alatan menganyam rotan

14
ALATAN MENGANYAM ROTAN 1. Pembaris digunakan untuk mengukur 2. Gunting - boleh gunakan sebarng gunting 3. Screw driver digunakan untuk membuka mata anyaman(l ubang anyaman) untuk memasukkan rotan tambahan,menyudahkan anyaman dan memasangkan pemegang bakul. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMULAKAN ANYAMAN BAKUL UNTUK CARA BERPALANG BAGI ROTAN LONGITUD TUNGGAL.  1. 7 batang rotan longitud : 4batang mendatar bersilang dengan 3 batang menegak.

Upload: sprivation

Post on 10-Apr-2018

306 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ALATAN MENGANYAM ROTAN

8/8/2019 ALATAN MENGANYAM ROTAN

http://slidepdf.com/reader/full/alatan-menganyam-rotan 1/14

ALATAN MENGANYAM ROTAN 

1. Pembaris digunakan untuk mengukur 

2. Gunting - boleh gunakan sebarng gunting

3. Screw driver digunakan untuk membuka mata anyaman(lubang anyaman) untuk

memasukkan rotan tambahan,menyudahkan anyaman dan memasangkan

pemegang bakul.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMULAKAN ANYAMAN BAKUL UNTUK CARA

BERPALANG BAGI ROTAN LONGITUD TUNGGAL. 

1. 7 batang rotan longitud : 4batang mendatar bersilang dengan 3 batang menegak.

Page 2: ALATAN MENGANYAM ROTAN

8/8/2019 ALATAN MENGANYAM ROTAN

http://slidepdf.com/reader/full/alatan-menganyam-rotan 2/14

2. Sebatang rotan latitud dianyam

3. Selepas kelilingkan dengan 2 bulatan, rotan longitud di gunting keluar 

Page 3: ALATAN MENGANYAM ROTAN

8/8/2019 ALATAN MENGANYAM ROTAN

http://slidepdf.com/reader/full/alatan-menganyam-rotan 3/14

4. Jadikan 2 batang rotan longitud atau kumpulan kemudiannya menganyamkannya

5. Selaraskan rotan longitud supaya jarak di antaranya sama

Page 4: ALATAN MENGANYAM ROTAN

8/8/2019 ALATAN MENGANYAM ROTAN

http://slidepdf.com/reader/full/alatan-menganyam-rotan 4/14

 6. Anyaman mudah

Page 5: ALATAN MENGANYAM ROTAN

8/8/2019 ALATAN MENGANYAM ROTAN

http://slidepdf.com/reader/full/alatan-menganyam-rotan 5/14

LANGKAH ANYAMAN BAKUL ROTAN LATITUD PASANGAN CARA BERPALANG 

1. 15 rotan longitud : 8batang bersilang dengan 7batang rotan

2. Memulakan anyaman dengan sebatang rotan latitud

Page 6: ALATAN MENGANYAM ROTAN

8/8/2019 ALATAN MENGANYAM ROTAN

http://slidepdf.com/reader/full/alatan-menganyam-rotan 6/14

3. Anyamkan

4. Anyamkan satu pusingan dan teruskan

Page 7: ALATAN MENGANYAM ROTAN

8/8/2019 ALATAN MENGANYAM ROTAN

http://slidepdf.com/reader/full/alatan-menganyam-rotan 7/14

5. Anyamkan 3bulatan untuk mengikat rotan longitud

6. Mula pisahkan rotan longitud agar setiap kumpulan ada 2 batang

Page 8: ALATAN MENGANYAM ROTAN

8/8/2019 ALATAN MENGANYAM ROTAN

http://slidepdf.com/reader/full/alatan-menganyam-rotan 8/14

7. Anyaman mudah. Sekali atas, sekali bawah

8. Pada masa yang sama, tarik keluar rotan longitud bagi setiap kumpulan

9. Selepas selaraskan jarak di antaranya, maka mulalah menganyam tapaknya.

Page 9: ALATAN MENGANYAM ROTAN

8/8/2019 ALATAN MENGANYAM ROTAN

http://slidepdf.com/reader/full/alatan-menganyam-rotan 9/14

PROSES DAN TEKNIK ANYAMAN BAKUL 

1. Lagang

Lagang merupakan µtulang¶ kepada sesuatu penciptaan dan rupabentuk anyaman.Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagangan yang dibuat. Tiap-

tiap satu bilah pandan/mengkuang dibentuk seperti µV¶ di bahagian tengah iaitu tempat

sesuatu anyaman bermula.

