persepsi terhadap penerapan kemahiran generik … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan...

25
PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DI NEGERI PAHANG AIDA YUSNITA BINTI MD. KEYA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vanbao

Post on 02-May-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN

PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DI NEGERI

PAHANG

AIDA YUSNITA BINTI MD. KEYA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

 

Page 3: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

ii 

 

Page 4: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

iii 

 

PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN

PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DI NEGERI

PAHANG

AIDA YUSNITA BTE MD.KEYA

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan serta Teknologi (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Januari 2012

Page 5: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

iv 

 

Page 6: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

 

Dedikasi

Ku abadikan dedikasi ini teristimewa buat….

Ayahanda dan bonda

Kaulah permulaan perjalanan hidup bagiku..

Doa dan restu kalian sering ku dambakan…

Dalam perjalanan dan titian menuju puncak kejayaan…

Segala jasa dan pengorbanan kalian… akan ku kenang sehingga ke akhir hayat

Buat semua pensyarahku

Jasa dan pengorbananmu tetap ku kenang…

Dalam mendidik dan mendorongku ke jalan yang terang…

Buat teman seperjuangan

Pertemuan membawa rahmat… perpisahan menjadi adat…

Namun kita tetap sahabat dunia dan akhirat…

Semoga kejayaan terus mekar mengiringi perjalanan kita di hari depan…

Page 7: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

vi 

 

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji – pujian kehadrat Allah SWT, Tuhan yang mentadbir sekalian

alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Setinggi syukur

dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan hidayah dariNya dapat saya

menyiapkan dan menyempurnakan laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Pertamanya, jutaan penghargaan diucapkan kepada Encik Hassan bin Hushin selaku

penyelia yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat, buah fikiran serta kata – kata

semangat dalam usaha saya menyiapkan laporan ini.

Setinggi – tinggi tahniah juga diucapkan khas buat ayahandaku Md.Keya bin Mansor dan

bondaku Khatijah binti Deris, jasa dan pengorbanan yang telah ditaburkan kalian sentiasa meniti

dalam doa kudusku setiap masa.

Ucapan terima kasih juga buat rakan – rakan seperjuangan yang turut membantu dan

memberikan pandangan serta pendapat sepanjang tempoh menyiapkan laporan ini. Akhir kata,

kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, terima kasih

diucapkan. Semoga Allah melipatgandakan pahala amalan kalian seterusnya dikurniakan rahmat

kejayaan di dunia dan akhirat, Aamin.

Sekian, wassalam.

Page 8: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

vii 

 

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap penerapan

kemahiran generik di kalangan pelajar tingkatan empat sekolah menengah vokasional di

Negeri Pahang. Ia merangkumi tiga aspek dalam kemahiran generik yang ditekankan

iaitu Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan dan Kemahiran

Berfikir Secara Kreatif dan Kritis. Satu set soal selidik telah diedarkan kepada 100 orang

responden yang terdiri daripada pelajar – pelajar tingkatan empat sekolah menengah

vokasional di Pahang. Set soal selidik mengandungi 36 item telah diedarkan kepada

responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus

dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS)

15.0 for windows. Nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach ialah α = 0.806. Secara

keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi terhadap penerapan

kemahiran generik di kalangan pelajar sekolah menengah vokasional berada di tahap

tinggi. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak –

pihak tertentu. Kajian lanjutan juga turut dikemukakan untuk tujuan penyelidikan pada

masa akan datang.

Page 9: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

viii 

 

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the perceptions of adoption of generic

skills among form four students at vocational school in Pahang. In addition, it covers

about three aspects of generic skills that emphasized such as communication skills,

teamwork skills and creative and critical thinking skills. Questionnaires was distributed to

100 respondents from vocational school students in the district of Pahang who are

studying in form four. The questionnaires which contain 36 items were distributed to the

respondents and analyzed descriptively to obtain the frequency value, percent and mean

by using Statistical Package for Social Science (SPSS) 15.0 for Windows. The value of

Alpha Cronbach obtained was α = 0.806. The results showed that the perceptions of

generic skills adopted among vocational school students was high level. At the end of the

study, the researcher has proposed several suggestions to the related parties. The

researcher concluded by providing a few recommendations for further study.

