pelan integriti negara

30
Pelan Integriti Negara (PIN) BAHAGIAN I LATARBELAKANG, KONSEP, OBJEKTIF DAN SASARAN BAB 1 : MEMBINA MASYARAKAT MAJU MENURUT ACUAN SENDIRI Mengurus Kejayaan 1. Malaysia ialah sebuah negara sedang membangun yang telah mencapai kejayaan besar dalam pelbagai bidang, dan kini sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara dan masyarakat yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, Malaysia perlu bijak mengurus kejayaannya agar ia dapat diperkukuh dan dipertingkatkan. 2. Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dicapai dapat dilestarikan, kesejahteraan rakyat dapat dipelihara dan ditingkatkan. Dengan cara itu juga prasarana Dunia Pertama yang sudah pun terdapat di Malaysia tidak disia-siakan atau disalahgunakan, manakala sikap dan mentaliti Dunia Ketiga dapat dikikis. 3. Perangkaan atau data penting Malaysia memperlihatkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2003 telah meningkat sebanyak 4.5 peratus kepada RM229.3 billion. Pertumbuhan ini dijangka meningkat pada kadar 5.5 hingga 6 peratus dalam tahun 2004. Kemudahan prasarana negara semakin menyeluruh dengan liputan bekalan elektrik dan bekalan air masing-masing mencapai tahap 94 dan 92 peratus sehingga tahun 2002. Pendidikan peringkat rendah telah mencapai 97.8 peratus kemasukan, manakala kadar celik huruf pada tahun 2002 adalah pada tahap 94 peratus. Jangka hayat lelaki dan wanita juga telah meningkat masing-masing kepada 70.4 tahun dan 75.3 tahun manakala kadar kematian bayi semasa lahir juga telah menurun dari 6.6 bagi setiap satu ribu pada tahun 2001 kepada 6.2 pada tahun 2002. Pembangunan, pertumbuhan dan daya saing negara seperti ditunjukkan daripada perangkaan ini banyak didasari oleh pengukuhan elemen-elemen nilai murni, integriti dan akauntabiliti. Di samping itu, ia juga berasaskan pertanggungjawaban semua pihak bagi memastikan kejayaan negara dan kesejahteraan rakyat dikecapi secara berterusan. 4. Pada masa yang sama, kesedaran rakyat semakin meningkat supaya gejala yang bertentangan dengan prinsip etika dan integriti seperti rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan ketidakcekapan dihapuskan. Rakyat menuntut integriti dipertahan dan dipertingkatkan dalam semua urusan kerajaan, swasta, parti politik, media, kesatuan sekerja, NGO, belia, pelajar, dan masyarakat umum. Komitmen Kerajaan Malaysia 5. Kerajaan Malaysia sangat komited kepada usaha pembangunan negara secara total. Dasar-dasar negara yang mencakupi bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial telah diperkenal dan dilaksanakan secara menyeluruh dan teratur. Kemajuan Malaysia masa kini adalah hasil daripada perancangan yang teliti oleh pihak Kerajaan dan agensi-agensinya, pihak swasta, serta pelbagai sektor masyarakat secara bersepadu dan berterusan. 6. Semenjak tahun 1951 sehingga kini, Malaysia telahpun melaksanakan sebelas rancangan lima tahunnya. Sejak tahun 1971 pula, negara ini telah dibimbing oleh tiga

Upload: ismail-hashim

Post on 02-Jul-2015

325 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan Integriti Negara

Pelan Integriti Negara (PIN)

BAHAGIAN I LATARBELAKANG, KONSEP,

OBJEKTIF DAN SASARAN

BAB  1 : MEMBINA MASYARAKAT MAJU MENURUT ACUAN SENDIRI

Mengurus Kejayaan

1. Malaysia ialah sebuah negara sedang membangun yang telah mencapai kejayaan besar dalam pelbagai bidang, dan kini sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara dan masyarakat yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, Malaysia perlu bijak mengurus kejayaannya agar ia dapat diperkukuh dan dipertingkatkan.

2. Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dicapai dapat dilestarikan, kesejahteraan rakyat dapat dipelihara dan ditingkatkan. Dengan cara itu juga prasarana Dunia Pertama yang sudah pun terdapat di Malaysia tidak disia-siakan atau disalahgunakan, manakala sikap dan mentaliti Dunia Ketiga dapat dikikis.

3. Perangkaan atau data penting Malaysia memperlihatkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2003 telah meningkat sebanyak 4.5 peratus kepada RM229.3 billion. Pertumbuhan ini dijangka meningkat pada kadar 5.5 hingga 6 peratus dalam tahun 2004. Kemudahan prasarana negara semakin menyeluruh dengan liputan bekalan elektrik dan bekalan air masing-masing mencapai tahap 94 dan 92 peratus sehingga tahun 2002. Pendidikan peringkat rendah telah mencapai 97.8 peratus kemasukan, manakala kadar celik huruf pada tahun 2002 adalah pada tahap 94 peratus. Jangka hayat lelaki dan wanita juga telah meningkat masing-masing kepada 70.4 tahun dan 75.3 tahun manakala kadar kematian bayi semasa lahir juga telah menurun dari 6.6 bagi setiap satu ribu pada tahun 2001 kepada 6.2 pada tahun 2002. Pembangunan, pertumbuhan dan daya saing negara seperti ditunjukkan daripada perangkaan ini banyak didasari oleh pengukuhan elemen-elemen nilai murni, integriti dan akauntabiliti. Di samping itu, ia juga berasaskan pertanggungjawaban semua pihak bagi memastikan kejayaan negara dan kesejahteraan rakyat dikecapi secara berterusan.

4. Pada masa yang sama, kesedaran rakyat semakin meningkat supaya gejala yang bertentangan dengan prinsip etika dan integriti seperti rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan ketidakcekapan dihapuskan. Rakyat menuntut integriti dipertahan dan dipertingkatkan dalam semua urusan kerajaan, swasta, parti politik, media, kesatuan sekerja, NGO, belia, pelajar, dan masyarakat umum.

  Komitmen Kerajaan Malaysia

5. Kerajaan Malaysia sangat komited kepada usaha pembangunan negara secara total. Dasar-dasar negara yang mencakupi bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial telah diperkenal dan dilaksanakan secara menyeluruh dan teratur. Kemajuan Malaysia masa kini adalah hasil daripada perancangan yang teliti oleh pihak Kerajaan dan agensi-agensinya, pihak swasta, serta pelbagai sektor masyarakat secara bersepadu dan berterusan.

Page 2: Pelan Integriti Negara

6. Semenjak tahun 1951 sehingga kini, Malaysia telahpun melaksanakan sebelas rancangan lima tahunnya. Sejak tahun 1971 pula, negara ini telah dibimbing oleh tiga Pelan Jangka Panjang, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000), dan Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) (2001-2010).

7. Hala tuju dan prinsip dalam ketiga-tiga pelan jangka panjang ini dipandu oleh semangat dan prinsip negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Wawasan 2020. Perlembagaan Persekutuan menggariskan kontrak sosial yang menjadi pedoman kerukunan hidup serta kemajuan negara dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara ialah falsafah dan ideologi negara yang diisytiharkan pada 1970 untuk membentuk konsensus baru, menyatupadukan masyarakat berbilang kaum serta membangunkan sebuah masyarakat yang adil, demokratik, liberal dan progresif. Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 mengandungi aspirasi negara ini untuk menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri serta cabaran-cabaran yang perlu ditanganinya dalam usaha merealisasikan aspirasi itu. Prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Wawasan 2020 menjadi asas pelbagai dasar dan strategi yang dilaksanakan di Malaysia sehingga ke hari ini.

  Langkah Berterusan Mempertingkatkan Etika dan Integriti dalam Sektor Awam

8. Kerajaan menyedari bahawa sektor awam merupakan instrumen terpenting dalam pengurusan dan pentadbiran, penyampaian perkhidmatan dan pembangunan negara. Justeru, pembudayaan etika dan integriti mestilah pada setiap masa diterjemahkan dalam semua aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sektor ini. Penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni serta bersih daripada gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa perlu sentiasa diperkukuhkan dan menjadi amalan berterusan. Ke arah ini, Kerajaan telah memperkenal dan melancarkan pelbagai program bagi memantap dan mempertingkatkan nilai-nilai murni dan integriti perkhidmatan awam sejak kemerdekaan lagi. Walau bagaimanpun, usaha yang lebih terfokus dilaksanakan sejak tahun-tahun 1980an. Tumpuan diberikan kepada penghayatan konsep 'Bersih, Cekap dan Amanah', 'Penerapan Nilai-Nilai Islam', 'Budaya Kerja Berkualiti', 'Kod Etika Kerja', 'Piagam Pelanggan' dan 'ISO 9000'.

