isi kandungan

13
1.0 PENGENALAN Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabang yang luas. Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau pengkajian tentang bentuk-bentuk seni, sebenarnya sejarah seni melibatkan apa-apa jua yang berkaitan dengan kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang pengkarya, pelukis dan pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik, penaung, persepsi, tanggapan, peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat daripada kewujudan karya seni itu. Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam konteks ini, Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus terhasilnya karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana penghasilan karya seni itu turut berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas, justeru itu bidang Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia (Zakaria Ali, 1989; Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996). Aliran Romantisme dan Impressionisme tidak asing lagi dalam sejarah seni barat dan aliran ini akan dianalisis melalui faktor-faktor yang akan diambil berat. Antara faktor-faktor yang akan dianalisis ialah tema, stail, media, teknik yang digunakan dalam kedua-dua aliran ini. Selain itu juga perkara yang akan diambil kira ialah siapa tokoh yang berperanan besar dalam kedua-dua aliran ini dan apakah karya-karya yang telah mereka hasilkan sehinggakan tercetusnya aliran ini yang terkenal di seluruh dunia sehinggalah kehari ini. 2.0 ANALISIS ALIRAN SENI VISUAL BARAT 1

Upload: nazib-kasim

Post on 24-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pengenalan

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANKeluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabang yang luas. Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau pengkajian tentang bentuk-bentuk seni, sebenarnya sejarah seni melibatkan apa-apa jua yang berkaitan dengan kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang pengkarya, pelukis dan pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik, penaung, persepsi, tanggapan, peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat daripada kewujudan karya seni itu.Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam konteks ini, Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus terhasilnya karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana penghasilan karya seni itu turut berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas, justeru itu bidang Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia (Zakaria Ali, 1989; Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).Aliran Romantisme dan Impressionisme tidak asing lagi dalam sejarah seni barat dan aliran ini akan dianalisis melalui faktor-faktor yang akan diambil berat. Antara faktor-faktor yang akan dianalisis ialah tema, stail, media, teknik yang digunakan dalam kedua-dua aliran ini. Selain itu juga perkara yang akan diambil kira ialah siapa tokoh yang berperanan besar dalam kedua-dua aliran ini dan apakah karya-karya yang telah mereka hasilkan sehinggakan tercetusnya aliran ini yang terkenal di seluruh dunia sehinggalah kehari ini.

2.0 ANALISIS ALIRAN SENI VISUAL BARAT2.1 ALIRAN ROMANTISMERomantisme adalah gerakan seni rupa yang muncul pada akhir abad ke-18. Dalam Romantisme unsur emosi lebih diutamakan dari pada fikiran seseorang, akan tetapi pelukis Romantisme menghasilkan karya dengan pelbagai gaya. Romantisme lebih kepada falsafah atau pandangan, aliran ini mendorong orang untuk menghayati perasaan melalui penghayatan panca indera serta lebih mempercayai kemampuan yang ada pada fikiran. Aliran Romantisme muncul dalam beberapa gaya, tetapi di Perancis seni lukis mamaparkan ciri khas Neo-Baroq.Romantisme merupakan corak dalam seni rupa yang berusaha menampilkan unsur fantasi, rasional dan indah. Aliran ini cuba menggambarkan sesuatu dari pandangan sudut yang indah walaupun lukisan tersebut bertemakan tragedi. Pelukis menggambarkan objek yang dilukis itu adakalanya sedikit menyimpang dari kenyataan. Sebagai contoh jika pelukis hendak melukis seseorang bergerak, dia akan gambarkan seolah olah bergerak lincah dan pantas.Wujud untuk membezakannya daripada gaya Neo-Klasisme. Istilah romantisme bukan bermaksud kata asal romance dalam erti kata sebenar, tetapi merujuk kemuliaan, sentiment kepewiraan dan pujian terhadap sesuatu. Romantisme mementingkan idea kebebasan, keadilan , kesamaan dan rasa simpati yang semula jadi terhadap sesuatu. Pelukis aliran menggunakan sejarah, keindahan landskap, alam benda dan kehidupan seharian sebagai subjek catan lukisan mementingkan ketepatan. Warna yang digunakan adalah kelam dan murung seta kesacahaya yang membuatkan karya lebih menarik.a) Lukisan-lukisan romantik cenderung menampilkan : Hal yang menekankan tentang perasaan seseorang sangat ditentang dalam aliran Neo- Klasik Eksotik. Kecantikan dan Keanggunan selalu digunakan dalam lukisan untuk menyentuh perasaan penonton. penggambaran kembali pengalaman atau kenangan romantis diatas keindahan sebuah objek yang dialami oleh pelukis.

