interaksi tamadun cina dengan dunia keseluruhannya

13
INTERAKSI TAMADUN CINA DENGAN DUNIA KESELURUHANNYA: TUMPUAN TERHADAP ASIA TENGGARA, INDIA, DAN BARAT Jalan Sutera: Saluran Interaksi antara Tamadun Interaksi antara China dengan Asia Barat dan Eropah agak lembap, berbanding interaksinya dengan Asia Timur kerana dari segi geografi negara China agak terpisah daripada Eropah dengan padang gurun dan gunung-ganang. Namun demikian, negara China pernah berinteraksi dengan negara-negara Eropah sehingga ke Rom seawal kira-kira kurun pertama sebelum masehi melalui saluran perdagangan terutama kain sutera. Jalan yang menghubungkan antara China dengan kawasan Asia Timur, Asia Barat Tengah dan Barat, dan Eropah dikenali sebagai Jalan Sutera Lama, manakala jalan laut yang menghubungkan China dengan kawasan rantau Asia Tenggara, India dan Afrika dikenali sebagai Jalan Sutera Maritim (Laut). Jalan Sutera Lama terbentang arah ke barat dari Chang'an (kini dikenali Xi'an), China ke Antakya di Turki sejauh lebih 7,000 km. Pembukaan Jalan Sutera Lama ini adalah akibat usaha empayar Han untuk menerokai kawasan- kawasan di sebelah barat wilayahnya. Pada zaman dinasti Han (206SM-220 TM), kaum Xiongnu iaitu suatu kuasa bersekutu nomad yang semakin kuat kekuasaannya di utara China telah menimbulkan ancaman terhadap perdagangan antara China dengan Arab dan Rom. Untuk mengatasi ancaman ini, Maharaja Han Wu (140SM-87SM) telah mengirim Zhang Qian pada tahun 138SM ke Bactria dengan tujuan menggembleng sokongan kaum Yuezhi untuk menentang kaum Xiongnu. Namun begitu, usaha ini gagal dan

Upload: mukhlis-isz

Post on 12-Jan-2016

44 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

tamadun

TRANSCRIPT

Page 1: Interaksi Tamadun Cina Dengan Dunia Keseluruhannya

INTERAKSI TAMADUN CINA DENGAN DUNIA KESELURUHANNYA: TUMPUAN

TERHADAP ASIA TENGGARA, INDIA, DAN BARAT

Jalan Sutera: Saluran Interaksi antara Tamadun

Interaksi antara China dengan Asia Barat dan Eropah agak lembap, berbanding interaksinya

dengan Asia Timur kerana dari segi geografi negara China agak terpisah daripada Eropah dengan

padang gurun dan gunung-ganang. Namun demikian, negara China pernah berinteraksi dengan

negara-negara Eropah sehingga ke Rom seawal kira-kira kurun pertama sebelum masehi melalui

saluran perdagangan terutama kain sutera. Jalan yang menghubungkan antara China dengan

kawasan Asia Timur, Asia Barat Tengah dan Barat, dan Eropah dikenali sebagai Jalan Sutera

Lama, manakala jalan laut yang menghubungkan China dengan kawasan rantau Asia Tenggara,

India dan Afrika dikenali sebagai Jalan Sutera Maritim (Laut).

Jalan Sutera Lama terbentang arah ke barat dari Chang'an (kini dikenali Xi'an), China ke

Antakya di Turki sejauh lebih 7,000 km. Pembukaan Jalan Sutera Lama ini adalah akibat usaha

empayar Han untuk menerokai kawasan- kawasan di sebelah barat wilayahnya. Pada zaman

dinasti Han (206SM-220 TM), kaum Xiongnu iaitu suatu kuasa bersekutu nomad yang semakin

kuat kekuasaannya di utara China telah menimbulkan ancaman terhadap perdagangan antara

China dengan Arab dan Rom. Untuk mengatasi ancaman ini, Maharaja Han Wu (140SM-87SM)

telah mengirim Zhang Qian pada tahun 138SM ke Bactria dengan tujuan menggembleng

sokongan kaum Yuezhi untuk menentang kaum Xiongnu. Namun begitu, usaha ini gagal dan

beliau telah ditangkap dan terus ditahan selama 10 tahun oleh orang Xiongnu. Akhirnya Zhang

