titas interaksi tamadun india

Upload: shahirah-zafirah

Post on 03-Apr-2018

380 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    1/31

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU,

    JOHOR DARUL TAZIM

    KOD :

    MATA PELAJARAN :

    NAMA : NUR SHAHIRAH ZAFIRAH BINTI ZAINUN

    : NURHIDAYAH BINTI MOHAMED

    NOMBOR MATRIK : 2ATE1106081

    : 2ATE1106082

    NOMBOR I/C : 930228-06-5478

    : 930620-03-5046

    OPSYEN : 1 PISMP TESL 4

    SUBJEK :

    NAMA PENSYARAH :

    TARIKH HANTAR : 22 MAC 2013

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    2/31

    ISI KANDUNGAN

    1. PENGAKUAN

    2. PENGHARGAAN

    3. PENGENALAN

    4. PENDAHULUAN

    5. LATAR BELAKANG DAN KONSEP TAMADUN INDIA

    6. SEJARAH PERKEMBANGAN TAMADUN INDIA

    I. KEWUJUDAN TAMADUN INDIA

    II. PENTADBIRAN TAMADUN INDIA

    III. PERUNDANGAN TAMADUN INDIA

    IV. PENINGKATAN EKONOMI TAMADUN INDIA

    V. PENDIDIKAN

    FALSAFAH

    SAINS DAN TEKNOLOGI

    SENI BINA

    BAHASA DAN KESUSASTERAAN

    SISTEM SOSIAL

    VI. AGAMA HINDU

    VII. PERLUASAN KUASA

    VIII. TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN INDIA

    a) ZAMAN KUNO

    b) ZAMAN PERTENGAHAN

    c) ZAMAN PENJAJAHAN BARAT

    7. FAKTOR FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI ANTARA TAMADUN INDIA

    DENGAN TAMADUN YANG LAIN

    8. KESAN BERLAKUNYA PERTEMBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN

    TAMADUN YANG LAIN9. IKTIBAR TAMADUN INDIA

    10. REFLEKSI KENDIRI

    11. BORANG KOLABORASI

    12. RUJUKAN

    13. LAMPIRAN

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    3/31

    1. PENGAKUAN

    Kami mengaku bahawa hasil kerja kursus pendek ini adalah hasil kerja

    berkumpulan kami berdua secara berpasangan. Kami juga mengaku bahawa kami

    telah merujuk kepada sumber rujukan yang tertentu dan kami memahami

    sepenuhnya sumber rujukan tersebut.

    Tandatangan :

    Nama : Nur Shahirah Zafirah Binti Zainun

    No. kad pengenalan : 930228-06-5478

    Tandatangan :

    Nama : Nurhidayah Binti Mohamed

    No. kad pengenalan : 930620-03-5046

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    4/31

    2. PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat juga

    kami berdua berganding bahu menyiapkan kerja kursus Bahasa Melayu Komunikatif

    ini dalam masa yang telah ditetapkan secara berpasangan.

    Ribuan penghargaan diucapkan kepada En Nordin Bin Mohd Yusof diatas

    tunjuk ajar yang diberikan kepada kami sepanjang menjalankan kerja kursus

    ini.Tanpa beliau,tidak mungkin kami dapat menjalankan kerja kursus ini dengan

    sempurna dan lengkap.Kami amat menghargai jasa beliau yang sudi membantu

    memberi tunjuk ajar tanpa mengira masa dan tempat.Di samping itu,beliau juga

    sedia memberikan bimbingan kepada kami sekiranya kami menghadapi masalah.

    Akhir kata, saya ingin merakamkan seribu tinggi penghargaan dan jutaan

    terima kasih kepada semua individu yang terlibat memberi tunjuk ajar dalam proses

    penyiapan kerja kursus ini.

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    5/31

    3. PENGENALAN

    Perbincangan tamadun dan ketamadunan oleh para sarjana tamadun banyak

    bertitik tolak daripada perbincangan istilah. Terdapat beberapa istilah yang dikaitkan

    dengan tamadun. Antara istilah yang sering digunakan ialah civilization dalam

    bahasa Inggeris, tamadun dan peradaban dalam bahasa Melayu, dan juga

    maddana, umran dan hadarah dalam bahasa Arab. Setiap istilah ini mempunyai

    maksud dan tafsirannya tersendiri. Peristilahan ini memberi kesan kepada definisi

    tamadun. Selain ini, definisi tamadun juga berbeza antara sarjana-sarjana yang lain

    kerana mereka memberi tafsiran tamadun berdasarkan disiplin ilmu masing-masing.

    Oleh itu, mereka menghasilkan definisi tamadun yang pelbagai berdasarkan dari

    sudut dimensi yang berbeza. Bagi ahli antropologi, tamadun dikaitkan dengan

    kebudayaan manakala ahli arkeologi pula menegaskan, tamadun dihubungkan

    dengan peninggalan bahan-bahan bukti (artifak) yang boleh digunakan oleh

    sejarawan dalam menyusun kisah sejarah masyarakat lampau.

    Bagi para sarjana Muslim Islam, tamadun bermula dengan pengutusan para nabidan rasul. Pembentukan masyarakat bertamadun menurut acuan Pencipta manusia

    adalah tujuan utama perutusan mereka. Para nabi dan rasul diberi amanat untuk

    meluruskan jalan kehidupan manusia dan menjadikan manusia umat yang

    bertamadun.Masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang memil iki seluruh

    tingkat kemajuan kehidupan yang meliputi aspek spiritual dan material. Islam telah

    membekalkan asas-asas yang kukuh dan sumber yang mantap untuk manusia

    membina tamadun.

    Menurut pandangan sarjana terkemuka iaitu Dr. Muhammad Baki, Tamadun

    ialah segala usaha dan daya cipta yang membayangkan secara khusus daripada

    manusia dengan menggunakan akal, perasaan dan tingkah laku.Berdasarkan

    kamus dewan pula tamadun bermaksud keadaan kemajuan kebendaan atau

    pemikiran, budaya, sosial, politik,beradapan dan lain-lain (Teuku Iskandar:1994)

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    6/31

    4. PENDAHULUAN

    Tamadun India merupakan tamadun yang tertua di dunia dan proses

    perkembangannya mengalami masa yang panjang. Tamadun India mempunyai

    keunikan yang tersendiri meliputi pola perkembangan sejarah, budaya dan sosial

    masyarakatnya. Pembinaan tamadun India adalah hasil daripada pertembungan dua

    bangsa yang utama iaitu Aryandan dan Dravidia. Hasil daripada proses

    pertembungan tersebut menghasilkan interaksi yang akhirnya membawa kepada

    kelahiran agama Hindu dan penjelmaan sistem kasta. Perkembangan seterusnya

    menjadikan Tamadun India sebuah tamadun yang agung hingga pengaruhnya

    keluar daripada tamadun khasnya di Asia.

