isu guru berkualiti ditempatkan di luar bandar.docx

11
ISU GURU BERKUALITI DITEMPATKAN DI LUAR BANDAR. Isu ini telah dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan penekanan atau keutamaan diberikan dalam melahirkan guru yang berkualiti dan mencukupi untuk ditempatkan di sekolah terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar. Tambahan lagi, beliau yang juga merupakan Menteri Pelajaran mencadangkan perkara itu sebagai penambahbaikan selaras dengan perkembangan pendidikan di peringkat global, keperluan semasa, dan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan serta merealisasikan apa yang digariskan dalam bentuk Prestasi Utama (KPI) Kementerian Pelajaran. Mengajar di pedalaman memang memeritkan fizikal dan mental para guru. Masalah infrastruktur dan tiada bekalan tenaga elektrik serta air sememangnya memberi tekanan. Guru yang sudah terbiasa dengan jalan berturap pasti tertekan bila terpaksa melalui jalan berlopak dan meredah belantara untuk sampai ke sesuatu destinasi. Apatah lagi jika perlu bersampan atau menaiki bot tanpa jaket keselamatan. Tiada bekalan air bersih dan air paip memburukkan lagi keadaan. Tenaga elektrik hanya bersumberkan set generator atau sel bateri basah pasti menimbulkan kesulitan. Tambahan lagi, bangunan sekolah dan tempat tinggal yang daif memang satu cabaran untuk guru di pedalaman. Dengan adanya faktor-faktor begini, saya merasakan ada sebilangan guru-guru mengambil mudah dan bersikap sambil lewa serta

Upload: irul-erul

Post on 20-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISU GURU BERKUALITI DITEMPATKAN DI LUAR BANDAR.docx

ISU GURU BERKUALITI DITEMPATKAN DI LUAR BANDAR.

Isu ini telah dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

yang mahukan penekanan atau keutamaan diberikan dalam melahirkan guru yang berkualiti

dan mencukupi untuk ditempatkan di sekolah terutamanya di kawasan pedalaman dan luar

bandar.

Tambahan lagi, beliau yang juga merupakan Menteri Pelajaran mencadangkan perkara

itu sebagai penambahbaikan selaras dengan perkembangan pendidikan di peringkat global,

keperluan semasa, dan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

serta merealisasikan apa yang digariskan dalam bentuk Prestasi Utama (KPI) Kementerian

Pelajaran.

Mengajar di pedalaman memang memeritkan fizikal dan mental para guru. Masalah

infrastruktur dan tiada bekalan tenaga elektrik serta air sememangnya memberi tekanan. Guru

yang sudah terbiasa dengan jalan berturap pasti tertekan bila terpaksa melalui jalan berlopak

dan meredah belantara untuk sampai ke sesuatu destinasi. Apatah lagi jika perlu bersampan

atau menaiki bot tanpa jaket keselamatan.

Tiada bekalan air bersih dan air paip memburukkan lagi keadaan. Tenaga elektrik hanya

bersumberkan set generator atau sel bateri basah pasti menimbulkan kesulitan. Tambahan lagi,

bangunan sekolah dan tempat tinggal yang daif memang satu cabaran untuk guru di

pedalaman.

Dengan adanya faktor-faktor begini, saya merasakan ada sebilangan guru-guru

mengambil mudah dan bersikap sambil lewa serta tiada kualiti untuk mengajar di sekolah. Oleh

sebab itu, masih wujud lagi isu mengenai guru pedalaman tidak hadir ke sekolah tanpa sebab,

keluar ke pekan ketika waktu pengajaran dan pembelajaran, dan sebagainya. Di manakah

kualiti sebagai seorang guru dalam diri mereka? Bagaimanakah nasib anak-anak bangsa yang

berada di pedalaman dan luar bandar?

