interaksi tamadun melayu dgn india

9
7/30/2019 Interaksi Tamadun Melayu Dgn India http://slidepdf.com/reader/full/interaksi-tamadun-melayu-dgn-india 1/9 SOALAN: Kumpulkan bahan bukti bentuk visual atau grafik yang menunjukkan terdapat interaksi di antara tamadun Melayu dengan India, Cina, Arab dan peribumi. 1. Tamadun Melayu dengan India Interaksi tamadun Melayu dengan India bermula seawal abad ke-3 SM. Buktinya ialah bahan bertulis dari India yang ada menyebut tentang “Malayadvipa” (Semenanjung Melayu). Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu adalah untuk mendapatkan emas. Oleh itu gelaran “Suvarnabhumi” (tanah emas) t elah diberi kepada Tanah Mekayu. Sistem pemerintahan kita pada hari ini juga mempunyai unsur-unsur konsep ketuhanan agama Hindu. Keadaan ini berdasarkan konsep ”Dewaraja” . Warisan yang masih dikekalkan berdasarkan konsep ini ialah membesarkankeagungan dan kedudukan Raja dalam upacara pertabalan baginda. Dari segi agama , penduduk tempatan di Tanah Melayu telah menerima agama Buddha dan Hindu yang sebelumnya mereka berpegang kepada kepercayaan animisme. Buktinya ialah Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang yang merupakan tinggalan pengaruh Hindu Kerajaan Chola ketika menguasai Kedah. Gambar ini menunjukkan Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang.

Upload: siok-qing

Post on 14-Apr-2018

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Interaksi Tamadun Melayu Dgn India

7/30/2019 Interaksi Tamadun Melayu Dgn India

http://slidepdf.com/reader/full/interaksi-tamadun-melayu-dgn-india 1/9

SOALAN: Kumpulkan bahan bukti bentuk visual atau grafik yang menunjukkan

terdapat interaksi di antara tamadun Melayu dengan India, Cina, Arab dan

peribumi.

1. Tamadun Melayu dengan India

Interaksi tamadun Melayu dengan India bermula seawal abad ke-3 SM.

Buktinya ialah bahan bertulis dari India yang ada menyebut tentang

“Malayadvipa” (Semenanjung Melayu). Tujuan utama kedatangan para

pedagang dari India ke Tanah Melayu adalah untuk mendapatkan emas. Oleh itu

gelaran “Suvarnabhumi” (tanah emas) telah diberi kepada Tanah Mekayu.

Sistem p emerintahan kita pada hari ini juga mempunyai unsur-unsur 

konsep ketuhanan agama Hindu. Keadaan ini berdasarkan konsep ”Dewaraja” .

Warisan yang masih dikekalkan berdasarkan konsep ini ialah

membesarkankeagungan dan kedudukan Raja dalam upacara pertabalan

baginda.

Dari segi agama , penduduk tempatan di Tanah Melayu telah menerima

agama Buddha dan Hindu yang sebelumnya mereka berpegang kepada

kepercayaan animisme. Buktinya ialah Candi Bukit Batu Pahat di Lembah

Bujang yang merupakan tinggalan pengaruh Hindu Kerajaan Chola ketika

menguasai Kedah.

Gambar ini menunjukkan

Candi Bukit Batu Pahat di

Lembah Bujang.

Page 2: Interaksi Tamadun Melayu Dgn India

7/30/2019 Interaksi Tamadun Melayu Dgn India

http://slidepdf.com/reader/full/interaksi-tamadun-melayu-dgn-india 2/9

Interaksi antaran tamadun Melayu dan India juga boleh dilihatkan dari

aspek struktur m asyarakat . Tamadun India menggunakan sistem kasta iaitu

susun lapis dalam masyarakat yang terdapat pemisahan jelas antara golongan

atasan atau bangsawan dengan golongan rakyat biasa. Pengaruh penggunaan

sistem kasta ini telah membawa kepada munculnya masyarakat „feudal‟ dalam

kehidupan masyarakat Melayu.

