inventori

46
1.0 PENGENALAN Kerjaya adalah satu rangkaian pekerjaan dan pengalaman yang dilakukan oleh seseorang itu dalam jangka masa tertentu bagi menjalankan tugas ( Rohany & Fatimah (1987).Menurut Super kerjaya adalah satu proses menolong seorang memperkembangkan dan menerima satu gambaran lengkap tentang dirinya dan peranannya dalam dunia pekerjaan dan seterusnya cuba berusaha menukarkan gambaran ini menjadi satu realiti.Kerjaya juga merupakan penglibatan yang berterusan dan perkembangan serta kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan atau bidang (profesional kegiatan dan sebagainya).Di samping itu kerjaya juga merupakan aktiviti berterusan yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang berkaitan dengan ekonomi seperti pendapatan tetap untuk keperluan seharian. Menurut Brown & Brook(1986), kaunseling kerjaya sebagai satu proses interpersonal yang direkabentuk untuk membantu individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya.Manakala Sharp dan Marya (dlm. Amir Awang 1983) menyatakan bahawa masalah pemilihan kerjaya merupakan kategori masalah yang paling besar yang sering dikemukakan oleh para remaja. Oleh itu Amir Awang (1983) telah mengemukakan tiga faktor yang menyebabkan berlakunya kesukaran dalam pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar.Antara ialah masalah tidak boleh membuat keputusan kerana mempunyai minat dalam pelbagai bidang, minat kurang jelas atau tidak mempunyai minat langsung terhadap apa – apa sahaja kerjaya dan tidak ada pendedahan tentang hala tuju kerjaya. Oleh itu telah wujud ujian psikologi untuk membantu mereka yang tidak tahu untuk memilih kerjaya untuk diri mereka.Dengan adanya ujian psikologi ini dapat membantu mereka yang buntu dalam memilih kerjaya.Selain itu,ujian psikologi 1

Upload: nasuha-nurani

Post on 26-Jun-2015

2.773 views

Category:

Documents


30 download

TRANSCRIPT

Page 1: Inventori

1.0 PENGENALAN

Kerjaya adalah satu rangkaian pekerjaan dan pengalaman yang dilakukan oleh

seseorang itu dalam jangka masa tertentu bagi menjalankan tugas ( Rohany & Fatimah

(1987).Menurut Super kerjaya adalah satu proses menolong seorang memperkembangkan dan

menerima satu gambaran lengkap tentang dirinya dan peranannya dalam dunia pekerjaan dan

seterusnya cuba berusaha menukarkan gambaran ini menjadi satu realiti.Kerjaya juga

merupakan penglibatan yang berterusan dan perkembangan serta kemajuan seseorang dalam

sesuatu lapangan atau bidang (profesional kegiatan dan sebagainya).Di samping itu kerjaya

juga merupakan aktiviti berterusan yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang berkaitan

dengan ekonomi seperti pendapatan tetap untuk keperluan seharian.

Menurut Brown & Brook(1986), kaunseling kerjaya sebagai satu proses interpersonal

yang direkabentuk untuk membantu individu yang mengalami masalah perkembangan

kerjaya.Manakala Sharp dan Marya (dlm. Amir Awang 1983) menyatakan bahawa masalah

pemilihan kerjaya merupakan kategori masalah yang paling besar yang sering dikemukakan

oleh para remaja. Oleh itu Amir Awang (1983) telah mengemukakan tiga faktor yang

menyebabkan berlakunya kesukaran dalam pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar.Antara

ialah masalah tidak boleh membuat keputusan kerana mempunyai minat dalam pelbagai

bidang, minat kurang jelas atau tidak mempunyai minat langsung terhadap apa – apa sahaja

kerjaya dan tidak ada pendedahan tentang hala tuju kerjaya.

Oleh itu telah wujud ujian psikologi untuk membantu mereka yang tidak tahu untuk

memilih kerjaya untuk diri mereka.Dengan adanya ujian psikologi ini dapat membantu

mereka yang buntu dalam memilih kerjaya.Selain itu,ujian psikologi juga membantu

seseorang itu untuk mengetahui minat,bakat,pencapaian dan lain-lain

Menurut Harry Bull (1997) menyatakan bahawa ujian psikologi merupakan suatu

instrumen yang bertujuan untuk mengukur pelbagai sifat yang berkaitan dengan tingkah laku

manusia, seperti tingkah laku intrapersonal dan interpersonal.Secara umumnya ujian psikologi

adalah bentuk ujian yang telah dipiawaikan (ujian, inventori, dan skala) untuk mengukur

kecerdasan,kebolehan mental secara umum dan spesifik, kebolehan

dalaman ,nilai,minat,personaliti,motivasi dan bidang-bidang psikologi lain yang telah

dibangunkan serta mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

1

Page 2: Inventori

Tambahan pula, pembangunan inventori adalah berkait rapat dengan kaunseling

kerjaya. Pada awal tahun 1883,perkhidmatan awan di Amerika Syarikat telah menggunakan

inventori untuk penempatan kerja (Kavruck,1956).Multiple aptitud –test batteries telah

dibangunkan sejak pertengahan tahun 1940-an dan ia banyak digunakan dalam pendidikan

dan kaunseling vakasional (Anastasi,1988). Di samping itu,penggunaan ujian bakat dalam

keunseling kerjaya adalah untuk mendapatkan pendidikan ataupun pekerjaan.Hasil keputusan

daripada dua kajian telah mencabar nilai ujian sebagai prediktor kejayaan masa depan yang

cerah kepada seseorang dalam pekerjaan atau dalam satu program dengan menggunakan ujian

bakat dalam memilih seseorang untuk mendapat pekerjaan.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Thorndike dan Hagen (1959) menyatakan 10

000 lelaki yang mengambil ujian semasa perang dunia kedua adalah menentukan

keberhasilan ujian itu dalam pekerjaan mereka.Ghiselli (1960) mencadangkan untuk berjaya

dalam pekerjaan adalah berdasarkan kepada keputusan ujian yang telah diambil.Dalam

memilih sesuatu kerjaya, perkara penting yang dinilai ialah bakat,keterampilan dan

karateristik.Healy (1990) menyarakan supaya seseorang individu perlu mengembangkan

kemahiran keterampilan diri.Hal ini akan membantu mereka untuk memfokuskan kepada

pilihan mereka sendiri dan bukan pilihan yang dicadangkan oleh orang lain.Sekarang ini apa

yang menjadi masalah utama ialah bagaimana keputusan inventori boleh digunakan dalam

kaunseling kerjaya.Pendekatan ini menganggap keputusan daripada melakukan inventori

adalah hanya sebagai salah satu cara individu itu dievaluasi dalam proses keputusan kerjaya.

Lebih spesifik lagi keputusan kerjaya dibuat daripada kesinambungan proses

kaunseling yang berterusan di mana semua aspek yang ada pada individu itu di

pertimbangkan.Kemahiran,bakat,nilai,prestasi,karakteristik dan kedewasaan merupakan aspek

penting yang dinilai dalam inventori.Oleh yang demikian,keputusan penilaian kaunseling

merupakan maklumat yang boleh menyediakan pilihan dan alternatif yang menggalakkan

terhadap individu dalam membuat keputusan kerjaya.

Antara kepentingan inventori dalam kaunseling kerjaya ialah untuk mengenal pasti

personaliti, minat, nilai dan bakat seseorang.Inventori juga penting untuk melihat

kesepadanan pemilihan kerjaya.Selain inventori juga penting untuk memberikan maklumat

yang tepat dan konsisten mengenai kebolehan, sikap, minat dan ciri-ciri seseorang individu

bertujuan untuk membantu individu itu mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman

mengenai diri mereka.

2

Page 3: Inventori

2.0 DEFINISI UJIAN PSIKOLOGI

Ujian adalah perkataan yang biasa didengar dan kebanyakan orang memahaminya. Yang

tidak memerlukan masa yang panjang untuk mendefinisikannya. Umumnya terdapat banyak

definisi yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar pengujian dan pengukuran berkaitan ujian

psikologi. Cronbach ( 1979 : 26) menyatakan bahawa ujian psikologi adalah satu prosedur

yang sistematik untuk memerhatikan tingkah laku manusia dan menerangkannya dengan

bantuan skala numerical atau sistem kategori. Menurut Anastasi pula ( 1988:23), ujian

psikologi sebenarnya adalh pengukuran sampel tingkah laku yang objektif dan piawai.

Sementara itu, Brown (1976:7) telah mendefinisikan ujian sebagai prosedur sistematik untuk

mengukur sesuatu sampel tingkah laku.

Ujian psikologi adalah alat pengukuran. Pengukuran ialah pemerihalan data

menggunakan sistem nombor. Secara lebih tepat, pengukuran telah didefinisikan sebagai

pemberian nombor-nombor kepada objek atau peristiwa berdasarkan kepada beberapa

peraturan. Oleh itu, pengukuran apa-apa sahaja ciri individu melibatkan penggunaan

prosedur-prosedur tertentu dan peraturan-peraturan yang khusus untuk memberikan nilai

numerical kepada pencapaian individu.

3.0 MENGAPA MENGGUNAKAN UJIAN PSIKOLOGI

Menurut Zunker (1981), ujian boleh digunakan oleh kaunselor sebagai alat untuk

mendapatkan data-data diri klien yang jelas. Antara aspek yang boleh diukur ialah minat,

nilai,personality, dan Shostrom (1982), ujian dapat membantu kaunselor mengkaji dan

mendiagnosis ciri-ciri serta masalh-masalah personality dengan tujuan untuk memberikan

klien maklumat-maklumat penting dirinya.

Sementara itu, Shertzer dan Stone (1971:235) menyebut kajian oleh Lister dan Olsen yang

menunjukkan bahawa maklum balas daripada ujian psikologi dapat memberikan maklumat

yang tepat dan konsisten tentang kebolehan, sikap, minat, dan ciri-ciri personal setiap individu

bertujuan untuk membantu mereka mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman diri

masing-masing.

Menurut Goldman (1971), tujuan menggunakan ujian psikologi dalam kausneling

boleh dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama termasuklah menggunakan

ujian untuk mendapatkan maklumat sebelum sesi kaunseling dijalankan, sementara kumpulan

kedua meliputi penggunaan ujian psikologi untuk tujuan seperti menimbulkan minat dan

3

Page 4: Inventori

motivasi individu terhadap sesuatu bidang pekerjaan atau akademik yang menjadi matlamat

hidup mereka.

Berdasarkan pandangan beberapa pakar yang telah dikemukakan, umumnya kegunaan ujian

psikologikal boleh dipecahkan kepada dua iaitu ujian untuk tujuan deskriptif dan ujian untuk

tujuan membuat keputusan.

3.1 Ujian Untuk Tujuan Deskriptif

Kegunaan ujian untuk tujuan deskriptif atau keperihalan ialah ujian psikologikal digunakan

untuk member maklumat dan keterangan yang lengkap tentang diri individu. Dalam hal ini,

ujian psikologi digunakan untuk mengenal pasti dan mengesan kekuatan dan kelemahan diri

atau potensi diri individu.

3.2 Ujian Untuk Tujuan Membuat Keputusan

Kegunaan ujian psikologikal untuk tujuan membuat keputusan pula meliputi beberapa aspek

kehidupan meliputi ujian psikologikal digunakan untuk tujuan membuat pemilihan,

penempatan, penilaian, pangkatan, diagnosis, serta menentukan tahap kemahiran seseorang

individu.

3.3 Ujian Psikologi Untuk Mengenal Pasti Potensi Individu

Pemilihan bidang kerjaya dan pendidikan semakin rumit disebabkan terdapatnya pelbagai

kebolehan manusia. Di samping itu, kemajuan yang semakin pesat yang di alami oleh Negara

telah menyebabkan bidang pengkhususan pekerjaan dan pendidikan turut berkembang.

