berita pasir gudang · baru, kg kong-kong laut, kg sg latoh, kg tg langsat, kg perigi aceh, kg...

16
BERSEMPENA MAJLIS MESRA MPPG BERSAMA RAKYAT PENGGAL PERTAMA 2018 www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera TOWN HALL GOTONG ROYONG KUBUR PERDANA AJAK GENERASI MUDA BERSAMA TURUN PADANG MPPG ANJUR SEMINAR PENGURUSAN TANDAS BERSIH MENARIK DI DALAM : BASF ANJUR PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI SEKOLAH PELANCARAN LOGO MPPG ATAS PERKENAN DYMM SULTAN JOHOR

Upload: vokhue

Post on 21-Mar-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

APRIL2018

2017

BERITA

PASIRGUDANG

BIL.

04

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

MPPG KE ARAH PBT PERTAMA DI NEGERI JOHOR BEROLEH SIJIL AUDIT AMALAN KERJA BERKUALITI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

BERSEMPENAMAjliS MESRA MPPg BERSAMA RAkyAt PENggAl PERtAMA 2018

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

TOWN HALLGOTONG ROYONG

KUBUR PERDANAAJAK GENERASI MUDA

BERSAMA TURUN PADANG

MPPG ANJUR SEMINAR PENGURUSAN TANDAS BERSIH

MENARIK DI DALAM :

BASF ANJUR PROGRAM KESELAMATAN DAN

KESIHATAN DI SEKOLAH

BASF ANJUR PROGRAM

PElANCARAN lOgO MPPg AtAS PERkENAN DyMM SUltAN jOHOR

PENASiHAtEncik Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

kEtUA EDitOREncik Saipol Rahman bin Hj. AmatSetiausaha MPPG

PENOlONg kEtUA EDitORPuan Rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENgARANgEncik Nazarul bin Jaafar

PEMBERitA- Puan Nadztasha binti Mohd Puad

jURUfOtO- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut

AJK SIDANG REDAKSI 2018

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected]

......................................................

Diterbitkan olehjABAtAN PEMBANgUNAN MASyARAkAt

MPPG Kearah PBT Pertama Di Negeri Johor Beroleh Sijil Audit Amalan Kerja Berkualiti Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Majlis Perhimpunan Bulanan : April 2018.“Tandas Bersih Masyarakat Sejahtera” Komitmen MPPG Melalui Seminar Pengurusan Tandas Bersih.

MPPG Raikan Warga Kerja Dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017.

Lensa Edisi Khas : Pengauditan Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Lensa MPPG April 2018.

Sesi Town Hall - Majlis Mesra MPPG Bersama RakyatPenggal Pertama 2018. Asas Integriti Dipertingkatkan Lagi Melalui Program Sembang Pagi ‘Iman Asas Integriti’.

MPPG Johan 3 Sepasukan Piala Pusingan YDP

BASF Anjur Program Keselamatan dan Kesihatan Di Sekolah.Kursus Pengurusan Masa dan Pengurusan Stress Berkesan.

Gotong Royong Kubur Perdana Ajak Generasi Muda Bersama Turun Padang.40 Warga Kerja MPPG Sertai Kursus Pembangunan Modal Insan ‘Team Building’ Siri 1 2018.

Yayasan Pasir Gudang - Program Sepanjang April 2018.

Info Terkini : Sewaan Iklan Skrin LED.

3

4

5

10

13

12

11

16

8&9 14&15

6&7

AlHAMDUlillAH, SyUkUR kita ke hadrat Allah SWT kerana berkat izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita berjumpa lagi pada bulan April di edisi Berita Pasir Gudang (BPG). Semoga kita semakin bersyukur dengan apa yang kita perolehi pada hari ini. Bagi keluaran April 2018 ini, program MPPG dimulakan dengan Majlis Perhimpunan Pagi bagi bulan April. Perhimpunan Pagi ini merupakan platform Yang Dipertua bersama Ahli Majlis dan warga MPPG. Melalui platform perhimpunan ini, YDP berpeluang berkongsi aktiviti yang diadakan sepanjang bulan yang terllibat, selain berkongsi maklumat dan info-info terkini berkaitan MPPG. Sebagai menghargai khidmat warga kerja, hadiah bagi sambutan hari lahir pada bulan April juga diadakan, sumbangan dari Kelab Sukan & Kebajikan MPPG. Sambutan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) juga turut diadakan pada bulan ini. Seramai 28 orang warga kerja telah dipilih menerima Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) manakala 44 orang pula telah menerima Sijil Penghargaan (SP). Majlis ini juga turut meraikan dua orang warga kerja yang telah bersara iaitu Tuan Hj. Mazlan bin Jamil dari Unit Industri & Penyelenggaraan Aset dan Tuan Hj. Mohd Yusof bin Abd Jalal dari Jabatan Khidmat pengurusan. Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya menerima anugerah ini. Besarlah harapan saya jika, kita bersama-sama meningkatkan lagi mutu kerja dan perkhidmatan dalam memberikan yang terbaik kepada rakyat, khususnya masyarakat Pasir Gudang sendiri. Umum mengetahui, MPPG begitu komited terhadap pentadbiran dan perkhidmatan yang diberikan. Justeru, bagi memperkasakan tahap yang ingin dicapai ini, satu sesi audit yang dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), telah diadakan bagi memperoleh sijil Ekosistem Kondusif Khidmat Awam (EKSA). Lawatan audit ini meliputi 22 buah zon yang dijalankan oleh 2 orang juruadit yang merangkumi 17 sijil persijilan yang dipohon mengikut kawasan bangunan dan bahagian masing-masing. Antaranya bangunan Menara Aqabah, Perpustakaan Awam Pasir Gudang, Stadium Bola Sepak dan Tertutup, Muzium Layang-Layang dan Dewan-dewan serta stor di bawah jabatan yang terlibat. Sekali MPPG terus mencipta kecemerlangan apabila berjaya melepasi jumlah pemarkahan bagi mencapai standart lulus oleh Unit MAMPU. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua warga kerja atas segala usaha dan kerjasama bagi mencapai pengiktirafan ini.