Manakala dari segi bahasa , boleh dilihat daripada pinjaman perkataan

India. Sebahagian besar daripadanya ialah bahasa Sanskrit dan sedikit bahasa

Tamil. Menurut Dr. Muhamad,Abdul Jabbar Beg (MAJ Beg), bahasa sanskrit

mendapat tempat dalam kosa kata bahasa Melayu. Hal ini bukan kerana

banyaknya jumlah perkataan, tetapi seringkali digunakan dalam keadaan-

keadaan penting. Sebagai contoh, apabila kita menonton televisyen, kita akan

mendengar berita. Orang yang namanya sering disebut ialah perdana menteri

dan menteri-menteri serta raja dan Raja Perempuan. MAJ Beg seperti juga

Wilkinson mendapati tidak lebih 200 perkataan pinjaman bahasa Sanskrit yang

sering digunakan dalam bahasa Melayu. Za`ba pula menyenaraikan tidak kurang

daripada 388 perkataan Sanskrit yang dipinjamkan dalam bahasa Melayu. Elok

rasanya diperturunkan di sini:

Perkataan yang menunjukkan masa:

Masa, kala, ketika, kali, bila, sedia, sediakala, tatkala, senja, senjakala, tadi, hari,

dinihari, sentiasa dan pertama.

Perkataan yang menunjukkan hubungan

Sila, pangkat, bangsa, saudara, suami, isteri, ayah, keluarga, tua, muda, belia,

remaja dan derma.

Perkataan yang menunjukkan bintang,ruang angkasa dan atmosfera:

Page 3: Interaksi Tamadun Melayu Dgn India

7/30/2019 Interaksi Tamadun Melayu Dgn India

http://slidepdf.com/reader/full/interaksi-tamadun-melayu-dgn-india 3/9

Gerhana, udara, cakerawala, nusantara, angkasa, sakti, utara, cahaya, gelita,

gema dan gempa.

Perkataan yang menunjukkan binatang

Gajah, gembala, singa, serigala, unta, angsa, kuda, naga, biri-biri dan harimau.

Perkataan yang menunjukkan perasaan dan suasana

Suka, duka, cinta, berahi, murka, asmara, loba, malas, derma, setia, pahala,

bahagia, dusta, sengsara, celaka, suci, semua, segera dan antara.

Perkataan yang berkaitan kerabat diraja dan golongan bangsawan

Raja, maharaja, dergahayu, baginda, paduka, dulipermaisuri, putera, puteri,

mulia, maharani, mahkota, menteri, perdana menteri, laksamana, bendahara,

singgahsana, istana, upacara, kurnia, anugerah dan perwira.

Perkataan yang berkaitan agama dan pendidikan

 Agama, guru, puji, tapa, syurga, neraka, puasa, dewa, dewi, pujangga, raksasa,

hantu, sastera, rencana, bahasa, jiwa, bijaksana dan jelma. (Za‟ba, 1965:269 -

270)

MAJ Beg yang mengkaji kata pinjaman bahasa Arab ke dalam bahasa

Melayu turut berpendapat bahawa bahasa Sanskrit yang dipinjamkan ke bahasa

Malaysia tidak mencapai taraf yang sama dengan bahasa Arab dalam

perbandingan perhubungan antara bahasa-bahasa tersebut. Hal ini kerana

bahasa Sanskrit dan bahasa Inggeris lebih secular sifatnya tanpa mempunyai

pertalian spritual dengan bahasa Melayu. Beliau memberi contoh konsep syurga

dan neraka dalam bahasa Sanskrit yang amat berbeza dengan konsep `janatul

firdaus` dan `jahanam` dalam agama Islam.

Page 4: Interaksi Tamadun Melayu Dgn India

7/30/2019 Interaksi Tamadun Melayu Dgn India

http://slidepdf.com/reader/full/interaksi-tamadun-melayu-dgn-india 4/9

Ciri-ciri penyesuaian juga berlaku ke atas pinjaman bahasa Tamil.

 Antaranya bunyi letusan tidak bersuara `h` kurang digunakan. Jadi bunyi-bunyi

itu digugurkan seperti bhasa(bahasa) ,arghah(harga), arthah(harta) dan

chaya(cahaya). Selain itu, huruf “a” diganti dengan “e pepet” seperti kadai(kedai),

petti(peti) dan kappal(kapal). Huruf  “v” pula diganti dengan “b” seperti

vagai(bagai) dan venali(bendi). Huruf  “u” pula diganti dengan “o” misalnya

mutal(modal) dan kulam(kolam). Sementara itu vokal panjang di hujung

perkataan digantikan dengan bunyi tekak atau glottis seperti ayyah(ayah),

ammaa(emak) dan akkaa(kakak).

Dari segi k ebudayaan pula boleh dilihat dalam aspek adat istiadat Diraja,

golongan pemerintah di Alam Melayu termasuk kerajaan-kerajaan di

Semenanjung Tanah Melayu telah menerima beberapa unsur kultus Hindu dan

Buddha untuk mengukuhkan kedudukan mereka seperti konsep devaraja(tuhan-

raja) yang melihat kerajaan duniawi patut menjadi kerajaan yang bersifat syurga.

