issue rotan

6
Berita 1 Laksana Semula Hukuman Rotan Di Sekolah Posted on Tuesday, August 18 @ 00:36:03 MYT by Paktam Oleh Norliza Abdullah HUKUMAN rotan yang dihentikan sejak beberapa tahun lalu dengan menggantikan kaedah kaunseling dicadang dilaksanakan semula kerana ia disifatkan cara paling berkesan menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Fuad Zarkashi, berkata pengenalan semula hukuman yang dihentikan pada 2006 itu wajar berdasarkan keperluan semasa. Beliau berkata, hukuman itu dikenakan jika pelajar masih berdegil selepas menjalani sesi kaunseling dan tidak menerima nasihat diberikan. Katanya, kementerian sudah mengemukakan cadangan dilaksanakan semula hukuman itu yang dilihat mampu mendisiplinkan pelajar. “Cadangan ini sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara bagi memastikan pelaksanaannya mengikut peraturan dan prosedur supaya tidak berlaku kekeliruan hingga guru berdepan risiko disaman ibu bapa. “Pelajar mempunyai personaliti yang pelik dan mereka boleh berubah mengikut keadaan. “Dalam hal ini, ada ibu bapa tidak percaya jika guru melaporkan anak mereka terbabit dengan pelbagai kesalahan disiplin. Mereka juga tidak menerima kenyataan bahawa anak nakal di sekolah kerana berkelakuan baik ketika di rumah,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Hukuman rotan dilaksanakan mengikut peruntukan dalam Peraturan- Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 di bawah Ordinan Pelajaran 1957. Bagaimanapun, pelaksanaannya digantikan kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2006 selepas Tabung Pendidikan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) mencadangkan hukuman rotan dihapuskan kerana percaya pendekatan kaunseling lebih berkesan. Mohd Fuad berkata, terdapat dua personaliti pelajar yang dapat dilihat apabila mereka berada di luar, antaranya melakukan kesalahan seperti vandalisme, merokok, ponteng, gaduh dan tidak kurang berjudi dan minum arak. Beliau berkata, lebih menyedihkan ibu bapa tidak menyedari perangai sebenar anak mereka serta rakan sebaya yang menjadi faktor banyak mempengaruhi. Berdepan kes sedemikian, katanya, ibu bapa sanggup bertegang urat menyatakan bahawa anak mereka baik dan enggan menerima kenyataan tidak berdisiplin. Dalam melaksanakan hukuman rotan, Mohd Fuad meminta pengetua, guru besar dan guru yang diberi kuasa perlu sentiasa mengikut ketetapan serta berniat baik dengan menganggap langkah itu sebahagian proses mendidik. Beliau berkata, hukuman itu hendaklah dilakukan sebagai tindakan akhir 1

Upload: cahaya-hidupku

Post on 30-Sep-2015

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

GDF

TRANSCRIPT

Berita 1Laksana Semula Hukuman Rotan Di Sekolah Posted on Tuesday, August 18 @ 00:36:03 MYT by PaktamOleh Norliza Abdullah