9. Di samping itu, bagi memastikan penguatkuasaan usaha pencegahan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa, Kerajaan melalui Parlimen telah meluluskan Akta Pencegah Rasuah, 1961, bagi menggantikan The Prevention of Corruption Ordinance 1950. Dalam tahun 1967, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah ditubuhkan bertujuan menghapuskan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Dengan mengambil kira perkembangan dalam negeri dan antarabangsa, Akta ini kemudian disemak pada tahun 1971 dan seterusnya dimansuhkan serta digantikan dengan Akta Pencegahan Rasuah 1997. Sejak penubuhannya sehingga kini, BPR telah memainkan peranan penting dalam memerangi rasuah, memelihara integriti pentadbiran Kerajaan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

10.Kerajaan juga telah menubuhkan Biro Pengaduan Awam (BPA) sebagai salah satu mekanisme dan saluran bagi orang ramai mengemukakan aduan mengenai salah tadbir, salahguna kuasa dan penyelewengan dalam perkhidmatan awam. Jabatan Audit Negara dibentuk untuk mengaudit Penyata Akaun Awam bagi memastikan pengurusan perbelanjaan, hasil dan aset Kerajaan dilaksanakan secara berhemah mengikut undang-undang dan peraturan. Manakala Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ditubuhkan, antara lain, sebagai peneraju pembaharuan pentadbiran dalam mewujudkan perkhidmatan awam yang moden, cekap dan berkesan.

11.Bagi memantapkan keutuhan pengurusan dan pentadbiran, Kerajaan telah membentuk Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK), dengan meletakkan isu keutuhan atau integriti pengurusan Kerajaan sebagai fokus utamanya. Pada masa ini Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri.

Page 3: Pelan Integriti Negara

12.Langkah di peringkat Kerajaan Pusat ini telah disusuli dengan pembentukan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Dengan demikian keutuhan pengurusan bukan sahaja menangani isu integriti peringkat teratas, tetapi juga jentera pentadbiran pelbagai peringkat sehingga ke peringkat akar umbi.

13.Objektif Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan di semua peringkat ialah untuk memastikan bahawa jentera pentadbiran Kerajaan terus menerus cekap, berdisiplin, dan berpegang teguh kepada syarat keutuhan yang paling tinggi dengan berpandukan nilai-nilai murni. Pada masa yang sama, ia juga bertujuan mengatasi masalah dan kelemahan khususnya dalam pengurusan kewangan, pelanggaran disiplin, gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

14.Sebagai suatu garis panduan penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni, Kerajaan telah mengenalpasti satu himpunan nilai teras sebagai panduan untuk dihayati dan dilaksanakan oleh penjawat sektor awam. Himpunan nilai teras itu ialah amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan bersyukur. Ini adalah nilai induk bagi sesebuah organisasi yang beradab dan patut dihayati oleh setiap warga perkhidmatan awam. Selain itu, Kerajaan juga mengenalpasti nilai kembangan, yakni nilai yang dibentuk dari bawah, terdiri daripada nilai yang sesuai dan relevan dengan kepakaran dan operasi organisasi berkenaan, yang akan mendukung pencapaian yang dituntut oleh nilai teras. Mekanisme JKP yang ditubuhkan di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah bertanggungjawab menerapkan nilai-nilai tersebut.

15.Terdapat lapan terma rujukan yang menjadi panduan JKP, iaitu Perundangan, Sistem dan Prosedur Kerja, Nilai-nilai Murni dan Etika, Kod Etika, Pengiktirafan, Kawalan Dalaman, Tindakan Pengesanan dan Punitif, serta Tindakan Pemulihan. JKP merupakan suatu mekanisme yang berstruktur dengan pelaporan berkala bertujuan memantapkan lagi keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia secara dalaman, menyeluruh, sistematik dan berterusan.

16.Selain daripada penekanan elemen etika dan integriti yang dinyatakan di atas, Kod Etika Hakim (1994) dan Kod Etika Bagi Anggota-Anggota Pentadbiran (1997) juga telah digubal dan digunapakai.

  Langkah-langkah Peningkatan Etika dan Integriti dalam Sektor Swasta

17 Sektor swasta adalah pemacu pembangunan dan penjana pertumbuhan ekonomi Malaysia. Isu utama mengenai integriti sektor swasta yang dititikberatkan dewasa ini ialah tadbir urus korporat. Sifat ekonomi Malaysia yang terbuka dan kemakmuran ekonomi selama beberapa dekad ini memberi peluang bukan sahaja kepada sektor swasta luar negara untuk beroperasi di negara ini, tetapi juga untuk sektor swasta dalam negeri beroperasi di pasaran global. Walau bagaimanapun, beberapa peristiwa yang berlaku di peringkat dunia dan di dalam negeri dalam tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan betapa pentingnya tadbir urus terbaik dijadikan prinsip yang menjiwai syarikat serta membimbing perlakuan para pegawainya. Prinsip ini menggariskan bagaimana para pegawai tersebut harus bertingkah laku dan bertanggungjawab terhadap para pelabur dan pihak berkepentingan yang lain. Pelbagai skandal dan penyelewengan yang melibatkan syarikat-syarikat antarabangsa dan tempatan menunjukkan betapa pentingnya isu tadbir urus terbaik dilaksanakan.

18.Salah satu masalah yang menjejaskan integriti sektor swasta ialah penglibatannya dengan gejala rasuah. Sektor swasta kerap dilihat sebagai pemberi rasuah manakala penjawat awam dilihat sebagai penerima rasuah. Walau bagaimanapun, gejala rasuah sama ada dalam bentuk memberi dan menerima juga berlaku dalam sektor swasta. Memandangkan betapa seriusnya masalah ini, satu konvensyen antarabangsa, iaitu Organization for Economic Cooperation Development (OECD) Anti-Bribery Convention telah ditandatangani oleh 35 buah negara pada 1999 untuk menangani dan mencegah amalan pemberian rasuah oleh syarikat multinasional dan meningkatkan integriti mereka. Konvensyen ini mengharamkan tindakan menyogok oleh syarikat-syarikat tersebut.

Page 4: Pelan Integriti Negara

19.Namun begitu, usaha mencegah gejala rasuah dalam sektor swasta masih tidak mencukupi. Setakat ini masih belum terdapat tindakan undang-undang yang cukup berkesan diambil oleh negara-negara penandatangan Konvensyen berkenaan terhadap pelbagai syarikat dan pegawai mereka yang memberi dan menerima rasuah. Pada masa yang sama, gejala jenayah korporat yang lain seperti penipuan telah menjejaskan kredibiliti dan integriti sektor tersebut di kalangan pelabur dan juga anggota masyarakat. Justeru, usaha meningkatkan integriti sektor korporat menjadi amat penting.

20 Gejala-gejala di atas menegaskan satu hakikat pokok, iaitu betapa pentingnya prinsip tadbir urus terbaik menjadi nadi dan jiwa sektor korporat. Ia juga menunjukkan betapa pentingnya pengawasan dan penguatkuasaan oleh institusi yang berkuasa seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas sektor tersebut agar gejala semacam ini dapat dibendung, integriti ditingkatkan dan kemakmuran ekonomi dapat dikekalkan.

21 Sementara Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) merupakan mekanisme sektor awam untuk menangani isu etika dan integriti dalam perkhidmatan awam dan Kerajaan, sektor swasta tidak mempunyai mekanisme yang sama. Namun, satu langkah positif telah diambil oleh Kementerian Kewangan Malaysia dengan menubuhkan Jawatankuasa Kewangan Tingkat Tinggi (High Level Finance Committee) pada 1998 sejurus selepas krisis kewangan 1997.

22 Hasil inisiatif tersebut, satu kod mengenai tadbir urus korporat yang dikenali sebagai Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) telah diterbitkan pada Mac tahun 2000. Walaupun pada mulanya MCCG tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak swasta, keadaan berubah sejak Januari 2001 apabila Malaysian Securities Exchange Berhad (MSEB) menguatkuasakan Revamped Listing Requirements dan menerimapakai kod ini. Dalam syarat penyenaraian bagi syarikat, MSEB tidak menjadikan kepatuhan pada prinsip dan amalan terbaik dalam MCCG sebagai syarat mandatori. Walau bagaimanapun, semua syarikat di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dituntut supaya bersifat telus dengan melakukan disclosures seperti yang dituntut dalam syarat penyenaraian atau Listing Requirements. Mereka diwajibkan membuat laporan mengenai pelbagai perkara seperti yang dituntut oleh syarat penyenaraian.

23 Setiap syarikat dalam Laporan Tahunan masing-masing dikehendaki memasukkan Kenyataan Mengenai Tadbir Urus Korporat yang melaporkan bagaimana prinsip-prinsip dalam kod MCCG diterapkan serta setakat mana amalan terbaik dalam kod ini dipatuhi. Sekiranya amalan terbaik ini tidak dipatuhi, maka syarikat diperlukan membuat penjelasan dan menerangkan amalan alternatif yang mereka laksanakan. Dengan cara ini, syarikat terpaksa meningkatkan ketelusan dan pertanggungjawabannya.

24 Dalam sektor kewangan pula, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Pelan Induk Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Terjamin pada bulan Mac 2001. Pelan induk ini memberikan hala tuju sistem kewangan bagi tempoh sepuluh tahun sehingga 2010. Objektif pelan ini adalah untuk mewujudkan sistem kewangan yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik dengan amalan-amalan terbaik yang mampu memenuhi permintaan pengguna dan perniagaan yang semakin canggih. Sistem ini juga harus dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi, serta cabaran globalisasi dan liberalisasi.

25 Selain itu, satu himpunan etika dalam bidang perniagaan yang dikenali sebagai Rukuniaga Malaysia juga telah digubal dan diterimapakai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sejak tahun 2002. Rukuniaga Malaysia menggariskan enam prinsip dalam urusan perniagaan iaitu: Berlaku benar dalam amalan perniagaan; Bertanggungjawab kepada pelanggan, masyarakat dan persekitaran; Berperikemanusiaan kepada semua insan; Kesederhanaan tingkah laku dalam perniagaan; Saksama terhadap pelanggan; dan Kesungguhan menjayakan perniagaan. Sebilangan syarikat telah menerima Rukuniaga Malaysia sebagai pedoman dalam urusan perniagaan mereka.

