isu karangan yang perlu difokuskan.doc

8
ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - 7 ” Membudayakan Masyarakat Penyayang” Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir mentafsirkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling keluarga yang kukuh. Dengan kata lain, masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup bermuafakat dengan anggota-anggotanya yang mesra dan bertimbang rasa, berbakti, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan. Setiap orang saling memahami dan hormat-menghormati, iaitu yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi yang muda. Cara hidup ini juga dikenali sebagai “budaya ikram”. Ungkapan ini memberikan seribu

Upload: riz1363694

Post on 06-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - 7” Membudayakan Masyarakat Penyayang”

Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir mentafsirkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling keluarga yang kukuh. Dengan kata lain, masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup bermuafakat dengan anggota-anggotanya yang mesra dan bertimbang rasa, berbakti, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan. Setiap orang saling memahami dan hormat-menghormati, iaitu yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi yang muda. Cara hidup ini juga dikenali sebagai “budaya ikram”. Ungkapan ini memberikan seribu pengertian dan gambaran yang sangat bererti kepada seluruh insan di dunia ini tentang masyarakat penyayang yang perlu dipupuk dan dibenamkan dalam sanubari kita selagi kita bergelar makhluk berakal yang dianugerahkan oleh Tuhan.

Kepentingan Menguasai Pelbagai BahasaKemahiran menguasai bahasa asing dapat memberi nilai tambah kepada pelajar untuk bersaing dalam pasaran kerja. Untuk bersaing dalam bidang pekerjaan, penguasaan pelbagai bahasa dan kemahiran berkomunikasi memang merupakan suatu pertimbangan penting yang diambil kira oleh sesetengah majikan dalam mana-mana syarikat antarabangsa atau multinasional dan tempatan, serta di sektor awam mahupun swasta. Pendek kata, menguasai banyak bahasa asing merupakan suatu aset penting dalam meningkatkan persaingan mencari rezeki dalam era globalisasi ini. Kita dapat melihat, sering kali syarikat elektronik terkemuka dari Jepun mengalu-alukan pekerjanya menguasai sedikit sebanyak bahasa Jepun, terutamanya jurutera atau eksekutif yang perlu dihantar berkursus ke Jepun. Tegasnya, bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan terutamanya yang kini sedang berhadapan dengan dunia persaingan global, penguasaan bahasa asing adalah faktor terpenting bagi meningkatkan kualiti persaingan diri. Menguasai bahasa ibunda semata-mata tidak mampu memberi kejayaan pada seseorang untuk bersaing dalam arus globalisasi. Pihak majikan lazimnya lebih tertarik dengan bakal pekerja yang berpengetahuan luas selain mahir bertutur pelbagai bahasa. Mahu tidak mahu, kita perlu menguasai bahasa asing untuk meningkatkan kualiti sumber tenaga manusia

agar mampu menimba ilmu dan teknologi mutakhir. Walau bagaimanapun dalam konteks Malaysia, hal ini tidaklah bermakna kepentingan bahasa Melayu terus diabaikan, tetapi tetap terpelihara. 

“Memperkasakan Tenaga kerja Berkemahiran Tinggi”Secara ringkasnya, tenaga mahir sering didefinisikan sebagai seorang yang telah diiktiraf berkebolehan dan cekap dalam bidang tertentu yang diceburi dan mempunyai mutu kerja yang berkualiti serta biasanya dilakukan secara manual. Kepakaran atau kemahiran yang dimiliki ini akan hanya diperoleh dengan pengetahuan, pengalaman dan bakat seseorang. Mereka juga lazimnya memiliki kelayakan diploma dan ijazah bagi 44 sektor pekerjaan dalam negara kita dalam pengkelasan pengurusan, profesional serta juruteknik. Pengalaman akan hanya diperoleh melalui pendedahan sesuatu bidang pekerjaan untuk satu proses yang panjang. Manakala pengetahuan dan bakat yang ada hendaklah sentiasa ditingkatkan dengan pembelajaran yang berterusan. Oleh itu, negara amat memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi sama di sektor awam mahupun swasta sebagai penggerak dan pemacu kepada kejayaan negara. Kejayaan melahirkan tenaga kerja mahir yang berkeupayaan dan berinovasi serta yang mampu meneroka bidang-bidang baharu merupakan

faktor yang akan menentukan daya saing dan kemakmuran masa depan negara.

“Menyuburkan Budaya Membaca”Sebenarnya, indikator bagi sebuah negara maju adalah rakyatnya perlu membaca sekurang-kurangnya 20 buah buku setahun dan kebanyakan negara maju seperti Jepun telah melepasi tahap berkenaan. Sebuah negara yang sedang menuju tahap negara maju seperti Malaysia seharusnya memiliki generasi muda yang minat membaca. Kekuatan bagi sesebuah negara yang bakal maju banyak bergantung pada kemampuan ilmu pengetahuan dan pemikiran rakyatnya. Tetapi, ...di negara ini amalan membaca dilihat masih rendah dan belum menjadi budaya dan cara hidup. Kadar purata pembacaan rakyat Malaysia yang pernah dilaporkan media sebelum ini, iaitu antara 8 hingga 12 buah buku setahun menunjukkan negara masih berada di belakang, berbanding negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Namun, kadar itu dilihat petanda positif jika dibandingkan pada 1996 kerana purata rakyat membaca adalah dua buku setahun ketika itu. Bagaimanapun, fenomena ini tidak boleh terhenti pada kadar itu sahaja, sebaliknya pembacaan lebih banyak perlu dilakukan bagi memastikan setiap masyarakat berada pada landasan betul menuju ke arah pembentukan sebuah negara maju. 

“ Mengukuhkan Semangat Kejiranan”Jiran merupakan komuniti paling hampir dengan kehidupan setiap individu dan menjadi kewajipan ke atas kita untuk mengetahui, serta memahami segala perkara yang berlaku kepada jiran tetangga. Hubungan intim dengan jiran membolehkan seseorang menjadikan jiran tempat mengadu dan meminta bantuan atau pertolongan apabila sesuatu kesusahan menimpa. Kehidupan berjiran ghalibnya dipenuhi unsur kerjasama, kesepakatan dan keprihatinan. Selain tuntutan agama, kehidupan berjiran amat penting untuk negara kerana keutuhan dan kekuatan sesebuah negara boleh diukur melalui semangat kejiranan yang ada pada warganya. Lebih-lebih lagi Malaysia didiami pelbagai kaum yang memerlukan rakyat bersatu mewujudkan negara maju. Oleh itu, usaha ini tidak harus dipandang ringan dan sudah tiba masanya kita mengorak langkah menghidupkan semula semangat kejiranan demi keharmonian hidup dan kesepaduan masyarakat menjadi benteng kukuh kepada pertahanan negara. Hal ini demikian kerana pemuafakatan yang kuat antara jiran tetangga dapat membantu kerajaan menjayakan agenda transformasi nasional seperti usaha mencegah jenayah. Seyogia diingatkan bahawa kemakmuran sesebuah negara bergantung kepada kemantapan dan keutuhan hubungan setiap lapisan masyarakatnya. Masyarakat yang berkualiti juga dilahirkan melalui persefahaman dan hubungan

erat yang bermula daripada sebuah hubungan kejiranan yang bersatu padu dan saling memahami antara satu sama lain.