mencapai integriti korporat

18
Secara Usahasama Dengan: National Key Result Areas MENCAPAI INTEGRITI KORPORAT PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK SSM 3/2012 MENGENAI:

Upload: vanngoc

Post on 03-Jan-2017

280 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mencapai integriti korporat

Secara Usahasama Dengan:

National Key Result Areas

MENCAPAIINTEGRITI KORPORATPEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK SSM 3/2012 MENGENAI:

Page 2: Mencapai integriti korporat

1

MUKADIMAH

OBJEKTIF & LATAR BELAKANG

• Takrif Integriti • Integriti sebagai Agenda Utama di Malaysia

PERUNTUKAN STATUTORI UTAMA YANG MENGGALAKKAN INTEGRITIDALAM SEKTOR KORPORAT

IKRAR INTEGRITI KORPORAT

• Hal Keadaan yang Membawa kepada Pewujudan Ikrar Integriti Korporat • Ikrar • Menandatangani Ikrar Integriti Korporat • Setelah Ikrar ditandatangani - Apa yang berlaku seterusnya?

PENILAIAN DAN SOAL SELIDIK SISTEM INTEGRITI KORPORAT – Panduan untuk membantu Syarikat Menilai Risiko dan Petunjuk KeseluruhanBagi Tahap Integriti Korporat Syarikat

• Dua belas (12) Dimensi Penilaian dan Soal Selidik Sistem Integriti Korporat• Cara Menggunakan Penilaian dan Soal Selidik Sistem Integriti Korporat

FAEDAH PELAKSANAAN

ANGGOTA MEJA BULAT INTEGRITI KORPORAT

0203

05

06

10

1415

SUSUNAN KANDUNGAN

Page 3: Mencapai integriti korporat

21 rujuk perenggan [19] bagi senarai anggota.

MUKADIMAHIntegriti korporat adalah penting dalam mewujudkan suatu asas yang teguh bagi kemakmuran ekonomiMalaysia sedia ada dan pada masa hadapan. Dalam usaha untuk mewujudkan suasana perniagaan diMalaysia yang bebas daripada unsur-unsur yang memudaratkan seperti rasuah, penipuan dan jenayah perdagangan, dan dalam memastikan syarikat mengamalkan integriti dalam operasi harian mereka, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bekerjasama dengan Anggota Meja Bulat Integriti Korporat1 dalam membangunkan dan menyebarkan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik ketiga SSM bertajuk “MencapaiIntegriti Korporat” (BBPC 3/2012) atau “Corporate Integrity Pledge.”

BBPC 3/2012 ini menonjolkan Ikrar Integriti Korporat (CIP) dan Penilaian dan Soal Selidik Sistem Integriti Korporat (CISAQ) iaitu pernyataan komitmen oleh syarikat secara rasmi dan teguh untuk mematuhi amalan perniagaan beretika dan menyokong kempen negara memerangi rasuah.

CIP, sebagai contoh, perlu ditandatangani oleh para pemimpin dalam bidang korporat bagi menetapkan amalan di peringkat atasan dan menggalakkan semua ahli dalam mana-mana syarikat atau pertubuhan untuk turut berintegriti dan melaksanakan kewajipanmereka secara beretika. Mana-mana syarikat ataupertubuhan, tempatan atau asing, besar atau kecil boleh menandatangani CIP - selagi syarikat atau pertubuhan itu berjanji untuk menambah baik dan menjalankan perniagaannya dengan beretika dan berintegriti.

BBPC 3/2012 merupakan suatu garis panduan yang boleh digunakan oleh ahli perniagaan dan syarikat yang telah berikrar untuk memantau perkembangan syarikat dalam melaksanakan amalan perniagaan beretikadengan menjalankan CISAQ untuk mengenal pastijurang, bagi mempertingkatkan dan menambah baik amalan perniagaan mereka. Walaupun penggunaandokumen ini adalah secara sukarela, komuniti perniagaan dan korporat digalakkan untuk mengguna pakai amalan terbaik yang dicadangkan, sebagai usaha ke arah memastikan perniagaan yang berdaya maju dan mampan.

MENCAPAIINTEGRITI

KORPORAT

Page 4: Mencapai integriti korporat

3

OBJEKTIF

LATAR BELAKANG

2 Charles E. Watson “Managing with Integrity”. Insights from America’s CEO (New York: Praeger, 1991), page 1713 ibid

1. Objektif BBPC 3/2012 ini ialah:

• Menyemai amalan integriti dalam sektor korporat;

• Menggalakkan tanggungjawab sosial korporat dan kebertanggungjawaban;

• Meluaskan dan mengukuhkan etika perniagaan yang baik;

• Memupuk pewujudan suasana beretika di tempat kerja;

• Mempertingkatkan kerangka kerja tadbir urus korporat dengan menyemai budaya tingkah laku profesional yang bebas daripada rasuah; dan

• Mengukuhkan perpaduan antara golongan etnik dan wilayah yang berbeza melalui aktiviti ekonomi.