Page 10: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

ix  

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAKUAN PEMBIMBING ii

JUDUL iii

PENGAKUAN PENULIS iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

ISI KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 5

1.2 Penyataan Masalah 8

1.3 Objektif Kajian 9

1.4 Persoalan Kajian 9

1.5 Kepentingan Kajian 10

1.5.1 Sekolah Teknik dan Vokasional 10

1.5.2 Guru 11

Page 11: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

x  

1.5.3 Pelajar 11

1.6 Batasan Kajian 11

1.7 Definisi Operasional 12

1.7.1 Kemahiran 12

1.7.2 Generik 13

1.7.3 Penerapan 13

1.7.4 Pelajar 13

1.7.5 Komunikasi 14

1.7.6 Kerja Kumpulan (Teamworks) 14

1.7.7 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 14

dan Kritis

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 15

2.1 Konsep Kemahiran Generik 16

2.2 Kepentingan Kemahiran Generik 18

2.3 Kemahiran Generik Dalam Pendidikan 20

2.4 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis 21

2.5 Kemahiran Bekerja Dalam Kumpulan 25

2.5.1 Saling Pergantungan Secara Positif 27

2.5.2 Interaksi Dalam Kumpulan 28

2.5.3 Saling Menghormati Antara Rakan Kerja 28

2.6 Kemahiran Komunikasi 29

2.7 Kesimpulan 31

Page 12: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

xi  

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 33

3.1 Rekabentuk Kajian 34

3.2 Populasi dan Persampelan Kajian 35

3.3 Tempat Kajian 36

3.4 Instrumen Kajian 37

3.5 Prosedur Kajian 40

3.6 Kajian Rintis 41

3.7 Analisis Data 43

3.8 Kesimpulan 44

BAB 4 ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 45

4.1 Bahagian A 46

4.1.1 Jantina 46

4.1.2 Bangsa 47

4.1.3 Kediaman 48

4.1.4 Jenis Kursus 49

4.1.5 Jenis Sekolah Terdahulu 50

4.2 Bahagian B 51

4.3 Bahagian C 54

4.4 Bahagian D 56

4.5 Kesimpulan 58

Page 13: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

xii  

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.0 Pengenalan 59

5.1 Perbincangan 60

5.1.1 Perbincangan Latar Belakang 60

Responden

5.1.2 Perbincangan Bahagian B, C dan D 61

5.1.1.1 Tahap Penerapan Pelajar 62

Terhadap Kemahiran Komunikasi

Dalam P&P

5.1.1.2 Tahap Penerapan Pelajar 63

Terhad Kemahiran Bekerja Dalam

Kumpulan Semasa Sesi P&P

5.1.1.3 Tahap Penerapan Pelajar 65

Terhadap Kemahiran Berfikir Secara

Kreatif dan Kritis Dalam P&P

5.2 Cadangan 67

5.2.1 Pelajar 67

5.2.2 Guru 68

5.2.3 Ibu bapa 68

5.2.4 Pihak Sekolah 69

5.3 Rumusan 70

5.4 Kajian Lanjutan 71

5.5 Kesimpulan 72

BIBLIOGRAFI 73

LAMPIRAN A-B

Page 14: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

xiii  

SENARAI JADUAL

NO. RAJAH

Jadual 3.1

Jadual 3.2

Jadual 3.3

Jadual 4.1

Jadual 4.2

Jadual 4.3

Jadual 4.4

Jadual 4.5

Jadual 4.6

Jadual 4.7

Jadual 4.8

TAJUK

Jadual Pemilihan Responden Mengikut

Kursus/Aliran dan Sekolah

Pecahan Item Soal Selidik Kajian

Skala Likert Lima Mata

Taburan Responden Mengikut Jantina

Taburan Responden Mengikut Bangsa

Taburan Responden Mengikut Jenis Kediaman

Taburan Responden Mengikut Jenis Kursus

Taburan Responden Mengikut Jenis Sekolah

Terdahulu

Peratusan Rumusan Analisis Data Bahagian B

Peratusan Rumusan Analisis Data Bahagian C

Peratusan Rumusan Analisis Data Bahagian D

HALAMAN

36

39

40

46

47

48

49

50

52

54

56

Page 15: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

xiv  

SENARAI SINGKATAN

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

KBKK - Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis

Page 16: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

xv  

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Kebenaran Daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Page 17: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