  Langkah-langkah Peningkatan Etika dan Integriti dalam Sektor Lain

Page 5: Pelan Integriti Negara

26 Sejumlah badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) juga telah menggubal kod etika masing-masing untuk memastikan peningkatan etika dan integriti dalam organisasi mereka. Badan-badan profesional di Malaysia, misalnya, Majlis Peguam, Persatuan Perubatan, Lembaga Jurutera, Persatuan Akauntan, Persatuan Akitek dan lain-lain mempunyai kod etika masing-masing yang perlu dipatuhi oleh pengamal profesyen berkenaan. Bahkan, para pelajar institusi pengajian tinggi dalam profesyen berdaftar seperti perubatan, kejuruteraan dan undang-undang juga perlu mengikuti kursus etika sebagai syarat bagi mereka mendapat kelulusan dalam bidang itu dan menjadi pengamalnya.

27 Selain itu, persatuan pengguna, pertubuhan perguruan, pertubuhan pemberi khidmat penjagaan dan pertubuhan alam sekitar juga telah menggubal kod etika mereka. Juga, terdapat badan-badan lain di kalangan masyarakat sivil yang memantau pelaksanaan etika dalam beberapa bidang seperti hak asasi manusia, tadbir urus terbaik dan ketelusan, serta amalan pilihan raya dan demokrasi di Malaysia. Kesemua ini menunjukkan bahawa kesedaran dan komitmen terhadap etika dan integriti di kalangan pelbagai sektor masyarakat Malaysia semakin meningkat.

  Perlunya Satu Mekanisme Menyeluruh

28 Apa yang nyata daripada huraian di atas ialah usaha peningkatan etika dan integriti masih merupakan usaha yang tidak bersepadu, tidak menyeluruh, dan bergerak secara bersendirian tanpa sinergi semua sektor untuk melaksanakannya. Oleh yang demikian, suatu mekanisme menyeluruh yang merangkumi semua sektor perlu dibentuk dan agenda integritinya dilaksanakan secara berkoodinasi.

29 Untuk tujuan itu, suatu perancangan menyeluruh yang dikenali sebagai Pelan Integriti Nasional (PIN) dibentuk dengan memberi fokus kepada matlamat pemantapan etika dan integriti serta membudayakan integriti di kalangan semua anggota masyarakat. Semua pihak iaitu Kerajaan, swasta, parti politik, institusi agama, kesatuan sekerja, NGO, wanita, media, belia, pelajar dan golongan lain dalam masyarakat dari setiap pelusuk negara, secara keseluruhannya perlu meningkatkan kefahaman dan komitmen mereka terhadap integriti.

30.Seiring dengan penggubalan PIN, Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan. IIM adalah mekanisme yang mengkoordinasikan pelaksanaan PIN.

  Kesimpulan

31.Gerakan pemantapan integriti semua lapisan masyarakat dibimbing oleh PIN dan dikoordinasikan pelaksanaannya oleh IIM. Gerakan ini terus menjadi inspirasi dan kekuatan bagi membina Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Page 6: Pelan Integriti Negara

BAB  2 : FAKTOR YANG MENJEJASKAN INTEGRITI

Mengenalpasti Faktor

1. Pelan Integriti Nasional (PIN) akan berusaha memenuhi cita-cita dan matlamat yang diungkapkan dalam kedua-dua Rukun Negara dan Wawasan 2020. Perancangan yang teliti dan komitmen yang teguh seluruh masyarakat dan negara amat diperlukan untuk tujuan tersebut. Perancangan dasar, strategi dan program itu harus menyeluruh, mampu mengenalpasti faktor-faktor yang menjejaskan integriti, menggariskan strategi dan pelan tindakan, serta menunjukkan faktor-faktor utama penentu kejayaan strategi dan pelan berkenaan

2. Menularnya rasuah, ketidakcekapan, penyelewengan, salahguna kuasa, penipuan, dan perlakuan tidak beretika yang lain serta berkurangnya semangat kerja adalah manifestasi kemerosotan integriti individu, organisasi, masyarakat dan negara. Punca kemerosotan tersebut adalah pelbagai. Maka, bagi tujuan menggubal PIN dan menyusun pelan tindakannya, adalah penting untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menjejaskan integriti.

Lima Kategori

3. Faktor-faktor ini boleh dianalisis menurut lima kategori: individu, kepimpinan, sistem dan prosedur, struktur dan institusi, serta budaya (sila lihat Gambarajah 1).

Individu

4. Kelemahan individu merupakan salah satu faktor yang amat penting. Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, lemah disiplin diri dan etika kerja, serta tamak dan mementingkan diri akan menyebabkan merosotnya integriti.

Page 7: Pelan Integriti Negara

5. Kemerosotan integriti juga boleh berlaku sekiranya individu itu hanya melihat kelemahan orang lain, enggan memeriksa kelemahan diri sendiri, lantaran itu jauh sekali untuk mengakui dan mengatasinya.

6. Tekanan hidup juga boleh menyebabkan individu terjerumus ke dalam kancah rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan gejala tidak bermoral. Hal ini berkemungkinan lebih besar berlaku sekiranya pegangan kepada nilai-nilai murni itu sendiri adalah lemah.

Kepimpinan

7. Kepimpinan sangat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan masyarakat serta tahap integriti. Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberikan pedoman, dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk kebaikan. Iltizam yang lemah akan menyebabkan merosotnya integriti. Begitu juga pemimpin yang tidak memberikan teladan yang baik, lebih-lebih lagi mereka yang "cakap tidak serupa bikin". Pemimpin juga mesti mematuhi undang-undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Sebarang tindakan pemimpin mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang, prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan akan menjejaskan integriti.

Sistem dan Prosedur

8 Sistem dan prosedur merangkumi pelbagai dimensi. Di sini dikenalpasti enam aspek sistem dan prosedur yang boleh menjejaskan integriti iaitu:8.1   Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya dalam urusan tender;8.2   Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan bagi menjalankan tugas. Kelemahan ini boleh          menyebabkan ketidakcekapan, kecelaruan, dan perselisihan pendapat di kalangan petugas;8.3   Penguatkuasaan yang tidak berkesan, dan ada kalanya dilakukan secara berpilih;8.4   Kurang pemantauan dan penilaian tentang keberkesanan sesuatu strategi atau program; 8.5   Keupayaan sumber yang terhad sama ada sumber manusia ataupun material sehingga menjejaskan keupayaan penguatkuasaan; dan8.6    Kerangka undang-undang yang lapuk, kurang jelas dan adanya percanggahan dalam sesetengah          undang-undang.

Struktur dan Institusi

9 Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin kelancaran pentadbiran Kerajaan, swasta dan masyarakat umum. Struktur sesebuah organisasi perlu kemas, terfokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan munasabah. Bahagian-bahagian di dalamnya haruslah sesuai dengan tugasnya. Struktur organisasi juga perlu diubah dan diperkemaskan dari semasa ke semasa bagi menangani tuntutan dan cabaran baru. Struktur yang tidak kemas, kurang fokus dan lapuk akan membazirkan sumber dan

Page 8: Pelan Integriti Negara

menyebabkan ia tidak berkesan untuk mencapai matlamatnya.

10 Institusi memainkan peranan yang amat penting dalam keseluruhan sistem pentadbiran. Skop, tugas dan tanggungjawab antara institusi perlu diperincikan dan dikoordinasikan dengan baik. Pertindihan dalam skop, tugas dan tanggungjawab boleh mengakibatkan persaingan tidak sihat ataupun konflik antara institusi, serta pengabaian tanggungjawab. Kurang koordinasi antara institusi pula boleh menyebabkan pembaziran sumber dan tugas yang dilakukan tidak sempurna.

11.Institusi yang mempunyai matlamat atau kepentingan yang bertentangan antara satu sama lain juga boleh menjejaskan integriti. Misalnya, ada institusi yang memupuk nilai-nilai murni, sedangkan ada institusi lain menyebarkan nilai-nilai sebaliknya. Pertentangan kepentingan antara institusi yang berlaku secara berterusan serta nilai-nilai yang berlawanan itu boleh menimbulkan kecelaruan dan krisis nilai. Dengan demikian, integriti individu, masyarakat dan negara turut terjejas.

Budaya

12.Persekitaran amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah lakunya. Salah satu komponen persekitaran ialah budaya. Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan perkembangan semasa. Justeru, ia berubah dan boleh diubah. Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi persekitaran yang kondusif kepada individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya. Budaya yang sebaliknya akan mempengaruhi mereka untuk bersikap tidak ambil peduli, tidak bertanggungjawab dan melepaskan tanggungjawab kepada orang lain.

13.Salah satu manifestasi budaya yang merosot ini ialah keengganan membuat laporan atau menegur apabila melihat sesuatu kesalahan dilakukan. Kebimbangan terhadap akibat tindakan menegur atau melapor adalah antara puncanya. Maka timbulah sikap dan amalan 'angguk' dan 'ampu', lebih-lebih lagi terhadap pemimpin.