Takrif Integriti

2. Perkataan “integriti” telah diberikan pengertian yang luas; sebutan yang paling lazim mengenai “integriti” ialah kejujuran yang konsisten. “Konsisten” telah dikenal pasti sebagai komponen utama dalam menentukan sesuatu tindakan berintegriti. Memandangkan tindakan berintegriti merujuk kepada keselarian antara perkara yang dilakukan dengan perkara yang dikatakan, ditegaskan bahawa perbuatan dan percakapan perlu tergolong dalam lingkungan yang sama2 di mana seseorang yang berintegriti lazimnya dilihat adalah konsisten dalam tindakannya dan perkara yang hendak dikotakannya. Tingkah lakunya yang jujur dapat dilihat melalui kepatuhan yang teguh kepada prinsip dan standard yang tegas, dan wataknya telah dikenal pasti melalui usaha yang tidak terjejas bagi mencapai matlamat yang jauh lebih penting daripada keperluannya, keselesaannya dan kepentingannya.3

3. Integriti korporat diukur melalui perkara yang dilakukan atau yang tidak dilakukan oleh syarikat walaupun apabila tiada orang yang melihat. Integriti dicemari apabila dasar dan prosedur tadbir urus korporat tidak dititikberatkan dalam usaha untuk memburu keuntungan peribadi dan korporat. Sesebuah syarikat mestilah mewujudkan suasana kerja yang beretika di mana budaya korporat beretika, dasar, undang-undang dan prosedur diikuti dan dikuatkuasakan.

Page 5: Mencapai integriti korporat

4

4 IIM, 20075 Pernyataan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, New Straits Times, 1 Disember 2011

Integriti sebagai Agenda Utama di Malaysia

4. Kerajaan Malaysia telah menyediakan mekanisme yang sepatutnya bagi mengurangkan rasuah dalam usaha ke arah menggalakkan amalan nilai-nilai etika yang lebih tinggi melalui pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN) sejak 23 April 2004. Objektif PIN adalah untuk memenuhi cabaran ke-4 Wawasan 2020 iaitu untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika; teguh dalam nilai-nilai keagamaan dan kerohanian dan disemai dengan standard etika yang paling tinggi. PIN menggariskan cadangan bagi kedua-dua sektor awam dan sektor swasta untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program ke arah meningkatkan integriti dalam memerangi rasuah.

5. Bagi memudahkan pelaksanaan PIN, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah ditubuhkan pada tahun 2004. IIM bertanggungjawab untuk melaksanakan PIN dan menganjurkan seminar dan bengkel untuk rakyat dan syarikat-syarikat bagi menggalakkan penglibatan mereka dalam usaha mencegah rasuah. SSM berperanan sebagai urus setia bagi beberapa kumpulan kerja di bawah pimpinan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menyediakan rangka tindakan bagi agenda integriti institusi ekonomi yang dinyatakan di bawah PIN. Rangka tindakan ini dibangunkan bersama-sama dengan lima (5) kumpulan kerja yang terdiri daripada pemimpin-

pemimpin perbadanan, badan-badan profesional dan kumpulan perdagangan. Rangka tindakan bertajuk “Etika Perniagaan: Ke Arah Meningkatkan Integriti Korporat dan Etika Perniagaan : Suatu Panduan Praktikal bagi Syarikat di Malaysia”4 telah diserahkan kepada Lembaga Pengarah IIM dan diterbitkan oleh Bahagian Sektor Swasta IIM.

6. Di bawah Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang baru diperkenalkan, yang diumumkan pada 28 Januari 2010, Kerajaan berhasrat untuk mengubah ekonomi Malaysia dengan memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Salah satu inisiatif itu adalah untuk mengurangkan rasuah dalam negara ini dengan mengambil inisiatif khusus dan memantau keberkesanan inisiatif tersebut melalui langkah-langkah seperti Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI CPI) dan kaji selidik Barometer Rasuah Global (GCB). Hasilnya, walaupun TI-CPI tidak begitu meningkat pada tahun 2011 (dari 4.4 ke 4.3), terdapat peningkatan dalam peratusan responden bagi kaji selidik GCB yang melihat keberkesanan usaha Kerajaan dalam memerangi rasuah (dari 48% pada tahun 2010 kepada 49% pada tahun 2011).5 Hasil ini menunjukkan bahawa inisiatif Kerajaan yang telah diwujudkan itu bagi menangani isu rasuah kecil memberi kesan kepada orang ramai dalam kehidupan seharian mereka.

INTE

GR

ITI * NASIONAL * PELAN * PROGRAMTRANSFORMASI

KERAJAAN

Page 6: Mencapai integriti korporat

5

6 Rujuk Seksyen 132(1),(1A)-(1F), 132(20, 181,131, 131A, 131B, 132B, 132C, 132E, 181A-E, 368B, 174(8A), 167, 165, 141 Akta Syarikat 19657 Gambaran keseluruhan oleh Bursa Malaysia Securities Berhad8 Kehendak Penyenaraian Bab 15 Bursa Malaysia Securities Berhad

PERUNTUKAN STATUTORI UTAMA YANG MENGGALAKKAN INTEGRITI DALAM SEKTOR KORPORAT

7. Terdapat beberapa undang-undang yang ditadbir oleh pelbagai institusi yang mempunyai kuasa

kawalselia berkaitan integriti korporat melalui peruntukan berkenaan dengan tadbir urus korporat seperti Akta Syarikat 1965 (CA 1965), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA 2007) dan Kehendak Penyenaraian Bursa.

