isu yang menjejaskan martabat pfofesion keguruan

Upload: nooraini-hamdan

Post on 04-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Isu Yang Menjejaskan Martabat Pfofesion Keguruan

    1/4

    Pengenalan

    Profesion perguruan merupakan satu bidang yang mulia namun tahap kemuliaannya

    bergantung kepada sejauh mana seseorang guru itu dapat meletakkan diri mereka

    di peringkat yang tinggi dan terhormat. Menjadi guru bukan semata-mata memegang

    sesuatu jawatan semata-mata tetapi tanggungjawab yang diamanahkan adalah

    merupakan suatu amat berat yang perlu ditanggung oleh seorang guru. Sebagai

    seorang guru, pelbagai faktor yang perlu ditikberatkan dalam menjalankan tugas. Ini

    kerana peranannya bukan hanya kepada mendidik para pelajar malah mereka juga

    berurusan dengan para ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka diberi

    pendidikan yang sebaik mungkin.

    Tugas guru yang dikaitkan dengan pendidik bukan hanya berlaku di bilik

    darjah malah juga di luar bilik darjah dan seterusnya di luar sekolah. Mendidik

    bukanlah suatu kerja yang mudah kerana ia merupakan satu tugas atau peranan

    yang wajib dilaksanakan dengan sempurna. Selain menyampaikan ilmu

    pengetahuan, seorang guru juga bertanggungjawab dalam membentuk budi pekerti

    dan akhlak pelajar yang dianggap sebagai satu ibadah yang tersirat !"liran

    Pemikiran Pendidik, #$%$&.

    Proses pembinaan profesionalisme merupakan satu proses yang berterusan

    dan berlaku sepanjang hayat. 'usteru, sebagai seorang guru, mereka mestilah

    sentiasa melengkapkan diri mereka dengan perkembangan baru untuk

    meningkatkan profesionalime keguruan. Seperi memba(a buku-buku ilmiah dan juga

    peningkatan pengetahuan dari segi I)T seiring dengan perkembangan semasa.

    1

  • 7/21/2019 Isu Yang Menjejaskan Martabat Pfofesion Keguruan

    2/4

    "ntara salah satu isu yang menjejaskan martabat pfofesion keguruan ialah

    dari segi etika profesional keguruan itu sendiri. *tika profesional merujuk kepada

    tugas dan tanggungjawab sesuatu pekerjaan yang dilakukan berasaskan latihan

    ikhtisas, kelayakan dan kelulusan, latihan profesional yang diperakui oleh satu

    badan profesional yang mengesahkan seseorang diberikan kelayakan untuk

    menjalankan sesuatu tugas khusus dan mempunyai asas-asas profesionalisme

    !"bd. +ahim "bd. +ashid, #$$&. *tika adalah merupakan asas bagi membina

    kekuatan dan kredibiliti profesional keguruan.

    Moral profesionalisme keguruan yang rendah disebabkan status sosialnya

    yang rendah berbanding dengan profesional yang lain. Perkara ini merujuk pada

    ke(enderungan untuk memilih profesion ini dari golongan yang mempunyai

    kelulusan yang terbaik adalah sangat kurang berbanding profesion yang lebih baik

    dan menarik seperti doktor, jurutera dan peguam. Masyarakat juga sering

    membanding-bandingkan profesion keguruan dengan profesion lain yang

    menyebabkan generasi muda memandang rendah terhadap profesion ini. /eadaan

    ini sedikit sebanyak telah menjejaskan profesion perguruan yang sebenarnya adalah

    sangat mulia.

    Selain itu, pemilihan bakal-bakal guru yang tidak sesuai dan masalah-

    masalah yang ditimbulkan oleh guru-guru juga telah memburukkan lagi morale

    profesion ini di mata masyarakat. Pelbagai tingkah laku dan tindakan negatif dari

    kalangan guru seperti tidak beradab, sombong, angkuh, kasar, tidak berwibawa dan

    tidak profesional dalam menjalankan tugas telah menjejaskan martabat profesion

    keguruan.

    0uru merupakan seorang yang sangat diper(ayai oleh masyarakat

    terutamanya para ibu bapa yang telah mengamanahkan anak jagaan mereka diberi

    didikan sebaiknya.. Sebagai (ontoh, terdapat beberapa kes yang melibatkan guru

    memukul sehingga men(ederakan murid serta mengakibatkan ke(a(atan dan

    kematian. 1erdasarkan kes ini, dapat dilihat bahawa terdapat golongan pendidik

    yang tidak berjiwa pendidik dengan tidak mempunyai nilai-nilai murni yang

    sepatutnya ada dalam jiwa seorang guru. 0uru pada asasnya adalah seorang yang

    sangat diper(ayai terutamanya ibu bapa dalam mendidika anak-anak mereka.

    2

  • 7/21/2019 Isu Yang Menjejaskan Martabat Pfofesion Keguruan

    3/4

    Segala tindak tanduk yang dilakukan akan diperin(i oleh ibu bapa dan pelajar

    itu sendiri 2leh itu, sebagai seorang guru yang baik, mereka mestilah mempunyai

    nilai moral yang tinggi yang boleh digunakan sebagai role model oleh para pelajar.

    Ini adalah sangat penting bagi memastikan proses mendidik dan mengajar anak

    bangsa berkesan dan tiada lagi pandangan serong terhadap guru di mata

    masyarakat.

    3

  • 7/21/2019 Isu Yang Menjejaskan Martabat Pfofesion Keguruan

    4/4

    Bibliografi

    Aliran Pemikiran Pendidik: Profesion perguruan tugas murni. !#$%$&. 3i(apai pada

    #4 april #$%% di http://www.mypendidik.net.

    4

    http://www.mypendidik.net/http://www.mypendidik.net/