Qian kembali dengan membawa berjenis-jenis tumbuhan (antaranya buah anggur) dan hasil-hasil

semula jadi yang lain, serta maklumat tentang keadaan geografi dan kehidupan kaum-kaum di

Asia Barat, Asia Tengah dan Mesir. Pada tahun 119SM, sekali lagi Zhang Qian melawat ke

kawasan-kawasan barat. Seterusnya, China telah saling utus-mengutus dengan kerap dengan

negara-negara di Asia Tengah dan Asia Barat. Ekspedisi Zhang Qian berjaya memperluaskan

wilayah empayar China serta mempertingkatkan hubungan perdagangan antara China dengan

kawasan-kawasan barat melalui Jalan Sutera Lama ini.

Page 2: Interaksi Tamadun Cina Dengan Dunia Keseluruhannya

Interaksi Budaya Cina dengan Asia Tenggara

Mengikut rekod sejarah China, pada zaman Tiga Negara (220-280) negara Wu (222-280) pernah

mengutus satu rombongan ke negeri Funan (Kampuchea) dan negeri-negeri di Asia Tenggara

lain untuk menerokai satu jalan laut ke Rom. Tetapi, penemuan-penemuan arkeologi

menunjukkan hubungan antara China dengan rantau Asia Tenggara terbentuk lebih awal lagi

iaitu pada zaman dinasti Han (206SM-220TM) ataupun dinasti Qin (221SM-206SM). Hubungan

ini semakin berkembang berikutan peningkatan teknologi pembinaan kapal dan pengemudian di

China, dan mencapai kemuncaknya pada zaman dinasti Tang (618-907) dan dinasti Ming (1368-

1644).

Melalui beberapa saluran interaksi seperti pengiriman utusan atau misi diplomatik,

perniagaan dan perdagangan, peperangan dan ketenteraan, dan imigrasi maka kebudayaan Cina

telah meninggalkan banyak kesan terhadap rantau Asia Tenggara. Selain menjalinkan pertalian

rasmi antara negara, misi diplomatik dahulu kala berfungsi juga seperti perdagangan iaitu saling

bertukar barang secara besar-besaran sebagai hadiah. Justeru itu, dapat dikatakan bahawa melalui

perdagangan dan juga misi diplomatik, China memperkenalkan kepada Asia Tenggara jenis-jenis

tekstil (kain) antaranya kain sutera dan kain kapas, barang yang diperbuat daripada porselin,

tembikar, lakuer atau logam, dan makanan seperti taugeh, tauhu, kicap dan sayur-sayuran.

Barang-barang ini ada yang merupakan bekas dan perkakas untuk dapur, makanan, rumah, tenun,

pertukangan, muzik, dan sebagainya, dan ada yang merupakan hiasan.

Bersama- sama ini, selain pengenalan teknik dan cara memasak yang baru,

diperkenalkan juga teknologi penghasilan barangan (gula tebu, samsu, kertas, kain, bahan

letupan, lilin, kasut, kain, dan sebagainya), pembinaan, perlombongan, pertanian (padi dan sayur-

sayuran) dan pertukangan (emas dan besi) yang lebih baik dan berkesan, bahkan nilai kerja dan

estetik yang baru. Daripada rantau Asia Tenggara pula, China menerima kemasukan hasil

ekonomi antaranya rempah, produk haiwan dan tumbuh-tumbuhan, dan semuanya dapat

memperkayakan kebudayaan kebendaan negara China.

Melalui saluran interaksi peperangan dan imigrasi, beberapa teknik dan teknologi Cina

telah dibawa masuk lalu disebarkan di rantau Asia Tenggara. Dinasti Yuan (1279-1368)

mengirim ekspedisi tentera yang berperang dengan Myanmar sebanyak tiga kali pada separuh

Page 3: Interaksi Tamadun Cina Dengan Dunia Keseluruhannya

kedua kurun ke-13. Pada awal kurun ke-14, angkatan tentera Yuan telah memperkukuhkan

kedudukannya di Myanmar selama lebih daripada 20 tahun. Ekspedisi tentera Yuan pernah

melanggar Pulau Jawa pada tahun 1292. Melalui ekspedisi ketenteraan ini, ramai anggota tentera

Yuan kemudiannya mengambil keputusan menetap di luar negara. Di kalangan mereka terdapat

golongan artisan yang memiliki pelbagai kemahiran dan dipercayai mereka ini telah

memudahkan pemindahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan teknologi Cina.