    5. LATAR BELAKANG DAN KONSEP TAMADUN INDIA

    Negara India terletak di bahagian Selatan benua Asia. Keluasan negara

    India ialah 2,354, 175 km persegi. Negara India boleh dibahagikan kepadadua kawasan geografi iaitu India Utara dan India Selatan . Kedua-dua kawasan ini

    mempunyai rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya dan amalan keagamaan yang

    berbeza. Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak 100,000 s.m. di benua

    Lumeria di Selatan India. Antara 10,000 hingga 6,000 s.m. telah wujud penempatan

    manusia di kawasan Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India.

    Sekitar 3,000 s.m. pula penemuan kesan-kesan tamadun Lembah Indus yang

    merangkumi kawasan-kawasan Mohenjodaro di daerah Montgomery.

    Penemuan arkeologi membuktikan masyarakat di Lembah Indus sudah

    mencapai tamadun yang tinggi dan berkembang dengan pesat. Tamadun India

    berkonsepkan dua bahagia iaitu Indo-Arya dimana bahagian ini berpusat di India

    Utara manakala Dravida pula berpusat di bahagian India Selatan.

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    7/31

    6. SEJARAH PERKEMBANGAN TAMADUN INDIA

    i) KEWUJUDAN TAMADUN INDIA

    Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh ini tamadun

    Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang

    Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat

    Lembah Indus.Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan

    permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman

    itulah lahirnya agama Hindu. Setalah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus,

    menjelang abad ketujuh sebelum Masihi, perhatian masyarakat tersebut beralih ke

    Lembah Ganges.

    Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan

    raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan

    mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya,

    kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar

    yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabilaseluruh India uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan

    pada ketika pemerintahan Asoka.

    ii) PENTADBIRAN TAMADUN INDIA

    Pada tahap awal pembentukannya, tamadun India mempunyai dua bentuk

    kerajaan,iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar. Kerajaan kecil masih bersifat

    kepuakan dan tidak mempunyai raja. Manakala kerajaan besar diketuai oleh raja

    seperti kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha.

    Dalam tamadun ini, sememangnya raja telah mengamalkan kuasa mutlak.

    Kedudukan seseorang ini kemudian diperkukuh dengan pelbagai bentuk upacara

    ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan

    harus dihormati. Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    8/31

    peranan penting dan ini diikuti dengan golongan Kryatria yang menjadi pemerintah

    tertinggi serta merupakan golongan dominan.

    Chandragupta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan

    kerajaan-kerajaan kecil di India. Hal ini mengubah status raja kepada maharaja.

    Empayar Maurya meliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu

    Kush. Ibu negerinya terletak di Paliputra. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya

    adalah pada masa pemerintahan Maharaja Asoka. Asoka telah menamatkan perang

    saudara dan menakluk Kalinga selepas Perang Kalinga. Asoka lebih menekan

    kepada kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui

    penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan.

    Sistem pemerintahan tamadun india bercorak monarki sejak kerajaan awal

    lagi sehingga kemasukan British ke India. Pemimpin tertinggi dalam kerajaan

    dikenali sebagai Raja, Maharaja, Darmamaharaja, Maharajathiraja, Chakravarti,

    Rendan, Arasar, Mannar. Raja mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menteri-

    menteri. Jawatan raja dilantik secara turun-temurun dan jawatan Raja Mahkota

    adalah bakal raja. Kebiasaannya raja mempunyai hubungan yang rapat dengan

    golongan Brahmin dan setiap kerajaan mementingkan angkatan tentera yang kuat

    iaitu menggunakan unit infantry,unit gajah dan unit kuda.

    iii) PERUNDANGAN TAMADUN INDIA

    Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu paling tua dalam

    tamadun ini. Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan atau denda

    dan ini bergantung pada tahap kesalahan tersebut. Selain raja, golongan Brahmin

    juga menjadi golongan yang dominan dalam bidang atau urusan undang-undang ini

    kerana golongan Brahmin mahir tentang hukum-hukum terutamanya berkaitan

    dengan keagamaan.

    Segala titah perintah maharaja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi

    jalan supaya undang-undang itu dapat dibaca oleh rakyat. Tiang itu dikenali sebagai

    Tiang Asoka kerana itu didirikan pada zaman pemerintahan Raja Asoka. Beliau

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    9/31

    sentiasa berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat dan itulah yang menjadikan

    pemerintahannya adil.

    iv) PENINGKATAN EKONOMI TAMADUN INDIA

    Antara pusat perdagangan yang penting pada zaman tamadun India termasuklah

    Anga,Kalinga, dan Karusa yang menghasilakan senjata,gading gajah, emas, berlian

    dan mutiara.Hubungan perdagangan yang dijalankan ialah dengan Macedonia, Sri

    Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara. Antara pelabuhan yang penting

    yang menghubungkan India dengan negara luar termasuklah Tamralipti,

    Ghantashala, dan Kadura di bahagian timur, serta Broach, Chaul, Kalyan, dan

    Cambay di bahagian barat.

    Perkembangan pesat sektor ekonomi ini telah merangsang kewujudan persatuan

    perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai stresthin di setiap bandar.

    Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan, dan gaji

    pekerja. Undang-undang telah digubal bagi mengawal persatuan dan perlaksanaanundang-undang telah diawasi raja. Mata wang telah digunakan sebagai medium jual

    beli. Semasa Zaman Gupta, bentuk mata wang emas telah digunapakai.

    Penggunaan mata wang dalam proses jual beli ini membuktikan bahawa pemerintah

    dalam tamadun India seperti Dinasti Maurya dan Gupta telah melaksanakan satu

    dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik. Aktiviti perdagangan sejak Zaman

    Maurya sangat disokong oleh perkembangan dalam sektor perusahaan terutamanya

    pengeluran tekstil, kain kapas dan sutera.

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    10/31

    v) PENDIDIKAN

    Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada Zaman Vedik.

    Pendidikan pada zaman ini sangat mementingkan keagamaan dan Hindu menjadi

    terasnya. Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaum lelaki. Golongan

    wanita pada masa itu tidak mempunyai ruang untuk menerima pendidikan.

