internet maksud integriti dan perlaksanaannya

20
Maksud Integriti Dan Perlaksanaannya Ismail N Perkataan ‘integriti’ menjadi salah satu istilah yang paling kerap digunakan sebaik sahaja pengumuman oleh kerajaan bahawa beberapakertas soalan UPSR 2014 didapati telah bocor dan calon-calon diarahkan mengambil semula kertas-kertas tersebut. Peristiwa yang amat mendukacitakan dan memalukan ini memberi impak yang amat berbeza kepada anak-anak kita yang masih di sekolah rendah ini. Pada tahap umur ini, mereka seharusnya belajar tentang usaha” dan “kesungguhan” akan membuahkan hasil yang membanggakan, namun kini mereka awal-awal lagi dikejutkan dengan realiti sebenar dunia yang penuh dengan tipu-helah dan penipuan.

Upload: putraasmara7482

Post on 08-Aug-2015

114 views

Category:

Internet


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

Maksud Integriti Dan Perlaksanaannya

Ismail N

Perkataan ‘integriti’ menjadi salah satu istilah yang paling kerap digunakan sebaik

sahaja pengumuman oleh kerajaan bahawa beberapakertas soalan UPSR 2014 didapati

telah bocor dan calon-calon diarahkan mengambil semula kertas-kertas tersebut.

Peristiwa yang amat mendukacitakan dan memalukan ini memberi impak yang amat

berbeza kepada anak-anak kita yang masih di sekolah rendah ini.

Pada tahap umur ini, mereka seharusnya belajar tentang “usaha”

dan “kesungguhan” akan membuahkan hasil yang membanggakan,

namun kini mereka awal-awal lagi dikejutkan dengan realiti sebenar

dunia yang penuh dengan tipu-helah dan penipuan.

Page 2: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

Gambar kredit: eng.mynewshub.cc

Ini secara tidak langsung mendedahkan mereka kepada maksud integritidan para

pendidik kini harus berusaha mengembalikan keyakinan anak-anak ini bahawa integriti

wujud dalam masyarakat dan setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan

juga.

Maksud Integriti

Menurut Kamus Dewan (Edisi Ke-4) Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), integriti

diberi maksud:

(intégriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2.

keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; berintegriti mempunyai

integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan

mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk

penyelewengan.

Wikipedia pula menyatakan bahawa perkataan ini berasal dari istilah bahasa Inggeris

yang membawa maksud:

“keutuhan dari semua segi yang baik”.

Maksud integriti dalam bahasa Inggeris, sebagaimana yang dinyatakan

dalam Dictionary.Com pula adalah:

Page 3: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

1. adherence to moral and ethical principles; soundness of moral character; honesty.

2. the state of being whole, entire, or undiminished: to preserve the integrity of the

empire.

3. a sound, unimpaired, or perfect condition: the integrity of a ship’s hull.

Walau apa pun pengertiannya, apa yang pasti, maksud integriti merujuk kepada sifat-

sifat yang baik dan positif. Sifat-sifat baik ini merangkumi sifat-sifat seperti:

Amanah

Bertanggungjawab

Telus

Ikhlas

Berdedikasi

Keterbukaan.

Mereka yang mengamalkan sifat-sifat ini bolehlah disifatkan sebagai

insan yang BERINTEGRITI dan wajar dihormati.

Ketiadaan sifat-sifat yang baik ini dalam individu dan masyarakat boleh menyebabkan

wujudnya jenayah dan tingkah laku moral yang salah umpamanya:

rasuah

pecah amanah

mencuri

menindas

menipu

dan sebagainya

Page 4: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

Gambar kredit: www.suaragenerasibaru.com

Oleh itu, tidak salah jika kita katakan juga kebocoran dalam kertas soalan UPSR ini ada

kaitan dengan kurangnya INTEGRITI di kalangan masyarakat kita amnya dan dikalangan

penjawat awam khasnya.

SPRM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Pecah Amanah Dan Rasuah

Amnya apabila kita membicarakan tentang soal integriti, kita akan lebih tertumpu pada

kes-kes pecah amanah dan rasuah.

Harus diingat bahawa skop integriti adalah lebih luas. Amalan budaya kerja juga

menuntut integriti. Integriti dalam ketepatan waktu, integriti dalam menyampaikan

maklumat, integriti dalam memberi perkhidmatan terbaik, integriti dalam berhubung

dengan ketua jabatan, rakan sekerja dan juga kakitangan sokongan.