Imigrasi orang Cina ke rantau Asia Tenggara secara langsung juga menyumbang kepada

interaksi antara budaya terutamanya pemindahan budaya kebendaan. Pada akhir dinasti Tang

(618-907), dinasti Song (960-1279), dinasti Yuan (1279-1368) dan dinasti Ming (1368-1644),

apabila keadaan politik dan ekonomi menjadi kurang stabil, sejumlah orang Cina terpaksa

bermigrasi ke rantau Asia Tenggara. Selain itu, menjelang pertengahan kurun ke-19, kuasa-

kuasa penjajah Barat di rantau Asia Tenggara telah membawa masuk dan menggalakkan import

tenaga buruh dari India dan China untuk memenuhi keperluan di sektor perladangan dan

perlombongan. Akibatnya, setiap negara di Asia Tenggara mempunyai satu komuniti Cina yang

agak besar berbanding dengan komuniti Cina seberang laut di luar rantau Asia Tenggara.

Melalui penempatan tetap orang-orang Cina di rantau Asia Tenggara maka satu proses

budaya iaitu amalgamasi (penyatuan) atau perkahwinan campur telah berlaku dengan penduduk

tempatan. Kadar amalgamasi agak tinggi berlaku di Thailand dan Filipina, manakala di Malaysia

dan Indonesia, komuniti peranakan muncul akibat perkahwinan campur antara orang Cina

dengan orang tempatan sejak dua atau tiga kurun dahulu. Selain amalgamasi, proses akulturasi

(pembudayaan), iaitu proses pertembungan yang membawa kepada saling pinjam- meminjam

unsur-unsur budaya berlaku hasil daripada interaksi antara dua kumpulan etnik, semakin

meningkat juga dengan wujudnya komuniti Cina yang hidup saling berdampingan dengan

pelbagai etnik lain di Asia Tenggara. Proses akulturasi antara orang Cina dengan orang tempatan

lebih melibatkan aspek kebendaan seperti makanan, pakaian, pengucapan dan tingkah laku,

tetapi aspek institusi dan nilai juga turut terlibat. Di Filipina misalnya, banyak unsur budaya Cina

didapati menonjol dalam kehidupan dan pengurusan keluarga, adat resam perkahwinan, upacara

pengkebumian, selain daripada makanan, masakan dan perkakas dapur. Nilai-nilai dalam

kebudayaan Cina seperti keharmonian, integrasi keluarga, penghormatan terhadap ibu bapa,

dimanifestasikan juga dalam kehidupan keluarga orang Filipina.

Page 4: Interaksi Tamadun Cina Dengan Dunia Keseluruhannya

Dalam interaksi antara China dengan Myanmar dan China dengan Thailand, Buddhisme

merupakan salah satu komponen penting dalam interaksi ini. Buddhisme di China merupakan

aliran Mahayana manakala di Myanmar dan Thailand merupakan aliran Buddha Theravada.

Sungguhpun demikian, ketiga-tiga pihak yang berinteraksi ini tetap mementingkan ajaran agama

Buddha yang asal. Sesetengah kitab awal Buddhisme dalam bahasa Sanskrit atau Pali yang sudah

hilang atau musnah masih terdapat dan disimpan di China tetapi telah diterjemahkan ke dalam

bahasa Cina. Oleh itu, sami-sami Cina telah menyelamat dan menyumbang kepada pemulihan

kitab-kitab asal ajaran ini. Di Myanmar, sebilangan konsep Buddhisme berasal-usul China dan

terdapat rumah peribadatan iaitu kuil yang sama reka bentuk dengan kuil-kuil di negara China.