Pertumbuhan bidang pengkhususan ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh sistem

ekonomi Negara yang semakin kompleks.

Sharp dan Marva ( dalam Amir Awang 1983) menyatakan bahawa masalah pemilihan

kerjaya merupakan kategori masalah paling besar yang sering dikemukakan oleh para remaja.

Amir Awang (1983) telah memperturunkan tiga sebab utama mengapa berlakunya kesukaran

membuat pemilihan kerjaya di kalangan remaja atau pelajar :

Masalah tidak boleh membuat keputusan kerana mempunyai minat dalam pelbagai

bidang, minat tidak jelas atau tidak mempunyai minat langsung terhadap apa sahaj

kerjaya..

4

Page 5: Inventori

Ketiadaan kesempurnaan semasa membuat pilihan iaitu remaja tidak dapat mengagak

dengan baik akan minatnya, kebolehannya dan personalitinya dan kerana itu pilihan

kerjaya yang dibuat kerap kali tidak setimpal dengan sifat-sifat peribadinya.

Kekurangan penegtahuan dan maklumat tentang pekerjaan atau kerjaya yang akhirnya

menimbulkan masalah identiti.

Membimbing pelajar-pelajar kea rah matlamat yang benar-benar sesuai dengan minat,

nilai,personality dan kebolehan merupakan proses yang rumit, mencabar dan memerlukan

masa yang panjang. Lebih-lebih lagi jika tiada alat yang dapat membantu mempermudah

proses tersebut. Di sinilah kewujudan ujian psikologi dan inventori dapat memainkan peranan

yang signifikan dan berkesan.

3.4 Ujian Sebagai Alat Motivasi

Apakah hubungan antara ujian dengan individu ? contohnya, individu A yang mempunyai

maklumat data diri yang jelas yang dieproleh daripada ujian-ujian minat , nilai, personality

dan pencapaian akan mempunyai arah dan matlamat yang jelas juga. Dengan arah dan

matlamat yang jelas, individu akan tahu bidang akademik atau kerjaya mana harus diterokai

selaras dengan potensi yang ada pada dirinya. Individu tentunya akan lebih bermotivasi dan

gembira dengan pilihannya.

Individu B dan C yang tidak mengenali ujian juga mempunya data diri tetapi kerana

pengumpulan data ini tidak disandarkan kepada kaedah yang sistematik, data-data yang

diperoleh tentang potensi diri adalah kabur dan tidak jelas. Dalam kes yang ekstrim, terdapt

juga individu yang ragu-ragu dan tidak pasti tentang dirinya. Mereka ini mempunyai matlamat

tetapi umumnya adalah kabur atau dalam kes-kes yang tertentu tiada matlamt langsung.

Mereka ini biasanya kurang bermotivasi atau boleh jadi tiada motivasi langsung untuk

mencapai matlamat hidup.

3.5 Ujian Sebagai Alat Pasti Masalah Klien.

Terdapat beberapa alat ujian dan inventori yang boleh digunakan untuk mendiagnosis dan

mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien. Antara alat ukuran yang biasa digunakan

ialah Minnesota Multiphasic Personality Inventory ( MMPI) dan Mooney Problem Check List

(MPCL).

Alat ukuran MMPI sangat popular di Amerika syarikat dan digunakan khususnya untuk

mendiagnosis masalah dan kecelaruan personality. Namun begitu penggunaanya secara

5

Page 6: Inventori

praktikal di Malaysia adalah sangat terhad. Hal ini adalah kerana penggunaan alat ukuran ini

memerlukan pengetahuan yang mnedalam, latihan mencukupi dan pengalaman luas serta

mendalam.

Sementara itu, alat ukuran MPCL popular di Malaysia kerana mudah ditadbirkan dan tidak

memerlukan pengetahuan yang mnedalam untuk membolehkan seseorang kaunselor

menggunakannya. Alat ukuran MPCL selalu digunakan untuk mengenal pasti masalah klien

sebelum sesuatu sesi kaunseling di jalankan. Alat ukuran ini terdiri daripada tiga boring iaitu

boring untuk pelajar junior (MPCL Borang J), untuk pelajar sekolah tinggi (MPCL Borang H)

dan untuk pelajar Kolej (MPCL Borang C). alat ukuran MPCL borang J mengandungi 220

item, sementara borang H dan C pula adalah 330 item. Ketiga-tiga borang MPCL ini mngukur

11 kategori masalah yang sering dialami oleh individu.

4.0 BAGAIMANA CIRI-CIRI PSIKOLOGI DIUKUR/ KELEBIHAN UJIAN

Bagi kebanyakan ciri, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan. Sebagai contoh, kita

berminat untuk mengetahui kebolehan pelajar sekolah menengah dalm mata pelajaran

matematik. Pelbagai kaedah akan muncul ke dalam pemikiran kita, misalnya guru dalam mata

pelajaran matematik, skor dalam ujian matematik, penilaian oleh guru, penialaian sendiri dan

pencapaian dalam kursus atau situasi yang memerlukan kebolehan matematik.

Jika kita berminat untuk melihat tahap kebimbangan individu, kita boleh menggunakan

pemerhati untuk menentukan tahap kebimbangan individu, meminta individu menentukan

tahap kebimbangannya sendiri atau menggunakan item ujian dengan menyoal mereka tentang

kebimbingan dalam pelbagai situasi dan keadaan atau menggunakan alat ukuran fisiologikal

seperti Galvanic Skin response (GSR) atau tekanan darah. Antara sebab mengapa kita

menggunakan ujian psikologi ialah ujian ini dikatakan lebih baik berbanding penggunaan

kaedah-kaedah lain yang ada . hal ini adalah kerana sebab-sebab berikut :

Ujian menggunakan prosedur yang piawai, oleh itu ia kurang dipengaruhi oleh bias

dan faktor-faktor lain yang tidak sesuai

Terdapat kaedah untuk menentukan keberkesanan ujian itu dalam mengukur sesuatu

ciri atau ciri-ciri yang hendak diukur.

Ujian psikologikal dibuktikan lebih sah dan berguna berbanding kaedah-kaedah

penilaian lain dalam pelbagai situasi dan keadaan.

6

Page 7: Inventori

5.0 JENIS-JENIS INVENTORI

Antara jenis-jenis inventori yang terdapat kaunseling kerjaya ialah ujian

bakat,nilai,pencapaian,penyusunan kad dan kematangan kerjaya.Ujian bakat ialah satu ujian

yang digunakan untuk membuat telahan terhadap bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh

setiap pelajar dan ia amat berguna untuk melihat kecenderungan pelajar dalam memilih

kerjaya mereka nanti.Ujian bakat adalah sangat penting dalam kerjaya kerana setiap pekerjaan

memerlukan keupayaan yang berbeza agar ia dapat dilakukan dengan sempurna.Terdapat

beberapa jenis ujian bakat dalam kerjaya.Antaranya ialah General Aptitude Test

Battery(GATB),The Differentail Aptitude Test dan sebagainya.

Manakala ujian nilai dalam kaunseling kerjaya terdapat dua jenis.Jenis yang pertama

ialah untuk memastikan nilai kerja yang rapi dan jenis yang kedua adalah untuk memastikan

nilai yang boleh mengaitkan aspek kehidupan yang luas.Antara inventori yang terdapat dalam

ujian nilai ialah Inventori Nilai Pekerjaan Sidek(INPS),Super’s Work Value Inventory(WVI)

dan banyak lagi.Selain itu dalam memilih kerjaya seseorang itu mesti mengambil ujian

pencapaian.Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana

seseorang pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah di ajar oleh guru yang meliputi

pengetahuan,kefahaman dan aplikasi.Antara contoh ujian pencapaian ialah ujian pencapaian

UPSR,PMR,SPM,STPM dan sebagainya.Selain daripada ujian ini terdapat juga ujian

pencapaian seperti The Iowa Test Of Basic Skills (ITBS) untuk menguji pelbagai tahap dan

Metropolitan Achievement Test(MAT) untuk mengukur tahap pencapaian pelajar gred K-12 di

New York.

Penyusunan kad ialah menggalakan klien untuk membuat pertimbangan dan

perbincangan dalam memikirkan alternatif-alternatif untuk membuat pilihan dalam

kerjaya.Selain itu ia juga merupakan gambaran simbolik daripada proses pemikiran klien

yang lebih spesifik tentang persepsi kerjaya.Ujian kematangan kerjaya telah ditarifkan sebagai

keupayaan individu untuk membuat pilihan kerjaya yang tepat,termasuk kesedaran daripada

apa yang diperlukan untuk membuat keputusan kerjaya dan sejauh mana pilihan sesorang

agensi lain yang realistik dan konsisten dari masa ke masa.Contoh inventori kematangan

kerjaya ialah Career Maturity Inventory, Career Development Inventory(CDI) dan

sebagainya.Semua inventori yang dinyatakan diatas amat perlu untuk seseorang itu memilih

kerjaya mereka.

7

Page 8: Inventori

6.0 PROSES KAUNSELING KERJAYA BERBANTUKAN ALAT UJIAN

6.1 Pengenalan

Ujian-ujian psikologi umumnya akan menghasilkan graf atau profil yang pada umumnya tidak

mempunyai apa-apa makna melainkan pentafsiran dilakukan terhadap profil tersebut. Profil

klien tidak seharusnya diberikan kepada klien tanpa diadakan sesi kaunseling terlebih dahulu.

Dalam sesi kaunseling tersebut, profil ujian akan diinterpretasikan secara professional oleh

kaunselor terlatih. Bagi memastikan sesi interpretasi, profil ujian dilakukan secara

professional maka kaunselor mestilah melakukan proses interpretasi tersebut mengikut kaedah

yang sesuai.

6.2 Proses kaunseling berbantukan alat ujian psikologi

Seperti yang diketahui, dalam proses kaunseling terdapat peringkat atau tahap-tahap sehingga

melengkapi proses tersebut. Melalui proses kaunseling yang berbantukan ujian psikometrik,

terdapat 10 tahap yang perlu dialui oleh individu. Setiap tahap akan membantu klien dalam

menjalankan jalan penyelesaian masing-masing. Namun, ia bergantung kepada kemahiran

kaunselor tersebut dalam mengendalikan sesi kaunseling tersebut. Tahap-tahap dalam sesi

kaunseling tersebut adalah seperti yang dijelaskan di bawah.

Membina hubungan -> meneroka latar belakang klien -> meneroka matlamat hidup klien ->

meneroka parameter kerjaya -> meneroka halangan kerjaya -> interpretasi profil ujian ->

maklumat kerjaya -> membuat keputusan -> tndakan -> penamatan

Rajah : proses kaunseling berbantukan alat ujian psikologi

i) Membina hubungan

Membina hubungan baik dan mesra adalah sangat kritikal kerana menjadi penentu

kepada kejayaan sesi kaunseling selanjutnya. Pada peringkat ini, kaunselor cuba

untuk membina hubungan yang mesra dengan klien. Hubungan yang mesra adalah

sangat penting kerana akan menentukan sama ada klien akan percaya kepada

kaunselor ataupun tidak. Kepercayaan pula sangat penting kerana merupakan

prasyarat untuk menjalin kerjasama antara kaunselor dengan klien. Kerjasama

adalah sangat penting kerana kaunseling itu sendiri ialah proses kerjasama antara

8

Page 9: Inventori

kaunselor dengan klien dan tanpa kerjasama kedua-duanya tidak mungkin

kaunseling dapat dijayakan.