    Pendidikan pula memberikan perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda dan

    bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting. Kaedah hafalan

    merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda tersebut.

    Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untukmenyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. Tumpuan pendidikan ialah

    agama. Segala hukum agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup

    sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. Pendidikan tinggi telah

    diberikan di Kolej Brahman. Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin yang

    berpendidikan, seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda

    yang mengandungi peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama.

    1. FALSAFAH

    Falsafah wujud dalam dua bentuk pemikiran yang besar, iaitu kumpulan yang

    bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda. Kitab Veda terdiri daripada

    Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva Veda. Upanishad, Mahabharata,

    dan Bhagavad Gita merupakan antara sumber falsafah yang terdapat dalam Veda.

    Sementara falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainismedan

    Buddhisme.

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    11/31

    2. SAINS DAN TEKNOLOGI

    Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan

    tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda.Ilmu matematik telah wujud

    dalam tamadun India dan berkembang pesat pada Zaman Gupta. Ahli matematik

    India telah mengetahui tentang konsep geometri dan telah memperkenalkan sistem

    nombor, iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti.Sistem angka juga telah wujud

    dalam tamadun Yunani, iaitu herodianicdan ionic.Ilmu perubatan berkembang

    disebabkan kecendurungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana kaitannya dengan

    yoga. India juga merupakan pelopor bidang astronomi. Unsur matahari,bulan,

    bintang dianggap sebagai Tuhan. Dalam kitab Rig Veda mempunyai keterangan

    mengenai lintasan matahari dibahagikan kepada 12 bahagian dan satu bulatan

    dibahagikan kepada 36 bahagian yang bermaksud 360 hari dalam setahun iaitu 12

    bulan.

    3. SENI BINA

    Masyarakat telah berupaya untuk membina binaan yang sangat baik.

    Senibina Hindu bermula dengan pembinaan kuil pada zaman Gupta. Hal ini dapat

    dilihat pada binaan Great Bath. Oleh sebab kehidupan masyarakat India sangat erat

    hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan

    keagamaan. Kuil-kuil menggunakan ukiran Hindu. Oleh itu, terlihat binaan yang

    berteraskan agama Buddha dan Hindu. Senibina Buddha bermula pada zaman

    Maurya, Asoka dan Vedik dengan menampilkan struktur stupa Buddha .Antara

    binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta.

    Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil. Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora

    pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga abad

    kelapan Masihi. Namun begitu ,seni bina Islam telah menggabungkan cirri-ciri Parsi

    dan tempatan. Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Ghazni menyaksikan

    pembinaan masjid Quwait Al-Islam di Delhi yang menggabungkan ciri-ciri Hindu-

    Islam. Senibina Islam yang termasyhur sehingga kini ialah Masjid Jamek di Fatehpur

    dan Allahabad , Masjid Moti di Agra, Taj Mahal, Kota Merah di Agra.

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    12/31

    4. BAHASA DAN KESUSASTERAAN

    Kelompok Dravidia dan Indo- Arya mempunyai budaya serta bahasa yang

    berbeza. Bagi masyarakat Dravidia di bahagian selatan India bahasanya adalah

    seperti Telegu, Malayalam, Kannada dan sebagainya.Bahasa utama pada Zaman

    Vedik ialah bahasa Sanskrit.

    Tamadun India turut menghasilkan sastera agama Hindu dan Buddha,

    antaranya termasuklah epik Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata

    menceritakan peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik dan yang jahat.

    Ramayana pula ialah cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan

    pergaduhannya dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita.

    5. SISTEM SOSIAL

    Dalam tamadun India, salah satu perkara penting yang harus diperhatikan dalam

    sistem sosial ialah kewujudan sistem kasta. Sistem ini merupakan sebuah institusi

    yang sangat unik dan tidak ditemui dalam mana-mana tamadun dunia yang lain.

    Sistem ini mempunyai empat kasta utama, iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan

    Sudra. Keempat-empat kasta ini mempunyai tangggungjawab yang berbeza. Sistem

    kasta ini menjadi darah daging kepada sistem sosial India dan sistem ini diikuti

    dengan ketat. Berdasarkan sistem ini, antara lainnya, seseorang lelaki tidak boleh

    mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza dan tidak boleh bercampur gaul

    dengan ahli kasta yang berbeza.

    vi) AGAMA HINDU

    Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai enam aliran ,iaitu Saivisme,

    Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaramdan Saura. Sejak zaman

    empayar Maurya, agama ini telah menjadi agama yang penting dan memaparkan

    dominasi golongan Brahmin. Agama ini mendapat saingan daripada agama Buddha

    terutamanya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka.

    Kegemilangan agama Hindu muncul pada zaman empayar Gupta.

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    13/31

    Penganut agama Hindu juga mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan

    kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran

    semula adalah bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah untuk

    mencapai Mosyak, iaitu kebebasan mutlak. Sesiapa yang mencapai tahap ini akan

    bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia. Oleh yang demikian,

    seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar Moksya dapat dicapai.

    Agama lain yang turut diamalkan semasa tamadun india ialah agama Buddha,

    Hindu, Jaina, dan Sikhism.

    vii) PERLUASAN KUASA

    Perluasan kuasa berlaku semasa pemerintahna Dinasti Maurya dan bermula

    pada zaman pemerintahan Chandragupta Maurya. Kejayaan ini adalah disebabkan

    pasukan tenteranya yang besar, iaitu 600 ekor gajah,1000 orang tentera berkuda

    dan 10000 orang infanti. Beliau berjaya menguasai seluruh India Utara .

    Anaknya, Bindusara, meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan

    India. Kaedah perluasan kuasa telah berubah apabila Asoka berkuasa. Asoka telah

    tidak menekankan kekuatan ketenteraan sebagai asas untuk memperluas kuasa dan

    menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk memperluas pengaruh dan

    kedudukan Maurya. Hal ini dilakukannya dengan memberikan penekanan kepada

    agama Buddha. Pada zaman pemerintahan Asoka, seluruh India telah menjadi

    kawasan takluk empayar Maurya. Keadaan tersebut berlaku akibat daripada

    kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga.