Hubungan antara tamadun Cina dengan Asia Tenggara mencapal zaman kemuncaknya

semasa dinasti Ming (1368-1644) berikutan ekspedisi pelayaran Hulubalang Zheng He (1371-

1433). Ekspedisi ini melancarkan pelayaran ke rantau Asia Tenggara, India, Tanah Arab dan

Afrika Timur sebanyak tujuh kali dalam jangka masa 28 tahun (1405-1433). Ekspedisi Zheng He

merupakan ekspedisi pelayaran yang terbesar di dunia pada masa itu dari segi muatan dan

keperluan, bilangan anak kapal dan tugas yang dilaksanakan. Asia Tenggara berkedudukan

strategik bagi China dan negara-negara Asia Timur untuk berhubung dengan dunia luar melalui

jalan laut atau kemudiannya dikenali sebagai Jalan Sutera Maritim (Laut). Selat Melaka

merupakan satu jalan lintasan yang amat diperlukan untuk menghubungkan dunia timur dengan

dunia barat. Myanmar merupakan salah satu persinggahan yang penting dalam perjalanan ke

India atau kawasan di seberang dan sebaliknya. Melalui Filipina pula, semasa di bawah kuasa

penjajah Sepanyol, China telah membentuk hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat

secara tidak langsung.

Melalui kedudukan yang strategik kerana terletak di pertengahan jalan perdagangan

antara dunia timur dan dunia barat, beberapa tamadun dan agama telah bertembung dan

berinteraksi di rantau Asia Tenggara. Dalam satu jangka masa panjang, Asia Tenggara secara

keseluruhannya pernah dipengaruhi kuat oleh tamadun India yang berteraskan Buddhisme dan

kemudiannya Hinduisme. Kedatangan dan penyebaran agama Islam di Gugusan Kepulauan

Melayu dan kedatangan agama Kristian di utara Filipina telah memberikan dampak yang

mendalam terhadap kebudayaan atau cara hidup di kedua-dua kawasan ini. Oleh itu, interaksi

antara China dengan rantau Asia Tenggara adalah berbeza daripada interaksi antara China

Page 5: Interaksi Tamadun Cina Dengan Dunia Keseluruhannya

dengan Korea, Jepun dan Vietnam terutama dari segi pola dan dampak. Malaysia merupakan

satu model yang unik hasil daripada pertembungan dan interaksi antara tamadun di Asia

Tenggara.

Interaksi Budaya Cina dengan India

Tamadun Cina dan tamadun India masing-masing terbentuk semenjak kira-kira 5,000 tahun

dahulu dan berkembang sehingga kini di kawasan yang berlainan di benua Asia. Dalam proses

yang panjang ini, kedua-dua tamadun agung tersebut melebarkan atau tersebar ke kawasan

persekitaran, lalu membentuk lingkungan bulatan budaya masing-masing. Pada kurun ke-2,

tamadun Cina telah bertembung dan berinteraksi dengan tamadun India di rantau Asia Tenggara.

Mengikut rekod sejarah China, hubungan perniagaan dan perdagangan antara China dengan

India telah terbentuk lebih awal lagi iaitu sekurang-kurangnya pada kurun ke-2SM. Pada masa

itu yang menjadi aliran utama tamadun India ialah kebudayaan Arya. Pada kurun ke-6SM, ajaran

Buddha telah muncul di India dan kemudiannya disebarkan ke kawasan Asia Tengah, Asia

Tenggara dan Asia Timur. Bersama-sama dengan ajaran Buddha, banyak unsur-unsur

kebudayaan India, sama ada berkaitan dengan ajaran Buddha atau tidak, terus tersebar ke China

dan meninggalkan kesan yang tidak dapat dikikis pada pelbagai aspek kebudayaan Cina. Ciptaan

kesusasteraan, seni muzik dan tarian, seni area dan seni mempertahankan diri dari India diminati

lalu dipinjam, diserap ataupun dicontohi oleh orang Cina. Pertukaran pemikiran, pengetahuan

dan teknologi juga berlaku dalam bidang falsafah, perubatan, sains dan teknologi. Selain itu,

terdapat juga bahasa dan ilmu fonetik Cina yang menunjukkan wujudnya ciri-ciri kebudayaan

India.

Agama Buddha yang berkembang pesat di India pada kurun ke-6SM kemudiannya telah

dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China pada kurun pertama (zaman Han Timur).

