khi pulse: feb issue (bm)

10
kemahiran yang diterapkan dalam membangunkan projek- projek baru, pengubahsuaian dan penjenamaan, kami sentiasa mencari peluang terbaik untuk memaksimumkan nilai pemegang saham, menyeragamkan polisi dan prosedur serta amalan terbaik, dan pada masa yang sama, memperkemas dan mengukuhkan usaha penjenamaan bagi memastikan pengguna dan masyarakat mengetahui tentang kumpulan KHI dan jenama jenama di bawah KHI, sekaligus menjadi hotel pilihan. Untuk mengetahui perkembangan dan berita terbaru dalam kumpulan KHI, saya menggesa anda semua untuk menjadi peminat di dan kami. Di KHI, kami percaya bahawa kejayaan yang dicapai banyak disumbangkan oleh anda semua yang bekerja sebagai satu keluarga. Saya sentiasa berasa kagum melihat minat, dedikasi dan usaha anda untuk berjaya. Yakinlah, KHI akan terus menyokong anda melalui pelbagai daya usaha dengan pelaburan yang berterusan dalam teknologi moden dan inovasi. Disamping nilai-nilai terbaik yang kita amalkan, dengan tahap integriti yang tinggi, saya yakin kita akan bergerak maju sebagai SATU PASUKAN untuk mencapai wawasan syarikat menjadi ‘TOP 5’ kumpulan hospitaliti di Asia dalam masa yang terdekat. Selain itu, kami juga percaya pelaburan terbesar kami adalah pada aset kami yang terpenting iaitu…. ‘ANDA’. Oleh itu, pihak pengurusan akan memberi tumpuan kepada cara terbaik untuk berkhidmat kepada ahli keluarga di KHI. Walau bagaimanapun, keperluan individu tidak kami abaikan. Kami hargai setiap pandangan untuk membawa kumpulan ini terus maju. Secara peribadi, saya amat berterima kasih kepada setiap seorang daripada anda untuk khidmat dan sumbangan yang telah diberikan. Saya ingin sekali berhubung dengan lebih dekat untuk mendengar idea-idea bernas anda. Untuk itu, saya boleh dihubungi di: winnie.chiu @ kosmopolito.com Sementara itu, bagi pihak Pengarah dan Pengurusan Kosmopolito Hotels International (KHI), saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjadikan tahun 2011 satu kejayaan besar, dan semoga 2012 bakal memberi pencapaian yang lebih baik untuk kita semua! Bersama- sama, marilah kita mara ke hadapan dan menjadikan kumpulan KHI satu jenama isi rumah terkemuka dan disegani dalam industri hospitaliti. S elamat Tahun Baru kepada semua rakan sekerja. Diharapkan semuanya telah bergembira di musim perayaan baru-baru ini, khususnya perayaan Tahun Baru Cina. Masa begitu cepat berlalu dan tanpa disedari dengan pantas kita telah pun menuju ke akhir suku pertama tahun 2012. Mengimbas kembali, hasil dari usaha bersepadu kita semua, kumpulan KHI secara keseluruhan telah mencapai pertumbuhan yang memberangsangkan. Ini dapat dilihat daripada pulangan hasil yang kita perolehi, peningkatan kadar penginapan dan purata harga bilik yang lebih tinggi. 2011 merupakan tahun yang baik untuk kita khususnya dan industri perhotelan amnya. Kami yakin dan optimistik mengenai prospek industri pelancongan bagi tahun 2012 yang dijangka menyaksikan pertumbuhan mantap yang berterusan. Dengan usaha bersepadu yang berterusan dari anda semua ditambah dengan inovatif pihak pengurusan KHI, sejujurnya saya percaya kita akan terus menembusi pasaran utama di dalam industri ini. Tahun ini sangat mengujakan kerana kita bakal menyaksikan pembukaan sekurang-kurangnya lima lagi jenama Dorsett Regency dalam kumpulan KHI – Dorsett Regency Kwun Tong, Hong Kong (Mac 2012), Dorsett Regency Chengdu, China (Jun 2012), Dorsett Regency Tsuen Wan, Hong Kong (suku ke-3 2012), Dorsett Regency Singapura (Ogos 2012) dan Dorsett Regency Zhongshan, China (suku ke-4, 2012). Di samping pembukaan hotel baru, kita akan terus mencari peluang-peluang pelaburan dan KHI akan bertapak lebih kukuh di Asia Pasifik. Di London, United Kingdom, kita telah mengambilalih, Shepherd Bush Pavilion yang terletak berhadapan dengan Westfield London, salah sebuah pusat membeli belah di Eropah. Projek ini akan dibangunkan semula di bawah jenama Dorsett Regency dan disasarkan untuk mula beroperasi pada tahun 2014. Berbekalkan pengalaman dan Membina Jenama Global Winnie Chiu, Presiden dan Pengarah Eksekutif KHI Pemacu Pemikiran 1 Pulse The Gateway To Asian-Inspired Hospitality ISU 2 2012 NadiKHI Klik di sini Klik di sini