  

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Kemahiran generik merupakan kemahiran bukan teknikal yang sangat

penting dalam pembangunan diri, sahsiah dan juga kehidupan pelajar. Ianya

amat berguna dalam melahirkan pelajar yang mempunyai keterampilan diri

yang tinggi dan berdaya saing secara sihat. Pelajar yang mempunyai

penerapan kemahiran generik yang baik akan menjadi generasi yang

cemerlang, gemilang dan terbilang. Dalam kajian yang telah dijalankan oleh

National Centre for Vocational Education Research (2003), kemahiran

generik mencakupi pelbagai bidang, antaranya adalah kemahiran asas,

kemahiran berkaitan insan, kemahiran berfikir, kemahiran peribadi,

kemahiran berkaitan perniagaan dan kemahiran berkaitan kemasyarakatan.

Kemahiran ini adalah bersifat fungsional dan adaptif untuk menjadikan

seseorang itu cekap dan produktif.

Page 18: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

2  

Kearns (2000) telah mendefinisikan kemahiran generik sebagai

kemahiran yang boleh digunakan merentasi sebilangan besar pekerjaan yang

pelbagai. Manakala menurut Yahya (2002), kemahiran generik ataupun

kemahiran employability adalah berkaitan kemahiran atau kualiti individu

yang diperlukan oleh para majikan industri terhadap pekerja yang akan

melibatkan diri dalam industri kelak. Selain itu kemahiran generik juga boleh

ditakrifkan sebagai kemahiran asas yang diperlukan untuk mendapatkan,

mengekalkan dan melakukan kerja dengan baik (Robinson, 2000).

Seiring dengan kualiti yang diharapkan, kemahiran generik perlu

diaplikasikan ke dalam pembelajaran. Menurut Azalya (2005), kemahiran

generik diperlukan oleh seorang pelajar untuk mengadaptasikan diri dengan

pelbagai situasi dan sekaligus dapat melahirkan seorang pelajar yang

berkualiti dalam semua bidang. Selain itu kemahiran generik adalah satu

kemahiran umum selain kemahiran teknikal dalam bidang pengkhususan

masing-masing yang diperlukan oleh seseorang untuk menjadikannya

individu yang berkebolehan dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi

secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu

menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad, 2004).

Dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan

telah memperkenalkan matapelajaran Vokasional di sekolah. Subjek teknikal

ini memerlukan penerapan kemahiran generik yang cukup kerana pelajar

banyak berhadapan dengan kerja amali yang menuntut mereka untuk

berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan, menyelesaikan masalah, dan

beberapa elemen kemahiran generik yang lain. Sekolah berfungsi sebagai

institusi pendidikan formal yang berperanan mendidik pelajar bukan sahaja

dalam penguasaan ilmu akademik dan kebolehan intelektual tetapi juga

mempastikan pelajar memiliki tahap moral diri dan kemahiran sosial yang

mantap dan berkualiti.

Page 19: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

3  

Maka adalah menjadi satu tanggungjawab kepada pihak sekolah

untuk membentuk kemahiran generik yang baik dalam diri setiap pelajar.

Kecemerlangan dalam kurikulum akan dapat dicapai sekiranya pelajar

memiliki kualiti disiplin dan sahsiah diri yang cemerlang.

