isu perundangan dan etika dalam teknologi
TRANSCRIPT
ISU PERUNDANGAN DAN ETIKA DALAM TEKNOLOGI
Kebelakangan ini, kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis perbuatan dan
perlakuan jenayah yang melibatkan penggunaan teknologi maklumat. Jenayah yang
melibatkan teknologi maklumat khususnya jenayah di laman sesawang bukanlah suatu
perkara yang baru. Segalanya dihujung jari. Dengan hanya satu klik sahaja, ia mampu
menyebarkan jutaan manfaat kepada billion penduduk dunia. Namun jika disalah guna,
maka kesannya kembali kepada kita bahkan turut menyusahkan orang lain.
Bagi mengekang jenayah siber daripada terus berleluasa, pelbagai kempen
berkenaan etika penggunaan teknologi maklumat dianjurkan. Tujuan utama kempen
sebegini diadakan adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada pengguna agar
memanfaatkan teknologi maklumat sedia ada dengan cara yang betul. Pengguna yang
beretika ialah mereka yang mampu mematuhi rukun-rukun etika dalam penggunaan
teknologi maklumat antaranya ialah tidak menggunakan komputer untuk
membahayakan orang lain,tidak mengganggu kerja komputer orang lain,tidak
menceroboh masuk fail komputer lain, tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk
diri sendiri,tidak menggunakan komputer untuk mencuri,tidak menggunakan komputer
untuk menipu dan tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara
sah (cetak rompak) .
Namun realitinya, masih ramai penduduk dunia,Malaysia khususnya gagal
mematuhi etika ini. Pengguna perlu jelas bahawa etika dan undang-undang adalah dua
subjek yang berbeza. Apabila sesorang itu gagal untuk mematuhi etika maka ia bakal
berhadapan dengan tindakan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak
berwajib. Di Malaysia, undang-undang berkaitan teknologi maklumat terletak dibawah
bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Isu perundangan dan etika dalam teknologi sebenarnya terlalu banyak untuk
dibincangkan. Penulis cuba untuk fokuskan kepada dua isu yang mana penulis
merasakan ianya perlu diatasi segera kerana sekiranya dibiarkan maka ia akan menjadi
barah kepada seuruh masyarakat dunia. Seperti yang telah dinyatakan, setiap inci
dimensi teknologi maklumat boleh diakses dengan hanya satu klik sahaja. Apa yang
penulis cuba utarakan disini ialah berkenaan dengan isu memuat naik dan memuat
turun hak cipta orang lain ke lama sesawang secara tidak sah. Atau dalam bahasa
mudahnya diistilahkn sebagai cetak rompak . Sebelum penulis menghuraikan dengan
lebih mendalam, penulis ingin menegaskan bahawa skop teknologi maklumat bukan
sahaja melibatkan laman sesawang semata bahkan apa sahaja teknologi yang boleh
menyimpan,memproses,dan menyebarkan maklumat maka ia termasuk dibawah skop
teknologi maklumat.
Sudah menjadi lumrah setiap manusia mahukan sesuatu yang percuma.Bagi
mereka yang mahukan perisian komersial , album lagu ,filem, karya ilmiah dan lain-lain
perkara yang berkaitan, maka laman sesawang adalah lubuk yang tepat untuk
dituju.Namun sedarkah kita bahawa mencuri hakcipta serta karya orang lain adalah
salah baik dari segi moral mahupun agama. Dr. Yusof al-Qardhawi di dalam kitabnya “
Halal Dan Haram Dalam Islam” menyatakan bahawa Islam mengharamkan seorang
Muslim membeli sesuatu yang sudah diketahuinya, iaitu barangan tersebut adalah hasil
rompakan atau hasil curian, ataupun sesuatu yang telah diambil dari orang lain dengan
jalan yang batil meskipun ianya adalah barangan orang kafir.