2. Anyaman

Melibatkan 3 proses iaitu anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulam.

Dimulai dari asas melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian tepi. Ketika inianyaman tikar dalam bentuk empat persegi. Untuk mendapatkan berbagai warna dan

corak, anyaman jenis sulaman digunakan.

3. Lepih

Dikenali sebagai µanyaman mati¶ pada tepi tikar sebagai mengakhiri kerja anyaman.

Boleh juga dianyam berasingan sebagai tepid an kemudian dijahit pada bahagian yang

dikehendaki. Jenis-jenis anyaman tepi adalah seperti tepi betul, tepi susut, tepi sepitketam, tepi gigi yu, tepi pulas dan tepi tulang belut

4. Sisip

Proses ini memerlukan alat µpenyisip¶ bagi merenggangkan bahagian anyaman untuk

memudahkan lebihan bilah atau helaian daun yang telah direncungkan(tajamkan)

masuk. Tujuannya untuk menghindar anyaman dari terburai

5. Kerat

Lebihan atau baki anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman Nampak

kemas dan menarik.

Page 10: ALATAN MENGANYAM ROTAN

8/8/2019 ALATAN MENGANYAM ROTAN

http://slidepdf.com/reader/full/alatan-menganyam-rotan 10/14

PERANAN PEREKABENTUK DAHULU DAN SEKARANG 

Pada awalnya, orang menyatakan bahawa anyaman ini berasal dari Rusila, dari

Marang, dari Sayong dan sebagainya. Hal ini terjadi kerana tradisi kita ketika itu

menggunakan tradisi lisan. Sekitar 70an, kita dapat mengetahui tokoh yang terlibat

secara langsung.

  Apa yang menarik dalam perkembangan kraftangan ialah penglibatan tukang

atau perekabentuk dalam suasana sekarang. Dari segi pengekalan dan perkembangan

kraftangan, terdapat beberapa institusi yang terlibat secara langsung dalam

memperkenalkan atau melangsungkan tradisi kraftangan.

Peranan perekabentuk pada hari ini berbeza dengan perekabentuk tradisi.

Perekabentuk tradisi tidak pernah ingin menonjolkan dirinya. Perekabentuk tradisi

masih melanjutkan warisan ini.

Seni Anyaman : Perubahan Bentuk dan Fungsi 

 Apa pun yang dilakukan oleh manusia, ia selalu mendekati unsure dan elemen alam. Alam adalah bahan paling dasar terutama dalam menghadapi cabaran hidup. µManusia

mereka cipta, mengolah, memetik, meminjam« tumbuhan: daun, ranting, akar, bunga;

mongering seterusnya mencipta warna¶. Manusia sebenarnya telah melakukan

kecergasan hidup dinamik, untuk meneruskan kehidupan. Sama ada menganyam daun,

membetnuk tanah liat, mengukir kayu, menenun kain, ia cukup mengerti terhadap

tujuan dan makna kerja yang dilakukan : membentuk atau mencipta untuk keperluan

dan kegunaan sehari-hari. Inilah budaya. Kebudayaan Melayu telah cukup panjang

berpunca daripada kewujudan manusia itu sendiri. Melalui seni anyaman kita diajak

berbiacara tentang daya kreatif yang mengandungi makna dan fikiran dalam konteks

budaya masyarakat kita. Di sini pengertian seni anyaman bukan sekadar membicara

bentuk yang dicipta malah turut juga melibatkan adapt resam, pantang larang, nilai

budi, malah ilmu.