b) Ciri-ciri aliran Romantis seperti berikut : Lukisan mengandung cerita yang dahsyat dan emosional. Penuh gerak dan dinamis. Warna bersifat kontras dan meriah. Pengaturan komposisi dinamis. Mengandungi kegetiran dan menyentuh perasaan. Kedahsyatan melebihi kenyataan.

c) Tokoh Romantisme : Eugene Delacroix Theodore Gericault Jean Baptiste Jean Francois Millet

d) Karya RomantismeKARYA BUTIRAN KARYA

Nama Pelukis : Francis de goyaTajuk : The 3rd of MayTahun :1808Bahan dan media : Cat MinyakSaiz : 266 x 406 cm

KARYA BUTIRAN KARYA

Nama pelukis : Eugene DelacroixTajuk : The Death of SardanapalTahun : 1827Bahan dan media : Cat MinyakSaiz : 392 x 496 cmMusee du Louvre, Paris

KARYA BUTIRAN KARYA

Nama pelukis : Eugene DelacroixTajuk : Liberty leading the peopleTahun : 1830Bahan dan media : Cat Minyak

2.2 ALIRAN IMPRESSIONISMEImpressionisme adalah suatu gerakan seni dari abad 19 yang dimulai dari Paris pada tahun 1860an. Nama ini awalnya dikutip dari lukisan Claude Monet, "Impression, Sunrise" ("Impression, soleil levant"). Kritikus Louis Leroy menggunakan kata ini sebagai sindiran dalam artikelnya di Le Charivari.Karakteristik utama lukisan impressionisme adalah kuatnya goresan berus, warna-warna cerah (bahkan banyak sekali pelukis impressionis yang mengharamkan warna hitam kerana dianggap bukan bagian dari cahaya), komposisi terbuka, penekanan pada kualiti pengcahayaan, subjek-subjek lukisan yang tidak terlalu menonjol, dan sudut pandang yang tidak biasa.Seniman impressionisme pada awalnya terinspirasi oleh teori-teori Eugene Delacroix yang mulai merasakan ketidakpuasan terhadap perkembangan seni akademik pada masa itu yang terlalu berkonsentrasi kepada mahzab seni lukis klasik. Ia berpendapat bahawa lukisan tidak selamanya dibentuk dengan pengolahan garis secara berlebihan seperti dikembangkan oleh Inggeris selama bertahun-tahun. Sebaliknya pengolahan pengetahuan warna-warna dengan penuh teliti akan menghasilkan bentuk lukisan yang lebih menarik.Namun Delacroix sendiri boleh dianggap gagal melepaskan diri dari pengaruh pakembangan seni lukis akedemik kerana bagaimanapun lukisannya sendiri masih berkonsentrasikan pada bentuk-bentuk secara ideal.Kemudian beberapa pelukis secara radikal melanggar peraturan-peraturan akademik dalam pembuatan lukisan. Lukisan ini tidak lagi berkonsentrasi pada bentuk secara detail dengan mementingkan kontour, ruang, dan garis. Juga meninggalkan pengamatan struktur bentuk suatu objek. Sebaliknya, suasana didapatkan dengan menangkap kesan (impresi) cahaya yang ditangkap sekilas oleh mata. Akibatnya bentuk objek menjadi lebih sederhana, tidak seperti lukisan naturalisme atau realisme.Pada awalnya tidak hanya lukisan still life dan potret saja yang dibuat di dalam ruangan, tetapi juga pemandangan. Hal inilah yang kemudiannya mendorong seniman impressionisme untuk menemukan bahawa ada kesan yang berbeza didapatkan jika lukisan dibuat di secara terbuka dengan suasana visual langsung bagi mengamati objek yang dibuat. Mereka menggunakan goresan warna-warna pendek, pecah, dan sekaligus murni (dengan erti tidak disengajakan untuk dicampur di atas palet) untuk memberikan nyawa kepada lukisan. Penekanan lukisan kemudian bergeser kepada kesan keseluruhan daripada detail-detail objek tertentu.Perkembangan selanjutnya dari impresionisme adalah penemuan bahawa yang lebih penting daripada teknik impressionisme sendiri adalah perbezaan dalam sudut pandang. Impresionisme sebenarnya adalah seni pergerakan, pose, dan komposisi dari permainan kesan cahaya yang dituangkan dalam warna-warna cerah dan bervariasi.Pada akhir abad 19, masyarakat mulai mempercayai bahawa impressionisme adalah cara pandang yang jernih dan jujur terhadap kehidupan, meskipun secara artisitik bukanlah pendekatan yang benar dalam pembuatan karya.Puncak gerakan seni impresionisme di Perancis terjadi hampir bersamaan dengan di negara lain, antara lain di Itali dengan pelukis Macchiaioli, dan Amerika Syarikat dengan pelukis Winslow Homer. Impressionisme menjadi pelopor berkembangnya aliran-aliran seni modern lain seperti Post-Impresionisme, Fauvisme, and Kubisme.