MPPG melalui Bahagian Kesihatan juga telah menganjurkan Seminar Pengurusan Tandas Bersih yang melibatkan hampir 252 orang peserta yang terdiri daripada daripada penyelia dan operator yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan tandas dan pengusaha tandas dari pelbagai agensi seperti sekolah, restoran, stesyen minyak, rumah ibadat, IPTA/IPTS, pasaraya dan kontraktor pembersihan tandas lantikan MPPG sendiri. Objektif penganjuran seminar ini dilaksanakan ialah sebagai salah satu usaha untuk mewujudkan tandas yang bersih, selesa dan selamat. Melalui seminar ini, aspek utama dalam pembersihan dan penyelenggaraan tandas telah diketengahkan bagi menyemai kesedaran dan kepentingan sanitasi tandas yang bersih dalam kehidupan manusia. Disamping itu, melalui penyertaan ke Seminar ini, diharapkan dapat memberi motivasi kepada pengusaha tandas supaya komited Untuk mewujudkan tandas awam bertaraf 5 bintang. Program Sesi Town Hall – Majlis Mesra Rakyat MPPG penggal pertama 2018 telah dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat MPPG pada 15 April 2018. YAB Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin telah hadir bagi merasmikan sesi Town Hall ini dan seterusnya melancarkan logo baru MPPG yang turut diadakan dalam majlis tersebut. Hampir 300 orang wakil zon yang hadir memeriahkan program dan menanti keputusan “Anugerah Zon Teraktif 2017” yang menjanjikan hadiah lumayan berjumlah RM300,000.00 berupa projek pembangunan. Semoga dengan ganjaran hadiah yang ditawarkan ini, 24 buah zon di bawah pentadbiran MPPG sentiasa memberi komitmen dan usaha dalam menjayakan apa jua program serta aktiviti yang dianjurkan bersama masyarakat dan MPPG. Dalam aktiviti sukan pula, MPPG telah meneruskan rutin tahunannya dalam menganjurkan sukan boling iaitu Kejohanan Boling PBT Semalaysia Piala Pusingan YDP dan Pertandingan Boling 3 Sepasukan Piala Pusingan YDP. kejohanan ini terbahagi kepada dua iaitu Pertandingan Boling 3 Sepasukan Piala Pusingan YDP dan. Bagi kejohanan PBT Semalaysia, terbahagi kepada 3 kategori iaitu Perseorangan, Bergu dan Bertiga. Pasukan boling MPPG B telah mendapat johan bagi kategori Pertandingan Boling 3 Sepasukan. Tahniah kepada PASUKAN BOLING MPPG. Dalam menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat, sudah pasti sebagai PBT Dihati Rakyat, MPPG tidak terkecuali menjalankan tanggunjawab ini. Justeru, Majlis Perbandaran Pasir Gudang melalui Jabatan Pembangunan

BERITA PASIR GUDANG2

PERUtUSAN yANg DiPERtUAMAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Masyarakat telah menganjurkan program tahunannya melalui Program Gotong-Royong Kubur Perdana bersempena menyambut bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Pasir Gudang serta 9 lagi kawasan Tanah Perkuburan Islam di sekitar Pasir Gudang yang telah dijalankan antaranya ialah Tanah Perkuburan Islam Kg Sg Tiram, Kg Cahaya Baru, Kg Kong-Kong Laut, Kg Sg Latoh, Kg Tg Langsat, Kg Perigi Aceh, Kg Pasir Putih, Kg Kuala Masai dan Masai. Seramai hampir 150 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPTA sekitar Pasir Gudang, JKZ Zon, sukarela dan warga kerja MPPG sendiri telah turut serta dalam aktiviti gotong-royong yang dijalankan. Akhir kata, kepentingan hubungan masyarakat dengan kerajaan seperti MPPG perlu terus utuh dan mampu memberi perkhidmatan yang saksama dan terbaik kepada masyarakat setempat. Saya berharap dengan kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada kita semua dapat memberi suntikan moral kepada semua warga kerja MPPG untuk terus komited dalam menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan. Sehingga kita menyambung tinta yang penuh barakah dan hikmah dalam keluaran bulan akan datang. Jumpa lagi.Sekian,

Hasrin kamal bin Hashimyang Dipertua MPPg

KANDUNGAN

......................................................

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

MPPG MERUPAkAN PIhAk BERkUASA TEMPATAN yang begitu komited dan berdaya saing dalam menjalankan dasar pentadbiran dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Justeru, bagi memperkasakan dan memantapkan lagi pengurusan yang sistematik dalam pentadbirannya, MPPG telah membuat persediaan bagi menghadapi Audit Persijilan EKSA.

EKSA merupakan penjenamaan semula amalan 5S dengan menyokong kepada pengwujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif dengan penambahan elemen baharu iaitu Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau, Persekitaran Kondusif dan Kepelbagaian Agensi. Melalui penganugerahan sijil ini, sesebuah PBT itu akan diiktiraf dan dipandang lebih progresif, mampan serta bersifat imej korporat yang tinggi.

MPPG telah mengadakan persiapan bagi memohon persijilan ini bermula sejak Januari 2017 lagi. Permohonan sijil pengauditan ini adalah bagi menaiktaraf sijil 5S yang telah diperoleh oleh MPPG. Pelbagai usaha dan penambahbaikan telah dijalankan bagi memohon persijilan EKSA ini.

Maka, pada 23 hingga 25 April yang lalu, MPPG telah menerima lawatan audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Putrajaya.

Lawatan audit tersebut menyaksikan sebanyak 22 Zon telah diaudit oleh 2 orang Juruaudit Persijilan EKSA MAMPU iaitu Puan Nor Kamila binti Kamaruzaman selaku Ketua Juruaudit dan dibantu oleh Puan Nur Amalina binti Zakaria. Jumlah 22 Zon

tersebut merangkumi Menara Aqabah setinggi 20 tingkat, Perpustakaan Awam Pasir Gudang, Dewan-dewan MPPG, Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Stadium Bola Sepak Pasir Gudang, Stor Taman Mawar serta paling istimewa termasuklah Home bagi Pasukan Bola Sepak JDT II iaitu Stadium Bola Sepak Pasir Gudang.

Atas komitmen padu oleh segenap lapisan anggota pekerjanya, MPPG berasa cukup bangga kerana merupakan satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Johor yang telah sampai ke peringkat pengauditan serta yakin akan menjadi PBT pertama di negeri ini yang memperoleh pensijilan EKSA.