Namun begitu, amat sukar bagi agama Buddha untuk diterima di China dengan mudah kerana

ajarannya tidak bersesuaian dengan institusi keluarga dan politik serta tataetika dan moral orang

Cina yang berasaskan Konfusianisme. Oleh itu, penyebaran agama Buddha di China merupakan

satu proses penyesuaian diri dengan tradisi budaya Cina termasuk Daoisme. Akhirnya agama

Buddha menjadi satu sistem kepercayaan yang menggabungkan unsur-unsur penting kebudayaan

Page 6: Interaksi Tamadun Cina Dengan Dunia Keseluruhannya

Cina, tetapi prinsip- prinsip asas dan identiti tidak terjejas. Perkembangan agama Buddha di

China adalah merupakan satu contoh dialog peradaban yang gemilang dalam sejarah

ketamadunan manusia. Dalam konteks untuk memahami ajaran Buddha ini, para sami-sami dan

penziarah-penziarah Cina harus melakukan suatu perjalanan yang sukar, menetap di India dan

mempelajari kitab Buddha dalam bahasa Sanskrit. Selain itu, terdapat juga perdebatan dan

perbincangan antara Buddhisme dengan Konfusianisme untuk selama beberapa ratus tahun di

negara China.

Dalam proses berinteraksi ini, antara kerja atau usaha asas yang dilaksanakan ialah

melakukan penterjemahan kitab-kitab Buddhisme dari bahasa Sanskrit atau Pali ke dalam bahasa

Cina. Dalam tempoh masa lebih daripada 700 tahun (68-789), orang Cina telah dapat menyusun

doktrin Buddha dalam satu koleksi berjudul Tripitaka yang meliputi kandungan kitab Mahayana

dan Hinayana (berjumlah 3,673 teks dalam 15, 682 jilid) dan melibatkan hampir 200 orang

penterjemah dalam usaha penterjemahan ini. Antara penterjemah penting yang memberikan

sumbangan besar ialah sami Fa Xian (338-423) pada zaman dinasti Jin Timur (317-420) dan

sami Xuan Zang (596-664) pada zaman dinasti Tang (618-907). Kedua-dua sami ini pernah

melakukan lawatan ke India, menetap di situ, mempelajari bahasa Sanskrit dan mengkaji ajaran

agama Buddha. Kerja penterjemahan ini berterusan sehingga kurun ke-13. Sesetengah kitab

Buddhisme asal yang hilang atau kehilangan sebahagiannya kemudian dapat dipulihkan semula

dalam bahasa Sanskrit berdasarkan penterjemahan Cina.

Selain hasil penterjemahan Cina seperti Tripitaka ini dan buku-buku yang ditulis oleh Fa

Xian, Xuan Zang dan sami Cina lain, catatan mengenai pengalaman mereka mengembara ke

India juga merupakan sumber yang bernilai untuk mengkaji sejarah dan kebudayaan India kuno

dan interaksinya dengan tamadun Cina. Tripitaka yang telah diperkenal dan diterbitkan di Korea

dan Jepun menyumbang kepada penyebaran agama Buddha di seluruh keseluruhan Asia Timur

ini.

Beberapa jenis peralatan muzik (konghou, pipa) dan struktur muzik yang mengandungi

tujuh nota setiap tala diperkenalkan ke China daripada India atau Parsi. Rekod sejarah China

menunjukkan muzik dan tarian dari India dan Xiyu (kawasan-kawasan barat China) adalah

popular dan terkenal di dalam istana, golongan kelas atasan atau bangsawan, dan di kalangan

tentera.

Page 7: Interaksi Tamadun Cina Dengan Dunia Keseluruhannya

Penciptaan dalam bidang sains dan teknologi orang Cina yang memberi sumbangan besar

kepada dunia seperti senkultur dan penanaman pokok mulberi, pembuatan kertas, tembikar dan

bahan letupan, teknologi pencetakan dan penggunaan kompas, pasti telah dibawa masuk ke India

melalui perdagangan dan pelbagai saluran lain. Pada zaman dinasti Tang (618-907), teknologi

India menghasilkan gula daripada tebu diperkenalkan ke China.