Upload: kosmo-hotels

Post on 29-Mar-2016

242 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kosmopolito Enewsletter

TRANSCRIPT

Page 1: KHI Pulse: Feb Issue (BM)

kemahiran yang diterapkan dalam membangunkan projek-projek baru, pengubahsuaian dan penjenamaan, kami sentiasa mencari peluang terbaik untuk memaksimumkan nilai pemegang saham, menyeragamkan polisi dan prosedur serta amalan terbaik, dan pada masa yang sama, memperkemas dan mengukuhkan usaha penjenamaan bagi memastikan pengguna dan masyarakat mengetahui tentang kumpulan KHI dan jenama jenama di bawah KHI, sekaligus menjadi hotel pilihan.

Untuk mengetahui perkembangan dan berita terbaru dalam kumpulan KHI, saya menggesa anda semua untuk menjadi peminat di dan kami.

Di KHI, kami percaya bahawa kejayaan yang dicapai banyak disumbangkan oleh anda semua yang bekerja sebagai satu keluarga. Saya sentiasa berasa kagum melihat minat, dedikasi dan usaha anda untuk berjaya. Yakinlah, KHI akan terus menyokong anda melalui pelbagai daya usaha dengan pelaburan yang berterusan dalam teknologi moden dan inovasi. Disamping nilai-nilai terbaik yang kita amalkan, dengan tahap integriti yang tinggi, saya yakin kita akan bergerak maju sebagai SATU PASUKAN untuk mencapai wawasan syarikat menjadi ‘TOP 5’ kumpulan hospitaliti di Asia dalam masa yang terdekat.

Selain itu, kami juga percaya pelaburan terbesar kami adalah pada aset kami yang terpenting iaitu…. ‘ANDA’. Oleh itu, pihak pengurusan akan memberi tumpuan kepada cara terbaik untuk berkhidmat kepada ahli keluarga di KHI. Walau bagaimanapun, keperluan individu tidak kami abaikan. Kami hargai setiap pandangan untuk membawa kumpulan ini terus maju.

Secara peribadi, saya amat berterima kasih kepada setiap seorang daripada anda untuk khidmat dan sumbangan yang telah diberikan. Saya ingin sekali berhubung dengan lebih dekat untuk mendengar idea-idea bernas anda. Untuk itu, saya boleh dihubungi di: winnie.chiu @ kosmopolito.com

Sementara itu, bagi pihak Pengarah dan Pengurusan Kosmopolito Hotels International (KHI), saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjadikan tahun 2011 satu kejayaan besar, dan semoga 2012 bakal memberi pencapaian yang lebih baik untuk kita semua! Bersama-sama, marilah kita mara ke hadapan dan menjadikan kumpulan KHI satu jenama isi rumah terkemuka dan disegani dalam industri hospitaliti.

Selamat Tahun Baru kepada semua rakan sekerja. Diharapkan semuanya telah bergembira di musim perayaan baru-baru ini, khususnya perayaan Tahun Baru

Cina. Masa begitu cepat berlalu dan tanpa disedari dengan pantas kita telah pun menuju ke akhir suku pertama tahun 2012.

Mengimbas kembali, hasil dari usaha bersepadu kita semua, kumpulan KHI secara keseluruhan telah mencapai pertumbuhan yang memberangsangkan. Ini dapat dilihat daripada pulangan hasil yang kita perolehi, peningkatan kadar penginapan dan purata harga bilik yang lebih tinggi. 2011 merupakan tahun yang baik untuk kita khususnya dan industri perhotelan amnya. Kami yakin dan optimistik mengenai prospek industri pelancongan bagi tahun 2012 yang dijangka menyaksikan pertumbuhan mantap yang berterusan. Dengan usaha bersepadu yang berterusan dari anda semua ditambah dengan inovatif pihak pengurusan KHI, sejujurnya saya percaya kita akan terus menembusi pasaran utama di dalam industri ini.

Tahun ini sangat mengujakan kerana kita bakal menyaksikan pembukaan sekurang-kurangnya lima lagi jenama Dorsett Regency dalam kumpulan KHI – Dorsett Regency Kwun Tong, Hong Kong (Mac 2012), Dorsett Regency Chengdu, China (Jun 2012), Dorsett Regency Tsuen Wan, Hong Kong (suku ke-3 2012), Dorsett Regency Singapura (Ogos 2012) dan Dorsett Regency Zhongshan, China (suku ke-4, 2012).