8. SSM menggalakkan tadbir urus korporat dengan menyediakan struktur, dasar dan rangka kerja tadbir urus yang mengawal selia dan mendisiplinkan syarikat-syarikat tanpa mengira saiz dan jenis syarikat sebagaimana yang diperuntukkan dalam CA 1965. CA 1965 menyediakan rangka kerja tadbir urus bagi menggalakkan kebertanggungjawaban, penzahiran dan ketelusan melalui peruntukan yang berkaitan6 antara lain:

• tugas fidusiari Pengarah;• Hak pemegang saham (termasuk pemegang saham minoriti) dan perlindungan;• Penzahiran kepentingan oleh pengarah;• Integriti urus niaga oleh pengarah dan pemegang saham substansial;• Perlindungan pemberi maklumat;• Tindakan derivatif berkanun;• Menyimpan rekod perakaunan dan keperluan laporan kewangan yang sepatutnya;• Menubuhkan mekanisme kawalan dalaman bagi syarikat awam;• Penyerahsimpanan dokumen dan maklumat tertentu kepada Pendaftar bagi maklumat orang ramai; dan• Tindakan penguatkuasaan sivil dan jenayah.

9. Bagi memastikan integriti dan tadbir urus yang baik dalam industri pasaran modal, CMSA 2007 yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) bertujuan untuk melindungi pelabur dan mengekalkan integriti pasaran bagi perdagangan sekuriti dan derivatif.

10. Bursa Malaysia Berhad (Bursa) ialah syarikat pemegangan bursa yang diluluskan di bawah Seksyen 15 CMSA 2007.7 Kehendak Penyenaraiannya menyatakan kehendak tadbir urus korporat yang perlu dipatuhi oleh semua syarikat tersenarai awam (PLC) di Malaysia.8 Antara lain, kehendak tersebut

adalah seperti yang berikut:

• Struktur dan keanggotaan Lembaga;• Peraturan mengenai urus niaga pihak berkaitan;• Peranan jawatankuasa lembaga;• Jawatankuasa audit;• Memperkasakan pengarah bebas;• Kehendak mengenai pernyataan pematuhan Kod Malaysia mengenai Tadbir Urus Korporat dan pernyataan kawalan dalaman;• Sekatan atas bilangan jawatan pengarah;• Program pendidikan Pengarah; dan• Kelayakan kewangan bagi penandatangan kepada akuan berkanun yang disertakan bersama akaun tahunan teraudit.

11. Selain mematuhi peruntukan undang-undang yang berhubungan dengan tadbir urus korporat, ketelusan dan penzahiran wajib menurut peruntukan undang-undang korporat, syarikat juga digalakkan supaya mengambil Ikrar Integriti Korporat bagi menyatakan komitmen mereka untuk mematuhi amalan terbaik bukan statutori yang berhubungan dengan etika perniagaan serta menyatakan komitmen dalam mengguna-pakai mekanisme anti-rasuah yang berkaitan dalam operasi harian mereka.

Page 7: Mencapai integriti korporat

6

IKRAR INTEGRITI KORPORATLatar belakang Pewujudan Ikrar Integriti Korporat “Corporate Integrity Pledge” (CIP)

12. Latar belakang yang mewujudkan Ikrar Integriti Korporat (CIP) adalah seperti yang berikut:

• GTP dilancarkan pada Januari 2010. Salah satu daripada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (“NKRA”) di bawah GTP ialah “Memerangi Rasuah”. Salah satu inisiatif untuk memerangi rasuah di bawah NKRA adalah untuk melaksanakan “Perjanjian Integriti” bagi kontrak Kerajaan. Perjanjian Integriti ialah suatu perjanjian antara pembida dengan Kerajaan bahawa tiada rasuah sepanjang proses perjanjian. Kementerian Kewangan mengeluarkan surat pekeliling perbendaharaan pada 1 April 2011, diikuti oleh garis panduan pada 16 Disember 2011, mengenai Perjanjian Integriti.

• Program Transformasi Ekonomi (ETP) dilancarkan pada September 2010. Di bawah ETP, banyak projek dibiayai oleh sektor swasta dan dirasakan bahawa terdapat keperluan bagi komitmen daripada sektor swasta untuk menjalankan perniagaannya secara bebas rasuah.

• Pada Disember 2010, Dewan-Dewan Perniagaan Utama menandatangani suatu Ikrar Integriti dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memerangi rasuah. Ikrar itu bertujuan untuk mendapatkan penglibatan Dewan-Dewan tersebut dalam menggalakkan anggota mereka untuk menyertai usaha memerangi rasuah.

• Bagi melengkapkan pelbagai usaha untuk memerangi rasuah, CIP diwujudkan pada bulan Mac 2011 supaya syarikat individu berikrar untuk menyertai usaha memerangi rasuah dengan mengguna pakai mekanisme anti-rasuah yang bersesuaian di peringkat syarikat.

Page 8: Mencapai integriti korporat

7

Menandatangani Ikrar Integriti Korporat

BERJANJI untuk menggalakkan tadbir urus korporat yang baik, ketelusan, kebertanggungjawaban dan nilai-nilai integriti

1.1 Melarang sogokan dan rasuah dalam apa-apa bentuk, sama ada secara langsung atau tidak langsung, di tempat perniagaan dan dalam semua hubungan perniagaan, termasuk dengan pembekal, kontraktor, pelanggan dan pihak ketiga yang lain;

1.2 Memastikan pematuhan Kod Etika sepenuhnya pada setiap masa; dan

1.3 Mewujudkan budaya positif yang mendukung integriti dalam usaha untuk mewujudkan suasana perniagaan yang bersih.

MENGUKUHKAN sistem dalaman yang menyokongpencegahan rasuah

2.1 Membangunkan program anti-rasuah yang menyatakan nilai, dasar dan prosedur yang digunakan untuk mencegah rasuah daripada berlaku dalam semua aktiviti perniagaan;

2.2 Meningkatkan sistem dan prosedur sedia ada bagi mengelakkan sebarang amalan rasuah;

2.3 Memasukkan pencegahan rasuah, etika dan integriti sebagai bidang bagi latihan dan pembangunan untuk pihak pengurusan, pekerja dan kakitangan; dan

2.4 Mewujudkan saluran yang selamat dan boleh diakses yang melaluinya para pekerja dan yang lain berkeyakinan untuk melaporkan pelanggaran dan tanpa risiko tindak balas.