Menurut rekod sejarah China, Sejarah Dinasti Sui menyenaraikan tajuk 60 koleksi ilmu

astronomi India yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Pada zaman dinasti Tang (618-

907) pula, kalendar lunar Cina didapati kurang tepat maka sistem India diperkenalkan pada akhir

kurun ke-7. Salah seorang ahli astronomi India terpenting, Gautama dan keturunan beliau

sebanyak empat generasi telah berkhidmat di Balai Cerap Tang selama 110 tahun. Melalui

kerjasama dan usaha sama antara pakar astronomi India dan China maka satu sistem kalendar

lunar Cina yang baru telah diperkenal dan dirasmikan pada tahun 727.

Dalam bidang ilmu perubatan, tamadun India dan Cina masing-masing mempunyai

keunggulan tersendiri. Semasa sami Cina, Yi Jing, melawat India pada tahun 671-685 yang

bertujuan untuk mempelajari dan mengkaji kitab Buddha, beliau mendapati perubatan Cina

sangat diberikan kedudukan dan penghormatan tinggi di India. Namun begitu, ahli-ahli

perubatan Cina amat tertarik dengan teori India. Mengikut Sejarah Dinasti Sui, banyak karya

perubatan India diterjemahkan ke dalam bahasa Cina, manakala dalam buku-buku perubatan

dinasti Tang tercatat juga ubat dan teknik surgeri India dalam bidang oftalmologi, pediatriks dan

ginakologi. Mengikut rekod sejarah, istana Tang amat menaruh keyakinan pada ahli-ahli

perubatan India dan antara ubat yang diperkenalkan ialah ubat untuk umur panjang.

Kitab-kitab Buddha boleh dianggap sebagai ciptaan sastera yang penuh dengan pelbagai

puisi indah, dongeng dan ibarat untuk menambah daya penarikan doktrin Buddha dan

menerangkan kisah mengenai kehidupan dan perbuatan Buddha. Oleh itu, kitab Buddha

membekalkan banyak bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina, lalu

memperkayakannya dari segi perbendaharaan kata, tema, gaya atau genre. Mengikut satu

pendapat, perkataan dan frasa dalam bahasa Cina yang ada kaitan dengan konsep Buddhisme

berjumlah 30,000. Corak Bianwen, iaitu satu genre penulisan naratif yang digunakan untuk

menyampaikan dongeng pada zaman dinasti Tang (618-906) dan ditulis dalam bentuk prosa

bercampur dengan puisi, adalah sama dengan corak sesetengah kitab-kitab Buddha.

Page 8: Interaksi Tamadun Cina Dengan Dunia Keseluruhannya

Pengajian mengenai fonetik bahasa Cina sukar untuk dilakukan kerana bahasa ini tidak

berabjad. Bermula dari zaman dinasti Sui (581-618), ilmu fonetik bahasa Cina menjadi semakin

maju kerana orang Cina menggunakan pengetahuan dan teknik-teknik daripada ilmu fonetik

bahasa Sanskrit. Fanqie iaitu suatu cara orang Cina menunjukkan sebutan perkataan, adalah salah

satu hasil penting yang berkaitan.

Buddhisme merupakan satu sistem falsafah selain sebagai sistem kepercayaan, dan antara

falsafah India, falsafah Buddha adalah yang paling berpengaruh di China. Beberapa aliran

falsafah Buddha telah dikembangkan di China antaranya aliran Tiantan, Huayan dan Chan (Zen

dalam bahasa Jepun). Kesemua aliran ini memberikan dampak tertentu terhadap Neo-Daoisme

dan Neo-Konfusianisme.

Pada kurun ke-10, kedudukan agama Buddha di India semakin merosot dan akhirnya

kehilangan pengaruh. Selepas itu, agama ini tidak begitu penting lagi dalam interaksi antara

India dengan China. Namun begitu, ini tidak menjejaskan pengaruh Buddhisme di bulatan

budaya Cina. Pada kurun-kurun berikutnya, hubungan India dengan China semakin meningkat

tetapi hanya dalam bidang perdagangan dan diplomatik. Hubungan ini mencapai zaman

kemuncaknya melalui ekspedisi-ekspedisi Hulubalang Zheng He ke India pada kurun ke-15.

Dapat dirumuskan, bahawa sebahagian besar dialog antara tamadun Cina dengan India

berlangsung melalui peranan agama Buddha.