MPPG KE ARAh PBT PERTAMADI NEGERI JOhOR BEROLEhSIJIL AUDITAMALAN KERJA BERKUALITIEKOSISTEM KONDUSIFSEKTOR AWAM (EKSA)

Penyampaian cenderahati oleh Yang Dipertua kepada Puan Nor Kamila binti Kamaruzaman dari MAMPU selepas tamat sesi audit selama 2 hari.

Ruang EKSA Di Zon Irdium mengikut kreativiti zon masing-masing di pamerkan.

Zon Platinium bersama jumlah bintang yang diperoleh dari MAMPU selepas sesi audit diadakan.

BERITA PASIR GUDANG4

PERhIMPUNAN BULANAN merupakan platform yang menghimpunkan Pengurusan Tertinggi Majlis bersama warga kerja MPPG. Melalui perhimpunan ini, YDP berpeluang menyampaikan amanatnya dan perkara-perkara yang ditimbulkan yang menjadi dasar dan amalan kerajaan yang perlu dilaksanakan oleh penjawat awam. Selain daripada itu, beberapa perkara telah disentuh dalam amanatnya kepada hampir 430 warga kerja MPPG seperti sentiasa komited terhadap pekerjaan dan tanggungjawab yang dilakukan oleh setiap pekerja, keberkesanan terhadap perkhidmatan yang disampaikan oleh warga kerja MPPG haruslah tepat pada sasaran supaya mutu kerja sentiasa berada di tahap yang terbaik. Setiap warga kerja haruslah sentiasa mengamalkan sikap telus, jujur dan berintegriti dalam setiap perkara yang dilakukan.

Ucapan bagi bulan April telah disampaikan oleh Puan Mariaton binti Ibrahim, Ketua Jabatan Kewangan. Majlis pada pagi itu telah diteruskan lagi dengan sesi memperkenalkan warga kerja yang baru dilantik. Seramai 9 orang warga kerja telah dilantik bagi sesi kali ini dan bacaan ikrar telah diketuai oleh En. Mohd Aeddy bin Sulaiman dari Bahagian Kesihatan Awam. Dalam program ini juga YDP turut menyampaikan pemberian cenderahati kepada warga kerja yang lahir pada bulan April.

KOMITMEN MPPG MELALuISEMINAR PENGuRuSAN TANDAS BERSIh

“TANDAS BERSIHMASYARAKAT SEJAHTERA”

MPPG MELALUI BAhAGIAN kESIhATAN telah menganjurkan Seminar Pengurusan Tandas Bersih yang bertempat di Amansari Residence Resort, Seri Alam. Seramai 252 orang peserta yang terdiri daripada daripada penyelia dan operator yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan tandas dan pengusaha tandas dari pelbagai agensi seperti sekolah, restoran, stesyen minyak, rumah ibadat, IPTA/IPTS, pasaraya dan kontraktor pembersihan tandas lantikan MPPG sendiri telah menyertai seminar yang dianjurkan ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Setiausaha MPPG, En. Saipol Rahman bin Hj Amat selaku wakil rasmi Yang Dipertua

MPPG. Objektif penganjuran seminar ini dilaksanakan ialah sebagai salah satu usaha untuk mewujudkan tandas yang bersih, selesa dan selamat. Melalui seminar ini, aspek utama dalam pembersihan dan penyelenggaraan tandas telah diketengahkan bagi menyemai kesedaran dan kepentingan sanitasi tandas yang bersih dalam kehidupan manusia. Di samping itu, melalui penyertaan ke seminar ini, diharapkan dapat memberi motivasi kepada pengusaha tandas supaya komited untuk mewujudkan tandas awam bertaraf 5 bintang.

Tahap kebersihan tandas adalah menjadi perkara utama yang perlu diberi penekanan dalam usaha menambah baik tahap kesihatan masyarakat di negara ini. Sejak tahun 2010, MPPG telah melaksanakan Sistem Penarafan Bintang (Star Rating) bagi tandas-tandas awam di dalam kawasan pentadbiran MPPG. Di bawah sistem ini, tandas-tandas yang diselenggara dengan baik dan dijaga bersih akan diberi penarafan 5, 4 atau 3 bintang, manakala penarafan 2 dan 1 bintang adalah bagi tandas yang tidak mencapai piawaian yang dikehendaki.

Berdasarkan pencapaian tersebut, pelbagai usaha giat telah dijalankan oleh Bahagian Kesihatan MPPG dan salah satunya adalah aktif menjalankan pemeriksaan secara mengejut, penguatkuasaan, promosi kesihatan dan hebahan maklumat berkaitan etika penggunaan tandas dan penjagaan kebersihan tandas awam melalui pengedaran risalah serta poster setiap kali rutin pemeriksaan dijalankan.

Dengan penganjuran dan penyertaan ke seminar ini, diharap dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan pengurusan tandas bersih dan berkualiti.

Pada majlis ini juga, turut disampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pemenang Pertandingan Premis Makanan Terbersih dan Pertandingan Tandas Awam Terbersih bagi tahun 2017.

MAjliSPERHiMPUNAN

BUlANAN

APRILAntara penerima cenderahati bagi warga kerja

yang lahir pada bulan April.

Gimik Perasmian Seminar Pengurusan Tandas Bersih.

Antara barisan Ahli Majlis, Ketua Jabatan MPPG yang hadir dalam majlis yang dianjurkan.

MPPG RAIKAN WARGA KERJA DALAM MAJLISANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2017 MAJLIS yANG DIADAkAN SETIAP TAhUN INI merupakan satu usaha dalam menghargai jasa dan sumbangan warga kerja sepanjang setahun bertugas. Bertempat di Grand Ballroom, Hotel Rennaisance Johor Bahru, majlis yang dihadiri hampir 450 orang warga kerja ini berlangsung meriah sekali.

Program dimulakan dengan ketibaan Yang Dipertua MPPG, En. Hasrin Kamal bin Hashim. Seramai 28 orang warga kerja telah dipilih Menerima Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) manakala 44 orang pula telah menerima Sijil Penghargaan (SP). Majlis pada petang itu juga turut meraikan dua orang warga kerja yang telah bersara iaitu Tuan Hj. Mazlan bin Jamil dari Unit Industri & Penyelenggaraan Aset dan Tuan Hj. Mohd Yusof bin Abd Jalal dari Jabatan Khidmat pengurusan.