Kesimpulan

14 Kelemahan mana-mana satu faktor di atas atau kesemuanya menyumbang kepada kemerosotan integriti. Justeru, kesemua faktor tersebut perlu ditangani secara menyeluruh, bersepadu dan bersistematik dalam Pelan Integriti Nasional (PIN) untuk memantapkan integriti.

Page 9: Pelan Integriti Negara

BAB  3 : PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)

Falsafah PIN

1.Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Hakikat kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama adalah suatu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan. PIN juga menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara, iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan progresif serta berpegang teguh pada lima prinsip Rukun Negara. PIN turut dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang 2020.

2.Sebagai sebuah pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka, PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia . Di samping itu, PIN mengambil kira perkembangan antarabangsa, pengalaman negara-negara lain serta impak arus globalisasi.

3.Ringkasnya, PIN adalah kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip, dan matlamat yang hendak dicapai dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta beberapa dasar strategik sebelum ini, di samping mengambil kira pelbagai perkembangan dan cabaran baru.

  Konsep

4.PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara. PIN juga memupuk, menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekaligus negara yang berintegriti.

5.PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambahbaik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya.

6.Pendekatan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan pemantapan integriti. PIN memerlukan keseluruhan institusi governan negara iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman supaya meningkatkan integriti mereka, menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan kuasa, serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan. PIN juga memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat supaya merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka. Sinergi pelaksanaan program integriti oleh semua komponen dan sektor tersebut akan dengan sendirinya menyumbang kepada pemantapan integriti seluruh masyarakat dan negara.

  Objektif Umum

7.Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah

Page 10: Pelan Integriti Negara

negara maju menurut acuan sendiri dengan "membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur."

  Objektif Khusus

8.Objektif khusus PIN adalah seperti berikut:8.1 Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat

bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

8.2 Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;

8.3 Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;

8.4 Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

8.5 Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

  Kesimpulan

9.Penghayatan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan objektif PIN oleh pelbagai sektor masyarakat dan negara sudah pasti akan menjadi suatu kekuatan yang ampuh bagi mengubah wajah masyarakat dan negara Malaysia . Kekuatan ini juga akan membolehkan Malaysia menangani cabaran baru abad ke-21 dengan lebih berkesan. Kesemua ini akan menyumbang kepada pencapaian cita-cita menjadi masyarakat maju mengikut acuan sendiri.

Page 11: Pelan Integriti Negara

BAB  4 : ETIKA DAN INTEGRITI

Penjelasan

1. Etika dan Integriti adalah dua kata kunci terpenting yang mendasari PIN. Kedua-dua kata kunci ini perlu diperjelaskan.

  Etika

2. Etika ialah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.

Etika Individu

3. Etika individu ialah himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang patut dan boleh dilakukan, serta yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. Pemilihan antara perkara-perkara ini sentiasa berlaku semasa menjalankan tugas, dalam kehidupan sehari-hari, ataupun apabila berinteraksi dengan pihak lain.

Etika Organisasi

4. Bagi yang bekerja dalam sesebuah organisasi, etika organisasi menjadi garis panduan baginya menjalankan tugas, seperti perlu berpegang pada nilai bersih, cekap, amanah, jujur, benar, telus, bertanggungjawab dan adil. Oleh sebab organisasi berurusan dengan orang ramai, maka etika organisasi juga menuntut penjawat itu mematuhi Piagam Pelanggan.

Etika Profesion

5. Etika profesyen ialah kod yang menggariskan apa yang harus dibuat dan tidak harus dibuat oleh pengamal profesion berkenaan. Antara profesyen yang mempunyai kod etikanya termasuk kedoktoran, kehakiman, undang-undang, perakaunan, kewartawanan dan perguruan. Misalnya, seorang doktor atau hakim terikat dengan etika profesion yang dipraktikkannya. Seorang editor, pengarang atau wartawan pula perlu berpegang pada etika kewartawanan dalam penyebaran maklumat melalui media. Begitu juga seorang guru mesti mematuhi etika perguruan.

Integriti

6. Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.

Integriti Individu

7. Integriti indiviu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan

Page 12: Pelan Integriti Negara

undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya.

Integriti Organisasi

8. Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.

Integriti Penjawat Awam

9. Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain.

Kesimpulan

10.Pembudayaan etika dan integriti individu harus melalui satu proses seumur hidup. Ia melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan media massa. Pembudayaan etika dan integriti dalam organisasi pula, menuntut kepimpinan bertindak sebagai teladan (role model) manakala anggota lain menzahirkan kod itu dalam tindakan mereka. Organisasi juga perlu mempunyai matlamat yang jelas dan realistik yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Ia perlu mempunyai sistem dan prosedur yang baik bagi melicinkan pelaksanaan tugasnya secara cekap, teratur, dan tepat, di samping mempunyai sistem kawalan kualiti, pemantauan, ganjaran dan penghukuman. Etika dan integriti yang digariskan itu perlu dipatuhi kerana akhirnya seseorang itu bertanggungjawab kepada Tuhannya.

Page 13: Pelan Integriti Negara

BAB  5 : SASARAN PIN 2004 - 2008 (TEKAD 2008)

Fasa Permulaan PIN

1. PIN akan dilaksanakan secara sistematik dan terancang melalui sinergi usaha pelbagai sektor dan institusi dalam masyarakat dan negara. Supaya pelaksanaannya terus menjadi pendorong kepada gerakan pemantapan integriti di kalangan para pemimpin, pentadbir, ahli perniagaan, anggota parti politik, belia, pelajar, wanita, penganut agama, ahli NGO dan pelbagai kumpulan lain masyarakat, PIN menetapkan pencapaian objektifnya secara berfasa berdasarkan tempoh setiap lima tahun. Jangka lima tahun selepas pelancaran dan pelaksanaan PIN, iaitu 2004 hingga 2008, ditetapkan sebagai fasa pertama. Bagi tujuan pemantauan dan penandaarasan, penilaian prestasi tahunan akan terus menerus dilakukan. Penilaian ini akan dirumus menurut piawai dan amalan yang selaras dengan ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia di samping mengambil kira piawai dan amalan antarabangsa.

Penilaian Keberkesanan

2. PIN menggunakan gabungan dua cara untuk membuat penilaian ke atas keberkesanan pelaksanaan pelbagai strategi dan program bagi memantapkan integriti seluruh masyarakat dan negara.

Cara Pertama

3. Cara pertama adalah berdasarkan pandangan para stakeholders daripada pelbagai sektor masyarakat dan negara. Tiga pendekatan digunakan di bawah cara ini iaitu:

3.1 Laporan stakeholders daripada pelbagai sektor yang dibentangkan dalam Konvensyen Mengenai Integriti yang diadakan secara berkala di peringkat wilayah dan kebangsaan. Wakil semua sektor yang pandangannya dirujuk dalam proses penggubalan PIN akan dikumpul semula untuk menyertai Konvensyen tersebut;

3.2 Maklumbalas melalui soalselidik yang dijalankan ke atas setiap peserta Konvensyen; dan

3.3 Kajian mengenai etika dan integriti yang dijalankan dari semasa ke semasa dengan memilih sampel secara rambang daripada pelbagai sektor di seluruh negara.

Cara Kedua4. Cara kedua adalah pendekatan kuantitatif yang membuat penilaian berdasarkan

pencapaian yang diukur secara statistik. Prestasi integriti dalam pelbagai komponen atau bidang akan diukur secara statistik dan penandarasan (benchmarking) dilakukan berdasarkan ukuran tersebut.

TEKAD 2008

5. Bagi tempoh lima tahun pertama (2004 - 2008), PIN menetapkan lima sasaran keutamaan yang hendak dicapai. Sasaran yang dikenali sebagai Tekad 2008 ini ialah:

Page 14: Pelan Integriti Negara

Sasaran 1 Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan;

Sasaran 2:Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi;

Sasaran 3:Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;Sasaran 4:Memantapkan institusi keluarga dan komuniti; danSasaran 5:Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Pengukuran Pencapaian Sasaran Sasaran 1: Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara

berkesan

6. Untuk mengukur prestasi pencapaian sasaran ini, PIN menggunakan ukuran tanda aras antarabangsa dan juga tanda aras dalam negeri seperti berikut:

6.1 Tanda aras antarabangsa yang digunakan ialah skor dalam Indeks Persepsi Rasuah yang digubal oleh Transparency International. Apa yang hendak dicapai ialah menaikkan skor 5.2 mata yang dicatat oleh Malaysia pada tahun 2003 menjadi sekurang-kurangnya 6.5 mata (10 ialah skor terbaik manakala 1.0 skor terburuk) menjelang tahun 2008, serta mengubah kedudukan ke-37 daripada 133 negara menjadi sekurang-kurangnya kedudukan ke-30;

6.2 Dari segi ukuran dalam negeri, kejayaan langkah-langkah oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam menyiasat dan menyelesaikan kes rasuah akan digunakan; dan

6.3 Ukuran lain yang sesuai juga akan dibina dari semasa ke semasa.Sasaran 2: Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian

                        perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi 7. Prestasi ini diukur berdasarkan petunjuk berikut:

7.1 Indeks persepsi awam bagi agensi perkhidmatan dalam sektor Kerajaan, dengan menurunkan skornya supaya berada di bawah paras 2.5 mata (1.0 ialah skor terbaik manakala 5.0 skor terburuk);

7.2 Bilangan aduan kepada BPR, Biro Pengaduan Awam (BPA), Laporan Audit Negara dan lain-lain maklumbalas pelanggan kepada jabatan atau agensi Kerajaan serta saluran aduan yang lain; dan

7.3 Tanda aras lain oleh agensi antarabangsa dan dalam negeri yang mengukur kecekapan pentadbiran Kerajaan akan diambil kira sekiranya sesuai.