Guru yang berkualiti adalah guru yang benar-benar sanggup untuk menyahut cabaran

mengajar di kawasan luar bandar dan pedalaman serta meningkatkan prestasi kecemerlangan

murid di sekolah tersebut. Sejajar dengan itu, saya juga merasakan bahawa selain guru, kualiti

pemimpin sekolah juga perlu dimantapkan. Sudah tiba masanya, pemilihan para pemimpin

Page 2: ISU GURU BERKUALITI DITEMPATKAN DI LUAR BANDAR.docx

sekolah dilakukan bukan sahaja berdasarkan kekananan, tetapi juga melalui proses yang lebih

telus dan memilih yang terbaik, berbakat dan mempunyai kualiti kepimpinan yang dinamik.

Pemimpin sekolah perlu seorang yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi,

cemerlang, komited, di samping berupaya meningkatkan ilmu pengetahuan agar dapat

menterjemahkan dasar pendidikan dalam tugas seharian dan seterusnya mampu memberikan

didikan yang terbaik kepada murid.

Jika diselidik lagi mengenai punca isu ini, saya beranggapan bahawa ketidakbersediaan

para guru dari segi mental dan fizikal juga merupakan salah satu faktor guru berkualiti kurang di

kawasan luar bandar. Guru seperti ini selalu beranggapan bahawa bilangan pelajar yang

kurang, kemudahan yang daif khususnya ICT, tahap kognitif murid yang rendah, merupakan

satu ‘bonus’ kepada mereka untuk bertindak mudah dalam semua aspek. Tambahan lagi, jika

berada di kawasan pedalaman dan luar bandar, pantauan dari pihak atasan yang kurang akan

membolehkan isu ini bebas berterusan.

Selain itu, saya juga merasakan bahawa kebanjiran guru sandaran tidak terlatih di

kawasan luar bandar dan pedalaman juga telah mendorong kepada isu ini. Definisi guru

sandaran tidak terlatih (GSTT) ialah org di luar yang berminat jadi guru tetapi tiada sijil, diploma

atau ijazah dalam bidang perguruan. Kebiasaannya mereka ini akan jadi guru ganti bagi

memenuhi kekekurangan guru di sesebuah sekolah. Ada yang tertakluk di bawah kontrak

tertentu tetapi boleh ditamatkan bila-bila masa sahaja. Oleh kerana itu, ada segelintir guru-guru

GSTT ini tidak mendalami ilmu pedagogi yang sebenar untuk mendidik anak-anak murid.

Namun demikian, saya berharap masalah GSTT ini akan berkurangan setelah kerajaan

memperbaiki sistem pendidikan negara dengan menawarkan kursus ijazah sarjana muda

perguruan kepada guru GSTT baru-baru ini.

Ciri – ciri yang menonjolkan sifat tidak cemerlang segelintir para guru, seharus tidak

dibiarkan berleluasa menjadi duri kepada orang lain, menitikkan nila ke dalam air sebelanga

dan menconteng arang kepada semua wajah yang tidak berkenaan. Oleh itu, saya

menyimpulkan beberapa ciri dalam diri seorang guru yang tidak berkualiti, antaranya ialah : -

Pertama, Guru yang tidak pandai mengajar . Hal ini bermaksud, bukan semua guru tidak

pandai mengajar, tapi tidak semua guru pandai mengajar. Kata-kata ini merujuk kepada

ramainya guru pada hari ini bukanlah dilahirkan dengan bakat-bakat tertentu untuk muncul

sebagai seorang guru dalam erti kata yang sebenarnya. Terbukti semakin ramai guru di sekolah

semakin banyak pula pusat tuisyen tumbuh merata-rata. Mengapa ini berlaku ? Pelajar yang

Page 3: ISU GURU BERKUALITI DITEMPATKAN DI LUAR BANDAR.docx

kurang cemerlang di sekolah, apabila mendapat tuisyen di pusat-pusat ini kembali dengan

keputusan-keputusan peperiksaan yang memberangsangkan. Itu salah satu bukti betapa

sesetengah guru sekolah tidak pandai mengajar, sudah tidak minat mengajar atau sudah tewas

dan bosan untuk mengajar.

Kedua, ciri guru tidak berkualiti ialah guru yang tidak pandai menguasai. Untuk menjadi

seorang guru, mereka perlu menguasai bidangnya dan bukan dia dikuasai oleh bidangnya itu.