Perkara ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuklah dengan menerima

klien tanpa syarat, mewujudkan suasana mesra, bersifat tidak menghukum dan

tulen. Selepas hubungan baik diwujudkan dengan klien, sesi boleh dimulakan

dengan soalan-soalan terbuka. Penstrukturan sesi juga digalakkan dilakukan pada

penghujung peringkat ini. Penstrukturan perlu meliputi hal-hal berkaitan dengan

pengertian kaunseling, tatacara bagaimana sesi dijalankan, tanggungjawab

kaunselor dank lien serta persetujuan membina hubungan kaunseling.

ii) Meneroka latar belakang klien

Untuk menggalakkan interpretasi yang berat sebelah atau bias seseorang,

kaunselor itu perlui meneroka latar belakang klien. Perkara ini amat penting

kerana klien mungkin dating daripada latar belakang budaya, tahap social,

kecerdasan, pendidikan dan sosioekonomi yang berbeza. Aspek-aspek latar

belakang yang perlu diterokai ialah keluarga, persekolahan, pekerjaan dan mobiliti

sosial.

iii) Meneroka matlamat hidup klien

Perlulah bagi kaunselor untuk meneroka sama ada klien sudah mempunyai

matlamat pendidikan atau kerjayanya sediri. Kadang-kadang terdapat klien yang

sudah mempunyai matlamat pendidikan, matlamat vokasional dan matlamat

peribadi Cuma matlamat-matlamat ini masih tidak begitu jelas. Maklumat-

makluamt berkaitan dengannya akan dapat membantu kaunselor memahami

kliennya secara lebih mendalam.

iv) Meneroka perameter kerjaya

Dengan meneroka parameter atau gagasan kerjaya klien sebelum interpretasi profil

ujisn psikologi dilakukan, seseorang kaunselor akan mendapat wawasan yang

lebih jelas tentang kedudukan klien tentang bidang minat dan emosi yang harus di

ambil perhatian oleh kaunselor. Dengan mengemukakan soalan-soalan tentang

9

Page 10: Inventori

latar belakang, matlamat dan gagasan kerjaya, seseorang kaunselor akan dapat

banyak mengumpul maklumat yang diperlukan terutamanya dalam aspek

personaliti, minat, nilai, kebolehan dan pencapaian klien. Maklumat-maklumat ini

merupakan maklumat tambahan kepada apa yang didapati dariapada inventori

tersebut.

v) Meneroka halangan kerjaya

Halangan kerjaya bermaksud klien ragu-ragu atau tidak mahu atau cuba mengelak

daripada membuat keputusan tentang kerjaya. Kaunselor kerjaya harus peka

kepada halangan-halangan kerjaya yang dapat wujud dalam pelbagai bentuk.

Halangan kerjaya boleh wujud dalam bentuk mekanisme bela diri, tidak arsertif

atau kelemahan membuat keputusan pada pihak klien itu sendiri. Kaunselor

kerjaya haruslah mempunyai kemahiran memimpin kliennya agar halangan-

halangan ini dapat diatasi sebaik mungkin.

vi) Interpretasi profil ujian

Kebanyakan prosedur bagi membuat interpretasi keputusan ujian atau profil ujian

psikologi adalah standard. Interpretasi adalah satu aktiviti susulan yang dijalankan

pada masa yang sesuai dalam keseluruhan proses kaunseling. Prosedur interpretasi

profil ujian psikologi disarankan seperti berikut :

a) Sediakan bahan-bahan yang relevan untuk memudahkan kaunselor membuat

penerangan dan interpretasi.

b) Gunakan buku panduan ujian dan naskhah asal ujian tersebut untuk mambantu

klien mengingat ujian semula yang telah dilalui.

c) Beritahu klien tentang tujuan am menggunakan ujian tersebut. Dapatkan alasan

yang khusus bagi menjelaskan kepada klien mengapa keputusan dibuat

meminta klien mengambil ujian-ujian tersebut.

d) Jelaskan konsep ujian secara ringkas kepada klien terutamanya tentang aspek

kesahan kebolehpercayaan dan kesesuaian sesuatu ujian itu, terangkan norma

standardnya kepada klien.

10

Page 11: Inventori

e) Sekiranya kaunselor mempunyai masa yang mencukupi, dapatkan andaian dan

pandangan klien tentang skor ujian tersebut terlebih dahulu sebelum

membincangkan keputusan ujian berkenaan secaraq mendalam.

f) Gambanrkan keputusan ujian tersebut denganmemberi penekanan kepada skor

yang tertinggi dan skor yang terendah. Skor yang tinggi dan skor terendah

adalah penting kerana menggambarkan kekuatan klien atau sebaliknya.

g) Sekiranya masa tidak mencukupi untuk membuat penerangan dan

perbincangan yang lebih mendalam, buatlah temu janji yang baru untuk

berjumpa lagi pada sesi yang lain. Keunselor adalah diingatkan agar tidak

terlalu terburu-buru menerangkan keputusan ujian yang diperoleh.

h) Setelah kesemua dapatan ujian telah dibincangkan, kaunselor harus meminta

klien untuk merumuskan apa-apa yang diperoleh daripada keputusan ujian itu.

i) Pastikan kaunselor membincangkan skor yang diandaikan oleh klien dengan

skor yang sebenarnay diperoleh daripada keputusan ujian tersebut. Sekiranya

wujud perbezaan, perbincangan selanjutnya diperlukan untuk memastikan skor

yang mana lebih menggambarkan diri klien.

vii) Maklumat kerjaya

Sebelum membuat keputusan yang berkaitan dengan kerjaya boelh dibuat, segala

maklumat yang berkaitan dengan kerjaya-kerjaya yang diminati mestilah diperoleh

terlebih dahulu. Maklumat-maklumat ini tentang keterangan kerja, keperluan

kelayakan, keperluan latihan, gaji, prospek kerja pasa masa depan, suasana tempat

kerja dan sebagainya.

viii) Membuat keputusan

Maklumat berkaitan dengan diri yang diperoleh daripada ujian-ujian psikologi

yang telah dilalui perlu disatukan untuk di gabungjalinkan dengan maklumat

kerjaya sebelum keputusan akhir yang berkaitan dengan matlamat kerjaya yang

boleh dibuat.

11

Page 12: Inventori

ix) Tindakan

Setelah keputusan dibuat, proses selanjutnya ialah klien perlu bertindak bagi

mencapai matlamat yang telah ditentukan. Proses tindakan ialah satu proses

pelaksanaan segala perancangan yang telah dibuat demi mencapai matlamat yang

telah ditetapkan. Klien mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai

matlamat kerjayanya. Seelok-eloknya kaunselor mengakhiri sesi kaunseling atau

sesi interpretasi profil ujian psikologi ini dengan memupuk azam serta motovasi

klien bahawa ia kini akan bertindak dan berusaha melaksanakan matlamat

kerjayanya berasaskan kepada keputusan yang telah dibuat.

x) Penamatan dan susulan

Penamatan sesi perlu dilakukan setelah klien telah Berjaya menyelesaikan masalah

yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya yang bakal diceburinya. Proses

penamatan sesi kaunseling mesti dilakukan sebagai satu proses formal untuk

menamatkan hubungan kaunseling antara kaunselor dengan klien.

Kaunselor digalakkan membuat susulan dari masa ke masa. Jika kaunselor tidak

berkesempatan untuk mengadakan sesi kaunseling formal dengan kliennya,

kaunselor boleh membuat susulan dengan menghubungi klien samada melalui

telefon, pesana sms, e-mel, memo, pertemuan ringkas dan sebagainya.

12

Page 13: Inventori

6.3 Faedah Alat Ujian dalam proses kaunseling kerjaya

Dalam proses kaunseling, penggunaan inventori merupakan salah satu kaedah yang

digunakan untuk membantu kaunselor dan klien dalam mengenal pasti potensi diri, bakat,

minat, tarit-trait dan sebagainya. Jika dilihat dari aspek penggunaan ujian psikologi dalam

kaunseling kerjaya, pelbagai faedah yang diperoleh hasil daripada menjalani ujian tersebut.

Penggunaan ujian psikologi atau teknok psikometrik boleh mempermudahkan para

kaunselor kerjaya untuk membantu kliennya membuat keputusan kerjaya. Penggunaan ujian

psikologi boleh membantu klien secara pasti menentukan bidang kerjaya atau bidang

akademik yang paling sesuai dengan dirinya. Pada zaman yang serba moden dan mencabar

ini, penggunaan ujian psikologi nampaknya semakin mendapat sambutan bukan sahaja dalam

kalangan para kaunselor malah di agensi-agensi kerajaan dan swasta. Ujian umumnya

digunakan untuk proses pemulihan dan penempatan pekerja dan pelajar.

13

Page 14: Inventori

7.0 UJIAN NILAI

Selama dua dekad, banyak yang telah diperkatakan tentang keyakinan dan nilai-nilai

kerjaya. Ada beberapa pihak yang berpendapat bahawa kita telah mengalami perubahan

signifikan dalam system nilai kita selama 20 tahun terakhir. Berlaku perdebatan tentang

perbezaan nilai yang disebut sebagai pembentukan antara generasi muda. kebanyakan sistem

nilai ini berkait rapat dengan kehidupan dan kerjaya. Contohnya dalam kerjaya kaunselor, kita

haruslah mempunyai sikap mengambil berat kepada nilai dan kepercayaan individu bagi

membuat suatu proses keputusan kerjaya. Sebagai kaunselor kita mesti peka dengan

kepercayaan dan nilai seseorang individu dalam proses membuat keputusan dalam memilih

kerjaya yang sesuai untuk diri mereka.

Dalam kaunseling kerjaya ujian nilai dikategorikan dalam dua jenis yang pertama

ialah untuk memastikan nilai kerja yang rapi dan jenis yang kedua adalah untuk memastikan

nilai yang boleh mengaitkan aspek kehidupan yang luas. Inventori-inventori nilai kerja adalah

menyifatkan tentang sesuatu lakaran untuk mengaitkan nilai antara kerjaya yang berjaya dan

kepuasan (pencapaian, prestij, keselamatan dan kreativiti). Nilai boleh meninggikan martabat

seseorang individu dari satu dimensi melalui maklumat yang boleh digunakan dalam

penerokaan kerjaya yang terdapat dalam kategori yang kedua, nilai ditentukan di dalam

sesuatu yang luas tetapi tidak memerlukan hubungan dan nilai dikaitkan dengan kepuasaan

antara kehidupan dan kerja.

Kedua-dua jenis inventori ini akan memberi maklumat seperti membantu dalam

mengelaskan apa yang diperlukan oleh individu di antara kerja rumah, keluarga dan masa

lapang. Satu contoh yang boleh digunakan dalam pengukuran nilai adalah seperti berikut

antaranya adalah ujian nilai ialah Super’s Work Values Inventory (WVI), Minnesota

Importance Questionnaire (MIQ) dan Inventori Nilai Pekerjaan Sidek (INPS).

World,Enviroment Preference Schedule, Study of Values , Survey of Interpersonal Values.

Survey of personal values, The values Scale, Ohio Work Inventory (OWVI) and The

Campbell Organization. Ujian nilai merupakan satu alat yang digunakan untuk mengukur

berbagai nilai pekerjaan secara positif, negetif atau neutral berdasarkan keutamaan masing-

masing (Nowak,1986).

14

Page 15: Inventori

7.1 Jenis Inventori Ujian Nilai

7.1.1 Work,Enviroment Preference Schedule

Inventori ini adalah merupakan persediaan ini mengukur adaptasi atau kesesuaian

individu kepada organisasi birokratik. Hal ini tidak dihalang oleh waktu dan ditapis sendiri.

Jumlah skor menunjukkan komitmen individu kepada set sikap, nilai-nilai dan tingkahlaku

yang dijumpai di organisasi birokratik. Inventori ini dibahagikan kepada norma yang

berasingan berdasarkan jantina yang sedia bagi sekolah menengah , kolej dan pelajar tentera

ROTC.