HUKUMAN rotan yang dihentikan sejak beberapa tahun lalu dengan menggantikan kaedah kaunseling dicadang dilaksanakan semula kerana ia disifatkan cara paling berkesan menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Fuad Zarkashi, berkata pengenalan semula hukuman yang dihentikan pada 2006 itu wajar berdasarkan keperluan semasa. Beliau berkata, hukuman itu dikenakan jika pelajar masih berdegil selepas menjalani sesi kaunseling dan tidak menerima nasihat diberikan. Katanya, kementerian sudah mengemukakan cadangan dilaksanakan semula hukuman itu yang dilihat mampu mendisiplinkan pelajar. Cadangan ini sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara bagi memastikan pelaksanaannya mengikut peraturan dan prosedur supaya tidak berlaku kekeliruan hingga guru berdepan risiko disaman ibu bapa. Pelajar mempunyai personaliti yang pelik dan mereka boleh berubah mengikut keadaan. Dalam hal ini, ada ibu bapa tidak percaya jika guru melaporkan anak mereka terbabit dengan pelbagai kesalahan disiplin. Mereka juga tidak menerima kenyataan bahawa anak nakal di sekolah kerana berkelakuan baik ketika di rumah, katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Hukuman rotan dilaksanakan mengikut peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 di bawah Ordinan Pelajaran 1957. Bagaimanapun, pelaksanaannya digantikan kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2006 selepas Tabung Pendidikan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) mencadangkan hukuman rotan dihapuskan kerana percaya pendekatan kaunseling lebih berkesan. Mohd Fuad berkata, terdapat dua personaliti pelajar yang dapat dilihat apabila mereka berada di luar, antaranya melakukan kesalahan seperti vandalisme, merokok, ponteng, gaduh dan tidak kurang berjudi dan minum arak. Beliau berkata, lebih menyedihkan ibu bapa tidak menyedari perangai sebenar anak mereka serta rakan sebaya yang menjadi faktor banyak mempengaruhi. Berdepan kes sedemikian, katanya, ibu bapa sanggup bertegang urat menyatakan bahawa anak mereka baik dan enggan menerima kenyataan tidak berdisiplin. Dalam melaksanakan hukuman rotan, Mohd Fuad meminta pengetua, guru besar dan guru yang diberi kuasa perlu sentiasa mengikut ketetapan serta berniat baik dengan menganggap langkah itu sebahagian proses mendidik. Beliau berkata, hukuman itu hendaklah dilakukan sebagai tindakan akhir dan selepas murid bermasalah dirujuk kepada kaunselor. Jika tiada perubahan, beri amaran pertama, kedua dan ketiga. Selepas amaran ketiga, jika masih melakukan kesalahan, baru rotan. Ini diikuti dengan gantung sekolah dan akhir sekali buang sekolah, katanya. Berdasarkan Surat Pekeliling Kuasa Guru Merotan Murid Bil. 7/2003, dinyatakan pengetua atau guru besar boleh mewakilkan kuasa menjalankan hukuman rotan kepada guru lain bagi maksud itu di dalam bilik dengan disaksikan seorang guru lain.Tindakan bertujuan menjaga disiplin dengan syarat hukuman dera kepada murid perempuan dilarang dan murid lelaki pula dihadkan merotan dengan rotan ringan di tapak tangan atau punggung berlapik.Selepas hukuman dilaksanakan, guru menyedia satu rekod mengandungi hukuman rotan dan disimpan secara sulit. Maklumat mengenainya mestilah merangkumi jenis salah laku, bilangan sebatan, bahagian anggota dirotan, nama dan tanda tangan guru yang merotan serta saksi ketika hukuman itu dilaksanakan.

Berita 2Oleh Mohd Fikri Che HussainRead more: http://serikasih.blogspot.com/2009/03/hukuman-rotan-antara-kaedah-terbaik.html#ixzz0m0ynORKJ