Namun kayu pengukur kejayaan penerapan budaya berintegrasi ini boleh dilihat dengan

berkurangnya kes-kes rasuah dan pecah amanah.

Page 5: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

Atas sebab itulah kerajaan telah mewujudkan badan khas bagi memerangi masaalah ini

dan badan tersebut adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kewujudan SPRM adalah selaras dengan hasrat masyarakat yang mahukan entiti

pencegahan rasuah yang lebih bebas, telus dan profesional.

SPRM ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

2009 (Akta 694) dan semenjak ditubuhkan telah berjaya membuat pelbagai siasatan

dan tangkapan bagi membendung gejala rasuah dan pecah amanah.

Untuk tahun 2014 (setakat 11 September 2014) sahaja sebanyak 277 tangkapan dibuat

oleh SPRM. Kebanyakkan hasil tangkapan akan berakhir dengan tertuduh didakwa di

mahkamah dibawah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) atau akta-

akta lain yang berkaitan.

Untuk memastikan SPRM berfungsi dengan berkesan, diwujudkan satu makanisme yang

dipanggil sebagai ‘check and balance‘. Terdapat 5 entiti yang ditubuhkan dengan fungsi

untuk memantau, menasihati serta memastikan fungsi dan tanggungjawab Suruhanjaya

ini dilaksanakan dengan cekap, berkesan, bebas dan telus.

Lima entiti tersebut adalah:

Page 6: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

1. Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR)

2. Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR)

3. Jawatankuasa Aduan (JA)

4. Panel Penilaian Operasi (PPO)

5. Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR)

Keanggotaan bagi kelima-lima entiti bebas ini dipilih dari kalangan individu berintegriti

yang cemerlang dalam perkhidmatan dan profesion masing-masing.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan adalah sebuah Badan Berkanun

Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen: Akta Suruhanjaya Integriti Agensi

Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang diwartakan pada 3 September 2009. Akta 700

kemudian dikuatkuasakan pada 1 April 2011.

Page 7: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

Fungsi utama Suruhanjaya ini adalah:

menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai

penguatkuasa atau agensi penguatkuasaan secara amnya; dan

menyiasat serta mengadakan pendengaran berhubung dengan aduan yang

diterima.

Bidangkuasa suruhanjaya ini harus dibezakan dengan SPRM.

Sisatan SPRM adalah tertumpu pada kes-kes RASUAH dan PECAH AMANAH!

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan pula menyiasat pengawai/agensi

penguatkuasaan yang tidak menjalankan tugas dengan betul (bermakna ia boleh

juga menyiasat pegawai SPRM yang gagal menjalankan tugas mereka).

Menurut seksyen 24(1) Akta 700, SALAH LAKU pegawai penguat kuasa dan agensi

penguatkuasaan bermaksud:

Page 8: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

Contoh salah laku yang diadukan kepada Suruhanjaya:

Aduan pengadu tidak diambil dengan betul di mana pegawai yang menerima aduan

pengadu gagal mencatatkan butiran yang diberikan oleh pengadu.

Siasatan yang mengambil masa yang terlalu lama dan pengadu tidak dimaklumkan

mengenai status siasatan walaupun berkali-kali menghubungi Pegawai Penyiasat.

Pegawai penyiasat melengah-lengahkan siasatan.

Dan sebagainya.

Perlaksanaan Integriti Dalam Agensi/Jabatan Kerajaan

Harus diingatkan bahawa bagi membudayakan dan menerapkan integriti dalam

masyarakat, tumpuan tidak harus diberikan pada SPRM, SIAP dan PENGUATKUASAAN

UNDANG-UNDANG sahaja.

Malah, penulis berpendapat penguatkuasaan seharusnya adalah JALAN TERAKHIR dalam

membasmi masaalah ini. Ingat:

PREVENTION IS BETTER THAN CURE!

Oleh itu usaha-usaha PRA-penguatkuasaan perlu dilaksanakan dan pergiatkan bagi

memastikan gejala seperti rasuah, tidak amanah dan tidak berintegriti dapat

dibendung. Dengan itu, jentera pentadbiran negara akan menjadi lebih effisien dan

rakyat akan menikmati faedah darinya.