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    14/31

    viii) TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN INDIA

    a) ZAMAN KUNO (1500 S.M 1200 M )

    Zaman ini menyaksikan kedatangan orang Aryan dari Asia Tengah dan

    menguasai beberapa bahagian di India seperti di Lembah Ganges, Jamuna dan

    Doab. Penguasaan orang Aryan ini dikenali sebagai zaman Vedile. Zaman ini pula

    dibahagikan kepada dua iaitu Vedile Awal sekitar 1500 s.m sehingga 100 s.m dan

    Vedile Akhir pula sekitar 1000 s.m sehingga 500 s.m. Interaksi antara orang Aryan

    dengan penduduk tempatan telah melahirkan budaya Indo-Aryan. Sekitar tahun 321

    s.m telah muncul Dinasi Maurya yang diasaskan oleh Chandragupta Maurya dan

    dibantu oleh anaknya Asoka. Pencapaian yang gemilang dalam pelbagai bidang

    terutama perkembangan agama Buddha dan Jainism. Tahun 320 sehingga 520 s.m

    pula muncul Empayar Gupta yang terkenal dengan perkembangan kesusteraan

    Hindu dan seni bina kuil . Lalu lahirlah kerajaan-kerajaan kecil seperti Chera, Cola,

    dan Pandhya.

    b) ZAMAN PERTENGAHAN

    Dikenali sebagai zaman Islam di India. Kemasukan Islam telahmelahirkan satu

    tamadun yang lebih cemeralang. Kerajaan Islam yang terkenal ialah kerajaan

    Sabaktaqin, Ghori, Khilji dan Mughal.

    c) ZAMAN PENJAJAHAN BARAT (MULAI 1750)

    Kuasa Eropah yang paling awal tiba di India ialah Portugis (1498) dibawah Vasco

    da Gama. Kedatangan mereka disebabkan beberapa faktor utama iaitu kepentingan

    perdagangan, politik, dan agama kristian.Kuasa Belanda menduduki Pulikat,

    Masulipatar dan Surat. Kuasa British telah menawan Surat (1612), Madras (1640),

    Bombay(1655) dan Calcutta (1690). Pengaruh British terus berkembang

    terutamanya selepas Perang Plassey (1756). Kedatangan penjajah ini telah

    membawa masyarakat India menerima pengaruh pemodenan dan budaya barat

    seperti agama Kristian, bahasa Inggeris dan cara hidup barat.

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    15/31

    7. FAKTOR FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI ANTARA

    TAMADUN INDIA DENGAN TAMADUN YANG LAIN

    Menurut Kamus Dewan (1994), interaksi ialah tindakan atau perhubungan aktif

    antara satu sama lain atau tindak balas antara dua atau beberapa pihak. Secara

    umumnya, interaksi bermaksud pertemuan, perhubungan dan komunikasi yang

    terjafi antara tamadun tamadun dunia. Interaksi antara tamadun berlaku kerana

    wujudnya sifat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah

    tamadun dengan tamadun yang lain.Sifat keterbukaan sesebuah tamadun akan

    memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta

    memperkayakan lagi tamadun tersebut daripada pelbagai aspek.

    Dan melalui nilai positif inilah, tamadun India dapat berinteraksi dengan tamadun

    lain seperti tamadun Melayu dan tamadun China. Menyelusuri sejarah, interaksi

    pertama yang akan kita sebutkan di sini adalah interaksi yang berlaku di antara

    tamadun India dengan tamadun Melayu. Interaksi ini bermula sejak zaman sebelum

    Masehi. Untuk mengambil bukti yang jelas bahawa interaksi ini pernah berlaku,

    bahan bertulis dari India ada menyebut tentang Asia Tenggara. Contohnya,

    Survarnadvipa (Semenanjung emas) dan Suvarnabhumi (bumi emas). Hal ini

    dikatakan berkait rapat dengan sejarah Melayu Melaka itu sendiri yang pernah

    menjadi pusat perdagangan satu masa dahulu.

    Ketika itu, tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu

    adalah untuk mendapatkan rempah ratus, kayu-kayan, damar, emas dan lain-

    lain.Kedatangan para pedagang asing khususnya India ke Melaka adalah untuk

    menjalankan aktiviti perdagangan yang mana secara tidak langsung memberipeluang untuk mereka berinteraksi. Malahan, sejarah Melayu mencatatkan bahawa

    seorang pedagang dari India iaitu Mani Purindam telah menjadi menantu Sri Nara

    Diraja atau lebih dikenali sebagai Tun Ali dalam masyarakat Melayu Melaka. Cucu

    Tun Ali iaitu Raja Kassim inilah menjadi Sultan Melaka yang kemudiannya dipanggil

    Sultan Muzaffar Shah.

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    16/31

    Selain aktiviti perdagangan, perkahwinan juga menjadi salah satu faktor

    wujudnya interaksi tamadun India dengan tamadun Melayu. Perkahwinan campur

    antara pedagang India dengan penduduk tempatan membentuk komuniti Chetti di

    Melaka. Manakala, di Pulau Pinang perkahwinan campur antara India Muslim

    dengan wanita Melayu menyebabkan munculnya Jawi Peranakan. Selain itu,

    interaksi antara dua tamadun ini juga berkembang dengan adanya kedatangan

    British ke Tanah Melayu. Hal ini kerana masyarakat India di Malaysia telah dibawa

    masuk ke Tanah Melayu pada zaman penjajah British untuk memenuhi keperluan

    buruh di ladang-ladang kopi,tebu dan getah.

    Tenaga buruh India menjadi pilihan kerana India turut dijajah selain buruh India

    murah dan senang diurus. Dengan ini, masyarakat India ini membawa masuk nilai

    dan budaya yang ada dalam tamadun India ke Tanah Melayu pada zaman

    penjajahan. Interaksi kedua pula ialah interaksi yang berlaku di antara tamadun India

    dan tamadun China. Tamadun ini telah berinteraksi kira-kira pada abad ke-2

    sebelum masihi. Dikatakan interaksi antara kedua tamadun ini berlaku kerana

    berlakunya keadaan kacau bilau di India sehingga masyarakat India ketika itu

    mencari penempatan baru di seberang laut.

    Manakala menurut rekod sejarah China, interaksi ini bermula melalui hubungan

    perdagangan iaitu melalui Jalan Sutera yang menjadi laluan perdagangan. Selain

    daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan elemen penting yang

    dibawa ke China.Penyebaran Agama Buddha ke China pada masa pemerintahan

    Dinasti Han (zaman Han Timur) merupakan kemuncak kepada interaksi antara

    tamadun China dan India. Oleh kerana Buddhisme lahir dalam suasana budaya

    India, maka China juga telah berkongsi banyak persamaan dengan budaya

    masyarakat India.