7.1.2 Work Values Inventory (WVI).

Inventori ini adalah untuk mengukur sumber kepuasan yang dicari oleh setiap individu

daripada persekitaran kerja mereka. keputusan skor, alturisme, estetika,kreativiti, rangsangan

intelektual, kemerdekaan, prestij, pengurusan, keadaan ekonomi, keselamatan, sekeliling,

hubungan penyeliaan, nilai perhubungan dengan rakan, jalan kehidupan dan pelbagai norma

yang mengikut gerd dan jantina daripada antara 7-12. Semua skor dimensi daripada nilai kerja

akan digabungkan dan semua nilai ini saling berkaitan antara satu sama lain dalam

kaunseling kerja

7.1.3 Study of Values

Inventori dikelola atau ditadbir sendiri yang mana ia mengukur nilai-nilai individu

yang mempunyai enam kategori iaitu teori, ekonomi, estetika, sosial, politik dan agama.

Norma ini adalah berkaitan mengenai jantina, sekolah menengah, kolej dan pelbagai

kumpulan pekerjaan. Kekuatan ukuran dari nilai(menunjukkan ketinggian, purata ataupun

rendah) dan hal ini boleh dirujuk kepada individu yang mahir dalam bidang ini dan juga

melalui program kaunseling kelompok.

15

Page 16: Inventori

7.1.4 Survey Of Personal Values

Inventori ini mengukur nilai-nilai yang mempengaruhi keupayaaan setiap individu

dalam mengatasi masalah seharian mereka. Dari segi pengiraan skor pula ia mengambil kira

hasil daripada fikiran praktikal, prestasi, ketenteraman awam dan tujuan orientasi tersebut.

Inventori ini ditadbir dan diuruskan sendiri. Norma kebangsaan atau nasional yang ingin

dikaji masih ada dalam diri pelajar kolej dan mahasiswa. Bagi norma agama pula masih ada

dalam diri pelajar sekolah menengah.

7.1.5 The Values Scale

Skala pengukuran bagi 21 nilai ini digunakan untuk mengukur kebolehan individu

dalam penggunaan, pencapaian, memajukan, estetik, pemurah, autoriti, kreativiti, autonomi,

pulangan ekonomi, cara kehidupan dan pembangunan persendirian, aktiviti fizikal, prestij,

risiko, interaksi sosial, hubungan sosial, pelbagai, keaadaan pekerjaan, mengenalpasti

kebudayaan, keberanian fizikal dan keselamatan ekonomi. Ukuran ini dilakarkan untuk

menolong individu supaya mereka dapat memahami nilai dan peranan dalam hubungan

kehidupan dan kepentingan kerja di antara satu sama lain. Skor ini adalah untuk mentafsir

jumlah penggunaan purata. Norma ini sesuai untuk sekolah menengah dan juga pelajar

universiti serta orang dewasa.

.

16

Page 17: Inventori

8.0 UJIAN BAKAT

8.1 Definisi

Ujian bakat merupakan satu ujian yang digunakan untuk membuat telahan terhadap

bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh setiap pelajar dan ia amat berguna untuk melihat

kecenderungan pelajar dalam kerjaya mereka nanti. Ujian bakat yang sangat penting dalam

kerjaya kerana setiap pekerjaan memerlukan keupayaan yang berbeza agar ia dapat dilakukan

dengan sempurna. Dengan ini, pemilihan tersebut sangat bergantung kepada keperluan ujian

bakat dan ianya digunakan secara individu mahupun melalui cara komposit. Jikan individu itu

ingin memohon sesuatu pekerjaan maka mereka perlu melalui ujian bakat seperti GATB.

Pada umumnya ujian bakat ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan.Ujian bakat yang

berasaskan kepada kajian besar-besaran, misalnya kajian yang dijalankan oleh Universiti

Minnesota pada tahun 1930 tentang bakat mekanikal seseorang. Ujian bakat yang berasaskan

kepada keperluan tertentu.

Pada umumnya, ujian ini bertujuan untuk memberikan maklumat asas untuk membuat

telahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang. Ujian ini

lazimnya digunakan untuk memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan ke

program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Sebagai contoh ujian bakat ialah

Ujian Kemasukan ke Maktab Perguruan. Ujian bakat ini oleh digunakan untuk tujuan

mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya.

Terdapat beberapa jenis ujian bakat dalam kerjaya diantaranya ialah General Aptitude

Test Battery (GATB), The Differentail Aptitude Test, Flanagan Aptituted Clasification Test,

Armed service7 Aptitude Battery dan banyak lagi.

17

Page 18: Inventori

8.2 Contoh Ujian Bakat.

8.2.1 General Aptitude Test Battery (GATB)

GATB banyak digunakan untuk pemilihan kerja mengikut bakat yang sedia ada.

Sebahagian besar orang yang tidak mencapai kepuasan kerja mempunyai satu alasan yang

tersendiri. Namun, lebih daripada 60% daripada masa dihabiskan ditempat kerja. Ujian ini

sangat penting kerana dapat memenuhi keinginan asas anda untuk bekerja di temapat yang

menarik perhatian atau minat anda. Efisiensi berasal apabila kita melakukan hal-hal yang

ingin kita lakukan. GATB boleh membantu individu untuk memilih kerjaya pilihan mereka

dengan cara:

1. Mengeluarkan potensi tersembunyi anda

2. Beri kepercayaan diri untuk kepentinga anda

3. Cari keperluan pembangunan yang memberikan prospek yang baik

Setiap individu juga perlu mencari kesempatan kerja baru dalam hidup mereka sebagai contoh

andaikan pekerjaan senibina menarik perhatian anda. Maka anda perlu skor yang tinggi

dalam empat bahagian GATB iaitu perhitungan, tiga ruang dimensi, kosa kata dan aritmetik

penalaran.

GATB juga memberikan penilaian vokasinal dengan cara memberikan penilaian.

Penilaian ini berfokus kepada ketika anda memulakan kerja atau ingin beralih kepada

profesyen lain. GATB mampu menilai kemampuan anda, nilai-nilai pekerjaan, sekolah

keutamaan subjek dan kepentingan untuk membantu mengenalpasti kepentingan pekerjaan

anda dan memperolehi maklumat khusus tentang keperluan pendidikan dan latihan. Hal ini

secara tidak langsung membantu para psikologi untuk menentukan pekerjaan yang paling

berpadanan dengan keupayaan individu, minat dan personaliti mereka.

Terdapat beberapa ujian minat vokasional yang lain yang menggunakan kod Belanda

personaliti percubaan yang telah dikategorikan kepada 6 kategori iaitu:

1. Realistik iaitu ke arah bekerja diluar rumah

2. Investigatf iaitu menganalisis

3. Artistik iaitu suka dalam seni

18

Page 19: Inventori

4. Sosial iaitu suka membantu, mengajar dan memberi rawatan

5. Enterprising iaitu minat untuk berniaga

6. Convensional adalah ke arah perakaunan, pengolahan data.

8.2.2 Flanagan Aptitude Classification Tests (FACT)

FACT bertujuan untuk menilai bakat yang penting bagi prestasi pekerjaan tertentu

yang berkaitan dengan tugas. Kemahiran individu kemudian boleh disesuaikan dengan tugas

pekerjaan. FACT membantu untuk menentukan kemahiran yang dimiliki oleh sesorang

individu tersebut. Setiap Ujian ini mengukur kemahiran tertentu yang penting untuk pekerjaan

tertentu. Alat ujian ini direka untuk mengetahui potensi individu cenderung kepada pekerjaan,

potensi tersebut disenaraikan dalam pekerjaan masing-masing daripada 16 elemen. Dalam

mengembangkan bateri FACT, Dr Flanagan tidak meniru atau menyalin jenis item yang

ditemui dalam alat ujian lain, sebaliknya ia mencipta jenis item baru yang direka untuk

mengukur elemen pekerjaan tertentu.

Ujian memberikan dasar yang luas untuk meramalkan kejaya dalam pelbagai bidang

pekerjaan. Alatan yang digunakan hanyalan alat ujian dan sebatang sahaja. Masing-masing

daripada 16 ujian ini dicetak dalam buku kecil yang berasingan. Hal ini membolehkan ujian

yang harus diberikan secara individual atau sebagai bateri lengkap. Ujian meliputi:

FACT 1 – Inspection

FACT 2 – Coding

FACT 3 – Memory

FACT 4 – Precision

FACT 5 – Assembly

FACT 6 – Scales

FACT 7 – Coordination

FACT 8 - Judgment and Comprehension*

FACT 9 – Arithmetic

19

Page 20: Inventori

FACT 10 – Patterns

FACT 11 – Components

FACT 12 – Tables

FACT 13 – Mechanics

FACT 14 - Expression*

FACT 15 - Reasoning

FACT 16 – Ingenuity

* Terhad waktu

Penerangan:

FAKTA 1 - Inspection:kemampuan untuk menemukan kekurangan atau ketidaksempurnaan

dalam siri item baik dengan cepat dan tepat.

FAKTA 2 - Coding: kelajuan dan ketepatan dari pejabat khas pengekodan maklumat.

FAKTA 3 - Memory: kemampuan untuk mengingati kod Coding pelajari di tes.

FAKTA 4 - Precision: kelajuan dan ketepatan dalam membuat sangat kecil gerakan jari

melingkar dengan satu tangan dan dengan kedua tangan bekerja bersama-sama.

FAKTA 5 - Assembly: kemampuan untuk memvisualisasikan kemunculan objek daripada

sejumlah bahagian yang berasingan.

FAKTA 6 - Scales: kelajuan dan ketepatan dalam membaca skala, graf dan diagram yang

diperlukan dalam kejuruteraan dan pekerjaan teknikal yang serupa.

FAKTA 7 - Coordination: kemampuan untuk menyelaras gerakan tangan dan lengan.

FAKTA 8 - Judgment and Comprehension *: kemampuan untuk membaca dengan

pemahaman, untuk alasan logis dan menggunakan penilaian yang baik dalam

situasi praktikal.

20

Page 21: Inventori

FAKTA 9 - Arithmetic: keterampilan dalam bekerja dengan nombor, menambah,

mengurangi, mengalikan dan membahagi.

FAKTA 10 - Patterns: kemampuan untuk mengeluarkan semula garis besar pola sederhana

dalam cara yang tepat dan tepat.

FAKTA 11 - Component: keupayaan untuk mengenal pasti sosok sederhana yang

merupakan sebahagian daripada gambar yang kompleks.

FAKTA 12 - Tables: kemampuan untuk membaca baik berangka dan alfanumerik jadual.

FAKTA 13 - Mechanics: memahami prinsip-prinsip mekanik dan kemampuan untuk

menganalisis gerakan mekanikal.

FAKTA 14 - Expression *: perasaan dan pengetahuan yang benar tata bahasa Inggeris dan

struktur kalimat.

FAKTA 15 - Reasoning : kemampuan untuk memahami konsep-konsep matematik asas dan

hubungan.

FAKTA 16 - Ingenuity: kemampuan untuk mencipta atau mencari penyelesaian untuk

masalah.

8.2.3 General Aptitude Test (GAT)

8.2.3.1 Sejarah GAT

GAT dibangunkan untuk memenuhi keperluan piawaian berdasarkan kecerdasan

skolastik untuk digunakn oleh lembaga pengajian tinggi sebagai ujian untuk pemilihan

pelajar. GAT pada asalnya berasal daripada bahasa Arab dan digunakan selama beberapa

tahun sebagai alat utama untuk pemilihan kemasukan pelajar ke pusat-pusat pengajian tinggi.

Namun, pembangunan yang semakin meningkat dalam bidang pendidikan menyebabkan GAT

telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris bertujuan untuk pelajaryang kurang mahir dalam

bahasa Arab tetapi ianya bukanlah diterjemah daripada bahasa Arab semata-matatetapi dibuat

oleh individu yang mahir dalam bahasa Inggeris dan mengikut sangat mementingkan isu

budaya mereka.