Sasaran 3: Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan

8. Prestasi dalam bidang ini akan dinilai berdasarkan ukuran berikut:

8.1 Peningkatan bilangan syarikat korporat yang mematuhi syarat-syarat penyenaraian Malaysian Securities Exchange Berhad (MSEB);

8.2 Pengurangan kes penipuan korporat;8.3 Peningkatan tender yang dilakukan secara telus dan pengurangan tender secara

langsung;8.4 Penerimaan Rukuniaga Malaysia oleh syarikat-syarikat perniagaan;8.5 Pengurangan kes pelanggaran terhadap Akta Perlindungan Pengguna 1999; dan8.6 Tanda aras lain yang digunakan oleh agensi dalam negeri dan antarabangsa juga

Page 15: Pelan Integriti Negara

akan digunakan sekiranya sesuai. Sasaran 4: Memantapkan institusi keluarga

9. Sebagai petunjuk yang mencerminkan daya tahan institusi keluarga dan kehidupan keluarga yang bahagia dan sejahtera, prestasi pencapaian sasaran ini boleh diukur dengan meneliti perkara berikut:

9.1 Pengurangan kadar perceraian;9.2 Pengurangan konflik keluarga seperti isu perebutan harta dan hak penjagaan anak;9.3 Pengurangan kadar keganasan rumahtangga;9.4 Pengurangan kadar penderaan dan pengabaian kanak-kanak;9.5 Peningkatan bantuan kepada keluarga beribu atau berbapa tunggal; dan9.6 Pengurangan kes pengabaian warga tua.

Sasaran 5: Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat

10.Prestasi pencapaian sasaran ini diukur dengan meneliti kemajuan berikut:

10.1Kadar jenayah dalam masyarakat, lebih-lebih lagi jenayah berat, jenayah harta benda, dan jenayah seks. Pengurangan kadar jenayah diambil sebagai petunjuk kepada kehidupan masyarakat yang lebih selamat;

10.2Kadar gejala sosial seperti penagihan dadah, perlakuan seks rambang dan bebas yang menjadi antara punca HIV dan AIDS, serta pasangan bersekedudukan. Pengurangan kadar ini diambil sebagai petunjuk kepada kehidupan masyarakat yang lebih sihat dan bermoral;

10.3Kadar kemalangan jalan raya. Pengurangan dalam petunjuk ini bertujuan mencerminkan pembaikan etika pemanduan di kalangan para pemandu dan kemajuan dalam penguatkuasaan undang-undang lalu lintas;

10.4 Kadar perbuatan salah laku di kalangan pelajar sekolah. Pengurangan kadar ini diambil sebagai petunjuk keberkesanan pendidikan "Sivik dan Kenegaraan" serta penguatkuasaan disiplin di kalangan pelajar; dan

10.5Kadar kerosakan dan pencemaran alam sekitar. Pengurangan kadar ini bertujuan mencerminkan peningkatan kesedaran manusia terhadap pentingnya pembangunan yang lestari.

Gabungan Petunjuk Komposit

11.Kesemua petunjuk ini masih belum lengkap sebagai kayu ukur bagi menunjukkan kemajuan atau kemunduran Malaysia bagi keseluruhan aspek integriti. Walau bagaimanapun, dengan membentuk petunjuk komposit, ia boleh memberikan suatu gambaran yang terperinci meliputi beberapa aspek penting kehidupan masyarakat dan negara.

12.Selain itu, kesemua petunjuk di atas dipilih kerana Malaysia mempunyai pangkalan data tersebut yang boleh digunapakai bagi tujuan analisis, perbandingan dan pemantauan. Semua pihak yang bertanggungjawab mengumpul data ini perlu meneruskan tugas itu dengan lebih baik lagi.

Kesimpulan

Page 16: Pelan Integriti Negara

13.Hakikat sebenar peningkatan integriti adalah sesuatu yang subjektif, yang boleh dirasai dengan deria dan jiwa. Hal ini sukar diukur, tetapi dapat dihayati dan dibayangkan melalui tindak laku, dan naratif atau persepsi anggota masyarakat. Gabungan kedua-dua pendekatan, iaitu pandangan para stakeholders pelbagai sektor masyarakat dan indeks komposit, akan dapat memberikan gambaran yang lebih tepat dan menyeluruh mengenai keberkesanan gerakan pemantapan integriti. Ia juga berupaya menarik perhatian kepada ruang dan isu yang perlu dititikberatkan selanjutnya dalam gerakan tersebut

Page 17: Pelan Integriti Negara

BAHAGIAN IIPENDEKATAN DAN

STRATEGI PELAKSANAAN BAB  6 : PENDEKATAN UMUM DALAM GERAKAN

PEMANTAPAN INTEGRITI

Pendekatan Umum

1. Gerakan pemantapan integriti adalah satu gerakan menyeluruh dan berterusan yang dipandukan oleh prinsip dan objektif Pelan Integriti Nasional (PIN). Pendekatan umum PIN ialah menggerakkan semua komponen dan sektor negara dan masyarakat supaya mendukung dan menghayati objektif dan matlamat PIN serta bekerjasama dan berkoordinasi di antara satu sama lain untuk mencapai cita-citanya. Pendekatan ini melibatkan penjalinan kekuatan pelbagai komponen 'dari bawah' yang bekerjasama sesama sendiri serta penggemblengan kekuatan tersebut dengan 'pihak atas' untuk tujuan meningkatkan integriti. Di antara pelbagai komponen itu terdapat timbal balas yang berterusan. Sementara 'pihak atas' memberikan bimbingan dan menunjukkan teladan mengenai integriti, 'pihak bawah' pula memberikan sokongan, maklum balas dan kawalan kepada 'pihak atas'. Dengan cara ini, gerakan pemantapan integriti meningkatkan dinamika dan kekuatannya.

2. Setiap komponen atau sektor perlu mempunyai dan melaksanakan strategi dan program integriti masing-masing selaras dengan PIN. Strategi, program dan aktiviti itu perlu diulangkaji dari semasa ke semasa. Ulangkaji itu ialah untuk menilai keberkesanan dan memperbaiki kelemahannya agar integriti secara selangkah demi selangkah menjadi budaya masyarakat dalam jangka panjang.

  Komponen Terlibat

3. Keseluruhan komponen atau institusi berikut terlibat dalam gerakan ini (sila lihat Gambarajah 2):

3.1 Keluarga;3.2 Komuniti;3.3 Masyarakat Sivil (Pertubuhan Bukan-Kerajaan);3.4 Sosiobudaya (pendidikan, kesihatan, sukan dan rekreasi, media massa, seni, sastera

dan warisan)3.5 Agama;3.6 Ekonomi;3.7 Politik; dan3.8 Pentadbiran.

Page 18: Pelan Integriti Negara

  Mekanisme Pelaksanaan

4. Pelaksanaan dan penyelarasan program integriti di setiap komponen atau institusi adalah tanggungjawab agensi yang sudah sedia wujud dalam komponen itu sendiri. Bagi komponen yang tidak ataupun belum mempunyai mekanisme berkenaan, usaha ke arah pembentukan mekanisme ini perlu dilakukan.

5. Pada masa ini di sektor awam sudahpun terdapat mekanisme pelaksanaan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di pelbagai peringkat. Mekanisme ini perlu diperkukuhkan dengan komitmen yang lebih tinggi semua lapisan kepimpinan supaya ia menjadi lebih berkesan. Bagi sektor swasta, terdapat badan-badan yang mewakili kepentingan majikan seperti dewan perniagaan dan persatuan lain yang boleh memainkan peranan ini. Badan pengawalan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) berperanan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan untuk sektor-sektor berkenaan.

6. Bagi komponen lain seperti keluarga, komuniti, masyarakat sivil, dan sosiobudaya, terdapat pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang sudah sedia wujud dan yang boleh menjadi penggerak dalam melaksanakan program integriti masing-masing. Pemantauan oleh mana-mana agensi seperti Pendaftar Pertubuhan, misalnya, perlu dilakukan secara berkesan. Walau bagaimanapun, pemantauan dan penyelarasan paling berkesan ialah oleh badan-badan dalam komponen itu sendiri.

7. Kepentingan golongan pelajar, belia, wanita, golongan agama dan pelbagai kumpulan etnik, khususnya golongan minoriti, penduduk bandar dan luar bandar serta golongan bawahan, perlu diberikan perhatian khusus dalam gerakan pemantapan integriti. Pemerkasaan atau empowerment melalui penglibatan golongan-golongan ini dalam proses pembuatan keputusan di pelbagai peringkat patut dititikberatkan, manakala perasaan tersisih atau terpinggir perlu diatasi. Pelaksanaan

Page 19: Pelan Integriti Negara

dan penyelarasan program integriti masing-masing juga harus dilakukan melalui pelbagai badan yang sedia wujud.

8. Bagi kelompok seperti pelajar, belia, dan wanita, terdapat banyak organisasi yang mewakili mereka. Bahkan, di peringkat kebangsaan masing-masing terdapat Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan, Majlis Perundingan Belia Kebangsaan, dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Bagi golongan pekerja, terdapat CEUPACS dan MTUC masing-masing untuk pekerja sektor awam dan sektor swasta. Bagi golongan petani dan nelayan, terdapat Pertubuhan Peladang dan Persatuan Nelayan, untuk kelompok masing-masing yang bergerak di peringkat nasional dan juga peringkat akar umbi.

