormat Sekijang. Sudah keputusan kabinet berubah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Masa sudah habis Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Kedah masa sudah habis.

Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Kalau buat keputusan dalam Kabinet selepas itu ubah...

Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Pihak sebelah sana hanya menangguk air yang keruh tidak perlu kita dengar lagi Tuan Yang di-Pertua. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya pun tidak berniat untuk bercakap panjang beri peluang kepada rakan-rakan yang lain. Dengan itu saya menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: [Bangun]

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah habis masa Yang Berhormat. Saya hendak beri kepada Yang Berhormat Padang Terap tetapi Yang Berhormat Padang Terap kena habiskan dalam masa 15 minit. Boleh Yang Berhormat? Ya, sila.

9.28 mlm.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya ingin

Page 155: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

DR.21.03.2012 143

merafak mewakili rakyat Kedah dan juga Padang Terap. Merafak sembah menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tan Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Hamidun yang di lantik bersemayam menaungi rakyat Malaysia. Patik mewakili seluruh rakyat Padang Terap amat berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuanku berdua yang merupakan Sultan dan juga Sultanah kepada Negeri Kedah Darul Aman.

Sesungguhnya pelantikan Tuanku kali kedua sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah merupakan satu catatan sejarah besar bagi sejarah negara Malaysia. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya hendak mulakan dengan ayat Al-Quran surah Nisa’ ayat 58... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya. Iaitu yang berhak untuk menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhannya itu memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu, sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat”.

■2130

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama saya ingin sentuh tentang masalah yang berlaku dalam negara kita. Krisis yang cukup besar daripada masalah sosial, daripada jenayah segala jenayah yang berlaku, rogol, zina, culik, samun, bunuh, bakar, curi kenderaan, rompak dan sebagainya, penipuan dan sebagainya, penyelewengan dan sebagainya yang berlaku dalam negara kita.

Saya melihat dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang menyebut tentang kita membangunkan bersama-sama negara dan juga kita melihat kesejahteraan negara Malaysia ini, kita bersama-sama berada dalam suasana aman dan juga damai. Akan tetapi, dengan apa yang berlaku dalam negara kita termasuklah jawapan yang saya terima dalam soalan saya bagi sesi ini iaitu yang berkaitan dengan statistik jenayah rogol sebagai satu contoh yang berlaku di Malaysia 2003 hingga 2011.

Dalam jawapan yang saya terima menunjukkan suatu keadaan yang cukup kontra daripada harapan yang dilahirkan Seri Paduka Baginda sendiri. Yang rogol yang disebut ataupun yang diberi jawapan kepada saya oleh Menteri Dalam Negeri ialah keseluruhannya sebanyak 24,635 kes bagi tahun 2003 hingga 2011 dan peningkatan-peningkatan yang cukup membimbangkan iaitu daripada tahun 2003 lebih kurang 1,479 kes kepada 3,301 kes. Pada tahun 2011.

Inilah merupakan satu peningkatan yang hampir 100% berlaku dalam negara kita. Ini jenayah rogol, tidak lagi dilihat statistik yang kita panggil anak luar nikah yang pernah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen kita berdasarkan kepada statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara 257,411 orang daripada tahun 2000 hinggalah tahun 2008 bulan Julai.

Jadi, saya melihat penyelesaian kepada masalah-masalah yang berlaku ini kita perlu kepada satu undang-undang yang bukan sekadar hanya untuk menghukum dan juga untuk mendenda si penjenayah atau pun yang melakukan jenayah ini. Kita perlu kepada satu undang-undang yang boleh memberikan penyelesaian secara holistik yang bukan sekadar untuk menyelesaikan masalah akhir yang ditimbulkan oleh si penjenayah.

Saya ingin menyebut sekali lagi, mungkin sudah berkali-kali dibangkitkan dalam Parlimen ini. Antara penyelesaian yang dicadangkan oleh Ahli-ahli Parlimen dan juga saya ingin mengulangi sekali lagi iaitu kita boleh menyelesaikan masalah-masalah ini dengan kita melaksanakan undang-undang yang bukan diciptakan oleh manusia tetapi undang-undang yang dicipta oleh Allah SWT.

Saya ingin menyebut tentang syariah Islam, tentang syariat yang diturunkan oleh Allah SWT. Bagaimana syariat ini berupaya untuk menjaga dan juga melindungi masyarakat daripada jenayah-jenayah yang disebutkan tadi. Kita lihat bagaimana objektif kepada syariah Islam, syariah itu sendiri yang tujuannya adalah untuk menjaga agama, untuk menjaga nyawa, untuk menjaga akal, untuk menjaga harta benda manusia, untuk menjaga keturunan dan juga maruah manusia.

Page 156: MALAYSIA - Parlimen · 15. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Fadillah bin Yusof, P.G.B.K., (Petra Jaya) – PBB 16. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam

144 DR.21.03.2012

Akan tetapi kita lihat seperti mana yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sibu

tadi. Ahli Parlimen Sibu telah menunjukkan kepada kita bagaimana jenayah berlaku di Sibu. Begitu dahsyat sekali dan kita lihat dalam surat khabar yang akhir-akhir ini, ada yang berbohong, diculik, macam-macam yang berlaku. Jadi, saya ingin mengulangi sekali lagi juga apakah objektif kepada pelaksanaan dan juga pemerkasaan kepada undang-undang jenayah syariah yang dia tidak melibatkan agama yang lain, penganut-penganut agama yang lain beramal dengan agama masing-masing. Tidak ada paksaan.

Apa yang kita hendak sebut ialah bagaimana kita ingin melaksanakan undang-undang ini untuk masyarakat Muslim yang mana objektif apabila kita melaksanakan atau pun menjatuhkan undang-undang syariah ini tujuannya adalah seperti berikut:

(i) untuk melindungi masyarakat;

(ii) untuk mencegah jenayah;

(iii) untuk memberi balasan yang setimpal kepada si penjenayah;

(iv) untuk memulihkan si penjenayah itu sendiri; dan

(v) untuk mendidik masyarakat.

Akhirnya, matlamatnya ialah untuk mengamankan dunia daripada penjenayah-penjenayah dan juga mereka bukan sekadar aman di dunia tetapi mereka juga aman daripada hukuman Allah SWT di hari akhirat. Ini jauh sekali daripada undang-undang yang kita laksanakan pada hari ini yang tujuannya hanyalah untuk menghukum dan juga mengenakan denda kepada si penjenayah sahaja.

Kedua Tuan Yang di-Pertua saya melihat kita masih ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat boleh sambung esok.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Esok Yang Berhormat Lenggong jangan lari. Yang Berhormat Tenggara esok.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan Hari ini ditangguhkan hingga pukul 10 pagi Khamis, 22 Mac 2012.

Dewan ditangguhkan pada pukul 9.35 malam.