GAT juga dibangunkan oleh pusat yang telah ditubuhkan dengan menggunakan

kaedah saintifik dalam mempersiapkan ujian tersebut. Ujian ini juga adalaah mengikut

21

Page 22: Inventori

piawaian yang menjamin ketepatan dalam ujian. Proses pembentukan ujian boleh

diringkaskan seperti mana berikut:

a) Persiapan ilmuah iaitu pusat hanya menggunakan ujian yang berkelulusan professional

pad konteks verbal, matematik dan item yang berkaitan dengan IQ dengan ujian

psikometrik.

b) Penulisan item dibuat berdasarkan kajian yang telah dilakukan untuk pesert bagi

menulis soalan yang berbentuk kepelbagaian kompenan pengujian yang lebih sesuai

seperti yang telah ditetapkan oleh keperluan dan tujuan asal inventori.

c) Pendaftaran item merupakan proses ketiga dalam penyediaan item soalan. Apabila

item yang telah dikaji dihantar ke Pusat, setiap item akan diberi kod khas, jumlah yang

tetap dengan item dalm bank soalan samada item tersebut benar-benar digunakan atau

tidak. Selain itu juga, setiap item penulis juga diberi kod nombor untuk menjamin

tahap kerahsiaandan mengelakkan bias peribadi setiap individu

d) Proses seterusnya adalah proses meninjau adalah berkaitan dengan kerahsiaan item

yang meyakinkan, setiap item akan diperiksa oleh jawatankuasa yang terdiri daripada

3 ahli iaitu bidang spesialis, pakar dalam pengukuran dan seseorang yang boleh

berfungsi sebagai pencatat yang terdiri daripada masyarakat umum. Jawatankuasa

tersebut akan membuat tinjauan bagi setiap item terutamanya dari segi kandungan,

domain, bias terhadap jantina atau wilayah, kesulitan, kreativiti, kesesuaian

berdasarkan pemilihan masing-masing. Dalam pemilihan item perkara lain yang

diambil kira adalah masa untuk jamin ketepatan dan pematuhan untuk keperluan ujian.

e) Produk-beberapa item yang digunakan dalam ujian sebagai pengelasan item.

Pengambil ujian tidak sedar bahawa item itu terdapat dalam kategori ini. Produk yang

dipaparkan dengan baik dalam statistik pengukuran ini kemudian disimpan dalam

bank soalan untuk masa hadapan. Ujian yang tidak sesuai ditapis dan dibuang daripada

bank soalan.

f) Ujian pembentukan merupakan rangka untuk menjamin keselamatan, percubaan yang

sebenarnay dalam bentuk akhir termasuk siding item, digunakan untuk hasilkan

bentuk alternatif. Semua item yang membentuk ujiandalam bentuk alternatif. Item

yang dipilih diatur secara rawak. Kadar perbezaan terutama bagi idea dan untuk

meningkatkan kesulitan juga diambil kira. Ianya adalah bertujuan untuk memperolehi

keseimbangan terhadap kesulitan dalam setiap kategori.

22

Page 23: Inventori

g) Akhir sekali, ujian akan dicetak dalam buklet yang mengandungi arahan umum

mahupun arahan berbentuk khusus.

8.2.3.2 Apa itu GAT?

GAT merupakan ujian untuk ukur tahap bakat seserang seperti membaca pemahaman,

perhubungan, sahsiah, kemampuan individu dan bakat seseorang. Inventori ini terkini

daripada 6 bahagian dan mempunyai jawapan pilihan berganda dengan 4 kemungkinan

jawapan yang ditanda A,B, C, D. Pengambil ujian perlu memilih jawapan yang terbaik dan

menandakan jawapan pada lembaran jawapan. GAT mempunyai 120 soalan yang terdiri

daripada 68 soalan berbentuk lisan manakala 52 soalan objektif dan mengambil masa selama

3 jam. Objektif utama GAT adalah pendidikan ciri pengukuran bakat pelajar disamping

memanfaatkan nilai melalui ujian. GAT juga diperlukan untuk dapat masuk ke semua agensi

pendidikan tinggi. Pelajar yang memohon untuk kemasukan ke universiti atau sekolah.

8.2.3.3 Batasan dalam GAT

Setiap kali ujian diberikan faktor kebolehpercayaan turut diambil kira dimana faktor

kebolehpecayaan mestilahtidak kurang daripada 0.91. Bentuk selari kolerasi antara setiap dua

versi yang berbeza daripada ujian tidak kurang daripada 0.88 jika ujian diberikan dalam masa

3 bulan. Kesatuan ujian juga ditentukan oleh pusat yang menguji item agar tidak terdapat bias

untuk wilayah tertentu. Kesahan ujian perlu disemak setiap tahun untuk semua pelajar yang

diikuti ujian ini. selain itu juga, kolerasi antara pencapaian standart ujian dihasilkan oleh GAT

adalah 0.68. jelas bahawa, GAT sangat sesuai digunakan dalam pemilihan ke institute

pendidikan.

23

Page 24: Inventori

8.2.4 The Differential Aptitude Test (DAT)

DAT merupakan sebuah inventori yang melihat bakat seseorang individu .

pengetahuan ini sedikit sebanyak membantu untuk individu memilih kerjaya berdasarkan

bakat yang telah ada dalam diri setiap individu. Jika kita tahu tentang bakat yang terdapat

dalam diri kita, kita mampu berfikir untuk masa depan. Ujian DAT juga menguji dan

mengukur kemampuan setiap dalam bidang yang berbeza dan mula mencari kerjaya yang

berkaitan dengan bakat yang diperolehi. Untuk mendapatkan satu keputusan yang lebih

kukuh, individu juga digalakkan untuk menjawab ujian yang berkaitan dengan Inventori

Minat Kerjaya. Daripada sini individu boleh mencari kerjaya yang diminatinya berdasarkan

bakat sedia ada dalam diri mereka. Jelaslah bahawa DAT boleh digunakan sebagai bimbingan

untuk setipa individu membuat keputusan yang baik dalam kehidupan mereka berdasarkan

apa yang diinginkan dalam hidupnya.

8.2.4.1 Penjelasan Terperinci DAT berkaitan dengan Keputusan yang

Diperolehi.

Berdasarkan keputusan yang anda perolehi, individu akan lebih focus kepada bidang

yang terbaik dan sesuai dengan diri individu tersebut dan ia juga perlu dimanfaatkan dengan

baik mungkin dengan cara mendapat pendidikan, latihan daan sebagainya untuk

menambahkan ilmu tentang bakat yang anda perolhi dengan lebih lanjut. Ia juga membantu

individu itu mendapat kefahaman tentang pemilihan kerjaya yang bersepadanan dengan bakat

yang sedia ada. Hal ini demikian kerana, adalah sangat penting dalam melakukan pemilihan

kerjaya adalah ditumpukan kepada pekerjaan yang anda minati dan tidak hanya kepada apa

yang anda minati semata-mata. Terdapat beberapa aspek yang terkandung dalam DAT iaitu

pertuturan, penalaran numerikal, abstrak penularan persepsi mekanikal penalaran, ruang

hubungan, ejaan, penggunaan bahasa dan pendidikan terhadap bakat tersebut.

24

Page 25: Inventori

8.2.4.1.1 Interaksi

Ianya merupakan skor pertama yang terdapat dalam DAT. Jika individu mendapat skor

purata dalam kategori ini, individu ini mempunyai bakat dalam berkata-kata atau membujuk

orang lain. Jika dibandingkan dengan individu yang tidak mempunyai bakat dalam perkata-

kata, individu yang berada dalam kategori ini adalah lebih baik tanpa memerlukan latihan

yang banyak. Kemampuan individu yang bijak berkata-kata ini adalah sangat penting

terutamanya dalam kerjaya yang melibatkan komunikasi dan sosial. Ia juga penting bagi

kerjaya yang melibatkan pemikiran yang analitik. Contoh kerjaya yang sesuai bagi mereka

terdapat dalam beberapa profesion iaitu profesional (peguam, doktor dan guru), kerjaya yang

berasaskan teknologi (jurutera, pengatur computer), perniagaan (pengurusan, penjualan,

pemasaran dan pengiklanan), karya ilmiah dan banyak lagi. Ia juga penting bagi individu

dalam bidang ini untuk memiliki kemampuan verbal yang cukup jika mereka lebih terdedah

kepada persekitaran serta mengikuti latihan atau kursus tentang aspek verbal.

8.2.4.1.2 Penomboran

DAT juga mengandungi aspek penomboran dimana apabila individu mendapat skor

yang tinggi dalam kategori ini, individu tersebut lebih cenderung kepada bekerja dalam

kerjaya yang melibatkan nombor dan pengiraan. Kemampuan penomboran ini sangat penting

dalam profesion teknikal seperti sains, teknik, dan arkitek. Hal ini juga penting bagi pekerjaan

dalam bidang perniagaan dan kewangan contohnya jurujual, perbankan dan lain-lain serta

diperlukan dalam bidang perakaunan. Selain itu juga, individu yang lebih cenderung kepada

bakat penomboran ini boleh juga menceburi bidang teknikal kerana dalam bidang ini juga

memerlukan perhitungan dan pengukuran yang tepat. Namun, untuk meningkatkan bakat

dalam bidang ini, individu yang terbabit perlulah menjalani kursus dan belajar dalam bidang

ini dengan lebih mendalam.

8.2.4.1.3 Abstrak

Selain itu juga DAT turut menguji tentang abstrak seseorang yang mempunyai idea-

idea yang abstrak atau lebih jelas lagi, individu yang mempunyai nilai kesenian yang tinggi.

Ianya berkaitan dengan kemampuan untuk memahami pola-pola yang komplek antara unsur-

25

Page 26: Inventori

unsur dan kita juga boleh melihat bagaimana unsur-unsur itu berkaitan antara satu sama lain.

Skor yang tinggi pada kategori ini memberi maksud bahawa individu tersebut mempunyai

kebolehan untuk berfikir secara abstrak dalam sesuatu kerja yang dilakukan dan melibatkan

bagaimana cara individu itu melihat sesuatu hal dalam pengertian logik atau secara praktikal.

Pekerjaan yang sesuai bagi individu yang memiliki ciri-ciri ini adalah pereka lawan web,

matematik, sains dan teknik serta bidang-bidang yang berkaitan dengan rekaan yang sering

berkaitan antara pengolahan idea atau tema-tema abstrak.

8.2.4.1.4 Persepsi, kecepatan dan akurasi

Skor yang tinggi dalam bidang ini merujuk kepada individu itu lebih cenderung

kepada seorang yang analitik dan bersistematik dalam kerjanyaa. Ianya bertujuan untuk

menguji atau mengukur kemampuan untuk bekerja secara tepat, detail dan sistematik.

Kemampuan ini adalah penting bagi bidang-bidang yang lebih memberi penekanan terhadap

ketelitian dan terperinci contohnya seperti kerani, pengkaji data, pengekodan dan lain-lain.

Skor yang tinggi dalam kategori ini merupakan individu yang mementingkan kerja, ketelitian

dan sisitematik serta memdapat kepuasan jika kerjanya dilakukan dengan sempurna.

8.2.4.1.5 Mekanikal

Individu yang mendapat skor yang tinngi dalam bidang ini menunjukkan individu itu

berbakat dalam bidang mekanikal. Ia juga bertujuan untuk memahami prinsip-prinsip asas

yang berkaitan dengan mesin, alatan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan fizikal.

Kebolehan ini adalah penting untuk setiap jenis pekerjaan yang melibatkan rekacipta, operasi

atau pembaikan alatan dan juga sangat penting dalam bidang teknik. Contoh pekerjaan yang

berkaitan dengan mekanikal adalah tukang gas, tukang paip, jurutera pengeluaran, elektrian,

aero-jurutera, tukang kayu, pembekal mesin, pembangunan dan banyak lagi.