Manakala menurut Kartini (2002), guru juga perlu menguasai

kemahiran generik untuk diterapkan dalam pedagogi pembelajaran bestari

seperti kemahiran komunikasi, kemahiran menggunakan teknologi,

kemahiran menaksir dan berfikir secara kreatif dan inovatif. Menurut Menteri

Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pelajar perlu memperlengkapkan diri

bukan sahaja dengan kemahiran profesional tetapi kemahiran generik. Beliau

berkata, kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah atau

menghasilkan sesuatu yang bermanfaat melalui cetusan daya kreativiti dan

inovasi yang amat diperlukan oleh negara bagi memacu ekonomi

berpendapatan tinggi. Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran untuk

berhujah dan mengutarakan pandangan atau cadangan yang bernas untuk

diterima pihak lain. Kemahiran penting itu boleh dibina dan dimantapkan

melalui pembabitan dalam program diskusi atau wacana awam yang

dijalankan (Berita Harian, 2010). Dengan cara ini, masyarakat pelajar di

negara ini bukan sahaja akan dapat mengasah bakat kepimpinan tetapi

menajamkan daya fikir secara objektif dan rasional dalam menangani sesuatu

isu. Kesannya pelajar dapat mengelak daripada terjerat dalam perangkap

persepsi atau emosi yang mengaburi pandangan mereka tentang sesuatu isu.

Dalam penulisan Yahya (2005), beliau menyatakan bahawa pada hari

ini kerajaan amat memberikan penekanan dan perhatian yang tinggi kepada

bidang pendidikan teknik dan vokasional. Kementerian Pelajaran Malaysia

turut menggariskan beberapa tujuan pendidikan teknik dan vokasional antara

yang paling utama adalah untuk membentuk kemahiran, kebolehan, sikap,

tabiat kerja, dan tanggungjawab dalam diri pelajar supaya dapat digunakan

dengan lebih berfaedah dan produktif.

Page 20: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

4  

Dengan pendidikan dan corak latihan yang tersusun, tenaga manusia

dapat dilatih dengan kemahiran dan juga ilmu pengetahuan yang diperlukan

dalam industri seperti kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan

masalah, berfikir secara kreatif dan kritis, kerja berkumpulan dan sebagainya

(PKK 1991-2000).

Selain itu Kementerian Pendidikan telah mengambil inisiatif dengan

menggubal semula sistem pendidikan terutamanya sistem Pendidikan Teknik

dan Vokasional kerana bidang pendidikan ini merupakan pengeluar utama

sumber tenaga manusia dalam bidang teknikal untuk keperluan industri. Jelas

menampakkan bahawa fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional bertujuan

melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran luaran dan dalaman diri

yang seimbang. Sehubungan dengan itu, kemahiran generik turut diserapkan

ke dalam diri para pelajar supaya mereka bukan hanya cemerlang dalam

bidang akademik, malah mempunyai sahsiah diri yang baik. Berpandukan

pula kepada kajian yang dijalankan oleh Adibah (2005), beliau menggariskan

beberapa elemen yang turut terkandung dalam konteks kemahiran generik,

iaitu:

i. Kemahiran hidup yang amat diperlukan untuk kerjaya dan

personal

ii. Kemahiran yang boleh digunakan secara am semasa di tempat

kerja

Page 21: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

5  

Kurikulum di Sekolah Teknik dan Vokasional perlu diperbaharui

dengan mengambil kira kepentingan kemahiran asas dan kemahiran generik

seperti cara berkomunikasi, budaya kerja dalam kumpulan, teknik menjana

idea yang kreatif dan elemen kemahiran generik yang lain (Buletin P&P,

UTM, Edisi Jun 2004). Dalam konteks pendidikan, kemahiran generik adalah

kemahiran utama yang perlu ada pada diri pelajar dalam melaksanakan tugas

dengan sempurna. Penerapan kemahiran ini akan membantu pelajar untuk

berhadapan dengan bidang pekerjaan kelak (Ab. Rahim, 2000).