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    17/31

    Selain itu, berlakunya persamaan dalam aspek kesusasteraan, kesenian, muzik

    dan sebagainya. Pada peringkat awal penyebaran Buddha di China,berlaku

    penentangan antara budaya dalam ajaran Buddha dari sudut kekeluargaan,

    politik,etika serta moral orang-orang China yang telah pun meresap dalam falsafah-

    falsafah warga tempatan China terutama falsafah Konfusianisme. Agama Buddha

    kemudiannya telah mengalami proses penyesuaian dengan tradisi budaya China

    tetapi prinsip-prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas.

    Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana dan di

    kalangan bangsawan China.Semasa Dinasti Tang ( 618-907), teknologi membuat

    gula dari tebu diperkembangkan pada zaman Tamadun China. Selepas abad ke-10

    masihi, perkembangan ini agak merosot dan lebih bersifat hubungan diplomatik dan

    perdagangan.

    Faktor - faktorberlakunya

    interaksiantara

    tamadun

    Tamadun India denganTamadun Melayu

    perdagangan

    perkahwinan

    pemerintahan ataukedatangan penjajah

    Tamadun India denganTamadun China

    perdagangan

    penyebaran agamaBuddha

    persamaan dalamkesusateraan, kesenian

    dan muzik

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    18/31

    8. KESAN BERLAKUNYA PERTEMBUNGAN TAMADUN INDIA

    DENGAN TAMADUN YANG LAIN

    Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu boleh dikesan

    dalam bahasa dan kesusasteraan, institusi pemerintahan, dan istiadat Raja-Raja

    Melayu serta adat resam dan hiburan. Dalam bidang bahasa kemasukan konsep

    dan idea baru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari budaya India

    diserap masuk menjadi unsur pinjaman. Sejumlah besar kata pinjaman daripada

    bahasa Sanskrit dan sedikit daripada bahasa Tamil. Namun proses peminjaman

    kebanyakannya disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan

    semantik bahasa Melayu seperti contoh di bawah (Hashim Hj. Musa, 2005: 142-

    143).

    Antara contoh yang jelas ialah pinjaman daripada Sanskrit iaitu dari segi fonologi,

    aspirasi /h/ dalam Sanskrit digugurkan atau dipindahkan tempat seperti Bhumi

    menjadi bumi,bheda-beda menjadi beza, bhasa menjadi bahasa dan bhudi menjadi

    budi. Jika kita lihat dalam kesusasteraan Melayu terdapat pengaruh daripada tradisi

    kesusasteraan India. Cerita-cerita yang bersumberkan kitab agama Hindu seperti

    epik Seri Rama dan Mahabrata menarik minat masyarakat Melayu seperti cerita

    penglipur lara yang dituturkan oleh tukang-tukang cerita atau melalui wayang kulit

    (Ismail, 1985: 111).

    Begitu juga unsur mitos dan lagenda dalam karya sejarah Melayu berkaitan

    dengan tradisi mitos India yang tersebar luas di Asia Tenggara sejak beberapa abad

    Masihi lagi. Setiap unsur dan mitos yang digunakan dalam sejarah Melayu

    membawa maksud penting dalam menggambarkan kebesaran, kemuliaan, martabatserta menunjukkan kuasa raja yang istimewa. Contoh, unsur mitos pengembaraan

    Raja Suran ke dalam laut serta hubungannya dengan lagenda puteri naga

    menunjukkan unsur bahawa unsur mitos tersebut dalam Sejarah Melayu

    menegaskan hak kekuasaan yang sah kepada Sang Sapurba dan diwarisi oleh raja-

    raja Melaka (M. Rajantheran, 1999: 143-144).

    Institusi pemerintahan dan istiadat raja-raja Melayu dikatakan telah menyerap

    masuk beberapa konsep kosmologi sinkretisme Hindu-Buddha untuk menubuhkan

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    19/31

    legimitasi ke atas golongan pemerintah bangsawannya. Kerajaan di dunia dianggap

    sebagai bayangan kerajaan di syurga dan raja sebagai titisan dan penjelmaan

    Tuhan Siva-Buddha, yang melahirkan konsep Deva-Raja. Istana dibina di atas tanah

    tinggi di tengah negeri sebagai replika kepada Gunung Kosmik Mahameru rumah

    Tuhan yang terletak di tengah Alam Semesta. Candi sebagai monumen batu dibina

    untuk menjadi tempat jamuan makan bagi Devaraja supaya pemerintahannya

    dianggap suci oleh rakyat.

    Pengaruh India boleh dikatakan menyerap hampir keseluruhan adat resam

    Melayu. Antara contoh pengaruh Hindu yang paling ketara dalam adat resam

    Melayu ialah dalam soal kehamilan dan kelahiran serta upacara peminangan dan

    perkahwinan. Amalan-amalan seperti wanita hamil membawa pisau bagi

    melindunginya daripada semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan

    dengan amalan orang Hindu melindungi diri daripada sihir dan hantu-hantu yang

    jahat (Amran, 1995 : 136). Di samping itu pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat

    melalui tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya

    ronggeng, boria, wayang kulit dan mak yong (Afifah, 2003 : 184).

    Manakala, terdapat juga kesan untuk pertembungan tamadun yang berlaku di

    antara tamadun India dan tamadun China. Agama Buddha telah mengalami proses

    penyesuaian dengan tradisi budaya China tetapi prinsip-prinsip asas ajaran Buddha

    tidak terjejas. Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana dan

    di kalangan bangsawan China. Semasa Dinasti Tang ( 618-907), teknologi membuat

    gula dari tebu diperkembangkan pada zaman Tamadun China. Manakala kesan

    positif interaksi tamadun yang diterima oleh India pula terdapat ciptaan-ciptaan sains

    dan teknologi orang China yang telah berkembang di dalam masyarakat India.

    China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli cendekiawan India dalam bidang

    astronomi seperti Gautama yang telah diambil berkhidmat dalam kerajaan Dinasti

    Tang. Beliau bertanggungjawab memperkenalkan sistem kalendar China yang lebih

    tepat daripada tahun 727 masihi. Perkembangan dalam bidang kesusasteraan juga

    turut menerima kesan interaksi antara tamadun China dan India. Kewujudan

    pelbagai jenis puisi, cerita dongeng, kisah-kisah teladan,kiasan yang berkaitan

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    20/31

    dengan Buddha telah mempengaruhi tulisan sastera China. Selain itu, percampuran

    dan penyerapan bahasa Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa China turut berlaku.