MEMATUHI undang-undang, dasar dan prosedur yang berhubungan dengan memerangi rasuah

3.1 Memastikan bahawa semua undang-undang dan dasar dan prosedur syarikat yang berhubungan dengan memerangi rasuah benar-benar dipatuhi; dan

3.2 Memastikan bahawa tadbir urus yang baik diamalkan, sistem periksa dan imbangan diwujudkan, dan perniagaan dijalankan dengan telus dan kebertanggungjawaban untuk mengelakkan percanggahan kepentingan, penyalahgunaan kuasa dan salah laku.

MEMERANGI sebarang bentuk amalan rasuah

4.1 Mengambil tindakan yang sepadan terhadap mana-mana pekerja, kakitangan atau orang lain yang terlibat dalam rasuah berhubung dengan perniagaan, tanpa mengira kedudukan dan status; dan

4.2 Melaporkan sebarang amalan rasuah yang berlaku di tempat perniagaan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

MENYOKONG inisiatif pencegahan rasuah oleh Kerajaan Malaysia dan SPRM

5.1 Menyokong usaha anti-rasuah oleh Kerajaan dan SPRM; dan

5.2 Mengekalkan hubungan dengan pihak berkuasa, pengawal selia dan SPRM dan memberikan kerjasama sepenuhnya berhubung dengan pengesanan rasuah, pencegahan rasuah dan penguatkuasaan undang-undang terhadap rasuah.

Ikrar

Lima Prinsip Anti-Rasuah9

13. CIP mengandungi ikrar yang menggariskan Prinsip Anti-Rasuah seperti yang berikut:

9 Ikrar Integriti Korporat dan Prinsip Anti-Rasuah bagi Syarikat-Syarikat di Malaysia 2010

14. CIP ialah dokumen yang membolehkan syarikat menyatakan komitmen untuk mendukung Prinsip Anti-Rasuah bagi syarikat-syarikat di Malaysia. Dengan menandatangani ikrar, sesebuah syarikat yang membuat pengisytiharan secara unilateral bahawa ia tidak akan melakukan perbuatan rasuah,

akan berusaha ke arah mewujudkan suasana perniagaan yang bebas daripada rasuah dan akan

mendukung Prinsip Anti-Rasuah bagi Syarikat-Syarikat di Malaysia dalam menjalankan perniagaannya dan berinteraksi dengan rakan perniagaannya dan Kerajaan.

15. CIP merupakan suatu mekanisma bagi syarikat, untuk menggalakkan mereka mengadakan program dan sistem dalaman, dan proses anti-rasuah mereka sendiri. Oleh yang demikian, ia membantu syarikat-syarikat dalam mengorak langkah pertama mereka ke arah mewujudkan cara-cara untuk mengurangkan rasuah dan meningkatkan peluang untuk mengesan rasuah. Ia tidak mengubah undang-undang atau infrastruktur penguatkuasaan undang-undang sedia ada yang berhubungan dengan rasuah.

16. Dokumen CIP boleh dimuat turun dari laman sesawang Sistem Integriti Korporat Malaysia di

http://www.cism.my/ (laman sesawang CISM) yang ditadbir oleh IIM. Syarikat-syarikat boleh mengakses laman sesawang tersebut bagi mewujudkan suatu

salinan ikrar pelaksanaan secara langsung. Dokumen ikrar yang standard memperuntukkan pelaksanaan melalui meterai syarikat, tetapi syarikat-syarikat boleh melaksanakannya dalam apa-apa cara lain selagi ia merupakan suatu kaedah pelaksanaan yang sah bagi apa-apa dokumen sedemikian oleh syarikat itu, di bawah dokumen dan undang-undang yang berkaitan berkenaan dengan syarikat itu.

Page 9: Mencapai integriti korporat

8

KOMITMEN KEPADA IKRAR

Page 10: Mencapai integriti korporat

9

Setelah Ikrar ditandatangani - Apa yangberlaku seterusnya?

22. Menandatangani ikrar merupakan suatu pernyataan komitmen oleh syarikat itu untuk mematuhi amalan perniagaan beretika dan untuk memastikan bahawa semua pegawainya menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab. Dengan kesetiaan yang diperbaharui ke arah mendukung integriti perniagaan, syarikat-syarikat digalakkan supaya menjalankan CISAQ untuk menilai dan mengukur

tahap integriti yang sedang diamalkan dalam operasi harian syarikat.

17. Dengan menandatangani ikrar, syarikat itu boleh disenaraikan dalam daftar penandatangan di laman sesawang CISM dan IIM, yang boleh juga diakses melalui laman sesawang SSM, Bursa, SPRM, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), SC, NKRA Rasuah Malaysia dan TI-M. Syarikat-syarikat yang berhasrat untuk disenaraikan dalam senarai penandatangan yang terdapat di laman sesawang itu boleh memaklumkan IIM dengan menyerahkan sesalinan ikrar yang telah

disempurnakan di alamatnya, melalui pos, faksimili atau e-mel. Apabila syarikat itu telah

menandatangani ikrar tersebut, syarikat itu mestilah mengendors Prinsip-Prinsip Anti-Rasuah yang

menetapkan prinsip-prinsip untuk diguna pakai oleh syarikat-syarikat bagi menunjukkan komitmen mereka yang berterusan ke arah mewujudkan suasana perniagaan yang adil, telus dan bebas daripada rasuah.