9. Bagi penganut agama, terdapat banyak pertubuhan dan institusi agama pelbagai kaum di peringkat nasional dan tempatan. Badan-badan ini perlu membimbing ahli mereka supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni agama masing-masing. Badan-badan ini juga perlu memainkan peranan mengukuhkan perpaduan dan persahabatan, sekaligus memupuk sikap saling memahami dan menghormati antara penganut agama yang berlainan.

10. Kelompok etnik mempunyai banyak pertubuhan khusus yang mewakili kepentingan etnik masing-masing. Hak dan kepentingan wajar golongan etnik perlu dihormati. Namun, kecenderungan bergerak mengikut garis etnik perlu diselaraskan dengan kepentingan membina sebuah komuniti nasional yang bersatu padu dan harmoni. Pelbagai pertubuhan yang mewakili kepentingan etnik perlu melaksanakan program integriti masing-masing yang menitikberatkan nilai perpaduan, persefahaman dan kerjasama antara kaum di samping menekankan nilai-nilai terbaik etnik sendiri.

11. Untuk menjamin kejayaan gerakan pemantapan integriti, pelaksanaan, pemantauan, serta koordinasi atau penyelarasan pelaksanaan program haruslah dilakukan 'dari bawah' melalui pemerkasaan komponen atau sektor masing-masing. Pemantauan dan penyelarasan yang dilakukan secara pentadbiran yang birokratik boleh membantut daya usaha akar umbi dan ini harus dielakkan. Sensitiviti pelbagai lapisan atau komponen masyarakat terhadap campur tangan pihak lain perlu diambil perhatian. Sikap terhadap mana-mana golongan ataupun pertubuhan perlu tepat dan membina. Tindakan melabelkan mereka oleh pihak berkuasa dan pihak lain tidak harus dilakukan.

Kesimpulan

12. Supaya setiap komponen atau sektor dapat bertemu, berkongsi pengalaman dan berdialog antara satu sama lain di pelbagai peringkat, menilai keberkesanan program integriti masing-masing serta membaharui komitmen mereka kepada usaha peningkatan integriti, satu Konvensyen Integriti perlu diadakan secara berkala. Konvensyen yang menjadi forum pertemuan semua komponen dan sektor ini akan dianjurkan di pelbagai peringkat dengan kemuncaknya di peringkat kebangsaan.

13. Institut Integriti Malaysia (IIM) yang ditubuhkan serentak dengan pelancaran PIN berperanan selaku penganjur Konvensyen ini secara bersama dengan pelbagai sektor berkenaan. IIM juga berperanan selaku penyalur sebarang perakuan yang terbit daripada Konvensyen tersebut kepada Kerajaan serta pelbagai pihak lain yang bekenaan.

BAB  7 : STRATEGI PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN INTEGRITI

Page 20: Pelan Integriti Negara

Paduan Pemimpin dan Rakyat

1. Gerakan pemantapan integriti adalah satu gerakan menyeluruh dan berterusan yang dipandukan oleh prinsip dan objektif Pelan Integriti Nasional (PIN). Pendekatan umum PIN ialah menggerakkan semua komponen dan sektor negara dan masyarakat supaya mendukung dan menghayati objektif dan matlamat PIN serta bekerjasama dan berkoordinasi di antara satu sama lain untuk mencapai cita-citanya. Pendekatan ini melibatkan penjalinan kekuatan pelbagai komponen 'dari bawah' yang bekerjasama sesama sendiri serta penggemblengan kekuatan tersebut dengan 'pihak atas' untuk tujuan meningkatkan integriti. Di antara pelbagai komponen itu terdapat timbal balas yang berterusan. Sementara 'pihak atas' memberikan bimbingan dan menunjukkan teladan mengenai integriti, 'pihak bawah' pula memberikan sokongan, maklum balas dan kawalan kepada 'pihak atas'. Dengan cara ini, gerakan pemantapan integriti meningkatkan dinamika dan kekuatannya.

2. Rakyat pula perlu memberikan sokongan, kesetiaan, dan maklum balas kepada pemimpin. Mereka juga patut memberikan kawalan dan teguran kepada pemimpin. Walau bagaimanapun, teguran oleh mana-mana pihak perlu dilakukan secara tertib dan berhemah, bukannya secara kasar dan mengaibkan. Hubungan sedemikian akan memastikan keharmonian dalam masyarakat, sekaligus mengekalkan rentak gerakan pemantapan integriti.

Strategi Pelaksanaan

3. Keseluruhan pendekatan, strategi, dan pelan tindakan bagi mencapai objektif dan sasaran PIN merupakan salah satu agenda utama negara, dan kini dirujuk sebagai Agenda Integriti. Matlamat Agenda Integriti boleh dicapai dengan mengatur secara rapi Strategi Pelaksanaan dan Pelan Tindakan untuk pelbagai institusi masyarakat dan negara.

4. Dari segi strategi pelaksanaan, pucuk pimpinan perlu memberikan isyarat yang jelas, tegas dan konsisten tentang komitmennya melaksanakan Agenda Integriti. Komitmen yang sama perlu ditunjukkan oleh anggota lain dalam kepimpinan negara. Isyarat sedemikian akan mengobarkan semangat, keyakinan dan keghairahan rakyat untuk turut bersama dengan kepimpinan sesuai dengan prinsip "Rakyat menyokong pemimpin yang menyokong rakyat". Sebagai strategi jangka panjang, gerakan pemantapan integriti harus mempunyai asas yang kukuh. Asas ini perlu dibina dari bawah dengan melibatkan institusi paling asas, iaitu keluarga, komuniti dan masyarakat sivil.

Page 21: Pelan Integriti Negara

Strategi 1: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Keluarga

5. Pembabitan keluarga dan komuniti setempat dalam gerakan pemantapan integriti akan menjamin kejayaan agenda menjadikan integriti budaya masyarakat dalam jangka panjang. Pendekatan ini selaras dengan hakikat bahawa masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang berorientasikan keluarga dan komuniti. Kini, nilai keluarga dan komuniti masih kukuh dan mendalam walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dalaman dan luaran. Justeru, bagi mempastikan penerusan keteguhan nilai-nilai itu, pembinaan integriti harus bermula daripada keluarga.

6. Keluarga adalah unit paling asas bagi pembentukan sikap dan nilai murni dalam diri anggotanya. Keluarga membimbing tingkah laku dan membentuk serta memantapkan integriti anggotanya. Tumpuan pembentukan nilai-nilai murni harus bermula daripada kanak-kanak manakala ibu bapa dan penjaga harus membimbing dan menjadi teladan yang baik. Dengan demikian, dalam gerakan pemantapan integriti, institusi keluarga memainkan peranan utama.

7. Agenda Integriti untuk keluarga ialah bagi mencapai objektif berikut:

7.1Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia;

7.2 Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani; dan7.3 Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.

Strategi 2: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Komuniti

8. Institusi keluarga berada di tengah-tengah komuniti atau masyarakat setempat. Komuniti terdiri daripada keluarga dan kelompok-kelompok kejiranan yang menjalin rangkaian

Page 22: Pelan Integriti Negara

sehingga menjadi komuniti yang lebih luas. Pelaksanaan Agenda Integriti untuk keluarga berkaitan erat dengan Agenda Integriti untuk komuniti. Dalam komuniti terdapat pelbagai institusi tradisional seperti ketua kampung, imam, penghulu, pemanca dan ketua kaum yang sepatutnya menyemai nilai-nilai murni masyarakat kepada generasi baru. Kewujudan institusi seperti ini membantu pembentukan identiti berlandaskan nilai tradisi.

9. Selain itu terdapat pertubuhan akar umbi seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Penduduk yang menjaga kerukunan hidup dalam komuniti, termasuk menangani gejala sosial. Juga, terdapat institusi khusus seperti sekolah, pusat asuhan kanak-kanak, tadika, masjid, surau, pusat mengaji al-Quran, dan institusi ibadat lain yang boleh berperanan membina jasmani, emosi, rohani dan intelek kanak-kanak.

10.Kesemua pertubuhan dan institusi akar umbi ini adalah saluran penting yang boleh menyemai nilai-nilai murni, serta memupuk etika anggota komuniti dan warganegara. Pertubuhan dan institusi ini perlu diperkukuhkan dan peranan mereka ditingkatkan untuk bersama-sama dengan institusi keluarga dan lain-lain dalam gerakan pemantapan integriti. Hasil sinergi kesemua pertubuhan dan institusi ini akan menyumbang kepada usaha pembudayaan integriti di kalangan anggota masyarakat.

11.Agenda Integriti untuk komuniti ialah bagi mencapai objektif berikut:

11.1 Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti;11.2 Pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti; dan11.3 Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum, serta kesedaran

mengenai pemuliharaan alam sekitar.Strategi 3: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Masyarakat Sivil

12.Ruang di antara keluarga dan komuniti dengan institusi besar, khususnya negara dan kuasa pasaran atau institusi ekonomi, ialah ruang masyarakat sivil. Melalui proses modenisasi, perkembangan kelas menengah, pengaruh dan interaksi dengan dunia antarabangsa, serta impak globalisasi, ruang masyarakat sivil semakin berkembang. Dalam ruang ini terdapat pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai isu seperti hak wanita, pengguna, alam sekitar, dan hak asasi manusia. NGO juga bergiat memajukan profesyen atau aktiviti tertentu seperti sukan, kesenian, kebudayaan dan aktiviti keagamaan; ataupun berperanan sebagai pemberi khidmat penjagaan.