Guru yang dikuasai oleh bidangnya adalah seorang guru yang malas mencuba, di mana dia

mengikut sahaja rentak yang sedia ada. Tiada daya usahanya untuk mencuba sesuatu yang

baru yang boleh diertikan sebagai profesionalismenya dalam bidang berkenaan. Guru yang

tidak pandai menguasai juga adalah guru yang gagal sebelum perjuangan sebenar. Murid

mungkin akan mula tidak ambil perhatian terhadap pengajaran guru dan tidak mustahil mereka

mula mempermainkannya pula dalam erti kata lain ‘membuli’ guru tersebut.

Ciri ketiga bagi seorang guru yang tidak berkualiti ialah tidak pandai berlakon. Tidak

pandai berlakon yang dimaksudkan di sini ialah seorang guru perlulah menjadi seorang pelakon

yang baik, apatah lagi kalau dia mengajar di sekolah rendah, dia perlu banyak berlakon dalam

memukau perhatian murid-muridnya. Dia bukan sekadar mengajar mata pelajaran yang

dikhususkan kepadanya mengajar, tetapi melakonkan mata pelajaran itu. Seorang guru

bukanlah guru yang baik kalau ilmunya banyak tetapi setiap kali dia berada di hadapan murid

dia menjadi seorang yang membosankan, murid mungkin hilang tumpuan, mengantuk atau

mungkin juga tertidur dengan nyenyaknya. Sebagai contoh, guru perlu bijak melakonkan aksi-

aksi sebagai seorang atlet jika mereka mengajar bagi pendidikan jasmani.

Seterusnya, ciri-ciri bagi seorang guru yang tidak berkualiti ialah tidak keratif di dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran. Mengajar adalah satu cabang seni yang memerlukan

kemahiran-kemahiran tertentu. Seorang guru perlu kreatif dalam menjalankan tugasnya. Guru

kreatif sentiasa ada idea baru untuk mencorak pengajarannya. Suka mempelbagaikan gaya

pengajaran, pendekatan, memikirkan kaedah dan teknik yang menarik untuk menyampaikan

ilmu agar pelajar memahami apa yang diajarnya. Penggunaan bahan bantu mengajar dan

bahan bantu belajar menjadi satu kemestian bagi pelaksanaan aktiviti pelajar agar wujud

pembelajaran bersama atau kolaborasi yang menimbulkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan.

Page 4: ISU GURU BERKUALITI DITEMPATKAN DI LUAR BANDAR.docx

Jika tiada ciri-ciri seperti diatas di dalam diri seorang guru, apakah yang akan terjadi

kepada sistem pendidikan negara kelak? Bagaimana nasib anak-anak bangsa? Bagaimana

pandangan dan kepercayaan masyarakat kepada para guru?

Namun demikian, masih tidak terlambat lagi untuk seorang guru memajukan dan

memperbaiki sifat dalam diri mereka untuk menjadi seorang guru yang benar-benar berkualiti.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, saya akui bukan mudah untuk memikul tugas dan beban

sebagai seorang guru yang mengajar di bandar mahupun di luar bandar. Sebaliknya, jika para

guru mengikut garis panduan dibawah, tidak mustahil mereka dapat membentuk diri menjadi

seorang guru yang berkualiti.

Pertama, guru bandar mahupun luar bandar harus bertindak sebagai penyebar ilmu.

Fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada

pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah,

dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai

sikap membantu serta menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya.

Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu.

Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para

pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Dalam era transformasi

pendidikan masa kini, guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif

dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani,

Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.

Kedua, sebagai seorang pendidik, guru perlu bertindak sebagai Pembentuk nilai / Role

Model kepada murid-murid. Ini merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda.

Guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-

nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan

instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial

yang baik dan murni terlebih dahulu supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan

sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru

menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di

sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Guru yang beriltizam akan

menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat

memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

Page 5: ISU GURU BERKUALITI DITEMPATKAN DI LUAR BANDAR.docx

Seterusnya, untuk menjadi seorang guru yang berkualiti, mereka seharusnya bertindak

sebagai pengamal budaya ilmu. Ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa

penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi

semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu

mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya,

bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru. Dalam pengajaran dan

pembelajaran (p&p), guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta

memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru,

budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan

bagi para pelajar untuk mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah

sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan

tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.