Di samping pembukaan hotel baru, kita akan terus mencari peluang-peluang pelaburan dan KHI akan

bertapak lebih kukuh di Asia Pasifik. Di London, United Kingdom, kita telah mengambilalih, Shepherd Bush Pavilion yang terletak berhadapan dengan Westfield London, salah sebuah pusat membeli belah di Eropah. Projek ini akan dibangunkan semula di bawah jenama Dorsett Regency dan

disasarkan untuk mula beroperasi pada tahun 2014.

Berbekalkan pengalaman dan

Membina Jenama Global

Winnie Chiu, Presiden dan Pengarah Eksekutif KHI

Pemacu Pemikiran

1

PulseThe Gateway To Asian-inspired Hospitality

iS

u 2

2

012

NadiKHI

Klik di siniKlik di sini

Page 2: KHI Pulse: Feb Issue (BM)

0

100

200

300

400

500HK$M

35,645

384,162

Apr- Sep2010

Apr- Sep2010

94,158

Apr- Sep2011

498,990Keputusan Kewangan

Apr- Sep2011

Papan Mata

Sekilas pencapaian2011

2

Hasil Keuntungan BersihApr 2011 - Sep 2011 498,990 94,158Apr 2010 - Sep 2010 384,162 35,645

www.4-traders.comKlik di sini untuk maklumat lanjut

Page 3: KHI Pulse: Feb Issue (BM)

23

Silka West Kowloon, Hong Kong mempunyai 141 buah bilik dibuka pada bulan Mei 2005. Terletak di Tai KokTsui, hotel ini menjadi penginapan dan tumpuan

para pelancong kerana tarikan di sekitarnya. Tetamu hotel dapat mengalami sendiri kesibukan bandaraya Hong Kong dengan hanya berjalan kaki untuk melawati destinasi menarik seperti bangunan pencakar langit komersil, pusat membeli belah serta kawasan hiburan di daerah Mongkok dan Tsim Sha Tsui.

Dengan matlamat menyediakan pengalaman penginapan yang unggul untuk para tetamu dengan nilai terbaik, bilik-bilik serta suite berkonsepkan studio terbuka, Silka West Kowloon menawarkan pilihan pemandangan bandaraya yang sibuk atau pemandangan pelabuhan yang menenangkan fikiran. Direka khas dengan keselesaan dan kemudahan; bilik dan suite dilengkapi dengan bilik mandi ‘en suite’, TV LCD lengkap dengan saluran satelit, peti keselamatan dalam bilik, bar mini yang menawarkan pilihan barangan yang sama dengan harga di pasaraya, Wi-Fi jalur lebar, telefon IDD beserta sistem mel suara, pengering rambut dan kemudahan membuat kopi / teh percuma.

Café Maroon yang terletak di aras satu hotel menawarkan konsep kontemporari untuk para tetamu menjamu selera dalam suasana kasual. Ia dibuka setiap hari untuk bufet sarapan pagi dan makan tengahari, terdapat juga ‘bufet mini ekspres’ untuk makan tengahari, dari hari Isnin hingga Sabtu. Untuk makan malam, para tetamu boleh menikmati gabungan menu menarik Asia dan Barat cara ‘a-la-carte’ atau memilih set makan malam.

Terletak hanya 35 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, 8 minit ke Stesen Keretapi Mongkok East, 10 minit dari Feri Terminal China-Hong Kong dan berdekatan dengan daerah Tsim Sha Tsui, Silka West Kowloon juga menyediakan perkhidmatan bas percuma setiap hari untuk kemudahan para tetamu.

Bagi yang gemar membeli-belah, aktiviti menarik di sekitar Silka West Kowloon pastinya membuatkan hari anda berlalu dengan begitu pantas. Kawasan membeli-belah berdekatan termasuklah Argyle Centre, Mongkok Commercial Podium, Olympian City 2 Shopping Mall, Langham Place dan Pioneer Centre.

Lain-lain tempat popular yang harus dikunjungi termasuklah ‘Ladies Market’ di Tung Choi Street, ‘Sport Shoes Market’ di Fa Yuen Street, ‘Electronic Goods Market’ di Sai Yeung Choi Street, ‘Night Market’di Temple Street dan ‘Jade Market’.

Program Penginapan, Membeli-belah & Penjimatan di Hotel Silka (Stay, Shop & Save programme)Eksklusif untuk tetamu yang menginap di mana-mana tiga cawangan Silka Hotel di Hong Kong, Program Penginapan, Membeli-belah & Penjimatan di Hotel Silka menawarkan sehingga 50% diskaun apabila para tetamu membeli-belah atau makan di mana-mana 21 rakan kongsi terpilih yang terdiri dari gedung menjual kosmetik , peralatan elektronik, restoran Itali dan kedai menjual makanan ringan.

Untuk menikmati faedah khas dari Program Penginapan, Membeli-belah & Penjimatan di Hotel Silka, tetamu hanya perlu menunjukkan kad kunci bilik kepada mana-mana rakan kongsi yang disenaraikan di dalam risalah yang diberikan semasa daftar masuk.