13.NGO berperanan sebagai rakan kepada Kerajaan dalam menangani pelbagai isu seperti gejala sosial, keganasan rumah tangga, penderaan dan pengabaian kanak-kanak serta isu kepenggunaan dan alam sekitar. Ruang untuk mereka bergerak perlu diperluaskan.

14.Agenda Integriti untuk masyarakat sivil ialah bagi mencapai objektif berikut:

14.1 Peningkatan integriti masyarakat sivil - badan bukan kerajaan (NGO);14.2 Peningkatan sumbangan NGO kepada usaha pemantapan integriti; dan14.3 Pengukuhan kerjasama antara NGO, kerajaan dan swasta untuk pemantapan

Page 23: Pelan Integriti Negara

integritiStrategi 4: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Sosiobudaya

15.Institusi sosiobudaya yang merangkumi pendidikan (sekolah, kolej dan universiti), kesihatan, rekreasi dan sukan, media massa serta seni, sastera dan warisan turut memainkan peranan membina dan mengukuhkan integriti masyarakat dan negara. Institusi ini menyumbang kepada pembinaan modal sosial, meningkatkan kesihatan dan keceriaan, memupuk perasaan kekitaan, menangani gejala sosial, dan lain-lain. Dengan demikian, institusi tersebut mempunyai pengaruh besar terhadap pengukuhan integriti keluarga, komuniti dan seterusnya masyarakat dan negara.

16.Institusi pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan insan yang beretika dan bertanggungjawab, selain berperanan menyediakan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran, komited dan cekap. Komponen kesihatan, rekreasi dan sukan pula menyumbang kepada pembinaan kesihatan, kecergasan, keceriaan, dan produktiviti individu. Komponen lain sosiobudaya seperti media massa, seni, sastera dan warisan membentuk sikap serta pandangan mengenai dunia dan kehidupan masyarakat dan negara. Kesemua komponen tersebut juga menyemai nilai-nilai bagi pembinaan insan dan pembentukan identiti. Justeru, komponen-komponen ini perlu digemblengkan dalam usaha pemantapan integriti.

17.Agenda Integriti untuk institusi sosiobudaya ialah bagi mencapai objektif berikut:

17.1Pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang berintegriti;

17.2 Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan, jasmani dan rohani; dan17.3 Pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan identiti warga negara.

Strategi 5: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Agama

18.Masyarakat Malaysia berbilang kaum dan agama. Institusi agama sangat penting dalam membina integriti individu, masyarakat dan negara. Pembinaan ini dilakukan dengan menyemai nilai-nilai moral dan etika di dalam diri individu dan keluarga berlandaskan ajaran agama masing-masing. Ia juga dilakukan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengurusan pelbagai institusi lain termasuk pendidikan, media, ekonomi, politik dan pentadbiran. Oleh yang demikian, institusi agama dan kepelbagaian agama perlu ditangani sebaik mungkin.

19.Peristiwa 11 September 2001 mencetuskan satu situasi baru yang lebih buruk bagi penganut agama Islam, sehingga menjejaskan imej agama itu dan penganutnya dengan teruk. Peristiwa tersebut juga merumitkan hubungan penganut agama Islam dengan penganut agama lain. Bagi Malaysia di mana penganut agama Islam merupakan golongan majoriti, peristiwa ini harus diambil iktibar.

20.Kepelbagaian agama seperti yang terdapat di Malaysia tidak harus menjadi masalah sekiranya ia ditangani dengan baik. Justeru, sikap saling menghormati, saling memahami dan bekerjasama antara penganut pelbagai agama perlu ditingkatkan. Nilai-nilai murni yang sejagat sifatnya daripada pelbagai agama perlu diketengahkan serta dimanfaatkan

Page 24: Pelan Integriti Negara

untuk meningkatkan perpaduan dan saling kefahaman antara penganut mereka.

21.Agenda Integriti untuk institusi agama ialah bagi mencapai objektif berikut:

21.1Peningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama;

21.2 Penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni ajaran agama; dan21.3 Peningkatan penghayatan dan pengamalan ajaran agama Islam sebagai agama

kemajuan.Strategi 6: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Ekonomi

22.Institusi ekonomi adalah institusi yang memakmurkan masyarakat dan negara melalui proses pengeluaran dan penyediaan peluang pekerjaan. Bergerak dalam ruang ini ialah banyak syarikat korporat dan syarikat besar lain, di samping perusahaan sederhana dan kecil. Mereka telah membuat sumbangan penting kepada kemajuan negara dan kemakmuran rakyat Malaysia pada hari ini. Selain itu terdapat organisasi yang mewakili kepentingan majikan dan kepentingan pekerja. Organisasi ini memainkan peranan masing-masing dalam memelihara hubungan yang membolehkan urusan ekonomi dan pekerjaan dilaksanakan dengan berkesan.

23.Pemacu utama dalam bidang ekonomi ialah sektor swasta yang menjadi penjana pertumbuhan ekonomi negara. Kejayaan sektor swasta bergantung kepada keupayaannya menangani persaingan dan persekitaran yang mencabar. Dalam konteks ini, sungguhpun sektor swasta memainkan peranan penting sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan menyediakan pekerjaan untuk rakyat, ia juga terlibat dengan gejala rasuah dan amalan tidak beretika yang lain. Pelbagai skandal yang melibatkan syarikat besar di negara maju serta sesetengah syarikat besar di Malaysia menunjukkan pentingnya isu integriti menjadi agenda utama untuk dilaksanakan tanpa mengira negara maju ataupun negara membangun seperti Malaysia.

24.Keuntungan menjadi titik tolak dan juga matlamat pelbagai syarikat dan perusahaan ini. Apabila berdepan dengan cabaran yang menjejaskan keuntungan, pihak majikan sering memindahkan beban cabaran itu kepada pekerja. Justeru, soal etika dan integriti dalam perniagaan dan keseluruhan ruang ekonomi sangat penting.

25 Perkembangan-perkembangan di atas menegaskan satu hakikat pokok bahawa peningkatan etika dan integriti amat perlu diterapkan dalam bidang ekonomi. Sementara itu prinsip tadbir urus terbaik perlu menjadi nadi dan jiwa sektor swasta. Ia juga menunjukkan betapa pentingnya pengawasan dan penguatkuasaan oleh institusi berkuasa seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) agar gejala negatif dapat dibendung, peluang pekerjaan diperbanyak manakala pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran dapat dikekalkan.

26 Agenda Integriti untuk institusi ekonomi ialah bagi mencapai objektif berikut:

26.1 Pemantapan integriti sektor korporat;26.2 Peningkatan komitmen sektor korporat terhadap pertanggungjawaban sosial;

Page 25: Pelan Integriti Negara

26.3 Pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika; dan26.4 Pengukuhan perpaduan antara kumpulan etnik dan antara wilayah melalui aktiviti

ekonomi.Strategi 7: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Politik

27 Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dengan pemerintah dipilih melalui pilihan raya. Sistem ini menggabungkan institusi raja berperlembagaan dengan sistem pemerintahan berparti di peringkat pusat dan negeri dengan pilihan raya dijalankan secara berkala. Sistem ini, yang sudah dilaksanakan semenjak kemerdekaan, terbukti berkesan dan berjaya membawa kestabilan, keharmonian dan pembangunan kepada rakyat berbilang kaum. Justeru, sistem ini perlu dipertahankan dan dikembangkan manakala pelbagai kelemahan dan kekurangannya diperbaiki.

28 Sistem politik berparlimen, sistem pilihan raya, parti politik, serta jentera pentadbiran merupakan tulang belakang kekuatan masyarakat dan negara. Oleh kerana kesemuanya terlibat dalam pengurusan kuasa yang memberi kesan ke atas kemajuan masyarakat dan negara, maka integriti kesemua institusi ini ternyata sangat penting.

29 Selama beberapa dekad ini, pemimpin dan ahli parti politik pemerintah dan juga pembangkang telah menyumbang kepada usaha pembangunan negara, pemodenan masyarakat dan kesejahteraan rakyat. Begitu juga jentera pentadbiran dan pelbagai lapisan masyarakat telah membuat sumbangan yang sama. Sumbangan tersebut perlu dipertingkatkan selaras dengan usaha Malaysia menjadi negara maju menurut acuan sendiri.

30 Cabaran terbesar parti dan ahli politik, terutamanya bagi parti yang memegang kuasa ialah memantapkan integriti dan menangani jangkaan rakyat yang kian meningkat. Hasil kemajuan pendidikan dan pendedahan kepada dunia luar, rakyat semakin sedar tentang hak mereka. Dengan itu, mereka semakin tidak teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan bagi mendapatkan hak mereka itu. Rakyat juga mahu gelanggang politik menjadi medan yang bersih dan landasan memajukan masyarakat dan negara. Justeru, rakyat menuntut mereka yang menceburi politik atau yang berkuasa supaya bersifat amanah, telus, bertanggungjawab, serta benar-benar berkhidmat demi kepentingan rakyat dan negara. Bahkan, rakyat meletakkan parti dan ahli politik di bawah kanta mikroskop untuk dinilai. Selain itu, rakyat mahukan gelaran "Yang Berhormat" menjadi "Yang Berkhidmat". Wakil-wakil Rakyat juga dikehendaki berpegang pada etika dan prinsip "bekerja bersama-sama ketua, bukan untuk ketua, tetapi untuk rakyat dan negara".