Istana raja telah dibina di tengah-tengah ibu negeri, dan biasanya dibina di

kawasan yang lebih tinggi sebagai suatu tempat pergunungan kosmik yang

dikenali sebagai Mahameru. Gunung Mahameru dipercayai tempat tinggal tuhan

yang terletak di tengah-tengah alam semesta. Candi dibina seperti di Lembah

Bujang,dan digunakan sebagai tempat menjamu makanan untuk Devaraja

supaya pemerintah dianggap suci oleh rakyat. Beberapa kesan yang

menunjukkan penerimaan orang Melayu telah diadaptasikan kepercayaan

kosmologi India berhubung dengan institusi raja boleh dilihat semasa pertabalan

Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Sebuah bangunan istimewa dikenali

sebagai Panca Persada dibina di dalam kawasan istana raja. Bangunan lima

puncak itu mewakili lima puncak gunung kosmik Mahameru. Angka empat

mewakili empat arah kardinal alam semesta, dan penggunaan angkapergandaan bagi empat angka,seperti lapan,16 dan 32 diutamakan.Penggunaan

angka-angka tersebut ada hubungannya dengan jumlah pembesar istana dan

ketua negeri sama ada yang utama atau yang kecil dan tradisi ini diamalkan di

Kedah,Pahang,Perak dan Negeri Sembilan.

Page 5: Interaksi Tamadun Melayu Dgn India

7/30/2019 Interaksi Tamadun Melayu Dgn India

http://slidepdf.com/reader/full/interaksi-tamadun-melayu-dgn-india 5/9

Gelaran seperti Kebawah Duli Maha Mulia dan Seri Paduka Baginda

berkemungkinan menegaskan konsep pemerintah yang suci. Kepentingan

gelaran ini berasaskan kepercayaan bahawa Tuhan tidak pernah menjejakkan

kaki ke tanah,bukan bahawa terdapat 20 unsur mitos yang ada pengaruh Hindu

yang ketara dalam karya Sejarah Melayu seperti peristiwa Raja Suran

Mengembara ke Dalam Laut,Lembu Putih, unsur tiga orang putera Raja Suran,

penemuan bayi dalam buih dan buluh dan sebagainya.

Kampung Budaya Cheeti di Gajah Berang, Melaka seluas 2.4 hektar 

menyimpan sejarah dan keunikan tersendiri kerana di situlah masyarakat

peranakan India menetap dan mereka bukan warisan cheeti yang memberi

pinjaman wang. Mereka lahir daripada proses asimilasi antara kaum India dan

penduduk tempatan daripada masyarakat Melayu dan Cina yang wujud sejak era

pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, pada kurun ke-15 (Harian Metro,9

Ogos 2000). Perwatakan dan budaya mereka ada persamaan dengan keturunan

Cina Baba. Menurut ketua kampung di situ,kaum Cheeti bertutur dalam dialek

Melayu Melaka dan pakaian mereka, terutama wanita tidak berbeza dengan

pakaian melayu. Selain itu ,makanan mereka juga tidak berbeza dengan orang

Melayu, kecuali masih kekal dengan agama hindu.

Selain itu, aspek perdagangan juga terdapat interaksi antara tamadun

Islam dan India. Hubungan perdagangan antara India dengan Alam Melayu

Gambar ini menunjukkan

Kampung Budaya Cheeti di

Gajah Berang, Melaka,

Page 6: Interaksi Tamadun Melayu Dgn India

7/30/2019 Interaksi Tamadun Melayu Dgn India

http://slidepdf.com/reader/full/interaksi-tamadun-melayu-dgn-india 6/9

terjalin sejak abad ketiga sebelum masihi lagi. Hubungan ini bertambah kukuh

selama beberapa abad. Hubungan perdagangan menjadi aktif disebabkan

pemintaan yang tinggi terhadap barangan dari India dan Asia Tenggara di

kalangan masyarakat atasan Empayar Rom. Barang tersebut dijual 100 kali

ganda harga asalnya.