Laporan media mengenai sekumpulan pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berasrama di pedalaman Sarawak yang berani membuli seorang pelajar, malah merakamkan aksi ganas mereka dan disiarkan di laman web YouTube cukup menggemparkan. Begitu juga kes sekumpulan pelajar yang dikatakan membelasah seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi sehingga mati amat membimbangkan banyak pihak. Ini antara beberapa kes yang berjaya disiarkan, malah banyak lagi kes jenayah yang masih terpendam dan tidak dibongkar di luar pengetahuan pihak berwajib. Kementerian Pelajaran sudah menggunakan pelbagai kaedah dalam mengekang masalah pelajar ini. Antaranya, menggunakan kaedah terbaru termasuk mendapatkan kepakaran polis bagi mengemas kini semua peraturan dan undang-undang disiplin sekolah untuk mengekang budaya jenayah di kalangan pelajar. Kementerian juga mengarahkan semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) membantu memantap dan menguatkuasa peraturan sedia ada yang dikatakan semakin longgar. Berita keruntuhan disiplin dan moral pelajar ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. England turut menghadapi masalah berhubung krisis disiplin ini. Badan Kajian dan Penyelidikan di London menunjukkan sebahagian ibu bapa percaya hukuman berat adalah kaedah kawalan berkesan kepada pelajar. Mereka juga percaya tingkah laku kanak-kanak dan remaja semakin teruk sejak amalan merotan dihapuskan di bidang pendidikan. Pihak penyelidik menyatakan keputusan mengharamkan hukuman itu menyumbang kepada peningkatan masalah disiplin di kalangan pelajar di negara itu. Jika England akan mengembalikan peranan rotan dan pembaris ke tempatnya, mengapa kita tidak mendahului mereka dalam hal ini. Seingat penulis yang dibesarkan dalam 'suasana rotan dan pembaris' yang dihadiahkan guru setiap hari bukanlah bertujuan untuk mendera pelajar tetapi mendidik supaya tidak melakukan kesalahan demi kebaikan diri mereka juga. Ibu bapa dan penjaga perlu memahami kaedah ini dalam asuhan pendidikan. Mereka bersikap 'garang' untuk membentuk orang yang berguna dalam masyarakat. Cuba perhatikan anak sekarang yang semakin terhakis budaya timur dan akhlak hingga hilang rasa hormat kepada golongan lebih tua terutama ibu bapa serta guru. Persoalannya adakah salah merotan anak? Sesetengah pihak menganggap ia adalah perbuatan yang teruk kerana boleh menjejaskan hubungan antara kedua pihak. Merotan mungkin tidak mendatangkan kesan buruk jika dilakukan guru atau ibu bapa. Sebelum mengenakan hukuman ini, pihak guru dan penjaga wajar memahami dan mengenali perwatakan dan sikap anak itu. Guru dan penjaga juga perlu mengambil kira tahap hubungan mereka dengan anak. Jika anak mempunyai hubungan rapat dengan guru dan penjaga, maka hukuman fizikal tidak akan menjejaskan emosi anak. Sebaliknya jika ibu bapa tidak rapat dengan anak, hukuman fizikal mungkin akan mengakibatkan emosi anak terganggu seperti berdendam atau marah. Guru dan penjaga perlu memastikan mereka tidak berada dalam keadaan marah dan beremosi ketika hukuman fizikal dilaksanakan. Mereka juga perlu tahu bagaimana cara merotan yang tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada anak. Jangan sesekali memukul di bahagian sensitif seperti muka atau di tempat boleh mendatangkan bahaya seperti kepala atau perut. Pukulan jangan terlalu kuat, cukup sekadar dapat memberi 'pengajaran dan peringatan' kepada anak supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:Bagi umat Islam, mereka sudah tentu pernah mendengar sabda Nabi SAW di dalam hadisnya yang bermaksud: "Suruhlah anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka jika tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur." (Hadis riwayat Abu Dawud) Jika perlu merotan anak, guru dan ibu bapa boleh berbuat demikian selepas anak berumur 10 tahun. Mengapa pada usia 10 tahun? Ilmuwan Islam berpendapat anak yang berumur prabaligh iaitu sekitar 9 hingga 12 tahun boleh memahami kesan hukuman dikenakan. Anak kecil di bawah umur itu selalunya tidak dapat memahami jika didenda atas kesalahannya. Justeru, jika anak kecil yang didenda, dia mungkin mengulangi perbuatannya itu tanpa pengetahuan penjaganya. Amaran awal harus diberi iaitu jika peraturan tertentu dilanggar, anak boleh dirotan. Berikan juga peluang kedua sebelum mengambil tindakan merotan. Lebih penting ialah menasihati mereka secara berterusan di samping memantau perkembangan pelajaran, kesihatan dan pergaulan sosial mereka.

Berita 3KUALA LUMPUR: Ibu bapa dan penjaga perlu diberi kuasa untuk merotan anak yang mempunyai masalah disiplin di sekolah mengikut peraturan dan syarat termasuk dilakukan secara tertutup.Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata cadangan itu bukan saja dilihat berkesan dilaksanakan ibu bapa, malah boleh diibaratkan sebagai pengiktirafan kepada mereka.Beliau memberi tiga sebab cadangan berkenan perlu dilaksanakan iaitu memberi kesedaran kepada ibu bapa atau penjaga mengenai kecuaian mereka tidak memantau kegiatan anak serta boleh juga mengetahui kelakuan (anak mereka).Tindakan merotan oleh ibu bapa memberi keinsafan dan kesedaran kepada pelajar. Kita pasti ini memberi kesan mendalam kepada pelajar terbabit berbanding dirotan guru.Tidak sepatutnya timbul soal kita mahu mendera anak mereka. Masing-masing, ibu bapa dan guru tahu apa yang dilakukan ini adalah untuk kebaikan pelajar berkenaan, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dr Mohamad Ali berkata, cadangan itu akan dibentangkan melalui kertas kerja Peranan PIBG Membantu Sekolah Dalam Menangani Disiplin pada seminar anjuran Kementerian Pelajaran 30 November ini di Klang, Selangor.Kita pernah mengemukakan cadangan ini beberapa tahun lalu tetapi tidak dibincangkan secara serius. Sekarang, saya berbincang dengan ibu bapa yang mahu perkara ini diketengahkan.Hampir 90 peratus ibu bapa yang menghadiri Konvensyen Kebangsaan Menangani Disiplin Pelajar 2007 bersetuju membenarkan hukuman rotan tetapi mengikut peraturan atau syarat tertentu, contohnya tidak dilakukan di khalayak bagi mengelak malu.Jika pelajar itu perempuan, ia dilakukan oleh ibu atau penjaga wanita di hadapan guru wanita dan jika mereka sedang dalam haid, hukuman itu perlu ditangguhkan, katanya.Beliau berkata, hukuman rotan perlu dilakukan kerana dalam Islam sendiri ada mengatakan anak perlu dirotan sekiranya mereka ada melakukan kesalahan, asalkan kita melakukan perkara ini mengikut peraturan, dan dijadikan pilihan terakhir.