Dalam ucapannya, Yang Dipertua mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 28 orang penerima Anugerah Khidmat Cemerlang serta 44 orang penerima Sijil Penghargaan. Melalui penilaian prestasi, pihak pengurusan dapat mengukur kemampuan warga kerja untuk menjalankan tanggungjawab yang lebih berat, di samping mengesan kelemahan dan kekurangan serta mengenalapsti keperluan latihan yang sesuai bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Beliau juga turut menggesa warga kerja supaya meningkatkan lagi kreativiti dan produktiviti selain berfikir secara positif bagi meningkatkan

komitmen demi menaikan nama dan imej MPPG agar menjadi sebuah PBT yang disegani dan dihormati.

Hadir sama dalam majlis ini, Setiausaha MPPG, En. Saipol Rahman bin Hj. Amat, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai MPPG. Selain itu, para tetamu juga di hiburkan dengan persembahan violin secara solo oleh adik Aqmal Daniel serta sesi cabutan nombor bertuah.

Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2017 bergambarbersama Yang Dipertua MPPG.

I. PERTANDINGAN PREMIS MAkANAN TERBERSIh

a) Kategori Restoran Kelas 1 Pertama : SECRET RECEIPE UTC PASIR GUDANG Kedua : PIZZA HUT UTC PASIR GUDANG Ketiga : MCDONALDS KOTA MASAI

b) Kategori Restoran Kelas 2 Pertama : AINISyA kITChEN Kedua : DAPUR SELATAN Ketiga : RESTORAN SELERA SAMBAL

c) Kategori Kantin Kilang Sekolah Pertama : kANTIN ASIAFLEX PRODUCTS SDN BhD Kedua : RUS MAJID CATERING Ketiga : DOUBLE HAJ ENTERPRISE

d) Kategori Kantin Sekolah Pertama : SELERA PUTERI IMPIAN Kedua : KANTIN SEK. KEB. TAMAN BUKIT DAHLIA

e) Kategori Kebayan Pertama : A JACkS Kedua : FAZIRA NUSANTARA

II. PERTANDINGAN TANDAS AwAM TERBERSIh

a) Kategori Rumah Ibadat Pertama : MASJID AT-TAQwA Kedua : MASJID BANDAR SERI ALAM PASIR GUDANG Ketiga : MASJID AL-MUNAWARRAH

b) Kategori Stesyen Minyak Pertama : AZNUR ANUGERAh ENTERPRISE (SHELL PETROL STATION) Kedua : HASHA PETROKIOSK (SHELL SERVICE STATION) Ketiga : DP AWIG MULIA OIL STATION (PETRON MASAI KONG-KONG)

c) Kategori Restoran Kelas 1 Pertama : BERJAyA STARBUCkS COFFEE COMPANy S/B Kedua : MCDONALS SERI ALAM MASAI DT Ketiga : SUBWAY BUKIT DAHLIA

d) Kategori Restoran Kelas 2 Pertama : RESTORAN CTS Kedua : MY KLUANG CAFE

e) Kategori Sekolah Pertama : SEk. MEN. kEBANGSAAN TAMAN NUSA DAMAI Kedua : SEK. KEB. TAMAN PASIR PUTIH

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

Berikut merupakan senarai pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan.

Zon Aurum dari Jabatan Kewangan bergambar bersamaPuan Auditor dan Tuan Setiausaha selepas sesi audit.

BERITA PASIR GUDANG6

PENGAUDITAN SIJILEKOSISTEM KONDuSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Persekitaran ruang laci yang kemas, tersusun dan teratur di ruang kerja di Zon Argentum.

Ruang di dalam bilik solat yang kemas dan teratur di Zon Aurum.

Sudut ‘Go Green’ di Zon Kadmium

Auditor diperkenalkan oleh Zon Gangsa bersama setiausaha di ruang sudut inovasi yang menempatkan projek yang dimenangi oleh Jabatan

Kejuruteraan dalam Konvensyen KIK.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

PENGAUDITAN SIJILEKOSISTEM KONDuSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Sudut Go Green di Zon Hafnium,Jabatan Pengurusan dan Penilaian Harta

Sudut EKSA di bawah Zon Gangsa, Jabatan Kejuruteraan.

Sudut Bahan Binaan di Zon Niobiumdi bawah Jabatan Landskap.

Laluan masuk pejabat Jabatan Landskapyang mendapat 5 bintang oleh Juruaudit EKSA MAMPU.

Dewan di bawah pemantauan MPPG juga turut diaudit bagi memperoleh sijil EKSA.

Kebersihan dan keceriaan tandas juga diambil bagi pemarkahan audit yang dijalankan.

Ruang tamu yang kondusif di Zon Skandium, Stadium Bola Sepak Pasir Gudang.

BERITA PASIR GUDANG8

april 2018

TAKLIMAT BEBAS DADAH ANJURAN MPPG

Penyampaian cenderahati dari Tuan Setiausaha kepadaPuan Hajah Nazatul Shima, Timbalan Setiausaha MBJB.

PROGRAM TERAS@TRUST DI TAMAN BANDARBUKIT LAYANG-LAYANG

LAWATAN DARI MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB)

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

KURSUS PENGENDALIAN BAHAN KIMIAOLEH KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN

KERAJAAN TEMPATAN

Peserta bergambar beramai-ramai bersama Yang Dipertua danVIP selepas program tamat dijalankan.

Yang Dipertua bergambar bersama ahli Jawatankuasa Surauselepas solat Jumaat diadakan

PENGISYTIHARAAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AS-SOBIRINJALAN SERANGKAI TAMAN BUKIT DAHLIA

PROGRAM JOM SIHAT DAN BERSIH ANJURANJKZ TAMAN DESA RAKYAT

BERITA PASIR GUDANG1 0 BERITA PASIR GUDANG1 0

PROGRAM SESI TOwN hALL – Majlis Mesra Rakyat MPPG Penggal Pertama bagi 2018 telah diadakan pada 15 April 2018 bertempat di Dewan Taman Mawar Pasir Gudang. MPPG juga telah melancarkan logo baharu MPPG (Majlis Perbandaran Pasir Gudang) yang dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin.