8.2.4.1.6 Ruang Hubungan

Ruang Hubungan ini menilai ujian tentang kemampuan seseorang untuk melihat objek

dalam tiga dimensi. Kebolehan ini diperlukan untuk setiap bentuk pekerjaan yang digunakan

26

Page 27: Inventori

untuk mendapat bayangan terhadap benda-benda dan untuk lebih memahami bagaimana

mereka berhubungan antara satu sama lain. Contoh pekerjaan adalah seperti arkitek, pereka

dalaman, jurugambar, doktor gigi, kesenian, dan semua jenis kerjaya yang berkaitan dengan

teknikal yang melibatkan urusan yang melibatkan benda-benda pada peringkat praktikal.

Lebih bersangkut paut dengan kategori mekanikal.

8.2.4.1.7 Penggunaan bahasa

Kemampuan menggunakan bahasa adalah sangat penting dalam apa jua pekerjaan

sekalipun samada melalui lisan mahupun bukan lisan. Penggunaan bahasa ini biasanya

digunakan dalam bidang yang berkaitan dengan guru, perubatan , undang-undang,

perakaunan, serta pekerjaan yang melibatkan media seperti DJ radio, atau penyampai

televisyen. Berdasarkan ujian DAT ini, penggunaan bahasa dapat menilai kemampuan diri

dan tingkat penggunaan bahasa dalam diri seseorang individu terbabit.

8.2.4.1.8 Pendidikan Bakat

Kemampuan pendidikan nilai dapat dikaji dengan jelas berdasarkan skor yang

diperolehi daripada penalaran verbal dan penomboran telah diambil sebagai indikasi umum

tentang kemampuan seseorang individu untuk belajar di sekolah, dan universiti. pendidikan

tentang bakat ini mula diterapkan di institut pengajian tetapi ianya bergantung pada apa yang

kita lakukan. Terdapat banyak kesempatan terutamanya dalam bentuk latihan yang dibuka

untuk anda yang mempunyai potensi dalam pelbagai bidang. Kaunselor juga boleh bertindak

sebagai penasihat yang boleh membantu individu itu mencari sesuatu kerjaya yang

bermanfaat dan bersesuaian dengan bakat yang diperolehi.

27

Page 28: Inventori

9.0 UJIAN PENCAPAIAN

9.1 Definisi ujian Pencapaian

Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana seseorang

pelajar dapat mengusai tajuk-tajuk telah diajar oleh guru yang meliputi

pengetahuan,kefahaman dan aplikasi .Ujian ini juga dapat menentukan kesediaan pelajar

untuk memulakan tajuk baru dan mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk-

tajuk yang uji .

Disamping itu, ujian pencapaian ialah ujian untuk mengukur sejauh mana sesuatu

kumpulan murid atau seseorang murid atau seseorang murid berkenaan untuk menguasai

sesuatu topik yang telah dipelajari.Ujian pencapaian adalah berteraskan ujian rujukan

norma.Ujian pencapaian juga adalah untuk mengukur aspek pencapaian

akademik,aptitud,siasah,minat ,sikap dan sebagainya.

Menurut Anastasi (1982) ujian pencapaian adalah direka untuk mengukur kesan yang

standard yang berkaitan dengan pengalaman seperti kurikulum pendidikan yang

spesifik.Manakala menurut Nowak 1986 Ujian Pencapaian merupakan satu alat yang

digunakan untuk mengukur pencapaian individu dalam mata pelajaran tertentu.

Dalam konsep pencapaian menerangkan apa yang telah dipelajari atau kemampuan untuk

berkembang (development capacity).Di samping itu ujian pencapaian lebih berorientasikan

masa lalu dan juga semasa berbanding dengan masa hadapan.

Ujian pencapaian terbahagi kepada ujian berbentuk sumatif dan formatif.

1. Ujian sumatif

Ujian sumatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid-murid mengikuti

proses pembelajran dalam Kelas Pemulihan Khas.Ia juga merupakan instrumen

28

Page 29: Inventori

pengukuran pencapaian dalam mengusai kemahiran asas mata pelajaran

Bahasa melayu .Penggubalan soalan bagi ujian ini adalah berasakan

kemahiran-kemahiran tertentu.Jika murid tersebut lulus mengikut skor-skor

yang ditetapkan maka murid tersebut boleh dikembalikan ke kelas biasa untuk

menjalani program pemulihan dalam kelas.

2. Ujian formatif

Ujian formatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid mengikuti

proses pembelajaran di kelas Pemulihan Khas.Ujian adalah untuk menilai

penguasaan murid dalam satu-satu kemahiran yang diajar .Ianya menjadi asas

kepada peningkatan kemahiran yang lebih tinggi.Bahan ujian dan keputusan

ujian hendaklah difailkan sebagai rujukan.

6.2 Tujuan ujian pencapaian

1) Untuk mengukur tahap perkembangan atau pencapaian akademik setiap individu

Sebgai contoh ujian pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Pelajar yang

mendapat skor markah yang tinggi menunjukkan pekembangan dan pencapaian

mereka dalam kelas mencapai tahap yang baik.

2) Merancang strategi intervensi sistem pendidikan melalui kemahiran membaca,arimetik

dan penggunaan bahasa

3) Tahap pencapaian akademik menjadi faktor utama dalam perancangan kerjaya

Sekiranaya pelajar mendapat pencapaian yang baik dalam setiap mata pelajaran yang

diambil mereka akan dapat membuat perancangan dalam memilih kerjaya yang

mereka diminati yang sesuai dengan kelayakan yang diperoleh oleh mereka.

4) Untuk memilih program pendidikan latihan untuk kerjaya

Tujuan ujian pencapaian adalah untuk memilih program pendidikan latihan untuk

kerjaya.Pelajar yang mengambil aliran sains berkemungkinan besar akan terus

memilih kerjaya yang berkaitan dengan bidang sains.

5) Menunjukkan tahap pencapaian semasa dalam aspek mata pelajaran seperti

pembelajaran sosial,membaca atau pendidikan asas.

Ujian pencapaian adalah untuk menunjukan tahap pencapaian semasa dalam aspek

mata pelajran seperti pembelajaran sosial,membaca atau pendidikan asas.Dengan

29

Page 30: Inventori

adanya ujian pencapaian yang kerap dilakukan dapat melihat perkembangan pelajar

dari semasa ke semasa.

9.3 Kategori ujian pencapaian

Dalam ujian pencapaian boleh dibahagiakan kepada 3 jenis kategori untuk penggunaan

dalam program kaunseling kerjaya.

1) General survey battery-untuk mengukur dalam kebanyakan subjek yang diajar

disekolah dan distandardkan

2) Single subject test – untuk mengukur pengetahuan dalam sesuatu subjek sahaja

3) Diagnostic batteries-untuk mengukur pengetahuan dalam kecekapan yang spesifik

seperti membaca,mengeja dan aritmetik(pengiraan)

9.4 Contoh ujian pencapaian

Di Malaysia terdapat ujian pencapaian mengikut subjek tertentu seperti ujian

kebangsaan. Sebagai contohnya ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian

Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran

Malaysia (STPM). Selain itu juga, ujian pencapaian Agama turut diterapkan dalam Ujian

Pencapaian di Malaysia. Misalnya, Sijil Rendah Agama (SRA), Sijil Menengah Agama

(SMA), Pencapaian Sijil Tinggi Agama (STA), Pencapaian Sijil Tinggi Agama Malaysia

(STAM).

Tujuan ujian pencapaian adalah untuk melihat pencapaian individu dalam mata

pelajaran Bahasa Inggeris ,Matematik,Bahasa Melayu,Sejarah,Sains,Matematik tambahan dan

sebagainya.Biasanya ujian pencapaian ini dijalankan di sekolah,kolej,institusi pengajian

tinggi(IPTS) dan lain-lain.Kebiasanya ujian pencapaian ini disediakan oleh guru-guru yang

mengajar mata pelajaran tersebut pihak kementerian pengajian malaysia atau organisasi yang

berkaitan .Ujian-ujian yang dijalankan ini mendaji batu aras untuk melayakan diri untuk ke

tahap pengajian yang lebih tinggi mengikut kursus yang sesuai.

30

Page 31: Inventori

Selain daripada ujian pencapaian UPSR,PMR,SPM,STPM dan sebagainya terdapat

juga ujian pencapaian seperti The Iowa Test Of Basic Skills (ITBS ) dan Metropolitan

Achievement Test(MAT).The Iow a Test Test of Basic Skills (ITBS) adalah sejenis ujian

pencapaian untuk menguji pelbagai tahap (muttilevel).ITBS adalah ujian sejajar dengan ujian

kebolehan kognitif.Tujuan ujian IBTS untuk ukur kepentingan kemahiran pendidikan asas

untuk fungsi yang berkesan dlm kehidupan . Antaranya ialah mengukur tahap

membaca,bahasa,matematik dan kemahiran guna alat bantu mengajar.

Metropolitan Achievement Test(MAT) adalah mengukur tahap pencapaian pelajar gred

K-12 di New York.terdapat 2 jenis ujian pencapaian MAT iaitu The Survey Test (Traditional

Achievement) dan Instructional Test.The survey Test adalah mengukur tahap pemahaman

membaca,matematik dan bahasa seseorang pelajar.Manakala Instructional Test adalah

mengukur sama seperti survey test tetapi ada penambahan dari aspek pembelajaran sosial

seperti geografi,ekonomi,sains politik,psikologi dan juga penambahan dari aspek sains seperti

sains fizik dan sains angkasa lepas.

31

Page 32: Inventori

10.0 PENYUSUNAN KAD

10.1 Definisi

Penyusunan kad merupakan salah satu ujian yang boleh digunakan dalam kaunseling

kerjaya. Ujian ini diperkenalkan oleh Tyler (1961). Ujian penyusunan kad dapat

menggalakkan klien untuk membuat pertimbangan dan perbincangan dalam memikirkan

alternatif-alternatif untuk membuat pilihan dalam kerjaya. Ia juga merupakan satu gambaran

simbolik daripada proses pemikiran klien yang lebih spesifik tentang persepsi kerjaya.

Terdapat pelbagai ujian penyusunan kad yang boleh digunakan antaranya seperti Career

Values : Card Sort Planning Kit, Values-Driven Work dan Skillscan.

Ujian penyusunan kad yang dipilih ialah Skillscan. Skillscan adalah sebuah alat yang

akan membantu anda mengenalpasti kekuatan alam dan kemahiran untuk digunakan dalam

pengembaraan kerjaya anda. Ujian penilaian Skillscan digunakan untuk membantu

mengenalpasti keupayaan dan kecekapan yang diperolehi daripada kerjaya yang diceburi

tersebut. Ujian ini juga menentukan dan menekankan tentang kemahiran yang perlu

ditekankan dalam kerja dan yang mana kemahiran yang perlu diminimumkan untuk

mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

Masa yang perlu diambil dalam melaksanakan ujian ini ialah dalam jangka masa kira-

kira 45 minit.

10.2 Pendekatan dalam Skillscan

Pendekatan yang terdapat dalam ujian penilaian Skillscan terbahagi kepada dua iaitu

sebab klien suka terhadap Skillscan dan sebab kaunselor suka melaksanakan Skillscan

32

Page 33: Inventori

terhadap klien. Pendekatan Skillscan disukai oleh klien dan kaunselor kerana ia memepunyai

sebab-sebab yang tertentu yang dapat menarik minat orang ramai untuk melakukannya.