18. Ikrar yang ditandatangani oleh sesuatu syarikat dan nama mana-mana syarikat yang dimasukkan dalam senarai penandatangan tidak dengan apa-apa cara menunjukkan bahawa apa-apa pensijilan, kajian semula atau penilaian telah dijalankan oleh IIM atau mana-mana pihak berkuasa pengawal selia atau pihak lain yang bekerjasama dalam mekanisma ini untuk menjamin integriti penandatangan.

19. Prinsip-Prinsip Anti-Rasuah, bersama-sama dengan CIP telah diwujudkan hasil daripada perbincangan di antara:

• Suruhanjaya Syarikat Malaysia • Institut Integriti Malaysia • Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri • Bahagian Pemantauan Rasuah & Penyelarasan NKRA • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia • Bursa Malaysia Berhad • Transparency International Malaysia • Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

20. Prinsip-Prinsip dan CIP mewakili pertalian utama antara pembaharuan yang sedang berlaku dalam sektor awam dengan penambahbaikan berterusan yang berlaku dalam sektor swasta, untuk memacu kemajuan negara ke arah menjadi sebuah negara yang maju.

21. Ikrar itu bukanlah sejenis mekanisma pengawal selia. Pelanggaran ikrar, sebagai contoh jika syarikat penandatangan didapati telah bersubahat dalam rasuah - tidak akan menyebabkan apa-apa hukuman undang-undang di bawah ikrar itu dengan sendirinya. Sebaliknya, ikrar tersebut akan dikuatkuasakan melalui laporan kendiri oleh syarikat itu, untuk memenuhi permintaan pemegang kepentingannya, selaras dengan model yang diguna pakai di bawah 10th Principle of the UN Global Compact. Pematuhan ikrar tersebut dipantau pada tahap yang sama dengan penzahiran tanpa mandat oleh mana-mana syarikat kepada pemegang kepentingannya yang dipantau - melalui penelitian dan permintaan pemegang kepentingan tersebut.

Page 11: Mencapai integriti korporat

10

PENILAIAN DAN SOAL SELIDIK SISTEM INTEGRITIKORPORAT - Alat untuk Membantu Syarikat dalam MenilaiRisiko dan Petunjuk Keseluruhan bagi Tahap Integriti Korporat Syarikat

10 Dokumen Perundingan mengenai Penilaian Soal Selidik Sistem Integriti Korporat, Sistem Integriti Korporat Malaysia 2010-2012

23. IIM, dengan kerjasama Corporate Integrity Academic Circle (CIAC) telah membangunkan Penilaian Sistem Integriti Korporat (CISAQ)11, yang merupakan alat penilaian yang pertama di Malaysia untuk menilai dua belas dimensi berkaitan dengan integriti korporat. Penilaian dan Soal Selidik Sistem Integriti Korporat menyediakan rangka tindakan bagi syarikat mengenai penilaian risiko, bidang penambahbaikan dan petunjuk umum integriti korporat syarikat. Ia merupakan suatu alat yang membantu syarikat-syarikat untuk menilai dan mengukur kemajuan mereka dalam menyatakan komitmen yang rasmi dan telus terhadap etika dan integriti di tempat kerja.

Dua Belas (12) Dimensi Penilaian dan Soal Selidik Sistem Integriti Korporat

24. Penilaian Sistem Integriti Korporat merupakan suatu alat yang berguna bagi memaklumkan keupayaan syarikat untuk menguruskan peluang dan risiko secara dalaman. Melalui penilaian, peluang untuk penambahbaikan boleh diperoleh dan membantu syarikat untuk menjadikan peluang tersebut

bermanfaat dari segi strategik, organisasi dan operasi. Dua belas dimensi dalam Penilaian Sistem Integriti Korporat ialah:

(i) Visi & Matlamat Dimensi ini meliputi keseluruhan konsep dan pendekatan syarikat terhadap etika dan integriti, termasuk penyataannya secara rasmi tentang

falsafah asas syarikat mengenai etika dan kelakuan moral, dan cara harapan ini disemai dalam struktur syarikat. Penanda aras ini termasuklah cara syarikat mengenal pasti dan menentukan nilai atau prinsip teras etika mereka, begitu juga cara syarikat menyepadukan nilai tersebut ke dalam perjalanan urusan harian.

(ii) Kepimpinan Dimensi ini meliputi tanggungjawab kepimpinan syarikat dalam membentuk, membimbing, dan menyokong inisiatif etika dan integriti syarikat. Ia mengkaji cara pemimpin dan pengurus dipertanggungjawabkan untuk menggalakkan etika dan integriti. Kategori ini termasuk penilaian “Amalan di peringkat Atasan” di peringkat eksekutif kanan dan tadbir urus.

(iii) Infrastruktur Dimensi ini meneroka cara syarikat menstruktur atau menyusun fungsi etika dan integritinya supaya ia boleh melaksanakan matlamatnya dengan berkesan. Kategori ini meliputi cara fungsi etika distrukturkan, dilaksanakan ke atas kakitangan, dan dijadikan sumber serta hubungan pelaporannya secara rasmi dan tidak rasmi. Kategori ini juga termasuk peranan dan tanggungjawab individu-individu yang ditugaskan untuk melaksanakan fungsi etika dan integriti.