Sambutan Sesi Town Hall ini sangat menggalakkan dengan kehadiran perwakilan dari setiap zon-zon Ahli Majlis. Hampir 300 orang wakil dari 24 zon yang hadir memeriahkan sesi kali ini dan menanti keputusan “Anugerah Zon Teraktif 2017” yang menjanjikan hadiah bernilai RM300,000.00 berupa projek pembangunan. Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran warga kerja MPPG bagi sama-sama menantikan pelancaran Majlis Perasmian Logo MPPG yang baharu.

Majlis Mesra MPPG Bersama Rakyat ini dimulakan dengan taklimat khas oleh pegawai Biro Pengaduan Awam Negeri Johor, Puan Nurulhuda binti Harun dengan tajuk “Peranan dan Fungsi Biro Pengaduan Awam”. Selepas daripada itu, tayangan video pembangunan MPPG ditayangkan bagi memberi info kepada hadirin yang hadir berkenaan pembangunan yang telah dijalankan oleh MPPG. Majlis diteruskan dengan ucapan

BIL PENERIMA kATEGORI

1 JkZ NUSA DAMAI JOhAN

2 JKZ CAHAYA BARU TG LANGSAT NAIB JOHAN

3 JKZ CAHAYA MASAI KETIGA

4 TUAN HAJI MOHD HASHIM BIN MARSIDI INDIVIDU - KRT

5 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG

KERAJAAN

6 ECO WORLD SWASTA

MAjliS MESRA MPPg BERSAMA RAkyAt PENggAl PERtAMA 2018

ASAS INTEGRITI DIPERTINGKATKAN LAGIMElAlUi PROgRAM SEMBANg PAgi‘iMAN ASAS iNtEgRiti’PADA TAhUN 2018, Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor akan mengorak langkah melaksanakan program-program pengukuhan integriti bersama-sama dengan jabatan, agensi, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Johor, secara bersepadu dalam satu pasukan agar penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika kukuh hatta meningkatkan semangat patriotism.

Sejajar dengan petikan Amanat YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, “Integriti merupakan asas dalam sesebuah pentadbiran yang bersih. Kita akan memberikan tumpuan khusus kearah mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih telus dan berakauntabiliti. tiada rasuah, tiada keciciran, tiada ketirisan. Kita tidak hanya sekadar aku janji. Sistem kerajaan digital, akan secara radikalnya mengurangkan ketirisan, seterusnya dapat membanteras rasuah, mengelak salah guna kuasa dan meningkatkan kewibawaan kerajaan dengan lebih berkesan.”

Oleh itu, hasrat ini direalisasikan dengan penganjuran program Sembang Pagi bertemakan ‘Iman Asas Integriti’ sebuah program NBOS dengan kerjasama Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dengan kerjasama Pejabat Daerah Johor Bahru dan MPPG.

Bertempat di Amansari Residence Resort, Bandar Seri Alam, majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Md Rofiki bin Dato’ Haji A. Shamsudin Pegawai Daerah Johor Bahru, wakil rasmi Setiausaha Kerajaan Johor. Hadir sama dalam majlis ini, En. Md. Rozamusliadi bin Roslan, Ketua Unit Integriti, En. Hasrin Kamal bin Hashim, Yang Dipertua MPPG, barisan panel jemputan serta pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat.

Empat orang penceramah telah dijemput bagi sesi sembang pagi ini iaitu YBhg. Dato’ Haji Abdul Samat bin Kasah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), En. Mohd Firdaus bin Ramlan dari Yayasan Anti Rasuah Malaysia, Puan Asni binti Abu Mansor Al-Hafizah, penceramah bebas dan En. Roslan bin Hanapiah dari Universiti Putra Malaysia. Program sembang pagi ini mampu memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya pengukuhan integriti dalam perkhidmatan awam, mampu menjadikan nilai serta budaya integriti diaplikasikan dalam kerjaya, kehidupan diri, keluarga dan masyarakat. Selain daripada itu, melalui penyampaian ilmu oleh penceramah jemputan, sesi ini juga dapat membantu dalam memberi pendedahan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan integriti dalam perkhidmatan awam.

SESI town HallUcapan aluan yang telah

disampaikan oleh Yang Dipertua MPPG,En. Hasrin Kamal bin Hashim.

Yang Dipertua MPPG En Hasrin Kamal bin Hashim yang memberi penerangan mengenai pembangunan dan rancangan pembangunan Pasir Gudang kepada hadirin yang hadir.

YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, selaku Menteri Besar Johor turut menyampaikan ucapan perasmian sekaligus melancarkan logo baharu Majlis Perbandaran Pasir Gudang. YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin juga berbesar hati untuk melancarkan Skuad Sungai Pasir Gudang dan menyampaikan penerima ‘Anugerah Zon Teraktif’ 2017.

Berikut merupakan senarai penerima ‘Anugerah Zon Teraktif’ 2017:

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

PASUkAN MPPG B muncul Johan bagi kategori Pertandingan Boling 3 Sepasukan Piala Pusingan YDP 2018 apabila berjaya menjatuhkan 2,584 jatuhan pin. Jumlah itu lebih 233 jatuhan pin daripada pencabar terdekat ialah MPPG D. Dua pasukan teratas MPPG dibarisi oleh Kamaruzaman Jasmani, Muhammad Faizal Rahmat, Nurul Atikah Junaidi dan Johari Sulaiman.

Manakala pasukan tempat ketiga, PSKPP JDT B menjatuhkan 2,229 jatuhan pin untuk meraih hadiah RM500.00 berserta medal dan diikuti pasukan PPD Kluang di tempat keempat dengan 2,176 jatuhan pin.

Kejohanan yang dianjurkan setiap tahun ini merupakan satu daripada aktiviti sukan yang merupakan acara tahunan MPPG. Bertempat di Lite Superbowl Johor Bahru, Leisure Mall Pelangi, kejohanan ini terbahagi kepada dua iaitu Pertandingan Boling 3 Sepasukan Piala Pusingan YDP dan Kejohanan Boling PBT Semalaysia Piala Pusingan YDP. Bagi kejohanan PBT Semalaysia, terbahagi kepada 3 kategori iaitu Perseorangan, Bergu dan Bertiga.