Berita 4Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat dari umur tujuh tahun, dan pukullah mereka sekiranya enggan mengerjakannya pada umur sepuluh tahun serta pisahkan mereka (anak lelaki dan anak perempuan) dari tempat tidur. Dewasa ini, ramai pihak terutamanya ibubapa menentang keras konsep memukul dan merotan pelajar apabila melakukan kesalahan. Kesannya amat terasa dalam proses pendidikan untuk tujuan mendidik. Kita harus ingat bahawa seorang guru di sekolah bukan hanya mengajar semata-mata, malah guru bertanggungjawab dan menjadi satu amanah untuk mereka mendidik pelajar supaya menjadi manusia yang bukan saja berilmu, tetapi juga beradab mulia. Hadis di atas yang saya mulakan sebagai pembuka bicara untuk kali ini, adalah satu saranan yang dilafazkan oleh seorang manusia yang dipilih oleh Allah sabagai utusan. Jika mendidik dengan cara pukulan ini menjadi satu penentangan, bagaimana pula pendapat dan pandangan tentang saranan hadis tersebut. Adakah saranan itu tidak relevan? Kita harus sedar, sebagai seorang yang beriman kepada Allah, dan RasulNya, kita wajib memandang bahawa saranan itu pastinya baik dan mempunyai unsur kebaikan. Namun demikian, kefahaman tentang istilah memukul itu yang harus diperhalusi. Isteri yang nusyuz juga disarankan di dalam al-Quran supaya dipukul (sila rujuk surah an-Nisak ayat 34). GURUharus faham etika pendidikan secara syari sebelum tindakan menghukum dilakukan, iaitu : 1. Tidak boleh memukul muridnya kecuali setelah menggunakan pelbagai cara dan pendekatan yang lemah lembut dan telah diberi peringatan serta amaran. 2. Tidak boleh memukul murid dalam keadaan emosi yang terlampau marah. 3. Pukulan tidak boleh dilakukan ditempat-tempat yang berbahaya atau sensitif seperti kepala, perut, dada atau muka. 4. Pukulan jangan terlalu kuat dan tidak terlalu menyakitkan. Tempat yang dipukul adalah dua tapak tangan atau kedua kaki dengan alat pemukul yang tidak membahayakan. 5. Sekiranya kesalahan itu adalah kesalahan pertama, maka kanak-kanak atau murid berkenaan tidak layak dipukul, sebaliknya dia diberi peluang untuk menginsafi diri, berubah dan bertaubat dari kesalahannya. 6. Pukulan hendaklah dilakukan oleh guru itu sendiri dan bukannya diwakilkan kepada orang lain untuk melakukannya. 7. Sekiranya pukulan itu sebagai hukuman terhadap kanak-kanak atau murid berkenaan, maka ia mestilah dilakukan pada masa kesalahan itu dilakukan dan jangan bertangguh sehingga kesalahan tersebut telah dilupakan atau kesannya telah hilang (tidak dirasai lagi). 8. Sekiranya diyakini bahawa pukulan itu tidak akan mendatangkan kesan kebaikan, iaitu tidak akan mengubah dari perangai buruk kepada baik, maka pukulan itu dilarang sama sekali, sebaliknya hendaklah mencari jalan penyelesaian lain yang lebih berkesan. 9. Pukulan yang dilakukan, jika melebihi sekali (dua atau tiga atau lebih) hendaklah tidak di tempat yang sama. Pukulan yang kedua hendaklah lebih ringan dari pukulan yang pertama. Guru dianjurkan agar mengangkat tangannya ketika memukul, tetapi itu bukan bermakna kuat pukulannya (mengangkat tangan hanya sebagai isyarat menggerunkan dan menunjukkan kesungguhan saja).

1