Program ini juga digunapakai di Silka Johor Bahru, Malaysia dengan menawarkan pilihan gedung membeli-belah yang berbeza.

www.silkahotel.com/westkowloon

Hotel SilkaRangkaian hotel Silka mensasarkan pengunjung yang mementingkan nilai dan penjimatan dengan mengutamakan keselesaan serta perkhidmatan dimana keistimewaan tambahan ditawarkan khusus untuk tetamu korporat dan pelancong. Terdapat lima rangkaian Hotel Silka di bawah KHI iaitu:

Silka Far East, Hong KongSilka Seaview, Hong KongSilka West Kowloon, Hong KongSilka Johor Bahru, MalaysiaSilka Maytower Hotel & Serviced Residences, Kuala Lumpur

Daftar masuk @ Silka West Kowloon

Klik di sini untuk maklumat lanjut

Daftar Masuk

Page 4: KHI Pulse: Feb Issue (BM)

4

Daftar Masuk @ Dorsett Regency Kwun Tong

Dorsett Regency Kwun Tong adalah tambahan terbaru di dalam kumpulan KHI dan jenama Dorsett Regency. Menampilkan 361 bilik kontemporari, hotel ini menawarkan keseimbangan

gaya dan keselesaan yang sempurna untuk para tetamu.Terletak di Hung To Road, Kwun Tong - kawasan perindustrian

utama di bahagian timur Kowloon–lokasi hotel yang strategik memenuhi keperluan para tetamu korporat atau santai.

Daftar Masuk

www.dorsettregency.com/kwuntong

Ciri-ciri yang menarik diDorsett Regency Kwun Tong:

Nombor bilik di reka khas dalam bentuk karya seni oleh

Vincent Van Gogh –‘Wheat Field’ dengan Cypresses, 1889

11 2 0

Dengan jumlah 34 buah suite, 192 buah bilik katil berkembar, 127 buah bilik dua katil dan lapan bilik yang direka khas untuk tetamu kurang upaya, hotel ini lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk keperluan tetamu hotel pada masa kini.

Dorsett Regency Kwun Tong mempunyai bilik dan suite luas dan bersiling tinggi, dilengkapi dengan perabot kontemporari dan hiasan dalaman yang penuh dengan nilai estetika. Bilik mandi hotel ini juga menyediakan pancuran mandi ‘air hujan’-pastinya satu pengalaman yang menyegarkan.

Sama ada anda mempunyai masa yang terhad untuk makan tengahari atau memanjakan diri dengan menikamati makan malam yang istimewa, restoran ‘La Maison de l’Orient’ menyediakan masakan Cina dan perkhidmatan terbaik untuk anda. Sarapan bufet mewah bertemakan Barat dengan pelbagai pilihan- pastinya menceriakan awal pagi anda.

Bagi mereka yang ingin berehat selepas melalui hari yang panjang dengan mesyuarat atau penat menerokai bandaraya Hong Kong, Dorsett Regency Kwun Tong menyediakan gimnasium lengkap yang menampilkan mesin ‘treadmill’, basikal dan ‘steppers’. Kolam renang yang dilengkapi dengan dek matahari dan lounge pastinya sesuai untuk melepaskan lelah.

Dorsett Regency Kwun Tong bukan sahaja menjadi tumpuan untuk tujuan percutian, hotel 29-tingkat ini juga mempunyai ‘Executive Lounge Floor’ yang menyediakan pusat perniagaan dan kemudahan mesyuarat bagi memenuhi keperluan perniagaan.

Sama ada atas urusan perniagaan atau bersantai, Dorsett Regency Kwun Tong adalah pilihan yang tepat sekiranya anda berada di Hong Kong!

Pembukaan: Pertengahan-Mac 2012

Klik di sini untuk maklumat lanjut

Page 5: KHI Pulse: Feb Issue (BM)

Sejak menyertai Hotel Yue Shanghai pada akhir tahun 2009, Roger dapat menyesuaikan

diri sekaligus menjadi ahli penting dalam hotel. Sebagai Ketua Jurutera, tanggungjawab utama Roger adalah memastikan peralatan dan operasi hotel berada di tahap yang terbaik pada setiap masa untuk memastikan pengalaman manis pengunjung ketika menginap di hotel Yue Shanghai.

Beliau telah berjaya menggerakkan pasukan pra-pembukaan hotel dengan membuat transformasi daripada sebuah pangsapuri servis kepada sebuah hotel yang ada seperti sekarang dalam jangka waktu yang sangat singkat.

“Ia adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, bekerja sebagai satu pasukan, kami bertungkus lumus berusaha untuk mencapai objektif menyerahkan hotel yang sempurna dalam tempoh kurang daripada 3 bulan,” jelas Roger.