Penyertaan bagi tahun ini melibatkan seramai 56 Pasukan bagi Boling 3 Sepasukan manakala 26 buah PBT telah menyertai PBT Semalaysia. Antara pasukan-pasukan hebat yang bertanding kali ini terdiri daripada PPD Kluang, SAJ, PBT Pengerang, PDRM IPD Johor, MP Muar, MP Kluang, Johor Port Berhad, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Jabatan Perhutanan. Manakala bagi PBT Semalaysia pula, antaranya ialah DBKL, MP Klang, MD Kampar, MP Kajang termasuklah MPPG sebagai tuan rumah.

Hadiah keseluruhan bagi boling 3 Sepasukan adalah berjumlah hampir RM5,000.00 beserta medal dan piala pusingan bagi Johan. Hadiah dari tempat pertama hingga kesepuluh ditawarkan oleh penganjur bagi kedua-dua kejohanan. Manakala bagi kategori PBT Semalaysia pula, hadiah keseluruhan berjumlah

kATEGORI SINGLEkEDUDUkAN NAMA PASUkAN JUMLAh (RM)

JOhAN MP kLANG 200.00 + MEDAL

NAIB JOHAN MBMB 100.00 + MEDAL

KETIGA MPPG B 80.00 + MEDALKE-4 MBPJ 60.00 + MEDAL

KE-5 MD LANGAT A 50.00HI SCORE LELAKI MBMB 80.00 + MEDAL

HI SCORE WANITA MBI A 80.00 + MEDAL

kATEGORI DOUBLEkEDUDUkAN NAMA PASUkAN JUMLAh (RM)

JOhAN MBMB 400.00 + MEDAL

NAIB JOHAN MBPJ 200.00 + MEDALKETIGA MPPG B 160.00 + MEDAL

KE-4 MPPG A 120.00 + MEDALKE-5 DBKL A 100.00KE-6 MP KLANG 80.00

HI SCORE LELAKI MPPG B 80.00 + MEDALHI SCORE WANITA DBKL A 80.00 + MEDAL

kATEGORI TRIOkEDUDUkAN NAMA PASUkAN JUMLAh (RM)

JOhAN MBPJ 600.00 + MEDALNAIB JOHAN MBMB 300.00 + MEDAL

KETIGA MPPG B 240.00 + MEDAL

KE-4 MBPP B 180.00 + MEDAL

KE-5 MD LANGAT A 150.00

KE-6 DBKL A 120.00

KE-7 MP KLANG 90.00

HI SCORE LELAKI MPPG B 80.00 + MEDAL

HI SCORE WANITA DBKL A 80.00 + MEDAL

MPPG B 2,584 JOhAN MPPG D 2,351 NAIB JOHANPSKPP JDT B 2,229 KETIGAPPD KLUANG 2,176 KE-4KASTAM JOHOR A 2,175 KE- 5

KASTAM JOHOR B 2,146 KE – 6MPPG E 2,143 KE – 7PDRM JBS 2,136 KE – 8PENJARA A 2,115 KE – 9MPPG A 2,110 KE – 10

MPPG JOHAN 3 SEPASUKAN PIALA PUSINGAN YDPhampir RM10,000.00 beserta medal dan piala iringan bagi Johan. Hadiah bagi Hi-Score kategori Lelaki dan Wanita turut disediakan bagi kedua-dua kejohanan ini.

Keputusan bagi kategori yang dipertandingkan adalah sebagaimana berikut :

Keputusan Pertandingan Boling 3 Sepasukan Piala Pusingan YDP

Kejohanan Boling PBT Semalaysia Piala Pusingan YDPKESELURUHAN BERPASUKAN

Johan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (6,319 Pin)Naib Johan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (6,255 Pin)Ketiga Majlis Perbandaran Pasir Gudang B (6,178 Pin)Ke-4 Majlis Perbandaran Klang (5,658 Pin)Ke-5 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur A (5,589 Pin)Ke-6 Majlis Bandaraya Ipoh B (5,410 Pn)Ke-7 Majlis Daerah Kuala Langat A (5,374 Pin)Ke-8 Majlis Bandaraya Pulau Pinang B (5,340 Pin)Ke-9 Majlis Perbandaran Pasir Gudang A (5,329 Pin)Ke-10 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur B (5,247 Pin)

Yang Dipertua bergambar bersama para pemenang Pertandingan Boling

3 Sepasukan Piala Pusingan YDP.

Para peserta dan pemenang bergambar beramai-ramai selepas sesi penyampaian

hadiah dalam Kejohanan Boling PBT Semalaysia Piala Pusingan YDP.

BASF SDN. BhD. dengan kerjasama Southern Region Group-Safety, Health & Environment Johor (SRG-SHE) bersama Kelab Bilik Guru dan Staff Sokongan (KEBIRUSS) SMK Seri Alam 2 telah menganjurkan Program Keselamatan & Kesihatan di Sekolah ‘Budaya Sihat Selamat’.

Antara objektif penganjuran program ini ialah, bagi membina imej jenama syarikat dalam melahirkan pekerja sosial yang komited, untuk bekerjasama bagi membantu mencapai sasaran tempat kerja yang selamat di sekolah serta memberikan pendedahan kepada kakitangan sekolah & guru terhadap keselamatan & kesihatan di sekolah.

Seramai 150 rang peserta telah terlibat dalam program ini di mana 117 peserta

adalah guru-guru dari SMK Seri Alam 2, 10 orang pelajar, seramai 10 orang dari BASF Sdn. Bhd. dan 10 orang dari SRG-SHE.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya ialah perletakkan papan tanda keselamatan “Tempat Berkumpul” jika berlaku kecemasan, ceramah mengenai “Pengenalpastian Hazard, Penilaian Berisiko & Kawalan Risiko di Tempat Kerja” yang disampaikan oleh En. Syakirin dari SRG-SHE dan aktiviti “Hazard Hunt” (mencari keadaan yang berisiko kepada sekolah, murid dan guru).