 Antara bahan yang penting di Alam Melayu ialah kain kapas, kayu

chendana dan gaharu, rempah-ratus, mutiara, hasil binatang seperti gading serta

kulit gajah dan pelbagai jenis burung. Barang-barang tersebut diperoleh di

kawasan-kawasan tertentu di Kepulauan Melayu. Antara kawasan-kawasan

termasuklah Yavadvipa (Jawa-pulau atau semenanjung barli), Karpuradvipa

(Borneo-semenanjung atau pulau kapur barus), Suvarnabhumi ini diperkukuhkan

lagi kerana orang India di sepanjang pantai memiliki kemahiran belayar seperti

 juga penduduk di Alam Melayu.

Penemuan arkeologi di Kedah, Perak dan Seberang Perai turut

membuktikan bahawa pedagangan awal antara India dan Alam Melayu. Paul

Wheatley menyatakan bahawa pedagang India Selatan masuk ke Tanah Melayu

melalui Kedah. James Low yang membuat beberapa penyelidikan di beberapa

tapak arkeologi di Kedah dan Seberang Perai menerangkan bahawa bukti

arkeologi menunjukkan wujudnya petempatan Hindu serta kuil Hindu di

sepanjang lereng Gunung Jerai.

Gambar ini menunjukkan struktur 

berbentuk bulat, empat segi di

atas dan bulat di bahagian

tengah yang dijumpai di tapak

 Arkeologi Sungai Batu, Kedah.

Page 7: Interaksi Tamadun Melayu Dgn India

7/30/2019 Interaksi Tamadun Melayu Dgn India

http://slidepdf.com/reader/full/interaksi-tamadun-melayu-dgn-india 7/9

 

Perkembangan hubungan perdagangan juga terdapat dalam karya

Ramayana yang merujuk nama tempat Yavadvipa (Jawa) dan karya

 Arthasastera ciptaan Kautilya yang bertarikh abad keempat sebelum masihi

yang merujuk aguru (pokok lidah buaya) diperoleh daripada Suvarnabhumi.

(Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera)

Pada pertengahan abad ketujuh terdapat dua pusat perdagangan di

Sumatera iaitu Srivijaya-Palembang. Hubungan perdagangan antara Srivijaya

disusuli dengan kehadiran sami Buddha dari India turut mengukuhkan hubungan

antarabangsa antara Srivijaya dan India.

Dari aspek adat resam dan hiburan  pula, pengaruh India boleh

dikatakan menyerap hampir keseluruhan adat resam Melayu. Antara contoh

pengaruh Hindu yang paling ketara dalam adat resam Melayu ialah dalam soal

kehamilan dan kelahiran serta upacara peminangan dan perkahwinan. Amalan-

amalan seperti wanita hamil membawa pisau bagi melindunginya daripada

semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan dengan amalan orang

Hindu melindungi diri daripada sihir dan hantu-hantu yang jahat (Amran, 1995 :

136). Di samping itu pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian

dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya ronggeng,

boria, wayang kulit dan mak yong (Afifah, 2003 : 184).   Selain itu, adat resam dan

budaya masyarakat Melayu juga turut menerima pengaruh daripada agama

Barang ini terdapat dalam

Museum Arkeologi Lenggong,

Perak

Page 8: Interaksi Tamadun Melayu Dgn India

7/30/2019 Interaksi Tamadun Melayu Dgn India

http://slidepdf.com/reader/full/interaksi-tamadun-melayu-dgn-india 8/9

Hindu iaitu amalan jampi dan mantera. Ini dapat dilihat daripada golongan

bomoh atau dukun ketika melakukan upacara yang berkenaan. Amalan seperti

melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai serta mencecah

garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi dalam masyarakat Melayu juga

dipengaruhi oleh amalan masyarakat India.

Unsur terakhir yang dipengaruhi dalam interaksi ini ialah kesusasteraan .

Contohnya, kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabhrata.

Hikayat Seri Rama diinspirasikan daripada Epik Ramayana manakala versi

tempatan bagi Epik Mahabhrata ialah Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pandawa,

Hikayat Panda Delima dan Hikayat Sang Boma. Karya sastera Melayu

tradisional begitu mementingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-

raja serta penyelitan unsur mitos dan epik. Karya sastera ini turut diadaptasi ke

dalam wayang kulit.

Page 9: Interaksi Tamadun Melayu Dgn India

7/30/2019 Interaksi Tamadun Melayu Dgn India

http://slidepdf.com/reader/full/interaksi-tamadun-melayu-dgn-india 9/9

Kesimpulannya,

Interaksi antara tamadun Melayu dengan

India

 Agama Struktur 

masyarakat

Bahasa

Kebudayaan

Perdagangan

 Adat resam

dan hiburan

Sistem

pemerintahan

Kesusasteraan