intergrasi kecerdasan pelbagai dalam seni dalam pendidikan dan perkaitannya dengan subjek kemahiran...

4
INTERGRASI KECERDASAN PELBAGAI DALAM SENI DALAM PENDIDIKAN DAN PERKAITANNYA DENGAN SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP 1.0 PENGENALAN Setiap individu mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi. Hal ini kerana setiap individu mempunyai kecerdasan tersendiri. Kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner mendapati sembilan kecerdasan manusia iaitu kecerdasan logikal matematik, spatial ruang, linguistik, intrapersonal, interpersonal, kinestetik, muzik, naturalis dan eksistensialisme. Sebelum mengetahui definisi integrasi kecerdasan pelbagai, definisi integrasi perlu diketahui. Perkataan Integrasi, pada dasarnya integrasi berasal dari perkataan bahasa Inggeris "integration" yang bererti kesempurnaan atau keseluruhan. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, integrasi bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan. Kesimpulannya, integrasi kecerdasan pelbagai ialah penggabungan dua atau beberapa kecerdasan pelbagai menjadi satu kecerdasan baru. Dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan, integrasi kecerdasan pelbagai ini dapat dilihat dalam seni muzik, seni pergerakan dan seni visual. 2.0 INTEGRASI SENI DALAM PENDIDIKAN DAN PERKAITANNYA DENGAN SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan difahami, guru boleh menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan yang merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam tajuk mata pelajaran yang diajar. Integrasi seni ini bukan sahaja dapat memudahkan kefahaman murid tentang kandungan pembelajaran yang diajar malah integrasi seni ini juga mampu meningkatkan semangat serta minat murid untuk belajar. SENI PERGERAKAN Menurut Shahril Awang dalam bukunya yang bertajuk Seni Dalam Pendidikan, pergerakan membawa maksud proses yang memandu murid untuk memperoleh kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Dalam subjek Kemahiran Hidup, seni pergerakan dapat dikaitkan dengan pergerakan semasa

Upload: rubieybiey

Post on 07-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bukit

TRANSCRIPT

Page 1: Intergrasi Kecerdasan Pelbagai Dalam Seni Dalam Pendidikan Dan Perkaitannya Dengan Subjek Kemahiran Hidup

INTERGRASI KECERDASAN PELBAGAI DALAM SENI DALAM PENDIDIKAN DAN PERKAITANNYA DENGAN SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP

1.0  PENGENALAN

Setiap individu mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau

masalah yang dihadapi. Hal ini kerana setiap individu mempunyai kecerdasan tersendiri. Kecerdasan

merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya

berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain.

Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia

seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan

masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000)

mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat

mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten.

Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh

dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain.

Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner mendapati sembilan kecerdasan

manusia iaitu kecerdasan logikal matematik, spatial ruang, linguistik, intrapersonal, interpersonal, kinestetik,

muzik, naturalis dan eksistensialisme.

Sebelum mengetahui definisi integrasi kecerdasan pelbagai, definisi integrasi perlu diketahui.

Perkataan Integrasi, pada dasarnya integrasi berasal dari perkataan bahasa Inggeris "integration" yang

bererti kesempurnaan atau keseluruhan. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, integrasi

bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan.

Kesimpulannya, integrasi kecerdasan pelbagai ialah penggabungan dua atau beberapa kecerdasan

pelbagai menjadi satu kecerdasan baru. Dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan, integrasi

kecerdasan pelbagai ini dapat dilihat dalam seni muzik, seni pergerakan dan seni visual. 

                    

2.0  INTEGRASI SENI DALAM PENDIDIKAN DAN PERKAITANNYA DENGAN SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP

SEKOLAH RENDAH

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan difahami, guru boleh

menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan yang merangkumi bidang seni muzik, seni

pergerakan dan seni visual dalam tajuk mata pelajaran yang diajar. Integrasi seni ini bukan sahaja dapat

memudahkan kefahaman murid tentang kandungan pembelajaran yang diajar malah integrasi seni ini juga

mampu meningkatkan semangat serta minat murid untuk belajar.

SENI PERGERAKAN

Menurut Shahril Awang dalam bukunya yang bertajuk Seni Dalam Pendidikan, pergerakan membawa

maksud proses yang memandu murid untuk memperoleh kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik

menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan

kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Dalam subjek Kemahiran Hidup, seni pergerakan

dapat dikaitkan dengan pergerakan semasa melaksanakan kerja amali. Seperti yang kita sedia maklum,

pergerakan sangat berkait rapat dengan subjek Kemahiran Hidup kerana Kemahiran Hidup mempunyai

banyak amali.

Page 2: Intergrasi Kecerdasan Pelbagai Dalam Seni Dalam Pendidikan Dan Perkaitannya Dengan Subjek Kemahiran Hidup

Dengan itu, seni pergerakan memainkan peranan yang besar dalam subjek ini. Contohnya, dalam tajuk

Tanaman Sayuran, murid perlu melakukan pergerakan menyediakan tapak penanaman, membaja sayur,

menyiram sayur dan sebagainya. Pergerakan secara asasnya terbahagi kepada tiga iaitu pergerakan

lokomotor, bukan lokomotor dan pergerakan manipulatif alatan. Selain itu, dalam Kemahiran Hidup juga

murid akan mempelajari cara bertukang dalam tajuk mereka cipta di mana murid akan mereka dan

membuat sendiri projek kayu. Untuk menghasilkan projek kayu, antara pergerakan yang dilakukan

termasuklah mengukur dan menanda kayu, mengergaji kayu, mengecat dan sebagainya. Oleh itu, tidak

dapat dinafikan bahawa seni pergerakan sangat berkaitan dengan subjek Kemahiran Hidup.