BASF Sdn. Bhd. juga turut memberi sumbangan dalam bentuk cek kepada pihak sekolah berjumlah RM1,000.00 dan cenderahati kepada pihak sekolah. Penyerahan disampaikan oleh En. Tew

En. Tew Kat Koon bersama Puan Ngu Swee Ching, Guru Penolong Kanan SMK Seri Alam serta pegawai-pegawai BASF, wakil dari SRG-SHE dan guru-guru SMK Seri Alam bergambar

bersama selepas merasmikan kawasan“Tempat Berkumpul” di SMK Seri Alam 2.

Kat Koon, Ketua Pegawai Eksekutif kepada Puan Ngu Swee Ching selaku wakil pengetua SMK Seri Alam 2.

Diharapkan program-program seperti kesedaran keselamatan ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan kolaborasi syarikat-syarikat pelabur utama di Pasir Gudang.

BASF ANJUR PROGRAMkESElAMAtAN DAN kESiHAtAN Di SEkOlAH

KURSUS PENGURUSAN MASADAN PENGURUSAN STRESS BERkESANSTRESS kESUNTUkAN MASA adalah sindrom yang tidak asing lagi terutamanya pada mereka yang bekerja. Maka tidak hairanlah ramai dikalangan warga kerja tidak kira samada penjawat awam atau swasta akan mengalami masalah stress dan juga pengurusan masa yang kurang efisyen.

Justeru, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai, Unit Latihan MPPG telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Kursus Pengurusan Masa dan Stress Secara Berkesan. Seramai 30 orang warga kerja telah dipilih bagi menyertai kursus tersebut yang bertempat di Bilik Latihan Kadmium Menara Aqabah MPPG.

Objektif kursus ini dilaksanakan ialah bagi memberi pendedahan kepada warga kerja bagaimana cara mengurus masa dengan lebih sistematik supaya produktiviti dapat dipertingkat dan mempelajari teknik menguruskan tekanan dan stress di tempat kerja. Antara kandungan pelajaran kursus ialah memahami konsep pengurusan masa yang berkesan dan mengenalpasti gaya pengurusan masa individu, teknik mengurus masa yang betul dan efektif masa kini, di samping mengenalpasti matlamat diri sendiri yang hendak dicapai di dalam kehidupan mahupun organisasi.

Seterusnya, bagi sesi hari kedua, para peserta telah diajar dan diberikan teknik mengurus tekanan dan stress di tempat kerja menerusi psikologi senaman, tarian, aromaterapi dan psikologi pernafasan, teknik mengurus tekanan dan stress di tempat kerja menerusi psikologi archery dan terapi limau. Selain itu, pendedahan berkaitan Neuro Linguistik Programming (NLP) dalam mengurus tekanan tugas sebagai ibadah dan berfikiran lebih positif. Ceramah dan sesi taklimat telah disampaikan oleh Dr. Hj. Nordin bin Hj. Mispari yang berkelulusan sebagai Master Trainer Kecemerlangan diri, pengurusan dan keusahawanan.

Para peserta bergambar bersama penceramah jemputan selepas tamat kursus yang dijalankan.

Antara aktiviti yang dijalankan dalamkursus ini.

BERITA PASIR GUDANG1 2

Semua peserta bergambar bersama selepas program tamat di perkarangan Dewan An-Nur Masjid An-Nur Pasir Gudang.

40 WARGA KERJA MPPG SERTAIKURSUS PEMBANGUNAN MODAL INSAN‘TEAM BuILDING’ SIRI 1 2018

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG telah menganjurkan Program Gotong Royong Kubur Perdana bersempena menyambut bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Pasir Gudang serta 9 lagi kawasan Tanah Perkuburan Islam di sekitar Pasir Gudang antaranya ialah Tanah Perkuburan Islam Kg Sg Tiram, Kg Cahaya Baru, Kg Kong-Kong Laut, Kg Sg Latoh, Kg Tg Langsat, Kg Perigi Aceh, Kg Pasir Putih, Kg Kuala Masai dan Masai.

Aktiviti gotong-royong ini dijalankan dengan kerjasama penduduk setempat yang diwakili oleh wakil-wakil dari zon,

BERTEMPAT DI SAvANNA hILL RESORT Ulu Tiram Johor, kursus ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang warga kerja MPPG dari pelbagai Jabatan dan Bahagian. Antara objektif penganjurannya ialah melahirkan budaya dan sikap dikalangan pekerja dalam kerja berpasukan yang menyentuh aspek jasmani dan rohani selain itu, menerapkan nilai-nilai integriti dan amanah terutamanya di tempat kerja yang telah diberi penekanan khusus oleh penceramah.

Sebanyak 3 slot sesi pembelajaran telah diperkenalkan iaitu Slot 1 : Shift Your Paradigm, Slot 2 : Vision and Mission Statement dan Slot 3 yang terakhir : Element of Ibadah yang banyak membincangkan aspek-aspek dan isu dalam ibadah kerohanian bahkan meliputi pelbagai cabang dan aspek-aspek lain.

Aktviti akhir yang dijalankan ialah dalam bentuk sukaneka iaitu ‘Samurai Challenging Game’, yang menguji kecergasan fizikal dan cara berfikir peserta. Seorang peserta dari Bahagian Korporat & Perhubungan Awam, Puan Nora Affira berkata “kursus selama 3 hari ini banyak mengajar saya cara mengatasi masalah di tempat kerja selain beberapa tips yang dikongsikan akan saya aplikasikan di tempat kerja saya bagi peningkatan jati diri saya”.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

NGO dan beberapa pusat pendidikan di kawasan Pasir Gudang seperti Kolej Komuniti Pasir Gudang, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Bandar Seri Alam dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang, turut disertai warga kerja MPPG dan pasukan tindakan khas (PTK) dari Jabatan Khidmat Perbandaran & Perlesenan MPPG turut sama membantu di dalam gotong-royong yang dijalankan. Sekitar 150 orang telah mengikuti program gotong-royong tersebut.

Sebelum aktiviti berlangsung, Bacaan Tahlil dan Doa yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Hasbi bin Hassan bertempat di Perkarangan

GOTONG ROYONG KUBUR PERDANAAjAk gENERASi MUDA BERSAMA tURUN PADANg

Tanah Perkuburan Islam Al-Mutmainnah Pasir Gudang dan diikuti dengan ucapan ringkas yang disampaikan oleh Tn Hj Ab Jalil bin Ab Rahman, Pegawai Tadbir Komuniti, wakil rasmi kepada Yang Dipertua MPPG dan taklimat mengenai pembahagian tugas kepada yang terlibat di dalam program ini.