(iv) Pematuhan Undang-Undang, Dasar & Peraturan Dimensi ini termasuk undang-undang teras, dasar, peraturan, dan panduan yang terdiri daripada kerangka kerja undang-undang bagi sistem etika dan integriti syarikat. Bahagian ini menilai kerangka kerja dalaman yang menjadi asas bagi tingkah laku yang beretika. Ia juga termasuk pematuhan kerangka kerja undang- undang luaran yang dalamnya syarikat beroperasi. Dimensi ini termasuk sistem dan kawalan yang digunakan untuk memastikan dan menunjukkan bahawa pekerja dan syarikat itu mematuhi undang-undang. Pada asasnya, syarikat itu telah menterjemahkan komitmennya dari segi undang-undang kepada panduan tindakan konkrit yang boleh dikuatkuasakan.

Page 12: Mencapai integriti korporat

11

(v) Budaya Organisasi Dimensi ini memperkatakan tentang budaya syarikat secara keseluruhan dan cara ia memajukan misi, visi, struktur dan strategi. Dimensi ini meneroka sejauh mana sesuatu syarikat memberikan tumpuan kepada pembentukan budaya syarikatnya (peraturan bertulis dan tidak bertulis yang menetapkan cara kerja dilakukan dan matlamat dicapai) dan sama ada budaya itu menggalakkan perlakuan beretika secara aktif. Dimensi ini mengutarakan cara budaya ditakrifkan (sejarah dan tradisi organisasi), siapa “pemiliknya” dan membentuk budaya, cara budaya diukur, dan setakat mana pekerja mendapati budaya itu menyokong etika dan integriti.

(vi) Tindakan Disiplin & Pengukuran Ganjaran Dimensi ini cuba untuk mengkaji cara syarikat menetapkan dan menguatkuasakan standardnya mengenai tingkah laku beretika dan kelakuan berintegriti. Dimensi ini juga mengutarakan balasan dan hukuman, insentif yang menggalakkan tingkah laku beretika, dan tindakan tatatertib yang diambil untuk mengehadkan atau menghukum perlakuan kerja yang tidak beretika. Dimensi ini termasuklah cara syarikat menggalakkan tingkah laku beretika melalui proses penilaian prestasinya, dan sama ada tingkah laku beretika berkaitan dengan pampasan dan/atau jenis manfaat bukan kewangan yang lain.

(vii) Pengukuran, Penyelidikan & Penilaian Dimensi ini menilai cara etika dan integriti diukur, sama ada syarikat menjalankan penyelidikan bagi menyokong strategi etika yang mewujudkan budaya etika dan integriti, dan proses penilaian syarikat itu mengenai etika, integriti dan budaya syarikat. Kategori ini termasuklah komitmen syarikat terhadap penambahbaikan yang berterusan, berdasarkan penanda aras dan metodologi penilaian yang lain.

(viii) Nasihat Secara Sulit & Sokongan Dimensi ini menerangkan cara syarikat memberikan nasihat mengenai etika secara sulit, berkecuali, profesional dan bebas kepada pekerja, penyelia, pengurus, eksekutif, anggota- anggota badan yang mengawal dan pemegang kepentingan lain.

(ix) Latihan dan Pendidikan Etika Dimensi ini meneroka kesedaran mengenai etika dan integriti, latihan membina kemahiran dan pendidikan, dan penyepaduan latihan tersebut ke dalam pembangunan semua pekerja secara menyeluruh. Kategori ini termasuk penyediaan latihan berkaitan etika dan pembinaan kemahiran sepanjang kitaran hidup kakitangan, dan sejauh mana inisiatif ini disepadukan ke dalam komitmen latihan syarikat lain.

(x) Perhubungan yang beretika Dimensi ini menerangkan cara inisiatif etika dan integriti dinyatakan dan digalakkan, secara dalaman dan luaran. Kategori ini meliputi cara syarikat mentakrifkan pemegang kepentingannya dan cara syarikat menyesuaikan mesej utamanya dengan golongan masyarakat yang berbeza.

(xi) Perlindungan Saksi Dimensi ini meneroka cara syarikat menggalakkan individu (dari luar dan dalam entiti) untuk bersuara dan membuat laporan mengenai tingkah laku yang boleh dipersoalkan. Dimensi ini meneroka kaedah dan perlindungan yang ditawarkan kepada individu yang ingin menyedarkan syarikat tentang kemungkinan berlakunya tingkah laku yang tidak beretika, salah laku atau apa-apa tindakan yang menyalahi undang-undang. Ini termasuklah membuat laporan sulit dan tanpa nama, dan sistem yang digunakan oleh syarikat itu untuk melindungi pemberi maklumat daripada tindakan balas atau hukuman.

(xii) Tanggungjawab Sosial Korporat Dimensi ini meliputi usaha syarikat untuk menjalin hubungan dengan dan melabur dalam masyarakat dan pemegang kepentingan yang dengannya syarikat berinteraksi. Dimensi ini juga merangkumi hubungan kerajaan, kesedaran alam sekitar, kemampanan, dan kesan masyarakat.

25. Tanpa pengukuran yang sepatutnya terhadap penilaian di atas, timbul kesukaran yang luar biasa untuk menentukan ruang penambahbaikan yang diperlukan untuk mencapai tahap tertinggi integriti korporat. Bagi membantu komuniti perniagaan dengan selanjutnya dalam menilai sistem integriti korporatnya, IIM membangunkan suatu alat yang mengandungi 214 soalan dalam 12 dimensi yang disenaraikan di atas.