Page 11: ALATAN MENGANYAM ROTAN

8/8/2019 ALATAN MENGANYAM ROTAN

http://slidepdf.com/reader/full/alatan-menganyam-rotan 11/14

Anyaman ± Seni Sejagat 

Kepakaran menganyam dapat diterima sebagai suatu usaha yang berterusan bagi

menyelesaikan dan menyempurnakan kehidupan : keinginan dan keperluan. Sama ada

daripada bahan pandanus (pandan/mengkuang), nipa fruticans (nipah), jenis paku

pakis, rumput rampai dan sebagainya, pencipta bentuk itu telah pun mengolah dengan

baik alam yang bakal digunakan. Dari sudut tingkat perkembangan budaya, seni

anyaman termasuk aktiviti awal dalam kelompok masyarakat tradisi kecil (The Little

Tradition) namun tetap atau pernah dilanjutkan dalam tradisi istana terutama apabila

anyaman ditambah dengan bahan-bahan pelengkap yang lebih mewah seperti tekat

benang emas atau manik labuci. Dalam tradisi kecil yang diwakili oleh masyarakat

nelayan dan petani, misalnya bakul digunakan untuk mengisi padi, ikan, sayur-sayuran,dan sebagainya terutama dalam system atau kegiatan ekonomi. Alat-alat untuk

menangguk ikan, menjaring, memikat burung turut juga melibatkan bahan anyaman.

Begitu juga dalam memenuhi kehidupan masa lapang: permainan rakyat memerlukan

buluh, rotan untuk bola sepak dan sepak raga, rangka wau, kuda kepang, tali cemeti

dan sebagainya.

Dari segi rekabentuk ciptaan asas, seni anyaman selalu dapat diterima sebagai

keseniaan sejagat (universal arts). Orang Mesir Purba menganggap anyaman sebagai

bahan pelengkap dalam upacara kelahiran dan kematian. Manik-manik, pakaian, dan

sepatu yang berhiaskan anyaman turut dikuburkan apabila pemiliknya meninggal dunia.

China, Korea, dan Jepun menjaring tempayan-tempayan sayuran yang dijeruk untuk

kegunaan musim dingin, bakul-bakul dianyam untuk digunakan sebagai bekas

mongering padi, cili dan sebagainya pada musim panas. Suku Iban, Kadayan/Kadazan,

Murut atau Jah-Hut turut menggunakan bahan-bahan anyaman sebagai peralatan

penting. Ini termasuklah untuk adapt istiadat, kesenian dan kepercayaan ritual. Dengan

lebih tepat, pengertian fungsi lazimnya bersifat umum.

Sesuatu bentuk dicipta dengan kesedaran untuk memudahkan kerja, misalnya

mengikat senjata di pinggang, mengukuhkan tiang rumah, kerana ia ringin dan mudah

diangkat ke sana ke mari (seperti bakul, tikar, dan sebagainya), dipakai di kepala

Page 12: ALATAN MENGANYAM ROTAN

8/8/2019 ALATAN MENGANYAM ROTAN

http://slidepdf.com/reader/full/alatan-menganyam-rotan 12/14

sebagai pelindung panas di lading atau di laut sehingga kemudian dengan sedikit

kepintaran mengolah bahan dan kesedaran rasa, tukang atau perekabentuk akan

mencipta ragaman bentuk yang jelas pula menampakkan keunikan sesuatu wilayah

budaya yang menciptanya. Ini bermakna senia anymaan juga melahirkan cirri-ciri

peribadi dari wilayah buadaya yang melahirkannya. Disebabkan oleh kelainan gaya,

seni anyaman menampakkan ragaman yang menarik dari segi keindahan atau estetika

seni.

Ragaman Bentuk Seni Anyaman Nusantara 

Pengertian Nusantara disini lebih merupakan wilayah budaya persekitaran alam

Melayu tanpa melibatakan makna batas seperti yang dicipta dalam peta politik. Manusia

NUsantara sejak berabad-abad lalu bebas ke sana ke mari, berdagang dan menjalinkan

hubungan melalui sistem perkahwinan, atau system ekonomi seperti pertanian, ataupun

perikanan. Di Semenanjung Malaysia misalnya, kita mengenal suku Bugis, Jawa Batak,

Riau atau Minang. Dalam situasi begini wajarlah kita menyebutnya sebagai kelompok

manusia Melayu yang mempunyai kaitan budaya timbale balik, saling memberi,

menerima, mengolah kembali hingga menimbulkan seni budaya tempatan yang dapat

diklasifikasikan sebagai seni yang terus berkembang. Hal ini juga dapat dikaitkan

sebagai warisan keturunan yang kemudiannya dilanjutkan oleh generasi seterusnya

melalui proses perkembangan bentuk dan gaya. Anyaman di Songkhla, Patani misalnya

menampakkan kesamaan bentuk dengan anyaman di Kelantan atau Terengganu.