Penyebaran barangan cetak rompak di laman sesawang bermula apabila adanya
individu yang tidak bertanggungjawab memindahkan atau ‘extract’ sesuatu daripada
cakera padat,cakera DVD, cakera keras, pemacu kilat USB dan lain peralatan teknologi
sedia ada dan kemudiannya memuat naik (baca ‘Upload’) ke laman sesawang dengan
alasan untuk berkongsi. Tanpa sedar, perbuatan ini bukan sahaja melanggar etika
bahkan ianya boleh menyebabkan sesorang itu dihadapkan ke muka pengadilan untuk
diambil tindakan undang undang. Kebiasaannya, individu yang tidak bertanggungjawab
ini akan berhadapan tindakan saman daripada pihak pengkarya atas tuduhan
melanggar dan mencuri hakcipta.
Perlu diingatkan sekali lagi, apabila sesuatu persisian komersial,karya komersial,
atau apa sahaja dimuat naik ke laman sesawang,impaknya cukup besar. Pelayan muat
turun (baca ‘Server Download’) akan mula mengambil tempat. Melalui ‘server’ inilah
pengguna laman sesawang yang lain akan memuat turun (baca ‘Download’) hasil karya
cetak rompak tersebut. Disebabkan jumlah pelayan muat turun yang terlalu
banyak,maka usaha untuk menghalang harta intelek yang dimuat naik sedikit sukar
melainkan jika pemilik harta intelek tersebut berkeras untuk mengambil tindakan
undang-undang.
Dalam tempoh kurang seminit,beribu-ribu bahkan jutaan salinan sudah berjaya
dimuat turun dan tersimpan kemas dalam cakera keras computer. Kitarannya tidak
terhenti disitu.Harta intelek yang telah dicuri akan dimuat naik semula untuk dikongsi
secara percuma dengan pengguna yang lain.Lebih parah apabila ada pihak yang ingin
mencipta keuntungan membuat salinan kedalam cakera padat mahupun cakera DVD
untuk dijual dipasaran gelap dengan harga yang lebih murah.Kesimpulannya,beginilah
rupa kitaran bagaimana pencerobohan karya dan hak cipta berlaku di laman sesawang.
Impak daripada kitaran ini cukup dahsyat. Pengkarya seni seperti produser filem,
penyanyi, penulis, pereka grafik, pencipta perisian dan sebagainya mengalami kerugian
ribuan bahkan jutaan ringgit akibat perbuatan tangan-tangan yang tidak
bertanggungjawab ini.
Isu kedua yang ingin penulis utarakan ialah tentang penggunaan teknologi
maklumat untuk tujuan penipuan (baca Penipuan Siber). Jenayah penipuan siber
kebiasannya menggunakan alam sosial seperti facebook, twitter, dan sebagainya. Tidak
kurang juga ada antara mereka yang mereka menggunakan platform tapak web (baca
‘Website’) dan e-mail agar kelihatan lebih professional dan meyakinkan. Meskipun
saban hari kita sering dihidangkan dengan pelbagai kes penipuan siber didada akhbar,
namun masyarakat kita seolah tidak mengambil pengajaran daripadanya. Ramai rakyat
Malaysia khususnya menjadi mangsa penipuan. Kes penipuan di internet kebiasaannya
bermula dengan perkenalan di laman sosial serta laman sembang. Lanjutan daripada
perkenalan ini membawa kepada kes gadis dilarikan, penipuan wang dan sebagainya.
Modus operandi penjenayah siber seperti ini ialah dengan menawarkan atau
mempromosikan jualan lansung serta skim-skim pelaburan yang menjanjikan pulangan
wang yang lumayan. Dengan bermodalkan ayat-ayat manis serta meyakinkan, ramai
pelayar tapak web tertipu seterusnya mengalami kerugian hingga melibatkan puluhan
ribu ringgit bahkan jutaan ringgit.Selain itu, ada juga diantara penjenayah siber yang
manggunakan modus operandi dengan menjual barang seperti pakaian, gadjet dan
sebagainya. Apabila pembeli memasukkan wang kedalam akaun penjual, barang yang
dijanjikan tidak sampai atau barang yang sampai tidak seperi yang dijanjikan.