Page 13: Mencapai integriti korporat

12

Page 14: Mencapai integriti korporat

13

Cara Menggunakan Penilaian dan Soal Selidik Sistem Integriti Korporat

26. Versi permulaan ini merupakan suatu penyesuaian daripada kerangka kerja global bertajuk “Global Ethics and Integrity Benchmarks” yang dibangunkan oleh Joan Elise Dubinsky dan Alan Richter (2008/2009). Soal selidik yang terkandung dalam alat Penilaian Sistem Integriti Korporat boleh dimuatnaik dalam talian di laman sesawang CISM dan boleh digunakan bagi penilaian kendiri. Syarikat-syarikat boleh menghubungi IIM bagi analisis selanjutnya di [email protected].

27. Setelah melengkapkan soal selidik, keputusan akan menentukan tahap sistem integriti korporat syarikat; seterusnya membolehkan syarikat mewujudkan mekanisma yang sepatutnya dalam meningkatkan integritinya di samping menggalakkan prestasi yang lebih baik dan mengurangkan kos untuk menjalankan perniagaan. Syarikat-syarikat yang melaksanakan program anti-rasuah dan garis panduan etika adalah berkemungkinan kurang cenderung menjadi mangsa rasuah yang menyebabkan berlakunya jenayah korporat, reputasi tercemar, kehilangan peluang perniagaan dan kurangnya kepercayaan di kalangan pekerja mereka. Syarikat-syarikat yang berjaya melaksanakan sistem integriti korporat dapat mengumumkan pencapaian mereka melalui laman sesawang CISM.

28. Dengan melaksanakan agenda Sistem Integriti Korporat, syarikat dan pembuat dasar boleh mengenal pasti jurang dan halangan berkaitan dengan integriti korporat dalam syarikat. Apabila jurang dikenal pasti dengan jelas, syarikat itu dapat merancang strategi dan dasar terbaik untuk mengatasinya sebagai contoh, dengan menghadiri latihan, bengkel atau seminar yang dianjurkan oleh IIM, Akademi Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (COMTRAC), Perbadanan Pembangunan Perindustrian Sekuriti (SIDC), Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bursa yang dapat memberikan bantuan teknikal.

29. Program jangka panjang bertujuan untuk melihat syarikat bergerak ke arah penilaian kendiri secara beransur-ansur, mengenal pasti jurang dan pelan tindakan untuk merapatkan jurang tersebut dan kemudian melaporkan langkah-langkah pencegahan rasuah, selari dengan UN Reporting Guidance on the 10th Principle under the Global Compact. Rakan usahasama di bawah ikrar ini akan bekerjasama dengan penandatangan untuk membangunkan pelan tindakan mengenai cara untuk membolehkan ikrar itu mara ke hadapan sebagaimana yang dicadangkan dalam graf di bawah.

30. Bagi syarikat-syarikat yang cenderung untuk mula memasukkan dasar pencegahan rasuah dalam interaksi dengan rakan perniagaannya, Perjanjian Integriti Korporat merupakan suatu cara yang baik untuk melanjutkan komitmen kedua-dua pihak. Selain pengisytiharan komitmen melalui ikrar, seseorang boleh menyatakan komitmen dua hala dengan rakan perniagaan, sama ada vendor, pembekal, rakan JV atau mana-mana rakan lain untuk beroperasi dengan menggunakan prinsip yang sama. Perjanjian ini boleh dibuat secara berasingan atau dimasukkan ke dalam dokumen hubungan kontrak syarikat yang sedia ada.

31. Bentuk Perjanjian Integriti Korporat yang disediakan merupakan suatu alat bagi syarikat untuk membantu mereka menyatakan persetujuan bahawa ia adalah suatu dasar untuk melibatkan diri dalam hubungan perniagaan yang bersih antara satu sama lain dan pematuhan terma-terma perjanjian itu tidak akan dipantau atau dikesan oleh mana-mana pihak berkuasa atau agensi pengawal selia. Setelah perjanjian dibuat, terma-terma perjanjian itu adalah antara kedua-dua penandatangan dan diberikan kuat kuasa yang sama seperti mana-mana terma kontrak lain. Mana-mana sekatan atau peruntukan bagi pelanggaran terma tersebut, jika ada, menjadi suatu perkara yang ditentukan oleh pihak-pihak dalam dokumen kontrak sebenar mereka. Perjanjian Integriti Korporat boleh dimuat turun di laman sesawang SIKM.

Ikrar Penilaiankendiri

Merapatkanjurang

Laporan

Syarikatmenandatanganiikrar integriti

Syarikat berusahauntuk menilaisendiri kekuatansistem integriti korporat mereka

Tindakan ke ataspelan dilaksanakan, contoh:

Syarikat memasukkanelemen pencegahanrasuah dalam audit

Syarikat memasukkanlaporan mengenailangkah-langkahpencegahan rasuahdalam laporantahunan

Syarikat mengenalpasti pelan tindakanuntuk mengukuhkansistem

Mengguna pakai prinsipperniagaan pencegahanrasuah

Mengadakan infrastruktur: contoh: JawatankuasaLembaga Tadbir Urus danEtika

Menjalankan latihan

Page 15: Mencapai integriti korporat

14

FAEDAH PELAKSANAAN

32. Syarikat akan membuat pendirian yang jelas tentang cara ia beroperasi. Ini akan dinyatakan secara bertulis dan menjadi panduan kepada syarikat yang berurusan dengan perniagaannya jika ia berhadapan dengan kemungkinan untuk membiarkan apa-apa bayaran atau aktiviti lain yang boleh terjumlah kepada rasuah.