 Aktiviti seni pergerakkan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuri, dan

kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan

kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan

murid menaakul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional mengenai apa yang hendak mereka

lakukan. Integrasi seni ini juga melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan murid dan pada

masa yang sama murid akan belajar secara aktif dan menyeronokan. Di samping itu, guru juga dapat

mempelajari cara muridnya berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, selain menjadikan

pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, ia juga dapat mengembangkan lagi potensi  murid.

SENI MUZIK

Seni muzik merupakan salah satu seni yang telah lama wujud dalam masyarakat kita. Seni muzik

merupakan salah satu hiburan yang paling diminati di negara kita sejak dahulu sehingga kini. Ahli falsafah

berpendapat manusia secara semula jadi mempunyai tarikan  terhadap muzik. Fakta ini jelas kerana muzik

menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan lagi. Muzik bukan sahaja dinikmati melalui pancaindera

malahan dapat dirasai melalui hati dan perasaan seseorang. Secara amnya, matlamat pendidikan seni

muzik ialah untuk memperkembangkan potensi dan kualiti diri  individu dari segi nilai estetika muzik dan

etika melalui pelbagai pengalaman muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks

budaya dan aspirasi negara. Jika dikaitkan dengan subjek Kemahiran Hidup, seni muzik boleh diaplikasikan

dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini lebih menarik dan menyeronokkan.

Melalui seni muzik, sememangnya dapat mempengaruhi corak pembelajaran murid terhadap

subjek Kemahiran Hidup. Seni ini akan mempengaruhi tahap konsentrasi dan kefahaman murid untuk lebih

memahami tentang isi kandungan pelajaran. Melalui seni muzik, guru boleh menerapkan elemen teater

untuk murid melakonkan watak-watak yang dikehendaki. Contohnya untuk topik keusahawanan guru boleh

mengarahkan murid untuk melakonkan watak usahawan yang berjaya. Selain itu, untuk tajuk penanaman

sayuran pula murid juga boleh menerapkan kaedah-kaedah menanam yang betul dalam lakonan. Ini akan

memberi impak yang besar untuk murid mengekalkan memori untuk menghafal ciri-ciri dan langkah-

langkah yang terdapat dalam subjek ini.  

Selain itu, Integrasi seni muzik dalam subjek Kemahiran Hidup juga membantu dalam

mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini diakui oleh beberapa tokoh seni muzik seperti

Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon yang

mengetengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan

muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian

kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid

akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau “sequential”.

SENI VISUAL

Seni visual terdiri daripada empat bidang utama iaitu melukis dan membuat gambar, membuat

rekaan corak, membentuk dan membuat binaan serta bidang kraf tradisional. Dalam kandungan pelajaran

Kemahiran Hidup murid didedahkan dengan pertukangan dan proses reka bentuk, ini semestinya murid

perlu untuk mengingati setiap alatan yang terlibat. Oleh itu, seni visual boleh diaplikasikan di mana guru

boleh mengarahkan murid untuk melukis setiap alat agar mereka lebih mengenali alat tersebut. Ini

sekaligus dapat memudahkan murid untuk menjawab soalan berkaitan alatan semasa peperiksaan.

Page 3: Intergrasi Kecerdasan Pelbagai Dalam Seni Dalam Pendidikan Dan Perkaitannya Dengan Subjek Kemahiran Hidup

Contohnya apabila murid sudah pernah melukis basikal, maka secara langsung murid akan dapat

mengenal pasti komponen-komponen basikal dan apabila soalan mengkehendaki murid untuk melabelkan

komponen sudah pasti murid dapat menjawab soalan tersebut dengan mudah.

Bidang seni visual mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan murid dalam

pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej

tampak di sekeliling mereka. Ini diakui oleh Brown (1980), yang berpendapat bahawa pengalaman kanak-

kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan-kebolehan

murid dalam aspek yang disebutkan. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang

sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

.

3.0  KESIMPULAN

Integrasi kecerdasan pelbagai melalui seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam subjek

Kemahiran Hidup menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam

memahami gerak hati, membuat taakulan, berimaginasi dan kepantasan dalam bentuk ekspresi dan

komunikasi  seorang murid.Integrasi seni ini dapat membentu perkembangan menyeluruh dan seimbang

setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafagh Pendidikan Negara.

Melalui aktiviti integrasi seni ini, murid akan terdorong  untuk menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan

kecerdasan pelbagai. Ia juga membantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran.

Seni dalam pendidikan berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,

menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang

ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.Bagi guru pula, bidang seni dalam pendidikan akan memudahkan guru menyediakan pelbagai

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada murid. Guru juga lebih mudah untuk

merancang, mereka bentuk serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata

pelajaran yang lain.

Kesimpulannya, integrasi kecerdasan atau integrasi seni ini sangat berkaitan dengan subjek

Kemahiran Hidup.seni pergerakan penting semasa murid melakukan kerja-kerja amali. Manakala seni

visual pula dapat membantu murid mengenal pasti komponen alatan melalui aktiviti melukis alatan. Akhir

sekali ialah visual muzik. Seni ini juga mempunyai peranan sendiri di mana seni ini dapat meningkatkan

semangat kefahaman murid mengenai isi pembelajaran melalui aktiviti melakonkan ciri-ciri usahawan

berjaya, langkah-langkah kerja dan sebagainya. oleh itu, dengan adanya tiga integrasi seni ini maka proses

pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup dapat dijalankan dengan lebih menarik dan mudah

difahami.