Pendekatan yang pertama yang disukai oleh klien ialah taktik dan menarik. Hal ini

bertujuan untuk menarik minat individu untuk menyelesaikan penilaian yang ada di atas

kertas ataupun melalui talian. Selain itu, pendekatan yang digunakan dalam ujian penilaian

Skillscan yang digemari oleh klien ialah pembelajaran yang berstruktur. Pendekatan ini

menyediakan tiga langkah untuk membantu individu mempelajari memperbaiki tentang

kekuatan dan kelemahan diri masing-masing. Kemahiran-kemahiran tertentu akan diterapkan

bagi meningkatkan pembangunan kerjaya.

Keputusan Penilaian Personaliti juga merupakan salah satu daripada pendekatan yang

disukai oeleh klien yang digunakan dalam ujian penilaian Skillscan. Seramai 60 orang

individu yang menggunakan ujian ini dapat menilai kembali kemampuan mereka sendiri

sekaligus dapat membina peribadi mereka sendiri.

Pendekatan lain yang boleh digunakan seperti pendekatan menyeluruh, cepat dan

komprehensif. Selepas individu menjalankan ujian mereka akan mendapat keputusan yang

komprehensif terhadap kerjayanya. Dengan berbantukan seorang kaunselor, mereka akan

memperoleh keputusan dalam jangka masa 50 minit. Setiap penillaian yang diperolehi

mempunyai ciri tertentu yang akan di senaraikan seperti laporan untuk mengemukakan

kekuatan, keutamaan dan pertumbuhan individu tersebut dalam kerjaya mereka.

Permohonan praktikal dan langsung untuk matlamat kerjaya juga pendekatan yang

digunakan dalam mengendalikan uijan penilaian Skillscan. Hasil yang diperolehi boleh

digunakan untuk membantu dalam perancangan kerjaya, menilai peralihan kerjaya,

peningkatan kerjaya, pemasaran dan kepakaran individu dalam resume dan temuduga.

Melalui pendekatan yang disukai oleh kaunselor pula seperti kemahiran

perbendaharaan kata yang ada pada seseorang kaunselor itu sendiri. Skillscan Skill mempuyai

60 kemahiran dan definisi yang dikemukakan bagi menyediakan klien dengan kosa kata untuk

menggambarkan pemahaman, kekuatan mereka sekaligus dapat mengetahui cabaran kerjaya

mereka. Selain itu, mereka juga akan dapat mengetahui tentang perancangan kerjaya,

peralihan kerjaya, penigkatan kerjaya dan kepakaran pemasaran dalam mencari pekerjaan.

Kaunselor juga menggunakan pendekatan seperti satu alat untuk berfikir lain dari

tugas deskripsi dalam mengendalikan ujian penilaian Skillscan. Klien sering berfikir tentang

33

Page 34: Inventori

apa yang boleh mereka lakukan berdasarkan pengalaman kerja mereka di masa lalu. Skillscan

yang biasa digunakan memberikan keterampilan kerja tentang target bahasa untuk peranan

dan fungsi yang sejajar dengan kemampuan klien.

Rangka kerja organisasi digunakan oleh kaunselor untuk menilai sendiri apa yang

klien inginkan dalam kerjaya mereka. Pendekatan ini memerlukan kemahiran penyusunan

dalam enam kategori iaitu kategori komunikasi, perhubungan, pengurusan, analitikal, kreatif

dan fizikal yang sihat. Rangka kerja ini digunakan bagi membolehkan klien berhubung baik

dengan kaunselor dan mendapat keterangan pekerjaan yang mereka inginkan.

10.3 Kemahiran-Kemahiran Dalam Penyusunan Kad

Kemahiran-kemahiran dan kategori kod warna juga sering dilakukan oleh kaunselor dalam

membantu klien mengetahui potensi diri dalam kerjaya masing-masing. 60 kemahiran telah

dikategorikan ke dalam salah satu daripada 6 kod warna. Setiap kod warna mempunyai

kategori tersendiri yang menjelaskan tentang pemahaman mereka tentang kerjaya yang unik

dan berpotensi untuk mengetahui kekuatan diri sendiri.

Selain itu, kaunselor juga gemar menggunakan kecekapan masa terhadap kliennya

sebagai permulaan untuk kaunselor mengetahui tentang kepentingan masa kepada klien. Ujian

ini mengambil masa selama 30 minit untuk menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan

pentadbiran. Kad jenis Paket Profesional dengan mudah dapat diselesaikan dalam masa 50

minit seperti sesi kaunseling.

Interaktif yang diterapkan oleh kaunselor dapat mencipta peluang kepada keunselor

dan klien untuk membincangkan keprihatinan dan wawasan selama ujian penilaian di

jalankan. Hal ini dilakukan bertujuan untuk meningkatkan dan memperkukuhkan kesedaran

dalam diri klien tentang sesuatu kerjaya yang ingin diceburi dan juga kerjaya yang sedang

dilalui mereka.

Keputusan-keputusan disepadukan bagi membolehkan klien mengetahui tentang diri

mereka dan bagaimana untuk mengatasi kekurangan yang ada pada mereka. Berdasarkan

kepada keputusan penilaian piawaian, ia dapat memperkuatkan dan memotivasikan diri klien

sekaligus akan timbul kesedaran dan celik akal dalam diri klien.

34

Page 35: Inventori

Kaunselor menggunakan pendekatan fleksibel bagi membolehkan klien mengakses

kerjaya pada setiap saat dan di mana sahaja dengan mengakses internet. Klien boleh

menyimpan laporan mereka sendiri selama 6 bulan dan juga mereka boleh emailkan laporan

mereka kepada kaunselor mereka.

11.0 KEMATANGAN KERJAYA

11.1 Definisi

Menurut Crites, 1978b; King, 1989: Ohler , Levinsen, & Hays, 1996 kematangan

kerjaya telah ditakrifkan sebagai keupayaan individu untuk membuat pilihan kerjaya yang

tepat, termasuk kesedaran daripada apa yang diperlukan untuk membuat keputusan kerjaya

dan sejauh mana pilihan seseorang agensi lain yang realistik dan konsisten dari masa ke masa.

Menurut Luzzo, 1993; Savickas, 1984 pula kematangan kerjaya juga boleh ditakrifkan

sebagai sejauh mana seorang individu telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang

diperlukan untuk membuat keputusan yang cerdas, realistik terhadap pilihan kerjaya, kesiapan

seorang individu untuk mendalami sesuatu kerjaya, usia yang sesuai untuk membuat

keputusan kerjaya dan sesuai mengatasi pengembangan tugas-tugas kerjaya.

Selain itu, super (1983) menyatakan kematangan kerjaya terdiri daripada lima dimensi

iaitu perancangan, eksplorasi, pengumpulan maklumat, menetapkan keputusan dan kenyataan

orientasi. Seligmen (1994) pula mencadangkan bahawa kematangan kerjaya terdiri daripada

kisah hidup, namun sifat tahap kematangan kerjaya berbeza dari individu lain. Crites (1965)

pula telah mencadangkan sebuah model kematangan kerjaya yang meliputi dua dimensi iaitu

afektif dan kognitif. Dimensi kognitif diwakili oleh kebolehan membuat keputusan dalam

karier kemahiran, manakala dimensi afektif mengira sikap terhadap pengembangan karier.

Crites (1971) menyatakan bahawa sikap individu terhadap sesuatu kerjaya adalah

berbeza dari kemampuan dan kepentingan, sedangkan Healy, O'Shea dan Crook (1985)

melihat sikap sebagai harapan yang mampu mempengaruhi penafsiran tugas dalam sesuatu

pengembangan kerjaya. Savickas, (1990)percaya sikap ini boleh dinilai dan dianggap indeks

yang sah dalam kerjaya individu. Bernardelli, DeStefano & Dumont, 1983: King, 1989:

Ohler, Levinson & Sanders, 1995 telah menyatakan ematangan kerjaya boleh dikaitkan

35

Page 36: Inventori

dengan penilaian-diri yang realistik, pengalaman persekitaran, pengaruh keluarga dan

beberapa ciri peribadi seperti kecerdasan, lokus kawalan dan harga diri.

11.2 Faktor Mempengaruhi Pilihan Kerjaya dalam Kematangan Kerjaya

Gottfredson (1986) mengenalpasti 12 faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan

kerjaya dan risiko tertentu bagi pilihan kerjaya yang mengalami kesulitan. Faktor-faktor risiko

ini meliputi kecerdasan rendah, miskin pendidikan, pemencilan budaya, harga diri yang

rendah, keterbatasan fungsional, terlampau menjadi non-tradisional , pemencilan sosial,

rendah / kecerdasan yang tinggi berbanding dengan keluarga / rakan sebaya, penjaga utama

dan ekonomi utama khidmat. Faktor-faktor ini menempatkan perempuan, ras / etnik minoriti

dan individu khususnya orang cacat mempunyai risiko yang tinggi mengalami masalah

pemilihan kerjaya.

Seseoraang terbaik untuk bertanggungjawab dalam pemilihan sesuatu kerjaya adalah

kaunselor. Konselor perlu membuat keputusan tentang bila harus menggunakan penilaian

kerjaya yang sesuai mengikut keperluan klien, dan instrumen yang paling sesuai untuk

digunakan dalam situasi kaunseling tertentu. Inventori dan ujian persediaan boleh digunakan

untuk membentuk tujuan-tujuan hubungan kaunseling dan menentukan apa yang relavan dan

penting bagi seorang klien.

Khususnya, mengukur kematangan karier yang digunakan untuk seorang konselor

mengenalpasti masalah klien yang harus difokuskan untuk mendapatkan pengetahuan tentang

potensi yang ada dalam diri klien. Oleh itu, kemahiran yang realistik diperlukan untuk

membuat keputusan. Kesiapan klien untuk membuat keputusan kerjaya berlandaskan

kaunseling kerjaya yang berkesan dan dapat memberikan analisis lebih lanjut dan tentang

minat, bakat, nilai-nilai kerja dan kepribadian.

36

Page 37: Inventori

11.3 Jenis-jenis Inventori Kematangan Kerjaya

11.3.1 Career Maturity Inventory

Crites (1978a, 1978b) Career Maturity Inventori (CMI) adalah bertujuan untuk menilai

sikap dan kompetensi kerjaya anak-anak dan remaja pada tahap umur 6-12. CMI terdiri

daripada 2 borang inventori iatu A2 dan B1, dan lima kompetensi subtests. Savickas (1984)

menemukan Sikap CMI skala yang paling popular daripada semua langkah-langkah dalam

menentukan keputusan kerjaya. skala ini terdiri daripada 50 penyataan yang menyatakan

pelbagai kenyataan mengenai isu-isu kedewasaan karier, dan menggunakan format yang

benar-salah. Skala ini direka untuk memperolehi lebih banyak tanggapan yang matang

sebagai peringkat pengembangan anak dalam kerjaya.

Ujian kompetensi ini juga terdiri daripada lima subtests iaitu Mengetahui tentang diri

(Self-Appraisal), mengetahui Tentang Pekerjaan (Information Occupational), Pemilihan

Kerjaya (Goal Setting), Pandangan ke Depan (Planning), dan Apa perlu mereka lakukan

(Problem Solving). Setiap bentuk mempunyai 20 item dan memerlukan masa 20 minit untuk

menyelesaikan. skor yang lebih tinggi menunjukkan kematangan kerjaya yang lebih besar.

11.3.2 Career Development Inventory (CDI)

Super, Thompson, Lindeman, Jordaan & Myers, (1988) menyatakan Career Development

Inventory (CDI) didasarkan pada lebih daripada 40 tahun kajian dan langkah-langkah sikap

dan pengetahuan yang dipercayai berkaitan dengan kemajuan kecerdasan dan kepuasan dalam

kerjaya pekerjaan. Menurut Super, Osborne, Walsh , Brown, & Niles, (1992) pula

menyatakan CDI itu terdiri daripada dua bentuk iatu digunakan untuk sekolah target dari

Grades 8 hingga 12, dan digunakan kepada mahasiswa universiti.