Tambah beliau, “Cabaran semakin terasa apabila pelbagai aktiviti berjalan pada waktu yang sama dimana pengambilan pekerja yang berterusan, latihan teknikal dan verifikasi kerosakan yang diperlukan dari kami. Apa yang saya belajar daripada pengalaman ini adalah semangat kerjasama dan berpasukan merupakan rahsia kejayaan kami.”

Beliau yang sentiasa menunjukkan sikap positif dan kualiti kerja cemerlang turut memberi galakan kepada ahli pasukan beliau supaya mengamalkan sikap proaktif dalam menjalankan tugas.

“Berada di dalam industri hospitaliti, kita perlu meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan dan mengurangkan perbelanjaan untuk menggantikan peralatan dan jentera,” katanya. Beliau juga amat menggalakkan latihan pembangunan kemahiran untuk ahli pasukannya.

“Saya percaya bahawa kita perlu menggalakkan latihan antara jabatan-jabatan yang berbeza supaya para pekerja akan lebih memahami

bagaimana sesebuah organisasi berfungsi, serta menggalakkan mereka untuk menjalankan latihan teknikal yang diperakui, agar boleh berkembang maju dalam profesion mereka,” katanya.

Sehingga kini, Roger telah diundi sebanyak dua kali sebagai ‘Manager of the Year’ Hotel Yue Shanghai pada tahun 2010 serta tahun berikutnya. Pengiktirafan ini diberikan kepada beliau berdasarkan pengurusan yang memberangsangkan dalam perbelanjaan HLP dan pembangunan pekerja melalui bengkel dan latihan sehingga 30% di kalangan ahli pasukan beliau sekaligus meningkatkan peluang pekerjaan.

“Sejujurnya, anugerah dan penghormatan ini kepunyaan ahli pasukan saya, tanpa sokongan dan semangat berpasukan

mereka, saya tidak akan mampu memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.” jelasnya.

Beliau percaya bahawa pengekalan kakitangan adalah bahagian penting untuk kos dan pengurusan perniagaan. “Komunikasi terbuka dengan ahli pasukan adalah perlu untuk menggalakkan mereka, selain itu pencapaian cemerlang dalam menjalankan tugas mereka perlu diiktiraf,” katanya lagi.

5

Jurutera kesempurnaan

Roger ChenKetua Jurutera

Yue Shanghai Hotel

Kenali Lebih Dekat

Page 6: KHI Pulse: Feb Issue (BM)

6

The Mercer memenangi Anugerah Perusahaan CemerlangThe Mercer telah diiktiraf oleh ‘Hong Kong Business High Flyers’ sebagai antara Perusahaan Cemerlang (Outstanding Enterprises) bagi tahun 2011. Anugerah ‘Hong Kong Business High Flyers’, telah dianugerahkan pada 17 Januari oleh Majalah Perniagaan Hong Kong untuk mengiktiraf industri-Perusahaan Terkemuka yang menawarkan produk dan perkhidmatan inovatif yang luar biasa.

Satu lagi pencapaian yang amat membanggakan apabila Dorsett Regency Kuala Lumpur dinobatkan sebagai pemenang bagi Anugerah ‘Gullivers Travel Associates (GTA) Top Hotel Partner award 2011’ bagi kategori hotel empat bintang.

GTA, sebuah badan bertaraf dunia yang menyediakan perkhidmatan tempahan hotel, pakej-pakej percutian dan perkhidmatan yang berkaitan dengan perjalanan.

KHI memenangi Anugerah Cemerlang Perusahaan Quamnet.(Quamnet Outstanding Enterprise Award)Kosmopolito Hotels International (KHI) telah dikurniakan Anugerah cemerlang- Perusahaan Terkemuka (Hotel) 2011 di majlis Anugerah Cemerlang Perusahaan Quamnet. Objektif Anugerah Cemerlang Perusahaan Quamnet adalah untuk mengiktiraf dan menghargai perniagaan yang telah menunjukkan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan.

Berkongsi pandangan mengenai anugerah itu, Presiden dan Pengarah Eksekutif KHI, Winnie Chiu berkata,

“Kami teruja dikurniakan anugerah berprestij ini. Saya percaya terdapat tiga sebab utama kami dikategorikan sebagai sebuah syarikat yang tumbuh dengan pesat; Pertama, kita dapat mengenalpasti hartanah yang hebat untuk menjalankan operasi hotel. Kedua, kami mempunyai pasukan pengurusan yang cemerlang untuk melaksanakan operasi hotel. Akhir sekali, kami memenuhi apa yang dikehendaki oleh pelanggan-pelanggan kami.”