Page 9: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

Antara perkara-perkara yang boleh dilaksanakan dan telah pun dilaksanakan oleh

kerajaan termasuklah:-

Membuat perancangan, polisi dan kajian mengenai masalah ini

Mendidik (educate) penjawat awam agar menjadi lebih berdisiplin dan berintegriti

Memantau (monitoring) penjawat awam menerusi agensi-agensi pemantauan dan

penubuhan unit-unit integriti

Menerima aduan dan membuat sisatan dalaman

Mengambil tindakan segera dan melaporkan kesalahan pada agensi

penguatkuasaan

Membuat perancangan, polisi dan kajian mengenai masaalah iniSebelum sesuatu tindakan hendak diambil, pelan tindakan hendaklah dibuat dahulu.

Perancangan dan kajian awal perlu dibuat agar apabila diimplimentasikan, ia berjalan

secara teratur dan berkesan.

Kerajaaan menerusi SPRM dan Institut Integriti Malaysia telah dari semasa ke

semasa cuba memperbaiki budaya kerja, etika dan integriti pejawat awam.

Hasil kajian diedarkan untuk digunapakai di agensi-agensi dan

jabatan-jabatan kerajaan dan penambaik dibuat dari semasa ke

semasa.

Selain dari itu, jabatan-jabatan dan agensi kerajaan juga melakukan perancangan dan

kajian di peringkat agensi/jabatan secara dalaman (internal) agar polisi atau pelan

tindakan boleh disesuaikan dengan tempat kerja masing-masing.

Mendidik (educate) penjawat awam agar menjadi lebih berdisiplin dan berintegritiProses mendidik bukanlah suatu yang amat mudah. Lebih-lebih lagi terdapat ramai

penjawat awam yang telah lama atau senior yang sukar untuk dilenturkan lagi. Namun,

Page 10: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

usaha-usaha ini perlu dilaksanakan dengan mengambil pendekatan terbaik dan sesuai

dengan setiap agensi atau jabatan kerajaan terbabit. Antara cara-cara yang boleh

dilaksanakan termasuklah:-

mengadakan kursus dan seminar

memberikan “reward” atau ganjaran bagi kakitangan yang mengamalkan integriti

dan budaya kerja yang baik

meletakkan poster-poster yang memberi peringatan tentang isu ini di pejabat

memanggil dan memberi kaunseling kepada pegawai-pegawai atau kakitangan

yang bermasaalah

Memantau (monitoring) penjawat awam menerusi agensi-agensi pemantauan dan penubuhan unit-unit integritiUntuk memantau penjawat awam secara berkualiti dan lebih effisen, pemantauan

sebaiknya dibuat di peringkat dalaman (internal). Oleh itu perlu wujud satu unit yang

bebas dalam sesuatu jabatan/agensi kerajaan bagi menjalankan fungsi ini. Ia bertindak

antara lain untuk memastikan:-

implementasikan budaya kerja yang baik dan “good governance” di tempat kerja

menyemai dan menerapkan konsep integriti dalam organisasi

memantau dan mengenal pasti  jika ada perlanggaran moral, etika mahupun

budaya kerja yang tidak baik dalam jabatan/agensi

menerima aduan dan menyiasat aduan

memastikan pematuhan undang-undang dan peraturan

mengambil tempat sebagai sekretariat dalam Lembaga Disiplin

Page 11: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

Di bawah satu sekular yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri pada tahun 2009, semua

agensi dan jabatan kerajaan hendaklah menubuhkan unit integriti masing-masing. Ia

diketuai oleh seorang Pegawai Integriti Bertauliah yang dilatih oleh SPRM dan bebas

dari pengaruh mana-mana unit lain dalam agensi/jabatan.

Menerima aduan dan membuat sisatan dalamanTugas ini akan dilakukan oleh unit integriti. Orang awam diberi akses dan kemudahan

untuk berhubung dan membuat laporan dan identiti akan dirahsiakan.

Mengambil tindakan segera dan melaporkan kesalahan pada agensi penguatkuasaanMana-mana kesalahan yang serius dan jatuh pada agensi penguatkuasaan yang

berkaitan hendaklah dilaporkan dan diambil tindakan sewajarnya. Sebarang kesalahan

atau perlanggaran undang-undang/peraturan tidak boleh disembunyikan demi menjaga

imej dan KPI agensi/jabatan. Oleh itu, unit integriti akan memainkan peranan penting

agar hal sebegini dapat ditangani dan masaalah ini dapat diselesaikan dengan baik.