31.Pada masa ini, terdapat persepsi di kalangan sebahagian anggota masyarakat yang mencurigai integriti ahli politik dan menganggap politik sebagai "kotor". Terdapat jurang keyakinan di kalangan sebahagian rakyat terhadap ahli politik lebih-lebih lagi terhadap mereka yang memegang jawatan. Persepsi sedemikian perlu diubah. Politik adalah komponen yang tidak boleh dipisahkan dalam pengurusan kehidupan masyarakat dan negara.

32.Agenda Integriti untuk institusi politik ialah bagi mencapai objektif berikut:

Page 26: Pelan Integriti Negara

32.1 Pengekalan keluhuran Perlembagaan dan sistem politik negara;

32.2Pengekalan kedaulatan dan peningkatan keutuhan institusi parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang luhur;

32.3 Pengamalan politik yang berintegriti serta pengembangan budaya politik yang sihat, beretika, matang dan demokratik mengikut acuan sendiri; dan

32.4 Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggung-jawaban dan tadbir urus terbaik.

Strategi 8: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Pentadbiran

33.Institusi pentadbiran di Malaysia adalah antara yang terbaik di negara membangun. Jentera pentadbiran bersama-sama dengan jentera politik merupakan tulang belakang kekuatan masyarakat dan negara.

34.Pentadbiran merupakan aspek penting yang menentukan kejayaan sesuatu dasar dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Pentadbiran sektor awam adalah peneraju utama yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara. Sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam yang cekap dan berkualiti amat perlu bagi memenuhi keperluan masyarakat dan memastikan kesejahteraan hidup rakyat. Oleh yang demikian, integriti jentera pentadbiran sangat penting ditangani.

35.Pada masakini, jentera pentadbiran menghadapi pelbagai cabaran baru. Antara cabaran itu ialah impak globalisasi dan kemajuan teknologi khususnya teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Tuntutan rakyat untuk suatu jentera pentadbiran yang dinamik dan cekap juga semakin meningkat. Kesemua ini menjadikan tugas pentadbiran lebih mencabar.

36.Selain itu terdapat masalah pertembungan bidang kuasa antara bidang pentadbiran dengan bidang politik. Akibatnya, pihak pentadbir merasakan bidang politik mencampuri urusan mereka manakala bidang politik pula menganggap mereka mempunyai hak untuk menyertainya kerana mereka mendapat mandat daripada rakyat. Persoalan ini perlu diteliti dan sebarang konflik antara bidang pentadbiran dengan politik diharmonikan.

37.Agenda integriti untuk institusi pentadbiran ialah bagi mencapai objektif berikut:

37.1 Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggung-jawaban dan tadbir urus terbaik; dan37.2 Peningkatan integriti jentera pentadbiran awam.

Kesimpulan

38.Pelaksanaan pelbagai strategi dan pelan tindakan untuk setiap institusi dan sektor dalam masyarakat dan negara seperti yang digariskan di atas akan meningkatkan daya tahan gerakan pemantapan etika dan integriti. Semua ini akan menyumbang kepada pembangunan yang seimbang dan lestari, kestabilan politik dan keharmonian kehidupan rakyat pelbagai kaum serta peningkatan kesejahteraan

Page 27: Pelan Integriti Negara

BAHAGIAN IIIKESIMPULAN

BAB  8 : MELANGKAH KE HADAPAN: FAKTOR PENENTU KEJAYAAN

Pencapaian Sasaran

1. Pelan Integriti Nasional (PIN) dilaksanakan secara berperingkat dan tempoh 2004-2008 merupakan fasa pertama pelaksanaannya. Dalam tempoh ini, pelbagai program dan aktiviti yang dicadangkan dalam Strategi dan Pelan Tindakan PIN akan dilaksanakan. Melalui pelaksanaan, pemantauan dan penilaian ke atas keberkesanan pelbagai program dan aktiviti itu, Kerajaan menjangkakan beberapa sasaran penting yang digariskan oleh PIN akan tercapai.

  Faktor Penentu

2. Pencapaian pelbagai objektif Strategi dan Pelan Tindakan PIN bergantung kepada dinamika dan daya tahan gerakan pemantapan integriti serta keupayaannya meresap ke akar umbi sehingga menjadi gerakan rakyat. Antara faktor kritikal bagi mencapai sasaran tersebut ialah: Kepimpinan berteladan; Dasar yang utuh, matlamat yang jelas; pendidikan berterusan dan berulang; Komunikasi berkesan; Persekitaran budaya yang kondusif; Kerjasama jentera politik dan pentadbiran; Kerangka perundangan berkesan dan kehakiman yang bebas; Kecukupan dan kecekapan sumber; dan Kesediaan individu untuk berubah (sila lihat Gambarajah 4).

Page 28: Pelan Integriti Negara

Kepimpinan Berteladan

3. Kepimpinan adalah antara faktor penentu terpenting bagi kejayaan PIN. Kepimpinan sedemikian mempunyai iltizam politik yang teguh, berwawasan, menetapkan sasaran yang jelas, berpegang pada prinsip bersih, cekap dan amanah, menunjukkan teladan yang baik, berhemah serta mesra rakyat. Kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri ini dapat memberikan inspirasi kepada rakyat, sekaligus menggembleng kekuatan mereka untuk mencapai matlamat PIN.

Dasar yang Utuh dan Matlamat yang Jelas

4. Pemimpin perlu menggubal dasar yang utuh dan menggariskan matlamat yang jelas, munasabah dan boleh dilaksanakan. Penggubalan dasar dan penetapan matlamat perlu mengambilkira pandangan dan cadangan pelbagai lapisan masyarakat dan sektor negara. Pendekatan perundingan yang digunakan untuk menggubal PIN perlu diteruskan.

Pendidikan Berterusan dan Berulang

5. Pencapaian sasaran PIN juga amat bergantung kepada pendidikan nilai-nilai murni secara berterusan dan berulang di kalangan pelbagai sektor dan lapisan masyarakat. Melalui cara ini nilai-nilai tersebut beransur-ansur dapat dihayati dan dilaksanakan sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan hidup. Dengan demikian ia akhirnya menjadi budaya individu dan masyarakat.

Komunikasi Berkesan

6. Salah satu faktor yang boleh menyebabkan kegagalan mana-mana perancangan perubahan termasuk PIN ialah kegagalan berkomunikasi. Oleh itu, komunikasi yang berkesan, jelas, terfokus, dan mudah difahami amat penting.

Persekitaran Budaya yang Kondusif

7. Persekitaran yang kondusif bermaksud adanya suatu budaya di mana rakyat di merata tempat berminat mengenai etika dan integriti serta mengamalkannya. Minat dan pengamalan ini akan terus berkembang apabila pemimpin menepati janjinya. Penguatkuasaan terhadap gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa pula semakin berkesan dan tidak dilakukan secara 'memilih bulu'. Perkembangan ini akan lebih terdorong lagi apabila terdapat penyelesaiaan terhadap kes-kes yang menarik perhatian umum.

Kerjasama Jentera Politik dan Pentadbiran

8. Sokongan padu dan kerjasama jentera politik dan pentadbiran amat penting bagi menjayakan sasaran PIN. Koordinasi antara kedua-dua jentera tersebut, dan isyarat yang sama daripada mereka memberikan keyakinan kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa keadaan sedang berubah ke arah menjadi semakin baik.

Kerangka Perundangan Berkesan dan Kehakiman yang Bebas

Page 29: Pelan Integriti Negara

9. Kerangka perundangan yang berkesan dan sesuai dengan perkembangan semasa sangat penting. Pada masa yang sama, badan kehakiman yang bebas yang menjamin keadilan dilaksanakan dengan cepat dan tepat tanpa gentar atau memihak adalah amat kritikal bagi meningkatkan keyakinan rakyat. Kedua-dua ini menyumbang kepada pencapaian sasaran PIN.

Kecukupan dan Kecekapan Sumber

10.Pelbagai syarat kejayaan di atas masih perlu dilengkapi dengan sumber manusia yang terlatih, berkemahiran dan cekap. Selain itu, sumber kewangan dan teknologi moden yang mencukupi juga amat diperlukan.

Kesediaan Individu untuk Berubah

11.Dari segi pembinaan insan, peranan individu sangat penting. Pemahaman, kesedaran dan pengetahuan individu mengenai nilai-nilai murni, yang dipupuk melalui pendidikan dan komunikasi berkesan akan menyumbang kepada gerakan pemantapan integriti. Keinsafan mereka tentang perlunya kelemahan diri diatasi akan meningkatkan komitmen mereka untuk berubah. Dengan cara itu, individu berkenaan akan lebih komited kepada usaha meningkatkan amalan beretika, sekaligus integriti.

Kesimpulan

12.Gerakan pemantapan integriti ialah suatu gagasan yang semakin menawan imaginasi pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Gerakan ini sedang menjadi suatu kekuatan masyarakat bagi mengurus kejayaan dan menangani kelemahan dengan berkesan. Pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan pemantapan integriti. Kesemua ini membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan mencapai cita-cita menjadi sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.