    TAMADUN INDIA DENGAN TAMADUN

    MELAYU

    bahasa dan kesusteraan

    institusi pemerintahan

    istiadat Raja - raja Melayu

    adat resam

    hiburan

    TAMADUN INDIA DENGAN TAMADUN

    CHINA

    penyebaran agama Buddha

    muzik dan tarian India

    teknologi pembuatan gula

    pengenalan kalendar

    perkongsian bahasa

    KESAN PERTEMBUNGAN TAMADUN

    TAMADUN INDIA DENGAN

    TAMADUN CHINA

    TAMADUN INDIA DENGAN

    TAMADUN MELAYU

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    21/31

    9. IKTIBAR TAMADUN INDIA

    Dari tamadun India, kita dapat memerhatikan dua sudut pandangan yang

    menarik mengenainya iaitu pertama, nilai-nilai ideal dan kontradiksi terhadap nilai-

    nilai itu; dan keduanya, cara tamadun ini menyesuaikan diri terhadap perkara ini.

    Inilah dianggap iktibar tamadun India yang menjadi teladan kepada zaman moden

    masa kini. Dalam konteks ini, iktibar dari tamadun India dilihat melalui dua aspek

    terpenting iaitu pertama, pandangan semesta dan kedua, nilai- nilai. Menurut

    pandangan semesta, tamadun India merupakan tamadun yang mempunyai sifat

    penerimaan.

    Tamadun India dapat meresap, mengubah suai dan kekal dengan elemen-

    elemen dari dalam dan luar India. Semuanya ini membentuk suatu masyarakat

    berbilang budaya, agama dan kumpulan etnik dan subetnik di samping terdapat

    perbezaan berdasarkan kasta, kawasan dan bahasa, yang masing-masing

    membuka ruang dan peluang bagi pembahagian masyarakat. Tetapi masyarakat

    India tidak berpecah belah atau tidak menimbulkan keadaan huru-hara walaupun

    beberapa perubahan antaranya dilakukan dengan kekerasan bukan secara

    sukarela. Masyarakat India kekal dengan kestabilan walaupun terdapat zaman-

    zaman yang menyaksikan perubahan pesat dan radikal kerana serangan luar.

    Ini kerana pandangan semesta India yang menekankan perpaduan dalam

    kepelbagaian dan dibantu oleh organisasi sosial yang menerima pelbagai unsur

    sambil menentang perubahan-perubahan.Penerimaan unsur-unsur perbezaan

    dalam aspek agama membawa kesan positif bagi masyarakat India yang tidak

    mengalami sebarang pergolakan agama dalam sejarahnya. Tetapi sifat penerimaanyang terlihat dalam kehidupan sosial membawa kesan negatif terhadap seseorang

    individu dan sesuatu kumpulan yang menjadi mangsa diskriminasi dan penghinaan.

    Terdapat sebilangan manusia yang dianggap sebagai orang yang tidak boleh

    disentuh dan didekati, diasingkan dan dikehendaki tinggal dikawasan terpencil,

    didiskriminasikan dan dieksploitasi.

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    22/31

    Masyarakat India tidak mempedulikan ketidakseimbangan dan ketidakadilan

    yang berlaku di hadapan mereka walaupun tradisi bhakti menekankan persamaan

    manusia di sisi Tuhan. Ada yang cuba menggunakan konsep karma yang

    menyatakan bahawa kelahiran seseorang ditentukan oleh perbuatannya dalam

    kehidupan lalu iaitu sebelum kehidupan ini. Dalam aspek politik terdapat konsep

    rajadharma atau tugas-tugas yang diwajibkan bagi seorang pemerintah atau

    kerajaan. Rakyat yang setia dan membayar cukai mempunyai hak untuk

    menggantikan pemerintah atau kerajaan yang kejam atau tidak cekap.

    Jadi tekanan terhadap obligasi atau tanggungjawab antara satu sama lain

    penting dalam hubungan antara kerajaan dan rakyat. Kita dapat melihat dalam

    sejarah India iaitu seperti Chandragupta Maurya, Asoka Harsha, Alauddin Hussein

    Shah, Sultan Zainal Abidin dan Akbar yang selaras dengan konsep rajadharma.Jadi

    sifat penerimaan yang menjadi asas pandangan semesta India mempengaruhi

    pemikiran orang India sehinggalah mereka menerima idea, pandangan, amalan dan

    kehidupan yang berbeza dan kadang-kadang bertentangan. Mengikut pandangan

    semesta ini semua benda mempunyai unsur-unsur semulajadi yang unik dan

    berbeza.

    la menekankan bahawa terdapat perbezaan mutlak antara benda-benda yang

    boleh wujud secara berasingan atau mengadakan hubungan dengan benda-benda

    lain. Ada kemungkinan benda-benda ini boleh wujud bersama sekiranya tidak ada

    konflik atau pertentangan antara mereka. Jadi perpaduan dilihat dalam bentuk

    sistem yang seimbang, tetap dan tekun iaitu benda-benda yang menjadi sebahagian

    susunan atau sebahagian dari perpaduan tidak boleh menunjukkan konflik dan

    perselisihan antara mereka. Benda-benda yang menunjukkan konflik dan

    pertentangan tidak boleh wujud bersama.

    Perkembangan sifat menghormati diri dan berkeyakinan diri menggalakkan orang

    India supaya memperjuangkan kemerdekaan daripada cengkaman kuasa imperialis.

    Ini menunjukkan bahawa orang India tidak lagi dapat menerima penjajahan negara

    mereka oleh kuasa imperialis asing. Dalam kehidupan sosial dan budaya, segala

    perselisihan, konflik, perbezaan dan ketidaksesuaian tidak lagi diterima tetapi hanya

    ditoleransikan. Sifat toleransi menjadi intipati pandangan semesta orang India, biar

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    23/31

    orang Hindu mahupun orang Muslim. Dalam hubungan antara kaum masyarakat

    India menyaksikan perselisihan faham antara Hindu dengan Muslim.