Page 12: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

Kesimpulan

Penulis menyambut baik cita-cita dan hasrat kerajaan bagi menerapkan nilai-nilai murni

di tempat kerja dan membasmi gejala rasuah dan pecah amanah. Budaya yang tidak

sihat ini akan menyebabkan antara lain:

melemahkan kecekapan dan servis yang diberikan oleh jabatan/agensi kerajaan

mengurangkan keyakinan dan sokongan orang awam terhadap mereka

menambahkan kos dalam transaksi-transaksi awam sekaligus menambahkan kos

kerajaan keseluruhannya

Oleh itu, usaha-usaha ini wajar disokong dan dijayakan dengan sebaik mungkin. Semua

pihak (penjawat awam terutamanya) perlu memberikan kerjasama sepenuhnya dalam

meningkatkan integriti di tempat kerja masing-masing. Orang awam juga perlu

membantu dengan tidak berkrompromi dalam isu ini dan membuat aduan pada pihak-

pihak berkenaan. Jika ini semua dapat dijayakan dengan sempurna, nescaya

produktiviti dan kualiti dapat ditingkatkan. Rakyat pun akan mendapat

menafaat.  Insya-allah…

 – Maksud Integriti Dan Perlaksanaannya

About

 

Latest Posts

Ismail N

I am lifestyle blogger cum internet marketer, who has been blogging and writing since the day the Web 2.0 was created. I love sports and traveling, and am addicted to coffee and Man Utd. I enjoy putting passion and personality into each website designed.

Page 13: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

Powered by Starbox

Articles{ 23 comments… add one }

Hilmi Hasan October 6, 2014, 5:19 am

Pecah amanah kerana godaan wang ringgit biasa terjadi. Tapi ianya boleh lagi diatasi

aku rasa….jika ada semangat yg kuat dan sedar akan kesalahan tersebut. Yang susah

nak elak adalah bila “arahan” datang dari orang atasan atau boss kita. Kerana ianya

bukan sahaja libatkan wang ringgit tapi kesannya kepada sumber rezeki dan keluarga

kita. Apa yang penting kita kena takutkan Allah lebih drp takut kpd manusia.

Nauzubillah.

Reply

o Ismail N October 7, 2014, 6:28 am

Setuju sangat.

Malahan dalam banyak hal, pecah amanah ini melibatkan satu pejabat dan bukan

satu dua individu sahaja. Maka, lebih susah hendak dibenteras.

Reply

Hairul Azni October 4, 2014, 5:33 am

Perlu lebih lagi penekanan terhadap aspek integriti ni..nampak dah semakin teruk bila

soalan UPSR pun bocor..

Reply

o Ismail N October 7, 2014, 6:13 am

Page 14: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

Ya. perlu diterapkan pada pejawat awam dan pekerja swasta juga.

Reply

zik October 3, 2014, 2:01 pm

Godaan wang ringgit..susah woo, bila pengurusan wang yang diuruskan banyak

sangkut..

Reply

o Ismail N October 7, 2014, 6:04 am

Kena kuat iman..

Reply

Hazmin Hamudin October 1, 2014, 6:48 am

Masalah integriti ni memang menjadi isu hangat sekarang ni. Yang paling ketara apabila

melibatkan sektor kerajaan. Memang memalukan.

Reply

o Ismail N October 3, 2014, 6:57 am

Bukan sahaja memalukan tetapi merugikan negara…

Reply

ema October 1, 2014, 3:34 am

Page 15: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

sifat sesseorang itu sendiri…sama ada mempunyai sifat yang baik atau tidak baik..

barulah wujudnya integriti di dalam sesebuah jabatan.

Reply

o Ismail N October 3, 2014, 6:44 am

Kalau semua ada integriti yg baik, maka tiada masaalah la kan? Namun, kalau

ramai yang tidak, maka kenalah ada unit untuk memantaunya.

Reply

akubiomed September 30, 2014, 3:20 pm

Membenteras rasuah dan kurang integriti satu proses yang panjang dan tanpa henti.

Reply

o Ismail N October 1, 2014, 1:16 am

dan juga menjadi tanggunjawab bersama.

Reply

suri September 30, 2014, 3:09 pm

perkara bagus baik di ketengahkan..yang kurang baik elok bawa ke pihak pengadilan

Reply

o Ismail N October 1, 2014, 1:16 am

Page 16: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

setuju..

Reply

azlanvai September 30, 2014, 7:58 am

Waktu kerja gov dulu kerap aku kena hantar kursus integriti ni..

Reply

titan September 30, 2014, 7:37 am

bab integriti ni..susah nak amal.

hoho..

Reply

o Ismail N October 1, 2014, 1:08 am

jika ada kemahuan, insya-allah ada jalan….

