interaksi 15

3
Interaksi 15 (28.4.2014 – 2.5.2014) Tajuk: Pendidikan Untuk Keperluan Khas Sumber: Portal Pendidikan Utusan Malaysia. (t.p). (t.t). Dicapai pada 28 April 2014, daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/5643-kurikulum- alternatif-untuk- murid-istimewa.html Kurikulum Alternatif Untuk Murid Istimewa KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa peka terhadap pendidikan anak-anak istimewa termasuk mereka yang menghadapi masalah pembelajaran. Pertimbangan perlu dibuat agar pelajar berkeperluan khas diberi peluang yang sama dengan pelajar-pelajar lain di mana kualiti pendidikan mereka perlu dipertingkatkan agar mereka dapat menguasai Kurikulum Alternatif yang telah dibina khas untuk mereka. Mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007, Kurikulum Alternatif adalah kurikulum yang dibina khusus serta dianggap sesuai dan bermanfaat bagi murid berkeperluan khas selain dari kurikulum latihan kemahiran. Bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK), Masalah Pembelajaran Tahap Satu, terdapat hanya lima mata pelajaran iaitu Pengurusan Kehidupan, Asas 3M (Membaca, menulis, mengira), Seni Kreatif, Pendidikan Islam atau Moral dan Pendidikan Jasmani.

Upload: gladys-tan-jiao-qi

Post on 05-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Interaksi 15

TRANSCRIPT

Page 1: Interaksi 15

Interaksi 15 (28.4.2014 – 2.5.2014)

Tajuk: Pendidikan Untuk Keperluan Khas

Sumber:

Portal Pendidikan Utusan Malaysia. (t.p). (t.t). Dicapai pada 28 April 2014, daripada

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/5643-kurikulum-alternatif-untuk-

murid-istimewa.html

Kurikulum Alternatif Untuk Murid Istimewa

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa peka terhadap pendidikan anak-

anak istimewa termasuk mereka yang menghadapi masalah pembelajaran.

Pertimbangan perlu dibuat agar pelajar berkeperluan khas diberi peluang yang sama

dengan pelajar-pelajar lain di mana kualiti pendidikan mereka perlu dipertingkatkan agar

mereka dapat menguasai Kurikulum Alternatif yang telah dibina khas untuk mereka.

Mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007, Kurikulum Alternatif

adalah kurikulum yang dibina khusus serta dianggap sesuai dan bermanfaat bagi murid

berkeperluan khas selain dari kurikulum latihan kemahiran.

Bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK), Masalah

Pembelajaran Tahap Satu, terdapat hanya lima mata pelajaran iaitu Pengurusan Kehidupan,

Asas 3M (Membaca, menulis, mengira), Seni Kreatif, Pendidikan Islam atau Moral dan

Pendidikan Jasmani.

Komponen-komponen yang terdapat dalam mata pelajaran Pengurusan Kehidupan pula

ialah Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku dan Kemahiran Manipulatif.

Asas 3M merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik manakala

Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik pula merupakan komponen dalam mata

pelajaran Seni Kreatif.

Page 2: Interaksi 15

Menurut Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1)

(B) Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, guru boleh mengubahsuai kaedah

atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata

pelajaran dan bahan bantu mengajar dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas bagi

mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas itu.

Pendekatan yang diambil dapat menentukan komposisi yang terbaik dan sesuai untuk

murid bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang tidak kurang dari segi aptitud atau intelek

turut diberi sokongan untuk menguasai kurikulum arus perdana agar potensi mereka dapat

dipertingkatkan secara menyeluruh dan optimum.

Mereka juga akan ditempatkan di Program-program Inklusif bersama pelajar-pelajar

biasa di kelas aliran perdana serta dibenarkan untuk mengambil peperiksaan awam seperti

UPSR, PMR dan SPM.

Berdasarkan pencapaian, mereka juga boleh dipertimbangkan untuk ditempatkan di

SMPK(V) Indahpura, Kulai, Johor atau sekolah-sekolah menengah teknik yang ditetapkan oleh

Bahagian Pendidikan Khas.

KPM sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan untuk murid berkeperluan

khas selaras dengan hasrat kerajaan dalam memastikan semua murid diberi peluang untuk

mendapat pendidikan yang sama rata

 

Sumber maklumat : Portal Pendidikan Utusan Malaysia