Program berakhir sekitar jam 12.00 tengahari. Seorang pelajar dari UNIKL MITEC, saudari Anis Atira berkata “Ini adalah kali pertama saya menyertai program sebegini, walaupun agak penat tetapi ia merupakan satu pengalaman yang bermakna dan manis buat saya serta gembira saya dapat berbakti kepada masyarakat”.

YAYASAN PASIR GUDANGPROGRAM SEPANJANG april 2018

PROGRAM TUKAR MINYAK HITAM PERCUMA

21 APRIL 2018

Peserta/ Penerima : 100 orang pesertaButiran : i. Program diadakan untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menukar minyak hitam secara percuma tanpa ada dikenakan apa-apa bayaran. ii. Dianggarkan sebanyak 100 buah motor terlibat dalam program tersebut. iii. Program ini juga memberi ruang kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapat manfaat dengan menukar minyak hitam secara percuma. iv. Program ini akan diadakan di setiap lokasi yang terpilih.

1 APRIL 2018 Masa : 9.30 PagiTempat : Dewan Terbuka Fasa 5, Taman Mawar

8 APRIL 2018 Masa : 9.30 PagiTempat : Balai KRT P8, Taman Air Biru

15 APRIL 2018 Masa : 9.30 PagiTempat : Bilik Gerakan Sekuntum 15, Taman Bukit Dahlia

7 APRIL 2018 Masa : 9.30 PagiTempat : Gelanggang Futsal P9, Taman Air Biru

14 APRIL 2018 Masa : 9.30 PagiTempat : Blok 50, Taman Cendana

Nama Program : PROgRAM fREE MARkEtMasa : 8.30 PagiTempat : Balai Serbaguna Jln Suria 47, Bandar Seri AlamSenarai VIP : 1) YB Datuk Maulizan bin Bujang Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPGPeserta/ Penerima : 54 orang penerimaButiran : i. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Maulizan bin Bujang, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang. ii. Seramai 54 orang penerima daripada sekolah di bawah parlimen tebrau yang mendapat keputusan ‘A’ bagi kesemua subjek terlibat dalam majlis tersebut. iii. Setiap pelajar yang cemerlang telah menerima wang tunai bernilai RM200.00, plak dan sijil penghargaan.

BERITA PASIR GUDANG1 4

PROGRAM FREE MARKET

PROGRAM FREE MARKET

Peserta/ Penerima : 300 orang pesertaButiran : i. Majlis dihadiri oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap pengerusi Yayasan Pasir Gudang. ii. Dianggarkan seramai 300 orang peserta terlibat dalam program tersebut. iii. Merupakan program dimana memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mengambil barangan keperluan asas secara percuma. iv. Bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat serta memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah bersama menikmati barangan keperluan asas secara percuma.

Peserta/ Penerima : 600 orang pesertaButiran : i. Majlis dihadiri oleh YB Datuk Haji Maulizan bin Bujang, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPG. ii. Dianggarkan seramai 600 orang peserta terlibat dalam program tersebut. iii. Merupakan program di mana memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mengambil barangan keperluan asas secara percuma. iv. Bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat serta memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah bersama menikmati barangan keperluan asas secara percuma.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5

7 APRIL 2018 Masa : 8.30 PagiTempat : Balai Serbaguna Jln Suria 47, Bandar Seri AlamSenarai VIP : 1) YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi YPG 2) En Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG merangkap Timbalan Pengerusi YPG

22 APRIL 2018 Masa : 8.30 PagiTempat : Parking Lot Bersebelahan Dewan Taman Pasir PutihSenarai VIP : 1) YB Datuk Maulizan bin Bujang Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPG

27 APRIL 2018 Masa : 8.30 PagiTempat : Dewan Sungai TiramSenarai VIP : 1) YB Datuk Maulizan bin Bujang Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPG

14 APRIL 2018 Masa : 8.30 PagiTempat : Bilik Gerakan Taman Bunga Raya, MasaiSenarai VIP : 1) YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi YPG 2) En Hasrin Kamal bin Hashim YDP MPPG merangkap Timbalan Pengerusi YPG

27 APRIL 2018 Masa : 8.30 PagiTempat : Gelanggang Futsal Kg Pasir PutihSenarai VIP : 1) YB Datuk Maulizan bin Bujang Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPG

27 APRIL 2018 Masa : 8.30 PagiTempat : Bilik Gerakan Kg Cahaya BaruSenarai VIP : 1) YB Datuk Maulizan bin Bujang Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPG

sewaan iklan skrin led

SEWAAN IKLAN SKRIN LED

Sebarang pertanyaan sila hubungi;07-254 7777 Bahagian Pelesenan (En. Rozaiman) / Unit IT (En. Zarizal)

atau layari website www.mppg.gov.my

kADAR SEwAAN OUTDOOR LED SkRINMAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

wAkTU OPERASI 6.00 Pagi - 12.00 Tengah Malam

FORMAT IkLAN Video & Image (Bmp, Gif, Jpeg, Tiff)

JUMLAh PAPARANMinima 150 Kali/ Hari

Minima 4,500 Kali/ Bulan

DURASI 2 MINGGU 1 BULAN 3 BULAN 6 BULAN 12 BULAN

15 Saat RM 700 RM 1,400 RM 4,200 RM 8,400 RM 16,800

20 Saat RM 900 RM 1,800 RM 5,400 RM 10,800 RM 21,600

25 Saat RM 1,100 RM 2,200 RM 6,600 RM 13,200 RM 26,400

30 Saat RM 1,300 RM 2,600 RM 7,800 RM 15,600 RM 31,200

kADAR PROMOSI SEMPENA PEMBUkAANJumlah Paparan Minima 30/ Hari

Durasi 30 Saat3 hari RM 500

harian/ Tambahan 1 hari RM 100

Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mempelawa individu/ syarikat/ pengiklan luar untuk mengiklankan maklumat produk/ perkhidmatan semasa mereka di skrin LED milik MPPG ;Lokasi : Persimpangan Jalan Mesjid/ Jalan Besar Pasir GudangSaiz LED : 5.76m x 10.56m