37

Page 38: Inventori

Setiap bentuk mempunyai dua bahagian dan terdiri dari 120 item. Bahagian 1 terdiri

daripada empat subtests yang mengukur aspek-aspek penting kedewasaan kerjaya, iaitu

perancangan kerjaya (skala 1) kerjaya maklumat eksplorasi (Skala 2), boleh keputusan (Skala

3) dan maklumat dunia pekerjaan sebenar (skala 4). Bahagian 2 boleh diberikan kepada

mahasiswa di Universiti, tetapi Bahagian 2 mungkin tidak berpadanan untuk pelajar sekolah

menengah dan rendah, kerana sifat kompleks pengetahuan pelajar tentang pemilihan kerjaya.

Lapan skala skor boleh diperolehi daripada instrumen ini iaitu empat daripada Bahagian 1,

satu daripada bahagian 2 dan tiga daripada menggabungkan beberapa subset nilai (sikap

pengembangan kerjaya, pengembangan kerjaya pengetahuan, dan orientasi kerjaya secara

keseluruhan.

CDI boleh digunakan untuk kaunseling kerjaya, perancangan program bimbingan, dan

evaluasi program dan penyelidikan. Selain itu, CDI mungkin juga boleh digunakan untuk

mengetahui minat pelajar tentang perancangan kerjaya mereka. CDI mungkin sesuai untuk

menilai kesiapan untuk merumuskan rancangan pendidikan dan karier. Iaitu untuk

memberikan pendedahan awal tentang maklumat diagnostik melalui sikap dan kognitif.

Kelebihan dan kekurangan boleh memberikan kesan dalam menentukan pemilihan kerjaya

seseorang individu.

11.3.3 Adult Career Concerns Inventory(ACCI)

ACCI; Super, Thompson & Lindeman, 1988 menyatakan terdapat 61 item instrumen yang

menyasarkan pelajar sekolah menengah dan orang dewasa. Namun, ketika berhadapan dengan

orang dewasa, ia menunjukkan bahawa banyak konsep yang berlaku untuk remaja yang tidak

boleh dialihkan kepada orang dewasa. Ini penting kerana setiap individu mempunyai

pemilihan kerjaya yang berbeza sepanjang hidup mereka, dimana setiap individu mempunyai

pengalaman dan pengetahuan yang berbeza tentang sesuatu kerjaya. Sebagai akibatnya, Super

dan Knasel (1979) mencadangkan konsep kerjaya beradaptasi, atau sikap dan diperlukan

eksplorasi yang sepenuhnya untuk mengatasi perubahan pekerjaan dan keadaan kerja.

Enam puluh daripada 61 item tentang kemalangan berkaitan sikap dan perancangan

kerjaya secara keseluruhannnya. 60 item ini dibahagikan kepada tiga bahagian substages.

Individu diminta untuk menanggapi pernyataan pada skala Likert dari 1 (tidak ada perhatian)

untuk 5 (sangat prihatin). Ia bertujuan untuk, mengukur tingkat perhatian individu dengan

38

Page 39: Inventori

bertanya pada takat ini dalam kerjayanya.. disarankan bahawa pengendalian ACCI pandai

dalam proses pengiraan dan bijak bermain dengan nombor. Dimana ia merupakan proses

rumit yang memerlukan kalkulator dan beberapa pengetahuan asas statistik.

Seperti yang dijelaskan oleh Super, maka ACCI boleh digunakan dalam dua cara

untuk kaunseling dan perancangan kerjaya, dan untuk keperluan analisis. Secara keseluruhan,

penggunaannya sangat terhad yang hanya menawarkan maklumat tentang bagaimana

menggunakan instrumen dalam kaunseling ACCI mungkin yang terbaik digunakan untuk

mengenalpasti tugas-tugas vokasional, mempunyai tujuan mengukur secara keseluruhan,

salah satu aspek kerjaya beradaptasi, dan ini agak unik dalam populasi target orang dewasa.

Instrumen harus digunakan dengan sangat hati-hati, namun, dengan kata lain bahawa

data yang disajikan psikometrik untuk ACCI adalah terhad. Keptusan untuk lima subtests

adalah 95 untuk penduduk, 95 untuk pembentukan, 94 untuk pemeliharaan, 93 untuk bercerai,

dan 94 untuk pertukaran kerjaya (Halpin, Ralph & Halpin, 1990), Whiston (1990) melaporkan

kebolehpercayaan daripada dua sampel, mulai 76-95 dan 81-96. sedangkan konsistensi

dalaman tampaknya cukup, ujian-ujian kebolehpercayaan tidak dilaporkan.

11.3.4 Assessment Of Career Devision Making (ACDM)

(ACDM; Harren 1979, Buck & Daniels, 1985) menggabungkan ukuran kemajuan dengan

karier (pendidikan dan vokasional). ACDM mengandungi mengandungi 94 item dan boleh

digunakan secara idividu atau kumpulan. Ia terdiri daripada tiga 10 item gaya, Pembuatan

Keputusan (rasional, intuitif dan Dependent) dan Keputusan Tugas skala, yang meliputi tiga

bidang utama (penerapan disekolah, penjajahan dan besar). Masa yang diperuntukkan adalah

30 minit. Implikasi daripada keputusan dijelaskan dalam laporan naratif mudah difahami

(Prediger, 1988).

ACDM boleh dilaksanakan di sekolah atau universiti dalam perancangan kerjaya, dan

disertai oleh A Leader's Handbook dan A Student's Handbook. Melalui ACDM ia digunakan

untuk membantu pelajar dalam merumuskan tujuan-tujuan kerjaya dan merancang untuk

melaksanakan tujuan-tujuan mereka (Sharf, 1994). Dalam 94 item pernyataan yang perlu

dijawab oleh klien adalah betul atau salah sahaja. Hal ini memudahkan klien untuk menjawab

tanpa perlu banyak berfikir. Mana-mana alat ujian pun perlu dijawab dengan spontan kerana

jawapan yang spontan adalah jawapan sebenar yang datang dalam diri klien itu.

39

Page 40: Inventori

Kriteria yang berkaitan dan membina kesahihan data disajikan dalam bentuk manual.

Secara keseluruhannya, bukti kesahan ACDM adalah lemah. Namun, Sharf (1994) percaya

bahawa ada data yang boleh digunakan sebagai agen penasihat untuk dalam proses pemilihan

kerjaya, khususnya dengan mahasiswa di Universiti.

ACDM adalah salah satu daripada beberapa instrumen yang menilai gaya keputusan

dan kemajuan kerjaya, seperti pilihan pekerjaan atau bidang pendidikan yang berkaitan

dengan kerjaya yang dipilih. Namun, sifat psikometrik instrumen menunjukkan bahawa

instrumen harus digunakan dengan sangat hati-hati.

11.3.5 Career Belief Inventory

CBI; Krumboltz, 1994 adalah 96 item instrumen yang dibentuk untuk membantu individu

mengenalpasti sikap-sikap tertentu yang boleh menghalang pencapaian darjat mereka

persetujuan atau ketidaksetujuan untuk setiap item pada skala 5. Terdapat 25 skala dari CBI,

dan skor tertinggi berkisaran 10-50 untuk setiap skala. skor kurang daripada 39 adalah sebuah

indikasi kepada konselor mengenalpasti potensi yang menjadi penghalang ke matlamat

kerjaya. Hal ini menggambarkan bagaimana skor boleh ditafsirkan untuk setiap skala.

Tempoh yang diperlukan untuk menyelesaikan alat ini ialah kurang lebih 30 minit

Wall (1994) mencadangkan bahawa item instrumen mungkin tepat digunakan sebagai

rangka kerja yang berstruktur atau batu loncatan bagi perbincangan yang lebih mendalam

dengan klien . Perbincangan ini dapat membantu konselor mengenalpasti setiap

misconseptions yang boleh menghalang klien mereka dari menceburi kerjaya tertentu. Selain

itu, meskipun masalah telah dikenalpasti, konselor juga perlu menentukan apakah tindakan

yang terbaik yang boleh membantu klien agar masalah yang menjadi penghalang kepada

perkembangan kerjaya individu dihapuskan.Namun kesahan dalam CBI adalah sebahagian

besarnya, tidak diketahui.

11.3.6 Career Decision Scale

Menurut Osipow, Carney, Winer, Yanico & Koschier, 1976 CDS yang dicipta lebih daripada

20 tahun. Ia telah disemak sebanyak tiga kali, dan disertai dengan manual-Vince disemak

pada tahun 1986. CDS terdiri daripada 18 item, di antaranya jawab pada 4 titik skala (1 =

40

Page 41: Inventori

tidak sama sekali seperti saya, 4 = memang sama seperti saya). 18 item yang terdiri daripada

dua skala; ke 2 Keterangan skala Tentu dan ke-16 item skala Kebimbangan. yang satu item

adalah sebuah pertanyaan terbuka yang mencerminkan keprihatinan turun skala

Tujuan dari CDS adalah untuk menganggarkan pemilihan kerjaya mengenai

kebimbangan dan pengembangan kerjaya kepada pelajar sekolah menengah dan pelajar di

peringkat universiti. Secara manualnya menunjukkan bahawa skor Kepastian pada atau di

bawah 15 persentil dan sebaliknya, skor Kebimbangan pada atau di atas persentil ke-85 boleh

dianggap signifikan (Harmon, 1994). Skor Kepastian rendah dengan skor keraguan yang

tinggi dianggap sebagai indikasi daripada keperluan untuk intervasi; kepastian kualiti skor

dengan Kebimbangan kualiti dianggap menunjukkan keperluan untuk bergabung. Kombinasi

daripada nilai kepastian kualiti dan tidak konsisten secara logik sehingga boleh menyebabkan

pemilihan kerjaya menjadi tidak sah.

12.0 KESIMPULAN

Standard ujian dan penilaian serta persediaan mempunyai kaitan antara satu sama lain

dengan kaunseling kerjaya. Kemahiran, bakat, nilai, prestasi, kepribadian karakteristik dan

vokasional merupakan criteria yang terdapat dalam penilaian kaunseling kerjaya. Penggunaan

penilaian prosedur yang standard dalam kaunseling kerjaya menyediakan pelanggan kepada

peningkatan alternatif pilihan dan kemudian menggalakkan penglibatan individu secara lebih

menyeluruh dalam membuat keputusan kerjaya. melalui program kaunseling kerjaya, skor

Penilaian digunakan dengan bahan lain untuk merangsang dan meningkatkan eksplorasi

kerjaya.

Kebolehpercayaan dan kesahihan adalah merupakan dua konsep yang psikometrik

yang perlu dinilai dalam memilih instrument inventori. Terdapat beberapa isu-isu yang

terlibat dalam mencapai kesetaraan dalam ujian penilaian merangkumi pelbagai

pembolehubah dan ianya perlu dipertimbangkan dalam pemilihan dan ujian yang digunakan

serta diuji kepada pelbagai kumpulan. Ujian teknikal yang manual mengandungi maklumat

yang mana ia perlu ditinjau untuk memastikan agar semua sesuai.

Matlamat inventori serta ujian penilaian ini adalah termasuk menilai sifat dalam

meneroka bidang pekerjaan dan dalam membuat keputusan untuk memilih kerjaya yang

sesuai. Apa yang penting adalah untuk membina hubungan serta keserasian dengan kaunselor

41

Page 42: Inventori

dalam memilih ujian serta menetapkan matlamat untuk menggunakan ujian tersebut. Dalam

inventori dan penilaian ini terdapat banyak inventori yang sesuai digunakan bagi mereka yang

ingin meneroka bidang kerjaya dan seterusnya memilih bidang kerjaya yang sesuai untuk

mereka. Antara ujian yang selalu digunakan adalah ujian bakat, ujian penilaian, ujian

kematangan kerjaya, penyusunan kad dan ujiian nilai.

42