1.1 Latar Belakang Masalah

Sebagaimana yang sedia maklum, kemahiran generik merupakan satu

intipati yang penting dalam menjana jati diri dan pembangunan sahsiah diri

pelajar. Individu yang mempunyai penerapan kemahiran generik yang

sempurna mampu untuk menjalani kehidupan dengan baik. Berbanding

dengan individu yang kurang diterapkan dengan kemahiran generik, mereka

tidak mempunyai kebolehan untuk bertindak dengan lebih rasional dan

matang. Kemahiran generik mampu menjadikan seseorang individu lebih

cekap, yakin diri dan berwawasan tinggi. Selaras dengan matlamat

Pendidikan Teknik dan Vokasional iaitu untuk menyediakan sumber manusia

kepada negara (Yahya, 2005). Para guru perlu memainkan peranan penting

dalam menerapkan elemen kemahiran generik kepada pelajar. Ini kerana guru

adalah kelompok yang paling hampir dengan pelajar setelah ibu bapa pelajar

itu sendiri.

Page 22: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

6  

Selain itu, Pendidikan Teknik Dan Vokasional sebenarnya merupakan

laluan inisiatif kepada pelajar-pelajar lepasan Peperiksaan Menengah Rendah

(PMR) yang memperolehi keputusan sederhana dan rendah. Malah tidak

dapat dinafikan bahawa sebilangan besar daripada pelajar yang tamat

pendidikan di Sekolah Menengah Vokasional akan terus melibatkan diri

dalam dunia pekerjaan. Zaman kini sudah memasuki era k-ekonomi di mana

pihak industri menuntut pekerja yang berkemahiran dan mempunyai

penekanan kemahiran generik juga. Sehubungan dengan itu, untuk

melahirkan golongan pelajar yang mempunyai tahap penerapan kemahiran

generik yang tinggi, maka tenaga pengajar iaitu guru itu sendiri perlu

melengkapkan diri dengan pengetahuan terkini yang berorientasikan industri

dan pekerjaan. Kualiti kurikulum dan tenaga pengajar amat mempengaruhi

ketrampilan pelajar (Tetty Henney Zulkifli dan Nik Zaffri, 2000).

Menurut Safarin (2004), pihak pengurusan Teknik dan Vokasional

perlu memberikan penekanan supaya produk yang dihasilkan daripada

institusi ini memenihi keperluan dan kehendak majikan. Maka penerapan

awal kemahiran generik sangat penting kepada kelompok pelajar ini supaya

mereka mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi. Ini dikukuhkan lagi

menerusi laporan penulisan Mohd. Yahya (2003), di mana beliau menyatakan

bahawa perkembangan sektor perniagaan dan perindustrian memerlukan

pekerja yang cekap, mahir, dan berketrampilan.

Menurut Azalya (2003), ilmu pengetahuan yang dipelajari di dalam

bilik darjah tidak mampu melengkapkan pakej pada diri seseorang pelajar

jika tidak disertakan dengan pengetahuan-pengetahuan umum atau generik

lain seperti kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan,

keyakinan diri, berfikir secara kreatif dan kritis dan lain-lain lagi. Jika tidak

mempunyai kemahiran generik, maka pastinya pelajar ini akan berhadapan

dengan masalah apabila memasuki dunia kerjaya.

Page 23: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

7  

Oleh yang demikian, institusi pendidikan memainkan peranan yang

cukup penting dalam memberikan penerapan kemahiran generik kepada para

pelajar (Adibah, 2005). Pusat Perkembangan Kurikulum (2001)

menggariskan bahawa kemahiran generik yang perlu diterapkan dalam diri

pelajar adalah:

i. Kemahiran komunikasi

ii. Kemahiran menggunakan teknologi

iii. Kemahiran merancang dan mengelola aktiviti

iv. Kemahiran bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan

v. Kemahiran menyelesaikan masalah

vi. Kemahiran mengurus, memilih dan menganalisis maklumat

vii. Kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik

viii. Kemahiran memahami budaya

Pelajar hari ini dilihat amat lemah dalam kemahiran komunikasi

(Rahmah, 1999). Sehubungan dengan itu, para guru perlu memikul tugas

untuk mengajar dan menguasai setiap ilmu pengajaran supaya dilihat lebih

yakin dan bermatlamat tinggi (Chan, 2003). Kajian yang dijalankan oleh

Barbara et al. (2002) menunjukkan bahawa pembangunan kemahiran amat

penting dalam perkembangan pendidikan pelajar dan para pendidik perlu

bijak dalam mengintergrasikan kemahiran generik. Mok (2003) pula

berpendapat bahawa penerapan kemahiran generik dalam pengajaran dan

pembelajaran oleh guru bergantung kepada penguasaan kemahiran

mengintergrasikannya di samping kemahiran-kemahiran umum yang lain

seperti kemahiran belajar, kemahiran menilai, dan sebagainya.