Kempen yang digerakkan digerakkan media arus perdana mahupun media baru
bagi memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat Malaysia khususnya masih
berada ditahap yang sederhana. Sudah tiba masanya kerajaan mempertingkat usaha
bagi membasmi penipuan alaf baru ini. SKMM khususnya perlulah menjadi pemangkin
utama dalam merealisasikan agenda ini disamping dibantu oleh MIMOS dan lain-lain
badan kerajaan atau NGO yang berkaitan.
Kesimpulannya, internet atau media baru sememangnya sebuah dimensi baru
dalam dunia teknologi maklumat. Ia mampu memberi jutaan manfaat kepada seluruh
umat manusia jika digunakan secara beretika dan mengikut lunas undang-undang yang
sepatutnya. Namun jika etika ini tidak dipedulikan,umpamanya seperti membuka kotak
Pandora yang mana akan tersingkap segala keburukan yang akhirnya mendatangkan
keburukan kepada semua masyarakat.
REFLEKSI
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izinNya,
tugasan EDU3105 Teknologi Dalam Pendidikan Dan Pembelajaran dapat disiapkan
dengan jayanya. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah Tn. Hj.
Rujhan bin A. Rahim kerana banyak memberi tunjuk ajar sepanjang menyiapkan
tugasan ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan lain yang turut membantu sama ada
secara lansung atau tidak.
Tugasan EDU 3105 ini banyak membuka mata saya tentang selok belok dunia
teknologi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan. Tanggapan dunia tekologi
maklumat adalah berkaitan laman sesawang semata-mata perlu diperbetulkan. Dunia
teknologi maklumat adalah satu dimensi dimana didalamnya terkandung pelbagai
cabang ilmu yang menjelaskan tentang sisi sebenar definisi teknologi maklumat.
Melalui tugasan ini, banyak perkara baru berkaitan teknologi maklumat yang
saya perolehi. Antaranya saya telah belajar bagaimana untuk menghasilkan media
pengajaran yang sesuai untuk digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
(P&P) . Segala konsep dan teori yang telah dipelajari dalam subjek EDU105
diterjemahkan kedalam karya bagi memastikan media pengajaran yang dihasilkan
benar-benar berkualiti dan seiring dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) . Ini
penting supaya objektif atau matlamat yang ingin dicapai diakhir P&P.
Selain itu, tugasan ini juga turut menggerakkan saya agar melakukan kajian yang
lebih mendalam tentang isu-isu dalam dunia teknologi maklumat. Kajian yang dilakukan
banyak berkisar tentang isu hakcipta yang mana semakin hari semakin menjadi-jadi.
Saya tidak melihat isu hak cipta ini hanya tertumpu kepada pengkarya atau penggiat
seni sahaja. Seorang guru yang menghasilkan bahan media pengajaran yang asli juga
perlu melindungi bahan dan karya mereka supaya tidak disalahguna oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab.
Di samping itu, antara input lain yang diperoleh daripada tugasan ini ialah
tentang bagaimana pentingnya seorang guru untuk mengintergrasikan segala
kemahiran teknologi maklumat dalam P&P. ini kerana, sistem P&P dan pelajar sudah
mengalami revolusi kesan daripada perkembangan teknologi yang kian pesat. Jesteru,
seorang guru alaf baru perlulah bijak untuk mengaplikasikan kemahiran TMK supaya
aktiviti P&P menjadi lebih menarik dan berkesan. Seorang guru bukan hanya perlu
bermain dengan kapur,pen dan papan hitam semata bahkan seorang guru yang keatif
dan berinovasi perlu bermain dengan kamera,alat audio digital serta lain-lain peralatan
teknologi.Kesimpulannya, tugasan ini nyata memberi saya persiapan yang lengkap
kepada saya berkaitan dengan TMK untuk saya aplikasikan di sekolah kelak.