    Perbezaan dan konflik meluaskan jurang hubungan antara kedua-dua kumpulan

    ini sehingga tuntutan dibuat untuk mewujudkan negara Pakistan. Kasta-kasta rendah

    yang telah menerima kedudukan mereka sehingga kurun ke-19 mula menuntut hak

    dan kedudukan mereka yang sah dalam masyarakat. Kaum wanita juga berjuang

    untuk kebebasan dan persamaan. Sebahagian besar dari kaum wanita dan kasta

    rendah yang tidak dapat menentang kedudukan mereka kerana tidak ada kuasa

    untuk melancarkan perjuangan hanya mentoleransikan kedudukan mereka. Tradisi

    Hindu memperkenalkan konsep dharma untuk menandakan sifat benar individu dan

    masyarakat iaitu dharma berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif

    (sebagaimana sesuatu itu wujud atau berlaku).

    Jadi dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan bagi

    menentukan apa yang harus dilakukan oleh siapa. Dharma individu memerlukan apa

    yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam

    kehidupan.Selain itu,kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batasan

    pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas sistem pemikiran agama orang-

    orang Hindu. Dalam tamadun India kita dapat lihat setakat manakah konsep

    ketuhanan itu penting dengan merujuk kepada tradisi falsafah mereka sejak Zaman

    Vedik.

    Dalam karya-karya Upanishad konsep ketuhanan telah dipelopori secara

    mendalam dan dikenali sebagai Brahman. Brahman mempunyai dua aspek iaitu

    saguna (mempunyai sifat) dan nirguna (tanpa aspek). Pemikiran falsafah India

    menyarankan setiap orang menyedari warisan kedewaan mereka dan menerusi ini,

    mereka akan menyedari tentang tiadanya pembatasan dari segi geografi, bangsa

    dan agama. Ini menjadi faktor utama untuk menyatupadukan umat manusia di dunia

    ini. la memecahkan segala bentuk perbezaan yang membelenggui kita dan

    meningkatkan umat manusia kepada status yang sebenar sebagai anak-anak kekal

    abadi.

    la merupakan penjelasan kepada persoalan mengapa kita harus berbuat baik

    kepada orang lain. Kita harus berbuat baik kepada orang lain kerana kita adalahsatu dan dengan menolong orang lain bermakna kita menolong diri kita sendiri.

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    24/31

    Sebaliknya, dengan menyakiti orang lain kita tidak mencederakan sesiapa tetapi

    sebenarnya mencederakan diri kita sendiri. Prinsip karma yang merujuk kepada

    jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan tindakan seseorang dalam kehidupan ini

    akan menentukan kedudukannya dalam kelahiran semula. Kepercayaan bahawa

    seseorang yang mempunyai banyak pava karma akan lahir semula dalam keadaan

    di mana beliau terpaksa menghadapi penderitaan meyakinkannya supaya tidak

    membuat sesuatu yang tidak baik.

    Jadi ini menggalakkan setiap manusia berbuat baik kepada semua makhluk di

    dunia ini supaya menentukan bahawa dalam kelahiran semula kehidupannya adalah

    selesa. Membantu orang lain, menderma kepada golongan miskin, mengeluarkan

    kata-kata yang tidak melukakan hati orang lain, memikirkan tentang perkara-perkara

    yang baik dan sentiasa berbakti kepada Tuhan ialah unsur-unsur cara hidup yang

    disyorkan bagi seseorang yang menuju kepada karma. Ahimsa yang bermaksud

    tidak melakukan kekejaman, merupakan satu lagi prinsip asas yang dtekankan oleh

    ajaran Upanishad, Buddhisme dan Jainisme.

    Ditegaskan oleh pemikiran falsafah India bahawa orang yang mencari kebenaran

    mesti mempunyai kuasa untuk mengawal emosi-emosi dan keinginan, beransur-

    ansur melepaskan diri dari ikatan kepada badan. Tindakan melakukan kekejaman

    bukan sahaja melibatkan manusia tetapi juga makhluk-makhluk lain. Oleh yang

    demikian, amalan tidak memakan daging menjadi satu unsur penting dalam budaya

    India sejak zaman purba. Undang-undang kehidupan yang kekal abadi, tidak

    berubah, mentadbir duniawi dan terdapat dalam sifat semulajadi manusia ialah

    kebenaran atau satya.

    Dipercayai bahawa wujudnya suatu kuasa di peringkat duniawi dan

    kewujudannya dirasai oleh manusia, dan dianggap sebagai kuasa kebaikan iaitu

    satya. Jadi satya bererti pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan,

    tindakan yang benar, ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau

    Tuhan. Satya juga digunakan bagi cara dan tujuan kerana kedua-dua ini dianggap

    sama. Tuhan merupakan objek pencarian dan seseorang yang mengamalkan

    ucapan, pemikiran dan tindakan yang benar akan mencapainya. Kesucian

    merupakan cara yang amat penting dalam mencapai sesuatu tujuan.

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    25/31

    Ini kerana tujuan merupakan tahap akhir dalam siri tindakan, dan setiap tindakan

    yang diambil terhadap tujuan adalah merupakan pencapaian separuh tujuan itu. Ini

    bermakna tujuan dan cara mempunyai sifat semulajadi yang sama.

    Tamadun India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama, dan

    adalah penting kepada kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan

    keharmonian masyarakat. Sejarah India menggambarkan pemerintah-pemerintah

    yang sedaya upaya mereka mencuba untuk tetap mengekalkan perpaduan antara

    penganut agama Hindu dan agama Islam yang lebih dikenali sebagai orang Muslim.

    IKTIBAR TAMADUNINDIA

    PANDANGANSEMESTA

    sifat penerimaan

    sifat toleransi

    NILAI - NILAI

    dharma

    kepercayaankepada tuhan

    karma

    ahimsa

    satya

    perpaduan

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    26/31

    10. REFLEKSI KENDIRI

    NAMA PELAJAR : NURHIDAYAH BT MOHAMED

    Melalui kerja kursus tamadun Islam dan tamadun Asia Tenggara ini, saya

    telah banyak mempelajari beberapa perkara yang boleh dijadikan rujukan dan

    sebagai penambahan ilmu diri sendiri untuk masa hadapan kelak. Saya dan rakan

    saya, Nur Shahirah Zafirah telah ditugaskan untuk mengupas lebih lanjut mengenai

    tamadun India dan melalui kupasan ini, saya lebih memahami apa sebenarnya yang

    dimaksudkan dengan tamadun India, kehebatan dan kelemahan tamadun ini serta

    kaitannya dengan negara kita sekarang. Melalui tamadun India, kita dapat membuat

    perbandingan untuk dua jenis pemerintahan.