Page 24: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

8  

Menurut Muhammad Abdul Rahman (Persatuan Pendidikan Malaysia

2002) kehidupan bergelar sebagai pelajar amat mencabar. Dalam

pemerhatian beliau pelajar yang datang dari golongan keluarga yang

mempunyai taraf hidup yang rendah kurang berkeyakinan diri dan

mempunyai perasaan malu yang tinggi membelenggu diri mereka. Mereka

merasa kurang senang untuk bergaul, tidak suka bersosial dan tidak gemar

berkongsi masalah dengan rakan seperjuangan.

Dalam konteks sekolah, komunikasi ialah proses bagaimana guru

berkongsi pengalaman dengan muridnya, dan begitu juga sebaliknya. Apabila

mereka berkomunikasi, mereka saling menyatakan pengetahuan dan

pengalaman masing-masing dan dengan cara itu, mereka mendapat manfaat

daripada pertukaran tersebut. Namun pelajar hari ini kurang mahir dalam

berkomunikasi. Bukan sahaja pelajar sekolah, malah para mahasiswa dan

mahasiswi di IPT pun turut mengalami keadaan yang sama. Mereka dilihat

tidak mempunyai kemahiran generik yang cemerlang. Malah lebih tepat lagi

mereka tidak mempunyai penerapan kemahiran generik yang baik.

1.2 Penyataan Masalah

Kemahiran generik adalah satu agenda yang tidak pernah dipandang

sepi lebih-lebih lagi dalam sistem pendidikan di negara kita. Pendidikan

Teknik dan Vokasional secara amnya merupakan platform terbaik bagi

pelajar yang mahu memasuki industri pekerjaan yang lebih bercirikan kepada

penguasaan kemahiran berbanding kecemerlangan akademik. Ini bukan

bererti akademik tidak ditekankan, tetapi pemantapan akademik diselaraskan

dengan penguasaan kemahiran generik dalam diri pelajar. Maka berpegang

kepada alasan ini, maka pengkaji merasakan bahawa kajian mengenai

kepentingan penerapan kemahiran generik di kalangan pelajar yang mengikut

aliran pendidikan Teknik dan Vokasional ini mempunyai takrifan yang cukup

Page 25: PERSEPSI TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK … · secara efektif, berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad,

9  

meluas dan banyak yang berkaitan dengannya. Namun dalam kajian ini,

penyelidik hanya akan mengkaji tiga aspek yang terdapat dalam kemahiran

generik yang mana amat berkait rapat dengan diri setiap pelajar iaitu

kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja berpasukan, dan kemahiran

berfikir secara kreatif dan kritis. Pengkaji mendapati ketiga-tiga elemen ini

amat penting untuk dikuasai oleh setiap pelajar di samping elemen – elemen

kemahiran generik yang lain.

1.3 Objektif Kajian

1. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran

komunikasi yang dilaksanakan oleh guru dalam P&P.

2. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran

bekerja berkumpulan yang dilaksanakan oleh guru dalam P&P.

3. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran

berfikir secara kreatif dan kritis yang dilaksanakan oleh guru

dalam P&P.

1.4 Persoalan Kajian

1. Apakah persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran

komunikasi yang dilaksanakan oleh guru dalam P&P?

2. Apakah persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran bekerja

berkumpulan yang dilaksanakan oleh guru dalam P&P?

3. Apakah persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran berfikir

secara kreatif dan kritis yang dilaksanakan oleh guru dalam P&P?