Malah dari kaca mata kepercayaan, kita melihat betapa bentuk seni anyaman Kelantan

hamper menyamai gaya seni anyaman Bali atau Burma.

Istilah Melayu yang disebutkan di sini juga bersifat sejagat. Suku Jawa atau Bugis

tidak mungkin menerima istilah ini terutama bagi kelompok yang menetap di wilayah

asalnya (Pulau Jawa/Sulawesi misalnya), namun dengan penyebutan Nusantara pula

sering ditanggapi sebagai wilayah yang tersendiri daripada pengertian wilayah Melayu.

Oleh itu gabungan Melayu Nusantara adalah mencakup keseluruhan kepulauan Melayu

yang mempunyai hubungan dengan peristiwa perpindahan kelompok Melayu sehingga

ke wilayah yang lebih jauh sekalipun.

Page 13: ALATAN MENGANYAM ROTAN

8/8/2019 ALATAN MENGANYAM ROTAN

http://slidepdf.com/reader/full/alatan-menganyam-rotan 13/14

Pembicaraan kami lebih menjurus kepada beberapa model seni anyaman

berdasarkan ragaman bentuk yang dikumpulkan sejak sepuluh tahun kebelakangan ini.

Yang agak menarik dari sudut perkembangan seni, bentuk anyaman masih

mengekalkan makna fungsinya, disamping perkembangan rekabentuk yang artistik.

Begitu juga dari segi teknik, anyaman tidak menampakkan perkembangan yang pesat

kecuali dengan penggunaan berbagai-bagai pencelup.

Bahan asas yang digunakan di sini ialah mengkuang/panduan (anyaman tikar, alas

tempat duduk kusyen, tudung saji), daun serdang/livistona saribas (tudung saji Bajau),

lidi (leka), akar (kipas), rotan (kipas). Model-model yang diperkatakan diambil dari

beberapa wilayah Melayu Nusantara : Malaysia/Sabah/Borneo, Aceh, Bali,

Songkhla/Patani, Igorot-Filipina, dan Jawa/Madura.

Tudung Saji. 

Hampir kebanyakan bentuk anyaman mempunyai fungsi yang sama. Tudung saji

berperanan sebagai menutup makanan, untuk kegunaan harian atau adapt istiadat,

  juga kadangkala digunakan sebagai topi di kalangan petani dan nelayan. Tudung saji

sebagai penutup makanan lebih sederhana bentuknya dan boleh dikatakan memnpyai

bentuk yang seragam: berongga bulat di dasarnya dan menguncup ke puncak, hamper serupa di kebanyakan daerah di Semenanjung. Untuk upacara adapt istiadat

terutamanya yang melibatkan kepercayaan atau permohonan ditemui juga bentuk yang

seakan-akan µgunung-meru¶, di Kelantan diberi nama tudung saji µenam penjuru¶,

mempunyai ruang lima tingkat berbucukan µpuncak gunungan¶ di setiap tingkat dan

bucu. Terdapat 6 puncak bucu. Keseluruhannya 50 bucu dan ditambah satu lambang

puncak tertinggi di bahagian paling atas.

Page 14: ALATAN MENGANYAM ROTAN

8/8/2019 ALATAN MENGANYAM ROTAN

http://slidepdf.com/reader/full/alatan-menganyam-rotan 14/14

Leka. 

Fungsi asal leka ialah sebagai pengalas periuk belanga dan tembikar. Kemudian

berkembang sebagai bakul buah-buahan malah kini dianggap sebagai bahan hiasan

dinding. Terdapat 6 model yang menarik untuk diperkatakan. Dari segi teknik, leka

menggunakan bahan lidi daripada daun kelapa, nipah enau, nibung ± kesemuanya

daripada jenis palma yang terkenal di kawasan khatulistiwa. Untu tapak yang lebih

besar,simpai pusar dibuat sebanyk 7punca ruang (leka Songkhla) dan Melaka,

manakala leka lebih kecil berpunca 6ruang (Aceh), Sungai Besar, Igorot-Filipina, Bajau-

Tuaran.