    Berdasarkan perbandingan kepada kedua-dua pemerintahan, kita dapat lihat

    keperluan dan kepentingan dasar yang adil bagi sesuatu negara yang mempunyai

    pelbagai tamadun yang mengandungi pelbagai kaum, budaya, agama dan bahasa.

    Melalui dasar yang rasional menurut penganut Hindu, Akbar dapat menarik

    perhatian semua rakyatnya terutama di kalangan bukan Muslim untuk diperakui

    sebagai pemerintah teragung dan memberikan taat setia kepadanya. Manakala

    pemerintahan Aurangzeb, dianggap telah mengganggu keharmonian dan perpaduan

    rakyatnya kerana dasarnya yang dianggap berat sebelah dan tidak adil.

    Kestabilan politik terancam dan kerajaannya sentiasa terpaksa menghadapi

    kebangkitan penentangan dan pemberontakan dalam empayar. Maka itu, perbezaan

    dalam dasar-dasar pemerintahan Akbar dan Aurangzeb menjadi pengajaran

    (teladan) tentang dasar yang harus diamalkan dalam negara berbilang kaum seperti

    Malaysia supaya dapat mewujudkan perpaduan dan kestabilan politik. Malaysia dan

    India mempunyai banyak persamaan bukan sahaja dalam unsur kepelbagaian

    kaum, budaya dan agama tetapi juga dalam pandangan semesta. Sehingga akhir

    1960-an, masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina

    dan India memegang pandangan semesta organik, dan menerima segala unsur

    masyarakat sama ada yang serupa atau berbeza.

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    27/31

    Dari segi demografi, kaum-kaum ini mendiami kawasan-kawasan yang

    berbeza sama ada menetap di perkampungan, perladangan (estet) dan bandar, dan

    kaum-kaum ini kurang berinteraksi. Mereka yang menetap di bandar menyaksikan

    pertemuan dan pertembungan pelbagai budaya dan tradisi. Perbezaan diterima

    sebagai suatu realiti sosial. Kebolehan pandangan ini untuk menerima elemen-

    elemen berbeza dan berkonflik dalam satu sistem memberi satu wawasan luas dan

    kuasa untuk berasimilasi dan bertoleransi. Terdapat perpaduan antara kaum etnik

    dan interaksi antara kaum berlangsung dengan penuh tanggungjawab (komitmen),

    persaudaraan, hormat-menghormati dan persefahaman.

    Tahun-tahun pasca 1970 di Malaysia, menyaksikan kemunculan pandangan

    semesta atomistik iaitu perbezaan dikenali dan diakui dan masyarakat dipandang

    dari perspektif kritis. Unsur-unsur perselisihan antara komuniti diberi perhatian,

    dengan budaya, bahasa, agama dan kedudukan sosioekonomi menjadi isu-isu

    dalam perubahan. Pemikiran rasional, salah satu aspek pandangan semesta

    atomistik, memerlukan kerajaan sebagai pelindung (penaung) kepada rakyatnya

    memahami keadaan dan kedudukan sosial dan ekonomi yang berbeza dan

    mengambil tindakan mengatasi perbezaan ini. Seharusnya iktibar daripada tamadun

    terdahulu diambil dengan beberapa langkah untuk memberi hak yang sepatutnyakepada setiap kaum dipertimbangkan dan dibincangkan bersama agar tindakan

    sewajarnya dapat diambil.

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    28/31

    NAMA PELAJAR : NUR SHAHIRAH ZAFIRAH BINTI ZAINUN

    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya

    dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini secara berpasangan

    dengan rakan seperjuangan iaitu, Nurhidayah Binti Mohamed dengan jayanya

    walaupun terdapat beberapa cabaran dan halangan yang terpaksa saya hadapi

    dalam proses menyiapkan tugasan ini. Contohnya, kekangan dari segi masa, kerana

    kesibukan dengan aktiviti seperti kem bina insan guru, tugasan yang terlalu banyak

    perlu dihantar pada tarikh yang sama dan rakan saya pula merupakan ahli jawatan

    kuasa perwakilan pelajar (JPP) serta kekangan sumber informasi dan kesihatan

    fizikal. Alhamdulillah, dapat juga saya hadapi kekangan-kekangan ini dengan sabar

    dan tabah. Selain itu, kekangan dari segi pemahaman dalam menyiapkan tugasan

    ini dapat saya atasi berkat tunjuk ajar pensyarah bimbingan saya, Encik Saffery Bin

    Ariffin serta rakan-rakan sekelas saya.

    Saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja saya dan ahli kumpulan setelah

    mengorbankan banyak masa, wang dan tenaga dalam usaha menyiapkan tugasan

    ini. Pengorbanan saya dalam semua aspek ini banyak mematangkan saya danmengajar saya banyak perkara seperti lebih bijak dalam menghadapi situasi seperti

    ini pada masa akan datang dan menggunakan daya pemikiran pada tahap yang

    paling tinggi semasa membuat sesuatu.

    Bukan itu sahaja, saya juga dapat membina silaturahim yang lebih baik antara

    rakan-rakan dan pensyarah yang banyak membantu. Kerja kursus ini juga

    membantu saya memahami pendapat dan pandangan orang lain serta menjadikan

    diri saya seorang yang bertoleransi dan berfikiran terbuka. Dalam tugasan ini , saya

    perlu menjadi lebih bertimbang rasa antara ahli kumpulan dan saya beranggapan

    bahawa kami dalam satu kumpulan perlu bertanya pendapat ahli kumpulan yang lain

    sebelum membuat sesuatu keputusan muktamad.

    Akhir kata, tugasan ini amat membantu saya dalam pelbagai aspek. Hal ini

    kerana saya bukan sahaja menyiapkan tugasan yang diberikan, malah saya dapat

    menimba pelbagai pengetahuan serta menambah pengalaman yang telah sedia ada

    dalam diri kami untuk dikongsi bersama dengan yang lain.

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    29/31

    11. BORANG KOLABORASI

    NAMA PELAJAR : NUR SHAHIRAH ZAFIRAH BT ZAINUN930228-06-5478NURHIDAYAH BINTI MUHAMED930620-03-5046

    KUMPULAN : PISMP TESL 4SEMESTER : 1MATA PELAJARAN :PENSYARAH PEMBIMBING:

    TARIKH PERKARA YANGDIBINCANGKAN

    TANDA TANGANPENSYARAH

    TANDATANGANPELAJAR

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    30/31

    12. RUJUKAN

  • 7/28/2019 titas interaksi tamadun india

    31/31

    13. LAMPIRAN