Dorsett Regency Kuala Lumpur memenangi ‘GTA Top Hotel Partner Award 2011’

Yang Terbaru di KHI

http://www.kosmohotels.com/blog

www.4-traders.comwww.noodls.com

http://www.kosmohotels.com/blog

Klik di sini untuk maklumat lanjut

Klik di sini untuk maklumat lanjut

Klik di sini untuk maklumat lanjut

Page 7: KHI Pulse: Feb Issue (BM)

27

Bekerja keras untuk penjenamaan

of Kent (Duchess of Kent Children’s Hospital)Untuk menyampaikan mesej kasih sayang kepada masyarakat terutamanya yang kurang bernasib baik, kakitangan KHI telah melawat Hospital Kanak-Kanak Duchess of Kent di Sandy Bay, Hong Kong, dan memberikan hadiah Krismas kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan.

Presiden dan Pengarah Eksekutif KHI, Winnie Chiu berkata, “Lawatan ini membantu mengukuhkan tanggungjawab sosial korporat KHI dan kami berharap lebih banyak lawatan akan dianjurkan pada masa akan datang.”

Dari Kanta Lensa

KHI melawat Hospital Kanak-Kanak Duchess

Terbang Tinggi di Tahun NagaDi KHI serta kumpulan hotel, kami berbangga dengan rakan sekerja yang mempunyai pelbagai bakat dan kemahiran. Di Dorsett Regency Wuhan, Pegawai keselamatan Yu Yunlong telah menunjukkan bakat beliau yang kreatif dengan lakaran seekor naga,bertepatan dengan Tahun Naga. Lukisan yang beliau hasilkan adalah sebagai salah satu cara untuk menyampaikan ucapan selamat Tahun Baru Cina daripada Dorsett Regency Wuhan kepada semua di KHI.

“Punca kejayaan sesuatu jenama adalah produk atau perkhidmatan yang hebat,bersandarkan perancangan yang teliti, kekuatan komitmen jangka panjang,

dan reka bentuk kreatif serta pelaksanaan pemasaran.Sebuah jenama yang kukuh memerlukan kesetiaan pengguna. “

“Pengurusan Pemasaran”, Phillip Kotler,PhD., Northwestern University, Professor of International

Marketing, Kellogg School of Management

Ahli pasukan dari Pejabat Korporat KHI dan Pengurus Besar Kumpulan Hotel telah menghadiri satu bengkel penjenamaan baru-baru ini. Bengkel tersebut dikendalikan oleh Rhiannon Thomas dan Zee Wong dari Fitch Singapura. Objektif bengkel ini adalah untuk membezakan identiti dan ‘DNA’ daripada empat jenama yang dikendalikan oleh KHI, iaitu Boutique Series by Kosmopolito, Grand Dorsett, Dorsett Regency Hotel & Resort dan Hotel Silka.

Hasil daripada bengkel yang dijalankan, Fitch Singapura akan mengenal pasti dan merangka strategi pemasaran dan penjenamaan jangka panjang untuk KHI. Dijadualkan akan dilancarkan pada bulan Mac 2012, komponen utama strategi ini bertujuan untuk membantu KHI dan kumpulan hotel untuk lebih dikenali dan mempunyai pasaran yang lebih kukuh dalam industri hospitaliti dan pelancongan, yang akhirnya akan membolehkan KHI mencapai wawasan menjadi satu jenama yang terkesan di hati pengguna di peringkat global.

Yang Terbaru di KHI

Page 8: KHI Pulse: Feb Issue (BM)

8

Dorsett Regency, Hong Kong panduan masa depan bakal ‘hotelier’.

Menyebarkan kegembiraan Krismas, cara Grand Dorsett Labuan Apabila tibanya waktu perayaan, sudah menjadi tradisi di Grand Dorsett Labuan untuk melawat mereka yang kurang bernasib baik. Pada sambutan Hari Krismas yang lalu, Grand Dorsett Labuan melawat Hospital Besar Labuan untuk menggembiraan kanak-kanak, warga tua dan pesakit.

Pengurus Besar hotel, Hubert Wilfred, dan Pengarah Jualan dan Pemasaran, Wan Paris bersama-sama dengan rakan sekerja mengedarkan beg hadiah yang dipenuhi dengan juadah dan biskut-biskut Krismas kepada pesakit di hospital.

Grand Dorsett Subang meluangkan masa dengan kanak-kanak istimewa.

Dorsett Regency Kuala Lumpur menceriakan warga tua

Grand Dorsett Subang bersama-sama dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) – bahagian Selangor menjadi tuan rumah kepada 25 kanak-kanak dan petugas daripada

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, Dorsett Regency Kuala Lumpur menjadi tuan rumah jamuan makan tengah hari Tahun

Dari Kanta Lensa

Baru Cina untuk 56 orang warga emas yang berusia antara 60 hingga 90 tahun di Rumah Orang Tua, Ampang pada 19 Januari 2012.

RM1, 000 kepada Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Hulu Langat yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Persatuan ini mengendalikan pusat latihan harian untuk kanak-kanak yang menghidapi cabaran mental dan fizikal disebabkan oleh faktor keturunan, komplikasi sebelum atau selepas bersalin.

Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Hulu Langat. Majlis ini dimeriahkan dengan pertunjukan silap mata, permainan dan

pemberian pelbagai hadiah.Persatuan Hotel Malaysia (MAH) – bahagian Selangor juga mengambil kesempatan untuk menyerahkan cek bernilai

Antara komitmen yang diberikan oleh KHI adalah untuk melatih dan membangunkan generasi masa depan ‘hotelier’. Dorsett Regency, Hong Kong telah menjadi tuan rumah kepada pelajar-pelajar dari Institut Pendidikan Vokasional Hong Kong pada Januari lepas.

Dengan kerjasama daripada Jabatan Sumber Manusia, pelajar-pelajar yang mengambil jurusan Pengurusan Hospitaliti berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat operasi dan pengurusan hotel oleh Dorsett Regency, Hong Kong.

Page 9: KHI Pulse: Feb Issue (BM)

29

Christina menyertai Kosmopolito Hotels International (KHI) pada tahun 2001 dan merupakan Pengurus Besar Dorsett Regency Kuala Lumpur.Di bawah kepimpinan beliau yang dinamik, Dorsett Regency Kuala Lumpur telah dianugerahkan pelbagai pengiktirafan. Terbaru, hotel ini telah memenangi Anugerah Pelancongan Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi tahun 2011 (Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Award for Excellence 2011) dan ‘Global Emerging Knowledge Award’ 2009.

Di samping portfolio beliau sebagai Pengurus Besar Dorsett Regency Kuala Lumpur, Christina juga menyelia Silka Johor Bahru dan Silka Maytower Hotel & Serviced Residences, kedua-duanya terletak di Malaysia.

Dengan lebih 24 tahun pengalaman dalam industri perhotelan, Christina telah dianugerahkan ‘Top 10 General Manager of the Year Award’ di Anugerah Asia Platinum Hospitaliti 2010-2012, dan ‘Anugerah Kepimpinan Berwawasan’ (Visionary Knowledge Leadership Award) pada tahun 2009.

Berpusat di pejabat korporat KHI di Hong Kong, Ben bertanggungjawab untuk menyelia kewangan korporat dan operasi, cukai, perbendaharaan, hubungan pelabur dan pengurusan risiko untuk KHI dan pemilikan hotel. Beliau juga bertanggungjawab bagi merancang strategi jangka panjang dan jangka pendek serta model operasi kewangan dengan tumpuan khusus untuk memaksimakan kewangan dan kecekapan.

Ben mendapat Ijazah Sarjana dari University of Strathclyde, Scotland dan

Belinda menyertai KHI pada tahun 2011 dan kini merupakan Pengurus Besar Dorsett Regency, Hong Kong. Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 33 tahun dalam bidang perhotelan serta berpengalaman luas khususnya dalam bidang jualan dan pemasaran serta operasi ‘Front Office’.

Beliau memperolehi ‘Higher Certificate on Superintendent Senior Management’ dari ‘Hong Kong Management Association’ serta mempunyai sijil dan program latihan dari University of Hawaii, Chinese University of Hong Kong dan The Hong Kong Ethics Development Centre.

Selain daripada menguruskan Dorsett Regency Hong Kong, Belinda turut menyelia Dorsett Regency Kwun Tong, Hong Kong, yang dijadualkan dibuka pertengahan Mac tahun ini.

Berpengalaman lebih daripada 10 tahun dalam industri perhotelan, Leslie menyertai KHI pada tahun 2011 sebagai Pengurus Besar Dorsett Regency Wuhan, China.

Beliau telah banyak bekerjasama dengan kumpulan pengurusan rangkaian hotel antarabangsa dan menjalinkan hubungan yang erat dengan badan-badan kerajaan, pentadbiran pelancongan dan organisasi media sepanjang kerjayanya dalam industri ini.

Sebelum memegang jawatan Pengurus Besar, Leslie merupakan Timbalan Pengurus Besar Best Western C-Bank Hotel di Wuhan, China.

Leslie WanPengurus Besar

Dorsett Regency Wuhanleslie.wan @ dorsettregency.com

Berpusat di pejabat korporat KHI di Malaysia, Kenneth bertanggungjawab bagi rekabentuk grafik dan idea kreatif untuk pejabat korporat dan kumpulan hotel. Beliau merupakan seorang

graduan dari Saito Academy of Graphic Design, Malaysia. Kenneth mempunyai lebih daripada

16 tahun pengalaman dalam bidang kreatif.

Cynthia Li, Penganalisis Pengurusan Hasilcynthia.li @ kosmopolito.com

Berpusat di pejabat korporat KHI di Hong Kong, Cynthia bertanggungjawab untuk menganalisis data pemasaran dan laporan pengurusan hasil. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan dalam Pengurusan Hotel & Pelancongan dari The Chinese University of Hong Kong.