33. Syarikat boleh menggunakan ikrar ini untuk menetapkan dirinya sendiri selain rakan-rakannya dengan menunjukkan kepada pemegang kepentingannya bahawa operasi perniagaannya tidak mengandungi sebarang risiko tersembunyi atau kos yang berkaitan dengan aktiviti rasuah dengan menunjukkan komitmennya ke arah kebertanggungjawaban dan ketelusan yang akan menambah baik keberkesanan dan reputasi etika syarikat.

34. Kesan positif daripada menandatangani CIP dan melaksanakan Penilaian dan Soal Selidik Sistem Integriti Korporat boleh dikaitkan dengan pertumbuhan

ekonomi yang pesat, produktiviti dan nisbah KDNK

yang lebih tinggi11. Tahap keyakinan pelabur tempatan dan asing akan meningkat dan membantu syarikat-syarikat mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kemakmuran jangka panjang.

35. Dengan memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi pelaporan perkara bukan kewangan daripada pelbagai pemegang kepentingan (daripada pengawal selia kepada masyarakat awam), ia akan benar-benar mempengaruhi reputasi syarikat itu dalam pasaran dan masyarakat; seterusnya merangsang dialog antara pelbagai pemegang kepentingan berhubung dengan pencegahan rasuah.

36. Dengan menandatangani ikrar, syarikat-syarikat mencerminkan keikhlasan dan komitmen mereka ke arah pencegahan rasuah yang seterusnya meningkatkan kesedaran di kalangan pekerja dan menyediakan suatu cara kawalan dan disiplin bagi pengurusan. Secara tidak langsung, ia memberikan isyarat yang jelas kepada pekerja bahawa syarikat adalah serius dalam memerangi rasuah.

11 Transparency International Policy Position #04/2009

Page 16: Mencapai integriti korporat

15

ANGGOTA-ANGGOTA MEJA BULAT INTEGRITI KORPORAT

Ketua Pegawai EksekutifSuruhanjaya Syarikat MalaysiaMenara SSM @ Sentral7 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral50623 Kuala LumpurTel: 603 2299 4400Faks: 603 2299 5526E-mel: [email protected]

Pengarah, Sektor SwastaInstitut Integriti MalaysiaMenara IntegritiPesiaran Duta, Off Jalan Duta50480 Kuala LumpurTel: 603 6209 2000 (Talian Am) 603 6209 2061 (Sektor Swasta)Faks: 603 6203 1005 (Am) 603 6209 2067 (Sektor Swasta)E-mel: [email protected]

Pengarah, Pencegahan Rasuah NKRAUnit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu)Jabatan Perdana MenteriTingkat 1, Blok TimurBangunan Perdana PutraPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502Tel: 603 8872 7211E-mel:NKRA.FightCorruption@ pemandu.gov.my

Pengarah, NKRA Membenteras Rasuah,Bahagian Pemantauan dan PenyelarasanLevel 8, Lot 3C4, 26 BoulevardPresint 362675 PutrajayaTalian Am: 603 8890 0622/769Talian Faks: 603 8888 5096Laman sesawang: www.nkracorruption.gov.my

Ketua Pesuruhjaya MalaysiaSuruhanjaya Pencegahan RasuahPengarah Pusat Integriti KorporatBahagian Perundingan dan PemeriksaanLevel 8, Lot 3C4, 26 BoulevardPresint 362675 PutrajayaTel: 603 8890 0600/649Faks: 603 8890 5159Talian Bebas Tol: 1-800-88-6000Faks: 603 8889 4329 (Pusat Laporan Maklumat)E-mel: [email protected]: 019 600 0696

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

NKRA Monitoring and Coordination DivisionLevel 8, Lot 3C4, South Block 26, Boulevard Precint 3, 62675 Putrajaya, MALAYSIA

Tel : 603 - 8890 0662 / 603 - 8890 0796 Fax : 603 - 8888 5096 E-mail : [email protected]

National Key Result Areas

ERADICATING CORRUPTION FOR THE FUTURE GENERATION

Page 17: Mencapai integriti korporat

PENDAFTAR SYARIKAT/PERNIAGAANSURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

27 Januari 2012

Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik ini berfungsi sebagai panduan umum dan tidak mewujudkan apa-apa obligasi undang-undang untuk dipatuhi oleh syarikat dan perniagaan dan hanya menggariskan amalan terbaik untuk diguna pakai mengikut pilihan syarikat/perniagaan tersebut. SSM menggalakkan penggunaan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik ini ke arah memastikan kemampanan perniagaan.

NOTA:

Kebenaran telah diperolehi bagi penggunaan gambar foto dalam penerbitan ini.

Ketua Pegawai EksekutifBursa Malaysia BerhadExchange SquareBukit Kewangan50200 Kuala LumpurTel: 603 2026 5099Faks: 603 2026 4122E-mel: [email protected]

Transparency International Malaysia23 Jalan Pantai 9/746000 Petaling JayaSelangorTalian am: 603 7960 6630Talian Faks: 603 7960 8690 E-mel: [email protected]

TRANSPARENCYINTERNATIONAL

MALAYSIA

Page 18: Mencapai integriti korporat

www.ssm.com.my

Dicetak atas 100% kertas kitar semula