Selain itu, guru juga perlu mengamalkan kemahiran profesional yang merupakan tenaga

ikhtisas di dalam bidang perguruan dan dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di

sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang

tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan,

berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang

bertaraf dunia. Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran

konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk

melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual

tinggi dalam menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif juga

perlu terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

Di samping itu juga, saya merasakan bahawa seorang guru yang berkualiti perlu bersifat

profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan. Untuk menjadi pendidik yang

profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.. Guru yang

profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini

bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Guru hendaklah melengkapkan

diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang

perkembangan matapelajaran dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing

murid-murid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru perlu mengaplikasikan

teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning

Page 6: ISU GURU BERKUALITI DITEMPATKAN DI LUAR BANDAR.docx

Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT.

Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing.

Secara ringkasnya, guru perlu bertindak sebagai “teacher” dan “researcher”.

Akhir sekali, bagi membentuk kualiti dalam diri seorang guru, mereka seharusnya

mengamalkan pengajaran efektif . terdapat tiga peringkat bagi mewujudkan pengajaran efektif.

Pertama, perancangan pengajaran yang berkesan. Pengajaran bergantung kepada

perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu,

mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan

dalam perancangan. Guru juga harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif

pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai

kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan

untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar

untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan

teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian

objektifnya secara optimum.

Peringkat kedua pula ialah pelaksanaan pengajaran yang berkesan. Peranan guru

dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas

seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti

melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran,

merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti

kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan

membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.

Peringkat terakhir ialah penilaian pengajaran yang berkesan. Penilaian dalam

pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna

bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif p&p. Pendidik perlu membuat penilaian dan

menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan

cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada

masing-masing.

Kesimpulannya, dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting

dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap

yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang telah diterangkan seperti di atas

iaitu guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-

Page 7: ISU GURU BERKUALITI DITEMPATKAN DI LUAR BANDAR.docx

model, mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan

mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi

kemungkinan-kemungkinan daripada masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran

teknologi tinggi yang sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan

urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Saya juga berpendapat bahawa ciri-ciri di atas

bukan sahaja patut dipenuhi oleh guru-guru luar bandar sahaja, walhal semua guru di negara ini

perlu memainkan peranan yang sama agar matlamat pendidikan negara dapat dicapai dengan

jayanya.

Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar.

Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini

dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat

pendidikan .Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi dalam pendidikan, sudah

pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar. Walaupun

dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan tahap tekanan kerja yang sederhana, maka ia

harus ditangani dengan cara yang berkesan agar tidak wujud tekanan dalam diri guru. Maka

para guru perlu berusaha untuk menguruskan tekanan yang mereka hadapi dengan kaedah

yang berkesan. Sebagai seorang guru yang profesionalisme kita perlulah menerima stress

dengan tenang dan perlu tahu cara untuk mengawalnya dan bukan dengan tindak balas yang

negatif seperti keresahan, gementar, marah tidak menentu dan sebagainya.

Penutup:

Maka, sebagai guru yang berkebolehan untuk menghadapi cabaran semasa, kita

seharusnya perlu mempunyai kemahiran pengurusan kendiri dalam diri kita. Guru perlulah

cekap dalam merancang dan mengurus masa. Disebabkan klien kita adalah pelajar kita

seharusnya perlu pandai dalam menguruskan emosi kita. Langkah pertama yang harus

dilakukan adalah memahami situasi dan kedua adalah kenal pasti reaksi emosi terhadap

tekanan dan akhirnya guru harus tahu cara untuk melepaskan emosinya secara sihat seperti

dengan cara meditasi, berbincang dengan rakan, sembahyang, munajat , urut dan sebagainya.

Page 8: ISU GURU BERKUALITI DITEMPATKAN DI LUAR BANDAR.docx