Penggerak Maju

Berita Pekerja

Kenneth Fan, Pereka Kreatifkenneth.fan @ kosmopolito.com

Christina TohPengurus Besar

Kumpulan Hotel, KHI Malaysia

christina.toh @ dorsettregency.com.my

Belinda FungPengurus Besar

Dorsett Regency Hong Kongbelinda.fung @ dorsettregency.com

merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda dari University of Hong Kong. Beliau telah dianugerahkan Biasiswa Hong Kong Rhodes pada tahun 1989 dan mempunyai lebih daripada 18 tahun pengalaman dalam bidang kewangan.

Ben ChengKetua Pegawai Kewangan

ben.cheng @ kosmopolito.com

Page 10: KHI Pulse: Feb Issue (BM)

10

Penasihat Penerbitan: Kattie HooPengarang: Christopher TanPenyumbang: Vivian Lo Carman Choy Tan May Lee Nurul Ashikin NajibPereka: Kenneth Fan

Pasukan editorial KHI Pulse ingin menyampaikan penghargaan khas kepada pihak pengurusan KHI atas sokongan dan galakan untuk merealisasikan risalah ini. Jutaan terima kasih kepada semua Pengurus Besar Hotel atas sumbangan artikel dan berita. Tidak dilupakan, individu-individu yang membantu dan berusaha untuk menjadikan KHI Pulse suatu kenyataan.

Selamat membaca!

Perkhidmatan disertai senyuman

Zuji yang sentiasa tersenyum dan bersedia untuk memberi perhatian kepada keperluan tetamu berkhidmat di Dorsett Regency, Hong Kong. Kemahiran perkhidmatan pelanggan yang beliau praktikkan menjadikan beliau sering menerima pujian daripada para tetamu. Ini adalah contoh, lambang kesempurnaan kepada perkhidmatan pelanggan yang berkualiti.

Selain daripada mempunyai tanggungjawab tinggi terhadap pekerjaan, Zuji juga terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti hotel, termasuk fotografi untuk video korporat serta membantu membentuk imej yang mesra dan positif bagi hotel.

Zuji CheungAgen Kanan Perkhidmatan Tetamu/Front Office Dorsett Regency, Hong Kong

Tetamu sentiasa dihati

Bukannya setiap hari anda dapat berjumpa dengan pegawai keselamatan yang cekap dan berdisiplin, tetapi juga berbakat dalam tarian.Dikenali sebagai penari yang hebat dan seorang biduan di kalangan rakan sekerja Grand Dorsett Labuan, Musa merupakan seorang individu yang aktif, adil dan berbakat.Beliau sanggup bekerja keras untuk memastikan keselamatan tetamu dan hotel terjamin. Kejujuran dan keikhlasan beliau dalam menjalankan tugas telah melayakkan beliau untuk menerima beberapa anugerah. Antara anugerah yang beliau terima adalah:

• ‘Heart of the House’ Star Employee (Dorsett Affair 2010- suku ke-4). • Star Employee of the Year (2010).• Star Employee (Dorsett Affair 2011- suku ke-3)Kejujurannya terbukti dengan kejadian pada 6 September 2011 apabila beliau

telah menjumpai sebuah dompet yang mengandungi sejumlah wang tunai Malaysia dan Amerika di kawasan anjung hotel. Selepas melaporkan kejadian itu kepada pihak pengurusan, beliau berusaha untuk mencari pemilik yang merupakan tetamu hotel. Syabas Musa kerana menunjukkan contoh terbaik yang menjadi salah satu elemen penting dalam nilai teras kami. Kejujuran!

Pegawai Keselamatan yang handal menari

Pelisa GairisPelayan Makanan & MinumanGrand Dorsett Labuan

Kenali Lebih Dekat

Musa PunanPegawai

keselamatanGrand

Dorsett Labuan

KHI Pulse • Pasukan editorial

Pelisa Gairis dikenali oleh rakan sekerja sebagai seorang yang peramah dan mesra. Beliau disukai di Grand Dorsett Labuan kerana mempunyai etika kerja yang sangat baik.Beliau juga seorang yang positif dan

ringan tulang dalam membantu rakan sekerja dan para tetamu.Sejak bekerja di hotel Grand Dorsett Labuan pada Oktober 2009, beliau telah

menjadi aset penting kepada pihak hotel. Beliau telah menunjukkan keupayaan untuk berinteraksi dengan tetamu, sikapnya yang teliti dalam memastikan para tetamu diberikan perkhidmatan terbaik membolehkan beliau sering disebut dalam borang kaji selidik yang dijalankan oleh pihak hotel. Pelisa juga telah memenangi banyak pengiktirafan dalam masa yang singkat dengan anugerah:

• ‘Front of the House’ Star Employee (Dorsett Affair 2009-suku ke-4).• Star Employee (Dorsett Affair 2010- suku ke-2 ).• Star Employee of the Year (2010).