a) Stail Aliran Impressionisme Seperti Berikut : Aliran Impressionisme menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak dicampur dengan warna hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindih-tindih. Tidak melukis secara detail. Mementingkan keserasian warna/cahaya serta watak-watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat misalnya pagi, petang, malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontan tentang apa yang dilukis.

b) Ciri-Ciri Utama Catan Aliran Impressionisme warna-warna cerah (ada pelukis impresionis yang mengharamkan warna hitam kerana dianggap bukan sebahagian dari cahaya) komposisi terbuka kuatnya goresan berus penekanan pada kualiti pengcahayaan subjek-subjek lukisan yang tidak terlalu menonjol sudat pandangan yang tidak biasa faktor masa adalah sangat penting, maka sapuan berus dilakukan secara spontan dan cepat

c) Tanda-tanda bahwa Impressionisme memiliki ciri-ciri seni modern iaitu: Karya seni yang tidak mengikatkan pada tradisi seni yang lampau atau yang berlaku. Karya seni yang didukung oleh kebebasan dan pengalaman pribadi seniman, kebebasan berekspresi meskipun berdasarkan konsep Impresionisme. Cita rasa seni yang tidak mengikatkan kepada bentuk yang ada di alam. Karya seni yang didukung oleh perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi.

d) Tokoh Impressionisme : Eduard Manet Claude Monet Pierre Auguste Renoir Edward Degas Mary Cassat

e) Karya ImpressionismeKARYA BUTIRAN KARYA

Nama pelukis : Claude MonetTajuk : Impression, SunriseTahun : 1873Bahan dan media : Cat Minyak

KARYA BUTIRAN KARYA

Nama pelukis : Pierre Auguste RenoirTajuk : Doges PalaceTahun : 1881Bahan dan media : Cat Minyak

2.3 PERBANDINGAN ANTARA ALIRAN ROMANTISME DAN ALIRAN IMPRESSIONISMEPerbandinganAliran RomantismeAliran impresionisme

Tema Nilai-nilai emosi, menggalakkan pembebasan manusia dan kebebasan berfikir. Pemandangan Alam sekitar, norma-norma kehidupan masyarakat.

Stail Merupakan corak dalam seni rupa yang berusaha menampilkan unsur fantasi, rasional dan indah. Aliran Impressionisme menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Menekankan pada kesan pencahayaan dan warna yang kuat, sementara bentuk tidak menjadi keutamaan.

Media Cat Minyak Cat Minyak

Teknik Menggunakan sapuan yang halus untuk menampakkan objek lebuh realistiik Menggunakan teknik Impasto iaitu menggunakkan sapuan berus yang tebal pada permukaan

Tokoh Eugene Delacroix Theodore Gericault Jean Baptiste Jean Francois Millet Eduard Manet Claude Monet Pierre Auguste Renoir Edward Degas Mary Cassat.