Reply

Denaihati September 30, 2014, 6:20 am

Harap langkah menubuhkan unit integriti ni dapat mengurangkan rasuah dinegara kita,

mungkin dalam organisasi swasta pun elok ada.

Reply

o Ismail N October 1, 2014, 12:50 am

Page 17: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; EnsiklopediaMalaysia ;Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ;  e-Tesis  ;e-Jurnal ;Khidmat Nasihat

Soalan JawapanJenis Soalan

Tarikh Soalan

Pengunaan perkataan teguh: Teguh ingatan - betul atau salah penggunaannya

Mengikut Kamus Dewan teguh bermaksud tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dan lain-lain). Sinonim bagi teguh ialah kukuh: kuat, utuh"> utuh , dan stabil. Teguh berantonim dengan lemah. Maka istilah teguh ingatan tidak digunakan, sebaliknya istilah yang digunakan ialah kuat ingatan dan kukuh ingatan.

Istilah11.03.2014

apa itu keutuhan wacana?

Keutuhan bermaksud perihal (sifat, keadaan) utuh, kebulatan, kesempurnaan dan wacana bermaksud keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Keutuhan wacana boleh dikatakan sebagai kesempurnaan keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.

Makna27.02.2007

maksud perkataan 'intregriti'

Integriti ialah kejujuran, keadaan sempurna dan  utuh. Makna11.06.2008

maksud integriti.Integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan.

Makna08.01.2008

Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul? Dadanya sangat tegap. Terima kasih.

Tegap bermaksud teguh, kuat dan utuh dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa

14.08.2012

maksuk integriti institusi kehakiman

Integriti institusi kehakiman bermaksud institusi kehakiman yang lengkap, kejujuran, keadaan sempurna dan utuh.

Makna27.09.2009

Salam. boleh tolong jelaskan maksud 'integriti', 'luwes','delegasi', 'provokasi', 'premis'? Terimakasih.

Integriti ialah kejujuran, keadaan yang sempurna atau utuh; luwes ialah tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan, dapat diubah suai; delegasi ialah rombongan yang mewakili sesebuah negara dalam perundingan atau tindakan mengamanahkan atau menurunkan hak kepada seseorang lain; provokasi ialah perbuatan membangkitkan kemarahan, minat dan sebagainya; premis ialah sesuatu pernyataan dan sebagainya yang diandaikan sebagai sesuatu yang benar untuk tujuan membuat huraian yang membawa kepada sesuatu kesimpulan kelak; atau bangunan / kawasan tempat diuruskan perniagaan.

Makna23.02.2008

Page 18: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

Apakah maksud terperinci mengenai perkataan Intergriti?

Mengikut makna Kamus Dewan, Integriti bermaksud kejujuran atau keadaan yang sempurna dan utuh.

Makna22.08.2006

apakah yang dimaksudkan dengan integriti?

Integriti mempunyai dua makna iaitu makna pertama - kejujuran; dan makna kedua - keadaan sempurna dan utuh. Untuk maklumat lanjut tuan boleh merujukhttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=integriti

Makna09.01.2013

APAKAH MAKSUD INTERGERITI , KOMITED , SIASAH MENGIKUT KAMUS DEWAN

1. ejaan sebenar ialah integriti - kejujuran: mencemarkan nama baik - keadaan sempurna dan utuh. 2.komited - mempunyai atau menunjukkan komitmen (terhadap sesuatu) 3. siasah - pengetahuan yang bersangkutan dengan hal-hal kenegaraan atau pemerintahan

Makna01.08.2007

12 3 4 5 6 Selepas >

mudah-mudahan, insya-allah…

Reply

Hafizul September 30, 2014, 4:42 am

Betul kan bro..semoga mereka integriti anak-anak kita tidak dicemari dengan anasir

sebegini…terima kasih kongsikan..barulah tahu maksud sebenar integriti..kalau tak,

pandai sebut aje la..haha

Reply

o Ismail N October 1, 2014, 12:42 am

welcome…

Reply

hafidzramli September 30, 2014, 3:18 am

Salam Hormat.

Page 19: Internet maksud integriti dan perlaksanaannya

Rasanya baik semak secara teliti pengambilan calon-calon penjawat awam degan lebih

telus agar tak berlaku perkara-perkara yang ke arah pecah amanah dan rasuah.

Reply

o Ismail N October 1, 2014, 12:41 am

Ya, proses awal memilih pekerja juga penting dalam memastikan hanya mereka

yang berintegriti sahaja dipilih ke dalam jawatan.