3.0 RUMUSAN Secara keseluruhanya, aliran romantisme dan aliran impressionisme ini mempunyai gaya, stail, tema, dan teknik yang tersendiri seperti yang telah dijelaskan sebelum-sebelum ini. Kedua-dua aliran ini masing-masing menampakkan stail yang tersendiri yang dibawa oleh pengkaryanya. Dapat dilihat bahawa lukisan pada zaman itu berperanan besar untuk menyampaikan mesej-mesej yang hendak disampaikan oleh pengkarya kepada masyarakat dan adakalanya karya yang dibuat mampu menyentuh hati dan perasaan orang lain pada masa itu.

4.0 REFLEKSI Assalamualaikum dan salam sejahteraPertama-tamanya saya merafakkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah Kurnia-nya saya dapat menyiapkan tugasan Mengenal Kraf Tradisional dengan jayanya.Tidak terlupa juga di ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Amjah bin Yunus kerana telah memberikan tunjuk ajar, sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang penghasilan tugasan ini. Dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan, kerana sudi berkolaborasi dengan saya serta cadangan idea yang diberikan. Seterusnya, semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.Sepanjang mempelajari kursus subjek PSV3110 iaitu Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya tentang sejarah seni barat, oriental, sejarah seni di Malaysia dan sedikit sebanyak mengetahui aliran pemikiran dalam seni visual melalui penglibatan dalam kursus PSV3110 ini. Kursus ini menyentuh tentang khususnya dalam sejarah seni dan apresiasi seni visual.Saya tidak menafikan sepanjang membuat tugasan ini sememangnya timbul kekangan yang tidak dapat saya elakkan antaranya ialah buku-buku rujukan tidak mencukupi untuk membuat rujukan. Dan kelemahan diri yang amat ketara ialah sikap menanggu dalam membuat sesuatu kerja. Alhamdulillah, saya bersyukur kekangan yang timbul dapat saya atasi dengan berkat yang dicurahkan oleh-Nya.Pelbagai usaha yang saya buat untuk menyelesaikan masalah saya, antaranya ialah berkolaborasi dengan senior tentang sejarah seni visual barat dan meminjam buku-buku mereka yang berkaitan dengan skop isu yang hendak saya selesaikan. Alhamdulillah, saya dapat sedikit sebanyak informasi berkenaan apa yang saya cari. Selain dari itu, saya cuba melayari laman sesawang untuk mendapatkan bahan yang hendak saya analisis dan contoh-contoh karya seni.Dengan tugasan ini, saya menjadi lebih berkeyakinan untuk meneruskan pembelajaran saya di institut ini untuk menuntut lebih banyak perkara agar saya lebih bersedia di alam kerjaya kelak. Saya juga mempunyai lebih banyak pengetahuan untuk saya gunakan semasa mengajar nanti. Semua ini akan saya praktikkan untuk memastikan murid yang bakal saya ajar dapat menjadi murid yang berjaya dalam kehidupan mereka.Akhir sekali, saya berasa bertuah kerana diberi tugasan ini. walaupun pada mulanya banyak masalah yang timbul tetapi berkat kesabaran dan usaha gigih, saya berjaya juga mengharungi semua ini. saya juga percaya tugasan seperti ini akan membantu saya pada masa akan datang. Sebagai seorang guru pelatih juga kerja-kerja seperti ini sebenarnya membantu supaya suasana sebenar profesion perguruan dapat dirasai.

5.0 RUJUKANA. Agung Suryahadi (2008). Seni Rupa Jilid 1. Indonesia: Direktorat Pembinaan Sekolah Menengah Kejuruan.Drs. Bambang P. (2006). Sejarah Seni Rupa Barat II. Yogyakarta : Fakultas Bahasa Dan Seni Universitas Negeri Yogyakarta.Zailani Y. Azimah A. (2010). Pendidikan Seni Visual. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.http://mozais63.blogspot.com/2010/02/pengenalan-seni-visual.htmlhttp://laydie14mondy.blogspot.com/2013/01/aliran-aliran-seni-rupa-tokoh- dan.htmlhttp://sen1budaya.blogspot.com/2012/11/latar-sejarah-seni-rupa-barat- bagian-2.htmlhttp://thachapainting.blogspot.com/2009/10/kronologi-aliran-dalam-sejarah seni.html

12